Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:17 PG

sumber :-

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 07 Jan 2015 03:12 AM PST

bumiyang


Pemimpin Terpalit Skandal Bela Pemimpin Punya Kekayaan Melampau???

Posted: 06 Jan 2015 05:00 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 07 Jan 2015 01:36 AM PST

Taipingmali (tm)


Majlis Perbandaran Taiping Perlu Cari Tenaga Kerja Yang Baru

Posted: 06 Jan 2015 08:14 AM PST










Kerajaan Tempatan iaitu MPT perlu mencari pekerja baru, pekerja lama kurang efisien nampaknya. Mereka lebih gemar melepak di warung kopi, perhentian bas, datang lewat balik awal, kerja sikit,rehat panjang. Kutuk kerajaan pun ramai semua kerajaan buat tak betul....ini kesilapan pengambilan tenaga kerja masa dahulu, sapa sokong Pas boleh kerja.

APANAMA

Posted: 06 Jan 2015 11:45 PM PST

APANAMA


Prime Minister Najib was golfing again in Bangkok?

Posted: 06 Jan 2015 02:44 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 06 Jan 2015 11:45 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MARI TONTON: RAFIZI NGAKU TAK BOLEH HIDUP TANPA ANWAR, RAFIZI SINDIR HADI ADA MENANTUNYA

Posted: 06 Jan 2015 08:36 PM PST

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui parti itu tidak mempunyai pilihan kecuali bergantung kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim dan keluarganya kerana mereka mampu menarik minat rakyat.
Menurutnya, tiada seorang pun daripada PKR yang sehebat Anwar, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah yang mampu menjadi tarikan umum.
"Jika soalan itu ditujukan kepada PKR, soalan yang sama sesuai ditujukan kepada DAP dan PAS…ia bermaksud Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng..(katanya sambil ketawa kecil) tidak boleh berada di situ
"Ia juga bermaksud Haji Hadi dan anaknya serta menantunya tidak boleh berada di situ.." katanya ketika diwawancara kiniTV.
Bagaimanpun katanya, PKR sedang memupuk beberapa pemimpin muda dengan harapan mereka juga mampu menarik perhatian orang ramai untuk menjadi pelapis parti pada masa akan datang.

Titik tolak perpaduan orang Melayu seharusnya bermula di Selangor. @NajibRazak @NohOmar @BudimanZohdi

Posted: 06 Jan 2015 04:00 AM PST



Kuasa rakyat tentukan penyatuan UMNO dan PAS di Kelantan
TERAKHIR DIKEMASKINI: 06 JANUARI 2015 BY HELME HANAFI



Penyatuan UMNO dan PAS dalam kerajaan campuran yang dicadangkan di Kelantan selepas banjir besar melanda negeri itu hanya akan terlaksana jika rakyat Kelantan sendiri mahukannya.


Rata-rata penduduk yang terpaksa memulakan hidup baru selepas banjir, boleh mendesak pemimpin mereka untuk melupakan sengketa politik dan bersatu membangunkan negeri, ujar seorang pemimpin Pemuda PAS kepada Agendadaily.



Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, PAS sebagai parti politik yang berteraskan Islam akan mendengar pandangan akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan samada mahu atau tidak membentuk kerajaan campuran.

"Ahli yang menentukan, parti akan ikut suara ahli, manakala ahli pulak ikut suara rakyat..." katanya mengulas cadangan tokoh korporat anak Kelantan Datuk Husamuddin Yaakob yang mahu melihat kedua-dua parti itu bergabung.

Cadangan kerajaan campuran dibuat bagi mengurangkan 'politiking' merebut sokongan ketika tenaga semua pihak diperlukan untuk membangun semula Kelantan.



Ketika ditanya pendirian peribadi beliau, pemimpin muda PAS itu berkata, beliau sokong kerajaan campuran di Kelantan dengan syarat perikatan antara PAS dan BN adalah perikatan longgar.

"Masalah PAS adalah jika ia bergabung dengan UMNO di Kelantan, ia perlu bergabung dengan UMNO di seluruh negara, dan jika itu berlaku, PAS akan hilang sokongan pengundi bukan Melayu pembangkang dan hanya akan menjadi parti di kawasan Malay heartland sahaja.

"Apa formulanya nanti, PAS tidak mahu sertai BN, mungkin boleh dibuat kerajaan BN plus PAS, tapi PAS hanya akan menyertai pentadbiran di kawasan Pantai Timur dan Utara Malaysia sahaja... ini merugikan PAS," tambah beliau. 



Walau setinggi mana pun harapan kita untuk melihat UMNO dan PAS bersatu, namun hakikatnya kita perlu berpijak kepada realiti semasa. PAS sudah terlalu banyak 'berhutang' dengan DAP dan Anwarinas.

Faktanya, melalui "Pakatan Rakyat" lah PAS boleh mentadbir di negeri-negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang. Walaupun boleh dikategorikan lebih kepada menumpang, namun apa yang penting, hasil masyhul negeri sedikit sebanyak mereka tetap rasai. Ini jauh lebih baik jika hanya menjadi pembangkang yang miskin di negeri-negeri tersebut.

Seperkara lagi, semenjak 2007, iaitu ketika era berkembangnya penggunaan media sosial seperti Facebook dan blog, PAS telah sebati bersama-sama PR melaksanakan agenda politik kebencian dan perpecahan 24 jam-tujuh hari sekali ke atas BN. "Pembersihan etnik" ke atas pemimpin PAS yang pro Melayu dan perpaduan juga kini telah selesai. Para pemimpin yang berjuang demi agama dan mempunyai secebis nasionalisme kini hanyalah bayang-bayang silam dalam parti tersebut.

Malah, kami juga diberitahu oleh sumber dalaman PR bahawa 'hutang' di atas bukanlah sekadar sokongan bukan Melayu di peringkat parti, malahan sudah terlalu peribadi ke peringkat kepimpinan cawangan! Kami menerima maklumat bahawa ramai pemimpin akar umbi PAS kini begitu selesa dengan kehidupan mereka kerana rumah, kereta, dan pelancongan dibiayai oleh ahli-ahli perniagaan DAP. Malah, dalam sesetengah kes, seks juga dibekalkan! Jadi, bagaimanakah UMNO hendak mengajak mereka ini semua keluar dari kepompong kemewahan hidup mereka dan bersatu demi rakyat?!!

Jawapan yang sebenar bukannya terletak di Kelantan tetapi ia perlu bermula di Selangor.



'"Azmin perlu buktikan dahulu sama ada boleh beri kerjasama atau tidak. Jangan sekadar pandai berjanji sahaja." - http://www.sinarharian.com.my/…/jangan-hanya-bijak-berjanji…

Demikian bidas Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar terhadap kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan sedia bekerjasama dengan dengan Kerajaaan Pusat untuk kepentingan rakyat negeri itu.

Menurut Noh, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kerajaan negeri di bawah pentadbiran PKR itu terlalu ego untuk memberikan kerjasama, malah sengaja mencari alasan untuk menyusahkan Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sudah pun menyediakan peruntukan cukup banyak namun sering terhalang kerana sikap ego kerajaan negeri sendiri.

"Kita memang tiada masalah jika mahu kerjasama demi rakyat, tetapi Kerajaan Negeri Selangor sendiri yang sengaja melambat-lambatkan proses kerana mahu mmenyusahkan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan berkata, banyak projek yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan dan memajukan Selangor tetapi terhalang dengan sikap ego kerajaan negeri.

"Kuasa tanah misalnya di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi mereka susah mahu memberi kerjasama mengenai isu tanah. Jadi jika benar mahu kerjasama, jangan sekadar cakap saja, buktikan lah kepada kita boleh kerjasama dengan baik demi kepentingan rakyat.

"Saya nak cabar Azmin kalau betul nak kerjasama kerajaan pusat, maka kena pastikan bahawa apa saja projek dibawa kerajaan pusat tiada halangan dari kerajaan negeri," tegas Noh.

Lubuk kemewahan PAS bukan datang dari tin milo, malah bukan juga datang dari penjualan tanah dan balak di Kelantan, ia sebenarnya berpunca dari Selangor. Maka langkah penyatuan seharusnya juga bermula di negeri tersebut. Walaupun krisis MB telah membogelkan belang sebenar keangkuhan PAS untuk bersama UMNO, maka mahu atau tidak, UMNO Selangor sepatutnya lebih berdikari dan giat menyusun strategi bagi menawan kembali negeri KAYA ini.

1) Demografi: UMNO Selangor seharusnya mengkaji secara teliti apakah pecahan umur rakyat Selangor, etnik/kaum, pendapatan dan sebagainya bagi menentukan sasaran audien mereka secara tepat. Sumber tenaga dan kewangan seharusnya digunakan secara optimum ke atas perkara yang betul-betul mendatangkan hasil/sokongan sahaja.

2) Menentukan dan mendekati pihak yang boleh mempengaruhi dan membentuk pemikiran masyarakat. Dalam hal ini, memang semua orang boleh mendabik dada dan mengakui bahawa merekalah yang pandai menjadi pemimpin, namun adakah mereka ini berpengaruh? Begitu juga dengan mereka yang berpengaruh; tidak semestinya diangkat menjadi pemimpin UMNO negeri. Apa yang penting adalah kerjasama dan hubungan yang rapat di antara UMNO Selangor dan kelompok ini.

3) Empati: Setiap pemimpin UMNO Selangor seharusnya sensitif dengan sentimen rakyat yang diwakili mereka. Sentiasa mendahului untuk membawa isu rakyat ke atas. Inilah baru boleh dikatakan sebagai "UMNO JUARA RAKYAT"

4) Sentiasa peka dan cakna dengan isu yang berlegar di kalangan masyarakat dan berjaya menentukan kepentingannya demi meraih sokongan kepada UMNO. Jangan terlalu ambil mudah semua perkara. Mungkin sesetengah perkara yang kita anggap kecil, sebenarnya bermakna begitu besar bagi sesetengah rakyat. Tunjukkan kita ini sentiasa prihatin.

5) Untuk ini, UMNO Selangor juga perlu ada pasukan khas yang memantau setiap isu di setiap daerah untuk tindakan di peringkat parti. Rakyat akan selalu memerhati siapakah yang lebih ambil berat terlebih dahulu.

6) Pasukan ini juga sentiasa menyusun strategi untuk bertindak balas terhadap tohmahan atau serangan daripada pihak lawan secara proaktif.

7) Membuat penilaian ke atas setiap tindakan, program dan kempen yang telah dijalankan bagi memastikan semua perancangan tidak tersasar dari objektif yang telah ditetapkan. Gelombang sokongan rakyat hanya akan boleh diwujudkan sekiranya semua langkah dilaksanakan secara optimum, konsisten dan berkesan.

Sebab itulah, UMNO Selangor seharusnya kini telah menyusun dengan sebaiknya siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam setiap perkara. Cadangan pasukan transformasi UMNO untuk rakyat Selangor ini pernah kami huraikan sebelum ini di artikel - http://mymassa.blogspot.com/2014/12/pasukan-transformasi-ds-nohomar-yang.html 

Kaji kekuatan dan pengaruh setiap pemimpin. Sebagai contoh, mungkin DS Noh Omar selaku ketua perlu mewujudkan satu jawatan khas Pengarah Strategik Politik dalam pasukan ini yang diisi oleh YB Budiman. Ini adalah kerana selain latar belakang beliau dalam bidang komunikasi, beliau juga memiliki kemahiran berpolitik gaya baru. Maka, sepatutnya beliau memimpin para pemimpin muda akar umbi Selangor untuk memenangi semula sokongan orang muda dan rakyat.

Kami juga melihat YB Shahrum (DUN Dengkil) seorang yang begitu kuat bekerja di peringkat akar umbi. Maka, DS Noh bolehlah menggunakan kepakaran dan semangat beliau untuk mempertingkatkan lagi jumlah ahli dan pengundi pro BN di Selangor serta kempen-kempen di peringkat akar umbi.

UMNO Selangor sebenarnya tidak ketandusan pemimpin muda. Azhari Shaari boleh dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti OBP (orang berpengaruh) di seluruh Selangor dan melakukan kerjasama erat. Ini tidak bermakna beliau mengajak golongan ini menyertai UMNO, sudah memadai sekadar majoriti OBP di Selangor ini berpihak dan bersuara condong kepada UMNO.

Dato' Zein Isma juga boleh diamanahkan untuk menguruskan satu pasukan pemikir dan penyelidik yang turut dianggotai oleh para pemimpin yang disebut di atas. Penubuhan tim khas pemantauan dan penyelidikan isu yang khusus dan mahir berbahasa Cina dan Tamil boleh mengurangkan kebergantungan UMNO kepada parti komponen. Malah, pasukan pemikir ini juga akan turut bertanggung jawab menilai keberkesanan setiap strategi yang telah dilaksanakan untuk dilaporkan ke peringkat atasan bagi menyusun atur langkah yang lebih baik.

Sudah tiba masanya UMNO Selangor perlu digerakkan dari peringkat akar umbi semula bagi mengikis prejudis di kalangan rakyat bahawa parti tersebut dikuasai elitis.

Di atas hanyalah cadangan kasar dari pihak kami yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan jawatan dalam UMNO Selangor. Kami hanya mahu melihat orang Melayu kembali kuat dan bersatu. Kami juga merasakan cukuplah negeri bertuah ini menjadi tabung ayam kepada kafir DAP yang bijak berselindung di belakang juak-juak melayu yang tidak segan silu menjual maruah bangsanya sendiri. 

  

The Unspinners

Posted: 06 Jan 2015 11:10 PM PST

The Unspinners


Kerjasama demi rakyat, bukan gabung la ... bengong

Posted: 06 Jan 2015 06:28 PM PST


Pas sedia kerjasama dengan UMNO
Isu banjir di Kelantan menjadi keutamaan

HUSSAINI AMRAN  |  06 Januari 2015

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pas dan UMNO telah membuktikan kesediaan untuk mengetepikan agenda politik masing-masing demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negeri tersebut baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama dua parti politik itu telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu, inisiatif itu selaras dengan hasrat rakyat yang mahu melihat UMNO dan Pas berganding bahu dalam menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.


"Saya melihat politik itu isu ke­cil malah saya percaya, rakyat sama ada di seluruh negara dan Kelantan bersetuju isu banjir melangkaui sempadan politik.

"Kita di peringkat parti juga sedang cuba mencari jalan untuk mempertingkatkan kerjasama antara dua pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mencadangkan UMNO dan Pas mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan Pas Kelantan bagi merancang pemba­ngunan semula negeri itu selepas banjir.

Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Fauzi Mamat dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dilantik sebagai timbalannya.

Nik Mohamad Abduh berpandangan, kerjasama yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pas Kelantan menerusi jawatankuasa tersebut adalah memuaskan.

"Cuma, kita berharap pelaksa­naan di peringkat akar umbi dapat diperkemaskan agar isu-isu kecil yang pernah berbangkit sebelum ini tidak berulang," ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-sedia-kerjasama-dengan-umno-1.45086#sthash.nkYL3jhs.dpuf






Kain rentang ahli PAS marah ...

Posted: 06 Jan 2015 04:33 PM PST


Siapa pemimpin yang mereka tujukan dalam kain rentang yang dilihat di Tasek Gelugor?


Bang Mat syiah rupanya.

Dulu PAS juga sanjung hingga dua kali menang pertandingan untuk jawatan Timbalan.

Dengaq ahli PAS Penang marah dengan binatang peliharaan DaP ini.

Baru sedar ....?

Menurut Mkini, shopping complex dibuka pkl 1 pgi untuk Rosmah shopping di Dubai?

Posted: 06 Jan 2015 04:30 AM PST


MENJAWAB FITNAH PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA ENJOY KELILING DUNIA - BHGN 1

Tidak berpuashati dengan saman PM terhadap mereka, Malaysiakini terus memperhebatkan serangan mereka terhadap Datuk Najib berhubung isu pesawat rasmi Kerajaan Malaysia. 

Malaysiakini terus dgn ayat membunuh mereka 'jet PM keliling dunia'. Perkataan itu digunakan merujuk kepada jadual berlepas dan mendarat jet berkenan yang disiarkan oleh flight radar 24. Tetapi mereka tidak menyatakan berapa lama pesawat itu berhenti dan untuk tujuan apa ?

Pesawat berkenaan jenis A319. Lbh kurang saiz pesawat yang digunakan oleh Air Asia (A320). Dimana ianya tidak boleh melakukan penerbangan berbelas2 jam sepertimana A380, B747 dan B777. Kerana kapasiti minyaknya tidak mencukupi. Cuba masuk web site air asia dan cek destinasi2 mereka yang menggunakan pesawat A320. Lihat destinasi yang dituju perjalanannya berapa jam ? Utk perjalan lbh jauh air asia menggunakan pesawat lebih besar yang dinamakan Air Asia X. 

Daripada Los Angeles utk pulang ke Malaysia pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan Lautan Pasifik iaitu melalui Jepun kerana saiznya yang kecil tidak memungkinkan mereka menggunakan laluan itu kerana faktor cuaca dan keselamatan. Mereka terpaksa menggunakan laluan lautan atlantik. Dimana laluan itu memerlukan mereka merentasi benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah. 

Selepas berlps dari Los Angeles, tempat pertama pesawat itu berhenti adalah di New York. Mendarat di New York jam 10.23 malam dan berlepas kembali jam 12.50tgh malam. Dimana tempoh berhentinya adalah 2 jam 27 minit . Sempat ke dlam tempoh 2 jam setengah itu penumpang pesawat itu nak turun membeli belah di New York ? Shopping mall mana yang buka tengah2 malam ? Nak lepas imigresen berapa lama ? perjalanan drp airport ke bandar berapa lama ? Drp bandar nak balik ke airport berapa lama ? Pakai akal sikitlah. 

Selepas New York perhentian seterusnya adalah London. Dimana tempoh penerbangan drp London ke New York memakan masa lbh kurang 7-8 jam. Pesawat itu terpaksa berhenti sekali lagi utk mengisi minyak. Pesawat itu mendarat di London jam 11.45 pagi dan berlepas kembali jam 1.04 tgh menuju ke Dubai. 1 jam 19 minit tempoh pesawat itu berhenti di London. Sempat ke penumpang nak turun membeli belah ? 

Pesawat itu berlps dari London jam 1.04 tgh dan mendarat di Dubai jam 12.16 tgh malam. Dimana tempoh penerbangan dri London ke Dubai memakan masa 7-8 jam. Nanti ada yang tanya pula kan dari jam 1.04 tgh hingga 12 .16 tgh malam dah hampir 12 jam. Tolong ambil kira perbezaan waktu antara negara ya. Waktu yg dinyatakan adalah WAKTU TEMPATAN. 

Pesawat itu mendarat di Dubai jam 12.16 tghmalam dan berlepas kembali jam 1.53 pagi. Dimana tempoh ianya berhenti utk mengisi minyak 1 jam 37 minit . Sempat ke dalam tempoh itu penumpang nak turun shopping ? Dan shopping mall mana yang buka di tengah2 malam begitu ? 


Berlepas dari Dubai jam 1.53 pg dan pesawat itu mendarat di Bangkok jam 11.11pagi. Penerbangan dari dubai ke Bangkok memakan masa lbh kurang antara 6-7 jam. Di Bangkok pesawat itu berhenti 2 hari dan membawa pulang PM yang mengadakan pertemuan tidak rasmi dgn PM Thailand. 

Waktu peristiwa MH370 dulu bukan main hebat hingga melahirkan ribuan pakar penerbangan. Tapi semua pakar taik kucing. Nak kenal pasti jenis pesawat, kapasiti minyak dan laluan penerbangan pun tak pandai. Patutlah senang2 ditipu oleh bapak peliwat. Teringat kisah black out dan ratusan ribu pengundi bangla. Hingga penuh stadium Kelana Jaya dan jem habis segala highway di lembah klang. Akhirnya semua kena tipu dgn bapak peliwat negara.

Sumber : facebook faisal bin rohban

--------------

Apa kata blogger bangang yg dok tembak kawan sendiri dengan fitnah untuk pembangkang dan guna fitnah pembangkang ....

...
 tapi diam pula pada kesalahan pembangkang?


R dan Husam tuntut royalti balak untuk mangsa banjir?

Posted: 06 Jan 2015 01:00 AM PST


Ngeh dan Nga akan bantu ...




Cuma dari siapa mereka mahu tuntut royalti balak? Takkan Husam tuntut dari Husam? Kah kah kah ....


Panglima Perang Cyber

Posted: 06 Jan 2015 11:07 PM PST

Panglima Perang Cyber


SURAT @ZAHID_HAMIDI BUKAN MINTA PAUL PHUA DIBEBASKAN CC @FBI @NAJIBRAZAK

Posted: 06 Jan 2015 05:49 AM PST

1. Ketika masa pemimpin Pakatan Rakyat terbukti sekadar "berpeluk tubuh" sambil "tolong tengok" dalam Misi Bantuan Bencana Banjir, dilihat Malaysiakini telah berhempas pulas menjadikan isu surat Menteri Dalam Negeri (Zahid Hamidi) kepada Timbalan Pengarah FBI (Mark F. Giuliano) kononnya untuk menjamin dan membela seorang Raja Judi (Paul Phua) yang dalam perbicaraan kes di US sebagai langkah alternatif menutup tembelang "perjuangan kebajikan rakyat" mereka yang dusta selama ini.

2. Sebagai seorang pengamal undang-undang yang neutral, saya terpanggil untuk menjelaskan isu ini secara teknikal bukan secara persepsi murahan apatah lagi mengunsur adu domba.

3. Satu dunia mengetahui bahawa (Paul Phua) sedang dalam perbicaraan di mahkamah US berdepan dengan tuduhan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu. Pada hemat saya, bukanlah menjadi satu KESALAHAN bagi seorang Menteri Dalam Negeri untuk menjelaskan status "individu yang dituduh" khususnya berkaitan jenayah terhadap FBI yang merupakan badan berautoriti dalam pengendalian kes ini.

4. Semua pembaca perlu jelas bahawa Zahid Hamidi sekadar memaklumkan status ( Paul Phua) tidak terlibat dengan "kongsi gelap 14K Triad" di Malaysia malah Tan Sri IGP juga telah menjelaskan dalam sidang media semalam bahawa kongsi gelap tersebut memang tidak pernah wujud di negara kita.

5. Pada pandangan saya yang neutral, Zahid Hamidi hanya menjelaskan status (Paul Phua) di Malaysia kerana di bawah bidangkuasa dan portfolio beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Jelas bahawa tindakan Zahid Hamidi BUKAN ingin mempengaruhi keputusan dan mencampuri urusan apatah lagi untuk menjamin serta memBEBASkan (Paul Phua) di mahkamah US secara langsung dan tidak langsung.

6. Semua kita perlu jelas bahawa kes (Paul Phua) di US bukan di Malaysia. Jika kes tertuduh (Paul Phua) berkaitan judi ini di Malaysia dan sedang dibicarakan ; lantas Zahid Hamidi mengeluarkan surat sedemikian maka ia satu KESALAHAN !

7. Surat Zahid Hamidi sekadar menjelaskan status (Paul Phua) di Malaysia bukannya menafikan tuduhan ke atas tertuduh di US. Adalah tidak adil jika Zahid Hamidi mengeluarkan satu surat menyatakan bahawa (Paul Phua) memang terlibat dengan kongsi gelap tersebut sedangkan realiti sebaliknya.

8. Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya melihat Zahid Hamidi rasional dan tidak "bias" dalam menjelaskan status tertuduh di Malaysia. Walaupun saya melihat Zahid Hamidi sebagai seorang pemimpin ultra Melayu boleh mengambil kesempatan untuk menginaya tauke judi Cina tapi beliau tidak mengambil pendekatan politik sempit tersebut. Beliau tahu bidangkuasanya, batasannya dan sempadan wilayah keselamatan dalam negeri di bawah tanggungjawabnya.

9. Sebagai peguam, saya sangat faham situasi Tan Sri Shafie Abdullah yang bekerjasama dengan syarikat guaman Chesnoff & Schonfeld bertanggungjawab untuk melakukan gerak kerja pembelaan. Permintaan peguam tentang surat tersebut hanya sebagai usaha untuk membantu membersihkan imej anak guamnya. Dalam ilmu undang-undang seseorang tidak bersalah sekiranya tidak dibuktikan bersalah. Bertindak sebagai peguam bela seharusnya berusaha untuk menyelamatkan (Paul Chua) walaupun dari sudut teknikal penghakiman surat tersebut tidak pun membantu kes ( Paul Phua) yang terjadi di US.

10. Keseluruhannya, saya sangat bersetuju dengan tindakan profesional Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri (Malaysia) dalam kes ini. Saya percaya usaha pembanterasan judi selama ini di beberapa negeri telah berjaya diperangi berkemungkinan besar telah mendapat maklumat sulit dan rahsia daripada rangkaian tertuduh (Paul Phua) yang merupakan Raja Judi Antarabangsa. Saya yakin itulah yang dimaksudkan dengan terma "membantu isu keselamatan negara" dalam surat terbabit.

11. Kepada masyarakat saya berharap kita perlu menilai secara ilmiah bukannya secara membuta tuli seperti ulasan Malaysiakini yang jelas mempunyai personal attack terhadap Zahid Hamidi.


Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 06 Jan 2015 11:06 PM PST

Belantan


QZ8501 Hari ke-8 : Mangsa kanak-kanak memakai baju Minnie Mouse?

Posted: 06 Jan 2015 04:11 AM PST


SURABAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia menemui tiga lagi mayat dalam tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas pada Ahad minggu lepas.

Menurut portal berita Kompas, salah satu antara tiga jenazah berkenaan dikenal pasti sebagai kanak-kanak perempuan bernama Jie Stevie Gunawan.

Mayat kanak-kanak itu mendapat pengecaman melalui jaket berwarna merah yang dipakainya sewaktu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.

"Mangsa dikenal pasti menerusi rakaman televisyen litar tertutup di lapangan terbang. Mangsa dilihat memakai seluar jeans berwarna biru serta baju yang terpapar watak kartun Minnie Mouse," ujar Ketua Pusat Dokkes Mabes Polri, Arthur Tampi.

Kanak-kanak malang berkenaan merupakan salah seorang penumpang bersama enam anggota keluarga yang lain dalam penerbangan ke Singapura untuk bercuti.

Sementara itu, hanya 13 daripada 37 mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang berjaya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat sejak pesawat itu terhempas 10 hari lalu, telah dikenal pasti.

Laman web Channel News Asia melaporkan, pihak berkuasa Indonesia menyatakan, 24 lagi mayat sukar dikenal pasti kerana keadaan mereka yang sudah reput selepas terdedah kepada keadaan cuaca.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 06 Jan 2015 09:49 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Mangsa Banjir Kelantan Perlu Lihat Dua Nama Dalam Dokumen Ini

Posted: 06 Jan 2015 08:11 PM PST


Info Palsu Wang Ganti Rugi Banjir Pula Disebar

Posted: 06 Jan 2015 07:17 PM PST


Balak : Siapa Sebenarnya Yang Bercakap Benar?

Posted: 06 Jan 2015 05:30 AM PST


Video Ini Bukti Jambatan Runtuh Kerana Kayu Balak

Posted: 06 Jan 2015 03:00 AM PST



Jambatan yang menghubungkan antara Gua Musang dan Jeli, Kelantan telah roboh hancur musnah sejak 24 Disember 2014 akibat daripada kayu balak yang dibawa oleh arus banjir. 

Jika kawasan pembalakan sudah dibekukan sejak 2006, kayu apa sebenarnya yang dihanyutkan hingga memusnahkan jambatan tersebut???


Mangsa Banjir Gua Musang Wajib Tengok Gambar Ini

Posted: 06 Jan 2015 01:00 AM PST


Siapa agaknya yang mendapat projek pembalakan ini? Apakah taukeh yang mendapat projek balak itu membantu kembali mangsa mangsa banjir di Kelantan? Apakah mangsa banjir pernah tengok keadaan gambar di atas ? Siapa yang hendak dipersalahkan?

Punca Sebenar Banjir Di Manek Urai?

Posted: 05 Jan 2015 11:00 PM PST


Banjir Kelantan, Husam Musa Dijulang Sebagai Hero?

Posted: 05 Jan 2015 09:13 PM PST

Husam Musa mula dilambung sebagai hero dalam bencana banjir di Kelantan. MB Kelantan pula dikecam kerana kononnya berpakat dengan BN. Inilah tulisan yang dibuat oleh Suara Pakatan Daily :

"Ahmad Yaakob pula bertindak sebaliknya, menunggu ketibaan Najib Razak melawat mangsa banjir dan mengharapkan kerajaan pusat membantu negeri. Ahli PAS terkilan kerana MB ini tidak mempunyai kekuatan seperti Nik Aziz yang mengutamakan rakan Pakatan Rakyat berbanding pemimpin kerajaan BN yang menindas negeri sejak sekian lama "Suara Pakata Daily.

Benarkah BN menindas rakyat dalam situasi banjir di Kelantan pada hari ini? Mangsa banjir sendiri mengetahui siapa sebenarnya yang bekerja keras menolong mereka semasa banjir baru baru ini. Markas PAS hanya besar dan gagah semasa pilihan raya kecil di Pengkalan Kubor sahaja tempoh hari tetapi semasa rakyat susah dilanda musibah hendak mencari wakil rakyat mereka pun susah. 

Cuba tanya persoalan persoalan ini kepada PAS, mampukah mereka jawab?

1) Mengapa Anwar Ibrahim tidak sudi langsung menjejakkan kakinya ke Kelantan untuk sama sama merempuh banjir? 

2) Semasa demo BERSIH, bukan main lagi belanja, beli baju kuning supaya warna mereka yang berdemo sama, rempuh halangan, tetapi masa rakyat susah mana muka mereka semua?

3) Dalam keadaan musibah, masih ada lagi pemimpin PAS yang boleh berlakon berendam dalam air ambil gambar. Apakah mereka rasa rakyat boleh tertipu dengan gambar seperti itu?

4) Benarkah Husam Musa "hero banjir di Kelantan"? Jawapan siapa hero sebenar sudah ada dalam hati mangsa mangsa banjir. Mereka lebih mengetahui siapa hero sebenar mereka. 

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 06 Jan 2015 09:30 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


GAP NAK AJAK DS ZAHID BERDANSA... JOM DS !

Posted: 06 Jan 2015 12:13 PM PST

LAHABAU DAP..HAPUS STATUS BUMI ??

Posted: 06 Jan 2015 12:43 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 06 Jan 2015 03:50 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Lurah payudara Sharifah Sakinah cetus kontroversi

Posted: 06 Jan 2015 08:01 AM PST

KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah ibarat air dicincang takkan putus. Kalau namanya timbul sahaja, pasti ianya tak lain tak bukan, melibatkan kisah-kisah hangat lagi panas yang dicetuskan dirinya.

Terbaharu, Sakinah cetus kontroversi lagi apabila fotonya bergambar dengan busana pengantin yang mendedahkan bahagian dadanya mendapat kritikan ramai peminat.

Difahamkan Sakinah menggayakan pelbagai rekaan gaun pengantin yang direka pereka fesyen Khoon Hooi itu untuk sesi fotografi pra perkahwinannya.

Sakinah bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, seorang juruterbang, Alif Adha pada 28 Mac ini.

Namun macam biasa, walaupun dikritik dan dikecam hebat namun Sakinah dilihat tidak pernah ambil kisah mengenai perkara tersebut.

Agaknya Sakinah pun dah cukup masak dan kalis telinga dengar macam-macam kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya selama ini.

Tak apalah, kita doakan sahaja agar segala perancangan Sakinah untuk majlis perkahwinannya kelak berjalan lancar dan dia diberikan hidayah untuk mengubah mana yang patut diubah. - MYNEWSHUB.CC

Saksi Sahkan Surat Nikah Penyanyi Awie Adalah Dokumen Palsu

Posted: 05 Jan 2015 11:02 PM PST

PETALING JAYA: Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa mendedahkan bahawa surat nikah milik penyanyi Awie adalah dokumen palsu.

Ia selepas saksi berkenaan membuat semakan dalam senarai pendaftaran nikah Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lalu dan mendapati carian dokumen menggunakan nombor kad pengenalan milik isteri penyanyi itu, Rozana tidak berada dalam senarai.

Yusoff juga turut memberitahu, dia sekali lagi membuat semakan menggunakan nombor siri pendaftaran yang dikemukakan oleh Awie pada 8 Julai tahun yang sama dan mendapati nombor siri sijil nikah tersebut didaftarkan di atas nama orang lain.

Yusoff yang kini berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perlaksanaan Undang-undang, Jabatan Keluarga Islam Malayisa (JAKIM) memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana.

Keterangan itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mahakamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd Amran Mat Jais pada Selasa.

Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman sementara Awie diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Terdahulu dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.

Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.

Mohd Amran menetapkan 13 Januari ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak terhadap kes berkenaan dan meminta pasangan itu menghadiri perbicaraan itu nanti.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Muhyiddin adakan pertemuan tertutup dengan menteri besar Kelantan

Posted: 05 Jan 2015 10:50 PM PST


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kota Baru, Kelantan, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2015.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Baru, hari ini.

Muhyiddin tiba pada jam 12.30 tengah hari dan dipercayai pertemuan itu diadakan berkaitan dengan bencana banjir besar yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.

Turut hadir dalam pertemuan kira-kira 50 minit itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Bencana Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Thajudeen Abdul Wahab.

Timbalan perdana menteri yang mengadakan lawatan sehari bagi meninjau keadaan pasca banjir, kemudian mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir negeri Kelantan di Hotel Sutera Inn Prima pada jam 2 petang.
Muhyiddin yang juga menteri pendidikan kemudian menyertai gotong-royong pembersihan akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Tanjung Cenak di Pasir Mas.

Lawatannya berakhir dengan beliau menyertai gotong-royong pembersihan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di Rantau Panjang, Pasir Mas. – Bernama, 6 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-adakan-pertemuan-tertutup-dengan-menteri-besar-kelantan#sthash.6dY5AQXd.dpuf

'Potong gaji menteri dulu sebelum penjawat awam'

Posted: 05 Jan 2015 10:40 PM PST

PAS mahu gaji perdana menteri dan menteri kabinet dipotong terlebih dahulu untuk membantu mangsa banjir sebelum mencadangkan tindakan itu kepada penjawat awam.

Anggota jawatankuasa pusat PAS, Anuar Tahir berkata, pemotongan gaji di kalangan mereka yang berpendapatan besar wajar diutamakan.

Beliau mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar gaji penjawat awam dipotong.

"Bagi cadangan dulu agar perdana menteri, timbalan, dan menteri kabinet dipotong gaji mereka barulah Cuepacs bincang dengan ahli mereka untuk mendapat persetujuan.

"Hendak potong senang-senang, tidak semua bergaji besar tetapi pemimpin negara, kenalah," kata Anuar seperti dilapor Harakahdaily.

Harakah ancam pecat ketua pengarang sendiri

Posted: 05 Jan 2015 10:27 PM PST

Selepas dua pengarang kanannya ditamatkan kontrak, organ rasmi PAS Harakah kini meminta ketua pengarang akhbar itu sendiri Ahmad Lutfi Othman, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan.

Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Menurut sumber, pertemuan dengan Ahmad Lutfi (kanan) dibuat minggu lalu bagi memaklumkan "permintaan" yang diputuskan mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah Disember lalu.

"Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan berhenti dan ditawar 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

"Bagaimanapun beliau menolak tawaran itu dan merayu agar terus diberikan kerja itu," kata sumber kepada Malaysiakini, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut sumber itu lagi, ahli lembaga pengarah Harakah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali akan membincangkan perkara itu semula pada mesyuarat mereka Februari akan datang.

Ditanya siapa bakal mengetuai lidah rasmi PAS itu tanpa Lutfi, sumber itu memaklumkan kemungkinan ia diisi oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Taufek Yahya.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Ahmad Lutfi berhubung perkara itu.

Pelajar sekolah 'berjimat' langgan pelacur Brickfields

Posted: 05 Jan 2015 09:01 PM PST


JALAN Thambypillai, Brickfields, Kuala Lumpur menterjemahkan betapa negara ini mempunyai kemajmukan bangsa selain mengiktiraf hak kaum lain selain orang Melayu. Ia turut menyingkap sejarah keterbukaan sistem Jus Soli pada tahun 1945 di bawah Malayan Union.

Perlaksanaan pada tahun berikutnya telah membuka laluan masuk hampir sejuta kaum asing terutama Cina dan India. Sistem yang diperkenalkan di Jerman pada peringkat awalnya diaplikasikan di Tanah Melayu sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan yang termeterai pada Ogos 1957.

Itu adalah fakta sejarah yang menyumbang kepada kewujudan Jalan Thambypillai. Namun, jalan yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan sekelilingnya dimonopoli hutan bata itu menyimpan kisah tersendiri apabila ia menjadi pusat pelacuran tertua dan gejala sumbang.

Lorong yang berlangitkan nafsu dan berlopakan dosa itu tidak hanya menjadi tumpuan satu kelompok usia sahaja, sebaliknya ia turut ditagih oleh golongan remaja. Fenomena itu dilihat sebagai satu kudis yang kian parah jika tidak dirawat.

Pelacur

Sekali imbas, memang agak sukar untuk mengesan sebarang aktiviti tidak sihat di lorong hitam ini. Namun itu adalah fakta kedua Jalan Thambypillai yang turut dihurung pelacur warga asing untuk mencari rezeki.

Malam itu, kelihatan beberapa kumpulan remaja sedang asyik berbual sambil ekor mata mereka memerhati pelacur-pelacur yang berlegar-legar di kawasan itu. Asap rokok turut tidak lekang di mulut mereka sambil merangkul erat tubuh rakan perempuan masing-masing. Penulis yang membuat tinjauan di kawasan tersebut cuba mendekati seorang remaja lelaki selepas mengetahui dia merupakan antara pengunjung bawah umur dan kerap hadir di lorong itu. Pemuda berkulit cerah itu sedia menerima pelawaan untuk minum bersama penulis.

Dia yang menyarung baju T berwarna hitam bercetak gambar kumpulan rock legenda tempatan dan berseluar jean pendek rona biru membahasakan diri sebagai Fitri. Fitri, 16, turut memperkenalkan seorang lagi rakan lelaki yang juga teman sekelasnya.
RUMAH merah di Jalan Thambypillai menjadi sarang kepada remaja memuaskan nafsu mereka.
Menurut Fitri, dia sering berkunjung ke lorong itu jika rasa tertekan ekoran terbeban dengan lambakan kerja rumah dan latih tubi yang diberikan guru sekolah. Hatinya hanya tenang selepas menikmati gelagat kupu-kupu malam beraksi berahi sambil mencari pelanggan.

"Saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti pelacuran ini selepas dibawa oleh jiran sejak tiga tahun lalu. Ketika itu saya baru tingkatan satu dan saya gemar bergaul dengan orang yang lebih dewasa.

"Mereka memang mahir dengan selok-belok aktiviti ini selain kerap berkunjung di beberapa kawasan yang menawarkan aktiviti seks termasuk di Jalan Chow Kit dan lorong-lorong sunyi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,"jelasnya.

Menurut Fitri, pada umur yang masih muda, dia mula menjejakkan kaki ke kelab malam dan merokok. Dia mengakui gaya hidup sebegitu memberi ketenangan kepadanya. Ekoran gemar menghabiskan masa hingga lewat malam, dia sering ponteng sekolah akibat terlewat bangun. Ketika remaja lain sibuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah pada waktu malam, lain pula ceritanya dengan Fitri. Sekitar pukul 9 malam, Fitri dan rakannya sudah bersidai di Jalan Thambypillai sehingga awal pagi.

Ketika membuat tinjauan, mata penulis turut tertumpu pada satu pintu masuk yang menggunakan daun harmonika, namun di dalamnya diterangi pancaran cahaya berwarna merah. Bagi pengunjung tetap, ruang berkenaan merupakan syurga dengan layanan kelas pertama pelacur warga asing.

Menyembunyikan

Bagi memastikan segala kegiatan mereka berjalan lancar, ada dua lelaki yang ditugaskan berkawal di pintu masuk dan di dalam ruang itu.

Ruangan yang dipanggil 'rumah merah' itu turut memenuhi Jalan Thambypillai sepanjang 300 meter itu. Perniagaan haram tersebut ibarat mendapat permit sah selain menjadi lokasi tumpuan para remaja.

Fitri memberitahu, dia berjaya menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan ibu bapanya dengan alasan ke pusat tuisyen selain mempunyai perbincangan berkumpulan di rumah rakan.

"Mereka tidak banyak soal. Mereka juga jarang bertanya mahupun menghubungi saya jika pulang lewat ke rumah.

"Lagipun, saya bawa persalinan lain di dalam beg sandang. Selepas bergembira di lorong itu, saya akan tukar semula baju di tandas di stesen minyak berdekatan sebelum pulang ke rumah," katanya yang berharap tiga adiknya tidak mengikut jejak langkahnya itu.
FITRI banyak menghabiskan masanya ke kelab malam akibat terpengaruh dengan ajakan teman. – Gambar hiasan

Paling mengejutkan apabila dia mengaku turut terjebak dalam aktiviti pelacuran itu dan melanggan seorang pelacur Indonesia pada harga serendah RM10.

"Mungkin nasib menyebelahi saya pada hari tersebut apabila seorang pelacur Indonesia menawarkan RM10 bagi menikmati tubuhnya.

"Kebiasaan, khidmat pelacur ditawarkan pada harga RM30 dan kami mampu membayarnya. Mereka tidak kisah dengan umur, janji ada pelanggan untuk berseronok.

"Mereka gembira dapat duit, kami pula senang hati dapat puaskan nafsu. Adakalanya disebabkan terlalu ketagihan, saya akan berjimat duit belanja RM5 sehari yang diberikan ibu bapa saya demi melanggan 'ayam'," ujarnya sambil memberitahu dia ketagihan seks selepas menonton video lucah bersama rakan.

Jalan Thambypillai yang sugul pada waktu siang berubah wajah menjelang malam. Perkhidmatan seks mendominasi perniagaan lain di lorong itu dan turut berkembang dek menampung permintaan pelanggan.

Di lorong itu, kedengaran bapa ayam merayu-rayu pelanggan supaya melanggan pelacur-pelacur di bawah seliaannya. Sementara itu, rakan Fitri yang hanya ingin dikenali sebagai Nick, 16, berkata, kehadiran mereka bukanlah sesuatu yang pelik. Bahkan, golongan dewasa menerima kunjungan mereka sebagai 'tetamu' di lorong itu.

Ikat perut

"Apa nak hairan, mereka yang datang ke sini pun kerana dahagakan seks. Golongan itu tidak akan memberi nasihat kerana mereka sendiri pun terjebak dalam perbuatan haram ini.

"Ada juga warga emas yang sudah beruban datang menempah pelacur. Kalau pelanggan yang kaya, mereka hanya singgah untuk mengambil seorang wanita masuk ke dalam kereta dan terus beredar," katanya menggambarkan khidmat yang ditawarkan bak memesan makanan di restoran makanan segera secara pandu lalu.

Nick memberitahu, dia turut mengikat perut untuk mengumpul duit bagi melacur 'ayam'. Malah dia sanggup berjudi di sebuah pusat perjudian yang menjalankan operasi secara rahsia di sebalik sebuah kedai makan yang terletak di jalan sama.

Penulis turut menghampiri seorang bapa ayam yang mengusahakan perniagaan pelacuran melibatkan wanita warga asing.

Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Richard, 50, berkata, sejak setahun lalu, kawasan ini kerap dikunjungi remaja sekolah.

"Jumlah itu dilihat semakin bertambah ekoran tiada tindakan daripada pihak berkuasa. Serbuan jarang dilakukan dan tahun ini hanya dua kali kawasan ini digempur polis.

"Selalunya, mereka hanya membuat rondaan bagi mencegah jenayah ringan seperti meleraikan kes pergaduhan dan ragut," katanya.

Richard memberitahu, kebanyakan pelanggan bawah umur itu ketagihan seks angkara mereka sering mengakses laman web lucah dengan mudah. Malah ada antara mereka yang menonton video porno ketika melacur 'ayam' bagi mendapatkan kepuasan yang maksimum.

"Akibat ketagihan, akan timbul rasa ingin mencuba dan mempraktiskan aksi ditonton.

"Lama-kelamaan, ia menjadi kebiasaan dan mereka tidak kisah bercumbuan secara terang-terangan," kata lelaki setengah abad itu sambil memberitahu penulis pelacur dari negara gajah putih baru saja tiba.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3O0LSJges
Hakcipta terpelihara

Bertelanjang cuba masuk rumah bekas suami

Posted: 05 Jan 2015 08:01 PM PST

Woodcrest (California): Seorang wanita terpaksa diselamatkan selepas tersekat dalam serombong ketika cuba memasuki rumah bekas suaminya dalam keadaan berbogel pada awal pagi.

Wanita berusia 35 tahun itu menanggalkan pakaiannya dengan harapan ia akan memuatkannya untuk memasuki serombong berukuran 30.5 x 30.5 sentimeter itu.

Bagaimanapun, selepas turun separuh jalan, dia tersekat dan terpaksa meminta bantuan pada jam 5 pagi.

Gambar yang dirakam anggota bomba menunjukkan kaki wanita itu yang kotor terjulur dalam serombong berkenaan sebelum dia diselamatkan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21820?m=1#sthash.U1HhVr6Z.dpuf

Rosyam tuduh Ifa Raziah menggatal atas pentas

Posted: 05 Jan 2015 07:01 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah terkilan dengan komen diberikan salah seorang juri program Gegar Vaganza iaitu Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan persembahannya pada peringkat akhir itu tidak sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, sebagai seorang pelakon berpengalaman Rosyam sepatutnya sedar adegan peluk yang dilakonkan bersama aktor Hisyam Hamid menerusi lagu Matahari adalah sekadar lakonan semata-mata.

"Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.

"Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.

"Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Gegar Vaganza menyaksikan penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pada acara yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini pada malam Ahad lalu.

Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmat (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Ifa mendapat tempat kelima dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Dalam rancangan itu, Rosyam menegur cara Ifa mempersembahkan aksinya dengan memeluk Hisyam.

Tambah Ifa, dia berharap penonton berfikiran positif selain dapat menilai persembahannya pada malam itu sebagai satu seni persembahan dan bukannya memikirkan perkara yang tidak elok kerana itu bukan niatnya.

Dalam pada itu, Ifa berkata, persembahan menerusi lagu nyanyian asal Agnes Monica itu berinspirasikan daripada filem Frozen yang memperlihatkan dia sebagai puteri yang diselamatkan oleh putera impiannya.

Jelas Ifa, adegan bersama Hisyam sebenarnya lebih kepada tarian balet dan kekangan waktu menjalani latihan turut menjadi penyebab aksi itu kelihatan keterlaluan pada sesetengah penonton.

"Kami hanya dapat bertemu untuk berlatih di bilik solek pada sebelah petang hari pertandingan dan dalam masa suntuk itu kami reka jalan cerita dan tarian bakal dipersembahkan.

"Biarpun tidak cukup waktu namun saya hargai kesungguhan Hisyam yang profesional dan saya berpuas hati dengan komitmen diberikan pada malam itu," ujarnya.

Sementara itu, Ifa berkata, dia tidak terkilan gagal memenangi trofi juara program itu kerana dia sendiri tidak menyangka dapat melunaskan tanggungjawb pada malam itu kerana masalah kesihatan yang dihadapinya sejak beberapa minggu lalu.

Kata Ifa, biarpun doktor melarangnya daripada meneruskan persembahan namun dia tetap berkeras kerana tidak mahu menghampakan peminat yang sentiasa menyokong pembabitannya menerusi program tersebut.

"Jika hendak diikutkan memang saya tidak larat untuk membuat persembahan kerana masih mengalami batuk ekoran jangkitan paru-paru yang dihadapi sebelum ini namun saya gagahkan juga diri demi penyokong saya.

"Alhamdulillah biarpun tidak menang tetapi saya sudah membuktikan kepada semua bahawa saya bukan sekadar penyanyi dangdut tetapi boleh merentasi genre lain," jelasnya.

Pada 27 Disember lalu Ifa disahkan mengalami jangkitan paru-parunya atau pneumonia dan terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, dekat sini untuk pemeriksaan lanjut.

Apa Yang Tersirat

Posted: 06 Jan 2015 01:46 PM PST

Apa Yang Tersirat


Apa Kah Kerana Banjir-Politik Kelantan Berubah?

Posted: 05 Jan 2015 08:53 PM PST

RAMAI yang melihat, akibat bencana banjir yang melanda Kelantan, kemungkinan besar akan mempengaruhi lanskap politik negeri siti wan kembang itu.

Kelantan diperintah Pas sejak tahun 1990.

Perubahan lanskap politik negeri itu, sangat bergantung kepada tindakan atau kebijaksanaan Perdana Menteri berdepan dengan pasca banjir.

Telah 24 tahun rakyat Kelantan telah mengundi PAS, di bawah pimpinan Mantan Menteri Besar Dato Seri Nik Aziz Nik Mat. Malah pada PRU-13 lalu, Mursyidul Pas itu masih mengetuai Pas Kelantan, sebelum melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Datuk Ahmad Yakob pada 3 April 2013. 

Ahmad Yakob, 64, seorang graduan Universiti Al Azhar, Mesir dalam pengajian islam.

Meskipun, Ahmad berlatar belakangkan agama, namun tidak mempunyai kharisma yang diperlukan untuk mempertahankan Kerajaan Kelantan. Keadaan Kelantan menyerupai Kedah dibawah pemerintahan Datuk Azizan, yang hanya bertahan sepenggal.

Kelantan yang dilanda banjir paling teruk dalam masa 40 tahun, terutama kawasan Kota Baru dilihat daripada jumlah mangsa yang dipindahkan, diikuti Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat dan Gua Musang, dilihat membuka ruang kepada persektif baru dalam politik.

Banjir mulai surut, para mangsa juga mula kembali ke kediaman masing-masing; mendapati rumah-rumah mereka dipenuhi lumpur, rosak, malah ada yang hanyut. 

Mangsa selain mengalami taruma, juga bantuan segera amat diperlukan. Setidak-tidaknya itulah harapan yang mereka harapkan daripada RM500 juta peruntukan khas yang diumumkan Perdana Menteri, beberapa jam selepas sampai ke Kelantan di waktu puncaknya serangan banjir.

Najib dalam kenyataannya pada 30 Disember selepas melawat Kuala Krai dan Gua Musang, beliau dengan nada sendih menggambarkan bahawa di mata beliau sendiri berlaku rumah hanyut dan rumah-rumah rosak teruk.,

Walaupun keadaan darurat tidak diistiharkan, namun aset yang dikerahkan membantu dan mengurus banjir sama banyak dengan keadaan darurat.

Najib memberitahu, bahawa darurat tidak diistiharkan untuk membolehkan mangsa menuntut insuran.

Cucu Tok Selampit

Posted: 06 Jan 2015 01:22 PM PST

Cucu Tok Selampit


Bukan Senang Menjadi Rosmah Mansor

Posted: 06 Jan 2015 01:22 AM PST


Bersusah payah macai-macai PR men'dapat'kan gambar-gambar Datin Seri Rosmah Mansor yang kononnya dikatakan membeli belah di Central Chidlom Mall, Bangkok untuk disebarkan ke laman sosial. Kalau betulpun gambar-gambar di atas, salahkah kalau isteri Perdana Menteri hendak membeli belah di mana sahaja yang beliau suka?

Tidak nampak pula tangannya sarat dengan barangan kononnya membeli belah. Kalau betulpun gambar beliau, bukankah beliau sekadar 'window shopping'? Menjamu mata di pusat beli belahpun salah? Persoalan pertama yang harus dijawab, benarkah 5 gambar yang disebarkan ke laman sosial benar-benar gambar Rosmah Mansor. Atau sekadar fitnah yang dibuat-buat?

Kedua, adakah terdapat dalam Perlembagaan atau undang-undang melarangnya untuk membeli apa sahaja barang yang dikehendakinya ketika mengikuti suaminya sama ada sedang bertugas atau ketika bercuti? Apakah isteri Perdana Menteri tidak boleh membeli belah? Jangan buat fitnah beliau menggunakan duit Rakyat. Duit suaminya sudah lebih dari mampu untuk keperluannya.

Ketiga, sedangkan video mamat spenda putih ala-ala roti canai dan video anu bengkok dan china dolls pun susah bagi macai untuk menerima ketulenannya, apakah jaminan gambar-gambar di atas harus senang-senang diterima?

Jika perbandingan dibuat di antara Rosmah Mansor dan Wan Azizah, isteri KETUM dan Ketua Pembangkang, Rosmah Mansor hanyalah isteri Perdana Menteri, sedangkan Wan Azizah adalah seorang Wakil Rakyat, ADUN Kajang.

Pernahkah macai mempertikaikan Wan Azizah bercuti sewaktu Kajang dilanda musibah banjir? Adakah mereka menerima bulat-bulat alasan KETUM Anwar Ibrahim bahawasanya beliau tidak dapat menukar tarikh perjalanan percutian keluarganya?

Apa punya penyakit la rakyat Malaysia ni. Dari E Coli, depa pi reka jadi E Joli. Yang si E KY Jelly kata tiket kapal terbang habis tu hangpa tak bising pulak? Lihatlah apa yang Wan Azizah lakukan sekembalinya dari bercuti. Melawat banir apakah ini? Sekadar melihat dan memerhatikan longkang kecil sama ada tersumbat atau tidak?


Memang susah sebenarnya menjadi Rosmah Mansor. Tidak tahu sebab apakah beliau amat terkenal di kalangan macai-macai PR. Kalau di ruangan komen CTS, buatlah tajuk apa sekalipun, nama Rosmah Mansor juga yang disebut. Kalau Rosmah Mansor mengikuti DS Najib Razak tempoh hari, pastinya beliau akan dikatakan mengongkong dan menganggu tugas suaminya.

Sebaliknya, bila beliau berdiam diri, dikatakan pula beliau tidak sensitif, tidak mesra Rakyat, tidak sanggup bersama suaminya bersusah payah melawat mangsa banjir dan sebagainya. Kalau CTS berdiri di tempatnya juga akan turut bertanya, apa sebenarnya yang macai mahu?




Duke of UMNO

Posted: 06 Jan 2015 01:02 PM PST

Duke of UMNO


WOW..! AZHAR IDRUS CIPLAK GAMBAR, NGAKU DIA PUNYA?

Posted: 06 Jan 2015 01:17 AM PST

Beberapa keping gambar yang memaparkan seorang makcik sedang solat di atas landasan keretapi di salah sebuah kampung di Kelantan yang dilanda banjir baru-baru ini viral di laman sosial hingga berjaya menghasilkan ratusan ribu "like".

Walau bagaimanapun, timbul persoalan tentang siapakah pemilik asal gambar-gambar makcik tersebut memandangkan semua menyebarkan gambar yang sama.

Lebih "pelik", mereka mengaku merekalah yang merakam gambar makcik itu sedang solat di landasan keretapi dan merupakan pemilik asal gambar-gambar yang sedang hangat tersebar di laman sosial tersebut.
 
Menghairankan, ada pula yang sanggup "ambil credit" mengaku kononnya merekalah yang menemui makcik itu dan menyerahkan bantuan kepadanya!

SUKARELAWAN DARI KEDAH ON THE WAY....

Posted: 05 Jan 2015 11:22 PM PST


ALOR SETAR – Kedah akan menubuhkan sebuah kem pusat di Kelantan bagi menghimpunkan sukarelawan negeri itu dan segala peralatan yang diperlukan bagi memudahkan misi pasca banjir di negeri pantai timur itu.
Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan berhubung secara langsung dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed tentang lokasi kem pusat itu.
 
"Kem pusat ini akan menghimpunkan tenaga-tenaga sukarelawan Kedah dan jentera-jentera yang terlibat di dalam misi di Kelantan," katanya pada sidang media selepas melepaskan 13 lori enam tan membawa pelbagai bekalan bantuan ke Kelantan dan Pahang di Dewan Seri Mentaloon hari ini.

PEJUANG BANGSA

Posted: 06 Jan 2015 11:41 AM PST

PEJUANG BANGSA


NGO DEDAH DASAR PARTI DAP MAHU HAPUS ISTILAH " BUMIPUTRA & BUKAN BUMIPUTRA

Posted: 06 Jan 2015 12:10 AM PST




PULAU PINANG 5 Jan. - Parti DAP didesak memperjelas maksud dan hasrat sebenar mereka berhubung salah satu dasar parti itu yang menyentuh tentang 'penghapusan pembahagian antara bumiputera dengan bukan bumiputera dan pelaksa­naan kesaksamaan etnik'.

Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPMPP), Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, dasar itu sesuatu yang cukup sensitif dan secara terang-terangan menunjukkan parti berkenaan tidak menghormati Perlembagaan negara serta kontrak sosial yang menjadi panduan dalam pentadbiran negara selama ini.

Sambil menyifatkan dasar itu sebagai melampau, beliau turut mengingatkan DAP dasar itu boleh mengundang kepada rasa tidak puas hati orang Melayu, sekali gus merosakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang sedia terjalin ketika ini.

