Pakatan Rakyat |
Posted: 15 Mar 2011 03:29 PM PDT | Berita Buruk: Tahap Radiasi Loji Nuklear Fukushima Daiichi Hampir Samai Loji Chernobyl Posted: 15 Mar 2011 08:00 AM PDT Menurut Reuters, pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis mengeluarkan kenyataan bahawa keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam. Skala antarabangsa yang digunakan sekarang adalah antara satu hingga tujuh. Semalam, ASN memutuskan bahawa malapetaka itu di tahap lima atau enam. Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986. Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima. Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo. P/s: Saudara, bayangkan betapa bahayanya radiasi stesen nuklear jika berlaku kebocoran/letupan. Malaysia khabarnya bertegas mahu membina stesen nuklear. Jika bina stadium boleh runtuh, bagaimana jika bina stesen nuklear? Ngeri!!! | Khabar Sedih, Bil Elektrik Pula Bakal Naik!! Posted: 15 Mar 2011 06:00 AM PDT Tarif elektrik mungkin dinaikkan dalam tempoh enam bulan seperti yang dinyatakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Alasan yang diberikan ialah harga gas asli dan arang batu yang dijangka naik di pasaran dunia. Alasan ini merupakan jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan. Malang! Seperti biasa, saya bukan berpegang bahawa semua barangan dan perkhidmatan perlu dikekalkan harganya sampai bila-bila. Cuma, rakyat miskin macam saya ingin mempersoalkan fasal:
Bayangkan bil elektrik di rumah yang mempunyai alat pendingin hawa atau peralatan elektrik yang canggih dan hebat? Bagaimana pula dengan keluarga yang berpendapatan rendah? Cuba tanya Menteri Kabinet Najib, adakah mereka perlu membayar bil utiliti setiap bulan? P/s: "Terima kasih" penyokong BN! | Bayi Ajaib: Terselamat Selepas Hilang dalam Kejadian Tsunami di Jepun Posted: 15 Mar 2011 05:00 AM PDT Seorang bayi perempuan berusia 4 bulan yang dikhuatiri hilang dibawa arus tsunami akhirnya ditemui selamat di bawah runtuhan rumah yang musnah. Selepas mengalihkan kayu dan sisa runtuhan rumah, pasukan penyelamat membawa keluar bayi tersebut yang didapati hanya mengalami kecederaan ringan. Selama tiga hari ibu bapa bayi yang berasal dari Kampung Ishinomaki itu mencari bayi tersebut dan menganggapnya mungkin sudah meninggal dunia selepas kampung yang letaknya di daerah Sendai itu teruk dilanda tsunami. Allah Maha Besar! | [PANAS] Selepas Dimaki Saudara Kandung, Ummi Hafilda Akan "Dibogelkan" Baginda. Tunggguuuu!!! Posted: 15 Mar 2011 02:00 AM PDT Saya petik:
P/s: Siapa bogel siapa? Baginda tentu lebih "kenal" Ummi Hafilda berbanding orang lain. Kah kah kah! Bila Ummi mahu saman Baginda kerana menuduhnya berzina dengan lelaki itu? Ummi kena tipu? Kah kah kah! | Posted: 15 Mar 2011 12:00 AM PDT Bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins di Southampton, Britain kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam. Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian. Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003. "Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya. Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'. Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya. Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik. Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | Judi Bermaharajalela di bawah Kerajaan BN. Apa Hukum Undi Kerajaan Bersekongkol dengan Judi? Posted: 14 Mar 2011 10:45 PM PDT Saya sokong sepenuhnya langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS yang mengharamkan sebarang bentuk judi. Untuk penegtahuan penyokong UMCO, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengharamkan sebarang bentuk aktiviti perjudian sejak mengambil alih negeri itu 20 tahun lalu. Kita maklum bahawa Islam melarang sebarang bentuk judi. Saya ada pautkan kiriman fasal hukum dan sebab pengharamannya sebelum ini. Jadi, saya malas mahu meyalintampalkannya di sini. Timbul persoalan, mengapa haramkan juga judi sedang orang bukan Islam tidak dihalang berbuat demikian? namun dari segi moral, judi adalah perbuatan yang tidak baik. Mungkin kerajaan memperoleh jutaan RM hasil cukai kegiatan perjudian, namun impak negatifnya terlalu besar untuk masyarakat umum. Saya perturunkan satu kesan buruk judi, selebihnya anda boleh fikirkan sendiri:
Malaysia Kini melaporkan bahawa Exco Terengganu Toh Chin Yaw berkeras menyatakan bahawa pengharaman judi dan aktiviti maksiat yang lain di Terengganu telah ditarik balik sejak BN mengambil alih kuasa daripada PAS pada 2004. "Sejak BN mengambil alih, semua larangan terhadap premis hiburan seperti karaoke, kedai penjualan minuman keras, pusat snuker, konsert dan lain-lain telah ditarik balik." Anda faham maksud kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Terengganu itu? Maksudnya, UMCO yang kononnya terlebih Islam daripada orang lain, terlebih Melayu daripada orang lain, bermuka-muka dan hipokrit dalam isu halal dan haram apabila bersekongkol menarik semula larangan judi selepas perkara itu diharamkan oleh PAS ketika mengambil alih pemerintahan di Terengganu. Dalam hal ini, saya mahu tanya, apakah hukum rakyat Terengganu mengundi UMCO yang menarik balik pengharaman tersebut? Selepas kes Kerajaan Pusat didakwa memberikan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada sebuah syarikat kroni, kini isu berkaitan dengan judi kembali hangat apabila Majlis Perbandaran Kota Bharu baru-baru ini menyerbu kedai alat tulis yang menjual tiket loteri di Kelantan. Tindakan itu telah membuatkan "pelakon porno" aka Presiden MCA Dr Chua Soi Lek membuat bantahan dan memohon bertemu muka dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk membincangkan perkara itu. Keinginan Chua Soi Lek itu disambut dengan tangan terbuka oleh TG Nik Aziz dan bersedia bertemu dengan Chua tanpa syarat. Poin saya, sokong BN, bersemaraklah judi di negara kita. Jika tidak, masakan negara memiliki pusat judi antara yang terbesar di dunia! | ADUN Bukit Payung Buat Laporan Polis terhadap "Berita Harian". Mengapa? Posted: 14 Mar 2011 06:00 PM PDT Saya petik:
P/s: DCM ada menyiarkan berita kes ini semalam. | |||||||||||||||||||||||
Posted: 15 Mar 2011 03:19 PM PDT | TPM: Malaysia akan teruskan cita-cita nuklear Posted: 15 Mar 2011 04:21 AM PDT Regina Lee Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini. "Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun.Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya. Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini. Berikutan magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun, tiga daripada reaktor nuklearnya di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah. Puluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi. Sebelum ini, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin pada Disember lalu mengumumkan Malyasia akan membina dua loji tenaga nuklear yang mampu menjana 1,000 megawatts setiap satu. Loji pertama dijadual beroperasi pada 2021 manakala yang kedua setahun kemudian. 'Tidak pasti' Chin juga dilaporkan berkata semalam bahawa Agensi Nuklear Malaysia akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu. Ditanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia, dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti. "Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar. "Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti," katanya. Minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia. Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal. Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an. 'Jangan percaya SMS'Muhyiddin juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun. Menyifatkan penyebaran sms itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini. Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut. "SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak. "Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa," katanya. | Pendakwaan malang Anwar Ibrahim Posted: 15 Mar 2011 04:17 AM PDT
| Radiasi nuklear Jepun akan tiba di Malaysia? Posted: 15 Mar 2011 04:16 AM PDT
| Umno nodai hak istimewa orang Melayu Posted: 15 Mar 2011 04:14 AM PDT
| Demo: Pakatan Rakyat Perak buat laporan polis Posted: 15 Mar 2011 04:12 AM PDT
| Tahyul: PAS mahu libatkan ahli agama tapis filem Posted: 15 Mar 2011 04:08 AM PDT
| Kerajaan Umno-BN Elak Jawab Isu Rasuah, Akui Masih Gunakan Surat Sokongan Posted: 15 Mar 2011 04:04 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno-BN masih lagi mengelak daripada menjawab soalan berkenaan rasuah yang dilemparkan oleh wakil Pakatan Rakyat di parlimen, sebaliknya memberi alasan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada angka atau indeks yang dikeluarkan oleh pihak ketiga. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata soalan beliau kepada Perdana Menteri semalam adalah bertujuan untuk mengenalpasti tindakan kerajaan dalam usaha untuk membasmi kadar rasuah yang semakin serius di setiap agensi kerajaan terutamanya isu pemberian tender-tender kerajaan secara runding terus ataupun melalui sokongan pegawai atasan. Soalan beliau semalam berikutakan anggaran Perunding Morgan Stanley yang menyatakan Malaysia telah kehilangan USD100 bilion akibat rasuah sejak tahun 1980. "Anggaran yang dikeluarkan oleh perunding tersebut perlu diambil serius dan kerajaan tidak boleh menganggap ia hanyalah sebagai andaian semata-mata kerana angka akibat amalan rasuah itu adalah amat besar dan dalam tempoh 20 tahun kerajaan telah kehilangan USD100 bilion disebabkan oleh rasuah," jelas beliau. Kata beliau, kegagalan kerajaan menggunakan perangkaan tersebut sebagai satu aras petanda kehilangan dana negara akan menyebabkan usaha kerajaan untuk mengatasi gejala rasuah dalam agensi kerajaan sukar dicapai. Melalui jawapan bertulis, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut memberitahu, kerajaan tekad dan komited dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang bebas dari rasuah. Nazri juga memberitahu, beliau tidak menolak fakta bahawa masih terdapat amalan pemberian surat sokongan oleh ahli-ahli politik untuk mempengaruhi dan memintas dasar serta tatacara standar kerajaan dalam mendapatkan kontrak berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 8 Mac, 2010. Kamarul seterusnya berkata, beliau bersetuju dengan usaha kerajaan yang ingin mengatasi aktiviti rasuah tetapi dalam masa yang sama beliau turut menekankan perlunya kesungguhan kerajaan untuk meliputi semua lapisan pagawai mahupun pemimpin politik. Tambah beliau, amalan rasuah paling dapat dilihat paling ketara setiap kali berlakunya Pilihanraya kecil (PRK) yang mana bukan hanya pegawai bawahan yang mengamalkan rasuah malah ia melibatkan pucuk pimpinan tertinggi di dalam kerajaan dan juga Umno. "Sikap SPRM yang gagal mengambil tindakkan amalan rasuh PRK ini akan memperlihatkan wang negara akan terus meningkat kehilangannya, jika dalam masa 20 tahun kehilangan USD100 bilion dan tidak mustahil dalam tempoh 5 tahun boleh mencecah USD200 bilion," tegas beliau lagi. | Nasib Penduduk Kg Baru Terus Dibela PR Posted: 15 Mar 2011 04:03 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus komited mempertahankan hak penduduk Kampung Baru walau dengan apa cara sekalipun. Wakilnya, Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, semangat perjuangan dan peruntukan undang-undang sedia ada akan digunakan sepenuhnya supaya tanah Kampung Baru kekal menjadi milik mereka yang hak ke atasnya. " Saya mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat, kami berjanji atas nama Allah SWT, atas nama kemanusiaan, kita bersama dengan penduduk Kampung Baru Beliau berkata demikian pada majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi. Program anjuran Sekretariat pembangunan Kampung Baru (SPKB) malam tadi sepatutnya dihadiri oleh semua ahli parlimen Malaysia, BN dan Pakatan Rakyat, namun Bercakap tentang hal itu, Salahuddin berkata, ia sememangnya satu petunjuk jelas tentang sikap ahli parlimen BN dalam membela nasib rakyat. "Mengapa mereka tidak datang, mengapa mereka tidak berani berdepan dengan rakyat dan mempertahankan tanah Kampung Baru ini? Saya cuma mahu katakan satu sahaja, hari ini kita dapat menilai berapa bernilainya satu kerusi dalam parlimen,"katanya lagi. Majoriti pemilik dan pewaris Kampung Baru menolak Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dan mahukan rang undang-undang itu ditarik balik. Walau bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin sebelum ini mendakwa 90 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan rang undang-undang berkenaan. Namun beliau kemudiannya menyatakan hasrat kerajaan untuk menangguhkan perbahasan (RUU PPKB 2010) dalam sesi Parlimen bermula 7 Mac hingga 7 April ini. Bacaan kali pertama RUU itu sebelum ini dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, Disember tahun lalu. Hakikatnya, keputusan kerajaan itu tidak memenuhi aspirasi penduduk Kampung Baru yang mahukan rang undang-undang tersebut dibatalkan. Oleh yang demikian ujar Salahuddin, tiba masanya untuk rakyat Kampung Baru bangkit dan tidak diperkotak-katikkan oleh mereka yang mempunyai kuasa dan Nasihatnya, di samping ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat bekerja keras untuk membantu penduduk Kampung Baru di parlimen, penduduk juga harus menguatkan " Selagi ada inci tanah dalam negara kita ini, selagi ada ruang undang-undang dan inci tanah yang menjadi hak kita, selagi ia termaktub dalam perlembagaan,kita gunakan untuk perjuangkan hak tuan-tuan," luah Salahuddin lagi. Meskipun katanya, tentangan hebat akan diterima gagasan itu dalam parlimen Malaysia kerana jumlah undi BN yang lebih tinggi untuk meluluskan rang undang-undang, perjuangan tidak akan berahir semudah itu katanya. " Itu tidak mengapa (BN menang undi dalam parlimen), kita masih ada Allah SWT, kita masih ada perjuangan. Kita ada anak muda pada hari ini untuk kita jatuhkan mereka secara demokratik, kita gunakan jari-jemari kita untuk jatuhkan mereka pada pilihanraya akan datang," katanya. | Baginda Pula Jelajah 'Bongkar' Ummi Hafilda Posted: 15 Mar 2011 03:59 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London, lapor Malaysiakini. Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini. Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar. Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang. Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit. Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. | Rosmah Patut Minta Maaf Beri Kenyataan Dangkal Isu Tsunami Jepun Posted: 15 Mar 2011 03:57 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor digesa meminta maaf kepada rakyat serta kerajaan Jepun kerana kerana mengeluarkan kenyataan dangkal berkenaan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun hingga menjadi tajuk utama portal berita antarabangsa, CNN. Dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata Rosmah juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memalukan nama negara di mata masyarakat antarabangsa. "Akibat komennya yang dangkal, seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia. Ini lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia," kata beliau. Beliau yang juga Ketua Wanita Keadilan mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa tragedi yang menimpa negara Jepun merupakan sesuatu yang berada di luar kawalan manusia malahan rakyat Jepun berhak dipuji atas sikap tenang serta menerima malapetaka ini dengan penuh kesabaran. Zuraida seterusnya berkata, kenyataan Rosmah itu bukan sahaja memalukann tetapi juga bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Umno-BN Malaysia kononnya beliau banyak membantu hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara lain sebagai 'First Lady'. "Najib harus mengawal Rosmah kerana beliau telah melampaui batasan sebagai seorang isteri PM. Jadi, kita takut dia akan memalukan kerajaan Malaysia. Hari ini terbukti bahawa Rosmah telah terang-terangan telah memalukan kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia dengan kenyataan dangkal mengenai bencana tsunami di Jepun," tegas beliau. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyuarakan rasa terkejutnya kerana kenyataan Rosmah itu berbunyi seolah-olah Rosmah mewakili suara keseluruhan rakyat Malaysia sedangkan peranan tersebut lazimnya diambil oleh PM. "Suami dia ada dalam kabinet, ada dalam Parlimen, biar suamilah buat kerja. Ini yang dia masuk campur dan lazimnya setiap kali dia membuak mulut, akan jadi masalah pada kerajaan. Jadi, kita amat kesal dan kita minta kalau boleh dia duduk diamlah, buatlah peranannya sebagai seorang isteri, bukan sebagai seorang pemerintah," tegas beliau lagi. | CHRI: Malaysia cabul hak asasi manusia Posted: 15 Mar 2011 03:55 AM PDT TVS NEWSKUALA LUMPUR : Malaysia gagal mengotakan janjinya untuk memperbaiki rekod hak asasi, di sebalik dilantik menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kata sebuah laporan antarabangsa. Menurut kumpulan Insiatif Hak Asasi Komanwel (CHRI), Malaysia bukan sahaja meneruskan undang-undang kuku besi tetapi gagal mempertahankan hak kumpulan tertindas yang dijanji negara ketika dilantik ke majlis PBB pada 2006. "Di sebalik ikrar Malaysia bagi menyokong tindakan antarabangsa bagi memperjuangkan hak mereka yang tertindas termasuk kanak-kanak, pelarian, pencari suaka politik, pendatang asing sama ada sah ataupun tidak, - golongan itu terus merana manakala perkahwinan kanak-kanak pula berlarutan," petik laporan itu. Apabila dilantik, kata laporan CHRI, Malaysia menunjukkan bagaimana negara itu berjaya mengimbangi keperluan keselamatan dan pada masa yang sama menegakkan hak asasi. Namun sepanjang tempoh masa Malaysia menganggotai majlis itu, Akta Keselamatan Dalam Negara digunakan ke atas ahli parlimen pembangkang, Teresa Kok, seorang wartawan yang melaporkan kenyataan rasis oleh ketua bahagian Umno dan seorang bloger, Raja Petra Kamaruddin, kata laporan itu lagi. Memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya di majlis PBB itu pada 2009, Malaysia terus menyalah-gunakan ISA bagi menyekat kebebasan beragama dengan menangkap sembilan rakyat asing yang didakwa menghadiri mesyuarat Syiah pada Januari tahun lalu. Menurut laporan itu, terdapat bukti pencabulan penggunaan Akta Hasutan ketika Malaysia menduduki kerusi majlis itu apabila aktivis seperti Wong Chin Huat ditangkap mengikut ISA kerana menganjurkan orang ramai supaya berpakaian hitam ketika rampasan kuasa di Perak. -Malaysiakini- | Ean Yong Gesa SPRM Bebaskan Beng Hock Posted: 15 Mar 2011 03:52 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock, bahawa EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah meminta beliau melepaskan mendiang pada malam bekas setiausaha politik itu disoal siasat. Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM, Hairul Ilham Hamzah berkata Ean Yong turut mempersoalkan mengapa siasatan perlu diteruskan pada malam 15 Julai 2009 dan meminta supaya Beng Hock dibenarkan pulang. Bagaimanapun, Hairul Ilham berkata beliau tidak dapat membenarkan Beng Hock pulang berikutan soalsiasat belum selesai. "Saya memaklumkan kepada Ean bahawa siasatan terhadap Teoh akan dibuat secepat mungkin dan memberitahu beliau saya akan melepaskan Beng Hock sebelum pukul 5 pagi," katanya. Ketika disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud mengapa Hairul membuat keputusan sedemikian, Hairul Ilham berkata dalam kes SPRM, kebanyakan saksi adalah penting. "Sekiranya saksi dilepaskan, kemungkinan mereka akan mereka-reka cerita dan jikalau saksi ditahan akan mengurangkan potensi saksi untuk berbuat demikian," katanya. Ketika disoal Awang Armadajaya bagaimana Hairul Ilham mengetahui akan kehadiran Ean Yong, Hairul Ilham berkata beliau dimaklumkan oleh pengawal keselamatan iaitu Amran bahawa berlaku kekecohan di ruang legar utama di pejabat SPRM di tingkat 14, Plaza Masalam. "Saya dimaklumkan berlaku kekecohan di ruang legar utama pada pukul 11.45 malam (15 Julai 2009) dan apabila saya ke tempat itu saya dapati Ean Yong dan beberapa lelaki dan perempuan berbangsa Cina yang tidak dikenali berada di situ dan pada waktu itu juga Ean meminta saya melepaskan Teoh," katanya. Hairul Ilham memberitahu pada waktu itu beliau tidak perasan sama ada Ean Yong membawa peguamnya, M.Manoharan. Beng Hock, 30, bekas setiausaha politik EXCO Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas disoalsiasat semalaman oleh SPRM. | Penduduk LBJ Peroleh Injuksi Halang DBKL Roboh Rumah Posted: 15 Mar 2011 03:49 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Penduduk Ladang Bukit Jalil berjaya mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang DBKL merobohkan penempatan yang didiami mereka sejak tahun 1930. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga peguam hak asasi manusia, N. Surendren berkata injuksi itu diperolehi semalam justeru memberikan masa 21 hari untuk menghalang pihak DBKL daripada meneruskan usaha perobohan penempatan penduduk. Beliau juga mengecam tindakan DBKL yang menggunakan Ordinance Kecemasan yang bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Negara untuk menafikan hak rakyat. "Salah satu alasan utama perolehan injunksi ini adalah kerana DBKL menggunakan Ordinan Kecemasan 1969 untuk cuba merobohkan penempatan ini. Ia salah kerana ia bukan penempatan haram untuk menggunakan ordinan tersebut. Mereka telah berada di sini beberapa generasi. "Kedua, penggunaan ordinan itu sendiri adalah tidak berperlembagaan dan bercanggah di sisi undang-undang. Ini adalah undang-undang dari tahun 1969 dan digunakan untuk rusuhan 13 Mei 1969. Atas alasan itu hakim memberi kebenaran kerana penduduk di sini ada hak," jelas Surendren. Sebelum ini, DBKL telah mengeluarkan notis untuk merobohkan penempatan pada 15 Mac melibatkan 40 buah keluarga dan sebuah sekolah Tamil. Pengusiran secara paksa tersebut didakwa melanggar Artikel 11 (1), Kovenan Hak Asasi Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan dan Artikel 25, Deklarasi Hak Asasi Sejagat. Susulan itu, demostrasi hari ini mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail agar menyelesaikan tuntutan mereka pada kadar segera namun tidak mendapat sebarang respon. Menurut Surendren lagi, kerajaan telah berjanji untuk membina rumah teres di kawasan itu sejak 1976 selepas diambil alih daripada syarikat swasta, namun tiada penyelesaian sehingga kini. Dalam pada itu peguam yang dilantik masyarakat Bukit Jalil, Faadiah Nadwa Fikri menjelaskan injunksi tersebut diperolehi lewat petang semalam dan telah dihantar kepada DBKL awal pagi tadi. Beliau turut mengucapkan tahniah atas kerjasama penduduk memperjuangkan kepentingan masyarakat agar tidak ditindas mana-mana pihak. "Tahniah dan syabas di atas perjuangan penduduk Bukit Jalil kerana kita telah berjaya mendapat perintah injunksi menghalang Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada datang untuk merobohkan secara haram penempatan Bukit Jalil pada hari ini," katanya. | Bekas OCPD Diarah Bayar RM200 Ribu Posted: 15 Mar 2011 03:42 AM PDT TVS NEWS KUANTAN : Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu lapor Harakah Daily. Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi. Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri. Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam. Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap. Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut. Dr Hatta yang juga Bendahari PAS Pusat dan ahli Parlimen Kuala Krai, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan. | Isu DNA: Zaid Ibrahim jadi alat Umno, kata Anwar Posted: 15 Mar 2011 03:41 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra SHAH ALAM — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebagai "alat Umno" apabila meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR itu menyerahkan sampel DNA secara sukarela dalam liwat yang dihadapinya sekarang. Kata Zaid, dengan menyerahkan DNA ia akan membantu Anwar membuktikan yang beliau tidak bersalah, sekali gus menaikkan kredibilitinya. Beliau yang keluar PKR hujung tahun lalu berkata, orang ramai merasakan sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang pemimpin enggan memberikan bukti bagi membersihkan namanya sendiri. Menurut Anwar (gambar), beliau enggan menyerahkan sampel DNA kerana bertindak berdasarkan fakta dalam kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari sebagai mangsa dalam kejadian itu. "Itu pendapat beliau (Zaid) mewakili Umno, buat apa nak ikut cakap beliau. "Saya melihat dari segi undang-undang dan fakta," jawab beliau ringkas pada sidang media selepas program Wacana Ekonomi - Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara di sini. Semalam, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau. Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu. | Tunang Teoh setuju ditemu bual pakar psikiatri forensic Posted: 15 Mar 2011 03:40 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Soh Cher Wei, tunang mendiang Teoh Beng Hock, telah bersetuju untuk ditemu bual oleh pakar psikiatri forensik di Melaka, demikian menurut Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian bekas pembantu seorang anggota exco kerajaan Selangor itu. Setiausaha suruhanjaya Datuk Saripuddin Kasim berkata Soh telah mengemukakan beberapa syarat kepada suruhanjaya sebelum ditemu bual, antaranya keseluruhan temu bual tersebut mesti dirakamkan dengan menggunakan kamera video dan peguam beliau harus hadir bersama sepanjang sesi temu bual tersebut. Beliau berakta dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa suruhanjaya turut menghubungi abang kepada Teoh, Teoh Meng Kee, semalam dan beliau telah memaklumkan bahawa segala perbincangan berhubung perkara itu perlu dibuat melalui peguam yang mewakili keluarga mereka, Gobind Singh Deo. Sebelum ini Pengerusi suruhanjaya itu Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen meminta tiga pakar psikiatri iaitu perunding forensic psikiatri Hospital Permai Johor Dr Bada''iah Yahya, pakar perunding psikiatri Kementerian Kesihatan Dr Nor Hayati Ali dan Pengarah Hospital Permai Johor Dr Benjamin Chan, menemu bual Soh dan rakan media kerana Teoh sebelum ini bekerja sebagai setiausaha akhbar. Ketiga-tiga pakar psikiatri itu diperlukan untuk membantu suruhanjaya bagi mengenal pasti sifat dan sikap Teoh. Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Suruhanjaya siasatan itu dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka. | Gempa Jepun: 43 staf UTHM termasuk empat gagal dikesan selamat Posted: 15 Mar 2011 03:39 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR— Kesemua 43 kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang menuntut di Jepun termasuk empat yang dilaporkan gagal dikesan kini disahkan berada dalam keadaan selamat. Menurut Pegawai Perhubungan Awam UTHM Shafry Salim, pihaknya telah berjaya menghubungi kesemua 43 kakitangan yang menuntut di Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami paling buruk Jumaat lalu. "Pihak UTHM telah berkomunikasi dengan kesemua kakitangan yang berada di sana dan mereka telah mengesahkan keadaan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata daripada jumlah itu hanya dua kakitangan iaitu Nabilah Ibrahim yang menuntut di Universiti Tohoku dan Mohammad Kamil Abdullah (Universiti Iwate) yang berada di kawasan itu. "Daripada jumlah tersebut (43 orang) hanya dua orang kakitangan UTHM yang berada di wilayah yang yang dilanda bencana iaitu Nabilah dan Mohammad Kamil. "Kedua-dua mereka telah pun dihubungi dan memaklumkan situasi mereka yang berada dalam keadaan selamat," katanya. Tambah Shafry, pihaknya akan terus memantau perkembangan yang berlaku di Jepun demi memastikan keselamatan kakitangan berada di tahap terbaik. "UTHM sedang merancang untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada kedua-dua mereka demi memastikan pengajian mereka tidak terjejas. "UTHM akan terus memantau secara rapat perkembangan di Jepun demi memastikan keselamatan dan kebajikan staf yang berada di sana di tahap yang terbaik," katanya. Semalam The Malaysian Insider melaporkan UTHM gagal mengesan empat kakitangannya yang belajar di Jepun. Kesemua kakitangan itu ditaja oleh pihak universiti dan ada yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Pada Jumaat lalu, Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami - memusnahkan kawasan timur laut negara itu. Kawasan Fukushima, antara bahagian paling turuk dilanda gempa bumi dan tsunami. | Lima sekeluarga keracunan akibat makan cendawan tahun Posted: 15 Mar 2011 03:34 AM PDT BERNAMA ALOR SETAR — Akibat memakan cendawan tahun yang tumbuh di tepi sebuah terusan, lima sekeluarga di Kota Sarang Semut dekat sini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang semalam selepas mengalami sakit perut dan muntah yang teruk. Mahdzir Baharom dan isterinya serta tiga anak mereka dipercayai mengalami keracunan makanan selepas memakan cendawan itu tengah hari semalam. Cendawan tahun ialah sejenis cendawan yang tumbuh beberapa hari selepas berlakunya petir dan hujan lebat di sesuatu kawasan dan dipercayai tumbuh setahun sekali sahaja dan selalunya tumbuh di kawasan ladang kelapa sawit, getah atau kawasan berbusut. Mahdzir, 53, yang merupakan pesara tentera ketika ditemui di HSB hari ini berkata dia menjumpai cendawan itu yang tumbuh di tepi Terusan Wan Mat Saman. "Semasa saya pulang dari pekan Kota Sarang Semut, saya terlihat cendawan itu tumbuh subur di tepi terusan itu dan mengambilnya...hanya lauk itu sahaja makanan kami sekeluarga untuk tengah hari semalam," katanya. Katanya dia berasa pening ketika menunggang motosikal untuk berniaga ais kacang dari rumah ke rumah dan kemudiannya muntah-muntah dan mengambil keputusan pulang ke rumahnya di Taman Impian dan ketika sampai di rumah dia lihat isteri dan tiga anaknya juga mengalami keadaan yang sama. "Memandangkan keadaan semakin teruk, saya menghubungi abang untuk meminta bantuan, dia (abang) menghubungi polis dan ambulans dan membawa kami ke hospital," katanya. Isterinya, Faridah Yusof, 50, telah dibenarkan keluar dari hospital malam tadi manakala tiga anaknya Siti Nur hidayah, 22, Siti Nor Bazuri, 17, dan Syafikah, 13, masih di rawat di hospital yang sama. Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata mereka disahkan mengalami keracunan makanan dan keadaan mereka kini stabil dan menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika makan cendawan yang tumbuh liar di sesuatu kawasan. | Radioaktif: Rakyat Jepun, warga asing di Tokyo mula panik Posted: 15 Mar 2011 03:32 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER TOKYO — Tokyo diselubungi perasaan panik selepas kerajaan mengesahkan paras radioaktif di sekitar kawasan timur laut negara itu yang dilanda gempa bumi, menyebabkan sebahagian kecil penduduk mula meninggalkan ibu negara Jepun itu. Laporan dari Jepun juga menyebut penduduk tempatan mula menambah simpanan stok keperluan rumah. Beberapa kedutaan asing juga menasihatkan kakitangan dan rakyat negara masing-masing agar meninggalkan tempat-tempat yang terjejas dan syarikat-syarikat multinasional juga mengambil langkah sama ada menggesa kakitangannya menjauhi kawasan terbabit atau menimbang untuk memindakan mereka ke luar Tokyo. Menggambarkan perasaan panik di kalangan warga kota Tokyo, tinjauan Reuters hari ini menunjukkan Don Quixote, kedai 24 jam di daerah Roppongi telah kehabisan radio, lilin, tin-tin minyak dan beg tidur. Terdahulu Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radiasi pada kadar yang tinggi di kawasan timur laut yang menempatkan loji-loji tenaga nuklear. Pelancong-pelacong asing seperti Christy Niver dari Egan, Minnesota berkata mereka mengalami pengalaman menakutkan dan mahu meninggalkan Tokyo segera. Anak perempuannya berusia 10 tahun, Lucy kelihatan lebih tegas untuk meninggalkan Tokyo. "Saya takut. Saya sangat takut, saya lebih rela hadapi tornado," katanya. "Saya mahu tinggalkan (kawasan ini)," katanya lagi. Pasukan Czech Symphony Orchestra juga meninggalkan Tokyo dengan bas menuju wilayah Ishikawa di sebelah barat Jepun selepas konsert mereka di sini dibatalkan. "Sebahagian mahu kembali ke kampung halaman mereka selepas gempa bumi, tetapi sukar untuk mendapatkan tiket bagi seratus orang sekarang," kata Hitomi Sakuma, pemain piano. Bank utama Amerika Syarikat, Citigroup juga berkata pihaknya secara konsisten memaklumkan pekerjanya berhubung perkembangan semasa tetapi belum ada arahan supaya memindah keluar mereka dari Tokyo. Beberapa wartawan antarabangsa yang membuat liputan di kawasan bandar raya Sendai, yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 10,000 orang, juga meningalkan kawasan tersebut. Pejabat Michael Page International, syarikat perkhidmatan pengambilan pekerja Britain di sini, juga ditutup selama seminggu. "Saya akan pergi ke Singapura esok dan akan bekerja dari pejabat kami di Singapura," kata seorang pekerjanya. Agensi berita Kyodo kadar radiasi setiap minit juga dikesan di Tokyo dengan paras radiasi di Saitama dekat ibu negara Jepun itu sekitar 40 kali lebih tinggi berbanding paras normal - tidak cukup untuk menyebabkan kemudahan ke atas orang ramai tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan rasa panik. Sekitar 12 juta orang tinggal di kawasan metropolis itu. Angin sedang menerbangkan secara perlahan-perlahan radiasi dari loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak kira-kira 240 kilometer ke utara Tokyo. | Royalti: Kelantan dakwa pindah kes salah, mahu kekal di bahagian dagangan Posted: 15 Mar 2011 03:31 AM PDT TERKINI Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Kelantan hari ini memfailkan permohonan agar kes tuntutan royalti minyak, yang difailkan Ogos lalu, dipindahkan semula ke bahagian dagangan Mahkamah Tinggi, bukannya didengar oleh bahagian sivil. Permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. Dalam permohonan yang dibuat menerusi Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa, kerajaan negeri Kelantan berkata pihaknya terkilan dengan keputusan memindahkan kes tersebut, yang dibuat secara pentadbiran dan tanpa pengetahuan atau persetujuannya. "Oleh yang demikian ia merupakan satu keputusan yang salah di sisi undang-undang, dan hendaklah diperbetulkan. "Saya telah seterusnya dinasihatkan oleh firma tersebut dan sesungguhnya percaya bahawa guaman ini hendaklah dipindahkan kembali ke Bahagian Dagangan selaras dengan Arahan Amalan No. 1 Tahun 1989 yang menyatakan panduan untuk menentukan perkara-perkara yang terangkum di bawah setiap bahagian dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," kata Husam dalam permohonan tersebut. Pada 30 Ogos lalu, kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 setahun sejak 2005. Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan. Sebelum ini, Husam berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah untuk menentukannya. Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia. Dalam permohonan hari ini, Husam berkata, kerajaan negeri Kelantan telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu dan hanya seorang defendan iaitu Petronas disaman. "Saya telah dinasihatkan oleh firma tersebut dan sesungguhnya percaya bahawa pembelaan telah difailkan oleh Petronas, yang mana Kelantan telah memfailkan jawapan terhadapnya. Kemudian, pliding telah ditutup. "Saya telah dinasihatkan oleh firma tersebut dan sesungguhnya percaya bahawa selepas pliding telah ditutup, kerajaan persekutuan pada atau kira-kira 16 November lalu memfailkan suatu permohonan untuk dicantumkan defendan kedua dalam guaman ini," kata Husam sambil menambah, Kelantan menentang permohonan percantuman tersebut. Permohonan menentang percantuman masih belum selesai, kata Husam lagi. Husam berkata pengurusan kes saman mereka telah ditetapkan pada 15 Disember lalu untuk memberikan peluang kepada Kelantan memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan percantuman tersebut. Permohonan percantuman itu kemudian ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Hakim Nalini Pathmanathan di Mahkamah Dagang pada 24 Januari lalu dan pihak-pihak terbabit diarahkan memfailkan dan saling bertukar hujahan bertulis masing-masing semasa pengurusan kes seterusnya pada 18 Januari. Walau bagaimanapun semasa menyerahkan hujahan bertulis pada 18 Januari, Husam dalam permohonannya hari ini menambah, pihaknya dimaklumkan bahawa guaman tersebut telah dipindahkan ke Bahagian Sivil Mahkamah Tinggi. "Ini (ketika itu) merupakan kali pertama Kelantan dan firma tersebut dimaklumkan berkenaan pemindahan tersebut," katanya. Husam berkata alasan yang diberikan ialah kerana ia melibatkan isu-isu perlembagaan dan hakim yang akan mendengar permohonan tersebut akan ditentukan kemudian. Husam menjelaskan pada 24 Februari Hakim Mohd Yusof di bahagian sivil telah menetapkan pendengaran permohonan percantuman pada 22 Mac ini dan memberikan arahan berkenaan pemfailan hujahan bertulisan pendengaran tersebut. "Saya telah dinasihatkan oleh firma tersebut dan sesungguhnya percaya bahawa setakat pengetahuan mereka, tiada satupun pihak dalam guaman tersebut telah memohon untuk pemindahan kes ini dari bahagian dagang ke bahagian sivil. "Pemindahan kes ini ke bahagian sivil oleh yang demikian tidak dibuat berikutan daripada suatu keputusan kehakiman selepas suatu permohonan rasmi oleh suatu pihak dalam kes ini," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan