Pengikut

BLOG - BLOG PARTI PKR

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:42 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 12 Sep 2015 07:23 PM PDT

Anwar Ibrahim


DS Anwar Ibrahim’s message to the public on 9 September 2015 on denial of access to lawyers

Posted: 12 Sep 2015 07:59 AM PDT

DSAI conveyed the following message to the public through his lawyers on 9 September 2015:

“Saya amat kesal dengan keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyekat perjumpaan peguam-peguam dengan saya bagi tujuan perjalanan kes-kes di Mahkamah.

Ini adalah suatu pelanggaran hak saya mendapatkan nasihat guaman dan menghalang tugas dan tanggugjawab peguam-peguam saya.

Tindakan ini telah menafikan saya daripada berbincang dan memberi arahan mengenai kes-kes Mahkamah, yang mana saya terlibat dalam sejumlah 16 kes sivil dan jenayah.

Umpamanya, pada hari ini, peguam-peguam saya N Surendran dan Dato’
Ambiga Sreneevasan tidak dibenarkan berjumpa dengan saya walaupun mereka perlu mengambil arahan mengenai kes-kes Mahkamah yang akan berlangsung pada 15 September dan 5 Oktober masing-masing.

Sebelumnya, peguam dihalang berjumpa walaupun ada afidavit untuk diikrarkan pada kadar segera.

Hormati undang-undang dan proses Mahkamah dengan membenarkan peguam jalankan tugas dengan sempurna dan tanpa gangguan!”

Fahmi Fadzil
KEADILAN Communications Director

Perutusan DS Anwar mengenai “perhimpunan baju merah”

Posted: 12 Sep 2015 07:57 AM PDT

Berikut merupakan perutusan DS Anwar Ibrahim yang disampaikan melalui peguam beliau pada 9 September 2015:

“Adalah wajar pertahankan hak dan keadilan bagi semua kaum dan rakyat Malaysia termasuk mempertahankan kepentingan masyarakat Melayu.

Namun kita tidak wajar mengapikan isu perkauman yang dibantah oleh Islam dan budaya Melayu, seperti yang dirancang melalui perhimpunan baju merah pada 16 September.

Kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi serta sekerat pemimpin Umno lain bahawa ahli Umno bebas untuk menyertai perhimpunan sedemikian, memperlihatkan kegagalan moral pada kepimpinan mereka.

Yang pastinya apa yang dirancang adalah untuk mengalih pandangan dari kemelut politik dan kegawatan ekonomi yang terus melanda negara.

Rakyat tidak wajar terpedaya atau termakan oleh taktik pecah-belah seperti ini.”

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
10 September 2015

Comments (0)