Pakatan Rakyat |
Posted: 03 Mar 2011 03:39 PM PST Angka rasmi dan angka yang disiarkan media bersimpang siur dan bertentangan antara satu sama lain. Oleh KHIER ZAHRIE KUALA LUMPUR, 26 Okt - Sungguh mengelirukan. Amat memalukan. Bagaimana statistik yang dibuat oleh kerajaan kemudiannya disanggah oleh kerajaan sendiri. Semasa Umno/BN menghentam pembangkang khususnya Kerajaan PAS di Kelantan, isu kemiskinanlah yang menjadi modalnya. Kerajaan PAS Kelantan didakwa tidak melakukan apa-apa untuk membebaskan kemiskinan rakyatnya. Rakyat Kelantan makin miskin di bawah pemerintahan PAS. Bahkan tuduhan sehingga kepada seolah-olah yang menjadikan rakyat miskin itu adalah kuasa dan hasrat PAS. Inilah sikap bebal dan babilnya Umno/BN. Semua jari yang ada di tangan mereka menghalakan kepada PAS yang menjadi penyebabnya rakyat menjadi miskin. Di masa yang sama, yang mampu membasmi kemiskinan adalah UMNO/BN sahaja. Samada semasa kerajaan Pusat di pimpin oleh Dr Mahathir mahupun Abdullah Badawi atau kalau ditoleh ke belakang lagi mahupun Perdana Menteri yang sebelumnya dan sebelumnya. Apa sudah jadi dengan statistik kemiskinan mengikut negeri-negeri yang menjadi senjata paling tajam yang selalu digunakan dalam peperangan isu antara UMNO/BN dengan PAS/BA. Senjata yang diagung- agungkan oleh pemimpin Umno/BN, sekarang ini terserlah dengan memuntahkan segala kecelaruan dan kekeliruannya. Di kawasan Parlimen Pekan, yang menjadi wakil rakyat adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, didapati jumlah orang miskin yang mendiami kawasan tersebut adalah seramai 1,047 orang. Dengan tidak mengubah walaupun sehuruf perkataan, BERNAMA melapurkan "Terdahulu, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, menyampaikan bantuan sumbangan kepada 1,047 penduduk miskin daerah Pekan".(22 Oktober, 2005 14.42 PM) Sekiranya, inilah yang terjadi dan benarlah sebagaimana lapuran BERNAMA, maka betapa pilunya hati mengenangkan nasib yang menimpa rakyat dan bangsa Melayu di Pekan yang bukan sahaja mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebagai wakil rakyat mereka akan tetapi pernah juga mempunyai Perdana Menteri. Apakah sebab "bala jentaka"nya sehingga kemiskinan Bandar D'Raja itu tidak mampu dihapuskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kalaulah Pekan yang pernah mempunyai dua orang yang berada di peringkat "kayangan" itupun tidak mampu untuk membasmikannya, maka apalah taruhan dan harapan nasib rakyat yang ada di Kelantan kerana mereka tidak ada Perdana Menteri dan Timbalannya. Angka 1047 orang bukanlah sedikit. Dan dirasakan mungkin lebih daripada itu jumlah sebenarnya. Mengikut statistik 2002/2003 yang dikeluarkan kerajaan, di Pahang hanya mempunyai 1714 orang sahaja yang miskin. Bererti setelah ditolak orang miskin dari Pekan, hanya tinggal seramai 697 orang sahaja lagi bagi 13 parlimen(Pahang ada 14 parlimen). Sekiranya dibahagi sama rata 697 orang itu kepada setiap parlimen maka jumlahnya adalah seramai lebih kuang 53 orang sahaja yang miskin di setiap parlimen. Benarkah begitu???? Wallahu A'lam. Walau bagaimanapun Pahang bukanlah sebuah negeri yang disenaraikan sebagai maju. Pahang sama sahaja dengan Sabah, Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis dan Sarawak. Di utara, mengikut statistik pada tahun yang sama Perlis mempunyai 822 orang miskin. Mungkin betul dan benar kerana Perlis negeri kecil. Sudah tentu apabila negeri kecil maka rakyatnyapun sedikit. Apatah lagi Exconya hampir sama ramai dengan Ahli Dewan Undangan Negeri. Boleh jaga rakyat dengan begitu teliti sekali. Apatah lagi Menteri Walau bagaimanapun, semuanya macam kisah seribu satu malam. Macam angan-angan Mat Jenin. Akhbar Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi Utara melapurkan, tanpa prajudis "Shahidan berkata, kira-kira 40,000 penduduk miskin akan menerima bantuan kerajaan negeri pada Ramadan ini dan sumbangan itu dilakukan secara berperingkat". Jumlah 40,000 orang bukan 40 orang!! Tidak tahulah kalau-kalau Shahidan tersalah sebut atau wartawan tersalah lapur. Harap-harap begitulah. Sebab sukar mempercayai antara angka yang dinobatkan di dalam statistik negara dengan apa yang berlaku di Perlis. Sungguh menyayat hati sekali. Walau bagaimanapun diingatkan sekali lagi Akan tetapi, terkejut dan amat terkejut sekali apabila negeri yang diistiharkan negeri maju seperti Selangor akhirnya "melondehkan kainnya" apabila Pusat Zakat Selangor (PZS) dalam websitenya mendedahkan bahawa tanpa syak wasangka "Shah Alam – Pusat Zakat Selangor (PZS) MAIS telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM7,418,750 kepada asnaf fakir dan miskin serta anak yatim sempena persiapan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,834,800 diperuntukkan kepada 9,909 orang asnaf miskin dan RM392,250 kepada 529 orang golongan fakir. Manakala anak yatim fakir miskin pula diperuntukkan sebanyak RM191,700. Sabak Bernam merupakan daerah yang paling tinggi menerima peruntukan iaitu sebanyak RM5.1 juta yang melibatkan 2,453 orang miskin diikuti daerah Hulu Langat sebanyak RM1.050 juta untuk 1563 orang dan Kuala Selangor berjumlah RM1.095 juta untuk 1563 orang fakir dan miskin". Tajuk Berita: PZS (MAIS) Agih RM7.4 juta sempena Ramadhan dan Syawal (Tarikh: 06/10/2005 Penulis: zool; http://www.e-zakat.com.my/). Terkedu hati dan terkelu lidah. Lemah seluruh anggota badan. Bahasa yang macam mana lagi mahu diungkapkan Bagaimana mahu dibuat penjelasan terhadap apa yang di lapurkan oleh PZS itu. Apakah institusi agama itu sanggup membohongi kenyataan sebenar? Atau Dengan apa yang dicatatkan oleh Daftar Profil Miskin Tegar 2002/2003 Mengikut Daerah, Bahagian PK, KKLW, Selangor hanya mempunyai seramai 489 orang miskin sahaja. Siapa yang benar dalam hal ini. Sekali lagi Wallahu A'lam. Menurut sumber Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2004, dimana pertanyaan mulut daripada Y.B TUAN LIM CHOON KIN (DAMANSARA UTAMA), mengenai orang miskin di Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut: DAERAH JUMLAH PENDUDUK MISKIN Sabak Bernam 799 Apapun alasannya, Kerajaan Kelantan dan rakyatnya tidak perlu bersedih di atas segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka baik dari pemimpin Umno di luar mahupun pemimpin Umno di dalam negeri sendiri. Kalau diambil kira dengan hujah Pak Pandir "bukan anak aku sorang mati, anak orang lainpun mati juga" sudah cukup Mengikut Satistik 2002/2003, Kelantan mempunyai isi rumah miskin seramai 12,826 orang. Akan tetapi sekiranya dibandingkan dengan negeri maju seperti Selangor yang orang miskinnya berjumlah 10,043 orang apalah sangat gahnya pemimpin Umno Selangor. Kadar zakat fitrahpun sama sahaja Kelantan dengan Selangor iaitu RM4.70. Apalah Begitu juga dengan Sabah yang sering menjadi negeri contoh dalam ceramah-ceramah pemimpin Umno Kelantan kerana kemajuannya hasil dari BN memerintah. Menurut sumber Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi Sabah & Sarawak, orang miskin tegar sahaja sudah berjumlah 20,000 orang. Tidak termasuk lagi dengan yang dikategorikan sebagai miskin. Siapa yang harus dipersalahkan tentang statisti yang bercelaru ini. Pemimpin Umno Kelantan, Selangor, Pahang dan Perlis perlu menilai semula sikap "cerdik tak boleh tumpang, bodoh tidak boleh diajar" yang bersarang dalam benak hati mereka. Walau bagaimanapun itulah hakikat sebenarnya. Bukan mencari kesalahan sesiapa cuma memohon sedikit keikhlasan dalam percakapan dan berhujah. Mungkin juga di masa-masa akan datang sesuatu yang bersabit dengan statistik perlu diperhalusi tanpa mempunyai agenda politik dan kepentingan parti. Yang hitam katalah hitam dan yang putih sebutlah putih. Buai laju- laju sampai pokok sena, janganlah rasa malu, sekiranya kita sendiri yang kena". //Hrkh |
Posted: 03 Mar 2011 03:30 PM PST Penasihat DAP itu mendesak Dr Chua menyatakan jika beliau mempercayai kedua mereka itu samada tidak bersalah atau percaya bahawa mereka sedang digunakan sebagai "kambing hitam politik" UMNO untuk menutup skandal RM12.5 bilion. Lim juga mencabar kedua-dua bekas rakan Kabinet Chan dan Dr Ling untuk bercakap atas nama mereka di mahkamah dan bersaksi bahawa mereka tidak memesongkan maklumat kepada kerajaan dalam pembelian tanah untuk projek-bilion ringgit pembangunan pelabuhan. "Apakah salah satu rakan Kabinet Ling pada tahun 2002, khususnya (Tan Sri) Ong Ka Ting dan (Tan Sri) Fong Chan Onn, menyatakan di mahkamah bahawa mereka tidak dipesongkan olehnya untuk meluluskan pemembelian tanah PKFZ oleh pihak Port Klang , yang melibatkan skandal RM12.5 bilion PKFZ? "Lim bertanya. Dia menekankan bahawa baik Ong dan Fong, sezaman Ling sebagai menteri Kabinet tahun 2002, ketika ini masih ahli parlimen. "Menteri-menteri lain dalam Kabinet 2002 Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk wakil perdana menteri itu, Tun Abdullah, Perdana Menteri Datuk Seri ini Najib Razak (Pertahanan), hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Pemuda dan Sukan), Datuk Seri Nazri Aziz (Entrepreneur), Datuk Seri Yatim dan Tan Sri Bernard Dompok (Perdana Menteri Jabatan)", tambah Lim. Dr Ling didakwa pada Julai tahun lalu berdasarkan Bahagian 418 KUHP untuk menipu Kabinet Dr Mahathir pada tahun 2002 menjadi bersetuju untuk membeli 999,5 hektar tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ. Bekas presiden MCA, 67 tahun itu dituduh telah melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Perdana Menteri di sini antara September 25 dan 6 November 2002. Dr Chua berkata tuduhan terbaru PKFZ tidak akan merugikan MCA. Jika terbukti bersalah, ia menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun. Chan, yang juga bekas menteri pengangkutan, didakwa pada Isnin lalu dengan tiga tuduhan menipu keatas projek PKFZ di Mahkamah Sesi sini, dan berhadapan hukuman penjara hingga lima tahun pada setiap kesalahan. Chan mengaku tidak bersalah kerana penipuan keatas perdana menteri ketika itu, Abdullah tentang pembangunan dan kerja-kerja penambahan di kawasan PKFZ antara 2004 dan 2006. Dalam dakwaan pertama, Chan dituduh menipu Abdullah pada tahun 2004 untuk menyetujui Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju utama untuk membangunkan 1,000 hektar tanah di Pulau Indah pada anggaran kos RM1 bilion. Dakwaan kedua sebanyak RM510.38 juta kerja-kerja pembangunan yang bersangkutan PKFZ pada tahun 2005 dan bahawa projek ini akan dibiayai oleh bon kerajaan melalui syarikat awam. Dakwaan terakhir melibatkan kerja-kerja infrastruktur pada awal tahun 2006, sebanyak RM335.8 juta. Ahli politik kelahiran Pahang itu adalah menteri pengangkutan dari tarikh 1 Julai 2003 tapi turun tak lama sebelum pilihan raya 2008 memilih alasan kesihatan dan ingin memberi laluan kepada generasi muda. "Warga Malaysia tanpa mengira fahaman politik akan tertarik untuk mengetahui apakah Presiden MCA dan kepimpinan MCA percaya terhadap 'kebenaran' Ling dan Chan atau bahawa ada orang lain dalam UMNO yang harus diheret ke mahkamah - baik untuk kesalahan jenayah kepercayaan atau salah laku korup lain untuk sampai ke lubuk skandal bilion RM12.5 PKFZ? "Atau adakah presiden MCA dan kepimpinan MCA percaya bahawa Ling dan Chan telah dijadikan kambing hitam politik oleh pimpinan UMNO ketika mereka diseret ke mahkamah kerana tuduhan rasuah berhubung dengan skandal PKFZ," kata Lim. Pada hari Isnin, Dr Chua telah menyatakan keyakinannya bahawa tuduhan kecurangan Chan tidak akan menjejaskan MCA, menunjukkan bahawa setiap pelaku harus siap menghadapi hukuman atas tindakan mereka. Dia menambah bahawa segala tuduhan tersebut menunjukkan kerajaan serius tentang tata pemerintahan yang baik. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan adil," kata Chua.Tidak hanya mengejar ikan kecil tetapi juga ikan besar." Namun dia menambah bahawa tuduhan keatas mereka itu tidak bererti baik Dr Ling dan Chan secara automatik bersalah. "Di negara kita, jika anda akan dikenakan hukuman, itu tidak bermakna anda bersalah," katanya. UMNO adalah rakan dalam gabungan Barisan Nasional yang berkuasa, sedang berjuang untuk mendapatkan kembali sokongan daripada masyarakat Cina dan tuduhan terhadap dua bekas pemimpin MCA tidak mungkin untuk membantu meningkatkan reputasi parti. Langkah untuk mendakwa dua bekas menteri profil tinggi, bagaimanapun, boleh membantu menangkis kritikan bahawa pentadbiran Najib tidak mempunyai kemahuan untuk bertindakkeatas "dalang sebenar" di belakang projek PKFZ dan meningkatkan langkah pembaharuan. Projek PKFZ ini ditimbulkan semasa Dr Ling sebagai menteri pengangkutan dan kos projek, awalnya diperkirakan kurang dari RM2 bilion, lebih dari dua kali ganda menjadi RM4.6 bilion pada 2007. Kos projek ini diramalkan meningkat naik lebih lanjut sehingga berjumlah RM12.5 bilion kerana bunga yang timbul daripada bayaran ditangguhkan apabila hub trans-shipment gagal untuk melakukannya. Walaupun ia meninggalkan jawatan presiden MCA pada tahun 2003, Dr Ling masih dianggap ramai berpengaruh dalam MCA. sumber |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan