Selasa, 12 Mei 2015

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pak Guard Mogok

Posted: 11 May 2015 03:42 PM PDT


 
Pengawal Hospital yang melakukan mogok - SH

BUKIT PALAH - Kira-kira 150 anggota pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Melaka, di sini mengadakan mogok, semalam berikutan tidak puas hati dengan gaji yang didakwa tidak diuruskan dengan betul.

Mereka mendakwa, masalah itu timbul sejak dua bulan lalu apabila syarikat baharu yang beribu pejabat di Kuala Lumpur mengambil alih pengurusan.

Salah seorang anggota yang hanya mahu dikenali sebagai Angah, 36, berkata, sebahagian besar dari mereka sudah berkhidmat lama di situ.

Menurutnya, walaupun syarikat pengurusan bertukar ganti, namun sebelum ini mereka tidak pernah berdepan masalah gaji sehinggalah syarikat terbaharu mengambil alih.

"Ada di kalangan kami di sini yang bekerja sudah melebihi 15 tahun. Jika dulu, cukup masa dapat gaji tetapi kali ini syarikat baru ini betul-betul mendatangkan masalah kepada kami.

"Contohnya bulan ini, mereka janji hendak bayar sebahagian gaji kami pada 7 Mei lalu, tetapi sampai hari ini tidak ada. Gaji pokok kami dijanjikan RM900. Kalau kami hendak dibayar gaji RM1,500 kena kerja penuh sebulan 30 hari tanpa cuti rehat, selama 12 jam setiap hari," katanya.

Seorang lagi dikenali sebagai Rajah, 46, berkata, dia merayu kerajaan atau mana-mana agensi terlibat supaya campur tangan.

"Syarikat baru hanya janji cakap mulut sahaja, tiada hitam putih. Bulan pertama, memang dia bayar betul tetapi masuk bulan kedua, agaknya mereka berdepan masalah, beginilah jadinya.

Harap syarikat dapat selesaikan masalah ini. Kalau tidak dapat selesai masalah ini, kami harap pihak hospital dapat menukar kepada syarikat pengurusan lain agar nasib kami lebih terjamin," katanya ketika ditemui di kafetaria Hospital Melaka, semalam.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Pengikut