Khamis, 24 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 24 Feb 2011 11:14 PM PST

Salam Perjuangan


HASANUDIN SANDARAN PAS

Posted: 24 Feb 2011 07:23 PM PST

KOLEKSI VIDEO DI KERDAU

Posted: 24 Feb 2011 07:05 PM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Feb 2011 09:25 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Mahkamah arah Adun Lenggeng bayar RM18,000

Posted: 24 Feb 2011 12:59 AM PST


Harakahdaily. SEREMBAN, 24 Feb 2011: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim (gambar kiri) membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi Zainal Abidin manakala hakim adalah Puan Rosnani

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31033:mahkamah-arah-adun-lenggeng-bayar-rm18000&catid=1:utama&Itemid=50

Tugu Peringatan Sungai Lui terbiar

Posted: 24 Feb 2011 12:59 AM PST


Beginilah keadaan kawasan Tugu Peringatan Sungai Lui di Jempol yang dibiar terbiar tanpa penyelenggaraan.
-------------------

JEMPOL 23 Feb. 2011 - Tidak ramai di antara kita yang mengetahui Tugu Peringatan Sungai Lui di sini sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri.

Tugu yang dibina pada tahun 2000 itu adalah bagi memperingati 368 orang Cina yang dibunuh kejam pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi bersejarah itu mendapati, ia bukan terabai tanpa ada penyelengaraan, malah terbiar dengan dipenuhi oleh semak samun, walhal tempat itu berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu tempat perlancongan di kawasan ini.

Bagi Ketua Kampung Sungai Lui, Othman Baharin, kawasan tugu itu mempunyai nilai untuk dimajukan sekiranya ia dijaga dan dipulihara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jelasnya, walaupun ia dibina pada tahun 2000, namun tiada siapa mengetahui kewujudan tugu peringatan ini berikutan tiada promosi dan hebahan kepada umum.

"Bayangkan, 368 orang dibunuh dan ditanam di dalam satu lubang. Sejarah di sebalik tugu ini juga berjaya menarik minat orang luar untuk datang ke kawasan ini.

"Pihak berkuasa seharusnya memikirkan cara untuk memperkenalkan tempat bersejarah ini kepada umum, memandangkan ia mempunyai nilai sejarah yang boleh dihayati oleh para pengunjung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi seorang pengunjung, Mohd. Hafis Suleiman, 19, dia sanggup datang dari Port Dickson semata-mata untuk melihat tugu peringatan yang kini berusia 11 tahun.

"Namun, saya rasa sedikit kecewa apabila kawasan ini seperti terabai dan ditumbuhi lalang. Ia mencacatkan imej kawasan yang sepatutnya dijaga dengan bersih.

"Saya rasa sudah tiba masanya bagi PBT melakukan sesuatu bagi memastikan lokasi seperti ini bukan sahaja diketahui oleh orang awam, malah ia dapat dipulihara dengan baik," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Sembang Petang Muslimat Rembau 12 Mac 2011

Posted: 24 Feb 2011 12:59 AM PST

MAJLIS MINUM PETANG
Hi Tea & Ramah Mesra bersama Cikgu Mala bekas calon PRK Tenang
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Masa : 3 ptg
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar, Senawang

Agenda:
- Citra pengerusi
- Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
- Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
- Jualan Amal Muslimat Rembau

Terbuka untuk semua golongan wanita

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/02/hi-tea-dialog-ramah-mesra-bersama-bekas.html

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 24 Feb 2011 08:03 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Yuhaizad Mencabar Di Merlimau, Hassanuddin Bersaing Di Kerdau

Posted: 24 Feb 2011 07:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan

Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

sumber : harakahdaily.net

Rembau Hari Ini

Posted: 24 Feb 2011 07:45 PM PST

Rembau Hari Ini


Sembang Petang Muslimat Rembau 12 Mac 2011

Posted: 24 Feb 2011 12:57 AM PST

MAJLIS MINUM PETANG
Hi Tea & Ramah Mesra bersama Cikgu Mala bekas calon PRK Tenang
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Masa : 3 ptg
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar, Senawang

Agenda:
- Citra pengerusi
- Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
- Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
- Jualan Amal Muslimat Rembau

Terbuka untuk semua golongan wanita

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/02/hi-tea-dialog-ramah-mesra-bersama-bekas.html

DPPK PARIT

Posted: 24 Feb 2011 07:17 PM PST

DPPK PARIT


Speaker pohon ketepi keputusan kerusi P Klang

Posted: 24 Feb 2011 04:33 PM PST

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 24 Feb 2011 07:11 PM PST

Pemuda PAS Hulu Kelang


Meninjau Keadaan Padang Bola AU3

Posted: 23 Feb 2011 06:56 PM PST

AU3 - Pemuda PAS Hulu Kelang meneruskan langkah susulan selepas pertemuan dengan Kelab Sukan AU3 tempoh hari dengan meninjau keadaan padang bola AU3. Keadaan padang bola ini menjadi permasalahan utama yang dibangkitkan oleh Kelab Sukan AU3 dalam pertemuan tempoh hari.

Justeru beberapa orang AJK UKJ diketuai Setiausaha UKJ, saudara Zaharin dan Pengerusi DACS UKJ Hulu Kelang, saudara Aafif dan wakil Pemuda PAS AU3 (yang juga AJK UKJ), saudara Ilham telah melihat dan meninjau sendiri keadaan padang tersebut.

Selepas tinjauan ini, UKJ Hulu Kelang akan mengadakan satu pertemuan dengan pihak Ahli Majlis MPAJ bagi kawasan ini. Semoga usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh UKJ ini akan membuahkan hasil dan penyelesaian terhadap permasalahan ini.

(gambar) Saudara Zaharin merasa mata air panas yang telah dialihkan dari tengah padang

(gambar) Di hadapan papan tanda padang bolasepak yang diurus oleh MPAJ

(gambar) Keadaan padang

(gambar) Struktur padang yang tidak rata dan rumput yang tumbuh tidak seragam

(gambar) Sedikit gambaran keadaan padang

(gambar) Keadaan rumput padang yang 'berbukit-bukit' yang nyata tidak selamat digunakan


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 24 Feb 2011 07:09 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Sokong Melayu Islam Selamat atau Sokong Islam Melayu Selamat?

Posted: 24 Feb 2011 04:30 PM PST


UmNo kata sokong Melayu maka Selamat....... dan PAS pula kata Sokong Islam Melayu selamat.

Benarkah sokong perjuangan Melayu (dibaca UmNo) maka Islam selamat? Apakah jaminan sekiranya kita sokong perjuangan Melayu maka agama Islam akan selamat? Adakah Islam itu menjadi agenda perjuangan Melayu? Apakah rupa Islam yang diperjuangan oleh Melayu@UmNo bagi memastikan Islam menjadi panduan hidup kita. Adakah bila kita sokong UmNo maka Islam tertegak di negara ini?

Adalah telah terbukti dengan menyokong UmNo maka syariat Islam berjalan di Malaysia.... adakah UmNo melaksanakan seluruh system kekeluargaan (munakahad), system ekonomi (muamalat), siasah (pemerintahan) dan jenayah (jinayah)?

Jawapannya jelas bahawa UmNo buat sebahagian KECILnya dan tinggalkan sebahagian BESARnya.

Adakah dengan menyokong PAS maka Islam akan selamat dan Melayu akan selamat? Islam menjamin hak semua termasuk Melayu dan bukan Melayu. Sekiranya kita menyokong PAS dan perjuangan Islam maka secara tidak langsung Melayu akan terbela. Dan yang lebih penting orang Melayu akan lebih dekat dengan Islam. Bukan itu sahaja bukan Melayu dan bukan Islam juga akan lebih memahami Islam.

Seorang yang telah Melayu tidak akan mungkin bertukar menjadi bangsa lain..... Ini boleh tanya Michael Jackson. Tetapi seorang yang telah beragama Islam bila-bila masa boleh rosak aqidah. Apakah tujuan kita hidup? Adakah untuk melaksanakan Islam atau melaksanakan perjuangan Melayu?

Oleh itu mana satu yang perlu disokong? Mahu mempertahankan bangsa atau mempertahankan aqidah?




Hassanudin Salim di DUN Kerdau dan Yuhaizad Abdullah di Merlimau

Posted: 24 Feb 2011 04:14 PM PST



Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan. Manakala timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini. Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw. Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.

Sementara itu, Yuhaizad, 38, juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin. Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Merlimau Pasir. Berusia 38 tahun, Yuhaizad memiliki Diploma Tasawur Islam dari Pusat Latihan Minda Mahir (ILHAM), Selangor dan juga memperolehi Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Kemahiran Mara, Jasin.

Beliau terlibat di dalam bidang politik sepenuh masa dan adalah anak watan Merlimau serta seorang pemimpin muda yang dikenali ramai, mesra dan mudah dikenali. Pengalaman luas dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Belia 4B, Pertubuhan Kebajikan seperti Yayasan Amal Malaysia dan persatuan penduduk memastikan beliau menjadi aset kepada rakyat dan negeri sekiranya terpilih mewakili DUN Merlimau pada pilihan raya nanti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Yang Dipertua Pas Negeri Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP pusat, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Abdul Hadi berkata Yuhaizad dipilih berdasarkan kelayakan pendidikan itu, statusnya sebagai anak tempatan dan kerana ia masih muda. Yuhaizad memegang ijazah dalam pengajian Islam dan sijil dalam kejuruteraan mekanikal. Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus projek pembinaan.

Menurut Abdul Hadi, tidak mustahil untuk PAS menang kerana ia pernah memenangi pilihan raya kecil sebelum ini, sekiranya ia dijalankan dengan adil, begitu juga dengan pihak media.


PEMUDA PAS LADANG

Posted: 24 Feb 2011 03:25 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau

Posted: 24 Feb 2011 12:07 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 24 Feb 2011 03:18 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Gaddafi semakin terdesak

Posted: 23 Feb 2011 11:30 PM PST


Imej daripada stesen televisyen Libya merakamkan aksi Gaddafi semasa berucap ke seluruh negara di Tripoli, kelmarin. Gaddafi memberi amaran akan memburu musuhnya hingga ke titisan darah terakhir. - AP


TRIPOLI 23 Feb. - Pemimpin veteran Libya semakin terdesak apabila beliau mengerahkan pasukan tentera termasuk menggunakan senjata berat, kereta kebal dan jet pejuang selain askar upahan untuk mematahkan pemberontakan di negaranya.

Selain itu, beliau turut menerima tekanan di peringkat antarabangsa termasuk daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah (UE) dan negara-negara lain yang mengecam tindakan kekerasan yang diambil rejimnya untuk mematahkan tunjuk perasaan rakyat Libya yang masuk seminggu hari ini.

Setakat ini, hampir 300 orang terkorban dalam tunjuk perasaan 'Revolusi 17 Februari' yang dilancarkan oleh penduduk Libya bagi mendesak Gaddafi meletakkan jawatan setelah 41 tahun memerintah negara ini.

Gaddafi turut menerima tekanan apabila Menteri Dalam Negeri Libya, Abdel Fatah Yunes mengumumkan peletakan jawatan dan meminta angkatan bersenjata Libya menyokong pemberontakan serta Duta Libya ke Indonesia, Singapura dan Brunei, Salaheddin M. El Bishari turut mengambil tindakan serupa.

Timbalan Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ibrahim Dubbashi semalam berkata, beliau dimaklumkan bahawa penghapusan bangsa bermula di wilayah tersebut.

Saksi pula mendakwa rejim Gaddafi menggunakan senjata berat termasuk kereta kebal dan jet pejuang bagi mematahkan tunjuk perasaan.

Di timur Libya, pasukan tentera yang berpangkalan di wilayah itu mengumumkan berpaling tadah daripada Gaddafi dan menyatakan sokongan kepada penunjuk perasaan.

Di Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, penunjuk perasaan menyatakan bahawa mereka sudah menguasai pangkalan tentera di bandar itu juga mendakwa mereka sudah menguasai hospital di bandar itu.

Penunjuk perasaan turut mendakwa mereka sudah menguasai beberapa bandar di negara ini dengan bandar Misrata di barat Libya menjadi bandar pertama jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan setelah berlaku pertempuran antara tentera dan penyokong Gaddafi dengan penunjuk perasaan antikerajaan sejak 18 Februari lalu.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata, kira-kira 1,000 terbunuh sejak pemberontakan meletus di Libya seminggu lalu.

Di Tokyo beratus-ratus penduduk Libya menyerbu Kedutaan Libya di Tokyo.

Gaddafi muncul di televisyen semalam memberi amaran akan memburu 'musuh rejimnya' dengan mengeledah 'dari rumah ke rumah' dan memburu mereka hingga le lubang cacing. 'di setiap inci' bumi Libya. - Agensi

tak da cerita ni paper tak laku.

Posted: 23 Feb 2011 11:22 PM PST

18SX : Artis sekedudukan - ada bezakah

"jangan pegang-pegang, duduk regang-regang.." tu lirik lagu bro ! Tak sedap pun kalo bikin di depan 'ayam-ayam' gebu dan montok. Ambil fatwa si kazim alkazam, rugi tak tengok der..! Kalo berderap syahwat, rugi pulak tak ajak tut--tut--tut, dah rasa sedap tut-tut, tambah rugi plak layan syahwat setakat tu saja.

Apa kata kalo kita duduk serumah, ramai-ramai. Alaa..kat tempat gini sapa yang berani terjah bro ! Ini tempat private. Sesuai sangat dengan niat nak 'celapak' dan menyedapkan bahagian-bahagian 'private' yang ada tuh !

Tapi pasal apa boleh kantoi nih? Ker hangpa bising sangat dok ''arghh..urghhh.." masa menyedap ? Adoii..., kalau yer pun sedap, kancing sikit ler mulut tu ? Butoh la lu..kantoi aku! Sekarang sapa yang malu? Skuad 'melodi' mesti terjah nyer pagi ni..!

Malu la muka aku yang hensem lagi macho ni kat Bob Lokman. malu weyhhh...! Baru jer minggu lepas aku jumpa dia dan makan bismillah sama-sama dengan dia. Tapi semalam aku kena tangkap bro..!

Bukan kena tangkap pasai makan baca 'bismillah' dengan Bob. Tapi kena tangkap..pasai 'menyedap' ramai-ramai di kondo..! Mampuih..! Tapi adat ler kan, tengah sedap menyedap..apa nak peduli, kiamat pun kan..kalau tak, tak ler lentuk 'ayam-ayam' artis peliharaan yang dok mengongkek tu der...! hahaha..! Baca sepenuhnya dibawah.

HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam - Kosmo

Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS

Posted: 23 Feb 2011 11:15 PM PST




Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong 'anu' dan tidak boleh lagi makan 'kerbau pendek'.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

"Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

"Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat," katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

"Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.

"Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.

"Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57," katanya.

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.

MENARIK.. ANIMASI NAJIB & ROSMAH

Posted: 23 Feb 2011 11:12 PM PST

Najib yang dikejar oleh jenteranya sendiri

reaksi rosmah lepas mendapat title 1st Lady

reaksi suami isteri selepas menjadi PM
* kalu tak gerak...korg click kat gambo...

... COPY JANGAN TAK COPY....WAKAKAKAKA

dari blog tukar tiub

Posted: 23 Feb 2011 11:03 PM PST

BAYAR SEKARANG!!!-meloya

PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SAH… INI CARA KEAJAAN CUKAI RAKYAT…. kah kah kah…

kah kah kah… GUNA SAMAN EKOR….SATU CARA MERAMPOAS DUIT RAKYAT…. kah kah kah..

woit… OPPPS…. HAMPIR LUPA…. NAK BAGI TAHU…. kah kah kah..

kah kah kah…DI MESIR PUN MUBARAK GUNA SAMAN EKOR… kah kah akh…

kah kah kah…BUKAN UNTUK KERETA TAPI UNTUK RUMAH SEWA…. kah kah kah..

nota:
kalau di senarai hitamkan
bermakna apa?
bermakna lebih separuh warga negara ini penjenayah?

kenapa tidak disenarai hitamkan yang betul betul penjenayah?
kenapa tak senarai hitamkam
vincent tan? towkay judi?
anak lim goh tong? towkay judi
ananda krisnan? towkay judi

nampaknya rakyat biasa di cukai
towkay judi dijulang tinggi
cakap rakyat didahulukan
ini towkay judi di dahulukan

nota:
nak tahu apa jdi milik ananda?
beli kertas dan cakar untuk lihat number


MANIFESTO PILIHANRAYA

pakatan rakyat wajib memasukan
hal saman ini dalam manifesto pilihanraya:

jika pakatan berkuasa semua saman di lupuskan!!!

jika ini dlam manifesti jamin dapat undi banyak

1000 Dikhuatiri Maut di Libya

Posted: 23 Feb 2011 10:54 PM PST

Gadis-gadis cun ini turut berjuang!

Saya petik:

[Kosmo] BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.

Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.

Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.

Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.

Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters

Berkaitan:
Gaddafi semakin tertekan selepas bertindak ganas ke atas rakyat

[BH] TRIPOLI: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin tertekan semalam berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Younes al-Abidi yang dianggap nombor dua di Libya.

Al-Abidi mengumumkan langkahnya untuk menyokong penunjuk perasaan ketika laporan menyatakan sehingga 1,000 orang terbunuh sejak bantahan tercetus 17 Februari lalu.
Sementara itu, penunjuk perasaan dengan bantuan anggota tentera yang berpaling tadah mendakwa menguasai bahagian timur Libya.

Malah mereka mendakwa selepas seminggu bantahan tercetus Gaddafi kini hanya menguasai wilayah tertentu termasuk sebahagian ibu negara Tripoli dan bandar selatan Sabha.

Menurut perangkaan kerajaan hampir 300 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan dengan ganas menyuraikan penunjuk perasaan. Namun menteri luar Itali Franco Frattini berkata di Rom laporan yang menyatakan kematian mungkin mencecah 1,000 orang boleh dipercayai berikutan serangan udara turut dilancarkan terhadap penunjuk perasaan.

Bekas negara penjajah Libya itu bimbang jika rejim Gaddafi berjaya ditumbangkan, sehingga 300,000 rakyat Libya mungkin akan lari ke Itali.

Selain Al-Abidi, ramai lagi jeneral kanan termasuk Jeneral Mahmud, pegawai pemerintah di Tripoli dan timur Libya berpaling tadah.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Gaddafi kini hanya mendapat sokongan daripada kelompok kecil yang rapat dengannya tetapi agak jelas beliau tidak akan menyerah kalah tanpa melawan habis-habisan.

Sementara itu, beberapa negara Eropah dilaporkan sudah mula membawa keluar warga masing-masing dari Libya.

Perancis, Turki dan Russia adalah antara negara yang sudah menghantar pesawat masing-masing bagi membawa keluar rakyat mereka yang terperangkap.

Britain pula menghantar kapal perangnya, HMS Cumberland ke pesisir pantai Libya bagi membantu operasi membawa keluar rakyatnya.

Amerika Syarikat, China dan India juga dilaporkan sedang membuat persiapan membawa pulang rakyat masing-masing keluar dari negara bergolak itu. – AP/Agensi

HARUSSNAI BAKAL KETUAI JAWATANKUASA ANTARA AGAMA

Posted: 23 Feb 2011 06:49 PM PST

Ada cakap-cakap yang mencadangkan agar SS Dr. Harussani Zakaria dilantik sebagai pengerusi baru bagi menggantikan tempat Datuk Ilani yang telah meninggal dunia awal pagi tadi akibat serangan kanser.

Harussani dikatakan adalah tokoh yang paling sesuai kerana ketokohan semulajadi beliau serta tidak terlibat dalam politik negara.
Dalam pada lain Datuk Ilani Isahak (gambar) yang merupakan bekas ahli Parlimen Kota Baru dan juga wanita Semangat 46 itu yang sepatutnya genap 58 tahun bulan depan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Ia disahkan oleh abangnya Dr Amir Farid.

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama ditubuhkan pada Feb 2010 dan kerajaan melantik Ilanisebagai ketuanya.

Wakil yang terlibat ialah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST).

Fokus utama Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan campuran, pertukaran agama dan penjagaan anak. Mereka akan bertukar-tukar pandangan dan membincangkan isu serta mengelakkan sebarang salah faham dan salah tafsiran. Ini bukan satu struktur undang-undang, bukan struktur yang kaku. Ini rangka kerja untuk menyediakan interaksi bagi pertukaran idea. Isu ini akan dikaji oleh pelbagai jabatan yang berkaitan melalui undang-undang dan peraturan sedia ada.


TERIMA KASIH PADA HUJAH TV9 : PAS & MELAYU...

Posted: 23 Feb 2011 05:30 PM PST

Semalam tengok Hujah TV9 tajuk 'PAS & MELAYU' …


Kononyanya hujah semalam cuba mengupas kenyataan TGNA pasal kaum melayu yang merupakan kaum majority

Jemputannya adalah Sanusi Junid yang kononnya ada pengalaman luas pasal politik dalaman PAS… pira mabuk.

Moderatornya pulak sapa lagi kalu bukan Sang Aziz desa kampong yang memang bapak umno dari dulu lagi. Pernah cuba nasib dulu tapi tak menjadi. Dia adalah ahli UMNgOk tegar geng Sanusi Junid. Rasa macam nak ludah je muka depa dua nie...

Itulah style UMNO bila ajak berdebat takda teluq… syok sendiri berani la….

Tapi bodoh jugak sanusi dan Aziz sebab menampakkan pekong siapa UMNO yang sebenar dalam memperjuangkan parti kompenan BN yang lain… dan terima kasih pada sanusi kerana menonjulkan PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja memperjuangkan Islam dari dulu bahkan kata Sanusi PAS adalah parti yang turut memperjuangkan melayu dan Islam… tapi tidak pada UMNO yang hanya memperjuangkan kepentingan melayu dengan mengenepikan hak-hak kaum lain…adiosss

PAS PAHANG SIAP SIAGA - TUAN IBRAHIM

Posted: 23 Feb 2011 04:57 PM PST

"Kita memang sudah menjangkakan Syed Ibrahim dicalonkan. Bagi PAS, kita sudah bersedia berhadapan dengan jentera BN. Sesiapa pun jua calon PAS nanti, pastinya mampu mencipta kejutan.



Kita juga berharap agar SPR lebih telus menangani isu penggunaan jentera kerajaan oleh BN untuk berkempen agar mengikut peraturan yang digariskan."


"Kami tidak rasa tergugat dengan pencalonan beliau walaupun statusnya sebagai Pegawai Agama MB. Sikap ulama UMNO yang berdiam diri terhadap isu berbangkit sebenarnya tidak disenangi oleh majoriti umat Islam.


Calon PAS yang akan diketengahkan nanti mempunyai kelebihannya tersendiri dan saya yakin pengundi sekarang sudah bijak memilih pemimpin."

sumber : http://tuanibrahim.blogspot.com/

KETUA DPPP : "TAHNIAH PRO-M"

Posted: 23 Feb 2011 04:40 PM PST

KENYATAAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
23 Februari 2011
"Tahniah Kejayaan Pro Mahasiswa"

1. Mendepani situasi rencam politik dunia dengan skala ricthernya yang agak tinggi serta menyaksikan kebangkitan anak - anak muda yang mendominasi iklim politik dunia hari ini dan rata - rata mereka adalah mahasiswa, nyata tidak ketinggalan rupanya negara kita turut mengalami gegarannya.

2. Berurutan dengan kejayaan Dewan Pemuda PAS menghimpunkan 30 ribu kekuatan tenaga pemudanya dari seluruh negara di negeri Kedah Darul Aman sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang, kini kita digemparkan dengan kejayaan Pro Mahasiswa di UM, UIA, UKM, UMK, USIM, UMS, UMSKAL, USM Kubang Kerian dan UPSI walaupun Pro Mahasiswa kalah di UTM, USM Penang dan UPM.

3. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan tanggungjawab serta menunaikan amanah kepimpinan buat adik - adik dari Pro Mahasiswa yang telah memenangi pilihanraya di kampus masing - masing. Semoga kejayaan gemilang itu akan terus membawa mahasiswa bangkit berjuang sekaligus menggalas kecemerlangan ilmu sebagai asas utama kejayaan.

4. Mahasiswa adalah agent penting bukan sahaja untuk lingkaran politik kampus tetapi juga dalam menentu arah masa depan negara di semua lapangan termasuk politik, ekonomi, budaya dan sosial. Saya mengharapkan kemenangan Pro Mahasiswa dalam arena politik kampus kali ini, benar - benar telah berjaya membebaskan minda mahasiswa dari kongkongan kerajaan sekalipun realitinya mereka masih dikongkong oleh AUKU dan pelbagai peraturan tempatan universiti.

5. Selepas ini, Mahasiswa diharap mempertingkatkan prestasi kebangkitan mereka untuk terus berjuang menentang AUKU disamping turut memperjuangkan kecemerlangan akademik guna mengangkat izzah mahasiswa sehingga mereka tidak lagi dianggap sebagai boneka kepada mana - mana pihak sebaliknya mempunyai idealisme perjuangan tersendiri , memperjuangkan kebenaran, keadilan dan masa depan negara yang maju dan sejahtera.

6. Kejayaan ini mesti diterjemahkan dengan kerja gigih, semangat, berani, nekad membawa perubahan dan memimpin idealisme mahasiswa dalam kehidupan mahasiswa di kampus dan juga di luar kampus. Malah penglibatan mahasiswa dalam arus kebangkitan anak muda dewasa ini untuk menentu masa depan negara dan kepimpinannya juga sangat di alu - alukan.

7. Kami telah lama memperjuangkan agar masyarakat mahasiswa dibenarkan untuk berpartisipasi dengan politik luar kampus agar sentuhan mahasiswa turut mewarnai landskap politik tanahair dan pastinya corak dan frame politik negara lebih menarik terutama golongan mahasiswa adalah mewakili golongan intelek yang matang dan berwibawa.

8. Telah sampai masanya negara memberi kepercayaan kepada mahasiswa dan menghargai ilmu jua karisma mereka biarpun usia mereka masih muda. Justeru dunia dan politiknya hari ini adalah milik orang muda. Kesuburannya dan Kebangkitan rakyat hari ini juga dipacu oleh orang muda. Malah suara orang muda seperti mahasiswa mula didengar dan dihargai oleh semua.

9. Sekalung tahniah sekali lagi dari saya dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia buat kejayaan anda semua dari kalangan mahasiswa yang nyata tidak pernah mengizinkan diri kalian dipengaruhi oleh mana - mana pihak terutama golongan yang sering mahu memangsakan mahasiswa dengan pelbagai peraturan yang mengongkong minda dan tumbesar jiwa seorang yang mahu bergelar intelektual.

10. Tahniah !

Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 24 Feb 2011 03:08 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


MUDAH-MUDAHAN PRK DUN LENGGENG PLAK !

Posted: 24 Feb 2011 02:15 AM PST

Mahkamah arah Adun Lenggeng bayar RM18,000
Harakahdaily
SEREMBAN, 24 Feb: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim (gambar kiri) membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi Zainal Abidin manakala hakim adalah Puan Rosnani.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 24 Feb 2011 01:05 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Umno Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu

Posted: 23 Feb 2011 04:30 PM PST


Parti Islam SeMalaysia meminta supaya Umno jangan tunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu. Umno cuba menunjukkan merekalah juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela Melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya Umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu. PAS mencabar Umno supaya menjawab persoalan ini.

  • Siapa punya angkara sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar?
  • Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand? Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?
  • Siapa yang khianat tulisan jawi?
  • Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris?
  • Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu lesap. Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi?

  • Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh?



  • Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang?

Terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.

Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai. Selagi Umno mendakwa PAS yang khianat orang Melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada melayu di negara ini. PAS akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini. Perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin Umno, sedangkan Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara Umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.




Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa. PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulama' diburu seperti penjenayah. Sedangkan PAS memperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 24 Feb 2011 01:03 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Perkasa Melaka mendakwa difitnah

Posted: 24 Feb 2011 05:15 AM PST

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, hari ini membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah yang didakwa memfitnah pertubuhan itu dan berbaur hasutan.

Laporan itu dibuat yang dipertua PERKASA Melaka, Abdul Rahim Osman di balai polis Merlimau kira-kira jam 1.30 petang tadi

Menurutnya, risalah tersebut bermotifkan politik dan bertujuan menghasut serta membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu, khususnya Cina.

"Kami mendapati risalah yang diedarkan ini berbaur hasutan dan membangkitkan provokasi dengan menggunakan nama PERKASA.

"Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini.

Abdul Rahim berkata, PERKASA menafikan sekeras-kerasnya terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran atau penyebaran risalah berkenaan kepada umum, khasnya pengundi di dalam DUN Merlimau.

"Kami PERKASA tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik dan menyifatkan tindakan itu sebagai tindak balas yang tidak bertanggungjawab selepas ceramah yang diadakan pertubuhan ini tiga hari lalu di kampung Pengkalan Samak.

"Kami adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak pernah menafikan sumbangan kaum Tiong Hwa dalam pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata, PERKASA tidak pernah mengajar ahli untuk bersifat perkauman, malah mengajak orang Melayu bersama-sama mempertahankan perlembagaan negara dan hak-hak mereka.

"PERKASA sentiasa mengamalkan sikap berbaik-baik kepada semua pihak dan menyeru ke arah keharmonian kaum-kaum yang terdapat di negara ini.

"Antara lokasi yang kami kesan dipercayai berlakunya pengedaran risalah terbabit termasuk di sekitar Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri dan Taman Pasir," katanya.

Tiga hari lalu, PERKASA menganjurkan Program Perdana PERKASA bertajuk 'Membongkar Rahsia Pengkhianat Melayu' di perkarangan rumah seorang penduduk berhampiran Makam Tun Teja, Kampung Pengkalan Samak.

Berucap di ceramah tersebut ialah beberapa penceramah termasuk, Presiden PERKASA Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim dan Ketua Wira PERKASA Malaysia, Arman Abu Hanafiah.

Sumber : Blog YB Idham Lim

Jalan tidak diturap sejak 9 tahun dulu

Posted: 24 Feb 2011 05:13 AM PST

MERLIMAU: Lebih 20 rumah di Jalan Air Tawar Baruh yang bakal menjadi pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau, 6 Mac ini mendakwa mereka seperti "dianaktiri" kerana dinafikan kemudahan asas.

Menurut Fazizal Sulaiman, 30, jalan tersebut bukan sahaja digunakan oleh penduduk setempat tetapi turut digunakan oleh orang ramai yang ingin pergi ke kawasan pantai seperti mencari siput dan sebagainya.

"Selain itu, jalan ini juga digunakan sebagai jalan alternatif oleh pelajar-pelajar untuk ke sekolah yang berhampiran kerana ianya lebih selamat dan dekat," katanya.

Menurut Zulkefli Mantan, 52, pada Pilihan Raya Umum lalu, kawasan itu yang terletak di dalam Kampung Air Tawar telah dibahagikan kepada dua Dun iaitu Dun Merlimau dan Dun Sungai Rambai.


"Kami berasa sangat terpinggir kerana di sebalik pelbagai limpahan kemudahan di sekitar Pekan Merlimau, kami di sini tidak mendapat sebarang kemudahan walaupun semua penduduk di sini merupakan pengundi Dun Merlimau.

"Bahkan, jalan yang menjadi penghubung kami penduduk keluar masuk ke jalan besar ini sudah sembilan tahun kami pohon untuk diturap namun sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan diambil.

"Permasalahan jalan tidak berturap sejauh kira-kira dua kilometer ini pernah kami adu pada pihak sepatutnya, namun menyedihkan apabila tiada sebarang tindakan dilakukan," katanya.

Menurut Azman Ali, 42, jalan yang tidak berturap terbabit bukan sahaja menimbulkan kesukaran kepada pemilik kenderaan yang keluar masuk tetapi turut membahayakan keselamatan mereka.

"Sebelum ini, ada pihak menjanjikan mahu membaiki jalan sebaik projek mereka selesai namun apa yang dilakukan hanya menampal lubang berkenaan dengan batu kasar sahaja," katanya.

HARAKAH 18-21 RABIUL AWAL 1432 / 21-24 FEBRUARI 2011

Kempen rumah ke rumah amat penting di Merlimau

Posted: 24 Feb 2011 05:09 AM PST

***
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
"We did not create heaven and earth and everything in between them as a game. If We had desired to have some amusement, We would have derived it from Our Presense, but We do not do that." (Qur'an, 21:16-17)
***

DISEBABKAN padang permainan pilihan raya tidak adil, hanya ada satu cara bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat (PAS) pada pilihan raya kecil Dun Merlimau, Melaka yang bakal diadakan pada 6 Mac depan, dakwa Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution.

Bercakap dalam ceramah umum sulung Pakatan Rakyat pada malam 12 Februari lalu di Maahad Tahfiz Solihin di Permatang Pasir dekat pekan Merlimau menjelang penamaan calon (26 Februari), Saifuddin mengambil contoh kejayaan beliau dalam pilihan raya kecil Lunas pada 2000 melalui pendekatan tersebut yang dijalankan secara terancang dan dilaksanakan sepenuh hati.

"Pada pilihan raya umum sebelumnya (1999), kita kalah dengan majoriti lebih 6,000 tetapi pada pilihan raya kecil itu (tahun 2000) saya pula menang dengan majoriti lebih 200 undi. Ini bermakna kita boleh memadamkan sokongan 6,000 pengundi kepada BN; bagaimana kita lakukannya? Saya percaya jentera kita yang bergerak secara efisyen dari rumah ke rumah berjaya mendapatkan sokongan bagi kejayaan itu.

"Jadi saya percaya inilah cara untuk kita menang di Merlimau. Pasti kita tidak terlepas daripada mengunjungi walau sebuah rumah pengundi pun," katanya dalam ceramah yang turut membabitkan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin; Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; dan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelatan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saifuddin antara lain menyenaraikan ketidak-adilan proses pilihan raya seperti penetapan hari mengundi (hari mingguan bagi kawasan yang berpotensi dimenangi BN tetapi hari bekerja bagi kawasan di mana pembangkang kuat), pelambakan projek segera, penyalah-gunaan jentera kerajaan (di Merlimau, Politeknik Merlimau sudah jadi macam markas BN), penguasaan terhadap media massa, dan pemberian hadiah dan wang, menyebabkan pengundi menjadi gelap mata.

"Itulah sebabnya kita perlu berjumpa setiap pengundi, menyakinkan dia untuk mengundi kita," katanya. Menurut beliau tidak kiralah mereka ahli atau penyokong Umno-BN, biarlah mereka begitu tetapi apa yang amat mustahak mereka mengundi (memangkah) calon PAS (Pakatan).

Benar, penulis yang mengikuti majlis ceramah berkenaan yang dihadiri lebih 3,000 orang itu mengakui poin (point) yang dikemukakan oleh Saifuddin. Memang hadirin ramai pada majlis itu (dan juga pada kebanyakan majlis ceramah Pakatan Rakyat) tetapi hal itu tidak boleh diterjemahkan sebagai sokongan padu pengundi kepada calon Pakatan Rakyat. Ini kerana kebanyakan mereka yang hadir itu penulis kesan bukanlah orang tempatan tetapi orang luar yang sanggup datang dari jauh.

Orang luarlah yang memeriahkan setiap ceramah umum Pakatan Rakyat. Peminat sanggup datang dari jauh bagi mendengar ucapan pemimpin dihormati dan diminati mereka seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim tetapi apakah majlis ceramah ini boleh mendatangkan impak yang kuat kepada pengundi?

Berdasarkan pengalaman penulis singgah di masjid sebelum ke majlis ceramah, didapati penduduk tempatan tidak ghairah malah ada yang mencemuh majlis-majlis ini yang kononnya menimbulkan pelbagai masalah di tempat mereka seperti kesesakan dan bunyi bising. Ini bermaksud kebanyakan orang tempatan tidak tergerak hati mereka, jadi benarlah kata Saifuddin pengundi mesti ditemui seorang demi seorang; jangan seorang pun 'dibiarkan terlepas'!

Merujuk kepada pengundi Dun Merlimau, Saifuddin berkata, petugas dari rumah ke rumah mesti memasuki kubu kuat Umno-BN seperti di Permatang Serai. Umno memang kuat di kawasan ini, tetapi kalau PAS (Pakatan) bermatlamat menang, mahu tidak mahu penduduk zon ini perlu disantuni. Satu majlis ceramah besar membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu diadakan di Permatang Serai pada 15 Februari dan selepas itu petugas PAS (Pakatan) perlu mendekati seterusnya menyantuni penduduknya.

Dun Merlimau yang mempunyai lebih sedikit daripada 10,500 pengundi, kira-kira 65 peratus daripadanya Melayu; 21 peratus Cina; 14 peratus India dan bakinya bangsa-bangsa lain, tidaklah luas sangat dengan kebanyakan penduduknya tidak terlalu aktif pergerakan mereka (seperti pekedai, petani, pekerja estet dan kakitangan kerajaan dan swasta) membolehkan petugas menemui mereka dengan selesa bagi menerangkan kepentingan mengundi calon Pakatan.

Pengundi boleh diterangkan bahawa memenangkan calon PAS (Pakatan) sebenarnya tidak membawa perubahan status quo kerajaan Negeri Melaka, hakikatnya mereka akan mendapat lebih banyak lambakan projek jika kawasan ditawan pembangkang. Ini kerana bagi memenangi kawasan itu pada pilihan raya berikutnya, pihak berkenaan akan bekerja lebih keras, sekali gus membawa faedah kepada penduduk.

Lagi pun terlalu sangat kurang risikonya untuk membuat ujian dengan memberi hadiah anak sulung kepada PAS kerana tempoh khidmat wakil rakyat Dun Merlimau ini terlalu singkat, kurang dua tahun sebelum pilihan raya umum ke-13. Malahan tempohnya hanya beberapa bulan saja jika pilihan raya umum mahu diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan pertengahan tahun ini. Jadi, kepada pengundi Dun Merlimau, inilah masa terbaik membuat UJIAN!

LanH

Pas CawanganSurada

Posted: 24 Feb 2011 11:49 AM PST

Pas CawanganSurada


Bob Lokman: Fi SabililLah

Posted: 23 Feb 2011 10:35 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 24 Feb 2011 11:17 AM PST

Batu Gajah Mari


Panas!! : Gambar Rumah Taib Mahmud dan kroninya

Posted: 24 Feb 2011 03:24 AM PST








Jutawan Segera: Buktikan !!!

Posted: 23 Feb 2011 09:37 PM PST


IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham mencabar bekas Ketua Penerangan PKR Negeri, Fauzi Muda membuktikan tuduhan wujudnya jutawan segera sepanjang tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak.

Beliau yang juga bekas Exco kanan negeri turut mencabar Fauzi menamakan lapan pemimpin kanan PR yang didakwa jutawan.

Katanya, tuduhan itu tidak benar dan tidak masuk akal kerana tidak ada amalan rasuah berlaku sepanjang tempoh 11 bulan.

"Namakan mereka dan buktikan, jika tidak segala tuduhan itu hanya bohong semata-mata," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak ada amalan rasuah berlaku dan tuduhan bahawa semua ahli parlimen dan ADUN PR menerima balak adalah satu pembohongan.

"Pemimpin PR memang sudah jutawan kerana kami adalah orang-orang yang berjaya. Sebelum terlibat dalam politik ramai antara kami jutawan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan lapan badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang membuat laporan polis berhubung pendedahan bekas Ketua Penerangan PKR Negeri, Fauzi Muda.

Fauzi mendakwa terdapat lapan pemimpin kanan PR menjadi jutawan dalam tempoh 11 bulan mentadbir Perak yang disiarkan 21 Februari lalu.

Lapan NGO yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 20 Februari lalu meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan Fauzi Muda.

Koo Ham turut mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap laporan PR kepada empat ADUN Bebas yang didakwa menerima wang.

"Dalam masa yang sama, ADUN Pas Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah pula mendakwa Fauzi pernah membuat akuan bersumpah dan melaporkan kepada SPRM dia nak dibeli RM50 juta oleh UMNO," katanya. -SH

Hot!! Najib kalung bunga di kubur Mustafa Kemal Ataturk

Posted: 23 Feb 2011 07:40 PM PST

Najib later laid a wreath at the Anitkabir mausoleum as a mark of respect for Turkey's founder and first president Mustafa Kemal Ataturk. - The Star


Mantan PM Australia kalung bunga tanda hormat di kubur tokoh sekular, sama la kalau Najib pun, pergi Turki buat kerja khurafat

Mustafa Kemal Ataturk, the founder of modern Turkey, dancing

Dupahang's Weblog

Posted: 24 Feb 2011 11:16 AM PST

Dupahang's Weblog


Qaradhawi : Muammar Gadafi lelaki gila, halal darah!

Posted: 24 Feb 2011 01:31 AM PST

Perkembangan terbaru di Libya menyerlahkan sekali lagi kepekaan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Sebelum ini, perkembangan di Mesir telah menampilkan karektor itu pada sosok ulama besar itu. Terbaru, al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa supaya 'diktator gila', Muammar Gadafi dibunuh! Beliau memfatwakan sedemikian disebabkan tindakan gila Muammar Gadafi membunuh rakyatnya sendiri. Bukan dengan pedang. [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 24 Feb 2011 11:15 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Kerdau 'medan tempur' terakhir sebelum PRU

Posted: 23 Feb 2011 06:07 PM PST

TEMERLOH - Para petugas jentera PAS Terengganu yang membantu jentera pilihanraya PAS Pahang diminta menggunakan segala usaha dan kemahiran berkempen bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata PRK Kerdau adalah amat penting sebagai medan latihan terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 akan datang

"apa saja kaedah yang ada pada petugas Terengganu yang boleh digunakan, apa sahaja idea dan strategi pastikan (gunakanlah) untuk kemenangan calon kita disini," katanya ketika memberikan taklimat di Desa Murni disini, Selasa 22 Februari.



Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Marang menyifatkan Kerdau sebagai 'medan tempur' terakhir menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka berlaku pada masa terdekat.

Ia adalah kerana menurutnya, selepas 8 Mac, sekiranya berlaku sebarang kematian tidak aakan diadakan lagi pilihanraya kecil berdasarkan tempoh dari tarikh pilihanraya umum ke-12 lalu.

Seramai 20 petugas dari PAS Kawasan Marang dan 10 petugas dari PAS Kawasan Besut berada di kawasan PRK Kerdau bagi memulakan tugas awal kempen pilihanraya.

Turut hadir adalah Penolong Setiasaha, Haji Hanafiah Mat, Pengarah Pilihanraya, Ariffin Deraman dan Ahli Jawatankuasa PAS Marang, Cikgu Mohamad Draman.

Calon PAS yang akan bertanding pada PRK Kerdai dijangka diumumkan esok, 24 Februari di Markaz Besar pilihanraya, Darul Hikmah, Kerdau, oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pas serius isu undi Melayu

Posted: 23 Feb 2011 06:00 PM PST

KUALA TERENGGANU – Pas mengambil serius kenyataan bahawa peratusan undi Melayu sekarang bergerak kepada UMNO kerana ia boleh mengancam kedudukan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, walaupun pada dasarnya sokongan orang Melayu di negeri ini kepada Pas masih kukuh, pihaknya tetap memberi perhatian supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.

Menurutnya, antara langkah diambil adalah menggunakan kekuatan yang ada untuk menyebarkan jaminan Pas tidak akan mengetepikan kepentingan, hak dan nasib orang Melayu jika Pakatan Rakyat (PR) menang PRU ke-13.

"Kita sudah sepakat, orang Melayu tidak akan terpinggir dan untuk itu kita akan sebarkan perkara ini kepada rakyat peringkat akar umbi supaya mereka faham serta tidak keliru dengan fitnah dilontarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).



"Antara usaha itu adalah dengan menggunakan saluran media kita, adakan jelajah ke segenap lokasi, siri ceramah dan gerak kerja tersusun," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan PR terutama Pas dan PKR dalam keadaan terancam dan berpotensi kehilangan banyak kerusi jika undi Melayu lari lima peratus pada PRU akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat berkata, perkara itu perlu dibimbangi kerana sejak belakangan ini, peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO, manakala undi Cina kekal tinggi kepada PR.

Hanafiah memberitahu, Pas akan meyakinkan rakyat bahawa Melayu tidak akan hilang manakala politik, ekonomi mereka dan agama Islam tetap terjamin walaupun PR diberi kepercayaan mentadbir negara ini bersama-sama PKR dan DAP.

"Kita beri perhatian serius perkara ini dan Pas tidak syok sendiri kerana mendengar pandangan 'orang luar' mengenai keadaan parti, supaya kita dapat perbaiki kekurangan serta kelemahan yang ada demi keutuhan parti," katanya. - sinarharian

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 24 Feb 2011 09:43 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


CALON PAS PRK DUN MERLIMAU DAN KERDAU

Posted: 24 Feb 2011 09:00 AM PST

Calon PAS: Hassanudin di Kerdau, Yuhaizad di Merlimau

Malaysiakini

Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

Manakala timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.

Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.

Sementara itu, Yuhaizad, 38, juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Merlimau Pasir di sini semalam.

merlimau by election pas candidate yuhaizat abdullah 240211 02Berusia 38 tahun, Yuhaizad memiliki Diploma Tasawur Islam dari Pusat Latihan Minda Mahir (ILHAM), Selangor dan juga memperolehi Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Kemahiran Mara, Jasin.

Beliau terlibat di dalam bidang politik sepenuh masa dan adalah anak watan Merlimau serta seorang pemimpin muda yang dikenali ramai, mesra dan mudah dikenali.

Pengalaman luas dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Belia 4B, Pertubuhan Kebajikan seperti Yayasan Amal Malaysia dan persatuan penduduk memastikan beliau menjadi aset kepada rakyat dan negeri sekiranya terpilih mewakili DUN Merlimau pada pilihan raya nanti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Yang Dipertua Pas Negeri Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP pusat, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Feb 2011 09:18 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sembang Petang Muslimat Rembau 12 Mac 2011

Posted: 24 Feb 2011 12:58 AM PST

MAJLIS MINUM PETANG
Hi Tea & Ramah Mesra bersama Cikgu Mala bekas calon PRK Tenang
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Masa : 3 ptg
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar, Senawang

Agenda:
- Citra pengerusi
- Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
- Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
- Jualan Amal Muslimat Rembau

Terbuka untuk semua golongan wanita

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/02/hi-tea-dialog-ramah-mesra-bersama-bekas.html

i n t a n h i j a u

Posted: 24 Feb 2011 07:38 AM PST

i n t a n h i j a u


EXCO PERAK MANA YANG KENA SIASAT TU ?

Posted: 24 Feb 2011 02:21 AM PST

Harakahdaily   
IPOH, 24 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah diberikan maklumat bahawa salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak baru-baru ini," kata Mohd Munir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Kami juga difahamkan bahawa Exco yang terbabit dalam siasatan SPRM tersebut merupakan 'orang lama' yang penting di dalam barisan kepimpinan Datuk Seri Zambry," katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Perak mendesak Datuk Seri Zambry untuk mengesah dan menjelaskan isu tersebut bagi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya. Isytihar harta
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri  mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri.

Perkara tersebut bagi membuktikan bahawa semua Exco kerajaan negeri bersih daripada amalan rasuah dan perkara tersebut adalah penting untuk menilai mana-mana pihak agar menunjukkan latar belakang yang bersih.

"Pemuda PAS Perak  menunggu respon Datuk Seri Zambry bagi membuktikan perkara tersebut, jika Datuk Seri Zambry gagal mengisytiharkannya sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor, akan   menunjukan persepsi bahawa mereka tidak bersih sepertimana yang didakwa," kata Naib Ketuanya, Salman Haji Saleh.

Pemuda PAS Perak, katanya, yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia bagi membuktikan dengan cara mengisytiharkan harta mereka pada bila-bila masa.

Pemuda PAS juga yakin Umno/Barisan Nasional (BN) akan  terus memberikan pelbagai alasan bagi melaksanakan perkara tersebut, katanya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 24 Feb 2011 03:30 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Ucapan terima kasih anak Mangsa pukul sampai mati oleh staff kerajaan UMNO/BN

Posted: 23 Feb 2011 09:49 PM PST

Dipetik dari Comment user Facebook Nik Suriani Saaid(anak mangsa) di  Facebook Keadilan Untuk Allahyarham Saaid & Adik Ahmad Nizamudin dan www.husammusa.com
Komen
Pertama:| Assalamualaikum w.b.t ....saya Nik Suriani Saaid anak kepada Allahyarham Saaid bin Mat Hassan ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan ucapan takziah yang diberikan.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan khas buat YBhg. Tok Guru Nik Aziz, YBhg. Dato' Husam Musa dan ahli-ahli exco yang prihatin terhadap keluarga kami. Secara terus terang saya bukanlah penyokong fanatik mana2 parti (Politik bukan minat saya) tetapi kejadian ini menyedarkan saya bahawa berita yang keluar di kaca TV dan surat khabar arus perdana tidak boleh dipercayai (berat sebelah dan profit oriented) dengan mengsensasikan kisah yang tidak benar. Jangan salahkan BULAN yang proaktif jika DACING tidak berfungsi, berkarat dan tidak bertindak sewajarnya.

Komen Kedua:

assalamualaikum pada semua... ..yg meninggal adalah arwah AYAH saya..betul menyeludup beras adalah salah di sisi undang2.. tapi bukan hak UPP nak belasah ayah saya..hukuman penyeludup beras adalah merampa...s beras n kereta (sila rujuk undang2)..

SEBENARNYA, 2 minggu sebelum kejadian UPP yg sama telah APmenahan ayah saya tapi tiada bukti jadi dia mengambil IC arwah ayah..selepas itu UPP yg menjalankan tugas dgn ADIL n BAIK HATI tue telah meminta wang sebanyak RM 1 ribu n beberapa kampit beras sbg pertukaran dngan IC tersebut..tapi Ayah saya bukanlah TAUKE atau PENYELUDUP BERAS TERBESAR hanya golongan marhain yg mencari rezeki dgn mengambil upah yang x seberapa untuk menghantar beras tersebut (BERAS TU BUKAN AYAH SAYA PUNYA)...bila x dpt ape yg dihajati maka UPP tersebut bertindak demikian...percayalah PENYELUDUP TERBESAR x akan kena tangkap coz dia x pyh hantar beras sendiri,cukup untuk mengupah golongan marhain sperti ayh saya,dan menyogok duit kepada golongan UPP terbabit.....

Mungkin Ayah anda tidak perlu bekerja keras seperti mengambil upah menghantar BERAS, mungkin perkara sebegini tidak terjadi pada keluarga anda TAPI bila bersuara kena ingat bahawa Arwah masih mempunyai WARIS n keluarga.....

TERBUKTI ..UMNO/BN TIDAK MEMBELA RAKYAT!!!!TIDAK MEMBELA MELAYU!! TIDAK MEMBELA UMAT ISLAM!!!

Umno Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu

Posted: 23 Feb 2011 09:46 PM PST

Parti Islam SeMalaysia meminta supaya Umno jangan tunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu. Umno cuba menunjukkan merekalah juara Melayu, telatah mereka  seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum  PAS hendak  membela Melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya Umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu. PAS mencabar Umno supaya menjawab persoalan ini. Siapa punya angkara sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun  1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar. Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand? Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian? Siapa yang khianat tulisan jawi? Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu lesap.  Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang. Terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti Umno  yang berdosa dengan orang Melayu.

Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS  kerana  hak Melayu tergadai. Selagi Umno mendakwa PAS yang khianat orang Melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada  melayu di negara ini. PAS akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini. Perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin Umno, sedangkan Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara Umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.

Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa. PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulama' diburu seperti penjenayah.  Sedangkan PAS memperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 24 Feb 2011 01:28 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


himpunan PTPTN dan MARA

Posted: 23 Feb 2011 07:17 PM PST


Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.

Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.

"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.

Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.

Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.

"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.

"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.

Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 24 Feb 2011 01:13 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Teguran Nik Aziz persoal Islam saya tuduhan serius, kata Mahathir

Posted: 24 Feb 2011 01:00 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - TERKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah "kafir."

Malah pada masa yang sama Dr Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga "satu tuduhan amat serius."

"Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS," kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Tulisan Dr Mahathir (gambar) itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini.

"Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, 'apa nama kerja ini'."

"Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh Umno kafir," katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, Nik Aziz menuduh beliau "fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya."

"Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan," kata beliau lagi.

"Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong PAS ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – 'Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah'," kata beliau yang juga bekas presiden Umno.

Beliau seterusnya bertanya apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir.

"Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan Umno tolak Islam selain daripada mendakwa Umno adalah kafir," kata Dr Mahathir yang terlibat dalam 'perang' kenyataan menerusi blog dan facebook masing-masing sejak bulan ini.

Malah Dr Mahathir berkata, Nik Aziz juga membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi.

"Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik," katanya sambil menambah, teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

Malah kata Dr Mahathir, teguran Nik Aziz menidakkan keislamannya adalah satu teguran dan "lebih tepat lagi satu tuduhan yang amat serius."

"Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting," katanya.

Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, kata Dr Mahathir, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

"Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja.

"Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu.Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan Kemelayuan mereka. Dan, sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi," katanya lagi.

Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas negeri itu jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1990 iaitu pilihan raya umum ketiga bagi Dr Mahathir selepas menjadi perdana menteri keempat.

Kini PAS bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat.(MInsider)

‘Telefon bimbit boleh jejas aktiviti sel otak’

Posted: 24 Feb 2011 12:50 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Metabolisme glukos meningkat di bahagian hampir antena

CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan.
Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.

"Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu," kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

"Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit.
Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.

Sesetengah kajian menga-itkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.

Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan.

Berita Harian/-

Mansuh Darurat, selamatkan penduduk Estet Batu

Posted: 24 Feb 2011 12:45 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kerajaan digesa supaya memansuhkan undang-undang Kuasa Darurat yang telah tidak digunakan sebaik-baiknya bahkan secara zalim ke atas rakyat miskin.

Menurut Naib Presiden PKR, N Suredran pihaknya terkejut dengan tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah sekali lagi terpaksa menggunakan Kuasa Darurat untuk mengusir penduduk Estet Batu yang miskin dari tanah mereka.

Pihak DBKL telah mengeluarkan notis kepada pemilik tanah di bawah Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969: Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969) supaya mengosongkan rumah dan meninggalkan tanah mereka.

Pihak DBKL juga mengarahkan penduduk supaya merobohkan rumah-rumah mereka sendiri sebelum meninggalkan tanah tersebut. Arahan ini perlu dilaksanakan menjelang minggu depan.

Kuasa-kuasa Darurat sebelum ini digunakan sewaktu menghadapi situasi darurat selepas rusuhan 13 Mei 1969; dan bukannya dalam isu berkaitan tanah dalam tahun 2011.

Ini bukan kali pertama peruntukan Darurat digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengusir rakyat dari tanah mereka, kata Surendran dalam kenyataannya.

Katanya, sejak sekian lama, kuasa luar biasa di dalam peruntukan ini telah digunakan oleh pihak berkuasa yang menyokong pemaju kaya dan menzalimi rakyat miskin yang berjuang untuk mencari rezeki.

"Kenapa pihak berkuasa perlu campur tangan dalam pertikaian yang melibatkan rakyat yang memiliki tanah dengan pemaju yang sewajarnya diselesaikan melalui rundingan atau proses perundangan di mahkamah?" katanya.

Bagi beliau yang juga seorang peguam, masanya telah tiba agar semua peruntukan Kuasa Darurat dan undang-undang yang bersifat jahat dimansuhkan.

Beberapa undang-undang Darurat yang dibuat antara 1964 dan 1977 tetap berlaku, termasuk undang-undang tahun 1964 bertujuan untuk menangani konfrontasi dengan Indonesia dan undang-undang Mei 1969 selepas rusuhan Mei 13.

Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969: Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969) hanya salah satu daripada 92 ordinan yang digubal dibawah Perisytiharan Darurat 1969.

Bagi beliau, kewujudan dan penggunaan undang-undang Darurat jelas sekali melanggar norma-norma antarabangsa.

Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR) menyatakan bahawa undang-undang Darurat hanya boleh digunakan jika ianya 'benar-benar diperlukan bergantung kepada tahap situasi'.

Apa yang pasti, isu tanah penduduk Estet Batu pada masa ini tidak termasuk di dalam kategori tersebut, tegasnya.

"Kami terkesan dengan laporan berita bahawa kabinet Algeria baru saja mengumumkan pemansuhan undang-undang Darurat yang telah dilaksanakan selama 19 tahun di negara itu dan memulihkan semula kebebasan politik negara itu," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, undang-undang Darurat Malaysia yang berusia lebih setengah abad bukan saja tidak dimansuhkan bahkan diperkuat dengan beberapa perubahan dan penambahan-penambahan tertentu.

"Ini merupakan sesuatu yang memalukan ditambah pula dengan kecenderungan kerajaan yang suka membandingkan tahap pentadbiran mereka dengan beberapa pemerintahan diktator di Afrika Utara yang terburuk.

"Kami menyeru kepada kerajaan supaya tidak menggunakan undang-undang luar biasa dan tidak adil ini terhadap rakyat biasa di Estet Batu yang bekerja keras mencari rezeki.

"Kami juga menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera untuk memansuhkan peisytiharan dan undang-undang Darurat yang hingga ke hari ini masih menghantui dan menekan rakyat di negara ini," katanya.

Harakahdaily/-

Usaha menyelamat diteruskan

Posted: 24 Feb 2011 12:36 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

CHRISTCHURCH 23 Feb. – Pekerja penyelamat New Zealand hari ini meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan berpandukan suara tangisan serta bunyi ketukan, ketika angka korban akibat gempa bumi di negara ini meningkat kepada 75 orang.

Pasukan penyelamat juga terpaksa memotong tangan atau kaki sebahagian daripada 120 mangsa bagi mengeluarkan mereka yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan, selepas gempa sekuat 6.3 pada skala Richter semalam meruntuhkan kebanyakan struktur bangunan di bandar kedua terbesar New Zealand ini.

Usaha mencari dan menyelamat turut dilakukan menggunakan tangan, bantuan anjing pengesan dan jentera berat ekoran masa yang semakin suntuk bagi mengeluarkan mangsa selepas 24 jam bencana itu berlaku.

Perdana Menteri, John Key turut mengisytiharkan perintah darurat di New Zealand ketika beratus-ratus tentera, polis dan pekerja penyelamat termasuk dari negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dikerah ke Christchurch.

Sebahagian daripada 350,000 penduduk bandar tersebut kini tinggal sehelai sepinggang dengan kebanyakan kawasan kini tidak mendapat bekalan air minum yang mencukupi serta bekalan elektrik dan talian telefon terputus.

Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker berkata, seramai 300 mangsa masih disenaraikan sebagai hilang, sementara pihak berkuasa kini telah mengecam 55 mayat dengan 20 yang lain masih belum dikenal pasti identiti mereka.

"Mayat bergelimpangan di jalan-jalan raya. Ada yang terperangkap di dalam kereta dan dihempap runtuhan bangunan," kata komander polis, Russell Gibson kepada Radio New Zealand.

Pekerja penyelamat hari ini berjaya mengeluarkan 15 mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan pejabat enam tingkat yang runtuh akibat gempa bumi semalam.

"Kami berjaya mengeluarkan mereka hidup-hidup dan kami akan mencari lebih ramai mangsa yang mungkin masih hidup," kata jurucakap jabatan bomba kepada sebuah stesen radio.

Seorang lagi mangsa, Ann Bodkin juga berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan Pyne Gould Guinness, di sini, selepas terperangkap lebih 24 jam.

Utusan Malaysia/-

Gamis seru peminjam PTPTN dan MARA serta pertemuan

Posted: 24 Feb 2011 12:21 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik usaha yang dilakukan Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Himpunan yang dijadualkan bermula jam 2 petang pada 26hb Februari 2011 iaitu hari Sabtu ini, di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Menurut Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari, " ini merupakan pertemuan yang ditunggu-tunggu bagi mahasiswa khususnya yang mendapat pinjaman PTPTN dan juga MARA. Pelbagai masalah yang dilontarkan pihak mahasiswa yang mengalami masalah dengan proses pembayaran semula pinjaman, tetapi lontaran suara itu tidak sampai sepenuhnya kepada pihak berwajib"

"Apa yang kita harapkan, ini bukan sahaja pertemuan untuk merungkai dan mendengar masalah peminjam, tetapi juga pertemuan yang sedikit sebanyak menjawab persoalan serta masalah yang dihadapi oleh para peminjam PTPTN dan MARA," ujarnya lagi.

Gamis menyeru mahasiswa khususnya yang meminjam PTPTN dan MARA supaya luangkan sedikit masa untuk turun bersama mendengar dan bersama lontarkan pandangan serta pendapat untuk dirumuskan berkaitan masalah-masalah yang dihadapi dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang.

Sejak kebelangan ini, para graduan universiti di negara ini yang baru mula memasuki alam pekerjaan menghadapi satu dilema baru apabila PTPTN dan MARA mengejar mereka untuk mendapatkan balik bayaran pinjaman pelajaran mereka.

Ana antara mereka yang disekat dari membuat perjalanan keluar negara akibat dari kegagalan membayar balik pinjaman ini.

"Kami bukan tidak mahu bayar. Bayangkan, gaji kami RM1,600 sebulan. Duduk di KL. Duit sewa rumah, makan, minyak motor ...semua tak lepas. PTPTN mintak bayar sekurang-kurangnya RM300 sebulan melalui potongan gaji, mana kami mampu bang," rungut seorang kakitangan kerajaan yang baru memasuki alam pekerjaan.

Harakahdaily/-

Kenyataan Media : Bantahan tajuk "ADUN DEGIL" akhbar Sinar Harian.

Posted: 24 Feb 2011 12:05 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Merujuk kepada tajuk berita akhbar Sinar Harian hari ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas laporan muka hadapan yang telah diberikan kepada Sidang Media yang telah dibuat kelmarin berhubung isu 'tolak sesi soal jawab jawatankuasa hak dan Kebebasan Dewan'.

Namun saya memberi beberapa kenyataan seperti dibawah :

1. Saya membantah penggunaan perkataan 'Adun Degil' sebagai tajuk utama akhbar Sinar Harian. Ini kerana penggunaan perkataan 'degil' itu sangat merubah sepenuhnya kandungan asal alasan saya bersetuju untuk tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan.

2. Saya memohon supaya pihak akhbar Sinar Harian agar menarik semula penggunaan perkataan "Adun Degil' itu kerana perkataan 'degil' yang digunakan itu secara tidak langsung menjatuhkan reputasi dan imej saya sebagai Adun kawasan Titi Serong yang menggambarkan keputusan yang saya buat bukan dengan alasan yang kukuh dan munasabah..

3. Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa keputusan untuk saya tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan adalah keputusan yang dibuat bagi menjaga kesucian DUN Perak daripada melanggar undang-undang serta peraturan sedia ada.

4. Saya juga menegaskan di sini bahawa sekirannya usul yang dibawa oleh Adun-Adun Barisan Nasional berhubung 'bomoh masuk dewan' itu menepati peraturan dan undang-undang Dewan, dan dilakukan keputusan oleh Speaker DUN Perak dengan menepati undang-undang maka tidak ada alasan untuk saya tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan itu .

5. Secara insaf dan sedar ingin saya mengulanginya disini bahawa 'bomoh masuk dewan' dalam Sidang DUN Perak itu sememangnya berlaku dan saya bertanggunjawab sepenuhnya dengan kenyataan saya sebelum ini.

Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
ADUN Titi Serong

Menteri, jeneral Libya letak jawatan

Posted: 23 Feb 2011 11:46 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

MUAMMAR Gaddafi berucap menerusi televisyen, kelmarin.
Gaddafi semakin tertekan selepas bertindak ganas ke atas rakyat

TRIPOLI: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin tertekan semalam berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Younes al-Abidi yang dianggap nombor dua di Libya.

Al-Abidi mengumumkan langkahnya untuk menyokong penunjuk perasaan ketika laporan menyatakan sehingga 1,000 orang terbunuh sejak bantahan tercetus 17 Februari lalu.
Sementara itu, penunjuk perasaan dengan bantuan anggota tentera yang berpaling tadah mendakwa menguasai bahagian timur Libya.

Malah mereka mendakwa selepas seminggu bantahan tercetus Gaddafi kini hanya menguasai wilayah tertentu termasuk sebahagian ibu negara Tripoli dan bandar selatan Sabha.

Menurut perangkaan kerajaan hampir 300 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan dengan ganas menyuraikan penunjuk perasaan. Namun menteri luar Itali Franco Frattini berkata di Rom laporan yang menyatakan kematian mungkin mencecah 1,000 orang boleh dipercayai berikutan serangan udara turut dilancarkan terhadap penunjuk perasaan.

Bekas negara penjajah Libya itu bimbang jika rejim Gaddafi berjaya ditumbangkan, sehingga 300,000 rakyat Libya mungkin akan lari ke Itali.

Selain Al-Abidi, ramai lagi jeneral kanan termasuk Jeneral Mahmud, pegawai pemerintah di Tripoli dan timur Libya berpaling tadah.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Gaddafi kini hanya mendapat sokongan daripada kelompok kecil yang rapat dengannya tetapi agak jelas beliau tidak akan menyerah kalah tanpa melawan habis-habisan.

Sementara itu, beberapa negara Eropah dilaporkan sudah mula membawa keluar warga masing-masing dari Libya.

Perancis, Turki dan Russia adalah antara negara yang sudah menghantar pesawat masing-masing bagi membawa keluar rakyat mereka yang terperangkap.

Britain pula menghantar kapal perangnya, HMS Cumberland ke pesisir pantai Libya bagi membantu operasi membawa keluar rakyatnya.

Amerika Syarikat, China dan India juga dilaporkan sedang membuat persiapan membawa pulang rakyat masing-masing keluar dari negara bergolak itu.

Berita Harian/-

AKSB nafi tekanan air punca kebakaran gagal dikawal

Posted: 23 Feb 2011 11:36 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 24 Feb: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) semalam menafikan kebakaran di kuarters Pasukan Gerak Am 8, Pengkalan Chepa Sabtu lalu akibat tekanan bekalan air yang rendah.

Siasatan terperinci oleh Unit Operasi Jajahan Kota Bharu (Timur) dibuat berikutan dakwaan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin, terdapat masaalah bekalan air hingga perkara itu tidak dapat dikawal.

Pengurus Besar AKSB, Mohd Suhaimi Mohd Jusoh, dalam kenyataan medianya berkata, hasil siasatan tekanan air pada pili bomba berdekatan Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa dan paip utama AKSB yang mengagihkan bekalan air ke kuarters tersebut pada 10 hingga 15 meter.

"Ianya bersamaan 12 hingga 18 meter tinggi dan ianya menunjukkan bekalan serta tekanan air utama AKSB dalam keadaan baik,"ujarnya.

Menurutnya lagi, kedudukan pili bomba yang paling hampir terletak di SMK Pengkalan Chepa, iaitu kira-kira 300 meter, manakala pili bomba di hadapan ILP kira-kira 400 meter dari kuarters PGA.

Sambungnya lagi, paip utama yang masuk ke kawasan kuarters bersaiz empat inci dan merupakan paip asbestos cement yang lama serta uzur.

"Penghuni juga turut mendakwa berkemungkinan bekalan air tidak mencukupi berpunca dari sistem paip dalaman kuarters yang lama serta tidak ditukar.

"Akibatnya ia akan menjadi tekanan air yang rendah ketika itu,"ujarnya lagi.

Suhaimi seterusnya berkata, setiap penyelenggaraan pili bomba di bawah tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat, manakala AKSB hanya bertindak sebagai pembekal bekalan air sahaja.

Harakahdaily/-
Oleh : Rizal Tahir.

Khaled Nordin bergeser dengan Saifudin?

Posted: 23 Feb 2011 11:22 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Semacam ada pergeseran berlaku antara Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dengan timbalannya Datuk Saifudin Abdullah ekoran pilihan raya kampus.

Ia mula dikesan apabila Khaled melalui Twitternya menulis, "Perjuangan yang menjijikan jika berasas kepada penipuan, kepalsuan dan rekaan. Ia berbau politik pembangkang".

Namun tidak diketahui kepada siapakah mesej itu ditujukan.

Ekoran Twitter ini, Saifudin menghantar mesej khas kepada Khaled juga melalui Twitter yang berbungi, "Saifuddin Abdullah @ khalednordin Dato, siapa yg jijik tu?"

Selepas mesej itu, Khaled menjawabnya melalui Twitter berbunyi, "MohamedKhaled Nordin: Sesetengah orang suka huru hara, silap2 bole jadi hero."

Namun tidak diketahui apakah ianya ditujukan kepada Saifudin atau tidak.

Ekoran itu, Saifudin telah menghantar dua mesej melalui Twitternya, iaitu "Bagaimana dengan TNC HEP tak nak jumpa mahasiswa?" dan "Pandangan saya tentang kes UPM dilapor oleh Msianinsider. Cuma pembetulan sikit, saya "tak arah", saya "beri pandangan".

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan desakan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) agar Khaled meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus (PRK).

Desakan itu juga kerana kegagalan Khaled menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.

Gamis sebaliknya mahu timbalan beliau Saifuddin Abdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.

Gamis juga mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.

Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.

Harakahdaily/-

Lima awak-awak tempatan ditahan kerana cuba seludup diesel

Posted: 23 Feb 2011 10:30 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan dua bot ke negara jiran di perairan Kuala Perlis, semalam.

Dua awak-awak berumur 27 dan 47 tahun ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis pada jam 2.35 petang dan dua jam selepas itu tiga awak-awak berumur antara 23 dan 64 tahun ditahan di 2.5 batu nautika dari Pantai Kuala Perlis.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Kapten (Maritim ) Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya merampas 2,000 liter bersubsidi, masing-masing 1,000 liter daripada setiap bot itu.

"Kami percaya diesel yang dibawa dalam kedua-dua bot yang diubahsuai itu adalah untuk diseludup dan ketika dikesan kedua-dua bot itu menuju ke perairan sempadan," katanya.

Beliau berkata mereka yang ditahan itu diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

Metro/-

Mahkamah arah Adun Lenggeng bayar RM18,000

Posted: 23 Feb 2011 09:35 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEREMBAN, 24 Feb: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin (gambar) manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi.

Harakahdaily/-

Khuatir penyakit bawaan air merebak

Posted: 23 Feb 2011 08:02 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEBUAH bangunan musnah akibat gempa bumi di bandar Lyttelton dekat Christchurch, New Zealand kelmarin.

KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia kini terdedah kepada wabak penyakit bawaan air berikutan bencana gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand kelmarin.

Risiko itu amat tinggi sekiranya mereka meminum air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tanpa memasaknya terlebih dahulu.

Berikutan itu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya memasak terlebih dahulu air yang hendak diminum kerana ia dibimbangi sudah tercemar.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Canterbury, Muhammad Shahrul Samad, 22, berkata, arahan catuan air juga telah dikeluarkan kerana dikhuatiri bekalan air sedia ada tidak mampu menampung kegunaan harian penduduk.

Kosmo/-

Kes Bunuh Sosilawati Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Posted: 23 Feb 2011 08:00 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BANTING 24 FEB : Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 13 Okt tahun lepas, Pathmanabhan, 41, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20,dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank NoorhishamMohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati,Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat disini pada 30 Ogos tahun lepas.

Pada 21 Februari lepas, dua lagi pekerja ladang, K.Sarawanan, 20, dan U.Suresh,27, dihukum penjara 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik itu dan tiga yang lain.

Tv Selangor/-

Gadafi semakin tertekan, tentangan rakyat kian brutal

Posted: 23 Feb 2011 07:45 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Lebih banyak bandar yang jatuh ketangan para demonstran walupun diancam akan ditentang keras oleh Muammar Gaddafi.

Muammar Gaddafi, telah dilaporkan kehilangan kawalan bandar yang lebih banyak apabila protes anti-kerajaan terus melanda negara Afrika walaupun Gaddafi mengeluarkan ancaman brutal.

Demonstran di Misurata, Rabu mereka telah merampas kota barat dari kawalan kerajaan. Dalam sebuah pernyataan di internet, pegawai tentera ditempatkan di bandar menjanjikan "sokongan penuh bagi para demonstran".

Sebahagian besar negara di bahagian timur juga tampaknya dikendalikan oleh para demonstran, dan seorang koresponden Al Jazeera, melaporkan dari bandar Tobruk, 140km dari sempadan Mesir, bahawa tidak ada kehadiran pasukan keselamatan.

"Dari apa yang saya lihat, orang-orang Libya timur yang berkuasa," kata Hoda Abdel-Hamid, wartawan kami.

Beliau berkata tidak ada pegawai mengawal sempadan ketika pasukan Al Jazeera menyeberang ke Libya.

Rakyat yang berkuasa

"Semua di sepanjang sempadan, kami tidak melihat satu polis, kami tidak melihat satu askar dan orang-orang di sini mengatakan kepada kami bahawa mereka semua melarikan diri atau bersembunyi dan bahawa rakyat yang sekarang berkuasa, yang bermakna jalan dari sempadan, Tobruk, dan kemudian semua jalan sampai ke Benghazi.

Para pengunjuk rasa tampaknya telah mengambil alih bandar timur Tobruk [Reuters]

"Keadaan agak tenang di Bayda dan Beghazi. Bagaimanapun, 'militia' berkeliaran, terutama di malam hari. Mereka sebagai laki-laki Afrika, berbahasa Perancis mungkin dari Chad. "

Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud, komander pasukan bersenjata di Tobruk, mengatakan kepada Al Jazeera bahawa pasukan yang dipimpin oleh dirinya telah mengalihkan kesetiaan."Kami berada di sebelah rakyat," katanya.

Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, adalah tempat pertama rakyat bangkit memberontak melawan pemerintahan Gaddafi seminggu yang lalu. Pemberontakan ini telah merebak ke bandar-bandar lain walaupun pihak keselamatan berusaha untuk memadamkan rusuhan.(AlHussyen)

Malaysia Atasi Pakistan 2 - 0, Bekalan Selesa Ke Lahore

Posted: 23 Feb 2011 07:40 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 24 FEB : Malaysia membawa bekal sedikit selesa ke Lahore selepas menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertemuan pertama pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail muncul wira negara apabila masing-masing menjaringkan gol seawal minit ketiga dan keempat waktu tambahan separuh masa pertama.

Perlawanan timbal balik pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Punjab, Lahore pada 9 Mac depan.

Beraksi di depan 7,000 penyokong, skuad Olimpik negara yang bermula garang tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama menerusi sepakan luar kotak penalti oleh pemain tengah Wan Zaharulnizam, yang berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohamad Fandi Othman seawal minit ketiga, menewaskan penjaga gol Pakistan Yousof Ejaz Butt.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kecoh apabila pemain Pakistan, Ansar Abbas diperintah keluar padang oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man apabila sengaja menyiku muka Khairul Fahmi Che Mat ketika penjaga gol Malaysia itu menangkap kemas bola pada waktu kecederaan separuh masa pertama.

Skuad anak didik Ong Kim Swee nyata mengambil peluang daripada skuad Pakistan yang bermain 10 orang apabila Mohd Irfan tidak mensia-siakan hantaran lintang sebelah kiri gawang gol lawan oleh Wan Zaharulnizam pada waktu tambahan separuh masa pertama bagi menghukum kelemahan barisan pertahanan Pakistan sebelum wisel ditiup.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, jurulatih Pakistan Tariq Lutfi membuat sedikit pertukaran pada separuh masa kedua, dengan menggantikan Yousof, yang bermain untuk sebuah kelab di Denmark, dengan penjaga gol kedua, Muhammad bagi memperkemas gawang gol.

Malaysia yang mengawal permainan, hampir menjaringkan gol seterusnya apabila mendapat beberapa peluang menarik di depan gawang gol Pakistan, namun Muhammad bijak menangkis serangan bertali arus pasukan tuan rumah.

Skuad negara bawah 23 tahun terus menggandakan asakan demi mencari jaringan gol, namun kekebalan gawang gol Pakistan pada babak kedua nyata menutup peluang skuad negara hingga tamat permainan.

Malaysia pernah beraksi di pusingan akhir Sukan Olimpik Munich 1972, iaitu 39 tahun lalu, dan lapan tahun kemudian, negara sekali lagi melakar sejarah apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun tidak mengambil bahagian atas faktor politik (iaitu membantah pencerobohan Soviet Union terhadap Afganistan).(TVS)

Royalti Minyak : 22 Mac Ditetap Dengar Permohonan Kerajaan Pusat Jadi Pencelah

Posted: 23 Feb 2011 07:39 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 FEB : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 22 Mac ini untuk mendengar permohonan kerajaan Pusat untuk menjadi pencelah dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan supaya Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar tunggakan royalti minyak dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini pada prosiding pengurusan kes buat kali pertama selepas saman itu difailkan oleh plaintif pada 30 Ogos tahun lalu.

Saman tersebut difailkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tv Selangor/-

Ketua jawatankuasa antara agama kebangsaan meninggal dunia

Posted: 23 Feb 2011 07:35 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 24 FEB : Ketua jawatankuasa antara agama kebangsaan Datuk Ilani Isahak yang bertarung kerana kanser meninggal dunia di sini awal pagi ini.

Bekas ahli Parlimen Kota Baru itu yang sepatutnya genap 58 tahun bulan depan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ia disahkan oleh abangnya Dr Amir Farid.

"Kami kehilangan seorang pejuang keharmonian yang disayangi pemimpin kesemua agama," kata Dr Amir menerusi teks SMS lapor The Malaysian Insider.

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama ditubuhkan tahun lalu dan kerajaan melantik Ilani sebagai ketuanya. (TVS)

Gempa : Rakyat Malaysia Di Wellington Turut Merasa Bahang

Posted: 23 Feb 2011 07:30 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 23 FEB : Rakyat Malaysia di ibu negara New Zealand,Wellington, turut merasakan bahang selepas gempa bumi melanda Christchurch di South Island, dengan magnitud 6.3 semalam.

Mohamad Ali Morad, 51, yang isterinya merupakan pelajar PhD di Victoria University, Wellington (VUW), berkata beliau perlu berwaspada terutama pada waktu kecemasan sebagaimana dinasihatkan oleh Pertahanan Awam New Zealand.

"Saya terpaksa berwaspada selama 24 jam. Bersama tiga orang anak dan isteri,kadang kala kami tidur di ruang rehat bagi memudahkan kami menyelamatkan diri," katanya dalam temubual menerusi telefon dengan Bernama.

Mohamad Ali, yang telah tinggal di Wellington sejak tiga tahun lepas, berkata antara lain setiap keluarga dikehendaki bersiap sedia dengan bekalan makanan untuk seminggu, di rumah dan dalam kereta sebelum bantuan dari pihak berkuasa tiba.

Beliau berkata beliau terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya enam liter air untuk setiap orang dalam keluarga, beras mengikut keperluan, lampu suluh dan bateri dan juga radio transistor bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai sebarang kejadian.

Mohamad Ali, yang tinggal di Johnsonville, sebuah kawasan bukit pinggir kota di Wellington, berkata setiap keluarga dinasihatkan menyediakan selimut, dapur gas mudah alih, mee segera dan biskut untuk kegunaan semasa kecemasan.

"Jika kami tinggal di rumah semasa gempa, kami dinasihatkan berlindung dibawah meja makan kerana ia merupakan tempat paling selamat berbanding tempat-tempat lain," katanya.

Seorang pakar seismologi menyebut kemungkinan gempa bumi lebih besar melanda Wellington.

Dilaporkan pakar seismologi menjangkakan kejutan gempa sekuat gempa bermagnitud 6.3 hari ini akan menyusuli gempa bermagnitud 7.1 yang melanda Canterbury pada 4 September tahun lepas, tetapi percaya ia akan melanda lebih awal.

Pakar seismologi Australia Kevin McCue, pengarah Pusat Seismologi Australia,berkata aktiviti geologi mustahil dapat diramalkan, "tetapi ia mirip berlaku secara berbendung".

Pelajar lulusan siswazah tajaan Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Saidatul Akmar Ismail, 38, berkata beliau sentiasa mendapat maklumat terbaru dari media cetak dan elektronik tempatan, serta dari kalangan rakyat Malaysia di ibu negara itu.

Saidatul Akmar dari VUW yang tinggal di Karori, kira-kira 4km dari Wellington, berkata pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk supaya pergi ke pusat perhimpunan terdekat jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku sebelum bantuan dapat diberikan.

Saidatul Akmar berkata Karori Kindergarten yang terletak di seberang jalan depan rumahnya adalah pusat terdekat.

Angka kematian yang disahkan dalam gempa bumi bermagnitud 6.3 Selasa lepas ialah 75, dengan 300 orang dilaporkan hilang.

Gempa itu yang paling teruk melanda New Zealand sejak gegaran bermagnitud 7.8 yang mengorbankan 256 orang di wilayah Hawke's Bay pada 1931.

Gegaran Sept tahun lepas bermagnitud 7.1 memusnahkan 100,000 rumah tetapi tiada nyawa terkorban.

New Zealand terletak pada "Gegelang Api Pasifik", satu kawasan seismik dan volkanik luas yang menganjur dari Chile ke Jepun di sebelahnya dan ke Indonesia di sebelah lagi.

Tv Selangor/-

Pintu pejabat TNC UPM pecah dirempuh pelajar

Posted: 23 Feb 2011 07:16 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.

Mereka bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam tadi.

Tengahari tadi, pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".

Menurut sumber universiti, dalam kejadian tersebut, seramai enam, orang-masing-masing tiga daripada pelajar dan pengawal keselamatan - cedera ringan terkena serpihan kaca pintu tersebut.

Kejadian tolak menolak itu berlaku selama 15 minit bermula jam 3.30 petang.

Susulan daripada insiden tersebut dan selepas keadaan kembali tenang, TNC HEP memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang mengenai tuntutan mereka kira-kira jam 4.15 petang.

Menurut sumber, dalam pertemuan dengan pelajar selama 35 minit di pejabat Dr Fauzi, keputusan dicapai untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya pagi esok.

"TNC akan berbincang dengan wakil pro-M dan mendengar keputusan tuntutan mereka," kata sumber sambil yang menambah, keadaan mulai tenang jam 5 petang selepas kebanyakan kumpulan tersebut bersurai.

Bagaimanapun, sumber itu tidak mengetahui butiran masa dan tempat perbincangan lanjut itu.

Sementara itu, menurut sumber pelajar, mereka merempuh pintu berkenaan selepas Dr Mohd Fauzi diberi masa untuk memberi penjelasan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka. Bagaimanapun Dr Mohd Fauzi enggan berbuat demikian.

Kata sumber itu lagi, tindakan itu diambil selepas kumpulan pro-M mengadakan sidang media di luar bangunan berkenaan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka.

Sewaktu berlaku insiden tolak menolak itu, kira-kira 150 penyokong kumpulan pro-M berada di bangunan berkenaan, tambah sumber itu lagi.

Seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan untuk mengawal keadaan sewaktu insiden itu berlaku.

Malaysiakini/-

Lebih 1,000 maut di Libya

Posted: 23 Feb 2011 06:30 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PARIS: Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripadanya di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, keadaan kekacauan akibat kemarahan orang ramai kepada regim itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu.

Selasa lalu, pemerintah Libya buat pertama kali mendedahkan seramai 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu tetapi Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang maut.

"Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.

"Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.

Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak bebas penunjuk perasaan dan tidak sepatutnya tentera udara dibenar melepaskan tembakan dari pesawat.
Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein.

Tv Selangor/-

Isteri makin kecewa, suami masih berdrama !

Posted: 23 Feb 2011 06:00 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
IPOH 23 Feb. - "Hanya saya, dia dan keluarga kedua-dua belah pihak yang tahu perkara sebenar. Biarlah apa yang dia mahu katakan sedangkan Allah yang lebih mengetahui."

Itu luahan isteri kepada juruteknik yang mendakwa ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan dekat sini pada Jumaat lalu.

Dalam nada sebak, wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu, dia mendapat sokongan penuh daripada keluarga mertua untuk tampil membersihkan kembali namanya yang tercemar akibat tuduhan suaminya.

Namun katanya, dia masih belum bersedia untuk tampil menceritakan hal sebenar dan meminta diberikan masa untuk menenangkan fikiran.

Wanita yang berusia 24 tahun itu juga memberitahu, dia kini berada di sebuah kampung dan telah diberikan cuti oleh majikannya bermula semalam sehingga Ahad depan.

"Saya belum bersedia namun saya akan ceritakan semuanya apabila sampai masanya. Saya minta beri saya ruang untuk menenangkan fikiran dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebelum talian diputuskan dan dia gagal dihubungi kemudiannya.

Semalam, Ahmad Khusairi Abdul Rahim, 31, mendakwa dia dicederakan oleh isterinya yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di sini dengan menggunakan pisau pemotong daging akibat sikap cemburu melampau wanita itu.

Akibat kecederaan itu, juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, terpaksa menerima 15 jahitan dan putus tiga urat lengan kiri sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan.

Wanita itu yang enggan mendedahkan lokasinya berkata, dia akan tampil bersama bukti-bukti bagi memberitahu semua pihak bahawa dia tidak bersalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihak polis masih lagi menunggu untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada kedua-dua pihak bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Ahmad Khusairi di akhbar yang masih sayangkan isterinya sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua belah pihak tersebut ingin meneruskan kes berkenaan.

"Kadangkala ada kes yang melibatkan masalah rumah tangga sebegini, ia hanya dilaporkan kepada polis sebagai amaran kepada pasangan masing-masing," katanya.

Namun begitu, beliau mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Saman Traffik - Bayar Sekarang !

Posted: 23 Feb 2011 05:55 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.

"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.

"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Solah berkata, pesalah trafik yang menerima saman daripada PBT termasuk DBKL buat masa ini tidak akan disenaraihitamkan walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan membenarkan tindakan tegas itu diambil.

"Hanya penerima saman polis dan JPJ yang akan disenaraihitamkan pada peringkat ini.

"Kita bagaimanapun dalam proses untuk pastikan saman lain (termasuk daripada DBKL) akan disenaraihitamkan pada masa depan apabila mekanisme dan sistem komputer yang lengkap disediakan," katanya.

Sebahagian pengeluaran minyak Libya terhenti

Posted: 23 Feb 2011 05:53 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
PARIS 24 Feb. - Sebanyak satu per empat daripada keseluruhan pengeluaran minyak Libya telah dihentikan ketika demonstrasi bantahan di negara itu berterusan mengakibatkan syarikat-syarikat minyak memberi amaran akan berlaku pemotongan pengeluaran bahan tenaga tersebut di negara pengeluar ketiga minyak di Afrika.

Syarikat minyak seperti Total, Repsol, Eni dan BASF juga serta OMV dari Australia menyatakan mereka akan menurun atau menghentikan pengeluaran di Libya.

Kenyataan terbaru itu menunjukkan peningkatan impak ke atas pengeluaran minyak dari Libya yang menghasilkan minyak berkualiti tinggi sebanyak 1.6 juta tong per hari atau dua peratus daripada pengeluaran minyak dunia. - Reuters

Pesawat Khas ambil rakyat Malaysia dari Libya

Posted: 23 Feb 2011 05:45 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Kerajaan akan menggunakan pesawat sewa khas dari Eropah untuk memindahkan 190 rakyat Malaysia yang merayu supaya dibawa pulang dari Libya yang dilanda pergolakan, selepas kerajaan negara itu enggan membenarkan pesawat tentera masuk.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab memberitahu Bernama Rabu malam bahawa kerajaan Libya telah membuka ruang udara selama 48 jam untuk membenarkan usaha memindahkan warga asing.

"Bagaimanapun kami tidak boleh menggunakan pesawat C-130 (gambar atas) Tentera Udara Diraja Malaysia. Kami kini meneliti pilihan kedua, iaitu menggunakan pesawat sewa khas dari sebuah negara Eropah yang lebih dekat dengan Libya," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata sebaik sahaja butirannya diperincikan, pesawat sewa khas itu akan berlepas ke Tripoli untuk membawa keluar rakyat Malaysia dan menerbangkan mereka ke Rome.

"Malaysia Airlines mengadakan penerbangan berjadual dari Rome yang boleh digunakan untuk membawa mereka pulang. Pada masa yang sama, pesawat C-130 yang ketika ini berada di Slovakia akan terbang ke Rome dan diletakkan dalam keadaan siap siaga," katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap TUDM, sebuah lagi pesawat milik TUDM diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Pangkalan TUDM Subang dan bersedia untuk membantu operasi membawa pulang rakyat Malaysia di Libya sekiranya perlu.

Libya kini dilanda pergolakan sejak seminggu lepas ekoran tunjuk perasaan rakyat negara itu terhadap pemimpin mereka, Muammar Gaddafi.

Pesawat Khas Untuk Pindahkan Rakyat Malaysia Dari Libya

Posted: 23 Feb 2011 05:40 PM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 FEB : Kerajaan akan menggunakan pesawat sewa khas dari Eropah untuk memindahkan 190 rakyat Malaysia yang merayu supaya dibawa pulang dari Libya yang sedang dilanda pergolakan, selepas kerajaan negara itu enggan membenarkan pesawat tentera masuk.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab memberitahu Bernama malam tadi bahawa kerajaan Libya telah membuka ruang udara selama 48 jam untuk membenarkan usaha memindahkan warga asing.

"Bagaimanapun kami tidak boleh menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia. Kami kini meneliti pilihan kedua, iaitu menggunakan pesawat sewa khas dari sebuah negara Eropah yang lebih dekat dengan Libya," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata sebaik sahaja butirannya diperincikan, pesawat sewa khas itu akan berlepas ke Tripoli untuk membawa keluar rakyat Malaysia dan menerbangkan mereka ke Rome.

"Malaysia Airlines mengadakan penerbangan berjadual dari Rome yang boleh digunakan untuk membawa mereka pulang. Pada masa yang sama, pesawat C-130 yang ketika ini berada di Slovakia akan terbang ke Rome dan diletakkan dalam keadaan siap siaga," katanya.

Libya kini dilanda pergolakan sejak seminggu lepas ekoran tunjuk perasaan rakyat negara itu terhadap pemimpin mereka, Muammar Gaddafi.

Tv Selangor/-

Tiada ulasan:

Pengikut