Khamis, 10 Mac 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 10 Mar 2011 03:34 AM PST

bumiyang


Isu Larangan Menjual Loteri Bukan Masalah Besar - Nik Aziz

Posted: 09 Mar 2011 05:00 PM PST

Rakyaat Didahulukan???

Posted: 09 Mar 2011 03:52 AM PST

Che Det

Posted: 10 Mar 2011 03:31 AM PST

Che Det


SEMENANJUNG TANAH MELAYU 2

Posted: 09 Mar 2011 05:30 PM PST

1. Someone asked what about the "Orang Asli" literally the "Original People". Weren't they in the peninsular before the Malays?

2. They could be. So are the Red Indians, the Maoris, the aborigines of Australia, the many tribal people in many countries of the world.

3. If we consider that the Orang Asli have more rights to claim Malaysia as their own then we should acknowledge and respect the rights of the Red Indians, the Maoris, the Australian aborigines and all the other aborigines to be given back the land we now call America, Australia, New Zealand etc.

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 10 Mar 2011 03:29 AM PST

AL-Kesah AloQStaQ


PAS MARI BERSAMA BLOGGER UMNO ... KITA BERJUANG BERSAMA-SAMA!!!

Posted: 09 Mar 2011 05:15 PM PST

Aku ingin mengajak puak PAS seluruh Malaysia untuk bersama-sama semua blogger Pro-UMNO untuk mendesak Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau secara sukarela demi menegakkan kebenaran mengenai Kes Liwat II yang sedang dihadapinya.





Takkanlah PAS tak mahu tahu KEBENARAN ?
Takkan PAS nak terus lari dari mengetahui KEBENARAN?

Marilah bersama-sama kami para blogger UMNO , wahai puak-puak PAS yang telah "diliwat" pemikiran oleh Peliwat Negara ...

Itupun kalau hangpa berani - kerana ALLAH !


Ajakan Ikhlas Daripada...
AloQStaQBlog
10-03-2011
9.15 AM

tunku

Posted: 10 Mar 2011 03:16 AM PST

tunku


Increase Ron97 price

Posted: 09 Mar 2011 08:35 AM PST

Extra RM4bil subsidy if no petrol price adjustments

KUALA LUMPUR: The fuel subsidy is estimated to rise by an additional RM4bil this year if no adjustments are made to petrol prices, which stand at RM1.90 per litre for RON 95 and RM2.50 per litre for RON 97.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said at a press conference Wednesday, after a briefing by Bank Negara Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, that subsidy costs for fuel would rise by this amount if no adjustments were made in the face of higher crude oil prices.
This would mean that the allocation for fuel subsidy under Budget 2011, which was set at RM10bil based on oil prices hovering around US$85 (RM259) to US$90 (RM274) per barrel, would rise to RM14bil this year.
Besides this, the Government has also allocated RM4bil for other subsidies. For 2010, the fuel subsidy came up to RM10bil.
Economists have also estimated that should oil prices remained above US$100 (RM305), the Government might need to fork out an additional RM3.5bil to RM4bil for the fuel subsidy.
Najib added that the deficit would depend on how much revenue the Government would get against the increase in subsidy costs.
The Government has targeted a budget deficit at 5.4% of gross domestic product for this year compared with 5.6% last year while the target was to lower the deficit to 2.8% by 2015.
Last month, Najib said there could be a review of the fuel subsidy should unrest in the Middle East continued although, so far, there were no plans to do so.
The price of RON 97 petrol was last raised on Feb 1, up from an initial 10 sen hike on Jan 4. In December, RON 95 petrol and diesel rose 5 sen per litre to RM1.90 and RM1.85 per litre respectively.

tunku : we understand the government position on this issue. if the government increases the petrol prices than the people would not be happy and might go against the government but the people should think about the country too sometimes.4 billion is not a small sum.lot of rural development projects can be done with that amount.my suggestion to the government is that they should increase Ron97 even to RM3 but hold on to Ron95 and diesel as long as they can.we know all the Ron97 users are rich people so they can afford to pay for it.

anakbukitgantang says

Posted: 10 Mar 2011 03:12 AM PST

anakbukitgantang says


Malam ini bloggers "BAKAR" jambatan

Posted: 10 Mar 2011 02:14 AM PST

Malam ini blogger BAKAR jambatan sama Saifuddin Timbalan Menteri aka MP Temerloh. Turut menerima tempias ialah  UMB di bawah pimpinan Tun Faizal.

Blogger lapangan (field blogger)  yang banyak berjasa  dan sentiasa membawa berita panas dan terkini dari PRK seperti  PapaGomo, HousePK, RBF dan banyak lagi takkan menghadirkan diri dalam majlis memujuk bloggers yang akan di adakan di Restoran NZ depan KLCC.

Laporan penuh lentingan bloggers terhadap Timbalan Menteri  "Jangan sampai  I balun you bloggers" di sini Ipohmalay., gerakan-anti-pkr., medan-info-kita., Kedahtimes.

Mungkin juga Teori Kuda Trojan musuh ini melangkau seorang tapi beberapa orang dalam Kerajaan Pusat. Kuda- kuda trojan ini meresap dan melemahkan pentadbiran Kerajaan Pusat dalam saat genting seperti semasa Pilihan Raya Kecil.

Keluhan papagomo wajar di berikan perhatian ATAS KADAR SEGERA. Pengalaman saya  yang pernah terlibat merancang dan melaksanakan event di peringkat nasional menunjukkan PASS ALL ACCESS dan PAS MEDIA wajar diberikan kepada pengamal media termasuk media alternatif iaitu blogger lapangan!.

Rintihan PapaGomo di bawah

 "Hari penamaan Calon Gomo dan beberapa rakan Blogger awal awal pagi sudah sampai di Stadium Mini Temerloh bagi membuat liputan PRK Kerdau ini. Di sini lah berkumpul nya para penyokong BN dan juga Calon BN iaitu Yb Syed Ibra.


Dalam waktu ini kami masing masing sibuk bertanyakan Pas Penyokong Parti kepada Jentera BN Pahang malah Gomo sendiri ke hulu ke hilir cuba mendapatkan Pas Penyokong parti yang mana dengan adanya Pas ini maka boleh lah Gomo masuk ke dalam kawasan pusat Penamaan Calon dan membuat liputan secara langsung perjalanan PRK Kerdau pada pagi itu.


Seorang demi seorang Gomo temui dan memang tidak ada seorang pun yang mempunyai Pas Penyokong parti, kalau yang ada pun mereka sendiri hendak Gunakan nya bagi masuk ke dalam kawasan tersebut. Gomo juga bertemu seorang Pemuda yang di tugaskan menjaga Calon BN namun hampa juga kerana beliau tidak di peruntukkan Pas penyokong Parti.


Masing masing Blogger juga sama dengan Gomo yang berkeliaran cuba mendapatkan Pas Penyokong Parti dan semuanya hampa kerana tidak ada yang sanggup memberikan kami Pas Penyokong Parti.

Apa yang di fahamkan Gomo setiap PRK Pas Penyokong Parti akan di berikan kepada kedua dua belah pihak sebanyak 100 keping. Ini bermakna 100 Keping Pas penyokong parti di berikan kepada BN pada PRK Kerdau. Namun itulah hakikatnya apabila kami tidak memperolehi Pas tersebut.


Mesti ada yang bertanya kenapa kami tidak mempunyai PAS MEDIA. Itu lah yang sebenarnya Gomo nak sampaikan kepada semua bahawa isu Pas Media lah yang sebenarnya membuatkan Gomo dan juga rakan rakan Blogger Meluat dan menyampah dengan UMB ini.

UMB sudah Wujud sejak tahun 2009 lagi namun sehingga kini sekeping Pas Media pun mereka di bawah Pengerusi Tun Faisal tidak mampu membuatnya. Gomo dan rakan rakan Blogger berbuih memaklumkan hal PAS Media ini dan jawapan yang sama di berikan UMB masih dalam Proses..masih dalam Proses...masih dalam Proses...."




PASS MEDIA /ALL ACCESS PASS wajar diberikan kepada senarai bloggers yang sudah dikenalpasti sebagai blogger lapangan
Lukisan orang gua di Gua Badak sebagai peringatan kepada pemimpin peringkat tertinggi Kerajaan Pusat supaya menghargai blogger di zaman IT dalam cyber war

Rahsia kenapa Bangsa Melayu Terawal Menerima Islam dari Sahabat Rasulullah

Posted: 09 Mar 2011 08:10 PM PST

Setelah saya memberikan sedikit latar belakang berkenaan keadaan sebenar migrasi manusia terawal yang bertamadun keluar dari Nusantara dan menolak Teori Out Of Africa  di melayu-bukan-pendatang.html dan  melayu-bukan-pendatang-bahagian-2, kita juga dikejutkan oleh Professor Dr Oppenheimer dalam bukunya Eden Of The East dan dengan penemuan in situ yang membenarkan teori migrasi Manusia bertamadun Out of Nusantara. 

Kesemua bukti saheh sebenarnya membenarkan teori Profesor  Dr Mokhtar dari University Sains Malaysia  bahawa pertanian dan penternakan haiwan ( plant cultivation and animal husbandary) - bukti komuniti Perak Man telah bertamadun dan pernah  wujud di tepi tasek purba di Bukit Bunuh, Lenggong.

Selain itu bangsa Melayu Perak Man juga sudah pandai membuat bengkel peralatan purba bagi tujuan pertukangan dan berburu dengan penemuan kapak genggam 1.83 billion tahun dulu


Kemudian saya memberikan hint kepada pembaca di mana letaknya Atlantis.

Menurut Professor Dr Santos seorang pengkaji Atlantis , lokasi Atlantis berada di Nusantara seperti di link videonya yang di keluarkan di you tube Dr Santos-Atlantis


Betapa hebatnya bangsa Melayu ini sehingga Nabi Muhammad S.A.W memerintahkan sahabat baginda mengIslamkan Raja Raja Di Nusantara.

Kronologi pengIslaman Raja Raja Melayu adalah di sini

Nabi Muhammad SAW diangkat jadi Rasul = (610 Masehi, 13 tahun sebelum Hijrah).



1 Hijrah = 622 Masehi.


Perkampungan Islam wujud di BARUS, Sumatera = 3 Hijrah (625 Masehi).


Rasulullah SAW wafat = 11 Hijrah (632 Masehi)


Saidina Zaid bin Harithah dihantar ke LAMURI, Sumatera = 35 Hijrah (655 Masehi).

Kesultanan ZABAJ ISLAM (Jambi) = 99 Hijrah (718 Masehi).


Kesultanan SAMUDERA = 205 Hijrah (820 Masehi).


Kesultanan PERLAK = 225 Hijrah (840 Masehi)


Kesultanan LAMURI = 349 Hijrah (960 Masehi)


Kesultanan LANGKASUKA = 530 Hijrah (1136 Masehi).

Kesultanan PASAI = 665 Hijrah (1267 Masehi)


Kesultanan ACEH DARUSSALAM = 901 Hijrah (1496 Masehi)


Wilayah Islam di Dunia Melayu

Menurut catatan sejarah, Islam sudah sampai ke BARUS, Sumatra 15 tahun setelah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, iaitu Tahun 3 Hijrah (625 Masehi). Satu rombongan diketuai oleh Sahabat Rasulullah SAW bernama Abdullah bin Mas'ud RA bersama 100 rombongan Qabilah Tachiek direkodkan sampai ke Barus. Pada ketika itu sudah berlaku perkahwinan antara pedagang Muslim dari Tanah Arab dengan wanita Melayu. Islam sampai ke China lebih awal, iaitu sekitar 616 Masehi (7 tahun sebelum Hijrah) dibawa oleh Sahabat yang bernama Saad bin Abi Waqqas RA. Sahabat bernama Zaid bin Harithah RA di hantar ke alam Melayu pada 35 Hijrah (655 Masehi) iaitu kira-kira 40 tahun setelah Saad RA sampai ke China.

JAMBI (ZABAJ ISLAM) dipercayai merupakan kerajaan Islam paling awal di Nusantara. Secara kebetulan pula, kerajaan inilah yang juga disebut Kerajaan MELAYU. Nama MELAYU dan JAMBI digunakan bersilih-ganti dalam banyak teks sejarah. Perkataan 'MALAYU' ditemui diukir pada sebuah tugu dianggarkan berusia sekitar 1286 Masehi. Ia ditemui di Padang Rocore, berhampiran muara sungai Batang Hari.

BARUS

Berikut adalah petikan mengenai sebahagian dari sejarah Islam di Barus, semoga bermanfaat:



633-661 M

Dikatakan pemerintahan Khulafa Al Rasyidin telah menjalin hubungan dengan beberapa kerajaan di Sumatera, termasuk Mendailing. Tapi hubungan itu masih sekedar hubungan antara negara dalam sebuah upaya untuk menjalin hubungan kerjasama ekonomi. Kapur barus, emas, merica dan rempah-rempah lainnya. Sumatera dikenal dengan istilah Zabag. Beberapa catatan mengenai kedatangan utusan dan pelaut Muslim ke Barus dan pelabuhan Sumatera lainnya yang dikuasasi Sriwijaya pernah didokumentasikan.

661-750 M

Pelaut-pelaut Arab yang Islam mulai berdatangan secara intens di masa pemerintahan Dinasti Umayyah. Kedatangan mereka untuk misi dagang tersebut telah membentuk kantong-kantong muslim di tanah Mendailing, khususnya Barus, yang tentunya terjadinya transfer ilmu pengetahuan kepada penduduk setempat melalui medium non-formal.

718-726 M

Islam berkembang pesat di tanah Barus. Di lain pihak Islam berkembang di Sumatera masuknya beberapa raja Sriwijaya kepada Islam. Diantaranya Sri Indra Warman di Jambi.

851 M

Seorang pedagang Arab berhasil mendokumentasikan kedatangannya di kota Barus. Laporan Sulaiman itu pada tahun 851 M membicarakan tentang penambangan emas dan perkebunan barus (kamper) di Barus (Ferrand 36).

Dicatat bahwa para pendatang asing seperti Romawi, Yunani, Arab, Cina, India, Persia dan dari kepulauan Indonesia lainnya telah membangun kantong-kantong pemukiman yang lengkap dengan prasarana pendukungnya di Barus. Penambangan emas dan perkebunan kamper tersebut merupakan contoh bahwa kedua komoditas ini telah diolah secara modern dan bukan didapat secara tradisional di hutan-hutan.



Sekarang ini ahli sejarah menemukan bukti-bukti arkeologis yang memperkuat dugaan bahwa sebelum munculnya kerajaan-kerajaan Islam yang awal di Sumatera seperti Peurlak dan Samudera Pasai, yaitu sekitar abad-9 dan 10, di Barus telah terdapat kelompok-kelompok masyarakat Muslim dengan kehidupan yang cukup mapan (Dada Meuraxa dalam Ali Hasymi, Sejarah Masuk dan Perkembangan Islam di Indonesia, bandung PT Al Maarif 1987). Kehidupan yang mapan itu pula memungkinkan mereka untuk hidup secara permanen di kawasan ini yang sudah pasti didukung oleh sarana pengembangan ilmu pengetahuan agar mereka tidak tertinggal dengan pesaing lainnya.

Sebagai pelabuhan yang sangat masyhur, Barus menjadi tujuan pendidikan tertua bagi masyarakat Mendailing. Hal ini dikarenakan bahwa Barus merupakan wilayah Mendailing yang paling mudah dicapai oleh orang-orang Mendailing dari pedalaman yang ingin menimba ilmu. Jalan-jalan menuju Barus telah dirintis rapi oleh pedagang-pedagang Mendailing yang ingin menjual kemenyan dan membeli produk jadi dari Barus. Sampai era tahun 1980-an, madrasah-madrasah tradisional Barus masih menjadi primadona tujuan pendidikan di tanah Mendailing sebelum akhirnya digantikan oleh Mandailing dengan pesantren-pesantrennya yang sudah modern.

Masuknya gelombang pedagang dan saudagar ke Barus mengakibatkan penduduk lokal Mendailing di lokasi tersebut; Singkil, Fansur, Barus, Sorkam, Teluk Sibolga, Sing Kwang dan Natal memeluk Islam setelah sebelumnya beberapa elemen sudah menganutnya. Walaupun begitu, mayoritas masyarakat Mendailing di sentral Mendailing masih menganut agama pagan sehingga Perang Padre.

Kelompok Marga Tanjung di Fansur, marga Pohan di Barus, Batu Bara di Sorkam kiri, Pasaribu di Sorkam Kanan, Hutagalung di Teluk Sibolga, Daulay di Sing Kwang merupakan komunitas Islam pertama yang menjalankan Islam dengan kaffah.

Nota Kaki

Orang Batak terhad kepada Danau Toba sahaja. Mereka ini berugama Kristian . Ada yang maseh mengamalkan kepercayaan pagan . Setelah Belanda menjajah Wilayah Mendailing, mereka menamakan Wilayah itu sebagai Wilayah Batak. Lihat nota saya yang terdahulu mengenai Mendailing.

Orang Mendailing menduduki wilayah tanah subur di kawasan pergunungan dan lembah . Mereka ini memeluk ugama Islam dalam 2 pharasa iaitu semasa percamoran dengan pedagang dan mubaligh Arab dan juga semasa Perang Padre yang diketuai Imam Bonjot.

Sumber

Nota Hibatullah 1

Nota Hibatullah 2

islamagamaku.blogdetik.com



Bersambung............













Taipingmali (tm)

Posted: 10 Mar 2011 01:31 AM PST

Taipingmali (tm)


HOTEL IN PERAK [click here]

Posted: 10 Mar 2011 01:18 AM PST

Virus serang Pulapol

Posted: 10 Mar 2011 01:03 AM PST

Universiti Rasuah?

Posted: 09 Mar 2011 05:28 PM PST

Bongkar di P 59 Bukit Gantang

Posted: 09 Mar 2011 05:43 AM PST

Defence Ministry To Upgrade Camps

Posted: 09 Mar 2011 04:22 AM PST

Penang yang Islamik

Posted: 09 Mar 2011 03:12 AM PST

Selepas Bio Aura timbul pula cicak tokek ....apa nak jadi....orang kita

Posted: 09 Mar 2011 03:05 AM PST

PAPA GOMO

Posted: 10 Mar 2011 01:26 AM PST

PAPA GOMO


EKSLUSIF Siri 2 - Blogger Bukan Sokong PAS Tapi Sokong PAS Media

Posted: 09 Mar 2011 11:30 PM PST



Susulan sambungan Siri 1 Semalam:

Gomo bukanlah seorang yang suka nak membelakangkan Institusi Pemuda UMNO ini walaupun baru dalam UMNO. Namun dalam kes UMB yang agak panas ini maka terpaksalah Gomo menjelaskan kepada semua akan kebenarannya.

Gomo dan Gelombang Rakyat bersama sama ke Kerdau bagi membantu Barisan Nasional menang pada PRK N 28 Kerdau. Sebagaimana Gomo nyatakan dalam Siri 1 Gomo dan gelombang Rakyat menetap di Mentakab tak jauh dari Dun Kerdau.

Hari penamaan Calon Gomo dan beberapa rakan Blogger awal awal pagi sudah sampai di Stadium Mini Temerloh bagi membuat liputan PRK Kerdau ini. Di sini lah berkumpul nya para penyokong BN dan juga Calon BN iaitu Yb Syed Ibra.

Dalam waktu ini kami masing masing sibuk bertanyakan Pas Penyokong Parti kepada Jentera BN Pahang malah Gomo sendiri ke hulu ke hilir cuba mendapatkan Pas Penyokong parti yang mana dengan adanya Pas ini maka boleh lah Gomo masuk ke dalam kawasan pusat Penamaan Calon dan membuat liputan secara langsung perjalanan PRK Kerdau pada pagi itu.

Seorang demi seorang Gomo temui dan memang tidak ada seorang pun yang mempunyai Pas Penyokong parti, kalau yang ada pun mereka sendiri hendak Gunakan nya bagi masuk ke dalam kawasan tersebut. Gomo juga bertemu seorang Pemuda yang di tugaskan menjaga Calon BN namun hampa juga kerana beliau tidak di peruntukkan Pas penyokong Parti.

Masing masing Blogger juga sama dengan Gomo yang berkeliaran cuba mendapatkan Pas Penyokong Parti dan semuanya hampa kerana tidak ada yang sanggup memberikan kami Pas Penyokong Parti.

Apa yang di fahamkan Gomo setiap PRK Pas Penyokong Parti akan di berikan kepada kedua dua belah pihak sebanyak 100 keping. Ini bermakna 100 Keping Pas penyokong parti di berikan kepada BN pada PRK Kerdau. Namun itulah hakikatnya apabila kami tidak memperolehi Pas tersebut.

Mesti ada yang bertanya kenapa kami tidak mempunyai PAS MEDIA. Itu lah yang sebenarnya Gomo nak sampaikan kepada semua bahawa isu Pas Media lah yang sebenarnya membuatkan Gomo dan juga rakan rakan Blogger Meluat dan menyampah dengan UMB ini.

UMB sudah Wujud sejak tahun 2009 lagi namun sehingga kini sekeping Pas Media pun mereka di bawah Pengerusi Tun Faisal tidak mampu membuatnya. Gomo dan rakan rakan Blogger berbuih memaklumkan hal PAS Media ini dan jawapan yang sama di berikan UMB masih dalam Proses..masih dalam Proses...masih dalam Proses....

Siapa yang tak kecewa bila kita yang nak buat liputan ni Sebarang Pas pun takda? Macam macam yang UMB berikan alasan sampaikan di salahkan pula Kementerian yang bertanggungjawap kerana tak meluluskan Pas Media UMB. Gomo sebenarnya pun tak tahu apakah mereka di dalam Struktur Organisasi UMB ini ada memohon ataupun tidak PAS Media buat kami para Blogger.

UMNO Online yang baru pun boleh mempunyai Pas Media nya sendiri, semua jentera UMNO Online mempunyai Pas Media dan itu juga membuatkan kami para Blogger terpingga pingga mengapa UMNO Online boleh mempunyai Pas Media sedangkan UMB yang sudah wujud lebih lama dari UMNO Online masih tidak mempunyai Pas Media.

Bukan kami marah kepada UMNO Online namun ini lah yang menunjukkan UMB Gagal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap kepada kami para Blogger untuk mendapatkan Pas Media.

Berbalik kepada hari penamaan Calon yang mana kami tidak mempunyai sebarang Pas untuk masuk ke pusat penamaan Calon. Gomo akhirnya masuk juga ke dalam pusat penamaan Calon dengan menggunakan Pas Penyokong Parti. Macam mana Gomo dapat? Last nanti Gomo cerita macam mana Pas Penyokong parti Gomo boleh perolehi.

Waktu berarak nak masuk ke pagar kawat Berduri sekatan Polis itu Gomo berjaya masuk dengan Pas Penyokong parti manakala Blogger GAP, dan Pisau.Net pula menyelit di tengah tengah Pak Menteri yang kononya sebagai pegawai Khas menteri ataupun Bodyguard Menteri. Blogger Medan Info kita juga berjaya masuk kerana mempunyai Pas Penyokong parti.

Rakan rakan Blogger yang lain seperti Gelombang rakyat, Media Permatang pauh, DET, Pejuang Bangsa, Minda Intelek, Empayar Melaya, Keris Putra dan Gerakan Timur tidak berjaya masuk kerana di halang oleh pihak Polis yang mengawal Pagar Kawat Berduri. Fuh...memang kesian kepada mereka yang tak dapat masuk namun nak buat macam mana itulah perjuangan yang terpaksa kami tempuhi dalam memastikan liputan buat pembaca dapat di salurkan.

Dan pada pagi itu sewaktu penamaan Calon Gomo, dan Pisau.Net dan Medan Info menyalurkan maklumat seberapa yang boleh kepada pembaca Blogg, Tweeter, Facebook dan juga rakan rakan BBM. Setiap pengumuman akan di update terus melalui Blackberry yang kami guna. Cuma GAP seorang je tak mempunyai Blackberry...so terpaksa lah dia ambil Gambar je.

Cuba tanya kepada para pembaca semua apakah liputan LIVE yang kami lakukan tidak memberikan Faedah kepada pembaca? Cuba tanya kepada pemimpin BN apakah tindakan kami itu tidak mendatangkan Faedah buat Barisan Nasional?Itu semua adalah Inisiatif kami para Blogger yang sanggup berjuang demi memastikan maklumat yang Tepat dan seberapa pantas dapat di salurkan kepada pambaca seluruh Dunia.

Apakah kami dapat Wang Ringgit dalam menjalankan Tugas membuat liputan secara langsung di Pusat Penamaan Calon? Jawapannya TIDAK sama sekali. Kami buat semua tu bukan Lapor ke Duit pun. kami buat kerana perjuangan Agama Bangsa dan Negara yang mana pada hemat kami para pembaca inginkan maklumat yang seberapa pantas dan Cepat agar ianya dapat di hebahkan kepada yang lain.

Gomo berani katakan bahawa jika nak di bandingkan di antara Blogger dan juga Media Media lain Kami lah yang paling Cepat Update berita terkini. Tanyalah sesiapa sahaja malah wartawan Media pun mengakui hebahan kami lebih cepat daripada mereka.

Selesai sahaja penamaan Calon maka kami pun beransur keluar dari pusat penamaan Calon dan di luar sudah menunggu rakan rakan Blogger yang tadinya tidak dapat masuk ke dalam pusat penamaan Calon kerana tidak mempunyai Pas Media. Waktu itu jugalan ada yang menyuarakan ketidak puashatian kerana tidak dapat masuk ke dalam. Malah UMB juga di balun kerana keGAGALan menyediakan Pas Media yang sepatutnya Wujud dua tahun yang lalu.

Hari penamaan Calon yang sungguh memenantkan dan masing masing masing pulang untuk Update berita selanjutnya susulan dari penamaan Calon pada awal pagi. Harus anda semua ingat bahawa Blogger bertindak secara Individu, Kami lah yang ambil gambar mahupun Rakaman Video maka kamilah juga yang membuat Artikel berkaitan Gambar dan Video. Segala galanya adalah kami dan bukan ada bantuan dari mana mana pihak.

Tidak seperti Portal mahupun Media lain yang mana Gambar mahupun artikel di hantar dan kemudiaanya ada yang menyunting dan kemudiannya mengeluarkan Cerita tersebut. Itu lah bezanya kami Blogger yang tak bertuan ini berbanding Media mahupun Portal yang bergaji.

Itulah kesengsaraan kami semasa membuat Liputan Penamaan Calon pada hari pertama Kempan PRK kerdau. Kesengsaraan untuk mendapatkan Pas penyokong parti di tambah dengan kekecewaan rakan rakan lain yang tidak dapat masuk ke pusat penamaan calon. Apakah ini tidak di sedari UMB?

Untuk makluman sebenarnya setiap kali PRK ini lah yang berlaku, Blogger Blogger merayu dan menagih simpati dari mana mana individu untuk mendapat Pas Penyokong parti. UMB tahu mengenai hal ini namun setakat yang Gomo ketahui tidak ada Sekeping Pun Pas Penyokong parti pernah di sediakan atau pun cuba di dapatkan oleh UMB. Blogger yang ligat sahaja yang dapat pas penyokong parti dan kerana itulah jika anda semua lihat PRK Hulu Selangor Gomo dapat masuk, PRK Galas Gomo dapat masuk, PRK Tenang Gomo dapat masuk dan PRK Kerdau juga Gomo dapat masuk.Semuanya untuk pembaca yang di kasihi bagi menyalurkan maklumat yang terkini dan terpantas bagi membantu Barisan Nasional.

Siri 3 dan akhir akan menyusul esok di waktu yang sama jam 3.30 petang dan Gomo akan terus menceritakan bagaimana Gomo di halang masuk ke Pusat pengiraan Undi Barisan Nasional di CC walaupun Gomo Blogger Pro Kerajaan Barisan Nasional.


Esok Jam 3.30 petang......


Ops..lupa nak cerita macam mana Gomo dapat masuk ke pusat Penamaan Calon PRK Kerdau. Emmm Gomo mempunyai Pas Penyokong parti yang Gomo sentiasa bawa setiap kali PRK. Pas penyokong parti ini di gunakan saat saat kecemasan apabila tidak ada jalan lain untuk masuk ke pusat Penamaan Calon.



Harap pihak PDRM dan SPR tak marah kerana menggunakan Pas Penyokong parti yang dah Tamat tempoh ni. Nak buat macam mana dah terdesak... harap di halalkan...huhuhu


Psssttt...Demi pembaca kami para Blogger berkorban, apakah pemimpin BN sedar akan hal ini? UMB? Hampeh.....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

New Politic - Mengapa Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Y Menangis?

Posted: 09 Mar 2011 08:30 PM PST


Timbalan Menteri Y

Lepas satu isu maka timbul pula isu baru mengenai Yb Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Ahli Parlimen Temerloh ini. Sudahlah mengeluarkan kenyataan Blogger tidak Intelligent dan Menggugut nak Balun Blogger dan sekarang ini nampak gaya nak Memperkotak katikkan kepimpinan Dato Seri Najib dan juga pemimpin BN yang lain.





Semalam ramai rakan rakan menyuarakan kekesalan di atas tindakan Tim Menteri Y ini yang menyokong Dasar Dasar Buku Jingga yang di buat oleh Pakatan Pembangkang. Apa kena dengan Tim Menteri Y ni? Kenapa sokong buku Jingga yang kita semua tahu itu adalah satu Retorik pakatan Pembangkang semata mata. Dia ni dah Biol ke?

Udah udahlah tu Timbalan Menteri Y, ramai dah nampak yang anda merupakan Balaci kepada Anwar Ibrahim. Jangan lupa sewaktu Anwar masuk Penjara apabila Anda Menagis nangis tak merelakan pemergian Anwar masuk ke Penjara. Fuh.....hangpa dua ni ada Skandal ka?

Mintak Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bertanyakan kepada Yb Timbalan Menteri ini mengapa beliau Syok sangat dengan New Politic yang Anwar bawa dan tanya sekali kepada beliau mengapa beriya iya nak BALUN BLOGGER.

Apakah beliau Waktu di ucapkan perkataan Balun tersebut di dalam keadaan datang haid yang membuatkan Emosi nya terganggu? Emmm biarlah Yb Tim Menteri Y jawap......


Psssttt...Sorry Yb, Gua bukan jenis suka balun pemimpin tapi lu silap orang bila sebut perkataan nak Balun Blogger



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

BREAKING NEWS - Satu Lagi PRK Akan Di Adakan Dalam Masa Terdekat

Posted: 09 Mar 2011 05:05 PM PST




Dua malam lepas Gomo mendapat satu perkhabaran dari Ng Lum Yong Bekas Pimpinan PKR yang no keahliannya 000012 yang sekarang ini sudah sah masuk ke dalam parti MCA. Perkhbaran yang pada hemat Gomo merupakan satu hal yang tidak Elok dan bertujuan semata mata untuk membazirkan wang Negara.

Satu demi satu kemenangan di perolehi Barisan Nasional semenjak PRK Bagan Pinang yang mana sehingga menyaksikan Pakatan Pembangkang Tewas terok di semua Kerusi yang di pertandingkan. Cuma satu kerusi Parlimen sahaja di menangi DAP dengan majority Tipis di Sibu memandangkan waktu itu Undi Kaum Cina masih lagi melekat bersama Pakatan Haram.

Yang terbaru apabila kemenangan Besar dan berganda di perolehi BN di PRK Kerdau dan Merlimau. PAS bagaikan jatuh di timpa tangga dengan kekalahan demi kekalahan mereka dan jika di hitung undian PAS jatuh merosot sama sekali.

Undi Kaum Cina juga di lihat semakin meningkat kepada Barisan Nasional manakala Undi Kaum Melayu dan India naik mencanak. Hal ini memberikan Nafas baru buat Barisan Nasional dalam memastikan PRU 13 kelak BN akan menang Majority 2/3.
Namun demikian agak Murung bagi kem Pakatan Pembangkang bila mereka Tewas berturut turut dan dengan Majority yang besar. Faktor ini lah yang menyebabkan satu Usaha Terancang sedang di lakukan oleh mereka Pakatan Pembangkang bagi menghidupkan peluang kemenangan dalam Pilihanraya Kecil.

Gomo nak nyatakan di sini bahawa terdapat Bukti Sahih bahawa satu mesyuarat telah di adakan di antara kepimpinan PAS, DAP dan PKR bagi mencipta satu lagi Pilihanraya Kecil sama ada di Pulau Pinang ataupun Selangor.

Di jangkakan satu Dun milik Pembangkang akan di korbankan bagi memastikan Pilihanraya Kecil di adakan dan Dun tersebut juga pastinya merupakan Kubu kuat kepada Pakatan Pembangkang.

Dun yang di cadangkan oleh Kepimpinan Pakatan merupakan satu Dun yang mempunyai majority ataupun kuasa penentunya undi kaum Cina. Ini di buat berdasarkan pihak Pakatan pembangkang ingin melihat bagaimana sentimen pengundi Cina kepada mereka bagi memastikan strategi dapat di atur menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Gomo tak terkejut dalam soal ini memandangkan Pakatan Pembangkang sedar bahawa undi orang Melayu dan India sudah kembali semula kepada BN namun Undi kaum Cina hanya meningkat sedikit berbanding undi kaum lain. Maka atas sebab itulah di muktamadkan oleh mereka untuk melihat apakah pengundi Cina benar benar sudah kembali kepada BN ataupun masih lagi bersama mereka pakatan Pembangkang.

Emmm itulah strategi mereka Pakatan pembangkang, dah kalah Pilihanraya taknak terima. Sekarang nak adakan pula PRK bagi mereka menjadikan Contoh. Jelas di sini mereka sebenarnya ingin memperbodohkan Rakyat Malaysia dan bukannya serius terhadap perjuangan kepada Rakyat.

Sah sah apa yang di rencanakan oleh mereka Pakatan pembangkang ini merupakan satu pembaziran Wang Negara dalam menjalankan PRK yang sengaja di reka oleh mereka.

Psssttt...Kalau berani Bubar lah Dun Selangor dan Pulau Pinang....amacam pakatan? baru lah kita tahu Test Power macam mana...ha ha ha


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Apakah Benar Timbalan Menteri Y Letak Jawatan?

Posted: 09 Mar 2011 08:25 AM PST




Timbalan Menteri Y sekarang ni agak sibuk dengan tugasan Menterinya. Emmm biarkan lah dia membuat urusan yang di pertanggungjawapkan kepadanya namun Tanggungjawap kita adalah mendesak Beliau mengundurkan diri dari Barisan Kabinet Dato Seri Najib.

Jom JOIN FB Saifuddin Abdullah Wajib Letak Jawatan KLIK DI SINI

Psssttt... khabarnya beliau ada hubungkait dengan perancangan 16 September, apakah benar?

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Nik Ajis Kecewa Wajahnya Kurang Terpampang Di PRK Kerdau Dan Merlimau

Posted: 09 Mar 2011 03:56 AM PST




Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.

Beliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lalu, adalah tidak relevan.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula.

"Ada pepatah Melayu berkata, bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah."

Beliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada juga beberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing.

"Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak," kata Rais.

Beliau berkata apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima.

- Bernama


Gomo: apa yang di katakan oleh Dato Seri Rais Yatim adalah benar dan seharusnya pihak PAS bermuhasabah diri yang mereka kini telah pun di tolak rakyat Malaysia khusunya orang Melayu.

Isu media di jadikan modal oleh pihak Pas walhalkan di Kelantan tak pula di pertikaikan peranan media. Mengapa di Prk peranan media yang menjadi keutamaan?

Sebenarnya Nik Ajis kecewa kerana di Prk Merlimau dan Kerdau wajah nya tidak banyak terpampang di billboard dan juga risalah. Emmm patut lah Nik Ajis marah.

Kelantan penuh dengan wajah nya yang dengan pelbagai memek muka, ada yang menangis, ada yang sedih dan mengambarkan dirinya seorang yang kedaifan. Walhalkan hakikat sebenar Nik Ajis hanya berpura pura bagi mendapat simpati rakyat Kelantan.

Semoga Nik Ajis sedar diri bahawa dirinya bukan lagi seorang selebrity tetapi tak ubah seperti Mubarak pemimpin Mesir yang wajar di singkirkan.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Sahabat-Gunung

Posted: 10 Mar 2011 01:19 AM PST

Sahabat-Gunung


Jaga Anak Lelaki Anda !!! Lelaki Y Akan Bebas .....

Posted: 09 Mar 2011 07:53 AM PST

Jaga-jaga anak lelaki anda.... lelaki ini akan bebas tidak lama lagi. Bila dah bebas apabila team peguambela Anwar berjaya 'membebaskannya' sebagai Lelaki Y ....

Anwar berjaya melepaskan diri, dan berjaya memberikan ilmu baru kepada peROGOL, peLIWAT dan yang seANGKATAN dengannya untuk melepaskan diri dalam kes-kes SEKS ini di masa depan ....

Dengan tidak memberikan sampel DNA, penjenayah SEKS di masa hadapan boleh terus merekrut pakatan baru dengan ilmu yang ilmu yang diturunkan Anwar hari ini ....

Hanya satu pesan aku, jaga-jagalah anak lelaki anda, khususnya buat mereka yang mempunyai anak lelaki yang jambu-jambu, jangan benarkan ada lagi lubang jubur anak lelaki yang menjadi mangsa Lelaki Y !!!!!

Persoalannya kini.... siapakah LELAKI Y yang telah menjuburi Saiful Bukhari???

Buku Jingga Boleh Buat Negara Bankrap Dalam Dua Tahun

Posted: 09 Mar 2011 06:56 AM PST

(Berita Dari Parlimen)

Seorang penyokong kerajaan yakin buku jingga yang dikeluarkan oleh pembangkang boleh menyebabkan Malaysia bankrap dalam masa dua tahun sekiranya pakatan itu diberi peluang menerajui Putrajaya.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata, ini kerana buku itu lebih bersifat manifesto politik dan populis yang boleh membahayakan negara.

"Saya amat kecewa bila melihat dan membaca buku jingga ini kerana berdasarkan fakta-fakta ekonomi yang terdapat di dalamnya, Malaysia boleh bankrap dalam tempoh dua

tahun sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang menguasai Putrajaya,"katanya.

Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, Abdul Rahman berkata, penghasilan buku jingga itu bukan berdasarkan kehendak rakyat kerana ia langsung tidak menggambarkan kehendak akar umbi.

Pakatan pembangkang memperkenalkan Agenda Pakatan atau dikenali sebagai Buku Jingga pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas. Buku Jingga turut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran pakatan pembangkang sekiranya diberi peluang menerajui negara.

Antara yang dicadangkan ialah mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihana Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Pakatan pembangkang juga bercadang menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diurus swasta kepada kerajaan selain menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

"Jika dilihat pada cadangan ini pastinya menggunakan banyak perbelanjaan misalnya untuk menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma sahaja sekurang-kurangnya memerlukan RM1.2 bilion, jadi kalau dikaji cadangan dan perbelanjaan yang akan dibuat boleh menyebabkan negara bankrap pada tahun kedua pembangkang menerajui negara.

"Walaupun mereka mendakwa buku ini digubal oleh pakar-pakar ekonomi, itu tidak bermakna ia menggambarkan kehendak rakyat secara keseluruhan dan ini amat berbeza dengan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya yang merujuk kepada program-program transformasi kerajaan seperti Model Baru Ekonomi (MEB) yang merangkumi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Malah, katanya sebelum MEB dilaksanakan kerajaan telah mengambil kira segala pandangan rakyat melalui pelbagai pendekatan antaranya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon, bengkel serta hari terbuka.

Selain itu katanya, buku jingga juga hanya menonjolkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja dan bukannya kepentingan pakatan pembangkang secara keseluruhan.

Anwar Kena Balun Lagilah Malam Nie .....

Posted: 09 Mar 2011 06:29 AM PST


Malam nie, Ummi Hafilda akan balun Anwar Ibrahim lagi..... Khabarnya, Ummi bersama Rahimi (bekas pembantu Anwar Ibrahim) dan Ghani Haron akan bersama-sama SSDE menggegar Shah Alam....

Lokasinya di Lot 1712, Jalan Landasan Bukit Kuda, Klang....

Sayangnya aku tak dapat bersama tengok Ummi lanyak Anwar lagi ....

Apapun, kita tunggu laporan sahabat-sahabat kita yang bersama Ummi membalun Anwar .... Tunggu yea !!!!


Maklumat Penting (Dari BBM)

Posted: 09 Mar 2011 02:42 AM PST


MAKLUMAT PENTING DARI POLIS: (Yang Harus Dikongsi Bersama)

Mesej penting untuk semua golongan wanita yang nak pergi ke tempat kerja, ke sekolah, kolej seorang diri.

Jika ada terjumpa seorang kanak-kanak menangis di jalanan & menunjukan anda alamat tempat tinggalnya & meminta anda membawanya ke alamat tersebut..

TOLONG bawa dia ke BALAI POLIS yang berhampiran..tidak kira apa pun yg terjadi.

JANGAN sesekali pergi ke alamat tersebut...

Ini adala TAKTIK terbaru satu kumpulan yg ingin MEROMPAK, MENCULIK & MEROGOL..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANEH MIANG

Posted: 10 Mar 2011 01:05 AM PST

PANEH MIANG


Pendeknya kau punya...

Posted: 09 Mar 2011 07:33 PM PST

Official

君が代は
千代に八千代に
さざれ石の
いわおとなりて
こけの生すまで


Rōmaji

Kimigayo wa
Chiyo ni yachiyo ni
Sazare-ishi no
Iwao to narite
Koke no musu made


English

May your reign
Continue for a thousand, eight thousand generations,
Until the pebbles
Grow into boulders
Lush with moss


Di atas ialah lagu kebangsaan (national anthems) negara Jepun yang merupakan lagu kebangsaan teringkas di dunia.

Kalangan pembangkang di negara ini pernah mempertikaikan lagu Negaraku kononnya tiada originality, terlalu ringkas, tidak membangkitkan semangat...bla...bla...bla!.

Walaupun lirik lagu kebangsaan Jepun pendek sahaja, malah lebih ringkas berbanding Negaraku, namun semangat patriotik, jatidiri, disiplin, kerajinan, dedikasi, keyakinan, kemajuan, kemodenan, pembangunan, kebijaksanaan, kebersihan, teknologi, impian; malah pelbagai ciri yang digalakkan Islam kepada umatnya turut dipraktikkan rakyat Jepun sehingga negara mereka dikagumi serta dijadikan model seantero dunia.

Rakyat Malaysia?

The Unspinners

Posted: 09 Mar 2011 11:39 PM PST

sekupangdua

Posted: 09 Mar 2011 11:26 PM PST

sekupangdua


PERAK CYBER TROOPERS KE SARAWAK? BIARLAH PAS MEROYAN KALAH!!!

Posted: 09 Mar 2011 02:57 AM PST

Bukan kita tidak tahu macamana MEROYANnya puak juak PAS ni, sampai sekarang dema asyik menyalahkan semua pekara dan menidak kan Karma, Takdir tuhan diatas kekalahan di MERLIMAU dan KERDAU nampaknya tak boleh diterima sebagai mana isu TEOH yang nak sangat menidak kan dia bukan bunuh diri tetapi sebaliknya, tak kan nak tentukan sebabnya dan orang kena percaya disebalik tujuan utama memburukkan pemimpin dan kerajaan, Apa kesahnya di belanda bila Paramugari yg jatuh bangunan seri dengan cerita teoh tak pulak nak diangkat ke makamah dan mendakwa kerajaan Belanda, bukan kah ini peluang PAS bila kita tahu Belanda diantara yang paling banyak menghina Islam dimata masyarakat dunia. jelas bila dah berhelah apapun sanggup dema lakukan demi kemenangan.
Biarlah dema dengan MEROYAN nyer... lantakler tak kan nak berguling pering teriak sampai keluar darah untuk sedih bersama dan menidak kan takdir tuhan serta kehendak rakyat! Teman rasa elok sangat tumpukan pada Next Episod... Dengarnya Perak Cyber Troopers disini yang terhasil dari saliturahim yang di wujudkan BPN nak turun ke Sarawak. Alhamdulillah... teman lega benor, lagipun semenjak dua ni BPN teman tengok lebih selesa dan makin arkab bila ada satu-satu pertemuan, siapa sangka Yang di sarawak, di Pahang, di Kedah dan datang dari Johor pun sanggup bila kita berjumpa di Perak. kali ni giliran kita pulak kesana, harap-harap jadilah demi menguatkan jentera cyber disana disamping berharap dapat duduk semej lagi sambil bincang PRU 13 yang bakal dihadapi nanti. selain itu teman juga berharap TASK force (Tempur Asak Serang dlm Komen) akan turut membantu tak kisah walaupun di semenanjung. Peranan mereka yang menjadi pengkritik dan berhijrah dari blog ke blog dengan KOMEN yang pedas akan sentiasa mewarnai Blog-blog yang di singgahi
BAGI TEMAN BPN LAYAK MENERAJUI PARA CYBER TROOPERS DI ALAMAYA, TIADA SEJARAH SEBELUM INI BILA GABUNGAN PEJUANG LAHIR DARI HATI DAN BERSAMA BERJUANG WALAUPUN TIDAK PERNAH BERTEMU MUKA SESAMA SENDIRI. TAHNIAH KEPADA YDP, PANGLIMA, CIKGU, ABANG TUAH, BH, GOMO, APAI DAN SEMUA BARISAN EXCO YANG ADA. BERGABUNG DIALAMAYA DAN PALING KLASIK DAN MENYENTUH GABUNGAN INI MERUPAKAN TERAWAL MALAH SEBELUM PERKASA DAN UMB DITUBUHKAN...

INSYALLAH SEMOGA KITA DALAM SATU SAF... ALLAHUKABAR!!!

oyabun

Posted: 09 Mar 2011 11:23 PM PST

oyabun


Gobalakrishnan baru tahu nikmat “bebas” selepas keluar PKR!

Posted: 09 Mar 2011 07:25 AM PST

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bangkit buat kali pertama berbahas sebagai wakil rakyat Bebas hari ini, berkata beliau berasa "bebas" sejak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sekarang saya bebas, bila saya bebas setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan).

"Selepas 12 tahun (dalam politik) baru saya bebas, hirup udara pun saya rasa bebas, duduk dalam dewan yang mulia ini saya rasa bebas betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia)," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Gobalakrishnan yang keluar dari PKR pada 29 Januari lepas juga mendedahkan sehingga kini beliau masih membayar ansuran bulanan dua buah kereta yang diguna oleh pengawal peribadi Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

"Saya boleh ada seorang pembantu yang perlu saya bayar RM2,000, tetapi saya korbankan untuk bayar kereta bodyguard supaya "bakal perdana menteri" kita selamat," katanya.

Beliau juga mendakwa pejabat Ketua Pembangkang itu tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Gobala oh Gobala...baru anda sedar kebebasan itu hanya boleh dinikmati apabila anda keluar dari 'kandang zoo pakatan rakyat'. Yang masih duduk di dalam tu bila lagi nak nikmati kebebasan...? Tunggu apa lagi..Chow la..Pakat Keluar Ramai-ramai..!!!

Wasabi Oyabun..

AZLI SHUKRI

Posted: 09 Mar 2011 11:23 PM PST

AZLI SHUKRI


Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Posted: 08 Mar 2011 11:25 PM PST

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca.

1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk 'A doctor in the house' yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa.

2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada 62 bab. Bab pertama mengenai kemasukan Anwar ke dalam UMNO, dan yang kedua –yang paling ditunggu-tunggu, mengenai pemecatan Anwar dan pembabitan bekas timbalan perdana menteri itu dalam aktiviti seks luar tabii. Tulis Dr Mahathir, dalam bab ke 53 bertajuk 'Anwar's Challenge' beliau pertama kali dimaklumkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berhubung dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual.

3. Kemudian, pada 1997, beliau menerima surat dari perempuan bernama Ummi Hafilda Ali, yang kata Dr Mahathir "Isinya menganggu saya kerana lebih spesifik dan lengkap mengenai dakwaan liwat membabitkan Anwar'. Pun begitu, kata Dr Mahathir, tuduhan itu seperti tidak masuk akal, jika dakwaan membabitkan Anwar mempunyai 'hubungan' dengan perempuan, "Saya tidak begitu terkejut, tetapi bagaimana orang yang kelihatan alim ini berkemungkinan terlibat dengan aktiviti homoseksual?" Pada mulanya, Dr Mahathir tidak mengambil serius surat Ummi, tetapi sebulan kemudian, Ummi hantar lagi satu surat, yang memaklumkan beliau menarik semua tuduhannya sebelum ini.

4. "Saya hairan kenapa dia nafi apa yang dia kata sebelum ini," tulis Dr Mahathir. Beliau hanya memandang kes tersebut secara serius apabila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor dan pegawai peyiasat ( ketika itu) Tan Sri Musa Hassan menunjukkan bukti "termasuk gambar dan pengakuan mereka yang terlibat. Saya sedar saya tidak boleh mengabaikan maklumat ini" Kata Dr Mahathir, beliau mahu bertemu dengan saksi dan bercakap sendiri dengan mereka secara peribadi.

5. "Saya bertemu mereka secara persendirian, di rumah rasmi saya di Sri Perdana, saya beritahu mereka bahawa perbualan ini adalah sulit dan saya hanya mahu mendengar cerita mereka untuk diri saya sendiri,"katanya. Antara yang beliau temui Azizan Abu Bakar, iaitu bekas pemandu isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Polis beritahu Azizan banyak kali diliwat Anwar. Saya tanya Azizan mengenai dakwaan tersebut, dan sudah tentulah beliau takut kerana Anwar merupakan timbalan perdana menteri.

6. "Ketika perjumpaan itu, Azizan gementar dan tidak selesa. Azizan menceritakan pada saya secara teliti bila kali pertama kejadian itu berlaku. Dia kata dia takut sebab Anwar begitu berpengaruh, dan boleh menyebabkan banyak masalah kepadanya, sebab itulah kata dia tidak melawan,". "Saya tahu betapa susah untuk ingat tarikh dan waktu sebenar bila ia berlaku, jadi saya tidak beri perhatian kepada perkara-perkara tersebut. Tapi pertemuan itu cukup untuk menyakinkan saya bahawa dia (Azizan) bercakap benar.

7. "Dalam mahkamah, tarikh dan masa sebenar kejadian adalah perkara penting, dan mencukupi untuk mensabit atau menbebaskan seseorang, tapi saya ragu sekalipun hakim atau peguam dapat mengingati secara tepat apa yang mereka lakukan setahun lalu. "Ada orang simpan diari, tetapi tidak ada siapapun yang rekod semua yang dilakukannya setiap hari," kata beliau. Dr Mahathir berkata beliau juga menyoal empat wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan 'seseorang yang berpengaruh".

8. Dr Mahathir menulis bahawa mereka dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla. "Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills (Bukit Tunku). Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri. "Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks," tulis Dr Mahathir.

9. "Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," tulis Dr Mahathir. Mengenai dakwaan beliau melakukan konspirasi politik, kata Dr Mahathir, "Bagaimana orang boleh mempercayai ini (teori konspirasi), kalau hendak berkonspirasi melawan Anwar, saya perlu menggunakan polis, Peguam negara dan pendakwaraya, saksi-saksi, hakim, pakar makmal forensic, dan ramai lagi sebagai rakan subahat saya" "Sudah pasti, seseorang dari yang ramai itu membocorkan perkara yang kami rancangkan kepada umum.

10. Tetapi tidak ada siapa yang muncul dan mendakwa bahawa saya memaksa beliau untuk menipu bagi menyokong dakwaan saya (terhadap Anwar). Dr Mahathir turut memuatkan sebahagian dari penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat. Dalam penghakiman tersebut hakim-hakim membuat kesimpulan bahawa aktiviti homoseksual berlaku tetapi kerana masalah teknikal maka kes tersebut digugurkan.

11. Kata Dr Mahathir, biasanya beliau seorang yang pemaaf dan biasa memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah 'lawan' beliau secara politik. "Bahkan seorang dari mereka saya namakan sebagaikan penganti selepas Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri, tapi saya susah untuk memafkan Anwar kerana merosakkan nama baik saya di mata dunia," katanya. Beliau menutup bab tersebut dengan menulis bahawa Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia hari ini, tetapi perkara itu tidak berlaku kerana tindakannya sendiri. "Pilihan yang saya ada hanyalah memecat beliau dan saya lakukan apa yang saya fikir terbaik untuk negara ini. Saya mungkin buat banyak silap, tetapi memecat Anwar bukan satu kesilapan sama sekali,"katanya. Memoir tersebut dijual dengan harga RM100 setiap naskah dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara.

My Longest Yard

Posted: 09 Mar 2011 11:22 PM PST

My Longest Yard


Sukar Untuk Maafkan Anwar: Dr Mahathir

Posted: 09 Mar 2011 04:51 PM PST


KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah sukar baginya untuk memaafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tindakan bekas Timbalannya memburuk-burukkan beliau di mata dunia.

Dalam autobiografinya "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang dilancarkan semalam, Dr Mahathir berkata selepas dipecat, Anwar menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat pemecatannya adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menghalangnya menjadi perdana menteri.

Anwar juga katanya, meluangkan banyak masa mengampu pemimpin Umno peringkat bahagian dan anggota di cawangan bagi mengangkat dirinya terutama pada kalangan orang kampung, dan menjadikan beliau sebagai seorang yang zalim di mata alim ulama.

"Tidak dapat dinafikan Anwar seorang yang berkarisma dan beliau tahu bagaimana mendapatkan sokongan rakyat. Semua yang saya lakukan untuk Anwar sebelum ini diketepikan begitu saja. Saya dilihat sebagai menzalimi beliau dan mencampakkan beliau ke penjara, seolah-olah tanpa dibicarakan.

"Apabila nama saya disebut dalam buku atau artikel, saya digambarkan sebagai Perdana Menteri yang memenjarakan Timbalannya. Hakikat bahawa beliau didakwa dan dibicarakan di mahkamah tidak pernah disebut," katanya.

Mahathir berkata sebagai seorang yang pemaaf, beliau banyak menghidupkan semula kerjaya pemimpin yang cuba memusnahkannya menerusi politik, malah menamakan seorang daripada mereka sebagai pengganti beliau, tetapi mendapati sukar untuk memaafkan Anwar.

Beliau juga berkata Anwar gagal menjadi Perdana Menteri hari ini kerana tindakan sendiri.

"Beliau tidak memberi saya sebarang pilihan kecuali memecatnya dan saya lakukan apa yang saya fikir baik untuk negara. Saya mungkin telah melakukan banyak kesalahan tetapi memecat Anwar bukan satu daripadanya," kata beliau. -Mstar

Belantan

Posted: 09 Mar 2011 11:19 PM PST

Belantan


SAJAK KITA TERTIPU LAGI !

Posted: 09 Mar 2011 10:09 PM PST


**************************
Ketahuilah

Satu Malaysia ini, sekarang

Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim

Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka

Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan?

Tak ada seorang pun pandai

Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai

Lain semuanya tak guna

Tak layak jadi Perdana Menteri

Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu

Pemimpin penyokongnya bebal membisu

Hati di dalam masih bernafsu

Siapa orangnya?

Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim

Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak

Sebab itu masa dalam penjara dulupun masih nak teriak

Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn.....

Orang lain tak mampu

Orang lain zalim

Orang lain ada kroni

Orang lain ada nafsu

Aku cuma ada topeng palsu

Siapa orangnya?

Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu

Tak ada seorang pun layak jadi PM

Aku boleh dipercayai

Aku dimanjai

Aku cepat dapat jawatan tinggi

Tangan kananku indah terperi

Tak siapa tahu tangan di kiri

Banyak rahsia diam tersembunyi

Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang

Anwar Ibrahim menghina kita semua

Dia seorang saja yang maha bersih

Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur

Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga

Nilainya di luar bukan di hati

Menjaja di sana sini perjuangan mimpi

Jangan disentuhnya sama sekali

Siapa orangnya?

Siapa penyokongnya?

Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati

Mahukah kita ikut sekali?

Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita

Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua

Apakah kita tidak terasa terhina?

Aku sangat rasa terhina.
***************


Suara Politik
Taminsari

MERBOK TIMES

Posted: 09 Mar 2011 11:17 PM PST

MERBOK TIMES


DS Najib telah mendapat ramuan kejayaan BN

Posted: 09 Mar 2011 09:48 PM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat ramuan kejayaan selepas Barisan Nasional (BN) menewaskan pembangkang dengan cemerlang dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak kebekangan ini.

Menurut beliau ramuan tersebut ialah factor calun yang tepat dia mana calun mestilah tidak korup, tidak kaki perempuan, tidak berfoya-foya, tidak menipu penyokong, tidak mengunakan wang semasa pemilihan UMNO, tidak melaga-lagakan sesama ahli UMNO dalam bahagian dan tidak sombong.

Perdana Menteri juga berkata, prinsip itu akan dijadikan kriteria utama bagi BN kerana pemilihan calon yang tepat merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan kemenangan pada setiap pilihan raya.

Jika DS Najib berpegang teguh dengan prinsip ini maka ternyatalah Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah ini ramai yang tidak layak menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang.

Yang terbaru ucapan Ketua UMNO Bahagian Merbok telah menjadi bahan tertawa ketua-ketua cawangan UMNO apabila beliau dengan riak berkata "PASTIKAN SAYA MENANG SEBAGAI AHLI PARLIMEN MERBOK DALAM PRU YANG AKAN DATANG!".

Ucapan ini dilontarkan semasa perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Merbok di Kismec baru-baru ini. Mungkin beliau yakin bahawa beliau adalah "winnable candidate".

Panglima Perang Cyber

Posted: 09 Mar 2011 11:09 PM PST

Panglima Perang Cyber


Edisi Sedih : Sajak - Jika Mama Saiful Masih Hidup !!!

Posted: 09 Mar 2011 07:59 PM PST



Sajak : Jika Mama Saiful Bukhari masih hidup 




Jika mama Saiful masih hidup
Maka hidupnya tidak akan bererti lagi

Jika mama yang melahirkan melihat derita 'liwatnya'
tentu hancur luluh jiwa insan paling penyayang atas dunia

Jika mama Saiful masih hidup
air matanya pasti terus mengalir tanpa henti 

Jika mama Saiful masih hidup,
pasti dia lebih 'garang' dari Ummi Hafilda menghentam Al Juburi.

Tetapi jika ibu Saiful masih hidup 
maka hidupnya tidak akan bererti lagi

Kerana maruah anak kesayangannya 
sudah diliwat oleh bakal Perdana Menteri !!!






Saiful bersama arwah ibunya ketika berusia 1 tahun.






Lihat ucapan mangsa liwat Saudara Saiful Bukhari kepada arwah mamanya 

yang juga penyokong Anwar Ibrahim satu ketika dulu.







Video Mama Saiful Adalah Penyokong Anwar




Rayuan Ayah Saiful Bukhari Agar Anwar Bersumpah


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Twitter Saiful Bukhari : Ahli Mesyuarat Kondo Bersama Anwar Akan Didedah Hari Ini Dan Gambar Beliau Di Mekah !!!

Posted: 09 Mar 2011 05:52 PM PST

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 








Info ini ditulis oleh Saiful Bukhari 59 minit yang lalu. Klik twitter beliau di sini http://twitter.com/#!/SaifulBukhari





Lihat juga gambar beliau di Mekah bukti berani pijak bumi suci Baitullah untuk difikirkan oleh para juak-juak Fuckatan Royat bahawa beliau bukan peliwat tetapi mangsa liwat dan bukan buat fitnah. Syabas kepada Saiful dan moga kemenangan akan memihak kepada anda !!!



Edisi Pagi : Gambar Saifuddin dan Nurul Izzah Binti Anwar Terbongkar !!!

Posted: 09 Mar 2011 03:54 PM PST

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 


Mesti ada orang bertanya, kenapa kita nak desak orang yang dilantik PM menjadi ahli kabinet ini agar berundur ? Ini kerana banyak perkara yang dibuat meskipun dilihat ada kebaikan tetapi keburukan yang tercetus oleh beliau lebih besar dan bahaya.

Contohnya : isu pro Mahasiswa yang dibela oleh Saifuddin termasuk insiden di Galas yang mana diberitakan beliau meminta mahasiswa yang ditahan semasa kempen agar dibebaskan. Kenapa pelajar dibela sedemikian rupa ?  Beliau juga tidak mahu AUKU diteruskan bagi membuka pintu kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. Di zaman beliau juga pelajar merusuh di UPM termasuk berani mencuri fail di UM. 

Bahkan beliau juga turut dikaitkan dengan pemikiran ala liberal sejenis dengan apa yang dibawa oleh mantan Mufti Perlis seperti yang didedahkan di sini beberapa ketika lepas tentang isu tangkapan khalwat yang dibuat pegawai jabatan agama yang dikritik olehnya. Sehingga sampai peringkat menghina Ulama seperti Mufti Perak dan Ust Hassan Din Al Hafiz Pegawai Istana Negara. Linknya ada di bawah.


Di sini disenaraikan 5 sebab utama kenapa kita membongkar tentang beliau :
  1. Sokong buku Jingga http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/saifuddin-abdullah-sokong-buku-jingga.html
  2. Sombong http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/papagomo-dialog-balun-di-kerdau-dan.html
  3. Hina Mufti http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/lagi-sebab-kenapa-saifuddin-abdullah.html
  4. Hubungan dengan GAMIS http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/apa-motif-timbalan-menteri-kpt.html
  5. Kesepakatan Blogger http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/untuk-perhatian-perdana-menteri-senarai.html

Diharap Ahli Parlimen Temerloh ini akan mengambil langkah yang pro aktif samada untuk membersihkan diri beliau atau mendegilkan diri walaupun membaca kritikan kami. Keputusan akhir di tangan Perdana Menteri.


Tugas blogger pertahan negara dan juga perbaiki kepincangan yang dirasakan perlu diperbetulkan agar tugas Perdana Menteri akan lebih mudah dengan adanya pasukan bloggers seperti kami ini.


Harap juga siapa dapat bongkar pemilik Kolej Teknologi Timur (KTT) yang disiar sedang membina bangunan sendiri bernilai RM25 - 30 juta di sini kerana dengar ceritanya MP Temerloh ini ada kaitan dengan KTT tersebut.


Jika pegawai khas beliau ada penjelasan sila berhubung melalui email panglimaperangcyber@yahoo.com dan bolehlah menjelaskan perkara di atas dengan terperinci jika ia tidak benar. Namun awas jangan cuba putar belit dengan kami kerana kebenaran tetap kebenaran walaupun anda cuba sembunyikannya.


Bloggers juga bersedia menemui beliau dan jangan ada pula yang enggan menemui MP Temerloh atau menghalang rakan bloggers lain bertemu beliau selepas beliau sanggup bertemu dengan golongan kita demi membersihkan namanya.


Terima kasih !






Gambar dari blog Nurul Izzah di sini


Sebelum pergi sila klik Fanpage desak Saifuddin Abdullah berundur di sini

RM 76.2 Bilion + RM 14 Bilion - Berapa Jawapannya ?

Posted: 09 Mar 2011 05:54 AM PST

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 


Pinjaman RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan
09/03/2011 3:37pm



CYBERJAYA 9 Mac - Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dijangka mengagihkan pinjaman berjumlah RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan tahun ini.

"Ia lebih tinggi berbanding tahun lepas sebanyak RM5.9 bilion, berikutan kenaikan dalam saiz maksimum pinjaman perumahan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini," kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein kepada pemberita di sini.

Kerajaan telah menyemak semula struktur pinjaman berkuat kuasa 1 Januari 2011 dengan pertambahan 15 peratus dalam jumlah pinjaman maksimum kepada RM450,000 daripada RM360,000.


Sejak diperkenalkan, bahagian itu telah mengagihkan lebih RM76.2 bilion pinjaman kepada 975,549 kakitangan kerajaan. - Bernama




Subsidi minyak akan ditambah RM4 bilion lagi


09/03/2011 5:17pm


KUALA LUMPUR 9 Mac - Kerajaan dijangka menambah subsidi sebanyak RM4 bilion sekiranya harga minyak global kekal tinggi melebihi AS$100 setong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan tambahan kepada RM10 bilion yang diperuntukan kerajaan pada masa ini. - Utusan



Panglima : Jika RM 14 Bilion Dijimatkan separuh daripadanya dengan menaikkan harga minyak sedikit agar perbelanjaan Kerajaan dapat dijimatkan, selain mengurangkan pembaziran dalam majlis dan keraian agensi kerajaan maka banyak bilion dapat diguna untuk kebajikan rakyat.

Kalau ada peruntukan kadar 10% = RM 1.4 juta dari jumlah tersebut untuk bloggers buat kerja lawan Fuckatan Rakyat, pun dah lebih dari cukup untuk kelengkapan bersenjata alam siber. Tetapi tidak tahulah jika 'tangki minyak' terlalu besar dan cepat kering minyak maka duit berpuluh juta pun tidak mencukupi. Kesian UMB kekeringan dana untuk bantu penerangan kendalikan perang alam maya.


Kesimpulannya : rakyat juga boleh berbakti kepada negara dengan mengeluarkan sedikit wang tambahan untuk tampung kenaikan harga minyak, selepas segala usaha menemui jalan bantu. Rakyat kita ramai yang pandai bersyukur pasti mereka akan pulangkan sebahagian nikmat yang diperolehi itu kepada Kerajaan. Orang bersyukur tentu akan bertambah harta, kawan, ilmu, iman dan juga rezeki.

Terima kasih Kerajaan kerana peruntuk RM 90.2 bilion untuk kami sebagai rakyat jelata !!!


Apa komen anda?

Demo Ganas Ikut Sunnah Di UM - Contoh Terbaik Ajaran PASShit !!!

Posted: 09 Mar 2011 03:50 AM PST

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 



Nak baca lagi klik sini

Saifuddin Abdullah Sokong Buku Jingga Fuckatan ?

Posted: 09 Mar 2011 01:58 AM PST

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 





Ni ahli Parlimen BN ke Fuckatan ? Kesian betul tengok terhegeh-hegeh nak raikan Buku Jingga. Apa kata PM dengan anak buah yang 'cerdik' lagi 'intelektual' ini ?

Semoga cepatlah 'naik pangkat' dengan bodek PM tiap hari di twitter.

Lagi sila klik sini


Papagomo : Dialog 'Balun' di Kerdau Dan Akhirnya Saifuddin Abdullah Mohon Maaf !!!

Posted: 09 Mar 2011 12:41 AM PST

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 




cerita lanjut tentang dialog beliau di Kerdau sila klik blog sahabat Panglima Mr Papagomo di sini

Buku Tun Mahathir 'A Doctor In The House' Rakaman 85 Tahun Pengalaman Telah Mendapat Sambutan Sangat Hebat !!!

Posted: 08 Mar 2011 11:29 PM PST

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 




Nak beli klik sini http://www.mphonline.com/ 


Sebelum itu baca laporan Utusan Malaysia di bawah :




Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my




Orang ramai berbaris panjang mendapatkan tandatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sesi autograf selepas majlis pelancaran buku A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR 8 Mac - Buku memoir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad dilancarkan pada satu majlis di East Atrium Concourse, Mid Valley Megamall di sini hari ini.

Buku terbitan MPH Group Publishing Sdn. Bhd. setebal 800 halaman dan berharga RM100 senaskhah tersebut akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup bekas Perdana Menteri itu yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya.

Dr. Mahathir berkata, buku tersebut merupakan memoir dan pengalaman hidupnya selama 85 tahun, mengisahkan mengenai pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan dan perlu dielakkan oleh semua orang dalam kehidupan mereka.

"Saya mengambil masa selama lapan tahun untuk menulis buku ini. Saya berharap semua orang mengambil iktibar daripada buku tersebut.

"Apa sahaja pandangan yang diberikan selepas membaca buku itu adalah terpulang kepada mereka," katanya pada majlis pelancaran buku tulisannya itu di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Sementara itu, Pengurus Besar MPH, Ivy Tan berkata, buku itu memaparkan sejarah Malaysia yang dilihat daripada kaca mata tokoh yang sentiasa memainkan peranan penting, termasuk dalam menentukan pertumbuhan dan pembangunan negara.

Buku itu juga katanya, memuatkan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri yang disampaikan secara terus terang, spontan dan adakalanya dalam nada jenaka.

Beliau juga berkata, untuk edaran pertama, MPH telah mencetak sebanyak 50,000 naskhah dan ia boleh didapati di kesemua kedai buku dan cawangan MPH Bookstore di seluruh negara.

Menurutnya, lebih 1,000 naskhah telah dijual sejak buku itu mula dipasarkan hari ini.

"Pada majlis perasmian hari ini sahaja, sebanyak 253 naskhah telah dijual," katanya.

Tan dalam pada itu berkata, sebaik dipasarkan, buku itu turut menarik minat orang luar apabila pihaknya menerima tempahan secara dalam talian dari Amerika Syarikat (AS), Indonesia dan juga Singapura.

Fikiran Kami

Posted: 09 Mar 2011 09:37 PM PST

Fikiran Kami


GEMPAR! Nik Aziz dilantik sebagai CEO!

Posted: 09 Mar 2011 08:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaring Communications Sdn Bhd, melantik Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai ketua pegawai eksekutif barunya, menggantikan Dr Mohamed Awang Lah, berkuat kuasa 1 Mac 2011.

Nik Abdul Aziz, 42, akan menerajui Jaring dalam meningkatkan prasarana dan perkhidmatan rangkaian negara bagi memenuhi aplikasi yang sentiasa berkembang perlahan-lahan dan pertumbuhan pesat bilangan pengguna Internet, ketika negara bersiap sedia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu, hari ini. Beliau adalah pengarah kanan yang bertanggungjawab bagi Sistem Maklumat Strategik dan ahli EXCO Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari 2008 hingga 2010 dan, sebelum itu, menerajui projek-projek pembangunan IT utama sebagai naib presiden kanan dengan Khazanah Nasional Bhd dari 2005 sehingga 2008. - BERNAMA


Kami: Ha ha ha.. celako! celako! celako! Kawe keno tipu sokmo. Fitnah belako ni! Nate mu! Ingat mu sore ko hok buleh guno namo Nik Aziz!

PenangWasabi

Posted: 09 Mar 2011 09:33 PM PST

PenangWasabi


Kerajaan biaDAP Penang nak bangunkan kawasan tapak perkuburan lama Cina pulak!

Posted: 09 Mar 2011 07:07 AM PST

Bantah kubur nenek moyang berusia 122 tahun digali.

Dah jadi macam 'Belanda dapat tanah' pulak dah kerajaan biaDAP Penang ni. Tak cukup dengan tanah yang ada sekarang, tanah kubur pun nak mereka sapu! Anggota keluarga kepada 56 orang yang dikebumikan di tanah perkuburan berusia 112 tahun di Batu Lanchang menuduh pihak berkuasa tidak berlaku adil kerana meluluskan kerja-kerja penggalian kubur nenek moyang mereka walaupun mendapat bantahan.

Yeoh Cheang Pew, 80, dan Yeoh Cheang Huat, 65, yang bercakap bagi pihak keturunan yang lain berkata, mereka bergegas pulang dari Teluk Intan dan Sitiawan hanya untuk merayu pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja itu.

"Kami dapat bercakap dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow untuk menangguhkan keputusan memusnahkan kubur-kubur itu," kata Cheang Huat kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap orang di sini menentang tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan permit bagi menggali kubur nenek moyang mereka. Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju untuk meneliti perkara itu dan berjanji untuk memberi respons terhadap permintaan mereka dengan segera.

Cheang Huat berkata, ada kes mahkamah berhubung tanah itu yang masih belum selesai dan MPPP perlu menunggu agar kes itu diselesaikan sebelum membenarkan kubur itu dimusnahkan.

Difahamkan kawasan yang mengandungi tanah perkuburan itu telah dijual oleh salah seorang keturunan itu kepada pihak ketiga dengan harga RM470,000. Ia kemudiannya dijual kepada pihak keempat dengan harga lebih RM23 juta. Pemilik sekarang ialah pemaju, Jiran Bina Sdn Bhd.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata kes mahkamah yang belum selesai itu yang didakwa oleh keturunan berkenaan tidak berkaitan dengan kerja-kerja penggalian kubur itu.

"Pemaju sebagai pemilik tanah boleh memohon kebenaran jika mereka memenuhi prosedur dan MPPP boleh meluluskannya," katanya ketika dihubungi.

Ng juga mendakwa kerajaan negeri telah mengatur satu pertemuan dengan semua keturunan berkaitan pada Disember tahun lepas tetapi tiada seorang yang hadir.

Terdapat lebih daripada 50 perkuburan di Lorong Batu Lanchang termasuk perkuburan Tan Hup Chui, pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, dan Lim Ko Seng, seorang dermawan terkenal.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sejarah Pulau Pinang semasa zaman kejayaan mereka. Selain keluarga Tan dan Lim, keluarga lain yang dikebumikan di situ termasuk Kam, Yeoh, Chuah, Koay, Teoh, Goh, Yap dan Ong.

Dilaporkan kerja-kerja penggalian tanah perkuburan itu dijalankan bagi memberi jalan kepada projek pembinaan rumah bernilai RM300juta. Pembangunan tanah itu dijangka dimulakan tahun depan. Projek itu mengandungi 91 rumah teres, 299 apartmen dan 234 unit kos sederhana rendah.

Lantak la hangpa..PW tolong bagi habaq ja no!!!

Penang Wasabi..

Kerajaan biaDAP Pulau Pinang gagal!

Posted: 08 Mar 2011 10:57 PM PST

Ketidakmampuan kerajaan DAP menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya walaupun sudah diberi peluang selama tiga tahun memerintah negeri ini membuktikan kegagalan pihak pembangkang sebagai sebuah kerajaan di Pulau Pinang.

Para pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini juga menyifatkan kegagalan itu sebagai isyarat jelas kepada rakyat bahawa segala janji manis parti pembangkang sebelum ini hanyalah helah untuk mendapat kuasa walaupun menyedari ia tidak akan dapat ditunaikan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tiga tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya sarat dengan retorik politik sehingga banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.

"Rakyat sebenarnya meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada janji-janji pihak pembangkang tetapi selepas tiga tahun diberi peluang memerintah, kerajaan negeri tidak menunaikannya dan ini menyebabkan rakyat kecewa. Ini satu realiti.

"Tiga tahun bukan masa yang pendek, sekurang-kurangnya kita perlu tanya sejauh mana janji-janji itu sudah dikotakan. Tapi nampaknya kerajaan negeri lebih suka berpolitik sehingga satu persatu masalah rakyat yang timbul tidak dapat diselesaikan," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pencapaian pemerintahan DAP di negeri ini yang genap tiga tahun esok, sejak menerajui Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Antara kandungan manifesto parti pembangkang sewaktu pilihan raya umum lalu adalah menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala) dan bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah.

Sepanjang kempen itu juga, pakatan pembangkang berjanji akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas selain menghapuskan bayaran parkir kereta pada hari Sabtu dan Ahad.

Mengulas perkara sama, Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong mendakwa, kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang meletakkan harapan untuk melihat perubahan seperti dijanjikan.

"Janji bukan sahaja tidak ditunaikan malah lebih menyusahkan. Contoh paling jelas, mereka janji mahu beri parkir percuma pada Sabtu dan Ahad tetapi ia bukan sahaja tidak ditunaikan malah di kawasan tertentu tempoh penguatkuasaan peraturan itu dipanjangkan dari pagi hingga malam.

"Prestasi sektor ekonomi juga jatuh dan kerajaan DAP sebenarnya hanya bergantung kepada kejayaan-kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang membawa banyak pelaburan asing ke Pulau Pinang," tambahnya.

Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K Subbaiyah berkata, senario politik Pulau Pinang sepanjang tiga tahun kebelakangan ini memperlihatkan sikap kerajaan negeri yang hanya berpolitik serta menjalankan program bersifat publisiti murahan.

Katanya, hakikat itu jelas apabila janji-janji atas nama mahu membela rakyat yang dilaung-laungkan sebelum ini tidak dibuktikan melalui tindakan.

"Misalnya, kita tidak akan lupa bagaimana penduduk Kampung Buah Pala dianiaya sedangkan pakatan pembangkang ketika kempen pilihan raya berjanji dan bersumpah untuk menyelamatkan kampung mereka, tapi akhirnya mereka dihalau begitu saja.

"Mereka meraih publisiti dengan memberi sedikit wang kepada warga emas tetapi pada masa yang sama tergamak meroboh gerai penjaja-penjaja serta pekebun kecil. Beginikah kerajaan yang dikatakan berjiwa rakyat?," katanya.

DIMANA PAKATAN MEMERINTAH, DISITULAH RAKYAT MEREMPAT!!!!

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 09 Mar 2011 09:31 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Saifuddin Jumpa Anwar Ibrahim

Posted: 09 Mar 2011 08:01 PM PST

8 Mac 2011, Saifuddin berjumpa Nurul Izzah di UM, dalam perjumpaan tersebut Saifuddin telah memuji Anwar Ibrahim sebagai seorang personaliti yang hebat. Biarpun sudah ditegur dan dikritik kerana terlibat sama dengan Nurul Izzah di UM, namun nampaknya Saifuddin masih lagi tidak serik. Rakan yang cuba menegur mahu dibalun cukup cukup tetapi dengan pihak lawan boleh berunding sama dalam satu forum. Pada 12 Mac 2011, Saifuddin khabarnya akan berjumpa dengan Anwar Ibrahim atas satu pentas di KUIS dalam "Pentas Mahasiswa" yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Apakah siri-siri pertemuan pada 8 Mac dan 12 Mac sudah dirancang lebih awal? Kumpulan pelajar yang pro kerajaan teringin sekali melihat apakah Saifuddin ada keberanian untuk membalun Anwar Ibrahim atas "Pentas Mahasiswa". Beranikah junior MCKK membalun senior MCCK atas pentas tersebut?. Dari segi semangat BN, Saifuddin sebenarnya gagal membawa prinsip dan perjuangan bersama. Senada dengan kumpulan pembangkang dan memuji bekas seniornya dalam MCKK membuktikan kesetiaan Saifuddin boleh dipersoalkan. Sampai bila pemimpin-pemimpin BN mahu membiarkan sahaja Saifuddin ini?

PISAU.NET

Posted: 09 Mar 2011 09:21 PM PST

PISAU.NET


Undi BN Masuk Neraka

Posted: 09 Mar 2011 07:14 PM PST


Mazlan Aliman,pengerusi pertubuhan ANAK haram sekali lagi mengikut jejak wali besar junjungan khawarij PAS berkata mengundi PAS dapat saham ke syurga.Undi BN masuk neraka.

Beliau berceramah di Markas Khawarij Kampung Serdang Setiawan Perak turut mengugut jika mengundi BN maka akan dapat saham ke neraka. Inilah contoh bagaimana khawarij PAS begitu komited mengkafirkan umat Islam.Malah hal syurga dan neraka dijadikan taruhan agar meraih sokongan terhadap mereka.


Politik syurga neraka,pahala dan dosa di gunakan untuk memperbodohkan umat Islam.Mana mana pihak yang tidak bersetuju dan seteru maka jatuh hukum sebagai jahiliah,kafir dan masuk neraka.


Mana mana batang tubuh yang menyokong khawarij maka secara otomatik mendapat imbuhan pahala dan dijanjikan syurga.Begitulah mudah betapa politik melacurkan agama dihalalkan asalkan tercapai matlamat.


Pisau kata "Nik Ajis pun sekarang dah pakai lampin dewasa,macam mana dia nak jadi imam,nanti bocor"

Najib Buat Hal,Pakatan Tak Bising Pulak?

Posted: 09 Mar 2011 04:30 PM PST


Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan melancarkan Skim Rumah Pertamaku bagi memberi peluang kepada golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk membeli kediaman pertama mereka berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Di bawah skim itu, para pembeli tidak perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti amalan institusi perbankan tempatan selama ini.-utusan




Skim ini membuktikan kerajaan begitu prihatin terhadap golongan muda untuk memiliki rumah. Bukan mudah zaman sekarang untuk memiliki rumah sendiri,tambahan yang bergaji dibawah 3000.


Usaha dan iltizam oleh kerajaan BN benar benar mendahulukan kepentingan rakyat. Perkara baik baik yang dilakukan oleh kerajaan BN bukannya puak haprak nak puji. Depa diam saja,tapi balun jugak skim kerajaan.


Pisau kata " patutlah golongan muda sokong BN"

Saifudin:YB Yang Kurang Bijak

Posted: 09 Mar 2011 10:36 AM PST


Dalam kesibukan PRK Kerdau, timbul pelbagai cerita pak menteri seorang ini.Semasa PRK lah peluang terbaik bertemu pak menteri tanpa perlu ada temujanji.Peluang ini diambil oleh Gomo untuk bertanyakan mengenai pilihanraya kampus kepada timbalan menteri Yb Saifudin.


Dengan harapan untuk mendapatkan satu temu janji bersama bloggers agar dapat penjelasan.Tetapi sebaliknya dibalas dengan kata kata penghinaan terhadap komuniti bloggers pro BN.Keintelektualan blogger dipertikaikan,kononnya bloggers tidak faham akan politik baru.Kononnya hanya fahaman itu buat pendokong politik makam makam yang tinggi.



"Politik baru" dan "keintelektualan" fahaman YB Saifudin Abdullah lebih mendokong dan condong kepada fahaman Anwar.Blogger bukannya bodoh,bukannya tuli dan bukannya kurang akal. Untuk mendekati golongan Mahasiswa Yb Saifudin tidak perlu memperlekehkan aspirasi BN. Takkan nak mengorat calon bini baru burukkan bini tua?Itu bukannya caranya berkempen mendekati golongan muda.


Menyokong Buku Jingga bermakna secara terang terangan menolak dasar BN,adakah buku gay oren itu sudah cukup dijadikan sebagai rujukan walhal dipenuhi janji bulan dan bintang.

Apa jenis pendekatan yang diguna pakai oleh Yb Saifudin? Menyokong politik baru Anwar?Menyokong Buku Jingay? Kemarahan rakan rakan bloggers ada asasnya bukan membuta tuli.


Ramai pak menteri bertemu dan memberi penjelasan dan penerangan kepada bloggers malah bertukar pandangan dalam pelbagai isu,bukanya sekali tapi berpuluh kali.Kesemuanya di terima baik oleh komuniti bloggers dan diambil sebagai input untuk mempertahankan Kerajaan BN.


Bloggers mempertahankan pentadbiran kerajaan BN,menyokong penuh transformasi yang menjadi aspirasi pentadbiran Ds Najib.Berkata benar walau sekali pun pahit untuk ditelan.



Pisau kata " dah dekat PRU,elok bersihkan daki daki dalam BN."

Terengganu:PAS Ampunkan Dosa Curi Duit Masjid

Posted: 09 Mar 2011 04:46 AM PST



Masjid Pasir Minal,Kemaman.Terengganu

Kita semua sedia maklum,khawarij PAS cukup terkenal dengan perangai songlap duit masjid dan kutipan derma. Wang yang didermakan oleh para jemaah hanya untuk mengenyangkan beberapa kerat individu .


Adalah tidak menghairankan sesetengah khawarij PAS berebut mahu menjadi Pengerusi atau pun AJK Masjid semata mata mahu menyapu duit derma.Pisau pernah dedahkan penyamun dan penyangak PAS balun duit masjid :klik sini


Malah kutipan derma tabung memali pun hilang begitu saja:klik sini


Terkini di Masjid Pasir Minal Kemaman wang sebanyak RM2700 di seleweng oleh AJK Masjid.

Seperti biasa khawarij PAS pasti akan cuba menutup kerja jahat mereka hinggakan Dewan urusan PAS Kawasan Kemaman cuba menutup kes ini dengan alasan masaalah teknikal ini bertujuan untuk menjaga imej PAS Kemaman dari pandangan umum.


Zaid,AJK yang terlibat tak perlu dikenakan tindakan,dosanya diampun beliau hanya dikenakan tindakan potong gaji RM200 selama 12 bulan.


Dosa penyangak duit masjid diampunkan PAS Kemaman,mereka lebih takutkan orang ramai daripada tuhan.Jika dikatakan fitnah silalah berhubung Salahuddin,Ismail dan Hafiz .


Pisau kata "Dosa zina boleh diampunkan Nik Aziz,inikah pula curi duit masjid apa ada hal"

Penang:Guan Eng Guna Ning Baizura Pikat Melayu 2

Posted: 08 Mar 2011 11:00 PM PST

Pulau Pinang jaguh pelaburan? Dengan sapa hang nak bohong?

Pisau turut menerima rungutan daripada kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir ke konsert Guan Eng & Ning Baizura bodohkan melayu.Kakitangan kerajaan dipaksa untuk memenuhkan stadium.




Surat yang dilampirkan adalah jemputan,namun arahan turut dikeluarkan agar menghadirkan diri untuk menunjukkan sokongan terhadap Guan Eng.

Komen pembaca:

"Salam. Kami pejabat kerajaan juga ada dapat jemputan dan arahan pi ke konsert tu. Siap bagi pelekat parking lagi. "


Guan Eng bijak,mengunakan Yb melayu exco agama jemput artis melayu untuk agenda memperbodohkan orang melayu.


PAS Pulau Pinang dikatakan menyokong penuh konsert Ning Baizura,Salleh Man dan seluruh kepimpinan khawarij PAS Pulau Pinang sebulat suara memberi sokongan padu kepada Guan Eng menganjurkan konsert Ning Baizura.



Pisau kata "Guan Eng guna melayu untuk tipu dan bodohkan melayu"

AJK Cabang Permatang Pauh Pertikai Anwar Tak Bagi DNA

Posted: 08 Mar 2011 09:26 PM PST


Kelmarin 8march jam 6 petang di kedai kopi depan Kampung Belah Dua,Permatang Pauh,Anwar singgah bersama pegawai peribadi sebelum bertolak ke Kedah.Sambil minum petang bersama 15 AJK cabang Permatang Pauh .


Tak ramai sangat yang berkumpul tunggu Anwar,campur tolak ada la lebih kurang 30 orang. Kalangan mereka rata rata sibuk bertanya mengenai keputusan Hakim yang menolak sample DNA yang diperolehi dari lokap Polis.


Anwar kata DNA tersebut tak boleh digunakan oleh makhamah kerana mungkin ia milik orang lain. Anwar kata dia enggan beri DNA sendiri kerana tak yakin dengan ketelusan pihak pendakwa.


Menurut Anwar dia berasa yakin kes ini lebih memihak kepada beliau dimana pihak pendakwa telah mengelabah terutama tatacara mengambil DNA dibuat adalah salah


Menurut sumber,sebaik saja Anwar meninggalkan kedai kopi,2-3 orang AJK Cabang kembali duduk berbual,mereka persoalkan kalau dah ambik DNA cara salah, baik Anwar beri DNA secara sukarela,tak timbul paksaan dan boleh cepat selesaikan kes liwat tu.


Yang menariknya salah seorang AJK Cabang persoalkan kenapa Anwar takut sangat nak bagi DNA kalau dia tak buat salah. Kalau dah pendakwaraya ambik DNA secara salah,buatlah cara yang betul.Kalau tak salah apa nak takut.Sambil melahirkan rasa kecewa salah seorang AJK cabang berkata sudah lah sumpah pun tak mau buat,DNA yang boleh selamatkan diri dia dari kes liwat pun dia tak mau bagi. Apa yang tak kena dengan pak shiekh ni?


Pisau kata " awat dia takut sangat,berani kerana benar"

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 09 Mar 2011 09:11 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


MEMOIR TUN MAHATHIR ..AKU DAH BELI !

Posted: 09 Mar 2011 07:00 PM PST

CCTV SAIFUL DAN ANWAR. ! MAKIN KANTOI !

Posted: 09 Mar 2011 12:20 PM PST

FB GUGURKAN SAIFUDIN MAKIN PANAS !

Posted: 09 Mar 2011 05:30 AM PST

SINAR HARIAN PULAK BALUN BLOGERS !

Posted: 09 Mar 2011 03:50 AM PST

PECAT : SAIFUDIN ABDULLAH SOKONG BUKU JINGGA !

Posted: 08 Mar 2011 11:02 PM PST

ADAKAH INI CIRI POLITIK BARU IDAMAN SAIFUDIN ??

Posted: 08 Mar 2011 10:01 PM PST

Neutral Daily

Posted: 09 Mar 2011 09:06 PM PST

Neutral Daily


Annapolis Summit : Anwar Ibrahim Agen Zionis?

Posted: 09 Mar 2011 04:14 PM PST


Semenjak BN kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, suasana parlimen semakin memalukan. Qualiti yang dipamerkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang jelas mencemar imej Dewan Rakyat yang mulia itu. Baru-baru ini, hanya kerana tidak berpuas hati kerana usul APCO ditolak oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat. Disebabkan berperangai seperti "monyet tak cukup akal", maka 6 orang Ahli Parlimen pembangkang telah diarah keluar dewan oleh Tuan Speaker Dewan. Dan seperti biasa, "geng-geng Ahli Parlimen pembangkang yang lain" turut membontoti 6 orang "malaun" yang diarah keluar Dewan tersebut.

Pastinya media pembangkang akan sebok mengutuk Speaker Dewan Rakyat dan Kerajaan BN mengenai perkara ini. Pastinya imej Speaker Dewan akan dicemari dengan kata nista yang menuduhnya sebagai "tidak adil" dan "zalim" terhadap 6 orang Ahli Parlimen mereka. Pastinya mereka akan cuba menuduh bahawa pihak Kerajaan enggan berdebat mengenai isu APCO dan cuba menutup "sesuatu"…

Padahal, 6 orang Ahli Parlimen pembangkang itulah pencetus kekecohan sebenarnya. "6 Jahanam" itulah yang berperangai macam "monyet", terjerit terlolong mendesak sesuatu yang sudah dijelaskan berkali-kali. Penjelasan sudah diberikan mengenai isu APCO sama ada di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tak faham bahasa Melayu, kah? Tak faham bahasa Inggeris, kah? Apa dulu tak ada pergi sekolah? Padanlah perangai 6 orang Ahli Parlimen pembangkang itu diarah keluar, perangai pun kurang bertamadun. Lepas tu nak salahkan Speaker Dewan pula? Matanglah sikit…

Mereka menuduh pihak Kerajaan BN bekerjasama dengan APCO yang kononnya sebuah agensi perniagaan milik penuh Yahudi. Padahal, sejak awal kes ini dimainkan oleh Anwar lagi, APCO sudah menjelaskan bahawa syarikat konsultan APCO ini BUKAN MILIK YAHUDI. Jika ada pun, mungkin ada di kalangan Lembaga Pengarahnya yang ada darah keturunan Yahudi. Itupun kalau ada. Kalau tiada, bagaimana?

APCO dituduh sebagai syarikat atau agen Yahudi yang diupah oleh pihak Kerajaan Malaysia. Itu dakwaan Anwar dan konco-konconya. Padahal, APCO berpengkalan di Amerika Syarikat. Memang APCO pernah memberi khidmat konsultansi kepada Kerajaan Israel, namun ianya tidak lebih dari urusan perniagaan. Jangan pula kita menghukum APCO sebagai "agen Yahudi" hanya kerana syarikat itu pernah berurus niaga dengan Kerajaan Israel.

