Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu kebocoran dan kerugian akibat pengurusan lemah dan penyelewengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua umum PKR itu berkata, kenaikan harga barang selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu diperjuangkan agar tidak terus mendera rakyat miskin.
"Kedua-dua permasalahan di atas perlu ditangani sebelum Najib mengemukakan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Parlimen.
"Insya Allah, saya akan terus istiqamah dengan perjuangan menegakkan keadilan," katanya menerusi kenyataan disampaikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi video tersebar di laman sosial hari ini menggesa Najib memecat lembaga pengarah 1MDB dan mengarahkan polis menyiasat syarikat itu.
Katanya, sekiranya Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi.
“Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat,” kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno yang hadir.
Muhyiddin berkata, beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.
Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat.
"Kita perlu ambil tindakan, tak boleh beri sedikit masa.
"Jadi rakyat tengok, barulah pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan