KANGAR - Pelantikan bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dilihat sebagai usaha untuk menyatupadukan Umno Perlis yang berpecah kepada beberapa kem sejak Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12) lalu.
Menurut Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, pelantikan Shahidan sebagai gandingan dengan Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dilihat tidak akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang dihadapi Umno Perlis.
"Secara umumnya, pelantikan Shahidan ini tidak akan berjaya mengembalikan kestabilan di dalam Umno Perlis memandangkan kesan luka akibat perebutan jawatan Menteri Besar Perlis selepas PRU 12 itu sendiri masih dirasai khususnya di kem Shahidan sendiri," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar.
Mengulas lanjut, beliau menganggap komen yang dibuat Shahidan baru-baru ini tentang gandingannya dengan Md Isa adalah suatu tuduhan yang berat dan jelas membuktikan ketidakserasian di antara kedua-dua orang pemimpin tersebut.
"Manakan tidak, Shahidan menuduh Md Isa tidak menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga menganggap Md Isa sebagai 'perampas' jawatannya sebelum ini.
"Umum mengetahui, Shahidan terus menjadikan Md Isa dan konco-konconya sebagai sasaran serangan beliau terutamanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri Perlis. Ini sudah jelas membuktikan Umno Perlis memang berpuak-puak dan berusaha untuk saling menjatuhkan sesama sendiri," jelasnya
Untuk itu, Hairy meminta rakyat Perlis membuat penilaian tentang Umno yang dilihat sebagai parti yang hanya meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat.
"Kita tak mahu campur urusan dalaman Umno Perlis, tapi biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian bagaimana Umno sebagai parti peneraju kerajaan yang boleh diibaratkan sebuah kapal yang menunggu masa untuk karam,"ujarnya lagi.
Artikel sebelum ini berkaitan sekatan Facebook terhadap kumpulan anti Menara Warisan Merdeka, tetapi kini ia boleh di akses di alamat http://www.facebook.com/NoMegaTower
(Admin : Kisah ini tiada kaitan dengan pembinaan Warisan Merdeka, tetapi hanya sebagai bahan bacaan untuk menyelami kisah dan tauladan para pesuruh Allah)
Dan berkatalah Firaun : "Hai Haman buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta...." (al-Mu'min; 36-37). Pada suatu hari, Firaun menitahkan para menteri serta pemimpin di Mesir berkumpul di istananya. Firaun mengeluarkan perintah kepada Haman supaya mengetuai pertemuan tersebut. Firaun tidak berpuas hati dengan seruan Nabi Musa yang menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah. Firauan mahu semua rakyat menyembah dirinya sahaja. Dia mendakwa dirinya adalah tuhan yang memerintah seluruh alam. Sebaik sahaja semuanya berkumpul, Firaun terus berkata : "Hai Haman, adakah aku ini seorang pendusta?" "Tidak ada seorang pun yang berani menentang tuanku," kata Haman. Firaun berkata dengan marah: "Tetapi Musa berani menentang aku. Musa pernah mengatakan bahawa ada Tuhan lain selain aku di langit." "Wahai tuanku, sesungguhnya Musa itu berbohong," jawab Haman. "Aku sudah mengetahui bahawasanya dia berdusta!" Firaun menoleh ke arah Haman lalu mengeluarkan perintah kepadanya: "Aku mahu engkau membina sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit. Tingginya itu haruslah mencapai pintu-pintu langit. Aku hendak naik dan melihat bagaimanakah rupa Tuhan Musa itu. Bukankah Tuhan Musa itu berada di atas langit?" "Aku akan melaksanakan perintah tuanku itu. Aku akan segera mengumpulkan jurutera-jurutera, beribu-ribu tukang kayu dan batu untuk membinanya," janji Haman kepada Firaun. Setelah bertungkus lumus membina bangunan itu, maka siaplah bangunan yang tinggi hinggakan puncaknya tidak kelihatan. Sebaik sahaja bangunan itu siap, Firaun pun segera naik ke tingkat yang paling atas dan memerintahkan supaya di bawa anak panah kepadanya. Anak panah itu di panah ke arah langit. Dengan takdir Allah, anak panah itu kemudian terjatuh semula di hadapan Firaun. Anak panah itu berlumuran dengan darah. Padahal panah itu telah dicelupnya dengan darah sebelum dia memanah langit. Dengan bangganya Firaun berkata : "Lihat, aku sudah pun membunuh Tuhan Musa. Tuhan Musa telah mati di tanganku. Aku yakin Musa adalah pendusta kerana dia mendakwa ada Tuhan di langit yang dapat menolongnya dan melantiknya sebagai Rasul."
PAS dan Pakatan Rakyat Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai gandingan 'terbaik' untuk meneraju Umno di negeri ini.
"Perlantikan kedua-dua tokoh itu membuktikan bahawa Umno sudah ketandusan pemimpin yang berkarisma untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar sekiranya mereka berjaya merampas kembali negeri ini dalam pilihan raya akan datang."
"Ahmad Bashah bukan sahaja dikenali di kalangan ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang kurang berkemampuan, malah mereka juga tak yakin dengan kredibilitinya untuk bersaing dengan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar yang telah berjaya memimpin pentadbiran negeri dengan baik walaupun baru tiga tahun diberi kepercayaan berbuat demikian,"
"Saya melihat Mukhriz yang dilantik sebagai timbalan kepada Ahmad Bashah sebagai 'orang baru' yang diangkat naik bukan dengan keupayaan sendiri tetapi menumpang populariti orang lain, iaitu bapanya Tun Mahathir Mohamed.
"Beliau juga merupakan pemimpin Umno di Kubang Pasu yang jarang sekali menghadiri mesyuarat bahagian kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ yang dikatakan bertanggungjawab dalam komplot menyingkirkan bapanya sebagai perwakilan ke perhimpunan Umno suatu ketika dulu,"
"Saya dihubungi ramai orang-orang lama Umno Kedah, ada di antara mereka yang masih aktif berpolitik dan sebahagiannya telah bersara dan mereka turut berkongsi berpandangan sama dengan saya.
"Walau bagaimanapun, kita amat mengalu-alukan perubahan dalam pucuk kepimpinan Umno Kedah dan berharap kepimpinan baru ini akan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada kerajaan negeri.
"Saya juga harap mereka tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan amalan demokrasi di samping bersikap lebih terbuka menerima sebarang kritikan,"
Saya mengesahkan peletakan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd.
"Saya mengaku saya telah melatak jawatan dan surat peletakan jawatan telah pun saya hantar,"
"Sebab peletakan jawatan saya, semua pihak kena tanya pihak pengurusan Kedah Sato dan juga lembaga pengarah Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) dan saya tak boleh bagi apa-apa penjelasan kepada media buat masa ini dan saya nyatakan dalam surat, alasannya adalah seperti yang semua sedia maklum,"
"Saya percaya Datuk seri Azizan sudah maklum berkenaan perkara ini kerana saya sudah pun menghantar surat,"
MUAR – Kekurangan ruang parkir di sebuah hospital di bandar ini nyata membebankan orang awam untuk berurusan terutamanya membabitkan kes-kes kecemasan.
Mereka mendakwa masalah itu seperti tiada penyelesaiannya sehingga menyebabkan orang awam yang ingin melawat pesakit terpaksa mengambil masa yang agak lama semata-mata mencari ruang parkir yang kosong.
Orang awam, Mohd Farid Muhammad, 26, berkata, situasi itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelawat.
Menurutnya, lebih mendukacitakan apabila ramai pengunjung terpaksa berulang kali melakukan pusingan disekitar kawasan parkir tetapi masih tidak menjumpai ruang parkir yang kosong.
"Terdapat bahagian parkir yang tidak berturap, berlopak dan menjadi tempat takungan air selepas hujan memberikan rasa tidak selesa kepada pengunjung.
"Saya meminta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi dengan berkesan," katanya kepada Sinar Harian.
Berikutan menerima banyak rungutan daripada orang awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang untuk turun padang meninjau situasi sebenar yang berlaku.
Menurutnya, ketika berada di sana mereka dapat melihat keadaan sebenar seperti mana rungutan yang diterima daripada orang awam dan keadaan ruang parkir penuh sesak pada jam 1 petang yang merupakan waktu melawat pesakit.
"Isu ini telah dipanjangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Johor (Bajet 2011) yang lalu dan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Kesihatan Johor, Dr Robia Kosai ialah kerajaan mengambil langkah jangka pendek dan panjang bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta di hospital berkenaan.
"Sebagai langkah jangka pendek, hospital ini bercadang untuk merobohkan bangunan lama JKR 290 iaitu wad 9 lama yang tidak digunakan lagi. Ruang-ruang kosong itu boleh menempatkan sebanyak 50 buah kenderaan dalam satu-satu masa.
"Untuk jangka masa panjang, hospital telah memohon projek parkir bertingkat bagi Projek Ambulatory Call Centre dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan Ke-10," katanya.
Hadir sama, ADUN Maharani, Dr Mohamad Taslim. Pihaknya berharap masalah itu dapat diatasi segera demi keselesaan bersama.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8567866.asp Sinar Harian Khamis 30 Disember 2010 Berita ini telah disiarkan dalam semua akhbar utama China pada 10 dan 11 Disember 2010.
ABDUL Razak Ahmad cedera di kepala dan tangan akibat ditetak penyamun di dalam rumahnya di Kampung Pedas Hilir di Rembau, semalam.
Utusan Malaysia 31 Dis 2010
REMBAU 30 Dis. - Seorang peniaga getah cedera parah setelah ditetak oleh sekumpulan perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pedas Hilir, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Abdul Razak Ahmad, 56, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan tangan kanan akibat ditetak dengan parang oleh penjenayah terbabit.
Menceritakan kembali detik-detik cemas itu, Abdul Razak memberitahu, dia dan isteri yang sedang tidur menyedari rumahnya dipecah masuk sebaik sahaja terdengar bunyi bising akibat dulang disandarkan pada pintu rumahnya terjatuh.
"Lantas saya bangun dan segera mencapai senapang patah milik saya kerana mengesyaki kehadiran pencuri, namun saya tidak sempat mengisi peluru apabila perompak terbabit bertindak menendang pintu bilik tidur saya.
"Apabila mereka melihat saya memiliki senjata, beberapa perompak itu menerkam ke arah saya untuk merampas senjata itu," katanya di sini hari ini.
Jelas bapa kepada empat orang anak itu, dia terpaksa bergelut dan menyebabkan dirinya ditetak di bahagian kepala, muka dan tangan kanan ketika perompak itu ingin merampas senapang.
"Saya hanya memikirkan keselamatan keluarga dan nekad bergelut dengan enam perompak bersenjatakan parang itu, saya tetap melawan walaupun mereka berulang kali menetak parang pada tubuh saya.
"Namun saya rebah akibat terlalu banyak kehilangan darah ketika pergelutan itu dan penjenayah tersebut juga berjaya merampas senjata saya," ujarnya.
Katanya, perompak terbabit dipercayai warga Indonesia itu kemudian bertindak mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain yang dikoyakkan.
Tambahnya, perompak terbabit yang tidak bertopeng kemudian menggeledah rumahnya dan melarikan senapang patah serta peluru.
"Mereka juga melarikan barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM40,000," ujarnya.
Dalam pada itu, isteri mangsa, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang turut cedera di tangan kanannya akibat dipukul dengan pemutar skru berkata, salah seorang perompak turut bersikap aneh apabila mandi di bilik air selepas mengikat keluarganya.
"Apa pun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam kejadian berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
"Hasil siasatan awal, kami mendapati suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.
"Polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan," katanya.
REMBAU: "Berikutan kecederaan teruk dialami, tiada apa mampu saya lakukan selain berdoa kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan nyawa kami sekeluarga daripada 'serangan gila' penyamun bersenjata," kata Abdul Razak Ahmad, 56.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut mereka menggunakan kain.
Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.
Menceritakan detik cemas selama setengah jam itu, Abdul Razak berkata, dia dan isteri, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang tidur tersentak apabila mendengar bunyi bising mencurigakan seperti dulang tercampak pada pintu rumahnya.
"Sebagai langkah keselamatan, saya segera mengambil senapang patah, namun tidak sempat mengisi peluru kerana pintu bilik tidur ditendang sehingga pecah dan melihat beberapa lelaki menerjah saya untuk merampas senjata berkenaan.
"Pada waktu itu, saya hanya memikirkan keselamatan isteri serta empat anak berusia antara 11 hingga 24 tahun lalu nekad bergelut dengan enam lelaki bersenjatakan parang dan kayu.
"Namun, saya akhirnya rebah tersungkur apabila mereka menetak kepala, muka serta tangan sehingga tidak berdaya kerana kehilangan banyak darah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Menurutnya, perompak dipercayai warga asing itu mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain dikoyakkan manakala seorang lagi anak lelakinya di tingkat atas masih tidur.
"Suspek menggeledah rumah dan melarikan senapang patah serta peluru selain barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000," katanya.
Kata Abdul Razak, dia yang membuka ikatan itu membuat laporan polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.
"Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam insiden ngeri itu dan menganggapnya dugaan Tuhan," katanya.
Dalam kejadian itu, isteri mangsa turut cedera pada tangan kanan akibat dipukul dengan pemutar skru. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati suspek melarikan diri menaiki kereta dan motosikal diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.
"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan," katanya.
Peniaga Cedera Bergelut Dengan Perompak Mstar 31 Dis 2010
REMBAU: Seorang peniaga cedera selepas bergelut dengan sekumpulan perompak yang memasuki rumahnya di Kampung Pedas Hilir dekat sini awal pagi ini.
Enam perompak bersenjatakan parang itu dipercayai masuk ke rumah berkenaan dengan mengumpil pintu belakang, dan selepas mengikat semua penghuni, mereka melarikan wang tunai, barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit, yang semuanya bernilai kira-kira RM40,000.
Abdul Razak Ahmad, 56, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi apabila beliau tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising, dan apabila beliau membawa senapang patahnya untuk menyiasat, belia diserang tiga perompak.
Dalam pergelutan itu beliau mengalami kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam di bahagian kepala, muka, serta tangan kanan, dan menurutnya beliau turut mengalami kecederaan di kaki kanannya akibat dipukul dengan kayu.
Beliau yang menerima beberapa jahitan akibat kecederaan dalam pergelutan itu ketika ditemui di rumahnya selepas pulang dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, petang ini berkata, senapang patahnya turut dilarikan perompak itu.
Abdul Razak berkata selepas diserang, beliau dan isteri, bersama empat anaknya yang berumur antara 11 dan 24, diikat kedua belah tangan, dan mulut mereka ditutup dengan kain.
"Kejadian itu berlaku begitu pantas dan setelah perompak itu beredar dipercayai dengan sebuah kereta, isteri saya berjaya membuka ikatannya, lalu menghubungi jiran dan polis," katanya. -BERNAMA
DUNGUN 31 Disember, Jumaat - Seramai enam orang lagi pelajar cemerlang UPSR 2010 dikunjungi ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, kali ini di cawangan Sura Utara sebagai meraikan kejayaan masing-masing dalam peperiksaan tersebut.
Empat orang dari Sekolah Kebangsaan Sura ialah adik Amirul Mukmin bin Muhammad Zulkarnain, adik Puteri Nur Ainul Sofwa bt Kamarul Hisham, adik Kamel Haqeem bin Saifulakmal dan adik Muhammad Asyraaf bin Riduan.
Dua orang lagi ialah adik Nuur Elly Sofia bt Abd Halim dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Ng Kai Sheng (7A) dari Sekolah Kebangsaan ( C ) Kwang Hwa.
ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun mengambil kesempatan mengucapkan tahniah, bertanya khabar dan berinteraksi secara langsung bersama ibu bapa pelajar berkenaan darihal penyambungan pelajaran anak-anak mereka sehingga isu-isu semasa politik tempatan dan nasional.
Pelancaran PAS Representative Council of UK & Eire (Perwakilan PAS Luar Negara) di Manchester Conference Center. Majlis Perwakilan ini dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia.Turut mengiringi Tuan Guru Presiden,Naib Presiden Pas Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan S/U Politik Presiden Pas Dr Shamsuri.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).
Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Seri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.
Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN, kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.
Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.
Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.
Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.
ABDUL Razak Ahmad cedera di kepala dan tangan akibat ditetak penyamun di dalam rumahnya di Kampung Pedas Hilir di Rembau, semalam.
Utusan Malaysia 31 Dis 2010
REMBAU 30 Dis. - Seorang peniaga getah cedera parah setelah ditetak oleh sekumpulan perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pedas Hilir, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Abdul Razak Ahmad, 56, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan tangan kanan akibat ditetak dengan parang oleh penjenayah terbabit.
Menceritakan kembali detik-detik cemas itu, Abdul Razak memberitahu, dia dan isteri yang sedang tidur menyedari rumahnya dipecah masuk sebaik sahaja terdengar bunyi bising akibat dulang disandarkan pada pintu rumahnya terjatuh.
"Lantas saya bangun dan segera mencapai senapang patah milik saya kerana mengesyaki kehadiran pencuri, namun saya tidak sempat mengisi peluru apabila perompak terbabit bertindak menendang pintu bilik tidur saya.
"Apabila mereka melihat saya memiliki senjata, beberapa perompak itu menerkam ke arah saya untuk merampas senjata itu," katanya di sini hari ini.
Jelas bapa kepada empat orang anak itu, dia terpaksa bergelut dan menyebabkan dirinya ditetak di bahagian kepala, muka dan tangan kanan ketika perompak itu ingin merampas senapang.
"Saya hanya memikirkan keselamatan keluarga dan nekad bergelut dengan enam perompak bersenjatakan parang itu, saya tetap melawan walaupun mereka berulang kali menetak parang pada tubuh saya.
"Namun saya rebah akibat terlalu banyak kehilangan darah ketika pergelutan itu dan penjenayah tersebut juga berjaya merampas senjata saya," ujarnya.
Katanya, perompak terbabit dipercayai warga Indonesia itu kemudian bertindak mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain yang dikoyakkan.
Tambahnya, perompak terbabit yang tidak bertopeng kemudian menggeledah rumahnya dan melarikan senapang patah serta peluru.
"Mereka juga melarikan barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM40,000," ujarnya.
Dalam pada itu, isteri mangsa, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang turut cedera di tangan kanannya akibat dipukul dengan pemutar skru berkata, salah seorang perompak turut bersikap aneh apabila mandi di bilik air selepas mengikat keluarganya.
"Apa pun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam kejadian berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
"Hasil siasatan awal, kami mendapati suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.
"Polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan," katanya.
REMBAU: "Berikutan kecederaan teruk dialami, tiada apa mampu saya lakukan selain berdoa kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan nyawa kami sekeluarga daripada 'serangan gila' penyamun bersenjata," kata Abdul Razak Ahmad, 56.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut mereka menggunakan kain.
Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.
Menceritakan detik cemas selama setengah jam itu, Abdul Razak berkata, dia dan isteri, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang tidur tersentak apabila mendengar bunyi bising mencurigakan seperti dulang tercampak pada pintu rumahnya.
"Sebagai langkah keselamatan, saya segera mengambil senapang patah, namun tidak sempat mengisi peluru kerana pintu bilik tidur ditendang sehingga pecah dan melihat beberapa lelaki menerjah saya untuk merampas senjata berkenaan.
"Pada waktu itu, saya hanya memikirkan keselamatan isteri serta empat anak berusia antara 11 hingga 24 tahun lalu nekad bergelut dengan enam lelaki bersenjatakan parang dan kayu.
"Namun, saya akhirnya rebah tersungkur apabila mereka menetak kepala, muka serta tangan sehingga tidak berdaya kerana kehilangan banyak darah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Menurutnya, perompak dipercayai warga asing itu mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain dikoyakkan manakala seorang lagi anak lelakinya di tingkat atas masih tidur.
"Suspek menggeledah rumah dan melarikan senapang patah serta peluru selain barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000," katanya.
Kata Abdul Razak, dia yang membuka ikatan itu membuat laporan polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.
"Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam insiden ngeri itu dan menganggapnya dugaan Tuhan," katanya.
Dalam kejadian itu, isteri mangsa turut cedera pada tangan kanan akibat dipukul dengan pemutar skru. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati suspek melarikan diri menaiki kereta dan motosikal diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.
"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan," katanya.
Peniaga Cedera Bergelut Dengan Perompak Mstar 31 Dis 2010
REMBAU: Seorang peniaga cedera selepas bergelut dengan sekumpulan perompak yang memasuki rumahnya di Kampung Pedas Hilir dekat sini awal pagi ini.
Enam perompak bersenjatakan parang itu dipercayai masuk ke rumah berkenaan dengan mengumpil pintu belakang, dan selepas mengikat semua penghuni, mereka melarikan wang tunai, barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit, yang semuanya bernilai kira-kira RM40,000.
Abdul Razak Ahmad, 56, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi apabila beliau tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising, dan apabila beliau membawa senapang patahnya untuk menyiasat, belia diserang tiga perompak.
Dalam pergelutan itu beliau mengalami kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam di bahagian kepala, muka, serta tangan kanan, dan menurutnya beliau turut mengalami kecederaan di kaki kanannya akibat dipukul dengan kayu.
Beliau yang menerima beberapa jahitan akibat kecederaan dalam pergelutan itu ketika ditemui di rumahnya selepas pulang dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, petang ini berkata, senapang patahnya turut dilarikan perompak itu.
Abdul Razak berkata selepas diserang, beliau dan isteri, bersama empat anaknya yang berumur antara 11 dan 24, diikat kedua belah tangan, dan mulut mereka ditutup dengan kain.
"Kejadian itu berlaku begitu pantas dan setelah perompak itu beredar dipercayai dengan sebuah kereta, isteri saya berjaya membuka ikatannya, lalu menghubungi jiran dan polis," katanya. -BERNAMA
MIRI – Cadangan untuk memindahkan Sekolah Menengah (SM) Sains Miri ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar, Lapok di Baram dibatalkan, sebaliknya sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa.Keputusan tidak rasmi itu diputuskan semasa mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Dato Abd Ghafar Mahmud dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Datin Fatimah Abdullah hari ini.Hadir sama pengetua Serina Sauni. Sumber memberitahu, sehubungan itu pelajar tingkatan 2 hingga 5 bagi tahun 2011 akan melapor diri pada Ahad ini.
"Mana-mana bangunan yang diisytihar tidak selamat akan diperbaiki dan dibina baharu dalam masa terdekat. Pihak sekolah akan mendapatkan kajian menyeluruh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR)," jelas sumber itu.Tambahnya, pihak sekolah akan mendapat bangunan kilat atau kabin dan bangunan yang baru dalam masa yang sama.Sementara itu, Isnin lalu ibu bapa membantah cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) untuk memindahkan SM Sains Miri di Bakam ke SMK Tinjar di Lapok, Baram, kira-kira 120 kilometer dari Miri.
Pun begitu,PAS Miri memohon pihak Kementerian bersungguh memartabatkan sistem Sekolah berasrama Penuh di Sarawak.Lihatlah sendiri senarai SBP di Malaysia dan begitu besarnya negeri Sarawak, kita cuma mempunyai 2 buah SBP berbanding dengan negeri-negeri lain yang jauh lebih kecil namun mereka mempunyai dua tiga buah malah Selangor mempuyai begitu banyak SBP.Itu pun dengan SBP yang cuma dua buah sahaja tersebut, nasib SBP Sarawak betul-betul terabai dan tidak di beri perhatian yang sewajarnya sehingga bila bangunan SBP Miri dah nak runtuh barulah mereka datang untuk memindahkan para warganya dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Kenapa layanan ini yang harus diberikan kepada warga Sarawak? Agaknya kalau ada pilihanraya barulah nasib warga SainsSri Miri akan terbela, barulah nampak muka pak menteri dan wakil rakyat, malah berebut-rebutlah pulalah mereka nak membela nasib malang SBP Miri? Kalau begitu kami ibu bapa SBP Miri pun nak tunggu pengumuman pilihanraya umum yang akan datang…..semoga nasib SBP Miri akan lebih terbela.
SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH BIL NEGERI NAMA SEKOLAH ALAMAT TELEFON/FAKS 1 Perlis SMS Tuanku Syed Putra Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis Tel: 04-9760433 Faks: 04-9760199 2 Kedah SMS Sultan Abdul Halim 06009 Jitra, Kedah Tel: 04-7143209 Faks: 04-7143215 3 Kedah SMS Pokok Sena 06400 Pokok Sena, Kedah Tel: 04-7823733 Faks: 04-7825275 4 Kedah SMS Sultan Mohamad Jiwa Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani, Kedah Tel: 04-4212797 Faks: 04-4214877 5 Kedah SMS Kubang Pasu Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah Tel: 04-9257855 Faks: 04-9257844 6 Kedah SBPI Kubang Pasu Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah Tel: 04-9222701 Faks: 04-9222707 7 P.Pinang SMS Tun Syed Sheh Shahabudin Jalan Damai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang Tel: 04-5305636 Faks: 04-5380853 8 P.Pinang SMS Kepala Batas Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Tel: 04-5751592 Faks: 04-5754145 9 Perak SMS Raja Tun Azlan Shah Jalan Taman Tasik, 34009 Taiping, Perak Tel: 05-8083020 Faks: 05-8062576 10 Perak SMS Tuanku Abdul Rahman Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak Tel: 05-5457733 Faks: 05-5467000 11 Perak The Malay College Jalan Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak Tel: 05-7761400 Faks: 05-7764500 12 Perak SMS Teluk Intan 36000 Teluk Intan, Perak Tel: 05-6411711 Faks: 05-6411155 13 Perak SBPI Gopeng Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, Perak Tel: 05-3597688 Faks: 05-3591788 14 Perak SMS Bagan Datoh 36100, Bagan Datoh, Perak Tel: 05-6466331 Faks: 05-6466332 15 Perak SMS Tapah Jalan Kampung Pahang, 35000, Tapah, Perak Tel: 05-4018745 Faks: 05-4018749 16 WP Kuala Lumpur SMS Selangor Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur Tel: 03-91316093 Faks: 03-91300346 17 WP Kuala Lumpur SMS Seri Puteri Jalan Kolam Ayer, 51200 Kuala Lumpur Tel: 03-40411715 Faks: 03-40449614 18 WP Kuala Lumpur SMS Alam Shah Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur Tel: 03-91315014 Faks: 03-91318119 19 WP Putrajaya Sekolah Sultan Alam Shah Parcel G, Presint 1, 62520 Putrajaya Tel: 03-88883763 Faks: 03-88883614 20 WP Labuan SMS Labuan Peti Surat No. 82206, 87032 WP Labuan Tel: 087-461525 Faks: 087-462835 21 Selangor Kolej Islam Sultan Alam Shah Peti surat 64, 41906 Klang, selangor Tel: 03-33711658 Faks: 03-33721148 22 Selangor Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Persiaran Tasik, 63000 Cyberjaya, Selangor Tel: 03-83192414 Faks: 03-83193937 23 Selangor SMAP Kajang Batu 13, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor Tel: 03-87362324 Faks: 03-87360502 24 Selangor SMS Kuala Selangor Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor Tel: 03-32893052 Faks: 03-32896631 25 Selangor SMS Hulu selangor Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60753838 Faks: 03-60751416 26 Selangor SBPI Rawang Bandar tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor Tel: 03-60928192 Faks: 03-60917309 27 Selangor SBPI Sabak Bernam 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor Tel: 03-32138348 Faks: 03-32138346 28 Selangor SBPI Gombak Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Selangor Tel: 03-61863050 Faks: 03-61858472 29 Negeri Sembilan Sekolah Dato' Abdul Razak Sungai Gadut, 71450 Seremban, Negeri Sembilan Tel: 06-6770806 Faks: 6781790 30 Negeri Sembilan Kolej Tunku Khurshiah Jalan Tunku Khurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel: 06-7625351 Faks: 7619906 31 Negeri Sembilan SMS Tuanku Jaafar 72000, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Tel: 06-4811304 Faks: 06-4817137 32 Negeri Sembilan SMAP Labu Km 11, Jalan Labu, 71900 Labu, Negeri Sembilan Tel: 06-7912245 Faks: 06-7912198 33 Negeri Sembilan SMS Seremban Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel: 06-7630388 Faks: 06-7622885 34 Negeri Sembilan SBPI Jempol 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan Tel: 06-4985978 Faks: 06-4984167 35 Negeri Sembilan SMS Rembau Pilin, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Tel: 06-6970037 Faks: 06-6970041 36 Melaka SMS Muzaffar Syah Ayer Keroh, 75450 Melaka Tel: 06-2320833 Faks: 06-2321780 37 Melaka SBPI Selandar Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka Tel: 07-7997754 Faks: 07-7997754 38 Johor Sekolah Tun Fatimah Jalan Tun Abdul Razak, 80000, Johor Bharu, Johor Tel: 07-2364706 Faks: 07-2376961 39 Johor SMS Johor Km 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor Tel: 07-7722458 Faks: 07-7723786 40 Johor SMS Muar Tanjung Agas, 84009 Muar, Johor Tel: 06-9523181 Faks: 06-9536693 41 Johor SMS Kota Tinggi Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, Johor Tel: 07-8222475 Faks: 07-8222477 42 Johor SMS Sultan Iskandar Km 4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Johor Tel: 07-7997754 Faks: 07-7997754 43 Pahang SMS Sultan Haji Ahmad Shah Km 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Tel: 09-5381223 Faks: 09-5384407 44 Pahang SMS Tengku Abdullah Km 6, Jalan Lipis, 27600 Raub, Pahang Tel: 09-3551600 Faks: 09-3553511 45 Pahang Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Jalan batu Balik, 26600 Pekan, Pahang Tel: 09-4224616 Faks: 09-4225453 46 Pahang SBPI Temerloh Kerdau, 28010 Temerloh, Pahang Tel: 09-2847889 Faks: 09-2847460 47 Pahang SBPI Pekan Pulau serai, 26600 Pekan, Pahang Tel: 09-4101010 Faks: 09-4101030 48 Pahang SBPI Kuantan Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Tel: 09-5733994 Faks: 09-5736993 49 Terengganu SMS Sultan Mahmud 21300, Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09-6664214 Faks: 09-6664644 50 Terengganu SMS Dungun 23000, Dungun, Terengganu Tel: 09-8422550 Faks: 09-8485389 51 Terengganu SMS Kuala Terengganu Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09-6311402 Faks: 09-6266729 52 Terengganu SBPI Batu Rakit 21020, Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09-6693769 Faks: 09-6695712 53 Kelantan SMS Tengku Muhammad Faris Petra 16100, Pengkalan Chepa, Kelantan Tel: 09-7738277 Faks: 09-7739139 54 Kelantan SMS Machang 18500, Machang, Kelantan Tel: 09-7878455 Faks: 09-7878830 55 Kelantan SMS Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan Tel: 09-7860031 Faks: 09-7867315 56 Sabah SMS Sabah Beg Berkunci No.116, 88999, Kota Kinabalu, Sabah Tel: 088-246268 Faks: 088-247540 57 Sabah SMS Lahad Datu Beg Berkunci No. 18, 91108 Lahad Datu, Sabah Tel: 089-884905 Faks: 089-884930 58 Sarawak SMS Miri Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak Tel: 085-421371 Faks: 085-411050 59 Sarawak SMS Kuching Jalan Batu Kawa Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak Tel: 082-642544 Faks: 082-642710
Seperti dijangkakan trend pengundi yang menetap di Dun Tenang tidak berubah, pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya bangsa melayu masih mundur dijajah dengan pemikiran kolot hanya Umno yang mampu berkuasa.
Mereka ini tinggal di kawasan Felda dan pendalaman kampung yang tidak terdedah dengan maklumat sebenar di dunia luar sekarang. Erti katanya mereka sendiri tidak mahu dengar apa yang Pakatan Rakyat tawarkan kepada mereka dengan melihat sendiri kejayaan Pakatan mentadbir 4 negeri.
Mereka masih lagi masyuk dan khayal dengan hiburan dan tanpa segan silu pernah ditanya kepada mereka tentang hiburan dan mereka jawab kami tak kisah konsert datang ke kampung kami, buat apa nak halang anak muda berhibur dan minta dibawakan lagi artis-artis sensasi buat menghiburkan mereka.
Masjid di biarkan kosong untuk diimarahkan, kedai kopi dan kawasan lepak di kampung-kampung Felda menjadi taruhan mereka untuk menjadi percaturan hidup yang kata mereka buat apa kita nak lawan kerajaan, apa yang kerajaan buat pada kita dulu kita patut terima kasih.
Bila ditanya setuju atau tidak dengan kenaikan harga barang dan tarif air SAJ baru-baru ini, mereka kononnya marah dan tidak setuju dengan keadaan ini walhal mereka tidak sedar tangan kerajaan yang mereka sokonglah punca harga barangan naik.
Kasihan umat melayu, patutlah Perkasa kali ini tidak mahu turun datang berkempen ke Dun Tenang, rupanya mereka sedar pemikiran jumud perkauman sempit ini sudah sebati dengan rakyat Johor yang terkenal sebagai kubu kuat Umno sejak sekian lama.
Pengakuan makcik pakcik memang dari dulu, Umnolah yang kami undi. Ada satu kawasan PPRT yang miskin sudah cukup maklum ditipu oleh juak-juak Umno tapi bila ditanya undi apa. Katanya saya undi Umno kerana saya ikhlas undi mereka, Cis... hampas...
InsyaAllah kami dari PAS tidak akan berputus asa untuk membebaskan rakyat dari belenggu rejim Umno yang sejak sekian lama menipu dan memperdayakan rakyat.
Kami tidak kisah dengan kekalahan sekiranya padang ini sama rata, biar kita bertarung secara gentleman bukan bacul dengan duduk bawah kain makcik-makcik wanita Umno.
Penamaan calon 22 hb dan 30 hb Januari adalah hari pembuangan undi. Kalau kami tidak menang sekalipun majoriti Umno kami akan nafikan.
Sebuah pengadilan Israel telah menghukum mantan Presiden Moshe Katsav pada dua tuduhan perkosaan. Katsav akan menghadapi minimal empat tahun penjara.
Hukuman ini menandakan klimaks dari kes yang telah berjalan lebih dari empat setengah tahun dan menjadi yang pertama di Israel dimana seorang warga biasa menggugat dengan tuduhan paling serius yang pernah dilontarkan terhadap seorang pegawai awam Israel.
Katsav, kini berusia 65 tahun, juga menghadapi tuduhan kejahatan seks yang melibatkan dua mantan pekerja lainnya. Sebuah keputusan tentang dakwaan-dakwaan ini diharapkan akan diputuskan juga dalam beberapa hari mendatang.
Tuduhan ini cukup menggoncang negara dengan menggambarkan seseorang yang seharusnya menjadi cermin moral Israel justeru menjadi predator yang memaksa para pekerja wanitanya.
Katsav mengundurkan diri pada tahun 2007 dan digantikan oleh Shimon Peres.
Sungguh pelik, bagaimana manusia yang pernah disabitkan dengan tuduhan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2004 dan digantung keahliannya selama 6 tahun dilantik menjadi sebagai pengerusi baru Felda .
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan menggerakkan kempen pungutan tandatangan seluruh warga Felda sebagai membantah pelantika Tan Sri Isa Samad.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) berkata, gerakan mengutip tandatangan itu akan bermulai 1 Januari depan.
Tandatangan tersebut akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh sebulan.
Mazlan memberitahu demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas pelantikan Isa sebagai pengerusi baru Felda.
"Jika ianya gagal melembutkan pendirian perdana menteri, satu memorandum akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan seri paduka," tambahnya.
Di samping itu, katanya, pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa (kanan) tidak akan dinobatkan sebagai pengerusi baru Felda.
"Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak perdana menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.
Katanya, ANAK sangat dukacita dengan pengumuman perlantikan Isa (kanan) kerana beliau mempunyai rekod yang buruk, untuk menerajui Felda yang merupakan sebuah GLC terpenting milik Orang Melayu.
Selasa, 28 Disember 2010, genaplah seminggu tersiarnya laporan mengenai cadangan Kerajaan Negeri Melaka menukar kereta rasmi bagi kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)nya pada tahun depan.
Malangnya, impak penyiaran berita itu sama sekali berbeza dengan laporan serupa yang pernah tersiar di media kira-kira dua tahun lalu. Berita yang melibatkan perkara sebegitu penting bagi sebuah kerajaan hanya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang ulasan atau laporan susulan mana-mana media arus perdana.
Ia hanya muncul sekali itu dan terus menghilang dari paparan media. Bahkan, tidak mustahil jika dikatakan sebahagian besar rakyat negara ini langsung terlepas pandang akan perkara itu.
Sedangkan berita disiarkan minggu lalu itu bukan berasaskan kenyataan atau maklumat tidak rasmi dari sumber tertentu. Ia sebaliknya dipetik secara bertanggungjawab dari kenyataan dibuat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri.
Sebuah akhbar arus perdana pada 21 Disember memetik beliau sebagai berkata, kerajaan negeri pimpinannya mencadangkan penggunaan kereta baru jenis Honda Accord atau Nissan Teana V6 bagi kegunaan Exco, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai undang-undang dan pegawai kewangan. Ia bagi menggantikan kereta jenis Proton Perdana Eksekutif yang digunapakai kini.
Sebetulnya cadangan sedemikian bukan lah suatu yang pelik atau layak diperbesarkan. Menukar kereta baru tidak lebih suatu rutin kerajaan, terutama apabila sampai tempoh tertentu penggunaan kenderaan rasmi sedia ada.
Di atas berbagai sebab, termasuk kos penyelenggaraan, keselesaan penggunaan dan seumpamanya, keperluan menukar kepada kereta baru tidak sukar dirasionalkan. Alasan diberikan Mohd Ali juga melibatkan rasional sama.
"Sejak 10 tahun lalu kenderaan rasmi jenis Proton Perdana Eksekutif digunakan Exco, tetapi kita terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi akibat pelbagai kerosakan," katanya.
Sebelum ini pun rakyat tidak begitu mengambil pusing tindakan mana-mana kerajaan menukar kereta rasmi, walau seberapa kerap mereka berbuat demikian atau melibatkan apa juga jenama pembuatan kenderaan terbabit.
Namun itu cerita sebelum 2008, atau lebih tepat lagi sebelum berlakunya tindakan menukar kereta rasmi oleh kerajaan negeri Perak yang ketika itu diperintah Pakatan Rakyat (PR). Apabila langkah kerajaan negeri itu menukar kereta rasmi dimanipulasi para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan diseret secara negatif oleh media-media talibarut parti itu, maka ia seakan menjadi kes pemula kepada pertikaian rakyat terhadap tindakan sedemikian.
Dalam ertikata lain, jika tidak kerana kerakusan BN dan kegelojohan media dikuasainya memperbesarkan langkah kerajaan Perak itu, maka isu penukaran kereta rasmi kerajaan tidak sepatutnya menjadi isu.
Malangnya, agenda biasa pemerintahan yang telah sekian lama dilakukan BN sendiri itu telah dimanipulasi secara tidak bertanggungjawab. Tanpa tangguh kerajaan PR Perak menjadi sasaran kecaman para pemimpin BN sebaik sahaja Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kerajaannya telah memesan 16 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Perdana V6 yang digunakan ketika itu.
Keadaan diburukkan menerusi perlumbaan media-media talibarut BN yang sengaja menyorot dan membuat tinjauan susulan isu berkenaan secara negatif. Komen dan ulasan pelbagai pihak sengaja ditonjol dari perspektif memburukkan kerajaan PR.
Alasan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi diberikan Nizar turut dipertikaikan. Bahkan, kenyataan pihak pengurusan Proton turut dipetik semata-mata untuk menafikan produk keluarannya berisiko mengalami kerosakan agak kerap seperti didakwa.
Ia sekaligus bagai menafikan fakta perbelanjaan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan ditanggung kerajaan Perak antara 2004 hingga 2008 sepertimana dimaklumkan Nizar.
Kini, kita tertunggu-tunggu bila lagi pihak pengurusan tertinggi pengeluar kereta nasional itu akan menafikan dakwaan Mohd Ali pula. Jika benar bagai didakwa mereka ketika menyangkal kenyataan Nizar dua tahun lalu, tempoh seminggu yang telah berlalu kini sepatutnya lebih dari cukup untuk mereka tampil dengan penafian sama.
Tidak cukup setakat itu, pertikaian terhadap tindakan kerajaan PR Perak dulu turut diseret sehingga membabitkan isu patriotisme terhadap negara. Telah menjadi dasar kerajaan sejak beberapa tahun lalu untuk menjadikan kereta Proton sebagai kenderaan rasmi pembesar kerajaan.
Justeru, tindakan Perak menukarkannya dengan kereta import dianggap tidak patriotik. Pelbagai pihak tampil mengecam kerajaan negeri itu kononnya membelakangkan kereta nasional.
Malah isu itu secara tersirat semacam sengaja diseret bagi memberikan gambaran menakutkan tentang kemungkinan identiti negara tergugat sekiranya PR mengambil alih kuasa di peringkat Pusat.
Kini, sekali lagi kita tertunggu-tunggu bila lagi penilaian dan label sama dilontarkan kepada Mohd Ali dan kerajaan Melaka pula. Bukankah kereta baru pilihan mereka juga bukan model buatan tempatan?
Ke mana pula hilangnya nilai patriotisme yang kononnya amat dipertahankan para pemimpin dan penjuak BN dua tahun lalu? Ataukah dalam perkiraan mereka, asal saja sesuatu itu dibuat BN, semuanya dikira okay, walau pun dianggap amat negatif sekiranya perkara sama dibuat parti lawan.
Jika begitu halnya, dan setakat ini memang pun itulah hakikatnya, maka BN jangan salahkan orang jika dinilai sebagai bersikap dwi-piawai, hipokrit, lidah bercabang, talam dua muka dan berbagai label seumpamanya.
Kerja2 turap jalan sedang berjalan dengan pantas..
Rumput tepi jalan pun di trim sempena menyambut PRK..
Jalan yang masih elok diturapnya (sbb dilalui oleh pak2 menteri)..jalan yg xelok dibiarkan..berikut adalah jalan kampung Sawah Baru Labis..salah satu UPU dari 12 UPU di DUN Tenang..
Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat(PKR) semakin "liar" hari ini apabila mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin MIC dan penyokong Barisan Nasional(BN) untuk melontar fitnah berbentuk rasis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gobala memperhebatkan serangannya terhadap Ketua Umum PKR itu setelah beliau tidak dilantik menjadi naib presiden PKR susulan pemilihan parti bulan lalu.
Ahli Parlimen itu mengecam keputusan PKR melantik peguam dan aktivis masyarakat N.Surendran dan sebagai naib presiden PKR.
Beliau mendakwa Surendran dilantik walaupun beliau bukan ahli PKR, malah membuat tuduhan sebelum ini bahawa peguam muda itu tidak berjasa kepada kaum India.
Hari ini Gobala sekali lagi mensasarkan Anwar pada sidang akhbar yang dihadiri bersama oleh wakil Pemuda MIC S. Subramaniam dan wakil Gerakan Anti Samy Vellu K.P. Samy di sebuah restoran di Petaling Jaya.
Kehadiran Gobala bersama penyokong-penyokong Barisan Nasional itu dilihat petanda jelas beliau mencabar PKR untuk mengenakan tindakan displin terhadap beliau.
Beliau diuar-uarkan akan menyertai parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim pada bulan depan.
Pada sidang akhbar pagi tadi, Gobala sekali lagi menuduh Anwar sebagai anti-Hindu dan mendakwa Ketua Pembangkang itu kononnya menutup sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya pada tahun 2008.
Dalam membuat tuduhan itu, Gobala tidak menjawab kenapa beliau membuat tuduhan itu hanya sekarang, setelah gagal dilantik menjadi Naib Presiden PKR.
Hakikat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya membekukan kerja-kerja mengubah suai kuil itu setelah tapak berkenaan di landa masalah hakisan tanah dan tanah runtuh.
Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam menolak tuduhan-tuduhan Gobala dan menegaskan tidak ada sebarang campurtangan politik bersabit kuil Sivan di Petaling Jaya.
"Tidak pernah Anwar tutup mana-mana kuil. Ini tidak benar dan fitnah. Bagi saya Anwar tidak pernah tutup kuil. Kuil Bukit Gasing memang ada masalah tanah runtuh. Kita khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka semua akan salahkan kerajaan Pakatan Rakyat," beliau memberitahu Tv Selangor.
Manikavasagam berkata orang ramai masih dibenar menunaikan ibadat di kuil itu cuma kerja-kerja pengubahsuaian dibekukan sehingga MBPJ mengemukakan hasil siasatanya.
"Jadi kita mahu tunggu laporan daripada Majlis, kalau tiada masalah kita buka. Kalau satu kuil ditutup, saya orang pertama yang akan bising. Tapi dalam isu ini saya tahu kenapa kuil ini ditutup kerana takut kejadian tanah runtuh. Kita selalu fikir pasal keselamatan. Dalam isu ini, Anwar tidak tutup kuil," tambah beliau.
Manikavasagam berkata Gobala tidak berpegang kepada kebenaran apabila menuduh anwar anti-Hindu.
"Siapa cakap Anwar anti-Hindu? Saya diberi bertanding di Kapar, kalau Anwar anti Hindu tidak akan beliau namakan saya calon untuk pilihanraya 2008. Sivarasa (Rasiah) bertanding juga. Kalau dia anti India, tidak ada seorang pun yang akan bertanding. Gobala pun tidak akan bertanding. Saya rasa tidak benar. Saya pun tidak tahu apa YB Gobala fikir,"kata beliau.
Manikavasagam menggesa Gobala supaya menerima keputusan parti melantik Surendran sebagai naib presiden dan memberi tumpuan kepada perjuangan parti.
Ini india muslim (mamak) atau India pure punya...??? Lu orang teka... laaa... hahahaha...
Kenapa mamak niaga terus maju?
Itu persoalan yang di timbulkan dalam ruang komen gua. Ada yang betul ada yang tak betul... itu pendapat gua.
Komen: Kalau pergi kedai makan melayu, order dekat satu jam belum tentu dapat. Order kat kedai mamak, jam tu jugak siap. Gua: hehehe... betul ke..??? 2x5 jer.....beb, tapi majoritinya gua akui mamak lebih efisien.
Komen: Teh tarik kat kedai melayu, cair macam air kencing kuda. Kalau kat kedai mamak, susu dia kat setengah cawan walaupun harga mahal sikit. Gua: Part ni.... gua mengaku 100%, teh tarik melayu memang macam cibai... apa diorang tak tau buat atau nak jimat kos...????
Kedai Melayu boleh bikin teh tarik ini macam ka...???
Komen: Muka melayu kalau layan pelanggan macam sial aje. Mamak pulak muka manis. Duduk 3 jam dengan segelas teh pon ok... tapi kat kedai melayu dah tentu muka mencuka. Gua: Part ini pun gua setuju.... peniaga melayu selalunya hormon diorang sentiasa tak betul...., ada yang berlagak siap sindir2 pelangan.... tapi sekarang ni dah ok sikit kot....
Komen: Mamak TV, Wifi semua ada, kedai melayu kalau tak mintak sorilah nak bukak.... kedekut nak mamfuss. Tv kat kedai melayu kalau ada pun tv3suku, tv1suku. kat mamak suma ada... saiz tv pulak bosar2. tv kedai melayu kecik ciput. Gua: Ha...ha...ha.... memang tak boleh blah.... tak dinafikan.... gua setuju sesangat....
Komen: Lepas tu bising bila tengok kitorang minum kat kedai mamak!!! Gua: Mana tak bisingnya.... sebab kedai mamak penuh orang, kedai melayu jarang2 orang duduk... lepas tu cakap mamak pakai pelaris itu ini.... dan kedai melayu kena buatan orang (di bomohkan) ha..ha..ha.... ini tipikal punya melayu hutan....
Komen: kalau melayu niaga macam mamak niaga, dah lama melayu kaya raya. Gua: Betul tu bro..... gua setuju dengan lu, apa kata kalau peniaga melayu ambil pendekatan strategi yang mamak buat.... dah tentu lingkup semua restoran mamak kat malaysia nih..... ahahahahaa.... sukanya gua....
Kat bawah ni pulak gua ada terima email dari seorang pembaca dari Kuantan, beliau bagi info baik punya. Kesahihannya gua tak pasti laaaaa.... gua berharap ada gang2 kat Kuantan yang boleh membantu atau mengesahkannya, jom layan info mamat nih;
Dari Kamarul Aslam;
Bro. wa nak lu siasat kat Kuantan.Wa dapat info restoren mamak kat Kuantan terutama Restoren Taj menggunakan najis orang campur dalam kari. Satu kes kantoi wa dapat tau dia bayar hampir RM20 ribu. Kes kedua kantoi dia bayar rm24 ribu untuk 3org, memang mamak ni celaka beri orang makan kotor wa dah lama boikot kedai mamak, sebut je kedai mamak wa rasa nak muntah.
Ha...ha...ha...., info ni gua pun rasa 50/50 antara percaya atau tidak, tapi jika melihatkan kelakuan dan sifat pengotornya tak mustahil jika terjadi. Jadi gua ambil keputusan jangan masuk restoran mamak nih.... hahaha... setakat ini dari hari Ahad lepas hingga hari ini... gua berjaya menahan nafsu dari pijak dan melabur duit untuk mangkayakan restoran2 mamak.
Dan gua dah terjumpa kedai melayu yang teh tariknya kow macam mamak.... kat seksyen 16 Shah Alam, roti canai ada...., cucur udang ada... bubur2 ada.... dan makanan tengahari dia pun sodap jugak, bila2 gua gian nak pekena teh tarik gua melepak kat situ jelah.... sapa2 gang shah alam boleh lepak kat situ, restorannya berhadapan dengan restoran mamak dan RHB Bank....
Buat sahabat cyber gua saudara Jai, bertanya pasal boikot restoran mamak, jawapannya dah hampir seminggu gua boikot restoran mamak... dan gua masih hidup bhai.... hahahaha.... pi mampus laaa... dengan restoran mamak....
huhuhu..try teka..yg mana DEB yang mana MEB..huhuhu..??
Dulu DEB..Kini MEB..DanSelamanya NEPOTISM
usinkata; ..huhuhu ..AMARAN KERAS ..Posting dibawah agak panjang lebar dan melalut-lalut...untuk itu ia menuntut pembacaan yg agak lama dan membosankan..adalah dinasihati bagi sesiapa yg ingin membacanya mempunyai tahap kesabaran dan kejituan pemerhatian serta memiliki daya perbandingan yg kuat kerana posting ini berdasarkan dua sumber artikel yg amat panjang.. Selamat Datang kepada pembaca yg tidak inginkan dirinya tertipu dengan tipu daya "Ketuanan Melayu" yg dileterkan oleh pemimpin United Malay National Organisation serta para-para OKUnya..( OKU :- Orang Kuat Umno)..huhuhu.
Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.
Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.
Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70'an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.
Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90'an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.
Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.
Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat , harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.
Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation. - (TT)
Dalam satu kertas berjudul "Inclusiveness: A Fairer Way to Share the Economic Pie?", dibentangkan Profesor UKM, Ragayah Hj Mat Jin(gambar kiri) dalam satu persidangan anjuran MIER, beliau berkata, meskipun DEB dan dasar selepasnya berulangkali menekankan bahawa pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, namun pada hakikatnya, pelaksanaannya hanya tertumpu kepada kaum bumiputera. Akhirnya, kekayaan disalurkan kepada mereka yang rapat dengan orang politik.
Di samping itu, pelaksanaan DEB telah mewujudkan satu lagi fenomena yang tidak sama rata, iaitu ekonomi berada dalam genggaman pemerintah berikutan masalah merentir (rent-seeking) dan rasuah, atau disebut sebagai party capitalism, menurut Ragayah. Pemimpin parti menggunakan pengaruh politiknya, bersama kroninya untuk menguasai sumber dan kepentingan ekonomi.
Situasi sedemikian menjurus kepada jurang kaya-miskin yang semakin ketara. Ragayah menambah, jurang kemiskinan di Malaysia bukan lagi jurang perbezaan antara desa-bandar mahupun antara kaum, tetapi ketidakseimbangan dalam kaum itu sendiri. Misalnya, dasar penswastaan telah menjadikan sesetengah bumiputera semakin kaya, sementara sesetengah bumiputera kekal hidup merana kepapaan.
Contohnya, 11 orang bumiputera tersenarai sebagai 40 orang terkaya di Malaysia menurut Forbes pada tahun 2010 menguasai kekayaan USD 4 bilion. Antaranya, 42.5% kekayaan (atau USD 1.7 bilion) berada dalam tangan Syed Mokhtar AlBukhary. Pada masa yang sama, kadar kemiskinan di negeri yang majoritinya Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan negara pada tahun 2009, malah Sabah mencatat kadar kemiskinan setinggi 19.7%. Lebih-lebih lagi, jurang kaya-miskin dalam kaum Melayu sendiri semakin ketara dalam 10 tahun kebelakangan ini, dari 0.429 pada tahun 1999 dan terus melebar kepada 0.44 pada tahun 2009.
Akhirnya bahagian akhir Model Ekonomi Baru (MEB) dihidangkan pada 3 Disember, lapan bulan selepas bahagian pertamanya dikemukakan. Sepanjang tempoh ini, siri program yang dijana, misalnya Program Transformasi Ekonomi (PTE), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) - kesemuanya bertemakan MEB, yang diibaratkan sebagai "Kitab Ekonomi" zaman pemerintahan PM ke-6, Najib Razak.
Kerajaan Najib menyarankan pembaharuan ekonomi dengan "penghapusan merentir (rent-seeking)" dan "pihak swasta sebagai penggerak utama dalam bidang ekonomi" pada peringkat awalnya. Namun akhirnya ia kembali kepada "pendominasian ekonomi oleh kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)" dan "liberalisasi ekonomi palsu"-ala Mahathir, yang "mencipta lebih peluang merentir".
PTE (Program Transformasi Ekonomi) masih mengambil pendekatan "central planning" (pusat yang memutuskan) ketika melaksanakan program ini, iaitu kerajaan yang menentukan projek manakah yang harus diutamakan, dijalankan atau disingkirkan, siapa yang dipertanggungjawabkan, pengagihan sumber dan sebagainya.
Dengan kata lain, kerajaan masih mempercayai teori "kerajaan mengetahui segala-galanya" (the Government knows best), malah, ia memperlihatkan bahawa kerajaan Najib masih belum melepaskan kuasanya untuk mendominasi sumber ekonomi, dan dibiarkan pihak swasta mahupun pasaran untuk menentukan ekonomi.
CONTOH DAN BUKTI JELAS
Kerajaan melantik terus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertanggungjawab ke atas projek pembangunan tanah Sungai Buluh yang bernilai RM10 bilion, 1MDB untuk bertanggungjawab ke atas Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.
Selain itu, proses pertimbangan masih tidak telus - contohnya PEMANDU menerima cadangan YTL Hotels untuk menyenaraikan pembinaan Hotel Majestic sebagai 18 projek yang didahulukan; tetapi pada masa yang sama tidak menyenaraikan cadangan POIC (Palm Oil Industrial Cluster) di Sabah bahawa mereka memerlukan satu container port untuk menampung keperluan mereka di sana. Tiada orang yang mengetahui kayu ukur pertimbangan ini. Malah, daripada pengalaman lalu, cara yang tidak telus sebegini senang membiakkan peluang merentir.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- usinkatalagi;..utk itu apa bezanya DEB dan MEB..2x5..5x10..kepala..cerita nak bantu Bumiputera Melayu..sampai ke ekor..yg kaya-raya BumiputeraUmno..pastikan kekayaan negara dimiliki oleh kepimpinan Umno dan para kroninya..bila dah kaya barulah boleh perbodohkan Melayu dengan kuasa dan ringgit..agar gerombolan ini masih kekal menjadi penjajah di Malaysia ini..
Kalau benarlah ada pertemuan antara peminpin PAS dan pemimpin Umno pada 24 Disembar lepas dan ada perbincangan berkenaan Kerajaan Perpaduan, aku tak boleh nak pertahankan pimpinan PAS kalau ada orang yang label depa-depa tu sebagai munafik.
Tak kira la walau sapa pun yang menganjurkan pertemuan dan perbincangan tu, termasuklah kalau yang menganjurkan tu Yang Dipertua Agung sendiri.
Memang sesuai kut istilah tu dibagi kepada orang yang cakap tak serupa bikin. Hari ni cakap lain, esok-esok cakap lain pulak. Dengan orang ni berjanji macam lain, denga orang tu pun berjanji macam lain pulak. Hari ni berjanji nak buat macam ni esok-esok buat macam lain pulak. memang macam tulah ciri-ciri orang munafik.
Tapinya, aku tak percaya pemimpin PAS minafik dan aku harap-harap sangat barang dijauhkan Allah sifat orang munafik ada pada diri pimpinan PAS.
Aku nak sangat percaya, kalaupun ada pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Umno, depa bukan berbincang pasai kerajaan perpaduan tapi depa bincang pasai benda lain.
Pasainya, pimpinan PAS termasuk Presiden PAS sendiri kata dah tutup buku pasai kerajaan Perpaduan. Malah ada arahan rasmi dari Setiausaha Agung yang melarang isu kerajaan Perpaduan ni dibangkitkan lagi. Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz pulak pernah kata Kerajaan Perpaduan tu idea mengarut.
Malah beberapa bulan lepas, PAS sendiri ada buat satu seminar yang bertajuk "PAS Ganti Umno". Apa cerita PAS nak ganti Umno tiba-tiba nak berpadu dengan Umno. Takkan pimpinan PAS yang bertaraf ulama' malah diangkat senagai Tok Guru tak reti beza antara nak ganti dengan nak berpadu.
Lagi satu, baru beberapa hari lepas ada Konvension Pakatan Rakyat kali ke-2 yang di buat di Dewan Millenium Kepala Batas. Dalam konvension tu, semua orang termasuk pimpinan tertinggi PAS bercakap pasai nak bersama-sama tawan Putrajaya. Bukan saja takat nak tawan tapi dah sampai tahap dah pasang angan-angan apa nak dibuat kalau dah dapat tawan Putrajaya. Bukan takat macam angan-angan mat jenin bawah pokok kelapa, tapi siap buat Buku Jingga lagi.
Jadinya, aku harap sangat pertemuan tu kalau betul ada, bincang benda lain. Mungkin pemimpin PAS gunakan pertemuan tu untuk ajak Umno masuk PAS. Ataupun suruh Umno ambil Al-Quran dan hadith jadi perlembagaan Umno dan bersungguh-sungguh laksanakan syariat Islam dengan janji PAS akan dibubarkan
Ataupun, mungkin jugak depa berbincang pasai lain, mungkin depa bincang pasai nak beli kambing macam satu pertemuan peringkat negeri di satu negeri dulu kot. Kalau bukan pasai kambing mungkin jugak depa bincang pasai Unta. Kan ka air kencing unta halal diminum untuk buat ubat!!!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pernah menyatakan bahawa pada tahun 2006, jumlah keseluruhan perbelanjaan JPM adalah RM4.3 bilion dan mencecah melebihi RM10.2 bilion pada tahun 2009. Pada tahun 2006 peruntukan untuk JPM hanyalah sebanyak RM4.3 bilion.
Pada tahun 2008, kos rombongan rasmi Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi berjumlah RM5.5 juta tetapi apabila Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan 2010, jumlah kos melonjak tinggi iaitu RM6 juta dan RM10 juta pada tahun ini.
Rombongan rasmi Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa menanggung kos perbelanjaan besar di London pada tahun 2008, dimana sebahagian besar kos tersebut adalah untuk membiayai Rosmah, di mana pada bulan Mei lalu beliau telah menghadiri Forum Wanita Antarabangsa di Washington dan New York," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Adalah duipercayai peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tahun 2011 kini dinaikkan dua kali ganda daripada peruntukan tahun 2010 - daripada RM10.2 bilion kepada RM18.14 bilion.
Bolehkah Perdana Menteri menjustifikasikan peningkatan sebanyak 422 peratus atau RM14 bilion dalam tempoh 5 tahun?.
Atau apakah ini satu lagi bukti Perdana Menteri menganggap duit rakyat sebagai kepunyaan emak bapaknya?
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat kepada media oleh Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Mohamad Munir Bani berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (seperti laporan Berita Harian, 29 Disember 2010, m/s 2).
Saya sebagai Ahli Dewan Negeri yang terlibat secara lansung dalam sebarang bentuk pindaan undang undang digamit untuk menyatakan bahawa, apa yang berlaku dan bagaimana isu tersebut dimainkan di media seolah-olah ada agenda jahat untuk melaga-lagakan Kerajaan Negeri dengan pihak Istana Selangor. Sebagai rakyat DYMM Sultan Selangor yang setia, saya memperakui bahawa kuasa eksekutif boleh dijalankan oleh DYMM Sultan Selangor atau Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) atau mana-mana ahli MMKN yang diberikuasa oleh MMKN sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Di bawah Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat MMKN atau mana-mana ahli MMKN yang bertindak di bawah kuasa am MMKN, kecuali diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Ini adalah selaras dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan.
Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, dan mana-mana lain peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Setelah menyemak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dapati pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.
Tetapi berdasarkan laporan Berita Harian tersebut, Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor telah menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor perlu disembahmaklum dan mendapat perkenan baginda oleh kerana baginda adalah kuasa eksekutif di Negeri Selangor (sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 50).
Ini jelas sekali bahawa kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang dinyatakan dalam Fasal 52 (1) telah dibaca sekali dengan Fasal 50 yang memberikan kuasa eksekutif kepada baginda.
Persoalannya, mengapa Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor tersebut tidak membaca Fasal 50 dan 52 (1) tersebut bersekali dengan Fasal 55 (1) yang mengkehendaki baginda DYMM Sultan Selangor bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan mana-mana fungsi baginda?
Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh hendaklah bukan sahaja dibaca secara tersurat (literal) tetapi juga hendaklah mengikut konvensyen (adat dan adab perlembagaan). Konvensyen adalah sesuatu yang tidak bertulis tetapi menjadi amalan dan ianya dianggap "daging yang membaluti kerangka perlembagaan" (the flesh that covers the bare bones of the constitution).
Ia adalah satu kiasan yang mengibaratkan perlembagaan sebagai satu rangka bernyawa yang hanya lengkap dan berfungsi dengan sempurna sekiranya ianya dibaluti oleh tubuh. Bolehkah satu benda bernyawa berfungsi dengan rangka sahaja tanpa daging tubuhnya?
Oleh itu, saya selaku salah seorang Ahli Dewan Negeri Selangor menegaskan bahawa:
Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor dan/atau mantan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor bukanlah pihak berkuasa (authority) yang selayaknya menafsir Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor mengikut tafsiran sendiri;
baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan Fasal 55 (1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959;
pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan hendaklah bukan sahaja menyembahmaklum dan mendapat perkenan baginda DYMM Sultan Selangor tetapi juga mengambilkira bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan yang hendaklah bertindak mengikut nasihat MMKN yang lazimnya diwakili oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor; dan
pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor bukanlah termasuk dalam kuasa budi bicara baginda DYMM Sultan Selangor yang dinyatakan oleh Fasal 55 (2) yang membolehkan baginda bertindak tanpa merujuk dahulu kepada dan mendapat nasihat dari MMKN yang sekian lamanya diwakili oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.
Sekiranya perkara ini telah dijalankan mengikut peruntukan dan konvensyen (adat dan adab) perlembagaan dengan melibatkan DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Negeri, YAB Dato' Menteri Besar Selangor selaku Ketua Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan membuat pelantikan, saya percaya maka sudah tentu tidak timbul isu berkenaan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Demi menjaga keharmonian dan keberlansungan pentadbiran Negeri Selangor yang tercinta ini, harapan saya janganlah mana-mana institusi yang sewajarnya, dibelakangi dalam perkara berkaitan pelantikan jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor. Apakah boleh pula sekiranya jawatan Ketua Setiausaha Negara dilantik oleh SPB Yang di-Pertuan Agong tanpa merujuk dahulu kepada YAB Perdana Menteri?
Jika ada pihak yang hanya melihat peruntukan perlembagaan atau undang-undang tubuh secara tersurat sahaja tanpa mengambilkira konvensyen, pastinya SPB Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytihar darurat tanpa perlu mendapat nasihat dari Jemaah Menteri yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri. Ini peruntukan yang tersurat dalam Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.
Namun hakikatnya, dan mahkamah juga telah menyatakan bahawa, mengikut konvensyen, SPB Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengisytihar darurat tanpa dinasihati oleh YAB Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri.
Mengapa diperingkat persekutuan SPB Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dalam perkara yang secara tersurat tidak pula menyebut baginda perlu mendapat nasihat YAB Perdana Menteri tetapi di Negeri Selangor, seolah-olah DYMM Sultan Selangor boleh bertindak tanpa mendapat nasihat YAB Dato' Menteri Besar hanya dengan alasan bahawa peruntukan undang-undang tubuh tidak menyatakan secara jelas baginda perlu merujuk kepada YAB Dato' Menteri Besar? Adakah SPB Yang DiPertuan Agong sahaja Raja Berperlembagaan di dalam Negara ini?
Ini adalah jelas satu tindakan yang berpilih dan tidak sama-rata. Gambaran yang terpampang kepada rakyat adalah dua layanan yang berbeza; satu untuk Pakatan Rakyat dan satu untuk Barisan Nasional.
Saya mengajak semua pihak untuk mengingati episod memalukan di Negeri Perak, berkenaan tindakan menggantung ADUN Bebas pro-BN oleh Speaker Perak telah dicabar di mahkamah, tetapi dalam kes penggantungan ahli parlimen dari Pakatan Rakyat seperti Dato' Sri Anwar Ibrahim, menteri berhujah bahawa kuasa Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.
Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan "beraja di mata, bersultan di hati" oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.
Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.
Dalam sejah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.
YB Teresa Kok adalah satu contoh 'ustazah' haram yang berjaya ditarbiahkan oleh ustaz-ustaz PAS di Selangor. Tetapi apa yang difahamkan, kejadian ini sebenarnya telah dirancang oleh DAP dan juga PKR dalam usaha mencemarkan imej Datuk Seri Najib.
Najib hadir ke majlis berkenaan sebagai pemimpin negara yang beragama Islam. Mengetahui akan rancangan jahat puak pembangkang akan mengarahkan barua-barua Pakatan berada di tengah kesesakan para hadirin untuk mengambil gambar beliau yang berlatar belakang Salib.
Bagi mengelakkan timbulnya persoalan, Datuk Seri Najib mengambil langkah berwaspada. Khuatir isu lain pula timbul. Melainkanlah jika Datuk Seri Najib tergamak meraikan krismas dalam gereja, sudah tentu salib itu kekal di tempat sedia ada. Tetapi Datuk Seri Najib bukannya seperti YB Khalid Samad yang sanggup masuk gereja demi politik undi.
Arah buang salib, Najib digesa mohon maaf
Dis 30, 10 2:24pm
Kongsi
Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.
Teresa berkata arahan itu menetapkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadiri Najib pada 25 Disember lalu.
Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.
Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.
Teresa yang juga exco kanan kerajaan Selangor menyifatkan arahan daripada pejabat perdana menteri itu merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" masyarakat Kristian.
"Arahan Pejabat Perdana Menteri itu adalah satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama 1Malaysia yang dikhutbahkan dengan penuh ghairah oleh Najib," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, Najib perlu memohon maaf kepada CFM kerana "menyah-Kristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.
"Arahan seperti itu daripada Pejabat Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak ikhlas dan tidak sopan kelakuan Najib sebagai seorang tetamu," katanya.
Teresa juga berkata, beliau meragui sekiranya Najib tidak mengetahui bahawa pejabatnya sendiri telah mengeluarkan arahan berkenaan.
Sehubungan itu juga, beliau menggesa Najib mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama.
"Saya harap Najib dan pejabatnya akan sedar bahawa ada makna mendalam bagi Krismas, melebihi Santa Claus dan salju dan makna mendalam itu perlu dihormati," katanya
Menyedari rancangan jahat mereka (PR) gagal, maka YB Teresa Kok mengeluarkan kenyataan di atas secara tidak langsungnya mencemarkan imej Datuk Seri Najib yang kononnya perdana menteri Malaysia bersifat rasis. Maka akan bersorak dan berguling-gulinglah ahli-ahli pembangkang khususnya PAS.
1 Malaysia merujuk pengiktirafan wujudnya kesepakatan menghormati sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Namun 1 Malaysia bukannya membawa maksud Najib dan yang lain-lain pemimpin Islam harus menjadi kristian sewaktu perayaan Krismas atau menjadi Hindu sewaktu perayaan Deepavali ataupun bersama-sama meraikan adat keagamaan kristian sewaktu sambutan perayaan Krismas.
Demikian halnya di waktu Aidifitri atau Raya Aidiladha, semua rakyat berbilang kaum dialu-alukan meraikan bersama kunjung mengunjung majlis rumah terbuka untuk mengeratkan perhubungan sesama kita pelbagai bangsa dan agama. Tetapi sewaktu sembahyang sunat Hari Raya mahupun sewaktu majlis korban lembu, tidaklah pulak di suruh orang bukan Islam turut serta bersama.
YB Teresa Kok dan pemimpin Pas sebenarnya buat-buat tidak faham dengan maksud 1 Malaysia. Kalau pemimpin Pakatan khususnya PAS di jemput, siap mengikuti semua upacara keagamaan yang dijalankan seperti 'candle vigil', pakai pakaian kuning sami buddha, pegang gambar si mati dan sebagainya untuk? Meraih undi PRU 13 kononnya mereka pemimpin yang berjiwa rakyat tetapi tidak sedarkah rakyat mereka mempergunakan agama untuk agenda politik sempit pembangkang?
Kalau Datuk Seri Najib pergi, orang PAS akan kata:
Presiden Cuepacs Omar Osman enggan mengulas pemilihan yang kini dipertikaikan sambil berkata segala bantahan yang dikemukakan beberapa kesatuan gabungannya semalam tidak menghalang beliau meneruskan amanah yang diberikan. Beliau yang dipilih buat penggal kedua bagi sesi 2010-2013 pada Persidangan Tritahunan Ke-25 minggu lepas tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai bantahan itu. "Fokus utama kepimpinan baru Cuepacs adalah untuk tahun depan, mengenai bantahan itu saya tidak mahu komen apa-apa," kata beliau dipetik Bernama selepas mesyuarat khas di Wisma Cuepacs di sini. Semalam beberapa kesatuan anggota gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan di konvensyen pemilihan yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember lepas. Sementara itu Omar berkata tahun depan Cuepacs akan berusaha membanyakkan jumlah anggota gabungan selain mahu semua penjawat awam yang layak menganggotai kesatuan. Beberapa kesatuan ahli gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember lalu. Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai. Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959. "Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian. "Ia seperti calon memancing undi semasa perwakilan sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kertas undi dan keputusan pengundian tidak diumumkan setelah proses pengiraan undi selesai tetapi ditangguhkan hingga keesokan pagi," katanya. Husain, yang kesal dengan insiden berkenaan, menyifatkan kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang pemilihan diadakan sebelum ini. Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya. Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs kedua itu.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, menerima dengan terbuka keputusan pemilihan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam.
Beliau berkata, kekalahan ini bukan bermaksud terhentinya segala perjuangan malah, prinsip memartabatkan hak pekerja masih utuh.
Laporan akhbar arus perdana hari ini melabel pemilihan kali ini telah berjaya menyingkirkan pengaruh Parti Keadilan Rakyat(PKR) apabila penyandang jawatan presiden Syed Shahir Syed Mahamod tewas kepada Khalid Atan.
"Bagi saya ini peralihan perubahan dikehendaki perwakilan dan mereka berhak menentukan dan tak boleh dipertikaikan. Bagi saya hak itu tidak boleh dipertikaikan, tetapi saya lihat ini bukan perubahan. Jadi terpulanglah.
"Kita tidak akan berkompromi jika kerajaan cuba menarik hak mereka dan cuba mendiskriminasikan pekerja dan membuat bantahan secara berterusan. Itu prinsip kita," jelasnya.
Beliau menolak dakwaan yang menyatakan beliau tidak diterima di dalam kesatuan pekerja.
Ini kerana tegas beliau, perwakilan merupakan dari kelompok yang diwakili kesatuan mereka sendiri dan dari 100 peratus pekerja dalam negara ini hanya diwakili 8 peratus.
"Tidak benar jika ia menyatakan bahawa ia mewakili suara keseluruhan pekerja. Tidak, saya tidak nampak ini menjadi masalah untuk memartabatkan pekerja. Tidak betul kalau katakan saya atau Syed Shahir tewas, masih ada banyak ahli parti dalam jawatankuasa," jelasnya.
Pemilihan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau MTUC yang berlangsung semalam menyaksikan kemenangan Khalid Atan sebagai Presiden dengan undi 255 undi mengalahkan Syed Shahir Syed Mohamod yang hanya meraih 213 undi.
Bagi jawatan timbalan presiden Mohd Jaafar Majid menang 170 undi kalahkan dua calon, P Maniam 157 dan Abd Razak Mohd Hassan 140 undi.
Manakala jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Abd Halim Mansor dengan undi 188 undi mengalahkan J Solomon 117 undi dan Abdullah Sani Abdul Hamid 165 undi.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau singkatannya MTUC merupakan satu kongres persatuan-persatuan perniagaan di Malaysia.
Kongres ini asalnya ditubuhkan pada 1949 dan didaftarkan di bawah Akta Kemasyarakatan, 1955. Ia merupakan pusat kesatuan kebangsaan yang tertua mewakili pekerja-pekerja Malaysia.
Kesatuan yang bergabung dengan MTUC berasal dari semua industri dan sektor utama dengan anggaran 500,000 ahli.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah pun memaklumkan kepada Menteri Besar dan pengurusan Kedah Sato Sdn Bhd secara rasmi apabila memutukan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri itu baru-baru ini. Sehubungan itu kata Mahfuz, keputusannya adalah muktamad dan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan negeri untuk mendedahkan sebab beliau berbuat demikian. "Keputusan saya muktamad. Dalam surat itu saya mengatakan bahawa saya meletakkan, saya bukan kata saya pohon mahu berhenti. "Kalau saya pohon bermakna mereka akan mempertimbangkan surat saya, tidak . . . saya sudah letak jawatan, keputusan muktamad," kata beliau sambil menambah, ia berkuat kuasa serta-merta. The Malaysian Insider difahamkan beliau berbuat demikian berkuat kuasa 20 Disember lalu. Ketika ditanya sebab berbuat demikian, Mahfuz berkata, dalam suratnya Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyebut beliau meletakkan jawatan "atas sebab yang semua orang sudah tahu". Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan sebab-sebabnya. "Terpulang kepada mereka (pengurusan dan kerajaan negeri) mendedahkan sebab mengapa saya memutuskan untuk meletakkan jawatan," kata Mahfuz (gambar) yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah. "Saya mahu dengar apa mereka hendak berkata," katanya lagi. Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider yang disiarkan pagi ini, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Mahfuz telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato. Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu. Mahfuz berkata, surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB). Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum. Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan. Februari lalu, Azzian menyaksikan majlis meterai kemudahan pembiayaan bernilai RM330 juta antara Bank Islam Malaysia dengan Kedah Sato bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling.
bekas Pengarang Sukan Harian Metro, Rahim Zain, menyifatkan cuti umum yang diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menimbulkan ketidakadilan kepada atlet lain yang telah memberi sumbangan lebih besar berbanding kejuaraan di peringkat Asia Tenggara.
Dihubungi Tv Selangor beliau berkata, perkara ini boleh mengundang kontroversi kerana apabila kerajaan dengan sewenang-wenangnya memberikan cuti umum tanpa mengambil kira pencapaian atlet negara yang lain.
"Banyak lagi kejuaraan yang bertaraf dunia yang dicapai oleh atlet-atlet negara umpamanya Datuk Nicol David, lima kali menjadi juara dunia tapi tidak ada satu pun penghargaan atau pun penghormatan negara diberi kepada Datuk Nicol, tidak ada cuti umum diberikan. Jadi saya rasa seperti ada diskriminasi," katanya.
Tambah Rahim lagi cuti umum ini merupakan propaganda politik yang mahu menarik perhatian rakyat.
"Apa yang diumumkan oleh Najib ialah satu kesempatan untuk menagih (political opportunity) atau meraih sokongan dan simpati daripada rakyat kononnya kerajaan di bawah pimpinan Umno- Barisan Nasional(BN) begitu prihatin dan amat menghargai jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh atlet," jelasnya yang 25 tahun terlibat dalam kewartawanan.
Pengumuman cuti pada 31 Disember 2010 ini adalah sempena kejuaraan Skuad Harimau Malaya apabila berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan timbal balik Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki-AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia semalam.
perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan mengulangi tindakan jahatnya merampas kuasa di Perak, apabila meletakkan dirinya sendiri sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor serta melantik seorang yang tidak layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) ke jawatan tersebut.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata dalam satu sidang media petang tadi di Shah Alam, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK merupakan tindakan pertama Najib dalam usaha merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.
"Tindakan melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diantara tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Najib untuk melaksanakan perancangan nak jatuhkan kerajaan negeri Selangor ini," dakwa beliau.
Tegasnya, ini merupakan satu petanda bahawa Umno di bawah pimpinan Najib akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk merampas kembali kuasa di Selangor.
"Ini merupakan satu petanda kepada kita bahawa Umno nak rampas kuasa kembali di negeri Selangor dengan apa jua cara sekalipun. Dia nak ulangi apa yang dilakukan di Perak," katanya.
Beliau menambah, perlantikan Khusrin adalah semata-mata untuk menimbulkan kekecohan hingga Dewan Undangan Negeri Selangor berjaya dibubarkan.
"Apabila didapati bahawa kerajaan-kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan mungkin tidak akan turut sama dalam pilihanraya yang akan diumumkan di peringkat federal kerana kita ada hak untuk kekal selama lima tahun, maka dia nak wujudkan satu suasana yang akan memaksa kerajaan negeri untuk bubar secepat mungkin lalu dia lantik seorang yang tidak layak menjadi setiausaha negeri sebagai setiausaha negeri," jelasnya.
Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin.
"Seperti biasa, Umno-BN nak mencemar institusi kesultanan Melayu dengan mengheret masuk institusi Sultan dalam persoalan ini dan apabila mendapat restu daripada Sultan, maka digunakan kembali isu derhaka kepada Sultan dan sebagainya sekiranya kerajaan negeri Selangor menolak Khusrin sebagai calonnya," tegas beliau lagi.
Khalid seterusnya menjelaskan, tindakan kerajaan pusat merupakan satu tindakan yang membelakangkan rakyat negeri Selangor, kerajaan Selangor dan mencemar serta mencalar institusi kesultanan itu sendiri sambil memastikan segala perancangan kerajaan Selangor gagal dilaksanakan.
"Jahat dan buruknya sikap kerajaan pusat jelas terbukti melalui tindakan ini dan ianya tidak akan berhenti di situ, seperti mana yang disebutkan tadi, ianya merupakan tindakan awal untuk menentukan bahawa apa yang dikehendaki dan diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor akan digagalkan," jelas beliau lagi.
29 Disember 2010, Dewan Masyarakat Ampang Campuran - Satu majlis yang agak ringkas dianjurkan oleh JKKK Ampang Campuran bagi menyampaikan sumbangan kepada para pelajar sekolah yang bakal menduduki kelas pada januari 2011 hadapan. Sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor itu disampaikan oleh YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz, ADN Lembah Jaya.
Majlis yang dirancang agak sederhana itu berubah menjadi agak besar dengan sambutan yang agak menggalakkan daripada para penerima yang hadir sekitar 200 orang terdiri daripada 160 penerima dan para ibubapa. Ketua Kampung Ampang Campuran Tuan Hj Mohd Saleh Daud amat berbangga dengan sambutan yang diberikan dan berharap pentadbiran mampu mampu memberikan yang terbaik buat penduduk kampung dengan kerjasama semua pihak terutama DUN Lembah Jaya yang bersedia membantu dari segi dana. Sumbangan juga diterima dari pihak Bio Sinar yang bermurah hati menyumbang 500 gram serbuk pencuci dalam setiap beg sumbangan.
Dalam ucapannya YB Khasim menyeru orang ramai agar membantu beliau dalam membela nasib rakyat, demi kepentingan rakyat dan tidak membiarkan rakyat dikhianati oleh mereka yang mementingkan diri sendiri sahaja.
Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya Puan Hjh Rohainah Hj Hasan berkesempatan memberikan ucapan dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung Tasek Permai Saudara Che Yusof Che Mat, Ketua Kampung Dato' Mufti Saudara Arshad, Ketua Kampung Ampang Indah Tuan Hj Misbah Samad dan Ahli Majlis MPAJ Zon 14 Encik Nallan a/l Dhanaballan.
Sekalung tahniah buat semua pihak termasuk JKKK Ampang Campuran dan JKKK lain yang telah berjaya dan akan menganjurkan program-program seumpama ini dan setinggi-tinggi terima kasih buat pihak yang bermurah hati menaja sumbangan. Semoga ianya bermanfaat untuk rakyat.
Bacaan doa dipimpin oleh Tuan Hj Abd Kodir Mujid, Pengerusi Surau Baitul Ehsan Ampang Campuran
Ucapan oleh Ketua Kampung Ampang Campuran Tuan Hj Mohd Saleh Daud
YB Khasim memperkatakan sesuatu berkenaan sepanduk Bio Sinar
Beg-beg berisi barang-barang sumbangan
Para hadirin tekun mendengar ucapan bersemangat YB Khasim
Puan Hjh Rohainah menyampaikan ucapan
Barisan sebahagian AJK JKKK Ampang Campuran. Dari kiri Tuan Hj Kodir, Engku Faizan, Azmi dan Rejab
YB Khasim menyampaikan sumbangan sambil dibantu oleh Tuan Hj Saleh dan AJK lain
Ahli Majlis Zon 14 Encik Nallan turut menyampaikan sumbangan
Azmi (kiri) dan Pak Engku (dua dari kanan) bertungkus lumus membantu
Hj Saleh dan isteri turut tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.
Sempena cuti Krismas baru ni Lujnah Sukan Dewan Pemuda Pas Kawasan Setiu dengan kerjasama Pemuda DUN menganjurkan satu program yang agak menarik. Walaupun ini merupakan percubaan pertama, tetapi ia berjaya menarik penyertaan yang mencukupi daripada cawangan-cawangan dalam DUN Batu Rakit.
Dengan kerjasama yang padu daripada AJK pemuda DUN, para peserta di dedahkan dengan satu pengisian yang berbeza daripada sebelum ini. Dengan peserta 5 atau 6 orang satu pasukan / caw, para peserta memulakan pengembaraan dari Pej DUN Batu Rakit ke enam lokasi check poin melibatkan seluruh DUN. Setiap check poin yang wajib di lawati, peserta akan di soal dengan berbagai soalan, samada berkait dengan dunia automotif, politik mahupun hukum hakam fekah dan juga pengetahuan am berkenaan agama.
Urusetia program setia menunggu ketibaan peserta.
Pasukan Pecah Rotan, antara yang awal sampai
Sempat menyampaikan sedikit tazkirah di majlis penutup/penyampaian hadiah
Wakil pemenang tempat keempat, pasukan Maras sedang menerima hadiah daripada Ketua Lujnah Sukan DPPKS yang juga Ketua Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit, Sdr. Zulkifli Mat Jusuh.
Wakil pasukan Juara pada kali ini daripada caw Bukit Nenasi sedang menerima hadiah berupa hamper.
You are subscribed to email updates from MEMBARA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A brother allowed his friend to sleep with his younger sister in a cheap hotel in Alor Star in Malaysia while he did the same with the sister's friend in another room during the Christmas holiday.
Their action came to light when their rooms were raided by the Kedah Religious Department (Jaik) on Saturday afternoon, reported Berita Harian.
Investigations showed that both couples had only known each other the day before they were arrested.
Head of the raiding party Md Nasir Md Dali said the they first checked the room occupied by the brother and found him clad only in a pair of jeans while his 22-year-old partner was only wearing a nightgown.
He said the sister was found together with her partner and both admitted that they were not married.
Both men work as fishermen while the women are unemployed.
Md Nasir said the department found it quite shocking for a brother to allow his younger sister to sleep with his friend.
He said another couple was also arrested in another hotel during the operations.
1. Politik Negeri Selangor kembali menarik perhatian umum berikutan isu perlantikan Khusrin dari JAIS ke jawatan barunya sebagai SUK Negeri Selangor . Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan YAB Menteri Besar akan mohon mengadap Kebawah Duli Sultan untuk membincangkan isu ini , suka saya tegaskan bahawa pandangan Kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah Kerajaan yang stabil.
2. Biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak se"ideologi" dengan Kerajaan pusat , namun kerajaan negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya .
3. Sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana - mana kerajaan negeri yang lain tidak di"ganggu" apalagi cuba diguling semata - mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan. Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan - kerajaan negeri seperti Selangor , Kedah , Penang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi .
4. Pengumuman KSN dalam isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor tanpa terlebih dahulu mengambil kira pandangan dan kehendak kerajaan negeri adalah suatu yang tidak harmonis dan sewajarnya tidak berlaku demikian justeru apa yang berlaku ini boleh mencetus spekulasi dan ianya dinilai oleh umum sebagai satu "hidden agenda" untuk melemah dan menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor. [ Jawatan SUK ialah jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam di sesebuah negeri. SUK juga secara automatik menjadi ahli ex officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ]
5. SUK yang dilantik sayugianya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri terutama ketua kerajaannya iaitu Menteri Besar agar pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri berjalan lancar dan efektif. Namun realiti yang berlaku di Selangor , Khusrin adalah individu yang sering mencetus kontraversi dan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Apakah kerana tersimpan agenda tertentu apabila Putrajaya dilihat beria - ia benar menabalkankan Khusrin sebagai SUK Selangor ?
6. Sungguhpun SUK Selangor adalah terdiri dari pegawai PTD yang juga merupakan kakitangan Persekutuan , tetapi tidak bolehkah kerajaan negeri terlebih dahulu dirundingi ? kemana perginya semangat federalisme yang didokong selama ini ? apakah kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka demokrasi diketepikan dan semangat federalisme dikesampingkan ?
7. Saya sangat tidak senang malah tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tidak profesional , tidak demokratik dan tidak menghormati semangat federalisme. Ia dilihat seperti cubaan untuk membuli kerajaan negeri Selangor. Ini tindakan yang tidak baik !
8. Saya berharap rundingan YAB Menteri Besar dengan pihak Sultan akan membawa keputusan yang positif demi kestabilan kerajaan negeri malah jua demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat negeri Selangor amnya.Justeru konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan dalam negara ini membina hubungan yang baik antara Menteri Besar dan Yang Mulia Sultan sementara tindakan Sultan pula berasaskan nasihat dari Menteri Besar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak menjalankan sebarang bentuk kempen di DUN Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula 22 Januari ini.
Pengarah SPR Johor, Othman Noh berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Bagaimanapun setakat ini, berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya dalam sidang media di Johor Baharu.
SPR menetapkan 22 Januari ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Januari. Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.
Allahyarham yang mewakili BN memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,491 undi, menewas calon PAS, Mohd Saim Siran.
Othman berkata, SPR juga telah mula menjual borang pencalonan untuk pilihan raya kecil itu namun belum ada yang membelinya.
"Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya," kata beliau.
SPR, katanya, mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil tersebut, berbanding 73.5 peratus dalam pilihan raya umum lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang untuk melaksanakan 'undi awal' menggantikan sistem undi pos pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata, SPR sedang mengkaji cadangan penambahbaikan undi pos sedia ada yang kini masih dalam perbincangan dan di peringkat awal.
"SPR mendapati sistem undi pos digunapakai terlalu rigid (ketat) sampai ada tiga sampul dan satu borang perlu diisi oleh pengundi," katanya menjawab soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua semasa ditemuramah dalam program Bicara Rakyat bersama SPR di TV1, malam tadi.
Pada pilihan raya kecil DUN Batu Sapi dianggarkan 150,000 undi pos terpaksa ditolak, katanya merujuk jumlah undi pos yang rosak.
Tian Chua yang juga naib presiden PKR antara penonton yang hadir dalam program itu.
Menurutnya, dijangkakan penambahbaikan sistem undi awal itu memudahkan anggota tentera dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengundi.
SPR akan memperluaskan kepada pengamal media yang bertugas pada pilihan raya itu, ujarnya.
Abd Aziz bagaimanapun menafikan dakwaan wujudnya sistem undi pos tidak telus di sesetengah kawasan.
"Berdasarkan rekod SPR lalu, undi pos tak semestinya satu-satu parti itu menang.
"Ia (dakwaan) tidak benar sama sekali, ini kerana faktor kemenangan bergantung kepada sentimen rakyat di kawasan itu," ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan