Selasa, 19 Mei 2015

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Tambak laut di Melaka bakal ‘bunuh’ masyarakat Portugis

Posted: 19 May 2015 06:43 AM PDT

MELAKA: Projek penambakan laut Melaka Gateway yang sedang dijalankan dan projek jalan pesisir pantai yang akan dilaksanakan dibantah oleh masyarakat perkampungan Portugis kerana ia diramalkan bakal 'membunuh' kelangsungan kehidupan mereka.

Menurut Sidang Perkampungan Portugis, Peter Thomas Gomes, pantai serta laut di perkampungan tersebut begitu sinonim dengan masyarakat Portugis dan projek penambakan laut tersebut akan 'membunuh' komuniti mereka.

"Kita protes kerana mereka tak tepati janji, cakap tak serupa bikin, dulu kata tak ada tambak laut tapi sekarang hampir tutup pantai kampung kami, kita tak bantah pembangunan tapi sepatutnya ambil kira nasib nelayan di sini.

"Kita minta datang berbincang tapi sehingga kini tiada satu perjumpaan, kita nak selesaikan masalah nelayan, restoran dan penduduk kampung, sekarang pemandangan cantik lepas ni tengok tong sampah," ujarnya kepada dalam pertemuan dengan wakil Harakah di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, bayaran pampasan yang diumumkan kerajaan negeri baru-baru ini bukan pampasan daripada projek Melaka Gateway tetapi pampasan bagi projek penambakan laut terdahulu di muara sungai Melaka.

"Kami bukan nak sangat pampasan kerana pampasan tak setimpal dengan apa yang kami hilang tapi pembohongan ini mengambarkan seolah-olah kami tidak bersyukur. "Malahan ada tuduhan bahawa terdapat bukan nelayan dapat pampasan juga satu pembohongan bagi memburukkan kami dan pembangunan 'highway' itu juga akan sebabkan banjir kilat di kawasan Ujong Pasir.

"Mereka tak bincang, terus umum projek, maksudnya mereka nak 'bunuh' kita sedangkan kampung Portugis di sini satu-satunya yang masih tinggal di Asia Tenggara dengan penduduknya seramai 1,200 orang.

- Harakah 29 JAMADILAWAL – 1 JAMADILAKHIR 1436 / 20 – 22 MAC 2015

Berita berkaitan :

MELAKA: Satu memorandum yang membantah penambakan laut nelayan perkampungan Portugis di sini telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron, di sini, baru-baru ini. Memorandum yang ditandatangani oleh Sidang Perkampungan Portugis, Peter Gomes; Pengerusi Bertindak Selamatkan Komuniti Portugis,Martin Theisera dan wakil nelayan itu menyenaraikan sembilan sebab bantahan dibuat.

 Menurut Martin, memorandum tersebut dihantar kerana beberapa bantahan menerusi media sebelum ini tidak mendapat respons yang diharapkan daripada pihak berkaitan.

 "Antara perkara yang ditimbulkan dalam memorandum berkenaan termasuklah kegagalan mengikuti laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) mikro yang dikeluarkan pada 1997.

 "Kemungkinan warisan masyarakat Portugis menjadi mangsa kerja penambakan ini turut disertakan dalam memorandum itu," katanya.

 Beliau berkata, bantahan dilakukan kerana perkampungan Portugis serta budaya dan warisan yang diamalkan turut dilindungi Enakmen Pemeliharaan dan Pemugaran Warisan 1988.

Tiada ulasan:

Pengikut