Isnin, 26 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 26 Jan 2015 03:43 AM PST

bumiyang


Perogol Mengaku Merogol dan Meliwat Isteri Kawan...

Posted: 25 Jan 2015 05:19 PM PST

tunku

Posted: 26 Jan 2015 03:03 AM PST

tunku


Anwar to know outcome of final appeal on Feb 10

Posted: 25 Jan 2015 10:24 PM PST

PKR de-facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will know the verdict of his appeal against his sodomy conviction on Feb 10.

This was announced in a tweet on Monday by Federal Court communications and international relations chief Mohd Aizuddin Zolkeply, who said "Decision of DSAI v PP at Federal Court fixed on February 10, 2015 at 9.00 am" on the Malaysian Judiciary's official Twitter account, @MYJudiciary.

If Anwar is found guilty, he would be disqualified as the member of parliament (MP) for Permatang Pauh as per Article 48(1)(e) of the Federal Constitution which states that an MP would be disqualified if he or she is sentenced to a jail term of more than a year, or fined more than RM2,000.

In the appeal.  Anwar, 67, is asking the Federal court to set aside the conviction and sentence imposed by the Court of Appeal on March 7 this year after it had overturned a High Court decision to acquit him.

The hearings ran for eight days from Oct 28 to Nov 7 2014.

The Court of Appeal found Anwar guilty of having sodomised his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, between 3.10pm and 4.30pm on June 26, 2008.

The charge under Section 377B of the Penal Code carries a jail sentence of up to 20 years and whipping, upon conviction.

On Jan 9, 2012, the High Court acquitted and discharged Anwar of having sodomised Mohd Saiful on the grounds that the court could not be 100 per cent certain on the integrity of samples taken for DNA testing from the alleged victim.

Selangor gets dengue warning

Posted: 25 Jan 2015 06:27 PM PST

The number of dengue cases in Malaysia is on the rise, with nearly 3,000 new cases recorded in the past week.

With more than 1,000 cases, Selangor grabbed the lion's share of the attention of the Government.

"The Health Ministry has urged Selangor and its local councils to pay close attention to the rise in dengue cases," said Deputy Health Minister Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, who added that dengue in Petaling Jaya had worsened.

"Local councils must keep a close watch on proper waste management and other related problems which may lead to the increase in dengue cases," he told a press conference after presenting 1Malaysia People's Aid (BR1M) 2015 here yesterday.

Ministry deputy health director-general Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai said the matter was "in the public's hands".

"Right now we are looking at 2,500 to 2,800 cases every week.

"The public has to be aware that dengue is back," he said as he advised the public to eradicate mosquito breeding grounds around and within their homes.

"It is highly important that we take a proactive stance against dengue," said Dr Jeyaindran.

At the height of last year's dengue crisis, incidences hit a high of 3,500 cases a week.

On another matter, Dr Hilmi said the ministry was studying the possibility of relocating government clinics away from low-lying areas that were prone to flooding.

"The recent floods in Kelantan and Terengganu have shown that clinics are not suitable to be built in such locations, where the floods destroyed 15 of them – four in Terengganu and 11 in Kelantan.

"The Terengganu government agreed to allocate three pieces of land for the rebuilding of the clinics," he added.

Taipingmali (tm)

Posted: 26 Jan 2015 01:30 AM PST

Taipingmali (tm)


Masjid Kg Expo Pecah Panggung dengan Ceramah Maulidur Rasul

Posted: 25 Jan 2015 10:48 PM PST

Kelmarin Ahad 25 Januari 2015, Masjid Jamek Kampung Expo sekali lagi menjadi tempat Pas berpolitik. Pada kain rentang tertulis majlis sambutan Maulidur Rasul dengan menggunakan nama penceramah terkenal Ustaz Roslan Che Ros, tetapi yang hadir ialah Husam Musa dan Hadi Awang.

Oleh itu solat subuh pagi kelmarin agak luar biasa, kereta penuh membanjir sampai ke luar jalan, kebanyakan adalah dari luar kairiah. Kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Husam Musa dari Kota Bharu, Kelantan. 

Sepatutnya Ustaz Husam Musa menyampaikan ceramah mengenai sirah rasullullah tetapi apa yang disampaikan oleh ustaz itu menyimpang jauh sama sekali.

Beliau menyentuh tentang banjir zaman Nabi Nuh, menceritakan bagaimana Nabi Nuh mereka cipta sebuah bahtera besar yang  boleh membawa haiwan ternakan, termasuk nyamuk da  membawa pokok serta umat baginda.

Mengenai banjir di Kelantan yang dianggap paling besar dala  sejarah negeri, beliaua menceritakan bagaimana haiwan peliharaan nya seperti kambing janapari 11 ekor, burung puyuh, 4 ekor kucing miliknya yang tahu bahawa bencana akan tiba. Katanya semua haiwan berjaya menyelamatkan diri dengan mencari tempat selamat yang lebih tinggi.  Beliau menegaskan bahawa air naik begitu cepat dan menenggelam separuh rumahnya.

Ustaz Husam tidak berani menceritakan punca sebenar dan kenapa banjir tsunami kecil yang memusnahkan Daerah Gua Musang dan Kuala Krai.  Sedikit pun tak disebutnya.

Sepatutnya,  Ustaz Husam Musa menceritakan bahawa banjir besar dan terburuk dalam sejarah negeri Kelantan adalah berpunca daripada aktiviti manusia dari Umni BN yang tamak meneroka dan menggondolkan bukit untuk tujuan balak dan kelapa sawit atau sebagainya.

Ustaz Husam Musa sepatutnya mengutuk perbuatan zalim manusia yang tamak harta dunia sehingga menyebabkan kemurkaan Allah dan membalasnya dengan bencana tsunami kecil.

Selepas bab banjir dan kisah bahtera Nabi Nuh, Ustaz Husam menceritakan kehebatan Mantan Menteri Besar Kelantan Dato Seri Nik Aziz yang coma pun boleh bangun untuk solat tahajud dan coma kembali selapas selasai solat.

Agaknya Pemimpin Pas ada  memasang CCTV yang membolehkan mereka monitor setiap gerak geri pesakit yang sedang coma.

Ini boleh catatkan dalam buku rekod dunia dimana seorang pesakit yang coma setelah diberi ubat atau dadah yang paling kuat mampu sedar untuk solat tahujud dan kembali coma selepasnya.

Ustaz Husam Musa menceritakan bagaimana seorang ulama daripada Pakistan yang melawat mantan menteri besar yang sedang coma mampu berbual  dalam bahasa Urdu dan Nik Aziz mampu berbual walaupun dalam keadaan sakit yang berat.

Dengan ayat itu Ustaz Husam Selesaika   ceramah politik yang penuh dengan cerita tahyul mengenai orang coma.

Selepas itu giliran Presiden Pas  Dato Seri Hadi Awang menyampaikan ceramah yang yang ringkas tetapi sayangnya ramai jemaah telah balik selepas ceramah maulidur rasul yang hebat oleh Ustaz Husam Musa.

Selepas ceramah ringkas yang tidak bermaya,  Ajk Masjid telah membawa Presiden mereka untuk bersarapan pagi di Markaz Pas di Air Kuning.

Sedih! Sejak perpecahan Pas dan Pasma telah menyebabkan kehadiran Presiden Pas menjadi hambar.

Hebat lagi sambutan dala Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Econsave Kamunting bersama Perkasa Taiping.

Sekian/..........

Belantan

Posted: 25 Jan 2015 11:41 PM PST

Belantan


Isu kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Gereja Tambah Anggota Panel Hakim?

Posted: 24 Jan 2015 11:35 PM PST


PUTRAJAYA – Gereja Katolik baru-baru ini gagal dalam usahanya untuk menambah anggota panel lima hakim bagi mendengar rayuan terakhirnya mengikut saluran undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bahagian Bahasa Malaysia majalah mingguannya The Herald.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, yang mempengerusikan panel hakim Mahkamah Persekutuan, sebulat suara menolak permohonan gereja itu untuk mempunyai lebih banyak anggota panel hakim.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

"Permohonan anda adalah untuk menyemak semula penghakiman majoriti empat hakim, dan ketika ini kami mempunyai lima hakim, jadi secara praktikalnya mempunyai anggota lebih banyak," kata Hakim Abdull Hamid.

Beliau berkata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria telah menolak permohonan gereja untuk menambah anggota kuorum dan dengan itu, panel ini tidak boleh membuat keputusan yang tidak selari dengan keputusan dibuat ketuanya (Arifin) yang telah diberi kuasa membentuk panel untuk mendengar sesuatu kes.

Gereja memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.

Jun lepas, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Arifin, dalam penghakiman majoriti, menolak permohonan gereja bagi kebenaran untuk merayu.


Mahkamah Persekutuan, selepas menolak permohonan gereja itu untuk menambah anggota panel, meneruskan prosiding dengan mendengar hujahan Datuk Dr Cyrus Das, peguam utama gereja itu, berhubung permohonan semakan itu.

Pada awal prosiding, mahkamah mendengar hujahan dikemukakan oleh Das berhubung pertambahan anggota panel. Das berhujah bahawa jumlah anggota panel sepatutnya lebih banyak daripada panel sebelum ini yang dianggotai tujuh hakim.

Beliau berkata adalah tidak sesuai bagi panel dianggotai jumlah anggota yang lebih kecil untuk menyemak keputusan panel sebelum ini yang jumlah anggotanya lebih banyak daripada kuorum sekarang.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan, berhujah kuasa untuk menentukan kuorum terletak pada Ketua Hakim Negara dan perkara itu tidak boleh dipersoalkan.

"Kami mempunyai keyakinan sepenuhnya, tidak kira berapa ramai hakim yang bersidang dalam panel," katanya.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah, bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Majlis Agama Islam Terengganu, berhujah lima hakim sudah memadai untuk mendengar permohonan semakan itu.

Katanya oleh kerana sidang terakhir dianggotai panel tujuh anggota, adalah sukar untuk memilih anggota panel hakim, dengan mengambil kira jumlah keseluruhan hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada 19 Sept tahun lepas, Gereja Katolik itu memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.


Hakim Arifin, mempengerusikan panel tujuh anggota itu, memutuskan bahawa 28 persoalan tentang undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan soalan umum dikemukakan pihak gereja gagal memenuhi perkara utama mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberikan kebenaran merayu.

Mahkamah Rayuan pada 14 Okt, 2013, sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi pada 31 Dis, 2009 memutuskan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah Allah adalah melanggar undang-undang, batal dan tidak sah.

Terdapat sembilan responden dalam kes ini iaitu Kementerian Dalam Negeri, kerajaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, lima Majlis Agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Lima negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka dan Selangor.

Berikut adalah kronologi kes Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia majalah mingguan terbitannya, 'The Herald'.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya dijadual mendengar permohonan semakan semula kehakiman mengenainya, esok.

2009:

16 Feb – Gereja Roman Katolik diketuai Ketua Paderi Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan kalimah 'Allah' dalam majalah mingguan itu adalah bercanggah dengan undang-undang.

The Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam edisi bahasa Malaysianya untuk bacaan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Gereja Roman Katolik, antara lain, memohon perisytiharan bahawa:

1. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald kerana adalah menjadi haknya, seperti agama selain Islam, untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman.

2. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

3. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan itu, sama seperti ia mempunyai hak untuk bebas bersuara dan memberi pendapat.

4. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald, sama seperti hak untuk bebas beragama dan mengurus hal ehwal agama sendiri.

5. Ia mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald, sama seperti hak untuk memberi pendidikan tentang Katolik dan Kristian.

6. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada responden untuk melarang pemohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

7. Kalimah 'Allah' bukan eksklusif untuk Islam.

31 Dis – Mahkamah Tinggi, ketika meluluskan permohonan semakan semula kehakiman oleh Gereja Roman Katolik itu, mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Malaysianya, yang khusus untuk bacaan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mahkamah itu memutuskan bahawa The Herald mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah dalam majalah mingguannya bagi mengembangkan agama Kristian, bukan agama Islam.

Hakim berkenaan berkata menurut Perkara 11(4) Perlembagan Persekutuan, adalah salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' untuk menyebar agama mereka kepada orang Islam.

Tetapi, tidak menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' untuk menyebarkan agama mereka kepada orang bukan Islam, katanya.

Hakim itu seterusnya berkata menurut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, The Herald mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi tujuan keagamaan dan pendidikan dalam kalangan penganut Kristian.

Katanya menteri berkenaan gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan kalimah itu akan mengancam keselamatan negara dan mencetuskan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

2010:

4 Jan – Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan memfailkan rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

6 Jan – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan pelaksanaan perintah terdahulu yang membenarkan majalah itu menggunakan kalimah 'Allah' berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik atas alasan untuk kepentingan negara.

2013:

10 Sept – Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

14 Okt- Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara meluluskan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah'.

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah'.

Hakim Mohamed Apandi, yang mengetuai panel tiga anggota, berkata mahkamah mendapati kalimah 'Allah' tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Katanya dengan mengambil fakta sejarah dan keagamaan, beliau tidak menemukan sebarang sebab munasabah kenapa Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur "berkeras" untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan itu.

11 Nov – Gereja Roman Katolik memfailkan permohonan untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan mengemukakan 26 persoalan undang-undang yang melibatkan tiga bidang iaitu persoalan undang-undang, isu pentadbiran dan sama ada mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang isu perbandingan agama.

2014:

5 Mac – Pendengaran permohonan Gereja Roman Katolik untuk mendapat kelulusan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya; Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakimannya ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

23 Jun – Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, menolak permohonan gereja itu untuk mendapatkan kelulusan merayu bagi penarikan balik larangan kerajaan tentang penggunaan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan dalam edisi bahasa Malaysia The Herald.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh anggota, memutuskan bahawa 28 persoalan mengenai undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan persoalan umum yang dikemukakan gereja itu, tidak memenuhi syarat asas mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, untuk diberi kelulusan untuk merayu.

Katanya Mahkamah Rayuan secara betul menggunakan ujian objektif berhubung keputusan menteri berkenaan melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

Arifin berpendpat hakim Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayan gereja berkenaan untuk mencabar kesahan atau kuasa dari segi perlembagaan pelbagai enakmen negeri yang bertujuan mengawal dan menyekat penyebaran doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

19 Sept – Gereja Roman Katolik memfailkan permohonan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memberi kelulusan kepadanya untuk merayu berhubung larangan Menteri Dalam Negeri tentang penggunaan kalimah 'Allah'.

Permohonan itu dibuat berdasarkan tiga asas utama, termasuk isu undang-undang tertentu yang menjadi bahagian penting dalam permohonan untuk mendapatkan kelulusan itu, mengikut skop Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.— BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 Jan 2015 11:35 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Siapa penjawat awam yang memperdaya DS @Zahid_Hamidi untuk menyelamatkan kedudukannya sendiri?!! @NajibRazak

Posted: 25 Jan 2015 10:00 PM PST

Surat Sulit Kepada FBI : DS Zahid Hamidi diyakinkan oleh Ghani Patail, Paul Phua Klien Kepada Shafee Abdullah?

1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K.

2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat.

3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia.

4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap.

5. Kerana heboh diperkatakan ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan oleh pasukan Polis sehingga surat sulit tersebut dikeluarkan.

6. Sebenarnya tiada kesilapan berlaku, sebaliknya Shafee Abdullah mengenali Paul Phua kerana Paul adalah klien kepada Shafee Abdullah yang turut mempunyai 'hubungan' dengan Ghani Patail.

7. Bagi menjaga kepentingan bersama Paul Phua, Shafee Abdullah dan Ghani Patail bertindak menyakinkan DS Zahid Hamidi supaya menandatangani surat tersebut.

8. Boleh dikatakan DS Zahid Hamidi sebenarnya telah ditipu oleh Ghani Patail sebagaimana Ghani menipu DS Hishammuddin Hussein ketika memegang portfolio KDN dan DS Najib Razak bagi memastikan ISA dimansuhkan.

9. Justeru, kami mahu mendesak agar Shafee Abdullah serta Ghani Patail tampil membuat penafian di atas dakwaan dan maklumat yang disalurkan oleh seorang individu berpengaruh.

10. Rakyat Malaysia tidak wajar menghukum DS Zahid Hamidi kerana Menteri biasanya menandatangani setiap surat setelah diperiksa atau selepas dirujuk oleh pihak berkenaan.

DS Zahid Hamidi adalah 'kambing hitam' Ghani Patail dan Shafee Abdullah. - FB Kami Desak Ghani Patail - AG Disiasat & Berundur





Ini bukanlah pertama kali kami dengar penasihat undang-udang (baca: Peguam Negara a.k.a. AG) 'memperbodohkan' pemimpin negara demi agenda peribadi mereka. Isu pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat juga berlaku dengan cara yang sama. Dikatakan 'mereka' menasihati YAB PM untuk memansuhkan kedua-dua akta tersebut kononnya untuk menggantikan dengan rang undang-undang yang lebih efektif. Hasilnya SOSMA; satu akta yang sangat lemah dan banyak lompong kelemahan sehinggakan untuk mendakwa seorang perusuh jalanan pun menjadi sukar.

Dikatakan juga tujuan 'mereka' menasihati kepimpinan negara untuk memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat juga adalah bagi membolehkan klien mereka, yang ketika itu sedang ditahan di Simpang Renggam dapat dibebaskan tanpa syarat. Hasilnya, hari ini ketua-ketua kongsi gelap lepas bebas menjalankan kegiatan jenayah terancang mereka sambil memberikan sokongan kewangan yang sangat kuat kepada DAP. Kerajaan pula hanya dapat mampu melihat kerana SOSMA bukanlah akta yang diwujudkan untuk mencegah kegiatan jenayah.

Dan semua ini dilakukan bukanlah melalui BAR Council yang sememangnya diketahui anti Islam, anti Melayu dan anti Kerajaan, tetapi oleh seorang pegawai kanan Kerajaan sendiri yang sepatutnya sudah berpencen tetapi disambung-sambung kontraknya sehingga kini.

Kerana itulah, apabila timbul isu surat Menteri Dalam Negeri (MDN) kepada FBI, kami tidak merasa terkejut sangat. Apatah lagi, ianya dikatakan berlaku bagi mengelakkan kedudukannya sebagai NAPOLEON dalam jabatan Kerajaan tidak tergugat. Kerana itulah, beliau sanggup "memperdaya" MDN untuk menandatangani surat tersebut semata-mata bagi memastikan individu tersebut tidak terus menjadi ancaman terhadap kedudukan beliau di jabatan tersebut.

Tekanan terhadap beliau bermula apabila individu tersebut berjaya meneruskan kes Saiful dan menyabitkan Anwar Ibrahim di mahkamah. Ramai yang mula melihat potensi individu tersebut dan mula mendesak pihak Kerajaan untuk menggantikan pegawai kontrak Kerajaan yang tidak lagi efisyen tetapi gaji melambung ke langit ini.

Sekarang kita semua tahu bukan di sebalik misteri "MENGAPA MDN PERLU TANDATANGAN SURAT KEPADA FBI" tersebut?!!

Dan ingatlah, dalam agensi Kerajaan, ini bukanlah satu-satunya NAPOLEON yang wujud. Banyak lagi dinosaur yang menghambat kepentingan diri dan kroni dalam Kerajaan kini sedang berleluasa yang bukan sahaja sedang memberikan impak negatif kepada YAB PM, malah kepada UMNO dan BN sendiri. Lebih parah, mereka ini juga kebanyakannya penyokong pakatan pembangkang!!!

Jadi sampai bila pihak Kerajaan hendak terus berlembut dan membiarkan anasir jahat ini terus membusuk dalam jentera mereka sendiri?!!   

DAP TOLAK HUDUD, HADI BALAS TOLAK PILIHANRAYA TEMPATAN SEBAGAI PUNCA RUSUHAN KAUM

Posted: 25 Jan 2015 05:00 PM PST

DAP tidak sepatutnya membangkitkan soal Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara terang-terangan hanya kerana semata-mata tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, DAP sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih wajar dan memikirkan hubungan kerjasama yang terjalin menerusi gabungan Pakatan Rakyat.
Sama seperti PAS kata Mahfodz, parti itu walaupun tidak bersetuju dengan pilihanraya PBT itu sebelum ini, namun masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana mahu menjaga hubungan sesama rakan dalam Pakatan.
"Maka sebab itulah dah sampai masanya Datuk Seri Presiden menyuarakan pandangan yang sebenarnya. Yang PAS tak setuju itu ialah pilihanraya itu macam di seluruh Malaysia ada komponen semua kaum.
"Tapi kalau di bandar, kaum Cina menguasai. Sebab itu PAS tak setuju, ini akan timbulkan ketegangan kaum. Dan Melayulah yang akan tersepit itu," katanya kepada Antarapos.
Ujar Mahfodz yang turut bersetuju dengan pandangan Hadi itu lagi, DAP tidak wajar menggunakan isu hudud untuk menyerang PAS kononnya membelakangkan Pakatan, kerana secara asasnya PAS sendiri menghormati pandangan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan.
"PAS hormati DAP tak mahu hudud tapi dia kena paham apa yang dilaksanakan itu berkaitan dengan hukum hakam orang Islam. Macam kita puasa, sembahyang dan haji..dia tak boleh tak setuju sebab ia berkaitan dengan orang Islam. Hudud pun seperti itu juga, kita tak kenakan apa-apa tindakan kepada orang bukan Islam," ujarnya lagi.
Bekas Pesuruhjaya PAS Johor itu juga tidak menolak kenyataan yang dibuat Hadi itu adalah sebagai respon kepada tindakan DAP yang enggan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
"Iyalah.. untuk berlaku adil, maknanya kalau dia nak laksanakan tanpa persetujuan pun dia nak teruskan. Jadi kita pun begitu juga. Walaupun DAP tak setuju dengan hudud, maka kita akan laksanakan juga kerana yang terlibat dengan hudud di Kelantan ini orang Islam saja.
"Tak ada kena mengena (dengan orang bukan Islam). Lagi pun undang-undang itu diluluskan sebelum adanya Pakatan," kata beliau lagi.
Tambah Mahfodz, DAP sepatutnya membincangkan isu pilihanraya PBT itu dalam mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat sebelum membangkitkannya.
"Patutnya ia (pilihan raya PBT) ini perlu dibincangkan dan minta persetujuan dalam Majlis Presiden. Kita diam itu dengan harapan supaya hasrat PAS nak laksana hudud di Kelantan pun DAP tak perlu bising. Macam kita (PAS) tak setuju tapi diam… menggambarkan ada perpaduan dalam Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.
Justeru dengan keadaan sekrang ini yang menyaksikan pertikaman lidah antara pemimpin kedua-dua parti, Mahfodz mencadangkan kedua-dua pihak duduk semeja untuk membincangkan permasalahan yang berbangkit. 

PEGUAM NEGARA : MENGGESA SABAH SARAWAK BERPISAH DARI MALAYSIA SATU HASUTAN

Posted: 25 Jan 2015 09:37 AM PST





The Unspinners

Posted: 25 Jan 2015 11:13 PM PST

The Unspinners


Guan Eng marah Betty diserang 8: Cina rebut BR1M, Betty gaya macam Imelda

Posted: 25 Jan 2015 10:33 PM PST


Adakah sudah berlaku penindasan hingga ramai cina jatuh miskin di Penang? Jika tidak, kenapa cina yg dah hampir pasti 90% akan undi DAP boleh berpusu merapak sembah ke pejabat UMNO Pulau Pinang?






Nampaknya ramai dan berebut cina yang jatuh miskin hingga memerlukan BR1M.

Yang nampak jelas juga adalah Betty Lim sudah begitu mewah hungga bertukar2 beg mewah yg mahal. Pakai intan berlian puluhan ribu harga. Guan Eng bertukar2 kereta mewah.

Teringatkan suasana Filipina ketika pentadbiran Marcos dengan Betty dah menyerupai Imelda Marcos yang bukan kaya kasut tapi kaya beg tangan. Selama ini Rosmah Mansor yang diperolok-olokkan. Rupanya nak nutup aib Betty

Guan Eng marah Betty diserang 7: LGE tak tahu tadbir, tapi Betty arah jadi PM

Posted: 25 Jan 2015 08:00 PM PST


Mungkin sekali ini adalah permintaan Betty untuk Guan eng jadi PM maka dia terpaksa serang kebolehan Najib walaupun dia tidak tahu urus pun Penang.


Guan Eng mahu kata Dato Najib tidak tahu urus kewangan dengan disiarkan gambarajah di atas. Hujah Guan Eng dipintas dengan baik oleh Flying Kick di SINI


Sebenarnya yang hancur dalam hal mentadir adalah Guan Eng. Senarai kehancuran Guan Eng mentadbir boleh dibaca dalam gambarajah berikut:





PAS tertipu ...
Tadbir tak pandai tapi angan2 nak jadi PM:


Semua pasal Betty ada cita-cita politik ...


Guan Eng marah Betty diserang 6: Betty nak tapak Line Clear ka?

Posted: 25 Jan 2015 05:44 PM PST



Betty jaga urusan property dalam PCCC. Hairan kenapa dewan ini tidak Malaysian Malaysia tapi Chinese Malaysian.

Kenapa pula Guan Eng boleh prihatin tentang penjaja cina?


Sedangkan Line Clear begitu strict dikuatkuasakan peraturan





Hmmm ... Betty ada projek ke di tapak Line Clear?

Guan Eng marah Betty diserang 5: Nepotisma keluarga

Posted: 25 Jan 2015 07:00 AM PST










Guan Eng marah Betty diserang 4: Projek parking masyuk

Posted: 25 Jan 2015 03:30 AM PST











Guan Eng marah Betty diserang 3: Hidup mewah-mewah

Posted: 25 Jan 2015 12:05 AM PST









melayuangkat

Posted: 25 Jan 2015 03:09 PM PST

melayuangkat


TITIN KHARISMA, PEDANGDUT YANG MENGAKU DIHAMILI SUAMI INUL

Posted: 25 Jan 2015 08:26 AM PST

RESEP DAN CARA MEMBUAT KUE KERING COKLAT

Posted: 25 Jan 2015 08:23 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 25 Jan 2015 03:04 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Aksi separa lucah pasangan kekasih dalam KFC dirakam pengunjung

Posted: 25 Jan 2015 03:01 PM PST

Perghh, dah macam 'trend' bagi remaja zaman sekarang melakukan aksi tidak senonoh di khalayak ramai.

Aksi tidak senonoh pasangan ini berjaya dirakam oleh pengunjung di sebuah restoran makanan segara KFC.

Jika anda perhatikan, dengan selambanya pasangan tersebut bercumbu sakan sehingga lelaki di dalam video tersebut mula 'mengorak langkah' menuju ke arah kemaluan wanita tersebut.

Dasar tak tahu malu sungguh!

Di penghujung klip, kelihatan wanita itu pun macam dah mula risau dengan tindakan rakus teman lelakinya dan cuba bangun dari kerusi sebelum dia dirogol atas meja makan tu aje!

Sape suruh layan dari mula kan? Mamat tu dah tak boleh nak kawal diri akhirnya….

Soalnya… apa mereka ingat restoran makanan segera tersebut bapak diorang punya?
Anda fikirlah, ini baru di restoran, belum lagi mereka berada di tempat yang lebih 'selesa' seperti di dalam wayang.

Jika di khalayak orang ramai pasangan tersebut selamba melakukan aksi 'mengorak langkah' , bagaimana pula di tempat yang tertutup? Berlangkah-langkah lagi lah jawapannya.

Begitu pun, kelakuan mereka sememangnya tidak bermoral dan boleh mengakibatkan budaya negatif seumpama ini menjadi ikutan anak muda yang lain pula.

Gejala sebegini lah yang menyebabkan peningkatan kes-kes pembuangan bayi. Apa pun, semoga perkara sebegini dapat dijauhkan-MYNEWSHUB.CC

Poland tersungkur, Malaysia juara Liga Hoki Dunia

Posted: 25 Jan 2015 06:45 AM PST

MALAYSIA menjadi juara saingan Pusingan Kedua Hoki Liga Dunia (WHL) 2015 selepas menundukkan Poland 8-0 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Sengkang, di sini malam ini.

Penjaring:
Malaysia: Faizal Saari (3', 33'), Muhammad Razie Abdul Rahim (7', 21',60'), Nabil Fiqri Mohd Noor (42'), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (48'), Muhammad Haziq Samsul (54')

- Bernama

Suamiku curang bepuluh-puluh kali (part 2)

Posted: 25 Jan 2015 03:15 AM PST

BUKAN niat untuk mendedahkan demi simpati atau mengaibkan diri sendiri dan keluarga apatah lagi bekas suami. Kisah ini saya imbau demi iktibar dan pedoman kepada rakan-rakan wanita.

Sambungan minggu lepas... [ARTIKEL BERKAITAN: 'Suamiku curang berpuluh kali' ]

Dan mudah-mudahan ia juga memberikan kekuatan kepada diri saya untuk meneruskan kehidupan yang masih bersisa.

Ketika menelusuri denai berlopak di hadapan stesen bas berdekatan Kampung Baru, saya lihat kelibat seorang perempuan berusia 30-an mengheret seorang kanak-kanak dua tahun. Hujan masih renyai. Saya suruh suami berhenti dan perlahan-lahan saya keluar dari kereta. Saya berlari-lari kecil mendekati wanita itu.

"Nak pergi mana hujan-hujan ni?"

"Cari kerja bu. Saya dihalau majikan. Enggak tahu mahu ke mana." Demi mendengar jawapannya, dada saya meruntun hiba. Benarlah telahan saya bahawa wanita ini bersama anaknya dalam kesusahan.

Entah apa salah silapnya terhadap majikan namun bagi saya, menghalau mereka di waktu hampir senja, dalam hujan renyai adalah perbuatan tidak wajar. Tiada belas kasihan dan kasih sayang.

Saya pandang suami dalam kereta. Dia yang seakan memahami menganggukkan kepala, membenarkan saya menjemput wanita itu masuk ke dalam kereta.

"Makasih ya pak sama ibu. Saya Ratna. Ini anak saya, Juita. Dari Medan. Udah banyak tahun di Malaysia. Saya kahwin sama orang Indonesia tapi udah cerai setahun lalu dan dia pulang ke seberang bawa anak lagi satu." Ratna memperkenalkan diri tanpa dipinta. Saya dan suami hanya berpandangan. Memang kasihan.

Malam itu, kami berbincang untuk membenarkan Ratna bekerja di restoran milik suami dan tinggal di rumah pekerja, juga kebanyakannya wanita Indonesia. Ratna mudah serasi dengan pekerja lain dan dia juga dapat pengasuh untuk anaknya.

Bulan pertama, saya sibuk menguruskan dokumentasi Ratna termasuk pas pekerja dan permit. Seperti mana pekerja lain, Ratna dilayan sama rata dan diberikan gaji mengikut kebolehannya.

Dia pandai memasak dan pandai juga mengambil hati pengunjung. Jujur saya akui, beberapa bulan bekerja, Ratna antara pekerja yang rapat dengan saya dan mudah dibawa bersembang.

Saya dan suami turut membelikan tiket kapal terbang untuk Ratna pulang ke Medan menghantar anaknya dan menjenguk anak yang seorang lagi, selain menghantar belanja di kampung. Tiada istilah berkira kerana pekerja adalah sumber pendapatan kami sekeluarga.

Terbongkar lagi

Hampir dua tahun bekerja, saya mengandung anak ketiga. Alahan teruk menyebabkan saya tidak mampu untuk selalu berada di restoran menguruskan kaunter dan menutup akaun. Biasanya jam 3 atau 4 pagi baru saya balik ke rumah tapi sejak hamil jam 9 atau 10 saya sudah balik meninggalkan Ratna yang saya amanahkan untuk menjaga restoran.

Kandungan masuk enam bulan. Saya mula mendengar cerita tidak enak mengenai sikap Ratna dan suami yang dikatakan sering bersama. Agakan saya, mungkin atas urusan akaun.

Saya perhatikan sikap mereka sama sahaja, bak majikan dengan pekerja. Tapi lama-kelamaan, cerita yang kedengaran seakan bukan bualan kosong. Tiga bulan berlalu, saya diam dan cuba telan berita tidak enak mengenai mereka berdua.

Namun hati isteri mana yang mampu tenang. Cerita demi cerita, semakin menghimpit perasaan. Pekerja sarankan saya pergi pada jam tertentu di mana suami dan Ratna bercumbuan.

Mereka meluat melihat Ratna yang semakin terang-terangan memperlihatkan kemesraannya dengan majikan. Malam itu, dengan perut yang memboyot, saya gagahkan diri ke restoran jam 2 pagi. Waktu ini, pelanggan mula susut dan biasanya saya, suami atau Ratna sudah di kaunter memulakan kira-kira.

Saya berjalan perlahan dari pintu belakang restoran. Pekerja yang menyedari kedatangan saya diam tak berkutik. Saya perlahankan langkah. Dari belakang sayup-sayup terdengar gelak ketawa Ratna dan suami di kaunter. Saya mengintip. Tangan Ratna enak melingkar di bahu suami. Kepalanya meliuk-lentuk begitu mesra dan manja. Beberapa kali, saya melihat suami memandang kiri dan kanan sebelum satu kucupan hinggap di pipi Ratna. Ya ALLAH... suami saya orang agama... saya terduduk.

Hendak bersalin

Saya mengongoi macam budak kecil. Ibu, abang, adik-beradik, semua saya sudah panggil. Mereka berhimpun di rumah saya subuh itu. Suami yang baru balik kerja terkejut tetapi seakan menduga.

"Tia nampak semuanya abang... sekarang ni, depan mak dan adik-beradik Tia nak abang lepaskan Tia. Sampai hati abang duakan Tia dengan pekerja? Tak cukup ke apa yang abang dah buat pada Tia selama ni?

Abang dah curang berpuluh-puluh kali! Tia dah maafkan abang berpuluh-puluh kali! Abang siap bertaubat, bawa Tia pergi Makkah, naik haji, jadi orang agama, kenapa abang ulang lagi?!!!" Air mata saya mengalir laju. Sumpah, saya amat sayangkannya!

Mak dan adik-beradik lain terkejut dengan kata-kata saya. Selama ini, baru mereka sedar bahawa suami saya yang alim di hadapan mereka telah banyak melukakan hati saya dengan sikap kaki perempuannya.

Abang kandung menggenggam penumbuk. Saya sudah tidak kisah apa akan berlaku pada suami. Dia memang layak dikerjakan.

"Sumpah mak, abang, saya tak buat apa-apa dengan Ratna! Tia tolonglah abang sayangkan Tia dan anak-anak. Tia, kita berhentikan Ratna. Hantar dia balik Indonesia. Abang janji! Tolonglah Tia.

Tia mengandung. Jangan buat macam ni" Demi mendengar perkataan sumpah dari suami, saya menjerit macam orang gila. Saya benci dengan sumpahnya! Saya benci penipuannya! Saat itulah saya tidak sedar bila saya rebah dan tahu-tahu, saya sudah di hospital hendak bersalin.

Rahib wanita tak sedar diri hamil hinggalah....

Posted: 24 Jan 2015 09:01 PM PST

Macerata, Itali: Seorang rahib wanita mengejutkan rakannya dan pegawai gereja apabila melahirkan seorang bayi lelaki selepas mengadu mengalami sakit perut melampau.

Media semalam melaporkan, wanita itu mendakwa dia tidak pernah sedar sedang hamil.

Kelmarin, dia mengadu sakit perut dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun, sumber berkata, rahib berasal dari Amerika Selatan itu kemudian didapati bakal melahirkan bayi ketika diperiksa di bilik rawatan kecemasan di hospital Macerata.

"Bayi itu dalam keadaan sihat tetapi perlu ditempatkan di hospital sementara waktu untuk pemantauan," katanya.

Sementara itu sumber lain memberitahu, rahib terbabit sejak akhir-akhir ini menunjukkan minat kepada aspek penjagaan bayi. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26121#sthash.mhezXMhT.dpuf

Terpukau dengan 'Cik Wawa' akhirnya ikut bertelanjang

Posted: 24 Jan 2015 07:01 PM PST

Foto hiasan
Among: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita (Cik Wawa ) yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.

"Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.

"Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek," katanya.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.

"Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.

"Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai 'tebusan' bagi memastikan video itu dipadamkan," katanya.

Belasah isteri orang...

Posted: 24 Jan 2015 06:17 PM PST

LUTUT mangsa yang tercedera ketika bergelut dengan suspek, kelmarin Miri: Akibat mabuk, seorang lelaki cedera dilibas dengan parang selepas membelasah isteri rakannya sehingga pengsan alam kejadian di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Riam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa berusia 30-an ditumbuk di kepala dan muka bertubi-tubi sehingga pengsan manakala suaminya berusia 28 tahun terpaksa menyerang semula suspek bagi mempertahankan diri.

Suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek berusia 40-an yang memecah masuk kediamannya.

"Mulanya, saya cuba menenangkan rakan saya itu, namun dia bertindak agresif menyerang isteri saya. Saya terpaksa melawan bagi mempertahankan diri.

"Saya mengambil parang diletakkan di luar bilik dan melibas suspek sehingga cedera di rusuk kirinya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini, semalam.

Menurutnya, suspek terbabit dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan selepas menerima panggilan kecemasan berikutan kejadian itu.

"Akibat pergelutan dengan lelaki itu, saya juga mengalami kecederaan di tangan dan kaki. Saya tidak tahu kenapa dia menyerang saya, namun ketika kejadian dia sangat mabuk," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan manakala keterangan wanita terbabit dan suaminya sudah diambil bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek ketika ini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.


-Harian Metro

Anak penyampai radio didera di pusat asuhan

Posted: 24 Jan 2015 05:01 PM PST

KUALA LUMPUR - Seorang penyampai radio mendakwa anak lelakinya berusia setahun lapan bulan didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak, dua hari lalu.

Menurut Nazira Noran, 35, yang bertugas dengan Bernama Radio24, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, menyedari kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan kanan dan kiri, belakang badan serta dahi anaknya ketika menjemputnya dari taska itu pada petang Khamis.

"Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.

"Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nazira berkata beliau membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada Jumaat.

"Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ," katanya.

Nazira berkata anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan. -Bernama

Duke of UMNO

Posted: 25 Jan 2015 01:38 PM PST

Duke of UMNO


LARANG ROTAN ANAK? BELAJAR KAT MANA AKTA NI? BARAT? SWEDEN?

Posted: 25 Jan 2015 06:13 AM PST


Nak buat akta rotan pulak dah... nak pakai alasan CRC? Hmmmmm..... dah pikiaq habih dah? Dah bincang? Dah bincang dengan sapa?

Dah bincang dengan ulama-ulama? Apa kata Islam pasai rotan anak ni?

Saya agak bersetuju dengan pendapat seorang kat bawah ni...
 
Cuba baca apa yang peguam ni kata...klik sini...

Saya mudah. Islam kata boeleh rotan anak... jadi saya orang Islam dan boleh rotan anak saya...

Tapi Islam dah gariskan tatacara nak rotan anak... 

Maksudnya, pukul anak tu dengan kasih sayang dan tujuannya nak mengajar untuk jadi baik... kalau nak rotan anak, jangan lupa selawat dan baca bismillah... sebelum pukul, niat dulu untuk mengajar... 

Merotan anak bukan untuk lepaskan geram, marah dan sebagainya... Setan ja yang suka perkara macam tu....

Masalahnya, undang-undang ni bila dah dikuatkuasa, mana ada ambil kira moral atau niat pukul... kalau ikut undang-undang, moral tu hanya berkait sikit saja... 

Contoh, tak kira la sama ada niat baik ka..niat tak baik ka... kalau akta tu dah diluluskan, rotan dengan kasih sayang nak suruh anak solat pun boleh dipenjara.... tak ke menyusahkan dan langgar tatacara Islam nak ajar anak solat...?

Agak-agak la bila nak buat akta apa sekali pun...rujuk Islam dulu... itu yang penting...

Memandangkan akta ni baru cadangan...maka saya bantah dulu awal-awal... saya tak mahu lahir generasi kurang ajar kat Malaysia ni.... 

Dulu kat sekolah depa mansuhkan rotan... bila budak-budak melampau... depa dok buat-buat heran...tuding jari sana sini... tu yang cikgu-cikgu dah boring dengan Kementerian Pelajaran tu....

Sekarang ni nak implement kat rumah pulak? Heh! Jangan sampai semua mak ayah boring pulak kat Kementerian tu... kan? 

Saya menegur untuk kebaikan... bukan nak kasi hancur... harap faham perkara tu... boleh?

waadat

Posted: 25 Jan 2015 01:12 PM PST

waadat


Menteri cari pasal

Posted: 25 Jan 2015 06:17 AM PST

merotan anak akan jadi kesalahan jenayah apabila bla bla bla....

Menurut menteri bla bla bla...

Ia perlu dilaksanakan memandangkan bla bla bla...

Berdasarkan kes di sweden bla bla bla.....

Nampaknya seorang menteri wanita tidak pasal-pasal cari pasal dengan rakyat dalam isu tiada pasal cari pasal.

Kenapa disentuh hal sensitif ketika rakyat masih keliru dengan GST dan kejatuhan harga petroleum?

Rakyat sekarang sedang keliru adakah mereka untung atau rugi akibat kedua-dua perkara tersebut.

Berbalik pada isu rotan, jika mahu dilaksanakan pertengahan 2015, kenapa cari pasal di awal tahun? Kalau sudah terpaksa dilaksanakan, buat sahajalah nanti tanpa perlu bising-bising.

Bagi Demang jika sudah Islam membenarkan penggunaan rotan maka kenapa dicabar? Menentang hukum Islam samalah dengan menentang perlembagaan Malaysia. (Namun menentang perlembagaan Malaysia tidak bermakna menentang Islam. Kena faham).

Jika anda bersetuju pendapat Demang ini, bersetujulah dengan fakta dan hujah dan jika tidak bersetuju pun, kemukakan dengan cara yang sama.

Demang ingin bertanya, selepas undang-undang ini diwartakan bagaimanakah perlaksanaannya? Katakanlah pada suatu hari anak anda yang berumur 10 tahun tidak mahu solat. Anda pun merotannya. Agak-agak, apakah yang akan berlaku?

Siapakah yang akan membuat laporan polis? Anak tersebut, anak-anak yang lain, isteri, jiran, rakan, ketua kampung, seseorang yang kebetulan lalu di situ, guru di sekolah setelah mendapat aduan, atau siapa?

Bagaimana anda mendidik anak sendiri sehingga mereka sanggup membuat laporan polis apabila anda 'menyentuh' tubuh mereka? Atau, memang anda telah membelasahnya setengah mati?

Anda jawablah sendiri.

Selepas ini ibu bapa takkan tak merotan anak lagi? Namun sebelum itu ibu bapa, guru, ustaz, dan lain-lain akan beritahu anak-anak tentang keharusan menggunakan rotan dalam Islam. Mereka akan fahamkan anak-anak tentang perkara ini.

Maka terbinalah satu generasi yang memahatkan dalam kepala mereka bahawa semua yang terlibat dalam meluluskan undang-undang tersebut adalah jahil.

Seronok?



Zaman batu, logam, plastik, maklumat

Posted: 24 Jan 2015 08:36 PM PST

Pada zaman batu dahulu, hampir semua perkara melibatkan batu. Walaupun bukan rumah batu sekurang-kurangnya duduk dalam gua batu.

Masuk zaman logam, alatan ditukar kepada logam pula. Demikianlah manusia meningkat dan memanfaatkan teknologi.

Selepas itu dunia melalui zaman plastik dan manusia pun menukar lagi alatan mereka.

Sekarang zaman teknologi maklumat. Maka di tangan masing-masing sentiasa melekap peranti yang bekerja 24 jam sehari menyalurkan pelbagai maklumat.

Alat itu tidak tahu apa-apa. Asal sahaja betul protokolnya maka mengalirlah maklumat ke dalamnya.

Yang ada akal ialah manusia maka saringlah maklumat sebaiknya.

Bukan susah sangat nak menyaring maklumat. Contohnya jika terima berita pemimpin meninggal dunia, misal kata "Obama mati" maka taipkan frasa tersebut dalam enjin carian (Google dll), InsyaAllah akan dapat kepastian.

Maka terhindarlah kita daripada bersekongkol dengan penyebar fitnah.

Nota:
Foto sekadar hiasan.

A Piece of My Mind

Posted: 25 Jan 2015 11:50 AM PST

A Piece of My Mind


You are cute, YB Ong Kian Ming

Posted: 25 Jan 2015 02:41 AM PST

When I read MP Serdang YB Ong Kian Ming's press statement which was picked up by the media - How can PM Najib convince sceptics about his budget revisions when he himself can't get the figures right? - I knew for sure that this can't be true. Ministry of Finance has one of the best line up of Government officials in the service. Malaysia's Treasurer General, Tan Sri Irwan Serigar, is well known for his eye for details and extremely alert when it comes to numbers, fiscal policies, public documents and the Prime Minister's speech.

First, YB Ong claimed that PM was inconsistent in his Special Address on Budget 2015 version 2.0 when he said "PM Najib announced that development Expenditure of RM48.5 billion for 2015 will be maintained and spent. This statement by PM Najib is highly confusing since in his 2015 Budget Speech, the development expenditure was announced to be RM50.5 for 2015."

I believe YB Ong was overexcited to "say something" till he overlooked the details. The Development Expenditure (DE) can be broken down into 5 parts:


No
Development Expenditure (DE) 2015
RM  billion
1
Economic
29.3
2
Social
12.6
3
Security
4.9
4
General administration
1.7

Total DE budget and expected to be spent
48.5



Plus
Contingency
2.0

Total DE plus contingency
50.5


The Prime Minister was not wrong when he said that the DE budget of RM48.5 bil that has been allocated will be spent. This allocation has been earmarked and allocated to be spent on key projects that will generate growth.

It is important to note that the contingency budget under DE allocation is only meant for contingency situations, something I believe that the Prime Minister cannot openly say "it will be spent!" at this point in time. Just for YB Ong's sake, here's the Oxford Dictionary's definition for contingencies - "A future event or circumstance which is possible but cannot be predicted with certainty".

The commitment given by the Prime Minister, Ministry of Finance and the Economic Planning Unit that economic, social, security and other projects under the Development Expenditure will be spent should be lauded. It is a sign that should be taken positively because the Government is not sacrificing economic development in these challenging times.

Next, YB Ong went on to say that Treasury's Estimates of Government Revenue 2015 document calculated oil price at USD 105 per barrel however the Prime Minister used the figure USD100 per barrel in his Special Address/Budget 2015 version 2.0 on Tuesday. I doubt Tan Sri Irwan Serigar will make this blunder so I checked the documents. Let's compare the two:

Estimates of Government Revenue 2015 by Treasury (Page 7, Item 31)
…. Anggaran yang lebih rendah disebabkan jangkaan purata harga minyak mentah (Tapis) yang sederhana daripada USD110 setong pada 2014 kepada USD105 setong pada 2015….


PM's Special Address/Budget 2015 version 2.0
In 2014, Dated Brent reached its highest level at USD115 per barrel on 19 June. Global crude oil prices have since plummeted by more than 50%. Consensus among economists is that the forecast price of USD100 per barrel used in the 2015 Budget is no longer realistic. They now estimate the average oil price in 2015 to range from USD40 to USD70 per barrel. The Government has therefore revised downwards its forecast for the average baseline oil price to USD55 per barrel for 2015.


This is a case of using Brent vs Tapis blend oil prices.

It seems to me that the Prime Minister was being consistent in his speech when he used Brent crude oil estimates (USD100 per barrel) which is normally 6% to 7% lower than the Tapis blend (USD105 per barrel) as used in the earlier 2015 Treasury document.

So why did YB Ong decided to mislead the public into thinking that our Prime Minister and the Ministry of Finance failed to get the figures right? Is this a case of "must say something, no matter what" or "any publicity is good publicity"? You are cute, YB Ong.

PEJUANG BANGSA

Posted: 25 Jan 2015 11:46 AM PST

PEJUANG BANGSA


MANA ANWAR BILA RAKYAT MISKIN PERMATANG PAUH TERABAI ?? #P44

Posted: 25 Jan 2015 07:38 AM PST




Atas keprihatinan Ketua Bahagian Umno Pmtg Pauh Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said , kerja -kerja membaiki sebuah rumah daif didiami 4 beranak di Kg Uma , Tanah Liat  kini sedang giat dijalankan .
Kos pembaikan sebanyak RM 5 ribu ini merupakan hasil sumbangan UMNO Bahagian  selepas melihat sendiri keadaan rumah ini sebelum ini .






Persoalannya ,di manakah wakil rakyat kawasan ini dari PKR iaitu Adun Penanti Dr Norlela dan Ahli Parlimen Pmtg Pauh DS Anwar Ibrahim ?

Nak tunggu rumah runtuh dulu baru datang jenguk kot ??

Ramai lagi rakyat miskin Permatang Pauh terabai dan tidak dipedulikan wakil rakyat mereka .





Mereka  sebaliknya lebih  sibuk berpolitik &  menyalahkan kerajaan tetapi hakikatnya yang membela nasib  rakyat di kawasan mereka adalah UMNO .

Itu pun belum lagi  beberapa isu keperluan masyarakat di parlimen ini seperti sumbangan  kepada Sek Agama , Pusat Tahfiz , membaiki surau dan menukar karpet masjid .





Sumbangan Ketua UMNO Bahagian sendiri kepada sek agama
dan pusat tahfiz demi menaikkan martabat  pendidikan kepada
anak bangsa 



Jadi di sini ,  rakyat Pmtg Pauh sudah boleh  menilai  siapa yang membuat kerja & berkhidmat kepada sepanjang masa di sini atau wakil rakyat mereka pilih di pilihanraya lepas.







KOS BINA PARKING KERETA BUKIT BENDERA PALING MAHAL DI MALAYSIA ??

Posted: 24 Jan 2015 10:01 PM PST




Kenapa kerajaan BN Persekutuan yang tidak cekap dan rasuah boleh menyiapkan Projek 'Hospital KL-Multi Store car park' hanya tempoh dua tahun sahaja, 3 kali lebih cepat dan pada hampir separuh kos daripada kerajaan DAP negeri Pulau Pinang yang 'super-efficient' bersandarkan CAT itu?

Ketidakcekapan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengambil masa 6 tahun setengah untuk menyiapkan projek Penang Hill 'Kancil' Car Park.

Projek itu bermula pada Julai 2008 dan hanya dapat disiapkan pada Jan 2015.
Menurut laporan NST Penang "Kancil car park" telah dirasmikan pembukaan oleh Guan Eng pada 19 Januari 2015.
Sebelum ini ia dikenali sebagai "tempat letak kereta Kancil", kerana reka bentuk yang lemah, termasuk susur jalan yang curam dan dikatakan tempat letak kereta itu hanya sesuai untuk kereta Perodua Kancil sahaja.
"Berdasarkan bantahan (orang ramai) itu, kerajaan negeri (Pulau Pinang) telah merobohkan bangunan (lama) dan dibina semula bangunan baharu sebagai tempat letak (yang sesuai untuk semua jenis) kereta."http://www.nst.com.my/node/70230
Yang ini saya tidak faham.
Bukan setakat projek parking kereta Kancil terpaksa ditangguh lama dan terlebih bajet tetapi apabila Lim Guan Eng mahu merasmikan pembukaannya, dia telah terperangkap dalam lif parking kereta selama 3 minit disebabkan bekalan elektrik lif itu terputus.
Pemandunya juga terpaksa mengundurkan keretanya ke dinding sambil naik ke tingkat atas tempat letak kereta.

Nota: Bagi mereka yang masih cuba mempertahankan kerajaan DAP Pulau Pinang dan mendakwa bahawa projek ini adalah dari zaman Koh Tsu Koon.
Sila ambil perhatian bahawa pada September 2009, peruntukan diperuntukkan dan diberikan tanggungjawab kepada PDC Pulau Pinang (100% dikawal oleh kerajaan Pulau Pinang).
Tender bagi projek ini telah dibuka pada 23 Mac 2009 dan rancangan projek telah diluluskan oleh PDC pada Mei 2009.

Bahagian ini adalah tai-chi yang paling tidak masuk akal dari penafian kerajaan Pulau Pinang pada 2011:

"Itulah sebabnya kerajaan negeri PR yang baru dan YAB Ketua Menteri tidak dimaklumkan tentang kemajuan atau diminta memberikan kelulusan untuk projek ini kerana "pelanggan" adalah Kementerian Pelancongan."
Siapa yang mengawal PDC? Sekali lagi ini adalah projek "I was not aware" yang terkenal.
Dana diperuntukkan dan diberikan oleh Kementerian Pelancongan KEPADA kerajaan Pulau Pinang melalui PDC untuk manfaat kerajaan negeri Pulau Pinang dan mereka juga yang akan menjadi pemilik kawasan tempat letak kereta dan mengutip hasil untuk itu. Bukannya Kementerian Pelancongan.
Sebuah tempat letak kereta bertingkat nilai berjuta-juta sedang dibina di kawasan tarikan negeri anda yang paling terkenal dan anda tidak menyedarinya?
Oleh Lim Sian See,

Tiada ulasan:

Pengikut