SHAH ALAM 28 Okt. - Seorang pakar patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini mengesahkan, remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah meninggal dunia hampir serta-merta akibat luka tembakan di kepala.
Dr. Khairul Azman Ibrahim yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini berpendapat, mangsa tidak mempunyai peluang untuk hidup kerana luka tembakan itu terlalu hampir dengan bahagian batang otak yang mengawal pernafasan.
Beliau yang melakukan bedah siasat terhadap pelajar tingkatan tiga itu pada 26 April lalu juga berpendapat tembakan yang mengenai bahagian belakang kepala mangsa tidak dilepaskan dari jarak dekat. - Utusan
Ulasan:-Masihkah anda ingat lagi tentang cerita ini?Cerita ini tentang seorang remaja MELAYU yang ditembak mati oleh seorang anggota polis beberapa bulan yang lalu.
Tapi mungkin anda semua sudah lupa.Maklumlah,bak kata kata Tun Mahathir, "Melayu mudah lupa!"Dan sekiranya anda telah lupa,memang anda sebenarnya adalah MELAYU sejati!
Berbeza dengan orang Cina yang masih tidak lupa kes kematian Teoh Beng Hock di Pejabat SPRM beberapa tahun dulu.Ramai antara mereka yang bangkit mempersoalkan kejadian dan tindakan yang berlaku semasa mendiang disiasat oleh pihak SPRM.MELAYU?Agak-agaknya macam mana cerita?
Mungkin kata orang Melayu,"Dah nasib dia mati kena tembak." atau "Ajal dah sampai,nak buat macam mana?".Itulah dia melayu.Mereka tidak mempertikaikan sebarang fakta dalam apa jua kes yang melibatkan ORANG-ORANG KECIL MELAYU.Tapi berbeza kiranya orang Melayu itu seorang yang BESAR seperti Anwar Ibrahim atau Ibrahim Ali.Seolah-olah hanya orang besar inilah yang biasa dizalimi.
Bagaimana pula dengan orang kecil seperti Aminulrasyid ni?
Melayu,melayu,melayu.......
You are subscribed to email updates from PULAU TAWAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Parti Islam SeMalaysia Pas, cuba memberi jawapan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden Umno, yang sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri. Beliau cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya, berada di dalam suasana yang terancam, dengan ini orang melayu akan menyalahkan Pas dan Pakatan Rakyat.
Ini adalah teknik lama umno untuk memulihkan tenaga umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab "Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia". Hakikatnya Umnolah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin umno, yang mengutamakan umno putera, menyebabkan melayu merempat diri sendiri.
Modal lapok mereka ialah bagaimana melayu Pulau Pinang yang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah. Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang.
Zahid cuba hendak menyalahkan bahawa Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri. Selama 53 tahun umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang melayu di negara ini. Bayak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal. Pemimpin umno kena merasa malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri. Manakah pergi nillai saham khas bumiputera RM54 bilion?. RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Kemanakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar. Rumusannya umno tidak layak untuk menjaga hak orang melayu, ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing. Sudah sampailah masanya umno berundur dan orang melayu pula marilah menyertai Pas sebagai ganti kepada umno.
Parti Islam Semalaysia Pas menafikan dengan sekerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yasin yang mengatakan bahawa Pas meniru umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam. Perlu ditegaskan kerjasama Pas dengan bukan Islam ialah "Tahaluf Siasi" tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Pas. Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk "wala', yang menggadaikan prinsip Islam.
Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Pas sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik Pas bekerjasama dengan Bn untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.
Pas mencabar Tan Sri Muhyidin tolong jelaskan, bilakah Pas menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam Bn, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.
Tahaluf Siasi membolehkan Pas melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu. Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yuang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.
KANGAR - Bangunan siap tetapi tidak digunakan selama 32 bulan. Begitulah laporan Ketua Audit Negara ke atas bangunan penempatan di Kurong Tengar, Mukim Kuala Perlis, dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri Perlis dengan kos RM2.56 juta.
Chalet di Kurong Tengar
Projek ini dilaksanakan dengan peruntukan daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM1.47 juta dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.09 juta. Sumber daripada Kerajaan Persekutuan merupakan lebihan peruntukan daripada Projek Membina Rumah Penempatan Sementara Mangsa Kebakaran Kampung Tok Po, Kuala Perlis.
Projek ini melibatkan pembinaan 15 blok bangunan dua tingkat yang mengandungi dua unit setiap blok dan dilengkapi perabot untuk menyediakan kemudahan penginapan berkonsepkan chalet bagi menggalakkan sektor pelancongan.
Pembinaannya dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Perlis mulai April 2005 dan siap pada akhir bulan September 2007 setelah mendapat empat lanjutan masa selama 563 hari. Chalet tersebut diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada bulan November 2008
Hasil pengauditan yang dijalankan dari bulan September hingga Disember 2009 serta lawatan susulan pada bulan Februari 2010 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan projek ini adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan dikenal pasti yang menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana tidak memberi pulangan hasil.
Najis musang pun ada
Selain tidak digunakan selama 32 bulan, kualiti sebahagian kecil kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi, projek lewat siap menyebabkan sebahagian kos pengurusan meningkat dan kerja-kerja penyenggaraan kawasan tidak memuaskan.
Penemuan audit mendapati punca utama chalet tidak digunakan ialah kegagalan Jabatan menyediakan kajian kemungkinan bagi memastikan projek berdaya maju untuk dibangunkan.
Semakan audit juga mendapati chalet ini tidak mempunyai kemudahan seperti dewan, pejabat,pondok keselamatan, kafeteria, kemudahan parkir dan kaunter khidmat pelanggan.
Selain itu, laporan audit mendapti kerajaan negeri telah mendapat cadangan daripada empat operator yang berminat untuk memajukan chalet tetapi terpaksa ditolak kerana tawaran sewaan yang murah.
Ini termasuk cadangan daripada Universiti Malaysia Perlis untuk menyewa chalet tersebut untuk dijadikan kediaman pelajar.
Tahi cicak
Tiang di tengah bilik
Penemuan Audit:
1) Bangunan Siap Tidak Digunakan
Lawatan Audit pada bulan September 2009 mendapati chalet yang dibina dengan kosRM2.56 juta masih belum digunakan lagi. Tempoh tidak digunakan sehingga Mei 2010adalah selama dua tahun lapan bulan bermula dari tarikh projek disiapkan.
2) Kualiti Kerja Tidak Mematuhi Peraturan/Spesifikasi Ditetapkan
Ketinggian Tangga Tidak Mengikut Peraturan/Spesifikasi
Susur Tangan Tidak Dibina
Dua Pintu Tandas Tidak Dapat Dibuka Sepenuhnya
Lantai Dimakan Bubuk
3) Reka Bentuk Struktur Bangunan Tidak Sesuai
Kedudukan Tiang Dalam Bilik Tidur Dan Bilik Air Tidak Sesuai
Penggunaan Dinding Jenis Papan Simen Tidak Sesuai
Susur Tangan Tidak Dibina Pada Beranda
Lekapan Dan Struktur Tangga Berkarat
Papan agihan elektrik tidak dilabelkan dan dikongsi penggunaannya
Jeriji penutup longkang tidak disediakan
4. Kawasan Chalet Tidak disengarakan a. Semak samun b. Najis musang dan cicak terdapat di lantai beranda dan tepi tingkap
5) Pengurusan Kontrak Tidak Memuaskan
Dokumen kontrak lewat ditandatangan
Minit Mesyuarat Tapak Tidak Disimpan
Kelewatan Membuat Bayaran Kemajuan
Kos Penyediaan Lukisan As Built Drawing Terlebih Tuntut
Alasan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa Tidak Wajar
Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India, dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.
"Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas," katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.
Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah tajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA." Nampaknya PRK N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni. Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak. Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah. Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi.
Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan. Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS.
Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam? Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula 'keris' pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO? Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula.. Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja.
Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata.
Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Negeri Kedah Darulaman. Bagi saya, laporan ini sudah cukup untuk memadamkan retorik pemimpin Barisan Nasional
dan Umno bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu memerintah negara atau Negeri Kedah. Fakta yang ada di hadapan kita jelas menunjukkan betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terus berada di landasan yang betul. Di sebalik parahnya hutang yang ditinggal oleh Kerajaan BN di Kedah sebagai 'hadiah' kepada rakyat Kedah, Kerajaan PR terus cemerlang melangkah gagah dan sepatutnya terus diyakini rakyat.
Sekalung TANIAH saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Dato Seri Azizan. Ada beberapa sebab untuk saya berkata demikian berdasarkan laporan yang saya baca sepintas lalu.
1.Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan BN tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan BN mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.
2.Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.
3 Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.
4. Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.
Prestasi kewangan Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Laporan ini sudah cukup memberikan gambaran bahawa dongeng bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu mentadbir sudah berakhir. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh BN yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh Umno dan Barisan NasionaL.
http://www.nasirzakaria.com/ver3
YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA Ahli Parlimen Padang Terap Ketua Penerangan DPP Kedah
Maran: Pas Kawasan maran melalui Jentera Pilihanraya Pas Kaw. Parlimen Maran akan menghantar 15 orang petugas mahir bagi membantu dan memberi sokongan kepada petugas-petugas PAS di DUN Galas pada 30 Okt 2010 sehingga 4 Nov 2010.
JPrK Pas Maran yakin bahawa PAS akan kekal di Dun Galas memandangkan terdapat pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh UMNO-BN tidak dapat diselesaikan dengan baik. Malah, pelbagai penyelewengan demi penyelewengan terbongkar dan diketahui rakyat menjelang hari pembuangan undi yang akan berlaku pada 4 Nov 2010 nanti.
"Petugas Mahir yang dihantar oleh JPrK adalah yang terpilih dan akan menimba sebanyak mungkin ilmu daripada petugas-petugas PAS Kelantan yang sememangnya berpengalaman dalam selok belok pilihanraya" kata Setiausaha JPrK Parlimen Maran kepada MaranDaily.
JPrK telah menghantar petugas ke beberapa siri simulasi PRK yang dianjurkan oleh JPN PAS Pahang dan berkeyakinan mampu mengerakkan segala tenaga dalam menguasai pengundi dalam PRK atau PRU yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Moh rakyat Pahang, kita buat perubahan dalam PRU 13 akan datang, kita lihat kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir Pahang. Perbezaannya akan jelas ketara. Jika lebih baik daripada sekarang, kita teruskan dalam PRU yang akan datang. Kalau lebih teruk, gunalah hikmah anda. Sesungguhnya, sesiapa yang bersama-sama Islam, pasti mendapat Rahmat dan Perlindungan Allah dengan mendapat keamanan dan kesejahteraan daripada Allah di dunia dan Akhirat.
1. Negara sedang deras menuju kehancuran dan kebinasaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib apabila satu lagi tindakan drastik dalam ETP diambil tanpa melihat kesan jangka panjang kepada negara , rakyat dan tamaddunnya.
2. Setelah Bajet 2011 tempohari menerima kecaman hebat dari semua pihak ekoran langkah kerajaan mengemuka satu strategi kewangan yang tidak banyak memihak kepada rakyat terbanyak, sebaliknya dilihat lebih kepada berlakunya pemusatan kuasa ekonomi dikalangan pihak elit [atasan] dan kroni pemerintah. Ianya termasuklah agihan peruntukan serta anugerah projek.
3. Peruntukan tinggi RM 111 juta kepada PERMATA dan pengisytiharan projek raksasa seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat antara subjek yang diperkata umum bagaimana Bajet 2011 ini dilihat pincang. Sementelah pula saat negara berdepan dengan kadar hutang RM 362.39 billion [ kadar yang paling tinggi dalam tempoh 5 tahun ] sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang . Lebih tenat apabila indeks rasuah negara masih tersangkut di tangga ke 56 diperingkat antarabangsa.
4. Melalui ETP pula kerajaan yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib pula mahu meluaskan industri maksiat dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan , iaitu menambah kelulusan dan pembinaan pusat - pusat hiburan seperti kelab malam dan melonggarkan syarat bagi persembahan konsert artis antarabangsa ke negara ini .
5. Saya melihat ini adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat sedang ia adalah langkah mundur kebelakang serta dilihat sebagai usaha untuk menjahiliyyahkan negara .
6. Tidak cukup dengan keadaan iklim sosial yang parah mutaakhir ini , kerajaan seperti mahu menularkan barah sosial yang sukar ditangani sekarang . Memacu pertumbuhan ekonomi kononnya tetapi seakan kerajaan mengalami sindrom Rabun Ekonomi untuk melihat lebih jauh kesan kepada ekonomi negara bahkan kesan pada sosial dan tamadun negara dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan .
7. Pertambahan pusat hiburan dan konsert artis yang sedia ada jelas tidak terkawal dan ia antara penyumbang besar kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi kita . Justeru di situlah berpusatnya segala aktiviti mungkar dan gaya hidup yang tidak sihat seperti pergaulan bebas , seks bebas , pil ectasy , khayal , mabuk dan sebagainya . Implikasi dari fenomena ini lahirlah jenayah samun , ragut , rompak , rogol , buang bayi , bunuh dan sebagainya .
8. Akhirnya kerajaan terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat , menangani penyakit aids dan hiv , kos merawat pesakit , belanja tahanan dan sebagainya . Inilah yang saya sifatkan sebagai economy pumping . Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek Hub Hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak langsung dari industri nafsu itu sedang ia boleh di elak sejak awal lagi.
9. Lebih malang langkah kerajaan ini dilihat sia - sia kerana membangunkan material kemudiannya meruntuhkan pembangunan modal insan . Sementara negara memerlukan modal insan yang berkualiti untuk meletakkan negara sebaris dengan negara maju pada masa hadapan. Kos membangunkan semula modal insan yang diruntuhkan ini tentu sahaja memerlukan kadar yang tinggi pula . Akhirnya kerajaan hanya buat kerja - kerja bodoh dan sia - sia iaitu korek lubang kemudian timbusnya kembali .
10. Selayaknya kerajaan memiliki acuan sendiri dalam membangunkan negara dan menjana pertumbuhan ekonominya tanpa meniru dan terpengaruh dengan negara - negara barat. Justeru Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi maka wajarlah syariat Islam dijadikan asas dan acuan pembangunan iaitu membangun bersama Islam . Masih banyak sektor dan industri lain yang boleh memacu ekonomi negara ,kenapa industri mungkar juga yang dipilih ? Ust. Nasaruddin Hasan At-Tantawi, Ketua DPP Pusat
[fikir2lah wahai insan yg masih menyokong parti yang menunggu kehancuran (UMNO-BN). Pilihlah parti yang boleh membawakesejahteraan kepada semua. Islam adalah agama yang syumul. PAS merupakan satu2nya parti di Malaysia yang memperjuangkan keadilan sejagat berteraskan Islam dan mampu memberi keyakinan dan keamanan kepada semua kaum dan kehidupan. Semoga hati2 insan yang masih belum mendapat hidayah akan dihidayahkan oleh Allah sebelum menemui ajalnya... Amin... MaranDaily]
malaysiakini.net Sebanyak 246,962 orang telah mendaftar sebagai pengundi baru semasa tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun ketiga dari Julai hingga September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkata dalam tempoh yang sama, 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi. Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Nov di 997 tempat pameran di seluruh negara, menurut kenyataan SPR hari ini.
Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan untuk menyemak rang itu. "Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," petik kenyataan itu.
Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C. Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), kompleks/pejabat kerajaan (103 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (157 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (52 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (183 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat).
Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih. "Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," kata SPR. Justeru, SPR memohon kerjasama waris untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris. "Tanpa memperolehi pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih," kata kenyataan itu. SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul.
Manakala bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.
Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri.
[pertambahan pendaftaran pemilih yang sangat tinggi. Siapa yang berusaha meningkatkan jumlah pengundi? Adakah Jemaah Islam PAS? adakah Parti Perkauman Sempit (UMNO-BN). Walau bagaimanapun, pertambahan kepada jumlah pemilih ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat dalam memenangi PRU 13 akan datang. Ini adalah kerana, berdasakan keadaan dan isu2 semasa, golongan muda lebih condong untuk memilih PAS dan Pakatan Rakyat kerana dipimpin oleh pemimpin yang bersih dan amanah dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Semoga Putrajaya menjadi milik rakyat selepas PRU13 akan datang.]
Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak media terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai kewangan Kerajaan Selangor yang telah diedarkan kepada orang ramai, Isnin lalu.
Kami percaya laporan audit yang telah disediakan oleh pejabat Audit Negara bertujuan untuk penambahbaikan. Namun apa yang tergambar di media seolah-olah kerajaan negeri tidak mengurus dengan baik.
Agar rakyat tidak terkeliru, saya ingin membuat penjelasan seperti berikut. Pertama: Urusniaga Penyata Penyesuaian Bank Kerajaan Selangor Sejak 2002, Selangor telah gagal menyesuaikan (reconcile) urusniaga iaitu urusniaga tertuggak dalam penyata bank Kerajaan Negeri Selangor. Sehingga 2009, urusniaga yang telah gagal disesuaikan berjumlah RM977.70juta. Mengikut pecahan, 2002-2003 sebanyak RM126 juta, 2004 (RM327 juta), 2005 (RM82 juta), 2006 (RM278 juta), 2007 (RM48 juta) , RM61 juta pada 2008 dan RM56 juta pada 2009.
Menyedari jumlah ini terlalu banyak, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas untuk menangani masalah ini supaya semua urusniaga dan pungutan hasil dapat disesuaikan dengan kedudukan semasa. Dengan ini, urusniaga tertunggak dapat dihentikan sepertimana yang diamalkan oleh organisasi kewangan yang cekap dan berkesan,
Jawatankuasa ini telah menyelesaikan masalah menyesuaikan nombor urusniaga pembayaran dan pungutan hasil dengan rekod buku tunai dan penyata bank. Hasilnya, sejumlah RM770.85 juta telah dapat diselaraskan sehingga 26 Oktober 2010.
Baki RM206.36 juta akan disemak dari semasa ke semasa dan dijangka penyesuaian akan dapat dibuat sepenuhnya total pada tahun kewangan terakhir pada 31 Disember 2010.
Oleh itu., laporan akhbar News Straits Times yang mendakwa RM977.70 juta wang Kerajaan Negeri 'hilang' dalam tempoh enam enam hingga tujuh bulan adalah tidak benar. Laporan ini boleh dianggap sebagai laporan nakal yang bermotifkan politik (politically mischevious news report). Ini adalah kerana laporan audit telah dengan jelas menyatakan masalah ini berlaku sejak tujuh tahun yang lepas - bukan enam hingga tujuh bulan yang lepas seperti yang dilaporkan.
Kedua: Hutang Kerajaan Pusat
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat berjumlah RM829.86 juta. Lebih 85% atau RM705juta daripada jumlah hutang melibatkan pembelian aset air. Hutang ini sepatutnya dibayar SYABAS sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian penswastaan bekalan air Selangor diantara SYABAS, Kerajaan Negeri dan Persekutuan apabila perkhidmatan air diambil alih oleh SYABAS daripada Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) pada 2003.
Kerajaan Negeri mendapati rekod aset loji pembekalan dan loji pengagihan air bukan sahaja tidak lengkap malah tertinggal dalam rekod milikan Kerajaan Negeri. Mulai 2008, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih, Kerajaan Negeri mula membuat tindakan mengesahkan aset-aset dengan mengenal pasti lokasi dan keadaan aset tersebut.
Sebelum pengesahan dibuat, nilai aset air yang tercatat dalam buku Karajaan Negeri hanyalah RM1 bilion. Tetapi pakar perunding yang dilantik kerajaan negeri telah mengenal pasti aset air yang dimiliki sebenarnya bernilai RM10.98 bilion iaitu melebih RM9 bilion dari rekod asal.
Jika Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan air dan menyerahkan aset ini kepada PAAB (Perbadanan Aset Air Berhad) yang ditubuh bawah Akta WSIA (Akta Industri Air Malaysia), Kerajaan Negeri bukan saja dapat melangsaikan hutang tersebut tetapi menambah milikan aset lebih dari RM9 bilion. Oleh itu pembayaran hutang air ini tidak timbul dan perkara ini telah pun dipersetujui oleh pihak Audit Negara.
Di sini saya ingin menekankan penyusunan semula air perlu dilakukan segera supaya rakyat Selangor tidak dibebankan dengan tariff tinggi yang akan dikenakan oleh SYABAS yang selama ini tidak membayar satu sen pun untuk menggunakan aset kerajaan negeri yang bernilai lebih RM10 bilion.
Ketiga: Rezab
Semasa penyelidikan audit dilakukan terhadap rezab negeri Selangor, pejabat Ketua Audit Negara hanya mengambil kira dalam kewangan berakhir 31 Disember 2009 dan tidak melihat apa yang berlaku seterusnya.
Untuk makluman, selepas tempoh tersebut, rezab kerajaan negeri meningkat dan tidak lagi berada dalam kedudukan negatif. Kerajaan Negeri tahu pada waktu itu bahawa keadaan akan pulih kerana pendapatan dijangka meningkat selepas 31 Disember 2009.
Carta di bawah menunjukkan dengan jelas peningkatan rezab pada 2010. Sehingga Jun 2010, Selangor telah mencatatkan lebihan pendapatan RM268.18 juta iaitu paling tinggi dalam tempoh lima tahun.
Turun naik rezab adalah perkara biasa dalam mana-mana institusi kewangan termasuk rezab negara. Oleh itu laporan audit bahawa rezab Selangor telah merosot tidak membimbangkan.
Keempat: Bangunan Teater Diraja Shah Alam
Projek ini menghadapi masalah sejak dari awal dimana kontraktor melakukan kerja tersebut telah dilantik secara runding terus. Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM43 juta untuk projek ini tetapi hasilnya sangat mengecewakan kerana syarikat kontraktor gaga; mematuhi spesifikasi dan pelan asal.
Contoh kerja pembinaan yang lemah ialah kemasan yang renggang, tinggi tangga yang tidak sekata dan projek siap lewat sehingga 14 bulan.
Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa untuk membaiki kerosakan dan kelemahan pembinaan dan dijangkanya bangunan ini dapat perbaiki dalam tempoh setahun.
Kelima: Pelaburan anak syarikat tidak untung
Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) telah disusun semula pada Jun 2009 . Sebelum waktu ini, kebanyakan anak-anak syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Negeri tidak melihat keuntungan sebagai asas utama penubuhan. Syarikat ini tidak memberi fokus kepada keuntungan yang sesuai dengan pelaburan dibuat. Selepas penstrukturan semula MBI, wujud satu visi untuk mendapat keuntungan.
Walaupun anak-anak syarikat ini terus menjalankan tanggungjawab sosial (corporate social responsibility) untuk rakyat Selangor tetapi konsep mendapat keuntungan dari perniagaan akan diberi keutamaan. Semua syarikat akan dipantau oleh MBI dan semua bonus dan pembayaran ganjaran syarikat mestilah berasaskan hasil keuntungan. Keenam: Isu pasir
Pembayaran royalti bukan satu-satunya hasil kerajaan negeri dari industry pelombongan pasir. Sejak KSSB ditubuhkan Jun 2008, hasil pasir adalah termasuk keuntungan dari jualan.
Nota * Projek Khas (Kolam Tadahan Air Wijaya Baru) di Petaling menyumbang royalty sekitar RM3.1juta ** 15 Sep – 31 Dis 2008, KSSB mula beroperasi 15 Sep 2008, telah diaudit
Oleh itu, jika kita campurkan hasil royalti dan keuntungan KSSB, maka pendapatan Kerajaan Negeri adalah lebih baik daripada sebelum ini. Sila lihat graf dibawah:
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini satu Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bertanggungjawab memantau dan membanteras operasi perlombongan haram. Usaha ini melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Kerajaan Negeri Selangor juga amat mengalukan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersama terlibat dalam operasi sebegini.
Mengikut perangkaan yang dikemaskinikan sehingga 26 Oktober 2010 oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor terdapat sembilan puluh enam (96) tangkapan yang telah dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Tangkapan tersebut telah dilakukan sekitar bulan Januari hingga Oktober 2010 di beberapa lokasi hotspot yang dikenalpasti menjadi tumpuan penyangak pasir. Tempat hotspot tersebut menjadi tumpuan pencuri pasir kerana kualiti pasir dan permintaan pasir yang tinggi dipasaran pada masakini.
Daripada rekod kes yang didaftarkan oleh Bahagian Undang-Undang dan Dasar, Pejabat Tanah dan Galian Selangor terdapat lapan (8) kes telah berjaya dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dan atas perintah Mahkamah Majistret pada 18 Oktober 2010 lapan (8) kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam.
Secara kesimpulannya, kita mahu memastikan pentadbiran Kerajaan Selangor adalah bersih dan berada di landasan yang betul serta tidak lagi wujud unsur-unsur korupsi, salah urus tadbir dan pembaziran
Kita mahu memperbetulkan kesilapan-kesilapan lama, mengemas kini kelemahan pentadbiran kewangan untuk memastikan pentadbiran yang telus, efektif dan bertanggungjawab.
Penang gets its numbers right IT is said that if there is one official report that offers a relatively fearless and no-holds-barred examination of any government in Malaysia, it is that of the auditor-general.So it must have come as a somewhat notable moment when the auditor-general, Tan Sri Ambrin Buang, personally praised Penang in January, for being the first state in the country to hand in its annual accounts for auditing not just once, but over the last three consecutive years. Mind you, the commendation reflected well not just on the current Pakatan Rakyat state government, but also on the previous Gerakan-led one which was responsible for the accounts prepared in early 2008. And now, the state has just received another feather on its cap. In its latest report on Penang released this month, the auditor-general lauded the state government for producing sound and healthy financial standing for the year 2009. Calling the state's financial condition "baik" (good), the report noted that the state authorities had exercised prudent expenditure, which was crowned by a financial statement that was professionally furnished with comprehensive documentation. "With a good financial standing, the state government has been able to provide its people with services and contributions that are more effective," the auditor-general said in the latest annual report for the state. The tone of the report must have come as music to the ears of Chief Minister Lim Guan Eng, a qualified professional accountant and graduate in Economics from Monash University. Lavishing praises on the state's finance officer, Datuk Farizan Darus, Lim attributed Penang's strengthened financial condition to new budgeting procedures the state has adopted. These include the introduction of line-item accounting, outcome-based budgeting, open tender system and risk management. What does it all mean in hard numbers? According to the state's balance sheet, the state's total consolidated funds at the end of 2009 came up to about RM1.1 billion, a 7.4% increase from the RM1.025 billion marked in 2008. What is significant about the accounts is that they reflect a record high in accumulated funds. The latest figures do well to complement the financial resuscitation of the state, which has been demonstrated by the performances of the two municipal councils over the last couple of years. For example, following a series of deficits totalling RM230 million from 2000 to 2007, the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) managed to chalk up a significant surplus of some RM14.57 million in 2009. The final accounting statement showed the MPSP's reserves soaring by more than 50%, from RM29.07 million in 2008 to RM43.67 million in 2009. Certainly, the surplus compared well to the eight consecutive years of losses that the MPSP had experienced under the previous government. Compare the latest RM14.57 million surplus to the incurred losses worth RM5.06 million in 2000, which then worsened steadily to RM39.04 million in 2003, and peaked in 2005 with an annual deficit of RM57.08 million. The state government claimed that the MPSP's recovery was due to resourcefulness in collecting revenue and saving on costs to help the council turn around its financial plight. "This has been a painful process, but now the council's financial condition has been treated and it is well under recovery," Lim said. It has been a healing experience. In June 2009, the state government ordered MPSP to appoint an independent audit committee to look into losses that it incurred from 2000 to 2007. The team then reported its findings and recommendations to Farizan, who is the MPSP's previous president, for follow-up action. Like the MPSP, the Penang Island Municipal Council (MPPP) also made a surplus in 2009 – RM49 million – which was a record for the body. It was an achievement Lim attributed to prudent expenditure and tightening of the council's budget. The figure marked a significant improvement from 2008 when the MPPP recorded RM20 million in surplus. It also compared well to the overall surplus and deficits from 2000 to 2009 that cumulatively came up to RM14.48 million, with the highest deficit for a single year recorded in 2004 at RM33 million. The state's difficult task now lies in collecting arrears, totalling some RM88.63 million, mainly from assessment rates, low-cost housing rentals and other revenues. It is also not always that the auditor-general praises a government for the way it handles taxpayers' money. And so Penangites may be forgiven for hoping that the auditor-general's unusual commendations and good marks may just be the sign they have all been waiting for in anticipation for the secure economic and administrative future they crave. Himanshu is theSun's Penang bureau chief. Comments: letters@thesundaily.com
Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini.
Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.
Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancung luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.
Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan "candu hiburan" dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.
Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan umno Bn berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini. Buktinya Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.
Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 3 - 2010 telah dikeluarkan oleh SPR. Bagi JPrN Selangor setiap PAS Kawasan telah dibekalkan dengan RDPT tersebut bermula pada hari Selasa 26.10.2010 yang lalu.
Diberitakan ada Kawasan yang tidak prihatin untuk meneliti serta membuat semakan serta membuat bantahan terhadap RDPT yang dikeluarkan oleh SPR tersebut. Peristiwa ini amat malang kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Kadang-kadang saya tidak faham mengapa masih ada pimpinan disemua peringkat yang masih tidak mengambil berat perkara ini, tapi cakap berapi-api untuk menang dalam PRU 13 akan datang.
Lebih malang lagi ada kawan kita yang langsung tidak memperdulikan Daftar Pemilih ini tapi sibuk pusing 1 Malaysia hanya untuk merebut jawatan dalam parti. Saya sungguh tidak faham, tapi inilah dunia, dan Allah pula takdirkan kira mendapat kawan seperti ini, teruskan sajalah dengan penuh sabar.
Jika anda pimpinan PAS Kawasan atau Cawangan dan buat masa ini tidak ke Galas atau Batu Sapi, Galaslah tugas penting ini dengan membuat semakan dan bantahan jika perlu. Kumpulkan tiga empat orang kawan untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab ini dan hantar ke pejabat pas kawasan masing-masing selewat-lewatnya ahad ini. TAHNIAH, Anda benar-benar hebat jika dapat melaksanakannya.
Seramai 246,962 orang telah mendaftar sebagai pengundi baru sepanjang tempoh suku ketiga tahun ini — antara Julai hingga September lalu — paras mirip suasana setahun sebelum pilihan raya umum 2008.
Perkembangan itu menandakan orang ramai juga sudah "dijangkiti" demam pilihan raya ketika banyak pihak meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pertengahan tahun depan.
Sepanjang 2007 — tahun demam pilihan raya umum ke-12 — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima purata 300,000 permohonan setiap suku tahun.
Jumlah semasa itu juga lebih tinggi berbanding 191,970 permohonan baru yang diterima sepanjang suku kedua tahun ini iaitu antara April dan Jun.
Pada suku pertama iaitu Januari dan Mac lalu, suruhanjaya menerima 157,327 permohonan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut mengakui peningkatan dalam jumlah pendaftar baru berkata, ia merupakan satu trend biasa atau normal menjelang pilihan raya umum.
"Biasanya jumlah pengundi baru akan meningkat ketika menghampiri atau menjelang pilihan raya umum, saya gembira dengan peningkatan ini," kata beliau sambil menambah, peningkatan ini membabitkan semua pendekatan yang digunakan untuk mendaftar pemilih-pemilih baru.
"Kesemua pendekatan seperti penggunaan penolong pendaftar, pejabat pos, kaunter-kaunter SPR... semuanya memperlihatkan peningkatan jumlah pengundi baru yang didaftarkan," katanya.
Jelas beliau, kadar pendaftaran pengundi baru akan menurun selepas sesuatu pilihan raya umum.
"Ini trend normal," katanya.
Ketika ditanya sama ada SPR menjangkakan peningkatan dua kali ganda pada suku keempat tahun ini berbanding tempoh Julai hingga September, Abdul Aziz: "Sukar untuk dijangkakan, tetapi saya gembira dan berharap boleh mencapai tahap itu."
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPR berkata, dalam tempoh yang sama — Julai dan September lalu — seramai 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi.
Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Novemver di 997 tempat pameran di seluruh negara, kata SPR.
Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan untuk menyemak rang tersebut.
"Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," kata kenyataan itu lagi.
Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C.
Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), kompleks atau pejabat kerajaan (103 tempat), Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah (157 tempat), Majlis Daerah atau Perbandaran (52 tempat), Dewan Serbaguna, Rukun Tetangga, Balai Raya, Kompleks Penghulu, Dewan (183 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat).
Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih.
"Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," kata SPR.
Justeru, SPR memohon kerjasama waris untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris.
"Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih," kata kenyataan itu.
SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul.
Bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.
Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri.
Pertama kali bersua dengannya, penulis merasakan beliau adalah seorang wanita yang cukup sempurna. Anggun dengan seraut wajah yang manis dihiasi kehalusan peribadi, seraut wajah ini menjawab beliaulah sumber inspirasi Dr Zulkefli. Diserikan dengan sepasang mata bercahaya, dengan bibir dan hidung yang sederhana, segalanya tampak indah.
Beliaulah Zainab binti Jalar, 30, isteri kepada calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed. Beliau dilahirkan pada 2 Jun 1980 di Tumpat dan membesar di Chiku 1, Gua Musang. Wanita bertubuh sederhana ini mudah mesra namun tidak banyak bicara. Beliau lebih suka mendengar daripada berkata-kata.
Menghabiskan masa muda beliau dengan menuntut ilmu dalam aliran agama, Zainab sempat belajar di Maahad Gua Musang, Meheliah Geting dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Syariah di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam yang kini dikenali sebagai Kolej Dar Al Hikmah di Kajang, Selangor.
Selepas menamatkan pengajian, beliau melakukan pelbagai kerja. Daripada kerani Pejabat Pos di Chiku 3, Perunding Kewangan AAM Insurans sehinggalah menjadi tenaga pengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Chiku 1. Benarlah kata orang, individu yang lahir pada bulan Jun berwawasan dan mempunyai pandangan yang jauh. Tidak mustahil beliau dberi kepercayaan untuk memikul amanah sebagai Pembantu Penyelaras Armalah Dun Paloh semenjak tahun 2007 sehingga sekarang.
Tugas memantau armalah di dun tersebut menambahkan lagi pengalaman beliau di dalam berurusan dengan masyarakat. Sehingga kini beliau kekal melakukan tugas-tugas tersebut kerana ia menepati minat beliau.
Beliau yang sangat faham sepak tendang politik turut tidak terpengaruh dengan sebarang fitnah yang dilemparkan kepada suami. Contohnya, isu khalwat yang ditimbulkan baru-baru ini, dianggap semua itu asam garam di dalam perjuangan.
Menurut Dr Zulkefli, beliau sangat memberi sokongan yang padu dan memahami kerjaya dirinya. Bagi Dr Zulkefli, beliau bukan sahaja merupakan isteri, bahkan teman yang sangat memahami.
"Beliau sentiasa memberi sokongan yang padu buat saya. Kami sentiasa melakukan banyak perkara bersama-sama namun jadual kempen yang membawa kami ke tempat berasingan menyebabkan kami rindu-rinduan," ujar Dr Zulkefli seraya memandang wajah isteri yang tersenyum malu semasa ditemuramah di kediaman beliau di Taman Kesedar Putra, Galas.
Jikalau di belakang Presiden Amerika yang ke-44, Barrack Obama adanya Michelle LaVaughn Robinson, di belakang Dr Zulkefli adanya Zainab Jalar yang lembut dan berhati waja. Dengan segala ciri-ciri dan pengalaman yang ada pada dirinya, penulis yakin beliau mampu menggalas amanah sebagai isteri Yang Berhormat jika ditakdirkan PAS memenangi kerusi Galas. InsyaAllah.
X TERKINI: sdkit kekecohan brlaku di KG ISTIMEWA btu sapi antra ahli2 BN & PAS,PKR..alsn xdbnrkn brkempen.ini kah dnamakan DEMOKRASI!! [via Celcom SMS]
XKami 5org dri PAS TAWAU,dan 7org WNITA PKR dr P.P trma ancman PUKUL KALAU XKELUAR dr phk BN KG ISTIMEWA yg sdg brkempen..apa2pun kta tetp lwn. [via Celcom SMS]
X Alhamdulillah..keadaan trkwl dgn adanya kawlan phk polis..pddk kg istimewa sgt dhaif keadaannya,jmbtan yg xbleh dlalui rmai org krn tkt runth,itulah kwsn BN. Ayuh!! ubah undi kpd PR. [via Celcom SMS]
***
Menurut sumber : yang ugut orang UMNO yang kontrol kawasan kampong.. penduduk ramai nampak tindakan UMNO tu.. cuma tak berani... semasa petugas Pas dan PR solat, UMNO arah penduduk masuk rumah dan kunci agar petugas PR tak masuk berkempen..
Ugutan berlaku secara berdepan.. waktu itu polis belum ada...
Antara petugas tersebut termasuk rakan dari Tawau (Pas) dan Wanita PKR...
ALASAN : NAK BERKEMPEN KENA MINTA IZIN KETUA KAMPUNG DAHULU!
You are subscribed to email updates from DUN CHINI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kita berbangga kerana kejayaan satu-satu usaha. Menjadi satu-satu bangsa bukan kerana usaha apa-apa, ditakdirkan Allah begitu.
Tidak adil bagi Allah kiranya Dia melebihkan satu-satu bangsa atas bangsa lain. Bangsa yang tidak dilebihkan akan terasa hina tak pasal-pasal.
Allah sendiri berfirman:
Bermaksud: "Hai, manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal."(Surah Al Hujuraat, ayat 13)
Persoalan penegasan Allah ini, satu-satu bangsa itu akan menjadi hebat apabila bangsa itu mencapai tahap kemuliaan dan diperkasakan dengan ketakwaan. Kemuliaan bermakna beriman dengan penuh yakin dan istiqamah kepada ajaran Islam. Sementara takwa merupakan ukuran kehebatan dan keperkasaan bangsa itu berusaha menegak apa yang diperintah (perkara maaruf) di sisi Allah dan sentiasa meninggalkan malah mencegah daripada melakukan apa yang dilarang (perkara mungkar) di sisi Allah. Maknanya nilai bangsa itu akan dipandang hebat apabila ia mencapai tahap kemuliaan dan ketakwaan menurut acuan Allah SWT. Bukannya hebat bangsa itu kerana namanya atau kuatnya semangat perkauman Melayu atau Cina atau India dan sebagainya.
Cuba fahami hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, "dengarlah dan taatlah sekalipun yang (menjadi ketua) memerintah kamu itu seorang hamba Habsyi."
Maknanya, atas nama apa bangsa (walaupun sifatnya hodoh) ia bukannya ukuran darjat kemuliaan. Demikianlah bangsa Arab dari Mekah bila berpindah (hijrah) ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah tidak menyebutnya 'al-Makkiyin' tetapi disebut 'al-Muhajirin'. Serupa juga Arab Madinah yang menyokong Rasulullah tidak disebut 'al-Madaniyyin' tetapi disebut 'al-Ansar' iaitu dilenyapkan gelaran atau identiti bangsa masing-masing dan ditimbulkan jasa bakti mereka kepada agama Allah.
Tiada nilai bila tolak Islam
Sudahlah begitu, Melayu sekarang tolak Islam ganti dengan kebangsaan (nasionalis). Makin lagi tidak ada nilai di sisi Allah. Jika itu bangsanya kita (tolak Islam), tambah malu saya jadi Melayu!
Cuba perhatikan dalam takbir hari raya. Ada disebutkan :
Bermaksud, "dan yang memuliakan tentera-Nya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (kekuasaan-Nya)."
Nampaknya BN tidak menghormati malah menghina peranan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil bagi DUN Galas apabila menjanjikan beberapa prjek 'mee segera' seperti pemberian rumah PPR kepada masyarakat Gua Musang, menjadikan Gua Musang sebagai 'Kampung Wifi' serta bantu kepada Orang Asli melalui JHEOA.
Bagi yang mengenali aspirasi Tengku Razaleigh yang selama ini kurang gemar dengan taktik rasuah, gula-gula dan janji-janji yang diamalkan oleh jentera BN sebelum ini pastinya ini merupakan syarat untuknya bersetuju menerima jawatan tersebut. Namun, ibarat semut dan gula begitulah BN dan rasuah yang tidak dapat dipisahkan lagi.
gambar masa majlis rasuah PPR .. tiada kelihatan Ku Li ... yang ade Tok Pa... walaupun poster ade gambar Ku Li....
ni masa majlis rasuah 'kampung wifi'... Rais Yatim ngan Calon BN je... gambar yang dalam web kementerian rais yatim pun xde gambar Ku Li...
ni majlis rasuah kepada masyarakat Orang Asli... tak gak nampak Ku Li..
Rasuah seterusnya BN di Galas menerusi Kemajuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) (walaupun berita ini xde dalam web JHEOA) yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Post Brooke itu dihadiri masyarakat Orang Asli.
Turut hadir dalam Majlis 'rasuah' tersebut termasuklah Calon SPM BN DUN Galas, Aziz Yusof Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin, ADUN Nenggiri YB Mat Yusoff bin Abd Ghani, Ahli Dewan Negara Masyarakat Orang Asli dan beberapa pemimpin kawasan.
Beberapa rasuah BN diberikan kepada golongan masyarakat Asli ini:-
Pemberian 200 unit Rumah PPR dan Projek Penambahbaikan 250 Unit Rumah Orang Asli.
Membekalkan 3000 jenset untuk mengatasi masalah bekalan elektrik.
Pemberian Mesin Rumput berjumlah 100 unit.
Pemberian 100 000 bekalan benih getah.
Bekalan tenaga solar sebanyak 1500 unit.
Selain itu, beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran berjanji akan meluluskan Projek Pembinaan Sekolah Menengah di kawasan Pos Brooke... jika BN menang besar di DUN Galas.
Nampaknya sekali lagi SPR cuba pejam mata apabila dengan sikap BN yang mula merasuah dalam setiap kali pilihanraya... moga-moga Allah Taala bagipejam mata tersu sampai bila-bila baru tau....
AWAT LA WAKIL RAKYAT AKU (BN) TAK MATI... TIDAK MESTI BANYAK PERUNTUKAN AKU DAPAT MASA PRK...
ORANG BN BAGI APE KITA AMIK... YANG PENTING UNDI PAS
Nampaknya Pemuda UMNgOk Kelantan dah takde isu yang hendak dimainkan lagi rasanya... isu RM4 billion pulak nak dibangkitkan... isu tue dah lama SPRM dan Polis tutup buka...buang masa SPRM je nak siasat sebab cek tue pun bukannya dah clear... benda replika je... letak RM200 billion pun boleh.... budak lulusan 'SPM' pun boleh buat... baik suh siasat projek yang terang-terang umum kat Galas... lagi baik. Saya petik (dari blogger UMNgOk):-
Semalam 3.30 Petang - Bertempat di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan yg diwakili oleh Pen. Setiausaha Pergerakan itu, Che Othman Che Wil telah membuat laporan polis berhubung dengan sumbangan sebanyak RM 4 Billion yg didakwa telah disumbangkan oleh sebuah syarikat kpd Parti PAS berkaitan dgn Projek Super Mega Seri Tujuh.
(muka mamat mangkuk.. termasuk yang pakai topi tue...)
Che Othman yg turut diiringi oleh kira-kira 40 org anggota Pemuda Kelantan dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan bahawa laporan polis dibuat agar pihak berkuasa dapat menyiasat tentang kesahihan berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan imej sebuah kerajaan negeri Kelantan.
(klik untuk paparan yg lebih jelas untuk baca kebodohan UMNO)
Apa kejadahnya PM India datang merasmikan 'Little India' di negara kita? Adakah Little India ini akan menjadi hub pendatang haram dari India? Adakah hanya semata-mata untuk kepentingan ekonomi dengan India, kita perlu berbuat demikian? Adakah selepas ini kita akan menyediakan tapak untuk Little China, Little Africa, Little Arab, Little Indonesia, Little segala macam Little? Dan setiap kali Perdana Menteri luar datang ke negara kita, pasti ada satu 'little hub' untuk negara mereka yang akan dirasmikan oleh mereka?
Apa rasionalnya Malaysia negara berdaulat meminta PM India merasmikan Little India? Mengapa Yang Dipertuan Agong tidak merasmikannya? Walhal rakyat di negara ini di bawah naungan Duli Tuanku. Tidak kiralah India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban, Bugis, Orang Asli dan sebagainya. Mengapa PM 1Malaysia terhegeh-hegeh meminta PM India merasmikannya? Adakah Little India itu suatu kawasan jajahan baru negara India?
Begitu juga kita pernah tertanya-tanya rasional tindakan Pak Lah Flip Flop yang meminta menteri dan pegawai Malaysia ke China meminta maaf dan memberi penerangan tentang salah laku polis yang membogelkan tahanan wanita yang dikatakan berasal dari negara tersebut. Walhal, selepas disiasat, wanita itu ialah rakyat Malaysia.Bukan saya mahu menyokong PDRM, tetapi tertanya-tanya tentang daulat negara ini.
Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun kadang kala kita hairan dengan gelagat dan sikap tidak rasional pemimpin negara yang menjatuhkan maruah dan daulat negara. Lebih menyedihkan, Malaysia tercinta ini juga sering mengalah dengan permintaan pulau kecil di selatan negara baik dari segi politik, ekonomi, dan perebutan kawasan jajajahan.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa pentadbiran Najib agar mengkaji semula penahanan tujuh pegawai Imigresen dan suspek-suspek pemerdagangan orang atau penyeludupan manusia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.
Pegawai-pegawai imigresen yang ditahan itu dilaporkan bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang kerana terlibat dengan sindiket pemerdagangan orang.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya berpendirian penggunaan ISA terhadap suspek-suspek pemerdagangan orang tersebut jelas melanggar prinsip hak asasi manusia.
"Ini kerana terdapat undang-undang khusus yang tersedia ada bagi kes-kes pemerdagangan orang iaitu Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Hasmy juga berkata, Suhakam memandang berat penggunaan penahanan tanpa bicara dan menyarankan semula supaya semua tahanan ISA didakwa di mahkamah untuk menjamin pengadilan sebagai hak asasi manusia serta sebagai tindakan pencegahan jenayah yang berkesan.
"Tindakan menahan seseorang tanpa sebarang perbicaraan adalah bercanggah dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang memberi penekanan terhadap hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri, tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara arbitrari; dan setiap individu berhak kepada perbicaraan adil dan terbuka oleh tribunal bebas dan saksama."
Pada 14 Oktober lalu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman ketika itu berkata, hukuman tahanan di bawah ISA ke atas tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia tidak harus dilihat sebagai hukuman berat.
Beliau berkata sebaliknya hukuman itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada berdasarkan bukti kukuh yang dikumpul polis.
"Biasalah pada kita yang tak tahu (hasil siasatan) ini, mesti kita kata keraslah, kejamlah dan sebagainya," katanya.
GUA MUSANG, 27 Okt: Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti Islam itu dengan isu agama.
Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran agar juru kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka.
Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang Hishamudin dari dipermainkan.
Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".
Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).
Komen PAS
Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke atas bahan kempen seumpama ini.
Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.
"SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini. Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen sebegini," kata Nasir.
Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.
Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.
Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada bahan kempen tersebut.
Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.
Komen DAP
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.
"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya.
SETELAH 7 TAHUN PERUNTUKKAN PERKAPITA DITARIK,BARU KINI KERAJAAN MENGUMUMKAN PEMBERIAN SEMULA UNTUK SEK AGAMA RAKYAT.LEBIH DARI 250,000 ORANG MURID YANG BELAJAR DI SEKOLAH AGAMA ,SELURUH NEGARA. SEBANYAK RM 95 JUTA DIBERI UNTUK SAR. PURATA ,RM 20 PERKAPITA BAGI SETIAP KEPALA MURID DAN SEKITAR 4 SEN SEHARI SAHAJA !
DALAM BAJET 2011 TELAH MEMPERUNTUKKAN RM 974 JUTA UNTUK BELANJA MENGURUS SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA.RAKYAT MENGHARAPKAN SPR MESTI MENJADI BADAN BEBAS UNTUK MENGURUS PILIHANRAYA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK MELAKSANAKAN PILIHANRAYA SECARA TELUS DAN BERKESAN.PENETAPAN TARIKH PENAMAAN CALON DAN TARIKH PENGUNDIAN DI GALAS DAN BATU SAPI MEMBUKTIKAN TIDAK ADA PERTIMBANGAN TERHADAP PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT YANG SEDANG BERLANGSUNG. RAKYAT MAHU 1.PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH DARI DAFTAR ORANG MATI. 2.PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL CAP JARI 3.MENGADAKAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PENGUNDIAN POS 4.KEBEBASAN MEDIA YANG ADIL DAN TELUS UNTUK SEMUA PARTI 5.TEMPOH KEMPEN YANG LEBIH MENASABAH 7.PERSEMPADANAN KAWASAN PILIHAN RAYA YANG LEBIH ADIL DAN PROFESIONAL SUPAYA PEMBAHAGIAN KERUSI DAN UNDI YANG LEBIH SEIMBANG. 8.PENDAFTARAN AUTOMOTIK UNTUK PENGUNDI YANG LAYAK. 9.MENGHAPUSKAN POLITIK WANG
PENTADBIRAN YANG BERAT SEBELAH DISEMUA PERINGKAT KERAJAAN SEBELUM,SELEPAS DAN SEMASA PILIHANRAYA KECIL SAMADA YANG MELIBATKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH,KERAJAAN PERSEKUTUAN ATAU KERAJAAN NEGERI AKAN MENGHAKIS SISTEM DEMOKRASI DALAM NEGARA.
PERDANA MENTERI MENGISTIHARKAN CUTI 90 HARI KEPADA SELURUH KAKITANGAN AWAM WANITA DISAMBUT BAIK OLEH WANITA SELURUH NEGARA.SEBENARNYA PERKARA INI TELAH DILAKSANAKAN DINEGERI-NEGERI BAWAH PAKATAN RAKYAT,SEKALI LAGI UMNO TELAH MENIRU APA YANG DILAKSANAKAN OLEH NEGERI PAKATAN RAKYAT.NEGARA SINGAPURA TELAH MEMBERI CUTI BERSALIN SELAMA 4 BULAN,NEGARA THAILAND - 90 HARI,NEGARA KEMBOJA -90 HARI DAN INDONESIA SEBANYAK 90 HARI. HAKIKAT SEBENARNYA ADAALAH TIDAK ADA BEZA,SAMA SAJA,SEBAB CUTI BERSALIN HANYA DIBERI MAKSIMA 300 HARI SEPANJANG TEMPOH PERKHIDMATAN.INI BERMAKNA SETIAP SEORANG HANYA DAPAT CUTI UNTUK 3 ORANG ANAK SAJA.SUDAH TENTU PARA IBU AKAN MEMILIH CUTI 60 HARI KERANA MEREKA BERPELUANG BERSALIN UNTUK 5 ORANG ANAK. JADI TIDAK ADA ERTI TAWARAN CUTI 90 HARI ,APAKAH MEREKA AKAN DIBERI GAJI PENUH ?APAKAH PARA SUAMI AKAN DIBERI TAMBAHAN CUTI LEBIH DARI SATU MINGGU UNTUK MENJAGA ISTERI DAN KELUARGA?
TERIMAKASIH TUAN YANG DIPERTUA,KERANA TURUT MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK SAMA-SAMA MEMBAHASKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011. MEMETIK MAKSUD HADIS NABI SAW YANG BERMAKSUD "APABILA AMANAH TELAH DISIA-SIAKAN,MAKA TUNGGU LAH SAAT KEHANCURAN.SAHABAT BERTANYA ;BAGAIMANA MENSIA-SIAKAN AMANAH ITU?RASULLAH SAW MENJAWAB,APABILA SESUATU URUSAN DISERAHKAN KEPADA ORANG YANG BUKAN AHLINYA,MAKA TUNGGULAH SAAT KEHANCURANNYA ".
TUAN YANG DI PERTUA, PEMERINTAHAN ADALAH SATU AMANAH.SEBUAH KERAJAAN YANG MENTADBIR SEHARUSNYA MENJALANKAN URUSAN PENTADBIRAN DENGAN PENUH AMANAH,ADIL DAN BERTANGGUNG JAWAB DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH.SEORANG PEMIMPIN SEHARUSNNYA MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN SEKALIPUN TINDAKKAN ITU MENGUGAT JAWATANYA.JAUH SEKALI DARI MENJAGA KEPENTINGAN DIRI,KEPENTINGAN ISTERI,KEPENTINGAN ANAK,MENANTU ATAU KRONI.KEADILAN SEPATUTNYA UNTUK SEMUA.
TUAN YANG DIPERTUA, BAJET 2011 YANG MELIBATKAN KOS RM 213.99 BILION DIMANA RM 162.81 BILION UNTUK BELANJA MENGURUS,RM 51.81 BILION UNTUK BELANJA PEMBANGUNAN DAN RM 2 BILION UNTUK SIMPANAN LUAR JANGKA.DARI PERBENTANGAN BAJET INI ,BELANJA MENGURUS BEGITU TINGGI MELIPUTI 75 PERATUS DARI PERUNTUKKAN.SEPATUTNYA KERAJAAN MENYEDIAKAN BAJET BERHEMAT DALAM MENANGGANI MASALAH EKONOMI NEGARA HARI INI.KITA TIDAK MAHU AKIBAT PEMBOROSAN KITA HARI INI,KITA MEMPUSAKAKAN HUTANG YANG BANYAK KEPADA GENERASI AKAN DATANG.
TUAN YANG DIPERTUA, MENURUT LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA,TAN SRI AMRIN BUANG,BAHAWA HUTANG NEGARA BERADA PADA TAHAP YANG PALING TINGGI DALAM TEMPOH LIMA TAHUN RM 362.39 BILION,HUTANG DALAM NEGARA BERJUMLAH RM 348.60 BILION,BERMAKNA SETIAP RAKYAT MALAYSIA MENANGGUNG HUTANG NEGRA RM 14 000 SEORANG !.HUTANG MENINGKAT AKIBAT KETIRISAN DAN RASUAH,SETIAP TAHUN KETIRISAN DI MALAYSIA MENGIKUT LAPORAN AUDIT MELEBIHI RM 10 BILION !. SAYA INGIN PENJELASAN APA RASIONALNYA KERAJAAN NAK BINA MENARA WARISAN MERDEKA 100 TINGKAT ,DISAAT NEGARA SEDANG TERBEBAN DENGAN PELBAGAI ISU?ADAKAH MENARA PENCAKAR LANGIT INI MEMBERI MANAFAAT KEPADA RAKYAT MISKIN YANG MASIH RAMAI TIDAK MEMPUNYAI RUMAH TEMPAT TINGGAL YANG SELESA,MASIH BANYAK SEKOLAH YANG SANGAT DAIF,MASIH RAMAI PELAJAR MISKIN YANG TERBEBAN DENGAN PINJAMAN PELAJARAN,MASIH BANYAK HOSPITAL YANG PERLU DI UPGREDKAN,MASIH BANYAK MASALAH INSFRASRUKTUR RAKYAT YANG BELUM SELESAI!. RAKYAT PERLUKAN HARGA BARANGAN DITURUNKAN BUKAN PENURUNAN HARGA SELUAR DALAM!.APA ERTI HARGA BEG TANGAN KULIT ,BAJU TIDUR YANG DITURUNKAN HARGANYA.SEDANGKAN HARGA BARANGAN MAKANAN HARIAN TERUS MENINGKAT.
TUAN YANG DIPERTUA, DISAAT NEGARA KITA BERDEPAN DENGAN KRISIS AKHLAK YANG SEMAKIN TERUK,KERAJAAN LANCAR HUB HIBURAN MALAM PULA,PERDANA MENTERI NAK JADIKAN MALYSIA SEBAGAI NAK HIDUPKAN INDUSTRI HIBURAN MALAM UNTUK MENGGAMIT PELANCONG .ISU ISLAMIK FASHION FESTIVAL CUKUP MENGHIRIS HATI UMAT ISLAM.NAMA NABI MUHAMMAD DILETAK DEPAN DADA PERGAWATI BARAT YANG MEMPERAGAKAN FASHION YANG DIKATAKAN ISLAMIK FASHION.DIMANA ULAMA DAN PENASIHAT AGAMA,KENAPA PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM DITAJA OLEH PEMIMPIN NEGARA SENDIRI!.BERAPA KOS YANG DIBELANJAKAN UNTUK PENGAJURAN PROGRAM IFF DI MONACO SPROTING CLUB,MONTE CARLO.BERAPA KOS PENGANJURAN SEJAK TAHUN 2006,DIJAKARTA,DHUBAI,NEW YORK DAN ABU DHABI.APAKAH IMPAK TERHADAP PENGAJURAN IFF INI?.
TUAN YANG DIPERTUA, WANG NEGARA ADALAH WANG RAKYAT,KERAJAAN TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MEMBAZIR WANG NEGARA SEMATA-MATA UNTUK MENCAPAI GLAMOUR ISTERI SEORANG PEMIMPIN NEGARA.PROGRAM PERSIDANGAN WANITA PERTAMA SAMADA YANG DILAKSANAKAN DIDHUBAI ATAU DI KUALA LUMPUR,BERAPA KOS YANG TELAH DIBELANJAKAN?.DIMANA PERUNTUKKAN DALAM UNDANG-UNDANG YANG MEMBERI KUASA YANG BEGITU BESAR KEPADA ISTERI SEORANG PERDANA MENTERI DAPAT MENGANJUR DAN MEMPENGERUSIKAN PERSIDANGAN PERINGKAT ANTARA BANGSA DENGAN MENGGUNA WANG NEGARA?APA PERANAN KEMENTERIAN WANITA?.TAK PERNAH KITA LIHAT RAKYAT BEGITU MARAH KEPADA SEORANG ISTERI KEPADA PERDANA MENTERI SEBAGAIMANA APA YANG ADA HARI INI .KITA MENGHORMATI ISTERI KEPADA MANTAN MANTAN PERDANA MENTERI YANG LEPAS YANG TAHU POSISI SEBENAR SEBAGAI ISTERI SAHAJA KEPADA PERDANA MENTERI.
TUAN YANG DIPERTUA,DALAM KEADAAN NEGARA KITA MASIH MENANGGUNG BEBAN HUTANG YANG TINGGI YANG MENCECAH 53 PERATUS DARI KDNK BAGI TAHUN 2009.PADA TAHUN 2008 BEBAN HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN IALAH 41.5 PERATUS DARI KDNK.PENDAPATAN NEGARA HASIL DARI CUKAI MENURU SEBANYAK 8 PERATUS IAITU DARI ANGGARAN HASIL RM 176.2 BILION,KERAJAAN HANYA MAMPU MENJANA RM 162.1 BILION.WALAUPUN NEGARA SEDANG TENAT BEGINI,KERAJAAN MASIH NAK BUAT PROJEK MEGA 100 TINGKAT!. TUAN YANG DIPERTUA, KEARAH NEGARA MAJU YANG BERPENDAPATAN TINGGI,ADALAH TEMA BAJET TAHUN 2011. KEMAJUAN EKONOMI TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SASARAN SEKIRANYA SEKIRANYA YANG KAYA HANYALAH SATU GOLONGAN SAHAJA,YANG MISKIN TERUS MISKIN .PARA KONTRAKTOR YANG DAPAT PROJEK SAJA YANG DAPAT MENAFAAT KEUNTUNGAN . KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA AMAT PENTING,KES PENCERAIAN,PENINGKATAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK ,TINDAKAN SEGERA PERLU DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN.
Karpal Yakin Keterangan Dr Razali Berbeza Dengan Catitan Di Dalam Nota Klinikal
KUALA LUMPUR 28 Okt - Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh yakin keterangan yang diberikan doktor pakar Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim adalah berbeza dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal yang enggan diserahkan kepada pihak pembelaan.
Perbicaraan kes Fitnah 2 yang bersambung pagi tadi, mendapati pihak mahkamah dan pasukan pembelaan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan dua laporan perubatan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berlainan.
Pada sesi soal balas hari ini, Karpal mengemukakan semula sama ada hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.
"kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya. Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu." kata beliau.
Perbicaraan kemudian berhenti seketika sementara Zabidin mengarahkan kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan secara tertutup di kamar hakim berhubung tuntutan tersebut.
Prosiding itu bersambung semula dengan Karpal mula bertanyakan soalan kepada Dr Mohd Razali berhubung nota klinikal yang enggan dijadikan sebagai rujukan beliau.
Selepas berkali-kali mengasak dengan pertanyaan itu, mahkamah akhirnya berehat sekali lagi.
Sementara itu, pihak pendakwaan pula menuntut Karpal supaya tidak berbuat demikian.
Seorang lagi peguam, Sankara Nair kemudiannya bangun dan mepersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang cuba menghalang peguam menyoal Dr Razali.
Karpal dalam penghujahannya berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.
Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.
Perbicaraan kemudiannya dihentikan dan hakim mengarahkan semua pihak terbabit berbincang di kamarnya buat kali kedua dalam tempoh sejam.
Semalam, Dr Razali memberikan keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia. Beliau turut mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia. Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu. Menurut Karpal, PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.
Mahkamah dihentikan buat kali ketiga pagi ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia. Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.
Pulau Pinang : Akhbar KOSMO laporkan tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar, seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar. Pensyarah yang mempunyai kelulusan PHD ini merupakan pimpinan tertinggi Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar.
Beliau adalah antara pemimpin UMNO Bahagian yang disebut-sebut akan dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya umum ke 12. Memandangkan berita penangkapan ini sudah tersebar di akhbar-akhbar utama negara, maka peluang beliau untuk dicalonkan semakin tipis.
Menurut satu sumber, pensyarah ini tidak disukai oleh pemimpin wanita UMNO di Parit Buntar kerana perwatakannya yang tidak disukai dan bukan anak tempatan. Pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di sini dikatakan berasal dari Pengkalan Baharu, Bruas. Namun beliau masih terpilih sebagai AJK Bahagian dan Wanita UMNO kerana kelulusan akademiknya yang tinggi dan penyokong kuat kepada Ketua UMNO Bahagian.
Berita ini sudah tersebar meluas dan menjadi bualan penduduk di Parit Buntar. Seorang penduduk yang ditemui berkata, jika berita ini benar ia amat memalukan UMNO sendiri kerana Presiden UMNO baru sahaja dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Insan tetapi lihatlah insan berada dibawah kepimpinannya.
Source: KOSMO laporkan AJK UMNO ditangkap Basah - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/10/kosmo-laporkan-ajk-umno-ditangkap-basah.html#ixzz13desxeGU
Isu pasir ni ,kalau boleh Mantan BM Selangor yang lalu, DS Khir Toyo bolehlah buat cerita lepas tengok geraf di atas.
Pembayaran royalti bukan satu-satunya hasil kerajaan Negeri dari industry pelombongan pasir. Sejak KSSB ditubuhkan Jun 2008, hasil pasir adalah termasuk keuntungan dari jualan.
Oleh itu, jika kita campurkan hasil royalti dan keuntungan KSSB, maka pendapatan Kerajaan Negeri adalah lebih baik daripada sebelum ini. Sila graf di atas:
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini satu Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negeri bertanggungjawab memantau dan membanteras operasi perlombongan haram. Usaha ini melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Kerajaan Negeri Selangor juga amat mengalukan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersama terlibat dalam operasi sebegini.
Mengikut perangkaan yang dikemaskinikan sehingga 26 Oktober 2010 oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor terdapat sembilan puluh enam (96) tangkapan yang telah dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Tangkapan tersebut telah dilakukan sekitar bulan Januari hingga Oktober 2010 di beberapa lokasi hotspot yang dikenalpasti menjadi tumpuan penyangak pasir. Tempat hotspot tersebut menjadi tumpuan pencuri pasir kerana kualiti pasir dan permintaan pasir yang tinggi dipasaran pada masakini.
Daripada rekod kes yang didaftarkan oleh Bahagian Undang-Undang dan Dasar, Pejabat Tanah dan Galian Selangor terdapat lapan (8) kes telah berjaya dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dan atas perintah Mahkamah Majistret pada 18 Oktober 2010 lapan (8) kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam.
Secara kesimpulannya, kita mahu memastikan pentadbiran Kerajaan Selangor adalah bersih dan berada di landasan yang betul serta tidak lagi wujud unsur-unsur korupsi, salah urus tadbir dan pembaziran.
Kita mahu memperbetulkan kesilapan-kesilapan lama, mengemas kini kelemahan pentadbiran kewangan untuk memastikan pentadbiran yang telus, efektif dan bertanggungjawab.
Galas: 'Tak payahlah bloger bloger ni!' Masa lebihkurang jam 3ptg ,27 okt 2010 di Gua Musang, I met an Umno Supreme Council (MT) member, had a chat with him for a few minutes before he dropped a bombshell: "Tak payahlah bloger bloger ni!" He was smiling when uttering that. I hope he wasnt too serious with his words.
I sent a text message to fellow-blogger Parpukari and his immediate response was, "Biar betul, bro!"
Betullah! The MT member saw me with a few Kemas workers and said, "You pun ada ke?" So, I went to him, shook hands and said I came a day before the nomination day and was putting up at Taman Wangi (developed by Kesedar).
"You masih dengan Business Times?"... and I said no, adding that I came as a blogger with some other bloggers, just to help out the government in the by-election. I even told him we have been to almost all by-elections since PRU2008.
"Ramai buat kerja ni, tak payahlah bloger bloger ni!" was what I got. Disgusted and humiliated, I left.
Parpukari also SMSed me this: "Kenapa tiba-tiba je diorang ni benci sangat kat bloger ni, bro? Apa yang kita dah buat?"
Yes, what have we done to deserve such a treatment? Why do some leaders whom we support despise us?
NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelelongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.
Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.
Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.
Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.
Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.
Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat nan mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti. 28/10/10] Posted by mso.im at 6:27:00 AM
MALAIKAT MAUT MEMERHATI WAJAH MANUSIA 70 KALI SEHARI
MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)
BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"
Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.
Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.
Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.
Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.
Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.
Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.
"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.
Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.
Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan."Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.
"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.
Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang. "Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa. "Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau. Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana. "Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan.
Dah pulak dah, Perkasa bertukar hala pulak dah. Mula mula sokong tetiba nak anjur demo pulak membantah hab hiburan. Apa ni, macam ni ka pahlawan Melayu, kejap kata nak kawan, kejap kata nak lawan.
Jika semalam Perkasa berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.
"Perkasa berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini," kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan.
Perkasa menjadi NGO terbaru yang sejak beberapa hari lalu, semakin ramai menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan membina pusat hiburan itu. Mereka termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM).
Aku yakin, Perkasa buat U turn setelah melihat kian banyak NGO yang mirip Islam menolak hab hiburan yang bukan saja melalaikan ummat malah merugikan agama dan bangsa secara panjangnya. Demi takut ditinggalkan keseorangan, Perkasa sanggup buat U turn untuk dilihat ramai perkasa... wakaka...
ANGGOTA AADK menyoal siasat lima penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di Jalan Datuk Dalam, Johor Bahru kelmarin.
JOHOR BAHRU - Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.
Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.
Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit.
Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.
Penolong Pegawai AADK Johor, Zulhilmi Ahmat berkata, kesemua penagih terbabit ditahan dalam Ops Res-Q selama tiga jam bermula pukul 3.30 petang kelmarin hasil maklumat orang ramai.
Turut ditemui ialah beberapa kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank serta kad kredit dipercayai diperoleh daripada kegiatan ragut yang dilakukan oleh penagih-penagih terbabit.
Katanya, selain itu, beberapa dadah jenis heroin, morfin dan ganja juga ditemui.
"Pihak kami percaya pondok haram yang didirikan ini merupakan markas penagih-penagih dadah berkumpul untuk menghisap dadah selain melakukan aktiviti maksiat.
"Hasil siasatan juga mendapati pondok yang berdindingkan kayu serta beratap kain khemah itu dipercayai telah didirikan baru-baru ini," katanya semasa dihubungi semalam.
Rancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan malam selaras dengan Program Transformasi Ekonomi atau ETP dilihat sebagai meminggirkan Islam, kata bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin.
"Ini amat bahaya kepada kerajaan sekarang. Ini langkah yang tidak bijak ketika kepimpinan Perdana Menteri sekarang dan Umno dikritik, ini menambah lagi prasangka dan kritikan orang. Sekali sekala nampak macam nak mengangkat Islam, sekali sekala seperti dipinggirkan (Islam) dalam pentadbiran negara kita" kata beliau.
Menurut pelan tindakan ETP yang dilancarkan oleh Najib, jumlah kelab malam terkemuka akan ditambah manakala lebih banyak konsert akan dianjurkan dan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dilonggarkan.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan rasional Umno-Barisan Nasional cuba meningkatkan pendapatan negara dengan menambah jumlah kelab malam.
"ETP ini perlu ditarik balik kerana beri kesan kepada orang Islam dan bukan Islam," Dr Asri memberitahu TV Selangor.
"Kerajaan perlu tarik balik kerana jika tidak, ia akan jadi 'pukulan terhebat' untuk kerajaan. Sudahlah dianggap tidak mesra dengan orang Melayu oleh beberapa pihak, ia juga dianggap tidak mesra dengan Islam," tambah beliau.
Menurut pelan tindakan ETP, kerajaan Umno-BN pimpinan Najib merancang untuk menubuhkan zon-zon hiburan yang merangkumi kelab malam yang diberi kelonggaran dari segi waktu operasi.
Penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu adalah untuk menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan, menurut pelan tindakan ETP.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.
Selain itu syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa akan dilonggarkan bagi membolehkan lebih banyak artis luar negara dari Barat dan negara lain mengadakan pertunjukan di Malaysia.
Dr Asri berkata rancangan untuk menjadikan Malaysia hab hiburan malam akan mempunyai kesan politik selain kesan sosial.
"Saya lihat langkah ini akan memberi kesan besar kepada persepsi masyarakat Islam. Sudahlah kerajaan sekarang kehilangan sokongan daripada orang bukan Islam, ini juga akan menyebabkan (kerajaan) hilangnya sokongan akibat persepsi negatif umat islam," tegas beliau.
"Sudahlah yang sedia ada(kelab malam) kita tidak mampu kendalikan dengan baik dengan gejala sosial meningkat saban hari, kita tambah lagi. Kenapa kerajaan tidak pilih cadangan lain? Mislanya pusat hiburan alternatif yang lebih bersopan seperti nasyid, atau hiburan tradisi yang tidak melanggar nilai-nilai kesopanan?," kata Dr Asri.
Seorang Tokoh Umno Kelantan Siap Untuk Meninggalkan Parti
NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.
Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.
Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.
Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.
Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.
Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat nan mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kecewa dengan tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang didakwanya masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong dua minggu lalu.
Dalam majlis perasmian itu, Dr Zamri didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. DUN Manong terletak dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.
Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".
"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Zawawi memberitahu demikian ketika ditanya mengenai langkah dewan itu menghantar memorandum bantahan mereka kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 22 Oktober lalu berhubung perkara itu.
Katanya, dewan itu hari ini turut menghantar bantahan yang sama kepada kesemua mufti di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, meminta penjelasan mengikut hukum Islam berhubung perkara ini.
Zawawi berharap para mufti dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam tidak terkeliru.
Menurutnya, gambar dan rakaman video ucapara tersebut boleh dilayari dalam lamanweb mereka dan Youtube.
Zawawi berkata, rombongan 15 orang anggota Pemuda PAS Perak menemui Harussani pada 22 Oktober lalu untuk menyampaikan memorandum bantahan tersebut.
Dalam pertemuan di pejabat tokoh agama itu, katanya, Pemuda PAS meminta Harussani menegur atau mengeluarkan fatwa terhadap tindakan Zambry itu.
Zawawi mendakwa mufti perak itu menyatakan rasa kecewanya terhadap tindakan Zambry itu dan berjanji akan menegurnya.
Ku Li menafikan bahawa projek perumahan yang dilancarkan oleh TPM di Gua Musang pada Ahad lalu merupakan projek "mi segera". — gambar fail
Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kempennya masuk hari ketiga hari ini, mempunyai makna yang lebih besar kepada Umno berbanding PAS dalam menentukan arah aliran sokongan orang Melayu, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Oleh itu tegas beliau, Umno perlu mencapai kemenangan di Galas untuk membuktikan bahawa ia masih mendapat sokongan orang Melayu, yang dilihat terhakis banyak pada Mac 2008. BN kehilangan kerusi Galas di tangan PAS buat julung kali pada 8 Mac 2008. Penganalisis meramalkan PAS akan mengekalkan kerusi DUN Galas manakala BN akan menang di Batu Sapi. Tengku Razaleigh berkata, keputusan pada 4 November ini mungkin boleh menjadi ukuran penerimaan rakyat terhadap Umno selepas perhimpunan agung tahunan minggu lalu. "Mungkin, tetapi tidak boleh dijadikan ukuran juga, tinggal lagi kalau kita menang di sini apatah lagi dengan majoriti besar. "Tetapi tak tahulah dapat majoriti besar atau tidak. "Kalau ada perubahan, ia memberi signal bahawa rakyat mulai berubah sikap terhadap Barisan Nasional dan terutama sekali terhadap Umno. "Walaupun ada lebih 20 peratus pengundi bukan Melayu di sini, tetapi makna itu lebih besar," katanya. PAS menerajui kerajaan negeri sejak 1990. Dengan 20 peratus pengundi masyarakat Cina dan lebih kurang 18 peratus pengundi Orang Asli tetapi Galas terletak di negeri yang ramai penduduk Melayu. "Dan, kita juga hilang Kedah, negeri yang ramai penduduk Melayu dan orang Melayu di Terengganu sudah merujuk balik kepada Barisan pada pilihan yang lepas (2004). "Jadi, Umno sangat-sangat perlu kepada sokongan orang Melayu kerana ia parti Melayu. "Kalau negeri-negeri majoriti penduduk Melayu ini tidak memihak kepada Umno makna nampak janggal sikitlah Umno ini," kata beliau dalam temu bual dengan Utusan Malaysia disiarkan hari ini. Mengenai peluang bagi BN, Ketua Umno Gua Musang ini berkata, peluang "kita berganung kepada rakyat." "Kita rasa kita dapat mengatasi beberapa masalah yang dirasakan strategik untuk rakyat seperti perumahan, kehidupan dan sebagainya, umpamanya rumah murah yang kerajaan bina yang kebetulan pada pilihan raya. "Ini bukan diusahakan masa pilihan raya, ia diusahakan lebih lama dulu, cuma kita percepatkan pembinaannya, maka pilihan raya terjadi, begitulah," kata pengarah jentera pilihan raya jentera BN ini. Jadi, kata beliau, pihaknya berpendapat projek rumah ini akan mengubah pemikiran orang terhadap BN dan kerajaan BN kerana menawarkannya pada harga yang mampu dibeli atau dimiliki oleh orang-orang yang tidak mempunyai rumah. "Tujuan kita hendak mengatasi masalah setinggan di bandar Gua Musang yang sedang berkembang," katanya lagi. Sehubungan itu, Tengku Razaleigh juga menafikan projek perumahan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin Ahad lalu sebagai projek "mi segera". "Tak segera, sudah lama diluluskan," katanya lagi. "Ia akan dilaksanakan di tiga kawasan, barangkali sebagai permulaan atau percubaan di Pagoh dan Pekan di Gua Musang. "Jadi, benda ini patut kita buat awal lagi tetapi kerana pelancaran Rancangan Malaysia Ke-10, tertangguh," katanya. Tengku Razaleigh berkata, beliau telah meminta agar projek itu dibuat seberapa segera yang boleh dan secara kebetulan diadakan pilihan raya kecil. "Kebetulan ada pilihan raya. Macam pemberian rumah kepada Orang Asli, saya pun nak buat dengan cepat," katanya lagi.
Bajet 2011 yang dibentang pada 15 Oktober lalu tidak menyebut sebarang langkah konkrit untuk menangani masalah hutang isi rumah.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, laporan Bank Negara Malaysia (BNM) 2009 mendedahkan hutang isi rumah negara tahun ini jika dinisbah pada Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara (KDNK) adalah tertinggi di Asia.
"Hutang isi rumah teleh meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun ini daripada 63.9 peratus KDNK (RM389 bilion) pada tahun lepas," ujarnya petang tadi di lobi Parlimen.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) ketika memetik Laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari BMN mendedahkan, pinjaman isi rumah pada April hingga Jun tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.
Tambahnya, pihak Kaunseling Kredit dan Agensi Pengurusan Hutang Kebangsaan (AKPK) tahun lalu turut merakamkan, hampir 50 peratus dari 3000 yang datang mendapatkan khidmat AKPK adalah dalam likungan umum 30 tahun hingga 40 tahun.
AKPK, katanya lagi turut mendedahkan sebanyak 15 peratus mereka yang terbabit adalah dalam likungan usian 20an.
Beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP) berkata, CiMB Invenstment Bank Bhd. mendedahkan, hutang isi-rumah berpunca daripada hutang rumah dan hartanah (50 peratus); pinjaman kereta (27 peratus); pinjaman peribadi (8.9 peratus); dan hutang kad kredit (6.3 peratus).
"Mier dan pelbagai pihak termasuk Malaysian Rating Corp Bhd. (MARC) telah melahirkan kekhuatiran bahawa trend ini mempunyai potensi untuk mencetuskan pelbagai risiko, termasuk kebankrapan (insolvency) dan menjejaskan pencapaian pertumbuhan ekonomi seandainya penggunaan (consumption) terjejas," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, urus tadbir ekonomi oleh Datuk Seri Najib, seakan dijamin baik oleh Gabenor BNM Tan Sri Ungku Dr. Zetti Athar Ungku Abdul Aziz sebelum ini.
"Gabenor BNM menyebut bahawa mereka (BNM) bersedia dengan pelbagai langkah institutional supaya paras hutang tidak melebihi paras pruden," beliau menambah.
Pemimpin Barisan Nasional Sabah hidup bermewah-mewahan dan sibuk mengumpul harta benda hinggakan kebajikan dan hak rakyat di abaikan lalu menyebabkan warga negeri yang kaya dengan sumber alam ini hidup miskin dan melarat.
Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata dalam kesibukan pemimpin BN mengejar kekayaan mereka telah melupakan tanggungjawab asas membela nasib rakyat miskin dan golongan yang memerlukan bantuan.
Bercakap kepada penduduk Kampung Cenderamata, sebuah penempatan setinggan di pinggir Sandakan semalam, Ansari menambah kegagalan pemimpin yang kononnya berpegang kepada prinsip 'rakyat didahulukan' menyebabkan antara lain masalah perumahan rakyat tidak diatasi, bekalan air dan elektrik tidak dibekalkan, jalan raya berlubang dan tidak berturap serta tidak ada khidmat pengangkutan sampah.
"Ini adalah faktor utama mengapa pengundi Cina di Batu Sapi menolak BN menyebabkan mendiang Edmund Chong kalah di semua kawasan majoriti Cina. Mereka pindah ke Batu 4 dan Batu 7 kerana keselamatan mereka tidak terjamin disebabkan masalah pendatang asing yang sudah tidak terbendung lagi. Akhirnya ekonomi kawasan Tanah Merah dan Bandar Leila di mana dahulunya ramai penduduk Cina semakin kosong dan sudah menjadi 'slum'.
"Malangnya yang memenangkan Edmund Chong ketika itu adalah pengundi Melayu di kawasan Melayu yang hidup melarat dengan pendapatan rata-rata RM200 hingga RM300 sebulan yang hidup di kawasan setinggan yang kotor dan tidak terurus. "Kalau pengundi Cina yang menguasai perniagaan di Batu Sapi sudah tolak BN mengapa pengundi Melayu yang miskin masih mahu terus menyokong BN yang telah mengkhianati mereka," tanya Ansari.
Suara Keadilan yang mengikuti rombongan Ansari ke ceramah kelompok di kawasan tersebut mendapati kampung setinggan itu amat kotor sekali dengan sampah sarap di merata tempat serta mengeluarkan bau yang meloyakan.
Malah jambatan katu (catwalk) yang digunakan oleh penduduk kampung untuk berjala di celah ratusan rumah kayu yang usang dan bertampal dengan zink buruk sudah berlubang-lubang dan membahayakan pejalan kaki.
"Pakatan Rakyat berharap pengundi Batu Sapi mengambil sikap rakyat di Sibu yang mengambil keputusan menolak BN sekali gus menamatkan riwayat parti itu.
"Tuhan telah memberi peluang kepada rakyat Batu Sapi untuk melihat samada mereka mahu membuat perubahan atau tidak , kerana Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah nasib mereka.
"Kemenangan kerusi Parlimen yang pertama bagi Parti Keadilan Rakyat di seluruh Borneo akan menandakan runtuhnya Putrajaya pada pilihan raya umum nanti. Ayuh mari kita sama-sama buat perubahan di batu Sapi dan insyaAllah kemenangan di tangan kita," kata Ansari menyuntik semangat kepada penyokong.
Sebelum itu ketika sampai di Kampung Gas baru, sebuah lagi penempatan setinggan, secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus menyebabkan Ansari terpaksa memberi penerangan berlampukan lilin.
"Inilah akibatnya mengundi BN. Di Semenanjung kalau terputus bekalan elektrik dua minit sahaja riuh satu Semenanjung tetapi di Sabah terutamanya di Batu Sapi rakyat hanya menyerah kepada takdir apabila hari ini ada eletrik, luas tiada, lepas itu ada, dua hari tiada dan begitulah seterusnya yang berlaku selama berpuluh-puluh tahun. Negeri kaya, pemimpin BN yang kenyang dan rakyat terus dihimpit kemiskinan," tegas beliau lagi.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh. Menteri Besar Kelantan itu (gambar) berkata, PAS menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 70-an itu atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukan PAS yang mahu menyertai gabungan itu. "PAS tidak pernah meminta untuk bersatu dengan Umno apabila menyertai BN ketika itu... malah ketika 'ditendang' dari BN, kita tidak diajak untuk berbaik-baik semula sehinggalah selePAS pilihan raya umum ke-12 lalu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini. Nik Aziz berkata, PAS pernah berbaik-baik dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) selePAS Umno tidak menjemput PAS semula menyertai gabungan itu. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam BN. Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP. Ini membuktikan pemimpin PAS suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka, katanya. Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa. Katanya, selePAS itu PAS ditendang keluar daripada parti gabungan BN itu sehingga bekas Presidennya, Datuk Asri Muda dilucutkan daripada Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah. Beliau juga berkata, PAS mempunyai asas yang kukuh untuk bersekongkol dengan DAP dan pernah keluar dari gabungan itu bila DAP gagal menerima perjuangan PAS sehinggalah mereka kembali semula selePAS memahami konsep perjuangan PAS.
Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid. Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati. Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam. "Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasi tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala', yang menggadaikan prinsip Islam," ujarnya dalam satu kenyataan. Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias. PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. "Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini," ujarnya sinis. Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007. Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..begitulah perumpamaan yang layak diberikan kepada pentadbiran Najib-Rosmah...kerajaan Najib-Rosmah dilihat cuba menyembunyikan isu ini dari pengetahuan rakyat terbanyak, namun ternyata percaturan mereka gagal sama sekali..
Kerana itu tidak pelik, Najib tidak mengumumkan atau menyentuh langsung perkara ini ketika perbentangan bajet 2011 dalam dewan rakyat minggu lepas, Najib tidak langsung menyebutnya ketika di dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini..satu percubaan untuk memperbodohkan rakyat khususnya penyokong2 melayu/muslim yg berada di dalam Umno..
Sebelum korang baca selanjutnya, apa kata korang lihat dulu pandangan tokoh-tokoh agama negara dalam isu ini..komentar Ust Zaharudin di SINI, dan kenyataan rasmi Dr Asri di SINI...amaran oleh NGO2 Islam pula boleh rujuk pada tajuk "Hab hiburan: NGO Islam tunggu pilihan raya"...wallahua'lam...
Eh, jap2...khas untuk facebooker yang ada kat sini, sesiapa yg nk join gruop/page membantah 'haram-hub' kerajaan Najib-Rosmah ni, boleh klik 'join' pada link di bawah..sekurang2nya 4 page dikesan telah diwujudkan oleh rakyat Malaysia sepertimana dibawah (mengikut senarai keutamaan)..bersama tunjukkan sensitiviti kita...TQ..
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.
Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Kriteria berkenaan adalah:
1. Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
2. Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
3.Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada "garis panduan yang lebih fleksibel", pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan. - Malaysiakini
Berikut adalah kertas cadangan penuh pembinaan kelab malam yang anda boleh dapat dari SINI..mari kita lihat-satu persatu..
EPP 8: Mewujudkan Kawasan Hiburan Khas
Tindakan
Kami menyasarkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti malam yang lebih meriah di Malaysia di mana hiburan aktiviti malam terpilih dijangka menyumbangkan tambahan pendapatan daripada RM600 juta kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Untuk mencapai hasrat ini, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan untuk merangsangkan pembangunan industri dengan
• Memisahkan kawasan hiburan khas untuk mengurangkan sebarang impak buruk kepada penduduk tempatan kerana kawasan tersebut dibangunkan terutamanya untuk memenuhi permintaan pelawat asing
• Membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
• Mengurangkan nisbah artis tempatan dengan artis asing berbanding dengan syarat yang ditetapkan dalam garis panduan semasa PUSPAL
• Melanjutkan tempoh sah visa bekerja bagi artis dan krew asing berdasarkan jenis persembahan (iaitu persembahan sekali sahaja (one-off), pancaragam dengan kontrak jangka panjang atau pertunjukan produksi jangka panjang) Untuk diiktiraf sebagai zon hiburan, kriteria yang berikut perlu dipatuhi:
• Memenuhi keperluan kalis bunyi sebagaimana yang didefinisikan oleh kod bangunan pihak berkuasa tempatan;
• Mencapai skala minimum purata 1,000 pelawat setiap malam di sesebuah zon hiburan;
• Memastikan kebolehcapaian pengangkutan dan infrastruktur yang mencukupi (contohnya tempat letak kereta, teksi dan bentuk pengangkutan yang lain);
• Ketersediaan rondaan yang mencukupi oleh pasukan polis atau firma keselamatan swasta untuk memastikan keselamatan awam di kawasan berhampiran; dan
• Terletak pada jarak minimum 100 meter dari kawasan kediaman dan keagamaan.
Lima bandar telah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan khas: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Memandangkan Kuala Lumpur bakal menarik lebih banyak ekspatriat, aktiviti hiburan yang lebih meriah merupakan suatu unsur daya boleh huni (liveability) yang penting. Kawasan hiburan yang sedia ada adalah tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market. Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.
362 Bab 10
Memperkasakan Industri Pelancongan
Pewujudan kawasan hiburan baharu akan ditadbir oleh Bahagian Pelan Induk DBKL. DBKL akan bekerjasama dengan badan-badan berkaitan untuk menarik pengendali kelab malam untuk melabur dalam zon hiburan yang diwartakan. Sementara itu, Bahagian Pelesenan DBKL akan bertanggungjawab membantu memudahkan pengeluaran lesen-lesen bagi kelab malam untuk memulakan operasi di dalam kawasan yang dikhaskan.
Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang akan diperlukan adalah RM276 juta dan kesemuanya akan dibiayai oleh sektor swasta.
Impak
Enam buah kelab malam baharu, setiap satunya dengan kapasiti untuk menampung sekurang-kurangnya 900 pengunjung kelab setiap hujung minggu disasarkan untuk memulakan operasi pada awal tahun 2012.
Dua buah kelab malam akan memulakan operasi pada tahun 2013 dan 2014 masing-masing. Menjelang tahun 2014, sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan terdapat di dalam zon hiburan baharu. EPP ini dijangka menjana impak PNK sebanyak RM0.7 bilion dan kira-kira 5,614 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.
Ulasan dan pencerahan tentang kertas cadangan kelab malam dan hiburan oleh blogger amenoworld.blogspot.com boleh rujuk di SINI...ada penyokong berani mati Umno nak jawab atau sanggah?...
"SANDAKAN 28 Okt - Kumpulan perayu undi dan culaan wanita Parti Keadilan Rakyat yang membuat tugasan pilihan raya di Kampung Istimewa dekat sini tengahari tadi ditakutkan dengan tindakan ala gengster segerombolan ahli dan penyokong Umno dan Barisan Nasional yang menhalang dan menakut-nakutkan mereka daripada mendekati penduduk kampung.
Menurut Noraliza Abdul Wahab dari Cabang Permatang Pauh beliau bersama-sama 20 petugas lain sampai di kampung tersbeut kira-kira pukul 11.15 pagi tetapi setiba mereka terus dihalang oleh beberapa petugas bilik gerakan BN yang terletak berhampiran dengan jalan raya."
PKR hari ini membidas BN kerana mengemukakan Datin Linda Tsen sebagai calon pada pilihan raya di Batu Sapi ketika beliau masih lagi berkabung atas kematian suaminya, Datuk Edmund Chung, bekas ahli parlimen Batu Sapi.
Ketika sidang media di Bandar Ramai-ramai hari ini, pengarah pilihan raya PKR, Fuziah berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi BN untuk mencalonkan Tsen yang masih bersedih dan terpaksa membesarkan empat orang anaknya.
"Saya rasa begitu sedih. Saya tahu bagaimana susahnya jadi seorang ahli parlimen wanita. Dalam keadaan suami baru meninggal, seorang wanita masih lagi berkabung, saya rasa cukup sedih kerana beliau dipergunakan sedemikian.
"Kalau saya jadi beliau, saya rasa cukup cukup tertekan kerana dipergunakan untuk jadi calon sedangkan tanggungjawab untuk mengantikan MP Batu Sapi adalah tanggungjawab parti, bukan tanggungjawap isterinya," katanya.
Menurut Fuziah, sebagai seorang balu, Tsen bukan sahaja terpaksa memikirkan tentang dirinya tetapi juga kepentingan anak-anaknya.
"Seorang balu perlu memikirkan tentang anaknya yang perlu menerima kematian seorang ayah yang mati secara mengejut, anak-anak yang masih dalam trauma, beliau yang masih dalam trauma, perlu berhadapan dengan pilihan raya yang begitu sengit, " katanya.
Sambil menyifatkan tindakan BN itu sebagai tidak adil, Fuziah berkata ia juga membuktikan mereka tidak sensitif terhadap keperluan seorang balu dan seorang wanita.
Tsen seorang suri rumah adalah juga guru piano sementara dipilih sebagai calon berdasarkan sentimen bahawa belai mampu meneruskan legasi suaminya.
Dari segi politik, Tsen adalah ahli exco Wanita PBS. Beliau juga adalah timbalan pengerusi Wanita PBS bahagian Elopura.
Dari segi kerjaya, beliau adalah pemain piano yang berbakat dan fello Kolej Muzik Trinitydan mengajar piano secara separuh masa.
Mengulas kelayakan Tsen, Fuziah berkata balu itu tidak layak menjadi perwakilan di Dewan Rakyat.
"Untuk meletakkan seorang suri rumahtangga untuk bertanding di Parlimen, saya rasa tidak adil, bukan mudah untuknya. Bukan mudah untuk berdebat di peringkat Parlimen," kata Fuziah.
Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut
''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"
Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.
Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak. Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.
Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.
Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?
Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula 'keris' pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?
Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula.. Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mat a.
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini.
Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak bajadi sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.
Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020.Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.
Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan "candu hiburan" dan melupakan malapetaka rasuahyang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.
Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan Umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan danrosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luarmeluat untuk datang ke negara ini. Buktinya laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.
Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.
PAS menganggap bahawa hutang yang meningkatdengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.
Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN. Selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyatterpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN perintah. Kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat
Persoalannya apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang. Pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan. Mereka akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya. PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita.
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukandengan bermain dipadang yang tidak sama dan mengubah tiang gol. Ucapan beliau di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang meyebut"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhanraya akan datang. Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh. Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat. Banyak perwakilan Umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin Umno yang tidak memperdulikan rakyat selama ini. Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.
PAS mengharapkan supaya Umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik. PAS hendak tahu juga apa maksuducapan Presiden umno "walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!. Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini. Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini. PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan tektik undang-undang dharurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada Umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini. PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui tektik kotor. Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004. Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat. Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.
Datuk Seri Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan "Pak Pandir" dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
PAS berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektartanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion.
Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.
"…Menyanyi, Menari, Makan, Main….inilah 4M benda yang dilakukan dorang (KEMAS)… Tetapi tuan-tuan…kalau tuan2 tengok PASTI..kita boleh bandingkan pelajar2 yg masuk PASTI dan pelajar2 yg masuk KEMAS….kalau tuan/puan tengok Pelajar yang masuk PASTI berbeza dengan pelajar yang masuk KEMAS..
Pastu kita nak marah bila pelajar masuk PASTI pasal apa, dia CERDIK dari kita…patut kita ikut selibus dia..dia ajar apa..baca al-Quran, cakap Bahasa Inggeris, cakap Arab, Cakap Tamil, dan sebagainya… Tetapi kita marah..sebab (padahal) rakyat sekarang nak yang lebih baik daripada sekarang…"Kalau selama ini dakwaan pembangkang (PAS) ditepis begitu sahaja, kononnya syok sendiri, tiada bukti kejayaan dan keberhasilan, kemudian difitnah kononnya merosakkan minda pelajar2, menggelapkan masa depan pelajar2, undur kebelakang, mundur berbanding tadika kerajaan dan lain2..kali ini, cukup bawakan rakaman video dibawah ini, mereka pasti terdiam kaku....
Syarahan/khutbah oleh pelajar PASTI Negeri Kedah yg telah menjuarai acara berkhutbah dalam Ihtifal PASTI Pusat bertempat di MENTALON KEDAH..
YOGYAKARTA: Setelah meningkatkan aktivitinya sejak dua minggu lepas, Gunung Merapi akhirnya meletus Selasa pada pukul 5.02 petang waktu tempatan dengan menghembus abu vulkanik setinggi 1,500 meter dan menurunkan hujan debu.
Ribuan penduduk di kawasan radius 10 kilometer dari kaki gunung itu telah dipindahkan pihak berkuasa tempatan ke kawasan selamat. Setakat ini belum ada maklumat mengenai korban jiwa akibat bencana ini.
Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana, Badan Geologi, Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral, Surono yang dihubungi Bernama melalui telefon berkata sejak letusan pertama hingga sekarang, letusan masih berlaku namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana keadaan cuaca gelap.
Dalam siaran langsung televisyen kelihatan hujan abu yang pekat menyiram kawasan pusat pemindahan penduduk di Desa Hargobinangun, di daerah Sleman, Yogyakarta, yang berjarak 15 kilometer dari kaki gunung berapi teraktif di dunia itu.
"Saya harapkan pegawai daerah kawasan terbabit untuk mempercepat pemindahan penduduk setelah selesai prosedur yang telah disepakati," katanya.
Sementara itu sekumpulan 34 pelajar Malaysia di sebuah pesantren di Secang, Magelang sedang dipindahkan ke kawasan selamat.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar yang dalam perjalanan untuk proses memindahkan pelajar terbabit telah ditimpa hujan abu gunung berapi itu semasa mereka di Magelang.
"Saya bersama Ludinata (Atase Pendidikan) dan Dr Nazaluddin dalam perjalanan untuk menyelamatkan pelajar-pelajar di Magelang.
"Setelah setengah jam perjalanan, tiba-tiba pandangan menjadi kabur dan gelap gelita. Rupa-rupanya hujan debu dan lumpur telah menimpa semua kenderaan dan di daratan.
"Jalan raya penuh dengan lumpur. Dan jarak pandangan menjadi pendek. Sesampai di stesen minyak, kami berhenti untuk meninjau keadaan kereta. Amat terkejut kerana badan kereta dipenuhi lumpur," katanya.
Setelah keluar dari kereta mereka terpaksa memakai topeng muka dan sesak nafas kerana udara bersih telah menipis.
"Tambahan saya ada asma. Hujan debu menimpa badan kami dan serta merta baju menjadi putih akibat lumpur. Kami meneruskan misi ke Magelang untuk bertemu para pelajar Malaysia," katanya. - BERNAMA
You are subscribed to email updates from PEMUDA BESUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahad baeu ni, 24 Oktober 2010, berita ana terima dari rakan sekampong, satu kejadian kemalangan jalanraya melibatkan lori pasir dan motosikal penunggang wanita dari Tok Sedau, Kpg Bharu, diatas jambatan sempit Masjid Pondok Hampar, Pendang, katanya mangsa meninggal ditempat kejadian diatas jembatan itu juga, takziah kepada keluarga mangsa. Apa yang ana kesalkan adalah kerja pelebaran jalan Penddang ke Sungai Tiang ni, tender sudahpun dikeluarkan pada 12 Julai 2005 lagi, masa tu DS Samy Vellu jadi menteri JKR.Menurut beliau, projek itu akan dimulakan penghujung tahun 2005. Sudah ana bangkitkan perkara ini diddalam perbahassan bajet semasa PM dulu dan dulu persoalan sudah ditimbulkan kepada Menteri didalam sessi soaljawab parlimen juga. Sampai bilakah agaknya hal ini akan berterusan dengan jalan yang sempit ini, kerana mengikut warta kerajaan bertarikh 31 Ogos 2006, no 431 pengambilan balik tanah untuk menaiktaraf jalan K128 dan K151 dari Pekan Pendang ke Kampong Sawa Kechil , Mukim Padang Pusing dan Ayer Puteh , Kedah Darulaman. Tender JKR juga telah dikeluarkan pada 12.7.2005. Apakah lagi yang harus ditunggu, apakah kerana Menteri sudah bertukar dan kerajaan negeri sudah bertukar maka rakyat akan terus dimangsakan sehingga lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa kerakusan lori tanah dan pasir yang bermaharajalela dijalanraya ini. Begitu juga dengan jembatan yang menjadi bottle neck dibeberapa tempat yang menjadi masalah kepada kenderaan kecil, di Pondok hampar, di Seberang Pendang, di Tajar dan Titi Haji Idris, sudah banyak kali ana timbulkan didalam perbahassan baik bajet maupun Titah diraja,namun masih tidak diberi perhatian, dari satu RMK ke satu RMK yang lain, apa yang depa nak buat warisan Merdeka 100 tingkat, MRT 43 billion, dan kelab malam untuk tingkatkan ekonomi rakyat jadi negara berpendapatan tinggi. Hai, apa nak jadi dengan rakyat, akhirnya rakyat diutamakan , rakyat yang kena geles lori, rakyat yang makan sehari sekali, kos nak baiki Mahligai PM saja menelan belanja RM 65 juta, padahal masa TUn Abdullah nak masuk hari tu, baru saja ubahsuai....nasib badan la aduhai rakyat Malaysia..!!
Ana copy and paste daripada blog From vehicles to life, agak menarik dan santai ulasan dia, namun boleh memberikan kesedaran kepada semua terutama Ulamak Muda UMNO.Nak pertahan lagi ke yang ni, PPIM dah bangun dah, syabas sahabat ana di Asrama Klinikal dulu, Dato' Dr Maamor Osman, ayuh bersama kita. ETP : Ekonomi Tempah Penyakit
Economy Transformation Programme (ETP) bertujuan mewujudkan satu perubahan drastik ekonomi dalam negara kita. Tujuannya agar ekonomi kita dapat berdaya saing dengan jiran - jiran kita seperti Singapura dan Indonesia.
Tapi apakah program ekonomi tersebut benar - benar berjaya? Apakah program tersebut akan membawa ekonomi kita dengan lebih dinamik sihat?
Lihat kenyataan ini : "Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP" Sumber : Malaysiakini
Saya seorang Muslim. Memang dalam agama Islam melarang sama sekali mewujudkan kelab - kelab malam kerana khuatiri akhlak anak muda Islam akan hancur dan rosak sama sekali. Apakah agama lain juga tidak sedemikian? Biarlah rakan - rakan dari agama lain yang menjawapnya.
Najib akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang mementingkan hiburan semata. Kuala Lumpur, Langkawi dan banyak tempat lain lagi akan dijadikan kawasan ekstrem hiburan. Ya, bagi setengah orang pasti ianya akan menyokong. Tapi jika kita sering kecoh mengenai kes buang bayi, moral pelajar sekolah rendah dan bermacam - macam lagi, inilah punca segalanya. Hiburan melampau mengundang rosaknya akhlak remaja.
Tanya pada diri kita khasnya ibubapa, mahukah anda melihat anak - anak kita terlibat dengan gejala tidak sihat ini? Bohong kalau Najib kata orang Islam tidak boleh masuk disko. Bohong Najib kata kita akan buat penguatkuasaan ketat. Bohong. Semuanya bohong. Lihat Genting. Berapa ramai orang Islam telah masuk ke dalam kasino tersebut.
Anak - anak kita harus diselamatkan. Ekonomi yang Najib perkenalkan makin karut. Dari bangunan 100 tingkat hinggalah budaya hiburan yang melampau. Tiada satu pun membantu menjana pendapatan rakyat di kampung. Tiada satu pun membantu masyarakat miskin di kampung - kampung. Sebaliknya Najib hanya membangunkan ekonomi yang kita sendiri tidak tahu mana hala-tujunya.
Undi Barisan Nasional membawa keruntuhan negara. Kita sedang mengalami kehancuran. Tindakan tergesa - gesa mewujudkan kelab malam sudah pasti membawa masalah dadah. Jangan nafikan. Ini hakikat. Mewujudkan kelab malam akan mewujudkan kes - kes pelacuran. Ini adalah hakikat.
Sekarang buat semua rakyat Malaysia tak kira Muslim, Hindu, Buddha, Kristian dan lain - lain. Buatlah penilaian yang baik. Sama ada kita masih mahu menyokong BN atau tidak.
Beberapa Para Pimpinan Parti KeADILan yang akan bertanding merebut jawatan dalam parti telah menjelajah beberapa cabang parti di seluruh Perak termasuklah di Batu Gajah. Antara pimpinan yang menyertai program ini termasuklah calon 'popular' bagi Timbalan Presiden YB Azmin Ali, YB Sivarasa, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Srikandi Siti Aishah dan banyak lagi. Program itu telah dihadiri oleh ahli PKR di sekitar Batu Gajah.
Timbalan Ketua Cabang KeADILan Batu Gajah Sedang Menunggu kedatangan para pimpinan
Para Pemimpin tiba
Para penyokong menyambut kedatangan YB Azmin Ali
YB R Sivarasa sedang menyampaikan ucapan
Antara Ahli PKR yang Hadir
Para Pimpinan KeADILan yang akan bertanding
Para pemuda
Beliau menerangkan Manifesto Reformasi Menuju Putrajaya
ucapannya turut bersemangat
ucapan YB Azmin Ali langsung tidak menyerang peribadi lawannaya
YB Sivarasa akan bertanding mengekalkan kerusi Naib Presiden
Ketua Srikandi, Siti Aishah
YB Dr Xavier Jayakumar turut mengikuti program tersebut
Ketua AMK Batu Gajah, Sdr Fuad sebagai pengerusi Majlis
Ketua Cabang PKR Batu Gajah
YB Azmin Ali memperkenalkan pimpinan yang akan bertanding
YB Azmin bersama ketua AMK Batu Gajah Para penyokong tidak melepaskan peluang bergambar dan beramah mesra bersama pemimpin
KOTA BAHARU, 28 Okt – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh. Menteri Besar Kelantan itu (gambar) berkata, PAS menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 70-an itu atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukan PAS yang mahu menyertai gabungan itu. "PAS tidak pernah meminta untuk bersatu dengan Umno apabila menyertai BN ketika itu... malah ketika 'ditendang' dari BN, kita tidak diajak untuk berbaik-baik semula sehinggalah selePAS pilihan raya umum ke-12 lalu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini. Nik Aziz berkata, PAS pernah berbaik-baik dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) selePAS Umno tidak menjemput PAS semula menyertai gabungan itu. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam BN. Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP. Ini membuktikan pemimpin PAS suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka, katanya. Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa. Katanya, selePAS itu PAS ditendang keluar daripada parti gabungan BN itu sehingga bekas Presidennya, Datuk Asri Muda dilucutkan daripada Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah. Beliau juga berkata, PAS mempunyai asas yang kukuh untuk bersekongkol dengan DAP dan pernah keluar dari gabungan itu bila DAP gagal menerima perjuangan PAS sehinggalah mereka kembali semula selePAS memahami konsep perjuangan PAS. – Bernama
GUA MUSANG: Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti Islam itu dengan isu agama. Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein memberikan amaran agar juru kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka.
Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang Hishamuddin dari dipermainkan. Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh". Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi). Komen PAS Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke atas bahan kempen seumpama ini. Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini. "SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini. Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen sebegini," kata Nasir. Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini. Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding. Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada bahan kempen tersebut. Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut. Komen DAP Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung. "Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya.
Kain rentang perkauman.. GUA MUSANG 28 OKT 10: Pekerja-pekerja pilihan raya PAS dan DAP telah menurunkan sehelai kain rantang yang dijumpai pagi semalam yang tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: "Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Bercakap pada sidang media selepas menurunkan kain rentang itu, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan [...]
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ Tak sangka pulak aksi komedi dan ucapan dalam filem hitam putih 'Madu Tiga' arahan dan lakonan P.Ramlee wujud dizaman kini, di alaf millennium ini. Ketika Ramlee lari dihambat madunya dengan kereta spot merah Sunbeam, seorang apek yang ingin membunuh diri terjun dari pokok dan jatuh atas kereta yang dipandu P.Ramlee. kata-kata yang diucapkan [...]
1 ulasan:
[url=http://ivlkrwnnz.com]XDuIqYws[/url] - VUNjSPlLtFnREtT , http://hhmgziigpu.com
Catat Ulasan