Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:07 PG

sumber :-

Barisan Nasional


tunku

Posted: 12 Feb 2015 03:53 AM PST

tunku


Zahid: Anwar will not get special treatment in prison

Posted: 11 Feb 2015 10:38 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim is not being given any special treatment in Sungai Buloh prison while serving his sentence for the offence of sodomising his former aide.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi stressed that all prisoners were treated equally as provided by law and the prison regulations.

"I wish to confirm this (no special treatment for Anwar) here," he said, when asked by reporters about concerns expressed by some quarters that Anwar could be given special treatment by the Prisons Department while incarcerated.

Ahmad Zahid earlier attended the ministry's monthly assembly here on Thursday.

Also present were Prisons Department director-general Datuk Seri Zulkifli Omar and Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

The Federal Court had on Feb 10, rejected Anwar's final appeal against his conviction and five-year jail sentence for sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, on June 26, 2008.

bumiyang

Posted: 12 Feb 2015 03:31 AM PST

bumiyang


Liwat II - Sejak Bila Pesalah Boleh Berucap Selepas Hukuman Dijatuhkan???

Posted: 12 Feb 2015 12:08 AM PST

Soladariti Anwar - Hakikatnya Saiful Adalah Orang Anwar!!!

Posted: 11 Feb 2015 07:22 PM PST

Belantan

Posted: 11 Feb 2015 11:38 PM PST

Belantan


Kartunis Zunar direman tiga hari berhubung dakwaan dalam Twitter?

Posted: 11 Feb 2015 05:53 AM PST


Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, direman tiga hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung komen dalam tweetnya yang berbaur hasutan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata, polis berharap dapat menyelesaikan siasatan ke atas Zunar, 52, secepat mungkin.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 oleh Bukit Aman," katanya.

Semalam, Zunar dipercayai memuat naik komen pada 12.17 tengah hari yang menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan ia disiasat.


Sehubungan itu, suspek ditangkap di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam pada 9.30 malam.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim menyampaikan keputusan itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 11 Feb 2015 11:17 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DEMI ANWAR, PENYOKONG SANGGUP BUAT PERKARA YANG DILARANG OLEH ISLAM

Posted: 11 Feb 2015 10:00 PM PST

Kerana ketaksuban kepada pemimpin...


Perkara yang dilarang pun mereka sanggup buat.


Jika aktiviti ini berterusan tiap2 malam, adakah tiada ulama atau ustaz PAS yang berani menegur mereka?

PAS KECEWA, DAP DAN PKR TERUS BERI SOKONGAN KEPADA PASMA

Posted: 11 Feb 2015 06:11 PM PST

Gambar hiasan.
IPOH – PAS Perak menganggap rakan PR mereka tidak sensitif terhadap keputusan parti yang tidak mengiktiraf Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) apabila beberapa pemimpin utama PKR dan DAP turut serta dalam program anjuran Pasma, Ahad lalu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, beliau kecewa dengan kehadiran Pengerusi PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar apabila mereka terlibat dalam forum anjuran Pasma di Taiping itu.

"Saya rasa kesal dengan penglibatan mereka (Muhammad Nur dan Sivakumar) dalam program Pasma itu.

"Perkara ini akan kita bangkitkan dalam mesyuarat pimpinan PR Negeri untuk dibincangkan," katanya.

Menurut Razman, sebagai rakan dalam PR, beliau beranggapan PKR dan DAP memahami sensitiviti sesama rakan dalam PR tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Beliau berkata, ahli PAS sendiri dilarang oleh PAS Pusat untuk terlibat atau menghadiri program yang dianjurkan Pasma dan semua sedia maklum tentang perkara itu.

Menurutnya, jika terdapat ahli yang hadir, mereka dikira melanggar arahan parti.

"Jadi sebagai ahli politik, mereka harus sensitif tentang isu ini.

Apa-apapun kita akan selesaikannya dalam mesyuarat PR Negeri nanti," katanya, lapor Sinar Harian.

Ahad lalu, berlangsung satu forum bertajuk Pengukuhan Pakatan Rakyat: Mara ke Hadapan Bersama anjuran Pasma di Taiping dihadiri Muhammad Nur, Sivakumar; Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi

Sebelum ini, Ketua Pemuda Sosialis DAP Perak, Wong Kah Woh pernah ditempelak kerana hadir sebagai panel sebuah program anjuran Pasma di Ipoh.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/02/11/sikap-pemimpin-dap-pkr-mengecewakan-pas/

*Daripada PAS terus salahkan pihak lain dalam isu PASMA, apa kata PAS sendiri pecat ahli-ahli PASMA dari PAS. Setakat cakap je tak guna.

DOKUMEN SEJARAH YANG MEMBONGKAR SIAPA YANG MULA-MULA TUDUH ANWAR #anwarverdict

Posted: 11 Feb 2015 05:30 AM PST

Dokumen rasmi yang perlu disebarkan kepada penyokong Anwar yang masih tidak dapat terima keputusan mahkamah.










Lihatlah siapa yang membongkar kegiatan Anwar. Orang yang sanggup bawa mangsa Anwar ke Parlimen inilah juga yang menjadi peguam belanya. Tun Mahathir memecat Anwar (2 September 1998) hanya selepas hampir setahun perkara ini dibawa ke Parlimen (18 Disember 1997).

JIKA ANWAR MENUDUH KES MAHKAMAHNYA SEBAGAI KONSPIRASI POLITIK, SIAPAKAH YANG MEMULAKANNYA?


*Sebab tulah Anwar disuruh bertaubat oleh orang yang mula-mula membongkar kegiatannya.

TERKINI! TARIF ELEKTRIK TURUN 1 MAC INI. APA LAGI ALASAN PENIAGA CHAUVINIS?

Posted: 11 Feb 2015 12:19 AM PST


Dari Berita Harian versi online:

Tarif elektrik turun mulai 1 Mac

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini, sebentar tadi.

Selain itu, purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa.

Maximus berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri," katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/34449

Diharapkan penurunan tarif ini dapat menurunkan kos operasi peniaga seterusnya menurunkan harga barang. Tak tahu apa lagi alasan yang peniaga Chauvinis nak bagi selepas ini.

The Unspinners

Posted: 11 Feb 2015 11:09 PM PST

The Unspinners


Lepas 7 tahun, perjuangan UNSPINNERS tercapai ... Lepas ni?

Posted: 11 Feb 2015 07:30 AM PST


Blog Unspiners muncul pada tahun 2008 tapi mula aktif dari bulan Jun 2009. Tujuan nak jawab putarbelit Anwar dan dedahkan maklumat yang benar dan serta hal-hal sebalik tabir yang cuba ditutup pelbagai pihak

Lepas lebih 5 tahun 7 bulan, akhirnya Anwar masuk. Maka disini perlukah lagi Unspinners teruskan perjuangan ini.

Kami semua dah penat dan banyak masa, wang ringgit dan kerjaya dikorbankan demi perjuangan ini.

Tambah lagi bila lihat gelagat individu dan grup kelahi untuk habuan, dunia ini sudah tidak lagi seronok.

Hilang sudah semangat setiakawan. Sesama kawan menyerang sesama sendiri mendedah identiti kawan, guna pembangkang serang kawan, ugut megugut dan pecah amanah. Perjuangan ini sudah mula memualkan.

Sepatutnya kerja-kerja ini kerja orang UMNO, ahli UMNO dan pejuang UMNO. Bukan kami sukarelawan-sukarelawan. Tapi sukarelawan yang lakukan dan ada orang UMNO jaki pula pada sukarelawan yang lebih ada impak.

Sebenarnya Unspinners bukan seorang dua tapi ada beberapa orang. Samada akan terus atau berubah wajah atau jadi platform lain yang mana ada antara rakan-rakan yang akan ambilalih, akan difikirkan.

Yang anda perlu fikirkan adalah hal perjuangan ini.PRK Permatang Pauh pun akan datang.


Kemasukan Anwar ke dalam penjara usah dilihat sebagai tanda semuanya sudah ok dan sokongan rakyat akan kembali ke UMNO cara semula jadi dan otomatik.

UMNO kena ambil peluang ini dan berusaha sungguh-sungguh untuk mengemaskan barisan. Rancang satu strategi baru untuk polisi mereka. Jenamakan semua parti menjadi lebih rendah diri dan tidak lagi dilihat pentingkan diri sendiri di mata rakyat.

PM dilihat mula turun padang dan terbaru dia menaiki kereta Putra yang mana disambut baik oleh orang ramai.

Selain itu, pihak kepimpinan harus bertindak bijak dan jangan biarkan perkara atau isu menjarakkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Kesalahan jenayah Anwar telah dihukum, tapi ia bukan satu kelebihan pun kepada UMNO dan kerajaan jika terus leka dan membiarkan para pengkhianat Melayu dan Islam bermaharaja lela.


Orang UMNO perlu ambil iktibar. Tanpa Anwar, PAS mungkin akan diletakkan jadi ketua boneka Pakatarn Rakyat dan dijadikan PM!

Orang PAS yang sudah berjuang berpuluh tahun akan terus bersedia meletakkan Mat Sabu untuk jatuhkan Hadi sebab DAP dan PKR sedia terimanya sebagai bakal PM.

Orang yang tak mahu ANWAR mungkin akan dapat buat pendirian baru untuk menerima PAS. OLeh itu, UMNO jangan syok sendiri.


UMNO tak bboleh asyik mengharap orang lain berjuang untuk mereka tapi mereka hanya mengaut kemenangan, jawatan dan kuasa. Mereka kena fikir betul2.

Sukarelawan datang dan pergi tapi sampai bila UMNO?

Lama-lama berbalik epada UMNO. Jika dah letih nak tadbir dan pimpin negara dengan baik, kasikan orang lain. Tiada siapa sanggup terus berjuang tapi tiada perubahan.


Siasat pembocor waran penjara dan tangkap Zunar!!!

Posted: 11 Feb 2015 05:30 AM PST


Unspinners tak mahu keluarkan gambar waran penjara Anwar itu. Tak tentu pasal nanti kena. Dah viral pun.

Khabarnya pihak penjara tidak puas hati dengan individu tak bertanggungjawab yang ambil gambar waran tersebut dan voralkan.

Waran itu telah dan hanya diserahkan kepada pegawai tertentu untuk dibawa ke penjara. Boleh syak yang sebarkan.

Sementara itu, IGP harap kota kata2nya dan tangkap mangkok ni ...


Bakar lilin tiap2 hari, solat hajat seminggu sekali

Posted: 11 Feb 2015 03:30 AM PST





Wan Azizah dalam kenyataan media semalam ....



... mengajak kumpul bakar lilin tiap-tiap hari di luar penjara sungai buloh.

Tapi ...


Kenapa ye? Adakah sebab Anwar akan ...


Dia pun bukannya pedulinya hal akidah ...


Apa saja sanggup dilakukan demi kuasa!!!

Tujuannya:

Tian Chua - AP BATU menyeru supaya ahli2 PKR / reformis mengadakan demonstrasi besar2an pd 14-15 FEB 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi membantah hukuman yang dikenakan terhadap DSAI. Program ini akan diisi dgn ceramah oleh pemimpin PR bagi menaikkan semangat reformasi seperti tahun 1998.

Nak bakar saja...

Mereka pun akan buat usul di Parlimen yang mana pasti ditolak kerana bukan bdang kuasa parlimen. Baca SINI. Lalu dikecuhkan... boleh baca.

Trick bakar lilin tapi solat hajat seminggu sekali mudah dibaca. Setiap malam Jumaat  masjid buat bacaan yassin. Jadi mereka nak spin yg majlis dan kempin bacaan yassin ini dapat sambutan seluruh negara...

Gen Y yang mentah dan tak boleh fikir dengan pandangan jauh sebbab tidak ada pengalaman hidup bolehlah ditipu. We are not born yesterday.

Gen Y tak tahu mereka suka dan lega Anwar masuk penjara. Tak caya tengok gambo ni.


Apa jadi siasatan ROS berhubung Khalid disalah pecat PKR?

Posted: 10 Feb 2015 11:30 PM PST


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) dipersoalkan kerana belum mendedahkan hasil siasatan terhadap pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menepati perlembagaan parti itu.

Bekas Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa PKR, Kamarujas Abdullah berkata, ROS perlu menyegerakan siasatan itu kerana kegagalan berbuat demikian hanya akan memberikan pandangan negatif terhadap institusi tersebut.

"Saya percaya kepada tema ROS iaitu amanah, dedikasi dan berilmu maka, sebagai institusi yang berintegriti mereka perlu menjalankan siasatan dan mendedahkan hasilnya kepada rakyat yang mahu tahu jawapan sebenar.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, masih belum ada apa-apa kenyataan atau keputusan daripada ROS sedangkan aduan sudah dibuat secara rasmi kepada mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Abdul Khalid dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR pada 9 Ogos lalu dengan alasan mengingkari keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), namun ramai pihak melihat tindakan berkenaan sebagai usaha terdesak PKR untuk memastikan beliau meletak jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya ketika itu bagi digantikan dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Susulan pemecatan itu, pada 15 Ogos lalu, Abdul Khalid telah mengemukakan aduan rasmi melalui peguamnya untuk meminta ROS melakukan siasatan dan sekiranya pemecatan tersebut didapati tidak menepati Perlembagaan parti, pendaftaran PKR boleh dibatalkan.

Hasil aduan berkenaan, ROS telah memanggil Wan Azizah dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 1 Oktober lalu untuk mengambil keterangan namun sehingga kini perkembangan siasatan masih belum diketahui.



Sementara itu, Kamarujas yang juga Ketua Ranting PKR Taman Nirwana, Ampang berkata, pelbagai keraguan timbul dalam pemecatan tersebut antaranya kegagalan Lembaga Disiplin PKR mendedahkan nama enam individu yang bersidang sebelum memecat Abdul Khalid.

"Nama-nama ini perlu diberikan namun PKR tidak mendedahkannya atas alasan rahsia sedangkan itu adalah syarat yang perlu ditepati barulah pemecatan tersebut boleh diterima atau disahkan.

"Perlembagaan PKR sendiri tidak menjelaskan apa sebenarnya kesalahan yang dilakukan sehingga Abdul Khalid dipecat maka segala-galanya hanya akan diketahui sekiranya ROS tampil memberikan kenyataan," tegasnya.

Utusan Malaysia

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 Feb 2015 09:35 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Apakah Mereka Ini Tidak Mahu Membaca Apa Hukum Bakar Lilin

Posted: 11 Feb 2015 06:02 PM PST







Tarif Elektrik Sudah Turun, Apa Lagi Alasan Peniaga Tamak Untuk Tidak Turun Harga

Posted: 11 Feb 2015 04:12 PM PST

Dalam Cara Khalid Ibrahim Sindir Anwar

Posted: 11 Feb 2015 12:46 AM PST

JURI RAKYAT

Posted: 11 Feb 2015 07:42 PM PST

JURI RAKYAT


solusi mengurangi resiko Banjir melanda jakarta

Posted: 11 Feb 2015 07:06 AM PST

solusi mengurangi resiko Banjir melanda jakarta
solusi mengurangi resiko banjir jakarta
gambar banjir jakarta

Banjir melanda jakarta sudah hampir mencapai 6000 jiwa pengungsi  berbagai solusipun tengah di upayakan oleh berbagai pihak baik itu presiden,gubernur,TNI,dan banyak pihak lainnya serius menangani kejadiaan banjir yang melanda jakarta.Seperti yang di lansir dari viva-news bahwa banjir murni akibat alam karena curah hujan namun terkadang kita lupa bahwa banjir terjadi tak luput dari peran manusia itu sendiri di dalam lingkungaany yang saling mempengaruhi interaksi anatara alam dan manusia serta sepenuhnya  bukan sekedar hanya karena factor alam banjir terjadi.
Banjir yang melanda saat sekarang ini di jakarta  menjadi pelajaran bagi seluruh daerah agar jangan saling menyalahkan dan untuk mencegah terjadinya banjir kedepannya admin juri rakyat menyampaikan sedikit pesan moril semoga ini bermanfaat untuk masyarakat indonesia ,Demi mengurangi resiko kejadiaan banjir kesadaran dari masyarakat  sangat di perlukan agar tidak membuang sampah ke sungai seperti yang melanda banjir di jakarta.,selanjutnya membersihkan drainase yang tersumbat,maupun saluran arit yang mepet,menjaga kebersihan lingkungan,tidak melakukan pembalakan liar,dan berusaha menanam sepatang pohon di tanah yang kosong yang dapat di Tanami tanaman di samping atau di depan rumah untuk menyerap air dan mengurangi resiko terjadinya banjir.
Resiko banjir ini mengakibatkan dampak bagi kesehatan dan mengundang berbagai jenis penyakit lumpuhnya aktivitas ekonomi,rusaknya lahan pertaniaan,jalur transportasi darat menjadi hancur dan sulit untuk dilalui,penurunan jumlah wisatawan,aktivitas sekolah dan perkantoran berhenti,sengsaranya pengungsi bahkan mengancam kepada kematiaan inilah efek buruknya daripada banjir dan masih sangat banyak akibatnya,bukankah pencegahan itu lebih baik dari pada mengatasi banjir?
 Maka daripada itu bagi para pengungsi korban banjir saudara-saudara kita yang ada dan yang terjadi di Jakarta agar tetap waspada sabar dan tabah do'a kami selalu ada menyertai untuk semua korban  karena di balik sebuah cobaan akan hadir sebuah hikmah,ketahuilah dan perlu kita ingatkan smakin besar suatu cobaan yang kita dapatkan smakin besar pula hikmah  terkandung di dalamnya.,sekali lagi KESADARAN dari masyarakat untuk mencegah terjadinya banjir faktor terpenting adalah melakukan solusi pencegahan terjadinya banjir.

WARIS PURBA

Posted: 11 Feb 2015 03:44 PM PST

WARIS PURBA


TERBUKTI BENAR DAKWAAN KARPAL SINGH

Posted: 10 Feb 2015 04:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pendakwa Raya berhubung keputusan kes liwat  Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.

2. Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.

3. Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.

4. Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.

5. Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta - sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.

6. Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 - dalam erti kata lain, padanan sempurna ('full flush'). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.

7. Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.

8. Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.

9. Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

10. Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.

11. Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.

12. Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.

13. Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.

14. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.

15. Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Arwah Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.

16. Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.

17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.

18. Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

19. Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia - dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.


20. Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah  sama rata di sisi undang-undang. - 10 Februari 2015.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 Feb 2015 03:26 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Bonus 'seks' untuk pekerja dan kakitangan

Posted: 11 Feb 2015 01:01 AM PST

BONUS daripada pihak syarikat pastinya amat ditunggu-tunggu sesiapa sahaja yang bergelar kakitangan atau pekerja.

Jika di China, kebiasaannya ia akan diberi dalam bentuk wang ringgit ataupun kereta.

Namun, berbeza pula dengan sebuah syarikat teknologi di Beijing, Qihoo360 apabila pihak pentadbir dikatakan menawarkan peluang bermalam dengan pelakon lucah Jepun, Julia Kyoka kepada kakitangan yang 'bertuah'.

Khabar itu tersebar selepas satu senarai pilihan bonus syarikat tersebut disiarkan di Internet.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh pihak Qihoo360 dan mendakwa ia merupakan senarai palsu.

Tidak lama selepas itu, satu lagi senarai baru dikeluarkan, namun kali ini tanpa 'bonus' Julia Kyoko! - MYNEWSHUB.CC

'Saya pernah tidur sekali dengan Anwar, tak jadi apa-apa pun'

Posted: 11 Feb 2015 12:15 AM PST

Suram. muram. gelap.

Itulah perkataan yang terlintas dalam pemikiran penulis sewaktu tiba di kediaman rasmi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut malam tadi.

Meskipun dimaklumkan bahawa keluarga Anwar dan penyokongnya berada di ibu pejabat PKR atau di Dewan Sivik MBPJ, gelap gelita dan kesunyian di kawasan sekeliling rumahnya membuatkan hati saya tidak selesa.

Lantas saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan kakitangan rumahnya di pondok pengawal.

Ditanya mengenai perasaan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, lelaki itu menjawab ia tidak menjejaskan kerjanya.

"Mestilah saya sedih, saya sudah 32 tahun kerja dengan dia (Anwar)," kata Abdullah Sani, 55, kepada Malaysiakini.

"Pernah tidur sama-sama, tak ada apa-apa yang jadi.

"Dan saya lebih kacak dari Saiful," kata bapa kepada tujuh anak itu dengan berseloroh.

Beliau juga berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes itu, bukan pembantu Anwar tetapi hanya rakan kepada seorang lagi bekas pegawai Anwar.

"Dia hanya rakan kepada bekas pegawai Anwar, Rahimi Osman. Dia ikut Rahimi ke mana-mana dan sentiasa ambil kesempatan untuk dilihat "merapati" dengan Anwar," katanya.

Malaysiakini

Bekas warden bongkar ketaksuban Anwar ketika dalam penjara (1994-2004)

Posted: 10 Feb 2015 10:01 PM PST

BETUL ke? Ketika dipenjarakan atas kesalahan rasuah dulu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan layanan sedikit berbeza daripada banduan lain dan ditempatkan dalam sel secara berseorangan.
Begitulah cerita yang dibaca daripada petikan skrin aplikasi bual yang tersebar hari ini apabila seorang didakwa bekas warden penjara mendedahkan kisah bagaimana dia menjaga bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Di laman blog Sebastian Phiu, warden berkenaan dikatakan menjaga Anwar dari tahun 1999 hingga 2004 selama lima tahun.
"Tengkok tak sakit, buat akal sakit, pinggang tak sakit buat akal sakit," katanya dalam perbualan itu.
110215Warden_1110215Warden_2110215Warden_3110215Warden_4
Antara perkara menarik perhatian ialah apabila, warden itu mendakwa makanan untuk Anwar akan dimasak oleh kakitangan penjara dan ia perlu dirasa terlebih dahulu oleh pegawai atasan.
"Macam mana boleh cerita dia kena racun arsenik.
"Sepatutnya pegawai atasan sudah kena racun dulu, sebab dicuba depan dia setiap hari," katanya.
Kalau yang itu, mungkin ia mengelakkan cubaan Anwar diracun ketika di dalam penjara itupun sebelum itu ada juga Anwar mendakwa kononnya diracun arsenik.
Tidak diketahui kesahihan petikan skrin berkenaan yang tersebar tetapi ia kini sudah menjadi viral di laman media sosial.
Semalam Anwar sudah pun memulakan hukuman penjara lima tahunnya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang ditetapkan Mahkamah Rayuan pada Mac 2014 lalu.
- MYNEWSHUB.CC


'Ketagihan' remaja perempuan membimbangkan

Posted: 10 Feb 2015 09:37 PM PST

Tokyo: Kajian terbaru ke atas 618 pelajar dari seluruh Jepun mendedahkan, secara purata pelajar perempuan menghabiskan tujuh jam sehari menggunakan telefon mudah alih dengan 10 peratus daripada mereka menghabiskan masa untuk peranti itu selama sekurang-kurang 15 jam.

Kajian melalui Internet itu dikendali firma keselamatan maklumat Digital Arts mendedahkan, secara bandingan kanak-kanak lelaki seusia mereka pula menggunakan telefon mudah alih hanya lebih empat jam sehari.

Kajian itu juga mendedahkan punca remaja menggunakan telefon mudah alih mereka.

Kebanyakannya menggunakan peranti itu untuk mengakses media sosial seperti Line, aplikasi mesej dan rangkaian telekomunikasi, selain permainan telefon pintar dan menghasilkan video.

Keputusan kajian itu dikeluarkan ketika penularan gejala tidak sihat semakin meningkat dalam kalangan remaja penagih teknologi mudah alih.

Keadaan hampir sama berlaku di China apabila didapati golongan remaja menjadi pengguna melampau telefon pintar.

Kata penganalisis, kecenderungan itu bakal mencetuskan perubahan neurologi dalam badan, sama seperti alkohol dan kokain.

Menurut firma itu, 96 peratus pelajar sekolah tinggi Jepun mempunyai telefon mudah alih, berbanding 60 peratus pelajar sekolah menengah.

Kajian juga menunjukkan hampir setiap empat daripada 10 kanak-kanak di tahun awal sekolah rendah - berumur seawal 10 tahun - menggunakan telefon genggam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30044#sthash.Ejla899c.dpuf

'Saya tak bersalah' - Anwar

Posted: 10 Feb 2015 05:33 PM PST

PUTRAJAYA - [KEMASKINI] "Saya tidak bersalah. Kejadian liwat tidak pernah berlaku," demikian ungkapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diberi peluang mengemukakan rayuan pengurangan hukuman secara lisan kepada mahkamah, semalam.

Anwar, 67, dengan nada sebak berkata, keputusan itu melengkapkan konspirasi politik bagi menjatuhkan karier politiknya.

"Yang Arif-Yang Arif (merujuk kepada panel lima hakim) tidak mengambil kira hujahan para peguam saya sejak dari hari pertama. Insiden itu (liwat) tidak pernah berlaku," katanya.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya mendengar rayuan peringanan hukuman daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kelihatan agak terkejut dengan kecaman pemimpin pembangkang itu.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai sidang itu meminta Anwar berhenti daripada mengeluarkan kata-kata menghina mahkamah.

"Kamu boleh merayu tapi jangan menghina mahkamah ini," Arifin memberi amaran.

Anwar bagaimanapun meneruskan ucapannya dengan nada yang lebih lantang.

Anwar berkata bukan satu kebetulan apabila Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan itu hanya beberapa minit sejurus mahkamah mengumumkannya sedangkan hukuman masih belum diputuskan.

Anwar menyelar keputusan hakim-hakim itu yang beliau kaitkan dengan pemerintah politik serta sistem kehakiman yang berkecuali.

Beliau berkata, hakim-hakim itu boleh mengharumkan nama (dalam keputusan tersebut), tetapi memilih sebaliknya.

Sekali lagi panel hakim meminta Anwar berhenti mengutuk mahkamah.

Namun Anwar meneruskan ucapan beliau dan menyebut mengenai konspirasi politik sehingga menyebabkan semua hakim bangun dan meninggalkan tempat duduk mereka.

Insiden itu menyebabkan mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 15 minit sebelum dimulakan semula.

Walaupun ketika sidang ditangguhkan, Anwar tetap meneruskan kata-katanya dengan penuh semangat.

"Kerja keras akan diteruskan, tidak kira di mana saya berada dan apa yang dilakukan terhadap saya. Kepada semua penyokong, terima kasih diucapkan; ikhlas dari hati saya. ALLAH kekuatan saya. Saya berjanji saya tidak akan berdiam diri. Saya akan berjuang demi kebebasan dan keadilan. Saya tidak akan menyerah kalah," katanya.

Sejurus selepas kata-kata tersebut, dewan mahkamah bergema apabila penyokong Anwar melaungkan reformasi dan takbir. Hakim-hakim kembali mengambil tempat apabila suasana mahkamah kembali tenang.

Arifin kemudian membacakan keputusan bahawa mahkamah itu menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menambah hukuman serta menolak rayuan peguam bela untuk mengurangkan hukuman dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Mengaku lakukan hubungan seks dengan Wan Azizah seminggu selepas kejadian

Posted: 10 Feb 2015 05:01 PM PST

PUTRAJAYA 10 Feb. - mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.

Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Dengan keputusan itu, Anwar, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

(Wakil rakyat boleh tersingkir daripada kerusinya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh lebih dari setahun).

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diperintah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh bermula hari ini.

Yang turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Hakim Arifin ketika membacakan ringkasan penghakiman setebal 54 muka surat antara lain menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa Mohd. Saiful Bukhari, 30, merupakan saksi yang berkata benar dan boleh dipercayai.

Ujar beliau, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan penemuan fakta Mahkamah Tinggi bahawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu merupakan saksi yang terbuka dan jujur sepenuhnya.

"Mohd. Saiful Bukhari bukan rakan sejenayah ataupun pihak yang merelakan dirinya diliwat, bahkan merupakan mangsa dalam kejadian tersebut,'' ujar beliau ketika membacakan ringkasan penghakiman selama kira-kira dua jam 15 minit.

Pada 7 Mac tahun lalu, Mah­kamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah mendapati Anwar bersalah meliwat mangsa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Pemimpin pembangkang itu bagaimanapun tidak dikenakan hukuman sebatan atas faktor usia.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Panel bersidang turut bersetuju dengan dapatan dua mahkamah terdahulu bahawa wujud bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong keterangan mangsa selaku saksi pendakwa pertama bahawa Anwar telah meliwatnya.

Hakim Arifin selanjutnya berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan yang munasabah.

Mahkamah turut menyatakan, Dr. C. Jeyaindran telah memeriksa Anwar tiga minggu selepas kejadian liwat dan ketika itu perayu mengaku mengadakan hubungan seks dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seminggu selepas kejadian.

Doktor berkenaan menyatakan, Anwar tidak mengadu kepadanya bahawa dia mengalami sakit belakang ketika beliau menjalankan pemeriksaan perubatan terhadapnya.

Sehubungan itu, mahkamah berpuas hati bahawa keterangan pembelaan yang menyatakan Anwar tidak mampu melakukan aktiviti liwat, adalah tidak berasas.

Hakim Arifin juga menyentuh mengenai bukti keterangan saintifik yang dikemukakan oleh pendakwaan bahawa air mani Anwar dijumpai pada bahagian bawah dan atas dubur Mohd. Saiful Bukhari.

"Satu-satunya penjelasan logik terhadap penemuan air mani ini adalah Mohd. Saiful Bukhari semestinya telah diliwat oleh Anwar,'' ujar Ketua Hakim Negara.

Pada akhir ringkasan penghakiman itu, Hakim Arifin menyatakan, keterangan bersumpah Ketua Pembangkang itu kurang memberi kesan kepada pembelaan.

Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Feb 2015 01:25 PM PST

Apa Yang Tersirat


Sodomi II: Sebahagian Keputusan Mahkamah Persekutuan

Posted: 11 Feb 2015 08:17 AM PST

MAHKAMAH Persekutuan Putrajaya pada Selasa menolak rayuan akhir Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.

Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Dengan keputusan itu, Anwar, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

(Wakil rakyat boleh tersingkir daripada kerusinya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh lebih dari setahun).

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diperintah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh bermula pada Selasa 10 Februari 2014.

Yang turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Hakim Arifin ketika membacakan ringkasan penghakiman setebal 54 muka surat antara lain menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa Mohd. Saiful Bukhari, 30, merupakan saksi yang berkata benar dan boleh dipercayai.

Ujar beliau, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan penemuan fakta Mahkamah Tinggi bahawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu merupakan saksi yang terbuka dan jujur sepenuhnya.

"Mohd. Saiful Bukhari bukan rakan sejenayah ataupun pihak yang merelakan dirinya diliwat, bahkan merupakan mangsa dalam kejadian tersebut,'' ujar beliau ketika membacakan ringkasan penghakiman selama kira-kira dua jam 15 minit.

Pada 7 Mac tahun lalu, Mah­kamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah mendapati Anwar bersalah meliwat mangsa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Pemimpin pembangkang itu bagaimanapun tidak dikenakan hukuman sebatan atas faktor usia.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Panel bersidang turut bersetuju dengan dapatan dua mahkamah terdahulu bahawa wujud bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong keterangan mangsa selaku saksi pendakwa pertama bahawa Anwar telah meliwatnya.

Hakim Arifin selanjutnya berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan yang munasabah.

Mahkamah turut menyatakan, Dr. C. Jeyaindran telah memeriksa Anwar tiga minggu selepas kejadian liwat dan ketika itu perayu mengaku mengadakan hubungan seks dengan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seminggu selepas kejadian.

Doktor berkenaan menyatakan, Anwar tidak mengadu kepadanya bahawa dia mengalami sakit belakang ketika beliau menjalankan pemeriksaan perubatan terhadapnya.

Sehubungan itu, mahkamah berpuas hati bahawa keterangan pembelaan yang menyatakan Anwar tidak mampu melakukan aktiviti liwat, adalah tidak berasas.

Hakim Arifin juga menyentuh mengenai bukti keterangan saintifik yang dikemukakan oleh pendakwaan bahawa air mani Anwar dijumpai pada bahagian bawah dan atas dubur Mohd. Saiful Bukhari.

"Satu-satunya penjelasan logik terhadap penemuan air mani ini adalah Mohd. Saiful Bukhari semestinya telah diliwat oleh Anwar,'' ujar Ketua Hakim Negara.

Pada akhir ringkasan penghakiman itu, Hakim Arifin menyatakan, keterangan tidak bersumpah Ketua Pembangkang itu kurang memberi kesan kepada pembelaan.

Sodomi II: Kalau Konspirasi-Mengapa Anwar Enggan Serah DNA??

Posted: 11 Feb 2015 03:35 AM PST

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan hukuman penjara lima tahun dikekalkan atas kesalahan itu terus dipertikaikan penyokong Anwar termasuk menganggap ia sebagai satu konspirasi.

Satu persoalan kalau itu konspirasi, kunci penyelesaian untuk membongkar segala dakwaan tersebut kepada khalayak ramai adalah sampel ujian DNA milik Ketua Pembangkang itu.

Kalaulah betul Anwar berada di pihak yang benar (tidak bersalah) dan ini hanya satu konspirasi untuk menjatuhkannya, kenapa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak berani memberikan sampel DNA miliknya kepada mahkamah untuk diadili?.

Untuk merungkai sekiranya Anwar, keluarga, sahabat handai dan penyokongnya begitu yakin ini adalah satu konspirasi untuk jatuhkan beliau, cara yang paling berkesan dan baik untuk mendedahkan konspirasi tersebut adalah melalui DNA Anwar.

Jika meragui ujian DNA di negara ini, boleh sahaja DNA itu dibuat di makmal di luar Malaysia untuk dianalisis seperti di Eropah atau Amerika Syarikat yang lebih memberi keyakinan kepadanya.

Seterusnya, hasil DNA tersebut diserahkan kepada mahkamah untuk dihakimi secara profesional untuk membuktikan DNA yang dimiliki pendakwa (Mohd Saiful) bertentangan dengan DNA Anwar.

Jika terbukti DNA Anwar tidak sepadan dengan DNA yang digunapakai selama perbicaraan, maka ianya sekali gus menjadikan kes tersebut hancur dan mungkin kerajaan juga akan runtuh kerana orang akan beranggapan ini adalah bukti kepada konspirasi itu.

Semalam selepas sahaja Mahkamah Persekutuan membuat keputusan Ketua Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee menyatakan bahawa Anwar seolah tidak menggunakan peluang yang selama ini ada jika benar beliau tidak bersalah antaranya mengemukakan sampel DNA dan enggan bersumpah dengan al-Quran mengenai kejadian tersebut.

Keengganan Anwar untuk berbuat demikian secara jelas mengukuhkan lagi dakwaan Mohd Saiful bahawa insiden tersebut memang berlaku.

Ketidak sanggupan Anwar menyerahkan sampel DNA atas sebab Anwar memang melakukan perkara itu dan merasakan DNA yang ada pada pihak pendakwaraya adalah milik beliau dan dia memang melakukan benda ini (liwat) sepertimana yang disahkan atau diputuskan lima panel hakim di peringkat Mahkamah Persekutuan dan tiga panel hakim terdahulu (Mahkamah Rayuan).

Disebalik Cerita Mengapa Anwar Kembali Ke Penjara

Posted: 11 Feb 2015 02:00 AM PST

RAMAI dalam kalangan anda mungkin sangat gembira kerana Anwar memasuki penjara. Namun, jangan sesekali kita bergembira hanya disebabkan perbezaan ideologi dan landasan politik kita. Ini bukan satu isu politik. 

Sekirannya kita mahu bergembira maka biarlah kegembiraan itu berpaksi kepada fakta, kebenaran dan perundangan. Isu ini adalah satu isu yang melibatkan perundangan tanpa mana - mana elemen politik. Biarlah kegembiraan ini berlandaskan kepada keadilan. 

Anwar dipenjarakan bermula semalam bukan disebabkan beliau adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang. 

Anwar dipenjarakan pada hari atas kesalahan meliwat berdasarkan kepada fakta - fakta perundangan. 

Fakta - fakta Perundangan yang penting:-

1. Anwar Ibrahim mengatakan beliau ada 14 saksi sebagai saksi alibi tetapi akhirnnya tiada seorang pun yang tampil ke hadapan menjadi saksinya di Mahkamah. 

2. DNA Anwar sememangnya berada di tempat sulit si Pengadu. Jika benar sekalipun konspirasi politik maka ahli politik mana di dunia ini mampu mengambil dan mencuri sperma DNA Anwar untuk dimasukkan ke dalam tempat sulit si Pengadu ? 

3. Video rakaman CCTV sememangnya menunjukkan Anwar sememangnya di tempat dan bangunan kejadian. 

4. Anwar tidak pernah sesekali menafikan Sperma DNA tersebut adalah milik beliau. Beliau juga tidak berani untuk mengambil ujian DNA sampelnya untuk menafikan dakwaan pihak pendakwa. Yang dipertikaikan hanyalah pencemaran DNA sperma Anwar. 

5. Hujah konspirasi politik bukanlah merupakan satu penghujahan yang kukuh di Mahkamah. Di Mahkamah segala - galanya adalah berlandaskan kepada prinsip , hujah , bukti dan fakta PERUNDANGAN. Sekirannya kita mahu melihat dari aspek politik maka kita perlu diingatkan bahawa peguam yang sendiri mewakili Anwar iaitu mendiang Karpal Singh merupakan orang pertama dalam negara yang membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen. 

6. Kes ini seharusnya dilihat dari sudut perundangan dan bukannya melalui naluri dan emosi politik kita. Tidak kira mereka yang dalam BN membenci Anwar atau mereka yang berada dalam PR yang menyokong Anwar. Ini bukan satu perbalahan antara BN vs PR. Isu ini adalah isu perundangan yang melibatkan Pengadu ( Mangsa ) dan Pemangsa. 

7. Kita perlu percaya kepada prinsip perundangan dimana seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah berdasarkan kepada fakta dan prinsip perundangan. Dalam fakta dan prinsip perundangan DNA SPERMA tertuduh sememangnya berada di dalam alat sulit pengadu. Tertuduh sememangnya berada di tempat kejadian pada ketika peristiwa ini berlaku. Kredibiliti tertuduh terjejas apabila membentangkan kes yang mengatakan terdapat 14 saksi alibi tetapi tiada seorang pun yang mampu dihadapkan ke Mahkamah untuk menjadi saksi. Faktor - faktor perundangan sedemikian adalah amat penting untuk membuat sebarang kesimpulan penghakiman.

Semalam, semasa diberi peluang bercakap dikandang tertuduh, Anwar membidas badan kehakiman, dan menuduh badan kehakiman negara menjadi agen kepada konspirasi menjatuhkan beliau. 

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah. Adalah satu fakta di dunia ini, setiap individu yang dijatuhi hukuman, jarang yang mengaku salah. Penjara dipenuhi oleh mereka yang tidak bersalah. Seolah-olah undang-undang senantiasa tidak menyebelahi mereka. 

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Feb 2015 01:22 PM PST

Cucu Tok Selampit


Vigil @AnwarIbrahim - Apa Melayu Islam Bertudung Ini Buat Main-Main Lilin?

Posted: 11 Feb 2015 07:03 AM PST




Ini sebahagian dari pemandangan upacara ritual vigil yang dianjurkan oleh PKR menerusi Kenyataan Media oleh Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ini baru malam pertama. Wan Azizah menganjurkan agar majlis vigil untuk suaminya, Anwar Ibrahim diadakan setiap hari di Penjara Sungai Buluh. CTS tidak kisah sangat kalau orang bukan Islam hendak berritual mengiangati dan mendoakan Anwar Ibrahim di situ. Yang Melayu Islam, siap yang bertudung labuh jadi bengong bab Agama ni kenapa?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
Menurut sahabat CTS yang beragama Kristian, katanya "Anwar Ibrahim masih hidup, tetapi kenapa pula para penyokong beliau menyalakan lilin? Kalau ikut kepercayaan kami orang Kristian, lilin hanya akan dinyalakan untuk mengiringi doa roh orang yang telah pergi meninggalkan dunia. Macam-macam dah dia orang ni."

Menteri Besar Selangor @AzminAli Pula Menghina Mahkamah cc. @PDRMsia

Posted: 11 Feb 2015 01:45 AM PST

Dato Menteri Besar Selangor, Azmin Ali didapati telah memuatnaik video pesalah liwat Anwar Ibrahim ke dalam laman sosial Facebook beliau semalam. Video berkenaan telah menjadi viral di media sosial.

Peraturan mahkamah melarang sesiapapun termasuk wartawan mahupun pihak peguam dari merakam perbualan, hujahan, video atau apa-apa di dalam kamar mahkamah. Ia akan dianggap menghina mahkamah atau 'contempt of court' dan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara.

Persoalannya, adakah Menteri Besar Selangor dari PKR ini kebal dari undang-undang?

Nurul Nuha Lancar "March To Freedom" - Ini Bukan Untuk Papa, Ini Kempen Dia Jadi Calon Permatang Pauh

Posted: 10 Feb 2015 09:49 PM PST




Saudari Nurul Nuha, anak kedua Anwar Ibrahim dan keluarga telah mengadakan satu sidang media sempena pelancaran kempen "March To Freedom" pagi tadi jam 11.00, bertempat di kediaman keluarga Anwar Ibrahim di no 11, Jalan 3/61, Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur. CTS tidak nampak perjuangan yang mereka cuba tonjolkan pagi tadi adalah untuk pembebasan 'Papa' mereka kerana sudah pastinya Anwar Ibrahim akan menghuni di Penjara Sungai Buluh sekurang-kurangnya 3 tahun (mungkin dibebaskan atas kelakuan baik).

Menurut Nurul Nuha, Anwar Ibrahim menjadi mangsa sistem yang zalim. Dr Hatta Ramli dari PAS sebagai Ketua Sekretariat Kempen. Anwar Ibrahim tidak didapati bersalah di bawah Akta Hasutan atau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh dikategorikan sebagai "mangsa rejim yang zalim". Sebaliknya Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah kerana meliwat pembantunya sendiri dan kes bermula apabila pembantu yang diliwat membuat laporan polis. Sodomi adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Jadi untuk apanya sidang media berkenaan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menonjolkan Nurul Nuha sebagai bakal calon untuk Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan sedikit masa lagi. Ianya juga memberi isyarat jelas kepada PAS bahawa Permatang Pauh adalah kerusi tradisi keluarga Anwar Ibrahim (walaupun asalnya milik PAS). Pengundi di Permatang Pauh perlu bijak membuat pilihan di peti-peti undi nanti, sama ada untuk terus terbelenggu dengan politik nepotisme keluarga Anwar Ibrahim atau memilih seorang wakil rakyat yang benar-benar akan berkhidmat mewakili mereka.

Jika diteliti Kenyataan Media yang dibuat semalam oleh Presiden PKR juga tidak menyentuh lansung tentang cubaan pembebasan Anwar Ibrahim. Cuma Wan Azizah tekankan supaya dibuat upacara vigil di Penjara Sungai Buluh setiap malam, solat hajat setiap malam Jumaat dan memfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perilaku Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan. CTS teruja sebenarnya apabila PKR hendak buat upacara vigil setiap hari bermula malam ini di Penjara Sungai Buluh. Kita lihat berapa lama mereka boleh tahan. Seminggu? Sebulan? Setahun?

Skim Pengiklanan Bas Sekolah - Kerjasama SPAD Bersama Star Publication Tingkatkan Pendapatan Pengusaha Bas

Posted: 10 Feb 2015 07:56 PM PST


Usaha pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Star Publication buat julung-julung kalinya untuk mengadakan Skim Pengiklanan Bas Sekolah harus dipuji. Ini secara langsung dapat meningkatkan pendapatan pengusaha bas sekolah yang selama ini bekerja keras untuk menghantar anak-anak ke sekolah. The Star, mempunyai laporannnya di sini.

Peningkatan kos operasi dan alat ganti telah menyukarkan pengusaha-pengusaha bas sekolah untuk kekal kompetitif. Jadual waktu operasi yang terhad juga memberi pulangan yang agak terhad dalam mengimbangi kos operasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan. Untuk membantu industri bas sekolah, pihak Kerajaan melalui SPAD ingin membantu mempromosikan pemasangan iklan di badan bas sekolah yang dapat memberi tambahan pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah di seluruh negara. 

Sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan inisiatif ini, pihak Star Publication telah tampil kehadapan untuk bekerjasama bagi memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Beberapa perbincangan dan mesyuarat telah dijalankan dengan Persatuan-Persatuan bas sekolah untuk memuktamadkan inisiatif ini dan rata-rata pengusaha telah memberikan maklumbalas yang positif mengenai inisiatif tersebut. 

Skim ini dilihat dapat mempertingkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha bas sekolah, menjadikan bas sekolah kelihatan lebih menarik tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan bas sekolah dan menggalakkan pengusaha untuk menjaga keadaan dalam dan luar bas sekolah. Di peringkat permulaan ini, pengusaha bas sekolah akan diberikan pendapatan tambahan sekitar RM200  hingga RM400 sebulan berdasarkan saiz iklan pada badan bas sekolah. 

Dengan pengenalan skim ini, pengusaha bas akan lebih teliti menjaga bas sekolah mereka kerana hanya bas-bas sekolah yang dijaga dengan baik sahaja akan dibenarkan menyertai skim ini. Adalah diharapkan, dengan pelancaran skim ini, ia dapat menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat pengiklanan lain untuk mendapatkan pengusaha-pengusaha bas sekolah yang layak di seluruh negara untuk tujuan pengiklanan.

Video mengenai pelancaran Skim Pengiklanan Bas Sekolah boleh ditonton di bawah:








Gambar-Gambar Mesyuarat Pemimpin PR Semalam - Gelak Ketawa Gembira @AnwarIbrahim Ke Penjara?

Posted: 10 Feb 2015 06:15 PM PST




Biarlah gambar-gambar berbicara. 'Pictures speak a thousand words' kata peribahasa English. Lihatlah sendiri keadaan mesyuarat pemimpin-pemimpin PR sejurus Anwar Ibrahim dipenjarakan di sebelah petang. Ada wujud wajah-wajah sugul? Hanya senyuman dan gelak ketawa sahaja yang kelihatan. Baru hanya beberapa jam ketua mereka dipenjarakan kerana kesalahan liwat, sudah tiada kesedihan di wajah-wajah mereka. Bila bertemu dengan Rakyat, maka watak yang lain pula yang akan dilakonkan. Betullah orang kata, ahli politik tidak lebih daripada seorang pelakon.

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Feb 2015 11:50 AM PST

PEJUANG BANGSA


PENJELASAN TS SHAFEE ABDULLAH SELEPAS KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR

Posted: 11 Feb 2015 09:30 AM PST




KUALA LUMPUR: Kenyataan Pendakwa Raya berhubung keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1. Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.
2. Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.
3. Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.
4. Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.
5. Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta - sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.

6. Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 - dalam erti kata lain, padanan sempurna ('full flush'). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.
.
7. Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.
8. Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.
9. Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.
10. Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.
11. Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.
12. Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.
13. Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.
14. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.

15. Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Mendiang  Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.
16. Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.
17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.
18. Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

19. Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia - dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.
20. Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang. - 10 Februari 2015.

NYALAAN LILIN / VIGIL DILAKUKAN PENYOKONG ANWAR DEPAN PENJARA

Posted: 11 Feb 2015 08:30 AM PST


Perhimpunan VIGIL/nyalaan lilin  yang dirancang sebagai tanda solidariti kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan sebentar tadi oleh  penyokong-penyokongnya berhimpun di hadapan pintu penjara Sungai Buloh.


Antara yang hadir ialah  pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Tian Chua, Rafizi Ramli, Abdullah Sani, William Yeong dan Nik Nazmi, yang juga menyalakan lilin dan menyampaikan ucapan.



Di dalam ucapannya, Tian Chua mendakwa setiap saat Anwar berada di dalam penjara, setiap saat itulah tanda tiada demokrasi di dalam negara ini.



Rafizi pula menyeru semua yang hadir untuk berkumpul di perkarangan Penjara Sungai Buloh setiap hari untuk memberi suntikan semangat untuk Anwar.



Apakah setiap malam penyokong Anwar akan hadir semata-mata untuk melakukan upacara nyalaan lilin / vigil ini ?? 



Sebelum itu , kita perlu tahu apakah hukum melakukan upacara nyalaan lilin / vigil ini  jika dilakukan orang  Islam ??



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuhdengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.







ASAL KALAH AJAK RAKYAT JANGAN PERCAYA MAHKAMAH ,BILA MENANG DIAM ?

Posted: 11 Feb 2015 05:06 AM PST





Amat dangkal dan cakap seperti tak ada otak   sekali kenyataan Exco Kerajaan DAP  Dr Afif Bahardin yang mengajak rakyat jangan percaya mahkamah berikutan pemimpinnya DSAI dipenjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan . 

Baca penghujahan HAKIM mengenai bukti kukuh kes liwat bukannya suka2 nak jatuh hukum ..





Bila keputusan mahkamah tidak memihak mereka , dituduh mahkamah tak ada kredible dan tidak boleh dipercayai .

Tapi bila mereka menang kes di mahkamah menyaman orang sana sini termasuk kerajaan Malaysia, tak pulak mereka cakap jangan percaya mahkamah . 



FAKTA KETELUSAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA YANG MEMIHAK PEMBANGKANG

7 Sept 2009 – Polis dan Kerajaan Malaysia kalah kepada Mustafa Ali, SU PAS :Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di bangunan Parlimen.Kerajaan bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000.
Tahun 2010
19 Januari 2010- FELDA kalah kepada peneroka Kemahang :Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan Felda untuk mengenepikan rayuan ke atas keputusan supaya lembaga berkenaan membayar RM11 juta kerana menipu 354 orang peneroka.Felda diarah membayar RM11 juta kepada sekumpulan peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan.14 Disember 2011 : Lim Guan Eng menang lawan Utusan Malaysia :
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menang dalam dua saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia menerima ganti rugi berjumlah RM450,000.
Tahun 2012
24 Mei 2012: Khalid Samad menang lawan Utusan Malaysia :Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.Berita itu melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.19 Jun 2012 : DS Anwar menang lawan Nalla :
Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.
22 Jun 2012- Lim Guan Eng menang lawan Utusan :
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan berhubung satu laporan mengenai dakwaan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru
24 Julai 2012: BERSIH 3.0 menang lawan Kerajaan :Mahkamah Rayuan memutuskan BERSIH 3.0 tidak haram.Mahkamah Rayuan memutuskan arahan yang dikeluarkan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) cacat kerana tidak menepati perlembagaan dan undang-undang sedia ada.31 Julai 2012 : Zunar menang lawan Kerajaan :
SM Anwar atau Zunar, menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya pada tahun 2010.
30 Ogos 2012 : Nizar Jamaluddin menang lawan Utusan :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan membayar ganti rugi kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
2013
16 Jan 2013 : Anwar menang lawan Khairy :Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.18 Januari 2013 : Khalid menang lawan Utusan :
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad
21 Jan. 2013 : Anwar menang lawan Utusan Malaysia :
Anwar menang dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun 2012.
4 Februari 2013 : Lim Guan Eng menang lawam Utusan Malaysia :
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah
18 Februari 2013 : Azan Ismail menang lawan Utusan :
Mahkamah perintah Utusan membayar ganti rugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana menerbitkan artikel fitnah.
15 .21 Mac 2013 : Pemimpin PAS menang lawan RTM :
Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan RTM bersalah memfitnah YB Nasir Mustafa dari PAS kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan.Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO membayar sebanyak 120 ribu dan kos sebanyak 30 ribu.4 Julai 2013 : Nizar menang lawan Utusan :
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi RM250,000 kepada beliau berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000.
10 JUlai 2013 : Peguam menang lawan Kerajaan :Lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis menang saman terhadap polis dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan dengan niat jahat ke atas mereka semasa perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia pada 9 Dis, 2007.Mahkamah memberikan ganti rugi RM10,000 setiap seorang kepada R. Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan memerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.23 Oktober 2013 : ANAK menang lawan Kerajaan dan PDRM :Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menang kes saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.Hakim mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi akibat polis tersalah tahan sebanyak RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, kos mahkamah RM20,000 dan faedah 8% dari tarikh saman.
2014
17 FEB 2014: Husam menang lawan NST :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana didakwa memfitnahnya.
28 Februari 2014 : Anwar menang lawan Papa Gomo :
Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam kes samannya terhadap blogger, Papa Gomo (ganti rugi sebanyak RM800.000)
29 april 2014 : Majlis Peguam menang lawan DBKL :
Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membayar ganti rugi RM12,320 kepada Majlis Peguam kerana menceroboh dan menurunkan tiga sepanduk yang dipasang di premisnya bagi menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada 2007.
4 sep 2014: Pemimpin PKR menang lawan FELDA :
Felda kalah dalam saman RM200 juta terhadap anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan.

IPOHMALAY

Posted: 11 Feb 2015 09:28 AM PST

IPOHMALAY


Tuhan tidak pekak

Posted: 10 Feb 2015 06:31 PM PST

Kita tahu, penyokong Saiful telah melakukan solat hajat memohon ditunjukkan kebenaran. Saiful sendiri telah melakukannya beberapa kali.

Begitu juga puak penyokong Anwar. Merata-rata solah hajat termasuk di halaman mahkamah.

Apatah pula Anwar, dengan bangga sewaktu melangkah masuk ke mahkamah, menyebut " Hari ini keadilan akan tertegak".

KAMU FIKIR TUHAN ITU PEKAK? Kamu fikir Tuhan tidak menjawab doa-doa tulus hambanya? Kamu fikir Tuhan itu tidak bijaksana?

Seketika kemudian, nasib tidak menyebelahi Anwar. 

Menyerlah selepas itu segerombolan manusia yang keyakinan meluntur terhadap doa-doa mereka, solat-solat hajat mereka. 

Ini pantas dijadikan kesempatan oleh puak harbi pula mengeluarkan kenyataan yang begini :


Apakah setelah kebenaran yang dipohon itu datang, jemaah solat hajat itu berhak menafikannya pula? Jika ini memohon bala, semoga untuk diri sendiri dan sanak saudara sendiri sahaja. Harap tidaklah terlibat orang lain bersama.


Kasihan MACAI, belum 12 jam selepas ketum mereka dipenjarakan,  pimpinan PR bergelak ketawa mencari pengganti.

Comments (0)