bumiyang Posted: 30 Nov 2014 03:21 AM PST |
RAPERA .. Posted: 30 Nov 2014 01:42 AM PST |
The Unspinners Posted: 29 Nov 2014 11:32 PM PST Blogger dah Goblog? Usah syok sendiri, tapi fikirkan KE-BER-KE-SA-NAN Posted: 29 Nov 2014 08:26 PM PST Teguran Farhana dan Dato Naib menimbulkan satu politik sesama blogger dan penggiat sosial media. Tak dinafikan ada blogger yang bagus, ada yang kurang aktif dan ada yang kurang aktif tapi efektif. Tulisannya memberi impak dan menarik perhatian awam. Terima dengan hati terbuka kritikan tentang kegoblogan blogger. Tak semua yang dikatakan Farhana betul dan tak semua yang dimaksudkan dalam teguran Najib. Dalam kebisingan baik blogger atau pelbagai pihak, tak payah nak risau sebab bunyi kuat menandakan kat belakangnya lohong dan besar lubang. Ramai antara blogger pun hanya kuat saja bercakap dan nampaknya pung pang pung pang ... bila tgk hasil, tak produktif. Teguran ini perlu dipanjangkan berkenaan "effectiveness blogger". Adakah mereka yang diberikan tanggungjawab dan digajikan effective? Jawapan itu tidak terletak pada mereka tapi pada pembaca dan orang lain. Mereka mesti defend kata mereka bagus. Ada pihak melihat kegagalan paling ketara dikalangan Blogger pro-UMNO bukan kepada tekad natijah, keikhlasan dan konsistensi. Ianya pada kegagalan merancang dan mengukur keberkesanan penulisan mereka. Ada pula melihat kegagalan kita adalah masih berfahaman ortodoks. Blogger masih berpegang pad apandangan bahawa penulisan mereka adalah senjata yg lebih ampuh. Hakikatnya keadaan sudah berubah dan pada zaman sekarang, kebenaran adalah terhasil daripada pembohongan yang berterusan dan secara agresif. Kalau nak pertahankan kebenaran pun, mcm tu juga, perlu agresif dan berterusan sehingga diterima. Zaman cerita kegemilangan silam UMNO sebenarnya dah berlalu. Kalau tanya org umno siapa datuk panglima bukit gantang dan sebab sebenar namanya tak tercatat dlm sejarah umno, pun ramai dah tak tahu. Sekarang adalah zaman pembohongan dan permainan persepsi, sama ada kita suka atau sebaliknya. Ini zaman terus terang. Zaman kalau tak suka, dan terancam, kena cantas dan bunuh. Zaman prinsip sudah terkubur dan perjuangan hanya laungan. Itu antara pandangan kawan-kawan.
Unspinners lihat dah masa semua pihak termasuk penulis fikir dalam-dalam tentang usaha yang mereka lakukan. Tak boleh lagi dengan masa hanya 39 bulan untuk syok sendiri dan cemburu mencemburui sesama sendiri.
Jika mereka mahu jadi pemain serius dalam duni amaya, dah masa mereka fikir benar-benar tentang effectivessness usaha kerja mereka. Tak boleh lagi defensive dan merencana alasan dan sebab musabab. Salahkan internet tak sampai di kawasan, salahkan peruntukan dan salahkan kurang bahan.
Tanya adakah usaha yang kita lakukan mendapat trafik? Adakah hujah yang kita suarakan itu boleh diterima dan bukan pemikiran poyo cara lama? Adakah olahan dan ulasan kita itu boleh mengubah pandangan pembaca atau mendiamkan pembangkang? Jika Najib mengeluarkan slogan SO-LI-DA-RI-TI maka sudah masanya blogger dan FB berfikir mengenai KE-BER-KE-SA-NAN.
Dalam mahu melakukan muhasabah ini, usah lagi cuba fikir diri tak salah tapi orang lain bersalah. Fikir di mana diri itu kurang dan fikirkan cara nak baiki. Pasti masing-masing ada kekangan untuk lebih berefktif. Maka cari cara atasi dan bukan dok fikirkan apa alasan dan akhirnya mintak peruntukan jadi solution. Ada pelbagai platform dan fikirkan di mana kekuatand an kelemahan dan guna pelbagai platform untuk baiki.
Dalam hal ini, pihak yang mengatur dan bertanggungjawab harus sentiasa melakukan pernilaian balik samada cara yang dilakukan efektif. | Lepas Farhana, PM pula tegur blogger bangang Posted: 29 Nov 2014 04:19 PM PST Kriteria blogger bangang yang disebut adalah "blogger kita" yang makan gaji dari gomen tapi tembak Dato Najib dan "kita". Apa nama blogger yang dok menembak tapi ambik gaji? Atau mungkin ia hanya komen yang am saja. Baca apa cili yang Parpukari kasi di SINI. Kalau dah makan gaji, ikut sajalah majikan. Nak bebas, jangan ambik duit mana-mana. Nak jadi "loose cannon" beli peluru sendiri dan jangan mintak2 pelincir. Satu lagi hal "friendly fire" ni, kenapa selalu sangat baik blogger atau FB suka tembak menembak sesama sendiri. Ada saja2 suka buat kata2 yg buat kawan2 lain menyampah dan meluat. Ada suka claim credit, guna kerja orang tanpa beri rujukan sumber, dan ngaku macam2. Ada saja2 suka kritik kerja orang lain secara terbuka. Ada yang dikatakan ambil hak orang. Dan ada juga ada dikatakan mudah percaya pada khabar angin dan cemburu mencemburui sesama sendiri. Senang cakap ... kurangkan lah pergaduhan di alam maya yang boleh dibaca orang awam. Takkan sampai nak buka biro pengaduan alam maya.
Baru lepas ditegur Farhana, blogger kena tibai dengan Dato Najib. Takpa lah ... selalu.kita tibai orang tapi kali ni kita gentle lah bila ditibai. Unspinners tak percaya Najib marah orang kritik dia tapi janganlah sampai jadi umpan pada pihak lawan. Dalam hal ini, pegawai PMO atau menteri serta para menteri termasuk wakil rakyat dan pemimpin parti pun perlu lakukan sesuatu yang tidak jadi bahan umpan serangan pembangkang. Blogger dan FBer pun manusia yg tahu fed up dengan mereka yang dok tembak kaki parti sendiri. | Zaharin kata orang UMNO telan tanah Pengkalan TLDM? Posted: 29 Nov 2014 05:00 AM PST Dengarnya GDV sampai RM10 billion .... Hmmm ... nampajnya ada orang UMNO perlu diremajakan demi remajakan UMNO? Jangan pula orang UMNO tak betul tapi parti UMNO yang kena. Tak boleh ke dijadikan projek untuk manafaatkan Melayu yang dipinggirkan di Pulau Pinang samada dari segi keuntungan dan rumah mampu milik???? | Orang pertama patut didakwa bawah Akta Hasutan adalah Anwar Ibrahim!!! Posted: 29 Nov 2014 03:00 AM PST | Kenapa salah Blogger sukarela? Yang bergaji, PMO, Konsultan, Media dan Portal berita ... Posted: 29 Nov 2014 01:00 AM PST Dek .... Jangan cakap lambat pertahankan Rosmah. Cepat tapi isu yang nak dipertahankan bukan saja Rosmah tapi banyak juga lain. Mana pula serangan yang perlu dibuat. Isu dijawab cepat tapi perlu ramai terlibat baru boleh viral. Namun begitu, kenapa pula adik bebankan pada blogger yang buat kerja sukarela dan jika ada bantuan pun, ia hanya cenderahati bantu bayar sikit bil Internet. Bil talipon, Unifi, broadband dan kemaskini peralatan pun ditanggung sendiri tanpa ada bantuan dari Penerangan UMNO. Mana pergi pegawai-pegawai di PMO? Dengan konsultan berbayar berjuta2 dari luar negeri? mana pula media perdana suratkhabar dan TV? Mana pula portal2 yang dibiayai? Lagi pula, mana pergi wakil2 rakyat dan pemimpin UMNO dan BN untuk bersuara supaya boleh dikutip media dan blogger/sosial media? Kenapa pula blogger yang dibebankan? Ada kala boleh segera dijawab kerana mudah dilihat. Ada kala fakta perlu dicari dulu. Mungkin tuduhan itu betul berlaku tapi kisah sebenar berlainan dari yang dikhabarkan. Ginilah dek ... nak viral jawapan dan serangan perlu ramai terlibat. Cuba adik kumpulkan kawan2 di oversea itu dan bantau sambut jawapan2. Ambil dan olah balik dengan ulasan dan analisa kamu. Cuma .... ingat sajalah. Asyik tulis dan pertahankan isu Rosmah pun tak boleh. Nanti dah dikatakan blog pembiayaan Rosmah dan hilang kredibiliti. Peperangan ini bukan perang untuk Rosmah saja tapi untuk alif ba ta melalui UMNO. Adakala ianya membantu sebarkan isu yang tak tersebar. Ada kala ada sesuatu taktik lain yang dimainkan yang kita boleh terperangkap. Di oversea tu agak2 boleh tahu ke? | |
Panglima Perang Cyber Posted: 29 Nov 2014 11:07 PM PST |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 29 Nov 2014 11:07 PM PST RAKAMAN VIDEO PASMA JATUHKAN HJ HADI Posted: 29 Nov 2014 07:50 AM PST Satu rakaman audio mendedahkan rahsia di sebalik tabir Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mula disebar. Pendedahan itu dibuat oleh veteran PAS, Daeng Sanusi Daeng Mariok (Pak Daeng) dalam satu tazkirah lepas solat Maghrib Bagi aktivis PasMa, Che Ibrahim Mohamed, pendedahan Pak Daeng itu seumpama PAS mahu melancarkan 'perang' terhadap NGO itu. Pak Daeng menyebut tiga nama yang menjadi tunggak PasMa iaitu Dato' Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS Kota Bharu), Datuk Husam Musa (ADUN Salor, Kelantan) dan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (ADUN Pengkalan Kundor,Kedah). Menurut Pak Daeng, beliau tidak akan menyokong PasMa kerana mengenali tokoh-tokoh di belakang NGO itu. "Siapa dia Cikgu Rahim (Wan Abd Rahim)..orang bukan sikit-sikit perasaan dalam PAS. Walaupun dia ketua kawasan (PAS) Kota Bharu tetapi masa depannya tidak ada di dalam PAS. "Saya tahu masalah dia. Memang masalah betul. Bukan sikit-sikit masalah "Husam Musa juga terlibat dengan PasMa, walaupun dia nafikan bahawa PasMa ditubuhkan bukan di rumah dia. Tak apa lah, tapi saya faham begitu. Dia (Husam) macam penggerak belakang PasMa/ Husam juga terpinggir dalam PAS kerana nampaknya tak berapa ada masa depan dia dalam PAS kerana dia telah melakukan banyak kesilapan-kesilapan dalam PAS. "Termasuk Phahrolrazi, Presiden PasMa. Siapa dia Phahrolrazi ? Yang merebut jawatan Menteri Besar dengan ustaz Azizan ketika Allahyarham sakit itu, siapa dia ? Bukan dia ke ?," kenyataan Pak Daeng dipetik. Pak Daeng merumuskan hampir keseluruhan yang terlibat dalam PasMa adalah mereka yang bermasalah dalam PAS. "Pada saya, PasMa ini, Insya Allah tak panjang usianya dan pada saya orang yang menubuhkan dan mendokong PasMa ini (adalah) orang yang bermasalah dalam PAS dan dilihat mungkin tidak ada masa depan dalam PAS. "Maka, dia nak juga jadi orang kuat, orang terkenal, maka ditubuhkan NGO lain, mudah-mudahan dia boleh jadi terkenal juga,"katanya lagi. | |
JURI RAKYAT Posted: 29 Nov 2014 07:18 PM PST Sensasi Ustadz Guntur Bumi Dalam Dunia Hiburan Tanah Air Posted: 29 Nov 2014 02:18 AM PST Berita Selebritis - Satu lagi sosok Ustadz tanah air yang saat ini tengah menjadi sorotan dari seluruh kalangan masyarakat dalam negeri. Seperti yang kita ketahui, beberapa waktu yang lalu, salah seorang Ustadz tanah air yang mempunyai ciri khas dengan rambut gondrongnya Ustadz Hariri, sempat menghebohkan seluruh kalangan masyarakat tanah air.
Pasalnya, Ustadz yang juga cukup sering tampil dibeberapa film sinetron tersebut, terlibat aksi kekerasan di saat dirinya tengah melakukan dakwah didaerah Bandung, yang berhasil direkam oleh salah seorang jemaah.
Dalam video tersebut, sang Ustadz terlihat menginjak kepala salah seorang kru dengan menggunakan lututnya. Video tersebut pun menjadi sebuah video yang sangat menggemparkan seluruh kalangan masyarakat tanah air.
Bahkan, tak sedikit kalangan masyarakat, pun mengecam aksi yang dilakukan oleh sang Ustadz. Namun, ditengah-tengah hangatnya perbincangan mengenai kasus tersebut, salah seorang Ustadz yang mendapat julukan sebagai Ustadz seleb, Ustadz Guntur Bumi, saat ini pun tengah menjadi sorotan seluruh kalangan masyarakat tanah air.
Pasalnya, suami dari mantan artis cilik Puput Melati tersebut dinilai telah melakukan aksi pemerasan terhadap pasien yang berobat pada dirinya. Bahkan, salah seorang pasiennya, pun telah melaporkan praktek pengobatan yang dilakukan oleh Ustadz yang akrab disapa UGB ini ke Majelis Ulama Indonesia (MUI), lantara metode pengobatannya dinilai telah melanggar syariat agama.
Nama Ustadz Guntur Bumi saat ini memang tengah menjadi pusat perhatian dari seluruh kalangan masyarakat tanah air, setelah salah seorang pasiennya melaporkan suami dari Puput Melati tersebut ke Majelis Ulama Indonesia (MUI), karena metode pengobatan alternative yang dilakoni oleh sang Ustadz dinilai telah melanggar syariat agama karena metode pengobatannya diduga malakukan praktek perdukunan dan juga pemerasan.
Sang Ustadz sendiri pun sebenarnya sudah membantah jika metode pengobatan yang ia lakukan telah melanggar syariat-syariat Islam. Namun, tetap saja Ustadz tersebut masih mendapat sorotan dari banyak kalangan. Sebelum dituding melakukan aksi pemerasan, Ustadz yang mengawali karirnya sebagai salah seorang pemburu hantu di salah satu program stasiun televisi swasta di tanah air, pun sudah cukup sering menjadi bahan pemberitaan dari media-media dalam negeri. Seperti apa sensinya, berikut ulasannya.
Sensasi Ustadz Guntur Bumi dalam dunia hiburan tanah air. 1. Konflik dengan Manohara Pada Agustus 2012 UGB mendapat sorotan media disaat dirinya terlibat konflik dengan selebriti pendatang baru Manohara. Penyebabnya, selebriti cantik tersebut kecewa disaat dirinya mengetahui wajahnya terpampang di tempat praktek pengobatan sang Ustadz, yang langsung mendapat protes dari mantan istri pangeran negeri Jiran, Malaysia tersebut.
2. Konflik dengan tim pemburu hantu UGB sempat menjadi usat perhatian seluruh kalangan masyarakat tanah air setelah dirinya terlibat perseteruan dengan tim pemburu hantu yang telah membesarkan namanya dalam dunia hiburan tanah air. Penyebabnya salah seorang Ustadz dari tim pemburu hantu meminta konfirmasi mengenai pernyataan UGB ke salah satu media tanah air yang mengatakan bahwa dirinya telah keluar dari tim atas permintaan dari mendiang Uje, karena selama ini Uje pun tak pernah melarang profesi seperti itu.
3. Pernikahan sirih Kabar yang nampaknya masih cukup segar di ingatan seluruh kalangan masyarakat, disaat sang Ustadz dikabarkan telah menikah sirih dengan salah sseorang selebriti cantik Nuri Maulida, padahal saat itu dirinya pun masih resmi menyandang status sebagai suami dari mantan artis cilik Pupu Melati.
| |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 29 Nov 2014 03:02 PM PST Foto seksi gadis penjual aiskrim jadi viral Posted: 29 Nov 2014 03:01 PM PST Seorang gadis penjual ais krim di Kota Taipei, Taiwan menjadi terkenal gara-gara wajah cantiknya tersebar di Internet.
Dilapor oleh stomp.com.sg, salah seorang pelanggan datang ke gerainya bertindak merakam aksinya membuat ais krim dan dimuat naik videonya ke Youtube. Sejak itu ramai yang datang untuk melihat kecantikannya.
Sebenarnya gadis tersebut membuat sejenis makanan ringan namun di Taiwan jenis makanan ini disebut ais krim. | Harga Baru RON95 Turun 4 Sen Berkuatkuasa 1 Disember Posted: 29 Nov 2014 01:16 PM PST Kecoh di laman sosial dan blog apabila tersebar harga baru runcit bagi petrol semua gred dari RON97, RON95 dan Diesel yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember depan.
Bagaimanapun, kenyataan Kementerian Kewangan itu dilihat tersebar lebih awal biarpun ada makluman dalam kenyataan itu bahawa ia perlu disiarkan hanya pada pukul 8 malam esok.
Ketika berita ini ditulis, kenyataan embargo itu telah pun terbit di banyak blog dan portal sehingga menimbulkan tanda tanya mengapa kenyataan itu terlepas kepada semua pihak dan media sosial terlalu awal jika ia hanya sepatutnya diumumkan mulai 8 malam esok.
Menurut kenyataan itu, harga baru runcit bagi RON95 ditetapkan pada RM2.26 seliter bulan depan, yakni dikurangkan sebanyak 4 sen daripada harga semasa RM2.30 sen.
"Harga bagi petrol RON97 bagi bulan Disember ditetapkan pada RM2.46 seliter diturunkan 9 sen daripada harga asal RM2.55 seliter.
"Bagi Diesel, harga yang ditetapkan ialah RM2.23 seliter naik 3 sen daripada RM2.20 sen sebelum ini," menurut kenyataan itu.
Daripada kenyataan itu, ia dilihat dihantar kepada Pengarah Eksekutif syarikat IPTB Sdn Bhd yang memiliki sepenuhnya syarikat petrol jenama Buraq Oil.
Harga baru itu dikeluarkan selepas baru-baru ini kerajaan membuat keputusan menetapkan harga RON95 mngikut sistem apungan terkawal sepertimana mekanisme yang digunakan untuk menetapkan harga RON97.
Ia dilakukan berikutan harga minyak mentah ketika ini berada pada paras bawah AS$80 setong.
Menurut kerajaan, sistem apungan terkawal itu akan terus digunakan selagi harga minyak mentah dunia di bawah AS$80 setong. – MYNEWSHUB.CC | Piala AFF: Harimau Malaya gah layak separuh akhir tewaskan Sngapura Posted: 29 Nov 2014 07:40 AM PST KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia gah layak ke separuh akhir, Piala AFF Suzuki selepas menewaskan juara bertahan, Singapura 3-1 di Stadium Nasional, malam ini.
Kemenangan itu, dengan dua gol pada minit-minit terakhir masa tambahan, membantu Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan B berbekal empat dan akan mengiringi Thailand yang muncul juara kumpulan.
Gol Malaysia adalah sumbangan Safee Sali pada minit ke-61, Safiq Rahim (penalti, m-91) dan Indra Putra Mahayuddin (m-95) manakala gol tunggal tuan rumah menerusi sumbangan Khairul Amri Kamal (m-83).
Dalam perlawanan lain, Thailand muncul juara kumpulan dengan kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Myanmar 2-0.
Dalam separuh akhir pertama nanti, Malaysia akan menentang juara Kumpulan A, Vietnam pada 7 Disember manakala Thailand menentang naib juara Kumpulan B, Filipina pada 6 Disember.
Malaysia berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-42, namun rembatan susulan daripada Safee Sali terkena tiang kanan pintu gol lawan dengan penjaga gol tuan rumah, Hassan Abdullah Sunny langsung tertewas.
Selepas rehat, skuad negara kembali menggandakan asakan memburu jaringan dan keringat mereka berbalas apabila Safee menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi satu rembatan padu.
Jaringan itu mencetus ceria buat hampir 1,000 penyokong Harimau Malaya.
Tersentak, Singapura kembali mengemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi penyerang, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal yang menolak masuk bola ke gawang Malaysia selepas berlaku kekalutan di depan pintu gol.
Anak didik Dollah Salleh enggan mengalah dan berjaya mendahului pada minit ke-91 hasil sepakan penalti perancang tengah, Safiq Rahim selepas pemain negara, Mohd Amri Yahyah dijatuhkan pertahanan Singapura dalam kotak penalti.
Pemain gantian, Indra Putra Mahayuddin memastikan tiket separuh akhir menjadi milik Malaysia dengan gol ketiga selang tiga minit kemudian.
Thailand pula mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas Myanmar hasil Tanaboon Kesarat pada minit ke-12 dan Prakit Deeporm, minit ke-83.
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin)
SINGAPURA: Hassan Abdullah Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan Baharudin, Ismadi Muhamad Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Hafiz Abu Sujad), Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi), Muhammad Faris Ramli, Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul Hameed (Gabriel Quak Jun Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal. | Dibogel dan diikat dengan pelekat lutsinar Posted: 28 Nov 2014 11:39 PM PST Inilah padah gara-gara cuba merompak seorang warga emas menggunakan pisau. Nasib baik serangan yang cuba dilakukan oleh lelaki ini berjaya dipatahkan oleh orang ramai yang menangkap perompak tersebut dengan bertindak mengikat dan membogelkan lelaki tersebut di khalayak ramai. Insiden yang berlaku di Santiago ini, menggemparkan orang ramai yang lalu lalang apabila melihat seorang lelaki berbogel yang diikat seluruh badannya menggunakan pembalut lut sinar di tiang. Lebih memalukan, seluar dalam lelaki bernama Valentino Abeyta Barrera, 32 tahun ini kelihatan digunakan sebagai pengikat di bahagian buku lalinya. Sementara itu, keadaan lelaki berbogel itu tersebut sempat dirakam oleh orang ramai di kejadian itu supaya menjadi pengajaran kepada penjenayah yang lain. Insiden ini sekaligus menjadi viral di media-media sosial dan menjadi perbualan masyarakat dunia. Situasi yang berlaku selama 20 minit ini berakhir apabila pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek. Namun, menurut pihak polis, suspek tidak memberitahu mengapa dia ditangkap dan hanya memohon pihak polis melepaskannya. Pihak Polis juga tidak dapat mendakwa suspek atas apa-apa kesalahan kerana tiada laporan diterima daripada mana-mana mangsa. – MYNEWSHUB.CC | Suami kerap berzina, isteri buntu di rumah Posted: 28 Nov 2014 10:01 PM PST Saya sudah lima tahun berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki. Kehidupan kami sekeluarga sederhana, tetapi bahagia sehinggalah muncul seorang wanita bernama TI.
Semenjak mengenali TI, suami berubah menjadi pemarah dan mula mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga. Setiap bulan suami hanya menghulurkan RM50 untuk perbelanjaan rumah. Mujurlah saya bekerja dan mampu menyara keperluan anak.
Hakikatnya, saya tidak kisah kalau nafkah saya diabaikan, tapi nafkah makan dan pakai anak amat penting kepada saya.
Biarlah saya tidak bertukar baju asalkan anak tidak kelaparan. Malah saya bertambah kasihan apabila melihat anak pertama kerap bertandang ke rumah jiran untuk bermesra dengan ayah orang, padahal bapa sendiri sibuk bersama kekasih hati.
Untuk pengetahuan, saya ada bertemu beberapa pakar perubatan tradisional dan mereka mendakwa TI ada memberi suami saya makanan kotor untuk menundukkannya.
Hingga kini mereka masih belum bernikah dan sering melakukan zina. Suami pula seakan-akan lembu dicucuk hidung dan hanya menurut suruhan TI.
Baru-baru ini TI menggesa suami menceraikan saya, namun beliau enggan kerana masih sayangkan keluarga kami. Namun dalam masa sama saya tetap ditinggal bergantung tak bertali.
Saya buntu memikirkan hal suami dan saya sendiri berdepan masalah kewangan. Tolonglah bantu saya. Saya tidak tahu sama ada mahu meminta cerai atau melaporkan hubungan mereka kepada pihak berkuasa agama. Saya masih sayangkan suami.
ISTERI TERLUKA,
Kuala Lumpur
Ramai yang mengaitkan masalah sebegini konon ada gangguan akibat ilmu penunduk. Tetapi selaku pengamal undang-undang syariah, saya tidak melihat isu ini timbul akibat daripada unsur mistik sebaliknya berpunca daripada sikap dan nafsu pasangan yang melakukan perbuatan itu sama ada suami atau isteri.
Jika pasangan terbabit berpegang kepada batasan hukum halal haram serta melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagaimana digariskan hukum syarak, masalah seumpama ini tidak akan berlaku.
Masalah ini juga ibarat penyakit barah yang sukar diubati, tetapi mudah merebak dan merosakkan seluruh sistem badan sama ada secara segera ataupun perlahan-lahan.
Jika seorang suami yang terleka dengan belaian perempuan lain dan dia tidak dapat mengawal gelora nafsunya, maka sudah pasti dia akan lama berada di dalam dosa dan noda itu sehingga dia sanggup melupakan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan sebagai suami atau bapa.
Maka dalam hal ini, isteri yang sayangkan suaminya hendaklah mengambil langkah segera menanganinya dengan apa juga cara yang patut bagi menghentikan perbuatan suami daripada berterusan.
Ini kerana jika isteri hanya mengharapkan suami yang akan berubah dengan sendirinya, saya berani mengatakan bahawa harapan itu adalah hampir mustahil menjadi kenyataan.
Malah, jika dibiarkan berterusan ia akan menyebabkan suami mencipta komitmen lain dari segi kewangan dan masa yang akhirnya akan mengganggu komitmen asal beliau terhadap isteri dan anak.
Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, puan boleh memulakan dengan teguran secara baik serta mengingatkan beliau mengenai bebanan dan tanggungjawab yang dipikul oleh beliau.
Namun, perkara berkenaan hendaklah dilakukan selepas mendapat bukti sahih atau sangkaan berasas.
Dengan cara itu akan dapat mengelakkan perbalahan rumah tangga kerana suami isteri mengamalkan sikap boleh menerima teguran dan peringatan daripada pasangan masing-masing demi kelangsungan rumah tangga mereka.
Namun, andainya masalah ini dapat dihidu selepas lama berlarutan dan mungkin perbincangan secara dalaman suami isteri tidak lagi praktikal, maka tindakan drastik hendaklah diambil melalui proses undang-undang iaitu sama ada terus menyaman suami supaya menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan anak atau memulakannya dengan sesi kaunseling di pejabat agama atau mana-mana kaunselor bertauliah.
Puan boleh juga menggunakan khidmat dan bantuan orang dihormati suami yang boleh menasihatkan beliau untuk kembali ke pangkal jalan.
Semoga dengan cara ini, suami akan kembali sedar walaupun terlanjur jauh, tetapi isteri dan anaknya masih menyayanginya dan memerlukan kasih sayang daripadanya. | Diugut jolok botol dalam kemaluan Posted: 28 Nov 2014 07:02 PM PST Nairobi: Kerajaan menubuhkan sebuah skuad khas polis bagi memburu sekumpulan lelaki yang sering membogelkan wanita di khalayak ramai.
Skuad Antibogel itu yang berpangkalan di Nairobi mempunyai berpuluh-puluh anggota dan memfokuskan operasi kepada kes serangan terhadap wanita yang semakin meningkat.
Pada masa sama polis menggesa seorang wanita tampil memberi keterangan selepas klip video menunjukkan dia merayu dibebaskan ketika sekumpulan lelaki menyerangnya tersebar di media sosial.
Berdasarkan klip video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di dalam sebuah bas mini di bandar Githurai.
Ada sekurang-kurangnya tiga lelaki mengganggunya. Kejadian dikenal pasti berlaku di Githurai.
Tiga lelaki terbabit dilihat meraba mangsa malah seorang daripada mereka mengugut memasukkan botol ke kemaluannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nairobi, Nicholas Kamwende berkata, pihaknya mahu menemui wanita terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Saya merayu wanita berkenaan datang ke pejabat saya supaya lelaki yang menyerang dan membogelkannya mendapat hukuman sewajarnya.
"Maklumat diberinya akan dirahsiakan," katanya.
Semalam, Persatuan Perundangan Kenya memohon keizinan khas daripada pendakwa raya untuk mendakwa lelaki yang bertindak membogelkan wanita di khalayak ramai.
Pengerusinya, Eric Mutua berkata, polis Kenya perlu membentuk unit khas secepat mungkin bagi membuat rondaan di lokasi yang berisiko.
"Perbuatan tidak berperikemanusiaan membogelkan wanita di khalayak ramai semata-mata kerana berpakaian tidak sopan mesti dihentikan," katanya.
Ratusan penunjuk perasaan memprotes di Nairobi baru-baru ini untuk membantah kejadian tiga wanita dibogelkan.
Sementara itu, seorang anggota polis turut didakwa Ahad lalu kerana melakukan kesalahan berkenaan di Nairobi.
Sementara itu, ahli parlimen wanita mengugut mengemukakan usul untuk mendakwa pihak pegawai keselamatan kerana gagal mengambil sebarang tindakan. | Padah berkasih dengan isteri orang Posted: 28 Nov 2014 05:17 PM PST KUALA KURAU - Berang isteri berlaku curang, seorang lelaki memecahkan keseluruhan cermin kereta kekasih isterinya yang diletakkan di pekan Kuala Kurau, di sini, Ahad lalu.
Selain itu, Sinar Harian turut difahamkan keempat-empat tayar kereta jenis Proton Satria ditoreh dan dirosakkan suspek berusia lingkungan 20-an itu.
Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Razak berkata, ketika kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang meletakkan kenderaan di lokasi pasar malam Kuala Kurau dipercayai sedang menunggu isteri suspek untuk membawanya keluar.
"Suspek yang marah dengan perbuatan isterinya, bergelut dengan mangsa sebelum bertindak memecahkan keseluruhan cermin dan tayar kenderaan mangsa.
"Pergaduhan itu menyebabkan mereka menjadi tumpuan orang ramai," katanya semasa ditemui di lokasi kejadian di sini.
Seorang lagi saksi, Jun,30-an berkata, semasa suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan dengan menggunakan objek keras, mangsa terus melarikan diri.
"Bagaimanapun, kejadian itu berakhir apabila kedua-dua pihak didamaikan oleh ahli keluarga masing-masing," katanya.
Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi memaklumkan tiada laporan polis dibuat atas kehendak kedua-dua keluarga suspek dan mangsa terlibat. | |
Cucu Tok Selampit Posted: 29 Nov 2014 01:22 PM PST Lihat Cara Tokong Lim Guan Eng Duduk Melayan Pelabur Posted: 28 Nov 2014 04:20 PM PST Tidak perlu belajar ilmu psychology untuk membaca bahasa badan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Cara beliau duduk dengan deligasi pelabur-pelabur luar negara amat memalukan bagi seorang pemimpin di Malaysia. Mengangkat kaki kanan diletak tinggi di atas kaki sebegini amat biadap dan tidak sopan dalam majlis formal.
Belum pernah lagi rasanya kita melihat keadaan sebegini di dalam mana-mana perjumpaan pemimpin tempatan dan dunia. Cara duduk Ketua Menteri Pulau Pinang ini mungkin hanya boleh dilihat di perjumpaan kongsi-kongsi gelap, mafia dan perjumpaan bapak-bapak ayam. Ianya melambangkan sifat sombong dan takbur. ' No sense of decorum and common courtesy'. Amat memalukan!
| Pembangkang Sengaja Membuat Tuduhan Kerajaan Menggunakan Akta Hasutan Untuk Musuh Politik, Kata DS @IsmailSabri60 Posted: 28 Nov 2014 01:30 AM PST
Pihak pembangkang sengaja memanipulasikan pengunaan Akta Hasutan kononnya akta ini digunakan terhadap musuh-musuh politik kerajaan. Ini dilakukan untuk membolehkan tekanan daripada pihak antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia dilakukan. Sambil Dato Seri Ismail Sabri menafikan tuduhan berkenaan, beliau berkata tiada siapa yang ditangkap atas sebab politik. Akta Hasutan hanya digunakan untuk menjaga keharmonian kaum dan Agama dikalangan masyarakat Malaysia.
Menteri Pertanian Dan Asas Tani itu berkata demikian hari ini ketika sessi media selepas mendengar taklimat daripada Biro Pertanian Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Beliau menyokong penuh langkah Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 seperti di dalam Ucapan Perasmian Perhimpunan Agong UMNO 2014. Temubual eksklusif beliau boleh ditonton di sini atau di bawah:
| |
PEJUANG BANGSA Posted: 29 Nov 2014 11:22 AM PST Tawar lompat parti RM100 juta , PR Bapak Segala Rasuah - @NajibRazak Posted: 29 Nov 2014 07:33 AM PST KUALA LUMPUR — Tanpa berselindung dan mengetahui bahawa ucapan beliau disiarkan secara terus menerus oleh media yang memenuhi ruang khas disediakan, Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak terus menyelar pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) adalah "bapa kepada segala rasuah" yang sebenar. Najib, memegang senaskhah akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 November lalu menunjukkan kepada perwakilan Umno seluruh negara yang memenuhi Dewan Merdeka, laporan mengenai keterangan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang ditawarkan oleh pembangkang untuk 'lompat parti' dan menyertai pakatan dengan janji RM100 juta. Presiden Umno itu berkata bahawa perkara itu berlaku sewaktu ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berura-ura untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mewujudkan kerajaan baru dalam gerakan yang terkenal dengan jolokan 'peristiwa 16 September'. "Kita selama ini dituduh dan dilemparkan dengan berbagai tuduhan rasuah dan sebagainya sehingga kita kelihatan begitu kotor sekali. "Sedangkan merekalah sebenarnya 'bapa kepada segala rasuah' dengan menawarkan RM100 juta untuk 10 ahli parlimen kita (untuk) melompat parti," kata Najib disambut sorakan yang begitu gamat sekali oleh seluruh perwakilan Umno di dewan bersejarah itu. Najib, tidak risau dengan kenyataannya itu kerana ia sudah pun diberi keterangan di mahkamah dan menjadi dokumen awam serta telah dilaporkan di akhbar. "Saya dah rujuk dengan peguam dan ini bukanlah subjudis," katanya. Presiden Umno itu seterusnya menyarankan agar ahli Umno terus menyerang pakatan pembangkang dari bertelagah sesama sendiri. Rata-rata perwakilan yang ditemui Selangor Press menzahirkan rasa puashati serta bersemangat dengan ucapan penggulungan presiden itu berbanding ucapan dasar presiden, kelmarin. | |
IPOHMALAY Posted: 29 Nov 2014 09:36 AM PST Detik.com dakwa Utusan tuduh Presiden Indonesia angkuh Posted: 28 Nov 2014 11:19 AM PST Portal berita Indonesia, Detik.com mendakwa Utusan Malaysia menyebut Presiden negara itu Joko Widodo mengambil tindakan angkuh dengan meneggelamkan kapal. Tidak dirujuk artikel mana dan kenyataan itu dipetik namun menjadi ruang luahan emosi pembaca di sana. Jumat, 28/11/2014 19:35 WIB Media Malaysia Sebut Jokowi Angkuh, Menko Polhukam: Bukan Angkuh, Tapi TegasMega Putra Ratya - detikNews Jakarta - Media Online 'Utusan Malaysia' menyebut Presiden Jokowi adalah pemimpin yang angkuh terkait kebijakan penenggelaman kapal asing di perairan Indonesia. Menko Polhukam Tedjo Edhy menilai, kebijakan Jokowi itu adalah kebijakan yang tegas.
"Pak Jokowi bukan angkuh tapi tegas, kenapa orang kita digantung di sana, siapa yang angkuh sekarang. Media Malaysia mengatakan kita angkuh, lalu kenapa orang kita dihukum mati di sana? Berbuat kesalahan di sini kok nggak boleh ditenggelamkan. Resiprokal (saling berbalas-red) dong," tegas Menko Tedjo di Istana Bogor, Jawa Barat, Jumat (28/11/2014).
Tedjo menilai seharusnya media Malaysia itu juga berpikir mengapa mereka melakukan suatu hukuman ke WNI yang melanggar di negerinya, tetapi Indonesia tidak. "Jangan mikir ke dirinya sendri, mereka boleh melakukan sesuatu ke warga kita lalu kenapa kita nggak boleh. Mereka juga mengobok-ngobok kekayaan laut yang ada di kita. Kita harus tegas presiden Jokowi tegas, bukan angkuh kalau kita balik ke Malaysia ngga mau juga," paparnya.
Tedjo juga menjelaskan bahwa kapal asing yang ditenggelamkan adalah kapal yang melanggar batas laut, tidak memiliki surat-surat, dan bukan nelayan Indonesia, tetapi pakai bendera Indonesia.
"Ada dasar hukumnya, nggak ada masalah. Ini negara kita. Jangan diatur oleh orang asing," tutupnya. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan