Khamis, 30 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 30 Dec 2010 01:26 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


TERIMA KASIH PM

Posted: 29 Dec 2010 11:34 PM PST

PM ISYTIHAR JUMAAT INI, 31 DIS SEBAGAI CUTI UMUM

KUALA LUMPUR, 30 Dis 2010 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

SUMBER : BERNAMA

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 29 Dec 2010 09:03 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


TAHNIAH.. SYABAS MALAYSIA

Posted: 29 Dec 2010 09:37 AM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

Posted: 29 Dec 2010 03:08 PM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


catatan xmas day : 25hbDisember, 2010

Posted: 29 Dec 2010 08:19 AM PST



hari Sabtu yang lepas ialah xmas day, walaupun cuti tapi agak padat bagi saya.... Pagi saya menguruskan hal-hal keluarga, kemudian saya ke Dewan Japerun Lendu untuk Prog Puteri UMNO Bahagian Bersama dengan IKSEP. "Wacana 1 Malaysia" yang telah dirasmikan oleh YB Datuk WIra Abu Seman Yusop, Ketua UMNO Bahagian Masjid TAnah. Alhamdulillah, ramai yang hadir.

antara peserta yang sedang khusuk mendengar pembentangan oleh penceramah.

para urusetia Puteri UMNO Bahgaian Masjid Tanah sedang sibuk menguruskan pendaftaran.

Sewaktu menyanyikan Lagu Negaraku.

AK Puteri UMNO BAhagian MAsjid Tanah bergambar Bersama timbalan Ketua UMNO Bahagian YB Datuk Karim Sulaiman dan juga Remy Ishak(nurkasih)


HAbis je majlis , sedang saya singgah ke kedai membeli susu anak, saya mendapat panggilan bahawa sahabat saya (puteri Terengganu) Malini ada di MAsjid Tanah. saya pun mintak suami patah balik, dapat jugak jumpa orang "Ganu kito " ni... dia sedang dijamu oleh dayang n family di Sawit Corner...

pastu saya singgah ke rumah Rafidah AJK Puteri Bahagian saya yang melangsungkan perkahwinannya pada hr tu jugak. walaupun lewat..(memang lewat pun..tengok tu pengantin dah tukar uniform....)

malam saya hadiri majlis penutup Futsal anjuran Pemuda UMNO Bahagian di KUIM Melaka.
tahniah bro....

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A

Posted: 29 Dec 2010 07:10 AM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A


Pertandingan 4 Penjuru Bawah 12 Tahun 2010

Posted: 29 Dec 2010 12:42 AM PST

Pertandingan 4 Penjuru Bawah 12 Tahun 2010

Pertandingan 4 penjuru bawah 12 tahun melibatkan 4 terdiri daripada Pasukan:
  1. Sri Astana FC (Jalan Semarak)
  2. Omeh FC(Setapak Jaya 1A)
  3. Bomba Junior FC (pinggiran Air Jerneh)
  4. All Star FC NGO Jemputan

Pertanding tersebut telah di menangi oleh All Star FC , manakala Omeh FC selaku naib juara. berikut merupakan wajah wajah penyokong, pemain dan ibu bapa pemain Omeh FC(Setapak Jaya 1A) sepanjang pertandingan berlangsung.
















LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 29 Dec 2010 07:09 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Persiapan akhir

Posted: 29 Dec 2010 02:45 AM PST

Langsung dari Telok Datok..persiapan akhir sedang giat dilakukan..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DunSemarang

Posted: 29 Dec 2010 01:32 AM PST

DunSemarang


144 Pelajar Cemerlang UPSR diraikan Parlimen Ayer Hitam

Posted: 29 Dec 2010 12:14 AM PST


OLEH ABDULL HALID SAAT
Sub_halid@yahoo.com.my

Ayer Hitam 28 Disember 2010 – Seramai 144 orang pelajar cemerlang dari 24 sekolah rendah dalam Parlimen Ayer Hitam diraikan dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna di Dewan Umno Bahagian Ayer Hitam. Mereka di raikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong ( Ahli Parlimen Ayer Hitam merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam ) YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali ( ADUN Semarang merangkap Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam ) dan YB Lim Kee Moi ADUN Kawasan Yong Peng. Turut hadir di majlis tersebut ialah pemimpin masyarakat, guru-guru besar dan ibu bapa pelajar tersebut. Kesemua pelajar tersebut mendapat hadiah berupa wang tunai, sijil penghargaan dan buku kerja sebagai menghargai pencapaian cemerlangan mereka dalam bidang akedamik.
YB Ir. Dr Wee Ka Siong yang juga merupakakan Timbalan Menteri Pelajaran menegaskan kementeriannya akan memperkenalkan konsep bai'ah / ganjaran kepada warga kerja pelajaran supaya satu pengiktirafan dan mengujudkan daya saing yang sehat bagi meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan yang tinggi. Katanya lagi, agenda memperkasa sekolah teknik dan vokesyenal akan ditingkatkan supaya mutu kemahiran rakyat Malaysia berada ditahap yang tinggi setaraf dengan negara maju.
Sementara itu YB Datuk Haji Samsol Bari Jamali dalam ucapannya mahukan kerajaan membina sebuah sekolah menengah berasrama di kawasan Ayer Hitam bagi menampung kemasukan pelajar luar Bandar yang makin bertambah serta memenuhi keperluan semasa masyarakat luar Bandar. Beliau menyeru Biro Pelajaran UMNO Bahagian supaya jangan tertumpu kepada aktiviti majlis anugerah semata-mata tetapi selepas ini hendaklah memberi tumpuan kepada usaha pencapaian pelajar seperti kursus dan kem motivasi serta latihan menjawab soalan.YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali bersama pelajar kembar 5A.
1. Nurul Atiqah bt Mohd Borham
2. Nurul Atifah bt. Mohd Borham
Mereka berdua pelajar dari sekolah kebangsaan Seri Bulan, Kg Hj Ghaffar Mk 7 Batu pahat.(Sumber berita dan foto dari UMNO Ayer Hitam. Edit By M69)

Raja Gombal VS Jago Kandang

Posted: 28 Dec 2010 05:02 AM PST


"Mejelang pertandingan final piala AFF antara Timnas Indonesia melawan Malaysia di stadion Bukit Jalil, Malaysia, pelatih Malaysia, "Raja Gombal" (namanya saya pelesetin untuk membalas ejekannya terhadap Timnas kita) mengatakan bahwa Timnas Indonesia sebagai jago kandang, karena kemenangan yang diperolehnya selama ini di dapat di negeri sendiri".

29.12.2010 maka berlakulah perlawanan antara dua pasukan yang hebat-hebat belaka antara "Raja Gombal" melawan "Jago Kandang".
Mari Kita perhatikan...kalau kita mengata orang..maka orang juga menggelar kita. Tapi gelaran kita lebih unik dan di ucapkan Terima Kasih kepada para peminat INDON.Jebeng..kerna Kita sebagai RAJA..ya Raja Gombal. Kalau tak kerana Raja Gombal atau Raja Kain udah pasti kamu semua akan hadir ke stadion tanpa CELANA dan Baju..waaaaa waaaaa..persis yang macam-macam..dalam KANDANG gitu. Eh! Macem-macem.
Justru itu perang psikologi ini memang sesuai untuk dalam Kandang..hi hi hi.
Marilah kita doakan semuga SKUAD BOLA kita berjaya membawa pulang kejuaraan. Semuga mereka tabah dan selamat...Embah Dukun kat Indon pun nampaknya lebih gentar dengan Embok Dukun Malaysia.

Rencang-rencang se than ten, teng Jawi, kulo nedi ngapunten mawon enggeh. Mugi onten wi raus kulo sekalimah seng bonten saie. Mugi mugi tiang teng Malaysia meriki waras lan saie. Kesuwun kang Mas. By M69.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN

Posted: 28 Dec 2010 09:26 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN


Siapa yang naik kapal 2???????

Posted: 28 Dec 2010 05:52 PM PST

Pertandingan 4 Penjuru Bawah 12 Tahun 2010

Posted: 27 Dec 2010 11:15 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 28 Dec 2010 09:13 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


SETIAP UNDI PENTING

Posted: 28 Dec 2010 05:14 AM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 28 Dec 2010 03:26 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PRK TENANG - INFO, FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMENANGAN

Posted: 27 Dec 2010 06:44 PM PST

Poster yang tergantung di Pekan Tenang. Adakah ini suara hati pengundi di DUN Tenang ? Atau pun pihak-pihak yang berkepentingan sengaja menjaja poster ini demi agenda tersirat mereka ? Apa pun yang penting sekali adalah untuk mengekalkan kemenangan BN di DUN tersebut.

Dengan keluasan 295 kilometer persegi dan jumlah pengundi keseluruhan seramai 14,753 pengundi. Pilihan raya kecil kali ini menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009, digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama, Kedua dan Ketiga 2010 yang dikemaskini sehingga 17 Disember lalu. Daripada jumlah itu seramai 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos. 
 Manakala pecahan mengikut jantina pula adalah 7,230 atau 49 peratus  lelaki dan 7,523 atau 51 peratus adalah wanita. Pecahan mengikut kaum pula adalah :
7,014 Melayu  (47.54%),
5,766 Cina      (39.08 %),
1,780 India      (12.07%),
171 Orang Asli (1.16%)
6 Bumiputera Sabah (0.04%)
5 Bumiputera Sarawak (0.03%)
11 lain-lain (0.08%)

Pusat mengundi 12 ( 9 sekolah, 3 dewan)

Saluran Mengundi 32

Pecahan Pengundi Ikut Umur :
1,669        -(21 hingga 29 tahun)
3,271        -(30 hingga 39 tahun)
3,602        -(40 hingga 49 tahun)
2,788        -(50 hingga 59 tahun)
1,897        -(60 hingga 69 tahun)
1,188        -(70 hingga 79 tahun)
268           -(80 hingga 80 tahun)
70             -(90 tahun ke atas)

FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUNDI:

ISU NASIONAL 1 MALAYSIA

FELDA BANGKRAP

SETAKAT MANA PENERIMAAN PENGUNDI CINA KEPADA MCA

PENERIMAAN PENGUNDI INDIA KEPADA KEPIMPINAN BARU MIC


PERANAN PENGARAH PILIHAN RAYA KECIL DAN JENTERA PARTI SERTA KOMPONEN


PERANAN SKUAD SUKARELAWAN PEMUDA BN UNTUK MENAWAN HATI PENGUNDI MUDA







PERANAN PARA PEJUANG CYBER UNTUK MENAWAN PENGUNDI MUDA DAN BARU.

PERANAN WANITA UMNO DALAM MEMPENGARUHI PENGUNDI WANITA


MENGHADAPI TENTANGAN PAKATAN RAKYAT.










PKR PENTINGKAN JAWATAN SAHAJA

Posted: 27 Dec 2010 06:09 PM PST

KEPENTINGAN HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA DIPINGGIRKAN PKR


Kongres Tahunan PKR Ke-7 telah menutup tirainya dengan seribu macam masalah. Pokok kepada ucaptama dan penggulungan pemimpin Kongres Tahunan PKR banyak menyentuh mengenai PENGHAPUSAN KONSEP KETUANAN MELAYU. Pada dasarnya, PKR menggunakan 'konsep ketuanan Melayu' sebagai ucaptama dan modal PKR adalah bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat bukan Melayu yang kebanyakan mereka telah mengambil tindakan keluar parti.

''Kita lihat sekarang sudah ramai yang meninggalkan parti itu, banyak cabang dan ranting ditutup malah proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menggambarkan betapa simpang siur dan cacamarba parti itu. Dalam situasi di mana kapal hampir tenggelam, mereka akan buat apa saja kenyataan untuk menarik sokongan yang berbaki, kalau pun ada".
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Terdahulu, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu semalam yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan.

Situasi terkini, PKR sedang dalam keadaan nazak berikutan ramai ahli peringkat akar umbi yang keluar parti. Namun, keadaan ini dinafikan PKR yang masih beranggapan masih ramai ahli PKR yang masih berdiri teguh bersama PKR.

Sikap PKR yang menguggut menggunakan ketuanan Melayu ternyata bertentangan dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu dan bumiputera serta hak kaum lain. Ini menunjukkan sikap pemimpin PKR tidak menghormati kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Di manakah kepentingan hak kaum Melayu dan Bumiputera sekiranya dipimpin Pakatan Pembangkang???

PROGRAM 100 HARI! BERMANAFAATKAH KEPADA RAKYAT SARAWAK?

Posted: 27 Dec 2010 06:05 PM PST

0 Disember 26


 

Pakatan Pembangkang berjanji manis akan melaksanakan perubahan dalam masa 100 hari jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13? Adakah benar atau bohong semata-mata?


Manakan hendak berjanji 100 hari, janji kepada rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dah beratss hari, tapi tidak juga ditunai. Negeri Kelantan tak payah cakaplah sebab bukan berates malah bertahun-tahun berjanji tapi tak ditunaikan. Janji Pakatan Pembangkang ini telah berjaya mempengaruhi rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Rakyat Kelantan dah termakan dengan janji-janji PAS.

Dan sekarang, Pakatan Pembangkang sedang 'mencucuk jarum' janji manisnya ke atas rakyat Sarawak dengan berjanji bermacam-macam sehinggakan secara realistik ia sangat tidak logik. Tidak ketinggalan juga, janji-janji Pakatan Pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang juga dirakamkan semula kepada rakyat Sarawak, kononnya mereka (Pakatan Pembangkang) sedang menunaikan janjinya.


Bagaimana Pakatan Pembangkang hendak menunaikan janji 100 hari mereka sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Pembangkang memerintah? Umum mengetahui, Anwar Ibrahim gagal menguruskan ekonomi negara ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan dan pemangku Perdana Menteri ketika era Tun Dr Mahathir. Cadangan Anwar hendak meminjam dan menerima bantuan Bank Dunia dan IMF ketika kegawatan ekonomi pastinya diingati setiap rakyat Malaysia. Andai cadangan itu jadi kenyataan partinya padah menanti Malaysia dengan kadar faedah yang tinggi dikenakan ke atas peminjam.

Contoh terdekat, ketika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Selangor, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi. Sekarang, lihat bagaimana ekonomi Selangor yang diberitahu Anwar sebagai meningkat dengan pesat. Hakikatnya, ekonomi Selangor terumbang ambing dan diselubungi pelbagai kontroversi seperti kes kecurian pasir dan penyelewangan kerajaan tempatan.

Apa akan jadi kepada Sarawak sekiranya Anwar dan Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya? Rakyat Sarawak sekarang ini banyak diberi 'virus' simpati dan fitnah oleh pemimpin Pakatan Pembangkang daripada Semenanjung Malaysia. Setiap bulan ada saja ceramah dan perhimpunan secara haram diadakan walaupun Pilihan Raya DUN Sarawak belum lagi diadakan. Mereka (Pakatan Pembangkang) berjanji sejuta macam dan mahu menjadikan Sarawak seperti Selangor dan Pulau Pinang yang sangat diagungkan mereka. Hakikatnya, Selangor dan Pulau Pinang tidak seperti yang dijangkakan bahkan 'jauh panggang dari api'.

Pakatan Pembangkang beranggapan rakyat Sarawak mudah ditipu dan dibohongi dengan menjanjikan pelbagai macam janji manis. Mungkin juga mereka beranggapan maklumat dan suasana politik di Semenanjung tidak sampai ke Sarawak. Sangkaan Pakatan Pembangkang, dahulu mungkin benar, tetapi sekarang tidak lagi. Rakyat Sarawak sekarang lebih cerdik dan pandai. Rakyat Sarawak yang tinggal di rumah panjang dan kawasan luar Bandar juga sekarang sudah menerima internet hasil daripada inisiatif kerajaan.

Program 100 Hari Pakatan Pembangkang mengandungi 9 perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan. Dan, dalam terus meraih simpati rakyat, Pakatan Pembangkang akan mengarah Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Pakatan Pembangkang juga berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Dalam pada itu, pada ketika ini kerajaan dan BN berusaha mempertahankan Perlembagaan Negara demi rakyat Bumiputera dan kesejahteraan rakyat bukan Bumiputera. Bagaimanapun, kejelasan Perlembagaan Negara tidak akan diubah dan berubah serta tidak akan kekal lama sekiranya kepimpinan dan kerajaan yang ada sekarang tidak dipertahankan. Rakyat harus sedar dan segara menolak DAP yang secara terang membawa budaya pluralisme dalam masyarakat negara ini. Tidak kemungkinan PKR, DAP dan PAS akan melakukan sesuatu ke atas Perlembagaan Negara seperti yang dilaungkan mereka yang memperjuangkan ketuanan rakyat dan menolak Ketuanan Melayu.

Jika ini berlaku, rakyat Sarawak dan Sabah akan menerima padah yang amat malang sekali. Manakan tidak, hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah yang selama ini dijaga rapi oleh Perlembagaan Negara dan kerajaan BN akan terhapus sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih kerajaan.

Apakah selama 47 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia, Sarawak tidak mengecapi pembangunan? Lihat saja pembangunan yang dinikmati rakyat Sarawak di Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri, dan beberapa kawasan lain yang sedang dibangunkan kerajaan. Pembangunan dan kemajuan yang dikecapi Sarawak pada hari ini bukanlah diperolehi dalam sekelip mata. Usaha kerajaan negeri dan keprihatinan kerajaan pusat dalam pembangunan Sarawak tidak akan berhenti bahkan akan berterusan selagi masih di bawah pemerintahan BN.

Sarawak masih memerlukan BN untuk terus memakmurkan Sarawak secara berterusan …

TAK PAYAH PILIH, RAKYAT MALAYSIA MEMANG DAH TAHU!

Posted: 27 Dec 2010 06:04 PM PST

 

Isu Program 100 Hari yang diperkenalkan Pakatan Pembangkang dalam konvensyen kedua mereka tempoh hari khusus untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Dalam usaha mereka 'merampas' kerajaan dari BN, pelbagai bentuk janji-janji manis yang dilemparkan kepada rakyat. Kalau kita masih ingat, janji-janji pilihan raya Pakatan Pembangkang ke atas Selangor dan Pulau Pinang serta Kedah tidak tertunai sedikitpun. Jika ada sekalipun, ianya diibarat melepas batuk ditangga. Dan, tidak terkecuali menidakkan hak dan kepentingan anak negeri seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Anak-anak Melayu di Pulau Pinang ditindas dan merempat di negeri sendiri.


Tulisan Idris Ahmad dalam artikelnya 'Cuba dulu baru tahu, pilih Pakatan tolak BN' sememangnya mengangkat PAS selaku kuasa besar di dalam Pakatan Pembangkang. Sambil contoh terdekat, Kelantan yang ditadbir PAS sentiasa 'bersih' dalam pentadbirannya berbanding Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Selangor ditadbir PKR dan DAP.
Sambil menafikan tuduhan Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan Program 100 Hari Pakatan Pembangkang sebagai pembohongan besar dan meminta rakyat pilih Pakatan Pembangkang sebelum menilai mereka. Apakah 'dosa' BN selama 53 tahun memerintah Malaysia?

Kemerdekaan, pembangunan ekonomi, pembangunan fizikal, pembangunan moral, penghormatan negara-negara luar dan seribu macam kejayaan BN dalam memerintah Malaysia dianggap kegagalan! Apakah disebabkan BN tidak mengamalkan hukum hudud sanggup dikatakan pemerintahan BN di Malaysia dianggap gagal? Dan, tidakkah PAS sedar bahawa kejayaan BN membawa Malaysia ke arah sebuah negara maju dan memimpin negara Dunia Ke-3 serta negara-negara Islam sebagai pendukung kepada kemajuan negara. Paling menyakitkan hati PAS, pastinya kejayaan BN menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani.

PAS, Kelantan negeri yang ditadbirnya dalam beberapa penggal pilihan raya masih berada jauh dalam pembangunan. Atas keprihatinan kerajaan pusat, kebajikan dan pembangunan Kelantan sentiasa terpelihara. Kalau hendak dibandingkan dengan kerajaan negeri, PAS masih lagi ketinggalan dan hanya memainkan sentimen memburukkan pemimpin BN bagi meraih simpati rakyat Kelantan.

Pakatan Pembangkang tak payah memerintah, rakyat sudah tahu keputusannya. Rakyat tidak mahu melihat Malaysia seperti yang dilakukan PKR dan DAP ke atas Selangor dan Pulau Pinang. PAS sendiri masih belum mampu membangunkan Kedah dan apatah lagi Kelantan yang sangat jauh perbezaannya dengan Sarawak. Memilih Pakatan Pembangkang diibarat mencurah asid ke atas diri sendiri. Yang mana kita sudah tahu kesan asid ke atas tubuh badan manusia.

Menyalahkan slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' memberikan gambaran bahawa PAS dan Pakatan Pembangkang takut dengan bayang-bayang sendiri. Dalam situasi ini, slogan hanya sebagai pemangkin semangat untuk BN melaksanakan kerjanya ke atas rakyat dan bukannya banyak memfitnah dan mencaci pemimpin BN. Pemimpin BN bekerja untuk rakyat manakala pemimpin Pakatan Pembangkang bekerja untuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang serta Nik Aziz.

Perlaksanaan Program 100 Hari menyebabkan negara akan bankrap. Semenangnya benar, kerana Pakatan Pembangkang ketika ini hanya melihat sokongan ke atas mereka berdasarkan kepada hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya. Atas sebab itu pelbagai janji-janji ditaburkan walaupun secara realistiknya mereka tidak berupaya melakukannya. Menabur pelbagai macam janji sememangnya Pakatan Pembangkang 'juara' segala juara, tetapi apabila hendak melaksanakannya jauh sekali.

Pemerintahan BN telah terbukti membawa pembangunan mampan ke atas Malaysia. Walau bagaimanapun, pembangunan ini tidak akan terhenti di sini dan kerajaan komited untuk terus membangunkan Malaysia berasaskan sokongan rakyat.

Pembinaan Lapangan Terbang Lawas seperti yang dijanjikan kerajaan amatlah dinantikan. Ini disebabkan, penduduk di Lawas sangat bergantung kepada pengangkutan udara untuk berulang-alik ke Miri, Bario, Limbang dan banyak lagi tempat. Walaupun pengangkutan darat dan sungai juga disediakan, namun pengangkutan udara membolehkan penduduk menjalankan urusniaga dan urusan seharian dengan lebih cepat.

Kesanggupan kerajaan membangunkan Lapangan Terbang Lawas nescaya akan membuka lembaran baru kepada penduduk Lawas. Walaupun terletak jauh di utara Sarawak, Lawas tetap mendapat perhatian kerajaan. Lihat di Sibu, ketika Pilihan Raya Kecil Sibu, walaupun BN tewas, tetapi kerajaan tetap melaksanakan janjinya untuk membangunkan Lapangan Terbang Sibu. Menaiktaraf Lapangan Terbang Sibu adalah untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Selain membina lapangan terbang, kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat yang miskin. Atas sebab itu, kerajaan tidak akan membebankan rakyat dengan menaikkan tambang pengangkutan udara. Dakwaan Idris Ahmad semacam ikut sedap mulutnya sahaja. Apakah beliau pernah datang ke Lawas?

Kerajaan komited untuk membangunkan rakyat dan negara, dan sememangnya itulah tugas dan amanah yang dipikul kerajaan. Namun, membangunkan sesuatu kawasan mahupun rakyat bukanlah dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya sebagai permulaan ke arah membangunkan negara dan rakyat. Masih banyak masa dan ruang yang perlu dilakukan kerajaan dalam memperkasakan 1Malaysia. Bagaimanapun, Gagasan 1Malaysia sehingga kini semakin diterima rakyat dan ini mencetuskan kebimbangan kepada Pakatan Pembangkang. Atas sebab itu, adalah tidak mustahil tindakan Pakatan Pembangkang membuat kacau di Parlimen dan menuduh 1Malaysia dengan pelbagai macam cara dalam mengaburi mata rakyat. 

Kerajaan komited untuk membangunkan rakyat dan negara, dan sememangnya itulah tugas dan amanah yang dipikul kerajaan. Namun, membangunkan sesuatu kawasan mahupun rakyat bukanlah dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya sebagai permulaan ke arah membangunkan negara dan rakyat. Masih banyak masa dan ruang yang perlu dilakukan kerajaan dalam memperkasakan 1Malaysia. Bagaimanapun, Gagasan 1Malaysia sehingga kini semakin diterima rakyat dan ini mencetuskan kebimbangan kepada Pakatan Pembangkang. Atas sebab itu, adalah tidak mustahil tindakan Pakatan Pembangkang membuat kacau di Parlimen dan menuduh 1Malaysia dengan pelbagai macam cara dalam mengaburi mata rakyat. Dalam konteks ini, PAS takut dengan bayang-bayangnya setelah melihat sokongan rakyat ke atas BN semakin mendapat perhatian.

Untuk rakyat Sarawak, tidak perlu tukar kerajaan, tidak perlu tukar pemimpin dan TIDAK perlu terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Kerajaan sentiasa bersama rakyat .....

List of state Umno liaison chairmen and deputy chairmen 2011

Posted: 27 Dec 2010 05:57 PM PST



1. Perlis Chairman – Datuk Seri Dr Md. Isa Sabu
Deputy – Datuk Seri Shahidan Kassim 

2. Kedah Chairman – Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Deputy – Datuk Mukhriz Tun Mahathir 

3. Kelantan Chairman – Datuk Seri Mustapa Mohamed
Deputy – Datuk Dr Awang Adek Hussin

 4. Terengganu Chairman – Datuk Seri Ahmad Said
Deputy – Yahya Khatib Mohamed 

5. Penang Chairman – Datuk Zainal Abidin Osman
Deputy – Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir 

6. Perak Chairman – Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Deputy – Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 

7. Pahang Chairman – Datuk Seri Adnan Yaakob
Deputy – Datuk Mohd Sharkar Shamsudin 

8. Selangor Chairman – Datuk Seri Najib Tun Razak
Deputy – Datuk Seri Noh Omar 

9. Federal Territory Chairman – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Deputy – Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin 

10. Negri Sembilan Chairman – Datuk Seri Mohamad Hassan
Deputy – Datuk Seri Shaziman Abu Mansor 

11. Malacca Chairman – Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
Deputy – Datuk Wira Abu Seman Yusop 

12. Johor Chairman – Datuk Abdul Ghani Othman
Deputy – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad 

13. Sabah Chairman – Datuk Seri Musa Aman
Deputy – Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said

Kenapa pengerusi Anak tak sesuai jadi calon PRK Tenang

Posted: 27 Dec 2010 05:49 PM PST

Monday, December 27, 2010


 

Memang ramai yang mengharapkan Mazlan Aliman akan jadi calon PAS untuk PRK N5 Tenang yang dijadualkan awal tahun depan. Katanya dia sesuai jadi calon atas kapasiti sebagai pengerusi Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)

[sumber pic:Hrkh]
Ada maklumat yang kata nama pengerusi Anak ni memang termasuk dalam senarai nama 5 orang calon yang dihantar ke negeri untuk pemilihan.

Kalau peluang PAS di Tenang 50-50, aku pun setuju Mazlan jadi calon PAS. Mungkin faktor Mazlan sebagai calon boleh memenangkan PAS (itu pun belum tentu.) Tapi masalahnya aku langsung tak yakin macam tu realiti keadaan semasa di Dun Tenang.

Pada aku, keadaan di Tenang lebih memerlukan Mazlan sebagai tentera utama pasainya kalau dia jadi calon tak banyak yang dia boleh buat dan banyak benda yang dia tak boleh kata. Kerja calon bila naik pentas cuma terbatas setakat nak memperkenalkan diri saja. Memang dah jadi amalan calon tak dibenarkan berceramah. memang pun tak sesuai.

Lagi satu tugas utama calon adalah untuk berjumpa dengan seramai mungkin pengundi tak kira parti terutama sekali pengundi target.

Kalau masuk keluar Felda takat nak bersalam dengan pengundi, sapa-sapa jadi calon pun boleh buat.  Yang kita nak, suara dia mendedahkan masalah dan penyelewengan dalam felda tu sampai ke telinga orang Felda. Biar depa faham.

Lagi satu, sebagai pengerusi Anak, dia perlukan banyak masa untuk merangka strategi untuk nak tarik warga Felda. Kalau dia jadi calon, mana nak sempat. Nak jumpak semua pengundi pun saheh tak sempat, inikan pulak kalau kerap sangat nak kena masuk mesyuarat.

Aku rasa, untuk PRK N5 Tenang ni, lebih cantek kalau Pas boleh letakkan calon berbangsa Cina dari DHPP. Kalau pun mungkin makin payah nak menang tapi sekurang-kurangnya kita dapat tingkatkan lagi semangat ahli DHPP.

Dan yang lebih penting lagi, PRK ni boleh dijadikan tempat untuk kita buat bermacam-macam experiment yang dapatan dari experiment tu boleh dijadikan panduan untuk PRU13 akan datang.

INFO AGAMA

Posted: 27 Dec 2010 05:47 PM PST

SANGAT DIALU ALUKAN BAGI SESIAPA JUA YANG INGIN MENEBARKAN MAKLUMAT YANG ADA DIBLOG INI DAN DIDAHULUI JUTAAN TERIMAKASIH..MAAF SANGAT JIKA TERLAMBAT BALAS SEGALA KOMEN DAN SARAN TQ
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/doamenolakgangguansyaitan.png?w=300
Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih."


 

Beza 1Malaysia dan One Israel

Posted: 27 Dec 2010 05:34 PM PST



Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Benarkah 1Malaysia sama dengan One Israel? Rencana ini cuba mengupas perbezaan kedua-dua gagasan terbabit dengan memberikan penekanan kepada aspek konsep bangsa. Konsep One Israel diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel pada awal tahun 1990-an. Ia bertujuan memperkukuh kedudukan kaum Yahudi di bumi Palestin. Justeru, One Israel berkaitan dengan kesinambungan perjuangan Zionis yang terus menerus berusaha memperkukuh kedudukan mereka di bumi Palestin.

One Israel adalah gagasan yang bersifat rasis, egoistik, cauvinistik dan partikularistik. Ia mengamalkan dasar diskriminasi terhadap bangsa Arab Palestin. Gagasan tersebut dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Melaluinya, rejim Zionis Israel melaksanakan dasar pentadbiran yang mengutamakan kaum Yahudi di negara haram Israel itu.

Oleh itu, segala bentuk dasar pembangunan sosioekonomi adalah untuk kepentingan kaum Yahudi semata-mata, manakala rakyat Palestin terus menerus ditindas dan dinafikan hak mereka.

Pada hemat saya, tidak salah kita mengatakan bahawa One Israel adalah gagasan yang mendukung dogmatisme utama bangsa Yahudi yang menganggap kaum mereka sebagai 'Bangsa Pilihan Tuhan' (The Chosen People of God). Kaum Yahudi telah menjadikan faktor 'darah keturunan' sebagai faktor penentu Tuhan memilih mereka sebagai 'Bangsa Pilihan'. Pilihan ini berasaskan kepada kasih sayang Tuhan 'Yahweh' kepada mereka.

Menurut mereka, keistimewaan ini tidak dikurniakan kepada bangsa-bangsa lain seperti gambaran yang diberi di dalam 'Perjanjian Lama' (Old Testament) yang menyebut:

"Engkau...wahai Israel adalah bangsa yang dikuduskan oleh Tuhanmu. Engkau telah dipilih oleh Tuhanmu agar engkau menjadi satu bangsa yang paling istimewa dan unik di sisi Tuhan engkau dari seluruh bangsa-bangsa lain yang menyebabkan Tuhan cinta kepada kamu dan memilih kamu tetapi pemilihan kamu adalah kerana kasih sayang Tuhan kepada kamu dan jagaan-Nya terhadap sumpah yang dibuat-Nya dengan bapa-bapa kamu, iaitu Tuhan telah membawa kamu keluar dengan tangan yang kuat dan menebus kamu daripada perhambaan Fir'aun Raja Mesir ( Deuteronomy V11:6-8).

Sebelum wujudnya apa yang dinamakan pergerakan Zionis secara rasmi, telah lahir pelbagai pergerakan Yahudi yang berjuang untuk kembali dan menjadikan bumi Palestin sebagai negara mereka. Di antara pergerakan awal itu adalah pergerakan Maccabean, pergerakan Barkohhba (117-136M), pergerakan Maosisi al-Kariti, pergerakan Dapd Robin (1501-1532M), pergerakan Mansyah bin Israel (1604-1657M) dan pergerakan Syabtai Lapei (1626-1676M).

Akhirnya, pergerakan Zionis yang dipelopori oleh Theodor Herzl telah berjaya membawa impian mereka untuk kembali menguasai bumi Palestin. Sejak menguasai Palestin pada tahun 1948, pemimpin Yahudi yang silih berganti itu menjalankan dasar 'penghapusan kaum' terhadap bangsa Arab Palestin sehinggalah ke hari ini.

Dasar-dasar yang dilaksanakan di negara haram Israel itu semuanya mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan bangsa Yahudi. Dasar ini jugalah yang termuat di dalam gagasan One Israel. Jelas bahawa gagasan rasis Zions itu jauh berbeza konsepnya berbanding dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Gagasan 1Malaysia tidak memiliki elemen rasisme atau ideologi perkauman sempit seperti mana yang dipamerkan oleh One Israel. Slogan 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah bukti nyata gagasan ini tidak bersifat rasis. Seperti yang pernah dihuraikan oleh Najib di dalam Dewan Rakyat bahawa 1Malaysia itu membawa maksud perpaduan dan kesepakatan, "Rakyat Didahulukan" membawa pengertian pengagihan dan perkhidmatan kerajaan merentasi tembok perkauman, manakala "Pencapaian Diutamakan" membawa maksud kerajinan dan penghasilan.

Yang jelas kepada kita ialah, 1Malaysia menekankan konsep 'rakyat', bukannya konsep kaum atau bangsa-bangsa tertentu. 'Rakyat' bermaksud 'warganegara' yang mana kerakyatannya sah di sisi undang-undang negara. Justeru, apa juga dasar pembangunan sosioekonomi di bawah gagasan 1Malaysia adalah untuk disertai dan nikmati oleh seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum supaya matlamat untuk mencapai perpaduan kebangsaan menjadi kenyataan.

Bukannya mudah untuk memuaskan hati semua kaum kerana apabila sesuatu dasar itu disalah tanggap atau dipolitikkan, maka akan berlaku tuntutan-tuntutan ekstrem daripada kaum-kaum tertentu yang boleh menjejaskan hubungan dan keharmonian kaum di negara ini. Justeru, pernah di dalam satu majlis bersama media, Najib berkata kepada para wartawan: "Saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tetapi soal tanggungjawab dan harapan yang diberi oleh rakyat amat besar".

Kesimpulannya, gagasan 1Malaysia jauh berbeza dengan gagasan One Israel. Perbezaannya 'umpama langit dengan bumi'. One Israel adalah gagasan yang mendukung dogmatisme bangsa Yahudi yang mempercayai bangsa mereka sebagai 'Bangsa Pilihan'. Ia adalah gagasan yang mengamalkan fahaman kuno yang mendukung konsep 'super race'.

Sebaliknya, gagasan 1Malaysia mendukung konsep 'rakyat' (warganegara). Ini bermakna 1Malaysia memberikan hak kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Tegasnya, 1Malaysia adalah gagasan yang mendukung konsep kesatuan rakyat. Kita meraikan 'kepelbagaian' (kemajmukan kaum) dan mengamalkan kesederhanaan (wasatiyyah).

Menurut Dr. Hassan Ahmad (2010), kesatuan rakyat yang diasaskan kepada kesatuan sosiopolitik-legalistik adalah landasan penting untuk mencapai perpaduan kebangsaan. Negara akan hancur seandainya setiap kaum cuba membentuk 'perkampungan' sendiri, sistem sosial, sistem ekonomi, sistem pendidikan dan sistem politik sendiri yang terpisah daripada dasar, institusi, dan sistem kebangsaan negara.

THE NEW FELDA MAN. TAHNIAAAH!

Posted: 27 Dec 2010 05:33 PM PST

Monday, December 27, 2010

THE NEW FELDA MAN. TAHNIAAAH!


KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Isnin pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusof di atas perkhidmatan beliau menerajui FELDA bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Dis 2010.

Di bawah kepimpinan Mohd Yusof, FELDA telah mengalami transformasi membanggakan serta menempa pelbagai kejayaan, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi negara, menurut kenyataan itu.

Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.

Beliau merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang Negeri Sembilan.

Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Okt 2009 mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR.

Posted: 27 Dec 2010 05:22 PM PST

Di atas perlantikam sebagai Timbalan Ketua Perhubongan
UMNO Negeri Kedah.

RASIONAL PERLANTIKAN BARU KETUA UMNO NEGERI

Posted: 27 Dec 2010 05:12 PM PST

Perubahan kembalikan sokongan kepada BN

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kepimpinan baru UMNO Pulau Pinang digesa supaya menyelesaikan segera masalah dalaman di beberapa bahagian tertentu demi mengembalikan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi memastikan perkara itu berlaku, kepimpinan baru parti di negeri berkenaan perlu merapatkan hubungan sesama Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungannya.

"Teruskan agenda yang telah dirancangkan semasa saya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan (UMNO) Pulau Pinang," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas tentang pelantikan Datuk Zainal Abidin Osman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baru berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikannya di jawatan itu.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengumumkan pelantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai timbalan Zainal serta perubahan dalam dua lagi barisan kepimpinan UMNO negeri iaitu Terengganu dan Kedah.

Ahmad Zahid menambah, perubahan dalam kepimpinan UMNO negeri itu menunjukkan keyakinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kedua-dua pemimpin tempatan tersebut.

Justeru katanya, barisan pimpinan baru UMNO Pulau Pinang perlu berusaha keras untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN memandangkan ramai daripada mereka yang telah 'merajuk' dengan parti termasuk dari kalangan orang Melayu sendiri.

Selepas pilihan raya umum lalu, UMNO membuat keputusan untuk meletakkan tiga Naib Presidennya mengetuai jentera parti iaitu masing-masing di Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu sementara Najib menerajui Selangor manakala Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengetuai jentera di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pengumuman hari ini menyaksikan Najib dan Muhyiddin kekal di portfolio negeri berkenaan.

Pelantikan baru perkukuh parti hadapi pilihan raya

bhnews@bharian.com.my
2010/12/28
Keputusan terbaik selepas ambil kira semua faktor: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perlantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO bagi Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu semalam akan memperkukuhkan persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, keputusan berkenaan adalah yang terbaik selepas mengambil kira semua faktor dalam proses menentukan kelangsungan UMNO.
"Keputusan ini juga menggambarkan proses perubahan yang dicetuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mula menunjukkan pergerakan positif," katanya yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.

Bagi Terengganu, katanya, semua pihak perlu ingat negeri berkenaan pernah jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya 1999 sebelum dimenangi semula Barisan Nasional (BN).

"Ini adalah amanah yang digalas dan perlu dipertahankan. Pemimpin dan rakyat Terengganu perlu menerajui kepimpinan dan menentukan masa depan negeri." katanya.

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar pula berpendapat keputusan mengekalkan Najib sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu menunjukkan BN amat serius untuk memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, khidmat Najib amat diperlukan bagi membantu jentera parti menawan semula negeri itu yang dikuasai pembangkang dan untuk itu, pihaknya amat berterima kasih kepada pucuk pimpinan.

"Mewakili UMNO Selangor, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas kesudian Datuk Seri Najib terus menerajui UMNO Selangor. Sesungguhnya, kepimpinannya amat diperlukan untuk BN menawan semula Selangor.

"Saya juga berterima kasih atas kepercayaan beliau untuk mengekalkan saya sebagai timbalan pengerusi. Saya akan bekerja keras untuk membantu beliau dan BN bagi memenangi pilihan raya akan datang," katanya.

Komentar: Tugas kepemimpinan baru negeri, ahli bantu Presiden UMNO

Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
2010/12/28

PERSOALAN mengenai senarai kepemimpinan baru yang akan menerajui Umno pada peringkat negeri sudah terjawab. Walaupun mungkin ada yang masih tidak berpuas hati dan akan terus mempertikaikan keputusan Presiden, Datuk Seri Najib Razak, namun setiap pihak mesti akur dan apa yang penting ialah keutuhan institusi itu, bukannya individu.

Transformasi UMNO sudah memasuki gear dua dan bersedia memecut lebih pantas dalam persediaan menghadapi 'peperangan' Pilihan Raya Umum Ke-13 yang perlu dibuat dengan lebih teliti bagi menebus kesilapan 2008.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, nyata tenang dan santai ketika mengumumkan senarai barisan kepemimpinan baru Umno peringkat negeri.
"Siapa kata kita (UMNO) ada masalah, press (media dan pembangkang) saja berkata demikian. Kalau betul ada masalah kita memang akan tukar (barisan kepemimpinan)," katanya mengenai senarai yang tidak mencerminkan perubahan besar, tapi membawa makna amat penting kepada transformasi UMNO.

Apa yang menarik ialah cara Najib menggandingkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, di mana ramai pemerhati agak ragu dengan keberkesanan beberapa gandingan. Tapi jika setiap pemimpin mengetepikan kepentingan diri, masalah dalaman dan lain-lain pengaruh, sudah pasti tidak akan wujud sebarang masalah.

Di negeri dikuasai pembangkang, Najib akur dengan tanggungjawab berat Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal pada peringkat nasional.

Pulau Pinang dan Kedah diserah kepada gandingan pemimpin lama dan baru, memberi peluang kepada Presiden untuk mengkaji keberkesanan dan keikhlasan kerjasama antara kedua-dua golongan yang perlu akur dengan perubahan zaman.
Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Zainal Osman sebagai Pengerusi UMNO Pulau Pinang, dibantu Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, serta Datuk Mukhriz Mahathir, untuk membantu Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, di Kedah amat menarik perhatian apa lagi melihat darjah kesukaran untuk UMNO merampas kedua-dua negeri ini dari pembangkang.

Keputusan Najib mengekalkan jawatannya di Selangor dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di Wilayah Persekutuan, mungkin tamparan besar kepada barisan kepemimpinan UMNO negeri terbabit yang kelihatan seperti ketandusan pemimpin berwibawa dan disegani.

Bagaimanapun, jika dilihat dari sudut positif, Najib dan Muhyiddin perlu kekal bagi memastikan kedua-dua wilayah ini yang menjadi pusat utama kepada pentadbiran Malaysia, kembali menyokong kepemimpinan Barisan Nasional (BN).
Bagi negeri lain, perubahan yang dilakukan Najib adalah jelas bagi menyatukan semula ahli UMNO yang berpuak-puak.

Perasaan tidak puas hati antara pemimpin, anggapan bahawa mereka adalah pemimpin lebih baik dan lebih berpengaruh daripada yang lain, serta perasaan dengki dan iri hati perlu dikikis jika ingin memastikan survival UMNO dan bangsa Melayu di bumi tercinta ini.

Di Perlis umpamanya, ramai melihat sinis gandingan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu dan Datuk Seri Shahidan Kassim, namun sikap optimis dan sikap sabar Md Isa Sabu, sudah pasti akan dilengkapi Shahidan yang mempunyai pengaruh besar di akar umbi.

Begitu juga di Terengganu, pelantikan Datuk Seri Ahmad Said, menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dibantu oleh Yahya Khatib Mohamad, yang juga Exco Kebajikan Agama dan Hal Ehwal Wanita negeri, diharap dapat menyatukan semula antara penyokong Menteri Besar dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Keadaan akan terus menjadi sukar sekiranya setiap orang terus membuat perbandingan antara zaman pemerintahan Idris dan Ahmad Said. Suasana berbeza... saya mengaku ada kekurangan dan kelebihan antara kedua-dua pemimpin. Apa yang penting sekarang ialah untuk semua bersatu dan kembali bekerjasama demi UMNO," kata seorang pemerhati.

Najib sudah menunaikan janjinya kepada ahli UMNO untuk melakukan transformasi demi transformasi sejak mengambil alih pentadbiran dua tahun lalu. Kini, menjadi tanggungjawab barisan kepemimpinan baru negeri serta setiap 3.4 juta ahli UMNO untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab sebagai parti utama bangsa Melayu.

Berakhirnya segala spekulasi

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

APABILA Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan secara rasmi keputusan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai siapa yang dipilih sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi UMNO di negeri-negeri, maka berakhirlah segala teka-teki dan spekulasi. Pengumuman yang dibuat semalam seharusnya diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak kerana UMNO perlu memulakan tirai 2011 dengan melaksanakan segala agenda bagi memantapkan parti untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sudah pasti apa yang akan menjadi perhatian ialah bagaimana tiga pengerusi di tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu mengemudi UMNO kerana sebelum ini, di ketiga-tiga negeri tersebut jawatan pengerusi perhubungan disandang sementara oleh tiga naib presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pulau Pinang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Terengganu) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah).

Kini, jawatan berkenaan sudah diserahkan sepenuhnya kepada anak jati negeri masing-masing iaitu Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Kedah), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu) dan Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang).

Mereka akan dibantu oleh timbalan masing-masing iaitu Datuk Mukhriz Mahathir (Kedah), Yahya Khatib Mohamad (Terengganu) dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang).

Perlis sedikit menarik perhatian apabila Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Mohd.Isa Sabu yang mengekalkan jawatan akan bekerjasama dengan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bagi negeri-negeri lain, tidak ada perubahan termasuk Selangor dan Wilayah Persekutuan yang masing-masing kekal dipegang oleh Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun apa pun keadaannya, masa untuk membuat spekulasi dan andaian sudah berakhir. Apa yang lebih mustahak sekarang ialah kesemua pengerusi yang baru dipilih atau dikekalkan harus mengorak langkah mengatur strategi bagi memantapkan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri masing-masing.

Seorang pemimpin kanan UMNO memberitahu penulis, Najib amat berhati-hati di dalam penentuan pengerusi perhubungan terutamanya di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Ini bagi memastikan pelantikan tersebut apabila diumumkan akan diterima secara terbuka oleh semua pihak. ''Atas sebab itulah sepanjang proses pelantikan hendak dilakukan, pertemuan demi pertemuan diadakan bagi mendapat akujanji pemimpin-pemimpin terlibat,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Sememangnya, Najib menaruh harapan besar kepada perubahan yang dilakukan kerana matlamat utama ialah memperkukuhkan UMNO dan BN. Justeru adalah wajar jika pemimpin-pemimpin yang dilantik memahami tanggungjawab dan amanah besar yang diberikan kepada mereka.

Di Kedah, Terengganu dan Perlis umpamanya, semua orang tahu masalah politik yang berlaku di negeri-negeri tersebut.

Tetapi dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, seharusnya diari lama ditutup dan sekarang adalah masa untuk membuka diari baru.

Janganlah berpuak-puak dan bertelingkah sesama sendiri, Kedah sudah mendapat gandingan yang cukup mantap iaitu Ahmad Bashah yang penuh pengalaman dan Mukhriz yang mampu memperkukuhkan usaha menarik sokongan generasi muda. Semua ketua-ketua bahagian di negeri itu perlu bersatu memberi sokongan dan bukannya terus dengan permainan politik yang memualkan termasuklah membuat spekulasi kononnya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid perlu dilantik bersama Ahmad Bashah memandangkan Mukhriz bukan ketua bahagian.

Dalam masa yang sama, Ahmad Bashah pula perlu bersikap terbuka untuk berusaha merapatkan hubungan dengan semua pimpinan UMNO di Kedah.

''Saya percaya sebagai seorang politik yang berpengalaman, Ahmad Bashah akan mampu mengukuhkan kedudukan UMNO Kedah, apatah lagi dengan dibantu oleh Mukhriz dan ini menyaksikan gandingan orang lama dan orang muda,'' kata Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail.

Di Terengganu pula, pelantikan Ahmad Said bukanlah satu kejutan kerana beliau sememangnya berhak kembali menduduki jawatan itu.

Namun begitu menurut seorang pemimpin UMNO negeri berkenaan, Ahmad perlu lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan mainan politik 'orang sekelilingnya'.

''Ahmad adalah pemimpin yang baik dan layak menduduki jawatan itu, cuma kita berharap beliau akan berusaha merapatkan barisan serta memulihkan hubungan dengan mereka yang dilihat 'tidak sebulu' dengan beliau.

''Kita percaya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh akan berjiwa besar menerima pelantikan Ahmad dan akan bersama-sama memperkukuhkan UMNO Terengganu,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Di Pulau Pinang pula, UMNO boleh dikatakan mendapat gandingan yang mantap berdasarkan kombinasi antara Zainal Abidin dan Musa. Kedua-dua mereka adalah 'pejuang' yang selama ini sentiasa mengetengahkan pelbagai isu melibatkan kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Gabungan mereka sudah pastilah akan membolehkan UMNO mengatur gerak kerja yang lebih jitu dengan kerjasama MCA, MIC dan Gerakan bagi merampas kembali negeri itu daripada pakatan pembangkang.

Di Perlis pula, janganlah terlalu ramai cuba menjadi 'pencucuk sate'. Mohd.Isa dan Shahidan harus diberi peluang untuk mewujudkan kerjasama erat bagi memantapkan UMNO negeri itu.

Kedua-dua mereka perlu faham sudah ada khabar bahawa pakatan pembangkang menjadikan Perlis sebagai sasaran mereka seterusnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Apa gunanya jika mereka bertelingkah sesama sendiri yang kesudahannya 'yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu'.

Namun ramai yang percaya, Mohd.Isa dan Shahidan adalah pemimpin UMNO tulen, demi kepentingan parti, mereka pasti boleh berjiwa besar untuk bersatu.

Bagi pengerusi dan timbalan pengerusi perhubungan di negeri-negeri lain pula, mereka janganlah berada dalam zon selesa. Cabaran tahun 2011 dalam memastikan kejayaan BN dalam pilihan raya cukup getir.

Atas sebab itulah kepercayaan yang diberikan oleh Najib dan Muhyiddin kepada mereka perlu dihargai serta dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Misi utama kesemua pengerusi perhubungan UMNO ialah memastikan BN terus meraih sokongan rakyat.

Semua itu hanya boleh dilakukan jika mereka menentukan UMNO pimpinan mereka berada dalam keadaan mantap dan segala proses transformasi yang dilakukan oleh kerajaan dan parti melalui kepimpinan Najib disampaikan serta difahami oleh rakyat dan ahli-ahli di akar umbi.

Berdasarkan hakikat itu, jadikanlah pengumuman barisan kepimpinan UMNO negeri ini sebagai pembuka tirai ke arah mengorak langkah untuk memastikan kejayaan parti itu dan BN, bukan semata-mata kerana kuasa tetapi demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat

Sinaran laser lemah tidak jejas pandangan - Pakar mata

Posted: 27 Dec 2010 05:02 PM PST

Sinaran laser lemah tidak jejas pandangan - Pakar mata

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang Dr. Zahimi Chik berkata sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laser pointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dr. Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna.

"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaan ringgit untuk dimiliki.

"Mustahil untuk para penonton bola sepak membawa masuk alat pemancar laser yang boleh menjejaskan pandangan mata ke dalam stadium," katanya.

Menurut Dr. Zahimi, sinaran laser itu mungkin mengakibatkan kesan penglihatan sementara jika disasarkan secara tetap selama beberapa minit di hadapan mata seseorang.

"Ketika perlawanan Malaysia dan Indonesia semalam, agak sukar untuk menyasarkan mata pemain dalam perlawanan kerana mereka sentiasa bergerak pantas sepanjang perlawanan," katanya.

Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan itu sekaligus membawa bekalan selesa sebelum bertandang untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia Rabu depan. - BERNAMA.

umno bahagian cheras

Posted: 28 Dec 2010 01:24 PM PST

umno bahagian cheras


‘Memang tepat Muhyiddn kekal Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan’ – Syed Ali

Posted: 27 Dec 2010 08:56 PM PST

"MEMANG tepat Tan Sri Muhyiddin Yassin terus kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Pesrekutuan kerana beliau mampu mempercepatkan proses transformasi politik khususnya di peringkat akar umbi untuk mengembalikan semula kegemilangan UMNO di negeri ini," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dengan sokongan kepimpinan UMNO di peringkat bahagian di Wilayah Persekutuan akan berupaya menyuntik semangat baru di kalangan ahli-ahli parti.

"Era kegemilangan UMNO sudah bermula dan saya percaya Muhyiddin mampu mengembalikan semula tahap sokongan rakyat khususnya warga kota terhadap UMNO dan Barisian Nasional (BN) amnya," ujar beliau.

Menurutnya, UMNO di Wilayah persekutuan khususnya memerulukan seorang tokoh yang berkelibar untuk mengubah lanskap politik di Wilayah Persekutuan yang tercalar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu.

Justeru itu kata beliau, keputusan pucuk pimpinan tertinggi UMNO mengekalkan Muhyiddn membuktikan pengalaman, ketokohan dan sikap mesra rakyat beliau amat diperlukan di negeri ini.

"Saya menyifatkan langkah mengekalkan Muhyiddin sebagai Pengerusi Perhubungan adalah tindakan bijak kearah memantapkan dan seterusnya mengukuhkan UMNO termasuk BN sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang," tegasnya.

Kemampuan Muhyiddin jelas beliau, memberi kekuatan kepada UMNO untuk merampas semula beberapa kerusi Parlimen di Wiayah Persekutuan yang telah dikuasai pembangkang sebelum ini.

Muhyiddin mesra rakyat

Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menambah, Muhyiddin yang dibantu oleh Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang turut dikekalkan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan merupakan gandingan yang boleh memberi nafas baru kepada perjuangan UMNO.

"Gandingan tersebut yang sudah semestinya mendapat kerjasama seluruh kepimpinan UMNO di negeri ini juga turut mendapat sokongan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi," tambahnya.

Semalam Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan perubahan teraju kepimpinan UMNO peringkat negeri yang membabitkan Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang. Manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak terus kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Datuk Seri Noh Omar kekal sebagai timbalannya.

Beliau menambah, dengan perlantikan semula Muhyiddin dan Raja Nong Chik, seluruh ahli-ahli UMNO hendaklah meningkatkan usaha kepada gerakkerja parti di peringkat bahagian dan cawangan sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang.

"Sekarang spekualsi mengenai perkara itu (Pengerusi Perhubungan) sudah terjawab, maka saya menyeru kepada seluruh warga UMNO di Wilayah Persekutuan supaya mengukuhkan saf perjuangan untuk kepentingan parti," tegasnya.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 28 Dec 2010 11:11 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Gobalakrishnan: Anwar pilih kasih – malaysiakini

Posted: 27 Dec 2010 10:06 PM PST

Pergeseran di antara ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan pemimpin tertinggi PKR semakin memuncak dan beliau kini tidak lagi berselindung dalam menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu. … Continue reading

Senarai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Berkuatkuasa 1 Januari 2011

Posted: 27 Dec 2010 06:16 PM PST

Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri 2011 yang diumumkan Tengku Adnan Tengku Mansor di sini pada Isnin. Perlis Pengerusi: Datuk Seri Md Isa SabuTimbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru) Kedah Pengerusi: Datuk Paduka … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 28 Dec 2010 07:37 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Persiapan akhir..

Posted: 27 Dec 2010 09:20 AM PST

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 28 Dec 2010 01:25 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PERUBAHAN KEPIMPINAN UMNO NEGERI

Posted: 27 Dec 2010 10:41 PM PST

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Spekulasi mengenai perubahan kepimpinan baru UMNO negeri-negeri terjawab apabila tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang yang sebelum ini diterajui oleh Naib Presiden dikembalikan kepada pemimpin-pemimpin di peringkat negeri.

Ketiga-tiga negeri terbabit menerima perubahan di peringkat pengerusi dan timbalan pengerusi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkannya berkata, perkara itu telah diputuskan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di Kedah beliau berkata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dipilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu dengan mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

''Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula telah dilantik sebagai timbalan beliau. Di Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan mengetuai semula UMNO negeri yang sebelum ini dipegang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan semula Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini yang berkuat kuasa 1 Januari ini.

Tengku Adnan berkata, bagi jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dipegang oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib.

Di Pulau Pinang beliau berkata, jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang sebelum ini dipegang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertukar tangan kepada timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Zainal Abidin itu diisi oleh Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Di Perlis pula ujarnya, jawatan pengerusi masih dipegang oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu tetapi di peringkat timbalan pengerusi jawatan itu diserahkan kepada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, sembilan lagi negeri tidak mengalami perubahan termasuk Selangor dan Wilayah Persekutuan.

''Ini bermakna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing masih mengekalkan jawatan sebagai pengerusi di Selangor dan Wilayah Persekutuan,

''Begitu dengan timbalan bagi kedua-dua negeri juga tidak mengalami sebarang perubahan,'' katanya lagi.

Bagi negeri-negeri lain katanya adalah seperti berikut - (Negeri Sembilan) pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan dan timbalan pengerusi, Datuk Shaziman Abu Mansor ; (Pahang) Pengerusi, Datuk Seri Adnan Yaakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin .

Lain-lain negeri katanya, (Melaka) pengerusi, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop; (Johor) pengerusi, Datuk Abdul Ghani Othman dan timbalan pengerusi, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

''(Sabah) pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman dan timbalan pengerusi, Datuk Seri Datuk Mohamad Salleh Tun Said, Perak pula akan diterajui Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir manakala timbalannya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,'' katanya.

-utusan

Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' Seri Najib Tun Razak kerana sudi bersama-sama kami di Selangor. Kami akan terus menyokong perjuangan Presiden demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Hidup UMNO!!

-UCBA

artikel berkaitan :

SAYA MENYERU PRESIDEN UMNO UNTUK BERSAMA DI SELANGOR SEHINGGA PRU13.

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

Posted: 28 Dec 2010 01:05 AM PST

DunSemarang

Posted: 28 Dec 2010 01:02 AM PST

DunSemarang


Bola & Laser.

Posted: 27 Dec 2010 05:57 AM PST

Horeyyyy..sorakan 1Malaysia. Sorotan gol yang menawan hati rakyat Malaysia dan mengecewakan dengan alasan sorotan Laser maka mereka tersungkur...yang penting kita rakyat Malaysia terus bersyukur dengan LOGO 1Malaysia. Ada yang takut dengan sorotan laser, ada yang takut dengan Logo 1Malaysia dan yang pasti ramai yang MULUT LASER.


KATANYA..Siapa yang mempunyai angkara penggunaan LASER terlebih dahulu....yang pasti Laser yang mereka gunakan bermutu tinggi jugak...kalau setakat POINTER sahaja jarak tidak terlalu jauh dan saiznya adalah kecil..cuba perhatikan Warna dan saiz Laser yang berlegar-legar di muka penjaga gol KITA.


Lihat kesan laser...


Ya..mnemang benar, bila Penjaga Gol Malaysia terkena pancaran Laser, beliu tidak ambil peduli dan tiada protes, MUNGKIN kita kurang arif tentang itu semua..ambil ringan dan mudah(atau pun mememang kita, termasuk penjaga gol malaysia memang tidak tahu), tetapi pabila mereka yang terkena..wah! mereka tunjuk bijak..tentang bahaya laser dan protes dan ugut untuk memberhentikan perlawanan. Dari satu sudut memang mereka bijak dan peka sementara kita pula leka dan mereka mengambil kesempatan.

Wahai anak BangsaKu inilah contoh Teladan laser yang sedang di gunakan oleh pihak pembangkang Di Tanah Melayu ini untuk melemahkan kita yang bernama Melayu dan islam. Justru.. dalam permainan bola ini ada iktibar yang lebih jelas, bila orang sorot wajah kita, kita jangan diam sahaja..sebenarnya sorotan itu amat membahayakan..protes lah sebagaimana pemain GARUDA lakukan..ambilah iktibar wahai anak BangsaKu..Bangkitlah dari sinaran laser ini. ByM69

Pemuda Johor Bahru

Posted: 27 Dec 2010 09:37 PM PST

Pemuda Johor Bahru


Majlis Sumbangan Pakaian & Peralatan Sekolah anjuran Pemuda UMNO JB & Pemuda MIC JB

Posted: 27 Dec 2010 09:05 PM PST

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru serta Pemuda MIC Bahagian Johor Bahru telah berganding bahu menjayakan Majlis Sumbangan Pakaian dan Peralatan Sekolah pada hari Ahad, 26 Disember 2010 di Dewan Kg Dato’ Onn Jaafar, Larkin, Johor Bahru.

Majlis tersebut merupakan satu daripada pelbagai program dan aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO serta Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Johor Bahru. Seramai lebih kurang 200 pelajar Sekolah Rendah di dalam Kawasan Parlimen Johor Bahru yang kurang berkemampuan telah diberi sumbangan beg sekolah dan baucer membeli pakaian sekolah bagi meringankan beban ibu-bapa mereka dalam menghadapi penggal persekolahan 2011 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Sdra. Khalid Mohamed selaku Ketua Pemuda UMNO JB merangkap Pengerusi Pemuda BN JB telah merasmikan majlis. Turut hadir, Yang Berbahagia Dato’ S.Balakrishnan, Ketua MIC JB, Saudara S.Deva, Ketua Pemuda MIC JB, Puan Hajjah Salmah Bte Saffar, Ketua Wanita UMNO JB serta barisan Pegawai & Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru.

Penyampaian hadiah Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru anjuran Pergerakan Permuda UMNO Cawangan Kampung Dato' Onn Jaafar sebelum sumbangan disampaikan. Syabas diucapkan kepada Saudara Mohamed Rizal Bin Husin, Pemangku Ketua,  Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan KDOJ atas kejayaan kejohanan futsal yang dianjurkan.

Tanda jalinan persahabatan yang erat antara Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dengan MIC Bahagian Johor Bahru. Semoga kesepakatan dan SEMANGAT 1MALAYSIA yang ditunjukkan akan diterjemahkan dengan kejayaan mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen Johor Bahru dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.

Terima kasih sekalung budi kepada semua penaja dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merencana dan melaksanakan program tersebut.

Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat…
Barisan Nasional, Barisan  menjuarai rakyat…

1MALAYSIA… ORAY MALAYSIA…

Share/Save/Bookmark

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 27 Dec 2010 09:13 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


Kekecohan di Parlimen langkah terdesak Anwar

Posted: 27 Dec 2010 09:26 AM PST

CADANGAN PEMBANGKANG BAHAGI TANAH FELDA KEPADA ANAK PENEROKA GIMIK POLITIK - AHMAD MASLAN

Posted: 27 Dec 2010 09:21 AM PST

BN Anggap Setiap Undi Punyai Nilai Penting Untuk Kemenangan Di DUN Tenang

Posted: 27 Dec 2010 09:13 AM PST

Masyarakat Felda Diperingatkan Jangan Lupa Dua Pembohongan Besar Pembangkang

Posted: 27 Dec 2010 09:10 AM PST

BN Mesti Pertahan DUN Tenang Dengan Majoriti Bertambah

Posted: 27 Dec 2010 09:10 AM PST

Macam-macam Gimik Politik Bila Sedar Rakyat Makin Meluat

Posted: 27 Dec 2010 09:05 AM PST

Tolak 1Malaysia, Pembangkang Takut Perpaduan, Rakyat Bersatu Padu??

Posted: 27 Dec 2010 08:59 AM PST

Felda jangka catat lebihan hasil tahun ini

Posted: 27 Dec 2010 08:56 AM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 27 Dec 2010 03:40 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Posted: 26 Dec 2010 06:48 PM PST

 

 

AGENDA MALAYSIAKINI TERHADAP UMNO TERSERLAH!


Kebencian atau dendam kesumat - juga mungkin agenda 'jahat' menyebabkan Malaysiakini menukar tajuk rencana Bernama menjadi sebegini "Umno: Hidup segan, mati tak mahu?"
Sedangkan, pada tajuk asal ia berbunyi 'Umno Melangkah Ke 2011 Dengan Model Politik Baru'.

Amat jelas agenda Malaysia semakin terbongkar dan 'bangkai gagah tidak boleh ditutup lagi'. Tuduhan bahawa Malaysiakini memperjuangkan agenda pembangkang, khususnya Parti Keadilan Rakyat begitu terserlah.

Apapun, baca rencana mengenai UMNO ini untuk kita sama-sama menilai perjuangannya sama ada benar seperti tajuk yang dipaparkan oleh Malaysiakini.

Umno Melangkah Ke 2011 Dengan Model Politik Baru
Oleh Ahmad Shukran Shaharudin
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Model Baru Politik (MBP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno baru-baru ini, tiba pada tepat pada masanya demi survival parti dan agenda perjuangannya.

Umno, katanya, perlu berubah supaya lebih terbuka dan inklusif, dan model baru politik ini menjadi wadah bagi perubahan yang diperlukan serta diperincikan supaya dapat diamal oleh semua anggota parti.

Model berkenaan yang membawa tema "Umno Dahulukan Rakyat" mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan Umno, sekali gus menolak 'lagu-lagu lama' seperti 'politik pembangunan' yang dilihat sudah kurang menarik kepada rakyat.

Langkah pertama sudahpun dilaksanakan iaitu meminda perlembagaan parti supaya tidak hanya sebahagian anggota yang berkuasa membuat pilihan kepimpinan parti, tetapi keanggotaan yang lebih besar boleh memilih pemimpin mereka.

Pindaan yang dibuat kini membolehkan lebih 400,000 anggota layak memilih Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden serta anggota Majlis Tertinggi berbanding hanya 2,500 anggota perwakilan ke Persidangan Agung Umno sebelum ini.

Najib pernah berkata Umno harus berubah mengikut peredaran masa dan zaman kerana masyarakat sekarang menolak parti yang sudah berjasa kepada mereka kerana mereka melihat parti berkenaan masih dengan keadaan lama, tidak dinamik dan kaku.

Untuk memastikan Umno 'tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan', Najib yang serius mahu melakukan perubahan pada parti, juga menggariskan beberapa langkah menanganinya seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu.

Pemulihan itu harus melalui tiga fasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja.

Tujuh perkara pula telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dalaman dan mendahulukan rakyat.

Perubahan-perubahan yang dilakukan bukan setakat menjadikan anggota Umno sebagai sasaran malah rakyat secara keseluruhannya, selaras dengan kedudukan Umno sebagai parti tunjang pemerintahan negara.

Apapun perubahan atau model yang mahu diterapkan, ia tidak akan mengubah matlamat perjuangan Umno yang asal.

Namun Najib sedar, transformasi manusia bukannya semudah transformasi fizikal kerana ia mencabar, memakan masa selain memerlukan respon dan penghayatan yang secukupnya.

"Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya.

Selain MBP, Umno juga mencatat detik manis apabila berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada pilihan raya kecil pada 4 Nov lepas. Calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Walaupun pelbagai pihak menyatakan bahawa kemenangan itu memberi petanda sokongan sudah kembali kepada Umno/Barisan Nasional, dua tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan.

Rumusannya, kemungkinan strategi yang digunakan oleh Tengku Razaleigh selaku pengarah jentera pilihan raya kecil itu, bersesuaian dengan kehendak di kawasan itu dan keputusan mungkin berbeza sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan di tempat lain.

Apapun, Umno mesti mengambil perhatian bahawa ia tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan itu dan harus sentiasa bekerja keras supaya perpaduan di peringkat akar umbi kekal mantap seperti yang diingatkan berkali-kali oleh presiden parti terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ada pemerhati politik yang mengatakan Najib akan memberi perhatian kepada kerajaan pada tahun pertama pimpinannya dan hanya memberi perhatian kepada politik parti pada tahun kedua di tampuk pemerintahan dan ini terbukti benar.

Umno juga mengorak langkah memberikan nafas baru dengan membawa masuk 40 ulama muda, termasuk seorang anak bekas mufti negeri menyertainya, dengan objektif menyebarluaskan dakwah Islam dalam parti dan negara.

Terdapat juga perubahan besar yang akan dilakukan terhadap kepimpinan Umno negeri untuk memperkuat dan memantapkan parti.

Apa yang dijangkakan perubahan itu membabitkan pengerusi perhubungan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan selain Terengganu yang kini diketuai sama ada oleh presiden, timbalan presiden dan tiga orang naib presiden.

Semua ini tidak lain tidak bukan bagi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas pembangkang yang dianggap sebagai 'saudagar mimpi'.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Najib kepada perwakilan Umno.

Mesej terpentingnya ialah orang Melayu perlu memahami risiko iaitu berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kuasa jika kelemahan tidak diakui, penawar politik tidak dicari dan usaha ke arah mempertahankan kuasa, gagal.

Dalam perjuangan juga Umno perlu serius dengan isu pengundi, kerana sebagai contoh, jumlah pengundi yang berjaya didaftarkan melalui jentera Umno di Johor, misalnya, hanya 13,125 orang.

Dicampur jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti komponen BN lain, bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh BN di Johor hanya 14,768 orang sedangkan pembangkang mendaftarkan 18,129 orang.

Malaysia sudah melepasi separuh usia Parlimen selepas pilihan raya umum 2008, jadi masa semakin suntuk dan oleh yang demikian Umno dan BN perlu bersedia dan tidak lagi boleh bertangguh-tangguh lagi dalam memperkuatkan 'barisan'.

Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melawat negeri-negeri untuk berjumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat.

Apabila perkara ini diutarakan, pemerhati dan penganalisis politik dan juga media tertanya-tanya adakah pilihan raya umum semakin dekat, sedangkan tempoh mandat BN sekarang hanya tamat pada 2013.

Tambahan pula pemilihan Umno bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadual diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan MBP.

Apapun, sama ada pilihan raya diadakan dalam masa terdekat atau tidak, Umno tidak perlu menunggu 2011 untuk memantapkan parti dengan senjata baru diperkenalkan oleh presidennya -- MBP

Posted: 26 Dec 2010 06:41 PM PST

PEMIMPIN UMNO MASIH KETINGGALAN DALAM MEDIA SOSIAL

Tweet! Tweet!


Blog MIM menulis tajuk: Rangking Tweeter. Com: Pemimpin  UMNO / BN tercorot? Klik sini ke blog MIM

Saya tidak menafikan bahkan sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Memang kesedaraan pemimpin UMNO khususnya dan BN umumnya masih sangat kurang terhadap peranan media sosial ini. Sama ada blog, facebook dan tweeter, kita meihat ianya dikuasai oleh pihak pemimpin pembangkang. Soalnya apakah pemimpin UMNO / BN tidak menginsafi bahawa kerana peranan media sosial inilah BN kehilangan banyak kuasa dalam pemerintahan.

Apakah pemimpin UMNO tidak faham dan tidak mengakuinya atau mereka ini 'buta IT'? Saya beranggapan, dengan keupayaan yang UMNO ada sudah tentulah setiap bahagian UMNO memiliki blog masing-masing yang akan digunakan sebagai alat siararaya mereka. Mungkin alasannya masih tidak ramai ahli atau pemimpin peringkat cawangan yang 'celik IT', tetapi bahagianlah yang sepatutnya memulakannya dulu. Sudah pasti ada sebahagian golongan muda yang sudah berada dihadapan sedang menanti-nantikan kewujudannya.

Demikian juga dengan facebook dan tweeter. Pemimpin UMNO / BN seakan mengabaikannya selama ini dan sudah tentu ini sangat bercanggah dengan harapan DS Najib yang mengkehendaki pemimpin-pemimpin UMNO setiap peringkat menjuarai rakyat melalui menjuarai media sosial. Semoga PM tidak akan dibiarkan bersendirian menjeritkan slogan Satu Malaysia-nya tanpa ada sahutan dan sokongan.

Posted: 26 Dec 2010 06:37 PM PST

ROMBAKAN UMNO PETANG ISNIN? ISA SAMAD PENGERUSI FELDA?


3 PETANG, HARI INI.
Setiausaha Agung umno Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan rombakan di dalam Umno yang dijanjikan oleh Najib Razak semasa Perhimpunan Agong Umno yang lalu.
Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan dijangka akan mendapat ketua perhubungan yang baru.
Heboh mengatakan Isa Samad akan dilantik Pengerusi Felda menggantikan Yusof Nor.

TAK KENANG BUDI.....

Posted: 26 Dec 2010 06:35 PM PST

Pengurusan GLC tak daftar mengundi patut dibuang!


Kami menerima e-mel dari seorang pembaca. Baca berikut:
Saya merasa terpanggil untuk memaklum terdapat seorang pengarah urusan berbangsa Melayu yg masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Alangkah sedihnya jika warga emas terpaksa bersusah payah untuk keluar mengundi dan tenaga kerja BN bekerja keras untuk mempastikan BN berjaya, namun hamba Allah ini selesa dibilik aircond dengan gaji yang lumayan tanpa mempedulikan nasib bangsa Melayu.

Maklumat pengarah urusan adalah Dato Mohamad Hassan bin Kamil (KP: 630702075901)
Syarikat : Syarikat Takaful Malaysia Bhd. (kumpulan Tabung haji/Bank Islam)

Pohon dapat dipertengahkan isu warga korporat yang liat untuk mendaftar sebagai pengundi. Saya percaya ini bukan wawasan PM kita untuk melantik Pengarah Urusan yg engkar untuk mendaftar sebagai pengundi.
Terima kasih pengantar e-mel. Kami dah cek nama, dan KP di sini.

Sah dia tidak ada dalam roll pengundi.

Kita patut dapatkan seseorang untuk pergi kumpul nama-nama Pengarah2 PLC dan GLC dan top management syarikat untuk selidik samada mereka sudah daftar sebagai pengundi.

Dah tentu itu, kita harus cek juga nama2 pegawai2 kerajaan yang top2 ini semua kerana mungkin mereka tidak daftar pun sebagai pengundi.

Hanya memberi ide. Amacam sapa nak buat? BN? Wanita BN? Pemuda BN? Puteri BN?

Posted: 26 Dec 2010 06:19 PM PST

Add caption
Put your stuff here

YA KAH?

Posted: 26 Dec 2010 06:12 PM PST

Put your stuff here

BETUL KA ?

Posted: 26 Dec 2010 06:09 PM PST

Kerajaan Azizan zalim! Potong bekalan air sekolah di Kedah.


Lagi seminggu saja cuti sekolah akan berakhir, tapi kerajaan Azizan Razak di Kedah melalui Syarikat Bekalan Air Darul Aman (SADA) bertindak zalim apabila memotong bekalan air ke sekolah-sekolah di negeri tersebut.

Sekolah-sekolah yang terbabit ialah, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil (T) Ladang Perbadanan Kedah, SJK (T) Kalaimagal dan juga SJK (T) Mahajothy.

Sekarang ni siapa lebih zalim? Azizan atau UMNO? Dimana slogan Kedah Sejahtera yang Azizan laung-laungkan hari tu? Sebenarnya, Azizan dan kroninya saja yang sejahtera, manakala rakyat kedah termasuklah budak-budak sekolah semuanya merana.

Dulu Azizan bangga dok canang merata kata Kedah untung berjuta-juta dibawah pentadbiran PAS. La ni apa cerita? Patutlah untung juta-juta kalau pemimpin-pemimpin PAS Kedah asyik nak peras ugut rakyat.

Walaupun depa kata Umno jahat dan bohong rakyat, sekurang-kurangnya tak ada lah sampai nak bebankan murid-murid sekolah yang tak tahu apa-apa pasal politik. PAS kononnya alim sangat, tapi dok tunjuk zalim kat budak sekolah buat apa...? Macam haram betoi lah!

Elok lah rakyat Kedah buka mata luas-luas. Macam ni kah pentadbiran yang mampu memakmurkan negeri? Sekolah pun dizalimi hanya kerana duit ringgit.

Mana pi Mat Sabu dengan Mahfuz? Hangpa dua ekor takmau buat demonstrasi ke pasal isu air di Kedah ni? Kalau kat Selangor bukan main hangpa menyalak kat kerajaan. Memang tak ada telor betul pemimpin PAS. Sama jugak dengan pengikut-pengikut bahalol mereka!

BENARKAH ?

Posted: 26 Dec 2010 06:06 PM PST

Nik Aziz Cium Anwar

Tiap kali menyebut menyebut Anwar adalah anugerah tuhan ,rasanya nak termuntah.Memikirkan itu sajalah yang ada buat PKR dan Pakatan terasa amat malang apabila tuhan menganugerahkan kepada mereka seorang pemimpin yang kotor moralnya,pembohong dan khianat terhadap bangsa dan agamanya.

Nik Aziz yang terkenal dengan kunci syurganya kerana mana mana pihak yang menyokong PAS dijanjikan syurga turut sama memperakui anugerah tuhan buat pakatan adalah Anwar.Menyedari Anwar boleh dijadikan batu loncatan untuk kepentingan politik maka mereka turut sama menghalalkan segala perbuatan Anwar.

Nik Aziz mempertahankan Anwar dengan janji 100 hari yang bakal mereka mahu laksanakan.Janji sesiapa pun boleh buat,tetapi bab mahu melaksanakan jauh panggang dari apa. Saranan Ds Muhyiddin agar negeri negeri pakatan melaksanakan janji janji didalam buku jingga di negeri mereka terlebih dahulu ternyata membuat kalangan pemimpin pakatan kaget dan tidak mampu membalas.

Kalangan pemimpin pakatan adalah terdiri daripada golongan munafik yang sering kali mungkir kepada janji janji mereka semasa pilihanraya.Sehingga hari ini mereka masih belum menunaikan janji manifesto mereka.

Nik Aziz pertahankan kes liwat Anwar,walau pun beliau menyedari sememangnya berlaku perlakuan liwat itu.Tetapi atas dasar percaturan politik beliau menyokong.Nik Aziz menyedari Anwar berbohong mengenai 16 September,tetapi beliau menghalalkan pembohong Anwar juga kerana percaturan politik.

Nik Aziz memang seorang politik animal yang mengunakan agama sebagai modal politik untuk meraih sokongan dan undi.

Nurul Izzah Pancut Awal Sebelum Bapanya

Posted: 26 Dec 2010 06:04 PM PST

Monday, December 27, 2010



Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim, kemana tumoahnya kuah jika tidak ke Nasi? Namun ianya berbeda dengan apa yang berlaku kepada Nurul Izzah ini. berbeda sama sekali dengan bapanya Anwar Ibrahim kerana Bapanya bukanlah perdana Menteri malah waktu ini juga hanyalah Ketua Pembangkang yang hanya dapat di capai melalui Ehsan DAP dalam parlimen.

Akhbar Suara Rakyat iaitu suara Pakatan rakyat mengeluarkan tajuk muka depannya dengan isi pati Nurul Izzah bakal Perdana Menteri Malaysia. Satu gimik politik yang sentiasa di mainkan oleh Pemimpin Pakatan rakyat dalam meraih populariti dalam melariskan Akhbar cap Ayam mereka ini.

Aku tidak lah mahu mengulas panjang akan isu ini namun aku agak Hairan bagaimana sebuah Akhbar yang di miliki oleh Pakatan rakyat boleh mengutarakan Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak Anwar Ibrahim? Apakah mereka sudah dapat merasakan yang Pemimpin mereka Anwar Ibrahim akan kempunan menjadi Perdana Menteri?

Bagaimana Nurul Izzah boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan di waktu ini dalam Pakatan rakyat barisan ahli parimen nya di monopoli oleh DAP. Jika benar sebagaimana angan angan PR bahawa mereka akan menang PRU 13 kelak apakah DAP akan kurang kerusi Parlimen berbanding PKR?

Jika DAP menang majoriti kerusi dalam Parlimen berbanding PKR dan PAS dalam Pakatan rakyat apakah DAP yang mana Kit Siang selaku Ketuanya akan merelakan jawatan PM di serahkan kepada PKR secara bulat bulat? Dari sudut mana kita dapat melihat DAP sanggup merelakan kerusi berkenaan kepada Nurul Izzah?

Andai kata PKR pula yang melebihi kerusi Parlimen berbanding DAP dan PAS, apakah Nurul Izzah akan di lantik menjadi PM? Bagaimana dengan Kekasih Gelap bapanya Azzmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR? Azmin Ali akan merelakan Nurul Izzah memegang tampok PM?

Sudah terang lagi bersuluh apa yang di keluarkan oleh Akhbar Pakatan rakyat ini adalah satu gimik kepura puraan bagi mengaburkan mata para penyokong mereka yang sebenarnya DAP telah menguasai segala pentas yang ada.

Ingatlah wahai anak bangsa dalam PKR dan PAS, Kekuatan Pakatan rakyat waktu ini hanyalah terletak pada DAP dan kuasa dalam menentukan siapa yang layak menerajui negara jika Pakatan Rakyat mentabdir adalah terletak di bawah Kekuasaan DAP.

BUKU JINGGA SATU RETORIK POLITIK PEMBANGKANG

Posted: 26 Dec 2010 05:54 PM PST

Program 100 Hari hanya retorik pakatan pembangkang

HAKIKAT yang kena diperakukan, menjadi sebuah kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Ini kerana pembangkang boleh sekadar membuat janji dan beretorik tetapi tidak perlu menyempurnakan janji yang diukir. Sebaliknya, kerajaan perlu melaksanakan apa yang telah dijanjikan.
Justeru itu, pada saya Program 100 Hari yang menyentuh sembilan perkara tidak mampu menjadi realiti sebagaimana Projek 16/9 yang merupakan idea dan formula Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia hanya akan menjadi bahan ketawa, malah menjadikan rakyat semakin menjauhkan diri dari pakatan pembangkang. Hakikatnya, ini bukan masanya untuk berkhayal, berangan-angan dan beretorik, sebaliknya kena lebih banyak buktikan kemampuan daripada hanya menyediakan pelan, dan kerangka yang lebih berbentuk mimpi di siang hari.
Bukan sahaja rakyat jelata, tetapi menteri-menteri besar/ketua menteri pakatan pembangkang pastinya boleh nampak dengan jelas bahawa kalau diibaratkan permainan bola sepak, apabila mereka sendiri beraksi di padang, terbukti tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dihadapi tidak semudah sebagaimana menjadi penonton.
Sebagai penonton, masing-masing cukup bermodal dan bersebab untuk mengkritik serta mencari kelemahan dan kesilapan. Semuanya dilihat banyak yang tidak kena daripada yang kena.
Demikian jugalah bagi pimpinan kerajaan pakatan pembangkang ketika menjadi pembangkang dulu, apa yang kerajaan buat semuanya dilihat tidak kena belaka. Kononnya macam-macam pelan, perancangan, kerangka dan program yang lebih baik, berkesan dan bermanfaat kepada rakyat dapat dilakukan jika pembangkang diberi mandat menjadi kerajaan.
Pun begitu menerusi Program 100 Hari, ia pastinya dirangka berdasarkan khayalan, angan-angan dan retorik yang tidak mungkin menjadi kenyataan.
Hanya setelah kira-kira sebulan sahaja menjadi kerajaan di beberapa negeri selepas pilihan raya umum ke-12, bukan sahaja berpuluh, malah beratus masalah melanda. Rakyat sebagai pemberi mandat dapat melihat betapa tokoh dan parti pembangkang yang diberi mandat sebagai kerajaan sebenarnya tidak sehebat seperti apa yang dicakap, dijanji dan dikhayalkan selepas mendapat peluang menerajui kerajaan negeri.
Kerajaan pakatan pembangkang yang bertiang serikan DAP di Pulau Pinang umpamanya melaungkan slogan kononnya Ketua Menterinya mahu menjadi seperti Khalifah Umar Ibnu Aziz. Hanya selepas kira-kira 100 hari menerajui kerajaan negeri, DAP berdepan dengan demonstrasi rakyat yang membantah hasrat kerajaan negeri tidak menerima pakai Dasar Ekonomi Baru (DEB), sebelum berdepan dengan isu kampung Buah Pala dan kini berdepan pelbagai isu lain.
Kerajaan pakatan pembangkang di Perak yang menteri besarnya adalah tokoh Pas dikira bernasib baik kerana undang-undang tubuh negeri tidak membolehkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar di negeri berkenaan, dengan bilangan besar barisan exco terdiri daripada tokoh DAP bagi membuat keputusan majoriti di peringkat exco, awal-awal lagi bertembung dengan istana, termasuk dalam pemecatan seorang pegawai kanan kerajaan oleh menteri besar yang terpaksa ditarik balik atas arahan istana.
Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang bertunjangkan PKR dan pada awal penubuhannya memeranjatkan rakyat apabila mempersetujui projek raksasa ternakan babi dan kegagalan merealisasikan manifesto pilihan raya, termasuk pembekalan air percuma.
Malah Selangor adalah negeri yang paling banyak masalah berbanding dengan negeri-negeri lain, pernah kalut dengan isu wang derma yang diminta dari syarikat-syarikat swasta yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri, tetapi dimasukkan ke dalam akaun PKR.
Kerajaan pakatan pembangkang di Kedah berpasakkan Pas yang agak bersih dari isu-isu yang merimaskan tetap terpalit dengan masalah.
Bermula dengan menteri besarnya, Azizan Abdul Razak yang berdegil untuk meneruskan hasrat menebang balak di kawasan tadahan air walaupun ditentang oleh banyak pihak. Justeru, umum dapat melihat kualiti sebenar kerajaan Pas Kedah.
Baru dalam penggal pertama memerintah sudah pelbagai masalah timbul dalam kerajaan-kerajaan pakatan pembangkang. Macam mana agaknya kerajaan-kerajaan terbabit yang nampak macam tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain mahu rakyat percaya dengan Program 100 Hari. Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara jika pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu benar-benar berlaku pertukaran kerajaan pusat jika dilihat apa yang berlaku kepada kerajaan pembangkang sekarang di beberapa buah negeri.
RAMLI ABDUL HALIM
Kota Bharu, Kelantan

KITA NANTIKAN : KELUAR PKR ?

Posted: 26 Dec 2010 05:13 PM PST

PANAS - Chegubard Keluar Parti???

Monday, December 27, 2010


Panas...Kecoh..Gempar....Ahhhh semuanya lah.....

Apakah Benar yang Chegubard akan mengumumkan peletakkan jawatan nya di dalam PKR Hari Ini? Apakah benar beliau akan keluar dari PKR?

Banyak juga laporan sebelum ini yang kata itu ini terhadap Chegubard ini selepas campur tangan Anwar Ibrahim dalam pertandingan Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan yang mana si Chegubard ini TEWAS kepada Sam Ketot atau nama sebenar Shamsul iskandar.

Namun mengikut Laporan terkini ianya seakan sahih.... Apa ceritanya??

MENGAPA DAP TAKUT BILA SEBUT "MALAYSIA" ?

Posted: 26 Dec 2010 05:10 PM PST

Takut 1Malaysia, Utusan Malaysia

Oleh Hassan Mohd Noor

PANDANGAN PPUBJ : SEBUTNYA MUDAH SAHAJA KERANA DAPig TU RASIS!

KITA sekarang dalam minggu terakhir tahun 2010. Pastinya banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Ketika detik-detik akhir 2010, tragedi demi tragedi yang mengorbankan banyak jiwa dilaporkan.

Bagi dunia politik, ia semakin menarik perhatian lebih-lebih lagi DAP yang sejak dulu tidak pernah lupa membuat ramalan mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU). Tilikan DAP kali ini ialah PRU akan diadakan tahun depan, mungkin bulan Mac 2011.

Turut menarik perhatian tentulah 'politik budak-budak' atau 'politik keanak-anakan' yang ada ketikanya tidak menggambarkan demokrasi telus dan tulen seperti prinsip perjuangan yang dilaung-laungkan oleh gabungan DAP-Pas-PKR. Pembaca boleh rujuk prinsip perjuangan pakatan itu melalui ucapan YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang semasa konvensyen pakatan itu di Kepala Batas pada 19 Disember lalu.

Apakah maksud kebudak-budakan itu?

Tentulah isu berkaitan tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengharamkan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri itu. Kenapa perlu diharamkan?

Pelik tapi benar. Itulah keputusan kerajaan negeri pimpinan PKR-DAP-Pas Selangor.

Menurut Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.

Tetapi laporan The Star pada Jumaat lalu menimbulkan persoalan adakah tindakan sebuah kafe menggunakan lambang roket tidak berbaur politik? Untuk makluman, roket adalah simbol DAP.

Budak-budak pun tahu mengenai 1Malaysia, konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Ia bukannya lambang dacing. Tidak ada di logo 1Malaysia itu lambang UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau PPP. Harap-harap, selepas ini jangan pula kerana takutkan 1Malaysia, ada usaha untuk mengharamkan kereta yang memasang pelekat 1Malaysia memasuki Selangor. Begitu juga jangan pula mengharamkan t-shirt, topi, kad Touch'nGo atau apa sahaja yang tertera logo 1Malaysia berlegar di Selangor. Kalaulah berlaku juga, maka jangan terkejut ada orang awam yang terpaksa menanggalkan baju berlogokan 1Malaysia atau terpaksa balik menukar baju untuk berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Sekali lagi persoalan kenapa takut dengan logo atau iklan sebegini?

Pembaca boleh selak kembali apabila pada Februari lalu, poster Perdana Menteri, Najib Tun Razak sempena majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan di Pandamaran, Selangor terpaksa diturunkan. Alasannya kerana tidak ada permit. Tetapi selepas BN memohon permit, hanya poster bersaiz kecil diluluskan.

Apa salahnya poster seumpama itu diberi perhatian kerana ia melibatkan acara di peringkat kebangsaan? Adakan papan tanda seperti Hapuskan ISA, Kembalikan Hak Air, Membangun bersama Islam boleh dikategorikan sebagai berunsur politik kerana idea itu datang daripada parti politik? Begitu juga dengan bendera parti yang dipasang seolah-olah akan diadakan pilihan raya kecil atau PRU. Laporan akhbar tempatan baru-baru ini menyebut mengenai bendera besar Pas yang berkibaran di jalan raya di satu kawasan di Kajang dibiarkan tanpa tindakan oleh PBT. Bendera ini umpama 'iklan' berbaur politik. Kita bukan berada pada musim pilihan raya.

Sebenarnya banyak perkara lain yang boleh diberi perhatian oleh PBT. Bukannya takut dan cemas dengan logo 1Malaysia yang sebelum ini cuba dikaitkan dengan One Israel.

Contohnya PBT boleh menumpukan usaha menurunkan papan iklan bahasa rojak, tidak mengutamakan Bahasa Malaysia, restoran/kedai yang menyalahgunakan logo halal, premis menjual arak secara terbuka, membersihkan lalang atau rumput di pinggir jalan yang hidup subur, menanggalkan iklan pinjaman wang tidak berlesen, memastikan kelab malam atau hiburan tidak bebas beroperasi dengan GRO gadis bawah umur dan pendatang asing yang berkeliaran mencari pelanggan. Inilah kerja 'orang dewasa' yang lebih berfaedah daripada takut dan cemas pada logo atau papan tanda yang membawa mesej baik tanpa 'ada udang di sebalik batu'.

Mungkin hasil 1Malaysia, di Stadium Nasional malam tadi bergema Malaysia Boleh bagi menunjukkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum ketika memberi sokongan kepada pasukan Malaysia menentang Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF.

Sindrom takut bukan setakat kepada 1Malaysia tetapi juga terhadap Utusan Malaysia.

Sejak selepas PRU lalu, kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-Pas juga takut dengan Utusan Malaysia. Ada kempen boikot mengenainya. Begitu juga di Pulau Pinang. Baru-baru ini, ketakutan itu dibangkitkan lagi dalam konvensyen pakatan itu. Penulis tidak mahu ulas panjang mengenai isu ini.

Cukuplah penulis perturunkan sedutan ucapan Tuan Lim Guan Eng (Tuan di sini bukanlah mengenai tuan dan hamba seperti isu ketuanan Melayu tetapi Tuan yang digunakan pada poster Ketua Menteri).

Ucapan Guan Eng antara lain ialah:

"Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulen dan watan – the real Malaysians.

"Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenal pasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?

"Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion raja).

"Satu lagi golongan yang bukan real Malaysians adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

"Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.

"Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak lebih cerah dan baik.

"Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masyarakat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

"Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara sama rata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan.''

Begitulah sedutan ucapan Guan Eng mengenai Utusan Malaysia dan rakyat Malaysia yang sebenar.

Pembaca boleh buat ulasan sendiri.

Tetapi Selak sekadar ingin meminjam sedikit kata-kata Guan Eng yang turut terkandung dalam ucapan itu.

Kata Guan Eng: Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih.

Selamat tinggal 2010.)

KESAMARATAAN : SATU FANTASI ATAU REALITI ?

Posted: 26 Dec 2010 05:04 PM PST


PANDANGAN PPUBJ : SEDANGKAN JARI TANGAN PUN ADA PANJANG PENDEK !!!!! INIKAN PULA!!!

Tidak munasabah diperjuang 'kesamarataan'


PERPADUAN tidak mungkin dibina atas tapak-tapak perbezaan. Jika perbezaan kekal menjadi teras perjuangan kaum seperti gerakan politik kerakusan kuasa sekarang, maka selama itulah perpaduan bangsa Malaysia akan sukar dicapai.

Perpaduan perlu dibina di atas tapak-tapak persamaan dan prinsip-prinsip kesatuan. Sebagai sebuah negara bangsa, perpaduan di Malaysia dipupuk melalui kecintaan negara dengan semangat patriotisme dan jiwa bangsa Malaysia yang kukuh. Fahami tonggak-tonggak kenegaraan yang satu.

Kita memiliki satu pemerintahan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, satu sistem politik 'demokrasi berparlimen raja berperlembagaan', satu Ketua Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, satu agama negara, satu bahasa negara, satu lagu negara, satu bendera negara dan banyak lagi lambang-lambang kesatuan kebangsaan yang menjadikan kita satu bangsa Malaysia dan satu negara Malaysia. Itulah juga maknanya gagasan 1Malaysia.

Realiti Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum, etnik, agama, budaya, bahasa dan warisan dianggap begitu menyukarkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Keunikan situasi ini jarang terdapat di negara-negara lain. Sungguhpun begitu kejayaan Malaysia membangunkan kemakmuran ekonomi dan membina bangsa dengan kesejahteraan sosial dan kedamaian hidup dikagumi timur dan barat.

Formula Malaysia selama ini dijayakan dengan tindakan menterjemahkan aspirasi Perlembagaan ke dalam dasar-dasar yang pragmatik di bidang ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya sejak kemerdekaan. Dasar-dasarnya bermatlamatkan perpaduan dan mengimbangi kedudukan kehidupan kaum secara adil seperti membasmi kemiskinan dan peluang pendidikan buat semua. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menjadi bukti bahana politik perkauman dan kehancuran perpaduan. Situasinya diperbetulkan kerajaan antaranya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990.

Perlembagaan sudah menetapkan yang mana hak-hak negara dan dengan jaminan yang mana hak-hak kaum. Di dalam Perlembagaan, ada peruntukan tentang pembahagian kuasa antara Persekutuan dengan negeri, antara perundangan, kehakiman dengan eksekutif, antara istilah rasmi dengan bukan rasmi serta sudah terisi segala peruntukan sesuai dengan amalan konsep negara 'persekutuan' yang kita pegang. Jadi, sebenarnya tidak diperlukan sekali-kali perjuangan hak-hak kaum untuk disamakan tempatnya dengan hak-hak negara atau hak-hak kebangsaan.

Maknanya tidak munasabah diperjuangkan 'kesamarataan', misalnya untuk status rasmi bagi pelbagai bahasa, pelbagai agama rasmi atau menyamaratakan semua perkara termasuk mencari formula baru untuk siapa yang harus menjadi Ketua Negara. Fahaman itu sangat merbahaya dan akan hanya memusnahkan konsep kenegaraan Malaysia atau akan meleburkan aspirasi 1Malaysia itu sendiri dengan prinsip penerimaan, teras Perlembagaan dan pegangan kepada Rukun Negara serta keadilan sosial.

Soalnya, kenapa setahun dua mutakhir ini timbul kekecohan tentang perpaduan dan setelah lebih lima dekad merdeka masih ada yang tidak memahami atau sengaja buat tidak faham tentang aspirasi Perlembagaan serta natijah sebuah kontrak sosial. Ada sahaja isu-isu negara dilaga-lagakan dengan isu-isu kaum dan tuntutan politik perkauman. Sepatutnya seluruh lapisan rakyat dari para pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, pimpinan kerajaan atau pembangkang, institusi dan organisasi memahami, menerima dan meraikan hakikat kepelbagaian kita di Malaysia.

Pada masa yang sama dengan penuh komitmen, kesedaran dan keinsafan tanpa rasa jemu dan penat lelah menegakkan 'kesatuan dalam kepelbagaian' itu. Diibaratkan pada bulatan-bulatan yang bertumpang tindih, lihatlah di mana garisnya bertindih, maka di situlah ada ruang-ruang persamaan yang di kongsi bersama. Analoginya boleh juga disamakan kepada sebuah sungai besar, bagaimana pertemuan (confluence of rivers) segala anak-anak sungainya ke arus aliran besar tadi.

Apakah susah sangat bagi kita membezakan persamaan dengan perbezaan? Kita boleh bersatu dan kita akan lebih berpadu di atas tapak-tapak persamaan bukannya perbezaan, menyepakati satu citra jati diri bangsa dan matlamat negara yang sama. Jangan lupa sejarah dan masing-masing diri kita.

Penekanan pembangunan memang tidak semata-mata ditujukan kepada pembangunan ekonomi. Kita perlukan kesejahteraan hidup, material dan fizikal sebagai aspek luaran kehidupan manusia, tetapi juga pembangunan sosial dan pembinaan budaya. Pembangunan modal insan secara holistik dan multidimensional dari sudut minda dan nilai-nilai budaya menjadi sebahagian daripada transformasi spiritual bangsa.

Kita tidak bersatu hanya melalui kemajuan fizikal seandainya spiritual kita sifar nilai-nilai budaya murni, berjiwa hamba, kosong dengan jati diri kenegaraan, kehakisan patriotisme atau seumpamanya. Itulah ertinya keperluan pembinaan negara (nation building). Di ruang inilah gagasan 1Malaysia patut diperhatikan, ada kemajuan dan transformasi besar negara selain ekonomi dan pentadbiran, adalah juga menerusi strategi sosio-budayanya hatta bagaimana pelbagai bentuk kesenian kebangsaan itu dimanfaatkan mendidik nilai-nilai perpaduan, keperibadian dan kemanusiaan Malaysia. Rakyatnya bangga terhadap negara sendiri dan bukan menjadi alat bagi acuan identiti negara asing.

Keutuhan negara bangsa Malaysia dan perpaduannya hendaklah ditunjangi perkongsian 'ikatan-ikatan persamaan' yang dikongsi secara sedar dan insaf bukannya 'kesamarataan'. Kehidupan berbangsa dan bernegara itu ditunjukkan oleh citra persamaan lambang, institusi nasional, perundangan; keperibadian bangsa dan kejatidirian negara; nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama; kesetiaan politik (political loyalty); rasa keyakinan diri sebagai satu bangsa; nilai-nilai akhlak, moral, etika yang kukuh; demokratis; liberal bertoleransi dalam konteks penerimaan; adil dan saksama tidak semesti kesamarataan; progresif dan makmur; serta daya saing, daya tahan, tangkas, dinamis (psikologikal) dan sebagainya.

Ikatan persamaan dalam konteks geopolitik itu seperti mana aspirasi Perlembagaan Negara sudahpun membentuk kita sebagai satu bangsa dan satu negara. Itulah keluhuran sebuah undang-undang tertinggi negara.

Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang diidamkan sejak kemerdekaan akan menjadi nyata melalui perkongsian nilai-nilai hidup bersama. Di situ muncul makna sebuah perpaduan bangsa dan kesatuan negara. Rakyat asal Malaysia yang dominannya Melayu dan suku bangsa serumpunnya seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Bajau, Melanau, Murut dan puluhan yang lain perlu terlebih dahulu menyatukan diri ke dalam keserumpunan umat besarnya.

Perpaduan dan hubungan keharmonian kaum bermula dan terletak di bahu Melayu serumpun itu.

Datuk A Aziz Deraman ialah Bekas Ketua
Pengarah DBP/Mantan Ketua Pengarah Kebudayaan, Ahli JK Gapena dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa)

LONNIE LIU ......

Posted: 26 Dec 2010 04:57 PM PST

Monday, December 27, 2010

CILI KASI TARUK! RONNIE LIU DAN PAKATAN HARAM YANG RACIST!


"Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo'lo' Ghazali ketika mengulas perkara itu berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai" - haprakahdai

Selangor beku larangan guna logo 1Malaysia selepas teguran Kit Siang...

Posted: 26 Dec 2010 04:46 PM PST

Selangor beku larangan guna logo 1Malaysia selepas teguran Kit Siang...


PANDANGAN PPUBJ : KALAU GITU KHA KHA LED NAMPAK MACAM BONEKA ATAU PATUNG SAHAJA, YANG TENTUKAN SEMUANYA ADALAH DAP....BETUL KE?
Hairan juga kerana sehari selepas Lim Kit Siang meminta kerajaan pakatan rakyat di Selangor kaji balik larangan guna logo berkenaan di papan iklan di negeri itu, cadangan itu serta merta dipatuhi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu pada Sabtu sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan larangan itu sehingga diberitahu kelak.
Bertambah pelik, Liu mengeluarkan arahan itu tanpa merujuk kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan sedang bercuti.
Seperti dilapor Malaysiakini, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat Exco akan datang sebaik Khalid kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini.
"Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya.
Sebelum ini, larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana dianggap melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional (BN).
Apapun pasti ada sebab lain mengapa ahli Parlimen Ipoh Barat itu mencadangkan larangan itu dikaji semula.
Tambahan pula, Lim menekankan semua rakyat perlu menjadikan Malaysia sebagai keutamaan diikuti dengan bangsa, agama, geografi dan sosioekonomi.
Sebenarnya pemimpin DAP terutama Lim sedar bahawa dengan penguatkuasaan larangan guna logo 1Malaysia yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan membuktikan kebenaran bahawa DAP adalah parti berasaskan perkauman sahaja.
Rakyat Malaysia tahu 1Malaysia mewakili semua kaum dan DAP sudah tentu tidak mahu melihat parti itu hanya mewakili satu kaum sahaja dengan melaksanakan larangan penggunaan logo tersebut.
Sungguhpun, Lim sebelum ini pernah mencabar menteri-menteri kerajaan BN di Parlimen supaya mengakui mereka rakyat Malaysia dulu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau adalah Melayu dahulu kemudian baru Malaysia, larangan guna logo itu nampak 'alasan politik bodoh' pakatan rakyat di Selangor.
Bertambah malang sebab Liu dari DAP dan bertangungjawab dengan PBT.
Justru itu, tidak sampai 24 jam selepas teguran Lim, Exco DAP yang kalah dalam pemilihan pimpinan DAP Selangor tidak perlu tunggu lama minta supaya larangan itu dibekukan dahulu.
Sebab lain, pembangkang juga sedar rakyat Malaysia sudah cukup masak retorik politik DAP, PKR dan PAS berdepan isu 1Malaysia.
Ini kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini melaungkan kesamarataan hak setiap kaum di negara ini tetapi peliknya bila Najib melaksanakan gagasan 1Malaysia supaya semua kaum menikmati hak masimg-masing, pembangkang pula menolaknya.
Kesimpulannya mudah bahawa pembangkang akan jadikan apa saja dilaksanakan kerajaan sebagai modal politik mereka kerana perjuangan mereka bukan untuk rakyat sebaliknya mahu mengambil alih kerajaan semata-mata.
Inilah perbezaan pembangkang di Malaysia berbanding negara luar yang sentiasa mengkritik dan menegur kerajaan melaksanakan perubahan sehingga dihormati kerajaan dan rakyat.
Malangnya di Malaysia tiada teguran membina sebaliknya hanya kritikan keras selain tindak tanduk yang memalukan negara.
Kini perjuangan pembangkang bukan lagi untuk membela rakyat sebaliknya berharap pilihan raya umum diadakan secepat mungkin kerana mereka yakin dapat menawan Putrajaya selain berhempas pulas menyelamatkan Anwar bakal Perdana Menteri. -25/12/2010

UMNO : TEMPAT ORANG MELAYU BERPAUT...

Posted: 26 Dec 2010 04:41 PM PST

PANDANGAN PPUBJ : NAK BERGANTUNG PADA PKR AMALANNYA ADALAH SAMARATA, ASYIK BERDEMO AJE DAN NAK TAWAN PUTRAJAYA, NAMA KEPENTINGAN RAKYAT TU MACAM TEMPELAN AJE.....

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Model Baru Politik (MBP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno baru-baru ini, tiba pada tepat pada masanya demi survival parti dan agenda perjuangannya.

NONEUmno, katanya, perlu berubah supaya lebih terbuka dan inklusif, dan model baru politik ini menjadi wadah bagi perubahan yang diperlukan serta diperincikan supaya dapat diamal oleh semua anggota parti.

Model berkenaan yang membawa tema "Umno Dahulukan Rakyat" mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan Umno, sekali gus menolak 'lagu-lagu lama' seperti 'politik pembangunan' yang dilihat sudah kurang menarik kepada rakyat.
Pinda perlembagaan

Langkah pertama sudahpun dilaksanakan iaitu meminda perlembagaan parti supaya tidak hanya sebahagian anggota yang berkuasa membuat pilihan kepimpinan parti, tetapi keanggotaan yang lebih besar boleh memilih pemimpin mereka.

umno agm muhyiddin opening 191010Pindaan yang dibuat kini membolehkan lebih 400,000 anggota layak memilih Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden serta anggota Majlis Tertinggi berbanding hanya 2,500 anggota perwakilan ke Persidangan Agung Umno sebelum ini.

Najib pernah berkata Umno harus berubah mengikut peredaran masa dan zaman kerana masyarakat sekarang menolak parti yang sudah berjasa kepada mereka kerana mereka melihat parti berkenaan masih dengan keadaan lama, tidak dinamik dan kaku.

Untuk memastikan Umno 'tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan', Najib yang serius mahu melakukan perubahan pada parti, juga menggariskan beberapa langkah menanganinya seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 Oktober lalu.

NONEPemulihan itu harus melalui tiga fasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja.

Tujuh perkara pula telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dalaman dan mendahulukan rakyat.
Transformasi manusia tidak mudah
Perubahan-perubahan yang dilakukan bukan setakat menjadikan anggota Umno sebagai sasaran malah rakyat secara keseluruhannya, selaras dengan kedudukan Umno sebagai parti tunjang pemerintahan negara.

azlanApapun perubahan atau model yang mahu diterapkan, ia tidak akan mengubah matlamat perjuangan Umno yang asal.

Namun Najib sedar, transformasi manusia bukannya semudah transformasi fizikal kerana ia mencabar, memakan masa selain memerlukan respon dan penghayatan yang secukupnya.

"Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat," katanya.

Selain MBP, Umno juga mencatat detik manis apabila berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada pilihan raya kecil pada 4 Nov lalu. Calon Barisan Nasional dari Umno, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

NONEWalaupun pelbagai pihak menyatakan bahawa kemenangan itu memberi petanda sokongan sudah kembali kepada Umno/Barisan Nasional, dua tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai pandangan berbeza terhadap keputusan berkenaan.
Tidak boleh selesa

Rumusannya, kemungkinan strategi yang digunakan oleh Tengku Razaleigh selaku pengarah jentera pilihan raya kecil itu, bersesuaian dengan kehendak di kawasan itu dan keputusan mungkin berbeza sekiranya pilihan raya kecil itu diadakan di tempat lain.

NONEApapun, Umno mesti mengambil perhatian bahawa ia tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan itu dan harus sentiasa bekerja keras supaya perpaduan di peringkat akar umbi kekal mantap seperti yang diingatkan berkali-kali oleh presiden parti terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ada pemerhati politik yang mengatakan Najib akan memberi perhatian kepada kerajaan pada tahun pertama pimpinannya dan hanya memberi perhatian kepada politik parti pada tahun kedua di tampuk pemerintahan dan ini terbukti benar.

young ulama join umno 250610 02Umno juga mengorak langkah memberikan nafas baru dengan membawa masuk 40 ulama muda, termasuk seorang anak bekas mufti negeri menyertainya, dengan objektif menyebarluaskan dakwah Islam dalam parti dan negara.

Terdapat juga perubahan besar yang akan dilakukan terhadap kepimpinan Umno negeri untuk memperkuat dan memantapkan parti.
Berkecai tulang

Apa yang dijangkakan perubahan itu membabitkan pengerusi perhubungan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan selain Terengganu yang kini diketuai sama ada oleh presiden, timbalan presiden dan tiga orang naib presiden.

NONESemua ini tidak lain tidak bukan bagi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas pembangkang yang dianggap sebagai 'saudagar mimpi'.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Najib kepada perwakilan Umno.

Mesej terpentingnya ialah orang Melayu perlu memahami risiko iaitu berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kuasa jika kelemahan tidak diakui, penawar politik tidak dicari dan usaha ke arah mempertahankan kuasa, gagal.

NONEDalam perjuangan juga Umno perlu serius dengan isu pengundi, kerana sebagai contoh, jumlah pengundi yang berjaya didaftarkan melalui jentera Umno di Johor, misalnya, hanya 13,125 orang.

Dicampur jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti komponen BN lain, bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh BN di Johor hanya 14,768 orang, sedangkan pembangkang mendaftarkan 18,129 orang.
Tarikh pilihan raya
Malaysia sudah melepasi separuh usia Parlimen selepas pilihan raya umum 2008, jadi masa semakin suntuk dan oleh yang demikian Umno dan BN perlu bersedia dan tidak lagi boleh bertangguh-tangguh lagi dalam memperkuatkan 'barisan'.

NONENajib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melawat negeri-negeri untuk berjumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat.

Apabila perkara ini diutarakan, pemerhati dan penganalisis politik dan juga media tertanya-tanya adakah pilihan raya umum semakin dekat, sedangkan tempoh mandat BN sekarang hanya tamat pada 2013.

Tambahan pula pemilihan Umno bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadual diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan MBP.

Apapun, sama ada pilihan raya diadakan dalam masa terdekat atau tidak, Umno tidak perlu menunggu 2011 untuk memantapkan parti dengan senjata baru diperkenalkan oleh presidennya -- MBP.

- Bernama

TUNJUK KUASA.

Posted: 26 Dec 2010 04:36 PM PST

PANDANGAN PPUBJ : BAGI UMNO TAHU, I ADA POWER DI SELANGOR, DAP SEMAKIN TERTEKAN , KALAU BERANI BUATLAH SATU SLOGAN YANG LEBIH BAIK ATAU PUN SAMA DENGAN SATU MALAYSIA : APA JADI DENGAN "MIDDLE MALAYSIA" SUDAH BERKUBUR KA?

Exco perumahan dan kerajaan tempatan Selangor, Ronnie Liu meredakan kontroversi berhubung logo 1Malaysia yang digunakan dalam bahan pengiklanan, dengan menasihatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya membekukan larangan terhadapnya sehingga diberitahu kelak.

NONELiu (kanan) berkata, larangan itu dibekukan sementara kerana
kekeliruan mengenai logo 1Malaysia yang mana satu yang dianggap sebagai propaganda BN dalam bahan iklan.

"Masih ada kesamaran mengenai apa yang dianggap sebagai tindakan politik oleh BN dan sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.Menurut Liu lagi, banyak PBT yang masih belum jelas mengenai bentuk bahan iklan yang tertakluk kepada larangan tersebut.

Tambahnya, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat exco akan datang sebaik sahaja Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini.

NONE"Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan
penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya.

Liu bagaimanapun terkejut ketika diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam telah menguatkuasakan larangan tersebut sejak Jun tahun ini.

"Setakat yang saya tahu, hanya Majlis Daerah Kuala Langat menurunkan beberapa papan iklan yang memaparkan logo 1Malaysia," katanya.

Liu bertegas bahawa Sabak Bernam tidak menguatkuasakan larangan terhadap logo 1Malaysia.

"(Bagi Sabak Bernam) Saya tidak berfikir ia telah menguatkuasakan (larangan tersebut), saya masih melihat banyak logo 1Malaysia di sana," katanya

TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA

Posted: 26 Dec 2010 04:15 PM PST














PENYOKOKONG GEMBIRA DAN TERHIBUR DENGAN PERSEMBAHAN PASUKAN MALAYSIA.














GOL KEDUA TERUS MEMUSNAHKAN SEMANGAT PEMAIN INDONESIA.



























PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 27 Dec 2010 11:15 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PENGUMUMAN PERLANTIKAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

Posted: 26 Dec 2010 11:53 PM PST

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan pelantikan semula Pengerusi Perhubungan dan Timbalan UMNO Negeri melibatkan 13 buah negeri.

Dalam kenyatannya, Tengku Adnan memberitahu pelantikan semula Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalannya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.

Berikut adalah senarai Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri 2011:

1. PERLIS
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM

2. KEDAH
PENGERUSI - YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR

3. KELANTAN
PENGERUSI - YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO' DR AWANG ADEK HUSSIN

4. TERENGGANU
PENGERUSI - YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID
TIMB. PENGERUSI – YB YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD

5. PULAU PINANG
PENGERUSI - YBHG DATO' HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN
TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR

6. PERAK
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. ZAMBRY B. ABD KADIR
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI HJ AHMAD HUSNI HANADZLAH

7. PAHANG
PENGERUSI - YAB DATO' SRI ADNAN BIN YAAKOB
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' HJ MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

8. SELANGOR
PENGERUSI - YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI NOH B. OMAR

9. W.PERSEKUTUAN
PENGERUSI - YAB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN MOHD YASSIN
TIMB. PENGERUSI - YB. SEN. DATUK RAJA NONG CHIK DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN

10. NEGERI SEMBILAN
PENGERUSI - YAB DATO' SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SHAZIMAN HAJI ABU MANSOR

11. MELAKA
PENGERUSI - YAB DATUK SERI MOHD ALI B. MOHD RUSTAM
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK WIRA ABU SEMAN B. YUSOP

12. JOHOR
PENGERUSI - YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI B. OTHMAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF HAJI AHMAD

13. SABAH
PENGERUSI - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN
TIMB. PENGERUSI - YBHG DATUK SP MOHD SALLEH TUN SAID

PENGUMUMAN PILIHANRAYA KECIL N.05 DUN TENANG

Posted: 26 Dec 2010 07:10 PM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.05 Tenang, Johor akan diadakan pada Ahad, 30 Januari 2011.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 22 Januari 2011.

Proses demokrasi itu akan menjadikan PRK ke-14 sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika mengumumkannya berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Johor mengenai kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis, pada 17 Disember lalu.

"Pilihan raya kecil ini menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009, digabungkan dengan Daftaf Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010 yang dikemas kini sehingga Oktober lalu merangkumi seramai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini, pagi ini.

Pada PRU-12, Sulaiman mengalahkan Mohd Saim Siran (Pas) dengan majoriti 2,492 undi. Pada waktu itu pengundinya DUN Tenang berjumlah of 14,474, termasuk Melayu (49%), China (38%) dan India (12%).

Tenang adalah satu daripada dua DUN (satu lagi DUN Bekok) di dalam Parlimen Labis yang diwakili oleh Chua Tee Yong.

DUN Tenang turut meliputi Felda Tenang, pekan Labis dan Felda Chempelak. Parlimen Labis antara lain bersempadanan dengan Segamat, Sekijang, Pagoh, Mersing, Ayer Hitam dan Sembrong.

Sumber Berita - MediaUMNO

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 27 Dec 2010 07:05 AM PST

Apo Kono Eh Jang!


Jika bukan kerana politik, PAS sudah dikategorikan sesat.

Posted: 27 Dec 2010 05:20 AM PST

Semua rakyat melayu Islam kini harus menyedari bahawa PAS bukanlah pejuang Islam sejati seperti yang mereka war-warkan. PAS hanya mempergunakan agama sebagai alat untuk mereka mencapai kuasa pemerintahan. Pemimpin-pemimpin PAS hanya tahu berselindung disebalik topeng agama ini semata-mata kerana nafsu mereka untuk berkuasa.

Tanpa topeng politik, apa bezanya Nik Aziz dengan Ayah Pin dan juga rasul melayu Kahar? Jika tiada politik didalam organisasi PAS pasti ia akan sama sahaja seperti ajaran-ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara.

Mengapa begitu? Lihat sahaja bagaimana PAS kini mensyaratkan pengikut-pengikut mereka supaya wala' membuta tuli kepada Tok-tok guru didalam PAS. Hendak menjadi wakil parti didalam pilihanraya perlu mengangkat sumpah talak tiga kepada isteri. Dan syurga hanya diperolehi oleh ahli-ahli kumpulan mereka sahaja yang sudah semestinya direstui oleh ketua mereka juga.

Adakah pengikut-pengikut PAS berani menegur perbuatan khilaf pemimpin-pemimpin mereka? Bukan kata nak menegur, bersuara pun langsung mereka tak berani kerana takut-takut dimurkai oleh tok-tok guru yang mereka angkat setaraf dengan wali didalam parti.

Pengikut-pengikut PAS tak sedar bahawa perbuatan mereka yang wala' terlampau serta "sujud" membuta tuli ini seolah-olah telah memberi satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja perbuatan yang menyalahi norma-norma agama. Semua ini dilakukan hanya untuk mendapatkan kepentingan politik dengan memijak kepala-kepala pengikut dunggu ini semua.

Dengan sebab itulah Al Quran, Hadis, hukum-hukum Islam serta undang-undang syariah dijadikan mainan politik mereka untuk memperolehi kuasa. Semua ini dipertaruhkan bagi memenangi apa yang mereka dakwa "perperangan" menentang kebatilan. Tetapi yang sebenarnya, mereka-mereka itulah bapak kepada kemungkaran didalam masyarakat.

Selain itu, PAS juga telah sanggup "berbogel" hanya kerana mahu menjaga hati kerabat mereka didalam Pakatan pembangkang. Maksud berbogel disini ialah menyerahkan maruah agama dan bangsa sendiri semata-mata bagi memenuhi nafsu serakah sahabat persekongkolan mereka itu. Perjuangan Hudud PAS telah dilacurkan oleh pemimpin-pemimpin berserban mereka. Slogan negara Islam juga dibiarkan diliwat oleh Anwar Ibrahim kerana PAS mahukan kuasa.

Apakah pengikut-pengikut PAS masih belum sedar bahawa tiada apa lagi yang tinggal didalam PAS melainkan "jembalang-jembalang hutan" laparkan habuan. Cubalah serahkan negara ini kepada mereka jika inginkan masa depan yang kelam untuk anak cucu kita.

Membina sebuah negara yang stabil dan juga makmur seperti hari ini bukanlah mudah. Selama 50 tahun kita memerlukan pemimpin-pemimpin yang betul-betul berdedikasi bagi memenuhi pencapaian yang negara perolehi hari ini. Tetapi untuk melingkupkan apa yang kita ada berserta dengan masa depan anak cucu kita cukup senang. Serahkan saja kepada jembalang-jembalang hutan yang berkerumun didalam Pakatan pembangkang..pastinya beres.

Lihat sahaja negeri Kelantan yang menjadi seperti "jerumun" ayam hutan. Segala gejala sosial dan juga maksiat ada di negeri tersebut. Malangnya negeri inilah yang dikatakan dipimpin oleh manusia paling alim didalam Malaysia. Dan malang juga negeri inilah yang dikatakan negeri serambi Mekah dan juga negeri tadahan wahyu. Siapalah yang bebal memberi gelaran-gelaran yang langsung tak sepadan ini?

Jadi kesimpulannya, Islam bukan sekadar make-up untuk dipakai bagi menunjuk-nunjuk bahawa kita sudah menjadi alim dan tawaduk. Agama juga bukannya alat untuk diperdagangkan sesuka hati bagi memperolehi keuntungan dengan secara pukal. Agama Islam sepatutnya diamalkan dan dihayati bagi memperolehi ganjaran dari yang maha pencipta. Ia juga merupakan petunjuk kepada mereka yang mahu memahaminya.

Dan apa yang PAS buat ketika ini dengan mempergunakan agama, sungguh memalukan dan memualkan. Hanya orang yang tak waras dan tiada akal sahaja yang mampu berkelakuan seperti PAS dan pengikutnya. Apa lagi yang boleh kita katakan selain dari hanya mampu mengharapkan mereka-mereka ini memperolehi hidayah dari Tuhan.

Oleh: Pak Long

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 27 Dec 2010 07:02 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Malaysia vs Indonesia di Telok Datok

Posted: 27 Dec 2010 03:02 AM PST

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia yang telah menewaskan pasukan Indonesia dengan jaringan 3-0..Diharapkan agar di pusingan kedua nanti para pemain dapat mengekalkan momentum persembahan..
Bagi pusingan kedua Final Piala AFF yang dijadualkan pada hari Rabu ini (29 Disember 2010),Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat,Koordinator Pemuda UMNO Dun Telok Datok serta Pemuda Umno Cawangan Telok Datok menjemput para penyokong pasukan negara untuk menyaksikan di layar gergasi,pada tarikh berkenaan,masa 8.00 malam,bertempat di Masleen Char Kuey Tiaw (tepi Stadium Jugra).Makanan dan minuman ringan turut disediakan.Apa yang menarik,terdapat juga cabutan bertuah pada malam berkenaan..Ayuh semua...kita saksikan wira-wira negara kita berjuang..

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 26 Dec 2010 09:03 PM PST

ahmadmaslan.blogspot.com


TAHNIAH KEPADA SKUAD BOLASEPAK NEGARA..

Posted: 26 Dec 2010 07:03 PM PST

SEKADAR PROVOKASI POLITIK PEMBANGKANG

Posted: 26 Dec 2010 06:56 PM PST

Bayaran insentif produktiviti Felda RM100.9 juta menunjukkan bahawa:

Posted: 26 Dec 2010 09:27 AM PST

KEJAYAAN GAGASAN 1MALAYSIA

Posted: 26 Dec 2010 09:18 AM PST

KERATAN-KERATAN AKHBAR...

Posted: 26 Dec 2010 09:02 AM PST

KERATAN-KERATAN AKHBAR...

Posted: 26 Dec 2010 08:50 AM PST

Aktiviti...

Posted: 26 Dec 2010 08:43 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 26 Dec 2010 01:28 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


1Malaysia bukan bermotif politik - PM

Posted: 25 Dec 2010 08:41 PM PST

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan Gagasan 1Malaysia bukan bermotifkan politik seperti mana dakwaan sesetengah pihak sebaliknya ia bertujuan untuk pembangunan bangsa.

Perdana Menteri berkata, kerajaan percaya melalui gagasan tersebut ia dapat menarik sokongan semua rakyat negara ini untuk bersama-sama bergerak ke hadapan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, harmoni dan berjaya pada abad ke-21.

Paling penting beliau berkata, gagasan tersebut mampu mewujudkan perpaduan jitu antara semua kaum di negara ini sekali gus menjamin kestabilan negara.

''Gagasan 1Malaysia bukan bertujuan politik tetapi semata-mata untuk pembangunan bangsa. Dengan kata lain gagasan 1Malaysia merupakan satu titik pertemuan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia untuk kita lebih bersatu padu di bawah satu visi dan satu misi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas di ibu pejabat Persekutuan Kristian Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Biskop Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Baru-baru ini Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah mengeluarkan arahan melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri itu.

Ia berpunca pada satu kejadian 23 Disember lalu apabila sebuah premis kedai serbaneka 24 jam di Banting, Kuala Langat telah diarahkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya selaras dengan arahan kerajaan negeri itu.

Najib dalam ucapannya turut menyentuh kejayaan kerajaan melakukan penambahbaikan beberapa bidang utama hasil negara daripada inisiatif yang telah diambil sebelum ini.

''Hasil daripada beberapa program kerajaan ia telah menunjukkan kesan yang positif. Sebagai contoh indeks jenayah jalanan telah menurun sebanyak 37.6 peratus melebihi sasaran 20 peratus yang ditetapkan bulan ini,'' kata beliau.

''Begitu juga maklum balas daripada rakyat mengenai serangan kita terhadap rasuah. Menurut Transparency International, 48 peratus rakyat Malaysia mengakui usaha kerajaan menentang rasuah adalah amat berkesan,'' kata beliau.

Berbanding tahun lepas beliau berkata, hanya 28 peratus rakyat Malaysia yang beranggapan sedemikian.

''Begitu juga dengan pelaburan langsung asing (FDI), dalam tempoh sembilan bulan tahun ini kita berjaya memperoleh RM17.1 bilion berbanding RM5 bilion sepanjang tahun lepas,'' katanya lagi.

Beliau berkata, pencapaian pertumbuhan ekonomi negara juga amat baik apabila puratanya adalah 8.1 peratus dari Januari hingga September lalu.

''Apa yang pasti setiap kejayaan yang dicapai ini adalah hasil kestabilan, perpaduan dan keamanan yang kita kecapi. Mustahil kita mampu berada pada kedudukan ini jika negara berada dalam keadaan tidak stabil dan aman,'' ujarnya.

Larang logo 1Malaysia nafi hak asasi manusia

Posted: 25 Dec 2010 08:40 PM PST

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia pada papan tanda dan iklan di negeri itu telah menafikan aspek hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammed Sha'ani Abdullah (gambar) berkata, mana- mana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh melarang penggunaan logo 1Malaysia oleh orang ramai kerana adalah menjadi hak rakyat untuk menyokong konsep itu secara terbuka.

"Logo 1Malaysia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak melanggar undang-undang atau menyalahi moral jika digunakan pada papan tanda dan iklan.

"Tiada unsur propaganda atau paksaan untuk menggunakan logo tersebut dan adalah menjadi hak rakyat jika hendak gunakannya," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Muhammed Sha'ani mengulas tindakan Kerajaan PKR Selangor yang melarang penggunaan logo 1Malaysia atas alasan ia bermesejkan politik.

Beliau mengesyorkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan arahan kerajaan negeri itu supaya melaporkan perkara itu kepada Suhakam untuk tindakan selanjutnya.

Pensyarah Geografi Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali pula berkata, Kerajaan PKR Selangor tidak perlu khuatir pengaruh mereka akan terhakis kerana logo 1Malaysia.

Jelasnya, banyak risalah serta logo diedarkan pada setiap pilihan raya umum atau kecil untuk mengumpan pengundi, tetapi akhirnya calon yang berprestasi tinggi dan memenuhi manifesto parti akan dipilih rakyat.

Mana-mana parti politik, katanya, memerlukan perpaduan rakyat untuk membina negara dan kerana itu gagasan 1Malaysia perlu disokong oleh rakyat tidak mengira kaum, agama dan ideologi politik.

"Oleh kerana takut kepada logo 1Malaysia, Kerajaan PKR Selangor telah mengarahkan peniaga-peniaga menurunkannya dari papan tanda dan iklan tanpa memikirkan kesannya," ujarnya.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel pula berkata, PKR tidak boleh mengatakan 1Malaysia adalah slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak terdapat sebarang lambang parti politik pada logo tersebut.

"Saya berpendapat pihak pembangkang sengaja tidak mahu faham tentang nilai murni yang ingin ditanamkan kepada rakyat di sebalik konsep dan logo 1Malaysia itu," katanya.

Menurut Palanivel, sepatutnya pihak pembangkang menyokong slogan dan polisi yang baik untuk rakyat dan negara, bukannya menjauhkan diri daripadanya.

Parti pembangkang, katanya, khuatir logo itu akan mengurangkan pengaruh di samping menggugat kedudukan mereka.

Menurutnya, sekumpulan peniaga berketurunan India yang terlibat dengan arahan menurunkan logo 1Malaysia di premis mereka akan menemui beliau minggu depan untuk membincangkan perkara itu.

FELDA BAYAR BONUS INSENTIF PRODUKTIVITI RM100.92 JUTA - PM

Posted: 25 Dec 2010 03:42 AM PST

1. Sukacita saya ingin mengumumkan bahawa FELDA akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600.00. Bonus ini adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara dan insentif menghantar hasil melalui FELDA. Kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400.00 dan maksimum RM1,200.00 bergantung kepada penghantaran hasil.

2. Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka FELDA seluruh negara. Peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari 2010 hingga Oktober 2010. Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas. Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01 kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400 kg/hektar. Bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang. Seramai 61,170 yang sedang menanam semula bersama FELDA akan menerima bayaran maksima RM1,200.00 seorang.

3. Pada tahun ini, FELDA turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula. Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain. Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas ini. Kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400.00 seorang.

4. Seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada FELDA dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan. Selain itu, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.

5. Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011. Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

6. Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan FELDA selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan mereka melalui penyelidikan dan khidmat nasihat yang disediakan.

DATO SERI NAJIB HJ TUN ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya
25 Disember 2010

PAS - matlamat menghalalkan hukum tuhan. Fikir-fikirlah...

Posted: 25 Dec 2010 03:31 AM PST



Fikir-fikirkanlah.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 25 Dec 2010 03:10 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DIGNITI MELAYU DI ABAD KE-21

Posted: 25 Dec 2010 06:53 AM PST

Wednesday, December 15, 2010
DIGNITI MELAYU DI ABAD KE-21
RUHANIE AHMAD

Artikel ini difokuskan khusus kepada persoalan digniti Melayu kontemporari untuk menyanggah pelbagai polemik mengenai ketuanan Melayu yang kebelakangan ini dipolitikkan oleh sesetengah golongan di Malaysia. Ianya bertujuan supaya polemik berkenaan tidak berlarutan sehingga mengancam keselamatan dan perpaduan nasional yang dibina asasnya menerusi Perlembagaan Persekutuan.

Hipotesis artikel ini adalah: konsep ketuanan Melayu bukannya elitis, tidak diwujudkan untuk mengagung-agungkan bangsa Melayu, atau untuk mencanggahi aspirasi melahirkan bangsa Malaysia yang bermaruah di hari muka. Sebaliknya, konsep ini wujud untuk memberikan digniti kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang jadi daif serba-serbinya akibat penjajahan selama 446 tahun. Dalam ertikata lainnya, ketuanan Melayu adalah konsep anti-penjajahan biar dalam bentuk apa sekalipun dalam era pasca-merdeka.

Hakikatnya sedemikian kerana Persekutuan Tanah Melayu adalah entiti negara yang diwujudkan oleh para pemimpin multi-keturunan menerusi kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957. Malaysia juga terbentuk daripada permuafakatan multi-etnik di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura.

Maksudnya, sebelum Tanah Melayu dijajah mulai 1511 hingga 1957, bumi ini adalah gabungan negeri-negeri Melayu yang dikategorikan sebagai nation-state atau negara-bangsa kerana majoriti rakyatnya terdiri daripada satu rumpun bangsa yang sama, berkogsi sejarah dan warisan budaya yang serupa, serta berasal daripada wilayah geografi yang satu, iaitu kepulauan Nusantara (rujuk Buzan 1983:36-72).

Realiti sejarah

Hakikat ini diakui oleh pelbagai sejarawan asing dan tempatan. Purcell (1965:40) menegaskan "dari sejarahnya, Malaya adalah negara Melayu." Oleh sebab itulah "dasar British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua bersifat pro-Melayu dan menerima hakikat bahawa Tanah Melayu adalah untuk masyarakat Melayu" (Mohd Ashraf Ibrahim 2004:50).

Lantaran itu juga "pentadbir-pentadbir British memandang istimewa terhadap orang Melayu. Mereka menganggap orang Melayu sebagai penduduk bumiputera Malaya. Mereka mengakui bahawa orang Cina mempunyai peranan ekonomi yang penting tetapi ini bukanlah memberi orang Cina hak untuk memainkan peranan dalam politik. Malaya adalah tanah air orang Melayu" (Saunders 1978:35).

Selanjutnya, Tanah Melayu dan bangsa Melayu adalah negara dan bangsa yang telah mencipta tamadunnya di era Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu sudah wujud undang-undang syariah dan undang-undang maritim Melayu yang komprehensif.

Contohnya, "kurun ke-15 adalah satu peringkat di mana, secara umumnya, kegiatan ahli-ahli hukum berkisar kepada pengkanunan prinsip-prinsip shari'ah" dan "Undang-Undang Laut Melaka ialah kanun yang mengandungi hukum dan peraturan di laut yang berkaitan dengan tatacara dan undang-undang pelayaran serta penggunaan kapal" (Abdul Aziz Bari 2008:306-307).

Seluruh huraian di atas membuktikan Malaysia bukannya sebuah state-nation atau negara majmuk sejak sebelum era penjajahan. Sebaliknya, Malaysia hanya menepati kategori state-nation kerana kemerdekaannya diperjuangkan oleh bangsa Melayu menerusi UMNO, keturunan Cina menerusi MCA, dan keturunan India menerusi MIC, dan kewarganegaraannya pula merangkumi seluruh keturunan ini serta lain-lain kelompok etnik di Sabah dan Sarawak.

Sejarah silam juga membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai dignitinya yang tersendiri sejak berkurun lamanya. Lantas, bukan satu jenayah untuk membicarakan konsep ketuanan Melayu dalam konteks Malaysia kontemporari. Ini kerana bangsa Melayu adalah bangsa yang wujud bersama sejarah bumi Melayu yang kini diidentitikan sebagai Malaysia.

Konsep ketuanan Melayu juga tidak boleh ditafsirkan sebagai instrumen penindasan atau pendiskriminasian terhadap rakyat bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Sebaliknya, konsep ini diterjemahkan ke dalam pelbagai dasar dan program pemerintah supaya wujud keseimbangan dalam survival dan digniti warganegara Malaysia yang berbilang keturunan dalam era merdeka.

Perlembagaan Persekutuan

Perjuangan memajmukkan Tanah Melayu menerusi kemerdekaan tidak diterima sepenuhnya oleh majoriti bangsa Melayu di era pra-merdeka. Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Perikatan terpaksa menghadapi cabaran serius daripada kalangan UMNO dan bangsa Melayu di luar UMNO yang mencurigai implikasi perjuangan memerdekakan negara bersama-sama keturunan Cina dan India di hari muka.

Tetapi, Tunku Abdul Rahman tetap bertegas. Beliau menegaskan "ada yang berkata kita (orang Melayu) hendak berlawan dengan Raja-Raja Melayu. Tetapi, tuduhan yang palsu ini tidak ada tempat dalam perjuangan kita kerana kita telah mengisytiharkan bersama-sama MCA bahawa kita akan menjaga dan memelihara taraf Raja kita dan juga agama kita yang maha suci" (Tunku Abdul Rahman 2009:76).

Kenyataan ini membuktikan bahawa kemerdekaan tanah air pada 1957 adalah perjuangan yang mengiktiraf keindukan Melayu, status Raja-Raja Melayu, serta kedudukan Islam sebagai agama orang Melayu. Ia juga membuktikan bahawa ketuanan Melayu diiktiraf oleh seluruh pejuang kemerdekaan yang multi-keturunan bukan untuk mengagung-agungkan bangsa Melayu, tetapi untuk memanifestasikan kesinambungan sejarah kewarganegaraan Melayu di bumi Melayu dalam era pra-penjajah.

Antara buktinya, Perikatan secara sebulat suara memperakukan bahawa Islam dijadikan "agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu" (Ahmad Ibrahim1978:48). Perikatan juga menyetujui supaya Perlembagaan Persekutuan memaktubkan perkara khusus mengenai struktur kewarganegaraan rakyat jelatanya yang berbilang kaum "untuk mengelakkan kebimbangan mereka bahawa struktur kewarganegaraan ini akan dipinda jika ianya digubal menerusi undang-undang biasa" (Sinnadurai 1978:93).

Hakikat ini membuktikan bahawa perkara khusus mengenai Islam dan struktur kewarganegaraan di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara dua peruntukan penting yang dimaktubkan sebagai manifestasi permuafakatan bangsa Melayu, keturunan Cina, dan keturunan India dalam era menjelang merdeka.

Kedua-dua peruntukan ini bukannya dimaktubkan atas dasar ketuanan Melayu. Sebaliknya, atas dasar kesinambungan sejarah pra-merdeka dan atas dasar memelihara keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional.

Lantas, apakah kaitannya konsep ketuanan Melayu dengan kedua-dua peruntukan ini sehingga wujud pihak yang mencadangkan supaya konsep ini digantikan dengan konsep ketuanan rakyat kononnya "supaya anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah"? (rujuk Suara Keadilan 27 November 2010, Utusan Malaysia 28 November 2010, Berita Harian 28 November 2010, Bernama 2 Disember 2010 dan the Malay Mail 2 Disember 2010).

Dasar afirmatif

Konsep ketuanan Melayu juga sering dikecam menerusi perspektif dasar afirmatif kerajaan yang berpaksikan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, tidak ramai antara kita menyedari hakikat bahawa dasar-dasar berkenaan adalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatan insan, keselamatan ekonomi dan keselamatan nasional Malaysia selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberikan digniti kepada insan manusia (rujuk mukadimah the Universal Declaration of Human Rights 1948).

Lantaran itu, segelintir parti siasah yang mendakwa sebagai jaguh hak asasi manusia sejagat semestinya menginsafi hakikat bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera adalah kelompok warganegara Malaysia yang kehilangan digniti ekonomi dan sosialnya akibat polisi-polisi penindasan sistemik penjajah yang silih berganti selama 446 tahun.

Lantas, apa faedahnya dibangkit dan diungkit soal kuota 30 peratus yang dikhususkan kepada Melayu dan Bumiputera menerusi Dasar Ekonomi Baru apabila kedua-dua kelompok ini langsung tidak pernah mempersoalkan kuota 70 peratus yang dinikmati oleh bukan Melayu dan kapitalis asing di Malaysia selama ini?

Oleh sebab itulah orang Melayu dan Bumiputera menyifatkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai dasar afirmatif yang berindukan perkara ini "sebagai sesuatu yang suci, manakala sesetengah orang bukan Melayu mempersoalkan peruntukan tersebut adalah berkaitan dan mengikat hingga ke hari ini. Mengikut mana-mana tafsiran yang munasabah, manka peruntukan tersebut di dalam Perlembagaan adalah bahawa kesejahteraan ekonomi dan sosial orang Melayu yang lemah dari segi ekonomi hendaklah dilindungi dan digalakkan berbanding dengan orang bukan Melayu yang lebih maju" (Faaland, Parkinson & Rais Saniman 2002:16).

Sebagai balasan kerana diberikan perlindungan menerusi Perkara 153 "orang Melayu mengadakan konsesi yang berpadu mengikut kuasa politik dengan memberikan kewarganegaraan Persekutuan kepada orang bukan Melayu. Sebagai tambahan, orang bukan Melayu dijaminkan bahawa mereka bebas menjalankan perniagaan tanpa diganggu, dan mereka juga boleh mengekalkan dan mengembangkan budaya serta warisan bahasa mereka sendiri, dan boleh hidup secara berasingan" (ibid: 17).

Demikianlah hakikatnya semangat yang lahir daripada konsep ketuanan Melayu yang dijelmakan menerusi Perikatan dalam era menjelang kemerdekaan tanah air. Konsep tersebut tidak pernah membakar atau menyemarakkan sentimen perkauman di Malaysia sebelum munculnya konsep Malaysian Malaysia dalam tempoh 1963-1965 yang mempertikaikan seluruh perkara strategik dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya mengenai Bahasa Melayu, Agama Islam, dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera (rujuk Ghazali Ismail 1990).

Setelah Singapura tersingkir daripada Malaysia pada 1965, konsep Malaysia Malaysia diteruskan perjuangannya oleh DAP sebagaimana terkandung dalam the Setapak Declaration yang diperakukan dalam kongres DAP pertama pada 29 Julai 1967. Deklarasi tersebut "menjadi prinsip panduan perjuangan DAP sejak kelahirannya" (salinankarbon.com 14 Julai 2009).

DAP mengaplikasikan prinsip deklarasi ini dalam PRU 1969 dengan "menyerang MCA kerana menyerahkan hak-hak keturunan Cina kepada UMNO menerusi Perikatan. Pletfom DAP ketika itu adalah Setapak Declaration of Principles yang secara prinsipnya menentang hegemoni Melayu dan menyokong konsep Malaysian Malaysia" (Comber 2001:65).

Ini membuktikan bahawa isu mengenai struktur kewarganegaraan Malaysia, Bahasa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu, dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera hanya menjadi isu politik akibat kemunculan konsep Malaysian Malaysia yang kemudiannya diperjuangkan oleh segolongan parti pembangkang di Malaysia.

Contohnya, sepanjang kempen Pilihan Raya Umum 1969 "segolongan calon pembangkang telah menyerang Perlembagaan menerusi perspektif perkauman. Mereka memutarbelit dan menyalahtafsirkan sesetengah peruntukan dalam Perlembagaan, terutamanya Perkara 152 dan 153. Mereka mendesak supaya Perkara 153 yang memberikan perlindungan kepada keistimewaan Melayu dimansuhkan" (Tun Abdul Razak Hussein dalam Majlis Gerakan Negara 1969:v).

Kesimpulan

Kesimpulannya, ketuanan Melayu adalah konsep yang memanifestasikan kesinambungan sejarah dan tamadun Melayu sebelum tanah air ini dijajah selama 446 tahun. Ia bukannya konsep yang menglorifykan bangsa Melayu. Sebaliknya, adalah konsep yang memberikan digniti kepada bangsa Melayu sama seperti digniti keturunan bukan Melayu di negara asal masing-masing.

Dalam ertikata lain, konsep ketuanan Melayu tidak menggugat survival bukan Melayu di Malaysia. Sebaliknya, konsep Malaysian Malaysia yang dijelmakan semangatnya ke dalam the Setapak Declaration 1976 yang terbukti telah menggugat keselamatan insan, keselamatan politik, keselamatan ekonomi, keselamatan masyarakat, dan keselamatan nasional di Malaysia.

Maka, adalah meleset untuk menyifatkan konsep ketuanan Melayu bertujuan mengagung-agungkan bangsa Melayu dan bercanggah dengan kewujudan bangsa Malaysia yang bermaruah di hari muka. Konsep ketuanan Melayu lahir untuk memberikan digniti kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang jadi daif serba-serbinya akibat penjajahan. Konsep ketuanan Melayu adalah konsep anti-penjajahan biar dalam bentuk apa sekalipun dalam era kontemporari.

PERSOALAN STRATEGIK MENJELANG PRU13

Posted: 25 Dec 2010 06:51 AM PST

Friday, December 10, 2010
PERSOALAN STRATEGIK MENJELANG PRU13


RUHANIE AHMAD



Banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan pada tahun 2011 walaupun tempoh Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada Mac 2013. Spekulasi ini mengundang pelbagai persoalan strategik mengenai kesiap-sediaan BN menghadapi PRU berkenaan.

Pertama, dalam keadaan BN mutakhir ini tidak mempunyai majoriti yang mantap di peringkat parlimen apakah faktor-faktor yang menyebabkan BN berhasrat mengadakan PRU13 tahun depan dan cukup yakin untuk memenangi dengan majoriti lebih selesa daripada PRU12?

Kedua, oleh sebab BN tidak menguasai kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan menerusi PRU12, apakah faktor-faktor yang memungkinkan keputusan sebaliknya jika PRU13 diadakan tahun depan?

Ketiga, oleh kerana PRU adalah proses di mana parti pemerintah menyerahkan kembali kuasanya kepada rakyat bagi membolehkan mereka memutuskan sama ada mandat kekuasaan tersebut akan diserahkan semula atau sebaliknya, adakah BN akan mengadakan PRU13 pada 2011 jika ianya belum yakin mengenai pola sokongan pengundi terhadapnya?


Lantaran itu wajar dipersoalkan seluruh faktor yang mendorong kemungkinan BN mengadakan PRU13 pada 2011 dan juga pola sokongn pengundi kepada BN dalam PRU berkenaan. Persoalan ini perlu membabitkan BN selaku parti pemerintah, komponen BN selaku pengendali PRU13 di peringkat negeri, dan rakyat jelata selaku pengundi.


BN selaku pemerintah

Persoalan di peringkat ini difokuskan kepada aspek berikut: Satu, sudahkah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak mengatasi majoriti sebab kenapa BN gagal mendapatkan kelebihan suara yang besar di peringkat parlimen dan kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor, di samping gagal menawan semula Kelantan daripada PAS, dalam PRU12?

Dua: adakah pelbagai dasar, strategi, dan program pembaharuan sosio-politik dan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan BN sejak awal 2009 (1Malaysia rujuk Utusan Malaysia 27 Jun 2009; NKRA rujuk pmr.penerangan.gov.my; dan Model Baru Ekonomi rujuk Bernama 2 Mei 2009) sudah menerima legitimasi penuh daripada segolongan besar rakyat? Atau, adakah keseluruhan transformasi ini masih boleh menyebabkan sokongan majoriti pengundi terhadap BN mungkin terhakis menerusi PRU13?

Tiga: adakah persepsi rakyat terhadap kerajaan BN yang terhakis sewaktu pemerintahan sebelumnya sudah mampu dipulihkan ke tahap yang selesa untuk membolehkan PRU13 diadakan dalam tempoh terdekat ini?

Empat: adakah kecelaruan dalam Pakatan Rakyat (PR) serta kontroversi dan kesembronoan pemimpin tertingginya mutakhir ini menyebabkan majoriti pengundi berasa muak terhadap PR sehingga diterjemahkan dalam bentuk undi yang memihak kepada BN dalam PRU13?

Seluruh persoalan di atas memerlukan kajian teliti, terperinci, dan komprehensif oleh jentera-jentera risikan politik dan sosio-ekonomi kerajaan BN di semua peringkat. Kesemuanya memakan masa untuk memperolehi kesimpulan muktamadnya.

Kerajaan BN akan mendapat gambaran sebenar sokongan pengundi terhadapnya menerusi kajian di atas. Berikutan itu, BN perlu melakukan pelbagai program koreksi sekiranya wujud kelemahan, dan melaksanakan konsolidasi yang lebih rapi jika keputusannya cukup menggalakkan.

Jika kesemua ini diambilkira, adakah logik PRU13 diadakan tidak lama lagi? Sebaliknya, tidakkah ini membayangkan bahawa spekulasi PRU13 diadakan pada 2011 adalah sesuatu yang sukar untuk dirasionalkan sebab-sebabnya?


Komponen BN

Kepimpinan BN sebelum ini meninggalkan legasi negatif kepada sesetengah komponennya, terutama sekali di Malaysia Semenanjung. Lantaran itulah tercetus nada-nada sumbang yang menjejaskan permuafakatan serta wibawa BN. Walaupun ditegur oleh Najib dan kepimpinannya, nada-nada tersebut kelihatan belum reda, malah seolah-olah masih menggelegak dan terus membara.

Manifestasi serta impak perkembangan ini terpancar menerusi keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Sarawak sepanjang tempoh 2008 hingga 2010.

Hanya PRK di Sabah dan Kelantan baru-baru ini sahaja memberikan hasil positif kepada BN. Ini boleh dijadikan indikasi bahawa segolongan pengundi mungkin sudah muak dengan apa yang sedang berlaku dalam PR. Tetapi, tidakkah indikasi ini perlu dipastikan semasak-masaknya sebelum tergesa-gesa diadakan PRU13?

Pada waktu yang sama, UMNO, MCA, MIC, dan Gerakan selaku komponen terbesar di Malaysia Semenanjung masih dan sedang menjalani fasa transformasi untuk mengukuhkan jenteranya dan memulihkan kredibilitinya supaya sokongan bukan Melayu terhadap BN mampu dipulihkan. Selagi usaha ini masih samar-samar dan belum menunjukkan indikasi positif, adakah wajar PRU13 diadakan pada tahun 2011?

Apa yang diumumkan oleh Najib mengenai kepelbagaian keanggotaan BN di samping usaha mewujudkan Rakan Muda BN dan Kelab Sahabat BN baru-baru ini adalah sebahagian contoh utama mengenainya (rujuk Utusan Malaysia 20 November 2010 dan 27 November 2010).

Selanjutnya, sudahkah UMNO selaku tunggak BN, khususnya di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan, diperkukuhkan semula organisasi dan komitmen perjuangannya untuk menang dengan cemerlang dalam PRU13?

Najib mengumumkan akan melakukan pembaharuan dalam hiraki kepimpinan UMNO. Ini belum dilaksanakan dan ini juga memerlukan masa untuk mengukuhkan legitimasi hiraki kepimpinan yang baru.

Sementara itu, penangguhan pemilihan kepimpinan UMNO yang diumumkan baru-baru ini tidak boleh dijadikan petanda bahawa PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Langkah itu mungkin untuk membolehkan UMNO melakukan pembaharuan menyeluruh dan besar-besaran.

Dan, oleh kerana tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka berakhir pada pertengahan 2011, adakah wajar PRU13 dilakukan serentak dengan PRU13? Bukankah lebih praktikal diadakan PRU DUN Sarawak sebelum PRU13?

Mengambilkira seluruh persoalan di atas serta kedudukan PR yang jelas sedang kucar-kacir, adakah benar tahun 2011 merupakan waktu terbaik bagi BN mengadakan PRU13? Tidakkah wujud kebijaksanaan lain untuk membuktikan bahawa seluruh komponen BN masih memerlukan penggemblengan kekuatan dan permuafakatannya menjelang PRU13?


Persepsi pengundi

Persepsi pengundi terhadap pemerintahan BN adalah determinen penting kepada sesuatu PRU atau PRK. Determinen ini sukar untuk diapa-apakan bagi sesuatu PRK. Tetapi, ia boleh diperbaiki jika didapati kurang menyakinkan menjelang sesuatu PRU.

Oleh itu, sesiapa sahaja, berasaskan perkembangan yang wujud mutakhir ini, boleh meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 2011. Tetapi, apa faedahnya PRU13 tahun depan jika keputusannya belum dipastikan lebih memihak kepada BN?

Dalam konteks ini, apakah persepsi pengundi terhadap BN dan PR? Adakah kenyataan dan perilaku sembrono PR menguntungkan BN? Adakah segolongan pengundi akan terus menyokong PR walaupun ianya terbukti kucar-kacir di Selangor dan penuh kontroversi di Pulau Pinang?


Banyak perkara perlu dijalankan mengenai hal ini. Sudahkah BN menjalankan kajian menyeluruh terhadap sikap dan persepsi pengundi terhadapnya di peringkat nasional, negeri, kawasan pilihan raya dan kawasan peti undi? Apakah sistem pembacaan serta pemantauan sikap ini sistematik dan efektif?

Maka, terbuktilah di sini bahawa BN memerlukan masa secukupnya untuk mendapatkan kepastian terhadap persoalan di atas kerana proses pembacaan sikap dan pemantauannya adalah rumit dan panjang. Mustahil BN akan mengadakan PRU13 sebelum usaha-usaha ini dibereskan.

Hakikatnya demikian kerana persepsi dan sikap pengundilah yang akan dijadikan asas penggubalan manifesto PRU BN dan juga bagi panduan dalam pemilihan dan penentuan calon-calon BN di peringkat Parlimen dan DUN.

Dalam PRU13, BN tidak boleh menyediakan manifestonya secara sembarangan kerana PRU12 membuktikan "kad laporan BN" (Bernama 21 Februari 2008) yang seolah-olah mempersendakan kebijaksanaan pengundi, merupakan antara faktor yang menigkatkan kemuakan pengundi terhadap BN dalam PRU12 (rujuk kuda-kepang.blogspot.com. 22 Februari 2008).

Contohnya, 'kad laporan' BN dalam PRU12 mendakwa prestasi kerajaan BN dalam ekonomi membuahkan perdagangan antarabangsa yang rancak dan menguntungkan. Maksudnya, ekonomi negara ketika itu sihat dan indeks kesejahteraan rakyat berada dalam tahap cukup selesa (Utusan Malaysia 8 Februari 2007, 16 Februari 2007, dan 22 Februari 2008).

Bagaimanapun, keputusan PRU12 membuktikan bahawa dakwaan itu meleset dan pengundi berasa marah dengan ilusi ekonomi yang dibentangkan oleh kerajaan BN kepada mereka.

Demikian juga dengan soal rasuah. Jika dalam manifesto BN bagi PRU11 pada tahun 2004, soal anti-rasuah mendominasikan agenda kerajaan BN, elemen ini langsung tidak disebut dalam 'kad laporan' BN bagi PRU12. Ironi ini juga membawa padah kepada BN (rujuk laporan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia 7 November 2003, 12 Disember 2003, 13 Januari 2004, 9 Februari 2004, 13 Februari 2004, 15 Februari 2004, 16 Februari 2004, 18 Februari 2004).

Begitu juga dengan proses memilih dan menentukan calon. Dalam PRU12, dakwaan dan desas-desus bahawa pemilihan dan penentuan calon kononnya hanya dilaksanakan oleh segelintir insan di keliling kepimpinan tertinggi ketika itu, gagal dinafikan untuk mengukuhkan sokongan pengundi terhadap BN (rujuk Kamalamir dalam Malaysia Today 18 Februari 2008).

Pada waktu yang sama, terdapat dakwaan bahawa "ada golongan muda telah membuat percubaan untuk mengambil alih kepimpinan negara secara terurus dan terancang melalui PRU12" tetapi gagal akibat tsunami politik yang melanda negara (rujuk Utusan Malaysia 11.3.2008).

Seluruh persoalan dan hujah ini membuktikan bahawa persepsi dan sikap pengundi perlu diurus dan diperbaiki menjelang sesuatu PRU. Proses pemilihan calon juga wajar dilaksanakan secara telus bagi memastikan konsensus kepimpinan semua peringkat BN.


Kesimpulan

Oleh kerana tempoh Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada MAC 2013, mengapakah BN diramalkan akan mengadakan PRU13 pada tahun 2011?

Persoalan-persoalan strategik terhadap BN selaku parti pemerintah, komponen BN selaku pelaksana PRU13, dan rakyat selaku pengundi bagi PRU13, menggambarkan bahawa BN masih memerlukan masa bagi memantapkan kekuatannya menjelang PRU13.

Lantas, logikkah untuk meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan tahun depan? Jika ramalan itu tepat, apakah peluang BN dalam PRU berkenaan?

1 MALAYSIA UNTUK BINA NEGARA BUKAN POLITIK.

Posted: 25 Dec 2010 06:40 AM PST

1Malaysia diharamkan di Selangor: Siapa yang desperado?

Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ronnie Liu, exco yang menjaga PBT supaya semua papan tanda yang ada 1Malaysia diturunkan. Alasannya ia melanggar undang2 kecil perbandaran dan daerah.
Baca komen blog Double Y yang memberi komen semalam:
Kenapa mereka begitu 'trauma' dengan logo 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh DS Najib ke dalam diri semua bangsa Malaysia walhal gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini adalah gagasan yang bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.

Gagasan 1Malaysia juga menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara..
Maka adalah menjadi tanggungjawab masyarakat tanpa mengira fahaman politik untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan kaum dan mengajurkan gaya hidup yang harmoni di antara semua kaum di Malaysia.
Nampaknya Pakatan Haram sudah mula melihat kejayaan slogan atau gagasan 1Malaysia ini, maka dari sini bermulalah idea ala-ala gestapo yang cuba untuk MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo ini bermula di Selangor.
Sungguh aneh sekali, mereka melaung-laungkan demokrasi, kononnya mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar tapi dalam masa yang sama mereka bertindak macam diktator, iaitu hanya mereka yang berhak mengeluarkan sebarang 'suara' tetapi tidak rakyat.

Selain itu, kami lihat Ronnie Liu cuba menunjukkan relevennya dengan membuat satu drastik bagi menyelamatkan kerjaya politik dan mengekalkan aliran kewangan haramnya.
Mungkinkah Ronnie Liu cuba mensabotaj DAP dan Pakatan Rakyat dengan tondakan luar tabii ini? Mungkinkah ini satu usaha untuk menimbulkan sesuatu sebagai sumbangan terakhirnya sebelum digugurkan dari jemaah exco?
Kalau ini semua tidak ada kemungkinan dan ia usaha yang disedari oleh kerajaan Selangor, ini bermakna mereka sudah terdesak dan hilang akal.
Sampai logo1 Malaysia pun dia orang takut!!!

APAKAH DASAR SEBENAR PAS?

Posted: 25 Dec 2010 06:34 AM PST

Oleh: Kawan Lama
Pakataan dan kerjasama PAS dengan parti-parti pembangkang yang dilaksanakan kepimpinan Tertinggi PAS yang diterajui oleh TG Nik Aziz sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Begitu juga dengan penolakkan dan keengganan untuk bekerjasama dengan UMNO juga bukan sesuatu yang baru. Lebih menghairankan,penolakkan kerjasama dengan UMNO adalah berlandaskan kepada dasar kedua-dua parti yang berbeza. 

Manakala apakah asas yang digunakan oleh TG Nik Aziz mengenai gabungan bersama DAP di bawah pakataan pembangkang?
Penulis percaya ramai di kalangan barisan veteran PAS dan penyokong PAS tidak gemar dengan tindakan dan keputusan TG Nik Aziz dan kepimpinan Tertinggi PAS untuk bersekongkol dengan DAP. Kalau dahulu PAS mempersoalkan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen yang bukan Melayu/Islam khususnya MCA, kenapa menerima untuk bersama DAP? 

Selain itu, ramai juga di kalangan mereka yang terkilan dengan cara TG Nik Aziz menolak unjuran TG Hj Hadi untuk berkejasama dengan UMNO tak lama dulu. Alasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz adalah berasaskan dasar PAS dan UMNO berbeza. Malahan TG Nik Aziz sendiri menyatakan kalau UMNO meletakkan dasarnya seperti PAS, maka beliau sanggup untuk membubar PAS dan menyertai UMNO. Segar dalam ingatan kita bagaimana 'tegangnya' situasi dalam barisan kepimpinan Tertinggi PAS. TG Hj Hadi 'terpaksa' membuat kenyataan yang sedikit berbeza demi tidak mahu dilihat 'menginkari' perintah TG Nik Aziz. Sudah lupakah kita kepada teguran keras dan memalukan TG Nik Aziz kepada Timbalan Presiden PAS, YB Nasaruddin? 

Masih ingat lagikah sejarah isu kafir mengkafir yang jalankan oleh PAS sejak awal penubuhannya,1952? Kumpulan agama/ulamak dalam UMNO telah keluar dan menubuhkan parti PAS. PAS sedar mereka hanya mampu untuk mendapatkan undi daripada orang Melayu yang rata-ratanya menyokong dan bersama dengan UMNO. Justeru itu, PAS telah merangka dan melaksanakan kempen mengkafirkan UMNO. Alasan yang diberikan adalah disebabkan UMNO bersekongkol dengan bukan Islam iaitu MCA dan MIC di bawah lambang Perikatan. 

Pada tahun 80-an, PAS telah memperkukuh dan memperhebatkan kempen mengkafirkan UMNO melalui Amanat Haji Hadi. . Antara perkara yang tidak dapat dilupakan adalah PAS telah menyatakan bahawa sembelihan orang UMNO haram dimakan. Berimamkan iman yang dilantik oleh kerajaan yang diterajui UMNO tidak sah maka wujudnya kes sembahyang dua imam. Pernikahan yang dilakukan oleh Kadhi lantikan kerajaan tidak sah dan sekiranya telah bernikah, maka hubungan tersebut dikategorikan sebagai melakukan zina dan macam-macam lagi. Implikasinya, perceraian meningkat, hubungan kekeluargaan runtuh, orang Islam khususnya yang ramainya terdiri di kalangan orang Melayu berpecah. 

Untuk makluman, PAS dah lama pun bersama-sama dengan parti bukan Islam lagi chauvinis Cina DAP. Pada PRU 1969, PAS telah bersama-sama DAP, Gerakan (sebelum bersama BN pada 70-an) dan PPP. Parti Buruh (Labour Party), Tan Chee Koon yang mempunyai pengaruh komunis dan radikal telah dibubarkan telah beramai-ramai menyertai DAP. Penubuhan DAP adalah kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh PAP Lee Kuan Yew yang telah keluar daripada Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan. 

Dalam kempen PRU 1969 ini, PAS telah menyerang UMNO kepada orang Melayu manakala DAP mensasarkan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina. Sentimen keagamaan dan perkauman dijadikan bahan kempen dalam usaha untuk menanamkan semangat membenci masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu. Usaha mereka ini berjaya dan pembangkang telah mendapat menafikan penguasaan Perikatan (BN) dalam Parlimen dan Pulau Pinang jatuhke tangan Gerakan. Apakah kesan yang ditinggalkan dalam kempen yang bersentimen agama dan kaum oleh pihak pembangkang? Keharmaonian dan kesejahteraan kaum serta kestabilan negara menjadi galang gantinya – insiden 13 Mei 1969.


PAS yang keluar daripada UMNO atas dasar tidak puas hati kerana UMNO tidak betul-betul melaksanakan hukum dan undang-undang Islam. Lupakah terhadap hujahan-hujahan yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran (surah al Imraan ayat 28) yang cuma dibacakan setengah ayatnya sahaja untuk menunjukkan UMNO itu kafir ? Namun tindakan PAS yang sanggup bersama-sama dalam perjuangan DAP chauvinis Cina yang terang-terang tidak akan menerima dasar pembentukan negara Islam dan perlaksanaan hukum dan undang-undang Islam PAS, bagaimana pulak?
Lantaran itu, penulis agak hairan juga kenapa dan mengapa pada hari ini penyokong dan pengikut taksub PAS begitu periaya-iya mempertahankan DAP?

Posted: 25 Dec 2010 06:04 AM PST

Berita gembira bagi peneroka Felda


Pembangkang nampaknya kena fikir 100 kali kalau nak cuba main lagi dakwa Felda bangkrap.

Kalau begitulah keadaannya macam mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu boleh umum Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100.9 juta.

Bayaran itu akan dibuat kepada seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.

Najib memberitahu menerusi satu kenyataan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara akan menerima bonus itu.
"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011," katanya.-25/12/2010

Posted: 25 Dec 2010 05:46 AM PST

Saturday, December 25, 2010

GEMPAR !!! SAH USTAZ SAIDI DI LANGGAR OLEH PUAK PAS !!!


Ustaz Saidi menunjukkan
Kenderaannya yang di langgar Lari oleh
Pihak yang cuba menamatkan riwayat Beliau.

Gambar di atas dan di bawah ini merupakan gambar kenderaan Ustaz Saidi saksi yang mendedahkan penangkapan adun Selising dalam Koch Kereta Api.Gambar kenderaan nya yang telah terlibat dalam kemalangan pada hari Selasa 21hb iaitu beberapa hari yang lepas.
Kemalangan ini berlaku di jalan Dalam Rhu sekitar jam lebih kurang 11.15 pagi yang mana waktu kejadian Ustaz Saidi dalam perjalanan untuk ke rumah rakannya.Dalam perjalanan itu Ustaz Saidi ada terlihat sebuah Toyota Avanza yang mengekori beliau namun tidak di endahkan sangat memandangkan sejak pendedahan Isu Adun Selising yang di tangkap dalam Koch Kereta Api dengan seorang Wanita Isteri Orang itu beliau memang menjangkakan akan di ekori.

Dalam perjalanan ke rumah rakannya itu Ustaz Saidi membuat satu pusingan di sebuah simpang jalan dalam Rhu dan secara Tiba tiba Motokar Avanza yang mengekori beliau telah Melanggar dengan kuat di bahagian hadapan Sisi kanan tempat pemanduaan.
Pelanggaran itu menyebabkan hentakkan kuat di kepala Ustaz Saidi dan tidak sedarkan diri. Ustaz Saidi kembali sedar di Hospital dan apabila pulang ke lokasi kejadian di lihat kenderaan nya sedemikian rupa.

Apakah Motif Utama sehingga kenderaan Avanza yang mengekori beliau itu melanggar nya? Suka suka? Bergurau? Ataupun memang berniat untuk MEMBUNUH!!!
Syukur Kuasa Allah menyelamatkan beliau pada hari kejadian dan ini sebenarnya juga telah membuatkan pihak yang ingin menghapuskan beliau Ustaz Saidi tidak senang duduk dan pastinya akan membuat kerja Jahat mereka ke atas ustaz Saidi.

NAK TAHU APA YANG DI DEDAH KAN OLEH USTAZ SAIDI ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH




Untuk makluman juga Rakan saya Azmy Awang Kelana juga telah mendapat ugutan Bunuh melalui panggilan talifon kerana isu Adun Selising ini,Rakan Blogger saya Papa Gomo juga telah mendapat makluman bahawa ada kumpulan samseng yang kononnya datang dari Kelantan mencari Beliau di KL.Tujuan apa mereka cari Papa Gomo tidak lah dapat di nyatakan.

PENAKUT KER SAMPAI ADA UGUTAN BUNUH ???
TAKUT KER SAMPAI LANGGAR USTAZ SAIDI ???
TAKUT KER RAHSIA TERBONGKAR ???
POST BY WAYNE...

Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS

Posted: 25 Dec 2010 05:19 AM PST

Sunday, November 21, 2010
Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS
Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM dan bercanggah dengan hukum seperti yang disediakan oleh Datuk Dusuki Ahmad dan disiarkan dalam Bicara Agama (kelolaan Astora Jabat):



1. Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.



2. Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.


Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."



Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.



Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.



Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,



Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.



Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).



3. Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."



Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."



Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.



4. Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."



Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.



5. Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.

Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.



6. Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.

Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.



Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.



7. Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.

Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.



Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian. Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.



Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.



8. Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.

Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.



9. Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.

Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.



Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.



Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.



Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik. Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.



Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.



10. Fatwa-fatwa sampingan

Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:



a) Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.

b) Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.

c) Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN

d) Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.


dipetik dr ;ttp://fantrealika.tripod.com/Fatwa.htm

#Dengan adanya akal fikiran, maka berfikirlah terlebih dahulu sebelum bertindak dan rujuk orang-orang yang lebih berilmu daripada kita. Jangan terlalu mudah percaya akan sesuatu itu, tidak kiralah dari mana maklumat itu datang samaada dari pas, umno dll kerana semuanya adalah manusia biasa yang banyak membuat kesalahan.

#Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Apa itu ‘kuasa Melayu’?

Posted: 25 Dec 2010 05:17 AM PST

Saturday, September 25, 2010
Apa itu 'kuasa Melayu'?
Oleh Dr. Hassan Ahmad
Utusan malaysia 22 Sept 2010

ORANG Melayu baru sedar bahawa 'kuasa Melayu' di negara ini akan pupus, atau setidak-tidaknya Melayu tidak akan berkuasa lagi di negeri ini. Beberapa tanda digunakan untuk membuat ramalan tentang kemungkinan pupusnya kuasa Melayu di negara ini.
Hasil Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dianggap oleh orang Melayu sebagai salah satu tanda terhakisnya kuasa politik Melayu apabila UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) hilang kuasa majoriti 2/3 dalam parlimen dan jatuhnya negeri kuasa UMNO sejak kemerdekaan ke tangan Pas atau gabungan parti-parti Pakatan Rakyat, dan hilangnya pengaruh politik UMNO di Pulau Pinang. BN mula-mulanya kalah di Perak tetapi disebabkan tiga orang anggota DUN PR keluar parti dan menjadi anggota DUN mesra-BN, maka Mahkamah memutuskan bahawa BN-lah yang layak memerintah di negeri itu. Tetapi orang Melayu kekal memerintah di Kelantan, walaupun parti yang memerintah bukan BN/UMNO tetapi Pas.

Orang Melayu mungkin mengenang akan kuasa yang diwarisi oleh orang Melayu dari sejarah pemerintahan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Sejarah sebelum kemerdekaan menunjukkan bahawa sejak zaman berzaman, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, yang memerintah di Tanah Melayu bukan orang lain tetapi orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, pembesar-pembesar Melayu. Benar, sejak Perjanjian Pangkor tahun 1874, British mulai 'mencampuri' urusan pentadbiran negeri Melayu, terutama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States. Tetapi sejarah itu tidak menunjukkan bahawa kuasa pemerintahan Melayu jatuh sepenuhnya ke tangan kuasa baru, iaitu kuasa British. Tidak. Raja Melayu tetap bertahta (tidak diturunkan dari tahtanya) dan memerintah walaupun dengan 'nasihat' pegawai British. Di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah-Perlis) pentadbiran masih hampir sepenuhnya berada dalam tangan raja Melayu, menteri besar Melayu dan para pegawai pentadbir Melayu. British cuma menjadi 'penasihat'.
Tetapi akhirnya kerana kelemahan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang memerintah bersama-sama British itu, kuasa politik Melayu makin lama makin merosot sehinggalah sampai pada tahun 1946 apabila British kembali ke Tanah Melayu (selepas Jepun kalah Perang) untuk mentadbir semula Tanah Melayu dan kemudian cuba mengubah status Tanah Melayu atau 'British Malaya' menjadi 'koloni British' melalui rancangan Malayan Union-nya.

Orang Melayu seluruh Tanah Melayu bangkit menentang rancangan itu, kerana kalau tidak ditentang Tanah Melayu akan menjadi tanah 'Jajahan British', raja-raja Melayu akan hilang hak dan kedaulatannya dan akan dijadikan subject raja British dan bangsa Melayu menjadi 'rakyat British' sama seperti halnya dengan Hong Kong, tidak lagi sebagai rakyat raja Melayu atau negeri Melayu. Semasa seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu, termasuk Melayu di Singapura, bangkit menentang rancangan Malayan Union itu kaum-kaum lain tidak menyokong protes itu. Mereka mungkin itu adalah masalah orang Melayu, masalah raja dan negeri Melayu, bukan masalah mereka. Pada masa itu mereka bukan rakyat raja atau negeri Melayu. Mereka adalah 'orang asing' atau 'pendatang'. Jadi, mereka tidak turut membantah kerana menganggap Malayan Union itu ialah masalah Melayu bukan masalah mereka. Barangkali mereka suka Tanah Melayu menjadi koloni British dan mereka menjadi 'rakyat British' atau 'British citizens'.

Malayan Union yang gagal itu digantikan dengan kesatuan baru yang disebut Federation of Malaya yang diperintah oleh raja baru, iaitu the British raj (seperti di India) yang diwakili di Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya British sebagai 'ketua eksekutif'. Tetapi Federation of Malaya itu sebenarnya ialah Federation of Malay States atau ringkasnya Persekutuan Tanah Melayu, bukan Persekutuan Malaya. Ini menunjukkan bahawa 'negeri Melayu' tidak dihapuskan seperti yang cuba dihapuskan oleh British melalui rancangan Malayan Union-nya. Ada 'Negeri Melayu' bererti ada raja Melayu, ada kerajaan Melayu. Kita menyebut 'sejarah' ini untuk menangkis pendapat yang mengatakan bahawa sebelum kemerdekaan 'Negeri Melayu' atau 'Kerajaan Melayu', atau dengan kata lain 'kuasa Melayu' sudah tidak ada lagi. Maka orang pun percaya - dan ini termasuk para pemimim Melayu - bahawa dalam tahun 1957 lahirlah sebuah 'negara baru' yang disebut negara Federation of Malaya (kemudian dalam tahun 1963, menjadi 'Persekutuan Malaysia'), tidak lagi 'persekutuan tanah Melayu' atau 'persekutuan negeri-negeri Melayu'. Ini suatu penghinaan kepada bangsa Melayu yang sudah mempunyai negeri atau negara atau kerajaan sejak sekurang-kurangnya abad ke-13 lagi.

Kemerdekaan

Selepas kemerdekaan, UMNO yang pada waktu itu mampu memerintah tanpa bergabung dengan kaum-kaum lain, sanggup berkongsi dengan kaum-kaum lain untuk memerintah negeri ini selepas British meninggalkan Tanah Melayu, demi 'perpaduan kaum' (konon!). Dalam PRU pertama (1956), UMNO memenangi lebih daripada 2/3 kerusi Parlimen. Calon-calon dari parti komponen Perikatan, iaitu MCA dan MIC, kalau saya tidak silap, semuanya atau hampir semuanya menang di kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.

Itulah agaknya yang dimaksudkan oleh Melayu sebagai 'kuasa Melayu', iatu kuasa politik Melayu. Tetapi mengapakah sekarang orang Melayu takut 'kuasa' itu akan hilang? Apakah yang mereka takut: hilang kuasa UMNO atau hilang kuasa Melayu? Dalam Parlimen, orang Melayu masih merupakan golongan majoriti, kalau kita ambil kira kerusi UMNO, kerusi Melayu Pas, dan kerusi Melayu dari PKR. Kuasa Melayu untuk terus menjadi pemerintah di negeri ini tidak semestinya bererti kuasa UMNO sahaja.
Hari ini, sudah mulai banyak orang Melayu yang berkata, apa untungnya rakyat biasa Melayu jika UMNO terus memerintah. Mereka melihat sebahagian orang Melayu yang berkuasa dalam UMNO sudah tidak ada semangat dan jiwa Melayunya lagi, seperti ibu bapa mereka yang berarak menentang Malayan Union. Mereka dilihat tidak berani lagi 'memperjuangkan' nasib bangsa Melayu; UMNO baru ini dilihat semakin menyerah dan bertolak ansur dengan apa sahaja kehendak dan tuntutan orang bukan Melayu, termasuk hal-hal yang mereka tidak tuntut namun diberikan juga, konon untuk mengambil hati orang bukan Melayu, sedangkan tuntutan Melayu dituduh sebagai tuntuan 'rasis'. Sama ada ini hanya persepsi orang Melayu terhadap UMNO sekarang atau ini memang kebenaran, UMNO kenalah kaji dengan jujur dan secara rasional untuk mengetahui sebabnya yang sebenar. Maka dalam keadaan nasib Melayu yang tidak menentu ini, lahirlah NGO Melayu yang dituduh 'rasis', iaitu Perkasa. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perkasa lahir kerana mereka menganggap UMNO tidak lagi sanggup atau mampu mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu.
Dalam PRU yang lepas banyak penyokong tradisional UMNO lari ke parti-parti lain, khususnya Pas. Apa sebabnya? Apakah mereka sudah kecewa dan hilang kepercayaan kepada UMNO sebagai parti yang dapat membela nasib mereka atau apakah mereka percaya bahawa Pas dapat menjadi parti Melayu sebagai alternatif kepada UMNO? Dasar-dasar apakah yang dibawa oleh Pas yang menarik perhatian mereka?

Masalah

Saya rasa masalah 'kuasa Melayu' tidak terletak pada mana-mana parti politik Melayu atau pada soal 'kuasa politik' parti semata-mata. Kuasa politik bukan ditentukan oleh parti politik tetapi oleh rakyat, oleh pengundi. Sama ada kita suka atau tidak suka inilah demokrasi. Kuasa politik bukan terletak pada UMNO, atau Pas, atau DAP atau PKR tetapi pada rakyat. Dan rakyat hari ini, terutama golongan muda - ini termasuk pengundi Melayu yang masih merupakan pengundi majoriti di negara ini - nampaknya tidak lagi memilih parti hanya berdasarkan sentimen kaum tetapi berdasarkan soal sama ada parti itu dapat memerintah negara dengan adil, saksama, seimbang, bersih, cekap dan amanah. Mereka melihat apakah parti itu dipenuhi oleh golongan manusia yang perasuah, orang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan sendiri dan kesenangan kaum keluarga dan sahabat handai mereka, atau apakah parti itu dipimpin oleh orang-orang yang bersih dari segala macam rekod moral yang buruk, orang yang bercakap bohong, orang yang lebih mementingkan ekonomi 'pasaran bebas', ekonomi mesra pasaran, daripada ekonomi atau pasaran mesra-rakyat. Sehubungan ini saya teringat membaca suatu artikel dalam majalah Newsweek baru-baru ini yang menceritakan dasar ekonomi negeri China. Seorang pegawai tinggi kerajaan China berkata: In China we make the market economy to serve the people and the State, not the market, maksudnya, 'Di negeri China ekonomi pasaran diarah berkhidmat untuk rakyat dan negara tidak untuk pasaran'. Barangkali kerana inilah China sekarang sedang berkembang untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia mengalahkan negara-negara Barat dan Jepun.

Kalau sesebuah parti Melayu diketahui oleh rakyat semua kaum sebagai parti yang 'bersih', yang akan memerintah dengan adil tidak kira kaum, saya kira semua kaum akan tertarik dengan parti itu. Ini soal prinsip, soal moral, bukan soal perkauman.

Jadi, soalnya, apakah dan siapkah yang salah jikalau 'kuasa Melayu' akan hilang. Jawabnya ialah, yang salah ialah orang Melayu sendiri, bukan kaum-kaum lain. Diberi kuasa yang banyak oleh rakyat, terutama pengundi Melayu, kuasa itu tidak digunakan dengan baik dan bijaksana; kuasa itu disalahgunakan, sehingga berlaku beberapa banyak skandal berlaku, skandal rasuah, skandal jenayah, skandal ekonomi. Selama 50 tahun orang Melayu mempunyai kuasa untuk mempertahankan hak dan kepentingan Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dalam soal dasar bahasa, dalam soal budaya dan lain-lain lagi, tanpa menjejaskan kepentingan kaum-kaum lain yang juga perlu diperjuangkan oleh penguasa-penguasa politik Melayu itu dengan adil dan saksama, sebagaimana dituntut oleh Perlembagaan, tetapi sejak mutakhir ini nampaknya keadaan orang Melayulah yang semakin terdesak. Maka lahirlah badan bukan kerajaan Melayu seperti Perkasa untuk mewakili suara dan keadaan rakyat Melayu yang terdesak itu.
Kemiskinan di kalangan orang Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan kemiskinan di kalangan kaum lain juga makin meningkat. Jurang perbezaan antara golongan terkaya dengan golongan majoriti yang susah semakin membesar. Jikalau dasar ekonomi negara ini mesra-rakyat, keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Kita sibuk memajukan keadaan fizikal negara tetapi lupa memajukan keadaan moral rakyat dan negara serentak atau selaras dengan kemajuan materialistik.

Nasihat saya kepada orang UMNO ialah, tumpukan perhatian kepada reformasi atau transformasi moral dan budaya politik dalam UMNO. Ini akan menjadi asas atau 'model' untuk membolehkan UMNO menjadi 'pejuang bangsa Melayu' yang kredibel dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan dan sosial merentas kepentingan peribadi anggota-anggota parti itu sendiri. Saya tidak berkata bahawa 'moral' anggota-anggota dan kepimpinan parti-parti lawan semuanya bersih, hebat, cemerlang, Tidak. Yang penting ialah UMNO sebagai parti Melayu yang terbesar (atau masih terbesar?) hendaklah memperbaiki dan menampilkan imejnya sebagai parti yang benar-benar berjiwa 'kebangsaan', parti yang dapat menjadi pilihan utama rakyat, tidak sahaja rakyat Melayu tetapi juga rakyat bukan Melayu berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, keseimbangan dan kesaksamaan merentas kepentingan kaum dan kepentingan peribadi para anggota parti.
Akhir kata, 'kuasa Melayu' tidak bererti kuasa untuk orang Melayu yang berkuasa melakukan apa sahaja menurut nafsu mereka, memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan memusnahkan hak dan kepentingan bukan Melayu. Kuasa Melayu bererti kuasa untuk mentadbirkan negara dengan cekap, adil, bijaksana, bersih, bertanggungjawab untuk kepentingan negara, bukan untuk kepentingan etnik atau kepentingan golongan dan orang-orang perseorangan yang berkepentingan peribadi. Kuasa Melayu tidak bererti kuasa anti-bukan Melayu, atau hanya kuasa pro-Melayu, tetapi kuasa untuk semua rakyat, kuasa untuk mewujudkan kemajuan, kesejahteraan, kemakmuran untuk semua rakyat. Kalau ini maksud kuasa Melayu, tidak ada sebab mengapa rakyat mesti takut kepada kuasa ini. Yang kita takut ialah, jika kuasa Melayu ini diberikan kepada atau jatuh ke tangan orang Melayu yang tidak layak menerimanya dan tidak mampu menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan negara.

Agenda Ketuanan Cina Komunis Dalam Konvension Pakatan !!!

Posted: 25 Dec 2010 05:10 AM PST

Ahad, 2010 Disember 12

Agenda Ketuanan Cina Komunis Dalam Konvension Pakatan !!!


Seperti dijangkakan konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad depan akan mengelakkan isu-isu sensitif yang mungkin meretakkan hubungan ketiga-tiga parti komponen itu.

Bercakap kepada wartawan di inu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lim Kit Siang sepakat berkata agenda utama mereka adalah "membincangkan isu-isu yang sudah dipersetujui".

Ditanya sama ada isu negara Islam akan dibangkitkan pada konvensyen di Pulau Pinang itu, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan hanya membincangkan isu yang telah dipersetui secara sepakat. "Kita telah bincangkan pada mesyuarat tadi. Hadi ada bersama, Mustafa Ali juga ada dan mereka jelaskan bahawa isu yang akan difokus adalah isu bersama," kata Anwar. "Kenapa perlu dibawa isu yang kita tidak ada kesefahaman bersama? Keputusan kita bergantung kepada konsensus.

Ditanya wartawan mengenai isu pelantikan timbalan perdana menteri Cina jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan, Abdul Hadi berkata mereka akan membuat keputusan berdasrkan perlembagaan negara. "Kita belum menang ataupun ambil alih kuasa, jadi kita belum boleh lagi. Kita tidak boleh bincangkannya lagi tapi kita akan buat ikut perlembagaan (negara)," katanya.

Komen


Pakatan Rosak hanya akan menegakkan ketuanan cina komunis! ketuanan rakyat ialah ketuanan cina komunis! tak ada agenda lain! bagi anwar aljuburi pengkhianat bangsa, agama dan negara yang penting angan angan nak jadi PM...itu sajer!


Sementara itu PAS tetap akan menjadi kuda padi tunggangan enak DAP dan nuar untuk mengejar cita cita mereka! PAS hanya bertindak sebagai balaci, hamba dan sahya politik kepada cina komunis DAP dan Nuar Peliwat Malang...

Lu Fikir La Sendiri!!!

FUKATAN RAKYAT UMPAN GURU-GURU PULAK.

Posted: 25 Dec 2010 05:03 AM PST

1 hari tak perlu 100 hari
Bunyinya macam hebat sangat Pakatan bilamana berkata nak kasi imbuhan sebanyak RM 500 kepada guru-guru. Sampai kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran goyah dengan kenyataan Nuar Berahim berhubung perkara RM 500 ini.

Kenapa nak tunggu sehingga 100 hari..kasi saja sekarang kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan..kita lihat sama ada kerajaan negeri Pakatan mampu melaksanakan atau tidak perkara yang diwar-warkan ini.

Bila Pakatan kata nak tunggu 100 hari terkenang pulak dengan Nuar Berahim dengan kes liwatnya. Memang suka tangguh-tangguh. Kalau betul anak jantan buat sahaja sekarang tak perlu nak tunggu 100 hari.

Cikgu-cikgu dekat luar sana jangan jadi bodoh nak percaya cakap Pakatan. Lepas beri RM 500 pada guru banyak pulak golongan lain yang akan menuntut RM 500 pada kerajaan. Polis,tentera, bomba, Pertahanan Awam tidakkah berkhidmat kepada negara? Adilkah jika kita sekadar memberi pada guru imbuhan RM 500 itu?

Itu sekadar strategi Pakatan nak menarik perhatian guru-guru. Lepas ini Pakatan akan berjanji pula kepada pihak lain..Beri pada semua pihak sekadar nak tarik undi lama lama memang sah akan bangkrap dan muflis.

Adakah anda di luar sana akan memufliskan negara dengan mendengar janji kosong Pakatan?
Usah Cuba Merasuah, Guru Ada Maruah

Saya menerima panggilan dari seorang rakan sekampung yang agak tidak berjumpa baru-baru ini. Rakan saya ialah seorang guru yang telah berkhidmat hampir 30 tahun dengan pelbagai pengalaman di pelbagai tempat.

Beliau bermula sebagai seorang guru Sek Rendah yang menyambung pelajaran semasa berkhidmat dan sekarang bertugas di sebuah Sekolah Menengah di Selangor.

Dia menghubungi saya hanya untuk melahirkan RASA TERSINGGUNG DAN TERHINA DENGAN SALAH SATU JANJI PAKATAN PEMBANGKANG BARU BARU INI. MENURUT BELIAU JANJI UNTUK MENAIKKAN GAJI GURU SEBANYAK 500 RINGGIT SEBAIK SAHAJA MEMERINTAH MENGGAMBARKAN BETAPA RENDAHNYA 'NILAI DAN MARUAH' WARGA PENDIDIK DI MATA PEMBANGKANG.

HASIL PERBUALAN SAYA DENGAN BELIAU MENDATANGKAN BEBERAPA DAPATAN YANG INGIN SAYA KONGSIKAN

1. Bukan semua guru mendidik semata mata kerana gaji atau pendapatan. Guru kebanyakannya berkhidmat kerana kasih kepada anak bangsa.

2. Walaupun tidak kaya, kebanyakan guru hidup selesa dan bersyukur dengan tahap kehidupan sekarang

3. Guru berkhidmat dengan 'hati dan roh'. Pembangunan manusia tidak akan berlaku jika guru tidak ikhlas

4. Guru bersyukur dengan kemudahan untuk menyambung pelajaran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan

5. Guru bukan golongan yang boleh 'DIGULA GULAKAN' dengan janji material kerana sampai ke satu peringkat umur, guru lebih fokus kepada mencari keredhaan ALLAH.

Pandangan rakan saya bahawa Pakatan memilih guru untuk digoda atas beberapa sebab :-

1. Guru merupakan kakitangan kerajaan yang paling ramai

2. Guru dari sudut sejarahnya memang merupakan golongan yang rela bekorban dan berjuang

3. Guru amat rapat dengan masyarakat dan umumnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi

Bagaimanapun rakan saya menegaskan, berdasarkan pengalaman beliau sendiri beliau yakin warga guru tidak akan terperangkap dengan janji ini. Menurut beliau ada perkara yang tidak disedari oleh ramai orang iaitu kebanyakan anak guru berjaya dalam hidup.

Kebanyakan anak guru berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, sebahagiannya kerana 'keikhlasan guru' mendidik.

Akhirnya rakan ini menegaskan bahawa nampaknya ada kecenderungan baru pihak tertentu untuk memaksa sokongan orang ramai tetapi dalam masa yang sama menghina dan merendahkan maruah rakyat.

Perbualan ini mengingatkan saya kepada ramai guru saya, memang benar ada di antara mereka mendidik, mengajar dengan sepenuh jiwa raga mereka.

Nampaknya silap besar Pakatan Pembangkang. Umpan yang mereka lontarkan menjadi racun kepada mereka sendiri.

Dan Kuala

KIT SIANG MARAH PAKATAN SELANGOR.

Posted: 25 Dec 2010 04:58 AM PST

KIT SIANG MARAH PAKATAN SELANGOR.

 ronie liu arahkan semua PBT haramkan logo 1malaysia.
kalid gagap kata ia bakal berkuat kuasa 1selangor.
faekah lewinsky kata 1malaysia aniaya anwar.

KIT SIANG KATA KAT DORANG..LU BOLO PUNYA OLANG !

MP Padang Serai-Gobi keluar PKR?

Posted: 25 Dec 2010 04:54 AM PST

Media Baru Adalah Untuk Semua

Saturday, 25 December 2010

MP Padang Serai-Gobi keluar PKR?

Walaupun Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan "berjanji" tidak akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun dilihat mengkritik keras ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi 'Twitter' sejak dua tiga hari lalu, namun janji itu juga pernah dibuat oleh MP Pakatan sebelum ini seperti yang pernah dilakukan oleh MP Bayan Baru Zaharin Hashim.

Petanda bahawa MP PKR itu akan keluar PKR apabila Mesej mengecam kepimpinan kedua-dua Anwar dan Azmin memuncak sejak petang semalam.

Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan serta menjawab ulasan pelbagai pihak sejak awal pagi ini.

Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.

Ini bukan kali pertama andaian sedemikian dibuat membabitkan pemimpin itu.

"Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.

Pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan orang perseorangan mengulas pandangan Gobalakrishnan yang turut dikenali sebagai "Gobi" sejak semalam.

Antara yang mengulas ialah Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC T Mohan.

Seorang pemegang akaun bernama "RaymondJim" berkata, "Ngobalakrishnan, anda seharusnya membawa (perkara) ini kepada parti anda dan bukannya membazir ruang pencetus berita di sini hanya kerana keluhan peribadi anda."

Menjawab komen itu, bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini berkata, "apa yang saya sampaikan menerusi Twitter, sebenarnya sudah lama saya bangkit dalam parti, Anwar pun tahu, Azmin pun tahu."

"Malangnya Anwar tidak melakukan apa-apa," kata beliau yang sekali lagi menolak tanggapan pihak luar PKR bahawa akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat sebagaimana persekitaran disaksikan awal tahun ini.

"Saya sangat pasti, Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor akan bersetuju jika ekuiti ekonomi masyarakat India Malaysia perlu dipertingkatkan," kata salah satu mesej Gobalakrishnan hari ini.

Katanya, Azmin, salah seorang pemimpin pengasas PKR tidak pernah memihak kepentingan masyarakat India sejak 2002 lagi meskipun "saya menderita, saya bersabar."

"Ini masanya ahli-ahli politik semasa tampil bersama demi kebaikan masyarakat India Malaysia yang sudah dilupakan," kata Gobalakrishnan yang juga ketua PKR Padang Serai.

"Masyarakat India seperti juga masyarakat Cina telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara," tulis Gobalakrishnan lagi, yang turut mengecam layanan tidak adil dan tidak memadai bagi pembangunan sekolah rendah Tamil dan kuil di Selangor.

"Kerajaan-kerajaan negeri ada kuasa untuk pembangunan dan akta berkaitan dengan tanah adalah alat yang TKS (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) dan kesemua Menteri Besar perlu gunakan untuk mempertingkatkan rakyat Malaysia yang miskin," kata Gobalakrishnan dalam mesej susulan.

Khalid merupakan pemimpin PKR dan mengetuai kepimpinan negeri sejak Mac 2008.

"Tiada sekolah Tamil dan kuil harus ditutup atau dipindahkan jika pembangunan diadakan," katanya dalam mesej tambahan sambil menambah, "komuniti lebih penting daripada cinta saya kepada pemimpin parti."

Masyarakat India merupakan ahli kedua terbesar dalam PKR yang ditubuhkan pada 1999, setahun selepas Anwar dipecat oleh Umno dan Tun Dr Mahathir Mohamad setahun sebelum itu.

Awal tahun ini PKR telah kehilangan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Melainkan Zulkifli yang dipecat, wakil rakyat lain memutuskan untuk keluar PKR.

Mereka kemudian membentuk Konsensus Bebas.

Sebelum kelima-lima keluar dan dipecat, mereka memulakan kritikan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat dengan mengecam keras kepimpinan Anwar, yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.

Gobalakrishnan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan yang baru berlalu tetapi tewas.

Malah ketika proses pemilihan sedang berjalan, Gobalakrishnan pernah mempertikaikan perjalanan proses pengundian dan memberi kata dua kepada jawatankuasa pemilihan pusat agar memperbaiki kecacatan dan kepincangan yang wujud.

Dalam salah satu mesej Twitter, Gobalakrishnan berkata, "saya sudah lama bertolak ansur."

"Parti perlu menuju ke arah yang betul, parti perlu menghormati suara-suara (yang dibangkitkan), tetapi kita tidak seharusnya mensabotaj parti," katanya.

Malah ada pandangan yang meminta Gobalakrishnan agar kembali ke pangkuan MIC dan membuat keputusan sebelum pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor, yang akan diadakan akhir bulan depan.

"Cakap berapi! Esok lusa Anwar bagi jawatan terus senyap? Bukan boleh percaya PKR ini! Drama lebih!," demikian seorang pemegang akaun bernama "YuseriYusoff".

Seolah-olah mengandaikan parti kemungkinan mengambil tindakan disiplin sebagaimana kes Zulkifli, Gobalakrishnan menulis, beliau sewajarnya diberikan ruang untuk menjawab jika dikenakan tuduhan disiplin.

"Keterangan saya perlu didengar jika mahu dipecat dan dibenarkan bercakap, jika tidak ia akan seperti Anwar dinafikan pembelaan dalam perbicaraan APCO," kata Gobalakrishnan yang mengakui bahawa pemimpin-pemimpin PKR nasional ada kuasa untuk mengambil tindakan.

"Tetapi mereka mesti jawab mengapa mahu mengambil tindakan (disiplin)," kata beliau.

Pada 8 Mac 2008, Gobalakrishnan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 11,738 undi. Beliau menewaskan Boey Chin Gan (MCA-BN).

KALAU DUA DUA MERAJUK, ANA KAHWIN TIGA...

Posted: 24 Dec 2010 04:57 PM PST

Senarai Pemimpin Pas yang berkahwin lebih dari seorang !

(Sekadar gambar hiasan)

Berikut adalah senarai pemimpin-pemimpin PAS yang beristeri melebihi daripada satu :

Menteri Besar Terengganu, Hadi Awang. Beliau ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga adalah anak dara (18 tahun) yang terpedaya dengan `kewarakannya'.

Mohamad Sabu ada dua isteri. Isteri keduanya dirampas daripada rakan karib sendiri melalui kaedah berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu.

Hassan Abdullah ada empat isteri. Isteri pertama yang tinggal di Kampung Dangar Pasir Mas telah diceraikan kerana berusia lebih 50 tahun. Untuk mencukupkan kuota, beliau mencari ganti di kalangan anak dara, kini beliau sedang dalam proses untuk menceraikan isteri keduanya yang sudah mencecah usia lewat 40-an untuk digantikan dengan anak dara juga.

Takiyuddin Hassan ada dua isteri. Bakal isteri ketiga dalam proses. Khabarnya dari Negeri Sembilan dan bekerja di Kelantan.

Buniyamin Yaakob ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga dikahwininya selepas membuntingkannya terlebih dahulu. Seorang anaknya adalah anak luar nikah.

Wakil Rakyat Pas DUN Selising, Pasir Puteh ada dua isteri. Isteri kedua bakal dikahwininya selepas keputusan Mahkamah Syariah Pasir Puteh nanti. Beliau kini dalam perbicaraan kerana berzina dengan isteri sahabatnya dalam gerabak keretap

MEERRY X'MAS

Posted: 24 Dec 2010 04:52 PM PST

PPUBJ mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krimas kepada rakyat Malaysia yang beragama Keristian.

WAJIB BACA : MALAM PERTAMA

Posted: 24 Dec 2010 04:48 PM PST

Adab-adab malam pertama

Oleh ZUARIDA MOHYIN

DALAM Islam, pernikahan adalah perkara yang agung dan suci. Al-Quran menyebutnya sebagai mitsaqan ghalizan atau ikatan yang kuat. Malah Islam tidak hanya mengatur persoalan hubungan suami dan isteri secara umum. Ia juga mengkaji pelbagai persoalan yang dianggap bersifat peribadi.

Semuanya bertujuan mewujudkan kebahagiaan suami dan isteri dalam hidup berumah tangga.

Menurut penulis buku berjudul Indahnya Malam Pengantin, Ummu Nayla, perkataan itu hanya disebutkan tiga kali dalam al-Quran iaitu, pada perjanjian Allah SWT dengan para Nabi-Nya iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW (dalam surah al-Ahzab ayat tujuh).

Yang kedua semasa Allah mengangkat bukit Thur ke atas kepala Bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia di hadapan Allah (surah an-Nisa ayat 154).

Sementara yang ketiga apabila Allah menyatakan perihal ikatan pernikahan (surah an-Nisa ayat 21).

Menyentuh soal pernikahan, salah satu perkara yang sering menjadi topik perbualan atau perbincangan malah juga paling banyak mitos berkaitannya ialah bab adab malam pengantin atau malam pertama.

Hakikatnya, pengetahuan berkenaan cara melalui atau melayari malam pertama yang indah dan penuh keberkatan adalah amat penting. Ini kerana, hubungan intim yang dilakukan pada malam tersebut, menentukan kemesraan hubungan intim pada hari-hari akan datang, seterusnya membina keharmonian rumah tangga.

Selain itu, hubungan intim yang dilalui pada malam pertama itu diharap akan dapat melahirkan anak-anak soleh dan solehah, yang mampu menegakkan Islam di muka bumi.

Justeru, setiap umat Islam terutamanya yang bakal bernikah, lebih-lebih lagi pada musim-musim cuti persekolahan hujung tahun ini, perlu memahami adab malam pertama dari perspektif Islam.

Semoga dengan memahaminya, malam pertama dapat dilalui dengan indah dan penuh berkat serta meninggalkan kesan yang mendalam pada hati kedua-dua pasangan mempelai.

Realitinya, ilmu berkaitan malam pertama tidak diajar secara menyeluruh dan tidak mencukupi, apa lagi yang dijelaskan dari sudut pandangan Islam.

Ini berkemungkinan kerana hal ini dianggap sesuatu yang perlu dipelajari sendiri atau diturunkan oleh orang tua-tua kepada bakal-bakal pengantin. Ditambah, topik ini bukannya yang biasa dibincangkan secara terbuka atau terang-terangan.

Padahal, setiap orang yang mahu dan bakal bernikah serta melalui malam pertama perlu mempunyai ilmu yang cukup agar malam pertama dilayari bukan semata-mata aktiviti fizikal tetapi juga sebagai aktiviti mental.

Apabila persetubuhan hanya berfungsi sebagai aktiviti fizikal, apa yang diperoleh oleh pasangan itu hanyalah kenikmatan semasa orgasma. Tidak ada ketenangan hati dan ketenteraman jiwa semasa menjalani kehidupan bersama dalam rumah tangga.

Oleh itu, suami dan isteri perlu menyedari ada keindahan lain di luar daripada persetubuhan yang dapat menyempurnakan kebahagiaan rumah tangga.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: "Allah menciptakan kehadiran suami dan isteri sebagai bentuk kebahagiaan. Kehadiran suami ataupun isteri lebih indah daripada jimak."

Semoga kehadiran suami mempunyai makna yang berharga bagi isteri. Mari kita sama-sama contohi rumah tangga Ali bin Abu Talib dan Fatimah az-Zahra.

Rumah tangga mereka mempunyai gambaran yang mempesonakan. Ali berkata: "Apabila aku memandang isteriku, Fatimah az-Zahra, hilang kesusahan dan kesedihanku."

Sesungguhnya setiap daripada kita sebenarnya mengharapkan serta sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT agar perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat.

SJKC MULA DIMINATI OLEH BUMIPUTERA.

Posted: 24 Dec 2010 04:44 PM PST

55,976 murid bumiputera belajar di SJKC

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Seramai 55,976 atau 9.15 peratus daripada 612,064 murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara terdiri daripada golongan bumiputera.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perangkaan pada tahun ini menunjukkan Sarawak mempunyai murid bumiputera paling ramai di SJKC iaitu 16,430 orang diikuti Sabah (12,138 orang).
''Jumlah di Johor adalah 4,917 orang, Selangor (4,863 orang), Kedah (2,533 orang) dan Pahang (2,457 orang)," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Teresa ingin tahu pecahan murid Melayu, India, Iban dan Kadazan di sekolah rendah Cina di Malaysia.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jumlah keseluruhan murid bumiputera di SJKC itu termasuk mereka yang mengikuti pendidikan prasekolah.

INFO KESIHATAN

Posted: 24 Dec 2010 04:38 PM PST

Kolesterol tinggi digeruni

Selepas pemeriksaan, kolesterol darah saya didapati berada pada tahap tinggi. Kini saya sedaya upaya memilih makanan sihat. Selain itu apakah nasihat untuk mereka yang mengalami kolesterol tinggi?
JAWAPAN
Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti:
* Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.
* Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL).
* Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL
* Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL
* Memperbaiki cara pengawalan stres juga sangat dicadangkan.
Semenjak tahun 70-an, red yeast rice didapati berkesan untuk merendahkan LDL, trigliserida dan kolesterol total. Walau bagaimanapun, pilihlah red yeast rice yang dipiawaikan kandungan ekstraknya berbanding dengan yang tidak dipiawaikan yang sukar untuk diramal.
Red yeast rice terhasil daripada fermentasi beras dengan yis merah, yang memberikan warna merah gelap kepada nasi. Ia mengandungi monacolin yang menghalang aktiviti enzim HMG-CoA reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol dalam tubuh. Dalam ujian ke atas 502 orang pesakit hiperlipidemia, ia didapati dapat menurunkan 17 peratus kolesterol total. Secara purata Kolesterol LDL diturunkan sebanyak 24.6 peratus dan serum trigliserida 19.8 peratus. HDL kolesterol meningkat sehingga 12.8 peratus dalam kumpulan rawatan.
Selain itu, vitamin E tokotrienol juga didapati member

BN MELAKA SIAP SEDIA LEBIH AWAL.

Posted: 24 Dec 2010 04:25 PM PST

BN NEGERI MELAKA SEDIA HADAPI PILIHANRAYA UMUM?????

1. Negeri Melaka telah melancarkan Bilik Gerakan Pilihanraya Negeri sebentar tadi di Jalan Hang Tuah, Melaka.

2. Perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, YAB Datuk Hj Mohd Ali bin Hj Mohd Rustam, merangkap Ketua Menteri Melaka.

3. Majlis turut dihadiri oleh semua Ketua dan ahli parti kompenan Barisan Nasional. Bilik Gerakan akan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat sebelum, semasa dan selepas Pilihanraya Umum yang akan datang.

4. Bilik Gerakan ini juga akan menjadi pusat segala persedian dan perlaksanaan gerak kerja untuk PRU. Ini juga adalah persedian awal BN Negeri Melaka untuk menghadapi PRU yang dijangkan akan berlaku tidak lama lagi.

5.Selepas ini, semua peringkat Parlimen, DUN dan Cawangan di Negeri Melaka akan menubuhkan bilik gerakan BN masing-masing.

Syabas BN Negeri Melaka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANTARA HELAH POLITIK DAN NIAT IKHLAS.....

Posted: 24 Dec 2010 04:20 PM PST

Apco: Rakyat menanti penjelasan Anwar

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menafikan fakta serta surat rasmi yang dikeluarkan Apco Worldwide bahawa firma itu tidak terlibat dalam pembentukan gagasan 1Malaysia dan One Israel.

Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akhbar Ali berkata, rakyat menanti penjelasan secara terbuka oleh Anwar mengenai surat penafian yang dikeluarkan oleh firma itu.

"Anwar tidak seharusnya hanya ke pasar malam, mengadakan siri jelajah untuk terus menuduh gagasan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel. Beliau perlu jelaskan mengenai surat penafian Apco kerana rakyat sedang menanti keterangannya.

"Dia perlu adil kepada semua pihak, perlu adil kepada rakyat. Kalau dia kata teraniaya, sebenarnya dia belum teraniaya tetapi dia yang menganiaya dirinya sendiri sekiranya tidak tampil memberi penjelasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin mendedahkan surat yang diterimanya daripada Apco yang menafikan firma itu terlibat dalam pembentukan gagasan 1Malaysia.

Selain itu, beliau turut mengemukakan akuan bersumpah penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak iaitu Robert M. Shrum.

Dalam akuan bersumpah itu, Robert yang juga terlibat dalam mencipta slogan One Israel menafikan Apco mempunyai kaitan dengan slogan yang digunakan negara Yahudi itu.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hasan Mad pula berkata, Anwar bukan seorang pemimpin yang hebat sebaliknya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya pandai mencari salah orang lain.

Dalam isu Apco katanya, beliau dilihat sengaja memutar belit isu dan mencari salah kerajaan bertujuan menutup kelemahan dirinya sebagai seorang pemimpin dan mengalih pandangan rakyat daripada memberi tumpuan kepada perbicaraan kes liwatnya.

"Anwar bukan seorang pemimpin. Dia hanya aktivis yang pandai cari kesalahan orang lain sahaja. Untuk menutup kelemahan dirinya dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun dia tahu perkara itu salah di sisi undang-undang," katanya.

Beliau juga yakin Anwar tidak akan menjawab pendedahan Mohamed Nazri sebaliknya akan terus bersandiwara kerana sememangnya itu wajah sebenar beliau dalam kerakusan untuk meraih kuasa dan sokongan rakyat.

"Dia akan terus bersandiwara bukan sahaja dalam isu Apco malah dalam kes liwat yang dihadapinya.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, tindakan Anwar mengaitkan 1Malaysia dengan Apco hanya helah politik ketua pembangkang itu dan bukan cetusan murni untuk membaik pulih kelemahan dalam kerajaan.

"Tindakan Anwar bertujuan menimbulkan keraguan supaya rakyat membenci kerajaan. Pemikirannya juga hanya berorientasi agenda politik pilihan raya, bukan untuk pembangunan negara," katanya.

Menurutnya, Dewan Rakyat telah membuat keputusan tepat menggantung kehadiran Anwar selama enam bulan kerana tindakannya menuduh 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel adalah berniat jahat yang mahu rakyat melihat Barisan Nasional (BN) bersifat seperti rejim Zionis.

"Tindakan Anwar itu cukup berbahaya dan subversif kerana dia cuba melakukan provokasi terhadap pemikiran rakyat untuk menolak gagasan 1Malaysia," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut