Khamis, 24 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


umno bahagian cheras

Posted: 23 Feb 2011 01:25 PM PST

umno bahagian cheras


Calon BN di DUN Kerdau menepati citarasa pengundi – Syed Ali

Posted: 22 Feb 2011 09:14 PM PST

UMNO Bahagian Cheras yakin pemilihan Pegawai Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menepati citrarasa pengundi khususnya penduduk tempatan.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, pemilihan itu juga membuktikan pucuk pimpinan mengambilkira pandangan akar umbi yang mahukan anak tempatan sebagai calon mewakili masa depan mereka.

"Saya yakin Syed Ibrahim yang juga bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir, tidak akan berdepan kesukaran untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di DUN Kerdau," katanya.

Menurut beliau lagi, pemilihan Syed Ibrahim sebagai calon BN juga dilihat satu tamparan kepada Pas yang sebelum ini mencanangkan UMNO ketandusan calon berkelibar untuk diletakkan bertanding di DUN Kerdau.

"Mereka memberitahu orang kampung kononnya UMNO tidak mempunyai calon sehebat mereka yang arif dalam hal ehwal agama, sekarang mereka seperti terhalang apabila Syed Ibrahim yang menjadi pilihan," tegasnya.

Di Dataran Sri Ketumbit, Temerloh semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Syed Ibrahim yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau sebagai calon BN pada PRK DUN Kerdau.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (UMNO) pada 12 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Muhyiddin juga mengumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Pengarah Pilihan Raya BN dan memikul cabaran besar untuk memperolehi keputusan lebih cemerlang berbanding tahun 2008.

Mengenai kemungkinan PAS akan memainkan sentimen agama sepanjang tempih berkempen, Syed Ali menjelaskan perkara itu sememangnya sudah menjadi kelaziman mereka.

"Apa yang hendak mereka (PAS) beritahu rakyat ? soal perpaduan, mereka lagi menjolok mata apabila bersubahat dengan DAP, isu ketuanan dan penyatuan Melayu, PAS lagi teruk kerana menjadi pak turut kepada Anwar (PKR)," tegasnya.

Dalam soal ini kata beliau, PAS akan memutarbelitkan agama dan akan mengeluarkan pelbagai fatwa karut untuk memperdayakan pengundi sepertimana mereka lakukan di Tenang,. Labis baru-baru ini.

"Selain fatwa kafir-mengkafir, sudah pasti PAS akan melemparkan pelbagai fitnah dan dakyah jahat memburukkan kerajaan dan mencerca peribadi pemimpin UMNO menerusi media cetak dan saluran internet dan laman-laman blog," ujarnya.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 23 Feb 2011 11:12 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN SERENTAK CAWANGAN - CAWANGAN UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 22 Feb 2011 06:04 PM PST

















Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim akan merasmikan Persidangan Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 23 Februari 2011 bersamaan hari Rabu. Majlis tersebut akan di adakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras bermula jam 8 malam.

Selain Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang akan menyampaikan ucapan penting, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim juga difahamkan dalam ucapannya akan mengupas pelbagai isu politik semasa termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka akan turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

NOTA KAKI : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim ke UMNO Bahagian Cheras. Di seru ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras dapat bersama - sama menyambut kehadiran YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada malam ini.

CALON BARISAN NASIONAL N28 DUN KERDAU

Posted: 22 Feb 2011 05:18 PM PST


BIODATA CALON

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad

Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.


Tarikh Lahir : 18 Januari 1967


Umur : 44 tahun


Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.


Status : Berkahwin


Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad


Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan



Pendidikan


(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh


(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh


(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang


(iv) Universiti Al azhar



Pengalaman Kerjaya


(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)


(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)


(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)


(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)



Pengalaman Politik


(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.


(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang


(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang


(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.


(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh


PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 23 Feb 2011 11:10 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


MAJLIS PENGUMUMAN CALON BARISAN NASIONAL BAGI PILIHANRAYA KECL DUN N.27 MERLIMAU PARLIMEN JASIN MELAKA

Posted: 23 Feb 2011 01:45 AM PST

23 Februari 2011- Timbalan Perdana Menteri mengumumkan calon yang akan bertanding di N27 Merlimau.Keadaan yang mendebarkan semasa menanti siapakah bakal calon N27.Seramai 7 orang yang disenaraikan sebagai calon PRK dun Merlimau.

Timbalan Perdana Menteri mengumumkan calon Barisan Nasional N27 bagi dun Merlimau ialah En Roslan bin Datuk Hj Ahmad,berumur 44 tahun.Beliau merupakan anak kelahiran Batu Gajah Merlimau.Beliau dilahirkan pada 09 Januari 1967.Beliau mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Pn Zalifah bte Hj Omar dan mempunyai 4 orang cahayamata.Beliau merupakan Pengurus Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio- Ekonomi di Perbadanan Melaka Holdings SDN BHD ( PMH ).Beliau merupakan seorang garduan di dalm bidang Diploma Business Management ( DBM ) lulusan Institute Teknologi Tun Abdul Razak ( ITTAR ) / Swansea Inst. Higher Educatoin ( S.I.H.E ) Wales ,United Kingdom.



*************************************************************************************





Inilah dia calon barisan nasional bagi N27 Dun Merlimau.Semoga beliau dapat menbangunkan dun merlimau ini dengan lebih cemerlang lagi dan memastikan kemenangan berpihak kepada BN.



PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Posted: 23 Feb 2011 01:16 AM PST

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA


Majlis Perasmian Persidangan Puteri UMNO Malaysia 2010

Posted: 07 Feb 2011 10:27 AM PST








Jom Teh Tarik Raya Bersama DSZR 2010

Posted: 07 Feb 2011 10:26 AM PST









Razlan's

Posted: 22 Feb 2011 11:31 PM PST

Razlan's


Jangan biarkan Presiden kerja sorang !

Posted: 22 Feb 2011 12:50 AM PST


Lama sudah tidak menulis, bukan apa, bila ada facebook ni, banyak perkara dah di post kan ke FB sampai habis semua modal untuk kita menulis blog.

Kalau nak diikutkan tarikh penggal permilihan UMNO, tanggal 3 tahun sudah habis pada bulan Mac ini, tetapi disebabkan kuasa ada di tanggan Majlis Tertinggi, dan mereka telah menggunakan kuasa yang ada untuk menambah penggal ini kepada 18 bulan, dan ianya akan habis pada tahun 2013 nanti.

MT menangguhkan permilihan kerana mahu memberi laluan kepada PRU yang akan datang, dan orang UMNO sering kali diingatkan agar membuat segala persiapan di Bahagian masing-masing agar kita dapat menyelesaikan segala permasalahan yang ada sebelum kita berperang pada PRU ke 13.

YAB DS Najib mengingatkan semasa Konvensyen BN, bahawa beliau akan mengambil kira semua perkara walaupun ianya perkara kecil, sekiranya perkara itu boleh mengugat kemenangan BN pada PRU akan datang, ianya perlu diselesaikan dengan segera.

Begitulah seriosnya YAB PM kita didalam menentukan hala tuju dan menentukan BN akan menang pada PRU akan datang.

Kalau YAB PM begitu seriuos, ini bermakna semua sayap harus bekerja keras ke arah menentukan kemenangan BN. Kita juga melihat YAB PM dan TPM begitu kerja keras, pergi ke semua pelusuk Negara berjumpa dengan rakyat untuk membawa gelombang kebangkitan BN agar rakyat merasakan kita begitu serious membela nasib setiap rakyat Malaysia.

YAB PM memperkenalkan banyak formula untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan perlaksanaan formula ini telah menampakan hasilnya dimana seluruh pelusuk Negara telah memaparkan logo 1Malaysia dan rakyat sudah yakin kepada Kerajaan BN.

Walaubagaimana pun, tidak semua yang bekerja keras seperti YAB PM, ada pemimpin yang boleh pergi bercuti didalam masa-masa tenat ini. Takkala semua pimpinan pembangkang pergi ke pelusuk negara berceramah dan mengumpul kekuatan, ada diantara kita yang boleh hanya melihat perkara ini berlalu dan membiarkan kawan-kawan lain terkapai-kapai berjuang tanpa nakhoda.

Bagaimana serious kita megambil tindakan terhadap kekuatan parti kita? Adakah sudah cukup gerak kerja yang dilakukan oleh kita didalam menentukan kemenangan Barisan Nasional yang akan datang ?

Adakah sayap bermesyuarat setiap bulan seperti MT bagi membincangkan isu-isu dan pemantauan setiap negeri dan bahagian bagi membantu Presiden membuat keputusan PRU yang akan datang ?

Saya percaya ramai yang tersinggung apabila membaca penulisan ini, dan saya percaya juga akan ramai juga menyokong kepada penulisan ini kerana apa yang terlintas di pikiran saya adalah semata-mata mahu melihat UMNO dan Pimpinan Parti kita dibantu oleh orang bawahan untuk membuat setiap keputusan penting untuk meneruskan survival orang Melayu.

YAB PM tidak boleh bergerak tanpa di bantu oleh sayap-sayap, dan YAB PM juga bukan lah superhero boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh setiap rakyat, semua yang terpilih di peringkat Nasional merupakan pasukan beliau, dan bantulah beliau, bukan masanya kita menghabiskan masa bersama keluarga, masa pemimpin adalah hak rakyat, serupa juga masa Pemimpin UMNO, anda milik Ahli UMNO.

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 22 Feb 2011 09:29 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


Calon BN di PRK Kerdau

Posted: 22 Feb 2011 06:01 PM PST

Untung jadi calon di Merlimau

Posted: 22 Feb 2011 05:54 PM PST

Tolak politik kosong - Ahmad Maslan

Posted: 22 Feb 2011 05:53 PM PST

Tanah Felda kubu kuat BN

Posted: 22 Feb 2011 05:52 PM PST

Felda: Dari getah ke tauke gula

Posted: 22 Feb 2011 05:51 PM PST

Jentera BN gempur DUN Kerdau hari ini

Posted: 22 Feb 2011 05:50 PM PST

Selangor rugi tolak UiTM

Posted: 22 Feb 2011 05:49 PM PST

Jangan pandang remeh kemampuan pembangkang di Kerdau - Ahmad

Posted: 22 Feb 2011 05:47 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 22 Feb 2011 03:05 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


fikirlah sendiri....

Posted: 21 Feb 2011 10:29 PM PST

Put your stuff here

MER LIMAU UNTUK BARISAN NASIONAL.

Posted: 21 Feb 2011 09:03 PM PST

Put your stuff here

tengok betul betul

Posted: 21 Feb 2011 08:59 PM PST

Put your stuff here

SETELAH MENGKAFIRKAN ORANG MELAYU, HAM PAS JILAT SEMULA...

Posted: 21 Feb 2011 06:26 PM PST

Saturday, 19 February 2011

KEPADA PENGUNDI MELAYU DI MERLIMAU SANGGUPKAH ANDA MEMBERI UNDI KEPADA PARTI YANG MENGKAFIRKAN TUAN-TUAN SELAMA INI DAN KATA TUAN-TUAN ORANG JAHILIYAH?

Apakah bentuk kempen yang akan berlaku di Merlimau?

Merlimau merupakan satu kawasan di Jasin, Melaka. Ada pelbagai kempen yang akan dibuat oleh PAS, dan analisa penulis kepada Merlimau adalah menjurus kepada satu perkara; Merlimau satu kawasan melayu. Umno menang di kawasan melayu. Sebut aje melayu sekarang pasti menakutkan pembangkang.

Tapi selama ini Pas menang pun dengan undi melayu. Melayu akan beri kemenangan kepada pembangkang. Melayu tak akan mudah melupakan apa yang berlaku. Sejarah yang panjang kekalahan tanah melayu kepada Portugis, Belanda mahupun Inggeris akan terus menjadi sejarah. Apakah melayu tak mahu berubah seiring dengan kemajuan dunia dan peredaran zaman? Retorik ini dimainkan oleh pembangkang sendiri. Tanpa undi melayu pembangkang tak akan kemana mana pun. Sedar dan insaflah undi melayu amat diperlukan oleh pembangkang.

Nampaknya ada dah sumber luar mengatakan PAS datang hanya untuk mempertahankan undi saja. Nak menambah katanya susah sangat. Susah ke senang ke kena bekerja baru puas hati. Pas Jasin sudah bersemangat "gila" kenapa Pas kawasan lain takut nak datang berperang di sini. Pas Jasin sudah bersiap sedia. Di Tenang lagi mereka dan bersiap sedia untuk bertempur dengan Ali Rustam. Mungkin Pas Jasin nampak apa yang petugas Pas lain tak nampak. Pas di luar mungkin susah nampak apa isu-isu yang boleh dimainkan.

Pas Jasin sudah mempunyai "senjata canggih" yang tak nampak di mata umum. Pendemo - pendemo yang berhati waja yang berani bertempur dengan polis / FRU tolonglah datang ke Merlimau. Di sini antara pentas paling hebat. Semua digaul menjadi satu suasana dan pengalaman yang susah digambarkan di kepala. Marilah bantu Pas Jasin untuk menang di Merlimau. Jangan biarkan Pas Melaka terus kempunan. Bantulah kami agar sejarah Pas di sini akan lebih bersinar terang.

PROPAGANDA MURAHAN OLEH HAM PAS HAK...PUI....

Posted: 21 Feb 2011 06:24 PM PST

21 February 2011

PENGARAH POLITEKNIK BAKAL CALON UMNO DI MERLIMAU?


Menjelang tempoh penamaan calon pada 27 Febuari ini di pilihanraya kecil Merlimau siapa yang bakal menjadi calon Umno/BN bakal terungkai. Melihat kepada kesungguhan Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim menjadikan kampus Politeknik Merlimau sebagai 'bilik gerakan Umno/BN" tidak mustahil beliau sedang melobi untuk dijadikan calon di sana.

Sejurus tidak lama selepas kematian wakil Rakyat Merlimau dari Umno/BN, pengarah politeknik Merlimau kelihatan begitu berbesar hati dengan menjadikan politeknik Merlimau yang pensyarah dan pelajarnya dilarang terlibat aktif dalam politik dijadikan sebagai pusat pelancaran jentera pilihanraya Umno/BN yang dirasmikan oleh Dato Seri Muhd Ali Rustam.

Selepas itu kita menyaksikan politeknik Merlimau cukup meriah dengan kempen politik Umno/BN. Sekitar kampus cukup meriah dengan bendera Umno dan BN dan gambar pemimpin yang sewaktu dengannya.

Apakah politeknik Merlimau dibina dari tabung Umno/BN? Jika begitu halnya maka saya mencadangkan agar Politeknik Merlimau ditukar nama kepada politeknik Umno atau pun namakan aja dengan nama Politeknik Ali Rustam!
1 comments

SATU LAGI PEMBOHONGAN/ FITNAH OLEH PAS

Posted: 21 Feb 2011 06:18 PM PST

Malam Ini UMNO Suka Masjid

 

SEBENARNYA UMNO LAH YANG BINA MASJID DAN MEMAKMURKAN RUMAH ALLAH INI. 

Posted on
  • Feb 20, 2011

  • by
  • Suara Melaka

  • in
  • Labels:


  • Gara-gara ceramah UMNO yang dipimpin oleh Ketua Menteri Melaka pada 15 Feb lalu tidak mendapat sambutan, UMNO kali ini cuba menarik perhatian penduduk setempat apabila menggunakan masjid sebagai pentas politk atas nama menggunakan untuk forum perdana.

    Sebelum ini ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN tidak mendapat sambutan kerana pada masa yang sama juga Pakatan Rakyat juga mengadakan ceramah dan dibarisi oleh Dr Hatta, Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan lain-lain lagi.

    Ali Rustam sebelum ini mengkritik tindakan Pakatan Rakyat berceramah pada Malam Maulidur Rasul yang cuba meraih populariti dan beliau lebih teruk dari tiu kerana memaki hamun pelajar terlanjur yang berada di Sekolah Harapan yang mana beliau sendiri tubuhkan ketika Malam Maulidur Rasul.

    UMNO secara jelas terdesak sehinggakan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik tetapi apabila pimpinan Pakatan Rakyat menyampaikan kuliah, mereka segera tutup masjid seperti yang berlaku di beberapa masjid dalam negara.

    PAS KATA FITNAH, UMNO KATA FAKTA....TUAN TUAN APA PULA...

    Posted: 21 Feb 2011 06:16 PM PST

    Lagi banyak fitnah bertaburan di Merlimau....!!!


    1) Bahan FITNAH semakin tersebar luas di sekitar DUN Merlimau...!!!

    2) Ada pelbagai cara @ kaedah dilakukan... salah satunya melalui pos ke rumah pengundi...

    3) Berikut bahan fitnah tersebut :-

    Sebuah buku kecil yg termuat pelbagai gambar fitnah...!!!

    Sekeping VCD yang telah diedit semula...!!!

    Sebuah buku kecil mempunyai unsur-unsur hasutan...
    supaya membenci bangsa-bangsa lain di Malaysia.

    Sebuah komik versi kartun...
    Mempunyai unsur-unsur perkauman yg melampau...!!!

    Muka surat terakhir...
    Kononnya bahan fitnah ini untuk renungan anak bangsa kita...

    *** Nasihat untuk pengundi DUN Merlimau: Pastikan anda tidak terpengaruh dengan fitnah-fitnah tersebut, yg hanya semata-mata berhasrat memecahbelahkan perpaduan antara kaum di Malaysia...

    *** Nasihat untuk pemfitnah: Kemungkinan anda boleh terlepas daripada hukuman didunia ini, tapi anda harus sedar bahawa anda pasti akan diberikan hukuman di akhirat kelak...!!!

    PAS SEMAKIN TERHIMPIT DI MERLIMAU

    Posted: 21 Feb 2011 06:14 PM PST

    SUMBER : KIJANG 59

    PERSOALANYA MENGAPA MEREKA IRI HATI DENGAN PEMBANGUNAN YANG DIBUAT OLEH BN. PEMBANGUNAN INI JELAS MENUNJUKKAN KERAJAAN PERIHATIN TENTANG GEJALA SOSIAL YANG BERLAKU BUKANNYA SEPERTI DI KELANTAN......

    LIHAT APA YANG TERJADI DI KELANTAN.

    Malang nasib kerajaan persekutuan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) apabila BN menganjingkan mereka.

    Tanpa segan silu BN merendahkan martabat kerajaan persekutuan. Siapakah yang derhaka dalam isu ini kepada negara? BN atau UMNO? Setiap projek kerajaan akan tertera "Projek Kerajaan Barisan Nasional". BN ingat ini projek kepala bapa dia punya.

    Rakyat yang selalu digula-gula adalah rakyat yang paling buta dalam bab-bab pembangunan. Sekali BN tawar projek, terus dabik dada. Sekali BN bagi duit, terus rosak maruah sehingga 5 tahun akan datang sampai pilihan raya umum.
     
    BERITA PENUH.

    Gambar: Banduan dan Polis Diselia oleh BN




    Sinonimlah dua perkataan antara polis dan banduan. Apakah tugas seorang polis yang membezakan dengan seorang banduan bagi Barisan Nasional? Maka kedua-dua ini tiada bezanya antara polis dan banduan. Telah terlaksana bahawa projek-projek BN adalah untuk polis dan mfia yang wujud adalah dari kalangan BN.

    Sekarang orang yang buta boleh tiba-tiba celik dengan penipuan yang ditonjolkan oleh BN kepada mereka. BN cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah yang melaksanakan projek sedangkan pada masa yang sama terus memperkuda kerajaan persekutuan.

    BN tidak dapat membezakan politik (parti) dan kerajaan. Mereka cuba menjadi jaguh Malaysia dan memperkenalkan Malaysia bahawa hanya BN sahaja boleh membuat pembangunan dalam negara ini. Malang nasib kerajaan persekutuan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) apabila BN menganjingkan mereka.

    Tanpa segan silu BN merendahkan martabat kerajaan persekutuan. Siapakah yang derhaka dalam isu ini kepada negara? BN atau UMNO? Setiap projek kerajaan akan tertera "Projek Kerajaan Barisan Nasional". BN ingat ini projek kepala bapa dia punya.

    Rakyat yang selalu digula-gula adalah rakyat yang paling buta dalam bab-bab pembangunan. Sekali BN tawar projek, terus dabik dada. Sekali BN bagi duit, terus rosak maruah sehingga 5 tahun akan datang sampai pilihan raya umum.

    Di manakah letaknya muka pemimpin BN yang menjadikan projek kerajaan sebagai intetframe dalam meraih populariti. Sebenarnya BN bukanlah sebuah komponen yang kuat. Kenapa ia tidak kuat? Sebab mereka menggunakan jentera kerajaan seperti bapa mereka punya dan tidak tahu membezakan parti dan kerajaan.

    GEGAU KE ATAU GAGAU?

    Posted: 21 Feb 2011 06:04 PM PST

    TGNA Gegau Merlimau N27



    Majlis Makan Malam sempena Sambutan Tahun Baru Cina ini merupakan sambutan yang sangat unik kerana majlis ini dihadiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA). Kehadiran TGNA ke Melaka sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat Tiong Hwa. Mereka sangat menghormati TGNA. Mereka menyatakan bahawa TGNA merupakan seorang tokoh pemimpin yang di segani.

    Majlis yang dibuat di Merlimau Pasir ini bermula kira-kira jam 8 malam. Majlis ini juga dihadiri oleh YB Salahudin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Negeri Melaka.


    YB DAP sedang memberikan ucapan dalam majlis.



    Walaupun majlis ini tidak mendapat hebahan yang meluas, namun penyertaannya sangat menggalakkan. Hampir 100orang hadir dalam majlis itu.


    Sebahagian daripada masyarakat Tiong Hwa yang hadir

    SUMBER MUTALIGAT SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG.

    Posted: 21 Feb 2011 05:59 PM PST

    KITA TUNGGU RAMAI-RAMAI..AYUH PEMUDA MERLIMAU.....

    Posted: 21 Feb 2011 05:56 PM PST

    Merlimau N.27

    20 Feb - Ceramah Perdana
    > Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang & Tn.Hj Mohd Sabu
    >Taman Merlimau Utara, 9pm.

    21 Feb - Ceramah Isu Semasa
    > Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat)
    > Markas PAS Ayer Merbau, 9pm.

    24 Feb - Majlis Pengumuman Calon PAS N27 DUN Merlimau
    > Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
    > Markas PAS Merlimau (As-Solihin), 9pm.

    25 Feb - Makan Malam DAP
    > Markas PAS Merlimau (As-Solihin), 7pm.

    26 Feb - Ceramah Isu Semasa
    > Dato' Seri Mohammad Nizar (MB Pakatan Rakyat Perak)
    > Pengkalan Samak, 9pm.

    4 Mac - Makan malam DAP
    > Markas PAS Merlimau (As-Solihin), 7pm.

    DEBAT MAYA : PAS VS BN

    Posted: 21 Feb 2011 05:47 PM PST

    Monday, 21 February 2011
    Tongkat Sakti di Merlimau
    Monday, February 21, 2011 Admin

    Di Merlimau keadaan sungguh berbeza, Umno memang nak sangat menang sampaikan sanggup buat apa saja, Majidin sanggup jalan kaki, sakit di Tenang masih lagi terasa di hati Majidin, banjir menghanyutkan apa saja. Balik naik trak polis kerana kerana kelajuan air banjir naik mendadak. Sakit sungguh Majidin di Tenang, nak dapat undi majoriti 5 ribu, tapi dapat 3 ribu lebih. Kali ini Majidin nak pastikan berapa pula di Merlimau.

    PPUBJ : Ni menunjukkan bahawa BN ada sasaran yang nak dituju demi kebaikan rakyat bukan macam PAS tak ada target. Mula-mula kata tak nak bertanding, tiba-tiba lain cerita....agaknya PAS belajar cakap putar belit dari siapa?

    Di Merlimau Majidin sanggup makan di mana jua, hatta belakang lorong. Terdesak sungguh Umno nak mempertahankan kubu kuat mereka. Cakap bukan main hebat.

    Merlimau indah sekali sekarang, sibuk dari biasa. Malam malam pun masih sibuk, tak seperti biasa, kelab dangdut pun makin banyak buka sampai pagi untuk customer yang baru balik bekerja meratakan jalan, membaiki lubang, membaiki parit dan longkang tersumbat. Kontraktor tak menang tangan, anak pokok naga laku gila. Anak pokok limau pun laku.

    PPUBJ : BEGITU JUGA DENGAN PAS BILA NEGERI MEREKA ADA PRK. CUMA SEBAB TAK ADA DUIT , JADI TAK DAPAT BUAT SEPERTI BN. DUIT YANG ADA PUN PENINGGALAN BN....

    Orang Pas bersin pun ada yang tanya nak pi klinik ke. Kalau demam mesti ada yang sanggup pi hantar Klinik 1 Malaysia. Kalau orang Pas cakap rasa nak makan ikan je, ada yang sudi hantar ke dapur rumah. Begitulah Merlimau sekarang, hidup ibarat syurga. Untung jadi orang Merlimau, rugi jadi orang bukan rakyat Merlimau.

    PPUBJ : INI MENUNJUKKAN BAHAWA BN TAK PERNAH SISIHKAN PENGIKUT PAS BILA MEREKA DIBERI MANDAT. TAK MACAM PAS HABIS SEMUA NAK DIROBOHNYA.... BUDAK-BUDAK BELAJAR DI SEKOLAH TADIKA PUN DIHALAU BELAJAR BAWAH POKOK...NAK BUAT MACAM KERAJAAN PERAK DULU BERMESYUARAT DI BAWAH POKOK.

    Yang hebatnya penyokong Umno tak diperdulikan. Kasihan sebab Umno tahu mereka tetap sokong Umno. Kalau dah penyokong Umno, kasihan sungguh tak ada yang ambil peduli. Kalau bersungut nak makan kepala ikan bilis pun belum tentu orang cari sebab Umno tahu penyokong umno tak berani derhaka.

    PPUBJ : SEJAK BILA PULAK PARTI HAM PAS JADI PERIHATIN KEPADA ORANG UMNO NI, DULU TUDUH UMNO JAHILLIYAH, KAFIR DAN MACAM-MACAM BILA TIBA PRK JADI BAIK PULAK, DAH BUANG TENIAT KE PUAK-PUAK HAM PAS NIE....

    Bantuan basikal, bantuan baju sekolah, bantuan orang miskin, bantuan orang tak berapa miskin, hamper, baucer, kepala paip, batang paip, cakap sahaja semua boleh. Sekolah pun boleh dibina dalam masa sehari, cakap sahaja sekolah apa, sekolah tamil, pasir dan simen dah mula masuk ke sekolah. Bina ke tidak ntah le. Sekurang-kurangnya dapat dah beli jiwa pengundi. Sekolah nak beli kain rentang, nak berarak maulud pun ada orang sponsor. Batang bemban pun ada orang mari hantar, ada gak yang berselawat bersama budak tadika. Tak apa sekurang - kurangnya tunjuk baik masa PRK.

    PPUBJ ; PARTI HAM PAS PUN BAGI JUGA......CUMA TAK CAKAP AJE... HE..HE.. OPP SILAP PAS MASIH LAGI KE TADAH KAIN BILA ADA CERAMAH..

    Kalau boleh seluruh bandar Merlimau hendak dicat baru; warna limau lambang Umno sebagai tanda Umno dah menang sejak sebelum PRK bermula. Segala menteri dah turun; menteri streamyx, menteri labu labi, menteri mee siam, menteri gila gila pun ada. Kalau boleh nak diadakan mesyuarat jemaah menteri di Merlimau. Bagimana Pas nak menang di Merlimau, rasuah ditanda logo halal dah. Apa lagi isu nak kempen? Kempen apa lagi? Rasuah tak buruk pun, ok je. Nak kata apa lagi.

    PPUBJ : TUAN GURU SESAT/ KAKI JUBOQ PUN ADA/ DIN PUDU RAYA PUN ADA/ PAS KAN MACAM-MACAM ADA / KHALIFAH SESAT UMAR ABD AJIT PUN ADA/ KAN PAS KAYA DENGAN ISU / SIKIT PUNYA HAL / PAS 4 ALL & HE..HE

    Kalaulah ada tongkat sakti di Merlimau ... ketuk je tongkat sakti Pas boleh lahirkan anak sulung di Melaka....

    PPUBJ ': HAM PAS CUMA ADA TONGKAT BUROK YANG TAK BOLEH DIGUNA.

    BILA TUN M BERSUARA.....

    Posted: 21 Feb 2011 05:30 PM PST

    JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ
    By
    Dr. Mahathir Mohamad
    on February 16, 2011 11:45 AM | Permalink | Comments (263) | TrackBacks (0)
    Bookmark and Share
    1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

    2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

    3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

    4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

    5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

    6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

    7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

    8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

    9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

    10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

    11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

    12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

    13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

    14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

    15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

    16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

    17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

    18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

    19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

    20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

    21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

    22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

    23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

    24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

    25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

    26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

    27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

    28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

    29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

    30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

    31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

    32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

    33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

    34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

    35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

    36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

    37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

    38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

    39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

    40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

    41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

    42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

    43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

    44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

    45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

    46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

    47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

    48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

    49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

    50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

    TOLAK SEBAB TAK MASYUUUUK.....

    Posted: 21 Feb 2011 05:27 PM PST

    NAJIB GELAR ANWAR PEMIMPIN BONGOK!!

    Posted: Tuesday, February 22, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: ,
    2
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan dengan pemikiran Anwar dan kuncu2 beliau di Selangor yang begitu bongok menolak pembinaan UiTM di Negeri tersebut. Bongok kerana Universiti ini bukannya sebagai pentas politik, untuk rakyat Selangor dan Malaysia, termasuklah yang menyokong mereka. Tidakkah PKR terfikir yang kelebihan mereka walaupun memegang Kerajaan Negeri, akan tetapi masih lagi menikmati pembangunan Kerajaan Pusat. PKR tidak perlu mengeluarkan wang 1 sen pun untuk melaksanakan pembinaan tersebut. Mungkin Kerajaan Negeri Selangor mahukan komisyen dari perlaksanaan UiTM. Seperti yang mereka perolehi di UniSEL? Inilah 1 tabiat bongok Pakatan. Bongok yang memakan diri. Datuk Seri Najib berkata demikian selepas merasmikan pembinaan UiTM Cawangan Jasin, Melaka. Kampus UiTM Jasin yang dibina di atas tapak seluas 85.2 hektar (213 ekar) melibatkan kos RM297 juta dan akan dibangunkan oleh YBK Usahasama Sdn. Bhd. dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

    TIGA CALON AKAN BERTANDING DUN KERDAU

    Posted: 21 Feb 2011 05:25 PM PST

    GEMPAR - TIGA CALON AKAN BERTANDING DUN KERDAU

    DALAM TIDUR SAYA MALAM SEMALAM, TERGAMBAR DALAM MIMPI SAYA TIGA NAMA SEBAGAI CALON PRK DUN KERDAU. HARAP-HARAP MIMPI SAYA JADI KENYATAAN. DI BAWAH INI NAMA DAN GAMBARNYA SEKALI, TOKOH YANG SAYA MAKSUDKAN. HAHAHA BARU BERENTAP....


    SUHAIMI SAID

    TUAN IBRAHIM TUAN MAN


    SYED IBRAHIM SYED AHMAD

    Islam Bukan PAS Dan PAS Bukan ISLAM

    Posted: 21 Feb 2011 05:21 PM PST

    Islam Bukan PAS Dan PAS Bukan ISLAM

    February 22, 2011 by Admin  
    Filed under Featured, Utama
    Pergerakan Pemuda UMNO sememangnya tidak terkejut dengan mainan politik murahan PAS,  berhubung pendirian  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kononnya menjadi bahan manipulasi pihak tertentu.
    Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apa yang cuba dilakukan oleh puak-puak "totok" tersebut adalah semata-mata untuk menutup keterlanjuran Nik Aziz dalam nakhoda perjuangan Pas yang umpama lalang dan tidak berpendirian.
    Menurut beliau perkara itu bukanlah satu perkara baru kerana tiap kali timbul sesuatu perkara yang menjerut leher Nik Aziz, akan timbul "tok dalang" dan "tukang karut" bagi mengalih tumpuan terhadap tali yang menjerut leher "tok guru" mereka itu.
    "Namun jika benarlah Nik Aziz tidak berkata demikian berhubung perjuangan Melayu, apa lagi perjuangan mereka. Sekejap Islam, dan sekejap Melayu… ini umpama perjuangan dua alam. Apakah Nik Aziz sudah terkena politik sesumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    "Atau pun apakah Nik Aziz sudah termakan sumpah kerana beliau begitu berani mempermainkan agama. Apakah perjuangan Pas dua alam?. Perlu diingat kalau binatang dua alam, haram kita memakan binatang tersebut.
    "Saya tidak kata perjuangan Pas itu umpama binatang dua alam tetapi ini sekadar renungan bersama sahaja agar Islam tidak dimanipulasi dan dijadikan bahan mainan politik sesuka hati demi kepentingan tertentu," katanya .
    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pejabat Menteri Besar Kelantan yang mendakwa bahawa Mingguan Malaysia memanipulasikan sebahagian kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mendakwa beliau "akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan".
    Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan laporan bertajuk 'Nik Aziz ubah nada' sebagai satu bentuk fitnah secara sistematik dengan memanipulasikan sebahagian kenyataan mursyidul am Pas itu, "demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah Umno itu".
    Terdahulu sebelum itu, Nik Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."
    Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan seterusnya menasihatkan Nik Aziz dan barisan penyokong "totoknya" agar berpijak di bumi nyata dan jangan sesekali cuba lari daripada perjuangan Islam yang sebenar.
    Soal beliau apakah mereka sanggup melihat Nik Aziz yang diangkat sebagai ulama tersohor di dalam kepimpinan Pas hari ini digelar sebagai politikus agamawan hipokrit.
    "Apa pun terserah kepada mereka. Bagi saya Nik Aziz tidak lebih daripada insan biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan sebagainya. Ingatlah kita hanya manusia biasa dan jangan sesekali mengangkat diri kita lebih daripada segala-galanya demi kepentingan nafsu serakah politik duniawi," katanya.

    Pas Kafir UMNO.... Minta Maaf Dulu.....

    Posted: 21 Feb 2011 05:14 PM PST

    Pas Kafir UMNO.... Minta Maaf Dulu.....

    PAS perlu meminta maaf kepada Umno terlebih dahulu sebelum mendakwa parti itu sebenarnya turut perjuangkan nasib orang Melayu, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

    Mohd Fatmi berkata kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu turut memperjuangkan orang Melayu sudah agak terlambat setelah begitu lama isu mengkafirkan penyokong Umno yang sebahagian besarnya adalah bangsa Melayu masih tidak ditangani oleh parti itu.

    "Sudah lama bangsa Melayu yang berada dalam UMNO terguris hati dan perkara itu masih berlarutan sehingga ada yang masih melakukan sembahyang dua imam.

    "Kenyataan Nik Aziz mengenai Melayu sudah tidak membawa apa-apa makna. Minta maaf dulu kepada Umno mengenai isu kafir mengkafir ini dan biar bangsa Melayu menentukan sikapnya selepas itu," katanya.

    Menteri Besar Kelantan ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Sabtu lepas, berkata perjuangan terhadap masyarakat orang Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai peribumi di negara ini.

    Kenyataan Nik Aziz itu dibidas beberapa pemimpin Umno semalam yang
    menyifatkan ia hanya untuk memancing undi selepas sokongan bangsa Melayu
    terhadap PAS semakin berkurangan.

    Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata Nik Aziz
    sebenarnya tidak mempunyai pendirian jelas dalam sesuatu perkara, dan suka
    berdolak dalik selepas membuat kenyataan dan kemudian menyalahkan pihak lain.

    PUNGKOQ HANG! AWAL-AWAL LAGI DAH BAGI ALASAN NAK KALAH...

    Posted: 21 Feb 2011 05:10 PM PST

     


    Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau, 6 Mac ini sebagai medan latihan hanyalah alasan Pas untuk menutup kelemahan kerana mereka menyedari sukar untuk menang. Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Idris Haron menyifatkan kenyataan Mahfuz itu adalah kenyataan `mereka yang kalah' sebelum  perang dan mencari pelbagai alasan bagi menutup kelemahan mereka. "Mana ada orang masuk pilihan raya untuk berlatih, pilihan raya ni bukannya suatu perkara main-main, pilihan raya adalah untuk memilih wakil yang akan memperjuangkan nasib rakyat di sesuatu kawasan. "Sebenarnya, Pas sudah menyedari.

    KERAJAAN CARI DUIT BANTU RAKYAT, PEMBANGKANG KUTIP DUIT RAKYAT BUAT BELANJA PILIHANRAYA...

    Posted: 21 Feb 2011 05:09 PM PST

    KERAJAAN CARI DUIT BANTU RAKYAT, PEMBANGKANG KUTIP DUIT RAKYAT BUAT BELANJA PILIHANRAYA...


    Ingatkan hanya puak khawarijj PAS saja yang sibuk buat kutipan derma melalui projek Tabung Buloh mereka. Rupanya PKR pun tak kurang hebatnya dengan buat jualan kutipan tiket jamuan makan malam bersama pemimpin. Dalam Anwar sibuk tuduh kerajaan Barisan Nasional menindas rakyat, rupanya PKR lagi teruk menipu duit rakyat dengan majlis makan malam yang langsung tak menguntungkan rakyat bawahan. Yang menariknya, Majlis makan malam anjuran Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur itu bertemakan slogan retorik "Ke arah Kuala Lumpur Selesa, Selamat dan Sejahtera". Dengan pelbagai program mengaut...

    DEBARAN MENUNGGU HARI MENAMAKAN CALON.

    Posted: 21 Feb 2011 04:26 PM PST



    Pilihan raya Kecil N 27 Merlimau kini tinggal satu hari lagi untuk diketahui siapakah calon yang akan mewakil parti Barisan Nasional. Senarai tujuh nama kini dalam pengamatan dan analisa Presiden Parti. Semua nya berpeluang, namun oleh kerana hanya satu nama sahaja yang boleh dicalunkan maka sudah pasti enam nama lagi kena di simpan. 


    Kini masyarakat pengundi sibuk tertanya-tanya dan membuat kajian sendiri siapakah yang bertuah itu? Isu calun tempatan yang menjadi bualan kini semakin kerap kedengaran setiap kali PRK. Soalnya adakah calon tempatan itu, memenuhi kriteria yang dimahukan oleh Presiden parti dan juga pengundi? Begitu juga dengan calon luar adakah mereka sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai bakal bergelar Yang Berhormat?

    Tidak ketinggalan isu yang sama juga melanda parti pembangkang. Bermula dengan perebutan antara PAS dan PKR untuk menjadi calon akhirnya Pakatan Rakyat menyerahkan kerusi Merlimau kepada PAS. Gigit jari lah Syamsul Iskandar....Rekod pilihanraya jelas menunjukkan baik PAS mahu pun PKR, kedua-duanya pernah tewas di tangan calun Barisan Nasional. Itu agaknya pada permulaan, PAS seolah-olah hendak memberi laluan percuma kepada BN namun akhirnya berubah fikiran. Biasalah pembangkang ini, tektik mereka kan licik. 



    Kini nama Ustaz Kamaruddin Sidek begitu kuat dilaungkan untuk menjadi calun PAS di N 27 ini? Adakah Kamaruddin Sidek akan mengalami nasib yang sama dengan rakan-rakan yang sewaktu dengannya kita nantikan pengundian pada 6 hb. Mac 2011.

    NIK AJIS BERTUKAR 'TOPENG' BILA TIBA MUSIM PILIHAN RAYA

    Posted: 21 Feb 2011 03:40 PM PST

    Nik Aziz pandai bermuka-muka

    Oleh AZRAN FITRI RAHIM
    azran.rahim@utusan.com.my

    KOTA BHARU 21 Feb. - Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah (gambar) menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' apabila cuba menarik perhatian orang Melayu dengan menyatakan parti itu mengutamakan perjuangan kaum pribumi tersebut.

    Beliau berkata, keadaan itu jelas kerana Menteri Besar Kelantan tersebut tidak pernah menyesal atau menarik balik kenyataan menghina orang Melayu yang dibuatnya sebelum ini.

    "Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam, perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.

    "Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba hari ini keluar kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

    Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    "Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.

    "Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar," katanya.

    Katanya, sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.

    "Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan? Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.

    "Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal," katanya.

    Pada masa sama, beliau yang juga ahli Pas yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam sekiranya memerintah kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.

    "Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP," katanya.

    Tiada ulasan:

    Pengikut