Banyak lagi syarikat gergasi antarabangsa yang berurus niaga dengan Kerajaan Israel, contohnya seperti Microsoft. Apakah kita akan menuduh Microsoft sebagai "agen Yahudi" juga? Itu belum lagi penulis senaraikan syarikat-syarikat gergasi lain yang juga berurusan dengan Kerajaan Israel. Salahkah syarikat-syarikat ini berniaga di negara Israel dan Malaysia?

APCO tidaklah rapat dengan Yahudi sebagaimana Anwar Ibrahim. APCO hanya berurus niaga dengan Kerajaan Israel sebagai konsultan tidak lama dulu. Lainlah Anwar yang sememangnya terkenal rapat di kalangan pelobi-pelobi rejim Zionis itu. Malah boleh dikatakan bahawa Anwar itu sendiri penyokong Zionis Israel!


Tahukah Ahli Parlimen pembangkang bahawa Anwar Ibrahim pernah menandatangani Annapolis Summit sebagai sokongannya terhadap Israel. Annapolis Summit adalah sebuah perjanjian damai berat sebelah yang ditaja oleh US, yang mana jelas perjanjian damai itu merugikan Palestin dan menguntungkan rejim Zionis Israel. Mengapa Anwar sokong Yahudi Zionis itu jika dia mahu membela rakyat dan negara Palestin? Jelas sekali Anwar "taat" kepada "tuan"nya…

Dato' Murad pernah membuat kenyataan bersumpah pada tahun 1998, bahawa dia pernah menguruskan sumbangan dana berjumlah RM38 juta kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) di atas ARAHAN ANWAR IBRAHIM. Apakah peranan APPC itu? APPC adalah sebuah pertubuhan upahan US untuk memperluaskan pengaruh US dan Yahudi di rantau negara Asia Pasifik. Jelas sekali ketika Anwar "lari" ke US, dia tidak ubah bagaikan "boneka" yang digunakan Yahudi untuk memperluaskan pengaruh Yahudi di serata dunia. Hina benar Anwar! Jika APCO hanya berurus niaga dengan Israel di atas dasar keuntungan perniagaan yang memihak kepada syarikat mereka, Anwar lebih hina kerana hanya menjadi "boneka" yang diperalatkan oleh Yahudi!

Tidak perlu Kerajaan Malaysia atau Parlimen membahaskan tentang isu APCO lagi kerana segala isu tentang syarikat itu sudah pun terjawab dengan bernas dan adil. Apa yang perlu dibahaskan oleh benak-benak fikiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang ialah "mengapa Anwar menandatangani Annapolis Summit sebagai sokongannya terhadap rejim Zionis yang menzalimi rakyat dan negara Palestin?" dan "apakah agenda hubungan rapat Anwar dengan APPC yang ternyata membawa kepentingan pengaruh Yahudi di seluruh dunia?". Itu yang perlu Anwar jelaskan!


Tentunya Anwar sudah sedia dengan jawapan "putar alam"nya. Seperti biasa, mungkin Anwar akan "menyalahkan" UMNO dan BN di atas keakrabannya dengan Yahudi rejim Zionis itu. "UMNO yang suruh!", mungkin itu jawapannya. Anwar memang bijak bermain kata dan memutar lidahnya. Jika US dan Tun Dr. Mahathir sendiri pernah ditipunya, apatah lagi kita rakyat biasa. Penulis hanya mampu berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari fitnah dajjal ini". Banyak-banyakkanlah membaca surah Al-Kahfi, insyaAllah kita akan terhindar dari fitnah Dajjal laknatullah. Tambah-tambahan pula "dajjal mata lebam" bernama Anwar Ibrahim ini!

kmu

P/s : Sebelah sana cakap Tun Mahathir agen Zionis, sebelah sini cakap Anwar agen zionis. Siapa sebenarnya? Cecite.. Cecite.. hehehe

BUKTI: Benarkah Mahathir Agen Zionist Di Malaysia?

Posted: 09 Mar 2011 08:00 AM PST

oleh setisab










Anwar ditangkap, didera dan dikhianati olih Mahathir serta jerangkong aparat kepimpinan Umno harami sekitar 1998. Pada 1999, seorang India yang menyamar Melayu yang dulunya mengikut bapanya berhijrah ke Tanah Melayu kemudiannya diusung dan dijunjung oleh Melayu Umno menjadi Perdana Menteri telah meminta bantu Israel / Yahudi / Zionist laknatullah untuk menekan dan mengkhianati agama Islam di negara kita, Malaysia... !!

Persekongkolan Mahathir, Umno dan Zionist ini adalah konspirasi pengkhianatan yang teramat bahaya terhadap bukan sahaja negara dan bangsa tetapi lebih utama adalah terhadap Agama Islam.
Setiap tindakan yang menjurus kepada menyokong Mahathir dan parti dokongannya, UMNO jelas membawa maksud Pengkhianatan terhadap Agama, Bangsa dan Negara... !!!

http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/03/bukti-mahathir-penjilat-lendir-dan-agen.html

Sektor awam diminta beri peluang kepada OKU.

Posted: 09 Mar 2011 04:00 AM PST


Sunday, January 30, 2011 |
Sektor awam diminta beri peluang kepada OKU

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar golongan kurang upaya diberi peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan dalam sektor berkenaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, setakat ini sasaran satu peratus orang kurang upaya (OKU) berkhidmat dalam sektor berkenaan masih belum dicapai.

Menurutnya, golongan tersebut sepatutnya diberi peluang untuk bekerja di dalam sektor awam kerana ada antara mereka merupakan golongan bijak pandai dan lulusan universiti.

"Kami mendapat banyak aduan daripada golongan OKU bahawa mereka banyak kali gagal pada sesi temuduga pekerjaan dalam sektor awam walaupun memenuhi kriteria yang diperlukan.

"Kami yakin mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik sekiranya ditawarkan jawatan dan pekerjaan di dalam sektor awam seperti kerani, pengurus fail dan sebagainya yang tidak membabitkan tugasan fizikal kerana ada antaranya berkelulusan tinggi seperti ijazah dari universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan cek saguhati perpindahan kepada penghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood; Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengurus Besar Pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Roslan Abu Talib.

Menurut Omar, setakat ini golongan OKU yang bekerja dalam sektor awam berpuas hati dengan kemudahan disediakan.

Katanya, rata-rata golongan tersebut memuji usaha kerajaan menyediakan tempat bekerja yang selesa untuk mereka.

"Tiada masalah dari segi kemudahan OKU di tempat kerja dalam sektor awam, cuma masalahnya kekurangan pekerja daripada golongan itu. Saya berharap perkara ini dapat diberikan perhatian," jelasnya.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan beberapa kesatuan sekerja lain seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia pada 8, 11 dan 12 Februari ini mengenai isu pelaksanaan gaji minimum.

"Sebagaimana yang umum ketahui, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk pengenalan gaji minimum, tetapi kami masih tidak mendapat bayangan bahawa ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

"Jadi, satu perbincangan akan diadakan pada tarikh tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mengetahui status terkini pelaksanaan gaji minimum di negara ini," katanya.


http://suaraoku.blogspot.com/2011/01/sektor-awam-diminta-beri-peluang-kepada.html

BN Menang! Syukur, Syabas Dan Tahniah – Tengku Adnan.

Posted: 09 Mar 2011 12:40 AM PST

BN Menang! Syukur, Syabas Dan Tahniah – Tengku Adnan

TEMERLOH, 6 Mac – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersyukur atas kemenangan yang telah diperoleh dalam dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan DUN Merlimau.

Katanya, kemenangan besar BN ini adalah satu petanda gelombang rakyat yang menolak manipulasi, fitnah dan janji-janji pembangkang dalam usaha mereka untuk mengelirukan pengundi.

"Rakyat tahu siapa yang benar-benar mampu dan memahami permasalahan rakyat apatah lagi BN telah buktikan segala janji yang diluahkan tetap ditunai," katanya.

Menurut beliau, kejayaan BN ini adalah sangat bermakna yang membuktikan bahawa rakyat telah sentiasa memberi sepenuh sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Gagasannya, 1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

"Kita sedar bahawa parti-parti pembangkang telah cuba menimbulkan pelbagai spekulasi dan fitnah terhadap kerajaan tetapi dengan kebijaksanaan rakyat khususnya para pengundi di kedua-dua tempat ini, terbukti mereka ditolak."

"Inilah adalah kemenangan yang sangat bermakna bukan hanya kepada rakyat di DUN Kerdau dan Merlimau sahaja tetapi juga seluruh ahli-ahli UMNO, anggota BN dan rakyat Malaysia sendiri," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua pengundi di kedua-dua tempat tersebut dan yakin bahawa BN akan memberikan perkhidmatan sebagaimana yang diharapkan rakyat iaitu untuk kesejahteraan dan kesinambungan pembangunan.

"Sokongan yang diberikan oleh masyarakat memberi perangsang kepada BN sebagai sebuah kerajaan untuk terus memperbaiki khidmat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kemenangan calon BN di Dun Kerdau yang diwakili oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon BN di DUN Kerdau, Roslan Ahmad.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan penghargaan terhadap anggota jentera parti yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan gerak kerja dan calon yang mewakili BN beroleh kemenangan.

Syed Ibrahim menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2,724 undi manakala Roslan mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. – MediaUMNO

http://barisannasional.org.my/?p=4043

Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang Nik Aziz?

Posted: 09 Mar 2011 12:31 AM PST



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgE-nJ4-mnFrOpXmAWAyElxs75gWBZMA8E1bWqWtXPFMJSoLqwk8Zqzzm_2fc0vRly05VD0DU61mlDihb-bD0Fdp9swqILQRUz57mLW_W7xamMocEtbgSWi6F1B8ksTWOYf4jZCILJZrxM/s1600/1tgna.jpg


L
agi pemimpin Umno 'serang' Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Katanya, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

Mohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. -mk


Dakwa BN guna taktik kotor

KOTA BHARU – Biarpun akur dengan keputusan di Kerdau dan Melimau, Pas dakwa kekalahan kedua-dua calonnya itu disebabkan Barisan Nasional (BN) guna agensi kerajaan untuk berkempen.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak halalkan kemenangan itu kerana jentera kerajaan termasuk media perdana bersikap berat sebelah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak hirau sokongan pengundi Melayu kepada Pas merosot kerana pada kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) itu disifatkannya berat sebelah.

"Mereka lihat demokrasi dipraktikkan di negara ini tidak sama seperti yang mereka pelajari. Ini menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Sebagai pemimpin Pas, mana-mana menteri, pihak berkuasa, yang salahguna kuasa, saya tak halal dunia akhirat," katanya.

Nik Aziz berkata, pelbagai bentuk tekanan berlaku sehingga ada ahli Pas masuk UMNO dalam sekelip mata sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi sebenar.

"Mereka menang tu menanglah, tapi biarlah 'gentleman'. Macamana boleh Pas melawan kerajaan. Macam mana tak kalah, Pas lawan kerajaan. Saya mewakili pejuang Islam tidak menghalalkan penyalahgunaan kuasa ini.

"Apa tidaknya, kemajuan atau pembangunan di negara ini seakan hanya boleh dilihat bila ada kematian wakil rakyat, kita mesti adil bukan kerana demokrasi tapi kerana Allah SWT," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz mengingatkan kerajaan bahawa tindakan yang dilakukan BN itu seperti 'bom jangka' yang boleh meletus bila-bila masa. -SH


Ulasan GB

Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka jangan lupa bahawa beliau telah dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno kerana didapati terlibat dengan politik wang (rasuah).

Beliau yang amat dikenali satu ketika sebagai Bapa Rasuah UMNO cuba menggambarkan kemenangan BN di PRK Merlimau sebagai satu kemenangan yang kononnya sahih, bersih, telus dan ikhlas - sedangkan apa yang berlaku ialah rasuah yang berleluasa tatkala kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau sehingga ada laporan polis dibuat membuktikan pembelian undi memang berlaku di dalam PRK berkenaan. Tak cukup sekadar memperalatkan semua jentera kerajaan, UMNO BN terus melacurkan sistem pilihanraya untuk mencapai kemenangan.

Hal tersebut berlaku kerana SPR yang menjalankan kerja secara senget sebelah, memejamkan mata terhadap gejala rasuah apabila ia dilakukan oleh BN.

Namun satu hari nanti, BN akan hancur lebur tanpa serangan sesiapa kerana ia akan reput dengan sendiri kerana hukum alam akan berjalan - kemenangan yang diperolehi secara penipuan dan rasuah adalah kemenangan yang rapuh dan kerajaan Melaka seluruhnya bakal binasa lantarannya.



Sri Tri Buana

Posted: 09 Mar 2011 07:03 PM PST

Sri Tri Buana


Intelek Dr. Mahathir.

Posted: 09 Mar 2011 04:37 PM PST

Retak Menanti Belah: PAS v DAP.

Posted: 08 Mar 2011 08:16 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 09 Mar 2011 03:31 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Siapa Ahli Parlimen PKR Beli Tanah 1.5 Juta Bayar Dua Kali..?? Banyaknya Duit…!!!

Posted: 09 Mar 2011 12:44 AM PST

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.

Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.

Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.

"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.

Tiada ulasan:

Pengikut