Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:38 PG

sumber :-

Barisan Nasional


tunku

Posted: 19 Mar 2015 03:41 AM PDT

tunku


PasMa leader fears that hudud amendments will spell end of Pakatan

Posted: 18 Mar 2015 11:59 PM PDT

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) is worried that Pakatan Rakyat will break up after Kelantan passed the amendments to the Syariah Criminal Code II 1993 on Thursday. 

PasMa president Datuk Pharolrazi Zawawi said that the gap between PAS and coalition partner DAP was too big at the moment and that he could only see a break up at the moment.

"I hope they can settle this issue for the existence of Pakatan Rakyat but at this stage I believe it will be very difficult," he told the Star Online.

He said that PAS had the right to table the hudud laws as it was their main agenda, even before Pakatan Rakyat was established seven years ago.

"Hudud is an old issue for PAS while DAP have strongly made their stand against hudud. The gap between them is too big at the moment," he said.

When asked what PasMa would do if there was a break up, Pharolrazi said they would wait until the time came.
"We at PasMa support Pakatan Rakyat and hope they can settle the issue because otherwise Barisan Nasional will be too strong," he said.

The Unspinners

Posted: 18 Mar 2015 11:29 PM PDT

The Unspinners


Bila hanya cari salah, ramai dalam penafian tentang masaalah IPP

Posted: 18 Mar 2015 07:28 PM PDT


Teruk sangat ke Malaysia? Banding dengan Singapore yang dipuja-puja ...

Posted: 18 Mar 2015 05:30 PM PDT


Dah lama tak jadi Menteri, Ku Li macam ketinggalan zaman

Posted: 18 Mar 2015 06:07 AM PDT


Mukadepan akhbar haluan kiri hari ini asyik memetik Tengku Razaleigh mengkritik kerajaan tentang GST dan menuduh kerajaan boros. Sambil itu, GST dikatakan sebagai bayar hutang kerajaan. Tak tahulah kalau MI spin, tapi itu kasar bunyinya.

Namun bila ada nafi dan jawab, dikatakan gilap epal pula. Tak sesuai sebut kebebasan akhbar jika sikap begini.

Berbalik  kepada Ku Li, dia "memohon untuk menangguhkan pelaksanaan GST. Dengan pelbagai program yang telah dijalankan untuk menerangkan kebaikan pelaksanaan GST, barangkali Ku Li terlepas pandang akan kebaikan yang GST akan bawa, terutamanya kepada rakyat ....."

Jika Ku Li ada "bersumpah untuk menegakkan perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia"  dan "menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi" maka adakah dia faham kebaikkan GST kepada rakyat?


Memetik dari blog KLXprress, GST membawa 5 manafaat untuk rakyat:

1. GST membenarkan pengurangan kepada Cukai Pendapatan dan Cukai Korporat.

2. Pengurangan Cukai Korporat akan mengurangkan Aliran Keluar Wang Haram.

3. GST mengurangkan pengelakan cukai dan mengenakan tekanan kepada ekonomi 'haram'.

4. GST mengurangkan ekonomi Malaysia yang hanya bergantung kepada Petronas dan cukai petroleum serta melindungi Malaysia daripada spekulasi harga.

5. GST membantu mengurangkan jurang pendapatan.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di SINI.


Entah adakah Ku Li terikut2 kata anak muda kaki bohong ini?

Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) di dalam Dewan Rakyat semalam, beliau menzahirkan kegusaran mengenai keadaan ekonomi yang semakin merudum. Ucapan beliau disambut hangat oleh ahli parlimen pembangkang.

Adakah demikian keadaan?


Indikator ekonomi menunjukkan pertumbuhan ekonomi 2015 bakal sebanyak 4.5% ke 5.5% dan terus didorong permintaan dalam negeri. Pertumbuhan pelaburan sebbanyak 9% upaya letak pengangguran rendah pada 2.9% sahaja.

Pelaksanaan GST pada 1 April ini meningkatkan rating kewangan Fitch daripada A kepada AAA.

Kadar inflasi pula dijangka akan menurun kepada kadar 2.0% ke 3.0% pada tahun 2015 hasil harga  petrol dan diesel menurun yang dapat jimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7.5 Billion. 

Kelemahan ringgit baru-baru ini adalah akibat pertumbuhan ekonomi US dan penemuan teknologi eksplorasi minyak oleh US yang boleh lonjakkan pengeluaran minyak dari 5 juta tong kepada 10 juta tong minyak.

Hutang isi rumah pada keadaan terkawal dan tidak menjejaskan kestabilan sistem kewangan. Hujah Ku Li ia meningkat ternyata tidak benar. 

Baca penuh SINI. dan lihat video IMF tentang Malaysia dari blog Hantu Laut SINI.


Entah kenapa Ku Li berucap dengan intonasi bagakan Ketua Pembangkang yang disokong ahli Parlimen pembangkang tidak diketahui.

Mungkin dia teringat zaman silam sebagai Ketua Semangat 46 dan masih lagi memegang kepada impian yang diluar realiti semasa. Suasana ekonomi dan aturcara dunia jauh berubah dari zaman dia Menteri Kewangan.

Kesian pula dia dikatakan sudah ketinggalan zaman ...





Lim Kit Siang tengah susah hati....

Posted: 18 Mar 2015 02:30 AM PDT


Dia takut tak lama lagi giliran dia. Kit siang tahu dia dah masa untuk pencen.

Nurul is EVIL... tapi masih ada terpedaya

Posted: 17 Mar 2015 11:30 PM PDT


Ini kata2 Nurul yang dilafazkan di Parlimen. Sebaik saja polis siasat sebab ada laporan polis Dato Zul Nordin, Nurul dan ibunya mula melatah.

Bila ditahan polis semalam, mulalah lakunannya.







Bila keluar, tak malu lambai2 dengan baju tak basuh tu menjaja senyuman.

Berlakun ....




Ada ke satu dunia beri perhayian padanya? Takda.

Nurul ni sebenarnya evil dan jahat.


She is as bad a liar as her fathet.

Ada pulak puak2 kita yang jatuh hati hingga nak pertahan pompuan jahat yg menyalahguna paras rupa yang Allah kurniakan.



Saifuddin ni tak boleh buat apa2. Orang tak dapat hidayah memang macam gitu.







Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 18 Mar 2015 11:26 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS JADI HERO: DAP HILANG MARUAH, PKR HANYA BERANI UGUT DI MULUT SAHAJA

Posted: 18 Mar 2015 07:40 PM PDT

Pembentangan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan merupakan pengkhianatan terbesar PAS terhadap kesetiaan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) selama ini.

Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, PAS sekali gus dianggap melanggar muafakat PR yang dibina selama ini.

"Saya ada ramai kawan-kawan di dalam PAS, apa yang dilakukan hari ini menjadikan kepercayaan kepada mereka semakin pudar.


"Mereka tidak seharusnya membentangkan rang undang-undang seperti itu di Dewan Undangan Negeri hari ini tanpa perbincangan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Ambiga mengulas pembentangan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II(1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan DUN Kelantan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini.

Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibentangkan oleh Ahmad pada jam 11 pagi tadi dan turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, perbahasan pindaaan enakmen tersebut ditangguhkan hingga ke pagi Khamis.

Ambiga menambah, hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dengan mengambil contoh laporan kertas kerja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2014 yang menyatakan orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Syariah dan semua undang-undang perlu diharmonikan dengan prinsip-prinsip Islam, Ambiga melihat tiada jaminan kepada orang bukan Islam dalam pelaksanan hukum berkenaan.

"Mereka kata orang bukan Islam tidak akan dikenakan hudud tetapi apa jaminan ia tidak berlaku?" jelasnya.(AST)


-Taktik PKR dan DAP mengugut PAS tak menjadi. Taktik lapuk ini sudah tak boleh pakai.


TEKANAN KE ATAS HUDUD SEMAKIN MENINGKAT

Posted: 18 Mar 2015 04:13 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata dasar bersama yang dipersetujui DAP serta PAS adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.
"Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan 'our common policies'.
"Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin menjelaskan PKR tetap menghormati hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, esok.
Katanya, sebagai umat Islam, pihaknya tidak menolak hukum Hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pernah menyatakan pendirian berkenaan dalam PR.
Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak mengingatkan parti di dalam PR supaya mendapatkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan sebelum memutuskan sesuatu perkara.
Menurutnya, pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh kerajaan Kelantan merupakan satu pindaan dan bukan rang undang-undang baharu berikutan enakmen itu telah diluluskan pada tahun 1993, iaitu sebelum PR diwujudkan.
"Rang undang-undang yang dibawa dalam DUN Kelantan adalah pindaan enakmen 1993, ada empat perkara yang ingin dipinda dan kita hormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun pada masa depan, sebarang cadangan baharu mesti dapat persetujuan Pakatan Rakyat," katanya.
Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri tetap akan membentangkan pindaan enakmen itu esok setelah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri.
Menurut Mohd Amar, pihaknya mendapati tiada masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan DUN walaupun Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta PAS mempertimbangkan semula pindaan itu 

sekupangdua

Posted: 18 Mar 2015 11:12 PM PDT

sekupangdua


MAK BAPAK HARAM JADAH! SANGGUP SIKSA ANAK SEHINGGA BEGINI!

Posted: 18 Mar 2015 06:49 AM PDT



Apalah punya manusia macam nie sehingga tergamak lakukan penderaan terhadap anak sehingga begini? Melihat pada gambar ini sahaja cudah cukup buat kita mengelegak marah didalam hati, pernagai mak bapak yg haram jadah sehingga sanggup lakukan begini lebih teruk dari binatang. 

Apakah yg membuat mereka sanggup berbuat begini? Malah merakamkan gambar nie jer sudah cukup memperlihatkan mak atau bapak kanak-kanak nie memangpaling haram jadah...


Bukan itu sahaja... Anak ini jelas dilihat begitu parah didera sehingga terkencing-kencing bila didera sebegini, kesalahan apakah yg menyebabkan mak bapak yg cukup kimak sanggup meyiksa anak sebegini? Apa juga kesalahannya memang tidak boleh kita terima akal sehingga sebegini parah anak ini diperlakukan... Apa dosa anak ini yg jadikan dia disiksa... Sekali apa pun kesalahannya tak kan mak bapak nya tak da hati perut...  


Difahamkan kejadian ini berlaku di kemboja atau mungkin di thailand, melihat pada posting seperti diatas sedikit melegakan kejadian ini bukan dinegara kita... Kalau lah kejadian ini dinegara kita sudah tentu teman lah orang pertama akan terus tuju kesini, geram betul dengan perangai haram jadah macam syaitan, tak ada ker perasaan belas kasihan?



Kanak-kanak ini akhirnya diselamatkan oleh pihak berkuasa setelah hasil posting sumber cerita ini diupload di laman Sosial... 

Sepekara lagi kekadang ada juga yg heret anak supaya terlibat dalam parti... Buat demo ker buat perhimpunan ker... Kalau anak terdedah kepada bahaya, kenapa libatkan mereka? Berhati perut la sikit... Kalau ditakdirkan anak-anak kita kemalangan, sapa yg patut disalahkan....

Sedangkan cukup jelas kerana yg terlibat dalam parti kepada mereka yg berumur 21 tahun keatas... Anak-anak kalau cedera atau maut bermakna mati katak jer... Sebenarnya mak bapak yg perangai haram jadah...

Tempat yg sesuai bukan ker di padang permainan atau kawasan rekreasi sepatutnya... Jgn bahayakan nyawa mereka... Berilah kasih sayang dan bukan jangan libatkan mereka ditempat yg tak sepatutnya...


ANGIN PERUBAHAN

Posted: 18 Mar 2015 09:48 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Tiada Istilah Kebal Di Parlimen

Posted: 18 Mar 2015 08:13 PM PDT




KUALA LUMPUR - Tiada istilah kekebalan jika mana-mana ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan berhubung kait isu hasutan semasa berhujah di dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, setiap ahli Parlimen tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang dianggap sensitif kerana perkara  seumpama itu hanya akan menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.

"Anggota Parlimen kena hormati undang-undang yang mereka sendiri terlibat dalam proses meluluskannya.

"Sebagai ahli Parlimen, amat memalukan jika tidak baca dan faham undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Antara Parlimen Malaysia-Korea  Selatan, Moon Hee-Sang di pejabatnya di Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas penahanan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang menyentuh sistem kehakiman negara.   

Jelas  Abu Zahar, setiap ahli Parlimen memiliki hak untuk berbahas tetapi tidak boleh melanggari undang-undang yang digariskan dan mempertikai badan kehakiman yang berperanan mendaulatkan  undang-undang negara.  
"Saya sendiri sebagai Yang Dipertua Dewan Negara sentiasa bagi galakan dan peluang kepada semua ahli Parlimen untuk bercakap tetapi jangan membangkitkan perkara  demi agenda politik dan boleh mengelirukan rakyat," katanya. 

Di bawah Seksyen 36(8), anggota Parlimen dalam perbahasan mereka adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli Majlis Pasukan Bersenjata. - Bernama

Apa Kata Ahli PAS Selangor Mengenai Dua Kenyataan Ini?

Posted: 18 Mar 2015 09:26 AM PDT



Di Kelantan Mahu Hudud, Di Selangor PAS Tidak Mahu Hudud

Posted: 18 Mar 2015 04:30 AM PDT


Tutup Kerana GST: Kastam & LHDN Perlu Siasat Pasar Mini Ini

Posted: 18 Mar 2015 01:37 AM PDT


Dakwaan Guan Eng ini nyata sekali dakwaan secara dangkal dan tidak berasas apa apa fakta. Yang dituduh bila GST dilaksana maka Pasar Mini Tat Ming akan kena tutup. 

Jika Pasar Mini Tat Ming itu berperolehan lebih dari RM500,000  setahun. Seseorang adalah dikehendaki untuk berdaftar di bawah CBP jika perolehan bercukai tahunannya melebihi RM 500,000. 

Seseorang itu termasuk individu, pemilik tunggal, perkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, kesatuan, kelab persatuan atau mana-mana organisasi termasuk jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat di dalam perniagaan yang membuat pembekalan bercukai di Malaysia (baca lanjut).

Jika Pasar Mini Tat Ming tidak sampai pun RM500,000, maka pasar mini itu tidak dikenakan GST. Alasan apa perlu tutup? Apa kos tambahan pasar mini tersebut bila ada GST tidak dinyatakan? Ianya hanya memainkan sentimen untuk kelirukan rakyat. 

Pihak kastam dan LHDN perlu menyiasat Pasar Mini Tat Ming ini. Guan Eng juga mungkin tidak tengok lagi bagaimana Anwar Ibrahim sendiri memuji sistem GST sebagai lebih efisyen dan telus dalam video bawah ini. 


 

Hudud : PAS Berani Laksana Atau Buat "U TURN"?

Posted: 17 Mar 2015 11:54 PM PDT


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 18 Mar 2015 03:01 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) Aksi remaja zina atas motorsikal tersebar

Posted: 18 Mar 2015 07:21 AM PDT

INILAH aksi remaja melayu zaman sekarang yang bukan main lagi terang-terang atas motor pun boleh dijadikan tapak 'projek'.

Apa yang ada dalam fikiran si perempuan ini agaknya sehingga sanggup beraksi seakan 'sarkas' ni.

Jika dikutkan, masalah sosial ini sebenarnya berpunca daripada kurangnya didikan agama dan nilai kasih sayang daripada keluarga.
Namun, agak hebat jugaklah 'skill' yang ditayangkan, si lelaki buka separuh, si perempuan buka separauh, lalu terus di dayung sahaja.

Hendak disalahkan kepada siapa jika perkara sebegini terjadi pada anak sendiri?

Renung-renungkan…

-MYNEWSHUB.cc

Enam kali diliwat suami selepas berkahwin

Posted: 18 Mar 2015 01:09 AM PDT

Seremban: Seorang peniaga makanan ringan membuat laporan polis mendakwa sudah tidak tahan dipaksa melayan nafsu songsang suami yang meliwatnya sejak beberapa tahun lalu
.

Sharnaaz Ahmad ambil bahan terlarang?

Posted: 17 Mar 2015 11:43 PM PDT


Kuala Lumpur: "Nak ambil bahan-bahan tambahan sama ada protein, pembakar lemak atau perangsang otot ini kena periksa betul-betul. Bukan boleh main ambil saja kalau tak jadilah macam saya sebelum ini apabila pengambilan itu memudaratkan kesihatan."

Itu pengakuan pelakon Sharnaaz Basir Ahmad atau Sharnaaz, 30, yang pernah tersilap langkah apabila mengambil bahan terlarang yang tanpa disedari mengancam kesihatannya.

Ujar Sharnaaz, kecenderungan mengambil bahan terlarang itu didorong oleh sikap obses untuk memiliki bentuk tubuh sasa dalam tempoh singkat.

"Sebab itu sekarang setiap bahan sampingan yang saya ambil untuk pembentukan otot semuanya mendapatkan kelulusan doktor.

"Kalau nak jalan mudah dan singkat, memang tak dinafikan penggunaan bahan terlarang yang rata-ratanya mengandungi dos dadah atau racun berlebihan dapat merangsang pembinaan otot tapi akibatnya pada kemudian hari, sendiri mahu ingatlah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37774?m=1#sthash.r27TVKhp.dpuf

Muat Naik Foto Bogel Isteri Sendiri Di Twitter

Posted: 17 Mar 2015 08:01 PM PDT



Keluarga selebriti terkenal di Hollywood, 'The Kardashians' tentunya teruja dengan siri televisyen popular mereka 'Keeping Up With The Kardashians' yang kini sudah masuk musim yang ke-10.

Namun, tiada siapa yang dilihat lebih teruja daripada suami salah seorang keluarga Kardashians itu, Kanye West yang sangat gembira dengan isterinya, Kim Kardashians, dengan berkongsi gambar separuh bogelnya di laman sosial twitternya.

Penyanyi rap yang terkenal dengan lagu 'Heartless' itu memuat naik beberapa keping gambar tersebut untuk menzahirkan betapa bertuahnya dia kerana memiliki Kim.

Disamping itu, Kanye yang kini popular dengan lagunya bersama Rihanna, turut mengucapkan tahniah kepada isterinya kerana mencapai jumlah pengikut seramai 30 juta di twitter semalam.

Masih menggunakan gambar bogel isterinya, dia juga ucap tahniah di atas premier program televisyen mereka yang ke udara semalam.

Kim Kardashians, ibu kepada North West, anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Kanye, sebelum ini mempunyai isu tentang meniru gaya penyanyi pop Serbia turut memberi respon kepada 'tweet' suaminya itu.


Walau bagaimanapun, Kanye dilihat terus memuat naik beberapa keping gambar isterinya dengan perkataan 'Swish.'

Kami anggarkan dia terlalu gembira dengan gambar isterinya itu yang membuat sesi fotografi tersebut sebagai kenangan sebelum dia hamil buat kali kedua! -MYNEWSHUB.CC

Apa Yang Tersirat

Posted: 18 Mar 2015 01:19 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Siapa Kata Nurul Izzah Kebal Undang-Undang?

Posted: 18 Mar 2015 05:25 AM PDT

Menurut perlembagaan Persekutuan Perkara 63(4) anggota parlimen tiada kekebalan. Menurut Seksyen itu, ianya mengenepikan Perkara 63(2) berhubungan dengan kekebalan ahli parlimen, kerana seorang ahli parlimen boleh didakwa menggunakan Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan atau sebarang kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Seorang anggota Parlimen tertakluk di bawah Seksyen 36(8), anggota Parlimen dalam perbahasan adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau Majlis Pasukan Bersenjata.

Minggu lepas di Dewan Rakyat, Nurul Izzah berucap di dewan Rakyat memfitnah badan kehakiman negara.

Juga pada 7 Mac, melalui himpunan #kitalawan, Nurul juga melakukan fitnah terhadap kehakiman, kerana menjatuhkan hukuman kepada bapanya yang didapati bersalah melakukan hubungan seks diluar tabii (sodomi dengan seorang lelaki).

Pihak pembangkang kini memutar belit berkaitan penahan Nurul minggu lalu, kononnya melanggar statusnya sebagai ahli Parlimen.

tun faisal dot com

Posted: 18 Mar 2015 01:08 PM PDT

tun faisal dot com


Pelik bila Ku Li tak faham GST dan Laporan Ekonomi

Posted: 17 Mar 2015 04:25 PM PDT



Agak pelik apabila seorang `backbencher' tidak faham dasar kerajaan dan laporan ekonomi. Ada dua kemungkinan, pertama sama ada dia tidak pergi atau malas mendengar taklimat atau dia tidak memahami langsung kandungan taklimat.

Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.

Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahas yang mudah difahami oleh rakyat kebanyakan. Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.

Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarlahnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi. 

Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih. 

Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.  

GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.

GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.



Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini. 

Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?

Ku Li juga bercakap seolah-olah ekonomi negara sedang mengalami krisis yang maha hebat. Sekali lagi, amat menghairankan apabila Ahli Parlimen BN sendiri seolah-olah tidak menyedari kewujudan dan tidak membaca laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan penilaian oleh IMF baru-baru ini. 

Mungkin Ku Li tidak sedar laporan BNM menyebut:-

1. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013: 4.7%), didorong oleh kekuatan yang berterusan dalam permintaan domestik swasta dan disokong oleh peningkatan dalam prestasi perdagangan luar.

2. Kadar pengangguran menurun kepada 2.9%. 

3. Lebihan akaun semasa melebar berbanding tahun sebelumnya manakala tahap rizab antarabangsa kekal tinggi dan lebih daripada mencukupi untuk memenuhi kewajipan jangka pendek dan menyediakan penampan yang mencukupi terhadap kejutan luaran.

4. Jumlah aset BNM berjumlah RM427.6 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014. BNM mengisytiharkan dividen sebanyak RM3.0 bilion kepada Kerajaan bagi tahun 2014

Ku Li juga mungkin tidak membaca laporan Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 13 Februari, 2015, yang menyimpulkan Perkara IV Rundingan 1 dengan Malaysia antaranya seperti berikut:-

1. Ekonomi yang pelbagai di Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2014. Pertumbuhan pesat kepada 5.9 peratus, disokong oleh permintaan domestik swasta yang kukuh dan pemulihan dalam eksport. Kos elektrik yang rendah membantu membendung inflasi kepada 3.1 peratus walaupun selepas penghapusan subsidi bahan api dan kenaikan tarif elektrik. Trend pelaburan kekal meningkat, mencapai 26.8 peratus daripada KDNK pada tahun 2014, didorong oleh keadaan kewangan yang akomodatif dan perbelanjaan awam yang berterusan ke atas infrastruktur. 

2. Penyatuan fiskal adalah tepat pada masanya, dengan kadar yang sesuai, dan kekal di landasan yang betul. Kerajaan baru-baru ini menyemak semula bajet persekutuan yang menyebabkan sedikit perubahan pada siling defisit bajet, kepada 3.2 peratus daripada 3.0 peratus KDNK, dalam tindak balas yang tepat dan pragmatik kepada penurunan harga minyak mentah antarabangsa yang mendadak baru-baru ini. Mereka mengambil tindakan fiskal yang berani pada tahun 2014, meneruskan gerakan beberapa tahun lagi bagi mengurangkan subsidi yang tinggi dan tidak tersasar.

Mengenai soal hutang negara pula, seperti yang telah berulang kali diulas bahawa hutang negara masih berada di dalam keadaan terkawal, iaitu di bawah paras 55% KDNK. Jumlah bayaran khidmat hutang dalam Bajet 2015 kekal stabil pada kadar 9 - 10.3% daripada jumlah hasil pendapatan negara.




Manakala mengenai soal Hutang Domestik, statistik BNM pada tahun 2013 menunjukkan bahawa ia meningkat akibat krisis kewangan global. Sebahagian besar Hutang Domestik ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan oleh pembelian hartanah (52%), baik untuk kediaman (44%) dan bukan kediaman (8%), pembelian kenderaan (18%), hutang peribadi (17%), pembelian saham (6%), kad kredit (4%) dan lain-lain hutang (3%).



Dalam hal ini bukannya BNM langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawalnya. Antara langkah yang diambil oleh BNM adalah dengan mengeluarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon. BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan dan pembelian rumah.

Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan ini, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.

Nampaknya banyak perkara yang tidak diketahui oleh Ku Li dan menjelaskan kenapa Ku Li sudah tidak lagi relevan.

Bagi penulis sendiri, Ku Li bukanlah politikus yang penulis hormati kerana beberapa sebab, antaranya, pertama penulis tidak nampak pencapaiannya yang hebat sebagai Menteri Kewangan suatu ketika dulu, kedua, Skandal BMF berlaku pada zaman Ku Li menjadi Menteri Kewangan, ketiga, dalam melaksanakan agenda Bumiputera, Ku Li tidak setanding Tun Daim Zainuddin yang lebih menonjol dalam melahirkan ramai jutawawan Bumiputera dan mempertingkatkan agenda Bumiputera, keempat, sikap tidak dapat menerima kekalahan (sore loser) dalam pemilihan parti dan perbuatan khianat penyokongnya telah mengakibatkan pendaftaran UMNO dibatalkan, kelima, tindak tanduk dan disiplinnya sebagai wakil rakyat BN dalam isu Wang Minyak Kelantan, penglibatannya dalam video klip `Undilah' dan perbualan twitternya dengan Lim Kit Siang sebelum PRU-13.

PEJUANG BANGSA

Posted: 18 Mar 2015 11:25 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Mengapa saat -saat akhir KU LI serang GST ?

Posted: 17 Mar 2015 09:25 PM PDT



1. Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.

2. Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja beliau mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat biasa. Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.

3. Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi.

4. Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih.

5. Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

6. GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.

7. GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.

8. Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini.

9. Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?

Comments (0)