Pengikut

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 11:36 PTG

sumber :-

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Anak muda nantikan pelan kecemasan berdepan GST

Posted: 08 Oct 2014 06:28 AM PDT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

BELANJAWAN 2015 akan dibentang dalam sidang Parlimen Oktober ini. Mahu tidak mahu Belanjawan 2015 adalah sangat penting dan terpenting berikutan negara akan berdepan satu lagi rejim ba haru dalam sistem percukaian iaitu dengan pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Pembelian (GST).

GST akan dilaksanakan pada April 2015. Terdapat de sas desus dan tanggapan bahawa GST adalah rejim yang kejam kepada mereka yang berpendapatan sederhana ke bawah.  Namun, ia amat mesra kepada golongan berpenda patan tinggi, peniaga dan ke lompok yang akan meng ambil kesempatan atas pe laksanaannya.

Pastinya pengenalan GST pada kadar enam peratus akan lebih membebankan golongan muda kerana 82.5 peratus daripada mereka mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah.

Kesan itu semakin dirasai golongan muda apabila kadar inflasi meningkat ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ketika pendapatan tidak banyak berubah.

GST akan menyebabkan golongan muda semakin ter tekan apabila banyak barang yang dikenakan cukai apabila dilaksanakan.

Apabila pelaksanaan GST tidak disusuli de ngan pelbagai mekanisme yang perlu disusuli pihak kerajaan untuk mengenalpasti cukai bertindih yang perlu dihapuskan, maka akan membebani golongan muda.

Permulaan kadar GST enam peratus adalah tinggi dan kerajaan harus memastikan mekanisme pelaksanaannya membawa kebaikan kepada negara tanpa perlu meningkatkan jumlah caj dari semasa ke semasa.

Hal ini kerana tarif cukainya tetap meningkat de ngan pelaksanaan GST.

Sebagai contoh, GST diperkenalkan kepada negara Singapura pada 1 April 1994 dengan kadar tiga peratus.

Namun, menjelang 1 Januari 2003, kadar tarif meningkat kepada empat peratus dan kemudiannya lima peratus, pada 2004 dan terkini tujuh peratus, sejak 1 Julai 2007.

Berdasarkan penga laman negara yang sudah melaksanakan GST, ka dar nya terus meningkat, namun persoalannya bagaimana ke rajaan dapat mengekalkan pada kadar munasabah untuk GST bagi 20 tahun akan datang.

Sebenarnya GST ini bukanlah suatu perkara baru jika dilihat dari konteks global. Negara kita sebenarnya telah beberapa kali menangguhkan pelaksanaan GST ini ke suatu masa yang lebih sesuai dengan suasana ekonomi semasa.

Ini disokong dengan buk ti bahawa GST ini atau nama lainnya VAT – Value Added Tax – telah lama dilaksanakan oleh lebih 160 buah negara di seluruh dunia termasuk India, Australia dan semua negara Asean kecuali Myanmar dan Brunei sahaja.

Pada pandangan ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, harus ada keprihatinan kerajaan terhadap kos sara hidup rakyat dan ia perlu menjadi agenda penting dalam pelaksanaan GST.

Kenaikan 1 peratus terhadap sebahagian barangan yang sebelum ini dikenakan cukai sebanyak 5 pe ratus nyata akan memberi kesan ketara terhadap pengguna di peringkat bawahan walaupun kerajaan mendakwa kononnya ia ti dak melibatkan peratusan jumlah barangan yang besar.

Pelaksanaan sistem percukaian GST ini dibimbangi tidak adil dan prihatin, malah akan pelaksanaannya nanti akan menyebab kan be banan kos sara hi dup rakyat selaku pengguna, terutamanya golongan muda.

Kononnya kerajaan men - jalankan GST akibat kelemahan yang dikenalpasti berpunca dari sistem percukaian sedia ada adalah elemen cukai atas cukai yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dan aktiviti pemindahan harga (transfer pricing) yang memberi kesan negatif kepada kutipan hasil negara di peringkat antarabangsa.

Sedangkan, kerajaan ga gal menjamin budaya rasuah, ketirisan, dan paling menyulitkan perangkaan oleh Global Financial Index (GFI), Malaysia adalah negara ketiga tertinggi yang menghadapi pengaliran wang haram, ketiga terbesar dunia se lepas China dan Mexico.

1. China: US2.74 trilion
2. Mexico: US476 bilion
3. Malaysia: US285 billion

Pengaliran wang haram yang menimpa Malaysia adalah sangat kritikal dan korupsi dan ketirisan pengurusan dana negara amat membimbangkan.

Ramai yang tertanyatanya, apakah pelan kerajaan dalam berdepan rejim GST yang mereka cipta ini. Peningkatan gaji tidak berlaku, laungan transformasi pentadbiran hanya sekadar laungan kosong, sedangkan laporan demi laporan ketirisan menjengah ke telinga rakyat.

Anak muda yang berani dan kreatif cuba bangkit me nentang dasar korup kerajaan, namun Akta Hasutan 1948 menjadikan kerajaan kini semakin kebal.

Apa yang pasti, pelaksaan GST tahun hadapan membuatkan anak muda mula berkira-kira untuk ber hijrah ke negara luar dan menikmati gaji di negara luar yang lebih tinggi sepadan dengan pelaksanaan GST yang diamalkan beberapa kerajaan di Eropah.

Berkorbanlah di jalan Allah bagi melerai kemelut kita hadapi...

Posted: 08 Oct 2014 06:24 AM PDT

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. “Dan serulah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang beramai-ramai mengunjungi (rumah Engkau, Baitul Lahil Haram) dengan keadaan ada yang berjalan kaki dan ada yang menunggang berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan perjalanan yang datang dari segenap ceruk pelosok dan rantau yang jauh.” (Maksud Ayat 27 Surah al-Haj) “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orangorang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Maidah 5:08)

Kini kita di penghujung tahun Hijrah 1435. Pada bulan terakhir setiap tahun (Zulhijah) disyariatkan ibadat haji. Ketika ini jutaan umat Islam berada di Tanah Suci bagi melengkapkan Rukun Islam kelima. Haji adalah kemuncak manifestasi seseorang Muslim; ini dapat dilihat daripada bacaan talbiyah “Labbaika Allahomma Labbaik.

Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan- Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka” yang bermaksud: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba- Mu datang menyahut panggilan- Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu.

Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”

Ya, semua yang berkaitan dengan kehidupan ini kemuncaknya adalah penyerahan diri kepada Allah SWT. Hal ini mencakupi hal sekecil-kecilnya yang dianggap manusia seperti memasuki tandas sehinggalah sebesar-besarnya iaitu mengorbankan diri demi agama- Nya (syahid) semuanya perlu dilakukan berdasarkan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Jika dilakukan selain daripada jalan ini, semuanya tertolak dan menjadi sia-sia saja.

Berdasarkan ini, kita de ngan rendah diri menyeru kepada semua kembalilah ke jalan Allah dan Rasul-Nya bagi mencari jalan keluar daripada pelbagai kemelut yang kita hadapi hari ini sama ada dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, organisasi termasuk siasah, bangsa, negara seterusnya antarabangsa. Berkorbanlah berdasarkan jalan yang telah ditunjuki oleh Rasul s.a.w. yang telah diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada sekalian alam agar kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Subhanallah, tidak guna kita mencapai kejayaan gemilang di dunia tetapi gagal di akhirat.

Inilah yang perlu difikirkan dan diusahakan jalannya keluarnya (penyelesaian) oleh setiap orang beriman – antaranya sentiasa menegakkan kebenaran dan berlaku adil dalam setiap tindak tanduk kita termasuklah dalam menerajui negara, negeri, organisasi malahan keluarga kita sendiri.

Sempena Aidiladha yang mulia ini, kita menyeru semua pihak berkorbanlah dalam segala segi termasuklah perasaan, harta benda hatta tubuh badan kita yang kemuncaknya adalah penyerahan nyawa seperti dilakukan oleh Nabi Ismail a.s. dan ayahandanya, Nabi Ibrahim a.s. demi bagi mendapatkan keredaan Yang Maha Kuasa.

Apabila direnung-renungkan (muhasabah) akan pengorbanan para anbiya dengan kemuncaknya oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang amat kita kasihi, apalah sangat ‘pengorbanan kita’ – ayuh kita lupakan segala sengketa untuk seiring di jalan lurus semata-mata bagi mendapatkan keredaan-Nya.

Allaahu akbar... Allaahu akbar... Allaahu akbar...Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd. Selamat Hari Raya Aidiladha; maaf zahir dan batin.

Comments (0)