CERAMAH UMUM Tarikh : 12 Mac 2011, SABTU Masa : 9 malam Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah Ustaz Rozali Muhammad, bekas ADUN Permaisuri, Terengganu Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N9 Cikgu Mala
"Mereka bertanya kepadamu tentang arak (khamar) dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" (Al-Baqarah : 219)
"Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum arak) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya)." (Al-Maidah : 90 – 91)
___________________________________
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) ingin menyatakan sokongan dan mengalu-alukan dasar kerajaan Kedah yang tidak mengeluarkan lesen untuk premis judi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
"Dasar ini wajar disokong kerana rakyat Kedah tidak harus didedahkan dengan industri yang boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat," ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada Harakahdaily.
Teras, katanya ingin menyatakan pendirian tegasnya bahawa judi bukanlah suatu yang didokong oleh semua masyarakat bukan Islam.
Menurutnya, dalam penemuan Teras memang ramai warga masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam yang menolak industri itu kerana ia jelas memberi kesan yang buruk kepada masyarakat dalam berbagai aspek.
Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa bertindak tegas Mar 10, 11 7:03pm – Malaysia kini - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa supaya masuk campur untuk menangani isu caj insurans yang "tidak masuk akal" dan manipulasi pembelian insurans pihak ketiga oleh syarikat-syarikat insurans. Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas. Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas. "Pakcik saya beli insurans kereta, tetapi bila kenderaan itu sudah lebih 10 tahun, syarikat (insurans) tidak mahu terima (pembelian insurans). Malah bagi kenderaan yang lebih 10 tahun, insuransnya lebih tinggi daripada kereta baru, saya minta BNM tengok masalah ini," tegasnya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata keadaan itu menyebabkan banyak rakyat di luar bandar yang biasanya menggunakan kereta-kereta lama merasa tidak adil. "Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans yang baru dan boleh menerima insurans pihak ketiga ini dengan harga yang berpatutan, jangan terikat dengan syarikat yang ada sekarang," katanya, menyarankan penubuhan syarikat insurans 1Malaysia. bMenyokong perbahasan Mohamed, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), pula menyarankan kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau operasi mereka. "Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah peniagaan insurans. Semua kalau boleh mahu diinsuranskan tetapi apabila ada berlaku sesuatu dan tuntutan dibuat, berpuluh tahun baru diselesaikan," katanya.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pula mendakwa pengguna kini terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80b sebelum ini. Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insurans tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj loading sebelum boleh membeli pelindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka, dakwanya. "Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini. "BNM ini butakah... takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Kenapa kerajaan boleh tidak ada solution untuk menyelesaikan perkara ini sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya. nDatuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat truk penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilikn kenderaan, termasuk tambahan caj loading. "Ini puncanya dan mereka ini wajar dikawal... ambil tindakan tegas untuk mengawal "rip-off" yang berlaku sudah berpuluh tahun ini dan pihak-pihak yang bergandingan untuk mendapatkan "rip-off" tersebut," katanya. Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa BNM untuk mengawal syarikat-syarikat berkenaan memandangkan walaupun sudah ada arahan supaya syarikat itu tidak memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan, namun perkara itu masih berleluasa. - Bernama
Ulasan PAS Miri Terhadap Insuran Kenderaan Motor Lama Terlalu Tinggi/Mahal Ramai pengguna kenderaan motor yang berusia 10 tahun keatas merunggut kerana terpaksa membayar lebih insurance motor 3rd party sedang sebelum ini mereka cuma bayar kurang dari rm100 ringgit kebawah mengikut jenis kenderaan. Sudahlah mahal susah pula untuk mendapat syarikat insurance yang sanggup menerima kenderaan yang lebih dari 10 tahun keatas untuk memperbaharui insuran motor mereka. Kesempatan ini diambil oleh syarikat insuran lain yang sanggup mengambil dengan syarat pihak pengguna sanggup membayar lebih dengan tambahan caj atau terpaksa membeli lagi insuran tambahan yang tidak diperlukan oleh pengguna.
Sekiranya pihak pengguna tidak membeli insuran tersebut maka susah untuk pengguna memperbaharui cukai jalan mereka di JPJ. Inilah masalah besar pengguna kenderaan yang berusia lebih 10 tahun kerana kebanyakan pengguna yang menggunakan kenderaan lebih dari 10 tahun adalah terdiri dari golongan berpendapatan rendah dan sudah pun selesai menjelaskan hutang kenderaan tersebut kepada pihak bank dan kena pula apabila mereka terpaksa membayar lebih insuran kenderaan lama yang sepatutnya lebih murah dari kenderaan baru.
Kalau kerajaan tidak mahu kenderaan lama lebih dari 10 tahun berada dijalanraya maka pihak berwajib kena turunkan semua harga kenderaan motor sekarang dengan harga yang lebih murah lagi dan semua kenderaan lama boleh dilupuskan serta diganti dengan kenderaan baru untuk mengelak pengguna mengunakan kenderaan lama lebih dari 10 tahun.
Sanggupkan pihak kerajaan membuat begitu? Kalau kerajaan sanggup menurunkan harga kenderaan kita yakin pihak pengguna tidak ada masalah untuk menukar kenderaan lama mereka dengan yang baru kecuali peminat kenderaan antic kenalah dikecualikan atau kenderaan tersebut masih dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Sekiranya pihak yang berwajib mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap pengguna kita minta mereka turunkan semula harga insurance tersebut seperti sedia kala. Kita sebagai pengguna harus menyuarakan pandangan kita tentang masalah harga insurance kenderaan motor lama yang terlalu mahal dan tidak masuk akal dimana sudahlah pengguna susah hendak membeli kenderaan baru yang mahal terpaksa pula membayar insurance 3th party juga mahal. Dimana suara rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Adakah mereka mengenakan rakyat dahulu demi mencapaikan hasrat golongon tertentu ? Sama-samalah kita fikir sampai bila kita sanggup teus hidup dalam keadaan tertekan begini. Sudahlah harga barang keperluan semakin meningkat harga insurance lama pun sama meningkat. Kalau mahu perubahan kita kena ubah sekarang sebelum semua terlambat. Rakyat dan pengguna kenalah bersama-sama
PAS dan Pakatan Rakyat untuk meyelesaikan masalah ini.
English version Pas Miri Reviews On Old Motor Vehicle Insurance to High/Expensive Many motor vehicles users more than 10 years old complaint having to pay more 3rd party motor insurance not as before they just pay less than RM100 ringgit and below according to type of vehicles. It is hard enough and too expensive to renew their motor insurance and to get insurance companies who are willing to accept a vehicle more than 10 years. This opportunity will be taken by another insurance company, if the user is willing to pay more in additional charges or have to buy the additional insurance which is not required by the user.
If the user does not buy or renew the insurance it is difficult for users to renew their road tax at road transport department or JPJ. This is the big problem for motorists aged over 10 years because most of the users are using the vehicle more than 10 years, is comprised of lower income groups and have already completed the vehicle debt to the bank and they have to pay more than the old car insurance that should be cheaper than new vehicles.
If the government does not want a vehicle for more than 10 years old on the road, the authorities have to lower the price of all motor vehicles now at a cheaper price and all the old vehicles can be disposed and replaced with a new vehicle for consumers to avoid using the car for more than 10 years old. Are the government willing to do so? If the government is willing to reduce the vehicle price than we believe the user no problem to exchange their old vehicles with new ones except for Antic vehicle fans are exempted or those vehicles is still in good condition and safe to use.
If the authorities feel responsible for our users ask them to lower the price of insurance as usual. We as consumers have expressed our views on the issue of the old motor vehicle insurance price is too expensive and does not make sense where the user has to buy an expensive new vehicles and they forced to pay the 3rd party insurance which is expensive. Where is the voice of the people first, performance now? Do they charge the people first to reach a certain desire group? Let us think if we are willing to live in this stressful situation. in spite of prices of essential goods increasing and the 3rd insurance party also increase. If you want to change we must change now before everything is too late.
The people and the user must collaborate with PAS and Pakatan Rakyat to solve this problem.
Pembaziran undi – kerakusan Raziah di kawasan piliharaya Taib Wednesday, March 9th, 2011 GMT - This post is also available in: English (From Sarawak Report) Taib telah menyerahkan sekawasan tanah yang amat luas di kawasan pilihanrayanya kepada sebuah syarikat yang dikawal oleh saudaranya, Raziah! Syarikat Saradu Plantations telah diberikan tanah di Balingian seluas 8,000 hektar di sekitar tahun-tahun 2004 – 2009. Kebanyakan dari tanah itu dirampas dari baki kawasan hutan simpan Setuan Besar, di sebuah kawasan berdekatan dengan Bintulu. Sebahagian lagi dari baki tanah berkenaan adalah milik orang-orang tempatan yang mana hak mereka ke atas NCR telah dicabuli!
Menurut pihak Pendaftar Tanah, individu yang melaksanakan urusan berkenaan adalah saudara kepada Taib Mahmud iaitu Raziah Mahmud-Geneid. Raziah didapati menjalankan segala urusan dari pejabat-pejabat syarikatnya, Kumpulan Parabena, yang mana dia dan Taib merupakan pemegang utama saham di situ. Sebagaimana yang pernah didedahkan sebelum ini, nombor telefon yang sama telah digunakan untuk mengendalikan urusan-urusan rangkaian syarikat-syarikat yang telah mengaut tanah-tanah yang boleh dijumlahkan kesemuanya menjadi lebih luas dari kepulauan Singapura dalam masa hanya beberapa tahun sahaja. Nombor telefon syarikat Kumpulan Parabena yang berpejabat di Jalan Sungai di Kuching itu adalah 082-423 877.
Komuniti-komuniti dihalau seperti lazimnya Salinan yang terdapat pada pihak pendaftar jelas menunjukkan bahawa para pegawai masih lagi memproses pengeluaran geran sementara, tetapi ini jelas tidak menghalang syarikat Saradu mencerobohi tanah-tanah NCR dalam tahun 2007, merentasi jalan-jalan, denai-denai dan hutan di situ. Terdapat 4 buah penempatan kaum Iban dan beberapa penempatan kaum Melanau telah terjejas. Matek Anak Geram memberitahu Sarawak Report bahawa ladang sagunya di Kuala Balingian, suatu kawasan sepencarian bagi komunitinya, telah dimusnahkan.
Menurut para NGO kaum Melanau, iaitu kaum Taib Mahmud sendiri, orang-orang Melanau tidak digalakkan membuat aduan dan tuntutan kerana para penghulu dan ketua kampung mereka diselia dan kawal oleh BN. Mana-mana orang Melanau yang mengadu mengenai rampasan tanah yang dilakukan oleh Raziah akan dikatakan sebagai 'menentang kerajaan'. Lebih teruk lagi, jika penentangan mereka terhadap pertubuhan PELITA yang merupakan sebuah perbadanan milik negeri, akan disifatkan sebagai 'menentang Islam'. PELITA merupakan sebuah agensi yang bernaung dengan LCDA, dipengerusikan oleh Taib, yang menyerahkan tanah-tanah kepada syarikat milik saudaranya sendiri. Adakah pengeksploitasian Taib terhadap kaumnya sendiri itu bersifat 'keIslaman'?
Kuasa undang-undang? Matek Anak Geram dan orang-orang kampungnya telah membuat aduan kepada pihak polis mengenai pencerobohan Saradu yang diketahui belum bersedia untuk membayar pampasan menggunakan tanah-tanah orang-orang tempatan. Namun, menurut mereka, aduan mereka tidak dipedulikan.
Sebaliknya setelah mereka memfailkan kes tersebut ke mahkamah dalam tahun 2008, orang-orang kampung telah mendirikan penghadang bagi menghalang kemasukan para pekerja ladang, yang mana tercetusnya persengketaan yang buruk. Matek telah ditahan pada awal pagi oleh sepasukan 10 orang anggota polis dan dia disumbatkan ke dalam lokap, dan didakwa 'menghalang' pekerja-pekerja ladang. "Dia (Raziah) merampas tanah-tanah kami dan dengan sengaja menyebabkan kami menderita" kata Matek.
Matek, 31 tahun, mempunyai dua orang anak, memberitahu Sarawak Report bahawa kewujudan ladang kelapa sawit di kawasan mereka telah memusnahkan kehidupan mereka dalam banyak aspek, mencemari sungai-sungai, memusnahkan hidupan air dan membubuh bahan-bahan kimia kedalam sungai dan tanah. Menurutnya lagi, dengan termusnahnya hutan, maka orang-orangnya telah kehilangan tempat mencari makanan di hutan, begitu juga dengan pokok-pokok yang ditebang dan dibawa keluar untuk dijual. Dia telah terpaksa bekerja di bandar sebagai pekerja kempen NGO dan dia menghantar wang ke rumahnya di kampung halamannya, manakala saudara-maranya yang dahulunya pernah mengerjakan sawah sendiri, kini terpaksa bekerja sebagai 'kuli' untuk orang lain.
Kemusnahan Tanah kawasan rendah yang ada kini bukanlah luas sangat, dan apa yang tinggal itu pun telah dimusnahkan – imej satelit jelas menunjukkan bukti-bukti berkenaan. Orang-orang dari kaum Iban yang telah mempertahankan hutan warisan mereka telah mendapat tentangan dari para samseng dan juga ditakut-takutkan oleh pihak polis sepanjang masa perbicaraan dijalankan. Sementara itu, 'pembangunan' tetap diteruskan. Jelaslah semua tindakan itu membawa keuntungan kepada keluarga Taib. Salah sebuah pemegang saham dalam Saradu adalah syarikat Organic Treasure milik Raziah Mahmud dan suaminya Robert Geneid.
Tidak mengejutkan – Raziah membayar gaji lebih rendah dari kadar minima! Sementara itu, kawasan pilihanraya Taib, seperti biasa, tidak merasa atau melihat sebarang faedah hasil dari 'kemajuan' tetapi hanya merasakan keperitan hidup. Matek menjelaskan bahawa ladang kelapa sawit enggan mengambil orang-orang tempatan bekerja. Mereka lebih gemar menggunakan tenaga kerja dari Indonesia kerana gaji mereka jauh lebih rendah. Ini merupakan ikutan di ladang-ladang lain seluruh Sarawak. Menurut Matek lagi, pekerja-pekerja ladang hanya menerima upah asas sebanyak RM9 sehari, dan dinaikkan sehingga RM15 sehari untuk pekerja-pekerja yang lebih senior! Kadar sedemikian adalah jauh lebih rendah dari kadar RM22 sehari yang telah dipersetujui, yang ditetapkan oleh Konsulat Indonesia. Tindakan keluarga Taib mengambil pekerja asing dan bukannya para pengundinya amatlah memalukan, dan yang lebih memalukan adalah di mana para pekerja itu hanya dibayar gaji kurang dari separuh kadar yang telah dipersetujui!
Tiada had? Sarawak Report berasa amat terkilan dengan keangkuhan Ketua Menteri terhadap orang-orang yang sekaum dengan beliau yang sering memilihnya sebagai wakil mereka. Adakah usia lanjutnya menjadi pengganggu ke atas kepekaannya dalam politik, atau adakah kesan dari memerintah selama 30 tahun itu telah menjadikannya befikiran bahawa beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap sesiapa sesuka hatinya? Seperti mana yang setiap orang ketahui, Ketua Menteri itu telah tewas dalam kes demi kes persengketaan melibatkan tanah-tanah NCR dalam mahkamah-mahkamah sejak beberapa bulan yang lalu. Namun beliau tetap gagal bertindak. Sebaliknya beliau tetap akan bertanding juga, dan mengemukakan rayuannya menentang kes-kes yang telah menyaksikan kekalahannya, tetapi lupa akan adanya Mahkamah Pendapat Popular yang mengadilinya juga dan akan mengeluarkan keputusan (verdict) tidak lama lagi! Kes Saradu akan didengar di Miri beberapa bulan lagi. Sementara itu, peguam Dominique Ng, ADUN Kuching, yang mewakili 4 buah penempatan kaum Iban yang menentang kes Saradu yang merampas tanah itu telah membuat analisanya sendiri.
"Ketamakan keluarga Taib tiada hadnya, dan telah melampaui batasan rasa malu. Mereka tetap akan mencuri, dan mencuri lagi, sepanjang masa mereka dapat lakukannya, sehinggalah mereka dilucutkan dari kekuasaan atau mati. Mereka akan tetap menodai negeri Sarawak sehingga salah satu kejadian ini terjadi!", katanya kepada Sarawak Report.
Jelaslah, Taib amat percaya dengan ancaman "jika kamu tidak menolong kami, kami tetap tidak akan menolong kamu", yang diucapkan oleh besannya George Chan, diharapkan akan membawa mukjizat kepada kawasan pilihanrayanya, di samping tawaran sebanyak RM100 untuk satu keluarga seperti yang dijanjikan oleh timbalannya Alfred Jabu Numpang. Namun, dalam masa 30 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri Sarawak, apakah yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud ke atas kawasan pilihanrayanya di Kuala Balingina? Beliau perlu ingat, saudaranya, Raziah, mempunyai satu undi sahaja, dan orang-orang Sarawak kini semakin hari semakin bijak!
PS: Sepatutnya rakyat Sarawak sudah lama sedar dan bersedia untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaan PAS dan PAKATAN Rakyat kalau mahu selamatkan tanah mereka dari terus dirampas oleh mereka yang tamak dan menyalahgunakan kuasa, Bah apa agik tok masa untuk mengubah dalam piliharaya umum kelak mun sidak BN bagi duit ambik aja...itu hak kita semua. Mari kita bersedia untuk berubah demi kebaikan semua, Insy'Allah kita selamat. PAS untuk Semua
Pas Chini 04 telah mengadakan mesyuarat agongya kali yang ke 23 dalam keadaan sederhana tetapi meriah .Telah dirasmikan oleh Kapten Bersara Ustaz Izzudin
10 Mac 2011- Seramai 40 orang Ahli MKK kawasan Pengkalan Kundor hadir untuk menerima cop di Majlis Penyerahan Cop MKK kelmarin. Majlis yang bermula pada pukul 4 petang bertempat di Dewan Besar Al-Amin Telok Bagan.
Dipengerusikan oleh Saudara Kasim Md. Isa, Pegawai Perhubungan exco negeri,seterusnya ucapan ringkas disampaikan oleh Yb Dato ' Phahrolrazi. Didalam ucapannya menyebut supaya MKK mengenalpasti permasalahan sekeliling kawasan disamping melihat bantuan yang tercicir serta belum dilaksanakan agar diketengahkan secepat mungkin, berikutan rungutan dan rasa tidak puas hati kalangan penduduk.
ahli MKK bertanya soalan.
Katanya lagi, gerak kerja perlu dikemas kini bagi merujuk KPI semasa dan melihat keberkesanan gerak kerja dalam menangani masalah rakyat.
Saudara Kasim juga mengingatkan penyampaian Tauliah Perlantikan MKK oleh Menteri Besar kepada semua ahli MKK pada 16 Mac 2011 bertempat di Dewan Utama Kolej Universiti INSANIAH.
Majlis diakhiri dengan Penyerahan Cop MKK beserta buku rancangan aktiviti kepada Ahli MKK yang hadir. Jamuan minum petang disediakan sebaik acara selesai sekitar jam 5.00 petang.
Sepatutnya mahkamah yang mentafsir sesuatu undang-undang dan menetapkan hukuman. Tetapi yang terjadi kini sebaliknya. Pesalah trafik samada polis atau JPJ yang meletakkan sekeping nota terus dikatakan surat saman dan yang menerima suratan tersebut kena bayar tak perlu pergi kemahkamah dan tiada pilihan untuk kemahkamah. kalau tak bayar saman itu jaga nanti kena black list pulak. Semalam pasal nak renewed roadtax kena beli insurance/takaful. bagi kereta yang usia lebih dari 25 tahun charged insuran atau takaful terlalu tinggi. Dah sampai keparlimen. Nampaknya semuanya membebankan rakyat.
Ada DNA saiful? Tak mandi beberapa hari tak berak Malas nak kata tak sembahyang? Lepas tu tonyoh dahi supaya jadi hitam. Celakalah dia dunia akhirat. Celakalah perancangnya celakalah yang berusaha membenarkannya.
CERAMAH UMUM Tarikh : 12 Mac 2011, SABTU Masa : 9 malam Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah Ustaz Rozali Muhammad, bekas ADUN Permaisuri, Terengganu Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N9 Cikgu Mala
Tabung Dana Pilihanraya PAS Rembau telah dilancarkan semasa Majlis Makan Malam PAS Rembau yang telah diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato Dr Haron Din, YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Zulkefly Mohamad Omar, Yau Con Seng, Chegubard serta YB Hj Taufek yang merupakan Yang Dipertua PAS Rembau.
Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Rembau bolehlah dimasukkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7 atau BSN, No Akaun 0511229878928137 SMS atau hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com selepas transaksi.
Kepada mereka yang ingin memberi komitmen untuk menyumbang pada masa yang terdekat atau akan datang sila isi Borang Sumbangan di atas atau sila isi butiran di bawah dan e-melkan ke hamizi_ahmad@yahoo.com atau poskan ke :
Hamizi bin Ahmad Pusat Khidmat Masyarakat Paroi No 22 , Jalan Bunga Raya 27 Taman Tasik Jaya 70400 Seremban , N.Sembilan
Nama : Alamat : Tel : E-mel : Komitmen sumbangan : RM Tarikh dijangka akan memberi sumbangan :
SUNGAI LAYANG - Seorang warga emas kerugian RM3,200 dan seutas rantai tangan akibat diperdaya oleh seorang wanita yang baru dikenali datang ke rumahnya di Kampung Perigi Gaung, di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.
Wanita itu dipercayai berketurunan Melayu, berkulit cerah, berbadan besar, memakai pakaian serba hitam daripada tudung, baju dan seluar.
:Mangsa, Limah Sulaiman, 75, berkata, dia didatangi seorang wanita yang bertujuan mengambil butiran peribadi dirinya untuk menerima sumbangan makanan warga emas.
"Dia meminta kad pengenalan dan menyuruh menukar pakaian dengan memakai baju kurung kerana mahu mengambil gambar. Wan terus menukar pakaian dan mengeluarkan kad pengenalan daripada beg tangan," katanya kepada Sinar Harian.
Ketika itu juga Limah berkata, wanita itu meminta segelas air untuk minum, lalu dia ke dapur dan meninggalkan beg tangannya yang berisi wang tunai, barang kemas dan buku bank.
Menurutnya, selepas minum air, wanita terbabit meminta izin untuk pulang sambil berpesan kepadanya supaya menunggu di depan rumah pada jam 11 pagi, semalam, kerana ada sebuah van akan datang menjemputnya ke majlis penyerahan sumbangan makanan itu.
"Bagaimanapun ketika masuk waktu Maghrib, wan mula teringat beg tangan Wan. Wan mula mencari dan menemui semula beg tangan, namun wang tunai dan seutas rantai hilang. Cuma yang tinggal buku bank dan gelang emas," katanya.
Disyaki wanita terbabit yang mengambil wang tunai dan rantai itu.
Limah membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam kelmarin, di balai polis berhampiran.
PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini meluangkan sedikit daripada masa amat berharga beliau bagi menemui petugas Harakah dan Harakahdaily. Dalam amanat kepada wartawan, beliau mengingatkan kepentingan dan peranan bidang penulisan sebagai wadah dakwah yang perlu dilakukan secara bijaksana, berhikmah dan berhemah.
Saya tertarik akan uslub dakwah yang diterangkan Tuan Guru. Beliau membahagikan kawasan penyebaran Islam global sebagai rantau utara dan selatan yang mana orang utara adalah sinonim dengan unta manakala orang selatan dengan kambing.
Jadi, kata Tuan Guru, sejajar dengan sifat dan perangai unta yang keras dan agresif, penyebaran Islam di bahagian utara kebanyakannya adalah melalui perang manakala di selatan yang penduduknya "berinteraksi" rapat dengan kambing yang sifat dan kelakuannya lemah lembut; Islam tersebar secara meluas melalui dakwah mulut dan contoh teladan.
Islam diterima melalui dakwah berhemah di Yaman, seterusnya ke benua kecil India oleh saudagar-saudagar Arab dan kemudian ke Alam Melayu juga oleh saudagar Arab dan India. Apabila pemerintah kerajaan Melayu seperti Pasai/Samudera dan Melaka memeluk Islam selepas terkesan dengan dakwah berhemah saudagar-saudagar berkenaan, maka rakyat pun berbondong-bondong memasuki Islam.
Pada sesi soal jawab, saya mengambil kesempatan bertanyakan Tuan Guru akan uslub paling sesuai untuk orang selatan tanah air menerima PAS kerana ternyata negeri-negeri ini (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) adalah paling lewat penerimaannya, dengan PAS gagal "melahirkan anak sulung" di negeri Hang Tuah (terbaru PAS tewas dalam pilihan raya kecil Dun Merlimau apabila calonnya Yuhaizat Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding Roslan Ahmad daripada Umno- BN yang meraih 5,962 undi. Undi majoriti BN meningkat daripada 2,154 pada pilihan raya umum 2008 kepada 3,643 undi kali ini.
Saya katakan pendekatannya (uslub dakwah) mungkin perlu berbeza kerana orang utara sinonim dengan pekasam sedangkan orang selatan (Melaka) dengan belacannya. Juga orang Melaka masih dengan kebanggaan mereka sebagai keturunan Laksamana Hang Tuah, lantas siapa saja yang cuba membawa perubahan akan dicop sebagai Jebat, si penderhaka.
Tuan Guru mengingatkan bahawa sejarah kedaulatan Islam di bumi Melaka sudah lama ditenggelamkan, kini sudah tiba masanya bagi pejuang termasuk penulis mengangkat kembali peranan tokoh yang mendaulatkan Islam seperti Bendahara Tun Perak dan Sultan Alauddin Riayat Shah pada zaman Kesultanan Melayu Islam Melaka dan pada zaman kemudiannya seperti Penghulu Dol Said dari Naning.
Sumbangan tokoh-tokoh ini kepada kemajuan Islam amat besar yang sewajarnya mengingatkan anak-anak tempatan untuk kembali mendaulatkan Islam dalam semua lapangan kehidupan termasuklah melaksanakan hukum-hakamnya.
Malangnya sumbangan mereka terhadap kehidupan Islam sudah dikesampingkan, sebaliknya apa ditonjolkan sekarang ketaksuban kepada bangsa seperti digambarkan melalui watak Hang Tuah – pantang Melayu derhaka. Jika diamat-amati perkembangan Islam di Alam Melayu, apabila seseorang raja atau pembesar itu memeluk agama Islam, seluruh rakyat mengikutinya, kini bolehlah difikir-fikirkan jika PAS berjaya "mem-PAS-kan" pemimpin Melaka yang amat "disanjungi" rakyat negeri seperti Ketua Menteri sekarang, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, seluruh rakyat jelata akan mengikutinya. Bolehkah ini dilakukan atau wajar berlaku?
Alangkah indahnya jika Islam dapat didaulatkan sepenuhnya pada ketika Melaka bersiap sedia mengenang ulang tahun ke-500 kejatuhannya di tangan Portugis pada bulan Julai 1511!
HARAKAH 6 - 8 RABIULAKHIR 1432 / 11 - 13 MAC 2011
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Buat pertama kalinya Solat Jumaat diadakan di Surau Al-Islamiah Kg. Tasek Permai pada 4 Mac 2011 yang lalu. Ini adalah hasil kerja keras pentadbiran kampung berkenaan yang diketuai oleh Saudara Che Yusof Che Mat selaku Ketua Kampung. Pengerusi surau berkenaan, Saudara Amran Hazali mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung, YB Tuan Hj. Khasim dan Pejabat Daerah Hulu Langat sendiri yang berusaha menjadikan perancangan yang dibuat beberapa tahun lalu sebagai satu kenyataan. Dengan terdirinya Solat Jumaat di surau ini maka satu lagi kemudahan buat penduduk yang wajib menunaikannya wujud di DUN Lembah Jaya terutama bagi warga emas dan kurang upaya yang bermasalah untuk ke masjid setiap minggu.
Turut meraikan hari yang bersejarah itu ialah YB Tuan Hj. Khasim Abdul Aziz, Penghulu Mukim Ampang 1 Tuan Abdul Rashid Saman, Ketua-ketua kampung di DUN Lembah Jaya dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Moghni Israri selaku pentazkiran dan khatib pada hari itu.
Che Yusof menyambut kehadiran tetamu jemputan
Saudara Amran mengalu-alukan kehadiran para jemaah
Tazkirah oleh Ustaz Mohgni Israri, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat
PARIT BUNTAR, 10 Mac: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim (gambar) menyifatkan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai memalukan diri sendiri kerana menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak realistik.
Beliau mengulas kenyataan Rais yang mengatakan Nik Aziz tidak realistik dengan menyatakan media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau pada Ahad lepas.
"Rais perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian, jika benar Malaysia adil dalam pengamalan kebebasan media, beri laluan kepada wakil parti Pakatan Rakyat membuat liputan media sepertimana BN diberi liputan meluas oleh media RTM dan lain-lain stesen tv," katanya.
Tambahnya, BN takut hilang kuasa serta jawatan, maka dengan alasan gila kuasa itu, rakyat yang menjadi mangsa.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Rais sebetulnya yang memperkudakan RTM dan lain-lain serta media cetak untuk memastikan BN terus menang.
"Dakwaan Menteri Besar Kelantan benar dan berasas, kita ada bukti, jika tidak mengapa indeks kebebasan media negara kita sama dengan Zambia?" soalnya.
Katanya, jika rakyat membuat keputusan di kertas undi berdasar maklumat yang menyeluruh, BN pasti sudah lama tersungkur.
"Saya ulangi sekali lagi, indeks kebebasan media telah meletakkan Malaysia berada dalam tahap not free, lalu isu ini telah terjawab dengan sendirinya.
"Beri kebebasan media yang mutlak adalah punca kehancuran BN, dan sekat kekebasan adalah survival BN di Malaysia, maka dengan fakta ini rakyat diharap boleh berfikir secara bijak," ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan, Pakatan boleh membuktikan, di Lembah Klang, rakyat telah menolak BN kerana maklumat melalui media baru facebook, twitter dan blog membangun dengan pesat dan sampai kepada rakyat.
"Selangor BN tewas, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pun BN tewas teruk," jelasnya lagi.
Di Selangor Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri, begitu juga di Wilayah Persekutuan yang mana Pakatan Rakyat menguasai kerusi-kerusi parlimen, DAP 5 kerusi, PKR (4) dan PAS (1), BN hanya Zulhasnan Rafique yang mewakili Setiawangsa.
"Oleh sebab itu, BN akan cuba apa cara sekali pun untuk bertahan termasuklah menyebarkan fitnah, bohong rakyat, perudi rakyat serta perkuda jentera kerajaan untuk kepertingan survival parti BN.
"Jika dibiarkan BN berkuasa , lama-lama rakyat semakin susah, yang senang lenang siapa?
Aku cukup benci dengan UMNO ni bukannya apa, bukan sebab namanya UMNO tetapi kerana perangai pemimpin-pemimpinya macam setan, suka menipu, rasuah, salahguna kuasa dan bermacam-macam lagi perkara maksiat yang terdapat dalam UMNO.. boleh dikatakan UMNO adalah maksiat..maksiat adalah UMNO..cukup sinonim. UMNO tidak akan berubah dan laungannya untuk berubah adalah retorik untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Kepayahan dan kesusahan hidup rakyat Malaysia sekarang adalah disebabkan UMNO. UMNO adalah liabiliti kepada rakyat..Rakyat hidup menderita tetapi pemimpin bersenang lenang dengan kejerihan duit rakyat..
Seorang pemimpin terkenal UMNO di selatan tanahair ini adalah Mudir Sekolah Mengandung...terkenal sebab tubuhkan sekolah mengandung dan rasuah. Apabila Mudir Sekolah Mengandung ni membuka mulutnya.. amatlah busuk.. seantero alam maya terbau betapa busuk mulutnya kerana percakapannya adalah kencing hancing, takde yang betul melainkan bohong belaka.. Dalam temubual dengan media pencacai UMNO baru-baru ni, Mudir ni berkata "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".