"Dasar itu tidak matang kerana DAP seolah-olah tidak sedar pengorbanan dan keikhlasan orang Melayu di negara ini dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

"Saya mahu mengingatkan Dinasti Lim yang bumi Malaysia ini amat unik dan DAP jangan sesekali memperlekehkan kaum pribumi untuk kepentingan mereka dan kroni-kroni," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya DAP menjelaskan dasar parti itu seperti tertera di laman web rasmi mereka.

Dasar DAP itu termaktub di bawah perkara 'Berkenaan Perlembagaan Persekutuan' yang turut menyebut mengenai 'penggantian sistem kuota etnik dengan dasar merit dan keperluan'.

Dalam pada itu, Mohd. Rizuad turut melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin DAP yang semakin ghairah menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama yang bertujuan meraih sokongan politik.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memantau lebih rapi dan mengambil tindakan tegas terhadap parti tersebut kerana tindakan mereka jelas bertentangan dengan undang-undang dan boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


Sementara itu, Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari ketika dihubungi 
mengesahkan kewujudan dasar tersebut, namun menjelaskan ayat yang digunakan bagi menyatakan dasar berkenaan sebagai 'mengelirukan'.

"Maksudnya bukan menghapuskan kedudukan Melayu tetapi mewujudkan kesaksamaan dan keadilan untuk semua rakyat," katanya. -UTUSAN - 

RUPANYA KHAIRUDDIN DAH BANGKRAP, TEMBELANG HERO 1MDB DAH TERBONGKAR ! @dzainalabidin @RRafizal @DrNovandri

Posted: 05 Jan 2015 11:13 PM PST




KUALA LUMPUR 5 Jan. – Pemuda UMNO Batu Kawan menyerahkan memorandum serta beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi meminta siasatan dijalankan terhadap status Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang didakwa diisytihar muflis pada 24 Mei tahun lalu.
Ketuanya, Mohd. Hilmie Ibrahim berkata, sekiranya dakwaan tersebut benar, tindakan memecat Khairuddin perlu diambil oleh UMNO memandangkan Perlembagaan parti telah menetapkan setiap individu yang memegang jawatan tidak boleh diisytihar muflis.
"Kami harap ada siasatan dibuat ke atas perkara ini kerana kita tidak mahu seorang pemimpin yang dipilih sebenarnya sudah muflis tetapi masih memegang jawatan selain lantang mengkritik parti sendiri.
"Dokumen yang diserahkan termasuk salinan surat daripada Jabatan Insolvensi yang menunjukkan beliau muflis, maklumat mengenai 138 syarikat milik Khairuddin dan surat saman polis," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan dokumen tersebut kepada Ab. Rauf di Ibu Pejabat UMNO Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Sebelum ini, Khairuddin menimbulkan kontroversi apabila membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan komprehensif dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah syarikat itu.
Berikutan tindakan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah Sabtu lalu, bagi meminta siasatan dibuat terhadap Khairuddin kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1MDB.
Tidak cukup dengan dakwaannya terhadap 1MDB, Khairuddin dilihat sengaja mencari populariti dengan menimbulkan persepsi negatif terhadap UMNO apabila beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang antara lain mendakwa pemimpin UMNO Pulau Pinang tidak melakukan kerja sebaliknya hanya 'tidur'.
Mengulas perkara itu, Mohd. Hilmie berkata, Khairuddin seolah-olah telah lupa siapa dirinya yang sebenar apabila cuba bertindak sebagai pemimpin yang hebat sedangkan beliau sendiri tidak pernah berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Sementara itu, Ab. Rauf berkata, beliau akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu termasuk mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang sebelum menyerahkannya kepada UMNO Pusat untuk mengambil tindakan.
"Semua dokumen dan dakwaan ini perlu dirujuk kepada penasihat undang-undang terlebih dahulu sebelum dibawa kepada jawatankuasa pengurusan untuk tindakan lebih lanjut, apa pun saya akan siasat setiap perkara," katanya. UTUSAN 

JAWAPAN MENYANGGAH FITNAH MALAYSIAKINI DAKWA PESAWAT KERAJAAN KELILING DUNIA

Posted: 05 Jan 2015 05:11 PM PST



MENJAWAB FITNAH PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA ENJOY KELILING DUNIA - BHGN 1

Tidak berpuashati dengan saman PM terhadap mereka, Malaysiakini terus memperhebatkan serangan mereka terhadap Datuk Najib berhubung isu pesawat rasmi Kerajaan Malaysia.

Malaysiakini terus dgn ayat membunuh mereka 'jet PM keliling dunia'. Perkataan itu digunakan merujuk kepada jadual berlepas dan mendarat jet berkenan yang disiarkan oleh flight radar 24. Tetapi mereka tidak menyatakan berapa lama pesawat itu berhenti dan untuk tujuan apa ?

Pesawat berkenaan jenis A319. Lbh kurang saiz pesawat yang digunakan oleh Air Asia (A320). Dimana ianya tidak boleh melakukan penerbangan berbelas2 jam sepertimana A380, B747 dan B777. Kerana kapasiti minyaknya tidak mencukupi. Cuba masuk web site air asia dan cek destinasi2 mereka yang menggunakan pesawat A320. Lihat destinasi yang dituju perjalanannya berapa jam ? Utk perjalan lbh jauh air asia menggunakan pesawat lebih besar yang dinamakan Air Asia X.

Daripada Los Angeles utk pulang ke Malaysia pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan Lautan Pasifik iaitu melalui Jepun kerana saiznya yang kecil tidak memungkinkan mereka menggunakan laluan itu kerana faktor cuaca dan keselamatan. Mereka terpaksa menggunakan laluan lautan atlantik. Dimana laluan itu memerlukan mereka merentasi benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah.

Selepas berlps dari Los Angeles, tempat pertama pesawat itu berhenti adalah di New York. Mendarat di New York jam 10.23 malam dan berlepas kembali jam 12.50tgh malam. Dimana tempoh berhentinya adalah 2 jam 27 minit . Sempat ke dlam tempoh 2 jam setengah itu penumpang pesawat itu nak turun membeli belah di New York ? Shopping mall mana yang buka tengah2 malam ? Nak lepas imigresen berapa lama ? perjalanan drp airport ke bandar berapa lama ? Drp bandar nak balik ke airport berapa lama ? Pakai akal sikitlah.

Selepas New York perhentian seterusnya adalah London. Dimana tempoh penerbangan drp London ke New York memakan masa lbh kurang 7-8 jam. Pesawat itu terpaksa berhenti sekali lagi utk mengisi minyak. Pesawat itu mendarat di London jam 11.45 pagi dan berlepas kembali jam 1.04 tgh menuju ke Dubai. 1 jam 19 minit tempoh pesawat itu berhenti di London. Sempat ke penumpang nak turun membeli belah ?

Pesawat itu berlps dari London jam 1.04 tgh dan mendarat di Dubai jam 12.16 tgh malam. Dimana tempoh penerbangan dri London ke Dubai memakan masa 7-8 jam. Nanti ada yang tanya pula kan dari jam 1.04tgh hingga 12 .16 tgh malam dah hampir 12 jam. Tolong ambil kira perbezaan waktu antara negara ya. Waktu yg dinyatakan adalah WAKTU TEMPATAN.

Pesawat itu mendarat di Dubai jam 12.16tghmalam dan berlepas kembali jam 1.53pagi. Dimana tempoh ianya berhenti utk mengisi minyak 1 jam 37 minit . Sempat ke dalam tempoh itu penumpang nak turun shopping ? Dan shopping mall mana yang buka di tengah2 malam begitu ?

Berlepas dari Dubai jam 1.53 pg dan pesawat itu mendarat di Bangkok jam 11.11pagi. Penerbangan dari dubai ke Bangkok memakan masa lbh kurang antara 6-7 jam. Di Bangkok pesawat itu berhenti 2 hari dan membawa pulang PM yang mengadakan pertemuan tidak rasmi dgn PM Thailand.

Waktu peristiwa MH370 dulu bukan main hebat hingga melahirkan ribuan pakar penerbangan. Tapi semua pakar taik kucing. Nak kenal pasti jenis pesawat, kapasiti minyak dan laluan penerbangan pun tak pandai. Patutlah senang2 ditipu oleh bapak peliwat. Teringat kisah black out dan ratusan ribu pengundi bangla. Hingga penuh stadium Kelana Jaya dan jem habis segala highway di lembah klang. Akhirnya semua kena tipu dgn bapak peliwat negara.

Sumber : facebook faisal bin rohban

Comments (0)