Khamis, 22 Januari 2015

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 21 Jan 2015 07:14 PM PST

Anwar Ibrahim


[KENYATAAN MEDIA] PEMBEKUAN PENUKARAN GUNATANAH HUTAN KEPADA PERLADANGAN

Posted: 21 Jan 2015 06:41 PM PST

Saya ingin menyatakan sokongan terbuka ke atas kenyataan terbaharu Sahabat Alam Malaysia (SAM) melalui Presiden S.M. Mohamed Idris bersabit gesaan membekukan penukaran gunatanah hutan kepada perladangan.

Beberapa perkembangan mutakhir termasuklah bencana banjir yang melanda khususnya kawasan Pantai Timur dan beberapa kawasan lain Semenanjung Malaysia dan tanah runtuh di Cameron Highland merupakan natijah daripada penukaran gunatanah hutan yang didorong inisiatif penerokaan hutan simpan kekal. Ini jelas sekali memberi kesan jangka panjang kepada keseimbangan ekosistem dan biodiversiti.

Isu pembalakan haram yang berlaku baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak bukan sesuatu yang baru dibangkitkan sehari dua ini. Isu ini menjangkau puluhan tahun dan pastinya memberi dampak negatif ke atas perolehan hasil hutan. Puluhan malah ratusan juta ringgit hilang begitu sahaja saban tahun dek pembalakan haram yang tidak dibendung dengan serius.

Perincian dan butiran fakta yang dikemukakan oleh SAM menunjukkan rakyat wajar merasa bimbang. Trend melalui konsep agro-perhutanan tidak wajar dijadikan justifikasi untuk menghalalkan penerokaan hutan serta penukaran guna tanah melibatkan hutan simpan kekal secara sewenang-wenang. Justeru wajar sekali kenyataan SAM ini dijawab dengan jelas dan tuntas oleh badan berwajib khususnya Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Adalah wajar sekiranya Majlis Tanah Negara kembali menyemak Dasar Perhutanan Negara yang digubal pada tahun 1977 agar ia diperkemas sesuai dengan kondisi masa kini yang terdedah kepada ancaman pembalakan serta penerokaan haram, dan juga mempertimbangkan seseriusnya gesaan SAM untuk membekukan sebarang bentuk penukaran gunatanah hutan kepada perladangan. Elemen penguatkuasaan harus dimantapkan supaya bersifat lebih efektif dalam menangani masalah ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga digesa bertindak tegas untuk membanteras kegiatan korupsi di sebalik pembalakan haram yang berlaku. Dalam pada kita mendorong pembangunan dilaksana dan menggiatkan hasil perladangan, kita sama sekali tidak wajar berkompromi dengan pemugaran tanah sehingga mengakibatkan keseimbangan ekosistem terjejas.

ANWAR IBRAHIM
22 Januari 2015

[PROGRAM] Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

Posted: 21 Jan 2015 06:36 AM PST

PROGRAM LAWATAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM KE PERAK

24 Januari 2015 (Sabtu)

3.00 ptg :
Dailog b’sama Anak Muda @ Dewan Pej Keadilan Cabang Ipoh. Timur, Jln Pasir Puteh, Ipoh.

5.30ptg ;
Pertemuan Tertutup MPN Perak @ Wisma Keadilan, Ipoh.

7.15 mlm -
Solat & Tazkirah Maghrib @ Surau Muhamaddiyah, Jalan Tiong, Kg Dato’ Ahmad Ahmad Said, Manjoi, Ipoh.

8.00 – 11.00 mlm ;
Jamuan Makan Malam Cabang Lumut @ Dewan Chung Wah, Kg Koh, Sitiawan

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Pengikut