Kau orang semua boleh percaya ke Mudir ni tak merasuah semasa PRK Merlimau? Bersih, telus dan ikhlas sangatkah Mudir ni? Lembaga Displin UMNO yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddin mengatakan Mudir ni rasuah semasa Pemilihan Agung UMNO yang lepas tetapi malangnya rakyat negeri tersebut amat bahlol dan tolol..tetap mengangkatnya sebagai pemimpin...
Aku yang berulang alik ke Merlimau selama kempen pilihanraya, nampak kelakuan dan gelagat Mudir ni dan melaun-melaunnya dengan jelas. Cukup jelek dan meluat!! Apa.. buat jalan tar sampai ke rumah masa pilihanraya bukannya rasuah? Pemberian barang-barang keperluan semasa pilihanraya bukannya rasuah? Menabur pelbagai janji semasa pilihanraya bukannya rasuah? Memberi duit semasa mengundi bukannya rasuah? NGO 1Malaysia, yang dikatakan membuat pelbagai aktiviti seperti jamuan makan, memberi hadiah menghabiskan dana sebanyak RM200 ribu..dimanakah datangnya duit sebanyak ini? Duit Mudir ni ke? kirim salam..Ini belum didedahkan kos keseluruhan pilihanraya serta penggunaan jentera kerajaan untuk kempen UMNO Be eNd.
Kerja-kerja khianat ala lanun Somalia juga giat yang dilakukan oleh melaun-melaun ni..pecah cermin kereta, pancitkan tayar, koyakkan banner dan poster..inilah tugas-tugas mereka sepanjang PRK Merlimau...menyebarkan fitnah dan dakyah.Sehingga diberitahu..ada penduduk yang menghalau petugas-petugas PAS dan PR untuk datang berkempen ke rumah..Apa ke bodoh sangat mereka ni, termakan dengan dakyah UMNO!! Selagi UMNO memerintah beginilah nasib dan pemikiran rakyat.. rakyat akan terus susah dan terhimpit, kerana kesusahan adalah senjata ampuh UMNO untuk memperbodohkan rakyat.
Pergi JAHANAM dengan UMNO!! Pergi MAMPUS dengan UMNO!!
1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.
2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.
3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.
4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.
5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.
6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].
7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:
Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw : شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193 Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .
Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah . Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .
Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .
Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.
Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .
8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi : Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.
Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.
Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.
9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab : ضربني و بكى شتمني واشتكى Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu . Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.
10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal ? : Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.
UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.
Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?
Saya dalam hal ini suka memberitahu,sebelum kita nak memberikan atau nak mencerminkan imej seseorang,maka cerminkanlah imej kita dahulu.. kepada saudari farahana,dan pendokong beliau,Tuan guru nik aziz tidak sekali kali akan memarahi kamu,percayalah sebab kamu bukan musuhnya. Kerana? Kamu sebenarnya keliru dengan imej diri..
http://www.utaraonline.net/v4/ MEMANG tidak sukar diakui jika dikatakan PAS dan DAP tidak mungkin bersatu. Mana mungkin parti yang mempertegaskan cita-cita menubuhkan Negara Islam mampu seiringan dengan parti berideologi sosialis demokratik?Kedua-dua parti itu ibarat berada di dua penjuru yang saling bertentangan. Rekod-rekod lampau yang menyaksikan hubungan tegang, termasuk aksi berbalas serangan antara para pemimpin dua parti pembangkang [...]
“TAMBAHAN RM 4B SUBSIDI MINYAK”? HA, HA! RON 95 NAK NAIK LAGI. Antum semua sudah baca utusan online berkenaan cerita “Tambahan RM4b subsidi minyak“. Jika belum, dipersilakan baca di sini. Ada nampak pencerahan apa yang akan berlaku tidak lama lagi? Ya, semestinya harga petrol ron 95 akan naik lagi. Terima kasih melayu yang mengundi [...]
Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.
Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.
Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.
Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.
Bazir wang rakyat
Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut "kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini".
Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan "kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat".
Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.
Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.
Peminta sedekah
Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.
Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.
Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.
Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CERAMAH UMUM Tarikh : 12 Mac 2011, SABTU Masa : 9 malam Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah Ustaz Rozali Muhammad, bekas ADUN Permaisuri, Terengganu Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N9 Cikgu Mala
Tabung Dana Pilihanraya PAS Rembau telah dilancarkan semasa Majlis Makan Malam PAS Rembau yang telah diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato Dr Haron Din, YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Zulkefly Mohamad Omar, Yau Con Seng, Chegubard serta YB Hj Taufek yang merupakan Yang Dipertua PAS Rembau.
Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Rembau bolehlah dimasukkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7 atau BSN, No Akaun 0511229878928137 SMS atau hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com selepas transaksi.
Kepada mereka yang ingin memberi komitmen untuk menyumbang pada masa yang terdekat atau akan datang sila isi Borang Sumbangan di atas atau sila isi butiran di bawah dan e-melkan ke hamizi_ahmad@yahoo.com atau poskan ke :
Hamizi bin Ahmad Pusat Khidmat Masyarakat Paroi No 22 , Jalan Bunga Raya 27 Taman Tasik Jaya 70400 Seremban , N.Sembilan
Nama : Alamat : Tel : E-mel : Komitmen sumbangan : RM Tarikh dijangka akan memberi sumbangan :
SUNGAI LAYANG - Seorang warga emas kerugian RM3,200 dan seutas rantai tangan akibat diperdaya oleh seorang wanita yang baru dikenali datang ke rumahnya di Kampung Perigi Gaung, di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.
Wanita itu dipercayai berketurunan Melayu, berkulit cerah, berbadan besar, memakai pakaian serba hitam daripada tudung, baju dan seluar.
:Mangsa, Limah Sulaiman, 75, berkata, dia didatangi seorang wanita yang bertujuan mengambil butiran peribadi dirinya untuk menerima sumbangan makanan warga emas.
"Dia meminta kad pengenalan dan menyuruh menukar pakaian dengan memakai baju kurung kerana mahu mengambil gambar. Wan terus menukar pakaian dan mengeluarkan kad pengenalan daripada beg tangan," katanya kepada Sinar Harian.
Ketika itu juga Limah berkata, wanita itu meminta segelas air untuk minum, lalu dia ke dapur dan meninggalkan beg tangannya yang berisi wang tunai, barang kemas dan buku bank.
Menurutnya, selepas minum air, wanita terbabit meminta izin untuk pulang sambil berpesan kepadanya supaya menunggu di depan rumah pada jam 11 pagi, semalam, kerana ada sebuah van akan datang menjemputnya ke majlis penyerahan sumbangan makanan itu.
"Bagaimanapun ketika masuk waktu Maghrib, wan mula teringat beg tangan Wan. Wan mula mencari dan menemui semula beg tangan, namun wang tunai dan seutas rantai hilang. Cuma yang tinggal buku bank dan gelang emas," katanya.
Disyaki wanita terbabit yang mengambil wang tunai dan rantai itu.
Limah membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam kelmarin, di balai polis berhampiran.
SEREMBAN: Seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila disamun penjenayah bermotosikal yang memecahkan cermin keretanya lalu melarikan wang tunai RM60,000 di pekan Rantau di sini, kelmarin.
Lebih malang apabila wanita berusia 39 tahun itu baru mengeluarkan wang berkenaan yang mahu digunakannya untuk memulakan perniagaan.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa bersama seorang ahli keluarganya selesai membuat pengeluaran wang di sebuah bank di bandar ini.
"Mangsa hanya menunggu di dalam kereta yang berkunci itu sambil memegang beg berisi RM60,000. "Tidak lama kemudian mangsa terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an memecahkan cermin kereta dengan tangannya tanpa menggunakan peralatan lain.
"Penjenayah nekad itu kemudian merampas beg berkenaan dan melarikan diri," katanya di sini, semalam.
SEREMBAN: "Belum sempat menjawab pertanyaannya, lelaki bermotosikal itu terus mengacu parang ke leher saya dan meragut barang kemas lalu melarikan diri."
Begitu kata, warga emas, Rosnah Emby, 66, yang rugi kira-kira RM8,000 apabila disamun penjenayah berparang berpura-pura bertanyakan arah jalan di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini, semalam.
Menurut Rosmah, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia baru selesai membeli barangan keperluan dapur di kawasan situ.
"Saya dan dua rakan duduk berehat sambil bersembang di sebuah pondok di situ sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an.
"Kami bertiga pada awalnya langsung tidak mengesyaki apa-apa apabila dia kemudian hanya bertanyakan alamat atau arah sebuah kawasan.
"Namun, apabila mahu menjawab pertanyaannya itu, lelaki itu tiba-tiba bertindak mengeluarkan parang panjang lalu mengacukannya ke leher saya sambil meragut rantai dan gelang tangan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Group Departure : 15 March 2011 Flight Details : 15 March KUL/CAI - MS 971 (0030 / 0600)
NO NAMA NATIONALITY NO PASSPORT 1 ANIQAH BINTI HAJI AZLAN MALAYSIA A22223922 2 AZYYATI AKMAL BINTI ARSHAD MALAYSIA A18838304 3 AZZYAN BINTI MOHAMMAD WAHID MALAYSIA A22225820 4 BADRIAH BINTI HASBULLAH MALAYSIA A20307931 5 DINA ADILLAH BINTI MD NASUKHA MALAYSIA A22152132 6 ERNA AZNIRA BINTI ANUAR MALAYSIA A20011599 7 FADHILAH BINTI MAZMI MALAYSIA A20793459 8 FATEN THAAHERAH BINTI AHMAD SHAHBUDDIN A18072317 9 FATIN ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM MALAYSIA A22365784 10 FATIN BINTI ABDUL JALIL MALAYSIA A17819954 11 FATIN BINTI MOHD LAZIM MALAYSIA A19064197 12 FATIN FATINI BINTI MOHD MESRI MALAYSIA A22219290 13 HAZRATI BINTI YAHAYA MALAYSIA A23952754 14 HILYATUN NUFUS BINTI A YAZID MALAYSIA A23164239 15 HUSNA BINTI MAHMUD MALAYSIA A20267652 16 INTAN SORAYA BINTI HASHIM MALAYSIA A17876647 17 INTAN SYAFINAZ BINTI JASNI MALAYSIA A22640146 18 KAMARIAH BINTI JA APAR MALAYSIA A18905495 19 ALIFF RAHIMI ISMAIL MALAYSIA A20244209 20 KHALIESAH BINTI KHALIL MALAYSIA A22407610 21 MARDHIAH BINTI IBRAHIM MALAYSIA A22452906 22 MARYAM SHAKIRAH BINTI ZULFAKAR MALAYSIA A22399461 23 AIDA AFIQAH BINTI AHMAD MALAYSIAN A 22084892 24 MUIZZAH BINTI ZAINODIN MALAYSIA A21203349 25 MUSLIHAH AMNANI BINTI SHAH BAGAR A22141108 26 NADIAH BINTI AHMAD ZAINUDDIN MALAYSIA A19064869 27 NADIAH BINTI ROSLAN MALAYSIA A23041574 28 NOOR HIDAYAH BINTI MAT TOHER MALAYSIA A22968136 29 NOOR SYAFIQA BINTI AHMAD BUSTAMAM A19353695 30 NOR LATIFAH BINTI MOHD JUPRI MALAYSIA A22250679 31 NORATIQAH BINTI HUSSIN MALAYSIA A20254535 32 NORFANIHA BINTI SAWAL MALAYSIA A22250649 33 NORHAIDA BINTI AB RASHID MALAYSIA A18226828 34 NORSYAFIKAH BINTI ABDUL RAZAK MALAYSIA A22365511 35 NUR AL HIDAYAH BINTI NOR ISMAIL MALAYSIA A22452845 36 NUR DIYANA BINTI AZAMMUDDIN MALAYSIA A20267649 37 NUR FAIQAH BINTI BAHARUDIN MALAYSIA A22360405 38 NUR FARHANA BINTI OTHMAN MALAYSIA A19406464 39 NUR HAZIMAH BINTI MAT BASRI MALAYSIA A22402806 40 NUR JANNAH BINTI AMRAN MALAYSIA A22139625 41 NUR NASIRAH BINTI MOHD NASHIR MALAYSIA A18991089 42 SITI SARAH BINTI ABDUL HALIM MALAYSIA A18894152 43 NURHIDAYATUL HUSNA BINTI SHAMSUL AZMI A22452828 44 NURUL AKMAL BINTI ABDUL TALIB MALAYSIA A20794934 45 NURUL ATIQAH BINTI NORRAHIM MALAYSIA A22661389 46 NURUL HAFIQAH BINTI KHAZAMAL HAFFI AMOS A22365237 47 NURUL HANI BINTI SAHARUDIN MALAYSIA A18997048 48 NURUL IZZAH BINTI CHE MOHAMED MALAYSIA A22222163 49 NURUL SAFINAS BINTI MOHAJIR MALAYSIA A18832077 50 NURUL ZAHIRA BINTI MOHD AFANDI MALAYSIA A19917564 51 NURULIZZATI BINTI ZAKARIA MALAYSIA A20580436 52 NUUR ATIQAH BINTI IBRAHIM MALAYSIA A18833121 53 SHAHIDATUL AKMA BINTI MOHD SHA ARY A20373909 54 AIDA NABILAH BINTI MOHAMAD NASIR A18814298 55 SITI AMIRAH BINTI MOHAMAD YUSOF MALAYSIA A22477475 56 SITI MAISARAH BINTI JAMALUDDIN MALAYSIA A1785758 57 SITI MAISARAH BINTI MUSA MALAYSIA A20308050 58 AFIQAH HANUM BINTI AYOB MALAYSIAN A20302774 59 SITI NOR FAREAH BINTI SAPAR MALAYSIA A19468700 60 NURUL SHAZWANI BINTI AZMI MALAYSIAN A23151904 61 SITI SARAH BINTI ABDUL RAHIM MALAYSIA A23093022 62 SITI SARAH BINTI MOHD HAMDAN MALAYSIA A22453845 63 SOFIA ALWANI BINTI ALI MALAYSIA A22455831 64 SYAHIRAH BINTI MOHAMAD YUSRI MALAYSIA A22512653 65 NURUL ZARIFFA BINTI BINTI SAAT MALAYSIAN A22556276 66 ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD AMIN MALAYSIAN A19334858 67 NURUL SHAFIQAH BINTI MOHAMMAD TAJUDIN A22035514 68 MUHAMMAD AZFAR WAIE BIN MD ISA MALAYSIAN A20484975 69 MOHD ZAKI SYAZANI ZAKARIAH MALAYSIAN A18187306 70 AHMAD KHAIRUDDIN BIN MOHD SORIHAN A22976639 71 NORATIKA BINTI LAUNGAH MALAYSIAN A22386907 72 MUHAMMAD HAZRIQ BIN MOHD DARMADI A23236807 73 NUR FATIHAH BINTI ABIDIN MALAYSIAN A19134627 74 ATIQAH BINTI SUBHI MALAYSIAN A16816382 75 ABDUL HAKIM BIN SAZALI MALAYSIAN A24138787 76 MUHAMMAD HAFIZ SAYUTI BIN ARSHAD A22512121 77 MUHAMMAD ABU UBAIDAH BIN MUSTAPA KAMAL A18098872 78 SUMAYYAH BINTI SHAHRUL HISHAM MALAYSIAN A23389621 79 SHAHRUL HISHAM BIN ZULKIPLI MALAYSIAN A17669119 80 MUHAMMAD FADHIL BIN HASANUDDIN MALAYSIAN A19155285 81 NURUL HUDA BINTI AHMAD ALI MALAYSIAN A17738281 82 SOFIYYAH BINTI MUHAMMAD FADHIL MALAYSIAN A24054727 83 NOOR HUSNA BINTI NOOR ZAINY MALAYSIAN A17765883 84 NIK HIBRIYAH AR RAUDHOH MALAYSIAN A21056320 85 NIK MOHD FAREEZ BIN NIK MHD FAKHRUDDEEN A20766514 86 ABDUL HALIM BIN BAHRUN MALAYSIAN A6737603 87 SYAHIDAH ROZINAH LIYANA BINTI AHMAD A19683794 88 FARHANA BINTI MOHD ISA MALAYSIAN A19383272 89 AMIRA BINTI SUHAIMI MALAYSIAN A22087494 90 AFIFUL FIDAIY BIN HASLAN MALAYSIAN A22085816 91 MUHAMMAD SHAMIL BIN MOHD YUNUS MALAYSIAN A23088642 92 SHAFIQAH BTE MOHAMED SHAMSURI MALAYSIAN A20616156 93 MUHAMMAD AMMAR FARHAN BIN RAMLAN A17667433 94 RAIHANA NISA BTE MOHAMED YUNUS MALAYSIAN A20159466 95 MUHAMMAD FAEZ BIN ZULKIFLI MALAYSIAN A22324809 96 NADIRAH BTE MOHAMMAD SHAHROM MALAYSIAN A20520899 97 SYARIFAH ZAHRA BTE SYED ESA ALHADDAD A22237827 98 NUR SYAMIMI IZZATI BTE MOHAMED RAFEE A19770894 99 NOR ALINA BINTI RAZALI MALAYSIAN A18835449 100 NUR ATIQAH BTE ABDUL RAHIM MALAYSIAN A19227014 101 NOR ALIA BTE MOHD NASIR MALAYSIAN A18838086 102 ATIKA BTE ADZMAN MALAYSIAN A19154847 103 SYADZA NORAIN BTE AHMAD ZAINUDDIN A204866324 104 NATASYA HANIS BTE MOHAMMAD NASIR A20062033 105 KHADIJAH BTE ABDUL RAZAK MALAYSIAN A20619322 106 NURULAIN IZZATY BTE MARZUKI MALAYSIAN A17925923 107 SITI ASIAH BTE TOGIN MALAYSIAN A19227269 108 NUR WAHIDAH BTE MOHD NOOR MALAYSIAN A19991330 109 SITI ZUHAIRAH BTE ROHANIP MALAYSIAN A20441155 110 FARAH AFTAH BTE MOHD AYOB MALAYSIAN A17609460 111 FADHILAH BTE MOHAMAD HARIS MALAYSIAN A17876833 112 NURUL ATIQAH BTE JAAFAR MALAYSIA A20352338 113 SITI NADIAH BTE ABDUL MUTALIP MALAYSIA A20580143 114 RIDHWAN FATEH BIN HASAN MALAYSIAN A22250657 115 MUHAMAD AMIRUL FIRDAUS MALAYSIAN A20247575 116 MOHD FATHULLAH BIN ABDUL ZAMAN MALAYSIAN A22250642 117 AIMAN BIN JUSRI MALAYSIAN A19069581 118 MOHD RUSYDI BIN MOHD ALI MALAYSIAN A23085694 119 AHMAD SAFWAN BIN MUHAMAD YUSOF MALAYSIAN A20303032 120 MUHAMAD AMIRUL BIN YUNOS MALAYSIAN A19135866 121 MOHD TAQIUDDIN BIN TAKRIL MALAYSIAN A22000951 122 ABDUR RAHMAN BIN ZULKIFLI MALAYSIAN A22960491 123 KHAIRUL FATIHIN BIN SAEDAL ATAS MALAYSIAN A20267599 124 MUHAMMAD SAFUAN BIN MOHAMMAD IKHSAN A18953661 125 MOHD HISYAM BIN MAHADI MALAYSIAN A20308010 126 AHMAD FAHMI BIN ISHAK MALAYSIAN A22150143 127 ABDUL MUHAIMIN BIN ABD RAHMAN MALAYSIAN A20268728 128 MOHD FAIZAL BIN MALIK MALAYSIAN A18697716 129 MUHAMMAD ZUL HUSAINI BIN MOHAMMAD DANER A20307849 130 MUHAMMAD MUHAIMIN BIN ZAKARIYA MALAYSIAN A18834005 131 AHMAD FAKHRUZRADZI BIN MOHD YASSIN A20270151 132 MOHD ZAKI BIN MOHAMED NASIRUDIN MALAYSIAN A20244155 133 MUAZ BIN AB HALIM MALAYSIAN A20203146 134 MOHD QAEDI BIN MASNANI MALAYSIAN A20865063 135 MOHD ALLAMAH BIN MOHD ALI MALAYSIAN A20156154 136 MUHAMMAD FAATHIR AR RASYID BIN RAJMAN A18911905 137 MUHAMMAD SYA RANI BIN SHAHROL BAHRIN A20309332 138 MUHAMMAD IZZAT BIN MUSTAFID MALAYSIAN A 22453103 139 AHMAD FAIZAL BIN HAJI ZAINADI MALAYSIAN A 20307850 140 MUHAMAD SAFWAN BAZLI BIN SHAFEE MALAYSIAN A 20308047 141 ZAFIRAH BINTI MAHMOOD MALAYSIAN A20270474 142 FIRDAUS SYAHMI BIN MUHAMAD RADZI MALAYSIAN A18152597 143 MOHD IDRULNAFIZ BIN OTHMAN MALAYSIAN A20304529 144 MUHAMMAD ALI HASHIMI BIN SHAHRUZAMAN MALAYSIAN A22336659 145 MUHAMMAD UMAIR BIN ABDULLAH ZEN MALAYSIAN A19224588 146 NORSHAFIKAH BTE NORMI MALAYSIAN A22444946 147 LISMAWATI BINTI SUARDI MALAYSIAN A20619517 148 NUR HUSNA HAMDAN MALAYSIAN A17676397 149 SAMIHAH BINTI MOHMMAD KHAYAT MALAYSIAN A17677606 150 SITI NUR HIDAYAH BINTI OHD YUSSOF MALAYSIAN A20141597 151 SITI JAMILAH BT MAT JAIS MALAYSIA A23461761 152 AISYAH BINTI MAT ARIFF MALAYSIAN A22962241 153 RAUDHATUL HUSNAA BINTI RUSLI MALAYSIAN A20112405 154 FATIN AQILAH BINTI ABDUL KHALID MALAYSIAN A19683775 155 SITI AISYAH BINTI HJ ZUBIR MALAYSIAN A18837182 156 KHAIRUIZZAH BINTI HELMI AZHAR MALAYSIAN A23937094 157 ADAWIAH MUNIRA BINTI MUSTAPHA MALAYSIAN A18709106 158 Muhammad Zharief Afzal Bin Kasim MALAYSIAN A23088070 159 Muhammad Amin Bin Mohd Adnan MALAYSIAN A20607004 160 Muhammad Iqbal Bin Atan MALAYSIAN A20267728 161 Mohd Deenie Bin Mohd Rodzhan MALAYSIAN A20105884 162 Hafiz Abdur Rahman Bin Ahmad MALAYSIAN A23089353 163 Muhammad Muzzammil Bin Mohamad Salleh MALAYSIAN A20254585 164 Zul Haiqal Bin Rahim MALAYSIAN A20307880 165 Abdul Rahim Bin Abd Latif MALAYSIAN A19574246 166 Muhammad Sufi Bin Mohd Yusof MALAYSIAN A20307912 167 Ahmad Shazwan Bin Ahmad Hushairi MALAYSIAN A19130208 168 Muhammad Naufal Bin Abdul Halim MALAYSIAN A22466493 169 Amirul Azim Bin Mohd Rosdi MALAYSIAN A19348648 170 Mohd Hafizzul Azri Bin Azman MALAYSIAN A18845043 171 Dzorfanulhasif Rafhan Bin Abu Hassan MALAYSIAN A20011307 172 Ahmad Ghazie Bin Muhammad Sharif MALAYSIAN A20254648 173 Muhammad Huzaifah Bin Jamaluddin MALAYSIAN A18830364 174 Muhammad Faiz Mujahid Bin Mohd Safiee MALAYSIAN A19870037 175 Noor Syahidah Binti Md Shah MALAYSIAN A20267605 176 Nur Hasanah Binti Ishar MALAYSIAN A17872317 177 Noor Syafiqah Binti Mahadi MALAYSIAN A20254501 178 Nadiah Binti Nor Azman MALAYSIAN A17818900 179 Siti Mabrurah Binti Mohd Suput MALAYSIAN A20270387 180 Siti Syazwanna Binti Mohd Saharuddin MALAYSIAN A20254497 181 Siti Syarwani Binti Ghazali MALAYSIAN A17876139 182 Nor Azimah Binti Shahtir MALAYSIAN A20247448 183 Ummu Khair Binti Mohd Yunus MALAYSIAN A18982816 184 Nuraini Binti Mohamad Salim MALAYSIAN A22319600 185 Nurul Diyanah Binti Kamarudin MALAYSIAN A18997845 186 Nur Shukriyah Binti Mohamad Shukran MALAYSIAN A20307950 187 Suhana Binti Shahdan MALAYSIAN A20255000 188 Anisah Shamilah Binti Mohd Salleh MALAYSIAN A24021097 189 Adlia Arbi Binti Mat Noor MALAYSIAN A22001095 190 Siti Hajar Aishah Binti Sakdon MALAYSIAN A20270694 191 Nadzirah Binti Mohamed Mukhtar MALAYSIAN A18997591 192 Suryana Binti kamal MALAYSIAN A22453229 193 Syamin Aizza Binti Mohd Suhaimi MALAYSIAN A22466352 194 Nur Hafizah Binti Mazlan MALAYSIAN A20303104 195 Nurul Aisyah Binti Hassan MALAYSIAN A20270491 196 Nurul Saadah Binti Mohd Ramdzan MALAYSIAN A22401504 197 Noor Farhana Binti Mohammad Jalani MALAYSIAN A22466740 198 Nur Fatin Binti Halil MALAYSIAN A23935162 199 Aninatira Binti Anuar MALAYSIAN A22452819 200 Nur Shazwani Binti Mohamad Rashdi MALAYSIAN A20303671 201 Fatin Nadia Binti Masri MALAYSIAN A20270502 202 Nur Adibah Husna Binti Aladdin MALAYSIAN A20308324 203 Siti Rahmah Binti Abdul Rahman MALAYSIAN A20267631 204 Siti Hamizah Binti Maarus MALAYSIAN A20267598 205 Nurul Izzati Binti Rohani MALAYSIAN A22365480 206 Siti Nurhawa Husnah Binti Rusman MALAYSIAN A20267565 207 Amal Hanani Binti Abdul Halim MALAYSIAN A17875618 208 Siti Nurhayati Binti Abd Rahman MALAYSIAN A17875017 209 Nur Syafiqah Ayuni Binti Hamdan MALAYSIAN A20107456 210 Siti Naili Binti Mohd Subki MALAYSIAN A18983783 211 KHAIROM MAWADDAH BTE BAHAROM MALAYSIAN A24049262 212 AISHAH KAMILIAH HANI BINTI ROSLI MALAYSIAN A23967987 213 NUR SAKINAH BINTI ISMAIL MALAYSIAN A24024766 214 ABDUL MUNAIM BIN NORDIN MALAYSIAN A17617438 215 MOHAMAD KHAIRUL ANUAR BIN ARZIMI MALAYSIA A19461149 216 MOHD INSAN BIN ZAINAL ABIDIN MALAYSIA A20736475 217 NOOR AMEERA BTE RAHMAT MALAYSIA A22797108 218 NUR SHAFIKA BTE SHAHRUDDIN MALAYSIA A18838724 219 SOFIEYAH BTE MOHAMMAD ISHAK MALAYSIA A20269430 220 SARAH FARHANA BINTI AHMAD KAMIL MALAYSIA A20423773 221 MUHAMMAD SHAHIR BIN NOOR AZMAN MALAYSIA A18143700 222 RABIATUL ADAWIYAH BINTI RESUL MALAYSIA A18559151 223 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN ABDULLAH MALAYSIA A20025368 224 NUR HIDAYAH BINTI UMAR ALI MALAYSIA A19231564 225 SYARIFAH SARAH BINTI MUKHTAR MALAYSIA A23072198 226 HADI BIN OTHMAN MALAYSIA A20066947 227 ABDUR RAHMAN BIN SHAFIEE MALAYSIA A20241672 228 TASNEEM BINTI SHAFIE MALAYSIA A20027550 229 AFIQ BIN ALIAS MALAYSIA A22976299 230 MUHAMMAD SYAFIQ BIN ROSLI MALAYSIA A19131411 231 KHADIJAH BINTI ANWAR MALAYSIA A22557229 232 NUSAIBATUL HASANAH BINTI MUHAMMAD NASIB MALAYSIA A22106042 233 AHMAD HELMI BIN HASSAN MALAYSIA A20270306 234 MOHD RASYID BIN MAT TUSAIRI MALAYSIA A20149602 235 RUSFERLINA BINTI RUSLAN MALAYSIA A20425390 236 AMMAR MUSTAQIM BIN FAISAL AZNI MALAYSIA A18157294 237 NURUL AIMAN BINTI FAISAL AZNI MALAYSIA A18187999 238 IZZATI BINTI MOHD YUNUS MALAYSIA A20615843 239 MOHD ANUAR BIN JUSOH MALAYSIA A18943856 240 MOHD AKMAL BIN A RAHIM MALAYSIA A17925413 241 MUHAMMAD HANIS BIN BAHARUDIN MALAYSIA A20344355 242 ANEESA BINTI ZULKIFLEE MALAYSIA A24023510 243 MUHAMMAD QUSYAIRI BIN ALI MALAYSIA A18906246 244 MOHD ZULFADHLI BIN ZULKIFLI MALAYSIA A20922368 245 AHMAD SYAHMI TAQIUDDIN BIN SHUKOR MALAYSIAN A 20307985 246 MUHAMMAD AFIQ FADHLULLAH MALAYSIAN A 20254683 247 ABDULBARR BIN OTHMAN MALAYSIAN A 20267685 248 MUHAMMAD AMIN BIN SHAHRIL MALAYSIAN A 20267719 249 FATIMAH ZAHARAH BINTI ROSLI MALAYSIA 550226 250 SALMAN AL FARISI BIN SELAMAT MALAYSIA 550227 (EMERGENCY)
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kerajaan BN diingatkan agar tidak memperlekehkan suara dan pemikiran generasi muda kerana mereka mempunyai potensi untuk mempertahankan atau meruntuhkan sesebuah kerajaan.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, potensi generasi muda khususnya mahasiswa harus dibimbing sebaik mungkin, bukan mencipta undang-undang yang menjatuhkan martabat mereka sebagai mahasiswa.
"Bila berhadapan dengan orang muda jangan diperlekeh keupayaan mereka. Jangan membuat satu undang-undang yang pada zahirnya tidak menampakkan kezaliman terhadap mereka tapi dalam waktu yang sama kita menyaksikan bagaimana undang-undang itu memperbodohkan mereka dan mengheret pemikiran mereka ke zaman batu," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Merujuk kepada pilihan raya kampus yang berlangsung bulan lalu, Salahuddin kesal dengan pihak pentadibiran universiti yang berat sebelah dan mengenakan undang-undang yang menyusahkan mahasiswa.
"Cara pihak universiti melayani mahasiswa dalam pilihanraya kampus baru-baru ini amat menjijikkan dan kembali ke zaman kuno.
"Pihak universiti ugut mereka, susahkan mereka untuk mengisi borang pencalonan kemudian ada kejadian calon mahasiswa diugut dengan sms berunsur jenayah.
"Kenapa berlaku demikian sedangkan potensi mereka untuk menjadi pemimpin harus dididik dengan betul," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Tambahnya, sekiranya kerajaan mengakui Malaysia sebuah negara demokrasi, maka ianya harus disuburkan sejak zaman kampus lagi.
"Ada orang cakap Malaysia tidak mungkin jadi macam Mesir, tetapi jangan bunuh demokrasi orang muda hari ini.
"Jika kita mengakui negara kita mempunyai demokrasi maka suburkan demokrasi itu. Jangan buat demokrasi di kampus sebagai suatu tempat kita menahan ledakan dan potensi anak muda.
"Orang muda boleh mengubah sejarah, boleh meruntuhkan empayar dan boleh menggunakan ruang siber yang ada untuk mereka mencapai tujuan mereka," katanya.
Beliau turut mempersoal tindakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan pihak pentadbiran universiti melarang mahasiswa membuat tinjauan di pilihan raya sedangkan universiti mempunyai fakulti sains politik.
"Kalau ada fakulti sains politik di universiti kenapa tidak izinkan mereka turun ke pilihan raya. Kita sekat mereka, gantung mereka daripada pengajian, gantung biasiswa, ini cara apa?" soalnya.
Tegasnya, mahasiswa harus diberi peluang mengkaji sesuatu fakta tanpa kongkongan mana-mana pihak.
"Sebagai contoh hari ini kalau kita nyatakan dengan fakta bahawa Felda Plantation itu adalah satu yang kita anggap bertentangan dengan matlamat asal DEB iaitu untuk membasmi kemisikinan dan menyusun kembali masyarakat, kenapa tidak harus universiti dengan fakulti sains politik menghantar pelajar mereka untuk menyiasat, melihat dan mengkaji kebenaran fakta ini.
"Ini cara kita menyuburkan pandangan dalam iklim politik yang sihat kalau kita ingin jauhi politik fitnah," katanya.(hrkhdaily)
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.
"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.
Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009.
Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
(Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.)
"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.
"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).
Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.
"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.
"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.
"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.(hrkhdaily)
Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.
PKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution (kanan) menyifatkannya sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.
Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.
Yang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.
Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.(malaysiakini)
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.
"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.
Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.
Ditanya lanjut hari ini, beliau berkata cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011.
"Kita juga mendapat satu salinan perjanjian antara MP ini dengan pemilik tanah.
"Perjanjian itu dibuat Mei tahun lepas yang menuntut MP itu membayar RM1.5 juta dalam masa 60 hari, iaitu Julai tahun lepas," katanya.
Bagaimanapun tiada sebarang bayaran dibuat oleh ahli parlimen itu sehinggalah mendapat cek tersebut pada Januari 2011.
"Memang tak ada duit, MP PKR tak ada duit, Julai tak ada bayaran, dia masih dengan PKR.
"Penghujung 2010 sikap MP ini mula berubah, serangannya kepada PKR mula menggila.
"Tiba-tiba, 12 Januari 2011 dia ada duit RM700,000," katanya lagi.
Dalam perjanjian itu juga katanya, ahli parlimen tersebut menggunakan alamat kediamannya sebagai alamat syarikat.
"Kita pertahankan bahawa alasan mereka tinggalkan parti adalah kerana dibeli.
"Walaupun mereka sanggah, tetapi buat julung kalinya semalam saya menunjukkan dua keping cek itu," tegasnya sambil menunjukkan semula salinan cek tersebut.
1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untukmenanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS. 2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini. 3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil. 4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang. 5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang. 6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ]. 7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman: Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw : شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali . Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193 Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing . Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah . Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka . Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya . Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya. Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya . 8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi : Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya. Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami. Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu. 9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab : ضربني و بكى شتمني واشتكى Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu . Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga. 10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal ? : Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA. UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan. Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?
Membakar Banner Program Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor oleh pihak-pihak tertentu seperti yang anda semua dapat lihat diatas adalah sabotaj dari orang yang berhati paling mulia dalam dunia. Banner asal klik sini
Kita tidak perlu menyebut siapa tapi melihat kelakuan ini adalah merupakan perbuatan terdesak dan paling terkutuk oleh pihak-pihak tertentu. Kita jangan menuding jari kepada sesiapa tetapi anda semua boleh menilai ini kerja siapa.
Bagus juga kalian berkelakuan begini kerana ini lah wajah sebenar kalian yang dipertontonkan kepada umum dan rakyat akan menilai sendiri betapa buruknya kelakuan anda.
Apa pun sabotaj yang dilakukan program tetap diteruskan dengan jangkan ribuan rakyat Selangor tetap akan hadir pada program ini.
Semua Rakyat Selangor patut hadir termasuk orang yang membakar dan mensabotaj program ini.
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai hampir RM12juta sebagai satu penyelewengan kewangan negara.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendakwa, projek itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ianya tidak terdapat dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan bajet 2010.
"Saya anggap projek ini sebagai sulit kerana ianya tidak terdapat dalam semakan Rancangan Malaysia ke-9, dalam bajet 2010 pun tidak ada peruntukan untuk projek itu," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.
Beliau turut mempersoal berhubung undang-undang atau peruntukan yang didakwa tidak pernah ada itu.
"Memang ada satu peruntukankah yang membolehkan kerajaan menghadiahkan sebuah rumah kepada seseorang Perdana Menteri selepas beliau bersara? Setakat yang saya tahu tidak ada peruntukan itu" katanya.
Turut dipersoal motif kerajaan memberikan peruntukan tersebut kepada bekas perdana menteri itu.
"Apakah tujuan Kerajaan beri sebuah rumah kepada bekas Perdana Menteri yang sudah pun mempunyai rumah.
"Kalau rumah itu diberikan atas sebab beliau telah banyak berjasa kepada negara, saya percaya ramai lagi orang yang berjasa kepada negara," tegasnya.
Mahfuz turut mempersoal kaedah projek berkenaan dibuat iaitu secara runding terus, dalam nilai yang tinggi.
"Kenapa projek itu dibuat secara runding terus dengan harga hampir RM12 juta.Ianya diberikan kepada TRC corporation iaitu kontraktor yang membuat pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilai RM400 juta lebih," ujarnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang disembunyikan kerajaan.
"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan kewangan negara kita sekarang ini. Kewangan disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.
"Kerajaan tidak harus sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan rakyat dan wakil-wakil rakyat kerana ianya melibatkan cukai yang dibayar rakyat," tegasnya.
Sewaktu perbahasan belanjawan 2010 di Dewan Rakyat petang semalam, Mahfuz mengutarakan perkara tersebut dan meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri, Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) berkata, Kementerian tidak mengetahui mengenai kewujudan projek tersebut dan akan memberikan jawapan bertulis.
Rumah berkenan dakwa Mahfuz terletak di Lot 65 seksyen 60, Persiaran Mahameru, dekat sini.
Projek berkenaan sedang daam pembinaan dan telah siap 20 hingga ke 30 peratus.
KUALA LUMPUR 10 MAC : Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail hari ini membidas sikap bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang enggan ke mahkamah selepas di sapina untuk memberikan keterangan berhubung tuduhan yang direka terhadap Anwar Ibrahim.
Saifuddin dalam sidang media di lobi Parlimen mendakwa bekas perdana menteri itu mengemukakan alasan beliau hanya akan hadir memberi keterangan sekiranya dimaklumkan soalannya terlebih dahulu.
Beliau mengulas isu yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu di dalam biografinya bertajuk "A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan Selasa lalu yang mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
"Saya tak fikir jika kita disapina hari ini di mahkamah, kita ada keistimewaan untuk bertanya soalan apa. Kita kena hadir. Kalau tidak hadir, keesokan harinya kita akan ditangkap polis dan didakwa menghina mahkamah. Dr Mahathir takut untuk hadir ke mahkamah walaupun peguam Anwar menggunakan proses undang-undang yang sah iaitu sapina beliau untuk memberi keterangan.
Waktu itu Dr Mahathir berpeluang untuk menceritakan apa yang diceritakan dalam buku. Berani kerana benar. Kalau betul apa yang ditulis di dalam buku itu, tiada siapa yang berani balas," katanya.
Saifuddin dengan nada sinis berkata, tindakan Dr Mahathir takut untuk berhadapan mahkamah dan peguam Datuk Seri Anwar ketika perbicaraan itu berlangsung jelas menunjukkan beliau tidak mampu berhadapan Anwar secara terbuka.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR itu juga turut menyatakan Dr Mahathir diberitahu isu berkenaan oleh Tun Hanif seawal tahun 90 an.
"Kita tahu dalam proses perlantikan jawatan tinggi dalam negara kita mestilah melalui satu tapisan personality clearance. Kalau ketika itu jika benar aduan Tun Hanif kepada beliau, Anwar masuk Umno seawal tahun 1983 dan dipecat pada 1998. Isunya ialah kenapa waktu itu Anwar lulus self clearance sehingga menjadi Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri."
Saifuddin berkata, kenyataan dikeluarkan Dr Mahathir di dalam biografinya itu adalah meragukan lebih-lebih lagi maklumat tersebut disampaikan oleh Tun Hanif. Beliau turut menjelaskan, adalah tidak mustahil Perdana Menteri juga boleh ditipu.
"Tun Hanif pernah memberi keterangan kepada mahkamah bahawa tiada dalam Al-Quran yang mangatakan haram judi. Sedangkan daripada 6,666 ayat ada mengharamkan judi, Hanif kata dia tak pernah jumpa. Orang yang ada maklumat tentang Anwar ialah Hanif. Dan orang seperti Hanif itu sudah tentu kenyataannya boleh diragui.
Anwar juga dikatakan tidak menafikan tuduhan itu ketika Majlis Tertinggi. Mahathir tidak cerita, sebelum memulakan mesyuarat, Mahatihir mahukan Anwar dipecat. Mahathir mahukan anwar dipecat sebelum beliau berhak memberi penjelasan," katanya.
Ujar Saifuddin, isu yang dibangkitkan Dr Mahathir bukanlah perkara baru, sebaliknya hanyalah isu lama yang tidak mampu dibangkitkan di Parlimen sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri ketika itu.
KOTA BHARU, 10 Mac: Kerajaan Kelantan membelanjakan sejumlah RM2 juta bagi menampung 939 orang pelajar di negeri ini yang akan meneruskan pengajian mereka di Mesir.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata seramai 70 orang kumpulan pertama akan bertolak bagi meneruskan pengajian mereka bermula 13 Mac ini.
"Ini kerana 60 orang daripada mereka akan menghadapi peperiksaan pada 15 Mac," ujarnya.
Menurut Fatah lagi, kumpulan kedua, ketiga dan seterusnya masing-masing 100 orang akan bertolak pada 15, 16 dan 17 Mac.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Jelasnya lagi, sebelum ini seramai 1,006 orang telah didaftarkan dengan kerajaan negeri namun hanya 939 orang sahaja yang tinggal memandangkan sebahagiannya ada yang pergi sendiri termasuk mendapat sumbangan JPA dan lain-lain.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pelajar dapat mengikuti pengajian mereka dengan baik dan tenang, terutama yang bakal menghadapi peperiksaan yang terdekat ini.
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Mekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputera yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, baru-baru ini, tidak perlu dibimbangi pelbagai pihak kerana ia tidak akan menggadai kepentingan masyarakat Bumiputera.
Menurut peraturan baru itu, pelepasan secara automatik untuk kuota Bumiputera boleh diberikan apabila kemajuan projek di tapak sampai ke tahap 50 peratus, 75 peratus dan 100 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar) menjelaskan, walaupun automatik, pemaju perlu membuat permohonan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
Menurut beliau, LPHS perlu memberi jawapan dalam masa 7 hari bekerja bagi setiap permohonan. Sekiranya pemaju tidak mendapat jawapan dalam masa yang ditetapkan, mereka akan mendapat pelepasan otomatik bagi peratus yang dibenarkan.
Katanya, pelepasan untuk tahap 50 peratus adalah 20 peratus dari jumlah baki kuota, untuk tahap 75 peratus adalah 30 peratus dari jumlah baki kuota dan untuk tahap 100 peratus adalah 30 peratus dari jumlah baki kuota.
"Jika pemaju masih tidak boleh menjual kuota Bumiputera 6 bulan selepas mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan, mereka boleh memohon untuk pelepasan bagi kesemua kuota Bumiputera mereka dari satu jawatankuasa khas," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Jawatankuasa tersebut, menurut beliau, dipengerusikan sendiri oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan yang akan membuat keputusan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan itu.
"Oleh itu, pemaju tidak boleh menjual kuota Bumiputera sesuka hati mereka kerana masih perlu merujuk kepada Kerajaan Negeri. Pelepasan hanyalah otomatik sekiranya Kerajaan Negeri gagal memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan," jelasnya yang juga Adun Cempaka.
Di dalam menyiapkan mekanisme pelepasan itu, Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri telah beberapa kali bertemu dengan wakil-wakil pemaju (REHDA).
Katanya, ada pihak yang bertanya kenapa Kerajaan Negeri hanya mengadakan rundingan dengan REHDA kerana mekanisme itu bukan hanya memberi kesan kepada para pemaju sahaja, tetapi juga kepada masyarakat Bumiputera?
Mereka mempersoalkan kenapa Kerajaan Negeri tidak mengadakan rundingan khusus dengan mereka yang terlibat dalam memperjuangkan nasib masyarakat Bumiputera seperti NGO-NGO, para profesional, ahli-ahli akademik dan individu-individu tersohor.
"Pada hakikatnya, Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan engagement dengan mereka. Pandangan mereka tidak sama sekali disisihkan. Mekanisme baru ini mengambil kira pandangan semua pihak," jelas beliau.
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mahu Kementerian Pelajaran serius dalam memastikan masa depan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) lebih terjamin.
Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, meskipun guru-guru sandaran ini tidak menerima latihan secara formal dalam bidang pendidikan, namun mereka mempunyai pengalaman yang berguna untuk menjadi guru tetap.
"GSTT ini walaupun mereka tidak terlatih tetapi mempunyai pengalaman. Adakah kementerian bersedia memberikan keutamaan kepada GSTT memohon untuk memasuki maktab perguruan dan mempunyai diploma dalam bidang tersebut dan ada di antara mereka memang berminat menjadi guru," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelajaran menyatakan pendirian kerajaan terhadap nasib guru-guru sandaran di negara ini serta jumlahnya.
Beliau juga ingin tahu jaminan kerajaan terhadap masa depan mereka.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang meneliti dan memuktamadkan kedudukan GSTT dalam tempoh terdekat agar pengalaman dan keupayaan guru-guru ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menjadi guru terlatih.
KUALA LUMPUR, 10 Mac: PKR menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat kewangan ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa mampu membayar segala hutangnya secara tiba-tiba.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang merujuk kepada Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR Januari lalu mempersoal keupayaan kewangannya selepas keluar parti, sedangkan beliau sebelum ini diketahui mempunyai masalah kewangan.
Menurut Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang, Gobalakrishnan secara tiba-tiba dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah di antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd beralamat 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort, Kedah dengan Kumpulan Pertanian KElantan Bhd bernilai RM1,401,250,00.
Katanya, bayaran cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011 jelas menunjukkan kemampuan kewangan Gobalakrishnan yang secara berterusan menyerang PKR.
"PKR menggesa Lembaga hasil Dalam Negeri memulakan tugas 'bertanya khabar' keupayaan kewangan beliau yang membolehkan bayaran berjuta ringgit dibuat terhadap urusniaga ini. Dari mana sumbernya? Siapa yang 'bermurah hati' menolong? Urusniaga apa yang dilakukan beliau yang memungkinkan wang sebanyak ini diperoleh?
"Januari dan Mac 2011 adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah ahli Parlimen Padang Serai terhadap PKR. Ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1,401,250 untuk bayaran tanah ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Gobalakrishnan pernah menjual rumahnya sendiri, kedai kek isterinya terpaksa ditutup dan kesukaran menjelaskan pelbagai bil-bil lain.
Beliau tabah dan sabar menghadapi situasi itu sehingga memenangi kerusi Padang Serai dengan tiket PKR.
Namun dakwa Saifuddin, Gobalakrishnan mula berubah apabila tiga tahun bersama PKR akibat masalah kewangan dan beliau mua tidak berpuas hati akibat tidak dilantik menduduki jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri yang difikirkan menjanjikan pulangan lumayan.
PKR tegasnya mengulangi pendirian bahawa pengkhianatan keluar parti sejumlah ahli-ahli Parlimen PKR didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh mereka jika kekal dalam PKR.
"Kerana dorongan inilah ramai tewas. Ralatnya mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan khianat mereka.
"Persoalannya ialah jika ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapa agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga pengkhianatan ini?
"Dan kalau 'nilai' ahli Parlimen Padang Serai sejumlah tersebut, berapa pula habuan yang diterima oleh ahli-ahli parlimen Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu, Bayan Baru dan Nibong Tebal, 'rakyat hakim terbaik'," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam terkejut dengan kemampuan Gobalakrishnan membayar hutangnya dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.
"Saya terkejut dengan kemampuan Gobala. Saya yakin semua yang keluar parti itu dibeli dan seharusnya SPRM menyiasat bagaimana mereka ini boleh menjadi senang secara tiba-tiba," katanya.
Januari lalu, pemimpin Afghanistan Presiden Hamid Karzai melawat Moskow, menjadi presiden kedua melawat Rusia dalam lawatan negara sejak lawatan pemimpin pro-Soviet, Mohammad Najibullah dua dekad lalu.
Lawatan itu diadakan pada masa Rusia kembali ke Afghanistan, menegaskan kembali pengaruhnya melalui bantuan ketenteraan dan pelaburan untuk pembangunan besar, termasuk empangan dan infrastruktur pengangkutan.
Rusia, melalui Gazprom, turut menunjukkan minat untuk terlibat dalam projek saluran gas merentasi Afghanistan, membekalkan gas Asia Tengah ke India.
Pelaburan dari Rusia disertai dengan bantuan material dan latihan untuk tentera Afghan berupaya meningkatkan lagi hubungan baik Kabul-Moskow, menambahkan lagi kompleksiti hubungan Rusia dengan AS.
Rusia akhirnya berjaya mendapatkan Barat diketuai Amerika Syarikat menerima peranan lebih besarnya di Afghanistan, walaupun pakatan Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif, CSTO, masih tidak diiktiraf untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato, seperti diharapkan oleh Moskow.
Walaupun dilihat gagal menjadi pengaman ketika Kyrgyzstan menghadapi kebangkitan rakyat dan kemudian keganasan antara etnik tahun lalu, CSTO menjadi harapan sebagai pertubuhan multilateral untuk kerjasama negara-negara Asia Tengah di bawah pimpinan Rusia.
Moskow masih berusaha menjadikan CSTO organisasi yang lebih kohesif dan faktor utama dalam isu keselamatan bersama di Asia Tengah, dengan tumpuan pada masa ini difokuskan pada masalah dadah.
CSTO diusahakan lebih sebagai badan keselamatan kolektif dengan penekanan pada dimensi ketenteraan berbanding Pertubuhan Kerjasama Shanghai, SCO yang turut dianggotai Rusia tetapi lebih dikuasai oleh China yang lebih berhati-hati.
Satu permulaan kerjasama Rusia-AS berlaku pada Oktober tahun lalu apabila kerjasama agensi antinarkotik Rusia bekerjasama dengan Nato dalam satu serbuan menyasarkan makmal dadah di Ahghanistan, menghasil rampasan candu bernilai sekitar AS$200,000 menurut pihak Rusia.
Kerjasama itu walau bagaimanapun ialah yang paling jauh melibatkan kerjasama Nato dengan Rusia dalam hal dadah. Rusia menuntut kerjasama Nato dengan CSTO untuk memerangi produksi dadah Afghanistan, agenda tertinggi melibatkan CSTO di Afghanistan pada masa ini.
Rusia menyalahkan Nato yang didakwa tidak melakukan secukupnya untuk memerangi penghasilan dan penyeludupan dadah di Afghanistan, yang pasaran utamanya ialah Rusia.
Hal ini juga menerangkan kepentingan CSTO kepada Rusia, memandangkan negara sekitar terutama Tajikistan ialah laluan dadah dari Afghanistan ke Rusia.
Februari lalu, CSTO menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyenaraikan produksi dadah di Afghanistan sebagai satu ancaman global.
CSTO dianggotai Russia, Belarus, Armenia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan.
Rusia juga bulan lalu mengumumkan rancangan pemodenan ketenteraan menjelang tahun 2020 bernilai AS$650 bilion, melibatkan lapan kapal selam nuklear baharu, 600 jet dan 1,000 helikopter.
Rancangan ini memperlihatkan kesinambungan rancangan pembangunan diumumkan sejak lebih setahun lalu dengan lebih jelas lagi.
Selepas berita pembelian kapal perang dari Perancis yang mencetuskan kebimbangan Georgia, berita ini menjadi berita terbesar memperlihatkan usaha pembangunan ketenteraan Rusia pada masa ini.
Satu isu terkini yang dapat dikaitkan dengan ketenteraan Rusia pada masa ini ialah peningkatan aktiviti ketenteraan di Asia Timur dan Pasifik.
Rusia juga kini terlibat dalam pertikaian yang semakin sengit dengan Jepun melibatkan Kepulauan Kuril (dikenali sebagai Wilayah Utara oleh Jepun) sejak akhir tahun lalu, yang merupakan satu bahagian penting dalam pelan pengukuhan kuasa ketenteraan Rusia di Pasifik.
Awal bulan ini, Rusia menegaskan akan meningkatkan kemampuan ketenteraannya di kepulauan tersebut, termasuk menempatkan peluru berpandu dan helikopter penyerang.
Peningkatan intensiti pertikaian kepulauan itu selari dengan peningkatan kawasan Asia Timur dan Lautan Pasifik sebagai salah satu lokasi kritikal pada masa ini, dengan peningkatan kuasa China dan respons terhadap peningkatan itu.
Sebagai satu lagi kuasa yang menyempadani Pasifik, Rusia kini kelihatan menyedari kepentingan yang meningkat di kawasan itu, dan mengambil langkah memelihara kepentingannya.
BUKAN mahu angkat bangkul sendiri apabila banyak pihak memuji langkah kerajaan Kelantan melaksana skim al-It'aam. Malah ramai masih kekok untuk menyebutnya.
Diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud makanan ruji (asas). Biar pun pelaksanaannya sudah lama di negara-negara maju, namun di tempat kita masih lagi baru.
Kerajaan pusat pernah menguar-uarkan program Subsidi Beras Untuk Rakyat Miskin (Subur) pada akhir 2009. Ketika itu kerajaan bercadang mengagih 6,000 metrik tan beras sebulan kepada penduduk berpendapatan kurang RM1,740.
Ada menteri memberi komitmen pembahagian beras super special tempatan akan dilaksanakan melalui pembahagian kupon bermula 1 Disember 2009.
Namun pertelingkahan dikatakan berlaku di kalangan pemimpin di pusat mengenai senarai penduduk yang layak mendapat bantuan tersebut.
Ada yang berhujah senarai E-Kasih tidak telus dan kurang lengkap. Namun, malangnya program Subur tidak lagi kedengaran sekarang. Entah hidup atau berkubur begitu sahaja.
Sebaliknya lain pula di Kelantan, biar pun Subur tidak menjadi, namun program serupa dimulakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu pada pertengahan tahun lalu.
Ia dikendalikan Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Dun Wakaf Bharu (Taksir).
Seramai 225 penduduk miskin di Dun Wakaf Bharu mendapat sebanyak 10 kg beras percuma setiap seorang pada tiap-tiap bulan.
Maka mengambil kira kejayaan tersebut kerajaan negeri pada persidangan belanjawan tahun lepas meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi mengendali skim bantuan beras percuma.
Ketika ucapan Belanjawan 2011 pada 2 November 2010, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut makanan adalah keperluan asasi manusia.
"Bagi keluarga miskin dan fakir dengan bilangan anggota keluarga yang besar, memenuhi keperluan pemakanan menjadi satu beban dan masalah bagi mereka.
"Islam menetapkan keperluan manusia yang paling asasi wajib dipandang berat oleh semua pihak, bermula dari anggota keluarga terdekat dan jiran tetangga.
"Nabi Muhammad saw bersabda, bahawa tidak dianggap beriman seseorang yang tidur malam sedangkan jiran mereka yang miskin berada dalam kelaparan.
"Bagi memenuhi kewajiban asasi ini kerajaan negeri memulakan contoh baik yang diharap dapat dikongsi bersama anggota masyarakat," katanya.
Sebanyak RM1.5 juta diluluskan bagi melaksanakan program berkenaan.
Pada 6 Febuari lalu program al-It'aam dilancar Menteri Besar bertempat di Dataran Pasir Pekan, Tumpat.
Pada majlis itu penduduk miskin tanpa mengira keturunan dan agama serta ideologi politik menerima beras disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Ada penduduk keturunan Cina, Siam, India dan Melayu menerima bantuan beras tersebut sebanyak 10 kg bagi setiap keluarga.
Dan selepas pelancaran terbabit, majlis penyampaian bantuan beras kemudiannya diadakan di seluruh Kelantan.
Biar pun sekampit beras seberat 10kg tidak dapat menampung bilangan anggota keluarga ramai, namun sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kewangan mereka.
Hari ini seramai 4,500 penduduk miskin mampu menarik nafas lega. Bebanan mereka sebelum ini sedikit sebanyak sudah terurai.
Seorang penduduk dari Kampung Simpangan, Tumpat sebelum ini memberitahu beliau tanpa rasa segan datang ke rumah wakil rakyat bagi meminta ihsan sekampit beras.
"Saya terpaksa ketepi rasa malu dan segan, kalau tidak anak-anak di rumah tidak dapat mengisi perut," katanya.
Setelah sebulan berlalu, program al-It'aam tersebar ke seluruh Kelantan. Ramai mengalu-alukan program berkenaan kerana memberi manfaat kepada rakyat miskin.
Malah pada persidangan Dewan Undangan Negeri 2 Mac lalu, wakil pembangkang dari Galas, Abdul Aziz Yusof turut memuji langkah dibuat kerajaan negeri.
"Syabas kepada kerajaan negeri kerana berjaya melaksanakan program berkenaan," katanya ketika berucap menyokong ucapan menjunjung kasih.
Biar pun program itu baru diperkenalkan, Adun Kadok Azami Mohd Nor mencadangkan kuantiti beras yang diberi ditambah kepada dua kampit.
Kata beliau bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak ramai, sekampit hanya mampu bertahan dua minggu sahaja. Ujar beliau untuk dua minggu lagi keluarga berkenaan terpaksa membeli sekampit lagi.
"Apa salahnya kalau kerajaan negeri menambahkan bantuan kepada dua kampit pada masa akan datang. Tambahlah peruntukan kepada RM3 juta," ujarnya pada persidangan Dun.
Merungkai persoalan itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Asas Tani, Che Abdullah Mat Nawi menjelaskan kerajaan negeri menerima baik segala cadangan dibuat bagi memperkasakan lagi program berkenaan.
Persidangan Dewan juga turut menyentuh isu tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan rakyat Kelantan.
Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sekiranya Kelantan mendapat royalti tersebut, pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Kelantan boleh buat sendiri pembangunan di negeri ini, namun malangnya ada pihak yang melanggar perjanjian dibuat pada 1975," katanya.
Malah pada persidangan Dun pada Mac tahun lepas Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad turut menyokong usul membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah.
Pada akhir Ogos 2010 kerajaan negeri memfailkan saman terhadap Petronas di atas dakwaan tidak membuat pembayaran tunai terhadap hasil minyak diperolehi di luar pesisir pantai Kelantan.
Tindakan Petronas itu dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kes terbabit difailkan di Bahagian Pendaftaran Dagang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta. Ia dilakukan sendiri Menteri Besar.
Malah bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah mahu kerajaan pusat menghormati hak Kelantan ke atas 5 peratus royalti minyak.
"Wang ihsan tiada dalam perjanjian yang saya buat dahulu, saya yang buat Akta Petroleum Negara 1974, tidak terlintas langsung hendak sebut wang ihsan," katanya seperti dilapor sebuah akhbar pada 1 Disember 2009.
Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyebut pembayaran tunai perlu dibuat oleh Petronas bagi hasil yang diperolehi kepada kerajaan persekutuan dan negeri.
Dan pada perjanjian yang ditandatangani pada 1975 di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Petronas menyebut perkataan off-shore (persisiran pantai) dan on-shore (daratan).
Merujuk afidavit Tun Abdul Rahman Yakub dalam kes kerajaan Terengganu melawan Petronas dan kerajaan Malaysia pada 2001 beliau menyebut, "Sepanjang perundingan saya dengan Tun Abdul Razak tidak pernah timbul soal kefahaman bahawa sekiranya minyak yang ditemui terletak lebih daripada 100 batu, ia bukan milik Sarawak. Yang pasti minyak yang ditemui di luar persisiran Sarawak adalah hak Sarawak. Tun Abdul Razak tidak pernah mempertikai sama sekali."
Kata bekas ketua menteri Sarawak itu lagi, wang ihsan adalah rekaan baharu.
SEREMBAN 10 MAC : Seorang pembantu hakim dari Mahkamah Tinggi Seremban bersama rakannya, kakitangan Jabatan Penjara Seremban dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM2,000 untuk menghilangkan fail kes mahkamah.
Pembantu hakim itu, Mohd Tarmidzi Zulkapli, 27, dan Adi Lala Rahim Mansah,26, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Ar Robah, Taman Desa Anggerik,Senawang pada 19 Sept 2008 dengan menerima suapan daripada Mohd Azam Azhari Juhari.
Tertuduh telah diminta untuk menghilangkan fail mahkamah yang mengandungi kes rogol melibatkan Azam.
Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan pada 7 April depan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) dan dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak melebihi lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000.
Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Agak terserlah perasaan seronok para pemimpin Umno setiap kali melihat PAS diasak pihak lain. Meski pun isu dipertikaikan itu melibatkan hukum agama yang sepatutnya ikut dipertahankannya, parti sekular-nasionalis itu bagaikan tidak peduli, asalkan saja yang menjadi mangsa ialah PAS.
Reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap serangan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ke atas PAS berhubung isu loteri di Kelantan boleh dijadikan contoh terbaru.
Timbalan Presiden Umno itu bukan sahaja tidak mengambil kesempatan menerangkan kepada rakannya yang bukan Islam mengenai hakikat sebenar hukum agama, sebaliknya secara tidak bertanggungjawab menggambarkan bahawa apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan sebagai salah dan tidak bersesuaian dengan masyarakat negara ini.
Media cetak pada Rabu memetik Muhyiddin sebagai menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar bagaimana PAS melayan masyarakat bukan Islam.
"Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai bagaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Pendirian kerajaan Persekutuan tidak perlu kita jelaskan lagi," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Soi Lek sehari sebelumnya yang membayangkan kemungkinan mengheret PAS ke mahkamah di atas tindakan parti itu mengharamkan judi di Kelantan.
"Jika PAS haramkan judi sepenuhnya, ia seperti mempraktikkan agama Islam ke atas penganut bukan Islam. Kami tidak menolak kemungkinan perkara yang sama akan berlaku ke atas negeri lain jika PAS mengambil alih pemerintahan di negara ini," media pada Selasa, 8 Mac memetik kata Soi Lek.
Pemimpin yang popular dengan skandal seks itu berhujah, rakyat ada kebebasan memilih cara hidup masing-masing kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, katanya, PAS tidak ada hak campur tangan dalam kehidupan bukan Islam.
Beliau dipercayai merujuk langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua kedai buku yang menjual loteri secara gelap, minggu lalu.
Ekoran itu, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker yang juga seorang peguam mendakwa tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menyalahi undang-undang. Menurutnya loteri yang dijual di premis terbabit adalah loteri kebajikan yang mendapat kelulusan Kementerian Kewangan mengikut Akta Loteri 1952.
Fakta itu memberi modal baru untuk Soi Lek sekali lagi mengasak PAS. Keceluparannya pula secara tidak langsung memberikan kepuasan politik kepada para pemimpin Umno.
Pemimpin parti Melayu itu seronok membiarkan PAS diasak MCA, seronok juga melihat MCA membukitkan kebencian terhadap PAS di kalangan bukan Islam, walau pun Umno tahu tindakan parti rakannya itu dibauri sentimen perkauman dan keagamaan.
Sepatutnya Umno tampil menenangkan rakannya, bukan menambahkan kemarahan dalam kejahilan mereka terhadap Islam. Malangnya, Umno selesa menampilkan wajah sebenarnya apabila mengakui bahawa kerajaan Pusat pimpinannya tidak ada masalah untuk terus membenarkan kaum bukan Islam berjudi.
"Dari segi undang-undang, tindakan mereka (orang Cina) membeli loteri tidak salah. Jadi isu pengharaman ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat bukan Islam," kata Muhyiddin.
Menilai kenyataan beliau yang secara terbuka menyokong desakan MCA menjelaskan bahawa Umno bukan sahaja tidak berhasrat menghapuskan judi, malah tidak bersedia memberikan laluan mudah kepada PAS merealisasikan hukum Islam itu.
Kenyataan Muhyiddin itu malah secara tidak langsung mengakui fakta bahawa kerajaan Pusat pimpinannya memang meluluskan lesen judi, termasuk loteri, sepertimana didedahkan Lian Ker itu.
Ituah punca sebenar mengapa judi sukar dihapuskan, termasuk di Kelantan. Pendirian sama tidak dikongsi kerajaan Pusat didokongi Umno. Kerajaan negeri hanya berhak membatalkan lesen premis. Bidang kuasa kerajaan tempatan hanya setakat itu.
Adapun lesen operasi judi tertakluk di bawah kelulusan Kementerian Kewangan. Sepertimana didedahkan MCA, percanggahan utama di Kelantan ialah apabila loteri diberi kelulusan lesen oleh kerajaan Pusat menerusi Akta Loteri 1952.
Walau pun Umno mungkin seronok di atas asakan dihadapi PAS, pendiriannya itu sebenarnya menyerlahkan lagi sikap hipokrit parti itu, terutama terhadap agama. Terbukti semata-mata demi mengekalkan sokongan bukan Islam, khususnya MCA, Umno tergamak menggadai hukum agama.
Lebih teruk lagi, parti tua kutuk itu tergamak membubuh karak di punggung MCA, atau mencurah minyak ke dalam api, agar bukan Islam bertambah marah kepada PAS, walau pun yang turut dipersenda mereka ialah hukum agama.
Keadaan serupa pernah berlaku di Kelantan sebelum ini, bilamana kerajaan PAS mengemukakan peraturan baru dalam penyusunan semula penggunaan arak. Kerajaan negeri mengurangkan jumlah premis dilesenkan untuk jualan dan peminuman arak.
Umno tidak membantu menjernihkan keadaan apabila MCA menjuarai usaha membantah peraturan itu. Umno tidak merasionalkannya secara positif, sebaliknya menjadi tukang kipas supaya Cina semakin marah dan membenci kerajaan negeri diterajui PAS.
Para pemimpin Umno Kelantan tersengih hingga ke pipi melihatkan gelagat pemimpin MCA di Kota Bharu yang "menggelegak" ketika itu. Parti itu menganjurkan pesta minum arak di bandar itu dan diuar-uarkan secara terbuka sebagai satu tindakan yang sengaja mencabar memperlekeh kerajaan negeri.
Keadaan hanya kembali reda selepas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan "persetujuannya".
"Nak minum sangat minum lah, minum sampai pecah perut!", katanya, merujuk kepada tindakan MCA itu.
Alhamdulillah, kenyataan dalam nada kecewa dibauri perasaan tersinggung itu tidak sukar difahami pemimpin MCA. Mereka anggap itu satu doa dari seorang ulama dan dikatakan ungkapan itu menimbulkan rasa kecut perut di kalangan pemimpin MCA.
Mereka takut jika "masin mulut" Tok Guru, bencana itu benar-benar menimpa mereka. Akibatnya kedegilan dan keegoan segelintir mereka terpadam dan pesta minum arak itu tidak dilangsungkan sepertimana dicanangkan.
Namun apakah episod itu memberi kesan menginsafkan buat pemimpin Umno? Maaf cakap, parti itu setakat ini tidak berubah. Ia kekal dengan pendirian seolah-olah kerja mendaulatkan Islam hanya tugas dan tanggungjawab PAS.
Justeru, apa pun yang dipertikaikan rakan-rakan komponen Barisan Nasional berhubung ajaran agama Islam, Umno tidak merasa tanggungjawabnya memperbetulkan salah faham yang wujud.
Kenyataan terbaru Datuk Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang sebelum ini telah puluhan tahun hidup sebumbung dengan Umno menjelaskan perangai buruk Umno itu. Bekas menteri Kabinet itu mengakui selama ini gagal diberikan fahaman betul mengenai Islam dan PAS.
"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya.
Bagaimana pun kata Jui Meng, setelah bergaul dengan PAS dan menilai pendekatan yang dibawa parti itu, beliau mendapati Islam itu agama yang sederhana.
Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim, yang menakutkan kami. PAS yang saya dampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.
"Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.
Jui Meng turut mengakui Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama ekstrim seperti digambarkan selama ini, sebaliknya agama itu mengutamakan kebajikan semua kaum, termasuk orang-orang bukan Islam.
Terbukti pendirian bertentangan terhadap Islam antara dua "Chua" tadi memberitahu kita sesuatu, iaitu PAS serius dan ikhlas memperjelaskan Islam kepada masyarakat, sebaliknya Umno hanya selesa menjadi batu api menyemarakkan kebencian bukan Islam terhadap agama suci ini.
KUALA LUMPUR 10 MAC : Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, beliau akan bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatannya dari Green Party Australia untuk mengenakan tekanan ke atas kerajaan agar melihat secara mendalam kesan alam sekitar dan kesihatan akibat projek industri pemprosesan tanah jarang bernilai AS$230 juta itu dan mahu jaminan perlindungan sebelum Lynas Corp memulakan operasinya.
Kawasan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar Amerika Syarikat The New York Times.
Beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu melahirkan kebimbangan berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi lapor The Malaysian Insider.
Ia percubaan kedua Malaysia dalam membangunkan industri pemprosesan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak sekitar 1980-an.
Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.
Menurut beliau, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.
Kerajaan Malaysia telah menawarkn pusat Lynas itu taraf perintis selama 12 tahun.
"Ahli-ahli Parlimen Green Party di Australia akan mengenakan tekanan ke atas kerajaan Australia agar tidak membuang sisa-sisa mereka di Malaysia," kata Fuziah.
Pada masa yang sama, Fuziah berkata beliau sedang melobi pentadbiran Najib supaya mewajibkan Lynas membawa balik sisa-sisa pembuangan ke Australia.
Katanya, salah satu kebimbangan ialah pelan pengurusan sisa-sisa pembuangan Lynas.
Terengganu yang merupakan pilihan pertama Lynas telah menolak cadangan syarikat Australia itu pada 2007 ekoran tekanan daripada pencinta alam sekitar, kata Naib Presiden PKR ini lagi.
"Saya bercadang untuk bercakap (di Parlimen) Isnin ini. Saya satu-satunya Ahli Parlimen membawa isu ini ke Parlimen... ia perjuangan seorang diri," kata beliau sambil mengakui tidak menerima banyak sokongan termasuk daripada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu beliau juga menentang loji Lynas selepas membaca laporan The New York Times semalam, mengembalikan isu bencana alam radioaktif di negeri kelahirannya.
"Kita tidak harus membawa ke negara ini perkara-perkara yang telah ditolak oleh pihak lain," kata Ahli Parlimen Beruas.
Ngeh berkata beliau faham yang dunia memerlukan tanah jarang dan jikapun ia mahu didirikan di Kuantan ia seharusnya berjauhan daripada kawasan kediaman manakala bahan-bahan buangan seharusnya diuruskan dengan sebaik yang mungkin.
Menurut Fuziah, insiden-insiden bahan-bahan toksid memasuki bahagain bawah tanah dan mencemari sumber-sumber air sudah pun dilaporkan.Katanya, persekitaran itu sudah pun memberi kesan ke atas Sungai Balok, yang melalui kawasan perindustrian di utara Kuantan dan mengalir ke Laut China Selatan.
"Tiada prosedur yang jelas bagaimana mereka hendak membawa keluar produk radioaktif," kata Fuziah.
"Juga tiada laporan EIA," katanya lagi. Kuantan juga merupakan pangkalan hasil perikanan di negara ini.
Menurut Fuziah, kedua-dua kerajaan pusat dan negeri telah memandang mudah risiko radioaktif apabila loji ini beroperasi.
"Beliau berkata ia seakan penggunaan buih melawan api (penggunaan pemadam api)," kata Fuziah yang merujuk kepada perbualannya dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai risiko 'lathanide', nama saintifik kepada tanah jarang.
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari BN dalam kawasan Parlimen Kuantan juga menyokong pandangan Adnan.
"Malah batu granit mempunyai lebih radiasi berbanding 'lanthanide'.
Malah lebih tinggi," kata Adun Semambu Pang Tsu Ming.
Wakil rakyat dari MCA itu merupakan salah seorang daripada dua Adun dari Pahang dijemput untuk melawat kawasan perlombongan Lynas di sebelah barat Australia, kira-kira 800 kilometer dari Perth, dua tahun lalu.Rakannya, Chang Hong Seong berkata pada awalnya beliau juga risau mengenai sisa-sisa pembuangan daripada proses itu.
ANIS tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang baju anak sulungnya itu di Kepala Batas, kelmarin.Ibu muda sedih terima SMS diceraikan
KEPALA BATAS: Malang bertimpa buat seorang ibu muda apabila dia bukan hanya kempunan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak sulungnya yang dilahirkannya pada 25 Februari lalu, malah diceraikan suaminya dipercayai melarikan bayinya itu.
Anis Iyazirah Yaakub, 21, mendakwa anaknya, Nurin Syifa Irdina yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dilarikan suaminya dari rumah ibunya di Kampung Permatang Tinggi B, di sini, 2 Mac lalu, kira-kira jam 9.30 pagi.
Beliau mendakwa suaminya berusia 26 tahun itu memberi alasan mahu membawa Nurin untuk berubat penyakit kuning bersama ibunya yang tinggal di Sik, Kedah, tetapi membawanya pulang semula ke rumahnya.
"Saya kemudian menghubungi keluarga mentua di Sik untuk bertanyakan sama ada Nurin berada di sana, saya terkejut apabila diberitahu bahawa anak saya berada di sana. Saya pun membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas kerana mengesyaki Nurin dilarikan.
"Hati saya tidak tenteram memikirkan nasib Nurin sepanjang masa itu dan saya nekad memandu kereta seorang diri ke Sik dalam tempoh masih berpantang pada malam itu juga semata-mata mahu melihat keadaannya.
"Di rumah mentua, saya ditegur ketika cuba memegang Nurin dengan alasan tidak mahu mengganggunya tidur. Saya hanya dapat mencium pipi dan dahi bayi saya sebelum pulang semula ke rumah ibu saya sendirian walaupun ketika itu suami saya berada di rumah ibunya," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, kelmarin.
Anis Iyazirah berkata, dia amat tertekan kerana bimbangkan keadaan Nurin yang masih menyusu badan serta menghidap penyakit kuning dan menganggap tindakan memisahkan mereka seperti mahu menganiayai anak kecil itu.
Nasibnya bertambah malang apabila pada 6 Mac lalu, dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya yang menceraikannya dan tidak mahu ibu muda itu mengganggunya lagi serta memintanya menunggu keputusan mahkamah.
"Saya yang berniaga makanan dengannya sebelum ini merasa buntu dengan tindakannya yang berubah sikapnya secara tiba-tiba, saya menghubunginya selepas itu dan dia beritahu bahawa dia kini dalam perjalanan ke Selangor untuk memulakan hidup baru.
"Saya tertekan dengan tindakannya itu, tambahan pula saya diberitahu bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai isteri lain," katanya yang berkahwin dengan suaminya pada Julai tahun lalu.
PARIT BUNTAR, 10 Mac : Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan kenyataan Menteri Penerangan Dan Komunikasi sebagai memalukan diri sendiri, demikian respon beliau terhadap kenyataan Rais Yatim yang mangatakan kenyataan Nik Aziz tidak realistik dengan menyatakan media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau pada Ahad lepas.
"Beliaulah (Rais Yatim) perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian, jika benar Malaysia adil dalam pengamalan kebebasan media, beri laluan kepada wakil parti Pakatan Rakyat membuat liputan media sepertimana BN diberi liputan meluas oleh media RTM dan lain-lain stesen tv." Katanya
Tambahnya, BN takut hilang kuasa serta jawatan, maka dengan alasan gila kuasa ini, rakyat yang menjadi mangsa.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Rais sebetulnya yang perkudakan RTM dan lain-lain serta media cetak untuk memastikan BN terus menang.
"Dakwaan Menteri Besar Kelantan benar dan berasas, kita ada bukti, jika tidak mengapa indeks kebebasan media negara kita sama dengan Zambia?" soalnya.
"Jika rakyat membuat keputusan di kertas undi berdasar maklumat yang menyeluruh, BN pasti sudah lama tersungkur," jelasnya.
"Saya ulangi sekali lagi, indeks kebebasan media telah meletakkan Malaysia berada dalam tahap not free, lalu isu ini telah terjawab dengan sendirinya," katanya lagi.
"Beri kebebasan media yang mutlak adalah punca kehancuran BN, dan sekat kekebasan adalah survival BN di Malaysia, maka dengan fakta ini rakyat diharap boleh berfikir secara bijak," ujarnya.
Dalam pada itu YB Khalil Idham yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan, Pakatan boleh buktikan, di Lembah Klang, rakyat telah menolak BN kerana maklumat melalui media baru facebook twitter dan blog membangun dengan pesat dan sampai kepada rakyat.
"Selangor BN tewas, di wilayah persekutuan kuala lumpur pun BN tewas teruk," jelasnya lagi.
Di Selangor Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri, begitu juga di Wilayah Persekutuan yang mana Pakatan Rakyat menguasai kerusi-kerusi parlimen, iaitu Parti Tindakan Demokratik (5 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (4 kerusi), dan Parti Islam Se-Malaysia (1 kerusi); cuma tinggal satu kerusi Dewan Rakyat yang diduduki oleh BN iaitu Zulhasnan Rafique yang mewakili Setiawangsa.
"Oleh sebab itu, BN akan cuba apa cara sekali pun untuk bertahan termasuklah menyebarkan fitnah, bohong rakyat, perudi rakyat serta perkuda jentera kerajaan untuk kepertingan survival parti BN," jelasnya.
"jika dibiarkan BN berkuasa , lama-lama rakyat semakin susah, yang senang lenang siapa? Sudah pasti pemimpin BN dan kroninya, " katanya.
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.
"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.
Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009.
Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
(Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau.
Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.)
"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.
"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).
Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.
"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.
"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.
"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.
SHAH ALAM 10 MAC: Cubaan menteri untuk menutup jumlah sebenar perbelanjaan lawatan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ke tiga buah negara di parlimen mendapat cemuhan pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang ditemubual Tv Selangor menyifatkan perbelanjaan sebenar lebih besar daripada yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Justeru tuntutan supaya nilai sebenar dikemukakan selain penyelewengan fakta yang tidak munasabah memberi tanggapan bahawa kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) cuba membohongi rakyat secara langsung.
"Itu jelas dari segi persepsi ada penyelewengan fakta yang mungkin dilakukan kerana ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah membangkitkan perkara ini dan ianya menjadi isu nasional termasuk ada satu jabatan khusus untuk mengendali isteri Perdana Menteri yang tidak pernah dalam sejarah politik tanah air," kata beliau.
Nazri dalam jawapan bertulis kepada Parlimen mengemukakan senarai lawatan Rosmah ke dua negara Timur Tengah dan Bangladesh Januari lalu namun tidak menjelaskan secara terperinci wang rakyat sebanyak RM134 ribu itu dibelanjakan.
Menurut Nazri lagi, kelulusan telah diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri BN serta beberapa pegawai kanan kerajaan.
Shamsul menambah, pakatan rakyat sering meneliti perbelanjaan yang menggunakan wang rakyat justeru bertindak untuk melindungi penyalahgunaannya oleh pihak tertentu.
Beliau turut menyarankan agar pendekatan kebebasan maklumat yang dilaksanakan kerajaan Selangor digunapakai oleh kerajaan persekutuan seraya membuka ruang kepada pemantauan lebih efisien perbelanjaan wang rakyat.
"Sebab itu daripada awal lagi saya konsisten menjelaskan terdapat usaha untuk menutup perbelanjaan sebenar. Saya percaya kalau ada kebebasan maklumat seperti yang dilakukan di Selangor, kita boleh dapatkan perbelanjaan yang sebenar kerana daripada program yang dilakukan untuk mempromosi isteri Perdana Menteri telah menelan jutaan ringgit. Saya cabar menteri supaya memperincikan belanja RM134 ribu," kata Shamsul lagi.
SEBAHAGIAN penentang kerajaan Libya menaiki trak selepas bertempur dengan askar yang setia kepada Muammar Gaddafi di pelabuhan Ras Lanuf, timur Libya, semalam. Tentera kerajaan serang serta lepaskan tembakan meriam ke arah penentang
RAS LANUF: Pertempuran sengit serta serangan dari udara dan darat antara pemberontak dengan pasukan yang setia dengan pemimpin Libya Muammar Gaddafi, berlaku sekurang-kurangnya di tiga buah bandar di negara itu ketika penentangan ke atas rejim pemerintahan beliau memasuki minggu keempat.
Wartawan AFP yang berada di bandar Ras Lanuf, melaporkan tentera kerajaan melancarkan serangan dari udara dan melepaskan tembakan meriam di bandar itu, manakala kumpulan penentang dilihat bergerak ke arah jalan raya di kawasan gurun. "Tembakan bertalu-talu kedengaran dan sekurang-kurangnya 10 letupan kedengaran dalam setiap dua minit.
"Pemberontak yang menguasai kebanyakan kawasan di timur Libya mendapati mereka ditentang pasukan kerajaan dan matlamat mereka untuk bergerak menuju ke Tripoli tersekat, selepas pasukan tentera rejim menawan semula bandar Bin Jawad," katanya.
Laporan menyatakan pemberontak bagaimanapun dilihat meneruskan pergerakan, kebanyakannya membawa senapang AK-47.
"Kami datang ke sini dengan Kalashnikov. Kami tidak mempunyai kereta kebal, tetapi mereka menembak kami dengan bom dan roket," kata seorang pemberontak Ayman Bursi. Sementara itu kereta kebal tentera kerajaan dilaporkan semakin menghampiri bandaraya Zawiyah semalam, manakala pasukan penembak curi mereka, menembak apa saja yang bergerak, lapor penduduk.
Saksi melaporkan, mayat masih bergelimpangan di kawasan runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan dari udara awal minggu ini manakala jalan raya di bandar dengan 290,000 penduduk ini kosong.
"Kami melihat kereta kebal dan ia berada hampir di mana saja," kata pejuang kepada wartawan Reuters melalui telefon di Zawiyah.
Beliau berkata medan utama Zawiyah masih dikuasai pemberontak, tetapi pasukan kerajaan hanya kira-kira 1,500 meter dari kedudukan mereka.
Di bandar pelabuhan minyak Es Sider pula, pasukan pemberontak melaporkan mereka berada diserang hebat dengan kereta kebal oleh tentera kerajaan yang dibalas dengan serangan menggunakan pelancar roket.
"Serangan sungguh sengit, sehingga menyebabkan pemberontak terpaksa meninggalkan Es Sider.
"Bagaimanapun mereka berjaya menawan bandar itu semula tidak lama kemudian," kata saksi.
5 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.
"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.
Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.
Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.
"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.
Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).
Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona. "Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.
"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.
"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.
Miri : PAS Miri sekali lagi buat kunjungan muhibbah bersama peguam muda PAS pusat seramai 7 orang ke kampong Pasir dalam kawasan Lutong. Rombongan PAS yang diketuai oleh YDP Hj Jofri Jaraiee dan TYDP Sdr Nizam bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri juga hadir memberi sedikit Penerangan tentang PAS. SU DHPP Sdr Yeo juga mencerita dan juga memberi tahu tentang kebaikan PAS dan mengapa beliau memilih PAS sebagai tempat perjuangan.
Walaupun beliau sorang cina yang bukan muslim tapi semangat serta keyakinan tinggi beliau terhadap pas sungguh tinggi. Beliau juga memberitahu bahawa semua agama menyuruh kita berbuat baik, jangan merompak, jangan mencuri hak orang lain dan sebagainya kepada penduduk yang majoritynya masyarakat iban dan bisaya. Sepatutnya orang Melayu yang beragama Islam merasa malu dengan kenyataan yang bukan Islam yang lebih percaya dan yakin akan agama Islam yang dibawa oleh PAS.
Masyarakat Melayu patut sedar yang perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah berdasarkan ajaran Islam bukan ajaran sesat seperti yang didakwa oleh Umno/BN. Orang bukan Islam mula sedar tentang kebaikan yang dibawa oleh PAS setelah mereka sendiri mendengar penerangan dan penjelasan dari pihak pimpinan PAS sendiri. Sekarang masyarakat Cina,Dayak dan Iban boleh menerima PAS sebagai wadah perjuangan setelah mereka sedar yang selama ini mereka ditipu oleh propaganda media yang dikuasai oleh BN.
Sebelum itu YDP juga memberi penerangan ringkas kepada penduduk kampong Pasir tentang betapa perlunya ada perubahan yang menyeluruh kalau mahu mendapat kembali hak rakyat yang sudah lama dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan yang menyalahgunakan kuasa. Begitu juga peguam muda PAS turut mengajak penduduk kampung memilih secara betul kalau mahu suatu perubahaan yang lebih besar dan baik untuk semua rakyat.
Perjalanan dan sambutan program PAS bersama rakyat berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan. Penduduk kampong Pasir menyambut kedatangan PAS dengan baik dan mesra sekali sehingga ada diantara mereka sempat meluahkan perasaan dan menceritakan tentang masalah mereka untuk mendapatkan kemudahan asas seperti api elektrik, gas dan bekalan air bersih sukar didapati dalam sebuah kampong yang terletak betul-betul ditengah bandaraya Miri.
Setelah hampir 50 tahun BN memerintah Sarawak tetapi masih terdapat lagi penduduk kampong dipinggiran bandaraya menggunakan 'generator' untuk bekalan api letrik dan belakan air bersih menggunakan sambungan dari luar dan terpaksa berkongsi pula sesama penduduk terbabit. Begitu juga dengan masalah tanah tempat tinggal mereka sekarang belum lagi diberi sebarang 'grant atau land title' atau lot supaya mereka dapat menikmati kemudahaan asas yang diperuntukan untuk penduduk yang kurang berpendapatan.
Mereka sudah banyak kali mengadu pada YB-YB BN dalam kawasan Miri untuk selesaikan masalah mereka tetapi sampai sekarang pun belum ada tanda atau masalah mereka di selesaikan atau pun hajat mereka dapat dipenuhi, waktu hampir pilihanraya barulah muka-muka YB BN turun padang kununnya hendak menyelesaikan masalah mereka tetapi selepas pilihanraya janji tinggal janji.
PAS miri juga berusaha untuk membantu dengan menyuarakan masalah penduduk kampung Pasir kepada pihak yang berwajib agar segera bertindak membaiki jalan kampong, perparitan serta memberi kemudahaan asas kepada penduduk Pasir dengan segera. Jangan tunggu pilihanraya baru nak bagi bantuan itu pun separuh jalan siap sedangkan janji yang bertahun-tahun dulu masih belum ditunaikan. Beginikah yang dikatakan kerajaan yang pandai memerintah sedangkan masalah kecil pun sukar untuk diperbaiki atau diselesaikan
Penduduk kampong Pasir sangat kecewa dengan janji2 YB BN tersebut dan mereka bertekad mahu mengubah nasib mereka dalam pilihanraya umum nanti dengan mengundi Pakatan Rakyat. Mereka juga berjanji akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan yang ada sekarang kepada sebuah kerajaan yang lebih baik dan adil untuk semua.
KUALA LUMPUR 10 MAC : Tiga gempa kuat yang berukuran melebihi 6 skala Richter melanda Pantai Timur Honsu, Jepun sejak 2.16 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini, gempa pertama pada 2.16 pagi yang terletak 37.6 darjah utara dan 141.7 darjah Timur, kira-kira 4,931 km dari Timur Laut Kudat, Sabah dan berukuran 6.4 skala Richter.
Pada 2.44 pagi satu lagi gempa kuat berukuran 6.2 skala Richter telah menggegarkan Pantai Timur Honsum iaitu di 38 darjah Utara dan 143.6 darjah Timur, dan pada 5.24 pagi satu lagi gempa berukuran 6.6 skala Richter melanda tempat yang sama.
Pada waktu yang sama, satu gempa kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda New Britian Region, iaitu salah sebuah pulau di Papau New Guinea, yang kira-kira 3,677 km dari Tenggara Kunak, Sabah.
Menurut jabatan itu, gempa bumi ini tidak mewujudkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
TRIPOLI: Kadar pengeluaran minyak Libya kini menurun tiga kali ganda daripada 1.6 juta setong setiap hari kepada hanya 500,000 tong sejak tercetusnya konflik membabitkan pemerintahan Presiden Muammar Gaddafi.
Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif (CEO) Perbadanan Kebangsaan Minyak Libya, Shukri Ghanem, berkata pengeluaran menurun secara drastik iaitu hanya setengah juta tong sehari ketika ini. Sejak tiga minggu pergolakan berlaku di Libya menyaksikan tempat pengeluaran penting minyak di sebelah timur negara itu kini beralih kepada pemberontak. Malah, pertempuran yang tercetus di bahagian tengah negara Mediterranean itu menyaksikan rangkaian paip minyak musnah dan terbakar.
KUALA LUMPUR : Lawatan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ke tiga negara Timur Tengah dan Bangladesh baru-baru ini menelan belanja RM134 ribu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz.
Lawatan rasmi itu dibiayai dengan duit rakyat sungguhpun Rosmah tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Nazri , dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, tidak menyenaraikan isteri Perdana Menteri itu sebagai antara yang diberi kelulusan oleh Jemaah Menteri untuk melakukan lawatan berkenaan Januari lalu.
Yang diberikan kelulusan berkenaan adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri BN serta beberapa pegawai kanan kerajaan, kata Nazri.
Menurut beliau, Rosmah melawat Riyadh, Arab Saudi, dari 6 hingga 10 Januari lalu untuk menyampaikan ucapan di seminar mengenai pengurusan kualiti pendidikan atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran negara itu.
Rosmah memberitahu pengundi di Kerdau baru-baru ini, beliau dijemput ke Arab Saudi kerana dianggap orang yang paling layak bagi menyampaikan ucaptama berkenaan.
Dari 16 ke 18 Januari pula, Rosmah melawat Muscat, Oman dengan alasan dijemput oleh Menteri Pembangunan Sosial, Oman sebelum ke Dhaka, Bangladesh.
APABILA Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya? Kita tahu bahawa beberapa pemimpin DAP juga menentang tindakan Kerajaan Negeri PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz di dalam isu tersebut, tetapi tidak seorang pun pemimpin DAP yang menentang sehingga ke tahap mahu menyaman Kerajaan Negeri.
Itu beza MCA dan DAP walaupun mereka kebanyakan dari bangsa dan agama yang sama. Tetapi oleh kerana MCA berkawan dengan Umno, dan DAP pula berkawan dengan PAS maka itulah bezanya pendekatan mereka. Bukan susah untuk difahami mengapa mereka menentang tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut. Pertamanya, mereka Non Muslim dan sudah tentu mereka tidak tahu apa yang Islam mahu capai dengan langkah pengharaman tersebut. Keduanya, mereka berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu kebebasan kepada Non Muslim.
DAP walaupun menentang tetapi masih boleh Kerajaan Negeri runding dan beri kefahaman agar mereka faham aspek perlaksanaannya serta kesan dari larangan tersebut. Ertinya, DAP tidak menentang secara mutlak. Tuan Guru Nik Aziz juga telah membuat kenyataan untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP agar mereka memahami tentang hukum ini kepada orang Islam. Berbeza dengan pemimpin MCA, mereka menentang secara mutlak iaitu bercadang untuk menyamannya tanpa meminta penjelasan atau keterangan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri. Jika mahu ditafsirkan siapa `Kafir Harbi' di sini, saya tidak berani huraikan.
Langkah MCA ingin menyaman Kerajaan Negeri di dalam isu ini tidak ubah dengan cara Mahathir yang pernah mengutus surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan dahulu agar tidak melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut. Kedua-duanya sama iaitu menentang hukum Islam secara mutlak. Bezanya, Mahathir itu mengaku Islam dan Chua Soi Lek adalah Non Muslim. Sekeras-keras teguran dari DAP adalah dari Karpal Singh suatu ketika dahulu di mana beliau pernah berkata, 'langkah mayat saya dahulu jika mahu Hudud dilaksanakan'.
Di dalam konvensyen PR baru-baru ini, Karpal menyebut perkataannya itu adalah di luar konteks sebenar. Beliau mengambil pendirian terbaru bahawa DAP bersedia untuk berbincang dengan PAS berkaitan hukum Islam. Pendirian terbaru DAP ini tidak dihebahkan oleh media pencacai melainkan sering mengungkit kenyataan lama Pengerusi DAP tersebut. Oleh itu, tindakan Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup berbincang dengan DAP di dalam isu ini adalah selaras dengan apa yang Karpal Singh suarakan.
Chua Soi Lek berani berbuat demikian kerana beliau beranggapan bahawa haramnya judi itu adalah kehendak PAS semata-mata, sedangkan itu bukan kehendak PAS tetapi itu adalah perintah Allah. Mengapa Chua Soi Lek tidak faham? Jawapannya mudah, kerana beliau berkawan dengan Umno dan Umno tidak memaklumkan kepadanya tentang hukum berjudi di dalam Islam.
Bahkan, Umno sebagai tunjang kerajaan pusat meluluskan lesen judi terbesar di genting dan pernah bercita-cita untuk melaksanakan judi bolasepak Piala dunia baru-baru ini. Oleh yang demikian, pemimpin di dalam MCA dan Gerakan atau MIC menganggap judi dibenarkan di dalam Islam kerana Umno sendiri redha dan pemimpin dan ahli Umno semuanya mengaku Islam. Pada fikiran Chua Soi Lek, jika Umno yang Islam kata boleh mengapa PAS yang Islam juga kata tidak boleh? Justeru itu, siapa yang menyesatkan siapa? Jangan nanti Chua Soi Lek mahu agar hubungan seks bebas atau oral seks dibenarkan kerana itu hak mereka yang Non Muslim.
Kepada Kerajaan Negeri Kelantan, teruskan usaha tersebut di dalam masa yang sama terangkan kepada mereka bahawa hukum Islam ini menjamin keharmonian semua. Biarlah Umno pula menerangkan kepada sekutu mereka dari MCA, Gerakan dan MIC tentang hukum berjudi di dalam Islam pada pandangan Umno. Adakah berjudi itu `halal' bila berlesen dan `haram' bila tidak berlesen, biarlah pemimpin Umno terangkan. Persoalannya, mampukah pemimpin Umno terangkan tentang Islam kepada sekutu mereka itu sedangkan isteri sendiri pun tidak tahu hukum menutup aurat.
Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Pakistan dalam perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Punjab di Lahore, semalam (waktu Malaysia).
Namun, Malaysia layak ke pusingan kedua dengan agregat 2-0 selepas menang dalam perlawanan pertama di Stadium Shah Alam baru-baru ini.
Malaysia bermain secara berhati-hati kerana tidak mahu melakukan kesilapan kerana sekadar membawa kelebihan dua gol sahaja ke Lahore. Sepanjang perlawanan, Malaysia cuba bermain corak bertahan.
Pakistan yang memerlukan tiga gol untuk layak ke pusingan seterusnya terus mengasak kubu Malaysia, namun gagal untuk menjaringkan gol walaupun mempunyai peluang cantik pada minit ke-31.
Pakistan yang mendominasi permainan dari awal babak perlawanan terus kempunan selepas ketua pasukannya, Jadeed Khan gagal menempatkan pasukannya di depan walaupun sudah berhampiran dengan gol Malaysia.
Di babak kedua, Malaysia gagal menyengat dan sekadar bermain corak bertahan sementara menerima asakan bertalu-talu Pakistan, namun tuan rumah gagal mencari gol sehingga tempoh perlawanan tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan