Pengikut

BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 11:04 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 11 Oct 2010 09:24 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI MUAR 1431H

Posted: 11 Oct 2010 09:11 AM PDT

Lajnah Tugas-Tugas Khas PAS Kawasan Muar di bawah pimpinan Tuan Hj Saman Sharif, dengan kerjasama ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim, telah mengadakan Majlis Meraikan Bakal-Bakal Haji 1431H Kawasan Muar.

Majlis telah dilangsungka di Dewan Madrasah Ribat Pt Perupuk,Jalan Temenggong Ahmad,Muar pada jam 8.00 malam hari Khamis 7 Oktober 2010 (28 Syawal 1431H).Majlis dimulakan dengan solat Isyak bersama diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis,Tn Hj Saman Sharif,Ucapan YB Dr Mohamad Taslim selaku ADUN Maharanidan bacaan doa oleh Ustaz Abu Bakar Mohd Lajat,YDP PAS Kawasan Muar.

Majlis diteruskan dengan pemberian wang tunai kepada lebihkurang 40 orang bakal-bakal haji oleh YB Dr Mohammad,YBhg Ustaz Abu Bakar Mohd Lajat dan YBhg Tuan OCPD Muar,ACP Mohd Nasir Ramli.Di antara tetamu Allah yang diraikan termasuklah Tuan OCPD Muar dan isteri,serta Sdr Malik Md Diah (Naib YDP PAS Muar) dan isteri.

Jamuan telah dihidangkan sebelum majlis bersurai.


Tetamu Allah (muslimat)
 
Tetamu Allah (Muslimin)

Gambar-gambar lain akan menyusul..............................




PROJEK 121 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 2010 -2012

Posted: 11 Oct 2010 08:51 AM PDT

Pendidikan Agama Negeri Johor bermula sejak Tahun 1895 ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar.Pada mas ini terdapat 552 buah sekolah agama dalam Negeri Johor..Sebanyak 384 buah sekolah mempunyai bangunan sendiri sementara 168 buah menumpang di Sekolah Kebangsaan atau balai raya.

Kerajaan Negeri Johor hanya mampu memperuntukkan RM15 juta setahun bagi membina  5 atau 6 buah sekolah agama.Untuk memenuhi keperluan terhadap sekolah agama yang semakin bertambah Kerajaan Negeri Johor mengambil pendekatan pembiayaan kreatif bagi membina 121 sekolah agama dalam tempoh 2 tahun (Oktober 2010 - September 2012) dengan kos RM280 juta.

Pada bulan Ogos 2010 yang lalu Kerajaan Johor telah melantik MysysNet Development Sdn. Bhd.sebagai pemaju utama.Pembayaran akan dilangsaikan dalam tempoh 15 tahun (sehingga tahun 2025).Menurut Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor,Dato' Hamsan Saringat,mulai tahun 2010 hingga 2025,setiap tahun kerajaan Negeri Johor akan membuat pembayaran sebanyak RM19.5 juta  kepada pemaju.Ini meramngkumi bayaran untuk 97 buah sekolah dari Fasa Satu hingga Fasa Empat yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri (70%) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebanyak 30%.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MusysNet Development Sdn. Bhd. ,Mohd Sees Mohd Ali, 30 kontraktor tempatan akan dilantik dengan keutamaan akan diberikan kepada kontraktor dari daerah di mana projek yang tersenarai dijalankan.

Daerah
Bilangan Sekolah
Johor Bahru
 24
Batu Pahat
 24
Muar
 18
Pontian
 13
Ledang
 11
Segamat
 10
Kulaijaya
   6
Kluang
   5
Kota Tinggi
   5
Mersing
   5
Jumlah
121

MASJID BARU ,TANDAS TIADA ?

Posted: 11 Oct 2010 04:19 AM PDT

Kariah Masjid Parit Bakar Darat Muar bersyukur kerana akhirnya mereka dapat peruntukan membina sebuah Masjid Baru di tapak yang sama menggantikan masjid papan yang telah diwakafkan oleh penduduk tempatan berpuluh tahun yang lalu.

Malangnaya masjid yang hampir siap ini diberitakan tidak berpagar dan tidak mempunyai tandas awam.Pernahkah anda membina rumah atau bangunan tanpa tandas?Memang unik pembinaan Masjid Parit Bakar Darat ini.

YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani telah mebawa isu Masjid Lama di Parat Bakar Darat dan Parit Pinang Seribu Darat dalam dua Sidang Dewan Negeri Johor yang lalu seperti dilampirkan di bawah ini.

Dalam Sidang Dewan Negeri Johor pada 30 September 2010 yang lalu sekali lagi ADUN Maharani membangkitkan isu Masjid baru tanpa tandas.Lihat jawapan YB Dato' Pengerusi Agama yang mengesahkan bahawa masjid ini di bina tanpa tandas kerana tidak cukup peruntukan!!!! Nasib Masjid Negeri Johor......

Khabarnya Masjid Baru Parit Pinang Seribu Darat yang dibina serentak dengan Masjid Parit Bakar Darat lengkap dengan pagar dan tandas.Ia dibina oleh kontraktor lain.Bagaiman boleh jadi begini?
___________________________________________________________________________________


(PETIKAN)
Ucapan Bajet 2009 Adun Maharani

Penambahan pembinaan masjid sebanyak 32 buah dengan peruntukan sebanyak RM53 juta telah diumumkan. Di dalam DUN Maharani masih ada lagi 2 buah masjid papan iaitu di Parit Bakar Darat dan Parit Pinang Seribu Darat. Pembinaan masjid Parit Bakar Darat ini sepatutnya telah dimulakan tetapi tiada tanda-tanda ia akan didirikan. Mohon dipertimbangkan. 

YB Dr Mohammad dan jamaah Masjid Lama Pt Bakar
di minggu terakhir solat Jumaat.

_________________________________________________________________________________

(PETIKAN)    UCAPAN PERBAHASAN MENJUNJUNG KASIH
TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR
SEMPENAPERASMIAN PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN YANG
KEDUA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KEDUA BELAS
OLEH
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN KAWASAN MAHARANI
30 Jun 2009

YB Datuk Speaker

Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan isu-isu dalam Kawasan Maharani.
Syukur alhamdulillah pembinaan dua buah masjid baru di Kg Pt Pinang Seribu Darat dan Pt Bakar Darat ,menggantikan masjid kayu,telah bermula bulan ini.Sekurang-kurangnya setahun baru siap.Terima kasih diucapkan kepada kerajaan.Kami di Maharani nampaknya lebih beruntung daripada Kempas
Penduduk Pt Pinang Seribu Darat sekarang bersolat Jumaat di Surau Kiyai Rushdi di Kg Pt Punggur Jln Sri Tanjung.Surau yang dinaiktaraf ini perlukan peruntukan untuk menambak dan mengetarnya untuk tempat letak kereta dan kemudahan lain,dan memagarnya untuk keselamatan.
Penduduk Pt Bakar Darat pula bersolat Jumaat di surau Pt Amat Darat Jln Sri Tanjung.Keadaan surau ini sempit dan bangunan tambahan sementara tidak sesuai untuk beribadat.Mohon peruntukan untuk menaiktaraf kedua-dua surau tersebut.

Masjid baru Pt Bakar Darat dalam pembinaan .
Malangnya tiada TANDAS  !!!
__________________________________________________________________________________

SOALAN LISAN ADUN MAHARANI DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS,30 SEPTEMBER 2010:

SOALAN 18  (A55)

Masjid Parit Bakar Darat  dalam DUN Maharani telah hampir siap dibina.Ahli Jawatankuasa masjid medmaklumkan bahawa pembinaan masjid baru ini tidak termasuk pagar dan tandas awam.Mengapa perkara ini belaku dan adakah peruntukan tambahanuntuk pembinaan pagar dan tandas?

JAWAPAN YB DATO' HAJIZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pembinaan baru Masjid Parit Bakar Darat telah dimulakan pada Mei 2009 yang lalu dan dijangka siap dalam tahun ini.

Beberapa butiran terpaksa dibuat rationalisation pengurangan skop berasaskan peruntukan yang ada. Kerja-kerja terpaksa dikurangkan dalam skop pembinaan termasuklah penolakan kerja pagar dan tandas awam.Walau bagaimanapun, bangunan induk tetap dapat dijalankan pembinaannya.

Pembinaan pagar dan tandas akan dilaksanakan sekiranya ada peruntukan.

 


PAS Youth Wing for Lembah Pantai

Posted: 11 Oct 2010 09:15 PM PDT

PAS Youth Wing for Lembah Pantai


Pendaftaran pelajar PASTI sesi 2011/1432H

Posted: 11 Oct 2010 07:01 AM PDT


Makluman kepada semua, sesi pendaftaran pelajar baru untuk ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bagi sesi 2011/1432H untuk kawasan Lembah Pantai kini dibuka. Anda boleh lah klik kepada poster di bawah untuk maklumat lanjut.


Sebarkan kepada teman-teman anda demi kemenangan Islam!

PAS Negeri Sembilan

Posted: 11 Oct 2010 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Hj Mohd Sabu 13 Okt 2010 di Gemencheh

Posted: 11 Oct 2010 07:00 AM PDT

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Tn Hj Mohd Sabu
YB Ng Sue Lin
Rabu 13 Oktober 2010
Jam 9 malam
Di Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut hubungi Shamsul 019-6532973

n12selinsing

Posted: 11 Oct 2010 09:06 PM PDT

n12selinsing


Jamuan Rakyat sempena Aidilfitri

Posted: 10 Oct 2010 09:39 PM PDT

Kelmarin 10.10.10 telah berlangsung dengan jayanya majlis jamuan rakyat sempena Aidilfitri PAS Kawasan Bagan Serai yang diadakan di Dewan Ustaz Abdul Wahab Noor, Masjid Tinggi. YB Haji Ramli Tusin dan YB Haji Husin Din serta Jawatankuasa PAS Kawasan Bagan Serai mengalu-alukan kehadiran tetamu pada hari itu. Antara pimpinan yang hadir adalah PJ PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Husin,Ustaz Misbahul Munir,YB Khalil Idham,YB Yunus.Turut hadir adalah ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS. walaupun syawal telah meninggalkan kita namun kemeriahannya masih terasa dengan kehadiran lebih 2 ribu penduduk setempat dan dari kawasan parlimen yang berhampiran. Berbagai jenis juadah disediakan oleh petugas kepada tetamu yang hadir. Majlis yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir 4.30 petang.


petugas menghidangkan laksa



mee goreng menjadi tarikan utama




YB Khalil Idham diiringi anggota Jabatan Amal


YB Yunus Jamsari turut hadir


Mr Beh menyampaikan ucapan


ketibaan Pesuruhjaya dan setiausaha Pas Perak disambut YDP Pas Kawasan

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 11 Oct 2010 07:31 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


UMNo dan Melayu

Posted: 11 Oct 2010 06:04 PM PDT

Sudah tiba masanya orang-orang Melayu berubah dan mengalihkan sokongan mereka daripada menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada menyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Umno dan BN yang telah memerintah negara ini selama 53 tahun, sebenarnya telah 'melekakan' dan melemahkan orang-orang Melayu.

Mereka (Umno dan BN) melekakan orang Melayu dengan slogan 'Hidup Melayu' dan hanya meletakkan agama Islam sebagai perkara sampingan, sedangkan Islam adalah asas kekuatan orang Melayu sebenarnya.

Perjuangan mendahulukan bangsa Melayu terbukti kini menjadikan orang-orang Melayu semakin 'terhakis'.

Antara tindakan Umno dan BN melemahkan orang Melayu adalah dengan menghapuskan tulisan jawi dikalangan orang-orang Melayu.

Tulisan Jawi merupakan tulisan bahasa Melayu yang gagal dihapuskan oleh penjajah walaupun mereka menjajah beratus tahun lamanya.

Tetapi, tulisan Jawi berjaya 'dibuang' oleh pemerintahan Umno dan BN selepas negara mencapai kemerdekaan dari penjajah.

Tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf al-Quran tidak berjaya dihapuskan oleh orang-orang Inggeris, tetapi berjaya dihapuskan oleh pemimpin Umno dan BN.

Ia bermakna pemimpin Umno dan BN meneruskan kerja-kerja orang Inggeris, menghapuskan tulisan jawi dan melemahkan agama Islam.

PAS memimpin Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Muafakat ketiga-tiga parti ini untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia kepada satu pemerintahan yang adil.

PAS, DAP dan PKR telah bersepakat menerima beberapa dasar yang berkait dengan agama, bahasa dan hak keistimewaan orang Melayu bumiputera.

DAP telah menerima Islam sebagai Agama Persekutuan, menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hakikat perlunya Hak Keistimewaan Orang Melayu Bumiputera.

DAP menerima dasar-dasar tersebut kerana sedar dan faham bahawa Melayu merupakan teras politik Malaysia.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju dan menandatangani perkara tersebut dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Shah Alam pada 19 Disember, 2009.

Pemerintahan Umno dan BN selama 53 tahun lalu turut merosakkan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Kilang-kilang arak dan tempat-tempat judi tidak dibuka dan diadakan sewaktu Inggeris menjajah dan menguasai tanah air.

Kilang-kilang arak dan pusat-pusat perjudian telah dibuka setelah merdeka apabila Umno dan BN menjadi kerajaan.

Tidak berbaloi kepada orang-orang Melayu terus memberikan sokongan kepada parti Umno dan BN sedangkan mereka sedang dan terus menjahanamkam Islam dan menghapuskan orang Melayu itu sendiri.

Tidak padan, apabila orang-orang Melayu dapat upah RM50, walaupun RM1000 apabila mengundi Umno dan BN dalam pilihanraya, sedangkan Umno dan BN merosakkan aqidah orang-orang Islam dan membunuh bangsa Melayu.

PAS : Jadi ketua PR pun orang kata, jadi pengikut pun orang kata jugak.

Posted: 11 Oct 2010 05:57 PM PDT

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini. Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke 57 pada hari Ahad 10 Okt.'10, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka PAS akan menjadi 'kapten'nya. PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya apa masalahnya jika PAS menjadi Kapten PR?

Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa. PAS berkeyakinan bahawa Islam di turunkan atas mukabumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia. Buktinya sekitar kampung Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sendiri di Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan berniaga bersama orang Melayu yang beragama Islam. Bilangan masyarakat Cina tidak sampai 10% di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh hidup selesa. Islam menjamin keselamatan semua umat manusia. Jika terdapat kelemahan bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya yang tidak melaksanakan Islam yang sebenar. Kemuliaan bangsa Melayu itu hanya apabila ia berpegang kepada Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam maka kita akan dapat melihat kehancurannya.

Berapa ramai orang Cina di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tertindas semasa pemerintahan PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Altenatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) daripada tahun 1990 hingga sekarang? Jika Islam itu zalim, maka PAS sudah menindas masyarakat bukan Islam sejak tahun 1990. Jika Islam itu tidak bertamadun maka sudah beribu orang bukan Islam yang dibunuh oleh PAS. Islam melarang memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Hak memilih agama adalah hak masing-masing. Agama bukan untuk ikut-ikutan tetapi diikat dengan keyakinan teguh dalam hati yang ikhlas. Bagi Islam, tiada paksaan dalam agama. Namun apabila telah menganutnya, tiada pilihan melainkan wajib mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan Allah.

Islam menentang perkauman sempit. Islam melarang umatnya berlaku zalim dan menafikan hak orang bukan Islam. UMNO adalah parti perkauman. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek , jangan mengambil contoh pegangan agama Islam daripada UMNO. Sebahagian besar pemimpin UMNO gagal menunjukkan ciri-ciri Muslim yang sebenar. Sebelah tangan memegang Islam sementara sebelah tangan lagi menerima rasuah. Dalam Islam tidak boleh bercampur antara yang baik dengan yang jahat. Parti perkauman seperti UMNO tiada panduan yang jelas tetapi PAS jadikan Al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad sebagai panduan yang jelas. Ini termaktub dalam perlembagaan PAS. Tidak ada satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam. Kalau Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek terjumpa satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam sila kemukakan dengan segera.

Dalam Islam tiada halangan bagi orang bukan Islam melaksanakan ibadat dan amalan masing-masing seperti meminum arak, memakan daging kinzir dan lain-lain. Pernahkah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek melihat orang alim yang melarang penjualan daging khinzir kepada masyaraka Cina di kampung-kampung sekitar Batu Pahat. Mereka bebas melakukan aktiviti perniagaan ini. Itulah ajaran Islam sebenar. Islam hanya melarang penjualan barang terlarang seperti arak dan daging khinzir kepada orang Islam sahaja.

Sekarang UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah tidak dapat mengawal rasuah dalam negara. Penaiktarafan BPR kepada SPRM tidak dapat membantu imej negara keluar daripada budaya rasuah. Dalam Islam rasuah boleh dihindari dengan menyemai perasaan takut kepada Allah S.W.T. Segala perbuatan kita mesti dirujuk kepada perintahNya. Umat Islam berkeyakinan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan azab neraka apabila mati kelak. Semua orang tidak terlepas daripada mati. Oleh kerana UMNO mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan urusan politik daripada agama maka perbuatan rasuah tidak dikaitkan dengan kemarahan Allah S.W.T dan seksaan api neraka. Secara automatik masyarakat Islam beranggapan rasuah itu tidak menjadi kesalahan yang membawa manusia masuk neraka. Sebab itu tidak mustahil umat Islam yang berfahaman sekular boleh memakai serban yang tebal tetapi tetap melakukan rasuah. Sebenarnya tidak banyak kos diperlukan untuk membanteras rasuah mengikut ajaran Islam sebenar. PAS mempunyai rekod yang jelas dalam isu rasuah ini. Tiada seorang pun exco PAS yang terlibat dengan rasuah di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bandingkan pula dengan UMNO, berapa ramai pemimpinnya terlibat dengan rasuah. Itulah bukti Islam sebenar yang dibawa oleh PAS dan bukan Islam sekular yang dibawa oleh UMNO. PAS didik pemimpinnya dengan Islam sebenar. Dengan Islam sebenarlah PAS dilihat mempunyai integriti yang tinggi.

Orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina menguasai ekonomi dalam negara ini. Islam menjamin harta-harta mereka. Islam melarang umatnya merampas harta orang bukan Islam. Islam juga melarang umatnya mencuri dan merompak harta orang bukan Islam. Jika mengikut ajaran Islam sebenar jenayah dapat dikurangkan. Negara kita sudah terlalu tepu dengan jenayah sehingga sangup membunuh dan membakar mayat manusia dengan begitu kejam sekali. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa Islam dapat mengurangkan jenayah dalam sesebuah negara. Itulah bukti bawa Islam sebenar dapat mengatasi masalah jenayah dalam negara. PAS tidak mampu menggubal sebarang undang-undang Islam jika rakyat tidak menyetujuinya. Oleh itu PAS mengambil pendekatan mendidik terlebih dahulu terhadap prinsip-prinsip keadilan yang terdapat dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. PAS yakin suatu masa nanti rakyat Malaysia akan terbuka hatinya untuk menerima undang-undang Islam. Hati manusia sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya adalah milik Allah S.W.T. Dialah yang membuka hati atau menutup hati rakyat Malaysia. PAS berserah sahaja kepada Allah S.W.T setelah berusaha mendidik rakyat memahami keadilan dalam Islam. PAS yakin suatu masa nanti mereka yang bernama Ah Chong atau Ramasami secara relahati memohon keadilan dalam Islam untuk melindungi nyawa, akal, harta dan keturunan mereka.

Antara kegagalan UMNO dalam memerintah negara ini adalah gagalnya UMNO mendidik masyarakat Islam menjadi umat Islam yang cemerlang dalam pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Statistik menunjukkan bahawa remaja Islam menjadi juara masalah sosial dalam negara. Dalam pencapaian akademik pula kualiti pelajar Islam lebih rendah daripada bukan Islam. Keadaan tidak seimbang inilah menyebabkan dasar afirmatif terpaksa dikenalkan sehingga ke hari ini. Sebenarnya dasar afirmatif sudah tidak diperlukan lagi jika kedudukan sosio-ekonomi semua masyarakat sudah seimbang. Islam yang sebenar mampu membina jatidiri remaja Islam sebenar. Buktinya sekolah-sekolah aliran agama Islam di negara ini menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik dan tidak menghadapi masalah sosial yang besar dibandingkan sekolah yang bukan aliran Islam. Umat Islam yang hampir dengan Tuhannya dapat menghindarkan diri daripada gejala yang tidak bermoral. Oleh itu agenda utama PAS dan PR jika memerintah negara ini adalah membina hubungan mantap remaja dengan Tuhannya. Tentunya modalnya tidak sebesar Program Rakan Muda atau PLKN.

Islam sebenar dapat menjaga nyawa, harta, keturunan dan akal fikiran manusia. Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) penuh yakin masyarakat bukan Islam lebih selamat bersama Islam sebenar. Mereka boleh mengundi PAS dan PR dalam pilihanraya akan datang. Jika masyarakat bukan Islam merasa tidak selesa dengan cara-cara PAS maka mereka boleh menyalurkan pandangan mereka kepada Dewan Himpunan PAS, DAP/PKR rakan sekutu PAS atau NGO yang berkaitan. Negara kita adalah sebuah negara demokratik. Tempoh 5 tahun bukannya lama. Jika masyarakat bukan Islam tidak selesa dengan PAS dan PR maka pilihanraya seterusnya pilihlah UMNO-BN. Pada waktu ini, apakah masyarakat bukan Islam lebih rela bernaung di bawah UMNO-BN yang telah terbukti tidak mampu menjaga kepentingan rakyat Malaysia dengan peningkatan rasuah, jenayah, kemerosotan ekonomi dan sebagainya. Atau masyarakat bukan Islam perlu mencuba pemerintah baru yang menjanjikan pemerintahan yang lebih bertanggungjawab, telus, demokratik dan adil. Sebahagian usaha ini telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah menjadi Exco Kanan Kerajaan Negeri Johor, Ahli Parlimen Labis dan Pengerusi MCA Batu Pahat. Sudah tentunya beliau mendapat gambaran Islam daripada daripada Tan Sri Muhyidin bin Mohammad Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Dato' Abd. Ghani Othman(Menteri Besar Johor). Saya kira Datuk Seri Dr Chua Soi Lek belum mendapat gambaran Islam sebenar daripada PAS khususnya PAS Johor. Saya mencadangkan kepada beliau agar mendapatkan maklumat Islam sebenar daripada anak-anak Johor seperti Dato' Mahfoz Muhammad (Pesuruhjaya PAS Johor), YB Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Sdr. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) dan lain-lain lagi. Mungkin adalah lebih mudah berbicara tentang Islam yang sebenar sesama anak Johor sendiri.

Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh

Posted: 11 Oct 2010 07:21 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh


KARNIVAL B`MUSLIM

Posted: 11 Oct 2010 07:21 AM PDT

Akademi Belia Muslim Cemerlang (B`Muslim) mengadakan karnival Di Dataran Taman Temerloh Jaya pada 09.10.2010 dari 8.00 pagi hingga 11.30 mlm yang di mula dengan Pertandingan Mewarna Kanak- kanak(Pra Sek/Sek Ren)
Sementara itu, Kuliah Dhuha Perdana yang di sampaikan Tim. Kadhi Daerah Temerloh, Al Fathil Ustaz Zahari Daud dan di pengerusikan oleh Ustaz Mohd Syukri Shuib Pengerusi B'Muslim
Jabatan Kerajaan dan Swasta turut serta dalam Karnival ini dengan mengadakanPameran Jabatan masing2.Antara yg turut serta ialah PDRM, Jabatan Pertahanan Awam DLL.

Pendaftaran Pemilih (SPR)

Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Klinik Mukmin)

Pameran dan Gerai Jualan


disamping tu dibawah ini Jabatan Amal bertungkus lumus menyediakan Jualan Amal Nasi Beriani

dan diakhiri sebelah malam nya dengan Ceramah bertajuk Ada Apa Dengan Cinta (Penceramah Jemputan dari Radio IKIM).
Syabas kepada B'Muslim yang berjaya menjinak,mendidik anak-anak muda serta dapat memberi ilmu pengatahuan agama,dengan ada ilmu pengatahuan agama insya Allah muda-mudi payah untuk terjerumus kejalan yang songsang. Moga program seperti ini dapat di buat acara tahunan...


Perjuangan UmNo Bukan Ikhlas Tapi E-Class

Posted: 10 Oct 2010 07:02 PM PDT


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.

Teguran beliau yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti.

Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk "E-Class", yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja. Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan "mee segera" dengan menjadi " jutawan 10 persen".

Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat. Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan Puteri. Bertepatan pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

PAS berpandangan apabila parti Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat kehancuran.

Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan "Sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)".

Oleh itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari.



PAS Kawasan Miri

Posted: 11 Oct 2010 07:21 PM PDT

PAS Kawasan Miri


12 Signs Election Is Near

Posted: 10 Oct 2010 09:29 PM PDT


What are the signs that election is near?

1. Chief Minister getting active
The Chief Minister is always officiating at various functions in different places in Sarawak. But when the Chief Minister has been attending more functions including two or three within one day at different places, it is a sign that election is near. Last Sunday, for instance, the Chief Minister attended one function in Mukah and another two in Sibu. In fact, since he returned from overseas and was received by 7,000 persons in Kuching, the Chief Minister has been on the move. He had attended all kinds of functions in Kuching, Asajaya, Miri, Mukah and Sibu. This excludes the many functions he had officiated last week and will officiate in the coming weeks. I view those visits as his first round of visit prior to election, aside from a step to strengthen his position in light of the recent statement to step down as the Chief Minister. No doubt some of the functions were related to Hari Raya celebration but in the political context, there is a political agenda hidden in such events more so as election approaches.

2. More ministers from Putrajaya came to Sarawak
If you noticed more ministers from Putrajaya are coming to Sarawak, it is another sign that election is getting nearer. Their presence here could be for various reasons, including announcing Federal development projects, monitor the progress of projects and to officiate at functions.

3. Politics and development issues in speeches
If you noticed the content of the Chief Minister's speech, part of his speech leads to politics, election and development. He emphasises that under his 29 years of leadership, Sarawak has changed tremendously. He also stresses that only BN is capable of bringing development and under the politics of development coined by him, more development can be implemented. He also denies practising nepotism in the distribution of projects.

4. Making more promises
Come the election, political leaders tend to make plenty of promises with the people. This is normal because of the need to convince the people. The Chief Minister is of the opinion that Sarawak will be creating 640,000 job opportunities under SCORE and by 2030, Sarawak will become the richest State in the country. It has been the game of politicians where they make promises and give hope to the people as their strategy in political communication.

5. More speeches attacking Opposition
Another sign election is getting closer is the relentless attack on the opposition by BN leaders. They will attack the opposition by saying that the opposition parties are not capable of bringing development, but merely know how to talk and make empty promises. The weaknesses of the opposition, including their inability to lead and the party's internal fighting will be manipulated.

6. More projects are officiated
No doubt BN is always launching projects but when election draws near, there will be more projects launched, just like during the past elections. Political leaders, from the Chief Minister to the State Assemblyman will officiate at numerous projects, including construction of roads, buildings, schools, clinics and so forth. Newly completed projects will be officially launched although the project could have been completed some time ago or had been launched before. For new projects, the earth breaking ceremony will be held. The people will be invited to attend such functions. At these functions, it has been a trend for the guest-of-honour to talk about development when delivering his or her speech.

7. Higher amount of allocation channeled
More allocation will be channeled for more projects. The allocation will be announced during the speeches. There is a tendency of the State government to increase allocation during election year based on previous record. The government is also more generous in channeling grants to non-governmental organisations.

8. Grassroot leaders told to attend courses
Grassroot leaders such as ketua kampung, tuai rumah, temenggong and so forth will be told to attend various courses which are actually meant to channel certain messages to them, including the need to be loyal and support the government. As the leaders are appointed by the government and receive allowance from the government, the support of grassroot leaders is crucial to ensure BN wins.

9. Government officers attend seminar, courses and workshops Another sign is that the important officials from the government, including officers and staff from KEMAS, Jabatan Penerangan and so forth are requested to attend courses as preparation to face election. Some of the officers had attended such courses, hadn't them?

10. More media coverage on politics and development
Sarawak has seven newspapers, two in English, two in Bahasa Melayu and three in Mandarin. If you had carried out a content analysis on the newspapers, you will see that it is obvious that since several weeks ago, the amount of political and election news has increased. The papers linked to BN party or State leaders tend to portray the advantage of BN and its candidates. In fact, newspapers are beginning to report who are the potential candidates. Leaders of BN component parties are quoted as saying that they are geared up for election.
Take note if there are special reports highlighting development and progress implemented by the candidate in an area, through TV1 and Radio Malaysia Sarawak. If such reports are published, then it is obvious that election is close.

11. Sejiwa Senada Programme
Sejiwa Senada Programme implemented by the government comes with its political agenda. Through the programme, the government leaders hope to meet and interact with the people. When will the programme end? If according to the initial plan, it will end sometime middle of March next year. If this is taken into consideration, the election should be held by end of March or early April. But 24 hours is too long in politics. The initial date can be changed. Many latest developments need to be taken into consideration, including the economic factor.

12. Chief Minister's beard growing longer
Lastly, don't forget to observe the Chief Minister's beard that appears to have grown longer and seem unkempt as election approaches. For those who have noticed such tendency during the past elections, the sign is not to be ignored. But could it merely be a coincidence or is it because he is simply too busy?Those are some of the signs that election is drawing nearer. You can always come up with your own list.

* The writer, Dr Jeniri Amir,a political analyst, is currently senior lecturer at Universiti Malaysia Sarawak.

PAS LENGGONG

Posted: 11 Oct 2010 07:15 PM PDT

PAS LENGGONG


Memang dasar bn untuk menyusahkan rakyat.

Posted: 10 Oct 2010 09:35 PM PDT

Bagi memperbaharui cukai jalan bagi kenderaan yang melebihi 25 tahun bayaran insuran berlipat ganda dan bertambah dari setahun kesetahun. Sungguh akan membenankan rakyat. Ianya akan banyak menguntungkan syarikat insuran.

Dasar Lupus Kereta Lama Hanya Untungkan Kroni Umno-BN, Rakyat Bakal Sengsara
Oleh Fazli Othman

azan9SHAH ALAM 11 Okt - Dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 akan memberi impak negatif dan merupakan malapetaka kepada rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata dasar itu sekaligus membuktikan keputusan kerajaan sebelum ini untuk mengeluarkan kereta buatannya sendiri adalah salah.

Menurut beliau, di antara negara ASEAN, Malaysia merupakan negara tunggal mengeluar dan memasang keretanya sendiri.

"Saya yakin dasar ini hanya untuk menyelamatkan industri automotif negara yang kini mencapai peringkat ketepuan. Dari segi kualiti berbanding kereta buatan luar negara, kita masih lagi ketinggalan dan disebabkan tidak laku di pasaran tempatan maka isu kereta lama yang dikatakan tidak selamat dan tidak mesra alam dijadikan alasan.

"Tambah lagi kerajaan baru-baru ini telah menandatangani dasar terbuka liberisasi untuk menghapuskan dasar perlindungan yang diamalkan Malaysia dan ini termasuk pasaran industri automotif. Maka untuk menyelamatkan Proton kerajaan memperkenalkan ELV supaya kereta lama dapat dilupuskan," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Apa yang membimbangkan kata Azan, kini terdapat 13 juta kenderaan persendirian dan 6 juta kenderaan perdagangan tetapi maklumat dan data mengenainya tidak diurus dengan baik dan ini tentu akan menyukarkan keadaan.

Beliau turut mengingatkan kesan terhadap rakyat yang berpendapatan sederhana jika dasar ini dilaksanakan.protonlogo

"Ini tentunya akan menyusahkan rakyat terutamanya mereka langsung tidak mempunyai aset, sudahlah kereta yang dibeli dihutang sehingga 9 tahun, belum sempat habis hutang, terpaksa dilupuskan. Ini tentunya mendatangkan kesusahan kepada mereka.

"Kerajaan Umno-Barisan Nasional setiap kali memperkenalkan dasar baru, ianya hanya mengundang malapetaka kepada rakyat.

"Kerajaan Umno-BN langsung tidak mempedulikan rakyat, mereka hanya menjaga kepentingan kroni mereka sahaja," ujar beliau.

Tambahnya lagi, dasar itu juga dikaitkan dengan tujuan untuk memberikan keuntungan pihak tertentu kerana menurutnya industri melupuskan kenderaan memberikan pendapatan lumayan.

"Cadangan dasar ini nampaknya seperti memberikan peluang kepada kroni mereka untuk membuka empayar perniagaan yang baru. Saya yakin jika ianya dilaksanakan, akan berlakunya kejutan kepada rakyat Malaysia," kata Azan lagi.

Sebelum itu, Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lalu.

Alasannya, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Beliau turut membuat perbandingan dengan negara seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.

Katanya, ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggap sampah dan perlu dilupuskan

Telah diduga

Posted: 10 Oct 2010 07:25 PM PDT

Dimana agaknye duit yang dikumpulkan itu.
agaknye la sebab mereka tak serah kepada kerajaan negeri.
Jadi mereka kumpulkan duit itu dan kemudian mereka ke bank dan bankkan duit itu dalam akaun mereka. Lepas tu mereka keluarkan duit mereka dan ganti duit yang diserah atau dipulangkan balik itu. Jadi yang dikatakan duit haram itu mereka ambil dan ganti dengan duit mereka yang mereka dapat dengan cara yang bercampur-campur.

11 Oktober 2010

Tipu warga emas: Umno kutip wang 'haram'

03 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Warta Rakyat

KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man (gambar).

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.

Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

Harakahdaily/-

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 11 Oct 2010 07:12 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


CERAMAH ISU-ISU FELDA - 11 Oktober 2010, 9.00mlm - Semua Dijemput Hadir

Posted: 11 Oct 2010 12:12 AM PDT

Khalid Samad

Posted: 11 Oct 2010 07:11 PM PDT

Khalid Samad


Displeasure Over Home Minister and Perkasa President's Antics

Posted: 11 Oct 2010 05:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 OCTOBER, 2010: Shah Alam MP, Khalid Samad today conveyed his disappointment with Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin for his answer in Parliament that his ministry has managed to solve 21,000 out of 35,000 missing person cases.

Khalid said, as a minister, Hishammuddin should set a higher Key Performance Indicator (KPI) to optimize the abilities of the authorities in this country.

"I'm so disappointed with minister's (Hishammuddin) answer. It seems like he was proud when he's giving the answer. 14,000 cases that are still unsolved is not a small matter. It is not an achievement to be proud of," said Khalid.

"If that is the level that he was proud of, the performance of the authorities in our country will not increase," he said.

Khalid added that he believes Hishammuddin is trying to cover up the weaknesses of the authorities in this country and that Hishammuddin, as a minister, should ensure that further actions will be taken to strengthen the system.

Meanwhile in separate press conference, Khalid also condemned the action by Pasir Mas MP, Ibrahim Ali for not standing up during a moment of silence to respect the death of Batu Sapi MP Edmund Chong who died in road accident last Saturday in Kota Kinabalu.

"He should be expelled from the Dewan for disrespecting the order from Speaker," said Khalid.

"This is a barbaric act that seems to indicate that he is the true 'Malay warrior' and do not respect the non-Malays," he added.

Khalid said that he, along with other Opposition MPs will be urging the Parliament to take action against the Perkasa president.

Earlier, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia made an official announcement of the Parti Bersatu Sabah (PBS) member's death in Dewan Rakyat and parliamentarians stood up for a one-minute silence tribute.

However, several MPs claimed that Ibrahim did not stand up and were seen to speak on his mobile phone which is against the Dewan's rule.

Courtesy of MalaysianDigest
-Pejabat YB Khalid Samad-

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 11 Oct 2010 07:06 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Sahut cabaran: Setiausaha Politik MB lapor SPRM isu pembinaan loji air

Posted: 11 Oct 2010 06:36 AM PDT


http://www.wartakedah.net/images/stories/OGOS2010/sprm%20air.jpg

ALOR SETAR, 11 Oktober - Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar, Encik Muhammad Sanusi Md. Nor bersama Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan berhubung dakwaan penyelewengan dalam kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan terdahulu.

Pengarah SPRM Kedah baru-baru ini dipetik sebagai berkata, apabila laporan dilakukan barulah SPRM akan melakukan siasatan kerana SPRM tidak akan berbuat demikian berdasarkan laporan media.

Menurut Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya laporan itu dibuat di hadapan Pengarah SPRM sendiri Datuk Idrus Jaafar dan terserahlah kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

Katanya, laporan yang dibuat itu berdasarkan penyelewengan yang berlaku berkaitan pemberian kontrak pembinaan loji air di Padang Sanai di Daerah Padang Terap dan loji air Lubuk Buntar dalam Daerah Bandar Baharu.

Sebelum ini Menteri Besar telah mendedahkan bahawa harga loji pembersihan air di Padang Sanai yang diluluskan oleh kerajaan lalu berharga RM155 juta sedangkan harga sepatutnya mengikut piawaian hanya antara RM50 juta hingga RM60 juta sahaja. Begitu juga loji di Lubuk Buntar yang berharga RM65 juta, sedangkan harga sepatutnya antara RM25 hingga RM30 juta sahaja.

Berhubung isu dakwaan penyelewengan yang berlaku semasa kerajaan terdahulu, sebanyak dua kali laporan polis dan SPRM dibuat iaitu dakwaan pecah amanah yang berlaku dalam Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd dan Kedah Communication & Events.

Turut serta mengiringi Sanusi dan Ahmad Yahya ialah Ahli Dewan Undangan Bukit Lada YB Ahmad Izzat Mohamad Shauki dan Pegawai Khas Belia Ustaz Rusli Azmi.

Dewan Pemuda PAS Kedah Buat Laporan SPRM Berhubung Isu Air

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/ahmad_ketuapkedah.jpg

ALOR SETAR: Dewan Pemuda Pas Kedah pada Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berkaitan isu bekalan air di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya berkata laporan itu dibuat adalah atas inisiatif pergerakan itu dan bukan kerana arahan daripada mana-mana pihak.

"Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini Isnin.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, Pegawai Khas Menteri Besar Rosli Azmi dan Anggota Dewan Undangan Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki.

Ahmad berkata laporan sebanyak dua muka surat itu diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Baru-baru ini Idrus meminta kerajaan negeri Kedah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai apa yang didakwa sebagai penyelewengan berhubung isu air di negeri itu supaya membuat laporan.

Beliau dilaporkan berkata tanpa maklumat lengkap pihaknya tidak boleh menjalankan siasatan kerana kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengenai perkara itu menerusi media adalah terlalu umum.

Sebelum itu, Azizan mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod dan beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasatnya. - BERNAMA

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 11 Oct 2010 03:33 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PEMUDA PAS KEDAH BUAT LAPORAN SPRM

Posted: 10 Oct 2010 11:11 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berkaitan isu bekalan air di negeri ini.



Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya berkata laporan itu dibuat adalah atas inisiatif pergerakan itu dan bukan kerana arahan daripada mana-mana pihak.


"Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, Pegawai Khas Menteri Besar Rosli Azmi dan Anggota Dewan Undangan Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki.


Ahmad berkata laporan sebanyak dua muka surat itu diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.


Baru-baru ini Idrus meminta kerajaan negeri Kedah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai apa yang didakwa sebagai penyelewengan berhubung isu air di negeri itu supaya membuat laporan.


Beliau dilaporkan berkata tanpa maklumat lengkap pihaknya tidak boleh menjalankan siasatan kerana kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengenai perkara itu menerusi media adalah terlalu umum.


Sebelum itu, Azizan mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod dan beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasatnya. —Bernama

JANJI UMNO MASA PRK MANIK URAI PUN TAK TUNAI LAGI

Posted: 10 Oct 2010 07:23 PM PDT

BN dan rasuah politik tidak dapat dipisahkan... ibarat isi dengan kuku... asal ada pilihanraya je pasti ada sahaja projek termasuk projek 'mee maggi' yang akan diluluskan oleh kerajaan BN.

... 14 bulan dulu tela berlaku suatu pilihnaraya di DUN Manik Urai... namun sehingga kini kerajaan BN gagal melaksanakan janjinya pada kempen pilihan raya kecil tersebut.

Projek terbabit ialah pembaikan rumah rakyat miskin membabitkan kos RM1.5 juta, pembinaan jambatan Manik Urai menelan belanja RM8 juta, Gelanggang Sukan di Kampung Manjor RM300,000 dan Masjid Temalir RM600,000.

...kita tunggu dan lihat le apa lagi janji-janji yang akan UMNgOk taburkan buat rakyat di Dun Galas kelak...

MODAL UMNO SEMPENA GALAS....'HASIL' WAKAF CHE YEH MAHAL!!!

Posted: 10 Oct 2010 07:06 PM PDT

...mohon dipanjangkan...
Hari ini sebut aje Wakaf Che Yeh... pasti semua rakyat Malaysia akan kesana apabila berkunjung ke Negeri Che Siti Wan Kembang... namun sejak akhir-akhir ini terdapat rungutan dikalangan peniaga-peniaga pasar malama Wakaf Che Yeh apabila 'HASIL' yang dikenakan setiap malam kepada para peniaga agak membebankan. Difahamkan semalam para peniaga dikenakan charge RM6.00 bagi kawasan 8x8 kaki yang tidak dilengkapi lampu... dan yang paling menyedihkan sekiranya peniaga tersebut gagal membuka perniagaannya pada malama tersebut... charge tadi akan berganda pada malam keesokan harinya....

Dan yang lebih menyedihkan apabila pemaju SENSATIMUR menge'sub' kepada orang lain... manakala 'orang lain' tue pula menge'sub' pada tendar lain pulak... kire sub atas sub... ini apa cite... Syarikat seperti SENSATIMUR ini langsung tidak mempunyai tanggungjawap sosial atau 'social contribution' terhadap peniaga-peniaga kecil. Siapakah lintah darat ini?

harap kerajaan PAS atau MPKB BRI dapat ambil perhatian berkenaan dengan isu ini... takut jadi modal UMNO menjelang PRK Galas nanti je ...kate PAS membebankan rakyat...

***jangan sampai jadi seperti di Kedah pilak.. bila orang PAS demo pada Kerajaan PAS kedah pasal harga air....


ANGKASAWAN NON-MUSLIM MASUK RUANG SOLAT UTAMA MASJID BESI

Posted: 10 Oct 2010 06:30 PM PDT

Keramat 10.10.10 berlangsungnya suatu majlis yang begitu bermakna buat pasangan ini, Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Halina yang mana telah selamat diijab kabulkan pada 12 tengahari semalam di ruang solat utama Masjid Sultan Zainal Abidin ( Masjid Besi ) Putrajaya.]


cumenya apa yang menyedihkan apabila larangan terhadap non-muslim untuk memasuki ruang solat utama tidak diendahkan oleh para angkawan yang bukan beragama Islam yang sama-sama turut memeriahkan majlis tersebut. korang tengok le sendiri...........


...lepas nie mungkin banyak gambar lagi yang boleh dijadikan peluru kepada UMNO...

GALAS & BATU SAPI MUNGKIN BUAT ASING-ASING.

Posted: 10 Oct 2010 06:00 PM PDT

Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kemungkinan tidak akan diadakan serentak dengan bahagian Parlimen Batu Sapi yang kosong ekoran kematian wakil rakyatnya kelmarin.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau tidak fikir pilihan raya kecil bagi kerusi Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Galas yang telah pun ditetapkan 4 November ini.

"Secara peribadi saya berpendapat bahawa tidak mungkin kedua-duanya akan diadakan sekali pada hari yang sama... ini pandangan peribadi saya," kata beliau kepada.

Aziz bagaimanapun pun memberitahu, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat panel dengan mengambil kira kemungkinan ada pandangan lain.

"Ini pandangan saya di peringkat awal buat masa sekarang, saya kena berbincang dengan ahli panel SPR, mungkin mereka ada pandangan lain," kata beliau.

SPR dijangka menerima notis kekosongan hari ini apabila Dewan Rakyat mula bersidang semula.

Kerusi Parlimen Batu Sapi menjadi kosong Sabtu lalu ekoran kematian penyandang penggal kedua Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah.

Edmund, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Coastal, Tanjung Aru kira-kira pukul 11.40 pagi apabila motosikal yang beliau tunggang bertembung dengan sebuah kereta Mercedes.

Ia adalah kekosongan kedua dalam dua minggu ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 11 Oct 2010 03:18 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ANTARA WANITA 1MALAYSIA ,WANITA PERTAMA DAN ARTIKEL 32(2)

Posted: 11 Oct 2010 02:56 PM PDT

Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM) akan menganjurkan sidang meja bulat khas membincangkan isu perlabelan "wanita pertama" terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor.

Sidang bertajuk "Kewajaran Rosmah Mansor Sebagai Wanita Pertama Malaysia" itu akan diadakan pada 10 Oktober dengan menampilkan pakar perlembagaan Prof. Dr Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai panelis.

Tiga lagi panelis bersama adalah wakil Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat dan dua wakil dari NGO wanita negara.

SWiMM dianggotai beberapa pertubuhan wanita, manakala anjuran sidang meja bulat tersebut adalah dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurut Ketua Koordinator program tersebut Aiman Atirah A-Jundi, penganjuran program tersebut bagi membincangkan kewajaran serta kesan penggunaan label "wanita pertama" isteri perdana menteri dari sudut perlembagaan, belanjawan dan adab susila rakyat negara ini.

"Kita bangkitkan isu ini bukan sebab Rosmah Mansor, tetapi kerana ianya satu pelanggaran kepada perlembagaan kita yang dah ada. Kita mengamalkan konsep raja perlembagaan bukan republik.

"Artilkel 32 (2) menyatakan bahawa pemimpin utama negara adalah Yang Di Pertuan Agung. Tidak ada ungkapan wanita pertama dalam perlembagaan, yang ada hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, tempat program akan diumumkan kemudian dan akan diadakan di sekitar Lembah Klang.

Selain implikasi kepada sejarah negara, perbincangan meja bulat itu juga jelasnya akan menumpukan kesan terhadap bajet negara menanggung kos dan perbelanjaan program "wanita pertama".

"PM ke luar negara pun akan disentuh dalam bajet, dan tentunya sebarang program "wanita pertama" akan melibatkan peruntukan besar sedangkan ianya tidak termaktub dalam peruntukan bajet negara.

"Dan terbaru dia pergi ke Belgium atas sifat dia sebagai wanita pertama, adakah wang yang dibelanjakan itu dikira sebagai kos melepas belanjawan negara di mana rakyat lebih memerlukan?" soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa SWiMM akan mengadakan sidang media membuat bantahan rasmi ke atas perlabelan Rosmah sebagai wanita pertama.

Mereka berpendapat, tindakan Rosmah termasuk pihak yang mempromosikannya sebagai "wanita pertama" adalah derhaka dan secara tidak langsung membelakangi konsep raja perlembagaan dan Permaisuri Agung.

"Apa yang Rosmah Mansor buat ini adalah bukan konsensus dari rakyat dan tidak pun dibincangkan dan ini melanggari tata susila adab bangsa kita.

"Ini satu pelanggaran dan penghinaan yang didiamkan, dan atas rasa hormat kita kepada yang Permaisuri Agong, kita bangkit mempertahankan baginda.

Sebelum ini banyak pihak membantah penganjuran sidang kemuncak First Ladies oleh Rosmah yang dijadual berlangsung 11 hingga 13 Oktober ini yang disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Teguran sama sebelum ini juga pernah dibuat selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah di akhbar New York Times pada April lalu.

Ianya sebagai ucapan tahniah kepada isteri perdana menteri itu dengan tajuk 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

KENYATAAN NAJIB YANG PANAS DAN MIANGKAN UMNO SENDIRI

Posted: 10 Oct 2010 08:34 PM PDT

Maaf Najib, Cina tetap Alien!
1. Najib kata "Cina Bukan Kaum Pendatang" di Malaysia. Satu kenyataan yang bagus untuk dianalisa.

2. Kami mempunyai ramai rakan yang terdiri daripada kaum Cina serta India yang tidak pernah pun kami anggap sebagai pendatang.

3. Mengapa? Kerana rakan kami kaum Cina & India itu fasih berbahasa Melayu yakni bahasa kebangsaan, tidak menyokong sekolah vernakular, menyokong sekolah kebangsaan, hormat terhadap Islam serta majoriti penganutnya, faham akan batas mereka mengenai hak istimewa pribumi, dan mereka mendukung perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Tetapi sebahagian besar kaum Cina & India tetap akan kami anggap sebagai pendatang atas beberapa faktor. Antaranya;

a. Mereka langsung tidak fasih berbahasa Melayu dan tersangatlah pelatnya. Malah ada dikalangan mereka yang tidak boleh langsung berbahasa Melayu. Apabila berkomunikasi dengan orang Melayu, mereka akan menggunakan English untuk menutup ketidakfasihan mereka bertutur bahasa kebangsaan.

b. Mereka masih mempertahankan sekolah vernakular sedangkan tiada negara di dunia ini yang memiliki penduduk berbilang kaum mengamalkan sistem pelbagai sekolah kecuali di Malaysia.

c. Mengapa mereka begitu bersungguh mahu mempertahankan bahasa ibunda 'tanah besar' sedangkan ibunda mereka hari ini bernama Malaysia. "Ibunda" mana pula yang bersungguh mereka pertahankan selama ini?

d. Mengapa kaum Cina & India memilih untuk menjalani kehidupan secara terasing dengan sistem pendidikan mereka sendiri? Tidakkah itu menunjukkan mereka sebenarnya tersangatlah RACIST dan hanya mementingkan kaum mereka sendiri saja.

e. Mereka juga mengenakan syarat berbahasa Mandarin untuk bekerja di syarikat milik mereka. Ditambah pula dengan sistem gaji dan kenaikan pangkat yang berbeza dengan mengutamakan kaum sendiri.

f. Dalam sektor swasta, mereka hanya mengagihkan kontrak kepada kaum sendiri sahaja, berbeza dengan pribumi yang terbuka dalam pengagihan kontrak kepada kaum Cina & India.


5. Andai mahu disenaraikan semua alasan mengapa kami masih menganggap kaum Cina & India sebagai pendatang, sampai besok pun belum tentu selesai. Itu belum masuk lagi bab mereka yang menghina Islam, mempersoalkan hak istimewa pribumi serta Raja-Raja Melayu. Belum lagi cerita perihal belasah, bunuh, bakar, rogol, senjata api, gangster, kongsi gelap, komunisme, rasuah, penipuan, clubbing, arak, pelacuran, rumah urut, penyeludupan, ahlong, judi, lumba haram, etc. yang menjadi sebahagian budaya hidup mereka. Boleh penuh blog ini jika disenaraikan semuanya.

6. Teori perkembangan manusia menjelaskan, kelompok minoriti perlu berasimilasi serta mengadaptasikan diri mereka ke dalam kelompok majoriti bagi menjamin kelangsungan hidup. Namun di Malaysia sebaliknya pula berlaku apabila kelompok majoriti terpaksa menurut kehendak minoriti yang berkeras mempertahankan budaya asing mereka yang boleh diumpamakan seperti seekor ALIEN.

7. Perpaduan tidak akan wujud andai terlalu banyak perbezaan dipromosikan kepada rakyat. Kempen "bersatu dalam kepelbagaian" yang dipopularkan dalam iklan 1Malaysia, sangat-sangat mengelirukan. Adalah lebih realistik dan relevan jika diwujudkan lebih banyak persamaan antara kaum, bagi menjamin perpaduan berkekalan. Justeru, definisi 1Malaysia perlu ditakrifkan semula.

8. Minta maaf sajalah Najib. Selagi wujud kelompok Cina & India di negara ini yang berkeras mempertahankan budaya hidup yang mereka amalkan sejak 5 generasi lalu, maka selamanyalah pribumi Malaysia akan tetap menganggap Cina & India sebagai PENDATANG!

KU LI JANGAN ALPA , NANTI KENA BULI MUSTAPA

Posted: 10 Oct 2010 07:46 PM PDT

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.

Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya. - dari arkib malaysiakini.com

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 11 Oct 2010 03:16 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 11 Oct 2010 03:15 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Rumah terbuka dah habis syawal

Posted: 10 Oct 2010 09:55 PM PDT


Gambar hisan mee kari udang dan kerang

Taman Sri Lambak Kluang : 10 Okt 2010, Rumah terbuka sempena aidilfitri telah diadakan di rumah ana, alhamdulillah ramai sahabat handai dan anak murid sekolah zaujah hadir. Dapat bantuan dari mak, mak mertua dan adik-adik.

Makanan tempah Haji Abd Mutalib sahaja, menu utama nasi ayam dan mee kari udang. sepatutnya majlis diadalkan pada bulan syawal, tetapi tidak berkesempatan, maka dah masuk Zulkaedah baru ada masa, wang dan tenaga buat majlis ni. Yang hadir anggaran 100 orang, syukur makanan mencukupi dan dapat tapau dan hantar makanan kepada anak yang berada di SMA Bandar Tenggara yang tak dapat balik asrama.

Tujuan tak lain tak bukan mengeratkan persaudaraan dan kunjung mengunjung amalan masyarakat melayu yang baik, asyik kita sahaja pergi makan rumah orang bila pula nak jemput orang makan rumah kita...moga amal ini diterima Allah SWT.

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 11 Oct 2010 01:29 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Pemuda Puchong beri komitmen penuh dalam Ijtimak Tarbawi 2010-Siri 1

Posted: 11 Oct 2010 06:48 AM PDT




 Program Ijtimak Tarbawi ini telah berlangsung pada 1-3 Oktober 2010 dengan jayanya di Masjid Rusila, Marang , Terengganu. Ia telah dihadiri lebih lima ribu pemuda-pemuda PAS seluruh Malaysia.

Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS] 
Merasmikan Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan kali Pertama
di Masjid Rusila Marang Terengganu Darul Iman .

Sohibus Samahah Tuan Guru Mursyidul Aam PAS memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang cukup mengesan di jiwa 


Saf kepimpinan yang diiktiraf sebagai Murabbi kepada anak - anak muda yang menyertai Jamaah Islam ini . [ Tuan Guru Hj Abdul Hadi , Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim , Tuan Guru Hj Yahya Othman dan al Ustaz Abu Bakar Chik

Majlis Menadah kitab. Tafsir Surah Al-Hujurat

Saudara KP sama-sama hadir menadah kitab yang disampaikan oleh Tuan Guru.

Murabi Ust. Yahya Osman sedang menyampaikan taujihadnya.

Merakamkan kenangan di hadapan Masjid Rusila


Benar sekali apa yang dipesan oleh Ust Nasrudin Tantawi sebelum Ijtimak agar hadhir dengan segala pengorbanan nescaya kita akan merasai kemanisannya. Lantaran menuai hasil dari keringat dan penat lelah sendiri . Susah sukar ditempoh dengan semangat untuk hadir ke Ijtimak ini sekaligus memantapkan Amal Tarbawi kita.







Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 11 Oct 2010 01:26 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


CERAMAH ISU-ISU FELDA - 11 Oktober 2010, 9.00mlm - Semua Dijemput Hadir

Posted: 11 Oct 2010 12:12 AM PDT

PEMUDA BESUT

Posted: 11 Oct 2010 01:17 PM PDT

PEMUDA BESUT


Tanding Timbalan Presiden PKR,Kenyataan Akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim

Posted: 10 Oct 2010 06:31 PM PDT

Gambar fail


KENYATAAN AKHBAR

10 OKT 2010

PEMILIHAN PARTI KEADILAN PERLU MENCORAKKAN LALUAN PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA

Saya, Abdul Khalid bin Ibrahim, hari ini dengan rasminnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada November ini.

Ramai yang mungkin tertanya mengapa saya mahu masuk bertanding dalam pemilihan yang telah banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti sendiri. Saya melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi.

Seperti yang saya katakan minggu lalu, perkembangan ini tidak sihat untuk parti dan perlu diperbetulkan. Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.

Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti.

Bagaimanapun, saya mahu memastikan keputusan saya ini memberi kesan positif kepada parti. Untuk ini, saya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menilai kesan tawaran bertanding kepada pentadbiran dan perpaduan parti.

Jawatankuasa ini terdiri daripada Tuan Syed Shahir, Puan Irene Fernandez, Saudara Tian Chua dan Saudara Muhamad Nur Manuty dan mereka ini bebas mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober.

Sekiranya jawatankuasa menasihatkan tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara yang lebih baik untuk saya berkhidmat kepada parti, saya akan akur dengan nasihat ini.

Jika Jawatankuasa ini berpendapat tawaran saya baik untuk parti, saya telah pun menggariskan lima teras perjuangan bertemakan "Memperkasakan Reformasi". Lima teras tersebut ialah;

-Setia kepada perjuangan

-Meneruskan agenda perubahan

-Merakyatkan ekonomi

-Menolak politik pecah perintah

-Kesepaduan parti

Lima teras perjuangan ini akan mencorakkan pentadbiran 'inclusive' dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti. Hanya dengan ini laluan ke Pakatan Rakyat akan menjadi reality.

Saya amat berbesar hati melantik Tuan Syed Shahir sebagai pengurus operasi kempen kerana saya percaya beliau boleh menolong kempen saya berjalan dengan sistematik, bersih, professional dan adil.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parti yang telah hadir untuk memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk memastikan parti Keadilan terus berjuang di landasan yang betul.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 11 Oct 2010 01:06 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Posted: 11 Oct 2010 10:22 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 11 Oct 2010 01:06 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


DEWAN PEMUDA PAS KEDAH BUAT LAPORAN SPRM ISU PEMBINAAN LOJI AIR

Posted: 11 Oct 2010 10:00 AM PDT

Mohd Shubihi Muhamad Zain   
ALOR SETAR, 11 Oktober: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai di negeri itu.
Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya berkata, pendedahan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini berkaitan penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan air di negeri itu mendorong pihaknya membuat laporan kepada SPRM.
"Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.
"Laporan setebal dua muka surat itu berjaya diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah, Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya pagi tadi," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Azizan telah mendedahkan penyelewengan kos pembinaan loji pembersihan air di Padang Sanai berjumlah RM155 juta berbanding harga sepatutnya mengikut piawaian hanya di sekitar RM50 juta ke RM60 juta sahaja.
Satu lagi loji yang turut didedahkan ialah loji pembersihan air di Lubuk Buntar yang berharga RM65 juta berbanding harga sebenar di antara RM25 juta ke RM30 juta sahaja.
Turut bersama mengiringi Ahmad ialah Timbalan Ketua DPPNK, Muhammad Sanusi Md Nor, Naib Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Setiausaha DPPNK, Mohd Rosli Azmi dan beberapa Exco DPPNK.

Pas CawanganSurada

Posted: 11 Oct 2010 11:27 AM PDT

Dupahang's Weblog

Posted: 11 Oct 2010 11:24 AM PDT

Dupahang's Weblog


700 Ribu Rakyat Malaysia Bekerja Di Luar Negara, Jangan Salahkan PAS

Posted: 10 Oct 2010 08:56 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa seramai 700 ribu rakyat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bukan sahaja rakyat daripada  Kelantan.Beliau yang berucap di Sydney Australia menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara sendiri.  PAS ingin mengingatkan  kepada pemimpin [...]

Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat

Posted: 10 Oct 2010 08:52 PM PDT

Harakah Daily Abdul Aziz Mustafa Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.    “Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat [...]

Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam & hina undang2 negara Islam

Posted: 10 Oct 2010 08:29 PM PDT

“BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina pendirian negara Islam PAS! Presiden MCA, Chua Soi Lek hari ini dilaporkan telah mengatakan: "Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten…PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang," – Chua Soi [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 11 Oct 2010 11:04 AM PDT

Batu Gajah Mari


Pemilihan oh Pemilihan

Posted: 11 Oct 2010 09:40 AM PDT



I
Bila memilih pemimpin
Pilih yang berbakat
Pilih yang berkebolehan
Pilih yang berakhlak mulia

II
Berbakat
Bersolat
Berbekalkan niat
Beramal ibadat
Berkebajikan kepada rakyat
Berbaik sesama ahli parti
Bersih hati
Jauh daripada irihati

III
Berkebolehan
Membawa perubahan
Kepada ahli
Kepada parti
Kepada Pakatan Rakyat

Jauh daripada khianat
Jauh daripada hasad dengki
Jauh daripada mainan kayutiga
Ahli parti dianggap keluarga
Mudah jalan ke syurga

IV
Berakhlak mulia
Taat dengan perintah Allah
Bersedia mendengar nasihat
Daripada orang bawah
Bebas daripada unsur rasuah
Beramanah
Berjiwa mut'mainah

V
Bila ada ciri-ciri ini
Mudah dibina masyarakat madani
Inilah hasrat "reformasi"
Berkonsepkan 3B
Berubah
Berpadu
Berkat

VI
Berubah untuk kebaikan
Berpadu untuk kesejahteraan
Berkat untuk kebajikan rakyat sekalian
Inilah asas pemilihan
Baru bererti Keadilan

Kenyataan Akhbar Ketua DPPK Batu Gajah- Jamuan Hari Raya PAS Batu Gajah mendapat sambutan hangat dan diluar jangkaan

Posted: 11 Oct 2010 07:53 AM PDT



http://dppbatugajah.blogspot.com/

Baru-baru ini Pas Kawasan Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Raya Peringkat Kawasan Batu Gajah. Majlis telah diadakan pada malam Sabtu 8 Okt 2010, di perkarangan Pejabat Pas Kawasan Batu Gajah.

Sambutan Hari Raya PAS Kawasan... Batu Gajah yang berlangsung dengan lancar dan penuh dengan semangat muhibbah serta setiakawan telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dari masyarakat sekitar Batu Gajah dan sekitarnya. Lebih 1,000 orang telah hadir ke majlis pada malam tersebut. Apa yang menjadi kegusaran sebelum program berlangsung dimana kebimbangan tiada sambutan daripada masyarakat setempat telah berlaku sebaliknya apabila masyarakat berpusu-pusu hadir selepas solat Maghrib pada malam tersebut.
Seawal jam 8.00 malam kawasan khemah yang disediakan oleh pihak penganjur telah dipenuhi oleh orang ramai. Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran golongan wanita dan pemuda-pemuda yang hadir pada malam tersebut. Ini jelas menunjukan petanda bahawa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan daripada semua peringkat umur dan gender baik dari wanita, pemuda malahan keriuhan suara kanak-kanak kecil turut menambah keceriaan sambutan Hari Raya pada malam itu. Apa yang pasti kesepakatan dan kehadiran yang ditunjukan pada malam tersebut memberi gambaran dan impak yang amat baik kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti, InsyaAllah.

Sememangnya sambutan hangat dari masyarakat setempat pada malam tersebut telah juga berjaya menarik kehadiran masyarakat dari pelbagai bangsa termasuk Cina, India serta berbeza latar usia bersama menyerikan majlis pada malam itu. Pelbagai juadah telah disediakan diantaranya seperti Sate, Bihun Sup, Lemang, Nasi, Lauk pauk, Rendang, Keropok Lekor ,Kuih Muih, aneka buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.

Kemeriahan jamuan raya pada malam itu turut diceriakan dengan aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. Secara keseluruhannya kegembiraan jelas terpancar disetiap wajah yang hadir pada malam itu.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs708.snc4/62873_10150090781938098_554643097_7371177_3003258_n.jpg

Sdr Ammar Rosdy bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah


PERKASA HANYA GIMIK DAN MODAL POLITIK UMNO UNTUK MENGGANGGU PENTADBIRAN DI NEGERI PAKATAN RAKYAT

Posted: 10 Oct 2010 11:23 PM PDT


oleh Ustaz Hafez Sabri

IPOH 11 September, Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Mohd Hafez Sabri, dalam kenyataan medianya mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu. Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan. Malahan PERKASA hanya dilihat vokal dan lantang di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sahaja.

Beliau menyatakan, kita serba maklum bahawa demontrasi dan memorandum bantahan yang dikemukakan oleh PERKASA adalah sekadar gimik politik yang dipimpin oleh ahli politik umno yang semakin dipinggirkan dalam arena politik negara. Isu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu juga seolah-olah hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat sedangkan PERKASA perlu tegas dan berani membawa tuntutan kepada kerajaan pusat yang kini di bawah UMNO/BN.

Beliau juga mempersoalkan apakah relevennya kemujudan PERKASA ini, sedangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malahan isu mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu yang kononnya PERKASA perjuangkan sebenarnya lebih banyak terhakis hilang hak keistimewaan tersebut di bawah pemerintahan UMNO/BN semenjak 50 tahun sebelum ini.

Selain itu beliau juga menyatakan PERKASA ingin dilihat kononnya berjuang membela nasib orang-orang Melayu yang katanya kian terpinggir. Namun, ia sebenarnya lebih sekadar gimik dan modal politik yang diperkudakan untuk meraih populariti di kalangan orang-orang Melayu apabila jelas UMNO kini semakin ditolak oleh rakyat dan orang-orang Melayu sendiri.

Beliau menyatakan lagi, pihaknya melihat jika PERKASA mahu membela nasib orang Melayu di Negara ini, terlebih dahulu PERKASA perlu memberi desakan dan tuntutan kepada parti pemerintah negara ini yang mana jelas dan nyata selama ini gagal membangunkan dan memperkasakan kekuatan bangsa Melayu daripada aspek ekonomi, sahsiah, minda dan politik sejak 50 tahun lepas.

Memetik ucapan beliau, " Kami selaku Anak Muda Generasi baru melihat agenda politik yang membawa fahaman berjuang sekadar untuk membela nasib sesuatu kaum adalah bersifat untuk kepentingan sendiri dan elit-elit tertentu sahaja. Sedangkan
agenda memperkasakan rakyat pelbagai bangsa di negara ini perlu menjadi keutamaan bagi memastikan negara ini hidup bersama secara harmoni dan berkasih-sayang."

" Malahan agenda pembanterasan jenayah rasuah dan memperkukuh nilai keadilan dalam pentadbiran adalah keutamaan untuk membina negara ini memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara."

Beliau mempersoalkan apakah PERKASA adalah perkakas kepada UMNO, jika dilihat mirip dan modus operandi apa yang kononnya diperjuangkan adalah sama sahaja iaitu sentimen perkauman yang menebal dalam agenda perjuangannya.

" Kita mempertikaikan apa motif PERKASA yang hanya lantang di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi membisu, lesu dan kaku apabila berada di negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

" Ke manakah suara pembelaan PERKASA apabila melihat nasib Bahasa Melayu semakin dipinggirkan? Ke manakah pembelaan PERKASA tatkala undang-undang Islam dipermain-mainkan apabila Mahkamah Syariah dianggap tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Ke manakah suara-suara vokal PERKASA apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berbangsa Melayu terpalit dengan pelbagai skandal moral, rasuah dan penyelewengan kuasa? " soal beliau

Justeru, Generasi Anak Muda Institut Pemikir Muda Malaysia sekali lagi mengingatkan agar rakyat bijak dan pintar menilai agenda sempit yang dibawa oleh PERKASA dari masa ke masa. . Bangsa Melayu kian terpinggir dalam dunia persaingan sejagat adalah berpunca dari kegagalan UMNO sendiri selaku pentadbir negara selama 50 tahun ini kerana gagal menterjemahkan Islam sebagai cara hidup atau serta tidak melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 11 Oct 2010 09:29 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan

Posted: 11 Oct 2010 04:34 AM PDT


oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi
(Ketua Pemuda PAS Pusat)


1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .

2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat .

3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan . Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.

4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]

5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .

6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?

7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .

8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur .

9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .

10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .

Konsert artis 'gay': Pemuda PAS hantar memo bantah

Posted: 11 Oct 2010 04:15 AM PDT


Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.

Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.

"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.

Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu.

Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.

"Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.

Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.

Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.

Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.

sumber : malaysiakini

berkaitan :

YANG BERGOLAK - DUN SURA? (oh!!! katakan TIDAK....)

Posted: 10 Oct 2010 06:35 PM PDT

petikan dari blog jarang anak melayu


Siapa bilang (?) UMNO DUN Sura bergolak? Itu hanya andaian dan telahan kosong orang-orang yang tidak berpuas hati dengan 'kehebatan' dan kemantapan DUN Sura. Seantero Malaysia sudah mengetahui bahawa DUN Sura dalam Bahagian Dungun merupakan antara DUN UMNO 'terhebat' dalam negeri Terengganu.

Apa tidaknya, Pegawai Pembangunan DUNnya (PPD) adalah Dr Jepun in bracket sendiri. Dr Jepun in bracket adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun dan mantan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Seperti yang umum ketahui, jawatan PPD diwujudkan sekiranya DUN berkenaan dikuasai oleh wakil rakyatnya yang bukan daripada Barisan Nasional (BN). Dalam hal DUN Sura ini, kerusi berkenaan diwakili oleh ADUN daripada PAS selepas pilihanraya umum 2008 lalu.

Perlantikan PPD adalah di bawah kuasa Menteri Besar dengan cadangan UMNO Bahagian atau parti komponen yang menjadi pemerintah semasa. Kebiasaannya, Menteri Besar tidak pernah menafikan cadangan daripada Bahagian dalam hal perlantikan ke jawatan ini, justeru mengambil kira bahawa 'orang kampung' pasti amat mengetahui kedudukan dan masalah dalam kampung mereka sendiri.

Gaji @ elaun PPD lebih besar daripada elaun wakil rakyat biasa. Kepada PPD juga telah diberikan sejumlah peruntukan dan beberapa kemudahan lain sama seperti YB @ wakil rakyat yang mempunyai kawasannya sendiri. Andainya YB yang mempunyai kawasan memperolehi RM100,000.00 setahun (contohnya), maka PPD juga akan memperolehi sejumlah peruntukan yang sama.

Justeru UMNO/BN melalui PPD, sepatutnya sudah tidak menjadi masalah untuk menguruskan DUN yang 'hilang' itu dalam konteks memanjangkan servival dan 'kekuasaan' para penganut UMNO/BN dalam DUN yang berkenaan.

Sebab itu dikatakan, mengatakan UMNO DUN Sura bergolak adalah satu telahan yang maha salah dan silap.

Atau apakah kerana perletakan jawatan oleh YB Senator Hajah Zainon Abu Bakar selaku Pengerusi Penyelaras DUN Sura boleh ditamsilkan sebagai bergolaknya DUN Sura?

Untuk makluman, PPD dan Pengerusi Penyelaras DUN adalah dua entiti yang berbeza sama sekali. Pengerusi Penyelaras DUN adalah lantikan parti dan biasanya diserahkan kepada ADUN (kalau daripada UMNO) atau kepada pemimpin UMNO Bahagian yang seratus peratus ditunjukkan oleh Ketua Bahagian. Dan jawatan Pengerusi Penyelaras ini adalah jawatan parti yang tiada gaji atau elaun walau sekepeng pun.

Berbalik kepada perletakan jawatan YB Senator selaku Pengerusi Penyelaras DUN Sura, perletakan jawatan berkenaan bukan kerana benci atau kecewa dengan kepemimpinan Dr Jepun in bracket, tetapi adalah kerana YB Senator bukannya orang yang terlalu pelahapkan kuasa dan jawatan. Cukup dengan apa yang ada sahaja. Itulah kepimpinan melalui teladan yang baik yang telah ditunjukkan oleh YB Senator Zainun. Tahniah.

Jadi kenapa dikatakan bergolak sehingga 'Geng 8' bertindak mengadap MB Mat Said di kediaman rasmi MB pada 5 Julai 2010, pukul 9.00 malam yang lalu? G8 terdiri daripada lapan orang pemimpin UMNO dalam DUN Sura yang terdiri daripada Jawatankuasa Penyelaras DUN Sura. Sebahagian mereka juga adalah Ketua UMNO Cawangan dalam DUN Sura itu sendiri.

Paling haru, G8 melahirkan rasa yang amat tidak berpuas hati dengan Dr Jepun in bracket selaku PPD Sura. Paling mengharukan 'geng 8' memberi tempoh dua bulan daripada tarikh pertemuan pertama mereka dengan MB Mat Said terhadap beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera, termasuk :

(1) Memecat Dr Jepun in bracket sebagai PPD Sura dan menggantikannya dengan orang lain yang dilihat mereka lebih berwibawa dan mampu membawa kemenangan kepada UMNO/BN dalam PRU ke-13 nanti. Pada mereka mengekalkan Dr Jepun in bracket hanya akan menambah teruknya kerosakan dalam UMNO Bahagian Dungun umumnya dan dalam DUN Sura khasnya.

(2) Menggantikan YDP Majlis Perbandaran Dungun yang telah 'memerut menelan' mata kail Dr Jepun in bracket and the geng @ proksi-proksinya. Terlalu amat sukar untuk YDP sekarang membuang mata kail Dr Jepun in bracket dari insangnya.

Tetapi percayalah, MB Mat Said tidak akan bertindak apa lagi 'memecat' Dr Jepun in bracket. MB Mat Said orang yang 'taat dan akur' kepada Dr Jepun in bracket. Bukan takut, tapi hormat… Itulah hebatnya Dr Jepun in bracket. Kalau dengan PM atau TPM atau Pengerusi BPUNT (DS Hishamuddin) pun Dr Jepun in bracket boleh 'kecek', bodek dan putar kepala, inikan pula MB Mat Said yang amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah lupa jasa dan pengorbanan kawan, walaupun 'lakonan' MB Mat Said di hadapan G8 yang mengadap beliau cukup hidup dan berkesan.

(p/s : Mungkin G8 tidak tahu bahawa MB Mat Said adalah antara pelakon air mata setaraf Neng Yatimah dan hubungan MB Mat Said dengan Dr Jepun in bracket ibarat kentut dengan tahi).

Cuma sekadar untuk renungan dan untuk sedikit menyegarkan hati para G8, diperturunkan apa sebenarnya yang berlaku di Dungun (khasnya dalam DUN Sura) sehingga G8 mengadap MB Mat Said. Yang jelas, sudah terlalu banyak kebobrokan yang diangkarakan oleh Dr Jepun in bracket semenjak beliau menerajui UMNO Dungun sehinggalah sekarang. Di bawah ini hanyalah 'tahi kuku' (sedikit sahaja) kebobrokan yang dimaksudkan telah dilakukan oleh Dr Jepun in bracket di Dungun ,

(1) Projek-projek di bawah Majlis Perbandaran (dulu Majlis Daerah) Dungun (MPD) disusun oleh Dr Jepun in bracket (dengan kuasa diserahkan kepada RM – Apa RM tu? Ringgit Malaysia? Rozak Mail? Raja Muda? Rakan Muda? Rakyat Malaysia? Rakyat Marhain? Rojak Mamat?

(2) Yang Di-Pertua MPD hanyalah boneka dan kambing hitam yang boleh 'disekeh' dan digetel kepalanya. YDP diwajibkan agar mematuhi arahan dan susunan yang dibuat oleh Dr Jepun in bracket dalam apa keadaan sekalipun.

(3) Dalam erti kata yang lain, Dr Jepun in bracket 'berkuasa penuh' untuk menentukan projek MPD dan berkuasa penuh juga untuk menentukan siapa yang boleh menjadi YDP MPD atau tidak. Kerana itu YDP 'kecut batu' andai tidak mematuhi dan mencium lutut Dr Jepun in bracket and the geng @ proksi-proksinya.

(4) Dr Jepun in bracket masih bertindak sebagai Timbalan Menteri Besar Kanan negeri Terengganu yang masih mempunyai kuasa memutus dan juga berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang apa-apa jawatan asal sahaja agensi berkenaan ada kaitan dengan Kerajaan negeri. Contohnya melantik (atau mengarahkan supaya melantik) kroninya (anak sendiri) selaku Pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Parlimen Dungun.

Yang musykilnya (bukan pelik), daerah/bahagian lain ada atau tidak Pegawai APMT Parlimen? Sebelum ini tidak ada. Yang ada hanya Ketua APMT setiap DUN. Pun kalau ada, kepada siapa Pegawai APMT Parlimen itu melaporkan tugasnya? Kalau namanya sudah APMT Parlimen, tentulah 'bosnya' Ahli Parlimen dalam kawasan Parlimen berkaitan. Lainlah kalau kawasan Parlimen berkenaan Ahli Parlimennya pembangkang. Dalam kes di Dungun ini, Pegawai APMT Parlimennya melaporkan kepada siapa kalau Ahli Parlimennya sendiripun tidak tahu adanya jawatan itu dan adanya Pegawai APMT Parlimen. Tak kan kerja makan gaji buta, beruk tanpa tuan ke? Tentu ini semua kerja Dr Jepun in bracket yang mereka-reka kondosinya.

(5) Peruntukan untuk PPD Sura yang sepatutnya dibelanjakan untuk pembangunan dan pengurusan serta penyelarasan rakyat / cawangan UMNO dalam DUN Sura tidak diketahui ke mana dibelanjakan oleh Dr Jepun in bracket.

(6) Berusaha atas kapasiti dan kuasanya sebagai Ketua Bahagian, mengarahkan majikan agar menukar pegawai / kakitangan pejabat/jabatan kerajaan dari daerah Dungun kiranya pegawai / kakitangan berkenaan tidak mengikut telunjuknya atau tidak memihak kepadanya @ kepada kroni dan proksinya dalam sebarang pertandingan UMNO Bahagian atau dilihat menggugat kedudukan dan keselesaan beliau, termasuklah juga berusaha agar pegawai/kakitangan yang menyanggah beliau agar dikenakan tindakan (disiplin atau apa-apa tindakan) yang menyusahkan dan menekan pegawai/kakitangan berkaitan.

(7) Menindas dan tidak memberikan kerjasama malahan mengutuk dan berusaha sedayanya 'membunuh karier politik' pemimpin lain yang pada beliau boleh menggugat keselesaan beliau atau mengingkari kehendak beliau, walaupun pemimpin itu adalah wakil rakyat DUN atau Parlimen daripada parti UMNO sendiri di Dungun. Itulah yang dihadapi oleh bekas ADUN Sura (Ustaz Kamal), ADUN Paka, ADUN Bukit Besi dan Ahli Parlimen Dungun sekarang.

(8) Menjadikan segala agensi/jabatan/pejabat khususnya agensi/jabatan/pejabat kerajaan dan segala agensi yang dikuasai oleh kerajaan negeri/kerajaan persekutuan/BN/UMNO seolah-olah milik dan kepunyaan beliau. Beliau berhak menentukan, mengarah dan mendapatkan apa yang beliau kehendaki.

(9) Menjadikan UMNO Bahagian Dungun seperti syarikat sendirian berhad milikan beliau and the geng @ proksi @ kroni-kroninya.

(10) Melampaui kuasa dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi / Ahli Lembaga Syarikat Anak Kerajaan negeri dan persekutuan.

Dan ….. lagi dan lagi dan lagi dan lagi…. (ada lagi… bagi dulu 10 bro…)



(p/s : akan datang – Dr Jepun in bracket akan membawa 'gurkha-gurkhanya' ke Bandung, Indonesia tujuan 'memperkukuhkan semula' kedudukan politiknya di Dungun. Siapa biayai? Siapa terlibat? Sabarlah menunggu….)

KHIDMAT MERU

Posted: 11 Oct 2010 09:14 AM PDT

KHIDMAT MERU


MAJLIS KONVOKESYEN UIAM KE 26

Posted: 11 Oct 2010 08:01 AM PDT















































Anak sulung kepada YB Dr Hj Abd Rani dan isterinya adalah antara ratusan orang graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ( Kepujian ) yang menerima ijazah mereka daripada Reaktor UIA, Professor Dato' Seri Dr Syed Arabi Idid.
Majlis yang cukup meriah itu menampakkan wajah-wajah yang cukup ceria para-para ibu dan bapa yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menumpang gembira ke atas kejayaan anak-anak mereka.
Ainul Sakeenah bt Hj Abd Rani merasakan inilah antara hari-hari bersejarah dalam kamus kehudupannya yang dia berasa gembira kerana telah berjaya memenuhi kehendak kedua ibu bapanya yang telah mendidik dan mengasuhnya sejak dari kecil.

Ibu nya, Puan Hjh Afidah Anum berasa sungguh bangga dan gembira di atas usaha gigih yang di tunjukkan oleh anak sulung mereka dan berharap ianya menjadi pendorong dan pemankin kepada 3 orang lagi adik-adik Ainul untuk menempah kejayaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Comments (7)

Therefore, be very cautious while is so there mostly found as an essential to a casino cruise ship. Some people say that this phones you can play with a or by fax. Bonus is the profit gone can change without notice. Do you want to means you they game corners, on give required slots income with the number of machines installed... online casino uk Online casinos are rather serious bet, players old that you online casino's website and see who answers! Mostly classifications are relative but still we need follow any time in many You often lose their this clever the have the minutes against you depending like gaming, thrown-away you for every bet you place.

Oh, not the men and women, the work out thingies.

My web site; dumbbell sets

Noticing the body modify and viewing the effects is priceless!



my page: http://Getfitnstrong.com/bowflex-dumbbells/bowflex-sale-price/

In the event you charge like you are this type
of person than I'd not suggest finding this device.

My weblog ... bowflex selecttech 552 adjustable dumbbells pair

If you believed that combining a complete established of sixteen dumbbells into a single solution
would allow it to be instead weighty and challenging to cope with, you will be
ideal.

My web page ... bowflex adjustable dumbbells

This can be a model from the Bicep curl which allows
you to move a lot more weight which means far more mass obtain.


my webpage: View Results

Nevertheless others, not very certain of what or simply how much work out
they need to be performing, merely tend not to do adequate.



Feel free to visit my blog ... Home Page