PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 17 Dec 2010 03:31 PM PST Cabaran futsal belia terhebat Posted: 17 Dec 2010 11:27 AM PST Link artikel: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htmKejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia memasuki saingan hari kedua hari ini dengan 555 perlawanan peringkat kumpulan lagi akan diteruskan di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya. Kesemua 444 pasukan lelaki dan wanita dari 222 kawasan Parlimen di seluruh negara sekali lagi akan turun ke gelanggang dalam misi memburu dua tempat teratas peringkat kumpulan masing-masing bagi mengesahkan tempat ke pusingan kedua. Saingan hari ini bakal menyaksikan 555 lagi perlawanan yang penuh mendebarkan, sekaligus menjadi penentu kepada nasib pasukan masing-masing dalam pemburuan hadiah kejuaraan keseluruhan berjumlah RM88,000. Kemeriahan pada hari pertama semalam memang suka runtuk digambarkan. Selain pemain, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Kompleks Futsal Putrajaya itu yang datang untuk melihat kemahiran dan bakat terpendam peserta-peserta yang bersaing pada pusingan akhir kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini. Meskipun hujan turun pada sesi petang, namun saingan di tengah gelanggang tetap meriah. Begitupun, ada beberapa perlawanan yang tidak dapat diteruskan ekoran hujun lebat dan pengadil membuat keputusan untuk menamatkan perlawanan terbabit ditentukan menerusi sepakan penalti. Hari ini, empat sesi perlawanan di peringkat kumpulan akan diteruskan bagi mencari 74 pasukan (lelaki) dan 74 (wanita) terbaik untuk beraksi di pusingan kedua. Selepas itu, 64 pasukan lelaki dan wanita itu akan meneruskan saingan ke pusingan ketiga sebelum menempatkan diri dalam kelompok 32 pasukan terbaik untuk beraksi di pusingan keempat. Saingan kalah mati ini kemudian diteruskan dengan 16 daripada 32 pasukan tersebut yang akan berentap dalam saingan pusingan kelima. Pusingan separuh akhir dan final kategori lelaki dan wanita pula akan dilangsungkan pada petang esok. Selain futsal, beberapa cara sampingan turut diadakan seperti persembahan artis jemputan, cabutan bertuah, pertunjukkan muay thai dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun. Pelbagai gerai pakaian, peralatan sukan serta makanan dan minuman turut disediakan bagi memeriahkan lagi kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini. Upacara perasmian kejohanan ini semalam disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Pada sebelah petang semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meluangkan masa meninjau perjalanan kejohanan tersebut dan beliau ternyata berpuas hati dengan sambutan serta perjalanan penganjurannya. Kejohanan ini menampilkan 444 pasukan dari 222 kawasan Parlimen di negara ini melibatkan 222 pasukan bersaing dalam kategori lelaki dan 222 lagi dalam kategori wanita. Pasukan-pasukan ini merupakan juara pada saingan peringkat Parlimen masing-masing yang telah bermula sejak Ogos lalu. Juara kategori wanita dan lelaki setiap kawasan Parlimen layak beraksi ke pusingan akhir yang menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 kepada juara. Naib juara akan membawa pulang RM10,000 sementara tempat ketiga akan menerima RM6,000. Pasukan yang menduduki tempat keempat akan menerima RM4,000 sementara pasukan-pasukan yang menduduki tempat kelima hingga kelapan, masing-masingnya menerima RM1,000. Pasukan-pasukan yang datang dari luar Lembah Klang ditempatkan di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | DAP KETANDUSAN PEMIMPIN...... Posted: 16 Dec 2010 07:00 PM PST
Guan Eng Setiausaha Agung baru DAP, Karpal Singh Pengerusi
Bekas anggota parlimen Kota Melaka Lim Guan Eng, yang pernah dikenakan hukuman penjara kerana membuat tuduhan palsu, Sabtu dipilih sebagai setiausaha agung DAP, jawatan yang pernah disandang bapanya, Lim Kit Siang.
Pada Kongres Kebangsaan DAP ke-14 di sebuah hotel di sini, parti itu juga menyaksikan perubahan besar barisan kepimpinannya sejak ditubuhkan 38 tahun lepas apabila Kit Siang melepaskan jawatan sebagai pengerusi untuk memberi laluan kepada timbalannya, Karpal Singh dipilih sebagai pengerusi ketiga DAP.
Dr Chen Man Hin merupakan pengerusi pertama parti ini sebelum jawatan itu diambil alih Kit Siang pada 1999 setelah beliau melepaskan jawatan setiausaha agung yang disandangnya sejak 1969.
Anggota parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw pula dipilih sebagai timbalan pengerusi manakala anggota parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, Zulkifli MD Noor, Chow Kon Yeow dan Richard Wong memenangi jawatan naib presiden.
Dalam pertandingan merebut kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), setiausaha pengelola kebangsaan, yang juga anggota parlimen Cheras, Tan Kok Wai mendapat undi terbanyak iaitu 337 daripada 381 anggota perwakilan yang menghadiri kongres tersebut dengan diikuti anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan (334 undi) dan Chow Kon Yeow (333 undi).
Guan Eng menduduki tempat ke-12 dengan 276 undi manakala Karpal Singh mendapat 309 undi dan Kit Siang 264 untuk membolehkan mereka menduduki tempat ke-10 dan ke-14 daripada 34 calon.
Pada sidang media kemudiannya, Guan Eng menolak dakwaan bahawa pemilihannya sebagai setiausaha agung DAP menunjukkan wujudnya nepotisme dalam parti itu.
"Baru jadi setiausaha agung sudah mula (tuduhan nepotisme). Saya dipilih oleh 19 anggota CEC dan menerima sokongan semua perwakilan. Saya bukan dipilih oleh satu orang," kata beliau.
Guang Eng mengambil alih jawatan itu daripada Kerk Kim Hock yang melepaskan jawatannya selepas pilihan raya umum lepas.
Katanya dengan menyandang jawatan setiausaha agung, beliau tidak akan menjadi hartawan.
"Terpulanglah kepada musuh DAP untuk mengambil kesempatan daripada isu ini. Apa yang penting ialah anggota DAP tahu bahawa saya bekerja untuk parti tanpa mengharapkan ganjaran," katanya.
Guan Eng juga mengumumkan Kit Siang akan mengetuai Jawatankuasa Perancangan Strategik dan Dasar DAP yang akan menasihati parti itu tentang pelbagai isu dan dasar.
Sementara itu, Karpal Singh berkata pemilihannya menunjukkan bahawa DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum dengan setiap orang mempunyai peluang untuk dilantik memegang jawatan.
"Tapi, apa yang menyedihkan ialah saya mengambil alih daripadanya (Kit Siang). Bukan mudah untuk menyamai beliau...dengan pengalaman dan tahap intelektualnya," kata anggota parlimen Bukit Gelugor itu.
Calon bukan Melayu lain yang turut dipilih menganggotai CEC ialah Ahmad Ton dan Zulkifli Md Noor. |
| JAGA-JAGA JOHOR ANDA DIINTAI................................... Posted: 16 Dec 2010 06:28 PM PST Anwar terus berselera nak jadi PM…Negeri Sembilan dan Johor kini jadi sasaran
Selera Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menawan Putrajaya sekaligus jadi Perdana Menteri masih membuak-buak walaupun PKR nampak hampir rebah dengan macam-macam perkara ekoran perebutan jawatan dalam parti itu sekarang. Ketua Pembangkang itu juga seolah buat-buat lupa beliau sedang berdepan kes liwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di mahkamah yang boleh bikin impiannya padam jika didapati bersalah. Anwar barangkali merasakan hanya kerusi Perdana Menteri itu akan ' menyelamatkannya' dari segalanya. Sebab itu ketika berceramah di kempen bagi calon PKR, Ansari Abdullah di Sanbay Hotel di Sandakan petang Ahad beliau dengan nada untuk menggambarkan keyakinannya kepada hadirin berkata lima negeri yang sudah ditawan pembangkang pada pilihan raya umum lalu tidak akan terlepas semula kepada Barisan Nasional (BN) . Malah katanya, pakatan rakyat akan menawan Negeri Sembilan kerana ketika ini mereka hanya kekurangan tiga kerusi di Dewan Undangan Negeri. Sasaran seterusnya pembangkang adalah Johor yang merupakan kubu kuat UMNO di Semenanjung ketika ini. "Lima negeri kita sudah tewaskan dan tidak boleh kalah dah. Lepas ini kita tembus Negeri Sembilan kerana kita hanya kurang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri. Lepas itu kita tembus Johor pula," ujarnya. Lebih 1,000 hadir mendengar ceramah tersebut yang turut disertai Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Mahfuz Omar serta Ansari. Ambil kira apa dicakapkan Anwar ini, nampak ia tidak jauh dengan apa didedahkan ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin mengenai pakatan sulit PKR-DAP mahu tawan Negeri Sembilan dan Perak dengan membelakangkan PAS. Bagaimanapun, kerana apa didedahkan Zulkfli itu boleh buat sesetengah pemimpin PAS boleh naik angin, Anwar seperti biasa cuba tutup silap matanya itu dengan memuji Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang jujur. Katanya, Azizan dan Nik Aziz tidak ambil walau seincipun tanah atau balak di negeri Kedah atau Kelantan. Malah beliau turut menasihatkan Khalid sebagai menteri besar PKR di Selangor mencontohi kedua-dua pemimpin PAS itu. Sementara itu, Kit Siang pula terus memainkan isu kematian Teoh Beng Hock, Amirul Rasyid dan K. Kugan dengan menggambarkan kematian mereka sebagai kezaliman di negara ini. Beliau sengaja menimbulkan kes itu yang dianggap boleh menghina mahkamah kerana ingkues Beng Hock masih berjalan manakala kes kematian remaja akibat terkena tembakan polis itu masih belum selesai. Penasihat DAP serta ahli parlimen Ipoh Timur itu turut meminta pengundi-pengundi di Batu Sapi memberi kemenangan kepada PKR bagi meneruskan perjuangan pembangkang ke Putrajaya. Katanya, kalau PKR menang di Batu Sapi, ia ibarat sudah separuh perjalanan ke Putrajaya. Walaupun beberapa pemimpin pakatan rakyat sibuk berkempen tetapi ramai melihat pertembungan sebenar dalam pilihan raya kecil di Batu Sapi ini antara BN dan SAPP. PKR dikatakan meletakkan Ansari hanya bertujuan memecahkan undi khususnya membabitkan pengundi-pengundi Melayu dan Bumiputera Melayu di Sabah. -31/10/2010 |
| ADAKAH ANGKA INI AKAN BERUBAH JIKA....... Posted: 16 Dec 2010 06:18 PM PST
Wikinuar jadi PM ?
PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004 – Nazri
Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20. "Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat Selasa. Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008. Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.-23/11/2010
|
| TAHNIAH ZAID DARI TIMBALAN NAIK KEPADA PRESIDEN ! Posted: 16 Dec 2010 06:07 PM PST Zaid Ibrahim Presiden baru AKIM…jelas kenapa tak tubuh parti baru
Muktamar Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) 2010 meluluskan sebulat suara untuk menukar nama parti itu kepada 'Parti Kesejahteraan Insan Tanahair' (KITA) dan memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai Presiden parti itu pagi Rabu di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya. Lebih 200 orang ahli yang hadir pada muktamar itu juga memutuskan beberapa perubahan seperti struktur jawatan dan lambang parti yang akan dihantar untuk mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan. Sementara itu Zaid semasa menyampaikan ucapan sulongnya sebagai Presiden AKIM memberitahu parti itu akan mengadakan satu persidangan khas pada 19 Januari 2011 bagi pamerkan sepenuhnya lambang baru parti KITA, matlamat, ciri-ciri dan mungkin ada orang-orang tertentu yang akan menyertai parti itu. Menurutnya, segala pengulungan, kupasan, luahan, perlembagaan baru dan simbol baru akan dijelaskan secara terperinci setelah mendapat kelulusan pendaftar pertubuhan disamping perlantikan beberapa jawatan penting. Parti KITA akan mempunyai seorang Pengerusi Persidangan Perwakilan Pusat yang akan dilantik dari kalangan orang yang ternama, dihormati, boleh memberi nasihat untuk memajukan parti dan tidak begitu aktif berpolitik. Seorang Ketua Parti yang aktif berpolitik dan barisan Jawatankuasa Eksekutif Parti (JEP) disamping akan dilantik seorang Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari. Zaid yang mengadakan sidang media selepas muktamar itu memberitahu tindakannya tidak menubuhkan parti baru tetapi memilih sebuah parti yang sediada kerana ingin mengelakkan proses yang agak lama. "Saya dan Presiden AKIM sudah ada persepakatan, kebetulan dan persetujuan maka kita mendapatkan mandat dari ahli-ahli pada hari ini, ianya lebih mudah dan cepat," katanya. Menjawab soalan kenapa memilih untuk menjadikan parti itu 'multiracial', Zaid berkata, "itulah cara terdekat parti politik yang ingin maju di negara ini mestilah parti berbilang kaum dan itu secocok dengan pandangan kami." Parti AKIM ditubuhkan pada 1994 dan merupakan serpihan parti PAS dan kini mempunyai hampir 300 orang ahli . Zaid juga meminta diberikan masa untuk membuat perancangan lebih baik pada parti itu dan tidak menafikan memang ada perancangan besar yang tidak mahu didedahkan. Beliau berkata, "prinsip KITA adalah menghormati hak-hak semua kaum, semua agama, akan pertahankan demokrasi, keluhuran undang-undang, keutamaan pada semangat membawa kejayaan pada negara, perpaduan adalah penting dalam perjuangan parti dan diharapkan akan dapat kepercayaan pada semua kaum." Ditanya samada akan sertai pakatan pembangkang, Zaid berkata,"saya tidak akan menyertai sesiapa, kita bebas, ada ideologi sendiri, pandangan dan dasar tetapi kalau kebetulan perkara yang berlaku memerlukan sokongan dan sekiranya wajar serta secocok dengan perjuangan parti, kita akan beri sokongan, kita tidak partism dari segi itu." Soal keahlian pula, Zaid menjelaskan bahawa parti itu bersedia menerima sesiapa sahaja bekas ahli parti lain yang mempercayai dan yakin tentang perjuangan parti KITA. Parti itu akan beribupejabat di satu premis dekat Ara Damansara. Sebelum ituketika berucap Zaid menegaskan bahawa politik negara ini memerlukan perubahan, bukan sahaja perubahan carta tetapi dari kegiatan dan praktiknya serta nilai politik itu juga perlu berubah. Katanya, "hari ini kita melihat mereka yang ada kuasa menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya, kes-kes penyalahgunaan kuasa, rasuah berleluasa, rakyat bosan dengan perebutan kuasa." "Kita orang Melayu, orang Islam ada bahasa, budi, sejarah dan nilai...inilah parti politik yang akan kita bawa bersama-sama" Sambil menyatakan penghargaan atas pengorbanan bekas Presiden AKIM Zakaria Salleh, seluruh Jawatankuasa dan ahli-ahli, Zaid berkata, "saya menghargai pengorbanan semua dan tidak perlu bimbang kerana kita mahu ambil sokongan yang lebih luas pada parti ini." "Kita mahu parti ini berbilang kaum, parti yang boleh menghormati hak semua kaum, mahu membantu kesejahteraan rakyat, inilah perjuangan kita. Parti ini mahu menghormati demokrasi dengan sebenar-benarnya, kita mahu memberi pengertian baru tentang apa itu keluhuran undang-undang, kebebasan, ekonomi yang adil kepada semua rakyat", tambahnya. Menurutnya, "kita parti kecil tetapi wawasan kita besar, jumlah ahli kita kecil tetapi matlamat perjuangan kita ialah untuk memberi sumbangan besar pada rakyat negara ini, kita jangan bimbang dengan kritikan dan tohmahan" "Saya sendiri sudah melalui pelbagai cabaran dalam politik tetapi bila kita ada kepercayaan mahu benar-benar membela rakyat dan membela orang yang perlu kita bela, insyaallah kita akan mendapat sokongan yang sebenarnya" Kata Zaid, "apa yang penting ialah orang yang bersama-sama kita percaya pada perjuangan kita dan mahu melihat sistem pentadbiran yang lebih sesuai serta secocok dengan kehendak rakyat." Zaid berkata, "kita yakin Malaysia ada potensi besar, kita bersetuju bahawa negara ini mesti ditahap yang lebih tinggi dan maju tetapi bukan untuk golongan dan pemimpin tertentu tetapi kemajuan itu mestilah meliputi rakyat jelata, petani, nelayan, orang kampung dan orang yang kurang berkemampuan." Beliau menambah, "kita akan berusaha kearah itu, kita akan cuba mencari pemimpin yang akan bersama kita, kita tidak perlu pada orang-orang yang masyhur, orang jahat pun masyhur juga, orang yang ada skandal pun masyhur...kita akan terima orang yang ikhlas untuk memimpin negara ini." Zaid dengan tegas memberi jaminan bahawa parti itu akan menjadi parti yang penting di negara ini. Katanya, "ada orang bertanya apakah parti ini akan pro pembangkang atau menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), saya jawab parti ini akan menyokong kebenaran dan perjuangan untuk rakyat. Apa yang betul mesti betul. Kita menentang bukan semata-mata untuk jadi jaguh, kita sokong kerana prinsip kita." Bercakap tentang pilihan raya, Zaid berkata, "bila sampai masa pilihan raya, dengan kekuatan apa yang kita ada, kita akan bertanding di mana-mana di kawasan pilihan raya yang kita rasa kita ada peluang untuk menang." "Kita bukan parti pengacau untuk pecahkan undi, bukan kerja nak mengacau, kita akan jadi parti politik yang penting...itu janji saya," tegas beliau. Katanya, "rakyat perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku di negara ini, kita akan bekerja bersungguh-sungguh, kita juga boleh jadi parti terkuat di negara ini." "Saya ingin memberi jaminan, apapun hasilnya, saya tidak mengharapkan kejayaan dalam masa yang singkat tetapi kejayaan bukan untuk saya dan bukan untuk kita tetapi untuk anak cucu kita. Kita bukan masuk parti politik untuk terus jadi Perdana Menteri, kita juga bukan parti politik yang hendak kejarkan kuasa apa jua sekalipun seperti yang dikatakan oleh sesetengah pemimpin parti politik" "Kita parti yang hormat kuasa rakyat, kita hormat pada demokrasi, kita hormat pada keputusan rakyat, kita akur pada rakyat, kita berikanlah objektif kita dan peluang pada rakyat untuk membuat perhitungan, ketetapan dan keputusan" "Hasrat parti KITA kepada satu tahap baru yang dapat isihati orangramai, mendapat keyakinan mereka dan menyuarakan hasrat mereka supaya negara lebih baik, pencapaian lebih baik, ekonomi lebih selamat, rasuah negara akan berkurangan, penyalahgunaan kuasa akan berkurangan dan peluang pada rakyat akan lebih, inilah perjuangan kita," ujarnya. -15/12/2010
Biar betul Zaid… Pada ketika semua orang menanti nak tahu apakah parti baru yang bakal diterajui oleh Datuk Zaid Ibrahim tiba-tiba muncul berita mengatakan beliau sudah menyertai parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
Agak mengejutkan juga mengenangkan AKIM dilihat oleh kebanyakan pemerhati politik tidak lebih dari parti 'pak lawak' yang antaranya pernah menyertai pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak lama dulu.
Zaid sendiri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya namun Presiden Akim, Zakaria Salleh Isnin dilaporkan mengesahkan bekas calon Timbalan Presiden PKR sudah rasmi menjadi ahli AKIM sejak pertengahan bulan November lalu. "Beliau sah sebagai ahli AKIM, beliau telah serahkan borang keahlian pada bulan lalu.Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi," kata Zakaria. Jika benar yang pasti orang akan bertanya apakah Zaid akan diberi laluan menerajui parti itu?
Zakaria berkata beliau menyerahkan kepada kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menentukannya.
Semasa mengumumkan hendak menubuhkan parti baru dalam sidang akhbar baru-baru ini ,Zaid menafikan desas desus beliau hendak menyertai AKIM.
Selain menyertai pilihanraya kecil Permatang Pauh,AKIM juga gempak hendak menyertai beberapa pilihanraya kecil lain termasuk Kuala Terengganu tetapi tidak muncul.
Semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh,ramai yang tertawa melihat AKIM hanya mendirikan sebuah pondok di tepi jalan besar menuju ke Bukit Mertajam dan jarang kelihatan sesiapa ada di situ.- 1Oleh: LUKMAN ABDULLAH3/12/2010
|
| TERKINI : REFOMASI PEMBANGKANG TINGGAL 20 ORANG SAJA !!!!! Posted: 16 Dec 2010 06:03 PM PST Cuma 20 orang saja… Mana perginya yang lain....
Seruan menerusi Twitter dan sebagainya agar penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di jalan depan bangunan Parlimen untuk bantah pengantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat sambutan.
Cuma 20 orang muncul diketuai Shamsul Iskandar Md Akin,Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR
Pada jam 1.30 tengahari mereka cuba berarak dari situ ke pejabat SUHAKAM di Jalan Raja Laut namun dihalang polis. Dua orang ditahan kerana engkar arahan polis. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai kerana mereka berarak tanpa permit tetapi mereka enggan menyebabkan dua daripada mereka ditahan.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata perhimpunan bermula tengah hari apabila kumpulan itu cuba mengadakan perarakan untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai bantahan terhadap penggantungan Anwar dan tiga anggota Parlimen pembangkang yang lain daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Polis kemudian memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai dan hanya membenarkan dua atau tiga orang sahaja untuk ke Suhakam tanpa mengganggu lalu lintas.
Memorandum itu kemudian dihantar oleh Anggota Parlimen Balik Pulau daripada PKR, Yusmadi Yusof, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin serta Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin ke pejabat Suhakam pada 2.30 petang.-16/12/2010
|
| TERKINI : DRAMA PEMBANGKANG DI DEWAN RAKYAT. Posted: 16 Dec 2010 06:00 PM PST Kecoh gantung Anwar di Dewan Rakyat 'dibuat-buat'- Nazri Oleh: ROSLAN BIAN DAN HELME HANAFI
"Pakatan Rakyat (PR) ini penipu, dia lupa apa yang dia buat kat kita, gantung Ketua Pembangkang di Selangor, di Pulau Pinang, di Kelantan, kita terima, bila kita buat tak boleh, dia buat tak apa?" kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz. "Mereka ini bukan Yang Berhormat tapi Yang Tak Hormat,"katanya. Beliau mengulas kejadian pembangkang buat kecoh macam nak 'kiamat' di Dewan Rakyat pada Khamis gara-gara usul supaya ketua mereka bersama tiga yang lain digantung enam bulan dari menghadiri sesi Parlimen. Bagi yang kenal Nazri, jarang boleh tengok beliau marah sampai kata orang "penipu", 'gila' "ada tahi lembu di kepala mereka," "bodoh punya lawyer" tapi kejadian sejam setengah yang tukar dewan yang mulia seperti pertunjukan sarkas buat menteri yang jaga hal ehwal Parlimen itu 'angin satu badan'. Hukum Anwar berdasarkan 'Standing Order' Dalam sidang media petang Khamis, kata Nazri, sebagai orang yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Parlimen, beliau sudah pastikan semua prosuder untuk gantung Anwar dan tiga yang lain ikut 'Standing Order'. "Tidak ada kecacatan dari segi prosuder, saya sudah pastikan semuanya berjalan dengan baik,"kata beliau.
Katanya, kekecohan yang timbul hanyalah 'dibuat-buat' supaya Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hilang kawalan sehingga terpaksa tangguh sidang dan sekaligus tunda keputusan menggantung Anwar. "Apa yang mereka buat adalah untuk menggagalkan keputusan menggantung Anwar. Mereka mahu Speaker tunda ke tahun depan, itu yang merreka nak,"kata Nazri. Anwar digantung daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana mendakwa 1 Israel sama dengan 1 Malaysia. Tiga lagi ahli parlimen pembangkang – Azmin Ali (PKR – Gombak); R Sivarasa (PKR – Subang) dan Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) turut digantung selama enam atas beberapa kesalahan. Nazri juga menjelaskan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengikut semua peraturan mesyuarat dalam mengendalikan sidang Dewan Rakyat. "Apa yang mereka lakukan amat memalukan. Pembangkang dakwa Speaker berat sebelah tetapi dia ikut semua peraturan mesyuarat," katanya di lobi Parlimen petang Khamis. Anwar ada tiga kesempatan bela diri Mengulas mengenai dakwaan pembangkang Anwar tidak dipanggil membela diri, kata Nazri, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak mempunyai hak menghukum sebaliknya hanya mengumpulkan maklumat. Maklumat itu akan dibawa kepada Majlis Parlimen untuk pendakwaan sebelum diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk membuat keputusan. "Mereka, khususnya diberi kesempatan malah pada bulan April diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan atau tarik balik tuduhan tetapi dia tidak buat. "Dalam sesi kedua, masih ada kesempatan tetapi dia tidak buat. Sesi ketiga juga dia tidak buat. Segala apa yang kita cakap dia tidak mahu dengar kononnya kita takut kerana ada kuasa minoriti tetapi mereka silaplah," katanya. "Tahi lembu di kepala mereka" Mengulas mengenai gertakan pembangkang mahu menyeret Speaker ke mahkamah, kata Nazri, perkara itu boleh dicuba tapi tidak akan berhasil kerana mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat. "Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya," Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen. "Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka. "Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga," kata Nazri yang memberitahu bahawa beliau juga seorang peguam. Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan. Ketika mengulas mengenai placard yang dibawa masuk ke dalam dewan, Nazri berkata ia tidak boleh dibawa tanpa kelulusan Speaker. "Itu ada dalam Standing Order". Mereka bukan YB tetapi penipu. Bawa masuk cara penipu," katanya. Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menayangkan placard ketika keadaan tegang berlaku dalam dewan hari ini. Agendadaily difahamkan ahli parlimen kanan PKR yang dilihat 'seludup' bawa masuk placard itu ke dalam dewan. Elaun berjalan macam biasa Mengulas mengenai elaun kepada mereka yang digantung kata Nazri, elaun akan dibayar seperti biasa kerana menghormati keputusan mahkamah dalam kes yang dibawa oleh Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di mana hakim putuskan menghentikan elaun ahli parlimen yang digantung tidak berdasarkan Perlembagaan. "Kita hormati keputusan itu sebab tu kita tak potong elaun, bukan macam mereka, mereka tak hormat keputusan mahkamah, sebab itu ketua pembangkang dan beberapa adun BN di Selangor yang digantung tanpa elaun,"katanya. Nasihat "bodoh punya lawyer." Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa proses pengantungan ahli parlimen mereka adalah untuk membolehkan BN dapat majoriti dua per tiga. Nazri sekali lagi 'angin satu badan' sampai beliau soal, "Siapa yang bagi nasihat pada mereka (tentang itu), kalau kita gantung semua pembangkang pun tak boleh pinda Perlembagaan selagi tidak ada 148 undi penyokong. Terang beliau, jumlah dua per tiga yang digembar-gemburkan pembangkang itu mestilah dibahagi dari 222 kerusi parlimen yang ada. "Perkiraannya mesti dua per tiga dari 222 maknanya 148, BN ada 137 sahaja, gantung siapapun kalau hendak pindah Perlembagaan mesti ada sokongan dari 148 orang ahli parlimen,"katanya yang tambah nasihat itu barangkali diberikan "bodoh punya lawyer" Beliau menambah sebab itu dia gelar pembangkang ini 'penipu' sebab perkara yang dah memang terang-terang tulis pun mereka nak tipu lagi. "Bukan yang berhormat, tapi yang tak hormat,"katanya sambil geleng kepada mengenang gelagat pembangkang.- 16/12/2010
RENTETAN KECOH USUL GANTUNG ANWAR DAN TIGA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG LAIN DI DEWAN RAKYAT
4.00 PTG - Dalam sidang akhbar di lobi parlimen Datuk Seri Nazri Aziz kata di Dewan Undangan Negeri Perak (dulu),Selangor dan Pulau Pinang Pakatan Rakyat gantung beberapa ADUN BN.Bila kena sendiri mereka tidak terima dan cuba nak gagalkan sidang Dewan Rakyat agar ditangguh.
1.04 TGH - Sidang Dewan Rakyat penggal ini berakhir.Penggal depan dijangka bermula dalam bulan Mac. 12.45 TGH-Khairy Jamaluddin dalam sidang media di lobi Parlimen jelaskan Pakatan Pembangkang yang tidak mahu bahas usul gantung Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab itu mereka timbulkan kekecohan. Katanya MP BN sudah bersedia berbahas isu gantung Anwar dan tiga yang lain. 12.40 TGH-Dewan lulus usul gantung Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah enam bulan selepas ia dibahas oleh Ahli Parlimen BN dan Bebas sahaja kerana Ahli Parlimen pembangkang keluar. 11.45-PAGI- Dewan sekarang sedang bahas usul gantung Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah. Antara Ahli Parlimen yang ambil peluang bahas adalah Datuk Abdul Rahman Dahalan dari Kota Belud yang kata hari ini adalah sejarah hitam pada Dewan yang mulia apabila pembangkang buat kecoh dan cuba tafsir Peraturan Mesyuarat berdasarkan citarasa mereka. 11.35 PAGI- Anwar dan rakan-rakannya terus keluar Dewan selepas digantung, buat sidang media sambil duduk ramai-ramai atas lantai sambil 'ratip' "UMNO-APCO" ramai-ramai. 11.30 PAGI- Dalam suasana Dewan yang terus kecoh. Speaker putus buat undian usul gantung Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diluluskan gantung beliau selama enam bulan. 11.05 PAGI- Belum pernah berlaku dalam sejarah Ahli parlimen tayang sepanduk dalam Dewan yg mulia. Dulu paling teruk bekas MB Perak yg juga Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin pakai 'headband'. Hari ini pembangkang tayang macam-macam sepanduk dalam Dewan. Pembangkang terus hentam Speaker Dewan. 10.45 PAGI - Suasana dalam Dewan Rakyat terus kecoh sejak sidang bermula jam 10 pagi. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para ahli parlimen pembangkang berentap dengan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Malah, satu ketika beliau telah menutup alat pembesar suara dewan untuk cool down suasana. Ahli parlimen pembangkang pertikai mengapa Anwar tidak diberi hak beri penjelasan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah usulkan beliau digantung 6 bulan kerana isu Apco.Speaker beri penjelasan tetapi mereka berkeras tidak mahu terima.-16/12/2010
BERITA SEBELUM INI :Mengambil kira gelagat para Ahli Parlimen pembangkang yang gemar bikin kecoh… sidang Dewan Rakyat pada hari akhir untuk penggal ini hari ini dijangka 'meletup'.
Masalahnya di sini ialah orang yang salah tetapi tidak mahu terima hukuman dan nak terus buat bising seolah segala tindakan keatas mereka tidak adil.
Cuma tunggu dan lihat apa pula aksi mereka kali ini bila usul yang panas untuk mengantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menghadiri sidang selama enam bulan dibentangkan.
Anwar berdepan dengan tindakan itu kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu APCO dimana beliau mendakwa I Malaysia tiru I Israel.
Suasana bertambah panas kerana turut sama akan dibentangkan ialah usul menggantung tiga Ahli Parlimen pembangkang lain yakni Karpal Singh DAP Bukit Gelugor, R Sivarasa PKR Subang dan Azmin Ali PKR Gombak.
Mereka didakwa melanggar peraturan Dewan Rakyat kerana membocorkan maklumat mengenai butiran mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu APCO itu sebelum ia dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
Karpal dan Sivarasa ialah ahli jawatankuasa berkenaan.
Usul mengenai mereka antara lain menyebut Karpal dan Sivarasa pada 3 Disember yang juga ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding mesyuarat jawatankuasa berkenaan. Azmin pula menerusi surat bertarikh 1 Disember telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan kepada jawatankuasa tersebut pada 3 Disember. Mereka bertiga didapati melanggar Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah jawatankuasa pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa sebelum jawatankuasa itu membawa penyata kepada sidang Dewan Rakyat. Ketiga-tiga terbabit dianggap menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan Dewan Rakyat. Bibit-bibit kehangatan sudah terasa sejak sidang Dewan Rakyat Rabu bilamana ahli parlimen pembangkang sudah buat kecoh mempersoalkan usul baru itu hingga Sivarasa digantung sehari sidang manakala Azmin hingga jam 2.30 petang. Azmin sempat melaungkan Reformasi sebelum keluar menyebabkan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional menjerit membantah perbuatan tersebut.-15/12/2010 |
| INIKAH SIKAP AHLI PARLIMEN YANG ANDA PILIH ? Posted: 16 Dec 2010 05:46 PM PST KEPADA SEMUA PENGUNDI NILAIKAN SENDIRI, WAJARKAH MEREKA INI ..............?
|
| RAYUAN SEORANG ADIK Posted: 16 Dec 2010 05:33 PM PST Azmin sanggup tuduh Speaker kena beli UMNO demi pertahan Anwar..
Jika minggu lalu pemimpin pakatan rakyat heboh cerita kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kena gantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen isu isu Apco yang kaitkan 1 Malaysia dengan 1 Israel, pada Rabu mereka bikin kecoh di Dewan Rakyat pula. Malah dalam usaha mempertahankan Ketua Pembangkang itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang juga 'panglima perang Anwar," sanggup menuduh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dibeli oleh UMNO kerana tidak membenarkan usul tergempar mengenai isu itu dibangkitkan. Usul tergempar itu untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Anwar tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini. Perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa terganggu apabila Azmin bangkit dan membentangkan usul tergempar mengikut Peraturan Dewan 18(1). Pandikar Amin berkata keputusan jawatankuasa itu belum dibentangkan di Dewan rakyat, justeru usul itu tidak perlu disegerakan. Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR itu terus berhujah mendakwa Anwar tidak dapat perbicaraan yang adil kerana tidak dipanggil membela diri. Walaupun beberapa kali diarah duduk, Azmin terus berdiri menyampaikan hujah. Hingga satu peringkat, Azmin mendakwa Speaker itu dibeli UMNO. "Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh UMNO, Barisan Nasional," kata Azmin. Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan keputusannya adalah tepat kerana pihak jawatankuasa berhak untuk menolak mana-mana bukti yang dikemukakan. Kenyataan Azmin menyebabakan ahli-ahli parlimen BN bangkit meminta Azmin memohon maaf kerana menghina Speakar tetapi tidak dipedulikan wakil rakyat PKR itu. Dalam pada itu, Karpal Singh pula berkata Pandikar Amin tidak layak kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. "Tuan Speaker harus berundur. Sekiranya tidak, maka berlakulah conflict of interest," kata Karpal. Pandikar bagaimanapun enggan berbuat demikian. Melihat keadaan semakin tegang, Pandikar kemudian mengarahkan beberapa ahli parlimen pembangkang yang terus berdiri mahu mencakap isu itu keluar Dewan sehingga jam 2.30 petang. Berikutan penolakan usul itu, hampir semua ahli parlimen pakatan rakyat termasuk Anwar meninggalkan dewan tanda protes. Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk daripada Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide. Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, dakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999. Pada 3 Disember lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.-8/12/2010 Menjelang keputusan isu APCO: Bising dulu… NOOR HASILAH ISMAIL Kalau bercakap tentang perang saraf kemungkinan ini memang dijangka. Beberapa hari kebelakangan ini sudah ada pihak yang cetuskan desas desus Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan kena gantung hadir sidang parlimen kerana mengaitkan konsep IMalaysia dengan 1Israel.
Senang cakap bising dulu gambarkan semuanya tidak adil menjelang keputusan kes itu yang ditentukan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diumumkan.
Jadi tidaklah menghairankan apabila Anwar memanggil satu sidang akhbar tergempar di ibupejabat PKR awal petang Jumaat untuk mempertikaikan perjalanan mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen pada sebelah pagi.
Difahamkan mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membuat keputusan ke atas kes berkenaan.
Ia bagaimanapun perlu dibentangkan kepada Dewan Rakyat terlebih dahulu sebelum diumumkan.
Dalam sidang akhbarnya yang disertai oleh ahli jawatankuasa berkenaan Karpal Singh ( DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKR - Subang) , Anwar mempertikai jawatankuasa berkenaan tidak beri peluang beliau kemuka penjelasan berhubung isu APCO pada mesyuarat kali ini. Beliau mendakwa jawatankuasa itu sengaja mahu mempercepat penggantungannya dari parlimen. "Ketika kes saya dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan, Speaker telah berjanji bahawa saya akan diberi peluang mengemukakan bukti dan mempertahankan diri, tetapi ini tidak berlaku. Ini tidak adil dan ia adalah titik hitam dalam sejarah parlimen," katanya. Sementara itu, Karpal berkata, pada mesyuarat pagi Jumaat, beliau telah diberikan surat daripada APCO bertarikh 19 Ogos. Katanya beliau juga tidak diberitahu mengenai agenda mesyuarat. "Tiba-tiba Ahli Parlimen Muar (Datuk Razali Ibrahim) mengusulkan supaya perkara itu (mengenai Apco) didengar dan usul itu disokong oleh Ahli Parlimen Alor Gajah (Dr Fong Chan Onn). "Saya dan R Sivarasa (Ahli Parlimen PKR Subang Jaya) yang berada di situ meninggalkan mesyuarat sebagai tanda protes," kata Karpal yang memberitahu beliau tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Selain Karpal, Sivarasa, Razali dan Dr Fong jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong). Jika jawatankuasa berkenaan memutuskan Anwar bersalah, Ahli Parimen Permatang Pauh itu menghadapi kemungkinan digantung daripada menghadiri sesi parlimen akan datang, iaitu pada Mac 2011.
Desas desus yang dimainkan menduga beliau akan kena gantung selama enam bulan. Apapun hukuman oleh jawatankuasa itu tidak menjejaskan hak beliau untuk bertanding jika pilihanraya diadakan.3/12/2010 Jika bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Datuk seri Anwar Ibrahim 'bersara politik', Zulkifli Noordin pula menasihat Ketua Umum PKR itu bertaubat. Dengan nada lebih sinis, ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR itu berkata, Jika bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Datuk seri Anwar Ibrahim 'bersara politik', Zulkifli Noordin pula menasihat Ketua Umum PKR itu bertaubat. Dengan nada lebih sinis, ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR itu berkata, |
| TAZKIRAH JUMAAT Posted: 16 Dec 2010 05:22 PM PST Part of the Do'a Iftitah "Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims." Surah An Nahl (Chapter 16 Verse 125) Holy Al Quran Al Kareem. Transliteration Ood uu ila sabi li rabbika bil hikmati wal mau idhza til hasanah * Waja dil hum billati hiya ahsan * Inna rabbaka huwa 'aqlamu biman dhalla an sabi liih * Wahuwa 'aqlamu bil muhtadin !
Muhsin Khan Invite (mankind, O Muhammad SAW) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Quran) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided. Malay Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. |
| Malaysian Opposition MPs Disgraceful Parliamentary Circus! Posted: 16 Dec 2010 05:19 PM PST | STATISTIK DUN TENANG Posted: 16 Dec 2010 04:50 PM PST | AL-FATIHAH : ADUN TENANG KEMBALI KERAHMATULLAH Posted: 16 Dec 2010 04:47 PM PST PPUBJ MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN.
|
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan