Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:43 PG

sumber :-

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 03 Jan 2015 03:13 AM PST

bumiyang


Apalah Sangat Harga Tiket Kapal Terbang Berbanding Suit Brioni RM 24 Ribu???

Posted: 02 Jan 2015 09:00 PM PST

Banjir Buka Laluan Kerajaan Campuran di Kelantan???

Posted: 01 Jan 2015 02:12 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 03 Jan 2015 01:08 AM PST

Taipingmali (tm)


Dap Cuba Raih Politik Murahan Ketika Rakyat Dalam Kesusahan – MB Perak

Posted: 02 Jan 2015 02:51 PM PST

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Dap cuba meraih politik murahan apabila menuduh beliau sombong dan tidak berhati perut berikutan dakwaan Perak menolak sumbangan RM100,000 untuk mangsa banjir daripada kerajaan Selangor.

Menyifatkan tuduhan dibuat setiausaha politik kepada pengerusi Dap Perak, Chong Ze Min itu sebagai sangat biadab serta kurang ajar, Zambry berkata parti itu cuba mengambil kesempatan ketika rakyat ditimpa kesulitan kerana musibah banjir.

“Ini jenis ahli politik yang bankrap, dalam kepala mereka terlalu banyak politik, apa sahaja hendak dipolitikkan. Rakyat sedang susah, menderita, mereka tuduh saya sombong, tidak ada perasaan.

“Sudah dua minggu kami berulang-alik dari Hulu Perak hingga ke Hilir Perak untuk meninjau keadaan banjir dan melihat masalah rakyat,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kayan, Manjung hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah menolak sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu rakyat di Perak.

Sehubungan itu, Zambry mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kerana mengesahkan bahawa sumbangan itu telah diterima oleh kerajaan negeri Perak.

“Terima kasih kepada Azmin kerana membetulkan kenyataan yang tidak sewajarnya sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata tumpuan sekarang sepatutnya kepada usaha membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir, bukannya mencari kepentingan politik murahan.

Sementara itu, Penasihat Gerakan Perak Tan Sri Chang Ko Youn berkata beliau mendapati cara Dap mengeksploitasi isu banjir untuk kepentingan politik sebagai amat dahsyat.

“Sebenarnya kerajaan Selangor mahu menyerahkan cek itu kepada Menteri Besar Perak secara peribadi yang agak sukar untuk dilakukan pada ketika ini ekoran komitmen tinggi beliau untuk turun padang dan beliau (Zambry) telah bekerja tanpa mengenal penat lelah sejak beberapa minggu lepas untuk membantu mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan.

Malah, katanya Perak telah meminta kerajaan Selangor menyerahkan sumbangan itu kepada mana-mana NGO termasuk Yayasan Bina Upaya tetapi Selangor enggan berbuat demikian.

“Mereka (kerajaan Selangor) lebih berminat untuk mengadakan majlis,” katanya.

Chang berkata amat mengecewakan dan meloyakan melihat Dap lebih berminat untuk mencari publisiti dan mengeksploitasi mangsa banjir demi kepentingan politik.

“Mereka tidak berhati perut, tiada perasaan dan tidak munasabah. Rakyat Malaysia mesti menolak ahli politik yang lebih mementingkan keuntungan politik daripada kebajikan mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Dap agar menghentikan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu dan mengambil tindakan terhadap Dap negeri atas perbuatan eksploitasi dan dahsyat itu.

CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

Posted: 02 Jan 2015 08:17 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 02 Jan 2015 11:40 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ARTIKEL MENARIK, PERTAHANKAN PETRONAS DARIPADA KEJAHATAN

Posted: 02 Jan 2015 08:00 PM PST

TAHUN 2014 baru sahaja meninggalkan kita, sepanjang tahun itu kita dikejutkan dengan tiga peristiwa besar iaitu tragedi MH370, MH17 dan syarikat penerbangan kedua terbesar negara AIRASIA beberapa hari sebelum menutup jendela 2014.

MAS dan AIRASIA merupakan dua syarikat penerbangan Malaysia. Kedua-duanya terkenal di seluruh dunia. Perkhidmatan MAS terkenal sangat bagus sehingga menerima anugerah sekian tahun. AIRASIA dalam kategorinya juga menerima anugerah setiap tahun. Kedua-duanya trademark yang mengkagumkan di mata dunia. Pada tahun 2014, musuh-musuh yang tidak berhati perut telah berjaya merosakkan MAS dan AIRASIA, tetapi mereka masih gagal menghancurkannya.

Kelihatan, apa yang berlaku sepanjang tahun 2014 seperti bunga-bunga sahaja, di mana sasaran sebenarnya ialah tahun 2015 dan seterusnya.

Namun begitu, negara kita masih boleh bertahan kerana perpaduan rakyat kita masih utuh. Musuh-musuh negara telah gagal beberapa kali untuk merosakkan negara kita, namun mereka tidak pernah berhenti mahu memperdayakan rakyat Malaysia. 
PETRONAS
Apa jua kos yang dikeluarkan oleh PETRONAS sama ada kos di pelantar, kos produk, bahan mentah, pentadbiran, insuran dan sebagainya, Kerajaan tetap mengambil langkah yang sangat berani dengan mengurangkan harga RON95, RON97 dan diesel. Walaupun kos ketiga-tiga produk ini tidaklah jauh berbeza dan boleh menampung kerugian akibat penurunan harganya, namun kerajaan mengambil langkah berani menurunkan semua harga produk tersebut pada kadar yang berpatutan, demi rakyat.

Setelah mengambil kira trend harga minyak di pasaran dunia USD60 setong sekarang, cadangan Rafizi di sini  supaya harga RON95 itu diturunkan lagi kepada RM1.60, ianya adalah satu cadangan yang tidak boleh diterima walaupun formulanya ke arah itu, kerana ianya akan membunuh PETRONAS dan memusnahkan masa hadapan generasi dan negara kita. Saya percaya Rafizi tidak sedar akan hal ini.

Adakah anda sedar bahawa 'Teras' ekonomi negara kita sekarang ialah PETRONAS. Hasil pendapatan PETRONAS kepada kerajaan sangat besar. Pada tahun 2014, sumbangan PETRONAS kepada kerajaan kira-kira RM68 Billion. Jika trend harga minyak terus menurun, PETRONAS dijangka hanya mampu memberi sumbangan kepada kerajaan lebih kurang RM43 Billion sahaja iaitu kurang 37%. 

Bayangkan, setiap USD1 penurunan harga minyak dunia, PETRONAS akan kehilangan RM1 Billion. Rafizi tidak melihat kehilangan ini suatu ancaman besar kepada negara, kerana fokus Rafizi ialah menurunkan harga minyak kepada RM1.60 dengan dua tujuan. Pertama supaya dia popular, dan kedua supaya pendapatan kerajaan merosot atau sumbangan PETRONAS kepada kerajaan dikurangkan. Implikasinya ialah rakyat akan merana.

Sekarang mari fikirkan, dengan harga USD60 setong atau kurang lagi, adakah pendapatan PETRONAS bertambah atau berkurang?

Kedua, jika berkurang adakah PETRONAS boleh memberi sumbangan yang sama banyaknya kepada pembangunan negara pada tahun 2015 ini?

Ketiga, dengan pendapatan PETRONAS dijangka berkurangan bagaimana nasib syarikat-syarikat Bumiputera yang bernaung di bawah PETRONAS?

Bayangkan jika musuh-musuh negara menurunkan lagi harga setong minyak kepada USD40 ? Apakah kesannya kepada PETRONAS dan negara? 
Siapakah Musuh-Musuh Negara?
Itulah sasaran musuh-musuh negara kita. Mereka mahu menghancurkan Teras ekonomi negara kita. Mudah kata, mereka mahu menghancurkan PETRONAS. Hancur PETRONAS maka hancurlah ekonomi Malaysia. Apabila hancur ekonomi Malaysia, maka menjadi peminta sedekahlah negara kita.

Sedarlah bahawa, ramai yang cemburu dengan kejayaan PETRONAS, dan musuh-musuh di luar sana mencari masa yang sesuai. Kini, masa itu seperti sudah tiba bilamana serangan menurunkan harga minyak di pasaran dunia menjadi trend yang semakin panjang. Ianya tidak pernah berlaku. 

Siapakah musuh-musuh utama negara kita ini? Sedar atau tidak sedar, mereka adalah segelintir sahaja di dalam dunia dengan memiliki kuasa untuk mencatur sesiapa sahaja. Mereka berada di belakang seseorang pemimpin. Mereka mencatur pemimpin-pemimpin di seluruh dunia supaya menuruti jalan yang mereka sudah tentukan. 

Mereka inilah yang menyerang sistem kehakiman negara kita, ekonomi negara, Perlembagaan Persekutuan, apa sahaja hatta sistem Raja-Raja, sistem Kerajaan Persekutuan, kesucian agama Islam, sistem Bumiputera dan sebagainya. Ramai di kalangan kita melihat hal ini biasa-biasa sahaja kononnya keadilan atau human right, walhal mereka lupa ianya adalah rentetan peristiwa yang mempunyai matlamat yang tersembunyi.

Apabila DS Najib bercakap soal "Kesederhanaan" ramai orang tidak sedar ianya adalah senjata kepada keselamatan negara kita. Apabila DS Najib bercakap mengenai "Wasatiyyah" ramai tidak melihat hakikat dalamannya. Apabila DS Najib bermain golf mereka hanya melihat kayu dan bola golf sahaja, kerana kita dibutakan oleh alatis bernama TV dan internet. Walhal TV dan internet tidak dapat menayangkan apa yang ada di dalam hati dan perjuangan Perdana Menteri kita.

Sejarah sahaja yang akan membuktikan, bahawa tindakan DS Najib itu adalah untuk memastikan rakyat Malaysia terus hidup dengan sejahtera.

Kepada rakyat Malaysia, percayalah, bahawa kita mesti bersatu untuk menghadapi semua ini. Kita mesti bersatu hati menentang kejahatan.

SUMBER





SIAP KORANG...SKMM BURU PENCACAI-PENCACAI YANG GATAL TANGAN TABUR FITNAH MASA BANJIR!

Posted: 02 Jan 2015 04:58 PM PST


Setelah lapan individu tampil memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

"Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan," kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKM, Zulkarnain Mohd Yasin.


Beliau berkata SKMM bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu tampil memberi keterangan.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. 4 individu tampil dan 2 individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan.

ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu tampil.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang.

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah.

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu.

ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor.

iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i.Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka.

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan.

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai. – Bernama, 2 Januari, 2015.

Komen kitaorang;

Itulah tak de kerja memandai-mandai buat fitnah kononnya nak jadi hero tapi akhirnya menyusahkan banyak pihak dan mengganggu proses menyelamat mangsa banjir.

Kalau boleh SKMM batalkan nombor HP diorang, tutup akses akaun facebook, twitter dan sebagainya yang menjadi sumber fitnah mereka ini.

PDRM pula pergi cekup pengkhianat-pengkhianat negara ini dan beri hukuman setimpal. 

Kalau mereka tak muncul dedahkan foto mereka. Bukannya susah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Imigresen kan ado. Maklumat mereka ada dalam sistem data kad pengenalan dan passport.  

Zaman memberi amaran telah berlalu...Pesalah siber wajib diajar supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan bebas fitnah.

Sudah masanya hukuman denda dinaikkan, setidak-tidaknya mereka ini dirotan dan dikerah buat kerja-kerja amal membantu mangsa banjir.

PUAK PASMA SALAHKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN PUNCA BANJIR BERLAKU...GADUH SESAMA PLAK!

Posted: 02 Jan 2015 08:08 AM PST


'Sesi pendengaran' fitnah dan salah menyalah telah bermula semasa berlangsungnya malam amal Kelantan Pasca Banjir: The Untold Story with Husam Musa yang berlangsung di Kota Bharu 1 Januari lepas.

Dalam sesi ini beberapa penggerak PASMA seperti makcik jonggos merangkap AJK Dewan Muslimat PAS Pusat: Aiman Athirah Al Jundi membacakan beberapa whatsapp yang diterimanya mengenai keadaan banjir di Kuala Krai.

Dengan penuh semangat tercungap-cungap giginya menipu dengan menggambarkan banjir besar adalah  disebabkan oleh salah kerajaan, kononnya kerajaan lemah kerana lambat isytihar darurat dan lambat beri bantuan...

Persoalannya kerajaan mana yer?

Bukankah Parlimen Kuala Krai beserta DUN-DUNnya terletak di bawah pentadbiran PAS?

Kerajaan negeri juga adalah kerajaan PAS.

Kawasan lain pun majoriti wakil-wakil rakyatnya adalah dari kalangan YB-YB PAS.

Ke mana perginya mereka?

Dulu ada ura-ura puak-puak ni nakkan autonomi pemerintahan sebab nak royalti minyak banyak yang sebenarnya bukan hak mereka!

Kini di sebalik orang sibuk urus banjir, Husam sibuk nak tuntut hak untuk mendapatkan royalti. Kononnya kerajaan Pusat dan Petronas hutang Kelantan RM3 bilion. 

Wang bantuan kerajaan Pusat hampir RM600 juta beserta sumbangan-sumbangan lain tak cukup! 

Tapi mana perginya duit balak yang diperolehi oleh kerajaan PAS masa Nik Ajiz perintah daripada keluarga Ngah-Ngeh yang berbilion-bilion itu?


Kononnya juga persediaan banjir oleh kerajaan adalah lemah. Sekali lagi kerajaan mana yang dimaksudkan?

Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?

Di negeri-negeri yang diperintah BN masalah pengurusan banjir ini tak kecoh pun. 

Pengurusan bencana di negeri-negeri lain termasuk Terengganu semuanya terkoordinasi serta berjalan lancar dan teratur antara pihak agensi kerajaan, swasta dan NGO. Tapi kenapa tidak di Kelantan?

Banjir di Kelantan...mengapa begitu teruk?

Puak-puak PASMA juga menempelak helikopter lambat menyelamat dan menghantar bantuan hingga ramai yang terkepung dek air dan kelaparan kesejukan.

Dulu tahun 2008 Mahpus Bean Omar juga yang dok melalak dalam parlimen dan ceramah-ceramah kononnya kerajaan membazir dan tak perlu beli helicopter Eurostar. Kerajaan bazir wang rakyat beli Eurostar full spec dengan harga mahal berbanding kerajaan Brazil.

Akhirnya kini Husam sendiri menempelak puak-puaknya dalam ceramah tersebut;

"Sebab itu saya cadangkan penggunaan helikopter. Tapi orang kata ini membazir, helikopter sekarang keperluan ketika banjir ini. Kalau kita tiada helikopter nak uruskan banjir, mustahil. Inilah pengajaran kita,"

Eurocopter EC725 yang lengkap dengan sistem dwi fungsi untuk tugasan menyelamat dan bertempur yang dulunya ditempelak puak pembangkang kononnya ia membazir wang rakyat...Kini ia menjadi aset yang paling berjasa ketika banjir dan sebelum itu insiden Lahad Datu.
Dulu puak-puak pembangkang juga dok mengutuk kerajaan BN membazir duit beli trak-trak askar yang banyak tersadai di kem-kem.

Disatu pihak lain  pula mengatakan askar-askar dan para penjawat awam yang ramai membazirkan wang negara dan bilangan mereka akan dikurangkan jika Pakatan memerintah.

#awak kat mana...awak, awak kat mana???

Alangkah lebih baik wang gaji untuk penjawat awam dan pembelian peralatan ketenteraan itu digunakan untuk menurunkan harga minyak atau harga barang, tak pun beri pendidikan percuma. 

Habis diheret ke sana kemari beberapa ekor askar pencen dan bermasalah jadi jurufitnah mereka.

Tapi kini Allah s.w.t dah buktikan bahawa hanya orang bijak pandai saja yang layak perintah negara ini. Mereka bekerja mengikut perancangan jangka panjang. 


Sedangkan mereka yang banyak bercakap dan berbohong terus dengan perangai buruk mereka berpolitik siang malam menipu rakyat.  

Tapi jasa mereka tiada langsung dan boleh dibanggakan...hampeh kering.

Bagai kalkatu lepas hujan...

Kini bak kalkatu, hujan berhenti banjir menyurut masa itulah mereka berterbangan memenuhi ruang-ruang rumah. Orang lain bagi bantuan, mereka yang tolong masak. 

Sambil-sambil kutuk kerajaan hanya bagi bantuan tetapi sekerat jalan sebaliknya merekalah yang sebenarnya bantu rakyat yang kesusahan dan kelaparan...hebatkan cara mereka menyelit bertaqqiyah? 

Berduyun-duyun tunjuk rajin membasuh dan mengemas rumah mangsa sambil-sambil bercakap kononnya kerajaan tak prihatin tolong rakyat hanya mereka saja yang bantu rakyat.

Selit -selit cerita Najib tak buat kerja kerana leka main golf, pesawat kerajaan hilang ke Amerika dan Dubai bawa isteri Najib pergi shopping...

Bantuan makanan sukar disalurkan akibat longgokan kayu-kayu balak hasil penerokaan dan pembalakan di hulu sungai. Milik siapakah balak-balak ini?

Kesian mereka... bencana tsunami banjir ini bukan menjadikan mereka lebih insaf dan sedar negeri mereka ditimpa bala Allah akibat perbuatan mereka selama ini sebaliknya menjadikan mereka lebih kufur ingkar terhadap ujian setelah mereka kufur pada nikmat yang diperolehi selama ini.

Benarlah firman Allah; Sekiranya kamu bersyukur akanKu tambahi nikmatKu, jika kamu kufur engkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih (Surah Ibrahim ayat 7)

Lawak bodoh Husam
  
Husam juga ada berkata : "Orang kata hukuman kerana mahu laksana hudud, bukan macam itu. Dalam konteks Kelantan kita tidak boleh kata hukuman, lima kali pilihan raya orang Kelantan sokong negeri yang mahu laksana enakmen jenayah syariah, yang kena hukuman patutnya orang Johor, Negeri Sembilan, enakmen jenayah Islam tiada," 

Persoalannya kenapa negeri Kelantan kena teruk banjir kali ni setelah 24 tahun berjanji kosong nak laksanakan hudud?


Adakah ini kifarah Allah Taala apabila mereka terlalu sombong, bongkak dan angkuh mencabar dan mempermain-mainkan hukum Allah, bersengkongkol dengan puak-puak kafirin membinasakan agama sendiri, mengkafirkan muslim yang lain, membinasakan alam sesuka hati, membiayai pelbagai demonstrasi rusuhan hingga merosakkan ketenteraman orang lain dengan perangai-perangai gedebe mereka?

Allah mendengar doa hamba-hambanya yang merintih teraniaya dengan perangai dan sikap gedebe mereka itu selama ini. 



Apabila tiba saatnya Allah menurunkan azab bukan saja orang PAS dan rakan-rakan sekutu mereka kena azab musibah. Tetapi dengan segala orang alim, orang tak bersalah dengan orang-orang UMNO-BN pun terseret sama...

Husam-Husam...kalau dapat bercakap bukan setakat kerajaan BN jer kena hentam, kerajaan PAS pun kena tibai. 

Nampaknya acara ini jadi tempat Husam dan PASMA melampias kemarahannya sebab tak dilantik jadi MB Kelantan dulu...



The Unspinners

Posted: 02 Jan 2015 11:18 PM PST

The Unspinners


Guan Eng evangelist dan Malek Itek sipencacai mesti marah 5 ribu berarak Maulud di Penang!!!!

Posted: 02 Jan 2015 08:00 PM PST










Mana Sister in Sesat? Mana 25 eminent Melayu? Mana 33? Mana 12 yg baru?

Mereja berjuang utk kesucian Islam atau ideologi liberal, sekular dan plural utk sesatkan orang Islam?

Salam Maulidur Rasul

Posted: 02 Jan 2015 05:39 PM PST



Apa lu kelentong tu, Husam taukeh balak????

Posted: 02 Jan 2015 04:37 AM PST



Baca juga: 

Punca banjir dan kemusnahan di Kelantan terjawab jua. Pembinaan projek empangan Kenyir 2. ... Bukti?    

https://akarimomar.wordpress.com/2015/01/01/punca-banjir-di-kelantan-terjawab-kerana-pembinaan-empangan-kenyir-2/



Ambiga hilang juga? Turun Bersih?

Posted: 02 Jan 2015 01:30 AM PST



Belantan

Posted: 02 Jan 2015 11:12 PM PST

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Orang Cinalah peminta sedekah sebenar, malah lebih teruk daripada orang cacat?

Posted: 02 Jan 2015 04:09 AM PST


Akhbar China Press bertarikh 25 Disember 2014 menyiarkan artikel yang mendakwa orang Cina ialah kaum yang paling susah di Malaysia.

Artikel bertajuk 'Orang Cinalah peminta sedekah sebenar, malah lebih teruk daripada orang cacat' ditulis oleh Lim Fang dan disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C21.

Ia memetik kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan orang Melayu telah menjadi peminta sedekah politik apabila mengharapkan undi bukan Melayu bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Dr. Mahathir memilih taktik menggelar Melayu sebagai peminta sedekah bagi membuatkan kaum itu merasa terancam dan seterusnya sedar mengenai perlunya kembali menyokong UMNO.

Kenyataan itu juga mungkin berpunca kerana bekas Perdana Menteri merasa marah dan berdendam kerana kaum Cina tidak mengundi Barisan Nasional (BN) walaupun pelbagai bantuan telah diberikan kepada mereka.


Orang Cina boleh diibaratkan seperti pengemis yang bersikap sinis.

Realiti politik di Malaysia, menurut penulis, orang Cina­lah yang sebenarnya menjadi pengemis. Kaum itu juga boleh diibaratkan seperti orang cacat apabila banyak masalah kaum itu tidak diselesaikan oleh kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO.

Antaranya, permohonan tanah tapak sekolah dan pembinaan bangunan sekolah Cina, kekurangan guru, mendapat wang subsidi yang sedikit, kuota pendidikan di universiti yang terhad dan pengiktirafan sijil sekolah mene­ngah Cina yang tiada keputusan. Seperti pengemis kelaparan, orang Cina terus menerus meminta walaupun tidak dilayan.

Sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang `berat sebelah' dilaksanakan, peluang perniagaan orang Cina semakin dikikis. Seperti individu yang kakinya telah dipatahkan, mereka menjadi cacat sehingga tidak mampu bergerak. Bagaimanapun, tongkat diberikan kepada kaum lain.


Walaupun setelah lebih 40 tahun diberikan tongkat, ada pihak mendakwa kuota 30 peratus bumiputera dalam ekonomi negara belum mencapai sasaran dan perlu diteruskan.

Ini menyebabkan orang Cina yang asalnya seorang pengemis dan kini bertukar menjadi orang cacat, memandang ke kiri dan ke kanan mengharapkan orang dalam UMNO sedar akan nasib mereka.

Jika tidak dapat diberikan nasi, bagilah air bekas kuah bubur pun tidak apa kepada orang Cina.

Sekiranya nasib mereka masih lagi tidak dibela, orang Cina terpaksa berkeras hati untuk menyerahkan undi kepada pembangkang bagi melepaskan geram dan memberi pengajaran kepada BN serta UMNO.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 02 Jan 2015 09:42 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


14 Individu Dicari Bantu Siasatan Info Palsu Banjir

Posted: 02 Jan 2015 09:00 PM PST


CYBERJAYA: Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

"Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan," kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.

Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. Empat individu telah tampil dan dua individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan
ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil,
i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu
ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor
iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26

100 Kuantan, Pahang

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.


Waspada Cerita Palsu Tangguh Sekolah

Posted: 02 Jan 2015 04:32 AM PST



Hudud : Apa Komen DAP?

Posted: 02 Jan 2015 01:28 AM PST



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 02 Jan 2015 09:12 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


FAKTA MENARIK PENARIKAN SUBSIDI.

Posted: 02 Jan 2015 05:00 AM PST

MALAYSIAKINI TUNJUK BODOH PERTIKAI SUMBANGAN BANJIR MOA . RED CROSS DAN PBB PUN IKUT SOP YANG SAMA LAH..

Posted: 02 Jan 2015 02:53 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 02 Jan 2015 03:23 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tak Dapat Balik Waktu Banjir Sebab Tak Ada Tiket – Anwar

Posted: 02 Jan 2015 07:52 AM PST

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dapat pulang lebih awal dari percutiannya ketika banjir buruk melanda beberapa negeri di semenanjung kerana ketiadaan tiket penerbangan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut bagaimanapun mengingatkan semua pihak termasuk jentera partinya supaya tidak terlalu berpolitik dan lebih menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir.

"Saya minta maaf lambat datang. Saya tiada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tak boleh ditukar.

"Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.

"Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat."

[WAJIB BACA INI: Anwar Kongsi Simpati Mangsa Banjir Dari UK Jerr!]

Sebelum ini, Anwar menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak kerana tidak muncul untuk sama-sama menghulurkan bantuan ketika banjir melanda. Anwar dilaporkan berada di United Kingdom ketika tragedi tersebut.

Semalam (Khamis), barulah beliau akhirnya didapati muncul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. – MYNEWSHUB.CC

Kakak angkat ajar saya 'hisap'...

Posted: 01 Jan 2015 11:01 PM PST

ANGGOTA penguat kuasa AADK memeriksa seorang wanita yang ditahan.
Kuala Lumpur: "Kakak angkat ajar saya hisap 'ice' (dadah syabu)," dakwa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang diberkas bersama seorang wanita di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini.

Remaja itu diberkas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang melakukan operasi bersepadu sempena sambutan tahun baru 2015, awal pagi semalam.

Pasangan itu yang diarahkan menjalani ujian air kencing didapati positif mengambil dadah syabu.

Ketika ditahan, pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh itu turut mengaku mengambil dadah bagi tujuan mendapatkan keseronokan.

Menurutnya, dia bukanlah penagih dadah tegar, tetapi lebih kepada melayan sifat ingin tahu terhadap 'rasa' dadah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20880#sthash.C5N2kdcL.dpuf

Mengaku berbelas kali lakukan seks

Posted: 01 Jan 2015 07:05 PM PST

ALOR SETAR - Perkenalan di aplikasi sosial WeChat membawa kepada pertemuan sulit sekumpulan remaja di sebuah hotel pada malam tahun baharu, semalam.

Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, tujuh remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dipercayai menyewa sebuah bilik hotel sama.

Difahamkan, mereka juga membawa tilam tambahan dipercayai untuk tujuan maksiat.

Menurutnya, empat daripada mereka adalah lelaki manakala selebihnya wanita.

"Hasil soal siasat mendapati sebilangan mereka memiliki rekod buruk.

"Salah seorang daripada mereka merupakan bekas penghuni pusat pemulihan akhlak. Dia yang berusia 17 tahun mendakwa sudah bekerja di sebuah pusat snuker dan telah dibuang keluarga," katanya.

Syeikh Mohd berkata, ada di antara mereka sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan dua daripada mereka didapati sudah tidak bersekolah.

"Seorang remaja perempuan pula mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki bukan Islam.

"Ada juga yang mengakui sudah melakukan hubungan seks sebanyak berbelas kali," katanya.

Dalam kejadian berasingan, dua remaja perempuan turut ditahan bersama seorang remaja lelaki yang sedang tidur dalam serbuan di sebuah hotel.

Ketika diserbu, seorang remaja perempuan mendakwa berkongsi bilik beramai-ramai dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988, manakala remaja berkenaan dilepaskan dengan jaminan.

Konsert Ambang Tahun Baru DAP Pulau Pinang penuh aktiviti tak senonoh

Posted: 01 Jan 2015 05:01 PM PST

PULAU PINANG 1 Jan. - Aksi sekumpulan penonton dipercayai mabuk mencemari Konsert Ambang Tahun Baharu yang berlangsung dengan kerjasama kerajaan DAP Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini malam tadi.

Konsert yang diteruskan walaupun mendapat gesaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya dibatalkan bagi menghormati mangsa banjir di pantai timur tersebut bermula kira-kira pukul 6.30 petang.

Kelakuan tidak terkawal lebih 30 pengunjung dipercayai warga asing itu semakin membimbangkan apabila mereka bertindak agresif memanjat antara satu sama lain ketika artis tempatan membuat persembahan pada pukul 11.30 malam.

Kumpulan berkenaan mengibarkan bendera dan lambang pertubuhan mereka sepanjang konsert berlangsung dan membuka baju, malah ada ketikanya hampir merempuh pagar keselamatan.
Advertisement

Keadaan menjadi tidak terkawal ketika persembahan artis tempatan kira-kira pukul 12.15 tengah malam berikutan seorang penonton wanita dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memanjat pentas dan enggan turun.

Sementara itu, seorang pengunjung tempatan, Norazlina Hamdan, 38, dari Butterworth berkata, dia terkejut melihat aksi agresif segelintir penonton yang hadir bagi sambutan ambang tahun baharu itu.

Katanya, dia datang bersama suami dan anaknya sempena cuti umum termasuk untuk menderma kepada tabung mangsa banjir dilancarkan, namun berasa kecewa dengan sikap penonton yang tidak menghormati negara yang masih bersedih dengan bencana banjir besar di Pantai Timur.

"Orang ramai ingin berhibur secara sihat tetapi mereka mencemarkan sambutan dengan perbuatan tidak senonoh," katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi pengunjung, Mohd. Roslan Shaari, 35, dari Bayan Lepas berkata, pengunjung harus lebih peka dengan perkembangan semasa terutama bencana banjir di Pantai Timur di sebalik sambutan tahun baharu itu.

"Jika hendak berhibur sekalipun, biarlah berpada-pada. Saya harap pihak berkuasa dapat memantau supaya apa yang berlaku pada konsert ini tidak berulang," katanya.

Banjir hapus 'sampah-sarap' politik

Posted: 01 Jan 2015 04:18 PM PST


SHAH ALAM – Banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini bukan sahaja menghapuskan sampah-sarap dan kekotoran akibat bencana itu, tetapi membawa mesej atau iktibar agar segala 'sampah-sarap' dan pemikiran politik kotor dapat dihapuskan demi perpaduan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.

Demikian pandangan Presiden Dewan Perdagangan Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang bersetuju dengan cadangan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub agar Umno dan Pas Kelantan bergabung dalam satu kerajaan campuran bagi memudahkan usaha membaik pulih negeri itu selepas banjir.

"Bagi orang Islam, biasanya apabila berlaku bencana alam seperti ini kita kena cari pengajaran dan hikmah yang mahu ditunjukkan ALLAH SWT.

WARIS PURBA

Posted: 02 Jan 2015 03:03 PM PST

WARIS PURBA


AKIBAT KERAKUSAN TANGAN-TANGAN MANUSIA

Posted: 01 Jan 2015 07:44 PM PST

ALAM sedang bersuara adalah nyata. Bala diturunkan Allah juga adalah nyata. Kedua-duanya adalah benar. Bukan tujuan saya mahu membuat andaian. Tapi sebagai manusia dan orang Islam yang percayakan qada dan qadar, sesuatu yang berlaku ada puncanya dan sebab musababnya. Ketentuannya telah ditetapkan. Sebagai seorang wartawan dan bukan alim ulama - seperti kebanyakan orang sekarang - saya mahu melihat mengenai soal alam. Saya pernah menulis mengenai kemusnahan alam di taman botani negara Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam satu ketika dahulu. Kemusnahan akibat kerakusan manusia cukup hebat sekali. Tidak pernah-pernah taman pertanian Bukit Cerakah itu dinaiki air lumpur setinggi tujuh ke lapan meter, namun ia berlaku pada masa itu. Hasil bedah siasat yang dijalankan ia adalah akibat pembangunan tidak teratur di satu kawasan baharu yang dibuka oleh kerajaan Dr. Khir Toyo pada masa itu dikenali sebagai Seksyen U10. Bukit-bukit ditarah, hutan ditebang dan tanah-tanah dilukai. Pendedahan itu telah menarik perhatian nasional. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa campur tangan. Dr. Khir yang ketika itu sedang berada di luar negara terpaksa bergegas pulang. Pendek kata, isu alam adalah isu manusia. Kita hidup bersama-sama alam. Jangan biarkan alam bersuara. Jika ia bersuara bermakna ia sedang murka. Alam boleh bertindak kejam kepada kita jika kita menjahanamkannya.

Banjir besar di Cameron Highlands juga adalah akibat perbuatan kejam manusia ke atas alam. Hutan ditarah ikut suka. Pihak peniaga terlalu rakus. Pihak berkuasa pula tidak menjalankan amanah yang diberikan. Ingatlah alam boleh menjatuhkan sesebuah pesawat yang dikatakan paling moden sekali pun. Ia juga membunuh ratusan ribu nyawa manusia seperti genap 10 tahun tsunami. Kejadian banjir terburuk di Kelantan dan beberapa negeri lain harus dijadikan iktibar. Warna airnya sudah menunjukkan ia membawa tanah-tanih yang terluka. Banjir ke Kelantan lazimnya dibawa air dari kawasan hulu sejauh beratus batu. Jika di hulu keadaannya sudah tenat, maka tenatlah di hilirnya. Itu pasal kawasan Manek Urai paling teruk, kerana ia berada di hulu. Saya tidak mahu membuat andaian, kerana alim ulama mengatakan ia adalah takdir. Namun sudah banyak contoh yang menunjukkan bencana alam yang terjadi kepada manusia adalah akibat daripada kerakusan mereka sendiri. Seorang rakan, rakyat Kelantan yang dipanggil sebagai Pok Nik menulis SMS kepada saya. Renungilah tulisan beliau itu. "Masa saya kecil-kecil dulu. Waktu banjir kita gembira bermain air. Kita mandi-manda dari pagi hingga ke petang. Selagi mata tidak merah kita tidak naik ke rumah. Tetapi hari ini air banjir warna teh susu yang mengalir direct dari Ulu Kelantan dari Sg. Lebir, Sg. Galas, Sg. Kemubu dan Sg. Kelantan AKIBAT KERAKUSAN YANG MEMAKAN BALAK DI HULU KELANTAN. Habis bukit hutan belukar dikekah, ditarah dan dimamah kerana mahukan wang! Sekarang jangan salahkan sesiapa. BUKAN BALA. Tetapi insaflah . Inilah akibat kerakusan dan ketamakan manusia. Tk." Namun atas alasan politik atau keegoan - pelbagai alasan diberikan. Pemimpin merasakan seolah-olah merekalah yang terhebat. Merekalah yang betul. Dan alam yang mengamuk sekarang seolah-olah tiada kaitan dengan mereka. Syabas rakyat Malaysia! MALAM kelmarin saya bersama-sama sukarelawan Persatuan Alumni UiTM Malaysia ke Pangkalan TUDM di Subang. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Pengawal di pintu pagar mengarahkan kami mendaftarkan diri. Saya menulis nama dan tujuan kami di sebuah buku. Sudah panjang senarai buku. Tujuan: Menghantar barangan bantuan banjir. Itulah tujuan yang lain-lain pun. Pengawal kemudian mengarahkan kami tunggu sebentar di pondok pengawal. Barangan terlalu banyak, katanya dan semua pemberi bantuan kena beratur panjang. Lori dan treler panjang kelihatan berhenti di tepi jalan. Di badannya tertulis syarikat beras dan syarikat-syarikat gedung pasar raya hyper. Sementara kereta-kereta 4WD kepunyaan perseorangan dan NGO juga panjang beratur.

Rakyat Malaysia cukup prihatin. Jika sebelum ini hanya NGO-NGO tertentu sahaja yang menjalankan khidmat bantuan ini, kali ini, pada magnitud banjir kali ini, semua pihak bersatu hati. Malah saudagar membeli-belah pun turut membantu menyediakan kemudahan pembelian barangan dengan harga bencana. "Jangan bimbang Mydin memberi harga (diskaun) untuk mangsa-mangsa banjir. Kami cukup prihatin," kata tauke Mydin, Datuk Amer. Sehingga tulisan ini ditulis, gudang di TUDM Subang masih sibuk. Ada juga bekalan dihantar melalui jalan darat - melalui lori, bas yang membawa bersama-sama sukarelawan serta pikap persendirian. Malah AirAsia dan Malindo Air juga menyediakan penghantaran barangan dan sukarelawan secara percuma. "Ini adalah khidmat ikhlas kami. Tolong uar-uarkan kepada rakan-rakan sukarelawan yang mahu menghantar barangan atau sukarelawan. Kami akan terbangkan mereka ke mana-mana sahaja termasuk ke Sabah atau Sarawak," kata Pengerusi Eksekutif AirAsia, Kamarudin Meranun. Semoga AirAsia bertenang dalam kedukaan yang berlaku ke atas pesawatnya di Indonesia. Kita semua turut bersimpati. Tahniah rakyat Malaysia. Syabas anda semua. Tiada siapa pun yang mahu melihat dengan mata putih bangsa kita ditimpa bala. Tiada kerajaan yang mahu mengetepikan rakyatnya dalam musibah sebegini. Ketepikan soal kepartian yang sempit. Ketepikan soal kesensitifan kedaerahan. Jangan sebarkan khabar-khabar angin yang bukan-bukan. Jangan dipersenda media arus perdana. Tanpa kami, kita semua akan berada di bawah tempurung.

 Hanya akhbar Melayu kelihatan memberi liputan tiada terhad. Mungkin kerana mangsanya ialah rata-rata kaum itu. Akhbar organ parti pula sudah-sudahlah membuat analisis yang bukan-bukan. Sebenarnya tanyalah diri sendiri dahulu. Buatlah post mortem di Bilik Gerakan Bencana Alam Negeri terlebih dahulunya. Mengapa koordinasi bantuan lambat? Akhir sekali syabas rakyat Malaysia - walau di mana sekali anda berada - kita tetap bersatu-padu.

Cucu Tok Selampit

Posted: 02 Jan 2015 01:41 PM PST

Cucu Tok Selampit


Usaha Murni MOA Cuba Diburukkan Oleh Malaysiakini Dengan Isu 'Kampit Beras Wajah PM'

Posted: 01 Jan 2015 06:35 PM PST


Posting Asal:

Adalah tidak sukar untuk memahami peranan yang dimainkan oleh Malaysiakini untuk memburukkan agensi dan sesuatu Kemeterian. Tidak pernah ada satu yang baik yang dilakukan oleh Kerajaan di mata Malaysiakini. Ini termasuklah sumbangan mangsa banjir di Pantai Timur yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) - baca di sini. Sumbangan MOA setakat ini berjumlah RM1.821 juta kepada mangsa banjir ditenggelamkan oleh Malaysiakini dengan isu 'Kampit Beras Gambar PM'.

Untuk pengetahuan semua, tiada paket beras yang dicetak wajah Perdana Menteri (PM). Hanya beberapa keping kertas sahaja yang dicetak dan ditampalkan di paket paling atas bagi tujuan membezakan barangan-barangan daripada MOA dengan bantuan-bantuan daripada pihak-pihak lain. Tujuannya agar bantuan daripada MOA ini tidak bercampur dengan bantuan-bantuan lain semasa disimpan, dihantar melalui kapal terbang dan lori serta sewaktu pengagihan ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Melalui gambar-gambar yang dikirimkan oleh sukarelawan MOA, berkaitan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, jelas tiada paket beras yang dicetak wajah PM. Tambahan lagi, tiada isu barangan bantuan lewat sampai kerana barangan MOA sampai awal dan melalui beberapa peringkat penghantaran. Tiada juga isu pertambahan kos kerana dakwaan pelekat terpaksa dicetak untuk setiap paket bantuan dan petugas terpaksa melakukan tugas melekatkan pelekat juga tidak benar dan tidak berlaku.

Sejak tarikh 18 Disember di mana bermulanya banjir di Kelantan, MOA telah melibatkan diri secara langsung melalui agensi KADA untuk menghantar barangan keperluan. Bermula 26 Disember seluruh agensi di bawah MOA mula dilibatkan. MOA telah mengunapakai (mobilise) semua aset-aset untuk menyalurkan bantuan kepada 8 negeri yang melibatkan 51 kawasan parlimen.

MOA melalui Briged Kesatria Muda sudahpun mengedarkan 3,000 kampit beras kepada mangsa banjir. Malah media turut dipanggil pada ketika majlis penyerahan. Ini adalah masa untuk misi kemanusiaan bukan untuk berparti. Menteri MOA, DS Ismail Sabri telah menyebut di laman sosial Facebook dan Twitter akan menolong semua mangsa tanpa mengira sama ada UMNO, PAS ataupun PKR. 

Ini kerana disaat musibah ini memerlukan kita untuk menolong dgn ikhlas, bukan menyerang orang lain atas dasar kepartian. CTS merasakan wajar untuk MOA dan Menterinya menyaman Malaysiakini dan blogger terbabit kerana menyiarkan berita palsu dan tidak menjelaskan keadaan sebenar.





Kemaskini 3.00 PM:

Kenyataan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che / Hussin mengenai Laporan Malaysiakini Mengenai Paket Beras Bantuan Banjir Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Berpelekat Wajah Perdana Menteri

1. Malaysiakini telah membuat satu pelaporan berita palsu dan memanipulasikan berita bergambar melalui portal berita tersebut beralamat URL www.malaysiakini.com.

Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya sebagai penampal pelekat berwajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras. Berikut adalah fakta sebenar dan kenyataan yang menyatakan kebenaran mengenai isu ini.

2. Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan  seorang "pekerja" seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan.

3. Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan. Kami telah pun merancang & melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di mana 3000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17/12/2014 di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di Pantai Timur. 

4. Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain. Adalah perlu kami meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran.

5. Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda berwajah YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir.

6. Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat berwajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini. Para sukarelawan Kementerian Pertanian dan aktivis-aktivis NGO yang terlibat juga boleh mengesahkan bahawa tiada pelekat bergambar PM di atas bantuan-bantuan yang diserahkan.

7. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat. Laporan berita dan perbuatan memanipulasi gambar saya oleh Malaysiakini juga telah mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggap dan tuduhan-tuduhan tidak baik terhadap saya dan   Briged Kesatria Muda. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan tindakan wajar diambil terhadap Malaysiakini yang tidak bertanggung jawab ini.

8. Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini bagi membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda.

9. Kami juga akan membuat laporan polis terhadap blogger yang bernama Syed yang telah memanipulasi gambar saya dengan kenyataan fitnah dan berniat jahat serta laporan polis terhadap Malaysiakini yang menulis dan menyebar kenyataan untuk memburukkan kami serta Kementerian Pertanian dan Industri Asaa Tani.

10. Briged Kesatria Muda juga ingin mencadangkan agar Menteri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyaman Malaysiakini yang jelas telah memfitnah dalam cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan di media sosial.

11. Sekian kenyataan saya untuk makluman tuan/puan.

Lawak Minggu Ini - Tempahan Tiket Tak Boleh Ditukar Punca @anwaribrahim Tidak Dapat Pulang

Posted: 01 Jan 2015 04:43 PM PST


"Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar," kata KETUM Anwar Ibrahim. Ingatkan hebat sangat. Sembang berdegar-degar. Kenal sana kenal sini. Tempahan tiket kapal terbang pun tak boleh tukar ka? Awat la bagi alasan bangang sangat. Kalau tak boleh tukar, beli baru la. Kata prihatin dengan Rakyat sangat? Macam-macam alasan la Pak Ketum ni bagi kerana tidak mahu balik awal untuk membantu mangsa banjir. 

Maka macai pun hanguk sajalah. Depa ni bukan boleh membantah. Kalau marahpun, sekejap saja. Maka akan berkatalah macai yang dipetik oleh Haprakah dan Suara Keldaian,  "Hello tiket flight mana boleh tukar-tukar tarikh. Betullah Anugerah Tuhan cakap. Dia bukan penipu macam orang BN. Orang Ameno bangang, Tak faham prosedur operasi penerbangan". Walau bagaimanapun, CTS merumuskan ini mesti konspirasi kerajaan BN sengaja untuk melengah-lengahkan KETUM dari turun melawat mangsa banjir ... ahaks!

waadat

Posted: 02 Jan 2015 01:30 PM PST

waadat


Budaya buli masih leluasa di sekolah

Posted: 01 Jan 2015 10:57 PM PST

Budaya buli masih berlaku di kebanyakan asrama termasuk di sekolah berasrama penuh.

Meski sekadar menyuruh membuatkan mi segera atau membasuhkan pakaian senior, ia tetap buli. Jangan sampai jadi kes berat baru nak kelam kabut ambil tindakan.

Warden asrama jangan buat-buat tak nampak, pengetua sekolah jangan buat-buat tak tau.

PPD dan JPM jangan hanya tunggu berlaku kes baru nak bertindak.

Budaya buli sepatutnya sudah lenyap bersama munculnya budaya penyayang.

Apabila disebut budaya maka ia harus menyeluruh dan bukan paksaan. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dan pelajar mesti memahami konsep tersebut.

Setakat suruh cikgu-cikgu menunggu di depan pintu pagar pagi-pagi, bukan tak boleh. Bolehlah, cuma....

Oh ya, dengar kata ada guru besar yang arahkan guru-guru hadir LDP di sekolah 5 hb Jan 2015 walaupun menteri sudah mengeluarkan surat arahan.

Cimb sombong dan DBP yang bengap

Posted: 01 Jan 2015 04:25 PM PST

Hari ini Demang terima lagi sepucuk surat daripada CIMB, 100% dalam bahasa Inggeris. Langsung tiada terjemahan.

Tak perlulah Demang membebel panjang-panjang sebab dah sentuh perkara ini banyak kali.

DBP kat mana? DBP kat mana? Jadi tunggul kayu atau dah sampai peringkat arang?

Ingat, CIMB bukan bank komersial biasa. CIMB hidup.hasil ehsan rakyat dan pernah diselamatkan beberapa kali menggunakan wang rakyat.

Jangan sombong sangat!

Mana Sasterawan Negara? Sudah lah. Pergi gosok gigi dulu. Mulut dah hapak sebab lama sangat tidur.

Demang pun dah bosan guna bahasa baku. Jom kita pasemborojakkan bahasa melayu yang tiada nilai ini.

PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Jan 2015 11:38 AM PST

PEJUANG BANGSA


KEBODOHAN MR BEAN PAS INGAT BOS SINAR HARIAN AHLI UMNO !

Posted: 02 Jan 2015 02:30 AM PST



Ada orang yang gatal mulut sudah gelar Datuk Mahfuz Omar sebagai 'Mr Bean'.Ini kerana bagi pandangan mereka Ketua Penerangan PAS itu kerap buat kenyataan semberono. 

Beliau mungkin dapat mengikis persepsi yang negatif terhadap dirinya sekiranya tidak membuat kenyataan terbaru ini.

Ramai yang hairan Mahfuz ini berminpi atau mengigau dalam tidor.

Ini bila beliau menuduh cadangan agar PAS Kelantan dan UMNO Kelantan bentuk kerajaan perpaduan untuk memudahkan pembangunan semula Kelantan yang teruk dilanda banjir sebagai satu ideas jahat UMNO.

Fakta di depan mata yang membuat cadangan itu ialah penerbit akhbar Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaakob.

Tak pasti samada Hussamuddin itu ahli UMNO atau tidak.

Namun beliau yang berasal dari Kelantan hanya memberi satu pandangan peribadi berdasarkan keadaan semasa di negeri itu. 

Beliau antara lain minta lupakan sengketa politik demi survival rakyat.

Pandangan itu disiar di muka depan akhbar berkenaan.

Cuba selak ada tidak mana-mana menteri UMNO atau Ketua UMNO Bahagian yang cakap begitu sepanjang bencana banjir di Kelantan.

Jadi dimananya peranan UMNO di sini hingga dituduh berniat jahat oleh Mahfuz.

Ini kerana yang membuat cadangan itu sah-sah ialah seorang individu bernama Hussamuddin.

Sekalipun Kelantan negeri PAS sepanjang bencana banjir yang teruk ini bukan sahaja kerajaan persekutuan BN malah berduyun-duyun orang UMNO yang turun membantu.

Kata orang kalau tidak mahu berterima kasih pun...tidak perlu nak hentam keromo tuduh UMNO ada niat jahat atas kenyataan dibuat orang lain.

Kalau begitu terang lagi bersuluh halnya maka Mahfuz tidak boleh ambil hati sangat pada gelaran 'Mr Bean' terhadap dirinya.- 2/12/2014

MOA & MENTERI JADI MANGSA FITNAH MALAYSIKINI ISU BERAS STICKER GAMBAR PM @IsmailSabri60 @NajibRazak

Posted: 01 Jan 2015 10:54 PM PST


Penyaluran bantuan kepada mangsa banjir terus medan  fitnah  Malaysiakini & Harakah untuk memburukkan kredibiliti  pemimpin kerajaan .  

Usaha murni MOA  diketuai Menteri Datuk Seri Ismail Sabri antara yang paling awal menghulur bantuan kepada mangsa banjir  telah difitnah  pembangkang dan macai2 dengan  menuduh kerajaaan mempolitikkan isu banjir dengan  mendakwa bantuan disekat &  lambat kerana meletakkan pelekat gambar pemimpin . 


Sebenarnya ia tidak benar kerana sejak banjir bermula , pada 18 Disember  KADA telah mula digerakkan oleh MOA untuk segera menghulur bantuan  seterusnya semua agensi mula digunakan .

Pada 26 December 2014 pula, seluruh agensi dibawah MOA mula dilibatkan dimana MOA telah  mobilize semua agensi dan melakukan agihan tugasan selain menggunalan segala aset-aset MOA dan juga meminta bantuan nelayan peladang etc.

Sehingga kini MOA telah salurkan bantuan ke 8 negeri melibatkan 51 kawasan parlimen, tidak kira sama ada negeri atau kawasan parlimen itu milik BN atau pembangkang. 

Semua ditolong sebaik mungkin kerana ini merupakan misi kemanusian.

 Untuk pengetahuan Malaysiakini, MOA telah keluarkan belanja sendiri sebanyak RM1.821juta setakat hari ini. Selain itu, untuk streamline arahan dan urusan, MOA telah wujudkan command centre di Dengkil dan setiap negeri yang terlibat.

MOA melalui Briged Kesatria Muda sudahpun mengedarkan 3,000 kampit beras kepada mangsa banjir.

Fitnah   Malaysiakini & macai2 nya  yang hanya nampak  isu sticker PM  ditampal  sengaja  disensasikan jelas berniat jahat  walhal  Menteri sendiri tidak tahu menahu akan sticker  itu  . 

 Jika ia ditampal pun ,  itu adalah dilakukan sendiri  oleh  sukarelawan Briged Kesatria Muda  yang menerima sumbangan bantuan dari  MOA  bukannya   atas arahan Menteri . Difahamkan mereka menampal sticker untuk membezakan barang MOA dengan barang sumbangan pihak  lain  dan ianya ditampal hanya 100 keping. 


Sepatutnya macai2  pembangkang  perlu lihat dulu parti mereka dan gambar ini jelas menunjukkan pemimpin mereka juga  mempolitikkan bantuan banjir dengan mengarahkan membungkus sendiri barang berlambangkan parti .







MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MOA YANG TAK DICERITAKAN 
MALAYSIAKINI ....








IPOHMALAY

Posted: 02 Jan 2015 09:03 AM PST

IPOHMALAY


Air Asia diancam pembekuan operasi oleh pemerintah Indonesia

Posted: 02 Jan 2015 08:26 AM PST



Pemerintah Indonesia mengancam untuk membekukan izin operasi Air Asia di negara tersebut jika siasatan mendapati Air Asia terbukti bersalah melanggar salah satu prosedur penerbangan di negara tersebut.

Prosedur tersebut ialah proses taklimat berkaitan cuaca di laluan penerbangan kepada juruterbang sebelum sesuatu penerbangan dilakukan.

Air Asia Indonesia didapati mewarisi kebiasaan syarikat penerbangan lama yang hanya berpandukan data satelit dari Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG).

Jumat, 02/01/2015 22:21 WIB

Izin Operasi AirAsia di Indonesia Bisa Dibekukan Jika Terbukti Melanggar

Feby Dwi Sutianto - detikNews


Jakarta - Kementerian Perhubungan membekukan izin penerbangan Air Asia rute Surabaya-Singapura dan tengah melakukan investigasi mendalam. Jika nanti terbukti melanggar, maskapai tersebut akan dapat sanksi tegas, salah satunya pencabutan izin operasi.

"Iya betul izin rute dibekukan sementara sampai ada hasil investigasi menyeluruh. Kalau terbukti memang melanggar ketentuan rute terbang, izin rute bahkan yang paling keras yakni izin operasi (AOC) AirAsia bisa dibekukan," kata Staf Khusus Menteri Perhubungan Hadi M. Djuraid dalam keterangan tertulisnya kepada detik.com Jumat (2/1/2015).

Kemenhub, kata Hadi, sedang melakukan investigasi pelanggaran izin terbang. Pihaknya juga akan memeriksa apakah pelanggaran tersebut juga melibatkan internal Kemenhub.

"Kami juga akan investigasi ke internal, apakah ada internal yang bermain terhadap pelanggaran izin ini. Termasuk ke maskapai lain yang bermain curang di izin," jelas Hadi.

Hadi menjelaskan, terkuaknya pelanggaran terbang di luar hari yang ditentukan bermula saat AirAsia diketahui terbang tanpa mengambil hasil informasi cuaca BMKG. AirAsia mengambil informasi mengenai cuaca setelah pesawat terbang meninggalkan Surabaya menuju Singapura pada Minggu kemarin.

"Pelanggaran AirAsia terlihat saat mereka mengambil informasi cuaca setelah pesawat terbang. Ternyata setelah diselidiki tim di sana, mereka terbang di luar hari yang diberikan," ujarnya.

Seperti diketahui, Kemenhub memberi izin rute Surabaya-Singapura pp kepada Indonesia AirAsia. Izin yang diberikan sesuai dengan jadwal penerbangan pada hari Senin, Selasa, Kamis dan Sabtu.

Namun pada pelaksanaannya, penerbangan AirAsia rute Surabaya-Singapura pp dilaksanakan di luar izin yang diberikan, yaitu hari Minggu dengan terbangnya AirAsia QZ8501. Saat terbang, pihak Indonesia Air Asia tidak mengajukan permohonan perubahan hari operasi kepada Direktorat Jenderal Perhubungan Udara Kemenhub.

Ramalan Ribut Tropika Jangmi melanda Malaysia sebelum ini bukan khabar angin

Posted: 01 Jan 2015 11:38 AM PST

Sikap sesetengah pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin kononnya Ribut Tropika Jangmi akan melanda 90% kawasan Malaysia (atau Semenanjung Malaysia?) ternyata berpunca dari kesilapan mereka sendiri dalam mentafsir peta unjuran laluan ribut tersebut yang dikeluarkan oleh pakar dari agensi kajicuaca antarabangsa yang memantau kejadian taufan, dalam hal ini, di rantau Pasifik Barat, lalu diadun dengan kedaifan masyarakat dalam memahami cuaca.

Pada unjuran Weather Underground bertarikh 30 Disember jam 9 pagi  waktu Jepun di bawah, memang diramalkan Ribut Tropika Jangmi menuju ke Semenanjung dan tiba pada 4 Januari dalam bentuk Tropical Storm dan ini agak menggemparkan tetapi unjuran yang dikemaskini setiap 6 jam ini  hakikatnya akan berubah mengikut perubahan angin dan suhu dalam tempoh 6 jam cerapan berikutnya. 


Cerapan 6 jam berikutnya pada hari yang sama masih menunjukkan pergerakan ramalan 5 hari fenomena ini menuju ke Semenanjung tetapi dalam keadaan lemah dan turun peringkat kepada Tropical Depression.


Malangnya, bulatan radius kepada titik tengah fenomena ini dibaca oleh awam sebagai kawasan yang menerima kesan sedangkan ia membawa maksud kawasan berpotensi bagi kedudukan sebenar titik tengah fenomena ini berada sekiranya unjuran tersebut benar-benar tidak berubah.

Maka tercetuslah pendapat kononnya 90% Semenanjung akan menerima musibah ribut pada 4 Januari. Ini jika tidak kerana niat yang tidak baik, tentu sekali salahtafsir dengan cara yang tolol kerana keterangan bagi bulatan tersebut telah tersedia di atas sebelah kanan imej tersebut.

Diringkaskan,  unjuran 18 jam berikutnya iaitu pada 31 Disember jam 9 pagi waktu Jepun menunjukkan hanya tiga ikon pusaran yang terpampang di mana ia diramalkan hilang tidak lebih dari 1 hari dari unjuran tersebut dibuat dan akhirnya, pihak pakar pengkaji taufan Pasifik Barat mengesahkan Jangmi telah 'mati' pada lewat 31 Disember.


Pun begitu, sisa-sisa Jangmi dalam bentuk lekukan tropika masih menghadirkan angin kencang dan hujan lebat. Maklumat awal pagi ini di Sabah, angin masih bertiup kencang dan imej satelit cuaca 2.1.2015 jam 1.00 pagi, lebih 24 jam selepas Jangmi diisytiharkan 'mati' adalah seperti di bawah.


Tetapi apa yang menghairankan ialah respon dari Majlis Keselamatan Negara yang seperti menafikan mentah-mentah dengan menyebut bahawa Ribut Tropika Jangmi menuju Malaysia hanyalah khabar angin bagi mencetus panik. Jika MKN menafikan 'hoax' bahawa 90% Malaysia akan dilanda ribut itu memang sesuatu yang wajar. Tetapi memberi gambaran yang menafikan bahawa Jangmi diramal menuju Malaysia itu adalah sesuatu yang tidak wajar. 

Ini kerana maklumat cerapan ini terdokumentasi di Joint Typhoon Warning Center dan Japan Meteorological Agency dan tindakan menafikan mentah-mentah ramalan tersebut hanya merosak imej agensi meteorologi negara dan tidak mencerdikkan masyarakat terhadap hakikat cuaca di rantau ini. Met Malaysia malah tidak menjelaskan apa-apa keterangan untuk menjernihkan polemik media sosial ini.

MKN seharusnya membenarkan ramalan tersebut dan pada msda yang sama, mendidik masyarakat tentang perubahan-perubahan dari masa ke semasa ramalan tersebut mengikut garis masa yang telah berlaku agar masyarakat lebih faham dan lebih peka.

Sebaliknya penafian bulat-bulat seolah-olah memimpin pemikiran masyarakat untuk terpesong dari hakikat keadaan dan persekitaran sebenar meteorologi tempatan dan corak kajicuaca.

Harus diingat bahawa pada 25 Oktober 1962, siri taufan Pasifik Barat telah menghasilkan Ribut Tropika Harriet yang membadai Nakhon Si Tammarat di selatan Thailand menyebabkan 900 kematian dan 10,000 orang hilang tempat tinggal. Di bawah ini adalah peta rangkaian siri taufan dan ribut tropika yang terhasil dalam 1962 tersebut.



Begitu juga dengan kejadian Ribut Tropika Vamei yang muncul di luar pantai timur Johor pada 25 Disember 2001, bergerak melintasi Johor ke Selat Melaka dan merentas Sumatera sebelum mati di Lautan Hindi. Banjir lumpur dan tanah runtuh akibat kejadian ini mengakibatkan kerugian RM7 juta dengan 5 kematian dengan angin dicatat sehingga 140 km/j ketika ia melepasi Johor.

Ribut Tropika Vamei melanda Johor


Semua ini menunjukkan ribut tropika mampu untuk tiba di Semenanjung dan cerapan agensi meteorologi antarabangsa berkenaan Jangmi bukanlah khabar angin melainkan ramalan dari masa ke semasa.

Jangan disamakan ia seperti khabar angin sekolah runtuh di Manik Urai yang sememangnya penipuan.


Siri Taufan Pasifik musim 2014


Comments (0)