Rabu, 17 November 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Hamidah Osman

Posted: 16 Nov 2010 11:27 PM PST

Hamidah Osman


Selamat Meyambut Hari Raya Aidiladha

Posted: 16 Nov 2010 02:00 AM PST


Selamat Menyambut Hari Raya Aiduladha 1431H
daripada
Kak Midah Sekeluarga

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 16 Nov 2010 11:07 PM PST

Ahli Parlimen Kota Belud


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Posted: 16 Nov 2010 05:34 AM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 16 Nov 2010 03:23 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


JOM, SOLAT SUNAT AIDIL ADHA.....

Posted: 15 Nov 2010 05:38 PM PST

Tuesday, November 16, 2010


PANDUAN SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA


PENDAHULUAN
Solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara berjemaah. Menurut As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun.

Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari rayaIdulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang baginda SAW lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka baginda menghadap ke arah makmum yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka sesuatu tugas(untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai baginda bersurai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

HUKUM SOLAT HARIRAYA

Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkannya sehingga baginda wafat. Bahkan baginda telah menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya.

Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim atau bermusafir dituntut mengerjakannya. Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara tiap-tiap takbir itu disertakan dengan bacaan tasbih.

AZAN DAN IQAMAH

Solat sunat hariraya tidak disunatkan untuk azan dan iqamah. Tetapi memadai bilal menyeru dengan   'Assolatuljamiah' iaitu 'Marilah Solat Berjemaah'.

WAKTU SOLAT

Waktu masuk bagi solat hariraya ialah selepas naik matahari pagi sehingga sebelum masuk waktu fardhu Zohor.

KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT HARIRAYA

Solat hariraya mempunyai cara-cara tertentu yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW seperti:



Rakaat Pertama

1.      Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat:
 USOLLI SUNNATAN LIAIDIL ADHA RAKATAINI ADAAN MAKMUMAN LILLAHI TAALA
Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Iduladha dua rakaat tunai (sebagai
makmum) kerana Allah Taala."

2. Membaca doa Iftitah.

3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram   solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih: SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH WALLAHU AKBAR

4. Membaca surah al- Fatihah.

5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A'laa (atau surah yang lain).

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram

    solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang

    lain).

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.


KHUTBAH HARIRAYA

Membaca dua Khutbah Hariraya selepas selesai solat sunat hariraya. Di antara dua khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Melayu Perlu Sedar Agenda Pakatan Pembangkang

Posted: 15 Nov 2010 05:15 PM PST

Pandangan Penulis : Biasa le Melayu Dah terhantuk baru tengadah

Melayu Perlu Sedar Agenda Pakatan Pembangkang

SHAH ALAM 18 Ogos – UMNO Selangor hari ini meminta semua orang Melayu dan umat Islam di negeri ini supaya sedar akan matlamat sebenar pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menghapuskan hak orang Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, kesedaran di kalangan golongan itu amat penting bagi memastikan hak orang Melayu serta bumiputera lain termasuk Islam, terus dipelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Katanya, kewujudan 'perlembagaan baru' yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak berhasrat untuk memelihara kepentingan orang Melayu dan menegakkan Islam di negara ini.

"Orang Melayu tidak seharusnya lupa bahawa mereka telah dijajah dan dinafikan hak selama 446 tahun bermula sejak zaman kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511.

"Kini adakah orang Melayu sudah puas dengan kemerdekaan yang dinikmati sejak 1957 sehingga mahu bersekongkol dan membiarkan pihak lain mewujudkan 'perlembagaan baru' yang jelas mengenepi hak bumiputera dan kedudukan Islam?

"Perlembagaan baru ini sebenarnya membuktikan agenda serta rancangan sebenar pakatan pembangkang dalam usaha mereka menduduki tampuk pentadbiran di negeri-negeri dan juga negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Harussani, Ahad lalu mengenai kewujudan 'perlembagaan baru' yang dirangka oleh pihak-pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sekarang.

Menurut Harussani, paling mengejutkan 'perlembagaan baru' itu dikatakan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga kedudukan Islam yang dijamin dalam Perlembagaan negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim semalam mengesahkan wujudnya 'perlembagaan baru' itu dan menyatakan ia adalah perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih sokongan bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang menyelar sikap sebilangan orang Melayu yang bersekongkol dengan kewujudan 'perlembagaan' sedemikian dan menyifatkan mereka sebagai 'Si Kitol dan Raja Mendeliar'.

Ini kerana, katanya, tindakan mereka yang cuba memainkan sentimen penghapusan hak bumiputera dan kedudukan Islam itu adalah tidak bertanggungjawab seolah-olah satu pengkhianatan kepada agama dan bangsa mereka sendiri.

"Orang Melayu dijajah berpunca daripada orang Melayu sendiri sebagaimana Si Kitol dan Raja Mendeliar mengkhianati serta memecahbelahkan orang Melayu sehingga jatuhnya Kota Melaka ke tangan penjajah.

"Namun hari ini, dua watak dalam sejarah Melayu ini seolah-olah muncul kembali apabila ada pemimpin Melayu (PKR dan Pas) bersekongkol dengan pihak lain untuk menghapuskan hak bangsa dan kedudukan Islam sendiri hanya kerana mahu berkuasa di Putrajaya," tegasnya.

TERKINI : PRESIDEN BONEKA PERTAMA DI MALAYSIA?

Posted: 15 Nov 2010 05:13 PM PST

Wan Azizah Catat Sejarah "Presiden Boneka"
Oleh: TG AZMAN TG ABAS



Pandangan Penulis : Tahniah le, bukan mudah nak catat sejarah dalam politik nie.........lebih-lebih lagi jadi 'boneka' ......

KUALA LUMPUR 12 Nov – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai presiden boneka yang hanya patuh dan tunduk kepada suaminya, Datuk Seri Awnar Ibrahim dalam mengemudi parti berkenaan.

Bekas Setiausaha Pemuda PKR, Sd Johari Sd Yassin berkata tidak pernah tercatat di dalam sejarah presiden parti sepertimana Wan Azizah yang menyerlahkan kegagalan beliau memainkan peranan sebagai jurumudi parti terbabit.

Menurut beliau apa yang terserlah hari ini jurumudi PKR seolah-olah berada di tangan Awar dan anak emasnya, Azmin Ali yang bebas melakukan apa sahaja dan membuat sebarang keputusan yang melibatkan parti.

"Bayangkan dalam suasana kecoh dan parti tunggang langgang, presiden hanya boleh berpeluk tubuh dan hanya memerhati dariapda jauh. Mungkin Azizah sudah "dirantai" oleh Anwar dan jika Azizah bermaruah, beliau perlu melepaskan jawatan berkenaan.

"Bayangkan dalam suasana kecoh dan parti tunggang langgang, presiden hanya boleh berpeluk tubuh dan hanya memerhati dariapda jauh. Mungkin Azizah sudah "dirantai" oleh Anwar dan jika Azizah bermaruah, beliau perlu melepaskan jawatan berkenaan.

"Saya dan rakan-rakan lain yang berjuang bersama-sama dahulu tahu soal ini, dan saya percaya mereka dalam PKR pun tahu situasi tersebut. Malah Azizah pun mungkin tahu permainan politik licik suaminya itu. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Cuma masing-masing tunggu dan lihat perkembangan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas sikap berdiam diri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah berhubung kemelut yang melanda pemilihan parti berkenaan sehingga calon timbalan presidennya, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Tegas Sd Johari lagi, jika Azizah berterusan menjadi presiden "pak turut", beliau akan dikenang selepas ini sebagai presiden boneka pertama di dalam sejarah negara ini.

"Mana ada parti-parti lain mempunyai presiden sedemikian rupa. Malulah sikit….Bagi Anwar, beliau tidak mempunyai perasaaan sedemikian kerana di dalam dirinya tersemat satu perasaan iaitu pentingkan diri sendiri.

"Jika isterinya sendiri sanggup diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi orang lain kecuali Azmin yang cukup istimewa buat Anwar,"katanya.

Beliau seterusnya menempelak parti berkenaan yang hanya berdegar-degar bercakap soal demokrasi tetapi pelaksanaannya cukup jauh sekali.

"PKR sebenarnya tidak ada demokrasi. Cuba bayangkan pemimpin mereka sendiri tidak diberikan keadilan, apatah lagi keadilan untuk rakyat. Renung-renungkanlah," katanya. -MediaUMNO

TERKINI : ROMBAKAN KABINET, SIAPA YANG TERLIBAT......

Posted: 15 Nov 2010 04:56 PM PST

Pandangan Penulis : Yang bagus dikekalkan yang tak bekerja diganti...

MIM mendapat khabaran dari sumber yang boleh dipercayai tentang line-up kabinet akan di adakan tidak lama lagi. Ada beberapa indikasinya.

Beberapa Menteri akan digugurkan, terdapat Menteri yang bertukar potfolio dan Timbalan Menteri yang dinaikkan ke Menteri.
Apakah Timbalan Menteri yang bertanding di dalam pemilihan sayap UMNO Malaysia yang lepas akan dinaikkan ke Menteri?
Apakah Menteri yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini akan bertukar potfolio beliau?
Dan, apakah yang tidak di dalam kabinet sebelum ini akan akhirnya dilantik ke dalam kabinet kerajaan ?

MIM sudah tahu bayangannya! Tentu ramai di dalam alam maya ini akan terkedu dengan pilihan PM kali ini. Individu itu dikritik tapi PM pilih juga. Tentu ada sebab dan hikmahnya.

ISU BANJIR BUKAN PERKARA BARU.

Posted: 15 Nov 2010 04:45 PM PST

Pelan jangka pendek, panjang persediaan petani hadapi banjir

Pandangan Penulis : Banjir di Kedah dan Perlis bukan kali pertama berlaku. Sama ada pelan jangka pendek atau panjang sewajarnya dah lama dilakukan. 
2010/11/16

KERUGIAN pesawah saja akibat bencana banjir besar di Kedah dan Perlis, minggu lalu dianggarkan RM50 juta. Jumlah diumumkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, itu adalah angka konservatif dan jika laporan mengenai kerugian sektor itu diperincikan, mungkin jumlahnya jauh lebih besar.

Dalam bencana banjir pada 2007, 8,500 hektar sawah musnah. Kerajaan ketika itu memperuntukkan bantuan RM27.6 juta kepada pesawah terbabit.

Kali ini, dengan kemusnahan membabitkan 46,000 hektar sawah termasuk 30,000 hektar dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), secara kasarnya kerajaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM150 juta bagi tujuan sama, bukan lagi RM573 bagi setiap hektar seperti pada 2007. Sekarang kos input termasuk harga benih padi, racun serangga dan baja semakin mahal. Jadi, kos membantu pesawah kali ini dijangka jauh lebih besar.

Ada 96,558 hektar sawah dalam kawasan MADA di Kedah dan Perlis. Sebanyak 160,000 hektar lagi di luar kawasan itu. Sawah dalam kawasan itu mengeluarkan 523,344 tan padi semusim. Ini bermakna zon itu menghasilkan 1.04 juta tan padi setahun dan kegiatannya di situ membabitkan 100,000 keluarga pesawah. Akibat bencana tempoh hari, sebahagian besar mereka perlu bantuan segera kerana sumber pendapatan mereka musnah.

Sekarang adalah tempoh untuk agensi kerajaan terbabit bertindak, khususnya menyalurkan bantuan asas kepada setiap mangsa. Ini perlu disusuli dengan bantuan memulihkan semula aktiviti mereka. Ini mungkin antara tugas pertama Jawatankuasa Khas Mengurus dan Menyelaraskan Bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kepada mangsa bencana banjir di seluruh negara, termasuk pesawah padi di Kedah dan Perlis.

Oleh kerana kawasan MADA dan sekitarnya antara nadi bekalan beras negara, fokus perlu diberi kepada soal kemusnahan sawah di kawasan itu. Sebagai Jelapang Padi Negara, pemulihan sektor itu perlu dilakukan pada kadar segera, komprehensif dan berjangka. Ia menuntut tindakan segera jangka pendek dan pelaksanaan pelan jangka panjang.

Tindakan jangka pendek pastinya memulihkan bendang dan batas yang terjejas sebelum menanam semula padi. Saliran bekalan air, parit dan terusan juga perlu diselenggara semula. Semua pihak perlu bekerjasama dan menyeragamkan tugasan kerana penanaman padi membabitkan penyelarasan sistem.

Untuk pelan jangka panjang, semua agensi terbabit khususnya Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran serta MADA perlu menubuhkan makmal untuk melakukan transformasi Jelapang Padi Negara. Input agensi lain juga diperlukan untuk memantapkan transformasi itu. Sektor ini memerlukan pelan induk dan mesti dimasukkan antara elemen dalam program pembangunan kepentingan strategik negara memandangkan graf bekalan menurun berbanding permintaan.

Ternyata, pola cuaca mulai berubah. Fenomena cuaca yang kian cenderung kepada hujan atau kemarau yang ekstrem harus menjadi faktor kritikal dalam melaksanakan kegiatan penanaman di jelapang itu. Pemanasan global turut menyebabkan paras air laut naik dan kawasan rendah seperti bendang, akan terjejas. Memandangkan Jelapang Padi Negara membekalkan 40 peratus bekalan beras nasional dan berada di kawasan rendah, usaha menangani bencana banjir serta meminimumkan kesan fenomena itu perlu dilakukan sekarang.

Bendang dalam dan di luar kawasan MADA perlu bebas banjir pada masa akan datang bagi memastikan pengeluaran padi serta harga beras terus stabil. Kalau kemusnahan berlaku setiap kali musim hujan atau kemarau, kadar pengeluaran padi akan merosot. Akibatnya, harga beras di pasaran melambung. Ini akan membebankan pengguna yang terpaksa membeli bahan makanan itu pada harga mahal. Pada masa sama, kerajaan perlu menambah peruntukan subsidi sektor ini bagi mengimbangi harga.

MANA YANG WAJAR DIBUBARKAN DBP ATAU DAWAMA?

Posted: 15 Nov 2010 04:38 PM PST

DBP terbit, Dawama simpan buku

Pandangan Penulis : Dua-duanya nyanyi lagu bangau oh bangau...........Sayang sekali institusi yang begini baik akhirnya jadi..................


2010/11/16

Sampai bila karya bermutu dapat dibaca rakyat jika banyak tersadai di stor daripada dipasarkan?

PENULIS menerima surat daripada Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Asiah Daud yang memaklumkan 'tidak dapat membuat sebarang bayaran pada kali ini' kerana 'jumlah royalti kurang daripada RM982.80.'

Surat bertarikh 29 Oktober 2010 merujuk kepada kumpulan puisi Khalayak Sejagat yang menghimpunkan 100 sajak dihasilkan dalam tempoh 25 tahun (1980-2005). Sudah beberapa tahun penulis menerima surat yang hampir sama dan tidak terperanjat apabila ada di kalangan sasterawan tempatan merungut mengenai proses pengedaran buku DBP.
Buku itu sudah empat tahun diterbitkan, tetapi anehnya tiada di kedai buku. Kecuali seketika terselit di rak buku di tingkat bawah bangunan DBP, kemudian ia lenyap tanpa alasan.
Beberapa puisi dalam Khalayak Sejagat pernah dinilai dan meraih hadiah ternama termasuk Hadiah Sastera Malaysia (1988/89), Hadiah Utusan-Public Bank, Hadiah Puisi DBKL dan beberapa sayembara lain.

Buku itu juga mendapat reaksi baik daripada beberapa sarjana dan pengkritik sastera sejak diterbitkan DBP pada 2006. Pelajar beberapa pusat pengajian tinggi juga pernah merujuk buku itu untuk menilai proses kreatif penulis tempatan. Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda dan Perpustakaan Nasional di Australia juga menempatkan Khalayak Sejagat di rak karya Melayu Nusantara.

Bagaimanapun aneh, kenapa buku tidak dijual? Apakah kerana minat masyarakat kepada puisi dan karya Melayu makin lemah, atau proses pemasaran buku terbitan DBP yang terencat?

Setiap tahun DBP menyediakan bajet yang besar untuk membayar penulis, panel penilai karya dan pegawai yang menyelenggara urusan penerbitan. Tetapi kenapa urusan pengedaran karya diabaikan? Apakah DBP sekadar menerbitkan buku dan pihak lain menyimpan di dalam stor?
Pada 2009, Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA), Saleeh Rahamad juga merungut isu yang sama di dalam blognya kerana tidak menerima royalti daripada DBP sejak beberapa tahun.

Beliau merungut banyak buku terbitan DBP tersadai di stor Dawama di Hulu Klang, tanpa sebarang pengedaran yang lengkap.

Sasterawan Marsli NO juga menyuarakan isu sama kerana ada karya beliau yang tidak dibayar royalti kerana masalah pemasaran.

Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said pula mengambil daya usaha sendiri menerbitkan karya besar beliau kerana tidak sanggup melihat novel dan kumpulan puisinya tersadai dan tanpa usaha memasarkannya.

Samad pernah melancarkan mogok seni pada dekad 80-an kerana kesal dengan birokrat seni yang 'kurang rasa, kurang reti dan kurang visi'. Kini beliau terpaksa menubuhkan Syarikat Wira Bukit untuk menerbit dan memasarkan buku sendiri.

Penulis pernah ke kedai buku DBP untuk mendapatkan karya sendiri namun malangnya diberi alasan 'karya encik tiada dalam stok simpanan. Barangkali sudah habis dijual!'. Bagaimanapun apabila menjenguk ke gudang Dawama di Hulu Klang, keadaan sebaliknya yang berlaku. Banyak karya penulis ternama tersadai di sana.

Kita rasa aneh, kenapa buku terbitan DBP terlalu lesu pengedarannya? Kenapa karya penulis tempatan termasuk Sasterawan Negara tersadai sedangkan ia sebahagian daripada proses membentuk nilai intelektual bangsa menjelang 2020?
Rungutan penulis tempatan sudah beberapa kali tersiar di media dan pernah diajukan ke peringkat tertinggi, tetapi malangnya tiada tindakan susulan. DBP perlu bertindak tegas kerana industri buku negara sudah mencatat RM1.5 bilion setahun.

Mengikut statistik, negara menerbitkan 6,500 judul buku setahun membabitkan 200 penerbit. Angka ini terlalu kecil kalau dinisbahkan dengan jumlah penduduk ketika ini.

Masyarakat tentunya mengharapkan DBP untuk menerbit dan memasarkan karya bermutu kerana sektor swasta lazimnya dikaitkan dengan karya popular yang mutunya boleh dipersoalkan. Banyak karya tidak bermutu memenuhi pasaran. Banyak juga novel picisan, cabul dan popular menjadi wadah pembacaan generasi muda sedangkan Malaysia sudah memiliki prasarana pembangunan setanding negara maju.

Jika ada buku agama pun, banyak karya yang boleh dipersoalkan diterbitkan pihak swasta. Cerita jin, pedoman malam pertama dan panduan jimak cara Islam lebih diutamakan syarikat kecil untuk meraih laba segera.

Justeru, masyarakat mengharapkan DBP sebagai lambang penerbitan karya bermutu. DBP perlu aktif memasarkan karya terbaik, bukannya sekadar menerbitkan buku dan membiarkan berlapuk di dalam gudang.

Jika China sudah berjaya menerbitkan 181,000 judul buku setahun dan Korea Selatan 42,000 judul buku, kita sepatutnya sudah berjaya menerbitkan 20,000 judul buku setahun. Tentunya DBP diharapkan lebih cergas agar budaya membaca seiring proses pembacaan karya yang baik.

Di kalangan penulis pula tentunya berharap, DBP terbit buku, sila pasarkan kepada masyarakat, jangan tersadai di dalam gudang!

PANDANGAN PENULIS : ISU INI KENA TANYA PADA BOS DBP?

PULAU MEDIA : DARI PAS (KEDAH) KE PKR (SELANGOR)

Posted: 15 Nov 2010 04:34 PM PST

NUJ jumpa MB Kedah bincang larangan liputan sidang DUN

Pandangan Penulis : Nak lihat dan dengar Presiden NUJ yang hebat tu........


2010/11/16

ALOR SETAR: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari akan berjumpa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung tindakan kerajaan negeri menyekat beberapa organisasi media arus perdana daripada membuat liputan sidang Dewan Undang Negeri (DUN) selama tiga hari sejak kelmarin.

Hata berkata, ketika ini pihaknya tidak pasti sama ada tindakan kerajaan negeri melarang liputan media arus perdana berpilih itu hanya membabitkan persidangan DUN atau semua majlis anjuran kerajaan negeri pada masa depan.
"Kita akan berjumpa Menteri Besar untuk membincangkan mengenai perkara itu (larangan kepada liputan media arus perdana) kerana kita bimbang larangan itu akan diperluaskan kepada majlis rasmi kerajaan negeri yang lain," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan PAS Kedah yang berkeras semalam tidak membenarkan wartawan media arus perdana membuat liputan persidangan DUN sejak kelmarin, termasuk pembentangan Bajet 2011 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Hata berkata, kesatuan itu yang amat kecewa dengan tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan media arus perdana membuat liputan sidang DUN dan sudah menghantar surat bantahan melalui faksimili kepada kerajaan negeri berkenaan.

Surat bantahan sama turut dihantar kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail petang semalam.

Pada Khamis lalu kerajaan PAS Kedah memutuskan untuk melarang beberapa organisasi media arus perdana termasuk kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) untuk membuat liputan dalam Sidang Bajet 2011 bermula kelmarin hingga hari ini.
Turut dilarang ialah Kumpulan Media Prima, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kumpulan Utusan, manakala media yang dibenarkan membuat liputan ialah, Harakah, Sinar Harian, The Star, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, China Press, Nan Yang Siang Pau dan Guang Ming Daily.

Hata juga berkata, NUJ juga akan menghantar wakilnya bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut melarang Kumpulan NSTP dan Kumpulan Utusan membuat liputan majlis rasmi kerajaan negeri itu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid mengesahkan pihaknya sudah menerima surat bantahan daripada NUJ itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Nawawi Ahmad ketika dihubungi menyifatkan tindakan kerajaan negeri menghalang media arus perdana membuat liputan sidang DUN itu sebagai penakut kerana mungkin sudah menyangka pembangkang akan membangkitkan banyak isu berhubung bantuan banjir.

Yayasan Selangor halang media
Oleh Sukhairi Abd Thani

2010/11/16

Arahan dikeluarkan selepas Sultan Selangor batal keberangkatan

KUALA LUMPUR: Yayasan Selangor mengarahkan pengurusan Asrama Tun Dr Ismail Yayasan Selangor di Kampung Pandan, tempat majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang sepatutnya diadakan semalam melarang media daripada memasuki premis berkenaan untuk membuat tinjauan.

Seorang warden asrama yang enggan dikenali ketika ditemui semalam, berkata arahan berkuat kuasa sejak Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda kerana dukacita dengan kos penganjuran sambutan yang dikatakan melebihi RM300,000.
"Kami mendapat arahan daripada ibu pejabat baru-baru ini yang melarang media memasuki kawasan asrama untuk membuat liputan mengenai perkara ini," katanya di sini semalam.
Sabtu lalu, akhbar melaporkan Sultan Sharafuddin membatalkan keberangkatan baginda ke majlis berkenaan dan menyifatkan kos penganjuran yang terlalu tinggi itu sebagai membazir dan tidak berfaedah.

Tinjauan juga mendapati, pintu utama asrama dikawal rapat pengawal dan hanya pihak yang mempunyai urusan rasmi dengan pihak asrama dibenarkan masuk.

Namun, difahamkan khemah yang didirikan di padang asrama berkenaan sejak seminggu lalu mula dirobohkan apabila Sultan Sharafuddin membatalkan hasrat baginda untuk berangkat ke majlis itu

RAKYAT OBES, MENTERI JUGA ADA YANG OBES....

Posted: 15 Nov 2010 04:19 PM PST

Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

- Bernama

16.2 juta rakyat alami kegemukan
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil

2010/11/16

Gaya hidup jadi punca: Liow

KUALA LUMPUR: Seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usia kanak-kanak lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 8.1 juta penduduk atau 30 peratus mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalami masalah kegemukan berlebihan (obesiti).
"Masalah berat badan dan obesiti ini menyebabkan penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes. Penyakit ini boleh dielak dan dicegah dari semasa ke semasa tetapi kita dapati trend penyakit ini semakin meningkat.
"Masalah ini disebabkan gaya hidup rakyat di negara ini dan kita tiada pilihan, melainkan perlu mengadakan pelbagai kempen dan program kesedaran bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengelak penyakit kronik berkenaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Sementara itu, Liow mengumumkan kementerian akan menyalurkan peruntukan kewangan RM10,000 kepada setiap Lembaga Pelawat Hospital (LPH) di 112 hospital di seluruh negara, pada tahun depan.

"Peruntukan ini disalurkan terus kepada akaun LPH bagi menjalankan aktiviti dan program bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital dan kesejahteraan pesakit," katanya.
Liow berkata, bermula tahun depan, mereka juga diberi tanggungjawab dan peranan lebih berat termasuk menganjurkan pelbagai program kesedaran untuk meningkatkan pengetahuian kesihatan rakyat.

Beliau berkata, kementerian juga mewujudkan sistem penarafan bintang bagi semua LPH dan sebagai permulaan, 18 hospital negeri dan utama dibuat penilaian berdasarkan beberapa kriteria termasuk pengendalian mesyuarat, projek, aktiviti serta lawatan, selain idea dan inovasi diterapkan dalam menambahbaik perkhidmatan hospital dan pesakit.

Katanya, antara LPH mendapat pengiktirafan empat bintang ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dan Hospital Pulau Pinang.

LPH yang mendapat tiga bintang ialah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar; Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star; Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan; Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya.

APA KATA ORANG MELAYU TINGGALKAN PULAU PINANG?

Posted: 15 Nov 2010 04:02 PM PST

Pandangan Penulis : Kalau mereka cop orang melayu sebagai monyet sudah tentulah tak boleh tinggal bersama dengan manusia lagi...jadi.....



Penulis memandang komentar Kamarudin Jaafar itu sebagai komentar seorang yang tidak berpijak yang nyata dan terlalu banyak bermimpi seperti Anwar Ibrahim. Dan mimpi-mimpi itu banyak dibuai oleh lakonan parti DAP selama ini!

Ahli PAS yang dicop Monyet oleh Rayer DAP. Di mana Kamarudin Jaafar dan pemimpin PAS?

Digelar monyet kerana pertahan hak

KERANA menggoncang, memanjat dan merantai dirinya pada pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam demonstrasi pada hari kedua persidangan baru-baru ini, dia dipanggil monyet oleh wakil rakyat DAP, R.S.N. Rayer.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, iaitu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang juga bekas 'bosnya' turut menggelar dirinya sebagai monyet yang dibawa oleh Pemuda UMNO ke sidang DUN.

Sebagai ahli Pas, sudah tentu Ariff Ibrahim, 38, kecewa kerana gelaran tersebut diberikan oleh rakan-rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang.

Menceritakan semula kejadian itu, dia memberitahu, mulanya dia berhasrat untuk tidak membuka mangga pada rantai yang mengikatnya selagi belum dapat berjumpa pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dia mahu mendapat penjelasan daripada mulut mereka sendiri berhubung beberapa isu melibatkan orang Melayu.

Bagi ahli jawatankuasa Pas Bahagian Tanjung itu, tindakan tersebut mungkin jalan terbaik untuk membolehkan rakyat yang ditindas sepertinya bersemuka dengan pemimpin kerajaan negeri.

Bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan arahan anggota-anggota polis supaya membuka ikatan rantai tersebut.

"Tindakan saya adalah sebagai susulan terhadap bantahan dan memorandum yang pernah dihantar kepada kerajaan negeri sebelum ini.

"Namun, sehingga hari ini, segala luahan kami tidak mendapat maklum balas daripada mereka," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dalam demonstrasi pada 2 November lalu kira-kira pukul 10.30 pagi, lebih 200 anak jati Pulau Pinang daripada pelbagai latar belakang berhimpun di depan DUN sebagai membantah dasar-dasar kerajaan negeri yang lebih bersifat menindas rakyat.

Dalam bantahan itu, bukan sahaja orang Melayu, ia turut disertai kaum lain. Antaranya peniaga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pemilik tanah di Kampung Genting, ahli UMNO, Pas, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan warga emas serta fakir miskin yang sebelum ini bertindak memulangkan semula wang ihsan pemberian kerajaan negeri.

Ini bukan kali pertama Ariff bertindak seberani itu kerana dia pernah 'menyerang' kenderaan Guan Eng disebabkan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Ia berlaku pada bulan Ramadan lalu ketika kenderaan yang dinaiki Guan Eng baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Dia dikatakan melompat ke atas bonet kereta berkenaan sambil memegang poster bantahan.

Menurut Ariff, bukan dia tidak mahu menggunakan saluran yang betul, iaitu menerusi Pas untuk menyatakan bantahan tetapi parti itu lebih-lebih lagi para pemimpinnya sendiri dilanda masalah dalaman.

"Bukan saya tidak percaya seratus peratus kepada parti sendiri, tapi Pas Pulau Pinang memang bermasalah.

"Pas seperti tidak endah masalah orang Melayu, tidak mahu turun padang siasat sendiri, pemimpin-pemimpin Pas diam saja setiap kali isu berbangkit," ujarnya.

Untuk meminta bantuan daripada rakan dari parti-parti lain dalam pakatan pembangkang jauh sekali.

Berdasarkan pengalamannya berkhidmat di bawah Wei Aik dulu, dia tidak nampak wakil rakyat DAP itu bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan nasib orang Melayu.

Meskipun ditugaskan untuk menjalankan program-program bagi menambat hati orang Melayu ketika itu, Wei Aik dilihat sering berdolak-dalik bila dia memberikan pandangan atau mengajukan permasalahan.

"Saya nampak DAP tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah orang Melayu seperti perobohan gerai peniaga kecil, pengusiran dari kampung tradisional, pengambilan tanah dan isu tanah kubur.

"Bila saya ajukan perkara-perkara sebegini, mereka cadangkan saya tubuh cawangan DAP Melayu untuk menarik lebih ramai kaum tersebut menyertai parti berkenaan sekali gus menyelesaikan segala masalah.

"Di situ saya mulai sedar bahawa orang Melayu selama ini hanya dipergunakan oleh mereka," jelasnya lagi.

Bagi Arif, dia tidak menyesal atau takut untuk melakukan tindakan serupa pada masa depan.

Apa yang penting baginya, dia mahu menegakkan kebenaran terutama berkaitan dengan orang Melayu dan Islam.

Dia masih ingat amanat bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor, "Biar parti kalah, asal Islam menang.'

"Kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang saya umpamakan seperti sebelah tangan pegang madu, sebelah tangan lagi pegang pisau.

"Ia ternyata bercanggah dengan prinsip amal maaruf nahi mungkar yang mereka laung-laungkan selama ini," ujarnya mengakhiri pertemuan.

Penulis ialah Ketua Biro Utusan Malaysia di Pulau Pinang

KURANG AJAR ! DAP KATA 'MONYET', PAS KATA 'NAJIS' !!


Oleh MIM TEAM

Rupa-rupanya, bukan si celaka RSN Rayer ADUN Seri Delima dan Ng Wei Aik ADUN Komtar dari DAP Pulau Pinang aja yang kurang ajar dan mulut patut di cabai. Kedua-dua celaka itu tidak menghormati Dewan Undangan Negeri sama seperti geng-geng DAP yang diketuai oleh Nizar Jamaluddin di DUN Perak.

Selain daripada DAP, penyakit kurang ajar parti itu telah menjangkiti kawan mereka dari PAS Kelantan! Mereka pun patut di cabai dan sama taraf kurang ajarnya dengan DAP Pulau Pinang.

Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, si Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) telah mengeluarkan kata-kata kesat "najis dalam tandas" untuk mengumpamakan UMNO ketika Dr Nik Mazian berucap.

Abdul Fatah Harun (PAS)
Lihatlah betapa hina dan rendahnya maruah pemimpin-pemimpin PAS dan DAP sehinggakan ketertiban di dalam Dewan Undangan Negeri tidak dipedulikan langsung. Mereka itu lebih berminat bersikap seorang yang tidak waras dan bodoh.

Inikah pemimpin-pemimpin yang mahu kita pilih di PRU 13?

Jawapannya senang saja. DAP dan PAS memang tidak boleh diharapkan lagi. PKR pun begitu juga.

Rakyat sedang memerhati!

APABILA REALITY DI PUTAR BELIT UNTUK PERIBADI....

Posted: 15 Nov 2010 04:00 PM PST

Susah sangatkah orang Malaysia hendak menerima sesuatu yang baharu?

SEKARANG ada pihak tertentu berusaha mencari apa sahaja jalan untuk memburuk-burukkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagi DAP, ETP ini penuh dengan retorik.

Ada pihak pula melihat, usaha menambahkan lagi pusat-pusat hiburan dalam projek ETP tidak dilihat selari dengan amalan dan nilai budaya negara ini.

Maka ada yang berkempen bahawa ETP ini tidak akan mendapat sambutan rakyat. Lebih-lebih lagi apabila Malaysiakini memetik undian mengenai perkara ini dari laman web Utusan Online.

Bagi saya, inilah budaya orang Malaysia apabila menerima sesuatu perkara yang baru. Ada sahaja yang tak kena pada mata dan fikiran mereka.
 

Dahulu semasa Tun Dr. Mahthir Mohamad merancang pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan, DAP yang paling lantang menuduh itu projek membazir. Begitu juga dengan Projek Jambatan Pulau Pinang, tetapi sekarang kenapa tidak kata projek itu membazir.

Malah sekarang mereka turut berebut-rebut memasang impian untuk menawan Putrajaya. Kita jangan lupa, orang yang tidak suka rakyat maju dan menyokong kerajaan sahaja yang paling lantang mencipta tohmahan dan fitnah tentang transformasi kerajaan sekarang.

"SENJATA SULIT MAKAN TUAN"

Posted: 15 Nov 2010 03:42 PM PST

Anwar juga kuda trojan'

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.

Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.

Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.

"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai manapula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?

"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya di Malaysia Today mengulas tuduhan dilemparkan Anwar terhadap Zaid selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bertanding Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Selasa lalu Zaid telah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dan melepas semua jawatannya dalam parti malah dijangka bertindak keluar parti pada Jumaat ini.

Katanya, Anwar perlu jujur dan bukannya bersikap mementingkan diri apabila menghalalkan segala pendekatan jika ia berkait dengan dirinya tetapi mengharamkan pendekatan yang sama jika boleh memberi keuntungan kepada orang lain.

Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.

"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.

"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari ini," katanya.

Dedahkan 'wajah' sebenar Anwar

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Pas dicabar supaya menerima pelawaan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pemimpin parti itu bagi mendedahkan 'wajah' sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas perlu bersikap adil dengan mendengar daripada semua pihak mengenai sikap Anwar dan tidak lena dibuai 'lagu' yang dinyanyikan Ketua Pembangkang itu sahaja.

"Penipuan Anwar telah banyak didedahkan oleh bekas ahli PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, namun pimpinan Pas hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.

"Inilah peluang untuk pimpinan Pas yang selama ini menjulang Anwar sebagai 'bos besar' mereka untuk mendengar penjelasan Nallakaruppan yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nallakaruppan semalam yang beliau malu apabila melihat pucuk pimpinan Pas masih taksub kepada Anwar walaupun pelbagai tembelang Ketua Pembangkang itu telah terdedah.

Sehubungan itu, bekas rakan karib Anwar itu bersedia untuk bertemu pemimpin Pas jika mereka berminat untuk mengetahui 'wajah' sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

Mohd. Nazmi berkata, pimpinan Pas seharusnya menghormati pelawaan itu berikutan Nallakaruppan menyebut bahawa pertemuan tersebut adalah sebagai dasar hormat kepada Pas yang dianggotai oleh orang alim.

"Secara peribadi saya berpendapat maruah Pas tercabar apabila Nallakaruppan melahirkan rasa malu beliau kerana pimpinan parti itu yang dipimpin oleh alim ulama boleh taksub dengan Anwar sedangkan mereka (Pas) tidak pernah tahu kelakuan Anwar yang sebenar.

"Pimpinan Pas harus memberi peluang kepada diri mereka untuk mendengar kisah benar yang banyak disimpan oleh Nallakaruppan seterusnya tidak lagi taksub kepada Ketua Pembangkang itu," katanya.

Pemilihan PKR wajar diadakan semula

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Beberapa penganalisis politik berpendapat pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajar diadakan semula apabila wujud bantahan daripada pelbagai pihak di dalam parti itu terutama oleh akar umbi sendiri.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, PKR jelas bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi seperti yang dilaungkan sekiranya pemilihan yang dikatakan tidak telus dan adil itu diteruskan.

"Kita nampak perkembangan ini terutama apabila wujud bantahan akar umbi. Ini membuktikan pemilihan yang dibuat tidak sistematik kerana dikatakan banyak penipuan dan sebagainya.

"Sehubungan itu, pemilihan pemimpinnya wajar dinilai semula dan wajar diadakan semula bagi membolehkan pemimpin yang dipilih benar-benar yang dimahukan ahli," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas senario pemilihan PKR yang kini semakin kecoh apabila ada di kalangan pemimpin dan juga ahlinya tidak berpuas hati dengan cara ia dilaksanakan, malah ada yang mendakwa ia bukan pemilihan parti yang bersih dan mahu ia diadakan semula.

Perkara itu jelas apabila semakin ramai penyokong parti itu kini membantah proses pemilihan pucuk pimpinan PKR yang didakwa tidak telus dan adil kepada calon-calon yang bertanding.

Penganalisis politik, Datuk Zainal Kling pula berkata, pucuk pimpinan PKR wajar melihat dan mengkaji tuntutan peringkat akar umbi yang mahu pemilihan parti itu dibatalkan kerana dikatakan dilaksana secara tidak telus dan tidak demokrasi.

Beliau berkata, ini kerana sebarang tentangan yang bangkit daripada akar umbi hanya akan menyebabkan parti itu berhadapan dengan kejatuhan.

"Pemilihan PKR kini menjadi perkembangan yang menarik kerana bukan sahaja ada peringkat kepimpinan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku malah sudah turun kepada akar umbi. Perasaan tidak puas hati dalam proses pemilihan ini sudah menjadi masalah akar umbi dan boleh memberi padah besar kepada PKR.

"Barangkali pemimpin PKR wajar mengkaji sejauh mana ketidakpuasan hati akar umbi kerana jika tidak ia boleh menyebabkan keruntuhan parti itu," katanya.

Dalam pada itu, Profesor Tamu Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof. Madya Mohd. Abdad Mohd. Zain berkata, perkembangan yang berlaku dalam parti itu menunjukkan bahawa masih banyak perkara yang perlu dipelajari pemimpinnya.

Katanya, proses melengkapkan infrastruktur PKR seperti memilih pucuk pimpinan yang benar-benar baik akan memakan masa.

"Ia seperti mencari ubat yang mujarab, akan memakan masa. Sebagai parti baru sudah tentu akan wujud pelbagai masalah terutama ketika memilih pemimpin. Ia akan memakan masa untuk membangunkan parti,'' jelasnya.

UMNO TAMAN PAROI JAYA

Posted: 16 Nov 2010 03:46 AM PST

UMNO TAMAN PAROI JAYA


Salam Aidil Adha 1431

Posted: 15 Nov 2010 07:14 AM PST

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat sekelian. Semoga dengan kedatangan hari yang mulia ini kita rayakan dengan penuh penghayatan dan keinsafan. Pengorbanan dalam segala segi dan dengan penuh keikhlasan.

Tiada ulasan:

Pengikut