Perutusan DS Anwar mengenai Pakatan Rakyat
Semalam saya telah bertemu DS Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh berkenaan beberapa kes mahkamah. Berikut adalah perutusan beliau yang dituju kepada rakan-rakan politik dan rakyat Malaysia, yang beliau sampaikan kepada saya dalam pertemuan tersebut:
"Saya amat prihatin dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat, yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.
Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.
DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan. Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat.
Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda.
Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN."
DS Anwar Ibrahim juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu ini kepada Sdr Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
N SURENDRAN
Ahli Parlimen Padang Serai
Anggota Biro Politik KEADILAN
9 Jun 2015
—
Press Release: DSAI’s message to the public on Pakatan Rakyat
Yesterday, I met Datuk Seri Anwar Ibrahim in Sungai Buloh prison to consult on legal matters. I reproduce below his message to political allies and the public, given during that meeting:
“I am concerned with recent events affecting Pakatan Rakyat, which was formed as an alternative to the failed political system and poor governance under the Barisan Nasional.
I regret that a resolution to sever ties with the DAP was accepted at the PAS muktamar. I urge our political ally PAS to review that resolution which was passed without debate, and meanwhile not to implement it.
The DAP has long been our friend and comrade, committed to our great struggle for change. I know too that the DAP stands with us in our endeavour to ensure PR remains viable and united as an alternative to the people.
Under the BN, the situation is increasingly dire. The Rakyat are now further oppressed by GST and the massive 1MDB losses; while racial and religious polemic show no signs of abating.
It is the great hope of the Rakyat that Pakatan Rakyat will march forward to resolve the political uncertainty and economic troubles that plague our country under the rule of the BN.”
Datuk Seri Anwar Ibrahim has also sent separate personal messages in relation to this to Sdr Lim Kit Siang and Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Issued by,
N SURENDRAN
MP for PADANG SERAI
Member of Biro Politik KEADILAN
9 June 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan