Selasa, 15 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


misbahul munir

Posted: 15 Mar 2011 09:36 PM PDT

misbahul munir


Kempen Anti Saman Ekor di Perak (KASE)

Posted: 14 Mar 2011 04:22 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 15 Mar 2011 09:33 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading


Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu

Posted: 15 Mar 2011 06:33 PM PDT

Harakahdaily

KUANTAN, 15 Mac: Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta yang juga Bendahari PAS Pusat dan ahli Parlimen Kuala Krai, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.

P/S : PENGAJARE BAGI 'PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG' HOK 'TOK PAHE UNDANG-UNDANG'SENDIRI TANGGUNG LA.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 15 Mar 2011 09:22 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


PM Jepun sahkan loji bocor, paras sangat tinggi

Posted: 14 Mar 2011 11:14 PM PDT

PERTEMUAN YANG MEMBIMBANGKAN UMNO

Posted: 14 Mar 2011 10:58 PM PDT

Peningkatan Kadar Radiasi Reaktor 1000x ganda

Posted: 14 Mar 2011 09:37 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Mar 2011 09:18 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


‘Kami mahu perkhidmatan bas’

Posted: 15 Mar 2011 06:28 AM PDT


Sinar Harian 15 Mac 2011

TANAH MERAH JIMAH – Kira-kira 3,000 penduduk di sini merayu pihak bertanggungjawab membantu mereka dalam memperjuangkan hak memperoleh kemudahan perkhidmatan bas awam.

Penduduk mendakwa, sejak lima tahun lalu, perkhidmatan yang menawarkan pengangkutan bas itu tidak lagi beroperasi menyebabkan penduduk menghadapi kesukaran menyelesaikan urusan mereka.

Di samping itu, mereka juga hanya bergantung kepada kemudahan teksi namun kos tambang yang dikenakan terlalu tinggi.

Ketua Penduduk, Govindasamy berkata, ketiadaan perkhidmatan bas menyukarkan pergerakan penduduk dalam menguruskan banyak perkara lebih-lebih lagi untuk keluar ke bandar, pasar, klinik dan sebagainya.

Menurutnya, dahulu perkhidmatan bas ada di di kawasan ini tapi entah mengapa kira-kira lima tahun lalu, perkhidmatan itu dihentikan.

"Dahulu, ada perkhidmatan bas dari Sepang ke Port Dickson dan selepas perkhidmatan itu dihentikan, penduduk berhadapan banyak masalah," katanya selepas mengadakan satu perhimpunan aman di kawasan perumahan mereka, baru-baru ini.

Govindasamy menambah, sepanjang tempoh itu juga, penduduk tidak mempunyai pilihan lain untuk menggunakan kemudahan teksi walaupun ia mahal.

"Untuk ke Lukut, tambang sebanyak RM15 dikenakan sementara untuk ke Port Dickson, penduduk terpaksa mengeluarkan tambang sebanyak RM30. Itu baru laluan sehala dan tambang sama dikenakan teksi untuk penduduk pulang ke rumah.

"Ternyata jumlah ini amat membebankan. Pilihan lain pula, penduduk terpaksa menumpang mana-mana jiran atau kenalan yang mempunyai kenderaan, namun ia juga tetap mendatangkan masalah.

"Lebih mudah jika ada perkhidmatan bas, penduduk boleh merancang pergerakan mereka sendiri," katanya.

Sinar Harian difahamkan selepas perhimpunan secara aman ini selesai, satu mesyuarat bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) telah dilakukan dalam mengetengahkan permasalahan ini kepada pihak yang bertanggungjawab sekali gus membela nasib mereka. Dalam pada itu, penduduk di sini menaruh harapan yang tinggi agar masalah yang mereka hadapi akan dapat diselesaikan dengan segera bagi memudahkan mereka mengurus keperluan harian.

Sementara itu, penduduk di Ladang Sengkang turut berhadapan dengan masalah sama.

Ketua MIC, K Karpusamy berkata, pihaknya sudah berulang kali mengajukan permasalahan ini kepada banyak pihak, namun sehingga kini selepas hampir lima tahun berhadapan masalah perkhidmatan bas awam tidak menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, kira-kira tiga tahun lepas, perkhidmatan bas ada disambung semula selepas aduan dibuat, tetapi tidak sampai tiga bulan kemudahan itu dihentikan semula.

"Akibat daripada itu, penduduk di sini dan kawasan sekitar berhadapan pelbagai masalah.

"Orang dewasa mengalami kesukaran untuk keluar melakukan urusan sementara anak sukar bergerak untuk ke kelas tambahan dan lain-lain," katanya.

Menurutnya lagi, dahulu laluan Port Dickson-Pengkalan Kempas ada kemudahan bas awam, namun sejak beberapa tahun lalu, perkhidmatan itu dihentikan namun alasannya tidak pula diketahui.

"Setakat ini untuk keluar ke bandar atau pekan, penduduk yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa menumpang jiran atau menyewa kenderaan tersebut.

"Jika ada kemudahan bas, penduduk malah anak kami akan mudah untuk ke destinasi masing-masing lebih-lebih lagi untuk ke kelas tambahan yang diadakan pada waktu bukan sesi persekolahan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8868934.asp

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 15 Mar 2011 09:14 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


DAP BANQUET - DAP PUSAT BANDAR JOHOR BAHRU BRANCH

Posted: 15 Mar 2011 09:21 AM PDT

DAP PUSAT BANDAR JOHOR BAHRU BRANCH BANQUET 2011


A Grand Banquet was organized by DAP Pusat Bandar Johor Bahru Branch on Saturday night, 5th March 2011, at Sin Hui Bin Restaurant , Bandar Baru Permas Jaya. The Banquet was organized by YB En. Ong Kow Meng, the State Assemblyman for Senai. The theme was " ALTERNATIVE GOVERNMENT , VOICE OF THE PEOPLE "


Among the distinguished guests were YB En. Lim Kit Siang (MP for Ipoh Timor), YB En . Tony Pua Kiam Wee (MP for Petaling Jaya Utara), YB Miss Teo Nie Ching (MP for Serdang), YB Er Teck Hwa (MP for Bakri), YB William, YB Dr Boo Cheng Hau (State Assemblyman for Skudai), YB En. Gwee Tong Hiang (State Assemblyman for Bentayan), and YB Dr Mohammad Taslim (State Assemblyman for Maharani).

The occasion was also held in conjunction with YB Lim Kit Siang's 70th Birthday


 One for the album - YB Dr Mohammad and son, Mohd Azhar, with YB En. Lim Kit Siang.
YB Dr Boo  (right) and YB Er (left).

Thank you for the autograph YB on the book "The Right To Differ" ,
a biographical Sketch of Lim Kit Siang. 

 
The Organizing Chairman, YB Ong Kow Meng, on stage, with
distinguished guests ath VVIP table. 

 
 YB Tony Pua

 YB Gwee Tong Hiang


 YB Er Teck Hwa


YB Teo Nie Ching
 
YB Dr Mohammad Taslim
 
Happy Birthday YB Lim Kit Siang !!
 
YB Dr Mohammad with YB Tony Pua
 YB Dr Mohammad with Mr Lee Chin Choy, Chairman of DAP Johor  Jaya Branch.


 A young DAP member and supporter.
 




PAS LENGGONG

Posted: 15 Mar 2011 07:52 PM PDT

PAS LENGGONG


Itulah Harussani -Fatwa Ancak tak berani keluar

Posted: 14 Mar 2011 10:06 PM PDT

Pemuda Perak masih tunggu fatwa letak ancak
Harakahdaily

IPOH, 15 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menghantar surat kepada Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memohon diwartakan fatwa perbuatan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah program Projek Infra Bina Upaya (Ibu) di Kampung Guar, Manong pada 16 Oktober 2010 lalu.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, Pemuda PAS negeri terus terpanggil bagi mendapatkan penjelasan tersebut setelah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini mengeluarkan fatwa mengharamkan ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang Sungkai yang mana permohonan pihaknya masih belum terjawab sehingga berbulan-bulan.

"Kami merasa agak kesal kerana permohonan kami telah dipolitikkan dan telah meragukan kerana persoalan yang telah dikemukakan adalah perkara besar yang jauh lebih penting berbanding politik semata-mata.

"Dan ianya membabitkan seorang pemimpin besar dan akidah seorang Muslim ujarnya dalam surat berkenaan," ujarnya dalam surat berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya tidak akan memberikan jaminan bahawa perbuatan yang bertentangan dengan akidah umat Islam akan terus menjadi penyakit yang 'dibenarkan' oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ini, ujarnya kerana dengan tanggapan Pemuda PAS negeri bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sengaja membiarkan perkara itu terus berlaku.

"Akhirnya, sekali lagi kami merayu agar keikhlasan dan kekuatan Y.Bhg. Tan Sri bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di dalam perkara ini," ujarnya.

Tegasnya, perkara asas bagi seorang muslim yang sejati ialah akidah yang benar dan tidak dipesongkan.

Harapan Rakyat yang berpendapatan rendah.

Posted: 14 Mar 2011 10:03 PM PDT

Insurans: PAS mahu jumpa Bank Negara
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Mac: PAS melalui NGO Gerakan Bela Rakyat (Bela) akan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendesak satu mekanisma terbaik diusahakan bagi menangani isu caj insurans yang 'tidak masuk akal'.

Pengerusi Bela, Salahuddin Ayub berkata, selain Bank Negara, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan.

Tindakan itu katanya dibuat ekoran tiada sebarang perkembangan positif dari pihak terbabit walaupun Bela memperjuang isu itu sejak Ogos tahun lalu.

"Oleh kerana tiada apa-apa perkembangan positif, Bela akan mengadakan pertemuan dengan pihak Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan.

"Kita desak agar satu mekanisma penyelesaian disegerakan agar kadar insuran tidak membebankan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Harakahdaily.

Khamis lalu, isu caj insurans melampau dan manipulasi pembelian insurans ini hangat dibincangkan di Dewan Rakyat.

Wakil rakyat masing-masing menggesa BNM mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas.

Mereka juga mendesak agar tindakan diambil terhadap syarikat-syarikat insurans yang didakwa mengambil kesempatan ke atas rakyat.

Selain itu, pengguna kini didakwa terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80 sebelum ini.

Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insurans tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj muatan sebelum boleh membeli perlindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka.



Posted: 14 Mar 2011 10:01 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Mar 2011 07:09 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Dr.George Chan Dan Datuk Bandar Miri Angkuh, Ingkar Peraturan !!!

Posted: 14 Mar 2011 11:48 PM PDT

More Anger in Miri Against George Chan!
Monday, March 14th, 2011 GMT – (From Sarawak Report)

George Chan, Deputy Chief Minister and President of SUPP, parks his car on the yellow line!

Hot on the heels of today's scenes in Miri where George Chan was booed and heckled by onlookers at the wet market and later at a coffee shop, we have been given a flavour of why his consituents can't stand the man! An angry reader from the Deputy Chief Minister's home town has sent Sarawak Report pictures of Chan's car and also the car of Miri's BN Mayor, Lawrence Lai Yew Son, parked on yellow lines without any danger of a ticket he says! The reader, who got a ticket himself in exactly the same spot, says he has seen both cars using the same position on a regular basis, which is how he got the photos so easily. The rest of us can only sympathise. Surely there is nothing more annoying than a law that the rest of us have to obey, but that those who made it flagrantly ignore? Parking in central areas is frustrating enough without getting a ticket and then seeing your leaders and representatives getting away scot free!

I make the laws, but it is for you to obey them not me!

Our reader laid out his fury in plain terms in his letter to us. He said that he had got a ticket earlier for parking in exactly the same spot in Jalan Ngo King Hi 339-353 at the Pelita commercial centre at Survey Supermarket. Yet he photographed the Mayor and George Chan's car parked in the same place on the same day and they received no tickets!

" I got a ticket from the city council before but not the "leader". I even went to the council office to complain but no action was taken"

Fumes our reader who also sent us a picture of the Mayor's car, parked he says just next to the parking attendant's tent!

Public servant or a man above the law? - Mayor's swish car is unscathed by ticketing

The complainant went on to tell us:

"Same goes to our Deputy Chief Minister, Mr George Chan. There were heaps of parking spaces around the area but they chose to park at an illegal place. I even asked the parking attendant why they didn't give ticket to them. The answer is "they are the boss". This is unfair to us and I just want to share this with everyone what a bad example our leaders "bosses" show us".

Our reader says it was not just for a short while that Chan parked either. He had drawn up outside an SUPP meeting which he attended for at least an hour or so!

Normal people get a RM 60 fine for parking on yellow lines, which are very little money indeed for the likes of George Chan, who has managed to make so much money out of his period in office. So, maybe the logic is that such a fine is not worth putting onto the cars of BN's YBs, since they are all so rich it would not be a deterrent!

If so, Sarawak Report might remind George Chan and his colleagues who flout the law that there is another penalty for such behaviour, which might be a little more painful for them to bear. This is the penalty against their reputation as worthy leaders and representatives, which may very well be executed on them at the upcoming election.

Hostile reception for George Chan in Miri!

The signs coming out of his very bad reception as he turned up to meet his constituents in the market do not bode well for him either. He was trying to act like a man of the people, but they are rightly worried about food price rises and petrol price rises, something that a guy who likes to dump his luxury cars on yellow lines is unlikely to worry about himself.


KEMARAHAN UMUM TERHADAP UMUM GEORGE CHAN DI MIRI SEMAKIN MENJADI!
Di Miri hari ini George Chan telah dicerca dan dicemuh oleh segelintir pemerhati di pasar basah dan seterusnya di sebuah kedai kopi, yang mana kami telah mengenalpasti mengapa kawasan pilihanrayanya semakin tidak tahan dengan gelagatnya!
Seorang pembaca yang berasal dari daerah kelahiran Timbalan Ketua Menteri itu telah menghantar gambar-gambar kereta Chan dan juga kereta Walikota BN Miri, Lawrence Lai Yew Son, yang diletakkan sembarangan di atas garisan kuning tanpa menghiraukan dikenakan saman trafik katanya!
Pembaca berkenaan, yang pernah disaman kerana meletakkan keretanya di tempat yang sama, mengatakan dia pernah melihat kedua-dua kenderaan menggunakan tempat yang sama kerap kali, yang membolehkan beliau mengambil gambar dengan mudah.
Kita mungkin mampu bersimpati. Jika kita tidak selesa kerana terpaksa akur dengan undang-undang, sedangkan para penggubal undang-undang telah sesuka hati melanggarinya, siapa yang tidak marah? Siapa yang tidak kecewa jika kita mendapati ada di kalangan pemimpin kita atau wakil kita meletakkan kenderaan mereka sesuka hati tanpa disaman!
Saya gubal undang-undang, tetapi andalah yang perlu mematuhinya, bukannya saya!
Menurut pembaca laman kami itu, beliau sebelum itu pernah disaman kerana meletakkan keretanya di tempat yang sama di Jalan Ngo Hing Kii 339-353 di Pelita Commercial Centre berdekatan dengan Survey Market. Namun beliau sempat mengambil gambar kereta George Chan dan Walikota Lai yang diletakkan di tempat yang sama pada hari yang sama tetapi tidak dikena sebarang saman!
"Saya disaman oleh Majlis Bandaran dahulu, tetapi "pemimpin" kami tidak mendapat apa-apa pun. Saya pernah pergi ke pejabat Majlis Bandaran untuk mengadu, tetapi mereka tidak mengambil apa-apa tindakan pun"
Si pengadu seterusnya memberitahu kami:
"Terdapat banyak tempat letak kenderaan di dalam bandar Miri tetapi mereka (George Chan dan Lai) memilih untuk meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. Saya juga bertanya dari atendan yang bertugas ketika itu, kenapa mereka tidak dikena saman. Jawapan yang saya terima adalah "mereka itu adalah bos". Ini sudah tak adil bagi setiap orang, mereka telah menunjukkan tauladan yang buruk".
Menurut pembaca kita itu lagi, kereta George Chan telah diletakkan di situ dalam jangka masa lebih sejam kerana Chan telah menghadiri mesyuarat SUPP di salah sebuah bangunan di situ!
Orang biasa akan dikenakan saman RM60 jika didapati bersalah meletakkan kenderaan atas garisan kuning, sejumlah wang yang amat kecil bagi orang seperti George Chan, yang dapat memperolehi wang yang banyak semasa beliau menjadi menteri!
Sarawak Report ingin, dengan hormatnya, mengingatkan George Chan dan rakan-rakan sejawatannya dalam kerajaan BN yang angkuh yang gemar melanggari undang-undang, masih ada lagi bentuk denda yang akan dikenakan ke atas mereka. Denda yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang harus mereka takutkan pada pilihanraya yang akan datang nanti.
Pada hari itu juga, beliau mendapat petanda yang tidak baik ketika beliau mengadakan kunjungan ke market yang berhampiran untuk bertemu dengan para pengundinya. Beliau cuba memperlihatkan dirinya sebagai seorang wakil yang sebenarnya kepada orang ramai di situ, tetapi dia mendapati kebanyak orang yang dia jumpai masing-masing mempertahankan hak-hak kepenggunaan mereka dengan menyatakan harga barang harian kian meningkat, tetapi langsung tidak dipedulikannya sebagai seorang yang gemar meletakkan kenderaan mewahnya sesuka hati.

PS: Dr Chan kamu tanya PAS bolehkah orang cina sokong PAS kalau letak calon Cina PAS dalam kawasan Miri? Kita yakin orang cina dan juga bumiputera sudah bersedia untuk menukar kerajaan BN di Sarawak nanti. Jadi kita boleh letak sesiapa saja jadi calon asal bukan perompak dan perampas tanah rakyat. PAS untuk Semua.
Kalau kita lihat gambar diatas menunjukan sebuah kenderaan YB yang parking sebarang di bandar Miri. jadi kita fikir sendiri beginikah pemimpin yang kita mahu pilih lagi dalam pilihanraya umum nanti? Mereka sendiri melanggar peraturan sedangkan rakyat yang selalu kena denda sekiranya mereka lakukan kesalahan kecil tapi bagi pemimpin BN mereka boleh melanggar peraturan sesuka hati mereka tanpa sebarang tindakan undang-undang dikenakan keatas mereka. Sekarang kita lihat sendiri jalanraya di Bandaraya Miri semakin sempit dan kopon tiket parking pun naik harga. Jadi yang terus jadi mangsa adalah rakyat sedangkan pemimpin BN dan kroni-kroninya bebas melakukan kesalahan tanpa bimbang akan sebarangan tindakan. Bah mari kita semua bersedia untuk mengubah semua ini denga memakah PAS dan PAKATAN Rakyat dalam piliharaya umum Sarawak nanti. Insy'Allah pasti ada kebaikian buat semua.






Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Mar 2011 03:43 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


"PAKCIK KAYO", DR HATTA.

Posted: 15 Mar 2011 02:26 AM PDT

KUANTAN - Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan. -HD

pautan sebelum http://dppwm.blogspot.com/2011/02/pakcik-kayo-dr-hatta.html

RAKYAT JEPUN & ASING MULA PANIK

Posted: 15 Mar 2011 02:12 AM PDT

TOKYO, 15 Mac — Tokyo diselubungi perasaan panik selepas kerajaan mengesahkan paras radioaktif di sekitar kawasan timur laut negara itu yang dilanda gempa bumi, menyebabkan sebahagian kecil penduduk mula meninggalkan ibu negara Jepun itu.


Laporan dari Jepun juga menyebut penduduk tempatan mula menambah simpanan stok keperluan rumah.

Beberapa kedutaan asing juga menasihatkan kakitangan dan rakyat negara masing-masing agar meninggalkan tempat-tempat yang terjejas dan syarikat-syarikat multinasional juga mengambil langkah sama ada menggesa kakitangannya menjauhi kawasan terbabit atau menimbang untuk memindakan mereka ke luar Tokyo.

Menggambarkan perasaan panik di kalangan warga kota Tokyo, tinjauan Reuters hari ini menunjukkan Don Quixote, kedai 24 jam di daerah Roppongi telah kehabisan radio, lilin, tin-tin minyak dan beg tidur.

Terdahulu Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radiasi pada kadar yang tinggi di kawasan timur laut yang menempatkan loji-loji tenaga nuklear.

Pelancong-pelacong asing seperti Christy Niver dari Egan, Minnesota berkata mereka mengalami pengalaman menakutkan dan mahu meninggalkan Tokyo segera.

Anak perempuannya berusia 10 tahun, Lucy kelihatan lebih tegas untuk meninggalkan Tokyo.

"Saya takut. Saya sangat takut, saya lebih rela hadapi tornado," katanya.

"Saya mahu tinggalkan (kawasan ini)," katanya lagi.

Pasukan Czech Symphony Orchestra juga meninggalkan Tokyo dengan bas menuju wilayah Ishikawa di sebelah barat Jepun selepas konsert mereka di sini dibatalkan.

"Sebahagian mahu kembali ke kampung halaman mereka selepas gempa bumi, tetapi sukar untuk mendapatkan tiket bagi seratus orang sekarang," kata Hitomi Sakuma, pemain piano.

Bank utama Amerika Syarikat, Citigroup juga berkata pihaknya secara konsisten memaklumkan pekerjanya berhubung perkembangan semasa tetapi belum ada arahan supaya memindah keluar mereka dari Tokyo.

Beberapa wartawan antarabangsa yang membuat liputan di kawasan bandar raya Sendai, yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 10,000 orang, juga meningalkan kawasan tersebut.

Pejabat Michael Page International, syarikat perkhidmatan pengambilan pekerja Britain di sini, juga ditutup selama seminggu.

"Saya akan pergi ke Singapura esok dan akan bekerja dari pejabat kami di Singapura," kata seorang pekerjanya.

Agensi berita Kyodo kadar radiasi setiap minit juga dikesan di Tokyo dengan paras radiasi di Saitama dekat ibu negara Jepun itu sekitar 40 kali lebih tinggi berbanding paras normal - tidak cukup untuk menyebabkan kemudahan ke atas orang ramai tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan rasa panik.

Sekitar 12 juta orang tinggal di kawasan metropolis itu.
Angin sedang menerbangkan secara perlahan-perlahan radiasi dari loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak kira-kira 240 kilometer ke utara Tokyo.

DESAK NAJIB SAMA RAIS SERAH DNA... ADA BERAN?

Posted: 14 Mar 2011 09:37 PM PDT

PKR, gandingan Pakatan Rakyat, akan menghidupkan kontroversi kes bunuh Altantuya Shaaribuu menerusi kempen di seluruh minggu depan untuk menyerang balas gesaan sekumpulan NGO yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA.


Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menolak gesaan kumpulan tersebut sambil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang seharusnya patuh untuk menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.

Begitu juga dalam kes dakwaan membabitkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) pula berkata partinya akan memulakan kempen DNA mereka minggu depan untuk membalas demonstrasi yang diadakan pertubuhan-pertubuhan terbabit semalam.

"DNA", kata beliau adalah singkat kepada "Datuk Najib Altantuya".

"Akan ada siri ceramah. Kami akan edarkan risalah untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam kes DNA dan saya merujuk kepada Datuk Najib Altantuya kerana DNA tidak merujuk kepada kes Anwar," kata beliau.

"Kami sudah sediakan kesemua dokumen yang relevan," katanya lagi.

Anwar juga berkata beliau tidak takut untuk menyerahkan sampel DNAnya tetapi khuatir tentang kaedah digunakan oleh pendakwa dalam menguruskan bukti kes.

"Mereka mendakwa saya takut tetapi ia hanya pedaya politik jahat. Ini permainan mereka dan sekarang mereka bergantung pada dubur seorang untuk mempertahankan kuasa politik," katanya.

SMS PASAL NUCLEAR EXPLODED DI JEPUN... BENAR KE??

Posted: 14 Mar 2011 07:24 PM PDT

Some idiot started sending out this fake SMS to everyone today :


Quote:

A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 am 2day. If it rains 2mor or later, dn't go outside, b sure tat u have rain protectors. It's acid rain. Dont let it touch u. u may burn ur skin, lose ur hair or have cancer. Pls pass, stay safe n remind everyone u know

The bad grammar and spelling aside, this SMS is full of nonsense.

1. There is no nuclear plant in Fukumi. In fact, as far as I can tell (on Google Maps), there is no such place as Fukumi in Japan!

2. The nuclear plant that is having trouble cooling down its reactors is the Fukushima Daiichi nuclear plant.

3. Two of Fukushima Daiichi nuclear plant's reactor buildings have already exploded - one on Saturday (Reactor 1) and one on Monday (Reactor 3). So there was not just one explosion. There was TWO explosions.

4. In both cases, it was caused by an explosive mix of hydrogen, oxygen and heat from the reactors. In both cases, only the walls and ceilings of the reactor buildings were blown away. The reactors themselves were not damaged by the blast.

5. The Fukushima Daiichi nuclear plant uses a completely different design from Chernobyl. It's a boiling water reactor (BWR). Chernobyl used the more dangerous RBMK (graphite moderated reactor) technology. So the Japanese reactors are not going to explode like Chernobyl, and nuclear scientists have said so.

6. Even if it somehow explodes like Chernobyl, any radioactive fallout will follow wind currents and will take days, if not weeks, to spread. In other words, it's not going to be raining down on you tomorrow...

7. Acid rain has nothing to do with nuclear fallout. We get acid rain all the time due to air pollution. As bad as acid rain is, it has not been proven to burn the skin, cause you to lose your hair or give you skin cancer.

WAJARKAH BIBLE BM DITAHAN?

Posted: 14 Mar 2011 06:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menyertai pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menegaskan penerbitan buku suci itu harus dihormati.


Ketika ditemui di bangunan Parlimen petang ini, Ahli Parlimen Bachok ini berkata, Islam mengiktiraf masyarakat Kristian di mana kitab Injil seharusnya dihormati dengan sewajarnya.

Menurut beliau, kitab Injil seharusnya dihormati tidak kira bahasa ia diterbitkan.

Katanya, beliau tahu bahawa kitab Injil juga wujud dalam tulisan Jawi, yang ada di negara ini pada masa sekarang.

"Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia.

"Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan," katanya.

Malah, Nasharudin juga menolak kebimbangan bahawa kitab Injil akan mendorong umat Islam menganut Kristian atas alasan bahawa mereka sebenarnya kuat akidah.

Katanya, setiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Nasharudin juga berkata, sensitiviti isu itu berkaitan dengan penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai sesuatu yang "rigid."

"Kemungkinan ia adalah disebabkan tafsiran yang terlalu rigid mengenai kalimah Allah yang menyebabkan isu ini. Tetapi, penahanan satu buku hanya kerana ia dalam Bahasa Malaysia, beranggapan bahawa ia mungkin menyebabkan penyebaran agama Kristian," katanya lagi.

Banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, menggesa Putrajaya tidak lagi menahan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia daripada dibawa masuk ke negara ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Mar 2011 03:38 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SYAITAN MENANGIS DEK KETUA PAS PEMUDA RASA

Posted: 15 Mar 2011 12:19 PM PDT


PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Cawangan Rasa iaitu saudara Badarul Hisyam bin Sahak kerana telah mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu 12 Mac 2011 lepas bersama muslimat dari Ajil, Terengganu, yang mengajar di PASTI Batang Kali (Liga Mas).

Diharap, setelah diberi amanah besar menjadi ketua rumahtangga, akan meningkatkan lagi semangat dan istiqomah dalam perjuangan didalam jemaah PAS agar pemuda dan cawangan PAS Rasa menjadi lebih kuat. Takbir!!!!!

POSTED BY MAZWANDI MUSTAFFA

Siti Zailah | Home

Posted: 15 Mar 2011 03:23 PM PDT

Siti Zailah | Home


BEBANAN TERHADAP RAKYAT DIBAWAH KERAJAAN BN

Posted: 15 Mar 2011 03:12 AM PDT

RAKYAT TERUS TERTEKAN DIBAWAH KERAJAAN BN.KENAIKAN HARGA BARANG MAKANAN,KENAIKAN HARGA MINYAK,KOS KEHIDUPAN YANG SEMAKIN MENINGKAT,KOS RUMAH YANG SEMAKIN MAHAL,SAMAN EKOR,KOS PENDIDIKKAN YANG SEMAKIN TINGGI MENYEBABKAN RAKYAT SEMAKIN TERTEKAN.GAJI YANG TAK NAIK,PURATA KENAIKAN GAJI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2010 HANYA 2.6 PERATUS SEDANGKAN NEGARA LAIN 3.2 PERATUS.KUASA BELI PENGGUNA TURUN 4 PERATUS JIKA BANDING DGN NISBAH GAJI DAN INFLASI ANTARA TAHUN 1990 HINGGA TAHUN 2009.
40 PERATUS RAKYAT MALAYSIA BERPENDAPATAN KURANG DARI RM1500 SEBULAN.
PURATA 3 DARI 4 KELUARGA YANG BERADA DALAM KATEGORI MISKIN ADALAH KELUARGA MISKIN ADALAH DARI KELUARGA MELAYU.
4 JUTA RAKYAT ORANG RAKYAT MALAYSIA BERPENDAPATAN KURANG DARI RM700 SEBULAN.

KOMPLEKS IMIGRESEN RANTAU PANJANG PERLU DIPERBESARKAN..

Posted: 15 Mar 2011 01:49 AM PDT

AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG MENCADANGKAN AGAR KERAJAAN MALAYSIA MEMBINA KOMPLEKS BARU IMIGRESEN YANG LEBIH BESAR AGAR DAPAT MENGATASI KESESAKAN JALAN ATAU LORONG PADA SETIAP HARI,APALAGI KESESAKKAN LEBIH TERUK PADA MUSIM CUTI UMUM ATAU MUSIM PERAYAAN.
SEPATUTNYA PEMBINAAN KOMPLEKS RANTAU PANJANG DIRANCANG UNTUK JANGKA PANJANG ,SELARAS DENGAN PERTAMBAHAN PENDUDUK,BILANGAN PENGUNJUNG YANG BERTAMBAH SETIAP HARI.
KERAJAAN JUGA DICADANGKAN AGAR MENGKAJI SEMULA DASAR YANG BARU DIKUAT KUASAKAN TERHADAP SEMUA PENGUNJUNG YG MELALUI KOMPLEKS IMIGRESEN DIMANA SETIAP HARI MESTI DICOP KELUAR MASUK SETIAP HARI,SEDANGKAN AMALAN BIASA DISINI IALAH PASSPORT HANYA BOLEH DICOP DALAM TEMPOH SEMINGGU.YANG RUGI IALAH RAKYAT TEMPATAN YANG TERPAKSA MEMBAYAR DIKAUNTER IMIGRESEN NEGARA THAILAND SETIAP KALI SEMASA COP KELUAR DARI NEGARA THAILAND TETAPI SEBALIKNYA RAKYAT THAILAND TIDAK TERLIBAT DGN APA APA BAYARAN MASA COP PASSPORT KELUAR DARI NEGARA MALAYSIA.DIHARAP KERAJAAN MENGKAJI SEMULA UNDANG UNDANG YANG MELIBATKAN PINTU MASUK DAN KELUAR DINEGARA KITA SUPAYA SELARAS DENGAN NEGARA JIRAN

APAKAH BENAR NEGARA KITA HEBAT?

Posted: 15 Mar 2011 12:51 AM PDT

MALAYSIA MENGALAMI PENURUNAN 26 MATA BAGI MARKAH KECEKAPAN MENTADBIR MENGIKUT LAPORAN FORUM EKONOMI DUNIA DARI TAHUN 2007 HINGGA TAHUN 2010.RM 28 BILION HASIL NEGARA KITA HILANG ATAU TIRIS SETIAP TAHUN,AKIBAT RASUAH DAN SALAH GUNA WANG.
DALAM BIDANG PENDIDIKAN, MALAYSIA BERADA DITANGGA YANG KE 57 PADA TAHUN 2010 DALAM SENARAI PEMBANGUNAN PENDIDIKKAN DUNIA JAUH TERBELAKANG DARI NEGARA KOREA SELATAN (12).HONG KONG(21),SINGAPURA(27)BERUNAI(37).DIPERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DARI TAHUN 2001 HINGGA 2009,HANYA 68.7 PERATUS YANG BERJAYA MENAMATKAN SEKOLAH MENENGAH DIMALAYSIA
BEGITU JUGA INDEKS DEMOKRASI DIMALAYSIA,MALAYSIA BERADA DITANGGA KE 71 DARI 167 BUAH NEGARA MENURUT LAPURAN ECONOMIC INTELIGENT UNIT.
KAJIAN JUGA MENDAPATI SEORANG DARI SETIAP 4 ORANG RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAMAT SEKOLAH MENENGAH DARI TAHUN 2001 HINGGA 2009.

KEZALIMAN DAN MAKSIAT MENGUNDANG BALA

Posted: 15 Mar 2011 12:26 AM PDT

PENGAJARAN DARI TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN,WALAUPUN NEGARA JEPUN MERUPAKAN GERGASI EKONOMI KETIGA TERBESAR DUNIA.AKHIRNYA DENGAN SEKELIP MATA NEGARA JEPUN RANAP DENGAN KUASA ALLAH.HOSNI MUBARAK YANG LEBIH 30 TAHUN BERKUASA DIMESIR AKHIRNYA TUDUH DIBAWAH KUASA RAKYAT DENGAN MELARIKAN DIRI BERSAMA USD70BILION.BEGITU JUGA DENGAN APA YANG BERLAKU DIMALAYSIA,SUATU PERINGATAN KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL,JANGAN MENGKHIANATI HAK RAKYAT SAMADA MEMBERI HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN SERTA ISU TANAH KAMPUNG BARU .DALAM TITAH KEBAWAH DULI SULTAN KELANTAN DALAM PROGRAM PEMBUKAAN PENGGAL KE4,PARLIMEN KE12,MEMINTA AGAR DISEGERAKAN ISU PENYELESAIAN ROYALTI ANTARA KEDUA PEHAK BAGI MENGELAKKAN PEMBAZIRN MASA DAN TUMPUAN BOLEH DIBERI KEPADA AGENDA PEMBANGUNAN

PERBAHASAN TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG

Posted: 14 Mar 2011 09:28 PM PDT

TERIMAKASIH TUAN YANG DIPERTUA KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA,UNTUK SAMA-SAMA MEMBAHASKAN TITAH TUANKU DALAM PEMBUKAAN PENGGAL KE4 MAJLIS PARLIMEN KE12.
TUAN YANG DIPERTUA,MENGINSAFI BETAPA SUSAHNYA RAKYAT MENANGGUNG BEBAN AKAIBAT KENAIKKAN HARGA BARANG TERMASUK HARGA BAHAN BAKAR DAN HARGA MAKANAN,MENGAKIBATKAN KUASA BELI RAKYAT SEMAKIN RENDAH ,TAMBAHAN PULA GAJI YANG TIDAK NAIK.CONTOH JANJI PM DLM PEMBENTANGAN BAJET YG LALU UNTUK MENAIKKAN ELAUN PENGAWAL KESELAMATAN,MAKLUMAT YANG DITERIMA SAMPAI HARI INI MASIH BELUM BERJALAN SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN.DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2010,KADAR KENAIKAN GAJI HANYA 2.6%,SEDANGKAN NEGARA LUAR SEHINGGA 3.2%.SEJUMLAH 34 PERATUS RAKYAT NEGARA INI BERPENDAPATAN KURANG DARI RM700 SEBULAN DIBAWAH PARAS KEMISKINAN.APA USAHA KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH DAN BERDEPAN PULA DENGAN HARGA BARANG YANG MAHAL?.
TUAN YANG DIPERTUA,SAYA INGIN PENJELASAN KENAPA KERAJAAN MENARIK SUBSIDI MAKANAN DENGAN ALASAN PENYELARASAN SUBSIDI,KALAU TIDAK NEGARA BAKAL BENGKRAP,SEDANGKAN DIMASA YANG SAMA RM19 BILION SUBSIDI GAS DAN RM4 BILION UNTUK KONSESI LEBUHRAYA DIPERUNTUKKAN SETIAP TAHUN.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 15 Mar 2011 03:22 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


Jom! Ramai-Ramai Pakat gi Belake

Posted: 15 Mar 2011 09:56 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 15 Mar 2011 01:34 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


PAS menang saman Ketua Polis RM200 ribu

Posted: 15 Mar 2011 04:46 AM PDT


KUANTAN 15 MAC : Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu lapor Harakah Daily.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAS tersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta yang juga Bendahari PAS Pusat dan ahli Parlimen Kuala Krai, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 15 Mar 2011 01:27 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Budaya Mengampu Di IPTA, Hasil Didikan Umno

Posted: 14 Mar 2011 05:24 PM PDT

Teguran Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli akademik supaya tidak terlalu berpolitik seperti ketam menyuruh anak berjalan betul. Punca ahli akademik jadi demikian kerana tingkah laku dan budaya politik Umno yang mengajar mereka. Setengah tindakan ahli akademik macam tindakan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Umno yang menyekat bantuan dan menyenaraikan hitam bantuan kerana menyokong Pakatan Rakyat.

Budaya politik Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib sudah mewarnai corak pemikiran ahli akademik di IPTA. Tindakan Hal Ehwal Pelajar ketika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bukti pemikiran primitif Umno yang bersarang di kalangan pentadbir, hatta bergelar profesor.

Ahli akademik yang mengampu kerajaan akan dinaikkan pangkat, walaupun merit akademik tidak layak. Ahli akademik yang kritis akan dipinggirkan dari kenaikan pangkat, walaupun kewibawaan mereka teruji. Sekarang Presiden Umno resah dengan budaya politik di kalangan ahli akademik terutama ketika setiap kali perlantikan Naib Canselor Universiti seperti budaya surat layang yang ada di dalam Umno menjalar ke universiti.

PAS menasihatkan Datuk Seri Najib tidak perlulah mengeluh dengan budaya buruk di universiti semuanya hasil didikan Umno kepada anak didiknya. Samalah juga Allah menimpa kepada Umno dengan wabak rasuah, kerana pemimpin Umno yang mengajar tingkah laku begitu sehingga menjadi barah tahap empat. Sekarang penyakit ini sukar untuk diubat, maka perkara yang sama juga akan berlaku di universiti. Yang mengajar budaya ini ialah pemimpin Umno ketika hendak melantik pimpinan universiti, maka sekarang sudah menjadi masalah kepada pemimpin Umno siapakah ahli akademik yang boleh dipilih untuk memegang jawatan tersebut, kerana semuanya hendak mengampu, kesannya tahap akademik terabai.

Judi : Muhyiddin tunjuk sikap sebenar Umno

Posted: 14 Mar 2011 05:20 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan Judi Loteri dinegeri Serambi Mekah itu. Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran.

Sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri beliau sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama dinegara ini yang mengharamkan judi.

PAS juga kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam. Mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka.

PAS juga yakin, kenyataan itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian dinegara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno-Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihanraya. Beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan. Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi.

PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi dinegara ini dan meminta maaf kepada Penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi. PAS juga memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang dibawah bidang kuasa mereka. Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja.

PAS menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi dinegara ini. Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 15 Mar 2011 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sidang DUN Melaka : ADUN Umno tanya soalan lapuk

Posted: 14 Mar 2011 10:16 PM PDT

Akibat terlalu berbangga dengan jumlah ADUN yang ramai dalam Dewan Undangan Negeri Melaka kecuali 5 ADUN dari DAP menjadikan ADUN-ADUN Umno dan BN hanya perlu membuat soalan lawak yang berulang kali cukup sekadar menampakkan ADUN tersebut aktif walaupun soalan itu adakalanya sudah lama dijawab atau tidak perlu dibangkitkan lagi. Itulah standard ADUN Umno dan silapnya ialah rakyat Melaka yang langsung tidak mahu membawa suara rakyat dalam sidang DUN Melaka itu sendiri.

Semasa mengemukakan soalan lisan oleh ADUN Sg.Rambai ( iaitu Datuk Hasan Abd.Rahman ) ketika sesi persidangan DUN Melaka baru-baru ini, beliau memohon agar Kementerian Pelajaran membenarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah untuk membawa telefon bimbit ke sekolah sebagai kemudahan menghubungi ahli keluarga untuk pulang ke rumah.

Soalan ini soalan lapuk sudah dibincangkan secara meluas baru-baru ini, tidakkah ADUN ini mengetahui atau sekadar memberikan soalan lisan sekadar untuk memanjangkan sesi dewan. Inikah masalah rakyat di DUN Sg.Rambai yang perlu diseerakan, sudah tidak adakah masalah rakyat lain di DUN beliau yang perlu ditangani segera?

Nasib baiklah ada rakan ADUN BN yang cerdik sedikit dari ADUN Sg.Rambai yang menjelaskan sebab-sebab larangan membawa telefon bimbit ke sekolah, jika tidak jadi sidang dewan haru-biru pulak d Melaka ni.

Buat pengetahuan ADUN Umno ini,larangan membawa telefon bimbit ke sekolah adalah memang dasar Kementerian Pelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2009 yang bertarikh 25 Mac 2009 bertajuk Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid Di Sekolah. Alasan kukuh dasar ini ialah ianya boleh membawa kepada banyak masalah disiplin seperti pergaduhan,kecurian,penyebaran maklumat lucah dan boleh mengganggu kelancaran proses pengajaran di sekolah.

Dalam PRK Merlimau baru-baru ini sebagai contohnya, pengundi masih tidak mahu menghantar wakil pembangkang yang kuat dalam DUN, perlu diingat jika bilangan ADUN BN semakin bertambah maka makin berkuasalah mereka untuk memfaraidkan harta rakyat.

5 ADUN DAP yang ada bertungkuslumus membawa serta mempertahankan harta rakyat daripada dibazirkan oleh Ali Rustam dan juak-juaknya tetapi amat terbatas suara mereke jika berkaitan dengan masalah yang berkaitan agama Islam seperti isu rasuah Majlis Agama Islam Melaka, penyalahgunaan masjid oleh Umno, harta pusaka dalam Islam, masalah akhlak masyarakat Melayu dan sebagainya.

Rakyat Melaka perlukan pembangkan dari kalangan orang Melayu, jadi dalam PRU13 nanti rakyat Melaka perlu memberikan kemenangan calon-calon Melayu sama ada dari PAS atau PKR untuk menjadi wakil rakyat dan membawa suara rakyat dalam Sidang DUN Melaka.

Tukar Tayar Baru

Speaker DUN Melaka 'gentar' dengan soalan pembangkang?

Posted: 14 Mar 2011 10:12 PM PDT

MELAKA: Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato' Othman Mohamad mengundang bantahan daripada pembangkang kerana mengehadkan kepada tiga soalan tambahan sahaja pada setiap soalan dan jawapan lisan yang dikemukakan.

Menurut Ketua Pembangkang, Goh Leong San yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kesidang (DAP) tindakan Speaker yang kononnya mengikut format di Parlimen itu tidak patut dilaksanakan kerana ianya menghalang tugas wakil rakyat membawakan suara rakyat.

"Keputusan speaker adalah tidak munasabah dan harus diubah keputusan itu kerana ianya boleh mengehadkan wakil rakyat untuk bersuara termasuk dari BN.

"Speaker sepatutnya beri kebebasan untuk bersuara tanpa perlu mengehadkan kepada hanya tiga soalan tambahan sahaja kerana perlu diingatkan semuanya adalah wakil rakyat yang dipilih rakyat semasa pilihan raya," katanya.

HARAKAH 9 - 12 RABIULAKHIR 1432 / 14 - 17 MAC 2011

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 15 Mar 2011 11:38 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Foto foto perlaksanaan hukuman hudud

Posted: 14 Mar 2011 09:44 PM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 15 Mar 2011 11:25 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT "PAS GANTI UMNO" - BESUT

Posted: 14 Mar 2011 09:45 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 15 Mar 2011 11:14 AM PDT

Batu Gajah Mari


Nizar ajak Aznil masuk PAS

Posted: 15 Mar 2011 07:42 AM PDT




Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin menyuruh Bob Lokman memujuk pengacara popular, Haji Aznil Nawawi menyertai PAS. Beliau juga berpesan kepada Aznil supaya tidak lagi mangajar anak-anak kecil berhibur hingga melalaikan mereka.

'Saya nak suruh Bob Lokman ajak Aznil masuk PAS. Udah-udah le ngajo budak-budak melompat-lompat', katanya ketika Ceramah Sensasi bersama Bob Lokman dan Ustaz Radzi Melissa di Kg Bahagia, Teluk Intan Semalam.

Ceramah itu dihadiri lebih 1000 orang. Rakyat yang hadir dihiburkan oleh bekas Vokalis Kumpulan Melissa, Ustaz Radzi. Beliau menyanyikan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Ceramah yang disampaikan oleh Pelawak terkenal dan penulis lirik isabela, Bob Lokman menggamit rakyat yang hadir. Auranya sangat kuat dan ceramahnya sangat menarik. Beliau menceritakan bagaimana beliau berubah serta meninggalkan dunia hiburan dan menyertai PAS.






Adun Changkat Jong, YB Anuar Sudin


Ustaz Melissa Menyampaikan lagu Cinta Untuk Nabi la


Hero Rakyat Perak


YDP PAS Kampar bersama YDP PAS Teluk Intan


kebanjiran rakyat


Dewan Himpunan Penyokong PAS




Bob Lokman teruja dengan Dato' Seri Nizar



Dato' Seri menyampaikan ceramah dengan penuh semangat


Dato' Seri Nizar diserbu rakyat

Habislah Ummi Hafilda, dia akan dibogelkan!!

Posted: 15 Mar 2011 06:02 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPYjCHCw_KYdT90u9OhivkSsod2KZJFT47xXdLF-fEO1ohpC3X8pFCEGMturoWf2gAYmxggTgt1wxyaKfkF0eJ6rQ968WfyzL5co8EjFhIm7s2txzOgufmjMjhNYQEGu_hLltu8UofP451/s1600/umi.jpg

KUALA LUMPUR 15 MAC : Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London, lapor Malaysiakini.

Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Amaran 'terakhir' Karpal kepada Utusan

Posted: 15 Mar 2011 12:45 AM PDT

Peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah.

"Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarrangan mahkamah pagi tadi.

Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang.

Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan.

Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya.

Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah.

Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung.

Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh.

Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara.

"Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu.
"Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi.

UMNO ni ngidam bulu Anwar ke???

Posted: 14 Mar 2011 08:07 PM PDT

oleh: angsanuri

Geli hati apabila melihat demontrasi yang dilakukan Umno di seluruh negara. Pastinya ada arahan yang meminta demontrasi itu diadakan. Siapa yang arah kita sendiri boleh fikir. Dari awal lagi rakyat Malaysia tahu kes ini bermotif politik. Perjalanan kes ini pun walaupun belum menuju ke penamat satu persatu mula terdedah watak dan dalang terlibat di sebalik kes ini.

Cukup hebat laungan dan sorak pemuda dan wanita Umno yang mengidam pada bulu Dato seri Anwar Ibrahim. Mengapa hanya bulu Anwar yang mereka tergila-gilakan? Macam mana dengan dua DNA asing yang turut ada dalam rektum Saiful? Mengapa hanya satu sahaja yang menarik minat pendakwaraya dan juga Umno yang dilabel lelaki Y?Bagaimana dengan dua DNA yang boleh dilabel Lelaki X dan Z? Boleh jadi juga DNA Ezam Md Nor atau DNA Ibrahim Ali atau siapa sahaja yang berkemungkinan?

Umno tahu DNA itu merupakan tali hayat mereka. Tanpa DNA itu mungkin masa depan Umno gelap dan berhadapan risiko kekalahan teruk dalam pilihanraya umum akan datang. Walaupun Anwar masih mempunyai bukti alibi bersama beberapa individu lain pada dakwaan masa kejadian, penolakan bukti DNA merupakan satu tamparan kepada pendawaraya dan Umno dalam kes ini.

Belum pernah dalam sejarah perundangan dan mana-mana mahkamah dunia tertuduh boleh dipaksa menyerahkan bukti DNA. Menjadi tanggungjawab pendakwaraya untuk membuktikan kes ini bukan pihak pembela dan tertuduh. Akta Keterangan yang didakwa oleh pendakwaraya dan pencacai Umno hanya melibatkan memberi sampel cop jari dan tandatangan sahaja dan bukan bukti DNA. Tak tahu lah mungkin kerana desakan dari Umno, mahakamah Malaysia akan sekali lagi memecahkan rekod dunia.

P/S : Bacaan dewasa sahaja...

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 Mar 2011 09:33 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


PENJELASAN KERJASAMA PAS DAN DAP - bahagian 2

Posted: 14 Mar 2011 04:52 PM PDT

Oleh : Ketua Dewan Pemuda PAS pusat

1. Maklum balas saya terima dari beberapa orang rakan dan sebahagiannya dari UMNO yang cuba mencilok penjelasan saya sebelum ini mengenai kerjasama PAS dan DAP.

Menggunakan hujjah dan alasan yang sama lalu mereka mengatakan bahawa UMNO lebih cerdas dari PAS kerana terlebih dahulu membuat kerjasama dengan MCA dan MIC. Sempat juga mereka menempelak PAS dengan nada sinis, kononnya pada waktu itu, PAS mengharamkan kerjasama dengan non muslim.

2. Pertama : Suka saya nyatakan di sini bahawa sesuatu kerjasama itu tidak selamanya dibolehkan. Adakalanya ia dibenarkan dan adakalanya ia tidak dibenarkan sama sekali. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam pastinya melandasi tindakan mereka berasaskan nas [ Al Quran dan As Sunnah ] ataupun ijtihad [ penelitian dan kesungguhan mengeluarkan pendapat atau hukum tanpa bercanggah dengan prinsip nas yang sedia ada ] para ulamaknya apabila berhadapan dengan sesuatu kes yang tidak mempunyai nas yang jelas.

Firman Allah swt :

وتعاونوا على البر و التقوى و لا تعاونوا على الإثم و العدوان و اتقوا الله إن الله شديد العقاب

dan berkerjasamalah kamu atas perkara yang membawa kebaikan dan taqwa kepada Allah dan jangan sekali - kali kamu berkerjasama atas perkara yang mengundang dosa dan permusuhan.

Surah al Maaidah : Ayat 2

[ Al Imam Nawawi Rhm berpendapat bahawa apa yang dilarang ialah mengadakan kerjasama [ Tahaaluf ] untuk memberikan hak perwarisan dan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam . Adapun kerjasama [ tahaaluf ] yang berasaskan ketaatan kepada Allah , menolong orang yang dizalimi dan jalinan persaudaraan kerana Allah merupakan perkara yang dibenar dan dianjurkan oleh Agama .]

Fathul Baari : Karya Syeikh Ibn al Hajar : Maktabah Salafiah : Jil: 10 hal : 502

3. Ayat dari surah al Maaidah di atas jelas menunjukkan 2 keadaan iaitu kerjasama yang dibenarkan dan kerjasama yang tidak dibenarkan. Ayat ini mudah semudah memahami perkara yang di halalkan dan perkara yang diharamkan. Kecualilah sang juhala' [ jahil ] yang tidak tahu membezakan antara yang haq [ kebenaran ] dan bathil [ kepalsuan ], selamanya mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu benar dan betul.

4. Persoalan kita di sini , apakah kerjasama UMNO dan MCA atau MIC bertolak dari tuntutan agama dan seerah perjuangan Rasulullah saw atau kerjasama yang hanya didorong oleh keinginan untuk berkuasa ? Lebih mudah dan tepat jika saya ajukan pertanyaan " Apakah kerjasama UMNO dan MCA \ MIC berasaskan kebaikan dan taqwa ?" atau sebaliknya "kerjasama yang menghasilkan dosa dan permusuhan" ?

5. Kerjasama UMNO dengan MCA \ MIC dan lainnya membentuk Barisan Nasional. Barisan Nasional pula telah berpeluang memerintah lebih 50 tahun negara ini. Kononnya UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional, tetapi :
  • apakah Islam menjadi lebih baik sepanjang mereka memerintah ?
  • apakah sistem pentadbiran negara bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa ?
  • apakah sistem demokrasi yang diamal benar - benar telus, saksama dan adil ?
  • apakah negara menjadi lebih aman dan sejahtera dari jenayah ?
  • apakah pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh seluruh rakyat ?
6. Persoalan yang saya kemukakan ini mesti dijawab dengan jujur. Jangan hanya kerana mahu menegakkan benang yang basah atau membasahkan benang yang tegak lalu mengemukakan 1001 dalih. Cuba kita lirik sebentar anak mata kita untuk melihat keadaan atau kedudukan Islam di kiri dan kanan kita. Usahkan hendak melihat usaha Barisan Nasional mempertahankan agama, pemimpin mereka mempersenda agama , dibiarkan begitu sahaja.

7. Terbaru sebagai contoh yang mudah, apabila Presiden MCA Chua Soi Lek memperlekeh tindakan Cikgu Normala Shamsudin yang tidak bersalam dengan lelaki ajnabi [asing - sah nikah] dalam pilihanraya kecil Tenang, saya lihat pemimpinan UMNO hanya mampu senyum seperti saling redha meredhai apa yang dilakukan oleh Chua Soi Lek. Mungkin mereka berkata , aah ! ini perkara kecil ! Lalu bagaimana pula tindakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Muhyidin Yassin yang menempelak Kerajaan Kelantan kerana mengharamkan industri judi di negeri itu ? Chua Soi Lek pula sokong .

8. Memanglah mereka bekerjasama antara UMNO dan MCA malah kerjasama mereka lebih awal dari kerjasama PAS dan DAP. Namun apa ertinya kerjasama sedemikian ? Ini kerjasama yang berasaskan dosa dan kerjasama seperti ini ditolak oleh Islam. Sudah sekian lama mereka bekerjasama tetapi nampaknya MCA dan MIC sehingga hari ini tidak memahami Islam. Macam mana MCA dan MIC boleh faham Islam jika pemimpin UMNO sendiri pun rabun agama.

9. Ini berbeza dengan kerjasama PAS dan DAP serta PKR. PAS tetap dengan dasar perjuangan Islamnya dan tegas dengan prinsip - prinsip Islam. Malah kita membawa Islam yang tulen sebagaimana Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Iaitu Islam yang sangat toleransi, menghormati kebebasan beragama, tidak memaksa orang lain menganut Islam, menyambung tali persaudaraan, menegakkan keadilan, menentang kebhatilan dan memelihara nyawa, aqal, harta, maruah dan keturunan. PAS konsisten memperjuangkan Islam. Tohmahan yang mengatakan PAS menggadai prinsip perjuangan mestilah disertakan bukti, bukan membebel tidak menentu arah.

10. Jauhlah bezanya dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Bukan sahaja MCA dan MIC tidak memahami Islam, malah UMNO sendiri saya lihat sejak dulu lagi keliru tentang Islam. Tun Dr Mahathir bawa Islamisasi sebagai Islamnya. Mari Tun Abdullah Badawi pula membawa Islam Hadhari sebagai mazhabnya. Kini Datuk Seri Najib pula mengendong Islam Sederhana sebagai anutan barunya. Selepas ini, jika UMNO lagi yang memerintah negara, saya tidak tahu, Islam apa pula yang akan diperkenalkan oleh UMNO .... kawan - kawan rockers saya kata, berapa banyak Islam daaaa !

ermmm, agak - agak nak kena sambung lagi ke ni ! cuba anda perhatikan , kena sambung ke tidak :)

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

PENJELASAN KERJASAMA PAS DAN DAP - bahagian 1

Posted: 14 Mar 2011 04:32 PM PDT

Oleh : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.



1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.

4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.

6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].

7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:
  • Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :
شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم

Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193

Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .
  • Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah . Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .
Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .

Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .
8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :

Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab :

ضربني و بكى شتمني واشتكى

Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu .

Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.

10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal ? :
  • Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.
  • UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.
  • Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain ?

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka

Posted: 15 Mar 2011 09:24 AM PDT

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka


Majlis Sumbangan kepada mangsa ribut,Kg Abu Seman 16 Mei 2010

Posted: 24 May 2010 07:05 PM PDT






Majiis ini diadakan diperkarangan surau Kg Abu Seman,Padang Temusu.Kejadian ini berlaku pada 26 Apr 2010,lebih kurang 60 buah rumah yang terlibat.Pada 27 Apr 2010 YAB MB melapangkan masa untuk melawat mangsa dan diatas keperihatin YAB,beliau telah memberi sumbangan bagi meringgankan beban mangsa.Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Tuan Hj Abdullah Jusoh Adun Pantai Merdeka dan isteri dalam majlis yang ringkas.Turut hazir dalam majlis ini,Sdr.Rosli Darus Pembantu Khas YB,Sdr Badron Hisham Ahli Majlis,Sdr Saiful Azli S/U PKWR,Ketua Kampung Ahmad Rodzi dan Azman Hashim dan ketua cawangan Pdg Temusu Ust Fadzli.

Program Ziarah YB Ke Mukim Bukit Meriam 30 April 2010

Posted: 03 May 2010 03:07 AM PDT

Program Ziarah Ke Mukim Bukit Meriam melibat kampung Sungai Meriam,Pulau Sayak,teluk Amboi,Pantai Merdeka,Bukit Kecil,Matang Tengah dan Kampung Bukit Meriam.Lawatan dan ziarah ini melibatkan Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka,HALWA Dun Pantai Merdeka bersama Ketua-Ketua Kampung.Tujuan lawatan ini untuk mengeratkan lagi hubungan Yb bersama penduduk setempat serta ziarah kerumah wanga tua yang uzur.Sebanyak 30 hamper disumbang kepada warga tua yang diziarahi.Rata-rata penduduk yang ditemui berasa amat terharu diatas kunjungi ini.














Bencana Ribut di Sungai Petani

Posted: 03 May 2010 02:48 AM PDT


Kejadian belaku pada pukul 3 petang 26 april 2010 di kampung Abu Seman, Padang Temusu.Lebih kurang 55 buah rumah menggalami kerosakan akibat dilanda ribut.Gambar diatas,Mohd Rodzi Bin Darus Ketua Kampung sedang menggambil senarai nama penduduk yang rumah dan harta benda mereka mengalami kerosakkan.





Ketua Kelab Penyokong sokong soalan YB Nasir

Posted: 03 May 2010 01:39 AM PDT

Dipetik dari www.wartakedah.net

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Soalan 'panas' yang dikemukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa adalah wajar bagi menjelaskan kepada umum mengenai bidang kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuangku Sultan yang mutakhir ini dilihat telah diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu sepertimana yang dipaparkan di akhbar.

ADUN Bandar Baharu, YB Ustaz Yaakub Hussin menjelaskan bahawa YB Mohd Nasir ada hak untuk mengajukan soalan yang dikatakan mempertikai kuasa KDYMM Tuanku Sultan oleh pembangkang (BN).

"Jika diteliti dan fahami betul-betul, soalan ini hanya memerlukan penjelasan serta maklumat agar ADUN lain tak campur tangan bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan dan perlu dihormati oleh semua pihak di Kedah mahupun luar Kedah.

"Sekarang ini kita dapat lihat sudah ada tanda-tanda seperti yang tersiar dalam akhbar, kuasa KDYMM Tuanku Sultan telah dicampur tangan dan jika ianya dibiarkan, semakin bertambah, maka ia akan merosakkan hubungan baik antara kerajaan dengan istana," jelas beliau yang juga merupakan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kedah.

Tambah beliau, pembangkang (BN) sengaja mencetuskan kontroversi agar soalan ini tidak jawab bagi menyembunyikan isu sebenar perihal campur tangan mereka dalam pentadbiran agama Islam negeri Kedah.

"Saya tak fikir soalan yang mudah ini tak difahami oleh mereka (BN), jika soalan ini dibenarkan oleh YB Dato' Speaker mungkin mereka menerima tamparan daripada jawapan itu.

"Dari awal lagi mereka cuba cari jalan untuk pintas daripada soalan ini dijawab agar tidak dibangkitkan dalam dewan, sebab yang terlibat adalah daripada pihak mereka (BN) yang mana mereka membuat provokasi agar imam-imam tidak mengisi borang M4," ujar beliau.

Program Silatulrahim MKK Batu Lintang

Posted: 08 Apr 2010 01:57 AM PDT













Maslis telah dianjurkan oleh MKK Kampung Batu Lintang pada 3 April 2010,dirasmikan oleh Yb DUN Pantai Merdeka YB Abdullah Bin Jusoh.Turut hadir bersama Penghulu Mukim Simpor Encik Fazaidi Bin Saidin (berbaju Belang).
Banyak Aktiviti telah diatur oleh Jawatankuasa MKK Batu Lintang dalam program ini,antaranya ziarah ke rumah orang yang uzur,pertunjukan silat,sukaneka untuk kanak-kanak,pertandingan sepakraga bulat untuk golongan bapa-bapa,pertandingan bolasepak 9 sebelah golongan pemuda,pertandingan jongkak untuk golongan kakak-kakak dan tidak ketingalan juga untuk kaum ibu pertandingan membuat gubahan menggunakan buah nanas diadakan.
Taniah!Satu Program yang bejaya bagi MKK Batu Lintang,semoga program ini menjadi model atau ikutan bagi MKK kampung lain.

Melawat Rumah Mangsa Ribut Di Kampung Jawa

Posted: 05 Apr 2010 02:46 AM PDT





Suasana Majlis Berkhatan Perdana 2009.

Posted: 16 Dec 2009 05:55 PM PST









Para peserta sedang dimandikan oleh Pengerusi Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka,Saudara Rosli Darus.
Majlis ini telah berlangsung pada 8 December 2009 bertempat di perkarangan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.Seramai 44 orang peserta yang berdaftar,hanya 38 orang saja yang dapat disempurnakan.2 orang tidak dapat dikhatankan kerana bentuk tubuh badan menjadi penghalang dan 2 orang lagi pasangan adik beradik tidak dapat dipujuk oleh kedua-dua ibubapa mereka.
Suasana yang meriah dan penuh gelagat dan aksi para perserta telah menceriakan lagi majlis ini.Kepada ibubapa dan waris yang ingin menyertai untuk tahun hadapan bolehlah berhubung dengan pegawai yang bertugas di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka.Majlis ini telah dijadikan Acara Tahunan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka.Ucapan terima kasih dari YB DUN Pantai Merdeka Hj Abdullah Bin Jusoh kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada Mudim ,Jabatan Bomba Dan Penyelamat Balai Tikam Batu,Ketua-ketua Kampung dan ibubapa dan waris peserta.

Majlis Penyerahan Baju,Jersi,Bolasepak Dan Bola Sepaktakraw.

Posted: 01 Dec 2009 05:31 PM PST




Majlis telah diadakan pada 26 November 2009 bertempat di Pusat Khidmat DUN Pantai Merdeka,Tikam Batu.Majlis ini diadakan bagi menyerahkan peralatan sukan seperti baju Jersi, bolasepak dan bola sepaktakraw seta baju Pakatan Kenduri Kampung yang dipohon oleh Ketua-ketua Kampung.Ini menunjukkan bahawa golongan muda juga tidak ketinggalan dalam konteks Kedah Sejahtera yang diterapkan kepada ketua-ketua kampung.Golongan Muda diharap dapat memberi kerjasama dan memberi idea-idea kepada Ketua Kampung untuk memajukan atau menjayakan kampung masing-masing.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Pantai Merderka,Abdullah Bin Jusuh.

Yb Dun Pantai Merdeka menyerahkan jersi bolasepak,bola dan baju untuk Pakatan Kenduri kepada Ketua Kampung dan wakil Pemuda Kampung.

Pemuda Guchil

Posted: 15 Mar 2011 09:05 AM PDT

Pemuda Guchil


Bekas OCPD Diarah Bayar RM200 Ribu Kepada Pemimpin PAS

Posted: 15 Mar 2011 07:18 AM PDT

Aziz hilang kelayakan jadi Pengerusi SPR. Kenapa?

Posted: 15 Mar 2011 07:18 AM PDT

Kesan radiasi: Kerajaan perlu perjelas kepada rakyat

Posted: 15 Mar 2011 07:16 AM PDT

Polis Bodoh atau Menteri yang Bangang isu Saman Ekor ni

Posted: 15 Mar 2011 07:15 AM PDT

Khairy 'mengesahkan' Najib Rosmah terlibat pembunuhan Altantuya

Posted: 15 Mar 2011 07:13 AM PDT

Radioaktif: Rakyat Jepun, warga asing di Tokyo mula panik

Posted: 15 Mar 2011 07:10 AM PDT

Pusat anak tirikan negeri Pakatan Rakyat

Posted: 15 Mar 2011 07:08 AM PDT

Rosmah Patut Minta Maaf Beri Kenyataan Dangkal Isu Tsunami Jepun

Posted: 15 Mar 2011 07:06 AM PDT

Royalti: Kelantan dakwa pindah kes salah, mahu kekal di bahagian dagangan

Posted: 15 Mar 2011 07:05 AM PDT

Federalisme Berat Sebelah Ancam Kestabilan Politik

Posted: 15 Mar 2011 06:51 AM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 15 Mar 2011 07:33 AM PDT

i n t a n h i j a u


SAYA MASUK PAS UNTUK MEMPOPULARKAN ALLAH - BOB LOKMAN

Posted: 15 Mar 2011 12:40 AM PDT


TELUK INTAN, 14 Mac - "Dulu orang panggil saya Bob sebab saya gemuk. Sekarang saya kekal dipanggil Bob yang bermaksud Bulan Oh Bulan," jelas Mohd. Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Bahagia dekat sini.

Lebih lima tahun beliau mencari hidayah dan akhirnya berubah setelah beliau diuji oleh Allah SWT dengan darah tinggi dan sakit jantung. Sejak itu, beliau banyak bertanya dengan guru-guru agama untuk mencari ilmu demi mencari kebenaran.
Sdr. Bob Lokman bersama YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik

"Alhamdulillah, apabila saya diberikan sedikit ilmu oleh Allah maka hati saya telah terbuka untuk menyertai Parti Islam Semalaysia dengan mengisi borang ahli PAS."

 "Maka, melalui PAS saya dapat berdakwah untuk mempopularkan Allah kepada orang ramai demi menebus kembali segala apa yang telah saya lakukan sebelum saya berhijrah," tambah beliau lagi.

Bagi beliau, taqwa merupakan perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap pejuang Islam.

"Oleh itu, saya menyeru kepada orang muda, sementara anda masih ada tenaga, fikiran cerdas dan masa yang lapang, isilah dada anda dengan ilmu agama untuk meningkat ketaqwaan dan iman dan berjuanglah menegakkan Islam selagi Islam belum tertegak dan berdaulat di negara ini," ujar beliau dengan penuh semangat.
Orang ramai memenuhi ruang ceramah.

Kehadiran orang ramai pada malam itu begitu memberangsangkan sehingga kawasan pekarangan Bilik Gerakan Pemuda PAS Kg. Bahagia yang sememangnya agak luas telah dipenuhi malah melimpah ke tepi jalan raya.

Sebelum itu, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan aluan sebagai mewakili PAS Kawasan Teluk Intan. Di dalam ucapan, beliau menyentuh tentang ketidakadilan UMNO/BN dalam melaksanakan pilihan raya yang kononnya berdasarkan demokrasi tulin dengan mengambil contoh undi pos yang menjadi pengisi kantung BN serta peranan SPR dalam memenangkan BN.
YB Anuar menyampaikan ucapan aluan.

"Selain itu, rakyat juga telah dibebankan dengan saman ekor yang dikenakan dengan cara begitu zalim tanpa dipastikan akan kesalahan seorang pemandu itu. Malah, mereka menjadikan 'senarai hitam' sebagai jerat kepada rakyat untuk dipaksa menjelaskan saman ekor," jelas beliau.

Selepas itu, para hadiri telah berpeluang mendengar ceramah dan nyanyian oleh Ustaz Radhi Abdul Hamid, seorang bekas vokalis kumpulan rock Melissa. Sebelum berceramah, Ustaz Radhi telah menyampaikan sebuah lagu 'Cinta Untuk Nabila' yang menurut beliau telah diubahsuai maksudnya kepada cinta kepada Nabi SAW.
Ustaz Radhi Melissa menyanyi sebelum berceramah. Masih mantap vokal ustaz...!

Kehidupan sebenar kita ialah kehidupan selepas mati, kata Ustaz Radhi.

Ustaz Radhi banyak menceritakan tentang pengalaman hidup beliau semasa menjadi artis yang glamor.

"Walaupun hidup saya senang dan glamor tetapi sebenarnya jiwa saya kacau dan tidak tenang seolah-olah wujud kekosongan dalam jiwa. Sehinggalah saya mencari kebenaran," jelas beliau.
Ceramah yang hebat daripada penceramah yang hebat.
Bob Lokman bergambar kenangan bersama ADUN Changkat Jong.
Orang ramai berpusu-pusu datang mendapatkan autograf dan bergambar bersama Sdr. Bob. Masih glamour...

Untuk akhirnya, DS Hj. Nizar Jamaluddin telah menyampaikan ceramah. Beliau banyak menyentuh tentang perkembangan persidangan parlimen yang sedang berlangsung.

intanhijau.blogspot.com

CERAMAH DS NIZAR, BOB LOKMAN DAN UST. RADHI MELISSA DI KG. BAHAGIA, TELUK NTAN

Posted: 14 Mar 2011 06:35 PM PDT




DUN BUKIT PAYONG

Posted: 15 Mar 2011 03:26 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


FITNAH ‘PEGAWAI ADUN KHALWAT- USTAZ MOHD NOR BUAT LAPORAN POLIS

Posted: 14 Mar 2011 09:42 AM PDT

YB Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Hassan dengan laporan polis.


KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis, berikutan berita fitnah disiarkan akhbar Berita Harian pada Isnin, 14 Mac 2011. yang bertajuk 'Pegawai ADUN mengaku khalwat'.

Laporan polis tersebut terpaksa dibuat pada jam 3.15 petang di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu setelah Balai Polis Kuala Terengganu tidak dapat menerima laporan kerana mengalami masalah talian internet.

Ketika ditemui media selepas membuat laporan, Ustaz Mohd Nor berkata laporan tersebut dibuat kerana berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut berunsur fitnah serta memalukan dirinya sebagai wakil rakyat.

Beliau meminta pihak polis supaya segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

"Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

"Kita (PAS) minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat," tegasnya.

Menurutnya, beliau rasa kesal dan malu kerana akhbar yang melaporkan berita tersebut telah mengaitkan beliau selaku Adun Bukit Payung dengan fitnah khalwat yang dilaporkan, telah dilakukan oleh 'Pegawai Adun Bukit Payung'.

"Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

"Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu menafikan beliau kenal dan tidak ada kaitan dengan orang yang disebutkan oleh akhbar tersebut sebagai 'Md Din Jusoh'

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

"Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya. 

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 15 Mar 2011 03:17 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Manifesto: MB Kedah sedia jawab pada sidang Dun

Posted: 14 Mar 2011 07:51 PM PDT

Mohd Shubihi Muhamad Zain   
KUBANG PASU, 15 Mac: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menjawab sebarang soalan berkaitan pencapaian melaksanakan 80 peratus manifesto pilihan raya umum (PRU) lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) April nanti.
Azizan mengulas desakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta kerajaan negeri mengemukakan bukti kejayaan PAS melaksanakan janji-janji yang terdapat di dalam manifesto lalu.
Menurutnya, beliau akan menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional mengenai kejayaan kerajaan negeri yang dipimpinnya.
"Tak perlu nak senaraikan kepada mereka kerana kita sebelum ini sudah senaraikan kejayaan yang dibuat kerajaan dalam Warta Darul Aman. Saya akan jawab kalau mereka tanya nanti.
"Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegok sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak," katanya kepada media selepas lawatan ke Ladang Nanas milik Kedah Agro Holding Berhad di Laka Temin, semalam.
Isu ini timbul apabila Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad dalam kenyataannya mendedahkan kejayaan kerajaan negeri melaksanakan 46 perkara (80.7 peratus) daripada 57 perkara yang terdapat di dalam manifesto PRU 12 lalu.

Anti-Taib protests in Ottawa and London,

Posted: 14 Mar 2011 07:22 PM PDT

By Bruno Manser Fonds
OTTAWA (CANADA) / LONDON (UK). Human rights and environmental campaigners from Malaysia, Canada, the United Kingdom and Switzerland have today protested against corruption in front of property companies associated with the family of Abdul Taib Mahmud ("Taib"), the Chief Minister of the Malaysian state of Sarawak. The protests took place in front of Sakto Corporation in Ottawa and Ridgeford Properties Ltd in central London.
The Canadian and British governments are being asked to freeze the assets of nine Taib-associated companies in Canada and two companies in the UK which are estimated to be worth hundreds of millions of US dollars.

Protestors at Preston Square, Ottawa, Canada, the headquarters of Sakto corporation. Sakto was founded in 1983 by Onn Mahmud, the brother of Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud. Onn Mahmud's Malaysian company, Achi Jaya holdings, holds a monopoly over all timber exports from Sarawak. In 2007, Tokyo tax authorities found out that Onn Mahmud had set up a kickbacks scheme operating through Hong Kong. All Japanese shipping companies who wanted to export timber from Sarawak to Japan had to pay kickbacks to Onn Mahmud's Hong Kong agent.




Protesters in front of the Adobe Tower at Sakto's Preston Square development in Ottawa. Suite 910, 333 Preston Street is the administrative centre of Taib-linked property companies in the UK, Canada, Australia and the US. The company is being chaired by Jamilah Taib's husband, Sean Murray, (Abdul Taib Mahmud's son-in-law) who sits on the board of various Taib companies.
Protesters in front of Jamilah Taib's house at 688 Manor Avenue, Rockcliffe, Canada, the second most expensive private home in the Ottawa region. Jamilah is the daughter of the Sarawak Chief Minister, Abdul Taib Mahmud, and a major shareholder of Cahuya Mata Sarawak (CMS), the Malaysian state's largest private company. CMS is being regularly awarded huge government construction contracts wihtout public tender. The company has also a 15-year contract for road maintenance of all of the state's public roads.

The black list of Taib's secret foreign assetsThe following companies are, or have been, closely linked to the family of Abdul Taib Mahmud ("Taib"), who has been Chief Minister of Sarawak, Malaysia, since 1981.
Taib's ill-gotten foreign and domestic assets are estimated to be worth hundreds of millions, if not billions, of US dollars.The Bruno Manser Fund and thousands of supporters around the globe are urging the authorities of the below-mentioned countries to investigate the financial transactions of the black-listed companies under their respective anti-corruption and anti-money-laundering legislations and to freeze all Taib family assets for later restitution to the people of Sarawak.Australia: Australian Universities International Alumni Convention Pty Ltd (ACN: 081942903); Donmastry Pty Ltd (ACN: 093 907 843); Geneid Holdings Pty Ltd (ACN: 087759751); Golborne Pty Ltd. (ACN: 061844148); Golden Sovereign Development Ltd (ACN 103 925 613); Kesuma Holdings Pty Ltd. (ACN 105540636); Newtop Holdings Pty Ltd (ACN: 066588225); Ostgro Australia Pty Ltd (ACN: 094721070); Sitehost Pty Ltd (ACN: 062312743); Valentine on George Pty Ltd (ACN: 105541562)
British Virgin Islands: Astar Properties Ltd. (201522); CMS Global (BVI) Ltd.; Tess Investments Ltd (203511)Canada: Adelaide Ottawa Corporation (2028546); City Gate International Corporation (446027-8); Glowell Development Corporation (1545868); Preston Building Holding Corporation (2108122), Sakto Development Corporation Pte. Ltd. (155207-4), Sakto Corporation (340439-1), Sakto Management Services Corporation (655948-4), Tower One Holding Corporation (2028542), Tower Two Holding Corporation (2018543)
Hong Kong: Grand Shine Trading Ltd (0127665); Grand Will Ltd (0133932); Herolite Investment Ltd (129119); Natalite Investment Ltd (129502); Regent Star Company Ltd (0130318); Richfold Investment Ltd (0130308); Whittaker Company Ltd (0161304)
Jersey: Sogo Holdings Ltd (43148)
Malaysia: Achi Jaya Holdings Sdn Bhd; Borsarmulu Resort Sdn Bhd (213014-M); Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd (21076-T); K&N Kenanga Holdings Bhd; Kumpulan Parabena Sdn Bhd; Mesti Bersatu Sdn Bhd (758849-V); Naim Holdings Berhad (585467-M); Sanyan Group; Sarawak Aluminium Company (783974-K); Sarawak Energy Bhd.; Ta Ann Group; Titanium Management Sdn Bhd; UBG Berhad (240931-X)
United Kingdom: Ridgeford Consulting Ltd (5572163); Ridgeford Properties Ltd (3268801)
USA: Sakti International Corporation Inc.; Wallysons Inc (the owner of the FBI building in Seattle!); W.A. Boylston Inc; W.A.Everett Inc.This list has been established on 21 February 2011 and will be regularly updated.For more information, please consult our campaign site www.stop-timber-corruption.org







CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Mar 2011 01:27 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Umno nodai hak istimewa orang Melayu

Posted: 15 Mar 2011 02:00 AM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini dinodai 'fanatik kepartian' Umno.

Katanya, hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan perlembagaan itu.

"Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartaian berlaku.

"Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong Umno, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Pakatan Rakyat sebelum ini sering dituduh cuba menghapuskan hak istemewa itu biarpun mereka dalam konvensyen membuat resolusi untuk mempertahan segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, parti pemerintah sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dalam menunaikan hak perlembagaan dan sepatutnya adil terhadap semua rakyat bukan kepada kelompok mereka sahaja.

Katanya, perkara tersebut berlaku akibat pemimpin negara melebihkan perjuangan bangsa berbanding agama.

Ia ditambah lagi dengan sikap pemimpin Melayu yang tidak mengamalkan akhlak Islam sebenar seperti terlibat rasuah dan salahguna kuasa.

"Pimpinan utama Umno sendiri, Tun Mahathir Mohamad menyatakan secara terbuka bahawa parti pemerintah dibejati gejala rasuah dalam pemilihan mereka," katanya.

Dalam perlembagaan ujarnya lagi, hak istimewa orang Melayu diletakkan kerana menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah majoriti Islam dan diakui kaum lain.

"Tapi kita mesti ingat, bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauhmana mereka berpegang kepada ajaran Islam," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah .

Abdullah Sani: Siapa Rosmah Untuk Bercakap Mewakili Malaysia?

Posted: 15 Mar 2011 01:00 AM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMMPUR 14 MAC: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan mewakili kerajaan Malaysia terutamanya berkenaan isu antarabangsa yang sensitif seperti bencana gempa bumi Jepun.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata Rosmah tidak patut 'lepas mulut' semata- mata mahu menjawab soalan wartawan tetapi patut sedar kedudukannya dalam hierarki pentadbiran kerajaan sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang tidak berhak untuk memberi komen," kata Abdullah.

Abdullah berkata kejadian yang menimpa Jepun adalah bencana alam dan ia langsung tidak dijangka berlaku. Oleh itu untuk meletakkan sepenuhnya kesalahn keatas pembangunan tenaga nuklear Jepun adalah kenyataan yang melampau.

"Ini adalah gempa bumi. Tiada siapa yang mengharapkan berlakuknya gempa bumi. Tidak ada kerangka untuk berdepan dengan insiden seperti itu. Bagi saya jika mahu mengeluarkan komen, haruslah dengan berhemat. Supaya tidak menghiris hati mana- mana pihak,"

"Kita harus peka, jangan letakkan diri kita dalam keadaan selesa," tambahnya lagi.

Ahad lalu, Rosmah membuat kejutan apabila membayangkan tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam.

Ketika pemimpin kerajaan lain termasuk suaminya menyampaikan takziah kepada Tokyo, stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain.

Beliau mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu beliau tidak faham langsung apa yang cuba dikatakan oleh Rosmah kerana apa yang berlaku merupakan satu bencana alam yang sememangnya tidak diingini oleh mana-mana pihak.

Katanya lagi, pengajaran yang ketara ialah kerajaan patut mengugurkan pelan pembinaan loji nuklear sebaliknya mempertimbangkan penggunaan sumber alam lain di Malaysia dalam menjana tenaga elektrik.

"Apa yang dimaksudkan Datin Sri Rosmah saya pun tdak tahu. Apa pengajaran yang cuba dikatakan saya tidak tahu," seloroh Khalid

"Penggunaan nuklear adalah pilihan terakhir untuk kita laksanakan pembangunan. Kalau tidak ada pilihan untuk menggunakan tenaga ini, kita harus menyediakan peralatan yang secukupnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku kerosakan seperti yang berlaku di Jepun kini," ujar Khalid.

Manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, kerajaan Unmo-BN Malaysialah yang patut mengambil pengajaran daripada isu ini dalam memeprtimbangkan rancangan mereka membina loji nuklear.

Tambah beliau, Rosmah patutnya memberitahu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui untuk mengambil pengajaran daripada bencana yang menimpa Jepun dan bukannya memperlekehkan bencana tersebut yang telah meragut beribu nyawa.

Izzah menegaskan, Pakatan Rakyat berkali- kali menyatakan Malaysia masih belum bersedia untuk membangunkan tenaga nuklear.

"Pada saya sekarang, menteri ambil maklum dan siapa yang patut belajar ? Kitalah. Kita ambil langkah berwaspada dan tidak teruskan rancangan untuk membina loji yang membawa bersama risiko maha tinggi.

Dalam pada itu, stsen tv tempatan jepun, kyodo news melaporkan, tahap radiasi lebih tinggi iaitu 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear.

Mengikut agensi berita Reuters, angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

Tv Selangor/-

20 tahun tunggu BN beri geran tanah, akhirnya PR yang beri

Posted: 15 Mar 2011 12:30 AM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

NOTA EDITOR: Kalau ditakdirkan BN terus memerintah tahun 2008 yang lepas, jangan mimpilah Kampung GOmbak Setia ni nak dapat geran tanah. Cium bau geran pun tak dapat. Yang dapat adalah surat minta kosongkan premis sebab tanah dah kena gadai dengan kroni.

Syukur alhamdulillah. Inilah buktinya Pakatan Rakyat membela Melayu.
Tak perlu dabik dada. Terus tunjuk dengan perbuatan.
Tak sabar nak baca komen siber-berukper UMNO. Hehehehe
Penantian 20 tahun penduduk Gombak Setia berakhir
Saturday, 19 February 2011 Ruangan: Berita

GOMBAK, 19 Feb -Penantian hampir 20 tahun penduduk Kampung Gombak Setia akhirnya terlerai apabila 117 daripada mereka hari ini menerima geran hak milik tanah atau notis 5A dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama mereka turut dikhabarkan dengan berita gembira oleh Khalid berhubung pengurangan bayaran premium tanah yang didiami mereka dari RM2.50 kepada RM1.00 sekaki persegi.

"Dengan mengambilkira penempatan ini sentiasa menjadi rizab tanah orang-orang Melayu, saya dan ahli exco kerajaan negeri telah bersetuju untuk menurunkan daripada RM2.50 sekaki kepada RM 1.00 sekaki," kata Khalid.

Menurut Khalid, tempoh setahun diberikan kepada penduduk supaya memulakan pembayaran premium tanah mereka sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan perundangan.

Sementara itu, Khalid juga turut memaklumkan tempoh tiga bulan diberikan kepada penduduk yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan notis 5A supaya segera berbuat demikian.

Khidmat untuk mengisi borang tersebut juga akan dijalankan dari rumah ke rumah.

Ujarnya, penduduk harus sedar bahawa tanah merupakan hak rakyat dan pemilik perlu mengambil berat serta menjaga hak mereka sebaik mungkin.

Kesedaran seumpama itu penting kata Khalid supaya rakyat tidak terlalu bergantung kepada Pejabat Tanah untuk menguruskan permasalahan tanah mereka.

Dalam pada itu Khalid juga memberitahu, kerajaan negeri kini sedang merangka sistem untuk menyimpan semua data-data dan dokumen berkaitan tanah supaya ia mudah dikendalikan.

"Dalam masa enam bulan lagi, kita akan menyediakan satu sistem yang mana tiada fail yang digunakan dan saya akan kumpulkan semua dan dimasukkkan salinan dalam sistem web yang ianya boleh diakses dengan mudah.

"Tiada lagi masalah kehilangan fail. Kita mahu adakan sistem yang telus untuk masyarakat kerana itu adalah harta utama masyarakat dan jika tidak dijaga dengan baik bererti kita tidak memberikan perkhidmatan dan berkebajikan," katanya.

Untuk rekod, penduduk Kampung Gombak Setia telah menuntut hak pemilikan tanah sejak tahun 90-an memandangkan majoriti penduduk yang tinggal di kawasan penempatan itu ialah Melayu.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

PAKATAN RAKYAT PERAK BUAT LAPORAN POLIS ISU DEMONSTRASI HARAM UMNO PERAK

Posted: 15 Mar 2011 12:28 AM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH , 15 MAC , Pakatan Rakyat Perak telah membuat satu laporan Polis berkenaan isu demonstrasi haram di hadapan pejabat PAS , DAP dan PKR di Jalan Medan Istana Ipoh pada ahad lepas yang dihadiri oleh sekumpulan individu yang dikenali sabagai ahli UMNO bersama Dato Hamidah Othman,

Adun Sungai Rapat yang juga merupakan ketua penerangan wanita UMNO Malaysia.
Beberapa orang wakil yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR, yang diwakili Yb Sivakumar ( DAP ), Sdr Ismad Shahril ( PAS ) , Yb Chan Ming Kai ( PKR ), Yb Wong Kah Woh ( DAP ), dan Ustaz Hafez Sabri ( PAS ) telah hadir ke Balai Polis Ipoh, untuk membuat laporan tersebut Poster-poster yang berbaur hasutan dan ugutan ditampal di depan pintu pejabat PAS, DAP dan PKR Perak dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Tujuan demonstrasi haram itu kononnya untuk mendesak Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA beliau, kumpulan demonstrasi haram ini juga telah menampal poster-poster yang mempunyai perkataan " subjudice " seperti andaikata PAS dan DAP gagal mendesak Anwar Ibrahim memberikan DNA, maka sahlah DNA lelaki Y adalah DNA Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim bakal Hosni Mubarak Malaysia dan beberapa kata-kata kesat yang ditulis diatas poster kumpulan demonstrasi haram itu.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat Perak, kes yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim masih dalam perbicaraan dan pertimbangan mahkamah, Oleh yang demikian pihak luar tidak boleh campur tangan dan mempengaruhi keputusan hakim dan mahkamah.

Tindakan demonstrasi haram yang diketuai Dato Hamidah Othman itu, jelas menunjukkan bahawa bahawa UMNO bertindak secara tidak professional serta mereka menghina mahkamah yang sedang menguruskan kes tersebut.

Pakatan Rakyat Perak menggesa agar pihak polis membuat penyiasatan dan menghentikan segera segala provokasi yang cuba menimbulkan iklim politik kotor di Perak, hal ini penting supaya tindakan seperti desakan dan demonstrasi haram ini tidak mempengaruhi keputusan mahkamah dalam membuat sebarang keputusan berkenaan kesi ini.


Semua 242 pelajar Malaysia selamat

Posted: 15 Mar 2011 12:00 AM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Semua 242 pelajar Malaysia yang berada di 10 kawasan yang menerima gegaran berkekuatan lebih 6 pada skala Richter semasa gempa bumi melanda Jepun, Jumaat lepas dilaporkan selamat, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata pelajar berkenaan adalah dari 20 institusi pengajian tinggi (IPT) di Sendai yang mengalami gegaran kuat.

Katanya, berdasarkan rekod Japan Education Student Organization, jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun adalah seramai 2,465 orang termasuk 1,327 tajaan kerajaan Malaysia, 201 kerajaan Jepun dan 937 pelajar persendirian.

"Bagaimanapun, jumlah pelajar yang berdaftar dengan kedutaan adalah seramai 1,521 orang," katanya menjawab soalan tambahan John Fernandez (DAP-Seremban).

Fernandez ingin tahu mengenai usaha dilakukan kerajaan supaya pelajar Malaysia di luar negara berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia atau kedutaan termasuk di Jepun yang didakwa terdapat pelajar gagal dikesan selepas gempa bumi dan tsunami melanda negara itu.

Dr Hou berkata, Wisma Putra akan menyelaraskan operasi di Jepun dan semua pihak termasuk pelajar dan ibu bapa perlu mendapatkan nasihat dan arahan seterusnya.

Menjawab soalan asal Fernandez, beliau berkata, pelajar Malaysia berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia adalah sembilan orang di Singapura, 124 di China, 3,811 di United Kingdom, 948 di Amerika Syarikat, 513 di Perancis dan 672 di Jerman.

Sinar Harian/-

PM Jepun Sahkan Radioaktif Bocor, Paras 'Sangat Tinggi'

Posted: 14 Mar 2011 11:30 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO 15 MAC : Perdana Menteri Jepun Naoto Kan mengesahkan radiasi keluar daripada loji tenaga nuklear di timur laut negara itu selepas awal pagi tadi letupan kali ketiga dalam tempoh empat hari dan satu lagi kebakaran baru dilaporkan.

"Nampaknya kadarnya sangat tinggi, dan masih ada tahap risiko yang tinggi bagi lebih banyak radiasi keluar (dari loji)," kata Kan dalam kenyataan dikeluarkan menerusi televisyen.

Kan memberitahu radiasi terbocor daripada tiga reaktor loji tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi, salah satu wilayah yang paling teruk dilanda gempa bumi pada skala 9 dan tsunami 10 meter.

Sementara itu zon tiada penerbangan (no fly zone) diumumkan pada radius 30 km persegi sekitar loji nuklear Fukushima Daiichi.

Perdana Menteri itu berkata, mereka yang tinggal dalam kawasan lingkungan 30 kilometer diminta hanya berada di rumah masing-masing.

Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak," Kan.

"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang," katanya lagi.

"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Terdahulu Kedutaan Perancis mengeluaran amaran bahawa radiasi dari kawasan itu akan bergerak ke Tokyo dalam tempoh 10 jam.

Jarak antara Tokyo dan kawasan loji iti adalah kira-kira 240 kilometer.

Di sebalik kebimbangan mengenai impak bencana berganda ini, pasaran saham Jepun pula jatuh tujuh peratus, ke paras paling rendah dalam dua tahun, selepas merosot 7.6 peratus semalam.

Sebelum ini Kan memberitahu Jepun berhadapan dengan krisis paling buruk sejak Perang Dunia Kedua dengan kos kewangan bencana ini dianggarkan AS180 bilion, yang menurut penganalisis akan membawa negara ketiga terkaya itu kembali ke era kemelesetan.

Tv Selangor/-








Jet Pejuang Gaddafi Bom Bandar Ajdabiya

Posted: 14 Mar 2011 11:00 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOBRUK Libya 15 MAC : Jet-jet pejuang tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi mengebom bandar Ajdabiya yang dikuasai pemberontak yang merupakan satu daripada dua pusat utama memisahkan tentera kerajaan dan ibu pejabat pihak pemberontak.

Seorang penduduk bandar itu, Said Ali Bouhilfaya, seorang jurutera berkata, serangan udara itu berlaku setiap 20 minit selepas suasana tenang sehari suntuk.

Serangan bom itu berlaku selepas jurucakap pihak pemberontak mendakwa pesawat kerajaan menggugurkan risalah-risalah di seluruh bandar Ajdabiya meminta penduduk tidak menyokong kumpulan yang menentang Gaddafi

Tv Selangor/-

Radiasi nuklear Jepun akan tiba di Malaysia?

Posted: 14 Mar 2011 10:31 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) berharap Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario full meltdown?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut bertanya apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia.

"Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?" soalnya lagi.

Pada masa yang sama, katanya Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini.

Ini ekoran pagi ini dunia dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun.

Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6.14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario full meltdown semakin mungkin berlaku.

Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Harakahdaily/-

Inilah yang buat Umno sakit hati

Posted: 14 Mar 2011 10:11 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Skim Mikrokredit Selangor (MIMBAR) Bantu Ramai Melayu

NOTA EDITOR: Berbeza dengan UMNO yang suka menipu rakyat, kerajaan PR Selangor menganggap penduduk bandar yang berpendapatan RM1500 ke bawah sebagai miskin lantas wajib dibantu. UMNO pula menganggap sesiapa sahaja berpendapatan di atas RM500 sudah dikira tidak miskin. JAdi, BERJUTA rakyat di bandar terutamanya orang Melayu tidak mendapat bantuan kerajaan kerana dianggap mereka ini tidak miskin.

Memang UMNO kerja suka menipu orang Melayu. Inilah padahnya orang Melayu yang suka menyokong UMNO, asyik kena tipu je.

Kerajaan PR Selangor mengambil langkah mengadakan Skim Mikrokredit yang dipanggil sebagai MIMBAR(Skim Mikrokredit Miskin Bandar).

Untung rakyat Selangor yang miskin tak payah pinjam duit dengan Along untuk meniaga pasar malam. Boleh pinjam dengan Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin masalah dan kesusahan rakyat.

Ikutilah testimoni salah seorang peminjam MIMBAR ini yang bernama Sapidah Abdul Ghani:

Manakala bagi Sapidah Abdul Ghani pula, skim mikrokredit ini adalah sebagai alternatif lain kepada masyarakat untuk membuat pinjaman kewangan tanpa faedah selain daripada pinjaman bank dan pinjaman haram (along).

"Saya sokong seratus peratus bila kerajaan negeri beri bantuan begini kerana ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan membuat modal pusingan supaya tidak membebankan peniaga. Selain itu, ia mengurangkan bebanan peniaga supaya tidak meminjam kepada along. Ia membantu peniaga bawahan seperti saya yang baru mula berniaga,"katanya lagi.

MiMBAR dapat reaksi positif rakyat
Monday, 07 March 2011 Ruangan: Berita

YAB. Dato' Menteri Besar Selangor menyampaikan sijil kepada peserta yang diterima menyertai program MiMBAR

SHAH ALAM, 7 Mac – Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang memperuntukkan RM20 juta kepada rakyat miskin di bandar Selangor mendapat reaksi positif rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan peniaga kecil-kecilan.

Hassan Muhammad, yang ditemui Selangor Kini berkata, program MiMBAR dilihat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk memperolehi pinjaman kewangan tanpa perlu membayar semula dengan kadar faedah yang tinggi.

Beliau yang juga peniaga kecil-kecilan memandang positif bantuan yang disalurkan kerajaan negeri malah berpendapat ia sedikit sebanyak meringankan bebanan kos perniagaan yang terpaksa ditanggung selama ini.

"Pada pendapat saya, skim ini lebih menyenangkan untuk kita kerana rakyat tidak perlu membayar faedah atau bunga yang tinggi seperti pinjaman di bank. Saya
menyokong skim ini tetapi belum bercadang untuk memohon sekarang, mungkin di masa hadapan nanti sebab saya belum ada perniagaan sendiri,"katanya.

Sementara itu, Rosni Abdullah yang juga seorang peniaga gerai turut meluahkan pendapat sama. Beliau yang berniaga lebih sepuluh tahun sentiasa mengharapkan bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaannya.

"Makcik sokong kalau skim ini diberikan kepada orang ramai. Macam peniaga kecil yang tak mampu nak buat pinjaman. Makcik ada juga memohon, tapi belum hantar lagi borang. Kalau dapat pinjaman ni, makcik nak beli perkakas, contohnya peti ais, mesin kisar cili. Itu sahaja, bukan ada tujuan lain. Bantuan begini
sangat bagus kerana berniaga secara kecil-kecilan berapa sangat yang kami dapat,"katanya.

Bagi Amnah Sahabudin pula, skim ini harus diuar-uarkan kepada masyarakat khususnya peniaga kecil kerana golongan seperti ini sentiasa mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.

"Kemudahan tersebut mestilah saya sokong. Saya hendak memohon, tetapi perlu tahu bagaimana cara untuk membayar semula pinjaman tersebut sama ada setiap minggu atau setiap bulan,"katanya, yang mengharapkan penjelasan rapi diberikan.

Manakala bagi Sapidah Abdul Ghani pula, skim mikrokredit ini adalah sebagai alternatif lain kepada masyarakat untuk membuat pinjaman kewangan tanpa faedah selain daripada pinjaman bank dan pinjaman haram (along).

"Saya sokong seratus peratus bila kerajaan negeri beri bantuan begini kerana ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan membuat modal pusingan supaya tidak
membebankan peniaga. Selain itu, ia mengurangkan bebanan peniaga supaya tidak meminjam kepada along. Ia membantu peniaga bawahan seperti saya yang baru mula berniaga,"katanya lagi.

MiMBAR adalah sebuah program yang bertujuan meningkatkan pendapatan masyarakat miskin bandar negeri Selangor untuk melebihi "Paras Garis Kemiskinan (PGK)", iaitu melebihi RM1,500 bagi seisi rumah.

Pada peringkat awal, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi memastikan agihan peluang, latihan serta kekayaan negeri dapat dikongsi semua pihak.

Program tersebut dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Pemuda Perak masih tunggu fatwa letak ancak

Posted: 14 Mar 2011 09:02 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH, 15 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menghantar surat kepada Mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memohon diwartakan fatwa perbuatan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah program Projek Infra Bina Upaya (Ibu) di Kampung Guar, Manong pada 16 Oktober 2010 lalu.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, Pemuda PAS negeri terus terpanggil bagi mendapatkan penjelasan tersebut setelah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini mengeluarkan fatwa mengharamkan ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang Sungkai yang mana permohonan pihaknya masih belum terjawab sehingga berbulan-bulan.

"Kami merasa agak kesal kerana permohonan kami telah dipolitikkan dan telah meragukan kerana persoalan yang telah dikemukakan adalah perkara besar yang jauh lebih penting berbanding politik semata-mata.

"Dan ianya membabitkan seorang pemimpin besar dan akidah seorang Muslim ujarnya dalam surat berkenaan," ujarnya dalam surat berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya tidak akan memberikan jaminan bahawa perbuatan yang bertentangan dengan akidah umat Islam akan terus menjadi penyakit yang 'dibenarkan' oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ini, ujarnya kerana dengan tanggapan Pemuda PAS negeri bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sengaja membiarkan perkara itu terus berlaku.

"Akhirnya, sekali lagi kami merayu agar keikhlasan dan kekuatan Y.Bhg. Tan Sri bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di dalam perkara ini," ujarnya.

Tegasnya, perkara asas bagi seorang muslim yang sejati ialah akidah yang benar dan tidak dipesongkan.

Harakahdaily/-

Khalid: Bukan Senang Mengawal Risiko Loji Nuklear

Posted: 14 Mar 2011 08:45 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 15 MAC: Susulan insiden kebocoran reaktor nuklear Tepco di Jepun, Pakatan Rakyat sekali lagi menyatakan kesangsiang mereka terhadap cadangan pembinaan loji nuklear di negara ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kejadian luar kawalan yang berlaku di negara matahari terbit itu harus dijadikan iktibar.

"Kami Pakatan rakyat sentiasa menyatakan kesangsian kita terhadap projek ini. Kalau kita ada pilihan lain, kita mencadangkan adalah alebih baik kerajaan Malaysia gunakan selain daripada nuklear," kata Khalid.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan wakil Duta Jepun di Kedutaan Jepun pagi tadi, bagi menzahirkan ucapan takziah dan meyuarakan simpati mereka terhadap mala petaka yang menimpa wilayah Timur Laut Jepun itu.



"Pengalaman di Jepun menunjukkan bukan senang mahu kawal kerosakan yang berkaitan dengan nuklear, terutama dengan kesan radiasi dan bahan uranium," ujar Khalid.

Kesempatan itu juga Khalid turut menyampaikan sokongan serta kesediaan Selangor untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

Khalid berkata, kerajaan Selangor mencadangkan dua bentuk bantuan dalam usaha membantu mangsa gempa bumi dan tsunami dearah Sendai, Jepun dimana kebanyakan penduduk adalah petani dan nelayan.

Pertama adalah memberikan sumbangan kepada badan sukarelawan antarabangsa, Red Cross dan kedua menawarkan khidmat jururawat terlatih bagi meringankan beban mangsa yang trauma akibat bencana ini.

Khalid turut menyampaikan pesanan daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuarakan keprihatinan mereka terhadap mangsa dan menyatakan akan sentiasa berdoa untuk keselamatan serta kesejahteraan rakyat Jepun. - TVS

Manifesto: MB Kedah sedia jawab pada sidang Dun

Posted: 14 Mar 2011 08:30 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUBANG PASU, 15 Mac: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menjawab sebarang soalan berkaitan pencapaian melaksanakan 80 peratus manifesto pilihan raya umum (PRU) lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) April nanti.

Azizan mengulas desakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta kerajaan negeri mengemukakan bukti kejayaan PAS melaksanakan janji-janji yang terdapat di dalam manifesto lalu.

Menurutnya, beliau akan menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional mengenai kejayaan kerajaan negeri yang dipimpinnya.

"Tak perlu nak senaraikan kepada mereka kerana kita sebelum ini sudah senaraikan kejayaan yang dibuat kerajaan dalam Warta Darul Aman. Saya akan jawab kalau mereka tanya nanti.

"Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegok sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak," katanya kepada media selepas lawatan ke Ladang Nanas milik Kedah Agro Holding Berhad di Laka Temin, semalam.

Isu ini timbul apabila Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad dalam kenyataannya mendedahkan kejayaan kerajaan negeri melaksanakan 46 perkara (80.7 peratus) daripada 57 perkara yang terdapat di dalam manifesto PRU 12 lalu.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Shubihi Muhamad Zain .

Insurans: PAS mahu jumpa Bank Negara

Posted: 14 Mar 2011 08:19 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: PAS melalui NGO Gerakan Bela Rakyat (Bela) akan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendesak satu mekanisma terbaik diusahakan bagi menangani isu caj insurans yang 'tidak masuk akal'.

Pengerusi Bela, Salahuddin Ayub berkata, selain Bank Negara, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan.

Tindakan itu katanya dibuat ekoran tiada sebarang perkembangan positif dari pihak terbabit walaupun Bela memperjuang isu itu sejak Ogos tahun lalu.

"Oleh kerana tiada apa-apa perkembangan positif, Bela akan mengadakan pertemuan dengan pihak Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan.

"Kita desak agar satu mekanisma penyelesaian disegerakan agar kadar insuran tidak membebankan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Harakahdaily.

Khamis lalu, isu caj insurans melampau dan manipulasi pembelian insurans ini hangat dibincangkan di Dewan Rakyat.

Wakil rakyat masing-masing menggesa BNM mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas.

Mereka juga mendesak agar tindakan diambil terhadap syarikat-syarikat insurans yang didakwa mengambil kesempatan ke atas rakyat.

Selain itu, pengguna kini didakwa terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80 sebelum ini.

Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insurans tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj muatan sebelum boleh membeli perlindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah .

SPRM Digesa Siasat BN Perak, Salahguna Kuasa

Posted: 14 Mar 2011 08:15 PM PDT


10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PERAK 15 MAC : Sekurang- kurangnya 20 penduduk Gunung Cheroh, Ipoh membuat satu laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kepimpinan UMNO Barisan Nasional Perak yang didakwa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi mereka berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada syarikat Fasa Unggul Sdn Bhd baru-baru ini.

Adun Buntong, A Sivasubramaniam berkata, selain membuat laporan kepada SPRM pihaknya turut menggesa kerajaan negeri itu bersikap prihatin terhadap kesusahan dan kebajikan rakyatnya.

"Tujuan kita semua datang ke sini adalah untuk membuat laporan terhadap sprm kerana kita dapati ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa di mana kebanyakan penduduk telah menetap di tempat ini lebih kurang 70 tahu,

"Jadi laporan ini akan dibawa kepada tuan atau puan majisteret di mahkamah terhadap kes yang akan didengar pada 23 Mac ini supaya menangguhkan penguatkuasaan terhadap rumah mereka dan kita juga akan turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak supaya beliau dapat menolong rakyat miskin ini," kata Siva

Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.

Menurut Sivasubramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga.

Subramaniam berkata, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu.

Jelas Sivasubramaniam, laporan tersebut juga berikutan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan terhadap pihak peguambela dan peguamcara V.Selva & Assoc. dengan mengarahkan penduduk di kawasan terbabit mengosongkan tanah yang mereka duduki sejak 80 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau turut mendakwa Ketua MIC Perak, Thangeswari meminta bayaran RM 10,000 sebagai yuran bagi memperjuangkan keadilan mereka dalam memiliki penempatan tersebut. - TVS

Lagi letupan kilang nuklear

Posted: 14 Mar 2011 08:04 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Sekurang-kurangnya 11 cedera dalam satu letupan besar reaktor unit ketiga kilang nuklear Jepun, semalam.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, seramai empat askar peribadi dan tujuh pekerja kilang cedera apabila reaktor unit 3 di kilang nuklear Fukushima Daiichi meletup.

Menurutnya, satu lagi reaktor kehilangan sistem pendingin tidak lama selepas itu, meningkatkan risiko berlaku letupan lain.

Sebelum ini, satu letupan hidrogen berlaku ke atas reaktor unit 1, di kilang nuklear yang sama, Sabtu lalu, sehari selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut Jepun.

"Setakat ini, seramai 210,000 orang dalam radius 20 kilometer dari kilang tersebut telah dipindah ke kawasan selamat," kata Edano.

Sinar Harian/-

Adik Karpal meninggal, bicara kes liwat ditangguh

Posted: 14 Mar 2011 07:59 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diberitahu adik peguam bela utama, Karpal Singh telah meninggal dunia.

Malaysiakini melaporkan perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair yang berkata adik bongsu Karpal meninggal dunia pada jam 11 malam semalam.

Katanya, Karpal akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terpaksa terbabit dengan acara keagamaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah.

Beliau juga merakamkan takziah kepada Karpal dan keluarganya.

Hakim Mohd Zabidin kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini.

Mahkamah yang bersidang hari ini sepatutnya mendengar hujah balas daripada Karpal berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

Permohonan pertama adalah bagi hakim mengkaji semula keputusannya yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti yang dibuat pada perbicaraan dalam perbicaraan Selasa lalu.

Permohonan kedua pula adalah bagi mahkamah mengarahkan ketua pembangkang itu membekalkan sampel DNA untuk diuji.

Harakahdaily/-

PKR harap Jepun bangun semula infrastruktur

Posted: 14 Mar 2011 07:50 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana gempa bumi dan tsunami beberapa hari lalu.

Katanya, menginsafi akan bencana yang itu, beliau mewakili warga kepimpinan dan akar umbi parti seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana.

Tambahnya, tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari.

"Walaupun begitu, kita seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tahap kesabaran mereka juga, kata beliau sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia.

"Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk," katanya lagi.

Beliau menambah, apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.

"Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai," ujarnya.

Justeru, katanya PKR mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat.

Harakahdaily/-

Tsunami@Jepun - Pekan Yamamoto bak lautan lumpur

Posted: 14 Mar 2011 07:45 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
17,000 rumah terletak di pantai Pasifik musnah

SEORANG wanita duduk di tepi jalan menangis melihat kediaman dan harta benda musnah akibat gempa, tsunami yang melanda bandar Natori, Miyagi. Foto - albanjari online/BBC

YAMAMOTO: Di pekan yang dihanyutkan tsunami, Yamamoto di daerah Miyagi, ibu bapa kepada remaja berusia 18 tahun masih mencari bas mini yang membawa anak mereka.
Pasangan itu berkata, anak mereka berada dalam bas itu selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut Jepun.

"Anak kami berada dalam bas itu. Tolong keluarkan segera," kata ibu bapa Mizuki Kanno sambil menjerit selepas mendapati bas mini itu hancur dan mayat anak mereka di dalam kenderaan itu. Menangis sambil meminta tolong hanyalah satu-satunya perkara yang mampu dilakukan Eiji dan Matsuko Kanno, masing-masing berusia 43 tahun.

Polis tempatan memberitahu mereka yang tiada apa yang boleh dilakukan kerana kekurangan peralatan.

Di pekan Yamamoto yang mempunyai kira-kira 17,000 rumah yang terletak di pantai Pasifik kini seperti lautan lumpur sepanjang beberapa kilometer.

Hanya tangga kelihatan di tapak di mana stesen Sakamoto dengan laluan JR Joban digunakan. Kebanyakan pokok rhu turut dihanyutkan. Hanya kelihatan sekarang ialah kenderaan lintang-pukang begitu juga rumah.
"Saya nampak ombak lumpur datang dan mula berlari," kata penduduk berusia 37 tahun yang bekerja di pusat penjagaan kesihatan.

Beliau pada mulanya berfikir mahu berlindung di pusat perlindungan di pekan, tetapi mengubah fikiran berlari ke tempat lebih tinggi selepas menyedari pusat itu berada di kawasan rendah.

"Jika saya lari ke pusat bandar, saya pasti akan mati," katanya.

Yoshiko Shoji berkata, beliau terselamat kerana bernasib baik.

Wanita berusia 72 tahun dari Wad Wakabayashi Sendai terjun dari rumahnya dengan berkaki ayam sebaik mendengar bunyi runtuhan. Beliau menarik tangan suaminya, Toyoji dan berlari sekuat hati melihat tsunami yang membawa pokok dan perabot.

Beliau bernasib baik kerana dapat menumpang kereta kenalan. Apabila beliau berpaling, lumpur sudah setinggi dua meter.

Polis tempatan berkata, mereka menjumpai kira-kira 200 hingga 300 mayat di wad.

"Lebih banyak nyawa mungkin dapat diselamatkan jika persatuan komuniti tempatan memutuskan lebih awal apa tindakan yang boleh diambil dalam situasi seumpama ini," kata Shoji. – Agensi.

Tsunami@Jepun - Reaktor nuklear Jepun meletup lagi

Posted: 14 Mar 2011 07:30 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - 10.16 am
Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

"Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co.

Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan.


Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan.

Sementara itu, agensi polis Jepun berkata angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang.

Menurut jurucakapnya, 2,414 orang disahkan mati manakala 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu. - AFT

Tsunami@Jepun - Penyelamat bergelut cari mayat

Posted: 14 Mar 2011 07:15 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
2,000 jasad ditemui semalam di dua pantai di wilayah Miyagi

SENDAI: Pekerja penyelamat, polis dan pihak berkuasa tempatan terus bertungkus lumus untuk mencari sejumlah besar mayat dan mengesahkan nasib berpuluh ribu penduduk hilang, ketika bekalan makanan dan air semakin berkurangan berikutan gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Kira-kira 2,000 mayat ditemui semalam di dua pantai di wilayah Miyagi. Penemuan berkenaan meningkatkan secara ketara jumlah kematian dalam gempa bumi dan tsunami terbabit di mana setakat ini polis mengesahkan sejumlah 1,647 kematian dan 1,720 penduduk hilang di seluruh kawasan terjejas di timur laut dan timur Jepun.


Kira-kira 1,000 mayat ditemui di pantai wilayah yang teruk terjejas di Miyagi, semenanjung Ojika, manakala sejumlah 1,000 lagi ditemui di bandar Minamisanriku di mana kerajaan tidak dapat menghubungi kira-kira 10,000 penduduk atau hampir separuh daripada penduduk bandar itu.

Angka kematian rasmi itu tidak termasuk kira-kira 200 hingga 300 mayat di Sendai, ibu kota Miyagi yang belum ditemui polis dan pekerja berikutan kesukaran untuk ke tempat yang dipenuhi dengan sampah sarap dan kemusnahan itu.

Kira-kira 450,000 penduduk dipindahkan sehingga Ahad di Miyagi dan lima wilayah lain tetapi bekalan air dan makanan serta minyak berkurangan di kebanyakan tempat, memaksa kerajaan memutuskan untuk menghantar bekalan melalui udara oleh helikopter Pasukan Pertahanan.

Nasib kira-kira 2,500 pelancong yang berada di kawasan dilanda gempa juga tidak dapat disahkan, kata agensi pelancongan Jepun.
Perdana Menteri Naoto Kan berkata dalam satu mesyuarat pagi semalam bahawa ibu pejabat bencana kerajaan setakat ini menyelamatkan kira-kira 15,000 penduduk.

Sebuah kapal Pasukan Maritim Pertahanan menyelamatkan 32 penduduk di pelabuhan Ishinomaki pada Sabtu, kata kementerian pertahanan dalam kenyataan berasingan.

Masalah komunikasi juga berterusan di kawasan yang teruk terjejas di Miyagi dan Iwate di mana 561,000 talian telefon dan 221,400 gentian optik dikendalikan Nippon Telegraph dan Telephone East Corp yang masih lagi tidak dapat disambungkan sehingga 6 pagi. – Agensi

Tsunami@Jepun - 70 negara hantar pasukan bantuan

Posted: 14 Mar 2011 07:00 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO 14 Mac - Pasukan penyelamat daripada beberapa negara hari ini mula menyertai usaha mencari mangsa gempa bumi dan tsunami yang terselamat, dalam usaha antarabangsa membantu Jepun menghadapi bencana alam itu.

Sebanyak 70 negara menawarkan pertolongan kepada Jepun, bukan sahaja daripada Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutunya, tetapi juga dari China yang mempunyai hubungan tegang dengannya, selain bandar Kandahar, Afghanistan.

''Kami menawarkan rakan kami, Jepun apa jua bantuan yang diperlukan, Amerika Syarikat akan bersama Jepun ketika mereka pulih dan membina semula negara itu,'' kata jurucakap White House, Jay Carney.

Beliau berkata, dua pasukan pencari dan penyelamat AS, bersama-sama 144 kakitangan dan 12 anjing telah memulakan tugas mereka hari ini bagi mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan pasukan penyelamat China dengan 15 anggota juga berada di zon gempa bumi utama selepas menaiki penerbangan khas dari Tokyo, semalam.

China mengenepikan isu keganasan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, dengan Beijing tidak membuang masa melahirkan simpati atas bencana alam di Jepun itu.

''Saya mahu mengucapkan takziah atas kehilangan nyawa ekoran bencana alam ini dan melahirkan simpati kami terhadap rakyat Jepun.

''China juga sering dilanda gempa bumi dan kami berasa simpati terhadap rakyat Jepun ,'' kata Perdana Menteri China, Wen Jiabao pada sidang media di Beijing, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus menyediakan bantuan yang diperlukan oleh Jepun.

Korea Selatan pula berkata, pasukan penyelamat dengan 102 anggota telah berlepas ke Jepun hari ini dengan tiga pesawat tentera udara C-130.

Satu pasukan awal dari Korea Selatan seramai lima orang dan dua anjing telah berada di Jepun sejak Sabtu lalu. - Reuters

Tsunami@Jepun - TERKINI 9.35 am : Angka Korban semakin besar

Posted: 14 Mar 2011 06:45 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO: Angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang, kata polis hari ini.


Agensi Polis Kebangsaan negara itu berkata, 2,414 orang disahkan maut dan 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu.
Jumlah kematiah sehingga semalam ialah 1,647 orang. - AFP

Tsunami@Jepun - Gegaran kuat, tsunami dijangka membadai esok ?

Posted: 14 Mar 2011 06:35 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO 14 Mac - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, menggambarkan gempa bumi yang melanda negara ini sebagai krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.

Keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang lusa.


Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda.

Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagian timur laut, kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negara.

Lebih 100 perkhidmatan kereta api komputer di kawasan Tokyo dijadual ditutup separuh atau sepenuhnya, hari ini.

Panggilan telefon ke operator kereta api terbesar di negara ini, East Japan Railways Co. tidak berjawab disebabkan panggilan yang terlampau banyak.

Pembekal tenaga, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) awal hari ini mengumumkan pemutusan bekalan elektrik secara berjadual di Tokyo dan bandar raya sekitarnya untuk menjimatkan tenaga ekoran krisis di loji tenaga nuklear di kawasan gempa.

Sesetengah kedai kehabisan bekalan makanan berbungkus seperti mi segera, kari segera, tauhu, roti dan telur, sebahagiannya disebabkan masalah pengangkutan dan penghantaran, di samping pembelian panik oleh penduduk.

Turut mendapat permintaan tinggi ialah tauhu, dipercayai boleh membantu mengatasi keracunan radiasi kerana mengandungi iodin pada kadar yang rendah.

Namun tidak ada tanda berlaku panik di Tokyo, dengan kereta api komuter utama beroperasi dan pekerja pejabat keluar makan tengah hari seperti biasa. - Reuters

Jangan kacau tanah kami, kata pemilik tanah Kg Baru

Posted: 14 Mar 2011 06:20 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Pemilik tanah Kampung Baru tetap dengan pendirian menentang keras cadangan Putrajaya yang mahu mengadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sambil menyifatkannya sebagai "rompakan secara senyap" untuk mengambil alih tanah penempatan eksklusif orang Melayu.

Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Zauriah Mat Nenggal berkata dia sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Raja Nong Chik untuk diadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini.

"Makcik memang tak setuju langsung, rumah mak cik dah dibangunkan janganlah kacau . . . tak akan nak robohkan rumah mak cik, ada otak itu pakailah. Jangan kacau rumah yang bukan hak kamu.

"Kalau nak robohkan kerajaan kena ganti balik, saya tidak mahu duit tapi saya mahu kerajaan ganti rumah juga . . . saya di sini ada rumah 12 pintu dan saya sewakan kepada orang, jadi jangan kacau mata pencarian mak cik," katanya yang berusia 77 kepada The Malaysian Insider.

Zauriah Mat Nenggal menegaskan buat apa kerajaan hendak mengacau tanah Kampung Baru. Kata Zauriah, tindakan kerajaan yang mahu mewujudkan rang undang-undang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan. "Raja Nong Chik hati Yahudi . . . Yahudi robohkan rumah Arab untuk bangunkan rumah tapi Raja Nong Chik nak ambil tanah Melayu untuk buat pembangunan.

"Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung, ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?" katanya.

Justeru, dia menggesa agar kerajaan pusat membatalkan hasrat untuk mengadakan akta tersebut.

"Raja Nong Chik ini dah belakangkan kiblat . . . tak jaga orang Melayu, baru jadi menteri dah lupa daratan.

"Kalau perkara ini Raja Nong Chik yang kena macam mana dia rasa? Mesti dia sakit hati," soalnya.

Bagi Jamaluddin Kamat, 54, cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri selain akan menidakkan hak pemilik dan pewaris tanah kawasan itu sekiranya ia dilaksanakan.

"Saya setuju dengan pembangunan di kawasan Kampung Baru tetapi tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang kalau kita lihat tidak jelas apa tujuan penubuhannya.

"Bagi saya rang undang-undang ini tidak menjamin masa depan pemilik dan pewaris tanah. Kalau contoh kita bersetuju apa jaminan kerajaan kepada kami? Pembangunan yang macam mana kerajaan mahu lakukan? Selain itu, kalau ia dilaksanakan mereka (kerajaan) mempunyai kuasa penuh ke atas tanah-tanah di kawasan ini," katanya.

Kata anak jadi Kampung Baru itu, rang undang-undang tidak diperlukan untuk membangunkan kawasan itu kerana sudah mempunyai Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang sudah menguruskan penempatan itu sejak 111 tahun lalu.

"Kami di sini tak perlukan rang undang-undang untuk membangunkan kawasan Kampung Baru ini, kami sudah ada MAS... selama ini MAS yang menguruskan semua perkara di sini.

"Pembangunan Kampung Baru ini boleh dilakukan tanpa rang undang-undang, kita boleh bangunkan melalui MAS dan kami percaya kepada MAS untuk menguruskan soal pembangunan tetapi dengan syarat kerajaan kena bantu, bukan dengan menubuhkan rang undang-undang yang kami sendiri pun tak tahu fungsinya," katanya.

Ditanya bacaan kali kedua rang undang-undang akan dibentangkan di Parlimen Jun ini, Jamaluddin berkata, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu jelaskan kepada penduduk terlebih dahulu.

"Itu perlu dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah walaupun dapat tentangan, kena beritahu kerana kami nak tahu apa yang kerajaan ingin lakukan," katanya.

Kamal Hussein, 78, pula mahu imej kampung Melayu dikekalkan di Kampung Baru walaupun pembangunan dilakukan di kawasan itu.

"Bangunan tinggi-tinggi tidak diperlukan di Kampung Baru, cuma perlu menaik taraf mana-mana yang patut sahaja... buat apa nak bangunan tinggi, bukan kita mampu nak beli.

"Imej sebagai kampung Melayu perlu dikekalkan. Eloklah kalau kampung Melayu ini ada, lagipun Kampung Baru ini terkenal di seluruh dunia, kalau tiada imej kampung Melayu apa gunanya Kampung Baru di sini," katanya.

Dia juga bersetuju rang undang-undang yang telah diperhalusi semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu dibentangkan kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen.

"Kami di sini nak tahu apa yang diubah . . . apa yang diperhalusi dan kami nak tahu apa rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti.

"Saya sendiri pun nak tahu apa yang mahu dilakukan kerajaan," katanya.

Raja Nong Chik sebelum ini berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Jun ini selepas semua tugas memperhalusi semula deraf rang undang-undang itu selesai sepenuhnya.

Beliau berkata rang undang-undang itu, yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini, terpaksa ditangguhkan kerana kementerian perlu memperhalusi semula draf rang undang-undang itu.

Sementara itu, pemilik tanah generasi keempat Kampung Baru Efendi Ishak, 34, berkata rang undang-undang yang mahu dilaksanakan itu masih belum jelas fungsinya dan menimbulkan persoalan di kalangan pemilik dan pewaris tanah.

"Rang undang-undang tidak jelas, kita tak tahu apa yang kerajaan nak buat seolah-olah berselindung di sebalik nama rang undang-undang.

"Pemilik dan pewaris masih tertanya-tanya, kami tidak faham dan masih samar-samar tentang cadangan rang undang-undang ini," katanya.

Kata kakitangan swasta itu, sekiranya mahu membangunkan kawasan Kampung Baru kerajaan tidak perlu menubuhkan rang undang-undang, sebaliknya membantu pemilik dan pewaris dalam bentuk kewangan untuk membangunkan sendiri kawasan tersebut.

"Kami di sini tak bantah pembangunan tapi apa yang kami bantah adalah rang undang-undang ini. Kalau betul-betul nak bantu kami, tak perlukan rang undang-undang pun.

"Kami di sini boleh bangunkan sendiri kawasan Kampung Baru, tapi kerajaan perlu bantu dalam bentuk kewangan agar ia dapat dilakukan," katanya.

Mohd Yusof Abu, 67 pula berkata banyak perkara yang tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah mengenai rang undang-undang termasuk peruntukan yang memberikan kuasa penuh kepada menteri dan ia tidak boleh dicabar di mahkamah sekiranya perbadanan itu diwujudkan.

"Imuniti kepada perbadanan kami tak setuju . . . rang undang-undang ini juga kami tidak bersetuju, jadi bagaimana Raja Nong Chik boleh kata 90 peratus daripada kami bersetuju? Pembubaran MAS juga kami tidak setuju.

"Rang undang-undang ini tidak jelas dan ia cuba berselindung untuk menyembunyikan segala pembohongan yang mereka ingin lakukan," katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider ke Kampung Baru juga mendapati ramai penduduk di kawasan itu meletakkan kain rentang sebagai membantah cadangan rang undang-undang itu.

Seorang lagi yang ditemui, Mohammd Raizal Ahmad Yusof, 38, berkata, rang undang-undang tersebut tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah yang diwasiatkan sejak turun-temurun itu.

"Apa hak kerajaan nak wujudkan rang undang-undang? Adakah tanah ini milik mereka? Ini adalah tanah wasiat dan ia perlu dijaga dan bukan untuk dibangunkan ikut rancangan kerajaan.

"Kalau nak bangunkan juga kerajaan pergi tanya setiap pemilik dan pewaris tanah, kalau mereka setuju bangunkan sahaja di tanah mereka buat apa nak libatkan semua tanah milik kami di sini," katanya.

Dia juga meminta agar Raja Nong Chik kemukakan bukti bahawa 90 peratus pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru bersetuju dengan cadangan untuk diwujudkan rang undang-undang itu.

"Ada dia tanya pendapat pemilik dan pewaris tanah sebelum nak buat? Adakah kerajaan nak rompak tanah kami?" katanya.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.(MI)

Fitnah: Adun Bukit Payung buat laporan polis

Posted: 14 Mar 2011 06:00 PM PDT

10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.



Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

"Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

"Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung.

Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan 'Pegawai Adun mengaku khalwat' serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung.

Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung.

"Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

"Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menafikan mengenali individu terbabit berdasarkan laporan berita tersebut.

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

"Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya.

"Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun.



"Ini fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai," jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kepada pihak peguam dari Dewan Pemuda PAS negeri bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail.(HD)

PAS TAMBUN

Posted: 15 Mar 2011 01:25 AM PDT

PAS TAMBUN


KEPADA MEREKA YANG NAK BUAT HUB HIBURAN DI TENGAH-TENGAH KUALA LUMPUR

Posted: 14 Mar 2011 09:07 AM PDT









Jangan kita ingat kita ni jauh dari linkaran api dunia dan kita kemungkinan tidak terkena tsunami yang maha dahsyat, jangan lupa bahawa kuala lumpur adalah dari struktur batu kapur yang sifatnya tidak kukuh..

Jadi kepada mereka yang hendak melaksanakan Hub hiburan tanpa henti tu.. supaya batalkan sebelum Allah tunjukkan kebesarannya kerana kamu semua mengecilkan Allah itu.

KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) - PR SEDIA KHIDMAT GUAMAN

Posted: 14 Mar 2011 08:46 AM PDT

Anda menjadi mangsa saman ekor? Ketahui hak anda!

APAKAH SAMAN EKOR?
-notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan
-dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ
- istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A

APA BEZA SAMAN EKOR DENGAN SAMAN2 YANG LAIN?
-saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan
-dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju
-saman2 lain dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus kesalahan dilakukan

APAKAH PINDAAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA TERHADAP AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 YANG MENINDAS RAKYAT ?
i. memasukkan takrif imej yang dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang bermaksud semua gambar yang diambil oleh PDRM/JPJ semasa operasi hadlaju sebelum pindaan ini tidak boleh digunakan di Mahkamah sebagai bukti.
ii. memperkenalkan AES iaitu penguatkuasaan automatik yang akan menguntungkan dua syarikat swasta : BETA TEGAP SDN. BHD dan COMMERCIAL CIRCLE (M) SDN. BHD yang mengendalikan sistem ini.
iii. selepas 28/2/2011 senarai hitam akan kembali dikuatkuasakan sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesalahan dan tiada saman ke Mahkamah.
iv. memberi kuasa kepada JPJ/PDRM memasuki mana2 jalan termasuk jalan persendirian untuk menguatkuasakan Akta ini.

HAK ANDA?
1. saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada anda sejurus kesalahan dilakukan
-kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan bernombor pendaftaran palsu menyamai nombor pendaftaran anda!

2. anda tidak sepatutnya membayar kompaun jika tidak melakukan kesalahan!
-saman ekor hanyalah notis meminta maklumat

3. anda tidak perlu membuat semakan "online" di PDRM/JPJ jika tidak menerima saman ekor
-pihak berkuasa perlu menyerah sendiri apa2 notis kepada anda

4. JPJ tidak berhak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun saman ekor!
-PDRM/JPJ perlu mengeluarkan saman supaya anda hadir ke Mahkamah untuk menjawab tuduhan melakukan kesalahan tersebut. Selagi belum disabitkan dengan kesalahan, PDRM/JPJ TIDAK BERHAK melakukan hal tersebut.


Pakatan Rakyat akan menyediakan perkhidmatan guaman percuma untuk membawa kes saman ekor anda ke mahkamah melalui firma Tetuan Awi & Co.
Sila hubungi : 05-5271881 / 05-5271242 untuk maklumat lanjut.

Adakah merayu undi di luar jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi adalah salah di sisi undang-undang?

Posted: 14 Mar 2011 08:42 AM PDT

Oleh: Hj Zulqarnain Lukman
(Penulis adalah seorang Peguam dan Pengarah, Jabatan Undang-undang Dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Pusat)

Seksyen 26(1)(e)(ii) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) ("AKP") menyatakan:

"Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi menyemak dalam mana-mana senarai nama mana-mana orang yang memasuki atau meninggalkan sesuatu tempat mengundi."

Cuba saudara baca dengan teliti peruntukan di atas dan memahaminya menurut laras bahasa yang menjadi kelaziman biasa. Saya juga telah membaca sekali lagi peruntukan tersebut dan apa yang saya faham adalah bahawa semakan daftar pemilih boleh dilakukan pada hari mengundi ke atas mana-mana pemilih dengan syarat ianya dibuat melebihi jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi.

Saya cuba mencari kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya ("SPR") berkaitan hal ini dan SPR telah menyatakan dalam laman webnya bahawa dengan pindaan tahun 2003 maka peruntukan seksyen 26B AKP yang sebelum ini membenarkan perlantikan 'Perayu Undi' dimansuhkan dan dengan pemansuhan itu maka ianya menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya. Atas justifikasi yang sama, SPR melarang 'pondok panas' didirikan di kawasan tempat mengundi. 'Pondok panas' ini dikatakan punca berlakunya 'tensions' dan segala bentuk ketegangan serta kesesakan. Tambahan lagi, SPR sendiri telah mendirikan barong bagi maksud menyemak daftar pemilih dan untuk mengelakkan kekeliruan menggunakan daftar pemilih yang berbeza. Tempoh berkempen pula telah tamat pada malam sebelum hari pengundian.

Saya katakan bahawa SPR telah silap memahami peruntukan undang-undang ini. Pentafsiran sebegitu oleh SPR tidak berlandaskan prinsip pentafsiran undang-undang. Keutamaan menggunakan kaedah literal dalam pentafsiran peruntukan undang-undang harus diberikan perhatian melainkan pentafsiran sebegitu boleh mendatangkan maksud yang menyeleweng. Maksud Seksyen 26 AKP ini sangat jelas bahawa menyemak senarai nama pemilih di luar jarak 50 meter adalah dibenarkan. Tindakan SPR menggunakan alasan yang dikatakan menjadi penyebab pembatalan seksyen 26B AKP tidak munasabah untuk diterima kerana seksyen 26(1)(e)(ii) AKP boleh berdiri secara berasingan daripada seksyen 26B AKP. Seseorang hanya perlu membaca seksyen 26(1)(e)(ii) AKP untuk memahami bahawa pondok panas, aktiviti menyemak undi dan rayuan kepada pengundi boleh dibuat.

Jika kita menurut pentafsiran SPR maka bermakna seksyen 26(1)(e) AKP akan menjadi sia-sia. Tidak mungkin sesuatu seksyen yang wujud itu hanya sia-sia. Oleh itu, saya melihat cara SPR menetapkan hal ini adalah tidak lebih satu pemahaman yang silap. Kamar Peguam Negara seharusnya bertindak segera membetulkan tindakan songsang SPR ini sehingga menyusahkan petugas parti bertanding.

Berkaitan dengan hujahan mengenai SPR telah menubuhkan barong SPR dan oleh itu, barong parti yang bertanding sudah tidak relevan adalah tidak boleh diterima. Seksyen 26A AKP hanya memberikan kuasa kepada SPR untuk menubuhkan barong. Namun, kewujudan Seksyen 26A AKP itu tidak pula membataskan penubuhan pondok panas yang didirikan oleh parti bertanding.

Mengenai hujahan SPR yang menyatakan bahawa tempoh kempen telah tamat pada waktu tengah malam hari sebelum pembuangan undi maka saya katakan bahawa seksyen 26(1)(e) AKP adalah pengecualian kepada peraturan umum berkaitan larangan berkempen ini. Dalam hal pertentangan antara peraturan umum dan peraturan khusus maka peruntukan yang khusus itu harus digunakan dan diutamakan daripada peruntukan yang umum.

Seharusnya SPR lebih menumpukan kepada reformasi undang-undang daripada menimbulkan soal kecil berkaitan pondok panas, menyemak nama pemilih dan perayu undi. Jika dilihat sejarah pilihan raya di Malaysia saya tidak dapat mengingati apa-apa peristiwa yang tidak diingini berlaku disebabkan permasalahan yang timbul dari pondok panas, kempen merayu dan menyemak daftar pemilih. Aneh sekali, SPR enggan melayan tuntutan supaya diadakan pilihanraya yang bersih dan saksama. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal dan peluang mendapatkan akses media secara sama rata sepatutnya lebih diutamakan. Sepanjang tempoh berkempen di Prk N.27 Merlimau dan N. 28 Kerdau kita dapat melihat berjuta wang ringgit ditaburkan kepada pengundi. Selain itu, segala infrastruktur asas seperti jalan raya dengan ajaibnya diperbaiki dalam tempoh 24 jam sedangkan jalan raya di kawasan itu sejak sekian lama tidak diperbaiki. Jentera kerajaan bertumpu dan berkampung di mana pilihan raya kecil dibuat. Adalah tidak munasabah SPR dengan begitu naïf menyatakan hal ini dibenarkan oleh undang-undang sedangkan SPR sendiri faham bahawa hal begitu tentu sekali mempengaruhi pengundi.

Oleh itu, saya menyeru kepada SPR untuk membuat pembaikan secara menyeluruh terhadap sistem pilihanraya di negara ini. Saya juga berharap kepada aktivis politik untuk meneruskan gerakan BERSIH dan mengadakan himpunan besar-besaran bagi memulihkan kembali sistem demokrasi yang sihat.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It's truly very complicated in this active life to listen news on TV, thus I simply use the web for that purpose, and get the latest information.

Feel free to visit my homepage www.vapornine.com
Feel free to visit my web-site : vapornine

Tanpa Nama berkata...

I need to to thank you for this great read!
! I definitely loved every bit of it. I've got you book marked to check out new things you post…

Also visit my web site; aaa fx
my webpage :: aaa fx

Tanpa Nama berkata...

whoah this weblog is great i love studying your articles.
Stay up the great work! You already know, lots of persons are searching around for this info,
you can help them greatly.

Also visit my homepage :: get 10000 followers on twitter
Also see my web page > get-plus-followers.com

Tanpa Nama berkata...

I've read several just right stuff here. Certainly value bookmarking for revisiting. I surprise how a lot attempt you put to make any such magnificent informative site.

Here is my website make your little one this sweet crochet hat with pom poms

Tanpa Nama berkata...

My programmer is trying to persuade me to move to .
net from PHP. I have always disliked the idea because of the expenses.
But he's tryiong none the less. I've been using Movable-type on several websites for about a year and am nervous about switching to another platform.

I have heard excellent things about blogengine.net. Is there a way I can import all my wordpress posts into
it? Any kind of help would be really appreciated!



Also visit my web blog www.pradasale-shop.com

Pengikut