Sabtu, 25 Oktober 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 25 Oct 2014 03:32 AM PDT

bumiyang


Siapa Yang Azmin Tiru???

Posted: 24 Oct 2014 06:00 PM PDT

Mengapa Pakatan Rakyaat Hanya Memperjuangkan Anwar Seorang???

Posted: 24 Oct 2014 06:18 AM PDT

Tun M Mempunyai Semangat Nasionalisme Sekuat Warga Korea???

Posted: 22 Oct 2014 05:30 PM PDT

Belantan

Posted: 24 Oct 2014 11:21 PM PDT

Belantan


Pasma: Khalid persoal larangan Majlis Syura?

Posted: 24 Oct 2014 05:01 AM PDT


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus bersikap seperti duri dalam daging kepada kepemimpinan Pas apabila mempertikai pendirian parti tersebut yang melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Beliau yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi berkata, Pas sepatutnya menyokong Pasma dan bukannya melarang ahli menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana matlamat kedua-dua organisasi sama iaitu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Khalid yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dilihat sebagai membelakangkan arahan Majlis Syura Ulama sendiri selaku badan tertinggi dalam Pas yang mahu ahli-ahli parti menjauhi Pasma.

"Matlamat utama di sebalik penubuhan Pasma, mengikut kata Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi adalah untuk memastikan Pas kekal bersama pakatan. Sekiranya matlamat ini selari dengan Pas, mengapa perlu menentang dan melarang ahli bersama Pasma?

"Oleh kerana matlamat Pasma adalah selari dengan matlamat Pas seperti diputuskan dalam muktamar, iaitu istiqamah bersama pakatan, saya syorkan Pas membantu Pasma dan tidak sebaliknya," katanya menerusi laman blognya, www.khalidsamad.com.

Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura Ulama Pas menerusi setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh meminta semua ahli Pas jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan Pasma kerana tindak-tanduk NGO berkenaan boleh memecah-belahkan parti.

Jelas Nik Muhammad, langkah berkenaan selaras dengan peringatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan 'jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti'.

Dalam pada itu, Khalid juga tidak ketinggalan mengulas mengenai dakwaan bahawa penubuhan Pasma adalah platform untuk menjatuhkan Abdul Hadi dengan menafikan perkara tersebut tetapi ulasan yang diberinya menimbulkan pelbagai persoalan.

"Ada kata hasil usaha Pasma, kemungkinan akan ada yang mencabar Presiden di muktamar akan datang. Apa masalahnya? Terpulanglah pada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya. Ia tidak salah dari segi perlembagaan dan adat berorganisasi," katanya.

"Kalau tiada Pasma sekalipun tidak mustahil ia boleh berlaku. Saya yakin Presiden boleh menghadapi siapa juga pencabarnya. Ada yang anggap sebaliknya? Ada yang anggap perwakilan akan sokong pihak yang mencabar? Mengapa," soal Khalid tanpa menyatakan jawapan.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 24 Oct 2014 11:20 PM PDT

The Unspinners


Azmin tak jadi kaji semula perjanjian air

Posted: 24 Oct 2014 10:00 PM PDT


Katanya nak kaji semula perjanjian air dengan niat nak batalkan? Tak jadi pulak ke? Baca berikut:

Water deal stays but make terms public, says Azmin -
  http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/water-deal-stays-but-make-terms-public-says-azmin

PKR baru tahu rakyat dah menyampah dengan masaalah air yang lahir sebab mereka nak memandai.

Kerajaan pusat serius dalam perancangsn pengurusan air untuk bawa air dari Pahang dan bina loji pemprosesan air tapi pihak PKR buruk sangka lalu sanggup jadikan rakyat sebagai ugutan.




Mana satu PAS akan hadhir pada Okt 28 nanti?

Posted: 24 Oct 2014 08:00 PM PDT


Renungan buat sambut Maal Hijrah 1436

Posted: 24 Oct 2014 05:10 PM PDT


MALAYSIA TANAH AIRKU.. MENGAPA SAMPAI BEGINI JADINYA...

SOALAN :
Mengapa Agama Kristian berkembang dengan pesatnya di negara ini manakala Agama Islam semakin dijauhi dan ditakuti ???

JAWAPAN :
1. Orang Islam menjual
/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

2. Ustaz-ustaz mengajar agama "demand"/meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan
menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3.Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

3. Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).

4. Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.

5. Air zam zam dijual dengan harga yang mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

6. Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.

7. Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet "pengurusan" lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan, membantu golongan miskin, kurang upaya dan mangsa bencana.

8. Ustaz-ustaz sibuk jadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital merawati dan mendampingi pesakit.

9. Orang Islam sibuk dengan impian memiliki rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri mengejar gaya,mutu dan keunggulan hidup.Tetapi orang Kristian sibuk dan gigih berdakwah menarik hati orang Islam yang tidak punya harta kepada Agama Kristian serta mengambil berat akan kesusahan dan penderitaan yang mrk alami.

Sahabat-sahabat sekelian... Renung-renungkanlah. Jadikan ini sebagai muhasabah diri sempena Muharram 1436 H dengan   
masing-masing diri melihat apakah kekuatan yang ia dimiliki untuk membela dan mempertahankan Agama Islam yang suci ini.

Amaran Cina Indonesia terhadap DAP hipokrit

Posted: 24 Oct 2014 08:37 AM PDT


Mereka memang hipokrit dan berpura-pura



Dulu kritik Anwar tapi sekarang bela Anwar.


DAP mahu bawa isteri Zairil, Dahlia untuk redakan keadaan

Posted: 24 Oct 2014 05:30 AM PDT


Ketika 2008, Lim Guan Eng berhadapan dengan pendedahan tentang hubungan sulitnya dengan seorang pembantu bernama Ng Paik Kheng. Khabarnya ia diketahui isteri Guan Eng, Betty hingga kisahnya Betty baling ashtray ke dahi Guan Eng hingga cedera. Baca SINI


Dalam kisah Zairil dan Dyana, isteri Zairil Dahlia terjumpa gambar-gambar Zairil dan Dyana dalam laptop lalu diupload masuk FB Zairil. Mungkin sekali isterinya lakukan melalui akaun yang seida terbuka tak perlu tahu password di laptop dan handphone.

Dahlia sudah lama suspek suaminya bermain kayu tiga. Jangan tanya sebab wanita belum cepat rasa bila si suami berperangai lain dari biasa. Difahamkan gambar itu diambil dari satu majlis di sebuah hotel di Penang dan kedua-duanya sedang dalam keadaan mabuk. 


Khabarnya isteri Zairil telah mengadu hal pada Guan Eng dan diserahkan semua gambar-gambar. Entah apa yang diharapkan kerana Guan Eng pun pernah ada affair dengan pembantunya.

Ketika itu, dia diam saja dan marah-marah hingga ugut nak saman terhadap wartawan-wartawan yang tanya soalan. Taktik Guan Eng untuk menangani masaalah peribadinya adalah untuk diam buat tak tahu.

Pihak DAP sedang berusaha untuk bawa Dahlia bercuti ke luar negara untuk tenangkan hati dan elak dari dikesan hingga boleh diexploitasi.

Nampaknya itu yang dilakukan Zairil juga. Maknanya sia-sia usaha isterinya merepot kepada Guan Eng.

Human RIghts Watch sahkan Anwar bersama penyangak matawang

Posted: 24 Oct 2014 02:30 AM PDT



Baca SINI

Jawapannya senang. Other country has no business to meddle in the law of other country!!!!

Human Rights Watch yang dibiayai george Soros membela Anwar. Betullah gitu anggapan Anwar tangan yang bantu orang asing sabotaj ekonomi Malaysia dengan menjadi Trojan Hourse untuk penyangak matawang serang ringgit pada 1997-98.


Hal dalaman PAS pun DAP masuk campur

Posted: 24 Oct 2014 12:22 AM PDT







Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Oct 2014 11:20 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENJELANG ANWAR DIPENJARA, PAKATAN RAKYAT MULA BOIKOT PAS HJ HADI

Posted: 24 Oct 2014 06:30 PM PDT

Pemilihan tarikh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Isnin depan, 27 Oktober dilihat sebagai usaha mensabotaj kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Meyuarat PR yang bakal diadakan di bangunan parlimen, Kuala Lumpur, memilih tarikh sehari sebelum Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Menurut The Malaysian Insider, berkemungkinan besar, Presiden PAS tidak dapat menyertai mesyuarat itu kerana beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
"Saya rasa Tok Guru tidak akan ke Kuala Lumpur, kerana esoknya dia ada bicara di Kuala Terengganu," kata sumber yang rapat dengan beliau, lapor portal itu.
Abdul Hadi dijangka akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada tarikh tersebut susulan saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, terhadapnya berkaitan dengan isu isu pil kuda.
Menurut The Malaysian Insider, Abdul Hadi tidak pernah menyertai mesyuarat PR sejak lebih setahun lalu.
"Ketika in,i Hadi masih berada di London. Beliau berlepas ke sana 14 Oktober lalu bersama beberapa ustaz bagi menyertai program di sana ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentang Bajet 2015 Jumaat lepas.
"Tindakan beliau tidak menyertai sidang yang dianggap paling penting sebagai seorang ahli Parlimen itu dikritik hebat pelbagai pihak, khasnya pengguna media sosial.
"Beliau disifatkan sebagai 'ponteng' tugasannya sebagai ahli Parlimen yang dipilih pengundi kawasannya di Marang," lapor portal itu lagi.

Santai Pagi : Lagu KetUm.

Posted: 24 Oct 2014 04:30 PM PDT



Apa dah jadi dengan Si KetUm?

Adakah rakyat Malaysia masih ada yang 'mabuk KetUm' atau ramai yang tahu sifat azali si KetUm?

Nak tahu apa sifat azali Si KetUm, sila klik di sini .

*Rasanya ramai yang dah meluat kot....



TABIAT KES ANWAR BERLIKU KATA MUJAHID

Posted: 24 Oct 2014 05:00 AM PDT

Abdul Rahman Abdul Talib, pemilih facebook Tulang Besi Malaysiawavesmempersoalkan cara publisiti kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 28 Oktober ini seolah-olah bertujuan mahu mengalih solidariti terhadap kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Tulang Besi berdasarkan sumber peguam PAS, Zulhazmi Shariff kes saman Abul Hadi masih di peringkat memberi keterangan dan bukannya peringkat mahkamah membuat keputusan seperti mana yang cuba digambarkan.
"Saja nak alihkan crowd dari solidariti Anwar?," soal Tulang Besi.
Semalam, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan FMT berkata tidak timbul isu di antara menyebelahi Anwar atau Abdul Hadi pada 28 Oktober ini yang dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang sama namun tempat yang berbeza.
Menurutnya, kronologi kes di antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Presiden PAS adalah sangat berbeza.
"Kes Anwar ini sudah berlangsung selama bertahun-tahun, melibatkan isu-isu tentang keadilan, isu kehakiman dan juga isu pendakwaan yang terpilih.
"Maknanya tabiat kes Anwar ini cukup berliku dan ini berbeza dengan tabiat dan kes Presiden PAS," katanya ketika dihubungi FMT.
Jelasnya, motif hukuman juga tidak sama.
"Anwar sudah sampai ke tahap rayuan yang merupakan jalan terakhir.
"Manakala Presiden saya, dia diminta hadir ke mahkamah mengenai pertuduhan yang dikatakan fitnah terhadapnya," ujar beliau lagi.
Walau bagaimanapun, Mujahid tidak menafikan bahawa Anwar dan Hadi merupakan pemimpin besar di dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mujahid turut membayangkan bahawa kemungkinan pemimpin PAS dari Pantai Timur akan turun ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu manakala pemimpin lain akan berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan di Parlimen dan juga memberi sokongan kepada Anwar.
Namun demikian Mujahid tidak menyatakan sama ada beliau akan menghadiri kes Anwar ataupun Hadi.
"Saya belum buat apa-apa keputusan. Implikasi di Kuala Lumpur dan di Terengganu juga berbeza. Kita kena faham.
"Saya berasakan saya kalau dapat hadiri di kedua-dua tempat adalah lebih baik. Tetapi apakan daya saya tidak boleh berada di dua tempat yang sama," ujar beliau.
Pada 28 Oktober ini, Abdul Hadi akan menghadiri perbicaraan kes saman fitnah oleh calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada jam 9 pagi. Manakala Anwar akan menghadiri Mahkamah Tinggi Putrajaya bagi tuduhan liwatnya.

DI MANA SOLIDARITI PKR UNTUK HADI ?

Posted: 24 Oct 2014 03:00 AM PDT


Facebook pro ulama, El Haraki bertanyakan di manakah solidariti PKR ketika PAS berada dalam kesusahan terutamanya ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaman ahli PKR berkaitan dengan isu pil kuda.

"Mana PKR waktu PAS jatuh ? Mana PKR masa Hadi disaman ahli PKR. Di mana PKR masa PAS bertanding PRK. Mana PKR masa Hadi Awang dimaki ahli PKR ? Mana PKR, masa PAS dihina DAP. Mana ?

"Kenapa PAS sahaja yang kena ikut PKR, tapi bila PKR ada masalah baru nak cari PAS ?" soalnya.

Persoalan-persoalan itu ditanya sebagai menjawab kenyataan twitter "keADILan Rakyat" yang berbunyi; "Kurang ajar !! Sepatutnya PAS bersama DSAI untuk tegakkan keadilan !!. Mana komitmen PAS dalam PR ?"

Menjawab kenyataan itu, El Haraki menyiarkan tulisan Ibrahim Ani seperti berikut :

Salam perjuangan buat semua pejuang-pejuang Islam yang dirahmati Allah. Mudah-mudahan segala gerak kerja memenangkan Islam yang kita jalankan diberkati dan diredhai Allah. Buat ahli dan pimpinan PKR pula salam perkenalan kami ucapkan. Moga kalian akan beroleh hidayah dari Allah dalam menerukan kehidupan sebagai seorang hamba. Hadirnya warkah bisu ini adalah kerana timbul rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan biadap ahli dan pimpinan kamu kepada Tuan Guru Presiden kami.

Apabila terbaca"tweet" biadap daripada twitter "keADILan Rakyat" terhadap poster yang dikeluarkan oleh pejuang-pejuang kami, maka hati ini amat marah dan kesal dengan "tweet" biadap tersebut. Betapa geram dan bencinya membawa "tweet" tersebut pabila anda menggelarkan kami sebagai "kurang ajar" apabila kami ingin bersolidariti membela Tuan Guru Presiden kami.

Di mana salah kami? Apakah salah kami? Mana satukah sifat kurang ajar yang kami tunjukkan kepada PKR? Siapakah Presiden kami? Di mana salahnya kami membela Presiden kami? Siapakah kamu wahai PKR sesuka hati kamu hendak menghalang kami daripada bersolidariti kepada murabbi kami? Atau kamu takut dan tergugat jika kebenaran berpihak kepada Tuan Guru Presiden kami?

Itulah deretan soalan yang bermain di minda ini apabila terbaca "tweet" biadap tersebut. Dengarlah wahai PKR, Presiden kami bukanlah Anwar Ibrahim tetapi presiden kami ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Andai kamu mengatakan membela Anwar Ibrahim adalah satu yang wajib demi keadilan rakyat, maka ketahuilah kalian bahawasanya membela TGHH adalah juga keadilan rakyat dan keadilan jamaah ataupun parti. Anwar Ibrahim berdepan dengan fitnah peribadi daripada UMNO, tetapi TGHH dan PAS berdepan tuduhan biadap daripada PKR iaitu kalian sendiri. Cukup tidak malunya kalian membuat onar dan kejahatan kepada kami. Maka bila kami menangkis onar kejahatan kamu itu, kamu mengatakan kami adalah golongan "kurang ajar" dan tidak berkomitmen membela keadilan. Walhal politik keji kalianlah yang cuba menjahanamkan kami.

Kami sudah muak dengan slogan dan laungan retorik kalian. "Refomasi" , "ini kalilah" dan pelbagai lagi slogan serta laungan palsu kalian yang langsung tidak punya roh perjuangan bagi kami. Bagi kami perjuangan pimpinan kamu pada 28 Oktober ini hanyalah perjuangan peribadi Anwar Ibrahim yang tidak perlu untuk kami campur tangan di dalamnya, melainkan TGHH memberi arahan kepada kami semua yakni ahli PAS. Biarlah anak beranak Anwar Ibrahim yang selesaikan isu tersebut. Kerana tiada satu kepentingan pun Anwar Ibrahim pada perjuangan kami kerana Anwar Ibrahim pastinya akan mati kembali kepada Allah. Sedangkan PAS yang memperjuangkan Islam ini tidak akan mati, kerana Islam itu dipelihara oleh Allah. Juga untuk pengetahuan kalian 28 Oktober ini bagi kami adalah satu perjuangan untuk menentang onar dan fitnah yang ditabur kepada Islam. TGHH berdepan dengan kebiadapan PKR yang kononnya "rakan" dalam Pakatan Rakyat.

Usah ditanya di mana ahli PAS 28 Oktober ini kerana kami semua akan berada di Mahkamah Kuala Terengganu. Usah dipertikai komitmen kami akan tetapi koreksilah diri kalian sendiri dengan soalan-soalan ini :

1- Di mana PKR waktu PAS jatuh tersungkur?

2- Di manakah PKR tatkalama TGHH disaman oleh ahli PKR sendiri?

3- Di manakah PKR semasa PAS bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK)?

4- Di manakah PKR sewaktu TGHH dihentam dan dilanyak oleh pimpinan dan ahli PKR?

5- Di manakah PKR tatkalamana PAS dan TGHH dibantai habis-habisan oleh DAP mahupun UMNO dan BN?

6- Mengapakah PAS sahaja yang perlu ikut PKR tapi bila PKR ada masalah baru nak cari PAS?

Sekarang siapa yang kurang ajar? Kamu atau kami?

Dalam masa yang sama PasMa muncul membela kamu. Inilah hasil didikan kalian wahai PKR. Kalian berjaya melahirkan ahli kalian bertopengkan PAS dalam jamaah kami. Kalian berjaya membentuk pimpinan PasMa yang wala' dan patuhnya pada Anwar Ibrahim bukannya kepada TGHH. Kalian berjaya membina jamaah kalian atas nama PasMa membawa suara dan wadah kalian di dalam mesyuarat-mesyuarat kami. Syabas dan tahniah atas kerja jahat kalian yang berjaya melatih PasMa ibarat "duri dalam daging" yang beracun kepada kami.

Hanya pada Allah kami berserah diri. Berdepan dengan kebiadapan PKR dan PasMa mutakhir ini. Sudah pasti 28 Oktober nanti kami akan menuntut bela terhadap kejahatan kalian. Kebenaran yang diperjuangkan oleh kami ini akan menghadirkan malapetaka dan mimpi ngeri kepada kamu nanti. Allah jualah sebaik-baik pelindung bagi kami.

"Anak Muda Bersama Kepimpinan Ulamak"

IBRAHIM ANI

Anak Muda Baling
24 Oktober 2014

AZMIN LEBIH SUKA JIKA ANWAR DIPENJARA ?

Posted: 24 Oct 2014 01:00 AM PDT



Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali lebih suka Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, lapor Malaysia Gazette yang memetik kata-kata CheguBard dalam sidang media hari ini.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Saharin dilaporkan Malaysia Gazette berkata jika Anwar kembali dipenjarakan, pada saat itu Azmin akan merampas pucuk pimpinan PKR.

Aktivis PKR yang kini digantung parti, CheguBard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.

Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku 'pembunuhan politik' beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.

"Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.

"Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.

"Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini," ujarnya.

Menurutnya, 'pembunuhan' beramai-ramai itu tidak mustahil dilakukan Azmin sekiranya dilihat pada kelicikannya melobi jawatan Menteri Besar Selangor sehingga meminggirkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.






CheguBard yang turut dilaporkan Astro Awani turut mempertikai 'keistimewaan' yang dimiliki Azmin dalam parti itu.

Dengan mengambil situasinya yang digantung keahliannya kerana mendedahkan penyelewengan pemilihan parti yang berkait dengan Azmin, Menteri Besar Selangor itu dilihat lebih disayangi di dalam situasi yang disifatkan sama dengannya.

"Saya jawab tuduhan dengan menggunakan media dan digantung. Apabila anggota bawahan menggunakan media dianggap salah.

"Tetapi apabila Azmin menggunakan media dan menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail … tiada sebarang tindakan dibuat.

"Kalau hendak ambil tindakan ke atas saya, sila ambil tindakan kepada Azmin dahulu," katanya

Chegubard yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kemelut pertukaran MB Selangor turut dilihat berpunca daripada Azmin sendiri.

"Memang sejak awal dia impikan jawatan itu, dia yang menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran menteri besar sebelum ini.

"Azmin yang menggunakan media dan memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melobi untuk jawatan itu," ujarnya.


Panglima Perang Cyber

Posted: 24 Oct 2014 11:03 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Calon Parlimen Belia dari Perak PRK014

Posted: 24 Oct 2014 07:14 AM PDT

Mohon dipanjangkan calon ini di laman sosial rakan semua.

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

Posted: 24 Oct 2014 04:05 AM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 24 Oct 2014 09:37 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


HATI-HATI WAHAI UMNO.

Posted: 23 Oct 2014 09:37 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Oct 2014 09:24 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Kaum Cina & India Tidak Boleh Cakap Bahasa Kebangsaan? Apa Sudah Jadi?

Posted: 24 Oct 2014 08:49 PM PDT



Liwat Tidak Boleh Dianggap Jenayah?

Posted: 24 Oct 2014 07:20 AM PDT



JURI RAKYAT

Posted: 24 Oct 2014 07:10 PM PDT

JURI RAKYAT


8 Ritual Syuro Yang Di Anggap Menyimpang Dari Ajaran Islam

Posted: 24 Oct 2014 06:34 AM PDT

Bulan Muharram, bulan pertama dalam penanggalan hijriah ini biasa disebut bulan Suro oleh masyarakat Jawa. Bulan ini dianggap memiliki kekeramatan sehingga harus diadakan ritual-ritual khusus untuk menyambutnya. Sayangnya, ritual-ritual itu sangat lekat dengan kebid'ahan dan kesyirikan. Apa sajakah itu?

1. Kirab Kebo Bule
Memperingati malam 1 Suro, Keraton Surakarta Hadiningrat mengadakan kirab kebo bule, yaitu mengarak kerbau albino kesayangan Susuhunan yang dinamai Kyai Slamet. Dalam tradisi ini, Kyai Slamet akan diarak mengelilingi kawasan komplek keraton sejauh 4 kilometer pada tengah malam. Para abdi dalem keraton bersama masyarakat kemudian akan berjalan di belakang mengikutinya.

Mereka sangat menghormati dan mengkeramatkan binatang itu. Mereka tak sungkan berebut menyentuh dan menjamahnya bahkan mengambil kotoran Kyai Slamet karena dianggap membawa berkah dan keberuntungan. Tentu saja itu sebuah keyakinan keliru yang menyesatkan.

Selain mengarak kebo bule Kyai Slamet yang berjumlah sembilan ekor, dalam acara tersebut juga dilaksanakan kirab koleksi pusaka milik keraton yang jumlahnya mencapai sepuluh buah.

2. Mubeng Beteng
Tak beda dengan ritual kirab kebo bule di Surakarta, Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat pun mengadakan acara serupa pada tengah malam 1 Suro. Namun bedanya, bukan binatang yang diarak melainkan benda-benda pusaka keraton. Ritual ini dinamakan Mubeng Beteng.

Dalam ritual ini, sebelum prosesi dilakukan terlebih dahulu dibacakan macapat atau tembang jawa. Kemudian petugas keraton mengarak benda pusaka mengeliling benteng keraton sejauh lima kilometer yang diikuti ribuan warga Yogyakarta dan sekitarnya.

Selama mengikuti ritual Mubeng Beteng ini, siapapun tidak diperkenankan berbicara, makan, minum dan juga merokok. Dia harus diam membisu selayaknya orang bertapa. Istilah ini biasa disebut dengan istilah "tapa mbisu mubeng beteng" (tapa bisu keliling benteng).

Dalam suasana hening itu mereka memanjatkan doa dan memohon keselamatan lahir dan batin serta kesejahteraan untuk pribadi, keluarga, bangsa dan negara.

3. Jamasan Pusaka
Di masyarakat yang masih erat dengan tradisi kejawen, jamasan pusaka menjadi ritual wajib saat memasuki bulan Suro. Pusaka seperti keris, tombak, kereta keraton, jimat-jimat dan lainnya mesti dibersihkan dan disucikan agar 'kekuatan' dan 'pengaruh'-nya tidak hilang.

Menjamas pusaka tidak boleh dilakukan sembarang orang, dia harus mengerti bagaimana memperlakukan benda-benda pusaka agar tidak berbalik mencelakainya. Ritual sembah sungkem kepada benda-benda pusaka adalah salah satu cara untuk 'menghormati'-nya. Termasuk memandikannya dengan air bunga.

Di keraton-keraton, prosesi penjamasan pusaka selalu menjadi magnet bagi warga untuk mendatanginya. Warga percaya, air bekas jamasan pusaka memiliki pengaruh terhadap kesehatan dan keberuntungan bagi yang memperolehnya. Maka tak heran air sisa-sisa jamasan selalu diperebutkan oleh mereka. Na'udzubillahi min dzalik.

4. Kungkum
Tradisi kungkum atau berendam pada tengah malam 1 suro biasanya dilakukan secara bersama-sama di sungai besar, sendang, atau sumber mata air tertentu. Ritual ini dilakukan sebagai upaya pembersihan diri dari kesalahan-kesalahan di tahun lalu sekaligus berharap keberuntungan di tahun mendatang. Tak jarang ritual kungkum dilakukan hingga menjelang pagi dengan tidak tidur semalaman.

5. Ruwatan
Malam satu Suro juga kerap digunakan untuk acara ruwatan atau tradisi pengusiran bala dan kesialan. Biasanya ritual ini dilaksanakan secara besar-besaran dengan pagelaran wayang kulit semalam suntuk dengan cerita yang telah diatur dan disesuaikan.

Setelah pagelaran wayang berakhir, maka prosesi ruwatan dimulai. Orang-orang yang hendak menjalani prosesi ruwat akan dilakukan siraman dengan air yang telah dicampur bunga tujuh rupa. Dilanjutkan pemotongan rambut untuk dihanyutkan ke sungai. Setelahnya, dalang atau orang yang meruwat akan memberinya semacam rajah yang bertuliskan aksara jawa.
Ruwatan adalah tradisi yang mengarah pada kesyirikan sehingga wajib ditinggalkan kaum muslimin.

6. Tirakat
Tradisi yang juga banyak dilakukan orang saat malam 1 Suro adalah laku tirakat. Mereka mendatangi tempat-tempat sepi yang jauh dari keramaian seperti puncak gunung, gua-gua atau makam tertentu untuk bertirakat. Di situ mereka akan melakukan proses perenungan diri dengan tidak tidur semalaman.

Mereka beranggapan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihis salam telah mengajarkan hal ini kepada umatnya, yaitu ketika beliau bertahannuts (menyepi) di gua Hira. Tentu saja anggapan ini keliru, karena beliau melakukan hal itu sebelum diangkat menjadi rasul. Yang diajarkan Rasulullah kepada umatnya adalah i'tikaf di masjid-masjid, dan ini sangat jauh berbeda dari amalan orang-orang tersebut. Wallahu a'lam.

7. Lek-lekan (begadang)
Banyak orang melakukan aktifitas begadang (lek-lekan) untuk menyambut 1 Suro. Mereka sengaja tidak tidur dan lebih memilih kumpul-kumpul bersama tetangga sambil ngobrol dan makan-makan. Hal ini dilakukan karena beranggapan malam 1 Suro adalah malam keramat/suci sehingga tak layak dilewatkan begitu saja. Dan hal ini justru bertentangan dengan perintah Rasulullah untuk tidak begadang bila tanpa ada keperluan. Sementara menghidupkan malam 1 Suro tidak ada perintahnya dalam agama ini.

8. Bubur Suro
Seperti pada peringatan hari-hari besar lainnya, peringatan 1 Suro juga memiliki kuliner khas, yaitu bubur suran atau bubur suro. Bubur beras ini dilengkapi uba rampe yang lengkap dan bermacam-macam yang biasanya serba tujuh. Bubur ini dibuat untuk merayakan malam satu suro. Pada asalnya, bubur ini dibuat sebagai wujud rasa syukur atas selamatnya kapal Nabi Nuh 'alaihissalam sewaktu banjir bandang yang menenggelamkan orang-orang musyrik kala itu. Diterangkan jika kapal Nabi Nuh mendarat selamat pada tanggal 10 Muharram. Wallahu a'lam.

Tentu saja asal hukum makanan adalah mubah selama tidak ada dalil yang mengharamkannya. Namun, bila sebuah makanan dibuat untuk peristiwa tertentu dan dengan cara tertentu, yang dengan ini pembuatnya atau penikmatnya menghendaki keutamaan di sisi Allah, tetapi syariat tidak memerintahkannya maka lebih baik kita tinggalkan.

Demikianlah pembaca, beberapa ritual bid'ah di masyarakat dalam menyambut 1 Suro. Tentu saja hal ini bukan merupakan pembatasan karena setiap daerah punya tradisi tersendiri yang bila dikupas pastinya akan menambah panjang daftar amalan bid'ah tersebut.

Maka marilah kita kenali prinsip-prinsip Islam, niscaya kita tak akan tertipu dengan amalan-amalan bid'ah yang beredar di masyarakat. Wallahu a'lam bish shawab.

Benarkah Unicorn itu Nyata Ada Atau Hanya Sekedar Mitos Belaka

Posted: 24 Oct 2014 03:11 AM PDT

 
Benarkah Unicorn itu Nyata Ada Atau Hanya Sekedar Mitos Belaka - Anda tentu mengenal Unicorn, meski tak pernah melihatnya. Unicorn saat ini digambarkan sebagai kuda bertanduk satu biasanya berwarna putih dan kadang digambarkan bersayap. Nah, tahukah anda bahwa unicorn seperti itu berawal dari penyimpangan sejarah?

Seperti yang dikutip dari versesofuniverse.blogspot.com, Deskripsi tertulis pertama yang diketahui mengenai unicorn, berasal dari tulisan-tulisan Ctesius, seorang dokter dan sejarawan Yunani yang menulis sejumlah buku ilmiah berdasarkan apa yang ia peroleh dari arsip Persia. Kira-kira tahun 398 SM, Ctesius menulis:

Di India terdapat mahluk liar tertentu yang sebesar kuda, atau lebih besar. Tubuh mereka berwarna putih, kepala mereka merah tua, dan mata mereka biru tua. Mereka memiliki tanduk di dahi yang panjangnya sekitar satu setengah kaki. Dasar tanduk, yang berjarak 2 jari dari alis, berwarna putih sedangkan ujung tanduk berwarna merah dan sisanya berwarna hitam. Mereka yang minum dari tanduk ini, akan terbebas atau kebal dari segala racun …

Ini adalah satu-satunya cara untuk menangkap mereka: ketika mereka menggiring anak-anak mereka ke padang rumput, Anda harus mengelilingi mereka dengan banyak pria dan kuda. Mereka akan melindungi anak-anak mereka dengan tanduk, gigi dan tumit mereka; dan mereka mungkin bisa membunuh banyak kuda dan laki-laki. Mereka sendiri dapat ditaklukkan dengan beberapa panah dan tombak. Mereka tidak bisa ditangkap hidup-hidup.

Perlu diingat bahwa orang-orang Yunani yang terdidik di masa 300 SM tidak akan menganggap India adalah negeri mitos. Wilayah ini hanya kurang dipahami, tapi tak seorang pun berpikir bahwa itu adalah mitologis. Kurang dari satu abad setelah Ctesius menulis tentang hewan yang luar biasa tersebut, Alexander the Great mulai menaklukkan bagian barat laut India, sehingga pada 200 SM, di india ada kerajaan Helenis "kerajaan Yunani-India" dan menghidupkan perdagangan antara Yunani, Mesir dan India .

Aristoteles dan sejarawan Romawi Pliny the Elder juga menyebutkan unicorn dalam penjelasan mereka tentang binatang India, dan gagasan bahwa unicorn adalah hewan india seperti badak tetap populer hingga 200 M. Akun-akun tentang ini ditulis oleh para ilmuwan dan sarjana dari masa itu, yaitu masa dimana perdagangan antara Barat dan Asia sedang bangkit. Banyak orang yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang india di mana mereka mendapat permata favorit mereka, sutra dan rempah-rempah. Mungkin Ctesius, dan orang-orang Yunani dan Romawi yang menulis kemudian tentang unicorn, memang berdasarkan penampakan sebenarnya, hewan bercula satu yang benar-benar ada di India dan 
Asia Tenggara, yaitu Badak!


Badak Bercula Satu India

Unicorn yang awalnya digambarkan sebagai "mahluk bertanduk satu", memang seharusnya adalah hewan nyata karena menghuni negeri yang nyata, meskipun jauh. Tetapi dengan munculnya agama Kristen di Barat, pandangan orang tentang unicorn mulai berubah.

Simbolisme Abad Pertengahan

Contoh yang paling terkenal dari unicorn pada seni abad pertengahan berasal dari Tapestry (permadani hias) Verteuil, yang mungkin dibuat di awal 1500-an. Ini adalah serangkaian tujuh tapestry yang menunjukkan sekelompok pemburu menangkap dan membunuh unicorn, yang akhirnya dibangkitkan dan ditampilkan duduk di dalam kandang kecil yang merupakan surga.

Tapestry 1 – "Mulainya Perburuan"

Menggambarkan para pria dan anjing berburu mereka mulai menyisir hutan untuk unicorn.

Tapestry 2 – "Unicorn Mencelupkan Tanduknya ke Air"

Di sini para pemburu menemukan unicorn mencelupkan tanduk ke dalam air mancur air . Binatang hutan menunggu di dekatnya untuk air murni. Legenda mengatakan bahwa air beracun dapat dibersihkan jika unicorn mencelupkan tanduknya kedalam air.

Tapestry 3 – "Unicorn Berlari"

Setelah menunggu unicorn untuk memurnikan air, para pemburu mengejar unicorn melalui hutan dan sungai.

Tapestry 4 – "Unicorn Membela diri"

Unicorn ini sangat kuat dan cepat . Dia melukai salah satu anjing berburu.

Tapestry 5 – "Perawan menjinakkan Unicorn"

Hanya seorang perawan cantik yang bisa menjinakkan unicorn. Unicorn akan datang untuk mengagumi kecantikannya dan meletakkan kepala di pangkuannya. Unicorn tidak akan bergerak, dan kemudian para pemburu menangkapnya.

Tapestry 6 – "Unicorn Dibawa ke Kastil"

Setiap pemburu menusuk unicorn dengan tombak mereka dan membawanya ke istana. Pemilik kastil menerima unicorn sebagai hadiah.

Tapestry 7 – "Unicorn di Penangkaran"

Kemudian unicorn bangkit kembali dari kematian terikat ke pohon delima.

Tapestry diatas dibuat pada masa ketika semua orang Kristen menganggap bahwa unicorn mewakili Yesus. Bagaimana mahluk bercula satu dari India menjadi lambang Tuhan dan juru selamat dari Barat?

Ini semua bermuara pada sebuah penerjemahan yang salah. Pada dasarnya, ada sejumlah referensi untuk unicorn dalam Alkitab. Masalahnya adalah, yang dimaksud oleh referensi tersebut sebenarnya bukanlah unicorn! Orang-orang yang menulis Alkitab tidak pernah berpikir tentang hewan India-Yunani ini saat menulisnya.

Teks asli dari Perjanjian Lama yang berbahasa iberani menyebutkan mahluk yang disebut "Re'em" (Ibrani: רֶאֵם), disebutkan sembilan kali dalam Alkitab Ibrani (Ayub 39:9-10, Ulangan 33:17, Bilangan 23:22 dan 24:8, Mazmur 22:21, 29:6 dan 92:10, serta Yesaya 34:7 ). Ketika para sarjana alkitab mencoba menerjemahkan kata ini ke dalam bahasa Yunani, mereka bingung. Mereka tidak tahu hewan apakah "re'em" itu. Mereka hanya tahu bahwa re'em itu besar, dan memiliki tanduk, dan jelas re'em bukan seekor kambing karena kambing disebutkan di tempat lain dalam Alkitab. Jadi mereka menerjemahkannya sebagai "monoceros" yang berarti "satu-tanduk". Kemudian, ketika Alkitab Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, kata monoceros menjadi "unicornus". Dan kata itu, diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris, menjadi unicorn.

Pada awal abad ke-20, ketika para sarjana alkitab berhasil memecahkan kode script paku kuno, mereka akhirnya mengetahui apa sebenarnya yang dimaksud dengan "Re'em". Dalam teks-teks kuno, yang ditulis sekitar waktu ketika Alkitab Ibrani sedang ditulis, ada banyak referensi untuk hewan yang disebut rimu. Seperti re'em dalam Alkitab, rimu adalah hewan yang sangat besar, kuat dan memiliki tanduk. Hewan ini adalah Auroch atau Bos primigenius (sejenis banteng, sekarang telah punah). Jadi semua referensi tentang unicorn dalam Alkitab sebenarnya menggambarkan seekor banteng jantan, yang, jika Anda membaca bagian yang sebenarnya dari Alkitab, maka semuanya akan lebih masuk akal jika unicorn diterjemahkan sebagai banteng daripada kuda yang bertanduk satu.



Rekonstruksi banteng aurochs, yang telah diidentifikasi sebagai Re'em berdasarkan konsensus ilmiah.

Tapi selama hampir 1500 tahun, orang-orang Kristen percaya pada versi unicorn yang menggambarkan kuda bertanduk satu. Unicorn datang untuk melambangkan Kristus, tanduknya melambangkan salib, dan kesengsaraannya selama perburuan seperti kesengsaraan Kristus di bumi. Menariknya, gagasan bahwa unicorn tertarik kepada perawan berasal dari sumber pagan. Sebuah buku Latin disebut Physiologus, mungkin ditulis pada abad kedua, menyebutkan bahwa unicorn hanya bisa ditangkap ketika meletakkan kepalanya di pangkuan seorang perawan. Analis Kristen menangkap ide ini, menunjukkan bahwa hal ini adalah simbol dari bagaimana Kristus datang ke dunia – dengan bantuan dari seorang perawan.

Dengan mengingat semua hal diatas, maka mudah untuk memahami apa yang dimaksud oleh gambar pada tapestry abad ke-16 diatas. Unicorn ini terpikat ke bumi dengan bantuan dari seorang perawan, dan akhirnya orang-orang Kristen menangkapnya dan membawanya ke kerajaan surga. Ya, memang sedikit aneh bahwa unicorn melawan saat penangkapannya dan bahwa surga sebagai sebuah pohon di dalam kandang. Tapi keanehan seperti itulah yang akan kita dapatkan ketika kita menggabungkan tradisi pagan dengan tradisi Kristen. (Juga, disamping itu: Ada banyak versi pagan dari cerita unicorn di mana wanita muda tersebut melakukan hal yang tak senonoh dengan unicorn).

Intinya adalah, unicorn dalam Alkitab tidak sama dengan mahluk bertanduk satu yang ditulis orang Yunani sekitar 300 SM. Mereka menjadi rancu di suatu masa dalam penerjemahan.

Unicorn Modern

Hingga saat ini, banyak orang masih ingin mengetahui mahluk apakah yang Ctesius maksudkan 2300 tahun yang lalu, dan mencoba untuk mencari tahu apakah ada hewan nyata yang sesuai dengan deskripsi Ctesius. Beberapa orang menyarankan bahwa itu adalah badak, sementara yang lain mengatakan bahwa itu adalah kambing langka bertanduk satu yang kadang-kadang muncul di Asia. Mungkin Ctesius dan pengikutnya telah melihat tanduk Narwhal, dan menggambarkannya sebagai tanduk unicorn. Yang jelas, kita tidak akan pernah tahu ….

Sementara itu, penafsiran abad pertengahan unicorn sebagai binatang langka yang terkait dengan gadis, masih kuat hingga saat ini. Unicorn menghiasi semua jenis barang-barang konsumer yang ditujukan untuk gadis-gadis kecil. Novel fantasi tentang wanita muda yang kuat digambarkan sebagai unicorn protagonis. Bahkan di banyak situs Internet, unicorn digunakan untuk melambangkan kefemininan dan kesucian – atau, kadang-kadang, untuk mengolok-olok itu.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 24 Oct 2014 03:48 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pahang benam Kedah 5-0 tempah tiket final Piala Malaysia

Posted: 24 Oct 2014 02:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pahang membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak selepas gah membenam Kedah 5-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan sekali gus menempah tiket ke final buat tahun kedua berturut turut, malam tadi.

Menanti kunjungan Kedah yang memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 di Alor Setar, Pahang begitupun kekal fokus dengan misi memburu gol dan membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Matias Conti.

Ketika Kedah mahu kembali menyusun permainan, Pahang terlebih dulu menambah gol kedua menerusi pemain sayap, R Gopinathan yang beraksi cukup lincah untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar.

Gol kedua Pahang itu seakan merobek emosi pemain Kedah yang terus bocor enam minit kemudian menerusi jaringan kedua Conti hasil gandingan menariknya bersama rakan penyerang, Dickson Nwaekeme.

Dan kegoyahan jentera pertahanan Kedah yang turut kehilangan pemain import, Namkung Woong akibat kecederaan terus dimanfaatkan Pahang yang meledak gol keempat juga menerusi Conti yang melengkapkan hatriknya pada minit ke-37.

Memasuki babak kedua, Kedah yang dibimbing jurulatih Tan Cheng Hoe cuba merubah corak permainan dan berjaya mendapat beberapa peluang terbaik menjaringkan gol namun digagalkan dengan ketumpulan jentera serangan.

Malah kerancakan Kedah melancarkan serangan kemudian memakan diri apabila Gopinathan meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-74 menerusi larian menarik dari kiri padang yang disudahkan dengan rembatan kencang menewaskan Saiful Amar.

Kemenangan besar menyaksikan Pahang mara ke final dengan keputusan agregat 6-3.

Ia turut menjadi hadiah paling bermakna buat Sultan Pahang yang menyambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-84, Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Satu lagi slot ke final akan ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua membabitkan Johor Darul Ta'zim dan FELDA United, esok.

Keputusan

- Pahang 5 Kedah 0

Gol: Matias Conti (m4, 30, 37) R Gopinathan (m26,74)


(Pahang mara ke final buat tahun kedua berturut-turut dengan agregat 6-3)

Penyanyi dangdut Indonesia sibuk pilih sperma berkualiti

Posted: 23 Oct 2014 05:01 PM PDT

Jakarta: Penyanyi dangdut Julia Perez berkata sebelum dia memulakan proses mendapatkan zuriat melalui tabung uji, sperma yang didermakan itu mesti memiliki kualiti tinggi.

Dia yang lebih dikenali sebagai Jupe, 34, berkata kualiti yang baik penting untuk memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano itu juga mengakui amat teliti dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak mengecewakan.

"Saya mahu suami yang spermanya bagus supaya boleh terus mendapat anak.

"Sudah pasti jika mahu berkahwin dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dulu," katanya.

Jupe baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mendedahkan mahu menjalani rawatan kesuburan bagi mendapat anak.

Selain Singapura, dia juga merancang pergi ke Pulau Pinang bagi merealisasikan impiannya.

Hasrat itu ditentang banyak pihak termasuk Majlis Ulama Indonesia kerana kehamilan Jupe berlaku tanpa pernikahan.

Namun Jupe kemudian mengakui bercadang berkahwin dengan lelaki penderma sperma itu nanti.

Kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

"Juga suami saya tidak boleh merokok," katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

"Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.

"Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah," katanya. - Agensi

Tubuh suami perisai isteri

Posted: 23 Oct 2014 04:01 PM PDT

Sekadar gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai 'perisai' serta membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi menyelamatkan isteri daripada diserang perompak ganas.

Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, lelaki terbabit mengalami kecederaan serius selepas berusaha mempertahankan nyawa isterinya sebaik mereka diserang di sebuah pangsapuri di Sentul di sini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri berusia 28 tahun baru pulang dari bekerja.

Menurutnya, mereka tidak menggunakan lif di pangsapuri itu sebaliknya mengambil keputusan menaiki tangga menuju ke unit kediaman mereka.

"Kami bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul sebelum menyerang kami.

"Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya.

"Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.

"Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal masih terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh," katanya.

Menurutnya, penjenayah kemudian merampas beg tangan milik isterinya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.

"Saya sempat melihat penjenayah itu melarikan diri dengan seorang lagi suspek yang membonceng motosikal berkenaan.

"Susulan itu saya segera meminta bantuan orang ramai sebelum kami dihantar ke HKL," katanya.

Dia berkata, isterinya itu putus satu jari tangan kiri akibat ditetak.

"Dia kini masih dirawat di HKL dan keadaannya dilaporkan stabil. Saya masih terkejut dengan kejadian itu berikutan kami sudah menetap di pangsapuri itu sejak tujuh tahun lalu," katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul di sini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3835#sthash.mRTyFKS3.dpuf

tun faisal dot com

Posted: 24 Oct 2014 01:31 PM PDT

tun faisal dot com


MDeC, Content Malaysia untuk bantu industri dan agih peruntukan Dana Kreatif?

Posted: 24 Oct 2014 05:00 AM PDT



Dua Pusat Sehenti Bakal Ditubuh Majukan Industri Digital Kreatif - Ahmad Shabery

Datuk Seri Ahmad Shabery CheekKUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menubuhkan dua pusat sehenti bertujuan memajukan industri kandungan digital kreatif di negara ini dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata dalam masa tiga bulan akan datang, pusat sehenti itu yang dikenali sebagai 'Pitching Centre' akan ditubuhkan bertujuan mendengar idea-idea serta membimbing penggiat industri itu.

"Kita akan selaraskan pusat sehenti ini dalam masa tiga bulan bagi mendengar idea golongan ini. Maka mereka tidak perlu lagi menunggu untuk bertemu menteri sekiranya mempunyai idea," katanya selepas Majlis Taklimat Pasca Bajet 2015 kepada Industri Kandungan Digital Kreatif di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, pusat sehenti itu akan diketuai Multimedia Development Corp (MDeC) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Menerusi pusat sehenti ini juga, kita akan bantu penggiat industri untuk mendapatkan tajaan dari pihak swasta seperti Celcom, Telekom Malaysia dan Petronas. Malah saya harap ianya menjadi jambatan kepada apa sahaja sumber yang ada," katanya.

Ahmad Shabery berkata, kerajaan juga akan menubuhkan sebuah lagi pusat sehenti dikenali sebagai 'Content Malaysia' yang mempunyai peranan lebih meluas daripada Finas.

Katanya, pusat itu bukan hanya tertumpu kepada industri filem sahaja malah meliputi semua kandungan termasuk panggung wayang, televisyen, You Tube dan permainan video.

"Skop pusat sehenti ini meliputi subjek yang meluas kerana kita mahu menyatukan pelbagai sumber dana sedia ada," katanya.

Majlis taklimat yang berlangsung hampir tiga jam itu dihadiri kira-kira 300 penggiat industri bertujuan membincangkan tentang peruntukan RM100 juta untuk pembangunan industri berkenaan yang diumum dalam Bajet 2015 baru-baru ini.

Ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara.

-- BERNAMA

#FAQ Soal Jawab #GST Bahagian II @ShaberyC @Fuhas_Tweet @AhmadMaslan

Posted: 24 Oct 2014 12:00 AM PDT





DAKWAAN 1
HUKUM GST ADALAH HARAM – Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus


Hukum memungut cukai bersifat ijtihad. Yusof Al Qaradawi di dalam kitabnya tentang zakat menyebut "pemerintah boleh memungut cukai atas alasan membangunkan negara… apatah lagi untuk membantu rakyat dari ditindas atau dimanipulasi oleh para peniaga yang mengaut keuntungan berlipat ganda dan 'peniaga gelap' yang mengelak dari membayar cukai" 

Pembangkang mentafsirkan hadis Rasulullah s.a.w di luar konteks."la yadkhulul jannah sohibul maqsi…" yang bermaksud "tidak masuk syurga bagi pemungut atau pengutip cukai" ditujukan kepada pihak yang memungut cukai bagi tujuan peribadi atau puak secara sewenang-wenangnya

Pada zaman Saidina Umar al-Khattab, beliau mengenakan pemungutan cukai 1/10 ke atas peniaga

Pembangkang tidak menghuraikan kepentingan cukai yang diharuskan Islam bagi urusan mentadbir dan membangunkan negara serta menjaga kebajikan rakyat. 

Pada waktu yang sama, pembangkang tidak pula mengeluarkan pandangan mengharamkan SST, cukai sedia ada dan segala bentuk cukai yang dikutip oleh negeri pentadbiran pembangkang.


DAKWAAN 2
MALAYSIA MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK MELAKSANAKAN GST – Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan
HANYA NEGARA KAYA SESUAI MELAKSANAKAN GST – Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan
HANYA NEGARA MISKIN PATUT MELAKSANAKAN GST – Dr Rosli Yaakop, Penceramah Pas & Bekas Timbalan Gebenor Bank Negara




Status ekonomi bukan faktor penentu untuk pelaksanaan GST. GST telah dilaksanakan bukan sahaja di negara berstatus maju malah negara berpendapatan rendah. Malaysia dikategorikan sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi. Apabila dilaksanakan, Malaysia akan menjadi negara yang ke-40 dalam kategori ini.


DAKWAAN 3
HANYA NEGARA YANG KORUP DAN RASUAH SAHAJA LAKSANA GST – Dr Rosli Yaakop, Penceramah Pas dan Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara



Berdasarkan senarai Indeks Persepsi Korupsi (Corruption Perception index 2013) Transparency International, Denmark, New Zealand, Finland dan Sweden menduduki tempat tertinggi negara paling bersih dari rasuah. Keempat-empat negara ini juga telah melaksanakan GST.


DAKWAAN 4
GST TAK PERLU DILAKSANAKAN DAN KERAJAAN PATUT LAKSANA CUKAI-CUKAI YANG LAIN TERLEBIH DULU – Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan



8 negara telah memansuhkan cukai-cukai ini, iaitu Austria, Denmark, Germany, Sweden, Finland, Iceland, Luxembourg dan Sepanyol kerana cukai ini merupakan pertindihan kepada cukai-cukai sedia ada yang telah dikenakan ke atas golongan kaya.

Golongan kaya memang membayar nilai cukai yang lebih tinggi berbanding golongan berpendapatan sederhana. Berdasarkan Jadual Kadar Cukai Pendapatan tahun 2014, kadar golongan yang mempunyai pendapatan bercukai RM 10,001 ke 20,000 setahun adalah 2%, iaitu sekitar RM 100 ke RM 200 manakala kadar golongan yang mempunyai pendapatan bercukai RM 100,000 setahun adalah jauh lebih tinggi, iaitu 26% atau RM 13,850.



Dalam kes GST, berdasarkan kajian pola kepenggunaan, walaupun kadar yang dikenakan sama tetapi golongan kaya masih membayar jumlah yang lebih besar berdasarkan nilai barangan yang dibeli dan perkhidmatan yang digunakan.



Pengenalan Capital Gain Tax (CGT) pula akan memberikan kesan negatif kepada pemilik saham-saham amanah hasil inisiatif kerajaan seperti ASN, ASB, ASW, ASM, ASD, ASG, AS1M dan lain-lain yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), saham-saham amanah yang diwujudkan atau yang diurusniagakan oleh agensi- agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat Pusat atau kerajaan-kerajaan negeri termasuklah juga urusniaga saham oleh KWSP, Tabung Haji, saham koperasi dan lain-lain yang selama ini tidak dikenakan sebarang cukai.


DAKWAAN 5
KERAJAAN MELAKSANAKAN GST BAGI MENAMPUNG HUTANG NEGARA - Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat 

TIDAK BENAR. Secara keseluruhan, prestasi ekonomi negara adalah baik. Hutang negara masih dalam keadaan terkawal, iaitu sebanyak RM 529.2 bilion dan di bawah paras 55% daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pada masa yang sama rizab antarabangsa negara masih kukuh, iaitu sebanyak RM 427.4 bilion (15 April 2014) dan kadar pertumbuhan negara pula adalah 6.4% berbanding dengan pertumbuhan ekonomi global iaitu hanya 3%.


Malaysia mempunyai kadar hutang luar negara berbanding KDNK yang lebih rendah berbanding beberapa negara di dalam Asia.

Hampir keseluruhan Hutang Negara, iaitu 87% daripadanya adalah Hutang Dalam Negara, iaitu hutang yang berpunca daripada rakyat Malaysia sendiri. Hutang Luar Negara Malaysia hanya 13% sahaja.




Hutang Negara jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat mempunyai hutang sebanyak USD 17.5 trilion, iaitu 104.5% daripada KDNK, Jepun, USD 14.1 trilion (237.3% KDNK), United Kingdom, USD 2.3 trilion (90.0% KDNK) dan Singapura USD 308 bilion (107.8% KDNK). 



Kerajaan melaksanakan GST kerana lebih cekap, berkesan dan telus berbanding SST justeru dapat meminimumkan ketirisan dan pengelakan cukai oleh peniaga. Jumlah kutipan yang lebih baik ini nanti dapat digunakan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan negara. 


DAKWAAN 6
SKOP PELAKSANAAN GST LEBIH MELUAS BERBANDING SST – Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan
SEMUA PERKHIDMATAN ATAU BARANG YANG TIDAK DIMASUKKAN SEBAGAI 'DIKECUALIKAN' AKAN DIKENAKAN GST – Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan
DULU KURANG BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG DI CUKAI, SELEPAS GST LEBIH BANYAK YANG DICUKAI – Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan

Di bawah GST terdapat barangan-barangan yang tidak dikenakan GST (GST 0%) dan dikecualikan GST yang terdiri daripada barangan keperluan asas dan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.






Di bawah SST, SEMUA barang atau produk sama ada yang dikilang di Persekutuan atau yang diimport adalah bercukai jualan melainkan dikecualikan khusus oleh Menteri Kewangan di bawah Seksyen 8 Akta Cukai Jualan 1972 melalui Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008.




Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan Cukai Jualan adalah sebanyak 10% melainkan barangan dalam Jadual 1, yang tidak dikenakan cukai, Jadual 2, sebanyak 5%, Jadual 3, sebanyak 20% dan Jadual 4, yang mempunyai kadar spesifik. 

Di bawah SST juga terdapat Cukai Perkhidmatan yang dikenakan sejak tahun 1975, bermula dengan 5% dan dinaikkan pada tahun 2011 kepada 6%. Cukai ini dikenakan ke atas:-

i. barangan dan perkhidmatan tertentu yang ditetapkan termasuk penyediaan makanan, minuman dan tembakau; penyediaan bilik untuk penginapan dan premis untuk mesyuarat, konvensyen, dan pertunjukan kebudayaan dan fesyen; perkhidmatan kesihatan, dan penyediaan penginapan dan makanan oleh hospital swasta.

ii. perkhidmatan profesional dan perundingan yang diberikan oleh akauntan, peguambela dan peguamcara, jurutera, arkitek, juru ukur (termasuk penilai, penaksir dan ejen hartanah), agensi pengiklanan, firma perunding, pembekal perkhidmatan pengurusan, syarikat insurans, pusat servis dan pembaikan kenderaan bermotor, syarikat perkhidmatan telekomunikasi, agensi perkhidmatan keselamatan dan kawalan, kelab rekreasi, operator perkhidmatan parkir, ejen harta dan firma perkhidmatan penghantaran cepat

iii. agensi sewaan kereta yang dilesenkan di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 yang mempunyai perolehan jualan tahunan RM300,000 ke atas,

iv. agensi pekerjaan yang mempunyai perolehan jualan tahunan RM150,000 ke atas,

v. syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan, termasuk perkhidmatan pengurusan dan penyelarasan projek, yang mempunyai perolehan jualan tahunan RM150,000 ke atas;

vi. hotel yang mempunyai 25 bilik dan restoran.

vii. Berkuatkuasa dari 1 Januari 2010, cukai perkhidmatan dikenakan ke atas kad kredit dan kad caj termasuk kad-kad yang dikeluarkan secara percuma


DAKWAAN 7
PELAKSANAAN GST MEMBEBANKAN RAKYAT – Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat



Berbanding sistem percukaian sedia ada, iaitu SST, GST lebih baik kerana:

Percukaian lebih ADIL kerana tidak berlaku keadaan cukai dikenakan ke atas cukai dan kesan penggandaan cukai dalam harga barangan dan perkhidmatan

Harga lebih TELUS kerana pengguna tahu sama ada sesuatu barang dikenakan cukai atau tidak. Pengguna juga tahu nilai cukai dalam harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar.

KOS perniagaan DIKURANGKAN kerana cukai input boleh dituntut dan menyebabkan harga barangan lebih KOMPETITIF. Kos perniagaan yang lebih rendah juga meningkatkan daya saing eksport negara. 

Untuk tempoh jangka panjang, Kerajaan dapat meminimumkan INFLASI dalam negara kerana dapat menganggar kos dan margin ketuntungan peniaga justeru manipulasi harga dan pengambilan untung yang berlebihan dapat dikesan dan dihalang

Hampir 89% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana akan menikmati kesan pengurangan kadar cukai dan kos penghasilan terhadap barangan dan perkhidmatan berbanding membayar kesan penggandaan cukai dan pertindihan cukai ke atas berangan dan perkhidmatan yang mereka beli dan gunakan hari ini di bawah SST.


DAKWAAN 8
PERTAMBAHAN HASIL NEGARA ADALAH KERANA RAKYAT YANG MISKIN DAN BERPENDAPATAN RENDAH DIKENAKAN GST – Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan

TIDAK BENAR. Pertambahan hasil adalah kerana kerajaan dapat meminimumkan ketirisan dan pengelakan cukai oleh peniaga.






Dalam sistem SST, pengilang boleh mengelakkan cukai dengan mengisytiharkan harga yang lebih rendah untuk barangan yang dibeli dan dijual. Pemborong dan peruncit pula tidak dikenakan cukai walaupun mereka mengambil untung dari kesan penggandaan cukai (cukai terselindung) ke atas pengguna.



Dalam sistem GST, pengelakkan cukai dan ketirisan boleh diminimumkan


Kajian pola kepenggunaan golongan berpendapatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah dalam gambarajah di bawah, didapati golongan berpendapatan tinggi akan membayar cukai yang lebih banyak daripada golongan berpendapatan rendah




DAKWAAN 9
RAKYAT YANG AKAN TANGGUNG GST DAN BUKAN PENIAGA



1. GST adalah cukai kepenggunaan. Sememangnya pengguna yang akan bayar GST. 

2. Sama seperti di bawah SST, pengguna masih perlu membayar kesan penggandaan cukai dalam margin yang tidak kelihatan jumlahnya. 

3. Perbezaannya, di bawah GST, TUNTUTAN GST membolehkan elemen cukai tidak dijadikan sebahagian daripada kos oleh peniaga dalam pengambilan margin sehingga mengakibatkan kesan penggandaan. Kesan penggandaan cukai ini yang menyebabkan harga barangan di bawah SST lebih tinggi.

4. Cara mengira di atas tidak tepat. Dalam perniagaan seharian cara pengiraan di bawah lebih tepat:-




Gambarajah menunjukkan kos perniagaan dan harga sepatutnya lebih rendah di bawah GST berbanding SST kerana elemen cukai TIDAK menjadi sebahagian daripada kos kerana peniaga dibenar membuat tuntutan


DAKWAAN 10
WALAUPUN BERAS TIDAK DIKENAKAN GST, HARGANYA AKAN NAIK KERANA KOS MESIN, ELEKTRIK DAN SEBAGAINYA - Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan

Beras adalah barangan yang dikenakan kadar Sifar GST bukan dikecualikan GST

Di bawah kadar Sifar GST, Cukai INPUT, iaitu cukai yang dikenakan ke atas bahan  mentah, mesin, penyelengaraan mesin, elektrik, bekalan air dan nilai tambah yang lain boleh dituntut



Kos penghasilan di bawah GST dengan itu menjadi lebih murah, iaitu RM 37.60 berbanding di bawah SST, RM40.00

Jika margin Pengilang RM10, harga beras di bawah GST sepatutnya boleh diturunkan oleh Pengilang untuk Pengguna


DAKWAAN 11
WALAUPUN DIKECUALIKAN GST, KOS KESIHATAN AKAN MENINGKAT – Amiruddin Abdul Satar, Presiden Kumpulan Perubatan Johor (KPJ)



DAKWAAN 12 
PERLAKSANAAN GST AKAN MENYEBABKAN PENIAGA TERPAKSA MENANGGUNG KOS TAMBAHAN SEBANYAK RM15,000 SETAHUN. KOS PERNIAGAAN DAN HARGA BARANG AKAN NAIK - Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan



Sebanyak RM 350 juta diperuntukan oleh kerajaan untuk membantu kos permulaan pelaksanaan GST oleh peniaga. RM 98 juta bagi kos penyediaan sistem computer, RM150 juta bagi penyediaan perisian perakaunan  kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan RM100 juta sebagai geran latihan kepada peniaga untuk menjalani latihan GST secara PERCUMA

Sebagai insentif pelaksanaan GST, kerajaan menurunkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% dan syarikat kecil/sederhana daripada 20% mulai tahun taksiran 2016 serta koperasi sebanyak 1 ke 2 % kepada 19% mulai tahun taksiran 2015.

Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015.

Potongan cukai tambahan untuk kos membeli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.

Walaupun terdapat sedikit kos untuk melaksanakan GST, namun peniaga sanggup menyerap kos ini kerana kos ini jauh lebih kecil berbanding dengan tuntutan cukai input yang dapat mengurangkan kos perniagaan mereka.



DAKWAAN 15 
GST AKAN MENINGKATKAN KADAR INFLASI - Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan

Berdasarkan Ucapan Bajet 2015, Perdana Menteri mengumumkan bahawa 944 jenis barangan dan perkhidmatan, harga 56% atau 532 lagi TURUN sehingga 4.1%, 37.5% atau 354 daripadanya naik tidak melebihi 5.8% dan 6.1% atau 58 TIDAK BERUBAH.

Kajian McLure (1987) menyimpulkan bahawa: "Peningkatan harga yang diaruhkan oleh VAT adalah fenomena satu kali; walaupun ia diukur sebagai luahan inflasi, ia tidak merupakan peningkatan terhadap kadar inflasi"



Kajian Bolton dan Dollery, 2004 di tiga buah negara New Zealand (mula GST 1986), Kanada (mula 1991) dan Australia (mula 2000) juga menunjukkan bahawa "di ketiga-tiga buah negara kesannya adalah sementara. New Zealand menerima impak yang paling besar (sebelum pelaksanaan dan pada tahun 1986), Australia menerima kesan inflasi harga pengguna yang paling rendah dan Kanada di antara kedua-dua negara. Magnitud impak kemudiannya kelihatan mengikut trend menurun sepanjang tempoh analisis."


DAKWAAN 16
KADAR GST AKAN DINAIKKAN DI MASA AKAN DATANG

Berdasarkan rekod lampau kerajaan mengekalkan kadar cukai jualan sejak tahun 1972. Kerajaan juga tidak menaikkan kadar cukai perkhidmatan secara mendadak sejak tahun 1975. Hanya berlaku kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak 1% iaitu dari 5% kepada 6% selepas 20 tahun cukai perkhidmatan dilaksanakan.


Kadar cukai tidak langsung (SST) cukai korporat dan cukai pendapatan
 di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2014



#SwitchOff14 Kempen atau Tunjuk Perasaan?

Posted: 23 Oct 2014 09:31 PM PDT




Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak tahu mengenai penganjuran kempen "SwitchOff 14" oleh gabungan persatuan penggiat televisyen, industri filem dan pengiklanan, sebaliknya berkata mereka yang memilih jalan penyelesaian selain dialog akan "dihukum oleh industri".

Shabery yang ditemui selepas Taklimat Pasca Bajet 2015 kepada Industri Kandungan Digital Kreatif di Angkasapuri, Kuala Lumpur malam tadi berkata, terdapat pelbagai saluran untuk mana-mana pertubuhan industri kreatif melahirkan pandangan mereka kepada kerajaan. 

"Kita ada forum industri kreatif, mungkin mereka ada pandangan yang kita boleh bangunkan. 

"Kalau ada orang memilih jalan lain daripada dialog dan berbincang, mereka akan dihukum industri itu sendiri bukan kami," kata Shabery kepada pemberita.

Switch Off 14 adalah kempen yang digerakkan presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) Jurey Latiff Rosli bagi membela nasib pekerja industri kreatif tanah air untuk masa depan yang lebih baik. 

"Switch off ke switch on dan sebagainya, saya tidak tahu matlamat sebenarnya," kata Shabery. 

Switch Off 14 dilancarkan secara rasmi di Kelab Sultan Sulaiman, baru-baru ini bakal mengadakan himpunan pada 11 November depan bagi menyuarakan tidak puas hati mereka terhadap layanan stesen televisyen tempatan terhadap penggiat seni.

Gabungan berkenaan terdiri daripada 10 persatuan penggiat seni tempatan termasuk pelakon, kumpulan krew penerbitan dan pengiklanan.

Berdasarkan rancangan Switch Off 14, mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Putrajaya pada tarikh berkenaan yang mengandungi 11 tuntutan.

Jurey yang ditemui malam tadi berkata, Switch Off 14 dijangka menganjurkan perhimpunan mereka di perkarangan ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 11 November. 

"Kita memikirkan beberapa tempat, tetapi mungkin kita akan buat di dalam Finas. Kita akan hantar surat minta kebenaran. 

"Kita harap menteri akan hadir bersama orang  industri," kata Jurey kepada pemberita. 

Beliau juga optimis perhimpunan yang akan diisi dengan aktiviti kesenian seperti tarian, nyanyian, deklamasi sajak dan puisi itu akan menerima sambutan daripada penggiat seni kreatif tempatan. 

"Dalam masa terdekat kita berbincang mungkin adakan pertemuan dari hati ke hati (dengan menteri)," kata Jurey. 

Selain kempen di laman media sosial, Switch Off 14 menyeru pengguna televisyen menjimatkan penggunaan elektrik mereka pada 11 November itu dengan tidak menonton televisyen bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

Antara mereka yang kelihatan ketika pelancaran Switch Off 14 ialah pelakon terkenal tanah air seperti Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik, Imuda, Zed Zaidi dan Norish Karman.

Kumpulan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Finas sebelum ini membantah Switch Off 14 kerana beranggapan demonstrasi bukan tindakan terbaik untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

"Kita nyatakan masalah dan juga berikan jalan penyelesaiannya. 

"Kami tidak menuduh sesiapa yang bersalah, tapi mahu melihat masa depan yang lebih baik untuk industri," kata Jurey. 

Antara 11 gesaan Switch Off 14 adalah mewujudkan akta industri kandungan kreatif; menekankan hak harta intelek yang adil dan munasabah; menaikkan kadar harga dengan menyelaraskan harga slot kandungan di stesyen TV; pengagihan slot TV yang lebih adil dengan menekankan 70% kandungan tempatan; dan penguatkuasaan polisi buatan Malaysia dan paducitra.

Selain itu, mereka menggesa kerajaan menubuhkan satu badan atau pusat sehenti yang mengawal selia televisyen secara langsung; melantik wakil industri yang dipersetujui pemain industri dalam peranan membuat dasar industri; menyediakan slot TV khusus berbentuk patriotik; skim pengecualian cukai syarikat korporat yang menaja penerbitan program TV tempatan bagi pembelian peralatan teknikal; skim insurans khusus; dan dana dan geran khusus untuk memajukan industri TV tempatan.

Memorandum berkenaan dijangkal diserahkan kepada Shabery ketika perhimpunan mereka nanti. – 24 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganjur-switchoff-14-dihukum-industri-kata-shabery#sthash.pImknZhV.dpuf




Tuduhan Kempen 'Switch Off'14' Bangkang Kerajaan Tidak Benar
Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 4:46 PM

niezam@thestar.com.my

Presiden Seniman, Zed Zaidi (kanan) dan Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli (dua dari kiri) bersama beberapa karyawan seni pada kempen Switch Off'14, di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur, pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Kempen Switch Off'14 yang dianjurkan pada Selasa berjaya menghimpunkan lebih 500 karyawan seni daripada  pelbagai latar belakang yang sama-sekali tidak berhasrat membangkang kerajaan.

Pengerusinya Jurey Latiff Rosli berkata, kempen berkenaan turut berjaya menepis tuduhan dan juga pelbagai tohmahan  kononnya aktiviti itu diadakan untuk kepentingan periuk nasi pihak-pihak tertentu.

"Mereka kata kita nak bangkang kerajaan. Adakah kita bangkang kerajaan pada hari ini? 

"Ada pihak telah salah anggap apa yang kita nak buat sebaliknya kita sekadar hendak menyuarakan masalah dalam industri," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen Switch Off'14 di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Hadir menyertai kempen berkenaan ialah ahli-ahli daripada persatuan di bawah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) antaranya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Pesatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pemuzik dan Penyanyi Tanah Air (Papita), Persatuan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (Perkap) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

Dua persatuan seni lain iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) tidak menyokong usaha berkenaan.

Kempen Switch Off'14 berlangsung sehingga 11 November depan.

Dalam pada itu Jurey berkata, kempen berkenaan terpaksa dilakukan kerana kebanyakan pekerja seni termasuklah para atis tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dan usaha yang dilakukan untuk mengangkat martabat golongan berkenaan sering kali gagal.


Antara karyawan seni yang hadir pada Kempen Switch Off'14.

Katanya, dengan adanya usaha itu, ia akan dapat memberi peluang kepada pihaknya menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak kerajaan dengan cara yang betul.

Malah katanya, 11 permintaan yang terkandung dalam resolusi kempen berkenaan akan dibawa kepada pihak kementerian berkaitan untuk dipetimbangkan terutamanya mengenai bayaran yang tidak setimpal daripada stesen-stesen televisyen terhadap drama-drama yang dibeli mereka.

"Kita mengharapkan dengan adanya kempen Switch Off' 14 ini, akan berlaku satu perubahan positif yang pantas dan berkesan demi memperbaiki ekosistem bagi industri hiburan negara," katanya.

Tambah Jurey, kemuncak kepada kempen itu pada 11 November depan, pihaknya akan berusaha untuk mengadakan satu majlis bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan 11 usul yang terkandung dalam resolusi yang sudah dipersetujui.

Sementara itu pengarah kempen tersebut iaitu Gibran Agi berkata, semua karyawan seni diminta untuk menyokong Switch Off'14 dengan menukar gambar profil di laman media sosial masing-masing kepada logo kempen tersebut sehingga 11 November 2014.

Semua karyawan terlibat juga diminta untuk 'menjimatkan' bekalan elektrik dengan tidak menonton televisyen bermula pukul 8 malam sehingga pukul 11 malam pada tarikh itu.

"Pada tempoh itu, kita semua boleh memberi ruang untuk bersama-sama keluarga dengan menjimatkan tenaga elektrik apabila tidak menonton rancangan televisyen," katanya menggambarkan tanda protes terhadap sikap pihak stesen televisyen di neagra ini.

Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Oct 2014 01:28 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kalau Orang Pahang Tak Suka Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Di Sana, Pindahkan Saja Ke Selangor cc. @khairykj

Posted: 23 Oct 2014 06:36 PM PDT


Agak jelek dan memualkan apabila sebuah akademi bola sepak di Gambang menjadi kontroversi apabila akademi berkenaan yang menggunakan nama lagenda bolasepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari, dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Sebelum ini Perkasa Pahang membantah penamaan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari yang baru disempurnakan pelancarannya oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Yang Di  Pertua Perkasa Pahang, Datuk Dr Wahid Manaf mahukan Presiden FAM yang juga Baginda Sultan Pahang diabadikan namanya di akademi tersebut. Beliau menyifatkan penamaan Mokhtar Dahari kepada akademi tersebut satu penghinaan halus kepada institusi Di Raja negeri itu.

Semalam pula, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, persoalannya mengapa pihak terbabit menggunakan nama Mokhtar Dahari sedangkan bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu tidak banyak berjasa kepada negara. Kenyataan biadap Ahli Parlimen itu amat keterlaluan. Jasa Allahyarham Mokhtar Dahari kepada kemajuan bolasepak negara lebih tinggi daripada jasa Datuk Abdul Manan kepada negeri Pahang.

Kalau orang-orang Pahang agak kenegerian sangat untuk mengabadikan nama atlet sukan di negeri Selangor pada akademi di bumi Pahang, apa kata Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin memindahkan sahaja akademi tersebut ke Selangor atau mana-mana negeri yang tidak menghina tokoh lagenda bolasepak negara. Apalah bagus sangat akademi tersebut berada di Gambang. Buat Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Di Pertua Perkasa Pahang dan rakan-rakan sekutu dengannya, pastikan dahulu Pahang dapat menewaskan Kedah hujung minggu ini di dalam Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia dan layak ke Peringkat Akhir sebelum cabul mulut untuk mempertikaikan jasa tokoh lagenda bolasepak negara.

PEJUANG BANGSA

Posted: 24 Oct 2014 11:36 AM PDT

PEJUANG BANGSA


PAS WP BARU SEDAR GUAN ENG MENIPU CONTOHII KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR ABD AZIZ

Posted: 23 Oct 2014 06:01 PM PDT



PAS Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang menggantung ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim kerana membangkitkan isu pengusiran penduduk kampung Melayu di negeri tersebut.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, tindakan Guan Eng itu disifatkan bertentangan dengan sikap Khalifah Umar Abdul Aziz yang menitikberatkan kebebasan bersuara dan keadilan terhadap rakyat.

"Ia bukan sahaja jelas tidak menggambarkan kepimpinan sebenar Khalifah Umar Abdul Aziz bahkan mencemarkan nama baik khalifah agung tersebut.

"Tidak sepatutnya teguran rakan Pakatan Rakyat dianggap sebagai satu tikaman daripada musuh.

"Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah yang amat menitik beratkan kebebasan mengutarakan pandangan sewaktu era pemerintahan beliau.

"Saudara Iszuree hanya menyuarakan pandangannya untuk kebaikan masa depan penduduk dan rakyat Pulau Pinang," kata Mohamad lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Guan Eng yang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dalam memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejurus DAP merampas tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Mohamad turut mendesak Guan Eng menarik semula keputusan penggantungan dan pembekuan peruntukan yang dikenakan terhadap Iszuree jika benar Kerajaan Negeri benar-benar merealisasikan pemerintahan yang 'cekap, akauntabiliti dan telus'.

"Usah membina semula sistem zalim pengamalan yang lama di atas keruntuhan yang lama di bawah pemerintahan yang baru," katanya. 

Iszuree dalam ucapan perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS di Batu Pahat baru-baru ini menegur Kerajaan Negeri Pulau Pinang ekoran pengusiran penduduk Melayu di beberapa buah kampung demi mengejar projek pembangunan.

Malah Iszuree turut kesal apabila Kerajaan Negeri tidak membela nasib penduduk tersebut dengan menyediakan perumahan alternatif walaupun tanah yang dirampas merupakan milik mereka.

Teguran Iszuree itu telah menyebabkan Kerajaan Negeri menggantung keanggotaannya sebagai Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan peruntukan.

Antara penduduk Melayu yang diusir termasuk Kampung Perda di Teluk Bahang, Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Kampung Cik Ti, Kampung Pokok Asam di Jelutong, Kampung Batu Uban dan Kampung Bijai di Bayan Lepas dan Kampung Tok Suboh di Seberang Perai. 

IPOHMALAY

Posted: 24 Oct 2014 10:27 AM PDT

IPOHMALAY


Pesawat MH135 mendarat cemas di Bali

Posted: 24 Oct 2014 01:10 AM PDT

Pesawat MAS MH135 dari Kuala Lumpur menuju Brisbane terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali jam 2.10 petang tadi.

Ini berikutan salah seorang penumpang pesawat yang sarat mengandung telah dalam keadaan kecemasan untuk melahirkan anaknya.

"Penumpang itu diketahui bernama Samual P. Jeyanthi, warga negara Australia yang saat itu tengah dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Brisbane, Australia." - Antara

Pihak pengendali lapangan terbang menerima makluman dan menyediakan ambulans bagi menangani hal tersebut.



Jumat, 24/10/2014 14:41 WIB

Penumpang akan Melahirkan, Malaysia Airlines Rute Brisbane Mendarat di Ngurah Rai

I Made Ardhiangga - detikNews


Denpasar - Pesawat Boeing A330-200 milik Malaysia Airlines MAS 135 dari Kuala Lumpur tujuan Brisbane mengalihkan pendaratan ke Bandara Ngurai Rai, Bali. Pilot mengambil tindakan itu karena salah satu penumpang akan melahirkan.

"Malaysia Airlines rute Kuala Lumpur- Brisbane, Australia, request mendarat di Bali jam 14.10 karena emergency situation‎ yakni pasien diduga akan melahirkan," ujar GM Bandara Ngurah Rai Herry A.Y Sikado, Jumat (24/10/2014).

Pesawat tersebut memuat sekitar 178 penumpang. Sebelum mendarat, pilot mengirim pesan "Divert Due to Emergency Situation". Pihak bandara pun langsung menerjunkan sebuah ambulans.

"Sudah kami tangani dan dibawa ke rumah sakit terdekat. Kami belum tahu siapa nama penumpangnya," ujar Sherly.

Elfira Loy bakal kahwini artis Indonesia

Posted: 23 Oct 2014 06:17 PM PDT

Elfira Loy diberitakan akan menikah dengan artis Indonesia, Baim Wong pada penghujung tahun ini. Laporan demi laporan dari berita hiburan di Indonesia menampakkan hal tersebut bukan lagi rahsia di sana. Artis berusia 20 tahun ini yang nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, bakal dinikahkan dengan Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, yang berusia 33 tahun. Apapun, semoga bahagia. 


Foto : detikHOT


Nikahi Elfira Loy Tahun Ini, Baim Wong Siapkan Rumah

Mauludi Rismoyo - detikhot
Kamis, 23/10/2014 17:37 WIB

Jakarta -
Hubungan Baim Wong dengan aktris asal Malaysia, Elfira Loy sudah sangat serius. Setelah mengaku siap menikahi Elfira tahun ini, Baim ternyata juga tengah menyiapkan rumah.

Baim mengatakan, dirinya saat ini memang sedang sibuk mencari rumah baru. Menurutnya rumah itu akan ditinggali setelah ia menikahi Elfira.

"Habis ini mau lihat rumah. Iya rumah baru mau beli, buat masa depan. Insya Allah sama yang kemarin (Elfira), tapi saya tinggalin sendiri dulu," ungkap Baim di Studio AD, TB Simatupang, Jakarta Selatan, Kamis (22/10/2014).

Hingga saat ini, Baim enggan menyebut dirinya berpacaran dengan Elfira. Bermodal kenal dekat selama 4 tahun terakhir, Baim sepertinya sudah sangat yakin dengan wanita yang usianya terpaut 13 tahun lebih muda darinya tersebut. 

"Pastilah serius. Dia baik, keluarganya juga baik, nggak aneh-aneh dan apa adanya," kata Baim.

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو

Posted: 24 Oct 2014 07:17 AM PDT

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو


Hai..naik juga?

Posted: 23 Oct 2014 10:39 PM PDT

Haha..sejak subsidi minyak dikurangkan ini, memang betul lah sangkaan aku! harga makanan yang jual dekat tepi tepi jalan, pun naik sekali. memang ternyata...! hehe



Aku beli pau dekat tepi jalan haritu, bagi aku lah, RM 1.00 tuh memang mahal! dulu-dulu rm 50 sen dah dapat! Sekarang ni, paling murah RM 1.00!! ok la tu, semalam aku teringin nak beli pau kaya! aku biasa beli dekat situ, aku pun order lah 2, bila tanya berapa? penjual kata RM 2.40 ! peh.....naik RM 0.20 sen.....! emm takpelah, orang nak berniaga..barang makan..tak baik nak kedekut dengan diri sendiri kan? kan? kan?

Mesti ada sebab, pakcik tuh naik kan harga RM 0.20 sen!!! mungkin tepung dan inti kaya naik? tepung..emmm..mana menteri menteri yang bijak pandai semua ni, turun lah padang pantau harga barang..! 

Tiada ulasan:

Pengikut