Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:21 PG

sumber :-

Barisan Nasional


Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 26 Mar 2015 07:09 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


GST - Peniaga Boleh Tuntut Bayaran Balik, Tiada Sebab Harga Barang Naik

Posted: 25 Mar 2015 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kelonggaran untuk peniaga atau pengeluar yang mendaftar menerusi Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mengemukakan tuntutan bayaran balik bagi mengelak kenaikan harga barang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihak berkenaan boleh mengemukakan tuntutan tersebut dalam tempoh enam bulan selepas 1 April ini.

"Bagi amaun tuntutan kurang daripada RM10,000 pihak yang menuntut dikehendaki mengemukakan audit perakaunan yang ditandatangani oleh akauntan berkanun yang mengesahkan amaun pembayaran balik khas itu.

"Sementara untuk jumlah melebihi RM10,000 pihak yang menuntut perlu kemukakan perakuan audit yang ditandatangani oleh juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Seksyen 8 Akta Syarikat 1965 yang akan mengesahkan amaun pembayaran balik khas itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat GST dan isu semasa di Galeri Umno pada Selasa.

Beliau menegaskan setiap peniaga atau syarikat hanya boleh menuntut bayaran balik khas itu sekali sahaja dan sekiranya ada pihak yang cuba melakukan penipuan mereka akan dikenakan hukuman yang setimpal mengikut akta percukaian negara.

"Penyerahan tuntutan hanya dibenarkan melalui talian portal GST, Taxpayer Acess Portal (TAP).

"Pihak yang menuntut hanya dibenarlan menuntut sekali sahaja dalam tempoh tersebut dan tiada pembetulan yang dibenarkan pada tuntutan tersebut selepas penyerahan dibuat," katanya.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno itu berkata, tuntutan tersebut akan diperoleh dengan mengemukakan perakauan audit kepada Jabatan Kastam Diraja Malysia, manakala barangan terlibat adalah pembekalan bercukai pada 1 April 2015.

"Barangan tersebut tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan cukai tersebut dibayar peniaga sebelum 1 April 2015.

"Pihak yang menuntut perlu mempunyai dan memegang invois pembekal bagi membuktikan mereka adalah penerima barang dan SST telah dibayar," katanya.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kerajaan bercadang menukarkan nama caj perkhidmatan yang dikenakan oleh restoran dan hotel supaya orang ramai tidak keliru dengan pelaksanaan GST.

Jelasnya, perkara tersebut harus dilaksanakan bagi mengelakkan orang ramai berfikiran bahawa cukai caj perkhidmatan ini sama ada lima peratus atau 10 peratus itu dikutip pihak kerajaan.

"Cukai caj perkhidmatan ini tidak ada kena mengena dengan GST yang bakal dilaksanakan sebanyak enam peratus mulai 1 April ini.

"Ia merujuk kepada tips yang diberi kepada pekerja restoran dan hotel," katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan kementerian itu bakal mengeluarkan garis panduan mengenainya.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua pengusaha restoran mengenakan caj perkhidmatan ini kerana mereka mahu memberikan harga kompetitif kepada pesaing, selain menarik lebih ramai pelanggan.
Sumber : http://www.mstar.com.my/niaga/2015/03/24/gst-tiada-sebab-harga-barang-naik/

KPDNKK wujud war room pantau aduan GST

Posted: 25 Mar 2015 06:00 PM PDT

PUTRAJAYA, 25 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mewujudkan bilik gerakan (war room) khusus untuk menangani kes salah laku berkaitan pelaksana­an cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, bilik gerakan yang akan beroperasi pada 31 Mac ini berfungsi memantau segala aduan orang ramai berkaitan GST dan seterusnya mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau berkata, sebanyak 2,000 penguat kuasa terlibat dengan pasukan bilik gerakan itu dan sekurang-kurangnya 40 daripadanya ditempatkan di bilik tersebut manakala selebihnya akan bertugas di cawangan-cawangan seluruh negara.

"Pada peringkat permulaan war room itu akan beroperasi untuk tempoh 24 jam terutama pada ming­gu pertama pelaksanaan sistem cukai baharu itu dan kemudiannya kita akan susun semula waktu operasinya mengikut keperluan semasa.

"Kaedah yang digunakan oleh war room itu sememangnya sistematik berasaskan teknologi maklumat (IT) masa kini. Sebagai contoh, kita boleh melihat pelbagai aduan meliputi semua media sosial.

Oleh itu kita alu-alukan pengguna untuk menggunakan ruang dan peluang membantu kerajaan menjayakan GST selaras dengan matlamatnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Beretika Kebangsaan 2015 dan Pelancaran Buku Etika Perniagaan Malaysia (EPM), di sini hari ini.

Hasan berkata, orang ramai boleh menggunakan semua medium media sosial untuk melaporkan sebarang aduan kepada KPDNKK khususnya untuk GST selain boleh juga menghubungi melalui talian telefon terus ke bilik gerakan di 03-88826245.

Terdahulu, Hasan dalam ucapannya ber­kata, KPDNKK me­lancarkan semula Kod Etika Perniagaan Malaysia (Kod EPM) yang diterbitkan pada tahun 2007 selepas beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap isi kandungannya.

Beliau berkata, tujuan Kod EPM itu diterbitkan semula bagi menepati kehendak dan perkembangan semasa dunia perniagaan.

"Sebagai contoh, dahulu tidak ada perniagaan dalam talian tetapi kini perniagaan itu telah menjadi paling popular di seluruh dunia dan negara kita turut tidak terkecuali, sebab itu kita olah semula panduan kod etika berkenaan.

"Kita menggesa peniaga mengamalkan etika perniagaan yang baharu ini kerana kerajaan mahu peniaga mengendalikan perniagaan secara amanah dan mengelakkan salah guna kuasa," katanya.

Beliau berkata, penerbitan semu­la Kod EPM itu tepat pada masanya sejajar dengan pelaksanaan GST yang memerlukan satu panduan khusus untuk peniaga dan pengguna bagi mengelakkan wujudnya unsur penipuan dalam perkhidmatan.

Buku Kod EPM itu telah diolah semula oleh pelbagai pihak terma­suk Institut Integriti Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan bagi memastikan panduan perniagaan di negara ini adalah antara yang terbaik.
Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kpdnkk-wujud-war-room-pantau-aduan-gst-1.73753

bumiyang

Posted: 26 Mar 2015 03:40 AM PDT

bumiyang


MP PKR-Batu Pahat Kena Tipu!!! Beli Telur Ayam RM6.80 Untuk10 biji???

Posted: 25 Mar 2015 11:28 PM PDT

tunku

Posted: 26 Mar 2015 03:05 AM PDT

tunku


MAS earmarks 4,000 contracts for re-negotiation

Posted: 25 Mar 2015 11:52 PM PDT

Newly-formed Malaysian Airlines Bhd (MAS) has identified 4,000 contracts for renegotiation under its recovery plan.

Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said this was among the measures taken to turn MAS around following its takeover by Khazanah Nasional Bhd.

"Some 4,000 contracts have been identified under a comprehensive review of MAS contracts," he said in a written reply a question raised by Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) in Parliament Thursday.

The review, he added, includes novation of the contracts to create a new obligation from the previous one, termination and renegotiations.

"MAS is currently negotiating with Brahim's Airline Catering Sdn Bhd to enter into a new agreement," said Najib.

He added that MAS and Barhim had also reached a settlement agreement for a temporary period between Oct 1, 2014 and Mar 31 this year.

"The (settlement) agreement will see a reduction of monthly expenses in the period agreed, apart from resolving outstanding costs on the whole," he said.

As of Mar 2, Najib said that payments of RM1.38bil were made to shareholders under the approved Selective Capital Reduction plan.

He added that a corporate development centre would also begin operations this April 1 to provide retraining and job placements for MAS staff who will not be absorbed into the new entity.

The airline staff, who are based at Subang, he added, would move to KLIA by May.

Najib, who is also Prime Minister, added that an employee consultative panel and has since held meetings with MAS union and non-union representatives on Dec 8, 2014 and Feb 17 this year.

The Government announced the MAS recovery plan on Aug 29 last year and passed the Malaysian Airline System Bhd (Administation) Act 2014 to facilitate the airline's turnaround takeover in five years.

The Unspinners

Posted: 25 Mar 2015 11:47 PM PDT

The Unspinners


Kalau dari MInsider atau Mkini atau Rafizi, tak blh caya!!!

Posted: 25 Mar 2015 11:30 PM PDT


Kerja sebar harga rokok baru yg palsu mesti kerja Rafizi ni!!!!

Posted: 25 Mar 2015 08:30 PM PDT


Dah dikantoi putarbelit kenyataan PM, MI enggan betulkan!!! SAH AHLI NERAKA!

Posted: 25 Mar 2015 05:30 PM PDT





Setan punya M Insider!!! Jahabar Saddiq layak jadi ahli nerakan!!!

Posted: 25 Mar 2015 08:37 AM PDT



Jika tak putarbelit fakta, tak habis2 Msia Insider mereka2 cerita bohong dan fitnah. Berbohong dah jadi kelaziman.

Banyak ahli neraka dari orang2 yg pembohong dan penipu tegar.

Sebelum berhadapan dengan hukuman tuhan kerana fitnah ini bertujuan menggagalkan hukum islam dan mempermainkan institusi raja, elok polis bertindak. Hukuman dunia masih tidak seazab hukunan tuhan.

Harap ada buat laporan segera pd polis dan polis segera bertindak!!!! Dah melampau ni

HUDUD FLIP FLOP oleh pemimpin PAS, DAP dan Gerakan

Posted: 25 Mar 2015 01:30 AM PDT

DAP hanya main game politik untuk jatuhkan HADI untuk puak PASMA, tapi mutakhir ini ramai pihak yang flip flop serupa orang tidak ada pendirian.

Pertama Khalid gereja

Mula kata serah pada Kelantan

Komdian kata jangan demi PR




Kedua adalah Mampos Omar. Nak main isu tapi takut beri pendirian.


Si badut ni sibuk hal UMNO

Sibuk dia pasal komen Nazri
Bukan ke dulu ko yang sokong hudud???

Ketiga adalah PR Perak diketuai Nizar lambai gila isin

Helah saja ni sebenarnya Nizar akur cakap komunis
Nak buat macam mana ... Nizar sama darah komunis

Flip flopnya adalah si taukeh balak, rumah besar dan anyak kereta mewah

Keempat dan paling besar adalah DAP sendiri

Cakap macam pemimpin membaca dan bijaksana...



KANTOI!!!!


Mr Let is pass first ... Maksud dia iar dia kencing dulu, "Pass motion"
Ahli DAP pun tak setuju

Cuba-cuba nak pertanggungjawabkan pada MCA pulak

Kelima pula adalah Gerakan yang sudah cuba terkapai-kapai nak cari nyawa

Gerakan pun bersuara




Konsisten dengan pendirian Gerakan untuk saman

Tapi Gerakan pernah kata SINI hanya tolak Hudud PAS. Hudud Islam tolak tak?

Suatu masa tak berapa tahun dahulu ada pemimpin Gerakan kedah sokong hudud. Dan juga satu masa dahulu Gerakan sokong Bersih. Baca Mkini SINI

Belantan

Posted: 25 Mar 2015 11:44 PM PDT

Belantan


120 ekor ulat dalam mata dan hidung pesakit?

Posted: 25 Mar 2015 08:12 AM PDT


KANADA – Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan hampir 120 ulat berenga daripada hidung dan kelopak mata seorang pesakit wanita ketika dirawat di sebuah hospital di Ottawa.

Pesakit wanita yang dirahsiakan identiti telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana sakit. Semasa dirawat, seekor lalat dipercayai hinggap di muka wanita berkenaan dan telah bertelur di rongga hidung tanpa disedari.

Beberapa petugas hospital mendakwa terlihat seekor lalat terbang di dalam sebuah wad di mana wanita itu dirawat selama beberapa hari.

Menurut satu laporan perubatan, wad tersebut tidak mempunyai tingkap yang terbuka lantas menyebabkan lalat itu tidak boleh keluar.

Satu rakaman video yang memaparkan para doktor mengeluarkan ulat berengga dari mata dan hidung wanita itu kini menjadi popular di internet sejak beberapa hari lalu.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 Mar 2015 11:17 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KONTROVERSI DI SEBALIK SEKEPING GAMBAR?

Posted: 25 Mar 2015 08:47 PM PDT

Renung gambar ini....



Apa yang ada di kotak pemikiran anda?

*Gambar ini diambil di rak jualan akhbar pada hari Selasa. Kongsikan pandangan anda di ruang komen.

SYARAT DAP: JIKA PAS NAK KEKAL DALAM PR, SYARATNYA TUKAR HADI KEPADA MAT SABU

Posted: 25 Mar 2015 05:00 PM PDT

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dalam kenyataannya semalam berkata jika PAS mahu kekal dalam Pakatan Rakyat, maka parti itu tiada pilihan lain kecuali menukar Presiden PAS daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada individu lain.
"DAP hari ini memutuskan sebarang hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS. Presiden PAS dianggap menipu dan mengkhianati Pakatan Rakyat serta pengundi.
"Jika PAS ingin kekal dalam Pakatan Rakyat maka Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mestilah ditukar. Jika beliau masih kekal maka PAS mestilah bersendirian, "kenyataan daripada facebook PASMA Malaysia – Original dipetik.
PAKATAN RAKYAT TANPA PAS. Keputusan yang dibuat oleh PKR dan DAP jelas menunjukkan bahawa Pakataan Rakyat diambang…
PASMA Malaysia juga turut meletakkan dua keping gambar iaitu Abdul Hadi (Presiden PAS) dan Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) yang diletak bersebelahan.
Barangkali PASMA Malaysia ingin membawa mesej calon yang sesuai menggantikan Abdul Hadi adalah Husam Musa.
Dengan keputusan terkini DAP itu, PASMA Malaysia turut menggesa anggota Exco dan seluruh jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang perluh dilepaskan kerana PAS tidak lagi menganggotai kerajaan Pakatan Rakyat.
KERJASAMA PAKATAN RAKYAT MAKIN MERUNCING. PUTUS HUBUNGAN DENGAN ABDUL HADI BERI IMPAK BURUK KEPADA PAS – MOHD SABU Dato…
Tahniah mat sabu dan husam musa kerana hampa terpaksa gunakan suara DAP kapiaq laknatullah utk singkirkan TGHH dlm usaha…

SEMAKIN CACAMERBA: DAP PULA BERGADUH SESAMA MEREKA GARA-GARA PAS

Posted: 25 Mar 2015 09:32 AM PDT

Kalau Karpal Singh masih hidup lagi, pasti mendiang kecewa teramat sangat dengan keputusan tergempar mesyuarat Eksekutif Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP malam kelmarin.
Mana mungkin DAP menuding jari hanya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang dalam penolakan hudud. De­ngan sekadar memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi, tidak membawa apa-apa makna kerana hampir ratusan ribu ahli dan penyokong Pas akan berdiri teguh di belakang Presiden Pas itu yang dikatakan agak 'kurang bermaya'.
Dan seolah-olah keputusan DAP menyalahkan Abdul Hadi semata-mata dalam isu hudud sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.
Difahamkan, mesyuarat CEC DAP di Ibu Pejabat DAP, Jalan Pudu, Kuala Lumpur kelmarin berlangsung dalam suasana tegang – hampir empat jam. Kumpulan wartawan kira-kira 30 orang yang 'berkampung' di lobi hotel berkenaan 'dihalau' dengan cara menutup lampu di situ.
Dikatakan semasa mesyuarat yang turut dihadiri anak Karpal, Gobind Singh Deo itu, satu kumpulan mendesak DAP keluar sahaja daripada pakatan pembangkang. Ini kerana DAP kata kumpulan itu memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Rak­yat berbanding PKR, apatah lagi Pas. Dengan mengambil jalan ini, habis cerita pasal tentangan mereka terhadap hudud.
Tetapi satu lagi kumpulan mahukan 'penyelesaian aman' dicari bersama Pas, dengan tidak payah langsung berbicara pasal hudud.
Namun, dikatakan kerana dua parti saingan DAP, iaitu Gerakan dan MCA begitu beria-ia menentang hudud, DAP perlu mencari 'jalan selamat' dengan mengambil pendirian serupa.
Keputusan CEC DAP dengan hanya memutuskan hubungan de­ngan Abdul Hadi begitu mengecewakan sebahagian besar ahli dan sebilangan pemimpin kanan DAP. Sebab pada jangkaan mereka, DAP perlu membuat keputusan tegas dengan keluar sahaja daripada pakatan.
Namun, kerana ada pemimpin kanan berpendapat Pas masih diperlukan untuk pakatan terus mendampingi pengundi Melayu, 'pendirian tegas' DAP ini terpaksa dipendamkan dalam hati sahaja.
Hanya Abdul Hadi dipalitkan dalam isu tentangan keras DAP terhadap hudud dikatakan sekadar untuk mengalih perhatian terhadap isu ini.
Dan selepas ini, percayalah akan ada 'orang Pas' datang memujuk DAP. Selepas itu, isu hubungan panas DAP-Pas 'tutup buku', kembali pulih seperti sedia kala.' Wal hasil balik asal'.

MILITAN IS MULA MENGANCAM DAN INTAI MALAYSIA: SIAPA SASARANNYA???

Posted: 25 Mar 2015 04:30 AM PDT


Salah satu sebab mengapa militan IS begitu ganas di bumi Iraq dan Syria adalah kerana ingin membalas dendam terhadap kekejaman dan perlecehan maruah yang dilakukan oleh tentera Syria, puak Syiah dan bukan Islam terhadap golongan Arab ahli Sunnah Wal Jamaah.

Itu diperingkat permulaan di mana berlaku peperangan antara kabilah-kabilah Arab dalam merebut wilayah pasca kejatuhan Saddam dan pasca pengunduran tentera pakatan barat di Iraq.

Namun kini perjuangan IS telah tersasar jauh dari matlamatnya dan menjadi militan yang paling digeruni di seluruh dunia.

Target IS adalah melakukan keganasan walaupun dengan cara bersendirian (lone wolf attack) terhadap sesiapa yang difikirkan mereka perlu dijadikan sasaran.

Sesungguhnya kita tidak mahu sebarang elemen keganasan IS berkembang di Malaysia akibat ada pihak yang memprovokasi dan ada pihak yang terpengaruh. 

Jadi kalau nak elak dari keganasan IS tak perlulah ada pihak sengaja memprovokasikan umat Islam dengan isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan mereka.

Sebabnya keganasan militan IS tak kira siapa, semua pihak akan terima kesan buruknya.  

Utusan Malaysia 24 Mac 2015 ms: 9

GEMPAR! TERKEJUT LIHAT GAMBAR RUMAH MENTERI BN YANG DISEBARKAN DALAM PORTAL PAS

Posted: 25 Mar 2015 12:13 AM PDT

Gambar dari Tranungkite...

ni baru dikatakan pemimpin berjiwa rakyat ..... menteri tuuuuuuuuu.... jubin lantai dapur tu .... kalau umah di klatang buat tempek lantai bilik air jer .... rega 90 sen jer skeping....



INILAH RUMAH MENTERI SAYA

Apabila sebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya raya. Mungkin ada asasnya di situ kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar-besar, kenderaan yang mewah-mewah.

Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai 'kemewahan' Datuk Seri Rohani.

Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.

Pagi tadi saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching.

Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun lalu.

Tidak ada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.


Kenderaan Land Cruiser Ninja tu pun milik jabatan.

Dalam tempoh itu YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari University Of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya buat renovation tiga kali – itupun di bahagian porch dan dapur.

Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yg pegawai ni pulak beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman…naik segan kami sheikhhh…

Jadi pada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd. Karim…lihatlah sendiri dan inilah jawabannya.

#‎integriti‬

Petikan: Facebook Syahril A. Kadir (Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)












Rasanya tak perlu ulas panjang. Yang tak percaya boleh pergi sendiri ke sini : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=21842#710729

Cuma cuba bandingkan gambar RUMAH SEORANG MENTERI BN dengan RUMAH PEMIMPIN DAP @TOKEY BALAK PUNCA BANJIR DI KELANTAN. Itu pun DAP selalu tuduh orang lain hidup mewah walaupun sebaliknya.



*Baru jadi wakil rakyat tapi pemimpin DAP dah rumah mewah. Patutlah puak-puak ni takut dengan HUDUD.

tok gajah

Posted: 25 Mar 2015 09:34 PM PDT

tok gajah


Sikap buruk yang ada pada Guan Eng

Posted: 25 Mar 2015 05:12 PM PDT

Hudud: Tuduhan Guan Eng adalah bodoh – Rahman Dahlan

Khairil Ashraf | March 26, 2015

Guan Eng mempunyai satu penyakit iaitu suka menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri.
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengecam tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa UMNO menghasut PAS supaya membentangkan enakmen Hudud sebagai "bodoh".

"Saya ada satu perkataan, bodoh," katanya sambil menambah, Guan Eng mempunyai satu penyakit iaitu suka menyalahkan pihak lain agar orang lain tidak melihat kelemahannya.

Katanya, Setiausaha Agung DAP itu yang memberikan nafas baru kepada PAS membentangkan Hudud sedangkan sejak 1957 UMNO dapat menangani aspirasi untuk mewujudkan undang-undang berkenaan dengan berhemah.

"Tetapi dengan wujudnya dinamik politik baru yang dibawa DAP ini mereka mahukan keuntungan politik jangka pendek, maka mereka meberikan nafas baru kepada PAS untuk membawa usul ini," jelas Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menambah selama tujuh tahun kewujudan Pakatan Rakyat lebih merupakan satu penipuan dan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat

"Kerajaan negara ini akan huru-hara kerana mereka menggunakan mantera bersetuju untuk tidak bersetuju. Apa jenis kerajaan ini? Akhirnya realiti itu mengetuk pintu rumah mereka. Tahap gabungan Pakatan Rakyat ini ialah satu fonomena untuk mengaburi mata rakyat," soalnya.

"Sebab itu saya ingin katakan UMNO masih lagi relevan. 88 kerusi UMNO itu mampu tentukan sama ada negara ini akan menjadi negara sederhana atau negara lain bentuknya," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang membawa pendekatan sederhana dalam negara ini dan tanpa UMNO negara akan mempunyai masalah.

"Walau cabaran dari pelbagai pihak, UMNO mampu lahirkan negara yang sederhana," jelasnya.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 25 Mar 2015 09:30 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Bukti Rafizi Penakut & Pengecut Dengan Kebenaran

Posted: 25 Mar 2015 09:07 PM PDT

Surat Ini Jadi Saksi, Siapa Penipu? Guan Eng Atau Hadi Awang?

Posted: 25 Mar 2015 05:00 PM PDT


Mana Ada Banduan Boleh Sedap Sedap Makan Begini Di Mahkamah

Posted: 25 Mar 2015 08:00 AM PDT



Namun anaknya tuduh mahkamah dengan tuduhan tuduhan yang berat dan tidak sepatutnya. Mahu keadilan yang bagaimana lagi? 

Dalam kes liwat hendak pula guna perundangan Islam, tetapi bila PAS bentang hudud, PKR tolak mentah mentah hudud yang mahu dibentang oleh PAS. Itulah hipokrasi PKR. 

Lakonan Anwar di atas di mahkamah tidak jauh bezanya dengan lakonan Anwar dulu semasa menjadi banduan di penjara. Cuma kali ini tiada sakit pinggang dan tengkuk sahaja lagi. 

Lihat balik bagaimana lakonan Anwar dalam video di bawah ini. 


Fitnah Majlis Raja Raja, SKMM Patut Tutup Malaysian Insider

Posted: 25 Mar 2015 06:55 AM PDT



KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015

Video Ini Benar Benar "Menikam" Rafizi Ramli

Posted: 25 Mar 2015 06:00 AM PDT


Wajib Baca : 4 Pembohongan Rafizi Mengenai GST

Posted: 25 Mar 2015 04:00 AM PDT


Ada Ahli PKR Sokong Hudud, Marah DAP Kalau Tengok Gambar Ini

Posted: 25 Mar 2015 01:19 AM PDT


Wan Azizah kena jawablah nanti dengan Guan Eng dan DAP. 
Beranikah Wan Azizah pecat ahli ahli PKR Cawangan Rasah ini?

Alamak, Satu Lagi Cerita Bohong Rafizi Terdedah

Posted: 24 Mar 2015 10:30 PM PDT


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 25 Mar 2015 03:04 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Perkosa sebelum subuh

Posted: 25 Mar 2015 12:24 AM PDT

Jitra: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 14 tahun yang juga jirannya di rumah mangsa di Malau, Jitra, 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, suspek yang juga penganggur ditahan di rumahnya selepas ibu mangsa berusia 40-an membuat laporan di Balai Polis Jitra, di sini, kira-kira setengah jam sebelum suspek ditahan.

Beliau berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada 18 Februari lalu, pada 4.51 pagi dalam bilik tidur rumah mangsa.

"Ketika kejadian, ahli keluarga mangsa termasuk ibu bapanya sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya semalam

"Ibunya yang berang dengan perbuatan suspek meminta dia bertanggungjawab dan mengahwini mangsa tetapi lelaki itu enggan berbuat demikian menyebabkan wanita itu bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur," katanya

Mat Sabu terkenang Karpal, walau bantah hudud, tetap bela PAS

Posted: 24 Mar 2015 10:15 PM PDT

Ketika wujud segelintir pemimpin PAS yang hebat mencabar DAP berpisah daripada Pakatan Rakyat (PR) susulan keputusannya menentang hudud Kelantan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengimbau semula jasa bekas pengerusi DAP kepada parti Islam itu.

Berucap pada satu program malam tadi, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, khidmat terakhir mendiang Karpal Singh sebagai peguam ialah membela kerajaan dipimpin PAS di Perak.

Beliau merujuk kenyataan Karpal pada 2009 yang dianggap berbaur hasutan dalam reaksinya terhadap penyingkiran menteri besar (MB) Perak ketika itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, oleh Sultan Perak.

"Dalam kes 'rampasan kuasa' di Perak, Karpal merasakan ia menyalahi perlembagaan, lalu mendiang dalam satu wawancara di Ipoh menyatakan sultan bersalah dalam hal itu," kata Mat Sabu merujuk ketika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak setahun selepas pilihan raya 2008.
"Akibat daripada itu, mendiang didapati bersalah dan dikenakan hukuman RM4,000 dan dalam proses rayuan kes itu, Karpal kemalangan dan meninggal dunia.

"Ertinya khidmat terakhir beliau sebagai seorang peguam ialah membela kerajaan dipimpin PAS. Karpal nampak ia bertentangan dengan Perlembagaan, dan tidak kira PAS atau BN, mendiang mesti akan tolong," katanya dalam satu program ceramah solidariti 13 OKZ di Shah Alam.

OKZ merujuk kepada "Orang Kena Zalim", label yang diberi kepada 13 individu dihukum penjara oleh mahkamah kerana menunjuk perasaan membantah pelantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak pada 2009.

Pada 11 Mac, 2014, Karpal didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap penyingkiran Nizar oleh Sultan Azlan Shah.

Mesra dikenali sebagai "Harimau Jelutong", Karpal, yang juga pernah menjadi ahli Parlimen Jelutong, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak pada 17 April 2014. Beliau berusia 73 tahun.

Program malam tadi merupakan tanda solidariti dan pelancaran kutipan dana bantuan kepada ahli keluarga 13 penyokong PAS yang didapati bersalah itu.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka.

Mat Sabu juga berkata, semasa hayatnya, ramai memberi tanggapan salah terhadap Karpal terutama melibatkan isu hudud, kerana beliau dilaporkan pernah berkata "langkah mayat aku dulu" sebelum hendak melaksanakan hudud.

Sebaliknya, kata Mat Sabu, peguam itu merupakan seorang pejuang demokrasi yang menentang perkara menyalahi perlembagaan.

Beliau memberi contoh beberapa kes diambil Karpal seperti kes Halimatun Saadiah yang dibuang kerja kerana memakai purdah.

"Karpal seorang peguam dan amat menjunjung perlembagaan dan demokrasi. Beliau (Karpal) mungkin ada hal yang berbeza dengan kita, terutama dalam undang-undang hudud.

"Dan beliau (Karpal) tidak setuju mungkin dengan beberapa syariat hudud yang dianggapnya bertentangan dengan perlembagaan, tapi Karpal juga pernah membela seorang wanita berpurdah yang dipecat, kerana beliau seorang pejuang demokrasi.

"Begitu juga dengan kes wanita bertudung di Singapura. Beliau ambil kes itu dan menang. Dan kini, Speaker wanita pertama di Singapura memakai tudung," katanya.

Mat Sabu berkata, Karpal tidak seperti pemimpin BN, yang menurutnya mengaku mahu memperbaiki hak asasi manusia tetapi janji itu tidak ditunaikan sehingga kini. – 25 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-terkenang-karpal-walau-bantah-hudud-tetap-bela-pas#sthash.OKbS0XcS.dpuf

Pemuda PAS sependapat PKR, tidak mahu Pakatan berpecah

Posted: 24 Mar 2015 10:10 PM PDT

Pemuda PAS dilihat sama pendirian dengan PKR dengan menolak perpecahan dalam Pakatan Rakyat sebagai jawapan terbaik meleraikan kemelut politik yang melanda gabungan tersebut.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, perpecahan antara PR hanya merugikan gabungan parti pembangkang itu dan akan menyebabkan parti Islam sekali lagi bergerak bersendirian seperti zaman 1980-an.

"Dari segi harapan rakyat, ia dibuktikan melalui pilihan raya lalu, dengan memberi sokongan 100%. Dan saya rasa, formula untuk kita mendapatkan kuasa ialah dalam bentuk kesatuan, seperti gabungan Barisan Nasional (BN) atau PR.

"Kalau berpecah, parti kita akan jadi bersendirian. Dengan itu menyebabkan kita berada pada kedudukan seperti di zaman 80-an. Kalau kita sendirian, bagaimana kita mahu berdepan parti lawan seperti BN?" soalnya kepada The Malaysian Insider.

Malah, beliau optimis perbezaan pendapat dalam PR mengenai pelaksanaan hudud dapat diselesaikan melalui perbincangan bersama di antara pimpinan parti.

"Masalah ini (pergelutan dalaman PR) perkara biasa dihadapi mana-mana organisasi, kita akan berdepan dengan masalah, ia dicipta oleh Tuhan untuk kita berdepan dengan cabaran dan menangani masalah itu.

"Yang penting, kita urus perbezaan itu. Tidak ada masalah dalam dunia ini yang tidak boleh diselesaikan. Saya optimis pimpinan boleh duduk semeja dan mencari titik persefahaman dalam isu ini," katanya lagi.

Terdahulu, ketika berucap pada ceramah di Shah Alam malam tadi, beliau meminta penyokong PAS tidak terlalu risau dengan situasi melanda PR kini.

"Tidak perlu risau kerana inilah proses kematangan. Pergolakan adalah perkara biasa dalam mana-mana pertubuhan atau organisasi," katanya di hadapan lebih 100 hadirin.

Nurul Izzah Anwar berkata sesuatu pada program di Shah Alam semalam bagi meraikan 13 'Orang Kena Zalim' yang didapati bersalah kerana terlibat dalam protes krisis perlembagaan Perak.

Nurul Izzah Anwar berkata sesuatu pada program di Shah Alam semalam bagi meraikan 13 'Orang Kena Zalim' yang didapati bersalah kerana terlibat dalam protes krisis perlembagaan Perak.

Program ceramah itu diadakan tanda sokongan terhadap 13 individu yang dilabelkan "Orang Kena Zalim" (OKZ) yang dihukum penjara oleh mahkamah kerana menunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, pada 2009.

Beliau berkata, Pemuda PAS berharap pimpinan tertinggi PR dapat menyelesaikan kemelut itu secepat mungkin, seiring dengan harapan penyokong yang mahu gabungan itu terus kukuh.

"Kita golongan muda hanya membantu. Tidak perlu kita runtuhkan perasaan dan harapan rakyat jelata. Pemuda PAS dan rakan lain mengharapkan kebijaksanaan semua pihak, khususnya pimpinan tertinggi, meredakan masalah tersebut," katanya.

DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semalam memutuskan terus bersama PR tetapi menamatkan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menuduh beliau bertindak tidak jujur dan tidak bermaruah.

Bagaimanapun, pemimpin PKR dan PAS mahu masalah itu dibincangkan melalui mesyuarat pimpinan tertinggi PR.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meminta presiden PAS itu diberi peluang menjelaskan isu hudud pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau juga melahirkan harapan Hadi akan menghadirkan diri dan menjelaskan tindakannya yang dituduh membelakangi pimpinan parti dan dasar bersama PR.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar, kiri) pula menyifatkan keputusan DAP memberi kesan buruk kepada parti Islam itu dan meminta pertemuan diadakan segera.

Turut hadir pada program malam tadi ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga menyentuh mengenai isu pergolakan dalam PR.

"Saya baru balik dari mesyuarat biro politik. Kita buat resolusi yang PKR masih mahukan presiden PAS dan DAP duduk semeja," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Katanya, PR berusaha sedaya upaya menolak perpecahan kerana ia hanya memberi laluan mudah kepada Umno dan BN.

Meskipun menerima tentangan hebat rakan sekutunya DAP, kerajaan Kelantan tetap membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan diluluskan Dewan Undangan Negeri Khamis lalu.

Hadi pada 18 Mac menghantar notis ke Parlimen memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. – 25 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-sependapat-pkr-tidak-mahu-pakatan-berpecah#sthash.Uoue7QU1.dpuf

Mat Sabu gesa mesyuarat tergempar Pakatan berhubung keputusan DAP

Posted: 24 Mar 2015 10:05 PM PDT

Susulan keputusan DAP semalam yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS hari ini menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) segera mengadakan pertemuan bagi membincangkan masalah yang sedang melanda gabungan parti pembangkang itu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, keputusan DAP itu memberi impak buruk kepada PAS dan penyelesaian segera perlu dicari bagi memantapkan hubungan PR.

"Saya yakin penuh, sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada dalam PR, pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya.

"Cara yang terbaik ialah, pemimpin PR perlu segera bertemu dan mencari titik persamaan untuk terus bersama," kata Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mesyuarat itu perlu segera diadakan kerana jika penyelesaian segera tidak dapat dicapai, hubungan yang sedia ada akan menjadi semakin runcing.

"Hadi ialah presiden PAS. Oleh itu, sebarang tindakan memutuskan hubungan dengan beliau memberi suatu impak yang buruk kepada PAS.

"Justeru itu, penyelesaian segera hendaklah dicari di antara parti dalam PR, khasnya DAP, untuk terus memantapkan PR," katanya.

Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga berkata Hadi perlu diberi ruang dan peluang menjelaskan keadaan dan satu mesyuarat Majlis Presiden PR akan diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, katanya, tarikh mesyuarat itu belum ditetapkan memandangkan keputusan DAP itu baru sahaja dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) malam tadi.

Beliau juga melahirkan harapan agar Hadi akan menghadiri mesyuarat itu apabila ia ditetapkan kelak.

Menteri besar Selangor itu berkata, kesemua pimpinan tertinggi PR perlu bersikap adil dan berbincang terlebih dahulu tanpa menghakimi sesuatu tindakan.

"Bincanglah... kekuatan PR sentiasa berdasarkan perbincangan dan muafakat. Kita kena adil kepada Hadi dan membenarkan beliau memberikan penjelasan," katanya.

CEC DAP yang bermesyuarat malam tadi susulan keputusan PAS meneruskan agenda hududnya di Parlimen membuat resolusi bersetuju meneruskan kerjasama bersama PR tetapi menamatkan kerjasama dengan Hadi kerana hilang keyakinan terhadapnya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggar semangat konsensus serta dasar bersama dalam PR.

Oleh itu, katanya, memandangkan "keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang", Lim berkata DAP akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR.

Lim turut menyenaraikan 3 keadaan menggambarkan tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah yang diambil Hadi sebelum ini.

Pertama, keengganannya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan menteri besar Selangor tahun lepas; kedua, kegagalannya membincangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dalam Majlis Pimpinan PR, dan ketiga, tindakannya membelakangkan PR membuat permohonan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen. – 24 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-gesa-mesyuarat-tergempar-pakatan-berhubung-keputusan-dap#sthash.8wB9awJb.dpuf

Putus dengan presiden bermakna putus dengan parti, kata pimpinan PAS

Posted: 24 Mar 2015 10:01 PM PDT

Beberapa pemimpin kanan PAS hari ini mempersoalkan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkannya sesuatu yang janggal dan susah diterima.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan DAP malam tadi sesuatu yang janggal kerana parti itu tidak boleh memutuskan hubungan dengan Hadi seorang.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim berkata keputusan itu satu isyarat DAP mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

"Keputusan itu keputusan yang kita rasa janggal, sebab presiden mewakili parti. Tiada istilah putus dengan presiden, tetapi putus dengan PAS.
"Kami mendukung kepimpinan presiden dan apa-apa yang berlaku pada presiden bermakna berlaku pada PAS.

"Bagi PAS, kami bersama dengan presiden. Sebarang keputusan khusus untuk presiden, bagi PAS itu keputusan yang janggal dan pelik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi bersetuju meneruskan kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) tetapi memutuskan hubungan dengan Hadi kerana hilang keyakinan terhadapnya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar, kanan) berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggari semangat konsensus serta dasar bersama dalam PR.

Mengulas gesaan Lim supaya Hadi meninggalkan PR jika ingin meneruskan pembentangan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen, Tuan Ibrahim berkata DAP yang perlu meninggalkan gabungan itu.

Katanya, bukan sesuatu yang janggal bagi DAP meninggalkan PR kerana parti itu pernah berbuat demikian ketika isu hudud dibangkitkan PAS sebelum ini.

"Mereka pernah buat benda yang sama dulu. Dulu DAP pernah tarik diri dari PR. Kalau mereka rasa tak selesa, mereka harus buat keputusan yang sama untuk tarik diri.

"Bagi PAS, tiada parti yang boleh memecat atau mengeluarkan mana-mana parti dalam PR kecuali parti tersebut nak tarik diri.

"Mereka pun dah kemukakan satu pakatan baharu seperti kata Lim Kit Siang dua hari lepas. Saya fikir mereka kena bergerak begitu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kit Siang, ketua Parlimen DAP, pada Ahad mencadangkan pembentukan "Selamatkan Malaysia", satu gabungan antara PR dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, gabungan yang bertujuan memelihara Perlembagaan Persekutuan dan keluhuran undang-undang itu bagi membolehkan PR dan BN mengenal pasti masalah masing-masing selepas PAS berkeras melaksanakan hudud di Kelantan.

Ditanya mengenai dakwaan DAP yang Hadi tidak jujur dan tidak bermaruah dalam menjalinkan kerjasama bersama PR, Tuan Ibrahim berkata DAP juga tidak boleh dipercayai.

Katanya, kerajaan Pulau Pinang yang pernah membawa usul pilihan raya kerajaan tempatan di Dewan Undangan Negeri juga membuktikan DAP membelakangkan PR.

"Kalau atas alasan DAP, kononnya PAS membelakangkan PR, DAP pun tak boleh dipercayai sebab bawa usul pemilihan kerajaan tempatan dalam Dewan Undangan Negeri tanpa bawa kepada PR.

"Alasan itu sebenarnya balik pada dia. Berapa banyak keputusan mereka membelakangkan PR? Saya fikir mereka perlu buat keputusan tarik diri, itu lebih baik," katanya.

DAP hari ini memberi 3 contoh Hadi mengambil tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah.

Pertama, berhubung keengganan Hadi mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan menteri besar Selangor tahun lepas; kedua, kegagalannya membincangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dalam Majlis Pimpinan PR, dan ketiga, membelakangkan PR membuat permohonan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar, kiri) menyifatkan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi sebagai "kebudak-budakan".

Katanya, hubungan dalam politik termasuk dalam PR, ialah antara parti dengan parti, bukannya antara parti dengan mana-mana pemimpin parti.

"Ini keputusan kebudak-budakan dan tidak matang," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Beliau berpendapat, sekiranya DAP matang, parti itu akan membuat keputusan dengan parti itu sendiri, bukan dengan mana-mana pemimpinnya.

"Setiap parti melantik pemimpin masing-masing. Jadi, jika ingin bekerjasama, kena terima pemimpin yang dipilih parti itu," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar, kanan) pula berkata sukar menerima keputusan DAP itu dan berpendapat memutuskan hubungan dengan Hadi bukan penyelesaian terbaik, sebaliknya ia harus dibawa ke dalam mesyuarat.

"Hadi presiden saya dan presiden lebih satu juta ahli PAS.

"Rumit dan sukar bagi saya menerima sepenuhnya keputusan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi mahu terus kekal dengan PAS dan PR," katanya.

Beliau, bagaimanapun, mengakui memahami kesukaran yang dihadapi DAP berdepan dengan isu pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan itu, khususnya kontroversi tindakan Hadi membentang rang undang-undang persendirian di Parlimen nanti.

"Memutuskan hubungan dengan presiden PAS bukanlah jalan atau pendekatan penyelesaian terbaik menangani isu ini.

"Saya masih yakin dan percaya, melalui pengalaman suka duka bersama PR, sebesar mana dan sekusut mana pun masalah yang pernah didepani, medan atau platform terbaik berbincang dan membuat keputusan secara kolektif ialah Mesyuarat Majlis Tertinggi PR." – 24 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putus-dengan-hadi-bermakna-putus-dengan-pas-kata-naib-presiden#sthash.XSCdM9j5.dpuf

Jatuh cinta selepas berkongsi bilik air

Posted: 24 Mar 2015 09:21 PM PDT

Bintang Hollywood sensasi, Selena Gomez memberi gambaran dia kini kembali menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang ekoran sejak akhir-akhir ini dia kerap memuat naik gambar seksinya.

Dua hari lalu, pelantun lagu Heart Wants What it Wants ini memuat naik sekeping foto di laman sosial Isntagram miliknya menunjukkan dirinya memakai bikini berbunga-bunga sambil menampakkan 'lurah' payudaranya.

Ramai pengikutnya memuji kecantikan yang dimiliki bekas kekasih Justin Bieber ini tidak kurang ramai juga tergoda dengan bekas bintang Disney ini.

Gambar berlatar belakangkan pemandangan laut yang cantik itu turut disertakan dengan kapsyen, "Mengingati betapa berharganya setiap hari," ("Remembering how precious every day is,")

Kenyataan tersebut seolah memberitahu dia kini hangat dilamun asmara!

Pada Jumaat lalu, dalam satu temubual bersama radio Disney, gadis berusia 22 tahun ini ada menyebut tentang jejaka yang di dakwa kekasihnya iaitu DJ Zedd, 25.

"Dia seorang lelaki German yang comel, matanya sangat cantik dia manis dan lucu", katanya sewaktu temubual untuk rancangan Alli.

Kedua mereka dikatakan semakin intim sejak Selena bekerjasama muncul dalam muzik video dan menyumbangkan vokalnya untuk lagu terbaharu Zedd berjudul I Want You To Know.

Malah dalam satu temubual, Selena mendedahkan hubungan mesra mereka bermula dengan satu insiden lucu

"Satu hari kami menjalani rakaman dalam satu banggunan yang sama dan ketika itu dia mahu menggunakan bilik mandi saya.

"Sejak itu kami akhirnya bercakap, berkongsi tentang muzik dan ia berlaku secara semula jadi," katanya.

Zedd akhirnya mungkin kembali membuka pintu hati Selena untuk bercinta semula selepas hubungan percintaannya dengan Bieber mula dibina sekitar 2010, tidak berkekalan.

Selena dan Bieber memutuskan hubungan mereka pada November 2012 tetapi mereka kembali bersama beberapa kali sepanjang tahun 2013 dan 2014.

- mD

PEJUANG BANGSA

Posted: 25 Mar 2015 11:08 AM PDT

PEJUANG BANGSA


RAFIZI MEROYAN DISINDIR ANAK JANTAN LARI DARI KEMAMAN !!

Posted: 25 Mar 2015 08:09 AM PDT


Bila melihat perdebatan antara Menteri DS Shabery Chik dengan Rafizi Jambu ...bukan main lagi marah dia  bila disindir ayam sambung lari dari kampung Kemaman tanding di Pandan .

Shabery secara sinis juga  ajak Rafizi sebagai Ketua Cabang PKR Kemaman balik tanding di Kemaman .

Isu dibangkitkan Rafizi ialah mahu live debat mengenai kes liwat Anwar diadakan seperti dijanjikan Menteri . Shabery menjawab  selepas mendapat kritikan Majlis Peguam tentang sistem kehakiman  , beliau bersedia menawarkan pentas tetapi Presiden Majlis Peguam sendiri takut dan tak berani berdebat .





Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 25 Mar 2015 07:24 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


#BLOG TERBARU.!!! Forum, Berita dan Isu2 Semasa di warisselangor.com

Posted: 24 Mar 2015 09:00 PM PDT

Blog terbaru Waris Selangor yang menyediakan pelbagai berita dan isu-isu semasa... Berkongsi maklumat, perbincangan dan perdebatan di ruang Forum Waris Selangor... hanya di warisselangor.com

SEKOLAH ULUL ALBAB WAJAR DIPERLUAS KEPADA PELAJAR TAHFIZ- NOH OMAR

Posted: 24 Mar 2015 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 MAC - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mengusulkan agar kerajaan memperluaskan konsep sekolah agama Ulul Albab bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam aspek duniawi dan ukhrawi.

Beliau berkata, setakat ini ada tiga sekolah Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan tiga lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang menekankan pendidikan agama Islam tetapi pada masa yang sama mempelajari subjek sains dan teknologi.

"Dengan adanya sekolah Ulul Albab ini kita akan melahirkan melahirkan modal insan yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan profesional ulama yang mempunyai asas agama yang mantap," katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidika, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan berkata, dasar menjadikan pendidikan Islam sebagai konsep pendidikan sepanjang hayat akan diteruskan menerusi pembukaan Kolej Komuniti Islam selain kolej komuniti sedia ada yang disepadukan.

Beliau dipetik sebagai berkata, kerajaan juga komited untuk mewujudkan sekolah Ulul Albab dengan permulaan di empat sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan Terengganu sebelum modulnya dilaksanakan di setiap negeri mulai bulan depan.

Sementara itu Noh berkata, kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada pelajar tahfiz terutama di sekolah pondok deng n memberikan mereka kursus kemahiran agar mereka memiliki kemahiran multi-tasking selepas tamat belajar kelak.

"Lepasan Tahfiz mampu menjana pendapatan sendiri hasil daripada kursus-kursus jangka panjang atau pendek seperti yang diwujudkan di Politeknik, Giat Mara ataupun Kolej Komuniti. Sekarang wujud pelajar-pelajar yang mengutip derma dengan alas an untuk perbelanjaan Tahfiz dan sebagainya," katanya.
Sumber : http://selangorpost.com/?p=89

GEMPAR.!!! POCONG DI HIGHWAY LATAR

Posted: 24 Mar 2015 12:29 PM PDT

Hati-hati pemandu yg memandu di mlm hari. Ada org yg kurang keje nampaknye..

Cubaan orang yang tidak bertanggungjawab menakutkan orang ramai.

Kejadian berlaku sekitar jam 10 malam tadi.. lokasi selepas tol highway LATAR menghala ke Kuala Selangor.

Sumber : https://www.facebook.com/ILoveSgBesar/photos/a.657067614372963.1073741828.656911527721905/828983287181394/?type=1&theater

Ceramah GST untuk orang kampung

Posted: 24 Mar 2015 10:53 AM PDT

Mohd Shamsudin mengunjungi warga emas, Mernyon Taib, 97, yang terlantar sakit tua di Blok I Sawah Sempadan sempena Program Walkabout Mingguan Dun Sungai Burong.
TANJONG KARANG, 24 MAC – Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang cuba menyebarkan fakta tidak sahih mengenai keburukan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di kampung-kampung amat dikesali.

Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias menjelaskan, isu pelaksanaan GST yang sudah menjadi viral tak munasabah di laman sosial dan blog turut memberi tempias kepada orang kampung.

"Memang tak sangka mereka licik memburukkan pelaksanaan GST sedangkan negara kita disifatkan sudah terlewat jika dibandingkan negara lain yang sudah melaksanakan bertahun lalu.

"Negara jiran seperti Indonesia dan Singapura pun sudah laksanakan GST. Bagi peluang negara laksanakan dulu dan lihat apa kebaikannya. Jangan terus bantah sebab hanya termakan hasutan orang," katanya.

Bekas Ketua Pembangkang Selangor itu berkata, PR sepatutnya tidak perlu bimbang jika BN kononnya akan jatuh dalam pilihanraya umum akan datang disebabkan GST.

"Buat apa mereka takut BN jatuh? Kalau ikutkan logik akal, sepatutnya mereka suka tapi sebenarnya mereka bimbang kerana pelaksanaan GST ini akan memberi manfaat kepada rakyat.

"Sebab itu mereka cuba racun pemikiran rakyat dengan viral tak munasabah, sedangkan fakta dan saluran maklumat mengenai kebaikan GST oleh pihak kastam sendiri dalam berita sudah terbukti.

"Saya optimis dengan pelaksanaan GST ini sebab saya berlatarbelakangkan bidang ekonomi… boleh lihat pelaksanaan ini memberi kesan positif kepada ekonomi negara untuk jangka masa panjang," katanya.

Bagi membuka minda orang kampung katanya, sesi ceramah dan taklimat kampung ke kampung dijalankan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

"Penerangan dan sesi taklimat mengenai GST amat penting bagi membolehkan orang kampung memahami dengan lebih jelas sebab saya tak mahu mereka diasak dengan maklumat tak munasabah.

"Saya berharap pendekatan terus ke akar umbi seperti ini dapat memberi gambaran jelas mengenai usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara melalui pelaksanaan GST ini," katanya selepas mengunjungi warga emas, Mernyon Taib, 97, yang terlantar sakit tua di Blok I Sawah Sempadan sempena Program Walkabout Mingguan Dun Sungai Burong.

Comments (0)