KAMPUNG SUNGAI RAYA, Port Dickson – Tiga nelayan di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Raya di sini, hilang punca pendapatan apabila bot dan peralatan nelayan yang lain di curi, awal pagi Isnin lalu.
Kejadian yang dianggarkan berlaku sekitar jam 9 malam hingga 7 pagi itu berlaku selepas tidak sampai sebulan empat nelayan di Jeti Kuala Lukut dekat sini, diceroboh pencuri yang melibatkan enam peti jana elektrik, dua tong minyak diesel berkapasiti 18 liter, dua mesin penarik jala, satu lampu limpah dan beberapa lampu kecil serta satu paip saluran minyak diesel.
Kejadian kecurian ini telah dilaporkan di Balai Polis Pasir Panjang sejurus menyedari kejadian kecurian itu.
Mangsa, Kamaruzaman Zainal, 36, berkata, pada malam Ahad sekitar jam 9 malam, dia bersama awak-awaknya baru pulang dari laut dan seperti biasa dia meninggalkan botnya di pengkalan nelayan itu.
Menurutnya, ketika kejadian terdapat 13 bot pelbagai jenis milik nelayan di sini, yang terdapat di pengkalan itu.
"Pada keesokan harinya (Isnin) ketika saya mahu turun ke laut, saya baru menyedari kehilangan barang-barang dalam bot saya, sementara ada dua lagi bot nelayan lain hilang.
"Kesan tapak kaki pencuri juga jelas kelihatan di kawasan bot saya dan saya yakin mereka ini memang sudah biasa dengan kegiatan mencuri bot-bot nelayan di perairan Port Dickson ini," katanya yang kecewa dengan apa yang terjadi kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Raya, semalam.
Kamaruzaman berkata, dia kehilangan jaring ikan, mesin penarik jaring, empat biji bateri dan alat pengesan ikan yang terdapat di bitnya itu.
Katanya, daripada semua yang hilang itu, dia mengalami kerugian mencecah RM15,000 dan menyebabkan dia tidak boleh melakukan aktiviti ke laut untuk menangkap ikan seperti biasa.
"Di sini memang tidak pernah berlaku kejadian kecurian dan ini adalah kali pertama dan ia memang benar-benar memberi tekanan kepada saya kerana nelayan adalah punca pendapatan utama saya," katanya.
Kamaruzaman yang memulakan aktiviti sebagai nelayan sejak 12 tahun lalu, bermula dengan menggunakan bot kecil dan baru dua tahun membeli bot besar serta beberapa peralatan canggih hasil titik peluhnya sebagai nelayan.
Menurutnya, dia memang sentiasa berusaha untuk menjadi nelayan yang maju dan berjaya dengan wang hasil nelayan, selain untuk kegunaan perbelanjaan harian dan menyara keluarga serta menyimpan sedikit bagi membeli keperluan lain dalam memperbaiki kegiatan nelayan ini.
Selain Kamaruzaman, dua buah bot lagi berukuran 12 meter yang hilang pada malam kejadian sama berjumlah mencecah RM10,000 setiap satu.
SEREMBAN - Pihak berkuasa diminta mengambil langkah awal bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu-lintas di persimpangan Seremban-Bukit Kepayang-Bukit Chedang-Seremban 2, dekat sini, sebaik sahaja sebuah pasar raya besar mula dibuka di kawasan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berkata, bilangan kenderaan menggunakan laluan itu dijangka bertambah berikutan ramai orang akan mengunjungi pasar raya besar berkenaan.
"Kesesakan mungkin lebih teruk kerana lampu isyarat dipasang di simpang masuk ke pasar raya besar berkenaan pada jarak kira-kira 300 meter dari persimpangan utama.
"Orang ramai yang selalu berulang-alik di laluan ini akan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas pada waktu puncak sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil langkah berkesan mencegahnya," katanya kepada pemberita di lokasi aduan di Seremban 2, dekat sini, semalam.
Menurutnya, pada masa ini bilangan kenderaan yang menggunakan laluan di depan pasar raya besar itu agak tinggi, lebih-lebih lagi pada hari bekerja.
Selain itu katanya, kewuju dan taman perumahan baru di Seremban 2 juga dijangka menyumbang kepada kesesakan lalu-lintas.
"Tujuan saya membangkitkan isu ini bukan bermakna saya membantah pembukaan pasar raya besar berkenaan, kerana ia memudahkan orang ramai membeli-belah dan memberi kesan positif terhadap ekonomi.
"Cuma saya harap, semua pihak berkaitan segera bertindak bagi memastikan lalu-lintas di sini berjalan lancar," katanya.
Difahamkan, pasar raya besar itu akan mula beroperasi pada 24 November ini.
KUALA KLAWANG - Taman Awam Majlid Daerah Jelebu boleh dikatakan taman permainan 'kelas bawahan' apabila banyak kemudahan rosak serta lusuh.
Selain itu, keadaan sekeliling kotor dengan sampah sarap bertaburan juga kelihatan sekitar kawasan berkenaan.
Pandangan mata lebih menyakitkan dengan rumput dan daun-daun kering tidak diselenggara dengan baik menyebabkan pengunjung mengambil pendekatan mudah membuang sampah ke dalam kolam berhampiran.
Kebanykan pengunjung juga mengeluh dengan kemudahan yang disediakan di taman berkenaan yang tidak terurus dan tahap keselama-tan yang kurang memuaskan.
Pengunjung yang dikenali sebagai Zali berkata, dia sering membawa anak-anaknya bermain di kawasan ini berikutan kawasan permainan berkenaan hanya satu-satunya pilihan beliau untuk membawa anak untuk beriadah.
"Lihat sahaja kawasan ini dengan suasana taman yang suram serta kelengkapan yang kurang selamat akan membawa kepada kemudaratan terhadap pegunjung yang datang ke sini.
"Di harapkan pihak bertanggungjawab dapat menyelenggara taman berkenaan dengan baik berikutan taman berkenaan menjadi tumpuan orang terutamanya pada waktu cuti dan petang," katanya.
Siti Aisyah Zakaria, 26, berkata, taman reakrasi berkenaan turut dilengkapi dengan kolam mandi, namun ia hanya tinggal sebuah kolam kering yang menjadi sasaran orang ramai membuang sampah ke dalam kolam berkenaan.
"Dahulu kolam berkenaan menjadi tumpuan orang ramai untuk bereakrasi, tetapi kini hanya tinggal kolam yang kering tanpa sebarang aktiviti dapat dijalankan dikawasan berkenaan.
"Selain itu, kolam kering berkenaan turut menjadi tumpuan budak-budak muda melepak di dalam kolam berkenaan yang bakal mengundang aktiviti-aktiviti tidak sihat," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mohd Shah Kecut, 43, berkata, pihak bertanggungjawab seharusnya menyelenggara denga baik taman berkenaan supaya ia menjadi kawasan rekreasi utama di Jelebu memandangkan di sini kurang kawasan seperti tersebut.
"Kita mempunyai pusat reakrasi yang terhad bagi masyarakat menjalankan aktiviti beriadah. Oleh itu, peranan pihak berkuasa tempatan sangat penting dalam memastikan kawasan permainan awam selamat, sekali gus melahirkan masyarakat sihat,'' katanya.
KUALA PILAH – Banjir kilat walaupun hujan hanya turun dalam tempoh dua jam di Kampung Parit Istana Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, menyebabkan beberapa rumah dinaiki air sehingga ke paras lutut.
Mangsa, Rusni Ibrahim, 48, ketika ditemui kelmarin berkata, hujan lebat yang melanda kawasan itu lewat petang Ahad lalu menyebabkan seluruh rumahnya dinaiki air hingga merosakkan perabot.
Menurutnya, dia dan suami tidak sanggup lagi berdepan kejadian kali kesembilan itu.
"Keadaan bertambah buruk apabila sistem perparitan di hadapan rumah tidak sempurna dan lancar.
"Setiap kali hujan, kami sekeluarga risau kerana takut rumah dimasuki air, selain terpaksa memindahkan peralatan ke tempat selamat," katanya.
Rusni berkata, sistem perparitan berkenaan dilihat terlalu kecil dan tidak mampu menampung limpahan air yang naik mendadak, sekali gus memasuki rumahnya.
"Saya tidak mampu membaiki sistem perparitan di hadapan rumah kami kerana pendapatan tidak seberapa sebagai tukang bersih di Hospital Kuala Pilah, sekitar RM500 sebulan.
"Masalah ini sudah dimaklumkan dengan pihak berkenaan tetapi jawapan diterima amat mengecewakan. Mereka meminta saya membuatnya sendiri dengan kos RM400," katanya.
Menurutnya, disebabkan mereka sekeluarga bukan orang senang, kos itu agak membebankan.
"Suami saya, Mohd Safuan Abdullah, 47, tidak bekerja kerana mengalami pendarahan otak dan boleh mengakibatkan strok.
"Suami menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM140 sebulan. Buat masa ini, saya sahaja yang mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga dan anak," katanya.
Rusni berkata, sebelum ini, kawasan rumahnya tidak pernah dimasuki air tetapi selepas pembinaan sebuah kolam berhampiran, selain hujan lebat berpanjangan menyebabkan rumahnya ditenggelami air hingga paras lutut.
"Dahulu tidak pernah berlaku kejadian seperti ini. Justeru, saya berharap pihak berkenaan dapat membina longkang lebih besar dengan segera untuk mengatasi banjir kilat yang sering menghantui penduduk di sini.
"Saya juga terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan meninggikan lantai di bahagian depan rumah bagi membolehkan lebih banyak barangan diselamatkan ketika air naik," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, pihaknya akan membuat: rundingan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
"Saya berharap kata putus dapat dibuat untuk mengatasi masalah yang membelenggu penduduk di sini," katanya.
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengalu-ngalukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat 15 kes berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara 2009, termasuk yang melibatkan di Kementerian Pertahanan sebanyak RM310, 000 untuk persiapan bilik VVIP di bawah Pakej Ransangan Ekonomi. Antara pembeliannya set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.
Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita. Kita tentu masih ingat bagaimana pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) .Ramai terkejut bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).
Lebih menarik lagi apabila pihak Audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?
PAS berpendapat apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan. Sebab itu dalam laporan audit negara 2008 melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion. PAS mengharapkan supaya SPRM perlu bertegas dan mengharapkan supaya mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti diheret ke pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri. Pegawai tidak akan berani buat tanpa arahan orang atasan.
Kedah naikkan tarif air dari RM0.53/m3 kepada 27%,
tetapi
Johor naikkan dari RM0.98/m3 kepada 60%... kenaikan mana yang lebih tinggi?.. sudah la negeri Johor negeri yang tertinggi tarif airnya, dinaikkan lagi sehingga 60%..korang fikirlah sendiri...
Patutlah SAJH tukar meter baru..... perhatikan kadar tarif air di atas? Mana dia Umno yang bising apabila Kedah naikkan kadar air. Senyap aje... Biasalah cari makan... kalau bising nanti PRU akan datang peluang ada sedikit kabur...
Berita ini agak lewat, tp penulis nak post jugak utk info bersama..
Ketika negeri Kedah mengumumkan kenaikkan tarif air sebulan yang lalu, punyalah heboh satu negara..media pro-Umno seperti biasa ditugaskan utk menghangatkan isu ini di ruang2 media..
Tidak cukup dgn itu, di'upah'nya beberapa penyokong Umno bawahan untuk berdemontrasi, para blogger jumud Umno pula berhempas siang dan malam merangka artikel utk dipublishkan di dalam blog2 mereka...
Hari ini (beberapa minggu yg lalu), apabila kerajaan negeri Johor mengumumkan kenaik tarif air di Johor, semua pemimpin Umno ini jadi bisu dan pekak..satu habuk pun tak komen, media perdana dimandulkan..rakyat khususnya pembaca Utusan Malaysia (contohnya) menjadi semakin sempit dan jahil maklumat...
Rasional kenaikan di Kedah..
Sedangkan negeri Kedah adalah antara negeri yang termurah tarif airnya, dan terakhir semakan harga dibuat adalah pada tahun 1993, iaitu hampir 17 tahun lamanya...
"Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) Dato' Adzmi Haji Din mengumumkan kenaikan tarif air di Kedah mulai 1 Oktober 2010. Secara puratanya kenaikan tarif air hanyalah RM0.10 bagi setiap meter padu air.
Kali terakhir tarif air di Kedah di semak ialah pada 1 Mac 1993. Mulai tarikh itu sehingga 30 September 2010, harga satu meter padu air ialah RM0.40. Ia adalah harga air yang kedua terendah di Malaysia selepas Pulau Pinang. Harga semeter padu air di Pulau Pinang hanya RM0.30, manakala perlis yang berada di tempat ke tiga terendah ialah RM0.48. Kedua-kedua negeri itu mendapat sumber air percuma dari sungai serta kawasan tadahannya yang berada di Kedah.
Semakan dan pelarasan yang diumumkan Kedah ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air - Negeri Kedah) 2010. Maknanya, Pusat sudah merestuinya. Pusat pasti merestuinya kerana ia memudahkan kerajaan negeri untuk membayar balik hutang pengurusan air kepada Pusat sebanyak RM50 juta setahun.
Kenaikan akan juga berlaku di negeri-negeri lain, termasuk negeri yang sealiran dengan Pusat. Cuma Kedah yang mula dahulu."
Perenggan terakhir di atas membuktikan kenyataan Ketua Pegawai SADA di atas adalah benar..negeri Johor akhirnya telah mengumumkan kenaikannya, dan penulis yakin selepas ini negeri2 lain akan menyusul...
Korang bayang la, Kedah naikkan tarif air dari RM0.53/m3 kepada 27%, tetapi Johor naikkan dari RM0.98/m3 kepada 60%...kenaikan mana yang lebih tinggi?..sudah la negeri Johor negeri yang tertinggi tarif airnya, dinaikkan lagi sehingga 60%..korang fikirlah sendiri...
Akhir kalam..ternyata pemimpin Umno termasuklah pencacai2 bawahannya adalah manusia yang hipokrit dan bermuka2..ini termasuklah barisan bloggernya...mohon disebarkan berita ini kpd seluruh rakyat...wallahua'lam..
Pelarasan tarif air Johor
JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.
Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.
(Di atas adalah senarai tarif air yang diambil dari website rasmi Jabatan Bekalan Air malaysia..klik utk paparan lebih jelas...)
"Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.
"Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.
Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja," katanya.
Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.
Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan.
Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.
"Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)," katanya.
Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.
Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai. - SH
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) katanya akan berjumpa dengan MB Kedah Azizan Razak untuk mendapat penjelasan berhubungan larangan kerajaan Kedah kepada beberapa media massa dariapa membuat liputan sidang DUN Kedah dua hari lepas. Larangan itu kerana media massa berkenaan dianggap biadap dan tidak bertanggungjawab dalam laporan mereka.
Tujuan NUJ itu ialah untuk mendapat penjelasan lanjut. Apa yang dilakukan NUJ itu baik untuk mendapat gambaran sebenarnya apa yang berlaku. Kalau dilihat dari sudut media arus persana yang dipamerkan kesalahan ialah Azizan Razak semata-mata.
Ramai yang tidak tahu hujung pangkal kenapa Azizan menjadi perungus dengan media massa terutamanya arus perdana yang menyeleweng fakta mengenai bantuan bajir. Sebagai MB tentulah Azizan marah dan 'murih' kerana memberi laporan yang tidak bertanggungjawab dan beretika.
Dan adalah haknya juga kalau beliau mengarahkan supaya pintu pagar bangunan SUK Kedah atau pintu Dewan Undangan Negeri dari dicerobohi oleh penyangat berlesen itu. Siapa yang tidak marah kalau orang memfitnah dan memburukkan kita tanpa fakta. Bukan bermakna wartawan yang memiliki pas media atau pas dari syarikat dimana mereka bekerja boleh melaporkan mengikut kehendak tuan mereka. Mereka perlu berpegang kepada prinsip kebebasan dan kebenaran dalam penyiaran.
Hendaknya NUJ bukan saja berjumpa dengan Azizan Razak untuk mendapat penjelasan dan menyiasat siapa yang salah. Tetapi NUJ juga harus berjumpa dengan pihak media yang dikatakan menyeleweng fakta dan menimbulkan kemarahan Azizan Razak. Misalnya cara RTM menonjolkan sikap peringus Azizan dengan mengulangi kata-kata Azizah tidak profesional, kejam dan tidak adil.
Kenapa ia dipusing berulang kali? Apa yang hendak ditonjolkan? Apakah wartawan RTM yang diherdik ataupun dikesali itu tidak bersalah? Apakah wartawan berkenaan sama suci dengan Zaid Ibrahim?
Saya percaya NUJ akan bersikap adil dan tidak akan memihak. NUJ diharap memperkatakan kebenaran dan tidak akan cuba menjadi alat ataupun perkakas kepada mana-mana pihak. Antara lain tujuan penubuhan dan peranan NUJ ialah untuk memastikan wartawan beretika sepanjang masa di samping membela nasib wartawan yang tertindas.
Nampaknya sikap melampau wartawan yang menjadi hamba kepada pihak tertentu makin berleluasa dan bermahaja lela. Ia bukan saja berlaku dari kalangan wartawan akhbar yang dikenal pasti menjadi lidah rasmi Umno tetapi agensi berita nasional yang selama ini diperakui akan nilai berita dan laporannya juga mula menunjukkan sikap mabuk.
Tenguk apa yang dilaporkan mengenai Husam Musa semalam, kononnya Exco Kelantan berkenaan membuat kenyataan Pas membuka pintu kepada Zaid Ibrahim. Sebaik melihat tajuk berita itu saya sudah merasakan ia ganjil dan pelik. Saya tidak fikir Husam secepat itu membuat panggilan dan seruan 'haji' kepada Zaid sebelum Zaid masih lagi mengenakan ikhram atau mamasang niat.
Ternyata hari ini Husam menafikan laporan agensi berkenaan. Kata Husam laporan itu hanya rekaan semata-mata dan bukan lahir dari lidahnya. Husam kesal dan marah dengan laporan itu. Beliau meminta agensi itu membuat pembetulan. Kalau agensi itu enggan membuat penjelasan Husam perlu bertindak termasuk menyaman agensi berkenaan.
Laporan sebegitu sengaja untuk merosakkan imej Husam. Pada tilikan saya ada niat untuk memburukkan Husam dan sekaligus memecah belahkan perpaduan dalam Pas.
Apa yang berlaku itu tentulah sungguh dikesalkan kerana ia berlaku atau dilakukan oleh sebuah egensi nasional. Kalau agensi nasional juga sanggup membuat berita dari laptop berskrin syaitan apalah dengan akhbar atau media yang jelas menjadi lidah parti.
Celakaan saya ini bukan saja kepada media arus persana yang menjadi lidah kepada Umno. Tetapi media lain yang bebas dan pro pembangkang juga harus berhati-hati. Anda kena jaga etika dan prinsip kebebasan berakhbar. Apa yang penting ialah melaporkan atas kebenaran dan natijah kebaikan bukan memecah belahkan.
Saya bimbang kalau media massa tidak menjadi etika masing-masing menyebabkan media massa di negara ini tidak akan dipercayai lagi. Rakyat akan menerima akhbar atau media massa tidak lebih daripada bacaan untuk menghambat bosan saja tetapi bukan untuk mengambil apa-apa iktibar atas peranan itu kerana mereka diragui. [wm.kl. 2:15 pm 16/11/10]
Pada Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan Sultan Sharafuddin telah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.
Menurut Ramli, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai pembaziran dan berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan golongan kurang berkemampuan.
Tindakan Baginda Sultan Selangor wajar dan harus dipuji kerana baginda sendiri ingin memberikan pengajaran kepada rakyat tentang pentingnya berjimat cermat.
Cuma yag musykil di hati saya ialah 'kehebatan' pemimpin Umno, khususnya Noh Omar yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri Selangor.
Antaranya beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor kerana Noh mendakwa Khalid gagal untuk memantau pembaziran yang dilakukan oleh pengurusan badan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu juga berkata, Abdul Khalid tidak layak memimpin yayasan itu kerana beliau hanya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu memaklumkan kepadanya.
Saya ingin bertanya kepada Noh sejak bila pula Umno berubah perangai dengan mementingkan sifat jimat cermat sedangkan semasa Umno memerintah Selangor dulu wang peruntukan Wakil Rakyat BN berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa beberapa bulan sahaja. Selain itu 'claim' untuk lawatan ke luar negeri juga bernilai jutaan ringgit yang tidak masuk akal pun, Noh tidak ungkit dan buat aduan.
YB Dato' Zainal Abidin (Pengerusi Jawatankuasa Agama) bersama
YB Dr Mohammad Taslim keluar dari Dewan Negeri.
SOALAN LISAN YB PUAN HAMIMAH BINTI MANSOR (PENAWAR):
Dengan kenaikan gaji dan elaun Imam, adakah pihak kerajaan melihat kembali syarat-syarat pelantikan dan bidang tugas agar tidak terjadi perebutan jawatan dan perpecahan masyarakat?
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama: Yang Berhormat Dato' Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini dengan kenaikan elaun bulanan Imam daripada RM450.00 kepada RM750.00 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2011, seramai 2,404 orang Imam (dalam Negeri Johor) menerima faedah daripada kenaikan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.8 juta sebulan.
YB Dato' Speaker, bagi melahirkan Imam yang berkualiti dan sahsiah yang baik , Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor telah menyediakan syarat-syarat perlsntikan Imam yang bertugas di masjid dan surau.Di antara penekanan yang diambil oleh kerajaan dalam proses perlantikan Imam adalah seperti pengetahuan asas ilmu agama , kelayakan akademik, kemahiran dan personaliti, terutamanya perlantikan Imam-Imam di masjid-masjid kerajaan.
Walau bagaimanapun, diperingkat masjid kariah, kerajaan lebih menekankan kelayakan sahsiah diri dan kemahiran di dalam bacaan Al-Quran berbanding kelayakan akademik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat buat mas ini kerajaan merasaskan bahawa syarat-syarat perlantikan dan bidang tugas Imam-Imam masjid di Negeri Johor adalah memadai seperti mana dalam buku panduan kerja dan pelantikan pegawai masjid yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Johor. Namun demikian kerajaan bersdia mempertimbangkan untuk membuat kajian semula khasnya berhubung kelayakan , had umur dan personaliti Imam-Imam ini, di masa akan datang.
Menjawab soalan tambahan YB Penawar, di Negeri Johor terdapat 2,404 orang Imam.Bagi tahun 2008 seramai 120 orang Imam telah ditamatkan perkhidmatan mereka, tahun 2009 seramai 109 orang dan tahun 2010 seramai 69 orang.Di antara faktor Imam-Imam ini ditamatkan tugas mereka , ada disebabkan telah melebihi had umur (sampai 65 tahun) dan berubah kualiti bacaan dalam sembahyang, faktor keuzuran fizikal, telah berpindah lokasi atau tempat kediaman mereka dan ada yang tidak melepasi standard penilaian khasnya dalam sesi pemantauan semula yang diadakan setiap tiga tahun.
SOALAN TAMBAHAN YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM (MAHARANI) :
Yangb Berhormat Dato' Speaker, berhubung dengan kenaikan elaun Imam ini, saya difahamkan adalah Imam masjid . Adakah ini melibatkan Imam-Imam surau yang juga memberi khidmat yang sama pada masyarakat dan mengikut soalan ini, adakah benar dengan kenaikan elaun Imam ini menyebabkan perebutan jawatan dan perpecahan masyarakat? Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Maharani.Elaun-elaun ini hanyalah untuk Imam-Imam di masjid-masjid kariah, dia tidak merangkumi Imam-Imam di surau. Pada soalan kedua, saya ingn nyatakan bahawa kebanyakan sebab kita menamatkan perkhidmatan Imam_imam ini adalah disebabkan meninggal dunia, meletakkan jawatan, faktor usia dan pindah lokasi kariah mereka. Saya akui kadang-kadang adalah serba sedikit mana-mana pun bukan masjid, surau, kat mana-mana pun kadang-kadang ada pertelingkahan tapi bilangannya adalah amat kecil dibandingkan sebab-sebab yang dinyatakan tadi.Jadi Yang Berhormat tak perlu bimbanglah, kalau ada pun sdikit sangat jumlahnya.
Tahmid kesyukuran Eidul Adha ini melambangkan kerendahan hati manusia di dalam mengabdikan diri setulus-tulusnya terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya, Eidul Adha mempunyai pengajaran yang amat besar kepada kehidupan kita sebagai seseorang Muslim dan umat Islam. Dalam hubungan ini, antara pengajaran terbesar sekali ialah tentunya tentang semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di dalam menyempurnakan perintah Allah. Pengorbanan baginda mereka di dalam menjunjung perintah Allah adalah lambang kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya. Program Qurbaan dan Kebajikan PAS Miri 1431 H berjaya dilaksanakan dengan jayanya di sekitar DUN Senadin. Bermula program Puasa Sunat Hari Arafah pada Selasa (bersamaan 9 Zulhijjah) dan Iftar ,petugas PAS disemua peringkat meraikan Hari Kebesaran Eidul Adha 1431 H dengan sederhana sekali. Buat julung kali 2 Ekor dikorbankan pada pagi yang mulia ini 10 Zulhijjah dengan dana disumbangkan oleh ahli dan petugas PAS Kawasan Miri. Turut menyumbang adalah dari PAS Selangor dan Sabah yang baru sahaja pulang dari lawatan kerja minggu lalu.
Selain sumbangan barang keperluan yang disumbangkan sejak hari Isnin kepada penduduk sekitar Kg Tukau,Tudan dan Luak;program kali ini turut melibatkan agihan korban pada Hari Raya Eidul Adha. Sebanyak 180 bungkusan daging korban yang menggunakan beg plastik PAS telah diedarkan disetiap pelusuk Kampung sekitar Miri termasuk ke Kuala Baram. Suasana ukhuwah dan gembira jelas terpancar diwajah para penerima pada hari yang mulia ini.
Program diketuai Setiausaha Kawasan Miri,Saudara Arif dan AJK Pemuda dan Muslimat.Saudara Arif ketika ditemui menyatakan PAS yakin, sekiranya penghayatan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tinggi ini dapat dijelmakan, sebagai agen perubahan, para belia akan mendorong kewujudan sebuah persekitaran hidup yang bercorak Islami sejajar dengan tuntutan syariah. Persekitaran yang Islami adalah prasyarat asas yang akan membawa kepada sebuah kehidupan yang yang diberkati dan seterusnya membawa kepada kelahiran umat terbaik - khayra ummah.
InsyaALLAH satu Majlis Jamuan Eidul Adha akan diadakan dirumah YDP PAS Kawasan Miri pada hari akhir Tasyrik 13 Zulhijjah,Sabtu ini bersempena juga dengan Aqiqah beberapa sahabat anggota PAS Miri yang baru menerima cahayamata.
VAT 69/UTK atau 69 Komando dan Unit Tindak Khas merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.
69 Komando
69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.
Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando.
Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan.
Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri.
Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.
Unit Tindak Khas
Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas 69 Komando. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973.
Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana 69 Komando, Unit Tindak Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat.
Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.
Jelas, Kuala Lumpur tidak berdepan dengan fenomena "lebih keperluan penghunian daripada penawaran". Justeru itu, pembinaan Menara 100 tingkat hanya akan menjadikan masalah "lebih penawaran daripada penghunian" semakin ketara. Ia belum termasuk pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) dengan nilai anggaran RM26 bilion, dan projek pembangunan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi
Justeru itu, dalam senario sedemikian, timbul persoalan mengapa kerajaan atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) tetap mahu membina Menara 100 tingkat? Menurut PNB, ibu pejabat asalnya (gambar kiri) berusia genap 30 tahun apabila Menara 100 tingkat siap dibina pada tahun 2015. PNB memerlukan sebuah bangunan ibu pejabat baru untuk memenuhi keperluan perkembangan dan pembangunan syarikat dan anak syarikatnya pada masa yang akan datang.
Dengan ini, Menara 100 tingkat bakal menjadi bangunan ibu pejabat baru PNB, sementara bangunan ibu pejabat asalnya akan diubahsuai, dipertingkatkan, dan kemudiannya disewakan, untuk membawa pendapatan melaluinya.
Bangunan 100 tingkat diperlukan?
Namun, terdapat kontradiksi di sebaliknya. Jikalau bangunan asal ibu pejabat - Menara PNB telah sampai ke tahap di mana penghunian ruang pejabat mencecah 100%, maka syarikat ini mungkin memerlukan bangunan pejabat yang lebih besar untuk menampung keperluan berikutan pengembangan perusahaan syarikatnya. Persoalannya, adakah PNB memerlukan sebuah menara 100 tingkat? Dengan kata lain, adakah PNB akan menggunakan menara ini sepenuhnya?
Dua pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Josiah Ng meraih kemenangan satu-dua, selepas merangkul pingat emas dan perak dalam acara Keirin Lelaki akhir yang berlangsung di Velodrom Guangzhou, China hari ini.
Ia adalah emas kedua negara setakat ini selepas Wushu menyumbang emas pertama negara.
Dalam acara lapan pusingan di trek sepanjang 250 meter itu, Mohd Azizulhasni mengetuai tujuh pelumba lain pada empat pusingan awal sebelum pelumba China, Zhang Lei menjadi pendahulu.
Namun kemalangan yang melibatkan Zhang Lei dan pelumba Iran, Mohamad Parash membolehkan Mohd Azizulhasni kembali mendahului, diikuti rapat oleh Josiah dan seorang lagi pelumba tuan rumah yang juga adik Zhang Lei iaitu Zhang Miao.
Pada pusingan akhir, kedua-dua pelumba Malaysia itu tidak memberi ruang kepada Zhang Miao untuk memotong mereka bagi mengesahkan kemenangan satu-dua kepada Malaysia, sementara pelumba China itu mendapat gangsa.
Kemenangan itu juga membolehkan pelumba negara mengetepikan pelumba keirin nombor satu Asia dari Jepun, Kazunari Watanabe yang mendapat tempat ke-empat.
Kazunari bagaimanapun berlumba seorang diri hari ini tanpa rakan sepasukan untuk membantu.
Dalam acara terdahulu, Mohd Azizulhasni sekadar mendapat tempat ke empat dalam penentuan pingat gangsa untuk acara Pecut 200m lelaki.
Dia yang bersaingan dengan pelumba Jepun, Nitta Yudai tewas dalam kedua-dua saringan, setiap satu tiga pusingan, dalam penentuan pingat gangsa.
"Saya tersilap taktik dengan mengejar Nitta dari awal dan gagal melakukan henjutan pada pusingan akhir," katanya kepada pemberita di Guangzhou hari ini.
Dalam satu lagi acara yang melibatkan pelumba negara, Muhamad Adiq Hussaine Othman terlepas peluang mendapat gangsa apabila menduduki tempat ke empat dalam acara Perlumbaan Mata (Lelaki).
Berada di kelompok utama lima pelumba dalam perlumbaan 120 pusingan atau 30km yang melibatkan keseluruhan 24 pelumba, Muhamad Adiq terpisah jauh bersama rakan sepasukan, Amir Mustafa Rusli.
Tanpa bantuan Amir Mustafa, Muhamad Adiq tersepit di antara pemenang pingat emas dari Uzbekistan, Vladimir Tuychiev, pelumba Hong Kong, Wong Kam Po (perak), dan pelumba Iran, Mehdi Sohrabi (gangsa).
Tuychiev mengumpul 71 mata, Kam Po (60), Mehdi (60) dan Muhamad Adiq (56).
"Saya yakin henjutan di beberapa pusingan akhir mampu mengatasi pelumba Iran itu jika mendapat bantuan rakan sepasukan. Ini kerana Mehdi Sohrabi mendapat bantuan yang baik dari rakan sepasukannya Abbas Saeiditanha dari awal perlumbaan," katanya.
Acara berbasikal trek yang bermula pada Sabtu lalu, menutup tirainya hari ini dan acara berbasikal lebuhraya akan bermula pada Sabtu sehingga Selasa ini. - Bernama
Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia berada di Mina dan bersedia mengerjakan satu lagi perkara wajib haji iaitu melontar jamrah bermula tengah malam ini waktu tempatan 10 Zulhijjah.
Bermula dengan melontar Jamratul Aqabah, jemaah akan melontar diikuti di Jamratul Ula dan Wusta selepas gelincir matahari pada 11 Zulhijjah.
Semua jemaah negara selamat tiba di Mina awal pagi ini selepas bermalam di di Padang Arafah pada malam 9 Zulhijjah.
Dalam perjalanan itu mereka bermalam sebentar di Muzdalifah bagi mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah pada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Ritual itu dilakukan bermula selepas gelincir matahari sehingga terbenam matahari.
Semua jemaah Malaysia akan berulang-alik dengan berjalan kaki dari tempat mereka bermalam di Mina ke Kompleks Jamrah sejauh hampir empat kilometer untuk melaksanakan wajib haji itu.
Kompleks Jamrah setinggi lima tingkat terletak kira-kira 21.9 kilometer dari Padang Arafah dan tujuh kilometer dari Mekah.
Selepas selesai, mereka akan mengerjakan tawaf serta sa'ie untuk melengkapkan perkara penting yang menyempurnakan haji seseorang jemaah.
Renggam : Sempena Aidiladha, selepas solat sunat hari raya semua adik beradik, ahli PAS dan masyarakat sekitar berkumpul di rumah Mak di Kampung Melayu Renggam bagi menjalankan ibadah qurban. Acara tahunan PAS Cawangan Bandar Renggam kali ini seperti biasa berjaya menumbangkan seekor lembu setiap tahun semenjak 10 tahun yang lalu. Walaupun hanya seekor tetapi yang penting ialah istiqamah mengumpul peserta setiap tahun dan alhamdulillah ianya menjadi ibadah rutin yang mendapat sambutan.
Lembu sampai pukul 2.00 pagi malam raya dan nampak agresif, warna cokelat cerah dan fizikal badannya besar berharga RM2800.
Semasa menumbangkan lembu banyak tenaga diperlukan, pada awalnya kedudukan lembu tak mengadap kiblat, ajaibnya lembu tersebut cuba bangun dan berbaring tepat mengadap kiblat dengan sendiri. Kejadian ini disaksikan oleh semua yang hadir dan rasa hiba sehingga menitiskan air mata.
Sebanyak 108.5kg daging segar dari lembu qurban ini dan berjaya diagih-agihkan kepada penduduk sekeliling Kampung Melayu, Taman Sri Jaya dan Kampung Tengah. Yang pasti peserta qurban puashati, sukarelawan ikhlas beramal dan masyarakat dapat agihan daging dengan adil.
Sebaghagian tulang dibuat sup tulang gearbox dan rasanya amat sedap dan manis, sungguh menyelerakan menjadi hidangan juadah jamuan sekeluarga.
Taman Sri Lambak, Kluang – Majlis Konvokesyen / Ihtifal Kecemerlangan PASTI Kawasan Sembrong 2010 telah diadakan pada 14 November 2010 hari Ahad lalu di Dewan Kejora Taman Sri Lambak, Kluang. Konvo kali ini telah melahirkan seramai 105 orang graduan.
Konvo PASTI tersebut telah dirasmikan dengan jayanya diikuti majlis penyampaian sijil tamat belajar dan anugerah kecemerlangan bagi mengiktiraf kejayaan murid-murid disaksikan oleh ibubapa.
Di dalam ucapan perasmian, perasmi melahirkan rasa kagum kerana PASTI berjaya menjadi institusi pra sekolah Islam yang berupaya mendidik murid berakhlak mulia dengan pencapaian akademik yang baik. Respon dari guru SK menyatakan bahawa lepasan PASTI mudah diajar dan mahir 3M.
Di dalam suasana kehancuran akhlak dan kecelaruan minda muda-mudi kini, PASTI berjaya mencorakkan generasi tunas Islam dengan acuan Islam. Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya guru-guru yang IKHLAS mendidik anak murid yang membanggakan ibubapa.
Janganlah pula mencemar dan mencampradukkan majlis anugerah yang mulia ini kononnya berselindung disebalik acara kebudayaan dengan unsur lagha yang melalai dan melekakan yang boleh menghilangkan identiti PASTI dan mencairkan kepercayaan ibubapa yang selama ini faham bahawa kekuatan PASTI ialah kerana terasnya ialah tarbiyah / pendidikan Islam.
Salam Palestin, Selepas menunaikan solat Zuhur tadi yang dihidupkan pula selepasnya dengan iringan kesyahduan takbir raya haji oleh para jamaah solat yang terus menghangatkan diri dengan imbauan jauh ke kota Makkah, tempat ayahanda bonda dan seluruh para hujjaj dari seluruh dunia sedang menyempurnakan manasik al haj pada tahun ini, saya, sementara menunggu isteri menyiapkan hidangan khas ‘colek perut muda’ daging korban [...]
MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PASIR PANJANG
YB DATO' SERI IR. HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
LABAIK ALLAHUMA LABAIK (aku datang kpd Mu ya Allah, Aku datang)
LABAIKA LAA SYARIIKALAKA LABAIK (aku datang dgn tidak mensyirikan Engkau, aku datang)
INNAL HAMDA (sesungguhnya segala puji-pujian)
WANI'MATA (sesungguhnya segala nikmat)
LAKAWALMULK., LAA SYARIIKALAK(dan sesungguhnya kerajaan hanyasanya milik Engkau. Tidak ada sekutu bagi Engkau)
Assalamualaikumdan salam aidil adha
Rukun Islam yg kelima fardhu haji antara lainmenumpukan perhatian kepada setiap orang Islam supaya bersiap sedia untuk menghadapi maut dengan tidak mensyirikan Allah tatkala ajal telah sampai apabila dijemput oleh malaikat maut nanti. Disaat itu perkara yg paling penting disisi Allah ialah hamba itu tidak mensyirikan Allah sebagaimana yg terkandung dalam kalimah talbiah yg tersebut diatas. Kalimah Talbiah ini dibaca oleh setiap para haji bila meninggalkan rumah untuk ke tanah suci.
Nabi IbrahimAS bersama istri siti Hajr dan anak kecil Ismail AS mengharung kehidupanmengesakan Allah dalam suasana getir hatta diuji dgn mengorbankan puteranya Ismail AS pun sanggup ditaati dan dituruti tanpa soal, sangsi dan keberatan. Semua ini dilakukan bagi merealisasikan tuntutan talbiah tersebut.
Maha pentingnya rukun haji ini dgn tidak mengecilkan rukun Islam yg lain, sehingga Allah memaktubkan satu surah bernama Al-Hajj (surah 22) dalam Al-Quran sedangkan rukun2 lain tidak dinamakan As-Solah, As-Saum, As-Zakah sebagai surah khusus. Malangnya akibat perubahan dan ketempangan pengurusan dan pentadbiran pemerintahan yang ada menjadikan rukun Haji ini seolah2 tidak diraikan sebagai satu rukun yang berperanan setiap ketika dalam kehidupan sesaorang Muslim. Oleh kerana maut ini terjadi pd bila2 masa, maka amat wajarlah segala persiapan dibuat dan berwaspada pada setiap ketika agar kita tidak terjebak dengan pebuatan atau amalan berunsur syirik.Bagi mencapai tujuan ini , talbiah tersebut melakarkan 3 formula supaya kita dapat mengelakan bersyirik dgn Allah.
Pertama hendaklah kita I'tiqadkan semua pujian kepada Allah dan tidak kpd makhluq. Jangan pula kita memuji benda, alat, system, orang, pangkat, parti, peraturan dll sebagai memberi bekas dalam kehidupan kita.
Kedua hendaklah kita mengi'tiqadkan dan yakin bahawa semua ni'mat dari Allah. Dari sebesar2 ni'mat beriman, bertaqwa dan Islam sehingga sekecil2nya termasuk sihat, pancaindera zohir dan bathin, keluarga , harta benda, rasa, dengar, makan, minum, lapar, kenyang, lena dan banyak lagi.
Ketiga hendaklah memastikan dan mengembalikan kerajaan atau pemerintahan termasuk dalam sosial politik milik Allah. Sistem dan peraturan, perundangan, pimpinan dan kekuasaan hendaklah berteraskan segala aspek yang diunjurkan Islam seperti adil, amanah, amar ma'ruf nahi mungkar. Sebagaimana yang termaktub dalam surah hajj itu sendiri pada ayat 41 yg bermaksud: "Ia itu (umat islam) yg jika Kami berikan kekuasaan memerintah dibumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta menguruskan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar . Dan ingatlah!bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".
Kesimpulanya, segala perbuatan dan peraturan haji itu sendiri melambangkan proses menghadapi maut. Kain ihramnya, ukufnya, talbiahnya, sembelihanya, takbir rayanya dll adalah manifestasi kearah persiapan menghadapi maut. Oleh yg demikian bagi memastikan kita tidak bersyirik sewaktu menghadapi ajal, marilah kita bertekad dan berusaha-amal agar ketiga2 perkara penting tadi dikembalikan kepada Allah SWT. Ia itu pujian, ni'mat dan kerajaan hanyasanya kepunyaan dan milik Allah SWT.
Selamat menyempurnakan ibadat penyembelihan. Allahu Akbar 3x walillahil hamd.
Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar, rasanya sudah lama lama pihak Pas dan Pakatan Rakyat makan hati dengan sikap kebanyakan pengamal media di negara ini yang tidak beretika.
Laporan berat sebelah menjadikan pihak PR tidak menang tangan menjawab pelbagai isu yang sengaja diselewengkan dengan berbekalkan beberapa majalah parti yang terhad edarannya. Tapi ternyata PR masih belum mengambil apa-apa pengajaran untuk sekurang-kurangnya 10 tahun kebelakangan ini apabila masih berharap media arus perdana sama ada media cetak dan elektronik meneutralkan pemberitaan mereka.
Barangkali sikap mengampu dan membodek sang penguasa lebih mulia berbanding mempamerkan pemberitaan sebenar. Jarang sekali keluar di akhbar dan televisyen berita baik berkenaan pimpinan Pas kecuali untuk provokasi dan mengadu domba.
Jika beginilah sikap pengamal media , tindakan yang dilakukan oleh MB Kedah sekurang-kurangnya menyentak `mua'mereka dan kembali kepada etika kewartawanan yang sebenar. Selagi tidak kelihatan perubahan dalam pemberitaan mereka selagi itulah setiap penyokong PR sewajarnya menghentikan langgananbeberapa terbitan akhbar dan menonton siaran di beberapa channel yang tertentu. Tindakan ini perlu menyeluruh dan bersungguh demi mempertahankan prinsip keadilan yang sebenar!
Selamat Hari Raya Aidil Adha, alhamdulillah dengan sokongan semua maka terlaksana juga program korban 2010 seperti dalam perancangan. Program yang berlangsung agak lewat disebabkan proses penyembelihan terus di lakukan di ladang ternak kemudian di bawa terus ke Taman Hijrah untuk di uruskan sebaik mungkin.
Cuaca begitu baik pada awalnya bertukar menjadi hujan namun kerja-kerja melapah dan membungkus dapat di selesaikan dengan segera. Seusai sahaja kerja-kerja membungkus maka proses pengagihan daging korban mula di atur manakala tulang lembu terus di masak sop untuk jamuan petugas dan penduduk-penduduk berhampiran.
Berterima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semuga usaha ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengalu-ngalukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat 15 kes berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara 2009, termasuk yang melibatkan di Kementerian Pertahanan sebanyak RM310,000 untuk persiapan bilik VVIP di bawah Pakej Ransangan Ekonomi. Antara pembeliannya set lampu (chandelier) RM10,000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.
Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita. Kita tentu masih ingat bagaimana pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN). Ramai terkejut bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).
Lebih menarik lagi apabila pihak Audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?
PAS berpendapat apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaikipenyelewengan. Sebab itu dalam laporan audit negara 2008 melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion. PAS mengharapkan supaya SPRM perlu bertegas dan mengharapkan supaya mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti diheret ke pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri. Pegawai tidak akan berani buat tanpa arahan orang atasan.
PETALING JAYA : Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media hari ini mengumumkan keputusan rasmi Pemilihan di 195 cabang KEADILAN seluruh negara, setakat semalam. Saifuddin Bagi persaingan kerusi Timbalan Presiden, Azmin Ali memperoleh 14,751 undi manakala Mustaffa Kamil Ayub mendapat 3,401. Nurul Izzah Anwar meraih 11,042 undi bagi jawatan Naib Presiden [...]
http://kerabubersuara.blogspot.com/ KUCHING: Ting Phek Khiing, salah seorang yang terkaya di Sarawak, sekali lagi menjadi sasaran kritikan kerana mengeluarkan bil tuntutan RM7.5 juta terhadap kerajaan negeri untuk bayaran kerja-kerja menebang 300 pokok di sepanjang Jalan Tun Jugah. Penebangan pokok-pokok itu dilakukan secara senyap-senyap untuk membina jejambat yang tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan. Setiausaha [...]
http://penawarrinduku.blogspot.com/ Program Futsal Belia 1 Malaysia sedang giat belangsung di Terengganu melibatkan peringkat Dun , Parlimen dan Negeri. Sukan Futsal Belia 1 Malaysia ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Terengganu dan belia 4B. Menteri Belia dan Sukan Dato’ Ahmad Shabery Cheek hendak bawa kearah mana belianita kita? Sementara kerjaan negeri juga terlibat [...]
Oleh Chegu Zul Persepsi dan prasangka buruk terhadap Islam dan undang-undang islam akan sedang dan terus berlaku sepanjang zaman serta sepanjang hayat manusia. Ini kerana mereka yang berpersepsi sedemikian ‘buta’ dan belum mengenal Islam dan Keadilan dalam islam itu sendiri. Dalam semua perkara islam akan dipersalahkan dan dipunca masalahkan. walaupun punca masalah itu adalah daripada [...]
Berucap ketika merasmikan Majlis Ihtifal KAFA Integrasi Al-Irshad, Sri Taman Baru 14 November 2010. Terdahulu beliau telah merasmikan ihtifal Sekolah Agama Rakyat Kg. Tasik Tambahan dan Sekolah Agama Rakyat Kg. Lembah Jaya pada 13 November 2010.
Gambar-Gambar di KAFA Integrasi Al-Irshad
Bergambar kenangan bersama guru dan ahli Jawatankuasa PIBG
MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PASIR PANJANG
YB DATO' SERI IR. HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
LABAIK ALLAHUMA LABAIK (aku datang kpd Mu ya Allah, Aku datang)
LABAIKA LAA SYARIIKALAKA LABAIK (aku datang dgn tidak mensyirikan Engkau, aku datang)
INNAL HAMDA (sesungguhnya segala puji-pujian)
WANI'MATA (sesungguhnya segala nikmat)
LAKAWALMULK., LAA SYARIIKALAK(dan sesungguhnya kerajaan hanyasanya milik Engkau. Tidak ada sekutu bagi Engkau)
Assalamualaikumdan salam aidil adha
Rukun Islam yg kelima fardhu haji antara lainmenumpukan perhatian kepada setiap orang Islam supaya bersiap sedia untuk menghadapi maut dengan tidak mensyirikan Allah tatkala ajal telah sampai apabila dijemput oleh malaikat maut nanti. Disaat itu perkara yg paling penting disisi Allah ialah hamba itu tidak mensyirikan Allah sebagaimana yg terkandung dalam kalimah talbiah yg tersebut diatas. Kalimah Talbiah ini dibaca oleh setiap para haji bila meninggalkan rumah untuk ke tanah suci.
Nabi IbrahimAS bersama istri siti Hajr dan anak kecil Ismail AS mengharung kehidupanmengesakan Allah dalam suasana getir hatta diuji dgn mengorbankan puteranya Ismail AS pun sanggup ditaati dan dituruti tanpa soal, sangsi dan keberatan. Semua ini dilakukan bagi merealisasikan tuntutan talbiah tersebut.
Maha pentingnya rukun haji ini dgn tidak mengecilkan rukun Islam yg lain, sehingga Allah memaktubkan satu surah bernama Al-Hajj (surah 22) dalam Al-Quran sedangkan rukun2 lain tidak dinamakan As-Solah, As-Saum, As-Zakah sebagai surah khusus. Malangnya akibat perubahan dan ketempangan pengurusan dan pentadbiran pemerintahan yang ada menjadikan rukun Haji ini seolah2 tidak diraikan sebagai satu rukun yang berperanan setiap ketika dalam kehidupan sesaorang Muslim. Oleh kerana maut ini terjadi pd bila2 masa, maka amat wajarlah segala persiapan dibuat dan berwaspada pada setiap ketika agar kita tidak terjebak dengan pebuatan atau amalan berunsur syirik.Bagi mencapai tujuan ini , talbiah tersebut melakarkan 3 formula supaya kita dapat mengelakan bersyirik dgn Allah.
Pertama hendaklah kita I'tiqadkan semua pujian kepada Allah dan tidak kpd makhluq. Jangan pula kita memuji benda, alat, system, orang, pangkat, parti, peraturan dll sebagai memberi bekas dalam kehidupan kita.
Kedua hendaklah kita mengi'tiqadkan dan yakin bahawa semua ni'mat dari Allah. Dari sebesar2 ni'mat beriman, bertaqwa dan Islam sehingga sekecil2nya termasuk sihat, pancaindera zohir dan bathin, keluarga , harta benda, rasa, dengar, makan, minum, lapar, kenyang, lena dan banyak lagi.
Ketiga hendaklah memastikan dan mengembalikan kerajaan atau pemerintahan termasuk dalam sosial politik milik Allah. Sistem dan peraturan, perundangan, pimpinan dan kekuasaan hendaklah berteraskan segala aspek yang diunjurkan Islam seperti adil, amanah, amar ma'ruf nahi mungkar. Sebagaimana yang termaktub dalam surah hajj itu sendiri pada ayat 41 yg bermaksud: "Ia itu (umat islam) yg jika Kami berikan kekuasaan memerintah dibumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta menguruskan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar . Dan ingatlah!bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".
Kesimpulanya, segala perbuatan dan peraturan haji itu sendiri melambangkan proses menghadapi maut. Kain ihramnya, ukufnya, talbiahnya, sembelihanya, takbir rayanya dll adalah manifestasi kearah persiapan menghadapi maut. Oleh yg demikian bagi memastikan kita tidak bersyirik sewaktu menghadapi ajal, marilah kita bertekad dan berusaha-amal agar ketiga2 perkara penting tadi dikembalikan kepada Allah SWT. Ia itu pujian, ni'mat dan kerajaan hanyasanya kepunyaan dan milik Allah SWT.
Selamat menyempurnakan ibadat penyembelihan. Allahu Akbar 3x walillahil hamd.
Dua pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Josiah Ng meraih kemenangan satu-dua, selepas merangkul pingat emas dan perak dalam acara Keirin Lelaki akhir yang berlangsung di Velodrom Guangzhou, China hari ini. Ia adalah emas kedua negara setakat ini selepas Wushu menyumbang emas pertama negara.
Dalam acara lapan pusingan di trek sepanjang 250 meter itu, Mohd Azizulhasni mengetuai tujuh pelumba lain pada empat pusingan awal sebelum pelumba China, Zhang Lei menjadi pendahulu.
Namun kemalangan yang melibatkan Zhang Lei dan pelumba Iran, Mohamad Parash membolehkan Mohd Azizulhasni kembali mendahului, diikuti rapat oleh Josiah dan seorang lagi pelumba tuan rumah yang juga adik Zhang Lei iaitu Zhang Miao.
Pada pusingan akhir, kedua-dua pelumba Malaysia itu tidak memberi ruang kepada Zhang Miao untuk memotong mereka bagi mengesahkan kemenangan satu-dua kepada Malaysia, sementara pelumba China itu mendapat gangsa.
Kemenangan itu juga membolehkan pelumba negara mengetepikan pelumba keirin nombor satu Asia dari Jepun, Kazunari Watanabe yang mendapat tempat ke-empat.
Kazunari bagaimanapun berlumba seorang diri hari ini tanpa rakan sepasukan untuk membantu.
Dalam acara terdahulu, Mohd Azizulhasni sekadar mendapat tempat ke empat dalam penentuan pingat gangsa untuk acara Pecut 200m lelaki.
Dia yang bersaingan dengan pelumba Jepun, Nitta Yudai tewas dalam kedua-dua saringan, setiap satu tiga pusingan, dalam penentuan pingat gangsa.
"Saya tersilap taktik dengan mengejar Nitta dari awal dan gagal melakukan henjutan pada pusingan akhir," katanya kepada pemberita di Guangzhou hari ini.
Dalam satu lagi acara yang melibatkan pelumba negara, Muhamad Adiq Hussaine Othman terlepas peluang mendapat gangsa apabila menduduki tempat ke empat dalam acara Perlumbaan Mata (Lelaki).
Berada di kelompok utama lima pelumba dalam perlumbaan 120 pusingan atau 30km yang melibatkan keseluruhan 24 pelumba, Muhamad Adiq terpisah jauh bersama rakan sepasukan, Amir Mustafa Rusli.
Tanpa bantuan Amir Mustafa, Muhamad Adiq tersepit di antara pemenang pingat emas dari Uzbekistan, Vladimir Tuychiev, pelumba Hong Kong, Wong Kam Po (perak), dan pelumba Iran, Mehdi Sohrabi (gangsa).
Tuychiev mengumpul 71 mata, Kam Po (60), Mehdi (60) dan Muhamad Adiq (56).
"Saya yakin henjutan di beberapa pusingan akhir mampu mengatasi pelumba Iran itu jika mendapat bantuan rakan sepasukan. Ini kerana Mehdi Sohrabi mendapat bantuan yang baik dari rakan sepasukannya Abbas Saeiditanha dari awal perlumbaan," katanya.
Acara berbasikal trek yang bermula pada Sabtu lalu, menutup tirainya hari ini dan acara berbasikal lebuhraya akan bermula pada Sabtu sehingga Selasa ini. - Bernama
Ummat Islam seluruh dunia menyambut 'Aidil Adha menjelang 10 Zulhijjah bersamaan 17 November 2010.Negeri Perak kini mulai heboh kerana Zambry menaikan poster untuk menyambut Raya Haji pada 17 Zulhijjah - tujuh hari selepas ummat Islam menyambutnya!
Ini mazhab mana? Korang tolong fikir-fikirkanlah sendiri! Takkanlah benda semudah ini pun boleh tak tahu….lebih baik jadi lembu - boleh kita sama-sama buat korban!
eekor lembu korban sumbangan kerajaan negeri Selangor berjaya dilaksanakan oleh ahli kariah Sri Jaya Kg Bukit Kapar. Datok Ketua Kampung, Tn Haji Syafie bersama tuan Nazir masjid At Taqwa ust Faryzan Subkhi meluangkan masa menziarahi gotong royong tersebut, mewakili YB ADUN Meru. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ajk surau kerana sudi melaksanakan korban tersebut bagi pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru Pihak jawatankuasa surau menyatakan, sebahagian anak kariah melaksanakan ibadah korban secara gotong royong keluarga.
Ibadah sembelihan korban 3 ekor lembu dan seekor kambing berjaya dijalankan secara gotong royong oleh ajk masjid, JKKK dan anak kariah.Sembelihan dilaksanakan oleh tn Imam, ust Hasal Senin,ajk JKKK, En Zaini dan En Ismail Habib. Daging korban telah diagihkan untuk anak yatim, miskin seluruh Kampung melalui amil kariah surau. Selepas solat Zohor, petugas dan para jemaah dijamu Sop tulang yang disiapkan oleh Dato ketua Kampung sendiri bersama sdr halim dan para muslimat.
Selepas solat sunat Aidil Adha, satu majlis penyembelihan korban telah diadakan dengan jayanya di Masjid As Syarif Pekan Meru. Sebanyak 5 ekor telah dapat ditumbangkan dan bungkusan daging diagihkan kepada fakir miskin disekitar kariah masjid ini. Semua pegawai masjid, AJK dan penduduk bekerja sama, menyembelih, melapah dan mengagihkan kepada yang memerlukannya. Tuan Nazir, Ustaz Asmoni Hj Ehsan juga berkesempatan melapah daging bersama petugas yang lain. Manakala Timb. Nazir, Uztaz Zawawi Temyati berkesempatan menyembelih 3 ekor lembu korban. Pengagihan daging juga diberikan kepada warga Asing Islam terutama Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TELUK INTAN, 17 November - Beberapa lokasi program qurban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha telha sempat dikunjungi oleh ADUN Kawasan Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Kehadiran beliau di lokasi-lokasi tersebut telah memeriahkan suasana paa pagi itu.
Masyarakat setempat kelihatan begitu senang akan kehadiran wakil rakyat mereka turun padang bersama-sama melakukan ibadah qurban bagi tahun ini.
YB Anuar menyantuni anak-anak muda di Surau Cicely.
Bermula selepas solat sunat Aidil Adha, YB Anuar Sudin telah mengunjungi beberapa lokasi antaranya Surau Taman Intan Mas, Surai Taufikiah, Surau Taman Cicelty dan Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak.
intanhijau.blogspot.com
YB Anuar di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.
YB singgah di Surau Taman Cicely.
YB Anuar disambut mesra di Surau Taman Cicely.
Suasana di markaz kawasan. Masing-masing tekun dengan tugasan.
MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PASIR PANJANG
YB DATO' SERI IR. HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
LABAIK ALLAHUMA LABAIK (aku datang kpd Mu ya Allah, Aku datang)
LABAIKA LAA SYARIIKALAKA LABAIK (aku datang dgn tidak mensyirikan Engkau, aku datang)
INNAL HAMDA (sesungguhnya segala puji-pujian)
WANI'MATA (sesungguhnya segala nikmat)
LAKAWALMULK., LAA SYARIIKALAK(dan sesungguhnya kerajaan hanyasanya milik Engkau. Tidak ada sekutu bagi Engkau)
Assalamualaikumdan salam aidil adha.
Rukun Islam yg kelima fardhu haji antara lainmenumpukan perhatian kepada setiap orang Islam supaya bersiap sedia untuk menghadapi maut dengan tidak mensyirikan Allah tatkala ajal telah sampai apabila dijemput oleh malaikat maut nanti. Disaat itu perkara yg paling penting disisi Allah ialah hamba itu tidak mensyirikan Allah sebagaimana yg terkandung dalam kalimah talbiah yg tersebut diatas. Kalimah Talbiah ini dibaca oleh setiap para haji bila meninggalkan rumah untuk ke tanah suci.
Nabi IbrahimAS bersama istri siti Hajr dan anak kecil Ismail AS mengharung kehidupanmengesakan Allah dalam suasana getir hatta diuji dgn mengorbankan puteranya Ismail AS pun sanggup ditaati dan dituruti tanpa soal, sangsi dan keberatan. Semua ini dilakukan bagi merealisasikan tuntutan talbiah tersebut.
Maha pentingnya rukun haji ini dgn tidak mengecilkan rukun Islam yg lain, sehingga Allah memaktubkan satu surah bernama Al-Hajj (surah 22) dalam Al-Quran sedangkan rukun2 lain tidak dinamakan As-Solah, As-Saum, As-Zakah sebagai surah khusus. Malangnya akibat perubahan dan ketempangan pengurusan dan pentadbiran pemerintahan yang ada menjadikan rukun Haji ini seolah2 tidak diraikan sebagai satu rukun yang berperanan setiap ketika dalam kehidupan sesaorang Muslim. Oleh kerana maut ini terjadi pd bila2 masa, maka amat wajarlah segala persiapan dibuat dan berwaspada pada setiap ketika agar kita tidak terjebak dengan pebuatan atau amalan berunsur syirik.Bagi mencapai tujuan ini , talbiah tersebut melakarkan 3 formula supaya kita dapat mengelakan bersyirik dgn Allah.
Pertama hendaklah kita I'tiqadkan semua pujian kepada Allah dan tidak kpd makhluq. Jangan pula kita memuji benda, alat, system, orang, pangkat, parti, peraturan dll sebagai memberi bekas dalam kehidupan kita.
Kedua hendaklah kita mengi'tiqadkan dan yakin bahawa semua ni'mat dari Allah. Dari sebesar2 ni'mat beriman, bertaqwa dan Islam sehingga sekecil2nya termasuk sihat, pancaindera zohir dan bathin, keluarga , harta benda, rasa, dengar, makan, minum, lapar, kenyang, lena dan banyak lagi.
Ketiga hendaklah memastikan dan mengembalikan kerajaan atau pemerintahan termasuk dalam sosial politik milik Allah. Sistem dan peraturan, perundangan, pimpinan dan kekuasaan hendaklah berteraskan segala aspek yang diunjurkan Islam seperti adil, amanah, amar ma'ruf nahi mungkar. Sebagaimana yang termaktub dalam surah hajj itu sendiri pada ayat 41 yg bermaksud: "Ia itu (umat islam) yg jika Kami berikan kekuasaan memerintah dibumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta menguruskan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar . Dan ingatlah!bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".
Kesimpulannya, segala perbuatan dan peraturan haji itu sendiri melambangkan proses menghadapi maut. Kain ihramnya, ukufnya, talbiahnya, sembelihanya, takbir rayanya dll adalah manifestasi kearah persiapan menghadapi maut. Oleh yg demikian bagi memastikan kita tidak bersyirik sewaktu menghadapi ajal, marilah kita bertekad dan berusaha-amal agar ketiga2 perkara penting tadi dikembalikan kepada Allah SWT. Ia itu pujian, ni'mat dan kerajaan hanyasanya kepunyaan dan milik Allah SWT.
Selamat menyempurnakan ibadat penyembelihan. Allahu Akbar 3x walillahil hamd.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin, Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik, Urusan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta seluruh saf kepimpinan PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha 1431H. Ambillah pengajaran pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.
Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi menegaskan, memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.
Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) malam tadi, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya menghalang kebebasan media.
"Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab media pro Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir. Media hanya tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan kerajaan negeri. Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar menjawab," terangnya.
Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin.
"Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih dan seumpamanya.
"Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya kecewa.
Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan, laporan yang dibuat oleh media pro Umno itu didalangi oleh beberapa individu yang sengaja mengambil kesempatan berlakunya banjir terburuk yang melanda Negeri Kedah.
Beliau juga yakin peristiwa yang berlaku itu tidak akan mendorong rakyat untuk kembali ke pangkuan Umno yang telah membohongi mereka sejak 50 tahun lalu.
"Rakyat Kedah pasti tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Semua itu pembohongan media pro Umno yang senantiasa mencari ruang untuk mereka mengucar-kacirkan pemerintah Pakatan Rakyat
Program Qurbaan dan Kebajikan PAS Miri 1431 H berjaya dilaksanakan dengan jayanya di sekitar DUN Senadin. Bermula program Puasa Sunat Hari Arafah pada Selasa (bersamaan 9Zulhijjah) dan Iftar ,petugas PAS disemua peringkat meraikan Hari Kebesaran Ediul Adha 1431 H dengan sederhana sekali. Buat julung kali 2 Ekor dikorbankan pada pagi yang mulia ini 10 Zulhijjah dengan dana disumbangkan oleh ahli dan petugas PAS Kawasan Miri.
Selain sumbangan barang keperluan yang disumbangkan sejak hari Isnin kepada penduduk sekitar Kg Tukau,Tudan dan Luak;program kali ini turut melibatkan agihan korban pada Hari Raya Eidul Adha. Sebanyak 180 bungkusan daging korban yang menggunakan beg plastik PAS telah diedarkan disetiap pelusuk Kampung sekitar Miri termasuk ke Kuala Baram.
Suasana ukhuwah dan gembira jelas terpancar diwajah para penerima pada hari yang mulia ini. Program diketuai Setiausaha Kawasan Miri,Saudara Arif dan AJK Pemuda dan Muslimat.InsyaALLAH satu Majlis Jamuan Eidul Adha akan diadakan dirumah YDP PAS Kawasan Miri pada hari akhir Tasyrik 13 Zulhijjah Sabtu ini bersempena juga dengan Aqiqah beberapa sahabat anggota PAS Miri yang baru menerima cahayamata.
10 Zulhijjah 1431H. YB DATO' SERI IR. HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
LABAIK ALLAHUMA LABAIK (aku datang kpd Mu ya Allah, Aku datang) LABAIKA LAA SYARIIKALAKA LABAIK (aku datang dgn tidak mensyirikan Engkau, aku datang) INNAL HAMDA (sesungguhnya segala puji-pujian) WANI'MATA (sesungguhnya segala nikmat) LAKAWALMULK., LAA SYARIIKALAK(dan sesungguhnya kerajaan hanyasanya milik Engkau. Tidak ada sekutu bagi Engkau)
Assalamualaikum dan salam aidil adha
Rukun Islam yg kelima fardhu haji antara lain menumpukan perhatian kepada setiap orang Islam supaya bersiap sedia untuk menghadapi maut dengan tidak mensyirikan Allah tatkala ajal telah sampai apabila dijemput oleh malaikat maut nanti. Disaat itu perkara yg paling penting disisi Allah ialah hamba itu tidak mensyirikan Allah sebagaimana yg terkandung dalam kalimah talbiah yg tersebut diatas. Kalimah Talbiah ini dibaca oleh setiap para haji bila meninggalkan rumah untuk ke tanah suci. Nabi IbrahimAS bersama istri siti Hajr dan anak kecil Ismail AS mengharung kehidupan mengesakan Allah dalam suasana getir hatta diuji dgn mengorbankan puteranya Ismail AS pun sanggup ditaati dan dituruti tanpa soal, sangsi dan keberatan. Semua ini dilakukan bagi merealisasikan tuntutan talbiah tersebut.
Maha pentingnya rukun haji ini dgn tidak mengecilkan rukun Islam yg lain, sehingga Allah memaktubkan satu surah bernama Al-Hajj (surah 22) dalam Al-Quran sedangkan rukun2 lain tidak dinamakan As-Solah, As-Saum, As-Zakah sebagai surah khusus. Malangnya akibat perubahan dan ketempangan pengurusan dan pentadbiran pemerintahan yang ada menjadikan rukun Haji ini seolah2 tidak diraikan sebagai satu rukun yang berperanan setiap ketika dalam kehidupan sesaorang Muslim. Oleh kerana maut ini terjadi pd bila2 masa, maka amat wajarlah segala persiapan dibuat dan berwaspada pada setiap ketika agar kita tidak terjebak dengan pebuatan atau amalan berunsur syirik.Bagi mencapai tujuan ini , talbiah tersebut melakarkan 3 formula supaya kita dapat mengelakan bersyirik dgn Allah.
Pertama hendaklah kita I'tiqadkan semua pujian kepada Allah dan tidak kpd makhluq. Jangan pula kita memuji benda, alat, system, orang, pangkat, parti, peraturan dll sebagai memberi bekas dalam kehidupan kita.
Kedua hendaklah kita mengi'tiqadkan dan yakin bahawa semua ni'mat dari Allah. Dari sebesar2 ni'mat beriman, bertaqwa dan Islam sehingga sekecil2nya termasuk sihat, pancaindera zohir dan bathin, keluarga , harta benda, rasa, dengar, makan, minum, lapar, kenyang, lena dan banyak lagi.
Ketiga hendaklah memastikan dan mengembalikan kerajaan atau pemerintahan termasuk dalam sosial politik milik Allah. Sistem dan peraturan, perundangan, pimpinan dan kekuasaan hendaklah berteraskan segala aspek yang diunjurkan Islam seperti adil, amanah, amar ma'ruf nahi mungkar. Sebagaimana yang termaktub dalam surah hajj itu sendiri pada ayat 41 yg bermaksud: "Ia itu (umat islam) yg jika Kami berikan kekuasaan memerintah dibumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta menguruskan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar . Dan ingatlah!bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".
Kesimpulanya, segala perbuatan dan peraturan haji itu sendiri melambangkan proses menghadapi maut. Kain ihramnya, ukufnya, talbiahnya, sembelihanya, takbir rayanya dll adalah manifestasi kearah persiapan menghadapi maut. Oleh yg demikian bagi memastikan kita tidak bersyirik sewaktu menghadapi ajal, marilah kita bertekad dan berusaha-amal agar ketiga2 perkara penting tadi dikembalikan kepada Allah SWT. Ia itu pujian, ni'mat dan kerajaan hanyasanya kepunyaan dan milik Allah SWT.
Selamat menyempurnakan ibadat penyembelihan. Allahu Akbar 3x walillahil hamd.
Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.
Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.
Kiswa baru berharga SR20 juta (100 Saudi Riyal bernilai kira-kira USD26.67) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.
Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.
Saya serta seisi keluarga dan Warga Kerja Blog Cina Islam dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua rakan FB dan seluruh pengunjung blog Cina Islam.
Semuga kita mengambil pengajaran dari pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail serta isterinya Siti hajar.
PERMATANG PAUH, 16 Nov: Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi (gambar) menegaskan, memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.
Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) malam tadi, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya menghalang kebebasan media.
"Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab media pro Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir. Media hanya tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan kerajaan negeri. Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar menjawab," terangnya.
Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin.
"Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih dan seumpamanya.
"Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya kecewa.
Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan, laporan yang dibuat oleh media pro Umno itu didalangi oleh beberapa individu yang sengaja mengambil kesempatan berlakunya banjir terburuk yang melanda Negeri Kedah.
Beliau juga yakin peristiwa yang berlaku itu tidak akan mendorong rakyat untuk kembali ke pangkuan Umno yang telah membohongi mereka sejak 50 tahun lalu.
"Rakyat Kedah pasti tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Semua itu pembohongan media pro Umno yang senantiasa mencari ruang untuk mereka mengucar-kacirkan pemerintah Pakatan Rakyat," katanya.
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim (gambar) mencabar Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, R. Ganesan memastikan sidang pada 30 November ini berjalan dengan lancar tanpa provokasi daripada Adun Barisan Nasional.
Khalil selaku Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri berkata, sebelum ini Ganesan gagal menunaikan janjinya memastikan sidang berjalan lancar apabila banyak perkara yang bertentangan dengan peraturan dewan dilakukan Adun BN. "Kalau berani saya cabar Ganesan pastikan sidang berjalan tanpa ada gangguan.
"Bukankah sebelum BN kalah dalam pilihan raya umum ke-12 di Perak dia mampu kendalikan sidang tanpa gangguan polis. Kenapa selepas kalah polis begitu ramai?
"Seperti sidang sebelum ini Ganesan juga menjanjikan perkara yang sama tetapi tidak ditunaikan, dan tidak selayaknya seorang speaker berbohong," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.
Khalil turut menuntut Ganesan menjelaskan mengenai kepincangan sidang Dun sebelum ini, yang disifatkan sebagai tidak mengikut amalan demokrasi.
"Saya tuntut Ganesan untuk menyatakan sikapnya kepada kepincangan sidang Dun sebelum ini dan adakah perkara tersebut akan berulang lagi.
"Sebetulnya banyak lagi kepincangan dalam setiap kali sidang sejak BN rampas kuasa pada 6 Feb 2009," katanya.
Ia termasuk pembesar suara Adun Pakatan tidak berfungsi, pemerhati luar dihalang untuk hadir sidang, hanya media pro BN yang dibenarkan membuat liputan dan tidak kurang dari 300 orang polis berpakaian seragam berkawal di luar dan dalam dewan.
Tambah Khalil, meskipun BN namun mereka tetap menyalahkan Pakatan dan memburuk-burukkanya melalui media.
"Yang memalukan Adun PR yang yang sering dipersalahkan sedangkan semuanya berpunca dari BN.
"Saya rasa sekali lagi hasrat kami untuk bersidang dan berbahas dengan baik tanpa ganguan masih tidak terjamin," katanya lagi.
Ganesan seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam, meminta wakil rakyat supaya mengelak daripada menimbulkan kekecohan semasa Sidang Dun Penggal Ketiga yang akan bermula 30 November ini.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat yang menimbul kekecohan berdasarkan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.
Katanya, sebanyak 59 notis telah dihantar kepada kesemua Adun pada 28 Oktober lalu untuk menghadiri sidang kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan