Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:47 PG

sumber :-

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 13 Dec 2014 03:20 AM PST

bumiyang


Bukan Islam di Penang Boleh Guna Kalimah Allah ???

Posted: 12 Dec 2014 06:12 AM PST

APANAMA

Posted: 12 Dec 2014 11:45 PM PST

APANAMA


UMNO leader lodges police report on 1MDB

Posted: 12 Dec 2014 12:08 AM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 12 Dec 2014 11:27 PM PST

Panglima Perang Cyber


Home minister dismisses social media report on fugitive Ali’s arrest | Malaysia | Mobile | Malay Mail Online

Posted: 12 Dec 2014 10:47 PM PST


KUALA LUMPUR, Dec 13 — The Home Ministry today dismissed as incorrect a social media report that political activist Ali Abdul Jalil had been detained by Interpol and would arrive in Malaysia this afternoon. 

Brig Gen Fadzlette Othman Merican Idris Merican, press secretary to the Home Minister, said: "The news circulating on the social media is not true."

He said the Royal Malaysia Police would issue an official statement if there were any developments on the matter.

Meanwhile, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar, in a message delivered to Bernama over WhatsApp, said he did not have any information on the matter.

A Facebook account believed to be Ali's had carried a report saying that he had been detained by Interpol and would arrive in Malaysia at 12.30 pm today.

The Immigration Department recently revoked Ali's Malaysian international passport.

Ali has been accused of insulting the institution of the monarchy on his Facebook account. He is believed to be in Sweden.  — Bernama

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/home-minister-dismisses-social-media-report-on-fugitive-alis-arrest?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.SBTxUKOW.dpuf


Sent from my iPhone

Ali Abd Jalil Ditangkap Interpol Dan Akan Dihantar Pulang Ke Malaysia | Suara TV

Posted: 12 Dec 2014 05:13 PM PST

Ali Jalil DItangkap

Kuala Lumpur – Aktivis pakatan pembangkang yang melarikan diri ke luar negara ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Sumber SuaraTV ketika dihubungi berkata Ali telah ditahan pihak berkuasa Dublin.

Dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya, Ali turut mengesahkan mengenai perkara itu.

Menurut Ali beliau telah ditahan dan akan dihantar pulang.

"Aku diangkut interpol.. Sultan Johor punya balaci ada sekali.

"Malam ni dibawa pulang ke Malaysia.. esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari.." ujarnya.

Walau bagaimanapun sehingga tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak Wisma Putra.

Ali sebelum ini berkata tekah memohon suaka politik dan dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 8 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem raja berpelembagaan.

Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September lalu.

Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa tidak dibicarakan dengan adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia.



Sent from my iPhone

Pertabalan Sultan Nazrin catat sejarah - Nasional - Utusan Online

Posted: 12 Dec 2014 05:11 PM PST


Pertabalan Sultan Nazrin catat sejarah

"Pada awalnya kerajaan ne­geri tidak memasukkan istiadat pertabalan ini ke dalam kalendar pelancongan negeri tahun depan disebabkan ketika itu kita masih tidak mendapat tarikh rasmi majlis berkenaan.

"Kerajaan negeri yakin istiadat pertabalan ini akan menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Istiadat pertabalan Sultan Nazrin akan diadakan pada Rabu, 6 Mei tahun depan di Istana lskandariah, Kuala Kangsar dekat sini.

Istiadat pertabalan itu kemudiannya diikuti dengan lstiadat Tabal Pusaka dan lstiadat Bersi­ram Tabal yang bakal berlangsung pada malam 7 Mei.

Dalam perkembangan sama, Nolee Ashilin berkata, sasaran untuk menarik 5.5 juta pelancong ke negeri ini tahun depan adalah realistik dan mampu dicapai.

Menurut beliau, ini berdasarkan jumlah kedatangan pelancong yang melebihi lima juta orang sejak dua tahun lalu.

"Kita menjangkakan jumlah pelancong akan meningkat dengan khidmat penerbangan swasta dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini bagi laluan ke beberapa destinasi di Indonesia.

"Kerajaan negeri juga sedang mengadakan rundingan untuk menarik pelancong dari China menerusi penerbangan terus ­Ipoh-Shenzen dan Guangzhou," katanya.


http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pertabalan-sultan-nazrin-catat-sejarah-1.35855


Sent from my iPhone

Sultan Perak dahului 102 penerima darjah, bintang kebesaran Selangor | Berita Harian

Posted: 12 Dec 2014 05:34 AM PST



PENERIMA Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto L Manimaran

SHAH ALAM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Turut menerima S.P.M.S. ialah Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail adalah penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.

Dua anggota EXCO Kerajaan Negeri Selangor mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita iaitu Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Penerima lain D.P.M.S. ialah Duta Malaysia Ke London, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Datuk Rustam Yahaya; Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany.

Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd, Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak; Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad; dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ir Abdul Ghani Hashim.

Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.

Mereka ialah Tengku Seri Andika Diraja Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah; Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Nazri Abu Bakar; Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah, Brig Jen Jalaluddin Manan; Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh, Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh a/l Chand Singh; Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan, Ir Mohamad Dalib; Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brunsfield International Group, Tan Sri Dr Ir Gan Thian Leong.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KWASA Land Sdn Bhd, Mohamad Lotfy Mohamad Noh; Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin; kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat; Perunding Pakar Kanak-kanak Ramsay Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lee Eng Lam; Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Dr Dahlia Rosly; Pengarah Audit Jabatan Audit Negara, Ong Swee Leng; dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Mohamad Yasid Bidin.

Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.), seramai 14 orang menerima darjah berkenaan iaitu Naib Presiden Yayasan Malaysia-Amerika yang juga kerabat Diraja Selangor, Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail; Pengarah Apex Group of Companies, Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Slamat Yahya; dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr Abdul Shukor Juraimi; Felo Penyelidikan UPM, Prof Dr Yoshihito Shirai; Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Kamarruddin Asri; Pengarah Eksekutif Bahagian EKO Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Jaswant Singh a/l Jai Singh; Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Tun Hussein.

Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia, Mano a/l Verabathan; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Siti Zaleha Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohamed Izam Mohamed Yusof; Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes PKNS, Norzila Sidek; dan pelukis '22 keping Karya Siri Menghadap Sultan Koleksi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor', Haron Mokhtar.

Sementara itu, seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) dan 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) termasuk tiga atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan@Krisnamurthy (karate); Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar); dan Mohamad Faizal Norizan (perahu layar).

Selain itu, 18 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).

- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/22524?m=1


Dihantar dari iPhone saya

Aksi dan jaringan - Vietnam Menentang Malaysia di Hanoi Semalam #AFF2014

Posted: 12 Dec 2014 01:02 AM PST


The Unspinners

Posted: 12 Dec 2014 11:26 PM PST

The Unspinners


Guan Eng, rupanya tak faham undang2

Posted: 12 Dec 2014 08:52 PM PST


Main belasah cakap saja....

Populariti jatuh, LGE guna provokasi ugama untuk sokongan

Posted: 12 Dec 2014 04:30 PM PST


Kenape Lge kali ke 2 main isu Kalimah???

Sejak akhir-akhir ini populariti Guan Eng di Penang menurun di mata cina sebab cina-cina kecewa dia gagal bawa pelabur dan peluang peniagaan untuk kaum cina. 

Usaha melalui kerjsama pelaburan dari US dan  Singapore di lihat gagal utk menaik imejnya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menaikkan kembali populariti. LGE menyumbang RM100 untuk ibu tunggal yg mencecah 40 ribu di Georgetown saja semata2 untuk meraih populariti . Selain itu, dia sumbang kepada warga emas, pelajar emas, bayi emas, khairat kematian dll.

Kini, khabar dari pemaju perumahan memberitahu projek2 perumahan mahal sukar dijual kerana pembeli tidak mampu beli dan pembeli luar negara hanya berminat lokasi tepi pantai yang cantik pemandangan. 


LGE cuba mengekalkan populariti dengan menghentam UMNO dan menimbulkan provokasi ugama terhadap Islam. 

Maka digunakan kalimah Allah untuk buat orang Islam marah. Dengan ini, orang cina akan kembali menyokong setiap kali orang melayu berdemo atau bersuara.


Ini juga cara Guan Eng untuk bakar sentimen penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. Sebaik isu itu panas, komunis ini terus lepas tangan.

Maka perlu bijak main isu ini.

SAPA KATA DAP TAK MAIN PERKAUMAN????



Baca laporan Bukan Islam Pulau Pinang tak dilarang guna kalimah 'Allah', kata Guan Eng  di TMI SINI



Melayu OCCUPY padang, Cina OCCUPY LIBRARY

Posted: 12 Dec 2014 07:26 AM PST



Apa budak Melayu dapat dari buat Occupy? Cina2 keluar jadi CEO sana sini, ada ke yang demo dan aktivis kampus pernah jadi CEO?



Akhirnya baru nak kesal nak fikir apa perasaan Mak bapak?


Batu api usah dilayan, mereka semua bukan CEO. Tak berapa kerat aktivis jadi ahli politik berjaya dan boleh tukar dunia. Lagi jarang berlaku yang akhirnya jadi CEO.




Yang bela tu lagi bangang punya orang ... U pun tak pernah belajar!!!

Dalang keluar Malaysia PKR Sarawak

Posted: 12 Dec 2014 05:27 AM PST


Eloklah PKR dinyahkan dari Semenanjung Malaysia juga

Auta Impian Sarawak boleh berjaya jika BN lalai

Posted: 12 Dec 2014 03:30 AM PST



Impian Sarawak hanya projek skala kecil dan murah yang dijalankan DAP di beberapa tempat tertentu bagi mendapatkan undi pendalaman demi memenangi marginal seat.

Kompangnya berlebih tapi jika dilihat dari gambar2 berikut, ia hanya macam cuti berkelah buat akticis DAP. Tiada lebih dan tiada kurang.




Tapi diwar-warkan seolah-olah DAP boleh selesaikan semua masaalah rakyat pendalaman. Padahal isunya bukan mudah. Rakyat tersebar jauh-jauh antara satu sama lain. Ia memerlukan pembinaan puluhan jika tidak ratusan pekan dan pusat-pusat bandar supaya pengangkutan, barangan dan perkhidmatan dapat dihampiri ke rakyat pendalaman.


Membina infrastruktur jalan, air, letrik dan komunikasi menjadi susah kerana tidak feasible perbelanjaannya.

Oleh itu, projek kecil-kecil untuk beberapa tempat dalam 4/5 kawasan tidak ada impak besar dan hanya rasuah iuntuk membeli undi.

Namun begitu, jika ahli politik sesama ahli politik, penyokong sesama penyokong, parti komponen sesama parti komponen tidak bergerak tangani propaganda demikian dan permainan kausa berterusan.


Takut bincang RCI secara rasional, Pusing kata2 Rahman Dahlan

Posted: 12 Dec 2014 01:30 AM PST


RCI adalah satu usaha ikhlas Dato Najib untuk selesaikan masaalah pendatang haram Sabah. Oleh itu, tidak perlulah dipolitikkan.


Timbulnya anggapan adalah kenyataan dari 5 bekas tahanan ISA yang merupakan pegawai imigresen yang ambil rasuah.





Tapi nampaknya, niat baik sudah dipusingkan.


Mesti kerj pembangkang...


Entah apa punya bohong mereka malam tadi




Konsensus ulama elak ulamak palsu keliru dan kucar kacir masyarakat

Posted: 11 Dec 2014 11:30 PM PST

Belantan

Posted: 12 Dec 2014 11:19 PM PST

Belantan


Jangan halang agama lain guna kalimah Allah - Anwar Ibrahim?

Posted: 12 Dec 2014 04:41 AM PST


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Katanya, pihak berkuasa atau orang Islam di negara ini tidak ada hak untuk menghalang mana- mana individu menggunakan kalimah berkenaan.

Anwar yang berceramah dalam program Hak Asasi Manusia anjuran Suara Rakyat Malaysia ( Suaram) di sini malam ini berkata, beliau juga tidak bersetuju agama digunakan untuk mempertahankan sifat perkauman dalam apa jua bentuk.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 12 Dec 2014 11:04 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP TERUS SINDIR PAS

Posted: 12 Dec 2014 02:00 AM PST



Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menuduh golongan ulama sebagai punca krisis dalam gerakan Islam hanyalah satu perangkap musuh.

Beliau berkata, isu dan krisis sebenar ialah kekentalan ahli gerakan Islam itu sendiri untuk terus istiqamah memperjuangkan Islam di atas petunjuk agama.

"Politik Islam perlukan disiplin agama sebagaimana ia perlukan keterbukaan agama juga.

"Ia perlukan kefahaman al-Quran dan al-Sunnah yang tinggi. Justeru mengapa para ulama pula yang dianggap jahil perjuangan," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu melalui akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan, kepemimpinan golongan ulama dalam Pas me­rupakan institusi kolektif yang memiliki ilmu untuk memimpin parti dan masyarakat.

Beliau berkata, atas sebab itu, menjadi satu kewajipan bagi semua pihak untuk menegakkan kepemim­pinan golongan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan terdapat parti 'cakap tak serupa bikin' dalam pakatan pem­bangkang yang bukan sahaja tidak menunaikan janji, malah tidak menunjukkan ko­mitmen ke­pada pakatan ber­kenaan.

Walau bagaimanapun, Guan Eng ti­dak menyebut na­ma parti tersebut, namun dipercayai sindiran itu merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Ketika krisis itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama Pas menolak pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 12 Dec 2014 09:38 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Guna Kalimah Allah, Ini Bukti Guan Eng Menipu

Posted: 12 Dec 2014 06:10 PM PST



Tidak Pergi Sekolah Gamaknya Mamat Ini

Posted: 12 Dec 2014 05:24 AM PST



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 12 Dec 2014 09:23 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


PAS DAN HARON DIN : APA TUNGGU LAGI ?

Posted: 12 Dec 2014 09:51 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 12 Dec 2014 03:52 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Mabuk bau arak, Aliff Aziz belasah pengawal hingga cedera parah

Posted: 12 Dec 2014 08:01 AM PST

Seorang Pengurus Jabatan Kontrak dikenali sebagai Ismail Mahtar, 53, mendakwa dirinya adalah mangsa kepada kes amuk membabitkan penyanyi kontroversi dari Singapura, Aliff Aziz.

Menurut Ismail, dia tidak semena-mena diserang Aliff dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi, pada Isnin lalu.

Menceritakan kejadian tersebut, dia menyatakan pada pagi itu dia keluar ke lobi untuk merokok sebelum didatangi Alif.

"Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.

"Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya.

"Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi.

"Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya.

"Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau arak (liqour) dari badannya dan bau itu sangat kuat," katanya kepada Malaysian Digest.

Akibat kejadian itu, Ismail mengalami kecederaan patah tulang bahu di sebelah tangan kanan. Dia kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar dan hasil pemeriksaan, doktor memberitahu kecederaan itu memerlukannya menjalani pembedahan kecil dengan segera.

"Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000," katanya yang turut memaklumkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul sebelum kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Chow Kit.
Kesan kcederaan pada bahu sebelah kanan Ismail yang memerlukan dia menjalani pembedahan dengan segera.
Dalam sebuah laporan portal hiburan hari ini, Aliff menafikan dia berada dalam keadaan di bawah pengaruh dadah ketika kejadian sebaliknya mendakwa dirinya di sampuk makhluk halus.

Sementara itu, Ismail mahu penyanyi itu berjumpa dan membuat permohonan maaf padanya dalam tempoh dua minggu sebelum mengambil tindakan undang-undang.

"Pada hari itu saya terpaksa membatalkan mesyuarat dan menangguhkan urusan kerja. Malah, saya menanggung kesakitan akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos yang banyak.

"Saya mahu dia berjumpa dan memohon maaf kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadapnya atas kecederaan yang saya alami ini," tegasnya.

Selain sering dikaitkan dengan kontroversi cinta, Aliff sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan kecurian di sebuah pusat hiburan di negara kelahirannya.

Dia juga pernah dikaitkan dengan beberapa masalah disiplin yang melibatkan produksi drama hingga menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai penyanyi serta pelakon.

- mD

Sikap ibu pemain bola sepak negara yang mengaibkan

Posted: 12 Dec 2014 07:01 AM PST

SEORANG daripada mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat.
Kuala Lumpur: "Sepatutnya harga tiket penerbangan untuk enam orang hanya RM2,700, tetapi melonjak sehingga RM5,500 gara-gara helah wanita itu," kata wanita mahu dikenali sebagai Pairus, 41, yang mendakwa ditipu dalam urusan membeli tiket penerbangan ke Brunei.

Dia mendakwa wanita itu yang juga ibu kepada pemain bola sepak kebangsaan turut menipu dua keluarga lagi yang mahu ke destinasi sama menjadikan keseluruhan kerugian kira-kira RM5,000.

Menurutnya, keluarganya serta dua lagi keluarga terbabit mahu ke Brunei bagi menemani anak masing-masing ke Festival Bola Sepak Sekolah Sukan 2014 pada Sabtu dan Ahad ini.

"Kami mengenali wanita itu, sebab itulah saya percaya apabila dia menawarkan untuk membantu kami mendapatkan tiket dengan harga murah dan berjanji akan menyerahkan tiket itu pada 3 Disember," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia mulai curiga apabila wanita itu masih belum menyerahkan tiket, malah memintanya menambah RM1,080 kononnya disebabkan kehabisan tiket.

"Semuanya terbongkar apabila individu di syarikat penerbangan yang saya hubungi mendakwa wanita itu tidak menyerahkan sepenuhnya wang kepadanya," katanya.

Menurutnya, disebabkan itu, dia terpaksa menambah lagi RM2,800 untuk mendapatkan tiket yang dikehendaki.

"Apa yang dikesali adalah saya terpaksa menambah wang untuk pembelian tiket itu yang sepatutnya sudah diselesaikan," katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan, namun kes itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk siasatan.


Hamba seks di Klang ditampar hingga berdarah

Posted: 12 Dec 2014 06:27 AM PST

Gambar hiasan
KLANG: Seorang wanita warga Indonesia terpaksa menjadi hamba seks kepada teman lelaki yang dikenali di negara ini sejak penghujung tahun lalu.

Wanita lingkungan 20-an itu terpaksa akur dengan 'permintaan' teman lelakinya itu sejak Januari lalu dan akan dipukul oleh suspek jika enggan melayani nafsu serakahnya.

Menurut sumber, dalam kejadian terbaru, mangsa dibawa teman lelakinya yang juga seorang pengawal keselamatan di hostel penginapan suspek di daerah ini pada Selasa lalu, kira-kira jam 10 malam.

Sumber berkata, sebaik tiba di hostel berkenaan, suspek kemudiannya memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya namun permintaan teman lelakinya itu ditolak.

"Keengganan melakukan hubungan seks menyebabkan dia dipukul dan ditampar di beberapa kali di muka oleh suspek.

"Selepas mangsa ditampar, suspek terus merogolnya sebelum mangsa berjaya melarikan diri daripada hostel berkenaan kira-kira jam 6 pagi keesokannya dan membuat laporan polis," katanya.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa mengalami bengkak dan lebam di bawah mata kiri serta pendarahan dalam mata kiri akibat ditampar suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Goh Lee Fook mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, suspek kemudian ditahan di sekitar bandar ini awal pagi semalam untuk siasatan lanjut.

"Polis kini sedang menunggu laporan kesihatan daripada HTAR dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol," katanya.

- Harian Metro

Bagaimana kita boleh syirik dalam doa

Posted: 11 Dec 2014 08:47 PM PST

ANTARA keistimewaan Islam ialah ALLAH Azza wa Jalla menyediakan ruang secara langsung untuk sesiapa sahaja berhubung, memohon, merayu, merintih, meminta dan berdoa mengikut keperluan masing-masing. Sama ada pemimpin atau rakyat biasa, miskin atau kaya, tua atau muda, orang awam atau orang agama, tidak kira latar bangsa dan kedudukannya, di mana sahaja dia berada, kutub selatan atau utara; semua diberikan ruang dan peluang yang sama.

Berdoa terus kepada ALLAH

Mintalah kerana ALLAH itu Maha Mendengar. Pohonlah kerana ALLAH itu Maha Memakbulkan. Istighfarlah kerana ALLAH itu Maha Pengampun. Malam atau siang, pagi atau petang, di masjid atau di padang, sambil berdiri atau baring melintang, ALLAH tetap mendengar apa yang kita minta. ALLAH itu sangat dekat dengan hamba-Nya, bahkan lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan.

ALLAH bersedia untuk mendengar, bersedia untuk memberi, bersedia untuk memakbulkan. Bila dan bagaimana? Terserahlah kepada keadilan dan ketentuan-Nya. ALLAH berpesan kepada Baginda SAW: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul". (Surah al-Baqarah: 186)

Dalam ayat lain, ALLAH menyatakan: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya". (Surah Qaf: 16)

Justeru, berhubung dan berdoalah secara langsung kepada ALLAH. Selagi mana kita bergelar hamba, selama itulah kita mempunyai hak untuk berdoa. ALLAH tidak pernah mendiskriminasikan hamba-Nya mengikut bangsa, warna kulit, pangkat, jawatan dan harta. Hanya nilai takwa yang membezakan antara manusia.

Perantaraan dalam doa

Namun begitu, Islam tetap membenarkan kita untuk mewujudkan perantaraan dalam berdoa. Hal ini disebut sebagai tawasul. Tawassul berasal daripada bahasa Arab wasilah, tawassala-yatawassalu-tawassulan. Tawassul dalam berdoa bermaksud kita menjadikan sesuatu sebagai perantara dalam doa.

Apakah perkara yang boleh kita tawasul? Ada tawassul yang dibenarkan dan ada tawassul yang diharamkan, bahkan boleh jatuh kepada kesyirikan.

Tawassul dibenarkan

Pertama: Tawassul dengan nama ALLAH. Hal ini berdasarkan firman ALLAH yang bermaksud: "Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu". (Surah al-A'raf: 180)

Tawassul dengan nama ALLAH itu contohnya kita berdoa: "Ya Ghaffar, ighfirli" (Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah daku). "Ya Rahman Ya Rahim, irhamni" (Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Maha Pengasih, kasihanilah daku".

Tawassul dengan nama-nama ALLAH bermaksud kita memilih dan menyebut nama-nama ALLAH yang sesuai dengan hajat dan permintaan kita. Dengan ketinggian dan kemuliaan nama-nama tersebut kita mohon semoga ALLAH perkenankan hajat kita.

Kedua: Tawassul dengan amalan soleh sendiri. Kita dibolehkan untuk menyebut amal soleh yang pernah kita lakukan kemudian diikuti dengan berdoa hajat kita. Diharapkan dengan keikhlasan dan keberkatan amal soleh tersebut dapat dimakbulkan hajat kita.

Hal ini berdasarkan kisah di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berkenaan tiga lelaki yang terperangkap dalam gua. Ada batu besar yang menutupi pintu gua tersebut. Lalu, seorang berdoa dengan mengatakan dia telah taat kepada ibu bapanya, seorang lagi mengatakan dia hampir berzina tetapi dia tinggalkan zina kerana takutkan azab ALLAH, orang yang ketiga pula berdoa dengan menyebut dia orang yang amanah, memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya.

Maka dengan amalan soleh itu mereka berdoa kepada ALLAH agar dibukakan pintu gua tersebut.

Ketika orang pertama berdoa, batu yang menutupi gua itu terbuka sedikit, sehinggalah cukup doa ketiga-tiga mereka, barulah batu itu berbuka sehingga mereka dapat keluar daripadanya. (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 2272)

Ketiga: Tawassul dengan orang soleh yang masih hidup. Kita boleh berjumpa dengan orang soleh yang akidah dan amal ibadatnya bertepatan dengan al-Quran dan sunnah bagi meminta tolong didoakan kepada kita. Diharapkan dengan kesolehan beliau akan menjadikan doa kepada kita tersebut dimakbulkan.

Tawassul dengan orang soleh ini dibenarkan dengan syarat orang tersebut masih lagi hidup. Jika seorang yang soleh meninggal dunia, kita tidak dibenarkan untuk bertawasul dengan beliau lagi.Sahabat sering meminta agar Rasulullah SAW berdoa kepada mereka.

Namun, setelah kewafatan Baginda SAW, sahabat tidak pun pergi ke kubur Rasulullah SAW dan minta untuk didoakan. Contohnya Umar Al-Khatthab pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dan Umar berkata: "Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi SAW. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia dalam kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami". (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 3710)

Peristiwa ini terjadi ketika Madinah di landa kemarau panjang. Umar meminta Abbas berdoa dan beliau pun berdoa. Tidak lama setelah itu, ALLAH pun menurunkan hujan kepada mereka.

Doa yang dilarang

Tawassul yang dilarang adalah seperti meminta daripada berhala, pokok, binatang, memuja makhluk, keterlaluan dalam meminta kepada makhluk sehingga lupa kepada ALLAH, meminta kepada makhluk dan percaya bahawa makhluk tersebut mengabulkan permintaannya, dan tidak meminta kepada ALLAH.

Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati. Diharamkan untuk kita menjadikan orang yang telah mati sebagai perantaraan dalam doa kita, walaupun semasa hidup dia seorang yang soleh. Bahkan kepada Rasulullah SAW sendiri.

Jika dibolehkan sudah pasti Umar al-Khattab tidak berjumpa dengan Abbas untuk minta didoakan. Umar akan terus ke kubur Baginda Rasulullah SAW untuk minta didoakan. Rasulullah SAW lebih lagi mulia dan soleh.

Justeru, kata-kata dan tindakan Umar ini menunjukkan tidak disyariatkan untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati sama ada dengan menyebut "Madad Ya Rasulallah", "Madad Ya Ali", 'Madad Ya Husain" dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh golongan Syiah.

Namun, pelik dan hairan ada segolongan manusia yang bertopengkan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, berjubah dan berserban, bermati-matian ingin mempertahankan boleh untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati.

Sebab itu golongan ini ada yang mengunjungi kubur tok guru dan syekh-syekh mereka untuk minta didoakan. Ada yang mengalunkannya dalam nyanyian dan qasidah.

Semoga ALLAH selamatkan kita daripada hasutan dan ajaran menyeleweng ini sama ada yang berasal dari negara ini atau yang dibawa dari luar negara. Berdoalah terus kepada ALLAH kerana ruang itu tidak pernah disekat. Sesiapa sahaja dan di mana pun kita berada.

Berdoalah dengan penuh keikhlasan, ketulusan dan kejelasan tauhid kepada-Nya. Jangan sampai ada unsur syirik yang tidak kita sedari. Yakinlah ALLAH tidak pernah mungkiri janji. Setiap permintaan akan diberi. Sabar dan terus menanti walaupun sampai akhirat nanti.

Adik pemain bola sepak cabul kekasih

Posted: 11 Dec 2014 07:01 PM PST

KOTA BHARU - Seorang adik kepada pemain bola sepak pasukan berstatus kelab dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul kekasih bawah umur.

Dia didakwa mencabul kanak-kanak berusia 14 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Pasir Hor, Kampung Pasir Hor, di sini, pada 1 pagi, 5 Disember lalu.

Pada prosiding tersebut, Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua seksaan itu.

Susulan penafian tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes.

Mahkamah menetapkan kes untuk didengar semula pada 14 Januari tahun depan.

Sementara itu, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Tertuduh hadir ke mahkamah dengan memakai jersi pasukan JDT. Dia kemudian bebas selepas menjelaskan jaminan itu.

Abang tertuduh beraksi untuk pasukan berkenaan dalam Liga Perdana musim ini.

Isteri cekup suami lakukan seks dengan kekasih dalam kereta

Posted: 11 Dec 2014 06:01 PM PST

Alangkah hairan wanita ini, melihat kereta milik suaminya parking di sebuah taman hiburan, padahal pada waktu ini suaminya mesti ada di pejabat. Wanita ini merasa curiga dan terus menghampiri kereta suaminya tadi.

Wanita tadi memanggil nama suaminya tapi tak ada jawaban, akhirnya dengan segera didekatinya kereta tersebut lalu dia membuka pintu kereta yang ternyata tidak terkunci. Wanita tadi terperanjat kerana setelah membuka pintu itu dia terlihat suaminya dan seorang wanita lain sedang melakukan hubungan seks tanpa memakai pakaian.Berlakulah pertengkaran diantara mereka.

Inilah kisah yang terjadi di sebuah taman di China. Berita dan foto-foto ini menjadi perbincangan hangat di semua forum internet di China pada minggu yang lepas. Sumber : ruang hati.com

Pelakon Love You Mr Arrogant nyaris maut

Posted: 11 Dec 2014 05:07 PM PST

SEREMBAN: Pelakon drama Love You Mr Arrogant, Syarul Ridzwan terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Ujong di sini petang tadi.

Bagaimanapun, Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, tidak mengalami kecederaan dalam kejadian jam 4.30 petang itu walaupun kereta Honda City dipandunya terbalik dan remuk teruk.

Syarul, menerusi akaun Instagram, memberitahu dia memandu berseorangan dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penggambaran drama di Linggi, Port Dickson.
"Ketika itu jalan licin sebab baru lepas hujan. Saya hilang kawalan tiba-tiba dan terlanggar pembahagi jalan menyebabkan kereta berpusing dua kali dan terbalik.

"Saya tak pengsan, tak luka, Alhamdulillah tak ada apa-apa," katanya.

Piala AFF: Harimau Malaya cakar Vietnam untuk ke final

Posted: 11 Dec 2014 04:13 PM PST

HANOI - Harimau Malaya mengeluarkan segala jurus untuk membuat Vietnam terpaku di Stadium My Dinh sekali gus me­nempah tiket ke perlawanan akhir selepas melakukan kejutan dengan menumbangkan tuan rumah 4-2 dan agregat 5-4 semalam.

Malaysia akan berdepan Thailand di pentas akhir pada 17 Di­sember di Stadium Rajamangala, Bangkok dan perlawanan kedua di Stadium Shah Alam pada 20 Disember.

Perjudian Dollah melakukan rombakan dengan membawa ma­suk lima muka baharu dalam ke­sebelasan utama termasuk Mohd. Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Farizal Marlias ternyata membuahkan hasil.

Ketinggalan dengan agregat 2-1 hasil kekalahan di Shah Alam pada Ahad lalu, skuad negara mengasak sebaik sepak mula dan permainan mereka jelas memukau Vietnam yang dibolosi empat gol pada babak pertama menerusi Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Shukor Adan serta gol sendiri Dinh Thien Thanh.

Harimau Malaya mendahului seawal minit kedua menerusi sepakan penalti selepas Indra dijatuhkan oleh Tien Thanh.

Walaupun terpaksa mengambil sepakan penalti sebanyak dua kali, Safiq tiada masalah untuk menja­ringkan gol peribadi keempat dalam kejohanan ini pada minit kelima.

Norshahrul menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-15 setelah membuat sepakan lambung bola yang berada di antara penjaga gol Tran Nguyen Manh dengan seorang pemain pertahanannya.

Momentum Harimau terencat seketika apabila Vietnam merapatkan jurang lapan minit kemudian menerusi Le Cong Vinh yang me­nyempurnakan penalti.

Namun, jaringan sendiri daripada Thien Tinh pada minit ke-29 yang tertampan masuk hantaran lintang Indra Putra memastikan kelebihan sekali lagi menjadi milik anak-anak buah Dollah selain sudah mengatasi Vietnam dari segi gol di tempat lawan.

Ketua pasukan, Shukor Adan melengkapkan separuh masa pertama yang penuh bergaya apabila menanduk kencang bola hantaran Mohd. Fadhli Shas pada minit ke-43.

Segalanya tampak berlaku se­perti dirancang pada babak kedua tetapi sebaik sahaja Cong Vinh mendapatkan gol kedua pada minit ke-78, Vietnam tiba-tiba sahaja mendapat semangat baharu.

Asakan demi asakan membuatkan Dollah terpaksa membawa masuk Mohd. Afif Amiruddin untuk memperkukuhkan barisan pertahanan dan skuad negara berjaya mengekalkan kelebihan sehingga wiset penamat terakhir permainan.

Dollah, yang ditemui selepas perlawanan berkata, dia berasa se­perti di awang-awangan apabila Harimau Malaya mampu mengalahkan Vietnam buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara.

"Tidak sangkalah kita boleh menang hari ini, tahniah kepada pemain yang berjuang habis-habisan sepanjang permainan," katanya. – UTUSAN

"Saya amat berbangga, apatah lagi sebagai jurulatih baharu pasukan ini... mereka buktikan tiada apa yang mustahil pada malam ini.

"Empat peluang yang mereka terima, empat gol yang kita jaringkan. Kalau inilah yang mereka terapkan, saya yakin kita boleh pergi jauh," katanya.

Selain itu, dia terkejut kerana pertahanan Vietnam banyak melakukan kesilapan dan itu membuka ruang kepada pemainnya mendapatkan gol.

"Babak pertama kami menggunakan sepenuhnya kesempatan yang kami perolehi apabila pertahanan tuan rumah kerap kali melakukan banyak kesilapan mudah.

"Di separuh masa kedua barulah saya nampak Vietnam menunjukkan permainan sebenar mereka tetapi pemain kita mengekalkan disiplin hingga minit terakhir permainan," katanya.

Rakan sejawatnya, Toshiya Miura pula menganggap persembahan yang ditampilkan Vietnam adalah terburuk sepanjang dia melatih pasukan itu.

"Sukar untuk mengatakannya namun memang ini adalah antara aksi paling mengecewakan sejak saya di sini.

"Mereka hanya tampak agresif di separuh masa kedua dan Malaysia menghukum segala kesilapan kami, mereka layak ke perlawanan akhir," katanya. – UTUSAN

Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Dec 2014 01:13 PM PST

Cucu Tok Selampit


Uber Adakan 'Charity Drive With Stars' Untuk Menutup Permasalahan Yang Ada?

Posted: 11 Dec 2014 11:03 PM PST


Uber Malaysia bijak penutup permasalahan syarikat mereka dengan mengadakan majlis 'Drive Charity With Stars'. Acara satu hari, hari ini, adalah untuk mengumpul dana bagi 32 badan-badan kebajikan semasa musim perayaan ini. Lima puluh personaliti Malaysia telah menawarkan diri untuk memandu di platform Uber dan akan memandu kereta pilihan mereka daripada pengeluar automobil Jerman, Volkswagen. Antara selebriti tempatan yang mengambil bahagian adalah Reshmonu, Sazzy Falak, Jinnyboy, Kavin Jayaram, Vince Chong dan Hunny Madu.

Uber merupakan syarikat antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan tempahan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar. Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor akan melancarkan operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber mulai 1 Oktober.

Perkhidmatan Uber juga bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam, yang mana pelakunya boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Uber merupakan sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar. Ditubuhkan pada 2009, ia menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandar raya di serata dunia.

Menurut Lakshmi Patmarajah, Ketua Pemasaran Uber Malaysia, pemandu selebriti akan berada di jalan raya untuk purata empat hingga lima jam setiap, bermula 9.30 pagi sehingga 4.30 petang, dan mereka akan memandu salah satu model VW: Scirocco, Tiguan, Touareg, Beetle, Polo, Passat, Golf , Jetta dan Cross Touran. Mereka juga telah diberikan beberapa hari untuk membiasakan diri dengan kenderaan mereka menggunakan sebelum acara hari ini, lengkap dengan latihan oleh Uber dan VW. Menurut beliau lagi, kedua-dua pemandu dan kenderaan juga dilindungi oleh insurans yang diperlukan untuk hari tersebut, jadi menunggang tanpa kebimbangan.

SPAD dalam kenyataan media berkata, Suruhanjaya berkenaan memuji niat murni penganjur mengadakan aktiviti amal bersama selebriti tetapi mengingatkan penganjur agar mematuhi undang-undang sepertimana termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Berikut adalah kenyataan penuh media yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenai acara berkenaan:

'CHARITY DRIVE WITH THE STARS' ANJURAN UBER DAN VOLKSWAGEN MALAYSIA
12 Disember - Merujuk kepada acara 'Charity Drive with the Stars' anjuran Uber dan Volkswagen Malaysia pada hari ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ('SPAD' atau 'Suruhanjaya') ingin mengeluarkan kenyataan dibawah bagi kepentingan orang awam:
Walaupun SPAD memuji niat murni penganjur di dalam aktiviti amal bersama selebriti, Suruhanjaya ingin menasihatkan orang awam, selebriti, semua yang terlibat termasuk Uber dan Volkswagen Malaysia, bahawa sebarang kenderaan yang digunakan sebagai teksi dan mengambil tambang daripada penumpang, mesti mematuhi undang-undang sepertimana termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010.
Ini bermaksud pemandu kenderaan diwajibkan mempunyai Lesen Perkhidmatan Awam (PSV) dan kenderaan yang digunakan mesti didaftarkan dengan SPAD lengkap dengan perlindungan insurans yang sesuai bagi perlindungan penumpang yang membayar tambang.
SPAD juga memuji niat murni semua pihak yang terlibat; tetapi Suruhanjaya juga ingin menasihatkan agar mereka mendapatkan pengesahan daripada SPAD bagi menentukan pematuhan undang-undang yang berkaitan pengangkutan awam darat ketika menjalan program-program sedemikian.

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 Dec 2014 11:49 AM PST

PEJUANG BANGSA


KALIMAH ALLAH : GUAN ENG KATA BUKAN ISLAM P.PINANG DIBENARKAN GUNA BOLEH DIDAKWA !!

Posted: 12 Dec 2014 08:51 AM PST



Bila tiba nak Krismas , DAP  memainkan semula isu  kalimah Allah dan kali ini di P.Pinang di mana Ketua Menteri  menghina agama Islam dengan  membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah walaupun di dalam undang-undang syariah negeri  jelas  telah mewartakan 40 perkataan tidak boleh digunakan bukan Islam berkuatkuasa  pada 2010 






Selain dilarang daripada menggunakan kata-kata, orang bukan Islam juga dilarang untuk menulis atau menyiarkan apa-apa perkataan dalam apa-apa bentuk versi atau terjemahan dalam apa-apa bahasa.
 
Malah larangan tersebut turut diperluaskan kepada untuk tidak digunakan dalam apa-apa bahan publisiti dalam apa bentuk, termasuk cetak, elektronik dan mana-mana bentuk, yang boleh menghina kesucian agama Islam.


 
"  Mereka yang didapati melanggar perintah itu akan didakwa di bawah Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996.
 
Seksyen itu berkata mana-mana orang, sama ada dia Islam atau tidak, yang memajukan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin agama Islam atau kepercayaan di kalangan umat Islam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dibicarakan di mahkamah sivil dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya  " 
 

Kenyataan Guan Eng ini jelas telah melanggar undang -undang  dan sebenarnya   dia boleh didakwa di mahkamah sivil  !!

Jadi , tunggu apa lagi ...umat Islam P.Pinang perlu buat  laporan POLIS  segera kerana kenyataan Guan Eng adalah suatu kesalahan . 

Selain itu , apa kata puak-puak PAS bila Guan Eng kata kalimah Allah boleh orang bukan Islam guna di Penang  ?? MEMBISU atau takut jadi senasib  seperti Iszuree Ibrahim ??







Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi jaminan hari ini, tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah "Allah".
Katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004, yang dilampirkan padanya satu fatwa berhubung perkara itu pada 2010, tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
"Masyarakat bukan Islam tidak tertakluk di bawah undang-undang Islam," kata Lim pada sidang media di pejabatnya di Komtar hari ini.
"Kita tidak meluluskan mana-mana undang yang membenarkan larangan itu terpakai kepada masyarakat bukan Islam," kata Lim yang merupakan setiausaha agung DAP.
"Kenapa mereka minta kita pinda undang-undang walhal tiada undang-undang (yang diperlu) dipinda?" soalnya.
Beliau berkata, penasihat undang-undang negeri juga mengesahkan enakmen tersebut tidak terpakai terhadap masyarakat bukan Islam. seterusnya 

Comments (0)