Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:11 PG

sumber :-
Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 29 Mar 2015 03:51 AM PDT

bumiyang


Lagi Pesawat Airbus A320 Kemalangan?

Posted: 29 Mar 2015 12:45 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 29 Mar 2015 03:08 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Bila perempuan sudah mau, kemungkinan tidak boleh ditolak

Posted: 28 Mar 2015 09:25 AM PDT


Ketika majlis perkahwinan anak Dato Najib dan Datin Rosmah, demonstran #KitaLawan menuntut Rosmah undur.

Tuntutan undur selalu melibatkan jawatan. Pastinya bukan jawatan Penaung Permata atau Ketua Bakti yang dituntut turun.


Oleh kerana tinggal "jawatan" isteri sahaja yang ditinggal, adakah jawatan itu yang dituntut undur hingga ia perlu dituntut ketika majlis perkahwinan?


Mungkin tidak kerana nampaknya demonstran dah nyatakan hajat buat Rafizi Ramli.

Yang buat menakutkan adalah kehadhiran satu rombongan datang untuk meminang. Entahlah pihak mana yang sudah tidak sabar mahukan jawatan yang dituntut Rosmah undur.


Mana tau Mat Lampir. Jangan hairan Nurul yang berhajat. Benci tapi mahu.

Wow! Jual orang lagi untung dari jual orang.







Aspirasi Bangsa

Posted: 29 Mar 2015 01:42 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Perbandingan GST Malaysia dengan negara Asean

Posted: 28 Mar 2015 11:59 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 28 Mar 2015 11:36 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENGEJUTKAN: KHALID SAMAD KUTUK & SINDIR HJ HADI KAW KAW !

Posted: 28 Mar 2015 07:22 PM PDT


Khalid Samad
IPD Dang Wangi
Kuala Lumpur            29.04.15

------------------------------------------------

Tuan Guru Presiden PAS
Dato Seri Hj Hadi Awang
Rusila, Marang
Terengganu

Dato Seri

SAYA KENA TANGKAP POLIS

Merujuk perkara yang tersebut di atas saya Khalid Samad Jawatan Kuasa Pas Pusat telah di tangkap polis pada jam 3.20 pagi tadi.

Kepada Presiden Pas, saya dengan segala hormat dan penuh takzim dan rendah dirinya memaklumkan.

Harap maklum dan berada di dalam pengetahuan Yb Dato Seri Tuan Guru Presiden.

Yang Ikhlas


_________________
Khalid Samad.


Salinan kepada:

Dato Dr Tuan Guru Haron Din.
Tuan Guru Mursyidul Am Pas.


Nota : Pasma dah start berterus-terangan menganjingkan Presiden PAS tanpa berselindung lagi.

LIM SIAN SEE KASIHAN KEPADA AHLI PAS KERANA TERPAKSA MENDENGAR NASEHAT DAP

Posted: 28 Mar 2015 05:29 PM PDT

Sebenarnya DAP bukan sahaja target Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebaliknya beberapa individu lain, terutamanya, Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
If this is not interfering with PAS and trying to influence PAS members, I don't know what is.Looks like Hadi Awang is…
Perkara ini didedahkan oleh facebooker Lim Sian See berdasarkan satu poster yang disiarkan di facebook Pengerusi DAP, Nga Kor Ming
Tiga individu yang terdapat dalam poster itu adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dr Haron Din dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Terbongkar ! Mursyidul Am PAS, Haron Din tekun berbincang dengan Menteri UMNO. Ahli-ahli PAS perlu buat pilihan bijak," kata Nga yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP Pusat.
Menurut Lim Sian See, kata-kata Nga itu jelas merupakan bentuk kempen untuk mempengaruhi ahli-ahli PAS dalam pemilihan parti itu.
"Jika ini bukan campur tangan terhadap PAS dan cubaan untuk mempengaruhi (pemikiran) ahli PAS, saya tidak tahu, apa lagi yang mahu dikatakan.
"Seperti Hadi Awang bukan satu-satunya individu yang DAP tidak percaya – malah Mursyidul Am PAS juga, DAP tidak percaya.
"Saya kasihan kepada ahli-ahli PAS kerana mereka perlu mendengar nasihat daripada pemimpin DAP tentang siapa yang mereka harus percaya dan pilih dalam pemilihan parti mereka sendiri,"katanya.
Sementara itu, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff mengesah gambar pertemuan itu adalah gambar lama yang sengaja dikitar semula.
Nurul Islam juga turut mempertikaikan motif Nga menyebarkan gambar tersebut.
"Nga Kor Ming dah jadi tukang fitnah. Apa yang DAP nak sebenarnya sampai sanggup memfitnah Tuan Guru Mursyidul AM Pas?," soalnya.

KERUSI PERMATANG PAUH KOSONG

Posted: 28 Mar 2015 03:54 AM PDT

Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh berkata petisyen bagi pengampunan diraja ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan meliwat telah dilupuskan.
Sehubungan itu katanya Anwar secara automatik hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
"Pendirian kami adalah keputusan sudah dibuat. Perlembagaan menerangkan hal ini dengan sendirinya," kata Amarjeet kepada pemberita.
Bagaimanapun peguam Anwar, N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar berkata keputusan oleh Lembaga Pengampunan masih belum disahkan dan hanya akan diumumkan dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas pada Rabu depan.
Keputusan itu disampaikan kepada peguam Anwar menerusi afidavit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nursiah Arshad yang juga sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan.
Amarjeet berkata, pemohon telah meminta untuk melewatkan pengumuman keputusan bagi menyampaikan butirannya kepada Anwar terlebih dahulu 

Belantan

Posted: 28 Mar 2015 11:15 PM PDT

Belantan

Belantan


Mat Sabu ditahan polis 
di Butterworth

Posted: 28 Mar 2015 08:57 PM PDT


GEORGE TOWN – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis di sebuah restoran di Sungai Dua, Butterworth dekat sini malam tadi, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di restoran itu selepas menghadiri mesyuarat Pas negeri kira-kira pukul 12.20 tengah malam.

"Semasa tangkapan, Datuk Mohd. Salleh Man (anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir) ada bersama Mat Sabu, sebelum beliau dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Timbalan Presiden Pas itu, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

"Penahanan itu dilakukan oleh pasukan polis dari Bukit Aman dan sebaik ditahan di Sungai Dua, beliau (Mat Sabu) dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya dan seterusnya ke Balai Polis Daerah Dang Wangi (Kuala Lumpur) bagi siasatan di sana," katanya.

Ditanya Mat Sabu ditahan berkaitan siasatan kes apa, Abdul Rahim enggan mengulas sambil menyatakan ia bukan berkaitan dengan kes di Pulau Pinang.

Difahamkan penahanan Mat Sabu dipercayai mempunyai kaitan dengan cadangan mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. –BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Petronas rakan kongsi terbaik F1!

Posted: 28 Mar 2015 05:36 AM PDT

PETRONAS dan Grand Prix Malaysia berjaya membentuk kerjasama yang menakjubkan.

Juara dunia, Lewis Hamilton pernah menyifatkan Petronas sebagai rakan kongsi terbaik Formula Satu (F1), malah menganggap kepakaran teknikal syarikat petroleum negara itu dalam mengeluarkan formula bahan api serta pelincir merupakan penyumbang utama kepada prestasi cemerlang pasukan Mercedes AMG Petronas musim lalu.

Pasukan Mercedes mendominasi musim 2014 dengan memenangi 16 daripada 19 perlumbaan, 11 menerusi Hamilton, manakala lima diraih Nico Rosberg.

Peningkatan besar yang ditunjukkan pasukan yang berpangkalan di Britain tersebut membuktikan Petronas semakin mengukuhkan kedudukan sejak melibatkan diri dalam F1 buat kali pertama pada 1995 menerusi tajaannya bersama Red Bull-Sauber Petronas.

Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah F1 buat kali pertama pada 1999 telah membuka ruang lebih luas kepada mereka untuk terus mengembangkan sayap dalam sukan termahal dunia itu.

Menjadi penaja utama Grand Prix Malaysia sejak 16 tahun lalu sehinggalah sekarang, Petronas sentiasa memberi komitmen bagi memastikan perlumbaan F1 dapat dilangsungkan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sejak 1995 sehingga 2005 pula, Petronas telah menjadi rakan kongsi eksklusif Sauber dan kemudian pada 2006 hingga 2009, mereka menjalinkan kerjasama bersama BMW Sauber F1 Team.

Bermula tahun 2010, syarikat petroleum nasional itu memilih Mercedes Grand Prix sebagai pertaruhan untuk meneruskan perjuangan dalam F1. Pada peringkat awal kerjasama, mereka sekadar menjadi penaja utama pasukan, sebelum mengorak langkah lebih jauh dengan membangunkan formula petrol baharu untuk enjin V6 pada 2012.

Hasil kerja keras warga Petronas, impian mereka akhirnya menjadi realiti apabila minyak pelincir dan bahan api jenama syarikat itu digunakan buat pertama kali untuk jentera Mercedes dalam perlumbaan kompetitif F1, tahun lalu.

Malah, pertaruhan sulung Petronas nyata membuahkan hasil yang cukup lumayan apabila pasukan Mercedes AMG Petronas muncul sebagai pemenang untuk kategori pengeluar, selain Hamilton dinobatkan sebagai juara dunia. - UMO 

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 28 Mar 2015 11:05 PM PDT

The Unspinners


PROPAGANDA KITAR SEMULA Nga Kor Meng kena SMASH

Posted: 29 Mar 2015 03:30 AM PDT


Alahai isu basi yang dikitar semula...



Nak serang Haron Din sanggup kitarsemula.isu.lama. Nak kitar semula pemilihan CEC DAP?


Penerangan dikelirukan, Penguatkuasa lemah, rakyat MUDAH DITIPU DAPee

Posted: 28 Mar 2015 09:30 PM PDT


Bila penguatkuasaan lomah, peniago mudah tipu dan salahkan kerajaan. Rakyat hilang cayo kek gomen bilo apo ditipu cino, betul berlaku ...



Padahal Anwar juga yang kata ianya elok dan efisyen. Sebab nak kuasa dan bebas, dia tipu dan pengaruh rakyat yg bodoh mudah ditipu.


Jika berjalan lancar dan cina2 BBCD tak menipu, ia sistem cukai yg baik dan diguna seluruh dunia dah.



Sebenarnya GST konsepnya sonang ...





Hasan Malek kan ado... tapi kalau tido, apo nak buek?

Posted: 28 Mar 2015 06:30 PM PDT


Apo nak dibuek kopitiam ni nipu?



Semua hasil dakyah Old Time White Coffee ...


Orang ramai pun bodoh juga ...



Mudah sangat ditipu cino DAP.



Anwar pun dah tipu



Mydin kan ado ...



Itu pasal penguatkuasaan itu penting untuk keyakinan orang ramai.

Orang hanya bising kan penetangan.  Bahagian UMNO sua diberi penetangan tapi buek ko kojo?



Dah 5 tahun tancang GST dan lagi lamo sejak Anwar pun cadang GST. Apo ko buek? Tido ....?

Dari 10 ribu (kata Mkini), campur reporter pun tinggal 350

Posted: 28 Mar 2015 08:30 AM PDT



Aksi gilo ada macam-macam ...







Pagi tadi pun best juga ...




Yang menarik sekali, bukan saja Hishamuddin Rais, Rafizi, Mat Sabu dll yg ditahan tak kelihatan tapi Wan Azizah, Nurul, anak2 dan cucu2 Anwar serta Nik Nazmi tak kelihatan.

Puak2 Bar Council tak nampak. Anak Johan Jaafar yg muka hodoh nak mampus tu cakap ajer banyak.

Kenapa semua ni tiba2 takut?

Azmin punya geng tak nampak langsung. Dah macam DAP dan Unit Amal.

Bila pula DAP Selangor nak keluar dari Pakatan?

Posted: 28 Mar 2015 05:30 AM PDT




DAP Selangor bila pula?


DAP tak mahu kempen P Pauh kalau PAS ada?

Posted: 28 Mar 2015 02:00 AM PDT



Macam mana ni?






Permatang Pauh nak raya.... pilihanraya maksud kami.

Hmmm .... kalau DAP tak mahu, ahli dan penyoong PAS tak payahlah bantu dan keluar mengundi kan? Presiden tak mahu, unit amal nak diguna dan undi pula nak. Mana ada aci!!!

Di Permatang Pauh. penyokong DAP pun ramai. Biar DAP dan PKR sajelah keluar ngundi kan.

Harap-harap parasit ANwar dalam UMNO Permatang Pauh dah mampus dan sakit2 belaka. Ramai dengarnya ... Kalau berebut nak bertanding jadi calun, sahlah parasit Anwar.

Padan muka AGONG TOLAK PENGAMPUNAN ... spin lagi bukan-bukan

Posted: 28 Mar 2015 12:00 AM PDT



ANGIN PERUBAHAN

Posted: 28 Mar 2015 09:41 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Keadilan Apakah Kalau Jadi Begini?

Posted: 28 Mar 2015 09:19 PM PDT



Pendemo #KitaLawan Sudah Bersurai

Posted: 28 Mar 2015 04:20 AM PDT

Demo paling gagal dan kurang sambutan. Ramai tidak bersetuju bila demo itu bertujuan untuk mengacau majlis kenduri kahwin. Inilah demo terakhir kumpulan pembangkang agaknya.

Jualan Murah 70% Sogo Gagalkan Demo #KitaLawan

Posted: 28 Mar 2015 02:58 AM PDT

Demo #KitaLawan Ramai Beredar Tinggalkan Sogo

Posted: 28 Mar 2015 02:30 AM PDT

Demo #KitaLawan Satu Cubaan Hina Kenduri Kahwin Orang Melayu

Posted: 28 Mar 2015 01:41 AM PDT

1) Apa masalah sebenar pendemo ini? Tidal lain dan tidak bukan hanyalah untuk menggangu majlis kenduri anak PM.

2) Sanggup habiskan duit untuk buat banner dan poster serta sepanduk anak PM, siap dengan bunga manggar lagi. Mengapa mereka ini tidak sanggup habiskan duit ringgit untuk bantu mangsa banjir di Kelantan?

3) Secara tidak langsung, pendemo pendemo ini telah membuat suatu perkara yang cuba merendah rendahkan majlis perkahwinan orang Melayu. Apa agaknya perasaan mereka jika majlis kenduri anak pemimpin PKR dibuat begini?

4) Akan terkeluarlah ayat hak asasi dan jangan ganggu privasi saya nanti.

5) Rakyat sedang melihat dan menilaim

Demo #KitaLawan Gagal, Ramai Tidak Mahu Berdemo Kacau Kenduri Kahwin

Posted: 28 Mar 2015 12:53 AM PDT

Bukti Demo #KitaLawan Ada Niat Ganggu Majlis Kahwin

Posted: 27 Mar 2015 11:43 PM PDT

Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi PKR nafikan dalam Malaysian Insider kata KLCC bukan salah satu destinasi pendemo.

Rupanya kenyataan itu ternyata hanya satu muslihat semata mata. Gambar rajah Malaysiakini ini jadi bukti pendemo kita lawan ada niat untuk ganggu majlis kahwin.

JURI RAKYAT

Posted: 28 Mar 2015 07:38 PM PDT

JURI RAKYAT


Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy Ace 3

Posted: 28 Mar 2015 08:38 AM PDT

Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy Ace 3 - Bagi Anda penggemar Android dan menginginkan harga yang terjangkau, maka Samsung Galaxy Ace 3 bisa dijadikan pilihan. Di Indonesia type Ace series ke-3 ini diluncurkan pada bulan November 2013, dan memiliki angka penjualan yang sangat bagus. Selain menawarkan fitur paling anyar, harga yang ditawarkan pun sesuai untuk kelas menengah ke bawah. Penggunanya tentu saja pangsa pasarnya semakin luas namun tetap dengan banyak kelebihan unggulan.


Mengetahui bahwa ponsel pintar berbalut OS Android akan lebih nyaman digunakan beraktivitas apabila memiliki spesifikasi yang baik. Adapun spesifikasi untuk Samsung Galaxy Ace 3 ini adalah:
  • Memiliki layar dengan ukuran 4 inchi yang lebih lebar setengah inchi dari generasi terdahulunya.
  • Jenis layar TFT Capasitive Touchscree dengan resolusi 480x800 pixel, 16 juta warna.
  • Single SIM jaringan 3G dan HSDPA.
  • Android versi v4.2.2 (Jelly Bean).
  • CPU yang dimiliki jenis Broadcomp BCM21664 Dual Core 1 Ghz.
  • Kamera dengan resolusi 5 MP lengkap dengan auto focus dan LED Flash.
  • Memory internal 4 GB dan eksternal 64 GB.
  • Baterai 1500 mAh dengan talktime 8 jam.
Kamera single yakni sebagai kamera utama sebesar 5 MP mampu melayani kebutuhan Anda untuk memiliki hasil jepretan yang baik. Meskipun akan kesulitan memenuhi keinginan untuk selfie, penggunanya juga cukup tenang. Sebab bisa menggunakan jaringan internet 3G, dan apabila berada di lokasi yang tidak mendukung bisa menggunakan HSDPA. Harga yang ditawarkan Rp 1.500.000 untuk yang baru Second sekitar 1.2 jutaan.

melayuangkat

Posted: 28 Mar 2015 03:22 PM PDT

melayuangkat


Manfaat bawang merah,tape singkong,buah nanas,buah pinang

Posted: 28 Mar 2015 05:55 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 28 Mar 2015 03:07 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Anak Azean Irdawaty, Benji bakal ke tali gantung

Posted: 28 Mar 2015 08:19 AM PDT

Menurut Berita Harian, seorang pelakon lelaki telah ditahan untuk kali keempat selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Pagoh, Muar, Johor, semalam.

Dalam sekatan jalan raya tersebut, dia telah ditahan bersama seorang lagi lelaki Melayu setelah anggota polis menemui satu beg di tempat letak kaki pemandu yang mengandungi empat paket plastik dadah disyaki syabu anggaran seberat 52.27 gram.

Pemeriksaan pada but kereta, polis menjumpai satu kotak yang mengandungi beberapa botol plastik yang tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan satu bekas lain yang tertulis perkataan Bendosen Calcium Chloride.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa menemui satu paket dadah disyaki syabu dengan anggaran seberat 1,073 gram dan satu bekas plastik disyaki syabu anggaran seberat 193 gram. Selain itu terdapat tujuh balang kaca, satu corong kaca, satu bekas plastik, satu getah paip, satu pengering dan satu dapur elektrik.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (rtky/s)

Guru sekolah di Ampang 'separuh bogelkan' 6 pelajar

Posted: 28 Mar 2015 05:01 AM PDT

AMPANG - Enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampang berdepan kejadian memalukan apabila diarah membuka seluar dan dipaksa mengikuti sesi pembelajaran hampir lima jam dalam keadaan separa bogel oleh guru sekolah itu, Rabu lalu.
 
Lebih menyedihkan lagi, dua daripada empat pelajar berkenaan tidak memakai seluar dalam, namun kerana patuh pada arahan, mereka membiarkan diri dimalukan tanpa rela bermula sekitar jam 10 pagi hingga 3.30 petang.
 
Sinar Harian dimaklumkan, kesemua pelajar tingkatan satu itu dikenakan tindakan itu kerana tidak memakai seluar sukan yang dijual sekolah pada hari kokurikulum itu.
 
Malah guru berkenaan didakwa mendesak seorang pelajar dalam kelas sama mengutip kesemua seluar pelajar itu dan diletakkan di pejabatnya di tingkat bawah bangunan sekolah.
 
Bagaimanapun, atas inisiatif rakan sekelas yang simpati, mereka mengumpul wang dan membelikan seluar sukan dari pihak sekolah untuk diberikan kepada rakan mereka yang didenda. Salah seorang bapa kepada pelajar berkenaan berkata, dia menyedari kejadian itu pada hari sama, selepas anaknya menghubunginya dan meminta membawa seluar untuk dipakai.
 
"Saya pelik dan terus bergegas ke sekolah sebanyak dua kali dan bertemu salah seorang guru yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada saya.
 
"Saya kesal dengan kejadian itu yang betul-betul mengaibkan anak saya dan lima pelajar lain.
 
"Tindakan yang dibuat guru itu bukan untuk mendidik, tetapi menjatuhkan maruah kesemua pelajar itu termasuk anak saya," katanya.
 
Menurutnya, tidak ada dalam sistem pendidikan negara yang membenarkan golongan pendidik bertindak sedemikian ke atas pelajar.
 
"Kesalahan mereka kecil dan tidak setimpal dengan hukuman.
 
"Jika begini cara pendidik mengajar, saya yakin masa depan pendidikan negara hancur," katanya.
 
Pihaknya berharap agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit atas tindakan yang jelas melanggar etika kesusilaan sebagai seorang pendidik.
 
"Akibat kejadian itu, anak saya trauma dan takut ke sekolah.
 
"Dia beritahu malu dan segan untuk berdepan rakan sekelas.
 
Saya risau keadaan itu boleh mengganggu prestasi pembelajarananak saya pada masa depan," katanya.
 
Beliau membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak pada hari sama serta ke Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk tindakan lanjut. 
 
"Saya harap pelaku tak dilindungi dan dikena tindakan.
 
"Saya juga dimaklumkan, guru itu pernah membuat tindakanyang hampir sama ketika dia mengajar di sebuah sekolah menengah lain, tahun lalu.
 
"Kejadian mengaibkan itu bukan kali pertama dilakukannya. 
 
Jadi kementerian harus pandang berat isu ini agar kejadian yang menimpa anak saya dan pelajar lain tidak berulang," katanya. Katanya, pihaknya akan bawa kes itu ke kementerian dan berjumpa pengetua Isnin depan, yang mana ketika kejadian, beliau dilaporkan bercuti.

Pengacara, pelawak terkenal meninggal dunia

Posted: 28 Mar 2015 04:08 AM PDT

PENGACARA dan pelawak terkenal Indonesia, Olga Syahputra atau nama sebenarnya Yoga Syahputra dilaporkan meninggal dunia semalam di Singapura selepas menderita kanser meningtis sejak 2013, lapor portal berita, Liputan6.com.

Berita sedih itu disahkan pengurusnya, Vera Zanobia melalui panggilan telefon kepada sebuah stesen TV swasta.

Kemudiannya, stesen TV itu turut berkongsi berita tersebut di laman mikro Twitter.

"Turut berdukacita atas meninggalnya Olga Syahputra pada jam 5.17 petang," tulis stesen TV itu.

Sebelum pengesahan rasmi dibuat, berita kematian Olga di Hospital Mount Elizabeth, Singapura itu telah pun kecoh di Twitter.

Vera sekali lagi mengesahkan pemergian Olga melalui kemaskini status terkini di Twitternya.

"Innalilahiwainalilahirojiun telah 'pulang' kesayangan mak, Olga Syahputra pada jam 5.17 petang (waktu Jakarta) dihari Jumaat. Minta doa buat kesayangan mak," tulisnya.

Ucapan takziah buat Olga menjadi 'trending' di Twitter apabila peminat dan kenalannya melahirkan rasa sedih atas pemergian pengacara berusia 32 tahun itu.

Sebelum ini, Olga telah menerima rawatan di hospital di Singapura berkenaan untuk tempoh yang agak lama.

Yatt Hamzah terima komen lucah, diugut bunuh, nyaris dibom

Posted: 28 Mar 2015 03:11 AM PDT

Selebriti dan aktivis kemanusiaan Yatt Hamzah, 35, menerima ugutan bunuh dan komen berbaur lucah menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya sejak beberapa bulan lalu.

Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini ketika ditemui berkata, setiap kali dia memuat naik foto juga kempen misi kemanusian membantu umat Islam di negara bergolak seperti di Gaza, Palaestin dan Syria di IG atau Facebook, akaunnya serta merta disekat.

"Sejak aktif dengan misi kemanusian, apabila saya muat naik dan berkongsi foto tentang misi tersebut, serta merta akaun saya di sekat oleh IG dan Facebook (FB).

"Hampir setiap bulan IG dan FB saya disekat, paling sekejap satu jam paling lama tiga hari.

"Mereka hantar mesej mengatakan saya melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan terutama gambar-gambar menunjukkan keganasan dan kekerasan. Walhal gambar yang muat naik adalah gambar misi membantu umat Islam seperti di Palestin dan Syria.

"Bukan itu saja, malah saya diugut bunuh oleh ramai pengikut yang saya percayai mereka yang memihak kepada Israel. Ada juga komen berbaur lucah.

"Walaupun 'entry' saya kebanyakannya dengan kapsyen bahasa Melayu tapi mungkin mereka google maknanya. Mereka pun komen dengan menggunakan bahasa mereka rupanya bila saya google, ia sebenarnya perkataan-perkataan lucah," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Rumoda di Bangsar, semalam.

Bercerita lanjut, Yatt menyatakan pada mulanya dia terkejut dan berasa takut dengan ugutan tersebut.

Namun, semakin kerap dia menerima ancaman itu, dia semakin lali dan terbiasa dengan keadaan itu.

Disebabkan ugutan itu hanya diterima menerusi laman sosial, justeru dia tidak mengambil sebarang tindakan dan membuat laporan polis.

"Mulanya saya bimbang juga tetapi bukan saya saja. Heliza pun kena benda yang sama.

"Apabila sudah selalu dapat ugutan sebegitu lama-lama saya sudah lali.

"Saya tidak buat laporan polis sebab lagipun ugutan itu menerusi media sosial saja. Tambahan, pengikut di IG saya agak ramai, saya tidak pernah pula mengkaji seorang demi seorang siapa pengikut saya.

"Apa yang penting, sekarang ini saya lebih berhati-hati sebab di luar sana banyak mata-mata dalam kalangan mereka. Saya hanya berserah pada Allah," katanya baru pulang dari misi kemanusiaan di Syria dari 25 Februari sehingga 6 Mac lalu.

Hampir Kena Bom

Dalam pada itu, Yatt sempat juga berkongsi pengalamannya sepanjang 10 hari di Syria.

Katanya, dalam beberapa misi yang pernah diikutinya sebelum ini, kunjungannya bersama suaminya serta beberapa lagi rakan artis lain seprti Heliza, Munif (Hijjaz) dan Ali XPDC memberi satu pengalaman bermakna walaupun mereka hampir menemui ajal.

Cerita Yatt, dua hari sebelum mereka pulang ke Malaysia, mereka menjalankan bantuan terakhir untuk misi ini di sebuah daerah.

Setibanya mereka di situ, tidak sampai 10 minit mereka diarahkan menaiki semula van dan beredar kerana ada maklumat mengatakan beberapa helikopter sedang menuju ke kawasan di mana mereka berada.

"Hari kelapan, ketika itu kami meneruskan misi ke satu daerah. Baru saja tiba di situ, kami diarahkan masuk ke dalam van semula.

"Van bergerak sangat laju meninggalkan tempat tersebut tetapi sampai di pertengahan jalan van kami termasuk dalam selut, kami turun dan tolak.

"Sedang kami tolak van tiba-tiba kami dengar satu dentuman yang sangat kuat. Rupa-rupanya tempat yang baru 10 minit kami tinggalkan telah di bom.

"Masa itu hanya Tuhan saja yang tahu bertapa terkejut dan takutnya saya sehingga saya terus memeluk pokok zaitun.


"Pada masa itu saya jerit memanggil suami saya dan dalam masa sama saya terus teringat pada anak saya," ceritanya dengan nada sebak.

Becerita pula pada perkembangan terbaharu selain perniagaan busana muslimah, Yatt aktif sebagai penceramah motivasi.

Selain itu Yatt juga merupakan antara lima artis sebagai vendor dengan jenama masing-masing yang dijual di butik Rumoda bersama rakan artis lain seperti Nora Danish, Felixia Yeap, Rebecca Nur Islam dan Norman Hakim.

- mD

Lari pegang kemaluan

Posted: 27 Mar 2015 07:00 PM PDT

Foshan (China): Seorang ahli perniagaan di sini terpaksa berlari sejauh 800 meter untuk ke sebuah klinik selepas kemaluannya dipotong bekas isterinya.

Alat sulit Hong Shih, 38, dipotong bekas isterinya selepas wanita itu berang akibat diceraikan.

Shih, 38, berkata, kejadian itu berlaku ketika bekas isterinya, Fu, 35, datang ke rumahnya bagi berbincang mengenai anak mereka selepas mereka bercerai baru-baru ini.

Katanya, ketika kejadian dia berada di dapur sedang membancuh teh sambil menerangkan kepada bekas isterinya bahawa dia tidak mahu lagi bersama semula kerana mereka sering bertengkar.

"Secara tiba-tiba bekas isteri saya menarik seluar saya hingga terlondeh.

"Saya berpaling ke depan dan cuba menarik seluar saya semula tetapi Fu terus memegang kemaluan saya dan memotongnya," katanya.

Menurutnya, selepas memotong kemaluannya Fu menjerit: "Saya tidak mahu lihat kamu dengan orang lain. Jika saya tidak boleh memiliki kamu, tiada orang yang boleh." - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39582#sthash.V19oHTD1.dpuf

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 28 Mar 2015 07:22 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


'Abang long besar Cheras' sertai IS.?

Posted: 27 Mar 2015 01:19 PM PDT

Pertemuan secara tidak sengaja dengan sebahagian rakyat Malaysia yang ketika itu bersama kumpulan Ajnadusy Syam sewaktu dalam perjalanan balik misi bantuan Ramadan Malaysia Life Line for Syria ke markas NGO, tahun lalu.
SHAH ALAM, 27 MAC – Aktivis yang membawa misi bantuan ke Syria pada Ramadan tahun lalu mengakui ada bertemu dengan sekumpulan rakyat Malaysia yang menyertai jihad di bumi itu termasuk Allahyarham Mohd Lotfi Ariffin atau Ustaz Lotfi.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line for Syria, Syahrir Azfar Al-Halabi berkata, pertemuan tidak disengajakan itu berlaku ketika mereka masih bersama kumpulan Ajnadusy Syam dan belum menyertai IS.

"Pertemuan di markas Ajnadusy Syam di Kafr Zeita Hama itu ketika Ustaz Lotfi masih hidup. Apabila kita berada di kawasan itu untuk menghantar bantuan kami terjumpa mereka namun ketika itu masa sangat singkat," katanya kepada Sinar Online.

Jun tahun lalu, Pas telah menamatkan keahlian Ustaz Lotfi susulan penglibatannya dalam kumpulan militan di Syria dan Allahyarham meninggal dunia 15 September lalu selepas koma lima hari akibat terkena serangan bom pesawat dalam satu pertempuran.

Berkongsi cerita hasil pertemuan tersebut, Syahrir berkata, kebanyakan militan yang terjebak dalam IS itu terpengaruh dengan idea penubuhan negara Islam.

"Kebanyakannya mereka yang menyertai IS ini kerana terpengaruh dengan idea untuk menubuhkan negara Islam itu. Ada di antara mereka adalah pelajar. Ada juga yang kehidupannya sebelum itu memang teruk sangat... negatif kemudian mendapat pencerahan.

"Macam salah seorang yang saya kenal, menggunakan nama Ali (bukan nama sebenar). Saya ada jumpa kawan baiknya di Cheras. Kawannya beritahu, Ali ini dulu seperti 'Abang Long Besar' di Bandar Tun Razak. Dia lari ke Thailand, masuk ke pondok dan mendapat idea untuk menjadi pejuang. "Bukan dia seorang sahaja yang mempunyai latar belakang seperti itu. Ada beberapa orang lagi yang kami kenal, memang latar belakangnya seperti itu... yang menjadikan jihad ini sebagai jalan pintas untuk dia menghapus dosa-dosa lampau... dengan syahid. Memang cita-cita semua orang nak syahid tapi bagaimana dia faham erti dan konsep jihad itu dan bagaimana dia memilih kumpulan jihad yang sebenar," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui kesukaran dihadapi badan-badan yang mahu menghantar bantuan ke Syria selepas kewujudan militan IS.

"Kewujudan IS ini menjadikan proses penghantaran bantuan itu menjadi sukar. Inilah (misi bantuan kemanusiaan) jalan yang mereka (yang mahu menyertai IS) ambil...sangat mudah. Tapi itu dulu. Sekarang Turki agak tegas. Sebab apabila kita orang luar nak masuk Syria, pihak Turki akan kaji siapa kita, latar belakang kita.

"Kami pernah ditahan di satu 'checkpoint' yang dikawal pejuang kumpulan lain dan apabila mereka lihat kita orang luar, mereka anggap kita IS. Walaupun kita kata kita badan yang bawa bantuan kemanusiaan, dia akan kata, kami tak percaya, semua orang pun cakap begitu.

"Kalau mereka jumpa sebutir peluru pun, memang habislah akan ditembak semua. Ada yang bawa 'powerbank' dan mereka sangka itu bom sebab IS ini memang terkenal dengan bom bunuh diri. Itu yang antara buat kami sangkut," katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/cuci-hati-abang-long-besar-cheras-sertai-is-1.373391

Comments (0)