Kepada rakyat Malaysia, juga teman-teman pembangkang seperjuangan:
Walaupun dari sudut kecil di dalam penjara ini, saya tahu bahawa keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini telah mengecewakan ramai. Saya tahu ramai yang menaruh harapan pada pembangkang untuk menyelamatkan Malaysia dari cengkaman rejim yang menindas, korup dan bankrap moralnya. Malaysia tidak punyai harapan untuk membina masa depan yang lebih baik buat rakyatnya atau untuk dihormati dunia di bawah rejim sedia ada, dengan seorang perdana menteri yang berada ditengah-tengah skandal kewangan yang mempunyai implikasi yang sangat luas dan melibatkan pelbagai negara.
Parti-parti pembangkang mesti mengambil iktibar dan bermuhasabah di atas keputusan PRK ini, dan memahami dengan amat mendalam kelemahan-kelemahan kita. Sekarang bukanlah masa untuk mencari alasan atau menuding jari.
Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita mempunyai satu kewajipan untuk menjadi alternatif tulen buat rakyat. Ketepikan perbezaan dan perbalahan. Sampaikan keluhan dan rungutan dengan saluran yang betul; duduklah bersama untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.
Kebajikan rakyat dan negara lah yang paling utama; dan kita berkhidmat untuk rakyat. Kita perlu kalahkan BN dalam PRU14, kita perlu berjaya demi Malaysia!
Mereka yang tidak percaya ini boleh dilakukan dalam PRU yang akan datang, adalah salah. Tetapi untuk melaksanakannya, kita perlu bersatu. Ini bukanlah perkara yang mudah; kita perlu hadapi keseluruhan kekuatan dan taktik BN yang tidak demokratik. Tetapi usaha kita ini murni, walhal mereka hanya memegang kuasa demi kuasa. Jika kita bersatu demi rakyat, kita akan berjaya.
–
Message from Datuk Seri Anwar Ibrahim on the recent by-election results.
To the Malaysian public, and my friends and colleagues in the opposition:
Even from this prison, I know that the results of the recent by-elections have disappointed many. I know the public have pinned their hopes upon the Opposition, to save Malaysia from the current oppressive, corrupt and morally bankrupt regime. Malaysia has no hope of making a better future for its people or of gaining the respect of the world under the current regime, whose prime minister is in the centre of a financial scandal of worldwide reach and implication.
The Opposition must look at this electoral outcome with humility, and take a hard look at our weaknesses. This is no time for excuses or blame.
Remember constantly that it is our moral duty to provide a genuine alternative to the people. Put aside all differences, put aside internecine quarrels. Bring up grievances in the proper forum; sit together and resolve matters.
Only the welfare of the rakyat and the country matters; and we exist to serve the Rakyat. We must defeat the BN in the 14th GE, we must come through for the sake of Malaysia!
Those who now think that this can’t be done in the next GE, are wrong. But to do so, we must all pull together. It is not an easy task; we face the entrenched power and undemocratic tactics of the BN. But we have a noble cause, they merely cling to power for powers sake. If we stand united and determined for the sake of the Rakyat, we will prevail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan