Pengikut

BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 11:07 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 18 Dec 2010 09:21 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


HASIL ARAK NEGERI JOHOR DAN HASIL JUDI NEGARA

Posted: 17 Dec 2010 09:41 AM PST

SOALAN LISAN YB DR MOHAMMAD TASLIM (MAHARANI) DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI JUMAAT , 19 NOVEMBER 2010 :

Berapakah jumlah hasil judi dan arak yang diperolehi Kerajaan Negeri Johor bagi tahun 2010, dimanakah wang tersebut disimpan dan dibelanjakan serta namakan syarikat-syarikat yang terlibat?


JAWAPAN YAB DATO' MENTERI BESAR


Lesen minuman keras dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (KDRM), Negeri Johor adalah berjumlah RM978,236.26 bagi tempoh 1 Januari 2010  hingga 2 November 2010. Ia menjadi hasil Kerajaan Negeri. Wang hasil tersebut dibelanjakan bagi tujuan pembangunan melibatkan rakyat bukan Islam.


Bilangan syarikat yang diberi kelulusan berkaitannya oleh Pegawai Pelesen menurut Akta Eksais 1976 adalah berjumlah 1,259 buah syarikat di mana pecahanya mengikut daerah adalah seperti berikut:



DAERAH
      BIL
a.
Johor Bahru
         612
b.
Kulaijaya
           68
c.
Muar
         110
d.
Ledang
           23
e.
Batu Pahat
         107
f.
Pontian
           25
g.
Segamat
           83
h.
Kluang
           97
i.
Kota Tinggi
         120
j.
Mersing
          14

JUMLAH
     1.259


Kerajaan Negeri mengeluarkan lesen bukanlah untuk menghalalkan minuman keras, tetapi bertujuan untuk mentadbir serta mengawal penjualan minuman keras. Kutipan yang dibuat adalah merupakan caj kawalan (service charge) kepada syarikat yang menjual minuman keras.


Sekiranya tidak dikawal, penyalahgunaan di kalangan orang-orang Islam dikhuatiri akan berlaku dan penjualan secara haram akan berleluasa. Dengan itu, Kerajaan Negeri bukan mengutamakan hasil yang dipungut, tetapi sbaliknya lebih kepada kawalan  ke atas jualan minuman keras di tempat-tempat awam dan kutipan yang dibuat  adalah lebih  kepada caj kawalan (service charge) atas perkhidmatan tersebut.


Hasil judi pula tidak dikutip oleh Kerajaan Negeri atas faktor lesen judi adalah di bawah kelulusan Kmenterian Kewangan malaysia dan merupakan hasil Kerajaan Persekutuan.

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:


Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08
 
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
 


Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 18 Dec 2010 09:10 PM PST

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


KALENDER PR 2010 - Beli On-Line RM6.00

Posted: 18 Dec 2010 12:27 AM PST

Kepada sahabat2 pelayar yang berminat untuk membeli Kalender PR 2010 secara online, boleh dapatkan dengan cara seperti dinyatakan di bawah.
Jualan Amal ini adalah untuk mengutip Tabung Pilihanraya PRU13 bagi Parlimen Temerloh.

Harga termasuk pos = RM 6.00 satu

masukkan duit melalui maybank2u atau bank-in ke akaun MAYBANK
156011006730
MOHD SHAMSURI HUSSIN

sms maklumat pembayaran & ALAMAT SURAT MENYURAT ke no H/p;
013-9815518

InsyaAllah, setalah disahkan pembayaran, kalender akan diposkan dengan segera...

Terima kasih atas sumbangan anda...
Semoga Allah murahkan rezeki semua...

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 18 Dec 2010 07:42 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Bersama Kejayaan Cemerlang Pelajar UPSR Di Alor Tembesu Dan Bukit Chatak 1

Posted: 18 Dec 2010 07:25 AM PST

DUNGUN 18 Disember, Sabtu - Kejayaan para pelajar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 terus menerima penghargaan daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.



Di Kampung Alor Tembesu, seramai 13 orang pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan 5A telah dikenalpasti oleh PAS Cawangan.

ADUN Sura diringi oleh Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate ketika penghargaan tersebut dilakukan - dari rumah ke rumah pelajar berkenaan.



Mereka ialah adik Nurul Ain Shafiqa bt Mat Yatim dan adik Nurul Faiqah bt Mohd Noor dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,

Tujuh orang dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar ialah adik Asiah Nabihah bt Ishak, adik Muhammad Faris Aiman bin Hisham, adik Nur Hakimah bt Mohd Sakeri, adik Puteri Wan Najihah bt Wan Abd Razak, adik Wan Mohd Adam bin Wan Ismail, adik Muhammad Syahmi bin Mohd Suhaidi dan adik Sharmeen Ashikeen bt A. Halim.

Adik Mohd Faizul Hisham bin Mohd Alizam dan adik Mohd Khairil Anuar bin Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Pulau Serai.

Dua orang lagi ialah adik Nur Hanina bt Rusli dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun dan adik Siti Umaira bt Ishak dari Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun.

SEMENTARA ITU, di Cawangan Bukit Chatak 1 seramai sembilan orang pelajar cemerlang turut menerima ucapan tahniah dan penghargaan daripada ADUN Sura.


Sebahagian sumbangan diserahkan melalui bapa pelajar berkenaan. Para pelajar tersebut ialah adik Muhammad Faiz bin Kamaruddin dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun dan adik Ahmad Irwanshah bin Mazait yang belajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Setapak, Kuala Lumpur.

Tujuh orang lagi ialah adik Aiman Wadihah bt Ruslan, adik Izyan Syazwani bt Hasbullah, adik Norsalwana bt Ibrahim, adik Nur Afiqah Husna bt Hassim, adik Siti Maryam bt Zurkifli, adik Siti Sarah Aqilah bt Harun dan adik Nina Dasima bt Mohd Ghani. Semuanya dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.



Adik Aiman Wadihah bt Ruslan menerima penghargaan melalui bapa saudaranya, Encik Jamaluddin Ismail, sementara sepupu Aiman Wadihah yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsan Batu 48, turut menerima ucapan tahniah dan penghargaan daripada ADUN Sura.




Di kesempatan penyampaian sumbangan penghargaan kepada pelajar cemerlang UPSR ini, ADUN Sura sempat menziarahi dan bertanya khabar seorang pesakit buah pinggang, Encik Mohd Ghani bin Abd Rashid, 60, di kediaman beliau di Jalan Teratai.

Beliau adalah bapa kepada pelajar cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, adik
Nina Dasima bt Mohd Ghani.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 18 Dec 2010 07:27 PM PST

Dr Azman Ibrahim


RM1.887 billion, Apa Rakyat Terengganu Perolehi?

Posted: 18 Dec 2010 12:00 AM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 18 Dec 2010 07:11 PM PST

PAS Kawasan Miri


Bencana Akibat Projek Empangan Bakun, Rakyat Menanggung Kesengsaraan

Posted: 18 Dec 2010 02:50 PM PST

How Upper mighty Rajang River get dried up slowly as an effect of Bakun Dam
Construction, those river were once the sanctuary for Ikan Semah and Empurau to name a few
now left as a dry river bed.


BELAGA: Residents of Long Mejawah become the first victims facing livelihood hardship following the impoundment of Bakun Hydro Electricity Dam on October 13. The 51-door longhouse in Long Mejawah consists of 300 odd Kayan inhabitants who are now literally cut off from outside world due to the sharp decline of water level in the Balui River. Their communication with outside world has been interrupted, not to say obtaining essential supplies, sending children to schools, travelling to Belaga Bazaar to work or for official matters and other unexpected problems that may arise. It is reported that people have to take an alternate route by using logging track road on motor vehicle through Bukit Jayung which will take them six hours to reach Belaga Bazaar. The fare for a single trip of estimated distance of 30 kilometres is RM70 per head or a total of RM140 for the return trip. But it only takes them three hours to travel to Bintulu.

What puzzling the inhabitants was the approval and funding by the government to construct a road from Long Mejawah to Belaga Town under the Eighth Malaysia Plan (8MP) at the cost of RM13 million which until today has not been materialised. What they feel dissatisfied is the government has been capable to rush and achieved the construction of the 70 kilometres from Bakun to Murum, and yet the construction of 30km road from Long Mejawah to Belaga Bazaar remains a mystery.
The people also feel unhappy with the poor arrangement made by the government without taking into consideration of the hardship that affect the people with the commencement of impoundment on Bakun Hydro Electric Dam while leaving the people to face the consequences.
The local residents are also dissatisfied with the government to give priority to commercial interests and the interests of the people are placed secondary. This, they claimed, contradict to Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak's philosophy '1Malaysia, People First, Performance Now'. With the 10MP going to kick off the ground, where is the pledge made under 8MP? This is the answer the residents in Long Mejawah want to know. Women folks in Long Mejawah most concerned are about the safety of their children. Their children are now compelled to walk back from their boarding school every weekend. The journey takes up from three to four hours and, occasionally they have to walk on dried part of the river which often, full of debris and pebbles.

According to an elderly folk, Lidi Sali, he travelled to Belaga District Office to collect his monthly welfare aids. He said with the communication being interrupted since the impoundment began on October 13, he had to make a detour to Belaga.
"But my welfare aids is only suffice to pay the fares of RM140," he says, adding that previously he only paid RM30 for a return trip to Belaga Bazaar on an express boat. Meanwhile, local people are disappointed with the Government citing "unusual dry weather, resulting in rapid decline in water level," as the reason for the drastic drop in water level in Balui River.
They point out communication between Kapit to Belaga and Belaga to Long Mejawah has been disrupted due to low water level. There are nine longhouses and one primary school along the route between Long Mejawah and Belaga Bazaar.
This rural folks are now most worried about what is the future lying ahead since the impoundment will take about a year to complete and yet, the water level of Balui River has reached to such a critical level only two weeks after the impoundment has started.

PS: Akibat empangan Bakun ramai penduduk disekitar kawasan Bakun menghadapi kesukaran untuk berulang-alik melalui jalan sungai ke pekan2 dan juga ke sekolah2. Sungai2 yang merupakan jalan perhubungan penduduk rumah panjang kini telah kekeringan akibat saluran air sungai tersebut telah dialih ke dalam empangan Bakun. Apabila air sungai sudah kekeringan maka kehidupan penduduk disepanjang sungai tersebut akan menghadapi kehidupan yang sukar kerana segala punca pencarian mereka selama ini terjejas teruk seperti ikan2 yang ada dalam sungai2 tersebut akan mati dan pupus. Beginikah yang dikatakan 'Politik pembangunan', rakyat dikenakan dulu, kroni2 diberi keutamaan? Rakyat menanggung penderitaaan dan kesengsaraan, kroni2 serta pemimpin BN hidup senang lenang dengan hasil projek2 empangan tersebut nanti. Fikir2lah wahai rakyat Sarawak sampai bila lagik kamu orang nak sedar, harta pusaka kamu habis dihanyut oleh projek2 pemimpin BN dan kroni2 mereka, kamu masih lagik setia dengan menyokong mereka hanya kerana kamu diberi sedikit habuan. Bah sudah masanya kita sama2 berubah dari kerajaan BN yang tamak dan zalim kepada kerajaan kebajikan PAS dan PAKATAN RAKYAT.

Selamat Menikmati Kehidupan Baru CM tapi Jangan Lupa kesengsaraan Rakyat Marhaen.

Posted: 18 Dec 2010 03:28 AM PST

Isteri baru Taib Mahmud wanita Lubnan?
Dec 18, 10 4:27pm
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an. Beliau dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas majlis akad nikah yang disempurnakan Mufti Sarawak Kipli Yassin secara tertutup di Kuching hari ini. "Kita kena tunggu. Biar Ketua Menteri buat pengumuman rasmi," kata setiausaha akhbarnya, Amin Sahmat ketika dihubungi Bernama. Khabar angin mengenai status perkahwinan Taib tersebar luas setelah isteri beliau Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah April tahun lalu selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.Pasangan itu dikurniakan empat anak dan 15 cucu.- Bernama

PS: Sesiapa pun yang hendak beristeri baru adalah hak peribadi mereka, tapi ingat jangan lupa hari akhirat 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Lebih baik beramal sekarang dan banyak mengingati hari kematian, segala harta benda yang kita kumpulkan selama ini akan tinggalkan kita yang ada bersama kita kelak hanyalah amal ibadat kita.Sebelum terlambat kembalikan semua hak2 rakyat yang telah dirampas selama ini. Kalau CM dapat isteri baru kita rakyat Sarawak pun kena ada kerajaan baru juga...baru ngam..Bah mari kita berubah dari kerajaan BN kepada kerajaan kebajikan PAS dan PAKATAN RAKYAT.

!!!Selamat pengantin baru CM!!!

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 18 Dec 2010 03:21 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Jelajah GeMS Daerah Petaling di Mydin USJ 1, Subang Jaya.

Posted: 18 Dec 2010 12:06 AM PST

Jelajah GeMS untuk siri ke 5, Daerah Petaling akan di adakan pada 26 Dis hari Ahad bermula 9.00 pagi hingga 11.00mlm bertempat di Pasaraya Mydin USJ 1, Petaling Jaya, Selangor. Pelbagai acara menarik telah di susun antaranya Majlis Dialog YB Dr Halimah bersama semua pimpinan masyarakat Daerah Petaling, Bicara Remaja bersama Personaliti, Pertandingan Wall Climbing, Bolasepak 7-Sebelah, Pertandingan Mewarna Kanak2, Bercerita, Bengkel & Pertandingan Fotografi, Pameran Agensi Kerajaan, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah, Motor Show, Konsert Amal dan Sembang Santai. Anda semua di jemput hadir dan boleh menyertai acara2 tersebut.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 18 Dec 2010 03:08 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Persiapan PRK NO5 Dun Tenang

Posted: 17 Dec 2010 10:16 PM PST


Batu Pahat : Badan Perhubungan PAS Johor telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya kecil Dun Tenang. Kami akan bertanding setelah dipersetujui sebulat suara melalui mesyuarat tergempar malam tadi di sini yang dipengerusikan oleh Haji Huda, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Jangan pakai selipar, kemeja T bulat

Posted: 17 Dec 2010 10:09 PM PST


Pakai baju berlogo parti ke Konvensyen Pakatan
Mohd Sabri Said


KEPALA BATAS, 17 Dis: Semua peserta termasuk kepimpinan parti yang menyertai Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Milenium, di sini pada 19 Disember ini dikehendaki memakai baju berlambangkan parti masing-masing.

Pengarah program, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, baju mesti kemas tidak kira ia bertulisan mahupun berlambang kerana yang penting ialah menggambarkan parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.

"Semua jentera parti dan kepimpinan dikehendaki pakai baju berlambangkan parti masing-masing sepanjang konvensyen berlangsung pada hari Ahad ini agar ia nampak seragam dam ketrampilan sebagai gabungan yang mantap," katanya.

Katanya, jika sesiapa yang mahu memakai kemeja 'T'berlambangkan parti pastikan yang berkolar dan jangan sekali-kali berselipar.

Peserta juga sambungnya, digalakkan datang awal sebelum pukul 8.00 pagi untuk mengelak daripada kesesakan di bahagian pendaftaran.

Peserta akan dibekalkan sebuah buku berwarna 'oren' di mana di dalamnya bercetak polisi dan dasar Pakatan.

"Semua peserta kena datang awal dan tuju terus ke bahagian pendaftaran di samping pastikan mendapat bekalan buku berwarna oren mengandungi dasar dan polisi Pakatan Rakyat," tambahnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.

Selepas sahaja majlis bermula satu gimik perasmian akan diadakan namun beliau tidak memberitahu caranya kerana mahukan kelainan.

Gatal?

Posted: 17 Dec 2010 10:00 PM PST

Pak Imam Sedang Hangat Bercinta ?

Saya telefon seorang Pak Imam ada hal sikit. Tak berjawab panggilan tu, mungkin pak imam sedang sibuk.

Wahhh....bila saya telefon, nada dail dia ada lagu cinta. Lebih kurang beginilah...

"Embun pun takkan mampu, menjunjung sekuntummm.....bunga yang layuuuu pada musim luruhhh.... Yang dulu tak pernahhh disinar suria, temu kebahgiaan, dalam perpisahannnnn......"

Wahhh.. pak imam ni, lagu cintan tu. Sedang bercinta ke pak imam ni ?

baik sangka

Tapi tak lah, bergurau jer pak imam. Kita sangka baik saja, ramai orang sekarang termasuk pak imam tak pandai sangat pasal telefon ni. Apa yang dah ada kat telefon tu, itu jer le yang dipakainya. Ada juga yang cuma pandai telefon dan jawab saja, laain-lain tak pandai. Mungkin juga anak pak imam tu yang masukkan ataupun perkhidmatan telefon tu yang masukkan. Bukanlah pak imam sedang bercinta.

Bukti UmnoBN agen Yahudi laknatullah

Posted: 17 Dec 2010 09:48 PM PST

PANAS: Dokumen perjanjian APCO & BN didedahkan kepada rakyat..



"Maklumat ini sungguh memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Kini terbukti betapa teruknya kerajaan UMNO BN dan 1Malaysia pimpina PM Najib Razak, kerana sanggup bersekongkol dengan Kerajaan Israel untuk menentukan halatuju pemerintahan negara.

Rakyat perlu sedar dengan situasi ini dan apakah mereka harus menerima kehendak takdir yang sudah terang lagi bersuluh itu agaknya. Pencacai UMNO BN sudah pasti akan menafikan semua ini, namun segala kebenaran akhirnya terserlah jua.

dihalang

Maka itulah, kita tidak hairan Anwar Ibrahim dihalang daripada membela dirinya mengikut prosedur biasa yang telah ditetapkan. Ini kerana mereka semua takut andainya segala dokumen perjanjian itu didedahkan oleh Anwar dan ini akan memalukan mereka.

Justeru itu, jalan terbaik ialah menggantung terus Anwar daripada hadir ke parlimen untuk tempoh yang agak lama bagi menghalang beliau terus bersuara tentang isu ini. Mujurlah ada rakyat prihatin yang menyebarkan maklumat dokumen tersebut yang kini boleh ditatap oleh seluruh rakyat Malaysia." - Pahang Daily Online (PDO)


1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International













2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri







3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd





Anwar Kemuka Bukti Syarikat Zionis Apco Penasihat Perdana Menteri

Sehari selepas digantung dari Parlimen, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang cuba ditutup oleh Perdana Menteri Najib Razak mengenai hubung kait Umno-Barisan Nasional, syarikat pro-Zionis Apco Worldwide dan gagasan 1Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu Apco yang mengakibatkan beliau dan tiga lagi ahli Parlimen digantung tanpa diberi peluang membela diri.

Anwar berkata hakikat Apco beroperasi di bawah nama Myteam sejurus untuk menasihati Najib tidak pernah disangkal oleh Perdana Menteri.

"Operasi mereka sebelum itu adalah (di bawah nama) Myteam. (Portal berita) Malaysian Insider memberi keterangan jelas wakil bahawa Apco menasihati Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen (yang mengaitkan) kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian( dengan syarikat Yahudi)," kata Anwar.

dituduh agen

"Saya ulangi, 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan bahawa mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM)," kata Anwar.

Selain Anwar, turut digantung enam bulan adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali, Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa, dan Pengerusi DAP Karpal Singh.

Anwar menegaskan penggantungan ketiga-tiga rakannya itu amat tidak adil . Contohnya Azmin dihukum hanya kerana menyentuh mengenai surat dari Apco yang digunakan sebagai asas untuk menghukum Anwar.

" Dia tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa," kata Anwar.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," tegas Anwar Anwar.

Kita diajar amar maaruf (serulah kebaikan) nahi mungkar (cegah kejahatan), ni terbalik, UmnoBN amar mungkar nahi maaruf.

Buang aje!

Posted: 17 Dec 2010 09:42 PM PST

Provokasi menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat


Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 18 Dis: Awal pagi ini, petugas PAS yang memasang bendera terkejut apabila melihat ribuan poster bersaiz F4 digantung semacam poster pilihan raya dari Dewan Millenium ke persimpangan susur keluar tol Bertam.

Poster tersebut hanya ada gambar Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemungkinan ia dibuat untuk tujuan provokasi agar jentera PKR marah kenapa gambar Anwar tidak dicetak bersama sedangkan Anwar merupakan tokoh penting menggerakan Pakatan Rakyat atau kerana Anwar telah digantung sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tetapi, apa pun ia dipercayai adalah usaha musuh Pakatan Rakyat bagi menggagalkan Konvensyen Pakatan Rakyat yang mahu mengambil kata sepakat menjelang pilihan raya umum nanti di samping meretakkan hubungan yang terjalin antara PKR, PAS dan DAP.

"Bila kami tanya kepimpinan, mereka menjawab tidak tahu menahu, maka kami pun buang semua poster berkenaan," kata salah seorang petugas Unit Amal ketika menghubungi Harakahdaily awal pagi tadi.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 18 Dec 2010 01:28 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


PAS Parti Paling Matang Dan Mantap

Posted: 18 Dec 2010 07:29 AM PST

Di saat parti-parti lain takut untuk mengadakan pemilihan PAS tetap dengan amalan biasanya mengadakan pemilihan parti di semua peringkat tanpa menangguhkannya.

Umno, MCA dan DAP siang-siang lagi menangguhkan pemilihan mereka demi perpaduan dan takut kepada perpecahan parti bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13. Namun PAS tetap meneruskan pemilihan tersebut kerana pimpinan PAS yakin pemilihan itu tidak memberi kesan kepada PAS.


Ahli dan pimpinan PAS telah ditarbiah bahawa jawatan adalah amanah yang berat bukannya kemuliaan. Amanah tersebut akan dipersoal oleh Allah satu persatu dan ianya amat berat untuk dipikul. Tidak timbul soal perpecahan kerana pemilihan dalam PAS tidak melibat rasuah, fitnah memfitnah serta jatuh menjatuh. Pemilihan dalam PAS berlaku dalam suasana harmoni dan berakhlaq.

Inilah kelebihan PAS yang Insya Allah sentiasa dipelihara oleh Allah jika kita ikhlas berjuang kerana Allah.

Episod Khir Toyo : Mungkinkah Berakhirnya Impian Seorang Pemimpin Muda ?

Posted: 18 Dec 2010 07:28 AM PST

APAPUN keputusan mahkamah kelak tentang perbicaraan bekas Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, masadepan beliau dalam kepimpinan Umno sudah boleh dijangka.
Walaupun mungkin didapati tidak bersalah, namun rekod bersih beliau sudah tercalar, dipertikai dan sukar diterima semula sebagai pemimpin masadepan Umno. Sejarah Umno membuktikan, mereka yang sudah didakwa dan didapati tidak bersalah, tidak mudah kembali kepangkuan hirerki kepimpinan Umno kerana persepsi ahli dan masyarakat umum sudah mendapati beliau tidak kelihatan bersih walaupun mahkamah bertindak sebaliknya.


Bekas pemimpin itu mungkin ditawarkan jawatan tinggi mengetuai sebuah agensi kerajaan dalam Felcra, Fama, Mara, Majuikan dan banyak lagi dengan tanggungjawab tidak besar tetapi bergaji besar. Jika didapati bersalah dan dijatuhi hukum, masadepan politik dan keluarga pemimpin itu lebih parah dan gelap kecuali mendapat belas kasihan tertentu dari pemimpin pusat Umno yang masih bersimpati.
Namun, kariernya dalam Umno pasti musnah dan hilang semua sokongan dan penyokong. Masadepan yang ada mungkin berniaga atau terlibat sama perniagaan dengan kawan-kawan yang mempunyai pengaruh dan wang.
Khir dituduh di mahkamah kerana membeli hartanah berjumlah RM6.5 juta pada harga cuma RM3.5 juta. Jika ada bukti kukuh dan dokumen lengkap, sukar bagi beliau terlepas dari tuduhan, tambahan pula bila dikaitkan dengan jawatan istimewa beliau ketika itu yang membenarkan semua jualbeli dan segala bentuk perjanjian menjadi lebih mudah dan ditanggung beres.
Banyak persoalan boleh dibangkitkan sekitar kes beliau seperti di manakah begitu banyak beliau mendapat wang untuk membeli hartanah yang berjumlah RM 3.5 juta sedangkan gaji beliau sebagai MB tidaklah begitu besar? Mungkinkah beliau ada hartanah peribadi dan harta pusaka keluarga yang berjumlah jutaan ringgit hingga mampu membeli hartanah itu?
Apakah mungkin ada kawan-kawan atau saudara mara yang bermurahhati meminjamkan wang sebanyak itu untuk beliau membeli hartanah itu? Dan yang lebih signifikan, mengapa hartanah itu dijual kepada beliau dengan harga begitu rendah sehingga menjadi persoalan pelik dan nampak tidak masuk akal?
Episod Khir bermula selepas Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam tsunami politik PRU 12 lalu yang menyaksikan PKR memimpin negeri itu. Satu demi satu kelemahan beliau dan kepimpinan Umno Selangor dibongkar pemimpin Pakatan terutama DAP untuk menunjukkan kepada rakyat negeri itu bahawa Khir bukanlah bekas MB yang bersih dan boleh dibanggakan.
Beliau mungkin bagus dari kacamata Umno dan kelihatan menunjukkan bakat dan berprestasi ketika menjalankan tugas. Namun, jawatan tinggi yang dipangku dan pelbagai 'suasana baru' mendadak menerpa kehidupan diri dan keluarganya mengubah cara hidup dan sikap seorang pemimpin.
Sungguhpun pentadbiran beliau nampak licin dan bekesan dari kacamata pemimpin Umno pusat dan rakyat Selangor umumnya, rupanya terpalit beberapa kelemahan dan keburukan di sana sini termasuk kekurangan beliau dalam mengawal diri sebagai orang yang paling berkuasa di negerai paling kaya di negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) telah mengejutkan ramai pemimpin dan tokoh Umno Selangor apabila memilih Khir sebagai menteri besar muda yang menewaskan ramai tokoh lama yang berpengalaman dan dikatakan layak sehingga ramai pemimpin yang merajuk dan membawa diri. Ketika itu Khir nampak calon paling sesuai, bersih dari yang lain, tidak berpuak dan kelihatan berpotensi memimpin negeri yang banyak hasil mahsul itu.
Terbukti, pada awalnya beliau begitu konsisten dan komited dalam menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir yang baik dan berhasil. Namun, setelah waktu berlalu dan lama berkuasa serta berada lama di puncak singgahsana kayangan yang dihidangkan dengan 'suasana hidup baru', telah mengubah cara bertindak dan cara fikir seseorang individu sehingga membawa kepada kes tuduhan beliau terlibat membuat banyak harta hingga mampu membeli hartanah berjumlah RM3.5 juta.
Tanpa mendahului keputusan mahkamah - samada bersalah atau tidak - episod Khir Toyo membawa interpretasi awal bahawa jawatan tinggi dan kuasa boleh mengubah sikap dan pandangan hidup seseorang individu. Seorang yang pernah hidup susah dan tiba-tiba menempuh dan menikmati kesenangan - jika tidak berhati-hati dan tahan uji - mungkin boleh berubah mendadak dan 'tergoda' dengan segala kemewahan yang terhidang di depan mata.
Sukar untuk menjadi seorang ketua yang terus kekal jujur dan komited - apalagi dalam usia masih muda - setelah di kelilingi sekitaran baru yang belum pernah dinikmati serta kawan-kawan baru yang boleh membawa implikasi kebaikan atau keruntuhan. Sukar untuk mempertahan kebaikan dan mengawal nafsu diri dalam suasana sekitaran yang 'kondusif' dan mencabar jika tidak disertai dengan kekuatan iman, keinsafan dan tanggungjawab diri yang besar.
IZMAS, 12hb Dec. 2010 

Nota Kaki: Tulisan terakhir pengarang Abdul Aziz Ismail yang telah pulang ke rahmatullah pada Khamis, 16 Disember 2010 jam 4.30 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu kerana serangan jantung. Tulisan ini telah dapat ditukil kembali di dalam computer riba Allayarham oleh anakanda beliau, Nur Raidah Bt Abdul Aziz selepas majlis tahlil pada 17 Disember 2010.
Semoga Allah merahmati roh Allahyarham Abdul Aziz Ismail dan menempatkan beliau di kalangan para syuhadah. Al-Fatihah
WM Paktam : Allahyarham Abdul Aziz Ismail juga salah seorang penyumbang tetap artikel di DetikDaily..AL-Fatihah...

Waktu Untuk PR Menyerang Umno habis- Habisan

Posted: 18 Dec 2010 07:28 AM PST



INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno setelah PR diserang dai berbagai sudut. Penggantungan Ketua Pembangkang DS Anwar beserta beberapa MP dari PKR dan DAP dari Parlimen seharusnya digunakan untuk PR menyusun strategi mantap untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberi maklumat kepada rakyat tentang isu semasa.

Strategi hendaklah disusun secara bersepadu dan diadakan serentak ke seluruh negara. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh kita terangkan kepada rakyat dan tunjukkan bukti kepada mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang hidup dengan menghisap darah rakyat termasuk darah orang-orang Melayu.


Kepada kaum lain, buktikan juga bahawa Umno selama ini hanya mempergunakan MCA, Gerakan dan MIC hanya untuk kepentingan pemimpin mereka.

Penggantungan Ketua Pembangkang, DS Anwar beserta Timbalan Presiden PKR yang juga MP Gombak yang bersuara lantang di Parlimen selama ini membuktikan betapa Najib semakin gementar dengan PR. Pendedahan Wikileaks ternyata menyenakkan perut Najib, di mana tidak pasal-pasal isu pembunuhan Altantuya kembali menjadi panas. Keberanian DS Anwar mencabar Lee Kuan Yew untuk menampilkan bukti tentang pendedahannya berkaitan kes liwat yang dihadapinya telah melenyapkan sangkaan salah rakyat terhadap DS Anwar.

Adakah Najib juga berani berbuat seperti yang telah dilakukan oleh DS Anwar? Beranikah Najib mencabar agar pihak berkenaan menunjukkan bukti tentang pendedahan Wikileaks berkaitan isu Altantuya? Di dalam hal ini, imej DS Anwar leboh ke hadapan dari Najib. Najib hanya bergantung kepada media haprak untuk melindungi keburukan dirinya.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab pimpinan PR untuk menemui seluruh rakyat jelata agar mereka tidak terus ditipu oleh Najib dan gerombolannya. Selamatkan rakyat tanggungjawab PR sekarang.

Provokasi menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat

Posted: 18 Dec 2010 07:26 AM PST

Awal pagi ini, petugas PAS yang bertugas memasang bendera terkejut apabila melihat ribuan poster bersaiz F4 digantung semacam poster pilihan raya dari Dewan Millenium ke persimpangan susur keluar tol Bertam.
Poster tersebut hanya ada gambar Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kemungkinan ia dibuat untuk tujuan provokasi agar jentera PKR marah kenapa gambar Anwar tidak dicetak bersama sedangkan Anwar merupakan tokoh penting menggerakan Pakatan Rakyat atau kerana Anwar telah digantung sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Tetapi, apa pun ia dipercayai adalah usaha musuh Pakatan Rakyat bagi menggagalkan Konvensyen Pakatan Rakyat yang mahu mengambil kata sepakat menjelang pilihan raya umum nanti di samping meretakkan hubungan yang terjalin antara PKR, PAS dan DAP.
"Bila kami tanya kepimpinan, mereka menjawab tidak tahu menahu, maka kami pun buang semua poster berkenaan," kata salah seorang petugas Unit Amal ketika menghubungi Harakahdaily awal pagi tadi.

KITA: Mustahil bersama BN atau PR

Posted: 18 Dec 2010 07:26 AM PST

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hari ini memberitahu bahawa adalah sesuatu yang mustahil untuk beliau dan pimpinan parti baru beliau itu dapat bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR). Beliau yakin platform KITA adalah yang terbaik sebagai pilihan rakyat memandangkan kegagalan BN dan PR di dalam menjamin ketelusan dan menjaga hak asasi rakyat di negara ini berdasarkan apa yang sudah dilakukan mereka selama ini.
Zaid yang baru memegang jawatan itu Rabu lepas akur akan beberapa pihak yang memandang sinis dan menolak kemampuan parti barunya itu untuk berada di persada politik nasional tetapi mengingatkan mereka bahawa masih terlalu awal untuk mereka menilai peranan dan penerimaan rakyat ke atas KITA.

KITA disifatkan Zaid akan menjadi  pejuang politik dan sosial yang telus dan diinginkan oleh rakyat kebanyakan. Justeru, KITA bukanlah sebuah parti gantian atau alternatif di dalam politik nasional dan memilih KITA adalah satu keyakinan yang mantap yang menepati aspirasi rakyat hari ini untuk memperjuangkan nasib mereka.
Zaid yang juga bekas Menteri Undang-Undang semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi juga mengingatkan BN bahawa kesilapan dan kealpaan mereka dalam memperkasakan rakyat keseluruhannya tidak semudah itu akan dilupakan rakyat walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berusaha dengan teruk sekali bagi memperkenalkan dasar 'mesra' rakyat di dalam pelan transformasi ekonomi dan sosial untuk memenangi hati rakyat semula.
Beliau menyifatkan masalah terbesar bagi rakyat Malaysia mengenai BN adalah sikap angkuh UMNO itu sendiri. Apa yang UMNO perlukan hari ini adalah pelan transformasi politik dan bukan sahaja pelan ekonomi dan sosial sahaja.

Kesilapan UMNO adalah meletakkan prinsip demokrasi di tempat kedua yang sekaligus menafikan hak asasi setiap rakyat negara ini. Zaid juga mendakwa UMNO menggunakan undang-undang bagi mengekalkan kekuasaan dan kemantapan kroni mereka sahaja. Jelas Zaid lagi, situasi buruk dalam UMNO ini telah memberi kesan kepada kemasukan pelaburan asing (FDI) dan juga menjamin suasana politik yang stabil.
Yang membuka mata rakyat sebenarnya ialah janji-janji palsu UMNO sendiri yang sudah memerintah lebih 53 tahun apabila sebelum ini berjanji memastikan penguasaan ekuiti Melayu di dalam korporat pada tahap 30 peratus. Malangnya, sehingga kini orang Melayu hanya menguasai 5 peratus ekuiti sahaja.
Zaid yang juga seorang peguam terkemuka turut melihat apa yang dipraktikkan UMNO sekarang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan masih menggunapakai pakai cara pentadbiran autokratik yang pernah diamalkan oleh Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri.

Mengenai pandangannya mengenai PR, Zaid sedih melihat perjuangan PR tidak mendahului rakyat jika dibandingkan dengan janji-janji di dalam ceramah dan kempen pilihanraya selama ini. Zaid mendakwa PR hanya memperjuangkan nasib Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersifat peribadi semata-mata menggunakan platform politik.
Zaid mahukan Anwar menerima realiti bahawa masanya tidak cukup panjang dan tidak mempunyai kemampuan untuk menjadi Perdana Menteri yang cukup sekiranya PR memenangi pilihanraya umum.
Zaid turut melahirkan rasa kesalnya Anwar yang menggunakan parti-parti pembangkang yang besar lain seperti PAS dan DAP sebagai usaha memperjuangkan nasib dan kehendaknya untuk menjadi Perdana Menteri .
Beliau turut hairan dengan Anwar yang membelakangkan undang-undang di dalam kes liwat terbarunya itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana sentiasa menyerang pendakwaraya sedangkan mereka (pendakwaraya) belum habis lagi berhujah pendakwaan ke atasnya. Anwar dilihat sebagai sengaja melambat-lambatkan kes ini kerana bimbang dengan pilihanraya umum akan datang yang menghampiri yang pasti memburukkan peluangnya menjadi 'PM' jika PR menang.
Mengenai parti barunya itu, Zaid akan memberikan maklumat terperinci mengenai rancangan KITA pada bulan Januari tahun hadapan.-

Gantung: Dewan Rakyat tidak boleh jadi contoh

Posted: 18 Dec 2010 07:25 AM PST

Akibat tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjadikan parlimen Malaysia tidak boleh dijadikan contoh kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) seluruh negara.
Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain ketika ditemui pada program raptai Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium semalam menegaskan, bukan ia memalukan sistem demokrasi negara malahan  menjatuhkan maruah Malaysia di kaca mata dunia.
"Sikap berat sebelah Speaker Dewan Rakyat menggantung Anwar dan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selama enam bulan tidak menggambarkan keutuhan sistem demokrasi negara ini bahkan memalukan.  Ia langsung tidak boleh jadi contoh kepada Dun di negeri seluruh negara," katanya.
Menurut beliau, sepatutnya Speaker Dewan Rakyat menolak dan tidak patut merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana Anwar telah menjelaskan adanya hubung kait Apco dan 1Israel.
Pihak kerajaan tidak menjawab pertuduhan tersebut dan Speaker pula terus bertindak membuat keputusan penggantungan tanpa memanggil membela diri cuma berdasarkan alasan Apco bahawa mereka tidak terlibat dengan 1Israel.
Sekali lagi imej Malaysia tercemar ekoran tindakan yang tidak adil semata-mata tidak mahukan Ketua Pembangkang terus mencetuskan perkara yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Selepas ini, katanya sahlah Malaysia tercorot dalam sistem demokrasi berbanding negara Komanwel yang lain bahkan kebelakang dari negara Afrika, Zimbabwe dan sebagainya.
"Sudahlah tercemar dari sistem kehakiman, ekonomi, kini giliran demokrasi terus parah akibat tindakan yang tidak bijak," kata beliau.
Tiga ahli Parlimen Pakaran Rakyat yang turut dikenakan hukuman sama dengan Anwar ialah Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKr-Subang).

Berhati-hati Ketika Mahu Bicara Hal Ehwal Islam

Posted: 18 Dec 2010 07:24 AM PST

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 11 Disember 2010 benar-benar mengejutkan umat Islam apabila dilaporkan bahawasanya Dr Fadzilah Kamsah telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan seseorang itu melacurkan dirinya dalam dharurat. Kenyataan ini hampir sama nadanya dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Mashitah Ibrahim sekitar tahun 2005 dahulu.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh umat Islam ingin mengingatkan dengan jelas dan tegas agar hukum agama tidak diungkap sepintas lalu tanpa mempunyai asas dan nas yang tepat, juga sensitiviti Islam itu tidak dipermainkan.
Saya ingin mengingatkan, bahawa semua pihak yang ingin bercakap mengenai agama khasnya, perlu merujuk kepada mereka yang lebih tahu akan Islam itu dari sudut asas dan cabangnya sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan mengenainya.

Kenyataan yang membenarkan seseorang itu melacurkan diri dengan alasan dhorurat tidak sepantasnya dikeluarkan begitu sahaja. Kenyataan demikian jelas bercanggah dengan maqasid Islam itu sendiri. Islam tidak mengajar kita menghalalkan cara demi mencapai matlamat kita. Sekali lagi, saya ingin mengingatkan agar kita perlu lebih berhati-hati sebelum menjawab satu-satu soalan apatah lagi sekiranya soalan itu bukan di dalam kepakaran kita.

Seperkara lagi, saya ingin persoalkan apakah rasionalnya isu pengharusan zina atau melacur kerana dhorurat ini ditimbulkan? Negeri atau negara mana yang mengalami dhorurat sehingga rakyatnya terpaksa melacur? Dhorurat yang bagaimana sehingga pelacuran terpaksa dihalalkan begitu sahaja?

Apakah Negara kita telah kehabisan makanan? Apakah kerajaan Negara ini telah kehilangan moral dan nilai simpati untuk membantu rakyatnya? Apakah masyarakat kita telah pupus semangat membantu dan menghulur bantuan kepada yang memerlukan? Di mana pula Baitul Maal? Pusat Pungutan zakat? Atau hukum itu diberi pada realiti yang tidak wujud?

Suka saya tegaskan bahawa meminta sedekah itu jauh lebih baik dari melacurkan diri jika hanya kerana ingin mencari sesuap nasi. Apakah jawapan sebegini tidak boleh diberikan oleh beliau? Sementara ia boleh mengelakkan kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat yang jahil hari ini khasnya dalam dunia yang penuh dengan maksiat dan mungkar. Mudah sahaja si jahil akan berhujjah bahawa mereka melacur kerana ingin mencari sesuap nasi.

Akhirnya saya nasihat agar semua pihak berhati-hati ketika mengeluarkan pandangan atau pendapat. Kenyataan mesti berpijak dialam nyata agar tidak mengelirukan ummah serta wajib mempunyai sandaran nas yang jelas.

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

[ Artikel lama, jawapan saya kepada isu ini sewaktu ditimbulkan oleh Datuk Mashitah seketika dahulu ]

Oleh Ustaz Nasruddin Hassan

Merujuk kepada Jawapan kontroversi Dato Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri yang disiarkan di dalam ruangan soal jawab agama Anda Musykil, Dr Mashitah Jawab akhbar Harian Metro Ahad, 19/6/2004. Dr. Mashitah dalam ruangan tersebut menjawab bahawa melacur dalam keadaan `terpaksa` adalah dibolehkan. Definisi kepada `terpaksa` yang dimaksudkan pengirim dan Dr Mashitah sendiri adalah terpaksa untuk menyara keluarga atas sebab kesempitan hidup maka ia dianggap darurat yang menyebabkan hukum asal berubah. Berikut adalah petikan Dr Mashitah:
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu terpaksa, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendakhatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan. Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat. Sumber Harian Metro 19 Jun 2005.

Berdasarkan kepada kenyataan tersebut DPPNP ingin memberikan komentar berhubung perkara tersebut. Kami berpandangan bahawa jawapan yang diberikan itu adalah tidak tepat dan cukup mengelirukan. Jawapan tersebut telah menimbulkan satu anggapan di kalangan ummat Islam di Malaysia bahawa melacur adalah dibenarkan dalam keadaan terpaksa atau terdesak yang mungkin disebabkan oleh kesempitan hidup. Dalam keadaan darurat sebegini, jika berdasarkan kepada Dr. Mashitah, maka hukum haram melacur (berzina) berubah menjadi harus (dibolehkan).

Pandangan pra-matang

Jawapan Dr Mashitah di dalam akhbar tersebut, menggunakan konsep mashaqqah yang merupakan satu konsep yang ada di dalam fiqh dan usul fiqh, konsep tersebut menerangkan bahawa sesuatu kesulitan dan kesusahan itu menjadi sebab bagi meringankan hukum dan memberikan kemudahan.

Keadaan terpaksa seperti yang ditimbulkan oleh pengirim, disebabkan oleh faktor kemiskinan atau kesempitan hidup, Malangnya Dr Mashitah memberikan satu jawapan yang 'tidak cermat', tanpa sebarangan analisis senario dan tidak pula cuba untuk memberi penjelasan yang lebih details beliau terus secara longgar mengkategorikan keadaan tersebut [terpaksa] sebagai satu keadaan darurah. Implikasi dari keadaan terpaksa itu ialah ia membolehkah hukum asal dirubah iaitu haram melacur kepada harus melacur. Tidakkah ini satu pandangan yang mengelirukan?

Sungguhpun DPPNP menghormati ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh Dr. Mashitah. Namun, kami tetap berpendirian bahawa pendapat beliau dalam isu ini tidak boleh diterima sama sekali. Pandangan beliau yang disiarkan secara meluas kepada masyarakat awam, adalah menyalahi konsep mashaqqah yang telah ditetapkan oleh ulamak muktabar, tindakan terlalu meringankan pengkategorian keadaan darurat tersebut dibimbangi akan berlaku kekeliruan dan salah faham dikalangan pembaca yang rata-ratanya tidak arif tentang hukum. Sedangkan masalah aurat yang mudah itupun tidak difahami ramai apatah lagi dalam masalah yang agak kompleks sebegini tentulah lebih mudah untuk disalah ertikan oleh masyarakat awam.

Pandangan Ulama

I - Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Kami naqal pandangan beberapa tokoh ulamak bagi menyokong hujah kami antaranya ialah Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang di dalam kitabnya Al- Halal Wal Haram Fil Islam menyentuh tentang keadaan darurah yang membolehkan perlakuan haram, beliau telah menegur dan memperingatkan ummat Islam agar tidak secara sembrono mempermudah-mudahkan kelonggaran [rukhsah] yang diberi oleh syarak atas alasan darurat.

II - Dr Wahbah Zuhaili

Begitu juga semasa membincangkan tentang hukum harus melakukan yang haram ketika darurat, Dr Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya Al-Wasit Fi Usul Fiqh al Islami (Al- MatbaahAl Ilmiyya, Cetakan Kedua 1986 m.s 115) telah menyatakan bahawa majoriti ulamak berpendapat harus melafazkan kata-kata kufur ketika dipaksa seperti diancam untuk dibunuh.

III - Ulama Mazhab As-Syafie

Ulama mazhab As Syafie (as Syafiyyah) mengatakan skop darurat itu bukan sekadar takut kehilangan nyawa jika tidak memakan makanan yang haram itu, tetapi ditakuti juga akan berlaku kesakitan atau sakitnya bertambah teruk atau sakitnya itu akan berpanjangan.

IV - Imam Abu Zuhrah

Imam Abu Zuhrah pula mendefinisikan darurat pula sebagai satu keadaan ditakuti akan kehilangan nyawa ataupun kehilangan harta keseluruhannya ataupun maslahat dharurinya (agama, nyawa, maruah, akal dan harta) terancam jika tidak memakan yang haram atau tidak melakukan perkara yang terlarang dengan syarat tidak menyentuh hak orang lain.

Syarat Darurat
Berikut adalah beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam dalam meletakkan sempadan daerah darurat itu sendiri.Jika menepati kriteria ini barulah terpakai kaedah syarak seperti darurat mengharuskan perkara yang dilarang:

* Darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu didasarkan andaian, andaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.

* Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak ada jalan lain yang dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu. Contohnya, seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba.

* Orang yang dalam keadaan darurat (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara yang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi Syariat Islamiah dan usul akidah Islamiah seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).
Ini bererti jika dalam melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringan dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.

* Ketika melepaskan keadaan daruratnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan darurat diukur dengan tingkatannya.

* Dalam isu terpaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.
* Dalam pemerintahan negara, pemimpin perlu memastikan kepentingan awam dan negara didahulukan walaupun kadang-kadang terpaksa mengambil jalan yang terlarang apabila jalan yang halal tiada atau kurang berkesan dalam menjaga kepentingan negaranya seperti pandangan beberapa orang ulama yang berpandangan harus membayar hutang negara kepada badan-badan dunia atau negara-negara kuasa besar bersama dengan faedah pinjaman walaupun pada asasnya riba itu haram kerana menjaga kepentingan negara daripada terjual atau tergadai kepada kuasa asing.

Sumber Pejabat Mufti Perak
Daripada sedikit ulasan di atas, alasan melakukan perkara yang diharamkan kerana darurat tidak semudah seperti ia diungkapkan kerana pada hakikatnya ia masih terikat dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.Fenomena yang berlaku di masyarakat kita ialah ramai di kalangan umat Islam menggunakan alasan darurat dengan melakukan perkara yang haram dalam perkara peminjaman secara riba sedangkan peminjam berkenaan bukannya dalam perkara `daruriyyat' tetapi hanya dalam perkara `tahsiniyyat' sahaja.
Berdasarkan pendapat-pendapat ulamak di atas yang sempat dinukilkan [serta banyak lagi pandangan-pandangan lain] keadaan disebabkan tiada wang untuk menyara hidup, tidak termasuk ke dalam kategori darurat yang membolehkan seseorang perempuan melacur sebagaimana pendapat Dr. Mashitah.

DPPNP tidak berniat untuk meperbesar-besarkan soal ini, tetapi oleh kerana kenyataan ini disiarkan di dalam sebuah akhbar arus perdana yang mempunyai jutaan pembaca dan disampaikan pula oleh seorang tokoh agama yang berpengaruh seperti Dr. Mashitah, maka ia telah menimbulkan kekeliruan di kalangan ummat Islam dan mungkin ramai juga yang menelan bulat-bulat jawapan tersebut.

Tindakan dan Kesimpulan

Oleh kerana itu, demi kepentingan ramai khususnya umat Islam di Malaysia, kami menyeru pihak berwajib untuk melakukan sesuatu demi agama ini. Tuntutan kami tidaklah sebesar mana Cuma hanya memohon pihak yang berwajib lebih cakne dan proaktif dalam menangani isu-isu yang melibatkan kepentingan umum.

Pihak Dato diminta untuk tampil menjelaskan isu ini kepada masyarakat. Kami Dewan Pemuda PAS Pahang teramat bimbang kelonggaran ini akan dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyesatkan dan memesongkan orang Islam di Malaysia. Sudah terlalu parah kebejatan akidah dan sosial dikalangan umat Islam di Malaysia dipinta janganlah ditambah lagi dengan satu bentuk endorsement sebegini. Isu murtad, kondom dan jarum percuma, isu zina, arak, pesta melampau, serangan pemikiran [islam Liberal/ astora], riba, judi, rasuah dan macam-macam lagi bencana kepada umat ini sudah tidak terbela lagi, apakah golongan agamawan kerajaan sudah kecewa dan berputus asa? Bangkitlah.

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

Posted: 18 Dec 2010 07:23 AM PST

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (gambar) mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.
Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.
"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.
"Tak kisah la letak ancak ke (kiri), renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.
Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.
 Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.
"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.
"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.
Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.
Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.
Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.
Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.
Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa'nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan Menteri Besar Perak itu.
Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani.
Tindakan Harussani itu, katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.
"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.
"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab  dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.
"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.
Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan Dun yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.
Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ekoran membangkitkan perkara itu.

Apco Worldwide @ 1 Malaysia: Acuan Agenda Zionis Yang Mengancam Keselamatan Negara

Posted: 18 Dec 2010 07:22 AM PST

Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia.dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut.Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global.


Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional ini mungkin berfikir mereka melakukan hal yang betul dengan mempertahankan Najib dan APCO, syarikat perundingnya yang hebat itu.


Dalam fikiran kebanyakan ahli parlimen BN, mempertahankan kerajaan sama dengan mempertahankan tanahair. Dengan logika songsang yang sama, orang yang mengkritik kerajaan semudahnya digelar pengkhianat Malaysia.

Saya dengan berlapang dada, mengajak kawan-kawan di sebelah sana untuk berfikir dengan lebih jauh lagi, melihat dengan lebih dalam lagi. Sebetulnya, ianya tidaklah terlalu sukar untuk mencari kaitan hubungan APCO dan Israel.

Namun sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya perlu menerangkan bahawa perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan "persoalan tentang Yahudi." Ada perbezaan yang cukup luas di antara menjadi Yahudi dan menganut ideologi Zionisme.

Rakyat Malaysia selalu berbangga dengan mengisytiharkan kebersamaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Kita juga mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan memiliki rekod panjang melatakkan komitmen pada prinsip dan perjuangan Gerakan Negara-negara Berkecuali.

Dalam konteks ini, apakah teramat sukar untuk memahami bagaimana Perdana Menteri membayar khidmat firma yang terkenal dengan hubungan gelapnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa? Kenapa perlu kita percaya sebuah syarikat dengan agenda Zionis mengendalikan hubungan komunikasi strategi Malaysia?

Ia bukan hanya sekadar sebuah syarikat Yahudi

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kritikan di parlimen berkenaan persamaan di antara slogan 1 Malaysia dan 1Israel. Beliau juga mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO.

Terdapat juga persoalan tentang kenapa Najib dan kerajaannya tidak melibatkan firma perhubungan awam tempatan bagi menjalankan kerja hubungan komunikasi tersebut?

Menurut kenyataan APCO sendiri, tanggungjawabnya meliputi ruang lingkup yang cukup lebar melangkaui komunikasi "tugas APCO termasuklah dokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi yang luas yang sedang diambil kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan pendidikan serta memperkasa penyampaian khidmat kepada rakyat."

Malahan, ianya cukup aneh bahawa penjelasan ini tidak datang dari Najib ataupun Pejabata Perdana Menteri.

Asas utama Pakatan Rakyat menimbulkan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan politik tetapi kerana keprihatinan yang jujur berhubung soal keselamatan negara.

APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabata di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat),

Kita mungkin berkata habis itu apa?

Namun APCO tidak boleh menafikan operatornya di Tel Aviv memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. APCO di Israel mengendalikan kerja-kerja pembangunan strategik dan berbagai bentuk komunikasi untuk syarikat korporat ataupun organisasi kerajaan.

Selanjutnya, perhubungan di antara Israel dan APCO lebih dari sekadar memiliki pejabat di Tel Aviv. Kegiatan APCO di negara Zionis melampaui sektor orang awam. Perlu diingatkan anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Doron Bergerbest-Eilon,merupakan bekas ketua keselamatan untuk kerajaan Israel

APCO dan ASERO

Hubungan APCO dengan pelbagai projek risikan dan berkait keselamatan dilakukan menerusi hubungan strategik dengan syarikat saudaranyaASERO Worldwide. Kepakaran APCO adalah dalam bidang komunikasi, manakal ASERO pula pakar dalam keselamatan dalam negeri dan perunding pengurusan risiko.

APCO dan ASERO mempunyai anggota perunding dan pengurusan yang bertingkah keahliannya. Misalnya Doron Bergerbest-Eilon yang duduk sebagai anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO merupakan orang yang terlibat menubuhkan dan menjadi presiden ASERO Wordlwide.

Doron Bergerbest-Eilon, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dalam Israeli Security Agency (ISA). Dia merupakan bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan menjawat pangkat yang lebih kurang sama dengan mejar jenderal. Dedikasinya terhadap agensi perisikan Israel membawa dirinya dianugerahkan Pingat Penghargaan Pengarah oleh Agen Perisikan Amerika Syarikat.

Mara Hedgecoth, anak perempuan Ceo APCO dan Presiden Margery Kraus turut menjawat jawatan dalam ASERO sebagai Naip Presiden. Dalama masa yang sama Mara Hedgecoth turut berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Pengarah APCO Worldwide.

Naib Presiden Kanan ASERO, Carl Truscottmerupakan sosok tubuh yang tercalar imejnya sewaktu dibawah pentadbiran Bush. Carl Truscottmerupakan bekas Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat.

Tetapi dia melatakkan jawatan pada Ogos 2006 setelah terbit laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendapati dia telah membazirkan ribuan dollar dengan berbelanja mewah, membazirkan jutaan dolar dengan keputusan-keputusan sesuka hati serta melanggar piawaian dengan mengarahkan pekerjanya membantu anak saudaranya dalam projek video di sekolah tingginya.

Hubungan dengan Israel

ASERO Worldwide menasihati agensi awam dan tentera Israel dalam hal cabaran strategi dan taktik keselamatan serta menyediakan bantuan terhadapkerajaan dan pihak korporat bagi menyediakan, meringankan dan memulihkan daripada ancaman keganasan dan risiko bahaya lainnya, juga melindungi penghidupan dan aset penting serta memastikan penerusan operasi.

Kakitangan ASERO dipenuhi dengan rekrut daripada Agensi Keselamatan Israel (juga dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet) dan juga Mossadyang cukup terkenal itu. Seperti yang kita tahu prosedur piawaian operasi agensi ini dalam menghalang keganasan (counter terrorism) termasuklah dengan menyiksa orang yang dituduh, pembunuhan dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2006, APCO dan ASERO memperkenalkan – Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan – Transportation Security Administration (TSA) kepada kerajaan Israel, dan membantu membangunkan sistem keselamatan lapangan terbang Israel – Sistem Pengesan Orang Yang Disyaki – Suspect Detection Systems. TSAdireka oleh John Magaw, salah orang perunding kanan yang pernah menjadi pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat.

Hubungan dengan Singapura

Bukan lagi rahsia bahawa Israel dan Singapura menjalin hubungan tersembunyi dalam kerjasama luar biasa di bidang pertahanan dan perisikan. Kerjasama antara dua buah negara ini dapat dijejak sejak tahun 1960 an lagi/

Di kalangan pengarah kanan dan pegawai pengurusan ASERO, satu-satunya orang yang bukan warga Amerika Syarikat dan warga Israel merupakan warga Singapura.

ASERO dan APCO menyediakan khidmat rundingan terhadap keselamatan dalam negeri Singapura, membantu Singapura dengan khidmat teknikal dan risikan dalam hal ehwal keselamatanruang udara dan angkasa. Khidmat dan kepakaran mereka talah memudah cara perpindahan pantas teknologi keselamatan dan ketenteraan Israel e Singapura.

Kedua-dua syarikat ini juga terlibat dalam mempromosikan penglibatan Israel dalam kerjasama dan penyelidikan berjangka panjang dalam bidang strategik yang mempunyai implikasi keselamatan dan ketenteraan. Antara isntitusinya adalah Yayasan Kajian dan Penyelidikan Industri Singapura-Israel (Singapore-Israel Industrial R&D Foundation - SIIRD) yang ditubuhkan pada tahun1997.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASERO aktif terlibat dalam banyak kegiatan pencegahan keganasan (counter terrorism). Di atas nama pertukaran akdemik, ASERO telah ikut terlibat dengan Pusat Sains Tingkah Laku (Centre of Behavioral Science - CBS).Matlamat CBS adalah untuk berkhidmat sebagai "platfom untuk perpindahan dan pertukaran idea-idea dan pengetahuan terkini yang akan menyumbang kepada perubahan hidup individu, organisasi dan juga masyarakat."

1-Malaysia dan slogan Satu Bangsa 

Dalam latar belakang ini, terdapat banyak sebab mengapa rakyat Malaysia yang patriotik perlu mempersoalkan kebijaksanaan mengambil khidmat APCO itu. Cukup terang, APCO tidak berkongsi wawasan yang sama tentang pembinaan bangsa(nation). Tidak juga menghairankan untuk APCO tidak berkongsi hasrat, wawasan dan matlamat pembinaan negaa kami. Sebab itulah slogan 1Malaysia tidak bersambut dalam konteks rakyat tempatan.

Fakta sejarah menunjukkan 1-Malaysia berbunyi seperti berbagai "gerakan Satu Bangsa" di seluruh dunia. Malangnya selogan Satu Bangsa tidak dapat dielakkan dikaitkan dengan kecenderungan konservatif.

Seperti yang kita ketahui, slogan Satu Israel merupakancubaan yang gagal untuk menyatukan suatu lanskap politik yang terpisah-pisah. Kemudian ada pula "One Britain" yang menjadi tema kempen ahli-ahli politik pelampau puak kanan parti Konservatif UK dan kumpulan-kumpulan anti penghijrahan orang luar ke dalam negara.

DI Australia, bekas perdana menteri John Howardmerangka dasar One-Australia pada tahun1980an. Maksudnya One-Australia membawa makna anti keragaman budaya dan mendesak Australia mengekalkan penguasaan orang kulit putih Anglo-Saxons.

Slogan One-Australia perdana menteri Howard kemudiannya diangkat oleh ahli politik rasisPauline Hanson yang menubuhkan One-Nation Party. Satu-satunya platfom parti ini berpandukan retorik dan dasar anti orang luar dan anti penghijrah.


Setahun selepas dilancarkan, konsep 1-Malaysia masih lagi terlalu kabur buat kebanyakan rakyat Malaysia. Meskipun slogan tersbeut telah menghasilkan caka-cakap dan kegiatan tetapi ia langsung kosong isi pemikirannya.

Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik sama-sama kehilangan arah dalam mentera retorika ini. Kesan rasa selamat tidak cukup untuk menutup kekecewaan terhadap tiadanya tindakan dalam menangani isu sebenar yang memberi kesan terhadap bangsa dan negara seperti rasuah, menurunnya proruktiviti, kemiskinan, perpaduan nasional dan lainlain.

Keprihatinan kami bukan sahaja soal pembaziran wang pembayar cukai dalam perbelanjaan pengiklanan yang menakjubkan, papan tanda,lagu, konsert, pertandingan menulis esi dan lain-lain lagi. Kita mesti melihat kepada paling asasi sejauhmana selamatnya negara apabila kita dengan secara sukarelanya mendedahkan struktur kakitangan pegawai kerajaan terhadap firma swasta dengan kepentingan asing yang cukup kuat?

Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia.dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut.Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global.

Saya berharap ahli-ahli parlimen dan para pemimpin BN memberi perhatian dalam isu yang amat serius ini. Jika kamu benar-benar patriotik, bangun sekarang. Tolonglah jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing.

What Khairy has not learned from Najib’s four political diseases

Posted: 18 Dec 2010 07:17 AM PST



When the Wikileaks disclosures erupted, senior Singaporean officials described how "Malaysia's decline" was fuelled by incompetent politicians, and that "Najib has his neck on the line in connection with a high-profile murder case."

Other disparaging comments about Malaysia's past and current Prime ministers were bared for all to read. Even Khairy had a mention when Peter Ho told a US official: "The political knives will be out for Abdullah (Ahmad Badawi's) son-in-law, Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties."

Najib and his party maintained a stubborn silence rather than demand an explanation or give the Singaporeans a stiff rebuke for tarnishing their neighbour's image. Although Malaysian leaders had been criticized and the country's name been sullied, no one came to the country's or even the leaders' defence.

Finally, after two days, a few ministers managed to scrape a few comments for the press.

One of these was Khairy who told reporters on 14th December, that the Wikileaks exposure a few days earlier, had given a clear indication of the 'nature' of the former deputy prime minister, Anwar.

He said, "WikiLeaks' exposure, especially on Datuk Seri Anwar, is very serious because it was based on intelligence information obtained by foreigners. We do not know how the information is obtained, but since the information is used in communication between foreign countries, it seems valid. If it's not, Singapore and Australia would never have discussed it."

It is all very well for Khairy to say that the intelligence information on Anwar must have been valid. In that case, the intelligence information on Najib and Altantuya should also be valid.

Kausikan had said, "A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia." He then cited a need for Najib to prevail politically in order to avoid prosecution in connection with the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

"Najib has his neck on the line in connection with a high-profile murder case," noted Kausikan.

Khairy claimed that "…..the information is used in communication between foreign countries, it seems valid. If it's not, Singapore and Australia would never have discussed it….."

But why has he not demanded from the Singaporeans, information that could shed light on the murder?

Khairy said that Anwar was unfit to become Prime Minister if the revelations by WikiLeaks were true.

He said, "It is not just (because of) moral issues but because foreign intelligence has technical intelligence or evidence of his behaviour and this could be used as leverage against Malaysia should he become PM."

"We cannot elevate a man whose dark secrets are known to foreign governments as PM. They will have leverage against us and this may compromise our sovereignty," he said in a text message which he sent and was quoted by 'The Star'.

Khairy expressed concern that Anwar's "dark secrets" will "compromise our sovereignty".

How come Khairy does not share the same anxieties about Najib and the other associated "dark secrets" which are connected to "the murder scandal"?

Khairy previously sent out text messages describing why he thought Anwar was unfit to become Prime minister.

He wouldn't have mentioned this at all is he didn't believe that Anwar had the potential to be Prime minister. He has inadvertently let slip that Anwar has a chance of becoming Prime minister.

Khairy argues that it is Anwar's "dark secrets" which makes him unsuitable for the role of Prime minister.

Thus, if Khairy is prepared to accept Najib with his equally "dark secrets" as Prime minister, then by that same token, Khairy must also acknowledge that Anwar can also be Prime minister.

Moreover, Khairy is also saying that if not for those "dark secrets", Anwar does possess the qualities and competency, to be Prime minister.

Muhyiddin: We want a bigger win in Tenang

Posted: 18 Dec 2010 07:16 AM PST

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin on Saturday called on the Barisan Nasional (BN) and Umno election machineries to try not just to retain Tenang state seat, but also to gain more support from the voters in the constituency.

He said a by-election could not be taken lightly by all quarters and BN would need a united and total involvement from its component parties in order to succeed.

"The previous record was encouraging, but what really matters now is not only to retain the seat, but, if possible, to gain more support," he said when asked on the possibility of a by-election in Tenang following the death of the incumbent, Datuk Sulaiman Taha, yesterday.

Muhyiddin said he was informed that the Election Commission (EC) would convene a meeting soon and the BN and Umno election machineries were ready to be deployed at any time.

About BN's potential candidate for the by-election, he said the name would be announced when the time came.

Sulaiman, 59, died of blood infection and diabetes at 1.10am at Ampang Puteri Specialist Hospital in Kuala Lumpur yesterday.

Tenang, which is located under the Labis Parliamentary constituency, has a total of 14,511 registered voters, 50 per cent of whom are Malays.

At the 2008 general election, Sulaiman defeated Mohd Saim Siran of PAS, with a 2,492-vote majority.

Muhyiddin arah jentera BN, Umno tingkatkan sokongan pengundi Tenang

Posted: 18 Dec 2010 07:15 AM PST



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan.
Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.
"Rekod dulu memberangsangkan tetapi apa yang penting bukan sahaja setakat pertahankan tetapi kalau boleh kita tingkatkan lagi jumlah sokongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis gempur NKRA 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan diadakan pilihan raya kecil DUN Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, semalam.
Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan jentera BN dan Umno bersedia menggerakkan persiapan bila-bila masa pilihan raya diadakan.
Mengenai calon yang bakal dipilih, beliau berkata ia akan diumumkan apabila tiba masanya.
Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.
DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Gantung MP: Muhyiddin nafi BN mahu kuasai majoriti Parlimen

Posted: 18 Dec 2010 07:14 AM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat akan menggunakan isu penggantungan empat ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bahan untuk menjelajah ke seluruh negara, kononnya demokrasi di negara ini sudah mati.
"Mereka kata kita sengaja buat begitu sebab mahu menguasai dua pertiga di Parlimen adalah langsung tidak betul.
"Jangan hendak putar belit seolah-olah rakyat tidak tahu kerana fakta bahawa empat orang digantung enam bulan itu tidak bermakna kerusi kita di Parlimen akan bertambah, sebaliknya kekal dengan 137 kerusi," kata timbalan perdana menteri.
Justeru kata beliau, tindakan pembangkang yang menimbulkan kekecohan di Parlimen merupakan satu perkara yang memalukan dan menjadi detik hitam dalam sejarah Parlimen Malaysia.
Muhyiddin berkata tindakan itu mungkin sudah dirancang oleh pembangkang disebabkan tidak dapat mempertahankan pendirian mereka dan ini jelas menunjukkan mereka tidak menghormati protokol serta konvensional Parlimen yang seharusnya menjadi puncak sistem demokrasi negara.
"Perkara itu memalukan . . . dengan biadap dan mengeluarkan kenyataan kasar kepada Speaker dan ada kenyataan mereka nak heret ke Speaker ke mahkamah.
"Bagi saya ia satu tindakan yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga tidak berparlimen," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Gempur Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat apabila anggota Parlimen pembangkang cuba melakukan protes bagi membantah usul penggantungan empat anggota Parlimen mereka.
Khamis lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli  Parlimen pembangkang daripada persidangan dewan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.
Tiga Anggota Parlimen pembangkang itu yang digantung kerana menghina dewan ialah Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).
Muhyiddin berkata beliau yakin pembangkang akan menggunakan keputusan menggantung Anggota Parlimen itu sebagai bahan kempen mereka dan Anwar juga akan menggunakan tempoh enggantungan enam bulan berkenaan untuk menjelajah negara bagi memutar belit tindakan terhadapnya.
"Kita tahu parti komponen Pakatan Rakyat berhadapan kemelut politik yang carca marba dan dalam keadaan parti mereka bersimpang siur dan tunggang langgang daripada segi hubungan antara parti komponen. Rakyat sudah tahu tipu helah mereka dan mereka hendak mencari bahan sebagai kempen," katanya.

PRK Tenang penentu tarikh PRU13

Posted: 18 Dec 2010 07:13 AM PST



Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini adalah pilihanraya kecil yang ke-14 sejak pilihanraya umum yang lalu.
Kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dikatakan sudah bersedia menghadapi pilihanraya yang dilihat sebagai ujian kepada kemampuan mereka benar-benar menguasai undi daripada pengundi berbangsa Melayu. PRK ini juga bakal melihat bagaimana kemampuan PR untuk mengesahkan kedudukan mereka di sebuah negeri iaitu Johor yang selama ini dianggap sebagai 'tabung deposit' atau kubu kuat BN sejak negara mencapai kemerdekaannya.
Bagi PR, sewajarnya kemenangan ke atas DUN Tenang pastinya memberikan satu impak kepada semangat baru apabila kebelakangan ini menghadapi banyak masalah dalaman dan perpecahan di dalam parti terutamanya di dalam PKR. Jika PR mampu menang kali ini bermakna hala tuju yang diwar-warkan PR untuk merampas Putrajaya di dalam PRU akan datang mungkin boleh diperjudikan semula. Malah, jika PR dapat mengurangkan majoriti yang pernah diperolehi oleh penyandangnya dalam PRU 2008 juga memberi harapan cerah untuk Putrajaya ditawan.
Tenang adalah 'maruah' UMNO dan BN
Bagaimana pula jika majoriti meningkat semula untuk BN? Pastinya ini menjadi igauan ngeri kepada PR kerana situasi berkenaan meletakkan harapan mereka menawan Putrajaya sebagai satu perkara yang mustahil.Walau apapun, BN pastinya akan melakukan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan maruah mereka di Tenang dengan menggerakkan semangat kemenangan besar di PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada awal bulan lepas ke dalam jentera mereka di Tenang nanti.
Bagi BN, mengekalkan kotak undi Melayu di Johor sebagai miliknya akan memberi persepsi kepada umum bahawa kuasa BN amat sukar dicabar adalah suatu yang diidam-idamkan oleh BN sebenarnya. Jika mereka kalah ataupun berlakunya penyusutan majoriti yang ada walaupun menang boleh membuatkan umum mempunyai tanggapan bahawa BN terutamanya UMNO semakin lemah. Di dalam politik Malaysia yang ramai dengan mereka yang berada di atas pagar, persepsi sebegini memainkan peranan di dalam menentukan bakal siapa yang akan menjadi kerajaan sehingga di peringkat akhir di kotak undi.
Kuasa Ketiga bertanding di Tenang?
Bagaimana dengan 'Kuasa Ketiga' di PRK Tenang? Kemungkinan besar akan ada calon yang mendakwa diri mereka 'Kuasa Ketiga' turut meletakkan calon. Namun begitu, persediaan dalaman mereka seharusnya diperbaiki dulu sebelum mula memikirkan tentang 'test power' di sini. Yang pastinya 'Kuasa Ketiga' yang mungkin berminat ialah parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dikini dipimpin oleh bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.
Namun begitu, pelbagai isu dalaman KITA memerlukan masa untuk diperhalusi dan diselesaikan seperti penukaran nama secara rasmi dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) kepada KITA, organisasinya, perlembagaan parti dan pemupukan perpaduan sesama pemimpin-pemimpinnya supaya selaras dengan aspirasi Zaid. Sungguhpun begitu, sekiranya KITA meletakkan calon, bantuan dari sebuah lagi parti yang dilihat lebih kecinaannya iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) sewajarnya dialu-alukan di dalam jentera kempennya kelak yang pasti menyemarakkan pertandingan tiga penjuru nanti di Tenang dan menjadi 'pengacau' undi.
Semasa PRU 2008, meskipun BN kehilangan 5 buah negeri (sebelum Perak kembali kepada BN) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada PR, BN Johor masih mampu mengekalkan kekuasaannya ke atas negeri itu. Namun begitu, buat pertama kalinya dalam sejarah DUN Johor, calon-calon dari PR ketika itu membuat kemajuan apabila menambah dengan banyaknya kerusi mereka di negeri itu terutamanya DAP yang memenangi 4 kerusi. PAS pula memenangi 2 kerusi daripada sejumlah 56 kerusi DUN di negeri itu.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Jumlah pengundinya ialah 14,511 orang. Menurut daftar ini, sekiranya daftar pemilih terbaru diumumkan (yang mana penulis merasakan tidak akan berbeza sangat) merupakan satu situasi pertandingan yang adil kerana komposisinya melambangkan pembahagian populasi seperti di peringkat nasional dan juga mencerminkan senario pilihan rakyat secara keseluruhan.
Oleh itu, komposisi daftar pemilih berkenaan menjadi satu tanda jelas kepada parti-parti yang bertanding sebagai mewakili sentimen nasional di kalangan kaum-kaum yang ada. Hasil daripada PRK ini nanti memudahkan analisa pemerhati politik dan juga cerdik pandai politik mengenai persoalan-persoalan seperti kecenderungan pengundi Cina sebenarnya dalam politik, impak oleh pengundi India selepas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengundur diri, pandangan orang Melayu mengenai ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat dan banyak lagi indikator-indikator sentimen yang boleh terjawab.
Tenang bakal membantu Najib tetapkan PRU ke-13
Di saat suasana politik nasional hari ini masing-masing meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen sebelum penggal persidangan seterusnya bermula pada bulan Mac tahun hadapan, Tenang sepatutnya menjadi perhatian Najib sebagai menguji terlebih dahulu persepsi rakyat mengenai BN dan sambutan ke atas program-program transformasinya. Mungkin kematian ADUN Tenang ada hikmahnya kepada BN kerana PRK yang bakal diadakan dalam masa 60 hari selepas Speaker DUN Johor memberikan notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bakal membantu BN menguji kekuatan mereka sebenarnya di dalam satu PRK yang berkomposisi populasi nasional.
Hanya selepas apa sahaja keputusan selepas PRK Tenang nanti, Najib masih mempunyai masa untuk menentukan sama ada pilihanraya umum ke 13 berbaloi atau berisiko untuk dianjurkan selepas Mac tahun hadapan bersama-sama dengan pilihanraya Dewan Negeri Sarawak. Jika BN tewas di Tenang, mungkin Najib boleh biarkan Sarawak teruskan dahulu pilihanraya negerinya. Bagi BN yang kini dilihat menguasai lebih 60 peratus undi Melayu, mereka lebih bimbangkan dengan trend pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.
Walaupun dalam PRK Galas melihat kepada pertambahan undi pengundi Cina kepada BN, perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai satu petanda aras kerana semua sedia maklum hubungan baik antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan komuniti Cina yang memungkinkannya berlaku. Namun di Tenang nanti, trend pengundi Cina seharusnya tidak dilihat sebagai penanda aras terbaik tetapi boleh diterimapakai setidak-tidaknya. Lebih-lebih lagi Tenang yang terletak di bawah Parlimen Labis yang didakwa sebagai 'kubu kuat' Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Chua Soi Lek dan kini anaknya menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Sejauh mana Tenang kubu kuat Chua Soi Lek,biar rakyat tentukan
Penganalisa politik melihat selain daripada isu tsunami politik nasional melanda Labis semasa PRU 2008, isu 'disiplin' Soi Lek juga menjadi penyebab kepada penurunan banyak majoriti BN hampir separuh ketika itu. Pengundi Melayu dan juga pengundi Cina sama-sama melihat Soi Lek sebagai seorang yang rosak akhlak dan inilah menyebabkan bukan sahaja Parlimen Labis tetapi di DUN Tenang itu sendiri, menjadi kerusi DUN yang paling banyak kehilangan majoriti di antara semua kerusi DUN yang dimenangi oleh BN pada PRU 2008 di negeri Johor.
Allahyarham Sulaiman memperolehi majoriti yang banyak pada PRU 2004 dengan memperolehi 5,507 majoriti tetapi berjaya mempertahankan kerusinya itu dengan majoritinya berkurangan sehingga lebih separuh apabila memperolehi majoriti sebanyak 2,492 undi. Situasi ini jelas sekali melihat peralihan undi besar dari kaum Cina dan India kepada calon PAS ketika itu mewakili PR.
Pastinya bagi MCA, pertandingan PRK ini bakal melihat sejauh mana Soi Lek sebenarnya diterima di negeri tersebut dan sama ada rakyat sudah memaafkan 'kecurangannya' di dalam aktiviti yang dilihat rakyat sebagai tidak sihat itu. Penulis menjangkakan isu pita kontroversi seks Soi Lek pasti akan menggamatkan semula PRK Tenang nanti dan kesempatan ini bukan sahaja digunakan oleh parti lawan tetapi juga oleh pihak-pihak dalaman partinya sendiri sebagai menekan Soi Lek sepertimana yang mereka pernah buat dahulu untuk menjatuhkan Soi Lek sebagai Naib Presiden MCA pada tahun 2007.
Peluang PR lebih baik dengan PAS
Bagaimana dengan peluang PR? Sebelum menghuraikannya, jika diikut resam pembahagian kerusi di antara komponen PR, komposisi kaum di dalam daftar pemilih menjadi petunjuk. Sebelum ini, PRU 2008, PR meletakkan calon PAS yang mana sepatutnya mengikut pembahagian komposisi, PKR lebih berhak meletakkan calon sebenarnya.
Namun begitu, sehingga kini, dilaporkan bahawa PAS Johor dan PKR Johor masing-masing dikatakan cuba melobi untuk meletakkan calon di kerusi tersebut dan usaha ini dilakukan sejak mereka mendapati Sulaiman berada dalam keadaan 'kritikal' di hospital. Tidak dinafikan ada kemungkinan PKR akan bertanding di sana tetapi tidak menolak jika PAS kekal di sana bergantung kepada apa yang difikirkan dalam benak fikiran pemimpin PR dan persetujuan mereka.
Di dalam keadaan PKR yang baru sahaja tamat pemilihan pimpinannya pada bulan lepas dan hasil darinya menyebabkan perpecahan dan masalah dalaman kini berlaku di dalamnya, bagi penulis, PKR seharusnya membiarkan PAS kekal meletakkan calonnya di situ. Maafkan saya jika terpaksa berkata, andaikata saya diberi pilihan sama ada PKR atau DAP meletakkan calon di Tenang, saya terpaksa menolak PKR dan terpaksa memilih DAP. Ini menggambarkan betapa gerunnya saya akibat masalah dalaman PKR yang mampu menggugat kemenangan PR. Tetapi dalam kes ini, PAS adalah calon terbaik jika dilihat pada senario dan tanggapan umum ke atas masalah dalaman PKR walaupun pemimpin PKR dilihat seperti menafikan pergolakan dalamannya di kaca mata rakyat. Dan penafian inilah meresahkan rakyat dan penyokongnya kerana 'state of denial' pemimpin utama PKR.
Kesilapan PKR memilih Chua Jui Meng sebagai Ketua PKR Johor
Walaupun tiada masalah dalaman di dalam PKR sekali pun, saya masih memilih PAS. Anda mahu tahu kenapa? Mungkin ramai tidak sedar bahawa keadaan di dalam PKR Johor sendiri dan penerimaan rakyat Johor ke atas PKR masih jauh lagi rendah. Saya boleh katakan semakin teruk apabila PKR tidak sensitif kepada 'ketuanan Melayu' yang wujud di negeri itu. Sebagai sebuah negeri yang menjadi kubu kuat UMNO, kesilapan besar PKR adalah melantik bukan Melayu sebagai Ketua PKR negeri. PKR telah melantik bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng menjadi Ketua PKR negeri. Kita tidak bercakap tentang hak Chua ataupun orang Cina memegang jawatan tersebut tetapi kita bercakap tentang situasi sebenar di negeri yang majoritinya orang Melayu yang kini UMNO berbangga kerana menguasai lebih 60 peratus undi Melayu.
Oleh itu, penulis berharap pemimpin kanan PAS dan DAP supaya faham akan realiti semasa dan tidak membiarkan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mendesak mereka menerima PKR sebagai calon di Tenang. Jika PAS dan DAP benar-benar mahu menyelamatkan kemampuan dan persepsi umum ke atas PR yang kebelakangan ini banyak menurun disebabkan masalah dalaman PKR, maka PAS dan DAP perlulah berkata 'Tidak!' untuk kali ini.
Chua Jui Meng sebagai calon PR?
Saya melihat ada kemungkinan Anwar berhasrat untuk menjadikan medan Tenang ini untuk mengenengahkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon. Meletakkan beliau sebagai calon tidak salah kerana ini negara demokrasi tetapi satu langkah ke belakang jika melakukannya di kerusi DUN yang ramai Melayu yang kini kukuh bersama UMNO dan BN. Jui Meng mungkin mampu menarik undi orang Cina tetapi menarik undi orang Melayu dilihat sebagai sesuatu yang mustahil dalam senario semasa.
Namun begitu, dasar PAS yang lebih liberal bukan sahaja menarik undi orang Cina tetapi sekurang-kurangnya dapat menarik sebahagian daripada undi Melayu jika dibandingkan dengan kemampuan PKR sendiri walaupun PKR meletakkan calon Melayu dan bukannya Jui Meng. Bukan itu sahaja, PKR akan lebih bermasalah untuk meyakinkan pengundi sekiranya AKIM@KITA memasuki gelanggang lawan. Yang pastinya Zaid mempunyai sebab, bukti dan hujah politik bagi membongkarkan masalah dalaman PKR di dalam kempennya.
Penggantungan 4 ahli Parlimen PR boleh dijadikan bahan kempen berkesan
Episod terbaru di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyaksikan penggantungan empat ahli Parlimen PR memang mampu memberi nafas politik kepada PR untuk menggunakan isu-isu mengenai salahguna kuasa doktrin pengasingan kuasa, APCO-Israel, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan sebagainya bagi meningkatkan semula waima perjuangan keadilan dalam diri rakyat yang kembali terpendam sejak setahun lalu.
Namun, calon PAS adalah lebih mampu dan sesuai menggunakan kesempatan isu Dewan Rakyat itu untuk menarik sokongan orang Melayu di Tenang terutamanya mereka yang berada di atas pagar yang pernah mengundi PR semasa PRU 2008. Apa yang PAS perlu lakukan sekarang bersama-sama dengan komponen lain dalam PR ialah memainkan semula sentimen rakyat supaya meningkat ke tahap 'rakyat penentu' seperti semasa di PRK di Batu Gantang iaitu selepas beberapa bulan BN menguasai DUN Perak dengan cara yang diragui.
Andaikata PR tetap mahukan calon dari PKR, isu dalamannya yang berlaku sebelum ini tidak cukup bagi mengambil kesempatan dalam menyemarakkan gelombang rakyat kali ini, maka PAS adalah jentera terbaik buat masa sekarang. Namun begitu, secara jujurnya, jika PR dapat mengurangkan majoriti BN sudah cukup baik kerana ini mampu memberi semangat baru kepada PR dan menakutkan BN. Sekiranya PR menang, ia adalah satu bonus besar di dalam merealisasikan impian Putrajaya nanti.

Tenang, Ujian Terakhir BN Dan Pakatan

Posted: 18 Dec 2010 07:12 AM PST

ANALISIS terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat akan memperlihatkan pertempuran yang sengit apabila mereka menghadapi pilihan raya kecil Tenang, yang pertama di Johor, dengan tekanan lebih mengenai impinan untuk Putrajaya, dan juga keupayaan menyusup kedalam kubu BN.

Wakil rakyat Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia awal pagi kelmarin disebabkan kencing manis. Dia dimasukkan kedalam Hospital Pakar Ampang Puteri sejak 24 Nov. Dengan kematiannya, negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, ke-14, sejak 2008.

Johor dikenali sebagai salah satu "votebanks" untuk BN, sebuah negeri yang telah menyelamatkan gabungan pemerintah daripada penghinaan dan menjadi penghalang kepada pembangkang pada pilihanraya umum 2008 dimana BN kehilangan lima buah negeri dan dua pertiga majoriti di parlimen.

Dan di tengah-tengah spekulasi meluas Perdana Menteri Najib Tun Razak akan mengadakan pemilihan pada suku pertama tahun depan, undi di Tenang dilihat menjadi satu lagi 'bayangan' pilihan raya umum ke-13.

Fokus sekali lagi akan diberikan kepada corak pengundian bukan Melayu. Orang Melayu mewakili hampir 50% daripada pengundi. Cina dan India mewakili 39% dan 12% pengundi, satu perbezaan yang besar di antara 14,511 pengundi berdaftar bagi kawasan pengundian separa bandar ini.

Kekalahan Pakatan dalam dua pilihan raya kecil yang diadakan serentak di Galas, Kelantan and Batu Sapi, Sabah, menjadi tanda undi Cina telah kembali kepada BN. Presiden MCA Dr Chua Soi Lek meraikan fakta tersebut dan menyatakan keyakinanannya bahawa perkara ini akan berterusan.

Sasaran Pakatan Kurangkan Majoriti BN

Ini akan menjadi di antara halangan-halangan Pakatan di Tenang. Perkembangan 2008 kelihatan peralihan undi bukan Melayu dan "liberal progresif" sokongan orang Melayu bandar berlaku termasuk di Tenang, bagaimanapun fenomena ini tidak memberi kesan yang banyak.

Chua kelihatan akan mengekalkan sokongan baik terhadap MCA dan di atas kertas ia kelihatan tidak begitu sukar. Tenang termasuk kawasan pilihan raya Parlimen Labis. Ia benteng utama MCA dan kepada pucuk pimpinan anak lelakinya, Chua Tee Yong.

Keputusan 2008 , di mana arwah Sulaiman mengalahkan calon PAS, Mohd Saim Siran, ia kelihatan sukar untuk Pakatan menjangkakan satu keputusan yang baik. Undi Melayu kekal kepada Melayu Umno. Mohd Saim telah dikalahkan bukan sahaja pada 2008 tetapi juga dalam pilihan raya umum 2004.

Bagaimanapun Majoriti BN menurun dengan banyak. Ia telah dikurangkan hampir separuh. Kemenangan Sulaiman diberi saingannya dengan jumlah yang sangat besar, 5,517 majoriti sebelum ini tetapi pada 2008 ia hanya 2,492. Pengurangan drastik dianggap berpunca daripada peralihan undi Cina dan India kepada Pakatan.


Sasaran paling pragmatik untuk Pakatan ialah untuk meneruskan usahanya untuk mengurangkan terus majoriti pesaingnya sebagai satu pertempuran yang simbolik. Sekiranya ini berlaku, blok pembangkang boleh meraikan kejayaan dalam "perang saraf" di mana ia boleh bermegah meraikan sokongan bukan Melayu yang berterusan. Ia juga akan memberi isyarat bahawa kempen Pakatan telah berjaya meresapi Johor.

Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Pakatan akan meletakkan calon PAS untuk bertanding di Tenang dalam usaha Pakatan untuk memberikan cabaran yang sengit di sana.
Pertarungan Pertama Presiden Baru MIC

Setakat yang diketahui setakat ini, berdasarkan pola sokongan pengundian Melayu menunjukkan orang Melayu kekal terbahagi, dan sokongan untuk kedua-dua pihak kekal tidak berubah. Keberkesanan PAS boleh diukur dengan usahanya untuk menarik peneroka-peneroka Felda masuk ke dalam kem mereka. Rizab tanah Felda merupakan sebahagian kecil pemilih Tenang.

Sementara itu, pilihan raya kecil ini juga menjadi ujian pertama sebenar G Palanivel sebagai Presiden baru MIC, parti komponen berasaskan India ketiga terbesar dalam BN.

S Samy Vellu meletakkan jawatan sebagai presiden MIC pada 6 Dis selepas menerajui parti itu selama 31 tahun, dipercayai diatur oleh Umno kerana mendapati kebencian terhadap bekas menteri dikalangan pengikutnya semakin tinggi.

Ia satu fakta yang diketahui pemimpin-pemimpin kanan Umno dan merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk Samy Vellu berhenti. Dia telah dilihat menjadi penghalang dan menyekat usaha Najib untuk mendapatkan semula undi bukan Melayu kembali ke dalam kem BN.

Asri kesal JAIS guna taktik ala-Taliban

Posted: 18 Dec 2010 07:09 AM PST

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) hari ini, beliau melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan terbaru mengenai penahanan beberapa orang Islam berfahaman Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gombak pada awal minggu ini. Asri menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu permulaan ke arah pembentukan budaya Taliban di dalam negara ini yang sangat berbahaya kepada imej kerajaan dan pentadbiran Islam di negara ini.


Beliau menyifatkan pembentukan seperti atau ala-Taliban ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat kerana kerajaan Malaysia hari ini cuba mengenengahkan Islam yang pertengahan di kalangan negara dunia Islam di seluruh dunia. Selain itu, ini menunjukkan Malaysia hanya mengiktiraf satu cabang sahaja Islam di negara ini dan meletakkan cabang-cabang Islam yang lain sebagai 'haram.'

Menurut Asri lagi, walaupun beliau tidak bersetuju dengan ajaran-ajaran di dalam Syiah dan selalu terlibat di dalam perdebatan dengan pihak Syiah, beliau tidak boleh menerima dasar yang digunapakai di dalam kerajaan Malaysia yang didakwa sebagai demokrasi yang menghalang orang ramai menggunakan hak mereka untuk beragama selagi pegangan mereka belum mengganggu ketenteraman awam.

Beliau turut melahirkan rasa kesal di atas sikap 'tidak terbuka' kerajaan dan memberi amaran kepada kerajaan bahawa keadaan ini boleh membawa kepada pertelingkahan dan kemusnahan sosial sesama penganut Islam.

Walaupun kerajaan mahu mengenengahkan hanya fahaman Sunnah boleh diterimapakai kerana dianggap sebagai fahaman sah di sisi Allah, kerajaan sewajarnya menggunakan perbincangan intelektual di dalam menghadapi isu-isu perbezaan dalam cabang agama seperti ini. Perbahasan sewajarnya dialu-alukan untuk kes seperti ini dan bukannya melaksanakan penguatkuasaan yang mungkin dilakukan dengan cara kejam dan tidak betul.

Sebelum ini seramai 200 orang tempatan dan luar negara yang mengikuti fahaman kumpulan Hauzah Ar Ridha Alaihissalam telah ditahan di sebuah rumah kedai yang dipercayai markas mereka di Taman Sri Gombak pada Rabu lepas kerana disyaki memberi tamparan kepada keselamatan negara.

Kumpulan itu yang diketuai oleh seorang warganegara Iran dikatakan telah beroperasi di situ sejak dua tahun lalu. Antara pengikutnya ialah rakyat Malaysia, Iran, Indonesia, Myanmar dan Pakistan yang kebanyakannya adalah pelajar dan pensyarah di universiti, peguam dan pegawai kerajaan.

Mereka seterusnya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak malam tadi dan kini dibebaskan dengan jaminan. Pihak JAIS memaklumkan kumpulan Syiah tersebut didakwa mengeluarkan ajaran membenarkan mereka membunuh penganut Islam selain dari mazhab Syiah kerana didakwa sebagai kafir.

Penahanan tersebut merupakan penahanan kedua terbesar dilakukan di negeri Selangor yang mengkategorikan ajaran Syiah sebagai ajaran yang menyeleweng. Sebelum ini juga, mufti Perlis Dr. Juanda Jaya juga mengkritik tindakan ala-Taliban oleh pihak berkuasa agama atas dasar pluralisme agama.

Pihak Kedutaan Iran di Malaysia gagal dihubungi untuk memberi komen mengenai tindakan kerajaan Malaysia ke atas fahaman Syiah. Namun begitu, ramai orang berasa hairan dengan hubungan baik kerajaan Malaysia dengan kerajaan Iran dapat dilaksanakan tetapi di negara sendiri, penganut Syiah Islam ini diperlakukan sedemikian rupa. Malah ramai melihat ini akan menggugat hubungan dua hala antara kedua-dua negara di masa hadapan.

Malah hubungan Malaysia dan Arab Saudi turut akan terjejas di atas sikap bermuka-muka badan agama Islam di Malaysia yang menekan penganut fahaman Wahabi di negara ini sedangkan di persada antarabangsa, Malaysia menghulurkan tanda persahabatan Islam dengan kerajaan Arab Saudi yang ratanya penganut Wahabbi. 

Kerajaan Malaysia juga bukan sahaja bertindak begini pada fahaman Syiah dan Wahabbi tetapi juga sesama mazhab yang ada yang mengamalkan Sunnah seperti orang Melayu yang percayakan fahaman Hanafi, Hambali dan Maliki.

ansarullah

Posted: 18 Dec 2010 11:02 AM PST

ansarullah


Salah siapa?????

Posted: 18 Dec 2010 03:50 AM PST

Tolak pembangkang cuba rosakkan pelaburan negara

KOTA BAHRU 18 Dis. - Rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang yang cuba merosakkan iklim pelaburan negara ekoran pelbagai tindakan mereka sejak kebelakangan ini yang boleh menggugat kehadiran pelabur asing ke dalam negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, tindakan mana-mana pemimpin yang sengaja memburukkan negara dengan cuba mencetus keadaan huru-hara di samping menabur pelbagai fitnah, adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar, Pameran dan Klinik Usahawan anjuran Gabungan Muda Berjaya di sini, hari ini beliau berkata, seluruh rakyat tidak mahu negara luar menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Beliau berkata, hasil pelbagai pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini rakyat Malaysia sudah mula menunjukkan semangat untuk bekerjasama berganding bahu bagi memajukan negara.

P/S:-Apabila sesuatu perkara yang berlaku,pihak kerajaan akan dengan pantasnya menuding jari kearah pakatan pembangkang.Ini kami kira perkara biasa dalam politik.

Tetapi kenapa pelaburan dalam negara lain yang lebih maju tidak ada yang bertambah negatif?Tidak adakah pembangkang yang kuat di negara-negara tersebut?


Ceritanya begini.Kiranya kita hidup berjiran,kita akan berkunjung ke rumah jiran kita untuk bertanya khabar atau bersua muka.Tapi kalau dari jauh kita dengar yang jiran kita kita sedang bergaduh suami isteri atau dengan anak-anak,adakah kita terus masuk ke dalam rumah tersebut?

Dan sekiranya kita sudah duduk dalam rumah tersebut.Tiba-tiba ada pertengkaran berlaku dalam keluarga itu,adakah kita akan terus berdiam diri di situ dan terus menjual Kain Batik yang kita bawa?Lebih baik kita balik!


Jadi,kejadian seperti Rampasan Kuasa di Perak,Pertuduhan Pembunuhan Altantuya,Pelaksanaan Berterusan ISA,Pembelian Kapal Selam(yang tak boleh menyelam) dan berbagai lagi,tidakkah ia membawa imej yang tidak baik kepada negara kita?

Siapa punya kerja ni?

KHIDMAT MERU

Posted: 18 Dec 2010 09:32 AM PST

KHIDMAT MERU


SANTAPAN ROHANI DINI HARI

Posted: 17 Dec 2010 11:20 PM PST






Sepanjang Kem Hafazan Bestari 2, setiap 10.00 malam akan diadakan sesi motivasi sebelum tidur selama 30 minit. Santapan rohani ini untuk memantapkan keyakinan dan keterampilan diri pelajar untuk terus maju dan berjaya dunia dan akhirat. Slot 30 minit diberikan oleh guru dan guru agama yang berpengalaman secara santai mencerita pendidikan dan pengalaman diri untuk dikongsi bersama. Antara penceramah ialah Cikgu Zainuddin Tarji, Cikgu Abdul Hakim, Ustaz Farid Zainal, Ustaz Tarmizi dan Ustazah Norhasyifah Salleh.

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG UNTUK REMAJA

Posted: 17 Dec 2010 10:50 PM PST
















Seramai 150 peserta kalangan remaja yang menyertai Kem Hafazan Bestari 2 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru, JKKK Kg Meru, Masjid As Syariff dan Ahli Majlis MPK N42C telah menghadiri Kursus Penyembelihan yang diselia oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Ustaz Solihin bersama unit Halal JAIS memberikan kelas teori mengenai penyembelihan dan seterusnya semua pelajar menjalani pratikal dengan diwajibkan menyembelih seekor ayam untuk seorang. Sebanyak 42 ekor digunakan sebagai ujian pratikal tersebut. Demo penyembelihan kambing juga dipertontonkan sebagai pengalaman mereka. Semua peserta juga, diberikan latihan melapah kambing dan mencabut bulu ayam. Semua ayam yang disembelih juga dimasak secara gotong royong bersama.

Pemuda Guchil

Posted: 18 Dec 2010 09:18 AM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 18 Dec 2010 09:12 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


DEDICATED TO DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS

Posted: 17 Dec 2010 10:15 PM PST

i n t a n h i j a u

Posted: 18 Dec 2010 07:22 AM PST

i n t a n h i j a u


ADAT TEPUNG TAWAR TAK HARAM KE...? / عادة تڤوڠ تاور تق حرام ک...؟

Posted: 18 Dec 2010 04:36 AM PST


Adat Merenjis Tepung Tawar biasanya dilakukan setelah selesai melakukan sesuatu upacara . Renjisan itu dilakukan untuk " mengambil berkat " ( konon – kononnya ) dengan " tepung tawar " itu , supaya menjadi " putih bersih " dari aral dan bahaya, dan supaya terlepas dari penyakit dan dukacita.

Seseorang bomoh akan melakukan " pelepas " setelah sesuatu hajat ataupun kenduri diadakan . " Pelepas " itu biasanya menggunakan daun kelapa dan tepung tawar di samping jampi-serapah yang berbeza di antara seorang bomoh dengan bomoh yang lain , menurut ajaran yang mereka pelajari ( turuti ) .

Selepas jampi-serapah selesai dibaca dan " dipelepaskan " pula hajat ataupun sesuatu kenduri itu dengan menggunakan daun kepala , sang bomoh itu pula akan menandakan ( mencalit ) di dahi orang yang hadir berhampiran upacara itu ( ataupun para penghuni rumah itu ) dengan " tepung tawar " .

Menurut Pak Nik Man ( seorang Bomoh Di Raja yang menetap di Pengkalan Chepa , Kelantan DN ) , upacara " tepung tawar " juga dilakukan kepada seseorang yang ingin naik ( masuk ) ke rumah barunya . Begitu juga dengan beberapa upacara perasmian / pembukaan . Dan menurutnya lagi , amalan ini sebenarnya melanggar aturan bomoh dari zaman dulu .

Orang – orang Melayu menggunakan " tepung tawar " yang dibuat daripada beras kerana beras itu sendiri mempunyai " semangat " yang dibergelar " Seri Mani " dan ia dipuja kerana ia memberikan manusia kehidupan , kesihatan dan kekuatan .
Pak Nik Man juga menjelaskan bahawa adat / upacara ini sebenarnya berasal daripada perbuatan orang – orang Hindu yang menggunakan " Abu Suci " ( menurut kepercayaan mereka ) lalu ditandakan ( dicalitkan ) di dahi – dahi mereka , dan apabila adat ini " diterima-pakai " oleh orang-orang Melayu , mereka telah menukar-gantikannya dengan " tepung tawar " .

Adat " menepung tawar " ini , sama ada ianya dilakukan kepada mana – mana manusia , ataupun kenderaan , ataupun rumah dan sebagainya ADALAH SATU PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM , MALAHAN IA SENDIRI BOLEH MEMBAWA KEPADA KEPERCAYAAN YANG KHURAFAT ( KARUT – MARUT ) DAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MELAKUKAN DOSA SYIRIK ( Na'uzubilLahi Min Dzalik ) .

Ianya boleh menyebabkan syirik dan batal aqidah seseorang kerana mempercayai ianya boleh " menolak bala " dan " menarik manfaat " , walhal kuasa itu HANYALAH kuasa mutlak ( total ) bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala .

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Surah al-An'am , ayat 17 :
وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدُيرٌ

Ertinya :  "Jika Allah menimpakan kepada kamu sesuatu kemudharatan ( seperti bala – bencana ataupun kesakitan ataupun kefakiran ) , maka tiada siapa yang dapat mencegahnya ( menolaknya ) melainkan DIA sendiri , dan jika DIA mahu memberikan kepada kamu sebarang kebaikan ( seperti kesihatan ataupun kekayaan ) , maka DIA sangat berkuasa di atas segala sesuatu ( sehingga tiada siapa juga yang dapat menghalang-Nya daripada memberikan kebaikan itu kepada kamu ) .

Mereka yang melakukan upacara " tepung tawar " ini sendiri  TIDAK TERJAMIN SELAMAT  daripada sebarang bencana ataupun ujian hidup di dunia ini . Maka bagaimanakah pula mereka boleh percaya dengan amalan yang mereka lakukan itu ?

TELUK INTAN RIVER FRONT YANG MENYEDIHKAN / تلوق اينتن ريۏر فرونت يڠ مڽديهکن

Posted: 18 Dec 2010 03:31 AM PST


Kali ini,  sebuah lagi tempat rekreasi utama di Teluk Intan menjadi tumpuan blog ini iaitu di Teluk Intan River Front. Dulu ia dpanggil 'Tepi Sungai' sahaja. Malah, satu-satunya tempat rekreasi di Teluk Intan zaman dulu ialah 'Tepi Sungai' inilah. 
Pemandangan indah dari jeti tepi Sungai Perak.

Taman rekreasi tepi Sungai Perak tersebut terletak di pinggir Bandar Teluk Intan (bersebelahan bangunan LHDN) dan menjadi tumpuan para pengunjung untuk berekreasi bersama keluarga.

Namun, segala keindahan dan kemudahan yang terdapat di tempat tersebut telah dicemari oleh sampah-sarap yang melimpah keluar dari tong sampah yang disediakan.
Jeti tempat melihat pemandangan dan memancing.

Hasil pemerhatian didapati setiap tong sampah yang disediakan telah dipenuhi dan dilimpahi sampah-sarap yang menghasilkan pemandangan dan bau yang kurang enak. Keadaan sedemikian kemungkinan disebabkan sama ada sikap pengunjung taman yang mengabaikan aspek kebersihan. Atau mungkin juga sampah-sarap sudah lama tidak diangkat oleh pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kerana kebanyakan tong sampah telah penuh sehingga melimpah keluar.
Tong sampah yang sudah penuh.

Angjara siapa ni..?

Botol arakpun ada....

Lagi tong sampah yang penuh tidak dikutip oleh pihak majlis.

Amat malang sekali, keindahan semulajadi di tepi sungai dan kemudahan rekreasi yang ada telah dicacatkan oleh sikap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun taman rekreasi ini telah dinaik taraf yang menelan belanja RM1.5 juta namun amaun tersebut seolah-olah tidak berbaloi dengan apa yang terdapat di sini.
Menarik...ada menara meninjau pemandangan dari atas.

Laluan tepi sungai yang menarik.

Lanskap yang mengHIJAU.

Terdapat permainan dan peralatan senaman bagi pengunjung dewasa.

Adalah diharapkan semoga kebersihan taman rekreasi tersebut akan dijaga baik demi memastikan imej yang baik juga kepada bandar Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

MARI SINI DENGAR APA MENTERI AGAMA MALAYSIA CAKAP..!!! / ماري سيني دڠر اڤ منتري اݢام مليسيا چاکڤ..!!!

Posted: 17 Dec 2010 03:25 PM PST


Sekarang kita sudah ada Menteri Agama merangkap Menteri Wanita.
Bacalah.

mtdchenderoh

Posted: 18 Dec 2010 07:08 AM PST

mtdchenderoh


NAZRI LUPA ...UMNO/BN BUAT KERJA BODOH GILA DI PERAK

Posted: 17 Dec 2010 09:53 AM PST


"Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya," Nazri Aziz.

Penggantungan beberapa orang Ahli Parlimen dari pakatan rakyat termasuk Ketua Pembangkang memperlihatkan pemerkosaan undang- undang oleh UMNO/ BN dalam mempertahankan kekuasaan mereka. Apabila kegagalan berhujjah menghadapi Pakatan Rakyat UMNO/ BN tiada pilihan melainkan melakukan apa sahaja sehingga sanggup melanggar lunas- lunas perundangan.

Krisis perundangan di Perak yang membawa kepada campurtangan mahkamah terhadap keputusan speaker yang akhirnya memihak kepada UMNO/BN untuk merampas Perak kini memberikan impak yang besar terhadap sistem perundangan negara.

Bermulalah episod keputusan speaker boleh dicabar di mahkamah. Kini UMNO/ BN terpaksa berhadapan dengan senjata yang diciptanya sendiri. Kenyataan Nazri yang melabelkan Ahli Parlimen pakatan rakyat melakukan perkara yang bodoh untuk mencabar keputusan speaker di mahkamah hanya memperlihatkan perlakuan bodoh yang telah dilakukan oleh UMNO/ BN di Perak yang diketuai oleh bosnya Najib Razak.


PILIHARAYA KECIL KE-14 ....

Posted: 17 Dec 2010 09:04 AM PST

Suasana politik di Malaysia semakin panas apabila bakal menyaksikan berlakunya pilihanraya kecil yang ke-14 selepas PRU ke-12 apabila penyandang bagi DUN Tenang, Johor YB Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang .

Pilihanraya kecil kali ini dijangka menarik kerana berlakunya di salah sebuah negeri yang menjadi kubu kuat UMNO.

Untuk rekod pada PRU ke-12 yang lalu Allahyarham mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 2,492 undi.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham, mudah- mudahan rohnya dicucuri rahmat... Al- fatihah

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Dec 2010 03:34 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


TGNA : Sepakatkan Pakatan Rakyat

Posted: 18 Dec 2010 02:32 AM PST

 Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut  Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. 

Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):
Bermaksud: "...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara..."

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: "Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari."

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya"

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

11.53 juta, jumlah terkini pemilih berdaftar

Posted: 17 Dec 2010 02:36 PM PST

Sebanyak 177,857 permohonan pengundi baru telah didaftarkan bagi tempoh Julai hingga 30 Sept lalu mengikut Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Ketiga 2010 yang diwartakan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan hari ini berkata DPT itu mengandungi 205,183 pemilih, termasuk 27,326 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Dengan pewartaan itu, jumlah keseluruhan pemilih berdaftar pada masa ini ialah 11.53 juta orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 57,036 orang telah dikeluarkan daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara, kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu menyebut SPR belum dapat menyelesaikan 580 bantahan melibatkan 37 Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diterima sepanjang pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2010 pada 27 Okt hingga 2 Nov lalu.

"Oleh itu, sebanyak 50,206 permohonan baru dan 6,094 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi 37 bahagian berkenaan tidak dapat disahkan dan perlu ditangguh sehingga semua bantahan diselesaikan," kenyataan itu dipetik.

Sebanyak 1,290 tuntutan melibatkan lapan bahagian pilihan raya Parlimen juga diterima sepanjang pameran itu dan telah dapat diselesaikan dan nama-nama pemilih yang terlibat telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam DPT suku ketiga tahun ini.

Orang ramai yang berminat untuk membeli DPT Suku Ketiga ini boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dan sebarang pertanyaan berkaitan hal itu boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 6500 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Dec 2010 01:39 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Provokasi menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat

Posted: 17 Dec 2010 09:03 PM PST

12 Muharram 1431H.
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 18 Dis: Awal pagi ini, petugas PAS yang memasang bendera terkejut apabila melihat ribuan poster bersaiz F4 digantung semacam poster pilihan raya dari Dewan Millenium ke persimpangan susur keluar tol Bertam.

Poster tersebut hanya ada gambar Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemungkinan ia dibuat untuk tujuan provokasi agar jentera PKR marah kenapa gambar Anwar tidak dicetak bersama sedangkan Anwar merupakan tokoh penting menggerakan Pakatan Rakyat atau kerana Anwar telah digantung sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tetapi, apa pun ia dipercayai adalah usaha musuh Pakatan Rakyat bagi menggagalkan Konvensyen Pakatan Rakyat yang mahu mengambil kata sepakat menjelang pilihan raya umum nanti di samping meretakkan hubungan yang terjalin antara PKR, PAS dan DAP.

"Bila kami tanya kepimpinan, mereka menjawab tidak tahu menahu, maka kami pun buang semua poster berkenaan," kata salah seorang petugas Unit Amal ketika menghubungi Harakahdaily awal pagi tadi.

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

Posted: 17 Dec 2010 08:28 PM PST

12 Muharram 1432.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke (kiri), renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa'nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan Menteri Besar Perak itu.

Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani.

Tindakan Harussani itu, katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan Dun yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ekoran membangkitkan perkara itu.

Harakahdaily/-

Selamat Berkonvensyen......

Posted: 17 Dec 2010 08:09 PM PST


Saya ucapkan SELAMAT BERKONVENSYEN kepada semua perwakilan dari seluruh negara dari PAS, DAP dan PKR yang akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas, Pulau Pinang esok. Harapan saya konvensyen kali ke 2 ini berhasil merumuskan beberapa tindakan dan agenda penting bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam persiapan menghadapi PRU ke 13 tidak berapa lama lagi.

Sebenarnya PR tidak ada masa lagi untuk memikirkan perbezaan dan melayan perkara remeh temen dan memikirkan hanya satu agenda iaitu tumbangkan BN.

Musuh PR ialah BN bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.......SELAMAT BERKONVENSYEN.

Bersiap hadapi pilihan raya umum

Posted: 17 Dec 2010 03:49 PM PST

12 Muharram 1432H.
Li Fook Gao

Jika saudara mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanya kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila hantarkan soalan saudara ke sembangnaibpresidenPAS@gmail.com. Pemilihan soalan pembaca adalah bergantung keistimewaan soalan dan juga budi bicara pengelola kolum ini.

MARI KITA SEMBANG BERSAMA…

Datuk Tuan Ibrahim (TITM), Salahuddin Ayub (SA) dan Datuk Mahfuz Omar (MO)

Selamat membaca!

Soalan 1: Apakah harapan Naib Presiden sekalian terhadap konvesyen Pakatan Rakyat ke 2?

TITM:

Harapan saya untuk konvesyen ini ia dapat ditumpukan perbincangan bagi melihat masa depan Pakatan Rakyat, khususnya sebagai persiapan PRU 13.

Ia tidak seharusnya menjadi medan menoleh ke belakang atau menimbulkan polemik dalaman antara satu sama lain.

Pakatan Rakyat punyai agenda besar bagi membina keyakinan rakyat kepada perubahan. Agenda perubahan ini bukan sahaja perlu diharap keyakinan rakyat tetapi ia turut melibatkan persiapan kepimpinan yang meyakinkan.

Hubungan antara parti komponen yang telus, disamping sama melihat parti komponen yang saling memerlukan dan saling menguat boleh meningkatkan keyakinan rakyat.

Konvesyen ini juga diharap dapat mencari kaedah mengatasi cabaran media perdana yang tidak berhenti menabur fitnah kepada negeri Pakatan Rakyat dan saluran info bagi rakyat.

SA:

Konvesyen ini merupakan cara kita bergerak ke hadapan untuk merealisasikan apa yang kita telah persetujui dan sepakati dalam konvesyen yang pertama.

Kita perlu lebih tangkas dan pantas hari ini kerana pilihanraya umum yang akan datang pada bila-bila masa, dan ini perlu dijadikan priority untuk semua.

Selepas konvesyen ini, saya rasa Pakatan Rakyat akan menampakan sesuatu imej dan keterampilan, satu pasukan yang benar-benar diyakini rakyat dan membina satu kepercayaan tinggi terhadap team Pakatan Rakyat yang akan mengambil alih Barisan Nasional dan mengurus tadbir negara pada tahap yang lebih bertanggungjawab.

MO:

Diharapkan konvesyen ini dapat memberikan satu garis pada semua pimpinan dan ahli seluruh peringkat bagi parti-parti komponen Pakatan Rakyat ini untuk membawa satu usaha untuk membentuk mood masyarakat dan rakyat untuk menghadapi PRU yang akan datang ini.

Konvesyen ini merupakan satu konvesyen persediaan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Dan saya juga harap dapat melalui konvesyen ini, memberikan satu gambaran awal yang menyakinkan masyarakat tentang apa yang akan dilakukan Pakatan Rakyat dalam tempoh 100 hari selepas rakyat memberikan PR kuasa untuk mentadbir negara selepas PRU nanti.

Ini sangat, sangat, sangat penting untuk rakyat melihat daripada sekarang. Kita tidak mampu untuk membawa apa yang kita lakukan ini selepas pembubaran Parlimen dan penamaan calon. Sebaliknya, kita harus mengwar-warkannya daripada sekarang ini.

Apa yang akan disebut seperti pengistiharan resolusi dan deklarasi sebagaimana yang telah pun kita gariskan di konvesyen yang pertama, ia perlu ada satu mekanisme penyaluran untuk sampai kepada masyarakat dan rakyat, ini yang lebih penting.

Pengistiharan dan deklarasi yang kita buat pada konvesyen yang pertama itu sangat baik dan diakui oleh rakan-rakan saya yang bekas ahli UMNO – yang turut berkata itu adalah sangat baik – Cuma masalah sekarang ini ialah bagaimana untuk diperturunkan kepada masyarakat supaya masyarakat dapat melihat kebaikan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

Dan saya percaya konvesyen kedua ini akan lebih menyakinkan rakyat, namun yang lebih penting ialah bagaimana pimpinan dan ahli-ahli Pakatan Rakyat ada satu mekanisme dari sudut media dan penyampaiannya kepada masyarakat dan rakyat.

2. Apakah kelebihan utama PAS untuk mempertahankan kubu sendiri dan memerangi kubu kuat UMNO di:

Pahang:

TITM: Kelebihan PAS ialah kekuatan asas perjuangan iaitu aqidah serta dasar Islam yang diperjuangkan. PAS mampu bertahan dengan pelbagai bentuk tekanan kerana dasar tersebut.

Dalam konteks negeri Pahang, PAS terus beristiqamah dalam meyakinkan rakyat untuk melakukan perubahan.

Kejayaan negeri Pakatan Rakyat akan menjadi inspirasi bagi rakyat untuk membuat perubahan. Kelebihan besar di Pahang ialah permuafakatan yang terbina dalam Pakatan Rakyat.

Semua pimpinan negeri sering berjumpa dan menyatakan masalah bagi diatasi bersama. Di samping itu, kesemua wakil rakyat yang kita menangi menunjukkan prestasi yang baik dn memuaskan.

Kelantan:

SA: Di Kelantan, kita mempunyai trak rekod yang bersih, yang paling muktahir apabila SPRM telah membebaskan isu-isu yang mungkin menjadi polemik dan juga kontroversi iaitu isu Tok Guru Nik Aziz dan PMBK (Perbandaran Menteri Besar Kelantan).

Itu juga membuktikan bahawa urus tadbir yang diterajui oleh Tok Guru benar-benar bersih pada tahap ini, dan ini akan menjadi satu aset dan hujah yang kuat untuk kita terus mengurus tadbir Kelantan dalam jangka waktu yang lebih lama dan menyakinkan.

Untuk Kelantan, saya harus ada satu perkiraan iaitu rakyatnya sangat peka dan bijak berpolitik sekiranya kita boleh menampilkan yang terbaik untuk mereka, mereka akan terus mendokong kita, tapi kalau kita dilihat tidak bertanggungjawab dan tidak berupaya mengurus tadbir Kelantan, rakyat Kelantan juga boleh membuat keputusan yang mengejutkan.

Kita, PAS harus berdiri atas satu garis yang lebih realistik, lebih praktikal dan yang penting ialah terus membangunkan Kelantan dengan slogan "Membangun dengan Islam."

Kedah:

MO: Kelebihan PAS di Kedah ialah memiliki kekuatan akar umbi yang dibina sejak dulu di mana kita mempunyai cawangan-cawangan dan keahlian yang begitu banyak.

Jadi, dari segi rangkaian jentera kita, PAS kukuh dan meluas kepada setiap daerah mengundi dan malah di sebahagian besarnya lokaliti terletak di kampung-kampung di Kedah. Inilah kekuatan asas kita di Kedah.

Keduanya, di setiap peringkat parti, cawangan dan kawasan memiliki pusat pergerakan – kita tidak bergerak di rumah-rumah ahli dan sebagainya iaitu kita tidak melaksanakan operasi dengan sekadar menumpang di rumah ahli-ahli – semua gerak kerja berpusat di markas, dan ini bagi saya satu yang sangat unik pada kelebihan PAS di Kedah.

Yang ketiganya, kita mempunyai kepimpinan dan ahli yang terlatih dalam konteks latihan parti (latihan perjuangan dan tarbiyah) dan latihan menghadapi pilihanraya.

Ini semua akan memberikan satu kelebihan kepada PAS di Kedah.

Terengganu:

TITM: Harapan kita sangat besar untuk kemenangan Terengganu, kerana ia negeri Presiden dan ia pernah berada dalam gengaman kita pada tahun 1999 - maknanya rakyat Terengganu pernah merasai nikmat berada di bawah kerajaan pimpinan PAS, mereka telah merasai bagaimana kerajaan pimpinan PAS menghapuskan tol jambatan Sultan Mahmud, menghapuskan cukai pintu rumah kediaman di kawasan bandar, adanya kuliah di seluruh masjid dan surau, exco mengadakan dialog terbuka dengan rakyat, menyerahkan 25,000 geran tanah kepada rakyat yang memerlukan, bahkan pelbagai nikmat lainnya.

Dengan kata lain, harapan kita agar nikmat ini akan memudahkan kita mencapai kemenangan dalam PRU ke 13 kali ini.

Saya dapat melihat kesungguhan jentera pilihanraya menjalankan tugas, namun kita menyedari betapa besarnya cengkaman wang ehsan kepada golongan miskin, tekanan ekonomi bagi rakyat miskin, serta wujudnya jurang yang besar antara para penyokong PAS dan UMNO.

Diharap dengan kesedaran generasi kedua, mereka akan bangkit untuk melakukan perubahan dan InsyaAllah kita akan mencapai kemenangan.

SA: Terengganu kita juga mempunyai kelebihan yang agak kukuh seperti pengalaman memerintah walaupun sepenggal pada tahun 1999 dan kita ada satu trak rekod yang baik pada urus tadbir dan tiada apa-apa yang diheret ke mahkamah oleh SPRM.

Kelebihan satu lagi pada PAS ialah pasukannya berpengalaman dari segi politik dan perpecahan UMNO yang berlaku hari ini. Itu harus diambil kesempatan yang sebaiknya untuk kita maksimakan tahap keyakinan rakyat terhadap PAS.

MO: Setiap negeri mempunyai kelebihan tersendiri – ditambah pula dengan kepimpinan PAS Terengganu yang berpengalaman dan perpecahan UMNO antara kem Menteri Besar Datuk Ahmad Said dengan bekas Menteri Besar Idris Jusoh, PAS berpeluang agak cerah untuk merampas semula Terengganu ke pangkuannya.

Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar

Posted: 17 Dec 2010 03:43 PM PST

12 Muharram 1432H
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

"Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya," katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.

Pakai baju berlogo parti ke Konvensyen Pakatan

Posted: 17 Dec 2010 03:40 PM PST

12 Muharram 1432H.
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 17 Dis: Semua peserta termasuk kepimpinan parti yang menyertai Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Milenium, di sini pada 19 Disember ini dikehendaki memakai baju berlambangkan parti masing-masing.

Pengarah program, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, baju mesti kemas tidak kira ia bertulisan mahupun berlambang kerana yang penting ialah menggambarkan parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.

"Semua jentera parti dan kepimpinan dikehendaki pakai baju berlambangkan parti masing-masing sepanjang konvensyen berlangsung pada hari Ahad ini agar ia nampak seragam dam ketrampilan sebagai gabungan yang mantap," katanya.

Katanya, jika sesiapa yang mahu memakai kemeja 'T'berlambangkan parti pastikan yang berkolar dan jangan sekali-kali berselipar.

Peserta juga sambungnya, digalakkan datang awal sebelum pukul 8.00 pagi untuk mengelak daripada kesesakan di bahagian pendaftaran.

Peserta akan dibekalkan sebuah buku berwarna 'oren' di mana di dalamnya bercetak polisi dan dasar Pakatan.

"Semua peserta kena datang awal dan tuju terus ke bahagian pendaftaran di samping pastikan mendapat bekalan buku berwarna oren mengandungi dasar dan polisi Pakatan Rakyat," tambahnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.

Selepas sahaja majlis bermula satu gimik perasmian akan diadakan namun beliau tidak memberitahu caranya kerana mahukan kelainan.

Harakhadaily/-

Ambil pedoman Al Quran sepakatkan Pakatan

Posted: 17 Dec 2010 03:38 PM PST

12 Muharram 1432H.
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 18 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru anggota konvensyen Pakatan Rakyat mengambil pedoman dari falsafah yang ditonjolkan Islam menerusi al-Quran bagi menjaga kesepakatan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Tuan Guru juga seterusnya berkata, bersesuaian dengan Islam agama perpaduan, anggota Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan Pakatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan harapan kepada perwakilan Konvensyen Ke-2 Pakatan Rakyat yang bakal berlangsung pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

2000 perwakilan dan pemerhati dari PAS, PKR dan DAP akan menyertai konvensyen yang akan diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas bermula jam 8.30 pagi hingga malam itu.

Konvensyen ini dijangka mempersembahkan cerita kejayaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir beberapa negeri di samping merancang bersama persiapan menghadapi pilihan raya.

"Anggota konvensyen perlu mengambil pedoman daripada falsafah al-Quran itu sendiri sebagai penghubung penyelesaian ummah di samping meletakkan asas keagamaan teratas dalam menguruskan Pakatan Rakyat,"ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza.

Sebagai contoh katanya, 10 manusia yang diciptakan Allah, didapati 10 kepala (pemikiran) yang bebeza.

"Bagaimanapun, rupa yang berbeza dan pendapat yang berbeza itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan al-Quran, kerana Islam itu untuk semua," ujarnya lagi.

Katanya, manusia akan selamat kehidupan mereka dunia dan akhirat sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Harakahdaily/-

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?

Posted: 17 Dec 2010 03:28 PM PST

12 Muharram 1432H.

Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta.

Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.

sri aman land grabSadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

"Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang.

"Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit," lapor laman sesawang itu, Rabu lalu.

Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

NONEMenurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri).

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder"Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu."

Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar," kata laporan sesawang itu. Malaysiakini/-

SPR daftar 177,857 pengundi baru

Posted: 17 Dec 2010 03:16 PM PST

12 Muharram 1432H.

Sebanyak 177,857 permohonan pengundi baru telah didaftarkan bagi tempoh Julai hingga 30 Sept lalu mengikut Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Ketiga 2010 yang diwartakan semalam.

NONESuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan hari ini berkata DPT itu mengandungi 205,183 pemilih, termasuk 27,326 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Dengan pewartaan itu, jumlah keseluruhan pemilih berdaftar pada masa ini ialah 11.53 juta orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 57,036 orang telah dikeluarkan daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara, kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu menyebut SPR belum dapat menyelesaikan 580 bantahan melibatkan 37 Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diterima sepanjang pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2010 pada 27 Okt hingga 2 Nov lalu.

"Oleh itu, sebanyak 50,206 permohonan baru dan 6,094 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi 37 bahagian berkenaan tidak dapat disahkan dan perlu ditangguh sehingga semua bantahan diselesaikan," kenyataan itu dipetik.

Sebanyak 1,290 tuntutan melibatkan lapan bahagian pilihan raya Parlimen juga diterima sepanjang pameran itu dan telah dapat diselesaikan dan nama-nama pemilih yang terlibat telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam DPT suku ketiga tahun ini.

Orang ramai yang berminat untuk membeli DPT Suku Ketiga ini boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dan sebarang pertanyaan berkaitan hal itu boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 6500 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. Malaysiakini/-

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 18 Dec 2010 01:21 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Makan Malam Bersama Naib Presiden

Posted: 17 Dec 2010 08:38 PM PST

MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH

Bersama

Dato Tn Ibrahim Tn Man
(Naib Presiden Pas)


Tarikh : 19 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Markas Pas Cawangan Besout 01


Semua dijemput Hadir

Salam Perjuangan

Posted: 17 Dec 2010 11:31 PM PST

Salam Perjuangan


KONVENSYEN PR 2 - AMANAT TG NIK AZIZ

Posted: 17 Dec 2010 08:11 PM PST

11 Muharram 1432 H | 18 Disember 2010

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat. Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum.

Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103) yang bermaksud: "...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara..."

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW: "Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari."

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48), maksudnya: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya"

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

BERSEDIA HADAPI PRU13

Posted: 17 Dec 2010 07:55 PM PST

11 Muharram 1432 H | 18 Disember 2010


Soalan 1:  Apakah harapan Naib Presiden sekalian terhadap konvesyen Pakatan Rakyat ke 2?
TITM: Harapan saya untuk konvesyen ini ia dapat ditumpukan perbincangan bagi melihat masa depan Pakatan Rakyat, khususnya sebagai persiapan PRU 13.Ia tidak seharusnya menjadi medan menoleh ke belakang atau menimbulkan polemik dalaman antara satu sama lain.

Pakatan Rakyat punyai agenda besar bagi membina keyakinan rakyat kepada perubahan. Agenda perubahan ini bukan sahaja perlu diharap keyakinan rakyat tetapi ia turut melibatkan persiapan kepimpinan yang meyakinkan.

Hubungan antara parti komponen yang telus, disamping sama melihat parti komponen yang saling memerlukan dan saling menguat boleh meningkatkan keyakinan rakyat. Konvesyen ini juga diharap dapat mencari kaedah mengatasi cabaran media perdana yang tidak berhenti menabur fitnah kepada negeri Pakatan Rakyat dan saluran info bagi rakyat.

Apakah kelebihan utama PAS untuk mempertahankan kubu sendiri dan memerangi kubu kuat UMNO di: 
Pahang:
Kelebihan PAS ialah kekuatan asas perjuangan iaitu aqidah serta dasar Islam yang diperjuangkan. PAS mampu bertahan dengan pelbagai bentuk tekanan kerana dasar tersebut. Dalam konteks negeri Pahang, PAS terus beristiqamah dalam meyakinkan rakyat untuk melakukan perubahan. Kejayaan negeri Pakatan Rakyat akan menjadi inspirasi bagi rakyat untuk membuat perubahan. Kelebihan besar di Pahang ialah permuafakatan yang terbina dalam Pakatan Rakyat.

Semua pimpinan negeri sering berjumpa dan menyatakan masalah bagi diatasi bersama. Di samping itu, kesemua wakil rakyat yang kita menangi menunjukkan prestasi yang baik dan memuaskan.

Terengganu:
Harapan kita sangat besar untuk kemenangan Terengganu, kerana ia negeri Presiden dan ia pernah berada dalam gengaman kita pada tahun 1999 - maknanya rakyat Terengganu pernah merasai nikmat berada di bawah kerajaan pimpinan PAS, mereka telah merasai bagaimana kerajaan pimpinan PAS menghapuskan tol jambatan Sultan Mahmud, menghapuskan cukai pintu rumah kediaman di kawasan bandar, adanya kuliah di seluruh masjid dan surau, exco mengadakan dialog terbuka dengan rakyat, menyerahkan 25,000 geran tanah kepada rakyat yang memerlukan, bahkan pelbagai nikmat lainnya. Dengan kata lain, harapan kita agar nikmat ini akan memudahkan kita mencapai kemenangan dalam PRU ke 13 kali ini.

Saya dapat melihat kesungguhan jentera pilihanraya menjalankan tugas, namun kita menyedari betapa besarnya cengkaman wang ehsan kepada golongan miskin, tekanan ekonomi bagi rakyat miskin, serta wujudnya jurang yang besar antara para penyokong PAS dan UMNO. Diharap dengan kesedaran generasi kedua, mereka akan bangkit untuk melakukan perubahan dan InsyaAllah kita akan mencapai kemenangan.

PRK GALAS : PAS & PR BERSEDIA

Posted: 28 Sep 2010 07:35 AM PDT

19 Syawal 1431 H | 28 September 2010

PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian YB Che Hashim, ADUN Galas yg telah sekian lama bergelut dengan penyakit kanser yang dihadapinya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan belas ehsan-Nya ke atas roh beliau. Mudah-mudahan seluruh ahli keluarganya bersabar di atas takdir yg berlaku ini.

Situasi ini akan membuka ruang untuk diadakan satu PRK di Galas. InsyaAllah PAS bersama PR akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan dikekalkan. Saya yakin seluruh jentera parti akan turun ke Galas bagi menjayakan hasrat ini.

PAS juga mengingatkan mahkamah untuk menyegerakan PRK Kota Seputih yg telah sekian lama dibiarkan kosong tanpa wakil rakyat. Tidak sepatutnya perkara ini terjadi. Rakyat kawasan KS dibiar tanpa mempunyai wakil yg sah. Lebih
malang apabila Mahkamah Rayuan langsung tidak memulakan proses penghakiman, dalam tempoh yg panjang dan akhirnya rakyat pun telah melupai kes yg begini penting. Kita tidak mahu ia menjadi satu perkara biasa membiarkan rakyat dalam sesuatu kawasan Parlimen atau DUN tanpa mempunyai wakilnya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 17 Dec 2010 11:20 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Jangan Berpihak Kepada Sesiapa- Speaker DUN Kedah

Posted: 17 Dec 2010 06:09 AM PST

SHAH ALAM 17 DIS : Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah(DUN), Datuk Dr Abdul Isa Ismail percaya tanggungjawab yang dipikul oleh seorang Speaker adalah berat.

Namun, sikap utama yang harus ada pada pemegang amanah itu ialah kesabaran yang tinggi dan tidak berpihak kepada sesiapa.

"Kalau sikap kita sebagai Speaker dipertikai, sikap kita dipandang serong, maka sukarlah untuk kita untuk mengendalikan persidangan-persidangan dalam suasana yang baik," ujar Isa, mengulas persidangan Dewan Rakyat yang berantakan semalam.

Dewan menjadi kecoh apabila Speaker Dewan Rakyat enggan menarik diri dari mempengerusikan Dewan kerana dikatakan tidak adil apabila Speaker juga terlibat dalam Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang menghukum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa keperluan membela diri dalam isu Apco.

Akibat itu Speaker meluluskan usul menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut Isa, Dewan Rakyat dan DUN merupakan tempat amalan demokrasi disuburkan.

Justeru penting untuk nakhodanya bersikap sabar dalam mengemudi bahtera agar selamat tiba ke destinasi yang dituju.

"Speaker haruslah lebih bersikap sabar. Itu yang pertama. Dan yang kedua, dia perlu dilihat tidak memihak kepada mana-mana," jelas Isa.

Menurut Isa lagi, amalan demokrasi di Parlimen kelihatan dipinggirkan apabila usul untuk menggantung tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat itu dibawa tanpa sebarang notis.

Ia sekaligus katanya, mencalarkan imej institusi yang sewajarnya mengaplikasikan prinsip keadilan asasi apabila mereka yang diusul untuk digantung, berhak membela diri.

"Setiap usul mesti ada tempoh kecuali usul tergempar itu hanya perlu diberitahu kepada Speaker sebelum mula dewan.

"Saya nampak dalam banyak hal, kadang-kadang kita dapat melihat Speaker tidak menunjukkan kesabaran yang tinggi.

"Sebaik-baiknya benda (usul) itu eloklah dibahaskan. Apa salahnya. Lebih-lebih lagi kalau usul yang dibawa itu usul-usul yang menyentuh perkara hak asasi dan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan kebebasan dan hal-hal yang menyentuh tentang prinsip demokrasi. Jadi saya rasa eloklah dibahaskan," jelas Isa lagi.

Semalam menyaksikan sejarah baru dalam pentadbiran negara dicatatkan apabila empat ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Paling tragis, keempat-empat mereka tidak diberikan hak dan ruang untuk membela diri dan Speaker yang mengendalikan persidangan menyalahgunakan kuasa apabila meluluskan usul penggantungan tanpa dibahaskan.

Majlis Tindakan Dun Dabong

Posted: 17 Dec 2010 11:18 PM PST

Majlis Tindakan Dun Dabong


PERISTIWA : Majlis Sambutan Maal Hijrah PAS Cawangan Dabong

Posted: 17 Dec 2010 07:27 PM PST












Comments (2)

I visited various blogs but the audio feature for audio songs current at this
web page is truly fabulous.

My web-site architectectural Designs

I like the helpful information you supply for your articles.
I'll bookmark your weblog and check once more right here frequently. I am moderately certain I'll be informed lots of new stuff
proper right here! Good luck for the following!

my site ... Click here