Khamis, 3 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 03 Mar 2011 11:12 PM PST

Idris Ahmad


SEMARAKKAN PROTES SAMAN EKOR

Posted: 02 Mar 2011 11:15 PM PST

Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. 

Sila naikkan kain rentang di seluruh negara. Sila letak di tepi jalan raya “Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13″ “PR Menang Saman Ekor Dihapuskan” “Undi BN , Bererti Anda Setuju   Saman Ekor” “Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor”

Pas berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya adalah tindakan yang zalim.  Ini menggalak mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan. Apabila ini berlaku, maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.

Tahniah juga kepada rakyat yang kreatif, telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman. Antara slogannya “Kalau tidak mahu saman ekor, kita tolak BN” , walaupun slogan ini hanya spontan tetapi telah disambut oleh orang ramai. 

Daripada awal lagi, Pas menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan. Barulah mangsa akan  puas hati kerana kesalahan mereka diketahui. Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor.


Filed under: Ekonomi, Undang-Undang

Salam Perjuangan

Posted: 03 Mar 2011 11:03 PM PST

Salam Perjuangan


KENAIKAN HARGA MINYAK TIDAK JEJASKAN RAKYAT

Posted: 03 Mar 2011 10:56 PM PST

SIAPA CAKAP UMNO KAFIR?

Posted: 03 Mar 2011 02:14 AM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 03 Mar 2011 09:25 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


2011 03 01 Bob Lokman

Posted: 03 Mar 2011 07:07 AM PST

misbahul munir

Posted: 03 Mar 2011 09:10 PM PST

misbahul munir


Protes saman ekor dengan kertas undi

Posted: 03 Mar 2011 11:05 AM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 03 Mar 2011 09:05 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


UNDI POS: ZAMBRY SELAMAT DI DUN PANGKOR

Posted: 03 Mar 2011 06:05 PM PST

ISYTIHAR HARTA: KENAPA ZAMBRY TAKUT?

Posted: 03 Mar 2011 06:04 PM PST

PAS GANTI UMNO: UMNO GANTI SIAPA?

Posted: 03 Mar 2011 06:03 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 03 Mar 2011 07:41 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


PRK N.28 Kerdau : Majlis Penyerahan Tugas PAS Kawasan Dungun

Posted: 03 Mar 2011 07:46 AM PST

LIPAT KAJANG, 3 Mac Khamis - Tinggal 2 hari sahaja lagi, para pemilih di DUN Kerdau akan membuang undi bagi memilih wakil rakyat mereka ke Dewan Undangan Negeri Pahang.

Sepertimana siri-siri pilihan raya kecil yang lalu, PAS Terengganu tidak ketinggalan menghantar para petugas bagi membantu jentera pilihan raya di peringkat daerah mengundi di kawasan DUN yang berkenaan.

Di DUN Kerdau, PAS Terengganu telah diamanahkan bertindak sebagai negeri bantu bersama kawasan bantu dari Pahang di daerah mengundi Lipat Kajang dan Desa Murni.

PAS Terengganu telah mengatur sebanyak 3 gelombang giliran petugas dengan setiap gelombang disertai sekurang-kurangnya 2 kawasan.

Bagi gelombang kedua yang bermula pada 25 Februari sehingga 2 Mac, di daerah mengundi Lipat Kajang, PAS Kawasan Dungun yang mewakili PAS Terengganu telah melakukan penyerahan tugas kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu yang memulakan tugas bermula 1 Mac sehingga hari pembuangan undi, 6 Mac.


PAS Kawasan Dungun diwakili oleh Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed yang menyerahkan tugas kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu yang diwakili oleh Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas (gambar atas).


Di majlis yang sama turut diadakan simbolik perpisahan petugas PAS Kawasan Dungun, majlis penyampaian slip saluran dan tempat mengundi kepada tuanrumah tempat di mana para petugas PAS Terengganu menginap.

Penyerahan slip tersebut dilakukan oleh PAS Kawasan Dungun yang diwakili oleh Encik Abdul Mutalib Abdullah kepada tuanrumah yang lebih mesra dengan panggilan Aki (gambar atas).

Sementara Puan Hajjah Khairiah Mokhti menyerahkan slip kepada isteri Aki, yang lebih mesra dengan paggilan Wan Wok (gambar bawah).

Dalam ucapan ringkas di akhir majlis tersebut, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali mengharapkan PAS Kawasan Kuala Terengganu dapat menyempurnakan operasi pecutan akhir khususnya di daerah mengundi Lipat Kajang sebagai kesinambungan operasi awalan yang telah dirintis oleh PAS Kawasan Besut dan PAS Kawasan Dungun.

Turut hadir di majlis ringkas tersebut ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan Penolong Setiausaha BPPNT, Haji Hanafiah Mat.

Terdahulu, pada 28 Februari hari Isnin, di daerah mengundi ini, YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menyampaikan ceramah di Markaz UPU Lipat Kajang bersama calon PAS DUN Kerdau, Encik Hassanuddin Salim dan Encik Mazlan Mat Yasin, AJK Perhubungan PAS Pahang.

PAS Kawasan Miri

Posted: 03 Mar 2011 07:37 PM PST

PAS Kawasan Miri


Negara Luar Diminta Beku Asset Taib Dan Keluarga Di Luar Negara!

Posted: 03 Mar 2011 05:53 PM PST

Bekas pekerja kaitkan Taib di video
Mac 3, 11 2:49pm - Sebuah video yang memalitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini muncul dengan bekas pekerjanya sendiri mendakwa ketua menteri Sarawak itu memiliki kekayaan berbilion-bilion ringgit di benua Amerika Utara sahaja. Dalam video 'mengenang Ross Boyert' yang disiarkan pada laman sesawang Sarawak Report (SR), Boyert - bekas ketua pegawai operasi syarikat milik Taib, Sakti International, Wallysons Inc dan dua lagi firma di Amerika yang memiliki hartanah bernilai US$80 - menentang ketua menteri itu. Boyert juga mengesahkan Taib "adalah bos" Sakti International di Amerika Syarikat dan dikaitkan dengan Sakto Corporation di Kanada. "Taib adalah pemilik syarikat ini dan semua assetnya, " kata Boyert dalam dokumentari video 16-minit itu.


British, Canadian governments urged to freeze Taib's assets
Tarani Palani March 1, 2011 – (From Free Malaysia Today)
Anti-Taib Mahmud protests in London and Ottawa greeted commuters heading for work in his-family owned buildings yesterday.

KUALA LUMPUR: Armed with banners and placards slamming corrupt Sarawak Chief Minister Taib Mahmud, several environmentalists and human rights activists took to the streets in London and Ottawa yesterday urging the British and Canadian governments respectively to freeze his assets. Both protests were held in front of Taib-family owned businesses – Ridgeford Properties Ltd and Ridgeford Consulting Ltd and Sakto Corporation – in London and Canada respectively. The London protest is believed to have been led by Radio Free Sarawak deejay Peter John Jaban, a native Sarawakian, and online portal Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown. The Ottawa protest is said to have been helmed by Mutang Urud, an indigenous leader from Sarawak who has been living in exile in Canada since the early 1990s. Mutang was arrested and placed in solitary confinement by the Taib government in February 1992 for running the Sarawak Indigenous Peoples' Association (SIPA). Swiss based Bruno Manser Fund (BMF), who released the anti-Taib campaign photos today; said activists from Malaysia, Canada, United Kingdom and Switzerland were involved in the protest yesterday morning. The protesters called both governments to freeze the assets of all eleven – nine in Canada and two in Britain – Taib-linked companies. The nine companies, allegedly had an estimated worth of about "hundreds of millions of US dollars" and were part of a blacklist of 49 Taib-family linked companies in eight countries identified by BMF . BMF has also incidentally called on all eight governments to freeze Taib's assets in these countries.

13 companies in Malaysia
In its disclosure, BMF noted that 13 out of the 49 blacklisted companies were in Malaysia and Taib's own Cahaya Mata Sarawak (CMS) led the pack. CMS allegedly holds a monopoly on projects in Sarawak. Taib, who has been in power since 1981, is facing a barrage of allegations including land grabs, administrative and financial abuse as he heads into Sarawak's most politically defining election. Environmentalists have accused him of destructive logging in the state and have claimed that Taib's immense personal wealth was derived from raping the state's rich natural resources. Opposition and NGOs in Sarawak are also flagging these issues and reports of his family 'ill-gotten gains' at the expense of the state's poor natives. Sarawak which is an oil and gas hub is reportedly the third poorest state in Malaysia.

British, Kanada mendesak kerajaan untuk membekukan aset Taib's
Tarani Palani 1 Mac 2011 - (Petikan Dari Free Malaysia Today)
Anti-Taib Mahmud protes di London dan Ottawa disambut di komuter menuju untuk bekerja di bangunan milik nya-keluarga semalam

KUALA LUMPUR: Berpegang dengan spanduk dan plakat membanting korup Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, beberapa persekitaran dan aktivis hak asasi manusia turun ke jalan di London dan Ottawa semalam mendesak kerajaan British dan Kanada masing-masing untuk membekukan asetnya. Kedua-dua protes diadakan di depan perniagaan milik keluarga Taib - Ridgeford Properties Ltd dan Ridgeford Consulting Ltd dan Sakto Corporation - di London dan Kanada masing-masing. Protes London diyakini telah dipimpin oleh penyiar Radio Free Sarawak Petrus Yohanes Jaban, orang asal Sarawak, dan online portal Sarawak Laporan editor Clare Rewcastle Brown. Protes Ottawa dikatakan telah dipimpin oleh Mutang Urud, seorang pemimpin adat dari Sarawak yang telah tinggal di pengasingan di Kanada sejak awal 1990-an. Mutang ditangkap dan ditempatkan di sel isolasi oleh kerajaan Taib pada bulan Februari 1992 untuk menjalankan Masyarakat Adat Sarawak 'Association (sipa). Yang berpusat di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF), yang menyiarkan foto-foto kempen anti-Taib hari ini, kata aktivis dari Malaysia, Kanada, United Kingdom dan Switzerland yang terlibat dalam protes itu pagi semalam. Para penunjuk perasaan memanggil kedua-dua kerajaan untuk membekukan aset syarikat Taib-berkaitan sebelas semuanya - sembilan di Kanada dan dua di British -. Sembilan syarikat, dipercayai memiliki nilai dianggarkan sekitar "beratus-ratus juta dolar AS" dan adalah sebahagian daripada senarai hitam 49 syarikat berkaitan keluarga Taib di lapan negara yang dikenalpasti oleh BMF. BMF kebetulan juga menyeru kepada semua lapan kerajaan untuk membekukan aset Taib di negara-negara ini.

13 syarikat di Malaysia
Dalam pendedahan, BMF mencatatkan bahawa 13 dari 49 syarikat yang disenarai hitamkan berada di Malaysia dan Cahaya Mata Sarawak (CMS) Taib memimpin sendiri. CMS diduga memegang monopoli dalam projek-projek di Sarawak. Taib, yang telah berkuasa sejak tahun 1981, sedang menghadapi rentetan tuduhan termasuk perampasan tanah, kesalahan pentadbiran dan kewangan semasa dan dalam pemilihan ketua Menteri Sarawak dalam pilihanraya yang akan menentukan. Alam Persekitaran telah menuduh dia memusnah penebangan di negara dan telah mendakwa bahawa kekayaan yang sangat besar peribadi Taib adalah berasal dari perkosaan kekayaan sumber hasil alam negara. Pembangkang dan NGO di Sarawak juga mendedahkan isu-isu dan laporan dari 'keuntungan haram' keluarganya dengan mengorbankan pribumi miskin negara. Sarawak yang merupakan pusat minyak dan gas dilaporkan negara termiskin ketiga di Malaysia.

Akibat Barang Naik Kita Akan Merempat!!!

Posted: 03 Mar 2011 03:34 AM PST

Merempat..? Harga Rumah Mahal!
MIRI, 3 Mac 2011 – Sering kita diperdengarkan dengan kenyataan keluar dari mulut pemimpin negara seperti dibawah;"Selaras dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan komited dan akan terus memberi keutamaan dalam penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki atau disewa mengikut keperluan golongan tertentu" – sumber Utusan Malaysia
tetapi amat malang sekali rakyat masih dibebani dengan harga rumah yang mahal dan segelintir masih merempat terbiar di kawasan setinggan.Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan Dasar Perumahan Negara (DRN) telah digubal dan ianya akan memenuhi keperluan asas rakyat, iaitu tempat tinggal yang selesa dan mampu dimiliki bagi memperkasakan pilihan dan autonomi rakyat. Menurut beliau, bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 78,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan penempatan semula setinggan.

Begitu juga dengan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pelaksanaan (DRN) di Sarawak akan memastikan kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti mengikut piawaian ditetapkan untuk kumpulan sasaran. Menurut beliau, di bawah pelaksanaan (DRN) harga rumah mampu milik negara telah disemak semula dengan harga rumah kelas itu di Semenanjung Malaysia meningkat daripada RM30,000 kepada RM42,000 manakala di Sarawak daripada RM42,000 kepada RM50,000 seunit. Pada masa sama kerajaan akan membina 8,000 unit Rumah Mampu Milik untuk dijual di seluruh negeri dan kedua-dua projek ini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)
Apa yang lebih mengecewakan sekarang ini ialah kerajaan persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (PPP) telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik (RMM), Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) dan sebagainya yang berharga RM40,000 hingga RM80,000 seunit tetapi masih ada lagi segelintir rakyat tidak mampu untuk membeli dan memiliki rumah.

Lain ceritanya pula dengan pemaju perumahan konglomerat seperti Naim Cendera, Miri Housing dan lain-lain di Sarawak ini harga rumah (single & double storey/terrace/corner/intermediate) boleh mencecah sehingga RM150,000 ke RM600,000 seunit dan kebiasaannya harga rumah terus melambung naik secara mendadak dalam tempoh masa kurang setahun dengan alasan pemaju bahawa minyak, harga tanah dan bahan binaan dikatakan telah menaikkan kos binaan. Keadaan ini boleh mengakibatkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan pertengahan tidak mampu membeli rumah idaman mereka.

Kini, trend pembinaan rumah mewah nampaknya semakin tidak terkawal oleh pemaju perumahan. Dengan mencecah setengah atau suku juta ringgit, berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding purata pendapatan isi rumah di Sarawak. Masalah peningkatan melampau nilai hartanah dan rumah kebelakangan ini memang telah lama dirasai dan jika diteliti pemilik rumah-rumah mewah di pinggir Bandaraya Miri khususnya di perumahan Luak, Piasau dan Permyjaya kebanyakan pembeli asing iaitu warganegara Brunei.

Memang tidak dinafikan kehadiran pembeli asing khususnya warganegara Brunei akan memberikan impak positif kepada ekonomi negara atau negeri tetapi ia tidak harus memperjudikan hak dan nasib rakyat tempatan. Sekarang ini masih ada lagi rakyat berkeluarga miskin, tiada berpendapatan tetap, pendapatan kurang RM1000 sebulan, papa kedana, dengan keadaan rumah yang usang dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang merempat di bumi sendiri.

Apa nasib rakyat, anak cucu kita 10 tahun lagi? Berapakah harga hartanah dan rumah di Sarawak ketika itu nanti? Masihkah ingat kenyataan lawak baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu ak Numpang?

"kerajaan negeri sedang berusaha mengeluarkan rakyat tanpa mengira kaum di negeri ini keluar dari belenggu kemiskinan dengan mendapat pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan bagi satu keluarga dalam tempoh 10 tahun akan datang." – sumber The Borneo Post

…dan rakyat nak jawab dan tanya balik Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang pula…

Apa yang Tan Sri boleh nampak pada nilai wang RM1,200 untuk keluarga pada 10 tahun akan datang??? jika itulah sasaran dungu kamu wahai sang pemimpin; sudah pasti rakyat masih 'meNUMPANG' di bumi sendiri…

oleh : masalahrakyat

Penduduk Dipaksa Pindah Tanpa Balas Kasihan!!!

Posted: 02 Mar 2011 07:06 PM PST

PENDUDUK KAMPUNG PUJUT 7 DIARAHKAN PINDAH SECARA PAKSA
Baru-baru ini rombongan PAS kawasan Miri telah melawat 7 buah keluarga di Kampung Pujut 7, yang telah diarahkan berpindah oleh pihak berwajib dalam tempoh 60 hari ke suatu tempat yang agak terpencil dan tiada kemudahan asas yang sepatutnya telah disediakan. Kisah sedih komuniti kecil itu, yang tinggal di pinggiran sungai Pujut dan berhampiran Jambatan Permyjaya, telah beberapa kali dilaporkan dalam akhbar sebelum ini dan dalam berita yang berkaitan setinggan Miri, namun tiada usaha dari pihak berwajib untuk membantu meringankan bebanan mereka untuk memindah barang-barang rumah mereka. Mereka berharap ada bantuan dari pihak yang berwajib tetapi sehinggalah arahan pindah dikeluarkan baru-baru ini tidak ada seorang pun dari wakil pihak berwajib datang menolong menyelesaikan masalah mereka, menurut kata mangsa yang diarah berpindah.

Dipaksa Berpindah
Surat arahan berpindah masih ada di Pejabat Tanah dan Ukur (Land and Survey) Miri. Mereka yang terlibat diarahkan berpindah ke Tanah Lot, Desa Indah di Permyjaya, berhampiran dengan EMart. Namun, apa yang menyedihkan mereka tidak diberi sebarang pampasan perpindahan, malah, tanah penempatan baru mereka juga merupakan tanah hutan berpaya yang masih belum sesuai untuk dijadikan tapak perumahan. Selain itu, segala kos perpindahan rumah dan pembinaan rumah baru tidak dibantu oleh kerajaan. Segala kerja dan kos mengangkut, barang keperluan rumah, kayu, zink dan papan rumah ditanggung sendiri oleh penduduk yang rata-rata merupakan penduduk berpendapatan rendah dan miskin. Ini amat membebankan mangsa yang terlibat terutama sekali mereka yang ramai keluarga serta kurang pendapatan.

Lawatan dan Sumbangan
Pada 27 Feb yang lepas, suatu lawatan prihatin oleh YB Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai telah diadakan. YB Firdaus, yang ketika itu sedang dalam lawatan kerja beliau di Miri, telah menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Turut hadir dalam lawatan tersebut Yang diPertua PAS Miri Hj Jofri Jaraiee, Pengerusi dan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Saudara John dan penyelaras Seketariat Menuntut HAK Tanah Rakyat (HAK) saudara Arif. Mangsa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira dengan lawatan tersebut. Rombongan menyatakan kesungguhan mereka untuk membantu mangsa dengan membawa kes mereka ke peringkat atasan. PAS dan Pakatan Rakyat Miri sentiasa prihatin tentang masalah rakyat yang kurang berkemampuan serta yang dizalimi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Keadaan sebuah rumah dikampung Pujut 7 yang terpaksa dirobohkan dan di arah berpindah.











YDP PAS Kawasan Miri bersama YB Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai sedang menyampaikan sumbangan kebajikan kepada penduduk yang terlibat dalam permindahan di kampung Pujut 7.








Beginilah keadaan dan tempat perumahan baru penduduk yang diarah berpindah dimana kawasannya masih ditumbuhi lalang, pokok dan juga berpaya.










English version
PUJUT 7 COMMUNITIES REDIRECTED RELOCATE IN FORCED
Recently, the delegation from PAS Miri visited 7 families in Kampung Pujut 7, which was directed to move by the authorities within 60 days to a place quite remote and there is no basic amenities should be provided. The sad story of a small community, living on the edge of the river and near the bridge Permyjaya Pujut, had several times previously reported in the press and the news related to squatters in Miri, but there is no effort from authorities to help ease their burden to move. They expect help from the authorities but the move command is issued until recently not one of the representatives of the authorities came to help solve their problems, according to the affected resident that are directed to move. Letters of direction to move are still at the Office of Land and Survey Department (Land and Survey) Miri. The affected residents are direct move to Lot, Desa Indah in Permyjaya, near the EMart. However, what is depressing they are not given any compensation, transfer, and even, in their new settlement land is swampy forest land which are not suitable for housing.
In addition, the cost of moving house and new home construction is not aided by the government. All work and costs of transport, household goods, wood, zinc and board home is borne by average people who are low income and poor people. This is difficult for those affected, especially those who have many families and low income.

On Feb 27 that recently, a visit by the Hon concerned Firdaus Jaafar, Jerai Member of Parliament was held. YB Firdaus, who was still in his working visit in Miri, has been delivering aid to those affected. Also present at the visit, the Chairman of PAS Miri Hj Jofri Jaraiee, Chairman and member of the Association of Supporting PAS Secretariat coordinator Mr John and the People of the Land Claim RIGHT (RIGHT) Arif. The victim was found expressed his gratitude and delight with the visit. The delegation expressed their determination to help the victims with bring their case to higher level. PAS and Pakatan Rakyat Miri constantly aware of the problems of the underprivileged and the people are oppressed by those who are irresponsible.

Picture
1. Houses at Pujut 7 resident that had been demolished and force to move
2. PAS Miri Chairman Area with YB Firdaus Jaafar, MP Jerai presenting contributions to the welfare of the people involved in the move of the Pujut 7 resident.
3. Here's are the location and new housing for people to move where the area is still weeds, trees and swampy.

DPPK PARIT

Posted: 03 Mar 2011 07:26 PM PST

DPPK PARIT


Satu Perceraian Pada Setiap 15 Minit Kata Mashitah

Posted: 03 Mar 2011 07:22 AM PST

Dr Azman Ibrahim

Posted: 03 Mar 2011 07:11 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Tak Malu; 'ADUN Mahkamah' Akan Hadir Sidang DUN

Posted: 03 Mar 2011 05:35 PM PST

Badrul akan hadir persidangan DUN Selangor

Aku memang muka tak malu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu hari ini menyatakan bersedia untuk hadir pada sidang DUN akan datang yang dijangka diadakan penghujung bulan ini.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat, beliau mempunyai tanggungjawab untuk menyuarakan aduan orang ramai terhadap masalah yang berlaku di tempat mereka. Macam baik dan bertanggungjawab saja bunyinya...

''Saya telah menyerahkan 10 soalan untuk dijawab kerajaan negeri pada hari tersebut.
''Kerajaan negeri mempunyai beberapa Exco yang bertanggungjawab dengan portfolio masing-masing dan mereka perlu mendengar setiap aduan yang dikemukakan oleh ADUN tanpa sebarang pilih kasih," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan dan Perasmian Mini Traktor kepada Persatuan Pengusaha Sayur-sayuran dan Buah-buahan Pulau Indah di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi pada 18 Februari lalu membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih wakil rakyat kawasan itu yang sah sekalipun undang-undang memberikan kuasa kepada speaker untuk mengistiharkan kekosongan kerusi.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Mar 2011 03:40 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


TANGGUH TAK BERSUNGGUH ATAU IBARAT AYAM TANPA PARUH

Posted: 03 Mar 2011 12:27 AM PST


APA YANG PENTING ? KERJASAMA ! TAPI UNDI YANG SAKSAMA

Posted: 02 Mar 2011 05:34 PM PST



Yang bertopi tu apa hal! Kalau boleh ditegur jangan pakai topi bila mengadap Allah daripada pakai topi elok pakai kopiah dan tak payah pakai lebih elok dari pakai topi begitu yang boleh menutup dahi sujud.


Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (memegang besi pengusung depan kir) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah (memegang besi pengusung depan kanan) mengenepikan fahaman politik hanya untuk menghormati jenazah Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi di sini, semalam.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 03 Mar 2011 03:40 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


UMNO PAHANG BODO TAHAP GABAN... PERTIKAI BILIK GERAKAN PKR

Posted: 03 Mar 2011 05:50 AM PST

Tau la UMNO nie bodo... tapi jangan la tunjuk sangat kebodohan tue... apa punye UMNO Malaysia Pahang pergi report polis pasal penubuhan Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Rumpun Makmurdi Kerdau... suka hati dia la nak bukak kat mane... tanah dia kedai dia rumah dia... bukan nye tanah kerajaan BN APCO... lantak dia la nak gantung ape kat atas tanah dia... nak gantung bendera KIMMA ke... MIC ke... MCA ke... sapa boleh marah... tanah dia ...suke hati le...

nia le org kampung aku cakat... bado tahap gaban...

BERAPA LA UMNO BAYAR NGAKU BAPA SAUDARA TIRI

Posted: 03 Mar 2011 01:46 AM PST

Sian aku tengok pakcik tua ini diusung kehulu-ke hilir bagi menyebarkan fitnah bahawa dia adalah bapa saudara tiri kepada calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah


Pakcik Ahmad, 63, diupah untuk melancarkan kempen mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan Pas yang memilih Yuhaizad sebagai calon di kawasan DUN Merlimau ini.

BUKTI UMNO REMBAT MAKANAN 1 AZAM DI KERDAU/ MERLIMAU

Posted: 02 Mar 2011 05:19 PM PST

CTH ITEM-ITEM BAGI BAKUL NUTRISI (bagi daerah Kemaman la) YANG DI SPONSER OLEH PELBAGAI SYARIKATADALAH:-
1) Beras SST 5% (5kg)
2) Minyak Masak (1kg)
3) Sardin (7 x 155gm)
4) Susu Tepung Nestle Everyday (1.2 kg)
5) Minuman Milo (1kg)
6) Nestle Koko Crunch (500gm)
7) Biskut Tiger (9 x 240 gm)
8) Appeton Multivitamin Lysine (60 pcs)
9) Pediasure Vanilla (900 gm)




tetapi di Merlimau/ Kerdau item dia berkurangan... mane perginya Beras 5kg, sardin lagi 5 tin, biskut tiger lagi 4 peket... ke dah kene rempat dengan puak-puak rakus UMNgOk ni... hak org miskin pun disebatnya... memang lahanat...

2) Minyak Masak (1kg)
3) Sardin (2 x 155gm)
4) Susu Tepung Nestle Everyday (1.2 kg)
5) Minuman Milo (1kg)
6) Nestle Koko Crunch (500gm)
7) Biskut Tiger (5 x 240 gm)
9) Pediasure Vanilla (900 gm)

bukan pakai duit BN pun... sume sponser... yg pakai duit BN kotak je...wakakaka

COMEL BABY BERNAMA FACEBOOK JAMAL IBRAHIM

Posted: 02 Mar 2011 04:53 PM PST

KAHERAH- Seorang ayah di Mesir telah mendedikasikan fenomena laman web sosial sebagai nama anaknya, Facebook. Bayi bernama unik itu menjadi tanda revolusi baru di Mesir.


Menurut laporan akhbar Al-Ahram, Jamal Ibrahim, 20 tahun, memberikan nama anak perempuannya sebagai Facebook. Ibrahim mengaku sangat kagum dengan peranan laman web sosial itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir.

Nama lengkap anak perempuannya adalah Facebook Jamal Ibrahim. Di Mesir, terdapat lebih dari lima juta pengguna Facebook, jauh lebih ramai berbanding negara lain di Timur Tengah. Pengguna Facebook terus melonjak selama satu bulan terakhir kerana revolusi Mesir. Sekurang-kurangnya, 32 ribu 'group' dan 14 ribu halaman Facebook telah muncul sejak 25 Januari.


pemerintah Tentera Mesir juga mulai menggunakan Facebook untuk mendekati pemuda Mesir. Salah satu grafiti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak telah dicantumkan dan membentuk perkataan 'Terima Kasih Facebook'.

UMNgOk MERENDAHKAN MARTABAT AGAMA ISLAM

Posted: 02 Mar 2011 04:47 PM PST

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno merendahkan martabat agama Islam apabila lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding agama dalam sistem pentadbiran negara.


Tegas Presiden PAS itu, Islam yang merupakan agama rasmi negara sepatutnya diberikan keutamaan bukan sekadar digunakan apabila perlu.

"Islam merupakan agama rasmi tapi ia tidak dijadikan kuasa, kuasa Islam (di Malaysia) hanya sekadar tengok anak bulan, bila ada orang mati bagi duit, ajar orang mengaji di masjid... inilah kerja pejabat agama.

"Islam tidak diberikan kuasa, sepatutnya politik di bawah Islam bukan Islam di bawah politik . . . Islam menyatukan politik supaya pemimpin-pemimpin ada perhitungan antara dosa dan pahala," katanya.

Kata Hadi, Islam tidak mengasingkan antara politik dengan agama seperti mana yang dilakukan Umno.

"Kita tak diajar untuk asingkan politik dan Islam, apa yang diajar Umno adalah politik tiada dalam Islam . . . politik tiada dalam Islam.

"Pada hal kita diajar (dalam Islam) kalau nak berjalan kena langkah dengan kaki kanan, nak makan dengan tangan kanan, baca doa, siapa yang ajar semua ini? Agama yang ajar bukan Umno," katanya.

"Ini yang melemahkan kedudukan Islam, politik Umno boleh rasuah, tipu rakyat, berlakon, buat maksiat bila hujung bulan ada duit buat umrah.

"Ini yang kita nak ajar supaya orang faham politik Islam, inilah beza PAS dengan Umno," kata Hadi.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 03 Mar 2011 01:18 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Ali Rustam dikritik gagal atasi pencemaran sungai

Posted: 02 Mar 2011 02:35 PM PST

DALAM keadaan Melaka disebut-sebut sebagai sebuah bandaraya serta Ketua Menterinya, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang dikatakan sangat efektif dalam membangunkan negeri Hang Tuah itu; masih ada masalah yang tidak enak didengar dan mengganggu penduduk khususnya di Merlimau.

Tinjauan Harakah di sekitar pekan Merlimau mendapati sebatang sungainya iaitu sungai Merlimau yang merupakan sumber pengairan penduduk yang mengusahakan sawah padi teruk tercemar.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada penduduk persekitaran faktor yang menjadi punca kepada kejadian tersebut adalah pembuangan sisa kilang daripada Kawasan Perindustrian Merlimau yang tidak terkawal tanpa sebarang pantauan.

"Air sungai Merlimau yang merentasi pekan kini telah bertukar menjadi hitam dan berbau sangat busuk sehingga ia tidak lagi layak dipanggil sungai, tetapi longkang," demikian ujar Zainuddin Mohamad, 32, seorang peniaga di Pekan Merlimau.


Tambahnya lagi, keadaan sungai tersebut yang dipenuhi sampah sarap kini memburukkan lagi keadaan malah ianya bertentangan dengan slogan yang seringkali dipamerkan pada papan tanda nama sungai iaitu ' sayangilah sungai kita'.

Bagi warga emas, Maznah Abdul Rahim, 72, keadaan sungai di Merlimau jelas membuktikan betapa 'sayangnya' kerajaan Umno-BN yang memerintah Melaka khususnya di Merlimau selama ini terhadap sungai yang sepatutnya dijaga dan dipelihara.

"Walaupun mereka gah melaungkan slogan 'Merlimau Dunku sayang' tetapi apa gunanya jika sungainya tidak disayangi?" kata seorang lagi penduduk, Hafizah Azman, 40 daripada Merlimau Pasir. Bahkan ianya secara tidak langsung mencemarkan permandangan serta nama baik Dun tersebut di mata orang luar yang datang berkunjung, sama ada pelancong tempatan apatah lagi daripada luar negara.

"Ianya bukan sahaja melibatkan isu kebersihan tetapi ia melibatkan nama baik Merlimau di mata orang luar. Harap ianya mendapat perhatian kerajaan negeri untuk berbuat sesuatu," ujarnya.

Malah masalah pencemaran sungai tersebut dikatakan bukanlah suatu perkara yang baru kepada penduduk Merlimau. Sementara itu, Mohamad Abdul, 50, pula berkata masalah tersebut telah membelenggu penduduk sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu.

"Kita telah mengalami masalah ini sudah lebih 10 tahun lalu, dan tiada sebarang tindakan yang diambil bagi menyelesaikannnya," katanya.

Lebih teruk lagi, keadaan tersebut menyebabkan berlakunya bencana banjir apabila hujan turun dengan lebat. "Apabila sungai tercemar, masalah perparitan pun tidak selesai, maka apabila hujan turun dengan lebat beberapa hari sahaja banjir melanda kawasan ini sehingga menimbulkan banyak kerugian dan masalah kepada kami," ujarnya.

HARAKAH Keluaran 29 RABIULAWAL – 1 RABIULAKHIR 1432 / 4 – 6 MAC 2011

Tekun: Pemimpin Umno tipu penduduk Merlimau

Posted: 02 Mar 2011 02:31 PM PST

JASIN, 1 Mac: Tidak kurang 700 penduduk di kawasan Dun Merlimau, di sini, kini telah menjadi mangsa penipuan pemimpin Umno BN, apabila mereka dijanjikan pinjaman Tekun berjumlah RM3,000 tetapi kemudian mulai menjauhkan diri daripada mereka.

Lebih menyedihkan lagi, mereka turut dikenakan bayaran RM25 setiap seorang, tetapi tidak pula dikeluarkan resit bayaran sehingga menyebabkan mereka terasa jelas tertipu kemudiannya.

Seorang penduduk di kawasan itu, Ismail Abdul Rahman, 77, menjelaskan, perkara itu telah berlaku sejak 26 Februari lalu sebaik selesai proses penamaan calon bagi PRK Dun Merlimau yang akan berlangsung 6 Mac ini.

Menurut beliau, pemimpin Umno itu sememangnya dikenali oleh mereka yang terbabit dan mereka tidak menyangka akan ditipu sedemikian mudah, lebih-lebih lagi ketika Umno BN sedang terdesak untuk mendapat undi daripada orang ramai pada pilihanraya itu nanti.

Katanya, setelah mengutip wang itu, pemimpin Umno terbabit kini sudah amat jarang kelihatan, malah mereka seperti melarikan diri daripada mereka yang terbabit, manakala pinjaman Tekun sebanyak RM3000 yang dijanjikan itu pula tidak diperolehi oleh mereka.

"Sehubungan itu, mereka yang terbabit bercadang untuk membuat laporan polis sekiranya pemimpin Umno itu tidak memulangkan kembali wang RM25 yang dikutip daripada mereka itu," katanya ketika ditemui.

Bayaran RM25 itu, menurut Ismail, dikenakan kononnya sebagai bayaran perkhidmatan untuk memudahkan proses mendapatkan pinjaman Tekun.

Mereka yang berhajat untuk mendapatkan pinjaman itu tanpa teragak-agak terus memberikannya, walaupun ia tidak dikeluarkan resit.

"Tindakan pemimpin Umno terbabit jelas menyalahi undang-undang kerana mengikut undang-undang, setiap bayaran yang diterima oleh setiap pihak mestilah disertakan resit bayaran dan penerimaannya," katanya.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu amat kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin Umno terbabit.

"Jadi maknanya, selain melakukan dosa kerana rasuah politik, pemimpin Umno BN juga sebenarnya turut mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang ramai sempena pilihanraya, khususnya PRK Dun Merlimau 6 Mac ini.

"Ini jelas membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno BN yang tidak boleh dipercayai. Jika mereka menolong pun, mereka bukannya ikhlas hendak menolong, tetapi ada muslihat lain di sebaliknya untuk kepentingan mereka," katanya.

Berhubung dengan bantuan jalan tar hingga ke hadapan rumah yang diberikan oleh pemimpin Umno BN sempena PRK Dun Merlimau, beliau berkata, ketidakikhlasan pemimpin Umno BN dalam hal itu amat jelas kelihatan.

"Sesetengah mereka yang diberikan bantuan itu mendapat jalan tar sepenuhnya di hadapan rumah, tetapi banyak juga antara mereka yang hanya diberikan bantuan jalan tar separuh-separuh sahaja.

"Menurut pemimpin Umno BN, jalan tar yang baru diberikan separuh sahaja dulu itu akan dipenuhkan kemudiannnya, tetapi orang ramai tak yakin jalan itu akan diberikan sepenuhnya nanti," jelasnya.

Sebaliknya, beliau yakin bantuan jalan tar tersebut pasti hanya setakat itu sahaja dan ia pasti akan turut berakhir apabila selesainya PRK Dun Merlimau 6 Mac ini.

"Itu semua hanyalah gula-gula pilihanraya oleh para pemimpin Umno BN. Jadi kepada orang ramai, janganlah sekali-kali tertipu dengan sandiwara para pemimpin Umno BN itu," tegasnya.

Harakah Daily

Dupahang's Weblog

Posted: 03 Mar 2011 11:40 AM PST

Dupahang's Weblog


Kemana blogger CMK? Bersama PAS atau Umno?

Posted: 03 Mar 2011 11:12 AM PST

OLEH KHAIRI ABD RAHIM Kehilangan' blogger Cucu Mat Kilau pada ketika ini terus menjadi misteri dan menimbulkan tanda tanya di kalangan kenalan-kenalannya. Beliau yang keluar dari PKR bulan lalu, dijangka menyerahkan borang keahlian PAS besok (Jumaat). Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, tiada siapa yang tahu di mana beliau berada. Beliau yang juga editor eksekutif blog [...]

Jom kita baca Qunut Nazilah

Posted: 03 Mar 2011 10:57 AM PST

JOM KITA PAKAT BACA QUNUT NAZILAH,

Pesta rasuah di Kerdau dan Merlimau

Posted: 03 Mar 2011 10:52 AM PST

Wan Nik Wan Yussof 1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) – Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit. 2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 [...]

PRK Kerdau – calon Bn Umno BN bersandiwara lagi

Posted: 03 Mar 2011 10:49 AM PST

KERDAU: Penduduk Kerdau tidak mahu LCCT atau MRT, tetapi mereka hanya mahukan kebajikan mereka dijaga, itulah kata-kata yang terhambur daripada mulut calon Bn Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad semasa diinterbiu oleh sebuah stesen tv semalam. ianya disiarkan ke seluruh negara. Sekaligus ucapan tersebut jelaslah Syed Ibrahim sendiri tidak bersetuju dan menempelek secara sinis tindakan kerajaan [...]

PRK Kerdau – Jabatan Pelajaran dibabitkan pula

Posted: 02 Mar 2011 07:05 PM PST

Chegu Zul KERDAU: Umno semakin terdesak bagi mengekalkan kemenangan Dun Kerdau di tangannya. Umno dengan wewenangnya memperalatkan semua segmen dan jentera kerajaan secara maksimum. Terkini adalah kerahan besar-besaran serta secara meluas iaitu semua guru-guru yang terlibat sebagai pengundi dalam Dun Kerdau bakal dihimpunkan pada 3 Mac 2011 di Temerloh. Arahan pertemuan atas taklimat berkenaan telahpun [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Mar 2011 11:11 AM PST

Batu Gajah Mari


Pemuda PAS Batu Gajah bantu Kempen

Posted: 03 Mar 2011 05:39 AM PST


Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah menghantar skuad kempen untuk membantu berkempen memenangkan calon PAS di DUN Merlimau. Kami telah mengedar risalah di sekitar DUN Merlimau termasuk di tempat 'hardcore' BN. Kami juga tidak ketingalan membantu menggantung bendera..















From Merlimau: Pakatan Rakyat tidak dibenar berkempen di Estet Sime Darby!!

Posted: 02 Mar 2011 04:10 PM PST

Pakatan Rakyat dilarang untuk masuk berkempen di Estet Sime Darby Kempas, Merlimau. Antara yang dihalang untuk memasuki estet tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Lebih menghairankan lagi, alasan yang diberikan adalah mengikut arahan 'pihak atasan' dan juga hanya BN sahaja yang dibenarkan memasuki estet tersebut.

Kempen Dun Merlimau semakin dicemari dengan pelbagai insiden yang menidakkan proses demokrasi berjalan dengan baik.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 03 Mar 2011 09:39 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


KULIAH BULANAN USTAZ AZHAR IDRUS MAC 2011

Posted: 03 Mar 2011 07:37 AM PST





Pengkuliah : Ustaz Azhar Idrus
Tempat : Masjid Lama Sura
Tarikh : 12 Mac 2011



MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!!!

Isu Kritikan Perdana Menteri Terhadap Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi

Posted: 03 Mar 2011 07:19 AM PST

Oleh : TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG


Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap gerakan Islam antarabangsa Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi semasa menghadiri satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tuduhan yang dibuat terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) dan tokoh-tokohnya seperti Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu adalah merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan Barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran. Ikhwan ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan
perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini. Ikhwan menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi. Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah. Dalam masa yang sama, tindakan mengambil sikap dan pandangan Setiausaha Negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.

Al Qardhawi juga adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan. Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar. Malah Malaysia sendiri pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

Dengan ini saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Sabtu, 3 Rabiul Awal 1432 H / 26 Februari 2011

SEMARAKKAN PROTES SAMAN EKOR

Posted: 03 Mar 2011 06:59 AM PST

Oleh : Ketua Penerangan Pas Pusat

Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor.

Sila naikkan kain rentang di seluruh negara. Sila letak di tepi jalan raya "Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13″ "PR Menang Saman Ekor Dihapuskan" "Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor" "Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor"

Pas berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya adalah tindakan yang zalim. Ini menggalak mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan. Apabila ini berlaku, maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.

Tahniah juga kepada rakyat yang kreatif, telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman. Antara slogannya "Kalau tidak mahu saman ekor, kita tolak BN" , walaupun slogan ini hanya spontan tetapi telah disambut oleh orang ramai.

Daripada awal lagi, Pas menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan. Barulah mangsa akan puas hati kerana kesalahan mereka diketahui. Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor.

KHIDMAT MERU

Posted: 03 Mar 2011 09:32 AM PST

KHIDMAT MERU


TURUN PADANG TAK TUNGGU WAKTU PILIHANRAYA

Posted: 02 Mar 2011 06:24 PM PST









YB Meru setiap minggu memperuntukkan Hari Isnin dan Khamis untuk turun kepadang bagi menyelami masaalah rakyat DUN Meru tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

Selain melawat dan merawat pesakit-pesakit uzur di rumah-rumah mereka serta memberi sumbangan ubat-ubatan dan kerusi roda, Dr Rani juga melawat Balai Polis Meru dan lokasi-lokasi Ops Payung untuk menyerahkan sumbangan hamper dan makanan tengah hari pada anggota-anggota polis yang bertugas.
Di samping itu beliau juga sempat menyinggah ke lokasi-lokasi penurapan jalanraya yang sedang giat di lakukan oleh pihak JKR keatas jalan-jalan yang bermasaalah di DUN Meru.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Mar 2011 09:13 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


PERHATIAN: OPS EHSAN PELAJAR MESIR: perjumpaan dengan MB SELANGOR

Posted: 03 Mar 2011 06:14 AM PST

TARIKH: 4..3.11(Jumaat)
VENUE: MASJID NEGERI SHAH ALAM
WAKTU: 
2.30ptg Pendaftaran, pengumpulan pasport/check visa
4.30ptg-6.30ptg: program jati diri
 Perjumpaan bersama YAB MENTERI BESAR SELANGOR

SILA BAWA 

1.PASSPORT

2.2 keping GAMBAR SAIZ PASPORT(BERLATAR BELAKANG PUTIH)
 
                                  3. KAD PELAJAR

pemberitahuan penting:
Ramai pelajar yang tidak mempunyai visa, maka penerbangan awal yang dijangka mahu dimulakan 6.3.11 tidak boleh dijalankan.
Penerbangan charter dijangka bermula 12.3.11 

PERHATIAN KEPADA MAHASISWA: PINJAMAN TANPA FAEDAH KERAJAAN SELANGOR

Posted: 03 Mar 2011 04:32 AM PST

Bagi semua pelajar rakyat Selangor sila ambil perhatian tarikh tutup permohonan pinjaman ubah alih kerajaan Selangor(convertible loan) untuk fasa 1 ialah 1.4.11
Sila hantar permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat kepada BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, SUK SHAH ALAM
Semoga berjaya

IKLAN
TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SESI PERTAMA TAHUN 2011
Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 April 2011
Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Pertama Tahun 2011 bermula pada 31 Januari 2011 (Isnin).
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Peringkat Pengajian  Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama
  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM;
  • atau Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.
Diploma
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.



PROSEDUR PERMOHONAN
1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:

(i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem RM1.00 ringgit beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.
Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-55212275 / 55447480/ 55447543
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2011 (Jumaat). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55447480 / 55212275.
3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my

download MUAT TURUN IKLAN TAWARAN SESI 1/2011 VERSI PDF


Pemuda Guchil

Posted: 03 Mar 2011 09:11 AM PST

Pemuda Guchil


Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir

Posted: 03 Mar 2011 07:43 AM PST

Alasan Palsu SPR Mengenai Pertambahan Undi Pos Yang Naik Mendadak

Posted: 03 Mar 2011 07:42 AM PST

 Umno BN secara terangan amal rasuah

Posted: 03 Mar 2011 07:41 AM PST

RM24.5 bilion lagi wang Petronas dirompak untuk kroni?

Posted: 03 Mar 2011 07:40 AM PST

HAPUS SAMAN: KOMITMEN PR KE PUTRAJAYA

Posted: 03 Mar 2011 07:39 AM PST

Pulau Pinang tuan rumah debat Husam dan Mahathir

Posted: 03 Mar 2011 07:38 AM PST

Revolusi Rakyat : Tentera Gaddafi berundur,14 terbunuh dalam pertempuran sengit di Brega

Posted: 03 Mar 2011 07:36 AM PST

Video : Mendiang Ross Boyert Dedah Kekayaan Taib Mahmud Berbillion Ringgit..

Posted: 03 Mar 2011 07:33 AM PST

Ketuanan Islam : Ahmadinejad Beri Amaran Kepada Amerika Usah Campurtangan Soal Libya

Posted: 03 Mar 2011 07:33 AM PST

Posted: 03 Mar 2011 07:28 AM PST

“Jangan ‘bakar’ Tanjong Agas bak PKFZ”

Posted: 03 Mar 2011 07:26 AM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 03 Mar 2011 07:30 AM PST

i n t a n h i j a u


PEMUDA PAS TELUK INTAN ANJUR SEMINAR PILIHAN RAYA / ڤمودا ڤاس تلوق اينتن انجور سمينر ڤيليهن راي

Posted: 03 Mar 2011 06:09 AM PST


TELUK INTAN, 3 Mac - Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Teluk Intan akan menganjurkan Seminar Pilihan Raya dengan tema Mempertahankan DUN N56 Changkat Jong. Program akan diadakan pada 6 Mac 2011 bersama hari Ahad di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut Ketua Penerangan DPP Teluk Intan, Sdr. Mohd. Nur Basyir, seminar yang bakal dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin akan menampilkan tiga orang pembentang kertas kerja dalam kalangan pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nik Mohammad Abduh Nik Aziz, Ustaz Riduan Mohd. Nor dan Sdr. Nazri Din. 

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua pemuda PAS cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan agar dapat hadir beramai-ramai ke seminar tersebut.

"Antara objektif seminar ini adalah untuk meniupkan semangat kepada para pemuda PAS dalam berhadapan pilihan raya khususnya dalam mempertahankan kemenangan DUN Changkat Jong yang telah dimenangi pada PRU12 yang lepas," tambah beliau lagi.

Pada sebelah malamnya pula, para pimpinan DPP Pusat yang terdiri daripada Ustaz Nik Mohammad Abduh, Ustaz Riduan Mohd. Nor dan Sdr. Nazri Din akan berceramah di tempat yang sama.

intanhijau.blogspot.com

JOM PROTES SAMAN EKOR DENGAN KERTAS UNDI / جوم ڤروتس سامن ايکور دڠن کرتس اوندي

Posted: 03 Mar 2011 04:38 AM PST


JASIN, 3 Mac: Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Abdul Wahab menyeru para pengundi PRK Dun Merlimau supaya menzahirkan protes terhadap saman ekor melalui kertas undi pada 6 Mac ini.

Katanya, inilah masa yang terbaik dan peluang terdekat bagi rakyat khususnya para pengundi di Merlimau menunjukkan sikap mereka terhadap saman ekor yang seolah-olah merompak wang rakyat.

Menurutnya, kerajaan BN perlu diajar melalui peti undi supaya mendengar keluhan dan rintihan rakyat ekoran menjadi mangsa saman ekor yang dipertikaikan pelaksanaannya sejak dahulu lagi.

"Saya menyeru para pengundi di Dun Merlimau supaya menolak BN dan mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk memberi peringatan kepada BN supaya jangan sekali-kali mendera rakyat melalui saman ekor," katanya.

Beliau berkata, walaupun banyak isu yang boleh membuka minda rakyat untuk menolak Umno BN terutama pada PRK Merlimau, namun saman ekor adalah isu yang melibatkan rakyat secara umum.

"Kerajaan BN tidak mahu mendengar pandangan rakyat supaya dimansuhkan saman ekor, jadi eloklah rakyat membantah melalui peti undi dengan mengundi calon PAS di Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pnerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta semua jentera penerangan parti supaya menyemarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat.

Ini, katanya kerana masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam sehingga pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini.

"Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara," ujarnya.(harakahdaily)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 03 Mar 2011 03:36 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


RM 30,000 Perlindungan Takaful Kepada Ketua Kampung Selangor

Posted: 03 Mar 2011 01:06 AM PST

Hal ini  jelas membuktikan bahawa dasar ini adalah satu dasar yang baik dan menjaga kebajikan ketua kampung . Seluruh ketua kampung di Selangor hari ini akan mendapat caruman takaful dengan nilai pampasan sebanyak RM 30,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor. Ia turut melibatkan Ketua Kampung Tradisi dan Ketua Kampung Baru.

Skim perlindungan ini akan memberi pampasan kepada ketua kampung sekiranya berlakunya kematian,kematian disebabkan kemalangan, hilang upaya kekal ,hilang upaya disebabkan kemalangan dan penyakit kritikal. Skim ini juga turut menjaga kebajikan keluarga ketua kampung dengan menanggung kos pengebumian ahli, isteri dan anak mereka.

Menurut Y.B Dr. Hj Yaakob Sapari, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar berkata, tugas serta komitmen ketua kampung  pada hari ini semakin mencabar dan skop tugasan mereka juga semakin luas. Justeru, kerajaan negeri berpendapat adalah wajar setiap ketua kampung diberikan perlindungan takaful secara berkelompok.

Katanya lagi, caruman ini juga sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dalam mengenang jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan.

Tambahnya lagi, berbanding dengan Kerajaan Barisan Nasional dahulu,tiada kelebihan yang diberikan kepada ketua kampung untuk menghargai peranan mereka.



Y.B DR. HJ YAAKOB BIN SAPARI

KULIAH HIRAKI MAC 2011

Posted: 02 Mar 2011 09:07 PM PST

KULIAH HIRAKI BULANAN PAS KAWASAN KOTA RAJA 
AKAN DIPIMPIN OLEH :
 
AL FADHIL UST IDRIS AHMAD
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

TARIKH : 11 MAC 2011
HARI : JUMAAT MALAM SABTU
MASA : 9.30 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS KAWASAN KOTA RAJA

TAJUK KERTAS KERJA PEMBENTANGAN
AL WALA' AL BARA'

 (KERTAS KERJA AKAN DIBEKALKAN)

AYUH MURNIKAN PERJUANGAN ISLAM DENGAN ILMU DAN PEMAHAMAN YANG MANTAP BAGI MENUMBANGKAN KEZALIMAN PEROSAK AGAMA ALLAH

"BERJUANG ATAS DASAR ILMU BUKAN SEMANGAT SEMATA-MATA"

SEMUA KEPIMPINAN, PENDOKONG DAN PENYOKONG PAS DIJEMPUT HADIR

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 03 Mar 2011 03:34 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Membantah Campur Tangan Asing Dalam Bentuk Ketenteraan di Libya

Posted: 02 Mar 2011 07:28 PM PST



Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyuarakan penentangan sekeras-kerasnya cadangan campurtangan asing dalam bentuk ketenteraan, terutamanya di atas nama Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menyelesaikan masalah di Libya.




Campurtangan pihak ketenteraan di atas nama Majlis Keselamatan itu sekali akan hanya membuka episod krisis perang yang tidak akan berkesudahan dan semakin menekan rakyat Libya, sepertimana campurtangan ketenteraan di Afghanistan dan Iraq yang belum menampakkan penyelesaiannya hingga kini malah akan mewujudkan ketidakstabilan baru di negara Utara Afrika itu.

Penyelesaian krisis di Libya boleh dirungkaikan dengan komitmen berterusan rakyat Libya untuk melakukan suatu perubahan. Dalam masa yang sama OIC dan Liga Arab juga mestilah menunjukkan kewibawaan mereka dengan memainkan peranan sebagai perunding dalam isu tersebut untuk mengenakan tekanan terhadap Muammar Ghadafi supaya berundur.

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Rabu, 27 Rabiul Awal 1432 H /  2 Mac 2011 

Hapus Saman Ekor : Kenyataan Akhbar Presiden PAS

Posted: 02 Mar 2011 04:35 AM PST


Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya


Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Selasa, 26 Rabiul Awal 1432 / 1 Mac 2011


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 03 Mar 2011 03:25 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


JOM tangkap penaja mee segera

Posted: 02 Mar 2011 05:51 PM PST

Mari kita perangkap dan tangkap Umno dan koncu-koncunya dalam Barisan Nasional.

Di Melaka yang berketuakan Ali Ketam yang terang-terang telah membeli Undi dengan memberi sogokan wang kepada para perwakilan Umno semasa Pemilihan Agung Umno (PAU) yang lalu sehingga jawatankuasa pemilihan menyingkir beliau dalam pemilihan tersebut, anda boleh bayangkan suasana di Merlimau sudah pasti tidak jauh bezanya kerana beliau masih orang yang sama.

Sementara itu Umno-Barisan Nasional dikesan semakin rancak terus berusaha memancing undi daripada penduduk di kawasan DUN Kerdau dengan menghulurkan bantuan 'projek mee segera' dalam pelbagai bentuk dari yang kecil hingga besar termasuk projek pembangunan.

Munurut TITM selaku Pengarah PRK Kerdau beliau melihat satu dua hari ini kda beberapa tempat yang menjadi tumpuan dengan tawaran-tawaran dengan projek yang turun kemudian bantuan-bantuan yang diberi kepada pengundi dalam bentuk hamper makanan dan sebagainya.

Diharap unit khas PAS "Skuad Kemera" yang dilancarkan oleh Pengarah JPP PAS Pusat, Datk Abdul Halim Abdul Rahman baru-baru ini dapat mengumpul kan seberapa banyak bukti supaya perangai buruk Umno boleh ditelanjangkan kepada umum tidak saja pada kedua-dua PRK ini tetapi juga pada Pilihanraya Umum 13 akan datang selain membantu SPRM dan SPR bahawa ada eleman sogokan dan rasuah dalam PRK ini dan menangkap serta mendakwa mereka-mereka yang terlibat tidak kira Menteri atau Ketua Cawangan.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Mar 2011 01:28 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


21 mengaku tidak bersalah sertai HINDRAF

Posted: 03 Mar 2011 12:54 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 16 lelaki dan lima wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyertai pertubuhan haram iaitu HHINDRAF di Little India Brickfields di sini dua minggu lalu.

Berita Harian/-

Notis pemberhentian 13,000 guru sandaran dibatalkan

Posted: 03 Mar 2011 12:45 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TONGOD: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan berita gembira untuk 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian tahun lalu bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini.

Beliau mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lalu bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terbabit.

Katanya, keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.

"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya.

Berita Harian/-

Kekayaan terkumpul 40 orang terkaya Malaysia meningkat

Posted: 03 Mar 2011 12:40 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SINGAPURA 3 Mac – Kekayaan terkumpul 40 orang paling kaya di Malaysia berjumlah AS$62.1 bilion, meningkat sebanyak AS$11.1 bilion berbanding tahun lepas, demikian menurut senarai kekayaan terbaharu yang disiarkan oleh Forbes Asia.

Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini berkata, gabungan kekayaan itu naik hampir 22 peratus daripada senarai pada 2010.

"Sumber kewangan yang lebih baik itu datang daripada sokongan kekukuhan ekonomi negara yang berkembang 7.2 peratus tahun lepas, kadar tertinggi sejak 2000," kata Forbes.

Dua tempat teratas pertama masih dipegang oleh Robert Kuok Hock Nien dan Ananda Krishnan.

Robert, 87, menerajui kedudukan pertama sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 orang paling kaya di Malaysia.

Kekayaan beliau bernilai AS$12.5 bilion, naik sebanyak setengah bilion daripada tahun lepas.

Sumber terbesar kekayaannya ialah pegangan beliau dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.

Ananda, 72, berada di kedudukan ke-2 dengan kekayaan bernilai AS$9.5 bilion, naik daripada AS$8.1 bilion tahun lepas Maxis Communications Bhd miliknya merupakan penyedia perkhidmatan telefon selular terbesar di Malaysia.

Baru-baru ini beliau telah menjadikan tiga syarikatnya sebagai syarikat persendirian: syarikat penyiaran satelit Astro All Asia Networks plc, syarikat kuasa dan perjudian Tanjong plc, dan pengendali satelit Measat Global Bhd.

Senarai 10 orang paling kaya Malaysia ialah: 1) Robert Kuok Hock Nien (AS$12.5 bilion); 2) Ananda Krishnan (AS$9.5 bilion); 3) Puan Sri Lee Kim Hua (AS$6.6 bilion); 4) Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$5 bilion); 5) Tan Sri Quek Leng Chan (AS$4.8 bilion); 6) Tan Sri Teh Hong Piow (AS$4.7 bilion); 7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$2.7 bilion); 8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$2.5 bilion); 9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (AS$1.25 billion); dan, 10) Tan Sri Tiong Hew King (AS$1.2 bilion).

Utusan Malaysia/-

Gaddafi benarkan siasatan antarabangsa diadakan

Posted: 03 Mar 2011 12:37 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 3 Mac - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam menyatakan beliau akan membenarkan satu siasatan antarabangsa diadakan kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat keputusan berdasarkan laporan-laporan palsu berhubung keadaan di negara itu.

Bagaimana PBB boleh membuat keputusan berdasarkan 100 peratus laporan palsu,'' katanya dalam satu ucapan.

Beliau berkata, Libya juga perlu menyiasat kejadian yang berlaku dari al-Bayda sehingga ke Benghazi di mana kedua-dua bandar itu berada di timur negara ini telah jatuh ke tangan pemberontak.

Utusan Malaysia/-

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tren komuter

Posted: 03 Mar 2011 12:34 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KLANG 3 Mac – Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru lahir ditemui ditinggalkan dalam tren komuter yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, mayat bayi malang yang masih bertali pusat itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8 pagi.

"Mayat bayi ini dibungkus dengan kain dan diletakkan dalam beg plastik sebelum ditinggalkan di dalam tren," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk dibedah siasat.

Utusan Malaysia/-

PRK DUN Kerdau: Pengundian pos bermula hari ini

Posted: 03 Mar 2011 12:24 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH 3 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada pukul 10 pagi di Plaza Majlis Perbandaran Temerloh di sini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, sejumlah 50 kertas undi pos dikeluarkan, masing-masing 14 untuk pengundi terdiri daripada anggota polis dan 36 petugas SPR.

"Kita sudah keluarkan semua kertas undi itu, dan proses pengundian bermula pukul 10 pagi hingga pukul 5 petang ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, SPR menyerahkan kertas-kertas undi anggota polis kepada Pegawai Penyelaras Undi Pos Polis, Cif Insp Mohd Irwan Ismawi Sapawi untuk dibawa ke pusat pengundian polis di Balai Polis Kerdau di sini.

"Semua anggota kita sudah bersedia, dan kami jangkakan ia akan selesai sebelum pukul 5 petang ini," kata Tarif.

Utusan Malaysia/-

PENDUDUK KAMPUNG PUJUT 7 DIARAHKAN PINDAH SECARA PAKSA

Posted: 03 Mar 2011 12:12 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Baru-baru ini rombongan PAS kawasan Miri telah melawat 7 buah keluarga di Kampung Pujut 7, yang telah diarahkan berpindah oleh pihak berwajib dalam tempoh 60 hari ke suatu tempat yang agak terpencil dan tiada kemudahan asas yang sepatutnya telah disediakan. Kisah sedih komuniti kecil itu, yang tinggal di pinggiran sungai Pujut dan berhampiran Jambatan Permyjaya,

telah beberapa kali dilaporkan dalam akhbar sebelum ini dan dalam berita yang berkaitan setinggan Miri, namun tiada usaha dari pihak berwajib untuk membantu meringankan bebanan mereka untuk memindah barang-barang rumah mereka. Mereka berharap ada bantuan dari pihak yang berwajib tetapi sehinggalah arahan pindah dikeluarkan baru-baru ini tidak ada seorang pun dari wakil pihak berwajib datang menolong menyelesaikan masalah mereka, menurut kata mangsa yang diarah berpindah.

Surat arahan berpindah masih ada di Pejabat Tanah dan Ukur (Land and Survey) Miri. Mereka yang terlibat diarahkan berpindah ke Tanah Lot, Desa Indah di Permyjaya, berhampiran dengan EMart. Namun, apa yang menyedihkan mereka tidak diberi sebarang pampasan perpindahan, malah, tanah penempatan baru mereka juga merupakan tanah hutan berpaya yang masih belum sesuai untuk dijadikan tapak perumahan.

Selain itu, segala kos perpindahan rumah dan pembinaan rumah baru tidak dibantu oleh kerajaan. Segala kerja dan kos mengangkut, barang keperluan rumah, kayu, zink dan papan rumah ditanggung sendiri oleh penduduk yang rata-rata merupakan penduduk berpendapatan rendah dan miskin. Ini amat membebankan mangsa yang terlibat terutama sekali mereka yang ramai keluarga serta kurang pendapatan.

Pada 27 Feb yang lepas, suatu lawatan prihatin oleh YB Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai telah diadakan. YB Firdaus, yang ketika itu sedang dalam lawatan kerja beliau di Miri, telah menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Turut hadir dalam lawatan tersebut Yang diPertua PAS Miri Hj Jofri Jaraiee, Pengerusi dan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Saudara John dan penyelaras Seketariat Menuntut HAK Tanah Rakyat (HAK) saudara Arif.

Mangsa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira dengan lawatan tersebut. Rombongan menyatakan kesungguhan mereka untuk membantu mangsa dengan membawa kes mereka ke peringkat atasan. PAS dan Pakatan Rakyat Miri sentiasa prihatin tentang masalah rakyat yang kurang berkemampuan serta yang dizalimi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



PAS Miri

Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir

Posted: 03 Mar 2011 12:00 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 3 Mac: Kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa Pahang berhutang sejumlah 2.17 billion dengan kerajaan pusat adalah biasa dan sama seperti negeri-negeri lain ibarat alasan 'Pak Pandir', kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Watak dongeng Melayu itu sinonim dengan kenyataan 'bukan anak kita sahaja mati, anak orang lain pun mati juga' kata Tuan Ibrahim, hanya untuk melepaskan diri dari dia dilihat lemah atau bersalah.

Katanya, menteri besar Pahang itu sepatutnya melihat peningkatan hutang tahunan negeri kepada kerajaan pusat telah sampai ke tahap membimbangkan.

"Apa yang mendukacitakan, bilamana anggaran hasil negeri hanya RM532 juta sedangkan belanja mengurus sahaja RM600 juta, pembangunan RM270 juta menjadikan jumlah bajet keseluruhan RM871 juta.

"Ini bermakna lebih dari RM300 juta bergantung kepada hasil pinjaman dari kerajaan Pusat," katanya pada sidang media harian PAS di pusat media PRK Kerdau di sini.

Semalam, Adnan terpaksa menafikan dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri hampir bankrap ekoran defisit bajet 13 tahun berturut-turut dan hutang dengan kerajaan pusat makin meningkat.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya defisit dua kali.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah pilihan raya PAS bagi PRK Kedau berkata, kegagalan kerajaan negeri pimpinan Adnan meningkatkan hasil adalah kerana pengurusannya yang lemah dan tidak terkawal.

"Sebagai contoh, kerajaan negeri sanggup menghabiskan wang negeri bagi membeli nombor plat kereta CCC9 dengan nilai RM48 ribu," katanya.

Lebih pelik ujarnya, inden kenderaan yang sudah dilupuskan masih lagi dibayar dengan jumlah RM11,838 seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Selain itu, tuntutan melampau bagi projek Rumah Rehat Bentong turut dipersoalkan.

"Papan tanda 'Surau' yang harga pasaran RM60 dibayar kepada kontraktor RM542, lampu hiasan ruang tamu yang harganya hanya RM1,500 dibayar kepada kontraktor dengan harga RM38,700," tambahnya.

Sehubungan itu katanya, rakyat harus membuka mata disaat mereka berdepan masalah ekonomi, kerajaan negeri pula melakukan pembaziran.

Katanya, sekarang adalah masa terbaik untuk membuat perubahan memilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Pemilihan calon BN pada pilihan raya ini hanya akan meneruskan keadaan selepas 12 kali pilihan raya umum, inilah hasilnya.

"Rakyat perlu memilih wakil rakyat yang akan mengangkat isu-isu ini kepada kerajaan negeri," katanya.

Petugas BN menyamar ahli PAS

Menyentuh suasana kempen yang masuk hari kelima, beliau mendakwa mendapat maklumat seramai 200 petugas BN menyamar sebagai ahli PAS.

Mereka ini katanya, bergerak bertemu pengundi dan cuba menimbulkan provokasi.

Beberapa kain rentang bersifat provokasi juga telah ditemui dipasang di merata tempat, dan beliau memaklumkan laporan polis akan dibuat hari ini.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang banner dan bendera kempen yang dipasang petugas PAS.

Insiden itu katanya berlaku sejak awal kempen dan terbaru awal pagi tadi.

"Sehingga kini sebanyak 16 kain rentang dan berpuluh bendera hilanh dan enam kain rentang lagi baru hilang pagi ini.

"Saya menyeru kepada kanak-kanak nakal ini untuk menghentikan tindakan ini," nasihatnya.

Insiden itu didakwa berlaku di beberapa tempat termasuk Desa Murni, Kampung Ketam dan Kuala Tekal.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah.

Pemimpin PR Tegakkan Keadilan, Bukan Jaja Politik Murahan

Posted: 02 Mar 2011 11:45 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 3 MAC : Pakatan Rakyat menentang Barisan Nasional kerana mahu menegakkan pemerintahan yang bersih dan tuntas kepada keluhuran undang-undang, dan bukan untuk mencetuskan serangan peribadi semata-mata, kata Penasihat DAP Lim Kit siang.

Justeru beliau menolak tanggapan Umno bahawa parti-parti Pakatan Rakyat mencalar sistem demokrasi apabila mendedahkan pelbagai kepincangan dalam pemerintahan Umno-BN.

"Kita tidak memusuhi parti atau rakyat tetapi individu atau pemimpin yang melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa. Itu harus dibezakan.

Kit Siang menolak bahawa permusuhan politik antara Pakatan dan Umno-BN memberi kesan buruk kepada rakyat.

Beliau bersetuju dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan gagasan pembangkang itu menentang Umno-BN atas soal-soal prinsip dan
kepentingan awam demi membawa kebaikan kepada rakyat.

"Saya rasa itu satu trend yang tidak sihat. Kita mahu berikan satu demokrasi yang sihat, tulen dan bersih. Dakwaan yang tidak bersih mengotori politik yang sepatutnya memberi perkhidmatan kepada rakyat dan negara," tegas Kit Siang.

Anwar dalam siri ceramahnya di Merlimau kelmarin menegaskan beliau tidak pernah bermusuh dengan ahli Umno atas dasar peribadi.

Sebaliknya, apa yang ditentang ialah sikap pemimpin zalim Umno dan budaya rasuah yang masih menebal dalam parti itu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menegaskan, PAS senantiasa berpegang teguh kepada asas perjuangannya dan tidak berpolitik untuk mencari musuh semata-mata.

"Inilah prinsip yang telah PAS laksanakan dalam sejarah perjuangan kita sejak kali pertama PAS ditubuhkan dan kita memang tidak pernah mencipta permusuhan dari segi peribadi tetapi apa yang kita perjuangkan adalah ketidakadilan dan dasar-dasar perjuangan Islam dan prinsip-prinsip kemanusian. Itu yang sebenarnya perkara yang kita bertentangan dengan mereka," jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perjuangan Pakatan Rakyat berpaksi kepada agenda untuk menegakkan
pemerintahan adil dan saksama.

"Pakatan jelas tidak pernah bermusuh dengan Umno sebagai parti tetapi kita memusuhi penyelewengan, penipuan dan kezaliman yang dibuat pimpinan tertentu dalam Umno. Benda ini bukan perkara baru, kita sudah tegaskan berkali-kali, termasuk Datuk Anwar sendiri,"katanya.

Nik Nazmi berkata, realiti politik semasa adalah ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari Parti Keadilan Rakyat menjadi sasaran Umno dengan menggunakan pelbagai taktik kotor demi menghakis kekuatan pembangkang.

"Umno ini hidup dengan menggunakan khidmat pelacur-pelacur politik di mana mereka dibayar dan diberi ganjaran dan kepentingan dengan tujuan menyerang kembali dengan menabur fitnah kepada Keadilan dan Pakatan. Jadi pada pendapat saya itu merupakan amalan yang kolot, kotor dan tidak sihat. Tetapi ia menjadi amalan mereka,"katanya.

Tv Selangor/-


Empat Sifat Orang Mukmin Sidiq, Amanah , Tabilq dan Fatanah.

Posted: 02 Mar 2011 11:32 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Abu Basyer

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap orang mukmin yang ingin menjadi para daie yang istiqamah perlulah mewarisi sifat para Nabi dan Rasul iaitu siddiq, amanah, tablig dan fatanah. Walaupun mungkin sebagai manusia biasa kita tidak mampu mewarisi sepenuhnya sifat-sifat yang mulia ini kerana para Nabi dan Rasul bersifat maksum, tetapi sebagai asas akhlak yang mulia perlulah empat sifat ini menjadi pakaian dan perhiasan untuk para daie yang mukmin, yang berhasrat menjadi pewaris para nabi untuk menegakkan risalah Allah S.W.T.

Perwatakan seorang mukmin mestilah dihiasi dengan sifat ikhlas, murah hati, merendah diri dan benar, berhemah tinggi dan sederhana juga diharumi dengan sifat mengasihi dan menyayangi serta sentiasa mengalirkan kegembiraan dalam perhubungan, menjadikan akhlaknya sentiasa menjadi ikutan masyarakat.

Dalam dirinya tercantum segala sifat-sifat mahmudah yang sejati. Pada waktu siangnya bekerja keras untuk mencari nafkah untuk keluarga dan pada masa yang sama menyampaikan mesej dakwah dan tarbiah kepada masyarakat. Di waktu malamnya solat tahajud, berdoa dan bermunajat sehingga menitiskan air mata penyesalan mengadap Tuhan Rabbul Jalil.

Sahabat yang dikasihi,

Di sini akan difokuskan kepada empat sifat dasar yang merupakan sifat yang perlu ada pada setiap orang mukmin yang menjadi pemimpin umat. Sifat-sifat tersebut adalah siddiq, amanah, fatanah dan tabligh. Apabila sifat sifat ini lahir dalam kehidupan maka ianya akan menjadi contoh kepada umat Islam lain yang mengharapkan keredaan Allah S.W.T.

Sifat-sifat tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Siddiq (Benar)

Seorang mukmin harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali samada dia itu seorang alim, atau seorang yang berkuasa atau seorang saudagar, samada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak –kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara seorang dengan yang lain.

Sifat siddiq (benar) adalah inti sari daripada kebaikan. Sifat inilah yang dimiliki sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as -Siddiq.

DariAbdullah bin Masud, Nabi S.A.W. bersabda bermaksud :

"Sesungguhnya siddiq (benar) itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan,dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama)Allah, Allah menyediakan untuk mereka ampunan dan ganjaran yang besar."(Surahal-Ahzab ayat 35).

Selain mendapatkan keampunan dan ganjaran yang besar dari Allah, golongan siddiqin juga akan mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah di akhirat. Mereka akan disatukan bersama nabi, orang syahid, serta salihin.

Seorang mukmin akan sentiasa berkata benar tidak berbohong, mungkir janji dan lidahnya tidak suka mengumpat dan memfitah orang lain walaupun terhadap orang fasik yang menghina dan menyerang peribadinya. Setiap nasihat dan tunjuk ajarnya membuatkan seseorang tertarik untuk mendekatkan diri dengan Islam kerana tuturkata yang lemah lembut dan penuh hikmah.

Kedua : Amanah

Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Jika sifat amanah ini dimiliki oleh para pemimpin kita, para ulama , guru-guru, pegawai atasan dan ahli perniagaan maka kita akan dapati negara akan berkembang maju dan kekayaan negara akan dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk rakyat dan keseluruhan rakyat umumnya akan mempunyai akhlak yang baik. Oleh kerana sifat amanah suduh hilang atau berkurangan maka kesan daripadanya menyebabkan hutang negara bertambah kerana membazirkan wang negara untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang bangkrap akibatnya negara terpaksa menanggung hutang yang besar. Selain daripada itu kesan sifat tidak amanah ini juga maka kadar jenayah semakin meningkat kerana tidak ada amanah diperingkat penguasaan undang-undang.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Ketiga : Tabligh

Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67 yang bermaksud : "Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. "

Walaupun ayat ini arahan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. sebagai Rasul pilihan-Nya untuk menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T., tetapi sebagai hamba Allah S.W.T. dan umat Nabi S.A.W. kita juga berkawajipan untuk menyambung perjuangan Nabi S.A.W. iaitu berdakwah dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. yang dilaksanakan oleh baginda kepada umat manusia seluruhnya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya." (Surah Ali-Imran ayat Ayat 104)

Kewajipan berdakwah adalah tanggungjawab besar yang menjadi tonggak utama agama dan tiang seri atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturan serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya; dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim)

Berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan diperintahkan supaya hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapat keredaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya." (Hadis riwayat Muslim)

Keempat : Fathanah (Kebijaksana dan cergas)

Sifat keempat ialah fathanah(bijaksana dan cerdas). Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang bertugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fatanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam.

Kita dapati ada dikalangan para pendakwah yang cuba menyampaikan Islam dengan cara yang keras dan kurang hikmah hingga menyebabkan orang yang bukan Islam menganggap Islam itu ekstrim dan agama yang tidak ada toleransi. Ada setengahnya pula menyerang peribadi-peribadi tertentu untuk menjadi bahan ketawa. Perlulah diingatkan cara berdakwah yang berkesan adalah tidak mendedakkan keaiban seseorang dan berdakwah dengan cara lemah lembut dan penuh hikmah kerana inilah cara dakwah Rasulullah S.A.W. , betapa ramai orang kafir yang memusuhi Nabi S.A.W. tetapi akhirnya memeluk Islam kerana melihat ketinggian akhlak dan peribadai baginda.

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita sama-sama mendidik diri kita menjadi seorang mukmin yang memiliki sifat siddiq, amanah, tabliq dan fatanah. Sifat yang mulia ini adalah sifat yang wajib dimiliki oleh para Nabi dan Rasul. Jika kita mempunyai sifat-sifat yang mulia ini barulah kita layak mendapat syafaat Rasulullah S.A.W dan termasuk dikalangan hamba yang dirahmati Allah S.W.T. dan akan layak memasuki syurga-Nya.

SUDAH LAMA PEMIMPIN UMNO KHIANATI BANGSA MELAYU.

Posted: 02 Mar 2011 11:23 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno merasakan hak istimewa orang Melayu tergugat tidak lain tidak bukan kerana bimbang kedudukan dan kuasa mereka tergugat disebabkan orang Melayu mula meninggalkan perjuangan Umno di samping kaum lain sudah tentu menjauhi perjuangan Barisan Nasional.

Menurut beliau, pemimpin tertinggi Umno mahu memecahbelahkan orang Melayu dengan alasan kaum Melayu semakin lemah dan hak istimewa orang Melayu akan tergugat jika Umno-BN kalah dalam pilihanraya akan datang. Dengan kata lain, Umno cuba mengugut orang Melayu agar tidak menolak Umno-BN dalam pilihanraya jika tidak mahu hak mereka hilang kepada kaum lain.

Beliau menyatakan , seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Umno tidak terlepas daripada isu perkauman. Kononnya umno sebagai penyelamat kaum Melayu, akan tetapi reality sebenar pemimpin umno yang telah menggadaikan keistimewaan bangsa melayu di Malaysia selama ini.

Memetik ucapan beliau " Yang merosakkan Melayu sejak merdeka dulu adalah Umno. sudah 53 tahun merdeka, Melayu makin lama makin terpinggir,nasib orang melayu semakin tidak terbela, bukankah selama ini umno yang uruskan pentadbiran Negara?. Jadi siapa yang rosakkan Melayu sejak dari dulu kalau bukan Umno yang mengkhianati kaum sendiri?" umno salah guna kuasa selama ini, habis tanah rizab orang melayu digadaikan, hak keistimewaan orang melayu dihakis , bahasa melayu diketepikan"

" Pemimpin umno juga mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan kepada kroni-kroni umno yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun"

Selain itu beliau juga menyatakan, Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua.

Justeru beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit menghalang kezaliman yang selama ini dilakukan oleh umno kepada rakyat Malaysia,matlamat terdekat kita untuk memenangi PRU 13 ini dan banyak bukti umno telah gadaikan bangsa melayu demi kepentingan peribadi pemimpin mereka dan PAS bersama Pakatan Rakyat akan dedahkan sebanyak mungkin bukti-butki kezaliman yang dilakukan oleh umno selama ini kepada rakyat.

ustazabubakar.worpress.com


Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu?

Posted: 02 Mar 2011 11:09 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 3 Mac : "Usah cakap banyak lagi.. Umno kena perjelaskan ke mana hilangnya tanah rezab melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum berbicara tentang Umno pembela Melayu, " kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau yang berucap di majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi turut meletakan kesalahan tersebut di tangan Umno yang kononnya menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat.

Selepas penjajah pergi, orang Melayu mempunyai 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia tetapi kenapa pada tahun 1995 ia berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar.

Kejadian itu sampai kini masih tidak dijawab oleh kepimpinan Umno sejak dulu sehingga sekarang, dakwa beliau.

Mereka bimbang jika diberikan jawapan secara ikhlas dan jujur maka tidak mustahil rakyat Melayu akan marah dan tidak lagi bergantung pada parti perkauman itu lagi.

"Jangan biarkan lagi Umno berkuasa kerana tanah milik melayu sendiri tergadai apatah lagi dulunya mereka asyik menang dan ingat kemenangan itu boleh menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan, " tegasnya.

Sambungnya, itu di tahun 1995 kini tahun 2011 tentunya terus berkurangan ekoran kerakusan kepimpinan Umno melakukan pembangunan yang yang berat sebelah.

Sepatutnya mereka mengantikan tanah yang melibatkan tanah rezab Melayu bukan terus ambil dan mengaut keuntungan peribadi.

Umno bertanggungjawab memberikan penjelasan kenapa terjadi kehilangan 1.3 juta tanah rezab Melayu di waktu mereka berkuasa penuh terhadap pembangunan di setiap negeri, tegasnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said .

Sertai PAS: Umno Kuala Krau tolak menolak

Posted: 02 Mar 2011 11:02 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 3 Mac: Ketua Pemuda Umno Kuala Krau, Wan Salman Wan Ismail menafikan bekas Ketua Umno cawangan Jengka 25, Muzamil Mualif dan 11 ahli lain menyertai PAS namun beliau meminta meminta penjelasan lanjut dari Ketua Penerangannya pula.

"Kita (Umno) telah berhubung dengan Muzamil dan beliau tidak menyertai PAS," katanya ketika dihubungi hari ini oleh laman web Free Malaysia Today (FMT).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas ketua Umno Jengka 25 ke dalam parti Islam itu malam semalam.

Muzamil bersama 11 ahli Umno cawangan berkenaan (gambar) telah menyerahkan borang penyertaan tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di rumahnya.

Wan Salman, bagaimanapun, enggan mengulas apabila diberitahu ada gambar yang menunjukkan Muzamil menyerahkan borang keahlian PAS kepada Abdul Hadi. Sebaliknya beliau mahu wartawan mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Penerangan Umno bahagian Kuala Krau, Datuk Mohamed Jaafar.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Mohamed tidak berjaya. Seorang lagi ahli jawatankuasa Umno Kuala Krau, Mohd Ali Hanafiah Ahmad ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu perkara tersebut.

Selasa lalu, seramai 12 ahli Umno dari Felda Jengka 25 bertindak keluar parti untuk menyertai PAS.

Ahli-ahli Umno termasuk bekas Ketua Cawangan Umno Jengka Jengka 25, Muzamil Mualif menyertai PAS selepas dua hari Perdana Menteri mengadakan lawatan ke situ dengan mengumumkan projek pembangunan berjumlah jutaan ringgit.

Ahli-ahli Umno itu dikatakan kecewa dengan Najib ketika berkunjung ke Jengka yang disifatkan tidak serius mahu membantu masyarakat peneroka.

Satu majlis penyerahan borang keahlian PAS telah diadakan sempena kemasukan tersebut di rumah bekas Ketua Cawangan Umno itu sendiri, Muzammil Alif yang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muzammil merupakan pengasas Umno di Jengka 25 dan menjawat jawatan ketua cawangan di situ selama 15 tahun.

Beliau juga merupakan pembantu kepada bekas Adun Sanggang, Allahyarham Datuk Abdullah Kia.

Harakahdaily/-

Umi Hafilda hanya tentera upahan - Halim

Posted: 02 Mar 2011 10:15 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 3 Mac: Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan Ummi Hafilda sebagai askar upahan Umno BN untuk membantu kempen mereka.

Abdul Halim (gambar) tidak menolak kemungkinan Ummi dibayar Umno BN untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat khususnya PKR.

"Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar.

"Saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, di sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa bagaimanapun berkata, Ummi digunakan pada waktu yang tidak tepat dan tidak memberikan impak yang besar kepada pada PRK di Merlimau ini.

Katanya, PRK ini melibatkan calon PAS dan BN, tiada kena mengena dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang sedang difitnah Ummi.

"Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum, Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya?

"Ini politik kotor yang digunakan Umno untuk mempengaruhi pengundi. Ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon, ia tak tumbangkan kerajaan (negeri).

"Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita," katanya.

Tambahnya, Umno BN harus mengetengahkan isu tempatan yang melibatkan kebajikan rakyat daripada membawa isu yang sedang dibicarakan di mahkamah.

"Bukan isu pun, di sini isu tempatan banyak...Ummi Hafilda (gambar) ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan.

"Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia.

"Saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil...tiada kesan.

"Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan Melaka dan tak ada intergriti ketua menteri itu ada kesan.

"Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah," sindir beliau.

Malam tadi, Ummi Hafilda menyampaikan ceramah dengan membawa fitnah yang sama mengenai Anwar dan Azmin di Kampung Chinchin, dekat sini.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria.

CAP Dakwa Harga Makanan Lonjak Sehingga 167 Peratus

Posted: 02 Mar 2011 10:06 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN 3 MAC : Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

Katanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.

Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratusdalam tempoh lebih enam bulan lalu.

Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.

"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.

"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.

-Malaysiakini

"Dewa Puisi" Li Bai (7)

Posted: 02 Mar 2011 08:00 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Bandar Jinling sudah kehilangan suasana sebagai hab politik kebangsaan yang bercorak imperialis, menurut pandangan Li Bai. Ketika mengunjungi bandar itu, Li Bai mendapat layanan yang ramah dari rakyat tempatan. Pada saat makan jamuan perpisahan, ada penyanyi perempuan yang cantik diatur menemani Li Bai, sedangkan kawan-kawannya seorang demi seorang mengangkat cawan untuk minum arak dengannya sambil menyuarakan kata-kata berdoa. Kesemua layanan yang disediakan dalam suasana mesra itu memang sukar dilupakan oleh Li Bai.

Selepas meninggalkan bandar Jinjing, Li Bai memilih meneruskan perjelajahannya ke bandar Yangzhou melalui sungai Yangtze. Yangzhou merupakan satu bandar antarabangsa yang makmur ketika itu. Li Bai belum pernah melihat pemandangan bandar yang begitu makmur lagi riuh rendah. Beliau turut memutuskan bersama dengan kawannya menginap di sana lebih lama sedikit sehingga tibanya musim panas. Mereka bersiar-siar di bandar itu dengan menikmati pemandangan alam yang indah sebebas-bebasnya.

Setelah tiba musim gugur, Li Bai jatuh sakit di Huannan (satu tempat yang dibawah pentadbiran Yangzhou). Beliau berasa agak gelisah kerana terpaksa menerima rawatan di tempat yang jauh dari kampung halamannya, malah menghadapi harapan yang tipis bagi menubuhkan kerjayanya. Yang boleh membantu Li Bai meringankan penderitaannya dalam merindu kampung halamannya ketika itu hanyalah surat-surat sahaja yang dikirim dari kawan-kawannya.

Setelah sembuh di Huannan, Li Bai memutuskan menjelajah ke Gusu. Raja Fucai dari Negeri Wu, dan gundik yang paling dimanjakannya, Xisi, yang diikhtiraf sebagai seorang dari empat jelitawan yang paling tersohor dalam sejarah purba China, pernah makan, minum dan nonton secara semewah-mewahnya tanpa mengira malam atau siang harinya di sana.

Ketika mengenang kembali sejarah silam itu, Li Bai menghasilkan sebuah puisi yang bertajuk "Wu Qi Qu" yang berorientasikan rumusan terhadap sejarah. Puisi itu kemudiannya mendapat pujian tinggi dari He Zhizhang, seorang penyajak yang tersohor yang lebih senior daripada Li Bai ketika itu. Beliau menyifatkan karya ciptaan Li Bai tersebut "mampu mengharukan dewa-dewi."

Ini mencerminkan bahawa Li Bai ketika meneruskan penggunaan tajuk yang konvensional dalam menghasilkan sejumlah puisi untuk kegunaan Jabatan Muzik Diraja, tidak lupa menambah isi kandungan yang segar dalam karya-karya seumpama itu. Li Bai bukan sahaja berminat mengimbas kembali cerita-cerita yang romantik yang berlaku di Gusu pada zaman purba, tetapi juga berminat menikmati pemandangan yang indah di situ yang tentulah tidak lepas dari gadis-gadis tempatan yang cantik. Ketika mengunjungi Gunung Niaoluo yang pernah menyaksikan Xisi mencuci pakaiannya yang dibuat dari kain kasa, Li Bai tidak lupa menghasilkan puisi-puisi yang menggambarkan kehidupan gadis-gadis tempatan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Selepas itu, Li Bai memutuskan menamatkan penjelajahannya di bahagian timur dan pulang kampung dengan berjalan menuju ke barat. Setelah tiba di Jingmen, bandar yang pertama yang beliau singgah setelah memulakan penjelajahan sebelum itu, Li Bai berasa malu jika terus pulang kampung kerana masih belum mencapai apa-apa pun jasa atau kemajuan dalam merealisasikan cita-citanya. Dihantui rasa ragu-ragu, Li Bai sedar tak sedar sudah tinggal di Jingmen selama tiga bulan. Akhirnya, beliau memutuskan untuk memulakan semula penjelajahannya, tak kira diseksa oleh rasa rindu terhadap kampung halamannya.

Kali ini, Li Bai terlebih dahulu bertolak ke pinggir Tasik Dongting di mana dikebumikan bangkai Wu Zhinan, rakan akrabnya, untuk memindahkan bangkai itu ke Jiangxia (Bandar Wuchang, Provinsi Hubei sekarang).

CRI/-

"Dewa Puisi" Li Bai (6)

Posted: 02 Mar 2011 07:00 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Li Bai berasa gembira ketika bertemu dengan Sima Zhen, dan turut menyerahkan karyanya kepada penganut Tao yang tersohor itu untuk meminta tunjuk ajar.
Pada mula-mulanya, Sima Zhen sudah pun terpikat oleh Li Bai yang kelihatan tampan dan berkrisma, tubuh badannya tinggi, dan tingkah lakunya bersopan santun.

Apalagi setelah membaca karyanya yang mempunyai corak tersendiri, Sima Zhen terkagum dan terus menyuarakan pujiannya, "orang ini ibarat dewa dari kayangan, malah bakatnya dalam bidang kesusasteraan boleh menjadikannya sebagai teladan dewa-dewi."

Perkataan Sima Zhen tersebut adalah pujian yang tertinggi terhadap seseorang yang berbakat mengikut ajaran Tao. Maksudnya hampir sama dengan pujian yang disuarakan oleh He Zhizhang (seorang penyajak yang tersohor) kemudiannya yang amat terkagum dengan kebakatan miliki Li Bai dan terus melontarkan perkataan "Zhe Xian Ren" yang bermaksud "dewa yang hidup dalam buangan di khalayak".

Sementara itu, Li Bai berasa amat digalakkan selepas diberi penghargaan yang begitu tinggi daripada Sima Zhen. Penyajak itu memutuskan untuk mengejari cita-cita yang mulia, malah menjelajahi dunia yang penuh dengan fantasi yang digambarkan oleh Sima Zhen. Kerana menurut pandangan Sima Zhen, dunia seumpama itu sesuai dengan "dewa yang berbakat" seperti Li Bai.

Dirangsang oleh rasa gembira, Li Bai segera menghasilkan sebuah "Fu" (sejenis bentuk sastera tradisional China pada zaman purba) dengan diberi tajuk "Da Peng Yu Xi You Niao Fu". Beliau menyifatkan diri sendiri sebagai "Da Peng", sejenis burung helang yang raksasa lagi bergerak pantas. "Fu" itu merupakan artikel yang pertama yang membantu Li Bai menyebarkan namanya di negara China.

Jiangling, bandar pertama dalam penjelajahan Li Bai sejak beliau meninggalkan kampung halamannya, dilihat sebagai permulaan proses perjuangan penyajak itu dalam arena politik, dan permulaan riwayat hidupnya sebagai sasterawan bagi menghasilkan karya-karya yang cemerlang satu demi satu.

Setelah meninggalkan bandar Jiangling, Li Bai memilih berjelajah melalui bandar Yueyang, dan terus menuju ke selatan hingga destinasinya, Tasik Dongting. Pada suatu hari, ketika Li Bai bersiar-siar di Tasik Dongting dengan menaiki perahu, seorang kawannya yang bernama Wu Zhinan yang menemaninya sejak sekian lama selepas beliau meninggalkan kampung halaman di Provinsi Sichun, meninggal dunia secara mendadak akibat penyakit parah.

Li Bai berasa agak sedih dan terus berlutut di sebelah jenazah kawannya. Kemudian, beliau menangkis sekuat-kuatnya sehingga menjadikan mereka yang berjalan kaki melalui tempat itu pun terharu.

Li Bai terpaksa menerima kenyataan yang amat menyedihkan itu. Memanglah malang jika ditimpa nahas seumpama itu dalam perjalanan penjelajahan. Beliau mengebumikan jenazah kawan itu di pinggir Tasik Dongting untuk sementara waktunya, lalu meneruskan penjelajahannya ke timur.

Li Bai bercadang memindahkan bangkai kawan itu balik ke kampung halamannya apabila beliau menyelesaikan penjelajahan ke kawasan bahagian tenggara negara ini.

Selepas itu, Li Bai tiba di Gunung Lu di mana beliau menghasilkan sebuah puisi yang sangat terkenal yang bertajuk "Wang Lu Shan Pu Bu" yang bermaksud "melihat air terjun di Gunung Lu".

CRI/-

Khalil : Rakyat ditindas dengan saman ekor.

Posted: 02 Mar 2011 06:49 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 3 Mac : Isu rakyat yang sedang hangat diperbincangkan mengenai saman ekor yang makin ligat memburu rakyat yang dihukum tanpa ada satu pun langhah yang lebih mesra rakyat melainkan rakyat terus diburu supaya membayarnya, demikian respon Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

"Rakyat perlu tahu ke manakah wang mereka setelah bekerja siang dan malam, pihak lain tiada hak ke atas wang yang diusahakan, tapi BN telah menunjukkan bahawa mereka ada kuasa atas wang rakyat," ujarnya.

Tambahnya, rakyat perlu pembelaan dalam isu aliran keluar masuk wang simpanan mereka, dan tiada siapa pun yang boleh memaksa rakyat untuk berbelanja terhadap perkara di luar perancangan.

"Siapa lagi kalau bukan pemerintah yang menjamin hak ini, tapi umno BN telah khianat dalam isu ini, rakyat dipaksa untuk membayar saman ekor yang tidak demoratik itu" tegasnya.

"Terdapat 15 juta saman ekor yang telah dikeluarkan, mereka disenarai hitamkan berdasarkan undang-undang yang belum dikuat kuasakan lagi, mereka paksa rakyat patuh undang-undang," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana rakyat boleh dididik dengan saman ekor sedangkan yang nampak hanya lebih banyak kepada unsur menghisap darah rakyat ?

Dalam pada itu Khalil menjelaskan, undang-undang yang mengatakan rakyat wajib membayar dan disenarai hitamkan adalah satu kezaliman kepada rakyat. Kerajaan tidak berhak berbuat begitu kepada rakyat dan menafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan.

"Maklumat ini perlu disebarkan kepada rakyat dengan segera," tegasnya.

'Berita sebegini mesti disebarkan kepada pengetahuan umum, saya juga mengambil kesempatan ini untuk memuji langkah membantah saman eskor seperti yang diadakan dilaman Facebook," jelasnya lagi.

"Setiap rakyat bertanggungjawab untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih selamat, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan saman ekor bila berkuasa di Putra Jaya. Kerana itu rakyat wajib bangkit untuk tumbangkan BN yang zalim di PRU 13 nanti," tegasnya.

HAPUS SAMAN: KOMITMEN PR KE PUTRAJAYA

Posted: 02 Mar 2011 06:38 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang telah memberikan jaminan bahawa semua saman ekor yang telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dihapuskan jika rakyat memberikan sokongan kepada PAS / Pakatan Rakyat (PR) untuk sampai ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

DPPN Pk yakin bahawa menyenarai hitamkan semua kenderaan kerana tidak membayar kompaun saman adalah bertentangan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Hak terhadap harta : (a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Ini bermakna JPJ dan PDRM bertindak bertentangan dengan peruntukan sedia ada kerana setiap tindakan menyenarai hitamkan kenderaan mestilah melalui proses undang-undang di Mahkamah.

DPPN Pk yakin jaminan daripada PAS / PR mampu merungkai kekalutan undang-undang tersebut yang seolah-olah tidak mengikut lunas peruntukan yang ada dan hak bagi seorang rakyat di bawah kerajaan berdaulat yang mengamalkan Sistem 'DEMOKRASI BERPARLIMEN RAJA BERPELEMBAGAN'. Hala tuju untuk sampai ke Putrajaya adalah komitmen yang akan memastikan semua bentuk penindasan kepada rakyat akan dikeluarkan daripada kepompong penindasan yang kian meruncing.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dr B Chandran tekad bantu PAS

Posted: 02 Mar 2011 06:16 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Proaktif tarik bukan Islam

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan melakukan gerakan secara proaktif kepada bukan Islam khusus di negeri ini berhubung sasaran parti bagi merealisasikan hasrat 'Pas Ganti UMNO'.

Wakil DHPP Terengganu, Dr B Chandran berkata, pihaknya akan menjalankan kempen penerangan untuk menjelaskan kepada golongan bukan Islam berhubung kepentingan untuk mewujudkan kepimpinan pentadbiran Islam di bawah Pas.

Menurutnya, keyakinan terhadap kerajaan Pas akan dikongsi dengan masyarakat bukan Islam lain yang masih tidak melihat kehebatan Islam mampu mewujudkan keadilan sejagat.

"Kita sebagai orang bukan Islam nampak adanya sebuah kepimpinan Islam yang baik di Kelantan dan kita melihat tiada masalah pentadbiran di negeri itu dan tiada rungutan daripada kaum lain.

"Jadi, kita melihat perlunya sebuah pentadbiran Islam di Terengganu kerana Islam mempunyai 'standard' tersendiri.

"Kalau Islam dapat diwujudkan dan ditadbir oleh orang Islam kita yakin orang bukan Islam akan mendapat keadilan sama," katanya.

Dalam masa sama, beliau mendakwa kerajaan sedia ada tidak mampu memberi keadilan khususnya terhadap kaum India yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan.

Beliau menjelaskan, MIC tidak mampu membela kaum tersebut dan mendakwa UMNO parti yang kuat dan mampu mempengaruhi sesuatu keputusan.

"Kita sedar berlaku ketidakadilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan apabila mereka tidak prihatin kehendak masyarakat India," katanya.

Beliau turut mendakwa UMNO tidak menjaga kepentingan kaum Melayu tetapi lebih kepada kroni.

"Dulu kita sokong 110 peratus BN dengan mengharapkan keadilan tetapi itu tidak berlaku," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tiada pilihan melainkan berusaha membantu Pas untuk menubuhkan sebuah pentadbiran Islam kerana yakin hanya pentadbiran Islam sahaja boleh melakukan keadilan.

Beliau juga turut yakin dengan perundangan Islam apabila menganggap tiada perundangan lain yang boleh mengatasi perundangan Islam.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Harussani buat kenyataan hanya yang untungkan Umno

Posted: 02 Mar 2011 06:03 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Tok Guru Nik Aziz Kesal Dengan Kenyataan Terbaru Harussani
Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Yang Dipetik Dari Laman Facebook Beliau..


Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak di dalam Sinar Harian hari ini. Kata beliau, jangan guna hukum untuk tarik undi. Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Tidakkah seluruh amalan dlm hidup ini tertakluk pada hukum? Samada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Jika masuk tandas pun ada hukum, takkanlah memilih pemimpin tidak ada hukumnya? Tidakkah Nabi meninggalkan kota Mekah untuk berjuang menegakkan negara di Madinah, ertinya perjuangan menegakkan negara merupakan sebahagian perjuangan baginda. Terfikir saya, muftikah ini?

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Pilihanraya adalah satu pilihan bagi Pas dalam mendaulatkan Islam di Malaysia. Dan undi tentunya diperlukan untuk menang dalam pilihanraya.
kalau dah tak boleh cakap soal hukum dalam menarik undi samalah seperti memisahkan agama dari politik dan apa pula hukumnya orang yang memisahkan agama dari politik.

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang dipertikaikan Harussani harus dilihat dalam kontek lebih luas dan dinilai secara keseluruhan ucapan beliau bukannya ambil separuh dan hentam secara membuta tuli.

Yang menariknya kenapa kenyataan Harussani dikeluarkan menjelang hari hari terakhir tempoh berkempen PRK Kerdau dan Merlimau.Mungkin ada maksud yang tersirat.

Ambo sebenarnya masih menunggu respon Harussani berkaitan isu lawatan Najib ke makam Mustaffa Kamal Ataturk LIHAT DISINI .Namun sehingga hari ini masih belum ada apa2 kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak ini.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat.


Anak Lelaki di Belakang Bapa Yang Berkuasa

Posted: 02 Mar 2011 05:45 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Ada pepatah Arab yang menyebut 'Anak lelaki adalah mereka yang berkata, inilah saya, bukan ayah saya atau datuk saya.' Maksudnya, anak lelaki yang sebenar adalah mereka yang tampil dengan kebolehan sendiri, samada dia seorang yang berani, bijak, kaya, berpengaruh, disegani, berpangkat semuanya kerana dirinya. Bukanlah seorang anak lelaki kalau setakat dia berbangga dengan sejarah silam keluarganya samada ayahnya atau datuknya atau sesiapa sahaja. Kalau diri sendiri tak memiliki apa-apa tapi sekadar bersandar dan bergantung dengan pengaruh keluarga.

Banyak kali saya mendengar pepatah ini diucapkan oleh sahabat-sahabat sekuliah dulu dan saya amat tertarik dengan maksudnya agar kita tampil sebagai seorang individu yang hebat dan berdikari.

Krisis politik yang berlaku di beberapa Negara Arab membuka mata kita bagaimana hebatnya pengaruh seorang anak lelaki di belakang seorang bapa yang telah berpuluh tahun bertakhta di puncak kuasa sekalipun dibenci oleh rakyat sendiri.

Gamal Mubarak atau nama sebenarnya Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak seketika pernah menjadi sebutan kerana kekayaan dan pengaruhnya di belakang bapanya bekas Presiden, Hosni Mubarak sehingga beliaulah dikatakan individu yang dipersiapkan oleh ayahnya untuk mengambil alih kepimpinan Negara.

Usaha untuk mempersiapkan Gamal sebagai Presiden dalam pembikinan dimulakan secara serius sekitar tahun 2000. Dengan ketiadaan jawatan Naib Presiden dalam struktur pemerintahan Mesir memudahkan tumpuan media beralih kepada Gamal disamping bapanya Hosni.

Walaupun berkali-kali pernah menafikan bahawa beliau bercita-cita ke puncak kuasa, tetapi dengan posisinya sebagai Timbalan Setiausaha Agong parti pemerintah NDP di samping mengetuai Komiti yang menentukan polisi parti, satu komiti terpenting dalam NDP, penafian ini sukar dipercayai oleh kebanyakkan rakyat Mesir.

Penganalisis politik meletakkan tanggungjawab bahawa kekacauan politik dan ekonomi Mesir ketika hari-hari terakhir kekuasaan Hosni adalah direncanakan dan diatur oleh Gamal dan kawan-kawan rapatnya yang berkepentingan dengan mengambil alih kedudukan penasihat politik kepada ayahnya, mengasingkan ayahnya daripada orang ramai dan beliaulah yang menulis ucapan perletakkan jawatan ayahnya mengenepikan ucapan yang telah didrafkan oleh Timbalan Presiden.

Pada 28 Februari 2011, Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki bekas Presiden ini. Semua akaun milik keluarga Mubarak ini telah menerima arahan pembekuan dari Pejabat Pendakwaraya Mesir termasuklah milik Gamal dan Mahkamah Rayuan Mesir memutuskan tarikh pada 5 Mac 2011 untuk semakan semula perintah pembekuan ini tetapi dijangkakan arahan pembekuan ini akan dikekalkan.

Sebelum ini ketika menuntut di Iraq saya selalu diceritakan berkenaan anak lelaki sulong Presiden Saddam Hussein dan isteri pertamanya Sajida Tulfah, Uday Saddam Hussein al-Tikriti. Dilahirkan 18 Jun 1964 ketika bapanya sedang dipenjarakan. Asalnya beliau dilihat sebagai bakal penganti bapanya, tetapi perlakuan buruk, salah laku seks, perlakuan jenayah serta hubungan renggangnya dengan adik beradik yang lain meminggirkannya dari peranan penting Negara.

Uday menamatkan pengajian peringkat menengah dengan markah tertinggi luar biasa yang tak pernah dicapai oleh sesiapa, 100 % dari kesemua 6 subjek! Realitinya, guru yang mengajar diarahkan mengurniakan markah istimewa kerana beliau anak Presiden dengan markah penuh bagi semua subjek sekalipun Uday menghantar kertas jawapan kosong dalam peperiksaan!

Memasuki Kuliah Perubatan, Universiti Baghdad tetapi Uday hanya belajar di kuliah tersebut selama 3 hari sebelum bertukar ke Kuliah Kejuruteraan, Universiti Baghdad. Saya sangat pasti ramai di kalangan pensyarah yang menarik nafas lega dengan pemergian Uday. Semasa di kuliah Pergigian, Universiti Baghdad dahulu, antara teman sekelas saya adalah anak lelaki Tariq Aziz, bekas Perdana Menteri Iraq dan bekas Menteri Luar Iraq.

Saya dapat rasakan bagaimana ketatnya kawalan keselamatan untuk seorang anak Perdana Menteri, apatah lagi untuk Uday, anak seorang Presiden.
Di Kuliah Kejuruteraan, sebagaimana dijangka, sekali lagi beliau berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai pelajar terbaik dari seramai 76 pelajar di kelasnya! Tentu sekali kedudukannya sebagai anak lelaki Presiden mewajibkan pensyarah mengurniakan markah penuh kepadanya sekalipun beliau lebih banyak ponteng dari hadir ke kuliah!

Tahun 1988, ketika penganjuran satu parti yang dihoskan oleh Suzanne Mubarak, isteri bekas Presiden Hosni Mubarak, Uday terlibat dalam jenayah besar pertamanya, membunuh pembantu peribadi bapanya merangkap tukang rasa makanan (food tester) Kamel Hana Gogeo.

Ada dakwaan yang mengatakan, ia adalah arahan ibunya Sajida Tulfah kerana Gogeo bertanggungjawab memperkenalkan seorang wanita bernama Samira Shahbanbar kepada bapanya yang akhirnya menjadi isteri kedua Saddam. Bagi Uday, hadirnya Samira dalam keluarganya telah merampas hak ibunya.

Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun. Tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara. Kemudian Uday dihantar ke Switzerland sebagai pembantu duta Iraq di Swiss.

Ekoran satu perlakuan jenayah yang dilakukan apabila Uday menikam seorang rakyat Swiss di sebuah restoren, beliau telah dihalau keluar oleh kerajaan Swiss. Jenayah kedua Uday.

Berkahwin dengan anak perempuan Izzat Ibrahim Ad Douri, Naib Presiden Iraq yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Revolusi Iraq. Isteri beliau kemudiannya diceraikan.

Memiliki dan menguasai akhbar harian Iraq, Babel dan saluran stesyen TV tempatan, As Shabab TV serta memegang tugas sebagai Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, Uday kelihatan begitu berkuasa tanpa dapat dibantah oleh sesiapa.

Selaku Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, sebuah Negara dengan rakyat yang sangat fanatik terhadap sukan bolasepak, Uday meletakkan sasaran wajib menang apabila pasukan bolanya atau atlit Iraq beraksi .

Kekalahan bermakna mereka akan dihukum dan didera, kepala akan dibotakkan. Atlit-atlit yang gagal untuk menang akan dirotan di tapak kaki, lokasi yang mendatangkan kesakitan yang ekstrem tetapi tidak meninggalkan bekas. Uday akan memberikan arahan bertulis tentang berapa kali bilangan rotan yang sepatutnya diterima oleh seorang atlit berdasarkan tahap kegagalan mereka. Atlit-atlit yang gagal akan dipanggil dengan panggilan monyet dan anjing, suatu penghinaan yang amat memalukan bagi orang-orang Arab.

Kegagalan memasuki pusingan akhir Piala Dunia 1994 menyebabkan sebahagian pemain dipenjarakan dan dipaksa menyepak bola yang dibuat daripada konkrit! Kekalahan 4-1 di tangan Jepun ketika pusingan akhir Piala Asia 2000 di Labenon ternyata menjadi petaka buat penjaga gol, Hashim Hassan, pemain pertahanan, Abdel Jabbar dan penyerang, Qahtan Chatir apabila mereka dipersalahkan dan diseksa selama 3 hari oleh pengawal-pengawal Uday.

Selalu juga diceritakan bagaimana gadis-gadis Iraq ramai yang dilarikan untuk menjadi mangsa kebuasan nafsu Uday, tanpa pernah diadili. Ada yang akhirnya membunuh diri atau dibunuh keluarga sendiri untuk menutup aib. Dalam satu tragedi sadis, seorang wanita muda yang sedang berjalan bersama suaminya diganggu Uday dan diajak untuk melakukan hubungan seks di mana Uday menghina suami wanita tersebut sebagai anjing yang tidak memiliki apa-apa, sedangkan dirinya seorang lelaki hebat, beruniform tentera, memiliki harta dan kekuasaan.

Apabila wanita tersebut enggan, Uday mengarahkan pengawalnya menangkap wanita tersebut, suaminya yang cuba mempertahankan isterinya dibelasah teruk oleh pengawal-pengawal peribadi Uday. Wanita tersebut dirogol dan dibunuh, suaminya juga dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan cuba mencederakan anak lelaki Presiden dan menentang kepimpinan Saddam.

Antara kegemaran pelik Uday adalah memelihara binatang buas seperti singa, cheetah dan harimau di rumahnya. Singa selalunya menjadi lambang kegagahan dan keberanian sehingga ada yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama 'Haidar' bermakna anak singa.

Uday Saddam pernah membelasah sehingga tidak sedarkan diri seorang pegawai tenteranya yang enggan membenarkan beliau menari bersama isterinya. Pegawai tentera tersebut akhirnya meninggal dunia di hospital. Ada anggota tentera yang tidak memberikan tabik hormat kepadanya juga ada yang ditembak mati.
Satu tragedi hitam telah berlaku sekitar Disember tahun 1996 di Wilayah Mansour, Baghdad ketika beliau sedang memandu Porsche di mana satu serangan hendap bertujuan membunuh Uday berlaku.

8 butir peluru yang singgah di tubuhnya menyebabkan kecederaan parah kepada anak lelaki sulong Saddam ini sehingga memaksa satu pasukan pakar bedah diterbangkan dari Francis ke Hospital Ibnu Sina, Baghdad untuk berusaha menyelamatkan nyawa beliau. Jangkaan awal beliau akan lumpuh. Beberapa pembedahan berulang kali dilakukan untuk mengeluarkan peluru tetapi satu peluru masih melekat di tulang belakangnya yang terlalu hampir dengan saraf tunjang dan tidak dapat dikeluarkan. Beliau pulih walaupun terpaksa bertongkat.

Terselamat dalam serangan pertama dan setelah melalui pelbagai episod hitam dalam hidupnya, tanggal 22 Julai 2003 adalah hari terakhir Uday melihat matahari apabila beliau terbunuh dalam serangan hendap anggota marin US di sebuah rumah yang terletak di daerah Mousul, bahagian utara Iraq.

Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi yang tegar memberikan amaran bahawa bumi Libya akan digenangi dengan darah para penentang ayahnya sekiranya mereka terus berdegil untuk meneruskan demonstrasi menentang kepimpinan ayahnya yang telah 42 tahun berkuasa. Seorang jurutera berkelulusan Al Fateh University, Tripoli. Ijazah PhD beliau dari London School of Economic (LSE) pada 2008
menjadi pertikaian ekoran ada dakwaan 'plagiarism' pada thesis PhD beliau. Plagiarism didefinisikan sebagai 'The practice of taking someone else's work or ideas and passing them off as one's own' (mengambil hasil kerja atau idea orang lain kemudian mendakwanya sebagai milik sendiri).

Ekoran dakwaan ini, LSE berhadapan dengan tekanan untuk menarik balik penganugerahan ijazah tersebut.

Beliau merupakan anak lelaki kedua Gaddafi. Ibunya isteri kedua Gaddafi, Safia Farkash. Saif pernah menjalinkan hubungan romantik pada 2006 dengan artis Israel, Orly Weinermen.

Gaya hidup mewahnya ketara apabila pernah menganjurkan parti sambutan hari lahir ke 37 pada 2009 Montenegro dengan tetamu kenamaan seperti Prince Albert of Monaco, Peter Munk dan Oleg Deripaska. Parti yang sama pernah dianjurkan di St Tropez dan Monaco.

Saif adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Libya bagi Pengawalan Dadah dan Narkotik serta mengasaskan Yayasan Kebajikan Antarabangsa Gaddafi yang pernah terlibat dalam misi pembebasan tebusan dan perbicaraan kes jururawat asing yang dituduh terlibat dalam penyebaran HIV di Libya.

Kerap kali mewakili bapanya dalam beberapa misi diplomatic dan hubungan awam sehingga kelihatan beliaulah yang dipersiapkan sebagai peneraju Negara seterusnya walaupun beberapa kali menafikannya.

Dalam interview dengan agensi berita ABC News, dengan kerasnya beliau menafikan bahawa bapanya membunuh orang awam sambil memberikan amaran bahawa protes yang membawa kepada perang saudara ini akan mengakibatkan tiada lagi perdagangan, tiada minyak dan Negara akan diambil alih oleh orang asing.

Beliau juga mendakwa bahawa Libya sebenarnya masih 'aman' dan seluruh rakyat sayang dan cintakan bapanya Gaddafi sambil menyalahkan Al Jazeera, BBC News dan Al Arabiya atas laporan putar belit dan tidak mengambarkan situasi sebenar di Libya.

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Hadi : Umno Rendah Martabat Islam Demi Kelangsungan Politik

Posted: 02 Mar 2011 05:30 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN 3 MAC : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno merendahkan martabat agama Islam apabila lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding agama dalam sistem pentadbirannya

Tegas Presiden PAS itu, Islam yang merupakan agama rasmi negara sepatutnya diberikan keutamaan bukan sekadar digunakan apabila perlu.

"Islam merupakan agama rasmi tapi ia tidak dijadikan kuasa, kuasa Islam (di Malaysia) hanya sekadar tengok anak bulan, bila ada orang mati bagi duit, ajar orang mengaji di masjid... inilah kerja pejabat agama.

"Islam tidak diberikan kuasa, sepatutnya politik di bawah Islam bukan Islam di bawah politik . . . Islam menyatukan politik supaya pemimpin-pemimpin ada perhitungan antara dosa dan pahala," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Chinchin sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini malam tadi.

Ini merupakan ceramah pertama Hadi semenjak kempen pilihan raya kecil kawasan Merlimau berlangsung.

Kata Hadi, Islam tidak mengasingkan antara politik dengan agama seperti mana yang dilakukan Umno,lapor The Malaysian Insider.

"Kita tak diajar untuk asingkan politik dan Islam, apa yang diajar Umno adalah politik tiada dalam Islam . . . politik tiada dalam Islam.

"Pada hal kita diajar (dalam Islam) kalau nak berjalan kena langkah dengan kaki kanan, nak makan dengan tangan kanan, baca doa, siapa yang ajar semua ini? Agama yang ajar bukan Umno," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan sikap Umno yang tidak mementingkan Islam dalam sistem pentadbiran negara telah melemahkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

"Ini yang melemahkan kedudukan Islam, politik Umno boleh rasuah, tipu rakyat, berlakon, buat maksiat bila hujung bulan ada duit buat umrah.

"Ini yang kita nak ajar supaya orang faham politik Islam, inilah beza PAS dengan Umno," kata Hadi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Menurut Hadi, Umno tidak layak untuk menunjukkan model Islam terutamanya kepada orang bukan Islam kerana parti Melayu terbesar itu telah banyak melakukan penyelewengan termasuk rasuah.

"Umno amalkan rasuah, politik wang... inilah politik suku agama suku, ini PAS tidak boleh.

"Jadi Umno tak boleh tunjukkan model Islam kepada orang bukan Islam," katanya.

Tv Selangor/-

Bagaimana negara boleh maju jika PM pun kena tipu?

Posted: 02 Mar 2011 05:00 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JIKA anda beranggapan semua Perdana Menteri itu adalah orang yang cerdik atau bijak, mungkin anda tersilap. Di negara kita, sukar untuk mendapatkan PM yang bijak yang mampu mengawal jemaah menterinya, bahkan ada kes menteri pula `menipu' PM. Ertinya, siapa yang bijak dan siapa yang tidak cerdik?

Semalam kita dikejutkan dengan berita Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Beliau dituduh menipu PM ketika itu bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Beliau bagaimana pun tidak mengaku bersalah dan telah diikat jamin sebanyak RM 1 juta dan kes akan disebut semula pada 31 Mac nanti.

Skandal PKFZ ini bukan baru kita dengar. Pemimpin pembangkang terutamanya DS Anwar lebih awal mendedahkan kes ini, tetapi seperti biasa pemimpin Umno mendakwa DS Anwar suka mencipta isu dan menyebarkan fitnah. Ketika itu Dr Ling Liong Sik yang sebelum ini turut dilibatkan di dalam skandal ini masih menjadi Menteri dan Presiden MCA. Tan Sri Chan Kong Choy juga begitu. Justeru itu, situasi yang selamat buat mereka ketika itu.

Sekarang mereka menjadi `bekas' dan `power' pun sudah hilang. Habis sepah, madu dibuang. Tentulah tidak masuk akal jika mahu dakwa Abdullah Badawi atas skandal ini walaupun sepatutnya beliau perlu bertanggungjawab. Mungkin kerana `tertidor', maka beliau tidak menyedari ada `penipuan' berlaku. Benar atau tidak Pak Lah ditipu kita tidak tahu tetapi kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah menipu.

Lojiknya, tentulah semasa proses kelulusan projek itu melibatkan banyak pihak bukan di antara Pak Lah dengan mereka sahaja. Agak sukar mahu difikirkan kesemua yang terlibat tidak mengetahui adanya `penipuan'. Jika tahu, mengapa tidak dilaporkan waktu itu kepada PM? Tidakkah itu sebagai satu subahat? Ada dakwaankah kepada yang bersubahat ini?

Akhirnya ada yang berkata wujud `kambing hitam' untuk menyelamatkan seseorang. Siapa seseorang itu? Atau, sememangnya PM kita ditipu? Jika benar, malang sungguh kita ada PM yang mudah tertipu.

OLEH WFAUZDIN NS

Kaunter Pembayaran Saman Trafik Dibuka Hingga 10 Mac

Posted: 02 Mar 2011 04:30 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR : Berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik, kaunter pembayaran saman akan dibuka sehingga 10 Mac ini.

Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman SAC Datuk Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan semalam berkata kaunter tersebut akan dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sehingga tarikh akhir tersebut.

Katanya pesalah trafik yang ingin menyelesaikan saman diminta membuat pembayaran seawal mungkin.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam
tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu hingga semalam - tarikh akhir diskaun ditetapkan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik sehingga 10 Mac ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang menghadapi masalah ingin menjelaskan saman berikutan sistem tergendala serta kesesakan di kaunter.

Tv Selangor/-

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 03 Mar 2011 01:27 AM PST

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


PENTING PEMBANGKANG DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG

Posted: 02 Mar 2011 06:15 AM PST

Calon PAS Tegaskan Betapa Pentingnya Pengundi Pilih Parti Pembangkang Kiranya Mahu Kerajaan Beri Perhatian Sewajarnya Kepada Nasib Mereka !

KERDAU, 2 Feb [5.16 pm] - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Hasanuddin Salim (foto) menegaskan betapa pentingnya pengundi DUN Kerdau memilih pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya kecil ini. "Berilah undi kepada pembangkang, berilah undi kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Insya Allah kerajaan ini akan memberi perhatian kepada kita bersama. Kenapa saya berkata demikian, tuan-tuan tengok di tempat yang adanya pembangkang "balance" maknanya ada imbangan. Kerajaan dia tengok masyarakat di sini bijak, dia cerdik, dia pilih pemimpin berdasarkan kepada keperluan dia. Maka kerajaan yang memerintah dia akan pergi kepada rakyat, dia akan bantu rakyat sejajar dengan perkembangan pada masa itu. Ini yang kita nak, hari ini tuan-tuan tengok itu contoh jalanraya. Contoh yang lain kita tengok di masjid-masjid, saya berterima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diarahkan ke seluruh masjid dalam DUN Kerdau bersempena pilihan raya kecil", katanya. "Dia kena kuliah antara Maghrib dengan Isyak. Tak tau lah mungkin dia takut orang PAS kuliah dan sebagainya itu kita tak kisah. Itu satu perkara yang lain, tetapi saya berterima kasih kepada pegawai JAIP ini yang sepanjang berkempen mereka beri kuliah. Itu satu perkara yang baik".


Ceria, Hasanuddin Salim dan Ustaz Fadhil Nor (Exco Pemuda PAS Pahang)
ketika singgah untuk bersarapan di Felcra Rumpun Makmur pagi tadi

"Tetapi saya minta kebaikan ini dikekalkan. Kerajaan Negeri sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak sahaja menyusun kuliah ini pada masa pilihan raya kecil. Kenapa tidak setahun, daripada awal tahun hingga ke akhir tahun supaya rakyat di dedahkan dengan ilmu. Tok-tok guru , alim ulamak dan pegawai JAIP diletakkan di masjid-masjid untuk mengadakan kuliah. Alangkah indah dan baik, saya tak marah dengan rakan-rakan saya pegawai-pegawai JAIP, mereka ini kerja dan mereka bukan pembuat polisi. Pembuat polisi adalah orang yang dipilih dalam pilihan raya seperti Menteri Besar, Timbalan dan Exco, ini semua orang yang membuat polisi. Dia dipilih melalui pilihan raya, tetapi pegawai JAIP itu tidak", katanya di Felda Jengka 25 malam tadi.

Sumber : pahangdaily.blogspot.com

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 03 Mar 2011 01:27 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


ANJURAN BERSAMA PEJABAT ADUN CANGKAT JONG

Posted: 02 Mar 2011 05:58 PM PST


Tiada ulasan:

Pengikut