KENYATAAN MEDIA
MCKK
Saya terima berita insiden keracunan makanan di sekolah lama saya, MCKK, di mana 56 pelajar telah mengalami masalah keracunan makanan.
MCKK sebagai sebuah institusi pengajian ulung di negara ini harus mengkaji semula semua aspek termasuk isu kebersihan serta pengendalian kantin untuk memastikan perkara ini tidak berulang.
Saya doakan para pelajar cepat sembuh.
RIO
Saya turut gembira menerima berita atlit-atlit negara memenangi 4 perak dan 1 gangsa di temasya sukan Olimpik di Rio. Tahniah diucapkan kepada semua.
Kepada pasangan terjun 10m Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong, pelumba basikal acara keirin Azizulhasni Awang, pemain badminton beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, dan Dato’ Lee Chong Wei, anda semua adalah hero Malaysia dan kita cukup bangga dengan anda semua!
Khusus buat Azizulhasni, anak Dungun yang telah mengatasi segala kekurangan dengan cekal dan tabah untuk merangkul pingat gangsa bagi lumba basikal acara keirin, yang juga merupakan pingat pertama diraih negara di sukan Olimpik Rio. Saya harap saudara akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu dan menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain.
Para atlit negara membuktikan bahawa dengan usaha dan cita-cita, kita mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.
Anwar Ibrahim
21 Ogos 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan