Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:31 PG

sumber :-

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 19 Oct 2014 03:32 AM PDT

bumiyang


Bermula Tahun 2015 - Kerajaan Negeri Selangor Boleh Jimatkan RM 15 Juta???

Posted: 18 Oct 2014 08:57 PM PDT

anakbukitgantang says

Posted: 19 Oct 2014 03:17 AM PDT

anakbukitgantang says


DAP Hancur...

Posted: 18 Oct 2014 09:01 PM PDT

DAP Hancur! Bukan saya kata tapi video di bawah ini yang kata.

Lihat transkrip ucapan pada minit 0.5, 1.11 dan 2.2 ke atas di :






Wartawan dari DAP disoal siasat -satu saat dia diminta mengeluarkan pass wartawan seolah simulasi semula perbuatan ahli DAP memaksa kaum Inda dan Melayu yang menyerupai India utk mengeluarkan kad pengenalan semasa PRU13 dulu

Transkrip ucapan pada minit 1.11-Kalau ada pencuri, perogol, penipu dan penjenayah, peguam mana yang membela mereka? DAP!

Sekali lagi laungan  "DAP Hancur" dan party itu dikaitkan dengan pencuri  , perogol, penipu dan penjenayah di minit 2.22



Transkrip pada minit 3.0 Orang berbudi , kita berbahasa. Duduk Malaysia, Hari Merdeka, tak tau Bahasa Malaysia

Mungkin secara kebetulan hari ini kawan fb meng "upload" gambar taufan dan ribut di Komtar Pulau Pinang, 



Taipingmali (tm)

Posted: 19 Oct 2014 01:17 AM PDT

Taipingmali (tm)


Calon Pas Kamuntung Yang Kalah kepada BN cari makan di Masjid Kampung Expo Kamunting

Posted: 18 Oct 2014 11:55 AM PDT

Azam berkopiah sedang melayan tetamu di masjid kenduri kawin anaknya 2012.


Kelmarin, Jumaat 17 Oktober 2014 bersamaan 22 Zulhijjah  1435, Makmum Masjid Kampung Expo sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran Khatib luar kariah.

Jika diikutkan jadual Imam bertugas, minggu ini ialah giliran Imam No 2 iaitu bekas anggota tentera Kagat yang mempunyai 2 kerakyatan Malaysia dan Thailand iaitu Ustaz Osman Noh.

Kerana perpecahan dalaman Pas, Osman Noh kini mula disingkir olah Pengerusi Mohd Azam kerana Osman Noh sudah menunjukkan keengkarannya terhadap Mohd Azam.

Semalam kejutan yang dbuat oleh Mohd Azam ialah kehadiran Ustaz Fakharudin Calon Pas N 16 Kamunting yang kalah dan juga mantan Imam Masjid Maimon telah dijemput untuk menjadi khatib

Dahulu Osman Noh dijadikan lembu cucuk hidung oleh Pas dan AJK masjid Kampung Expo. Apa sahaja suntikan racun ke otak Osman Noh semuanya di lontar kan semula ketika beliau menyampai kan kuliah maghrib, kuliah subuh dan sewaktu membawa khutbah.

Osman Noh adalah pelopor kepada perjuangan Pas Kampung Expo bila mana beliau mula menghentam pentadbiran kerajaan dan menghentam BN dan Umno sewaktu beliau masih berkhidmat dalam Kagat.

Peristiwa Osman Noh menghentam kerajaan di lakukan nya semasa beliau menjadi khatib dalam khutbah solat sunat Aidil Fitri sebelum beliau ditukar 24 jam ke Sarawak.

Kerana takut kehilangan elaun Imam RM 1000 sebulan Osman Noh merayu akan di kekalkan sebagai Imam, namun pihak AJK Masjid Kg Expo terang-terang membunuh karier Osman Noh. Antara yang bertanggung jawab menjatuhkan Osman Noh ialah En Ehsan bekas kaki tangan penjara. Beliau lah yang saya sebut sebelum ini sebagai penyimpan kunci syurga.

Satu petang selepas solat Magrib, Osman Noh tertinggal kitab kuliah dalam kereta menyebabkan beliau keluar dari meja kuliah ke keretanya. Sekembalikan ke dalam masjid tempat beliau telah di isi oleh orang lain.

Kasihan dengan yang menimpa Osman Noh, tetapi itu lah yang di katakan balasan Allah kepada beliau.

Dahulu beliau bongkak, suka mencela dan mengata jiran-jiran jauh dan dekat. menjaja cerita jiran ke masjid-masjid dan surau-surau yang menjemput beliau.Tension isteri Osman Noh sehingga meninggal dunia.

Selepas isteri  Siti Hanifah meninggal, tak lama kemudian Osman Noh pun menikah dengan seorang guru yang mengajar di SM Agama Al Banat. Selepas menikah Osman Noh menghalau ibu mertua dan menyatakan bahawa sejak hari ini putus hubungan dengan ibu, padahal rumah yang Osman Noh duduk pun dibina oleh isterinya dengan pinjaman kerajaan.

Terkejut beruk apabila Osman Noh menyatakan kepada ibu mertua sudah tidak apa-apa lagi hubungan dengan beliau. Kini ibu mertuanya balik ke Ipoh.

Lebih buruk lagi ialah apabila Osman Noh menghalang panggilan telefon ibu arwah Siti untuk bercakap dengan cucu-cucunya. Ingat Osman Noh sudah bertaubat setelah isterinya meninggal, rupa-rupanya semakin teruk. Kini Osman Noh merayu kepada AJK Masjid Kg  Expo untuk kekal sebagai Imam.

Tetapi Taipingmali menyeru kepada Nazir masjid Taiping iaitu Istaz Mat Isa supaya menamatkan tugas dan tarik balik tauliah dan elaun Osman Noh. Selain dari itu Ustaz Fakhurudin yang telah dibuang dari menjadi Iman Masjid Maimon juga patut ditegah menjadi Imam dan haramkan Fakhrudin daripada meninggalkan kawasan dan menyibuk di Kg Expo. Dahulu apabila bertugas sebagai Imam di Masjid Maimon beliau tidak menjalankan tugas dengan betul, asyik meninggalkan jadual dan terpaksa imam lain terpaksa mengantikan tugas beliau. Apakah kerana sudah beristeri dua Fakharudin terpaksa menjadi pengemis di Masjid Expo?

Ini pula cerita moreh bulan puasa, Setiap tahun Masjid Expo menerima wang tunai daripada Umno Taiping untuk tujuan moreh. 2011 masjid pernah menerima RM 400. tetapi apabila ramai orang Umno berbuka puasa di masjid itu , AJK masjid ada mengadakan jamuan nasi, gulai ayam dan pajri nenas. Cuma selepas solat magrib semua orang Umno pergi ke bangunan surau lama untuk makan hidangan tersebut. Semua orang Pas seekor pun tak turun makan. Akan tetapi selepas selesai solat terawih 8 rakaat mereka balun licin.

Tahun ini Umno menghulur kan RM 800 untuk masjid moreh, tetapi tak ada pun dibuat kenduri moreh, duit RM 800 ambil. Kalau tak mau buat moreh kenapa tidak pulangkan duit 800 tersebut?

Ini lah perangai munafik Pas Expo. Tokok sikit lagi kisah solat hajat.

Mereka ahli Pas pernah mengajak makmum untuk buat solat hajat untuk menjahanamkan Umno. Kini makmum tersebut tidak lagi berjemaah di masjid tersebut dan kini setiap waktu bersolat di Masjid Jamek Kamunting

Solat hajat mengarut pertama ialah kerana solat hajat supaya masjid tidak didirikan. Solat hajat mengarut seterusnya ialah semasa PRK di Bukit Selambau, Masjid Expo membuat solat hajat untuk kemenangan calon PKR yang beragama hindu.

Tahun 2012 beliau dalam satu kuliah di Kampung Jana telah menuduh Umno curi lembu korban di Masjid Kampung Expo ekoran laporan polis yang di buat oleh Penghulu Azam dan Pak Mat Kastam Mereng yang tinggal di Lorong Sekolah 2. Sebab apa di panggil mereng? Sebab beliau pernah selak kain kepada Puteri Umno yang datang merayu undi ke rumah beliau pada PRU 12.

Osman Noh juga telah kematian isterinya yang menjadi guru, Isteri beliau sangat tertekan kerana sikap buruk perangai suaminya yang memecah belahkan masyarakat kg Expo.  Kerana mulut jelabas Osman Noh menyebabkan ramai anak kariah tidak lagi berjemaah di masjid tersebut. Ada juga AJK lama seperti Ismail Gaffar di halau dari masjid.

Sewaktu itu Pas cukup baik dengan AJK surau diri Jumaat. Baik mereka ada makna iaitu mereka mahukan satu AGM di adakan bagi melantik AJK baru.

Pengerusi dan AJK Surau Diri Jumaat ketika itu agak kurang peka dengan undang-undang dan Enakmen Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak lalu mereka rela dengan desakan Pas untuk membuat AGM bagi pemilihan baru.

Pada suatu Jumaat selepas selesai solat Jumaat mereka (PAS luar Khariah dan anak khariah) telah berhimpun dalam surau untuk merealisasikan matlamat mereka untuk merampas pentadbiran Surau Diri Jumaat tersebut. Misi mereka berjaya.

Kini sudah 14 tahun mentadbir masjid tidak ada satu pun AGM mereka lakukan.

Oleh itu Taipingmali mencabar Penghulu Azam serta barisan AJK nya segera melepaskan jawatan.

Sebelum ini dalam perlantikan AJK 2013 hingga 2015, mereka hanya meletakkan 3 nama sebagai dummy dari kalangan Umno mereka ialah Hj Zakaria Mahat (ketua kampung),  En Radzi (ketua Umno) dan Puan Salmah ( AJK Umno).

Jadi dalam perletakkan jawatan Azam nanti 3 nama diatas dikekalkan , Semua AJK munafikun perlu lepas jawatan. Kemudian boleh lah pergi bersolat di markaz seperti sebelum rampasan kuasa berlaku.

Azam perlu letak jawatan kerana isu khutbah dan khatib solat sunat raya korban yang lalu. Azam yang munafik juga perlu lepas jawatan kerana menuduh Umno curi lembu , ceroboh rumah beliau dan sembelih lembu tanpa kebenaran beliau.

Nak tanya sikit, Azam bawa pelari lembu dan sorok di belakang rumahnya apa motif nya?

Jelas menunjukkan bukan Umno yang mencuri lembu tetapi Azam yang mencuri lembu dan tambat di rumahnya.

Teringat kesah 2012 di mana Azam membawa orang nya ke Taman Kamunting Jaya dan menyebelih lembu korban dan membawa semua daging balik ke Masjid Expo, sedikit pun daging tersebut tidak diberikan kepada fakir miskin dari sebelah pihak Umno.

So, Lu apa mau bagi jawaban lagi wahai Mohd Azam?

Jika enggan lepaskan jawatan, kami akan mendesak sampai OBJ, Istana dan Mufti Perak untuk menyiasat salah laku kepimpinan AJK Masjid. Kes rampasan kuasa pun akan didedahkan biar satu dunia tahu.

Orang Pas ada KUNCI SYURGA

Posted: 18 Oct 2014 06:44 AM PDT

Perang dingin antara Taipingmali dengan Pengerusi Masjid Kampung Expo terus panas dan tegang. Taipingmali menggunakan laman blog untuk menyerang Pengerusi Masjid iaitu Penghulu Mohd Azam.

Azam tidak ada blog tetapi mendapat bantuan sebuah akhbar yang bersinar-sinar dalam kekelabuan sebagai medium untuk menangkis hujah. Pun begitu akhbar yang bersinar-sinar dan dalam jerubu gagal memfaatkan tujuan dan matlamat Mohd Azam. 

Kecewa dengan akhbar tersebut, Azam menggunakan kuasa yang ada untuk menyerang di dalam masjid. Jumaat sebelum Khutbah dan selepas tazkirah politik beliau akan mengambil kesempatan menghentam Taipingmali.

Perkara ini bukan baru tetapi berlaku sejak beliau mengambil alih jawatan Pengerusi Masjid. 

Isu terbaru yang masih panas ialah isu lembu korban. Walaupun daging korban sudah tiada lagi dalam peti sejuk namun ia masih membara di dalam minda Mohd Azam.

Di mimbar masjid beliau menuduh Umno curi lembu, menceroboh kawasan rumahnya dan mengotorkan kawasan rumahnya.

Kepala hotak dia!

Apabila Dato Shalimin dan Mohd Zahir menyerahkan 77 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada semua masjid dan surau, Masjid Jamek Kampung Expo tidak pernah dilupakan. Tahun ini masjid tersebut menerima seekor lembu yang cukup umur dan tidak cacat. 

Lembu tersebut dihantar dengan lori ke masjid tersebut tetapi Pengerusi Masjid yang bernama Mohd Azam telah mengarahkan lembu tersebut dibawa ke rumah beliau dan di tambat di belakang dapur sebuah rumah kosong yang berada di dalam pagar rumahnya yang juga dikenali dengan nama Azama Homestay yang haram dan menyalahi syarat kementerian pelancongan.

Persoalannya mengapa dan kenapa Azam tidak membenarkan lembu tersebut disembelih di masjid? Kenapa beliau menyimpan dan menyorokkan lembu tersebut di belakang dapur rumahnya?

Kemudian di dalam masjid beliau menuduh Umno menceroboh kawasan rumahnya dan menyembelih lembu serta mengotorkan kawasan rumahnya.

Selain menuduh Umno menceroboh, beliau juga mempertikai bahwa dia tidak diberi panggu dan sekilo daging sembelihan pun tidak diberikan kepadanya.

Ha! Ha! Ha!.....sehari sebelum raya korban iaitu hari Sabtu dia berkata kepada Ketua Kampung, Masjid tak mahu terima lembu Umno, Lembu Umno kurus sedangkan 10 ekor lembu yang ada di masjid sekarang semuanya gemuk-gemuk.

So, Kalau lembu tersebut dah kurus, sudah tentu dagingnya sedikit, dan penghulu Azam bukan fakir yang layak diberikan daging korban, hatta hadiah daging pun dia tak layak kerana sepanjang kerja menyembelih dan melapah beliau tidak keluar rumah untuk bercakap atau bertanya khabar. Apa yang dilakukannya ialah berdiri di bawah cucur atas rumahnya dan mengambil gambar menggunakan android selepas beberapa saat beliau menghilang masuk ke dalam rumah.

Habis tu teringin nak makan daging. 

Yang sedihnya ialah apabila lembu itu diberikan air minum menggunakan tong taik orang sakit yang di buat daripada plastik biru. Betul tak Penghulu Azam?

Zalim sungguh. mentang-mentang lah ia haiwan yang tak pandai berkata-kata, Azam sanggup bubuh air dalam tong taik!.

Okay Full Stop, cuba lihat tajuk di atas!

Tajuk tersebut cukup menarik iaitu ahli Pas Kampung Expo miliki KUNCI SYURGA. Beliau merupakan salah seorang ahli Pas yang makan pencen kerajaan yang mendakwa dirinya menyimpan Kunci Syurga dan sesiapa yang berjumpanya, beliau cuba menawarkan kunci tersebut.

Taipingmali tak mahu sebut namanya. Kalau Jabatan Agama nak siasat, Taipingmali boleh rujuk kepada pemberi maklumat tersebut.

Di Kampung Expo ini, kalau nak kenal muka orang Pas tidak lah susah sangat, senang sahaja nak cam mereka. Setiap pagi Sabtu atau Ahad pergi lah tunggu dekat kedai judi nombor ekor, kalau nampak lobai yang ambil ketayab dan simpan dalam poket dan masuk beli nombor ekor haram, itu lahh ahlul Pas Kg Expo.

Hahahahahah!

Jawab Azam....Esok boleh pergi cari ketua pengarang Banggali Paper untuk buat kenyataan......

http://taipingmali.blogspot.com/2014/10/majlis-korban-masjid-kg-expo-lagha.html

Belantan

Posted: 18 Oct 2014 11:29 PM PDT

Belantan


Membongkar salasilah keturunan bangsa Israel?

Posted: 18 Oct 2014 07:48 PM PDT


Tiada sesiapa pun dibenarkan untuk melihat atau menyentuh manuskrip purba di Perpustakaan Negara Israel. Naskhah manuskrip yang mengandungi perbendaharaan kata Ibrani itu merupakan bukti bertulis pertama ditemui dan ia dikarang dalam bahasa Yiddish yang merupakan bahasa sejarah orang Yahudi.

Ia merupakan sebuah kitab Mahkota Damsyik yang dipercayai diseludup keluar dari Syria dua dekad lalu oleh agensi institut perisikan dan operasi khas Israel, Mossad dalam satu operasi perisikan sulit. Ia bertujuan untuk membongkar kewujudan bangsa Israel yang kononnya dirahsiakan sejak bertahun lamanya.

"Manuskrip ini begitu unik. Apa yang lebih menarik ialah kandungan cerita dan sejarah yang terkandung dalam manuskrip ini," ujar ketua bahagian pengumpulan manuskrip perpustakaan itu, Aviad Stollman.

Kebanyakan negara mengekalkan khazanah yang tersimpan rapi di dalam perpustakaan rasmi terutama manuskrip bersejarah yang menceritakan mengenai salasilah bangsa di situ.

Publisiti

Namun bagi bangsa Israel, caranya berbeza. Mereka mencari manuskrip yang menceritakan mengenai kehidupan dan kewujudan bangsa Yahudi di negara-negara yang pernah mereka huni.

Kini, Perpustakaan Negara Israel di Givat Ram berusaha mencari manuskrip yang dianggap sebagai permata paling berharga sebagai usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Israel. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan publisiti mengenai keturunan mereka.

Manus krip yang ditulis tangan oleh seorang ahli falsafah Yahudi buat julung-julung kalinya dipamerkan di Muzium Louvre, Perancis.

Penemuan manuskrip itu merupakan inisiatif awal untuk mengubah manuskrip bahasa Ibrani dalam bentuk digital.

Pada awal Oktober, manuskrip berharga yang ditulis tangan oleh seorang ahli falsafah Yahudi, Maimonides dipamerkan buat julung-julung kalinya di Muzium Louvre, Perancis. Demi menjaga kehormatan dan kesucian manuskrip itu, ia dikawal rapi oleh pengawal.

Baru-baru ini, perpustakaan itu mengadakan satu Forum Global mengenai profil koleksi manuskrip itu yang diterajui oleh tokoh terkenal seperti Lord Rothschild, Diplomat Amerika Syarikat, Elliott Abrams serta ahli psikologi dan pemenang anugerah Nobel, Daniel Kahneman.

Terbaharu, perpustakaan di Baitulmuqaddis itu membuka bilik kebal dan memberi peluang kepada agensi media antarabangsa, The Associated Press untuk melihat khazanah-khazanah terpelihara itu. Kebanyakan manuskrip itu tidak pernah dipamerkan kepada masyarakat.

Manuskrip itu dibawa ke Baitulmuqaddis menggunakan laluan sukar dan tiada siapa yang tahu kaedah mereka membawa masuk manuskrip itu ke Israel.

Salah sebuah manuskrip yang terdapat dalam perpustakaan itu ialah Mahkota Damsyik. Mahkota dalam manuskrip itu merujuk kepada istilah Yahudi yang amat dihormati di dalam kitab-kitab suci mereka. Ia merupakan sebahagian daripada manuskrip terawal kitab Ibrani.

Seorang lelaki Yahudi sedang meletakkan keratan nota doa dan hajatnya di celahan batu Western Wall, Baitulmuqaddis.

Manuskrip itu dipercayai ditulis di Asia Barat dan Eropah sekitar 700 hingga 1,000 lalu. Ia juga dilindungi oleh masyarakat purba Yahudi Syria di Damsyik sejak beratus tahun lamanya.

Menurut sejarah, pemerintah diktator Syria, Hafez Assad menarik balik sekatan perjalanan ke atas orang-orang Yahudi pada awal tahun 1990-an. Dalam satu operasi sulit operasi Mossad, mereka mendapati sesetengah bangsa Yahudi menetap di Israel dan menyimpan manuskrip itu bersama mereka.

Sewaktu sekatan itu, bangsa Yahudi meletakkan manuskrip itu di perpustakaan negara untuk disimpan daripada keadaan cuaca dan iklim yang tidak menentu.

Kota Sepanyol

"Kami menerima manuskrip itu daripada Mossad dengan syarat-syarat yang ketat agar ia terus disimpan secara rahsia," ujar Pengarah Manuskrip dan Arkib Perpustakaan Negara Israel ketika itu, Raphi Weiser.

Beliau yang telah bersara dan menjadi sukarelawan perpustakaan itu berkata, hanya sebilangan staf dan pekerja tahu mengenai manuskrip Mahkota Damsyik ketika itu.

Kewujudan manuskrip di Israel telah menjadi perhatian umum sejak tahun 2000, setelah perpustakaan itu mengadakan pameran tertutup. Sejak itu, ia tidak lagi didedahkan lebih-lebih lagi untuk tatapan umum.

Tambah Weiser, koleksi paling berharga di dalam perpustakaan itu ialah sebuah kisah mengenai kota Sepanyol abad ke-13 yang disimpan di sebuah rumah ibadat Yahudi Jobar di Damsyik.

Namun menurut aktivis pembangkang, rumah ibadat itu telah dimusnahkan dalam Perang Saudara Syria tahun lalu.

"Anda pasti tahu apa akan terjadi sekiranya manuskrip itu kekal di tempat asalnya," jelas Weiser.

Selain manuskrip Mahkota Damsyik, buku nota 20 muka surat yang dikarang oleh penulis novel Jerman, Franz Kafka turut menjadi khazanah yang dipelihara di perpustakaan itu.

Rampas Palestin

Buku nota Kafka dalam bahasa Ibrani itu ditulis ketika dia mahu berhijrah dari Prague, Republik Czech ke Israel. Menurut sejarah, Kafka belajar bahasa Ibrani daripada seorang penduduk Baitulmuqaddis yang menyambung pengajian dalam jurusan Matematik di Prague sekitar tahun 1920-an.

Kafka tidak dapat berhijrah ke Israel yang ketika itu mula merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Rakannya yang dianggap sebagai guru itu telah menghadiahkannya sebuah buku perbendaharaan kata kepada Kafka.

Pada awalnya, tiada satu hasil tulisan Kafka berjaya diselamatkan. Sebelum meninggal dunia, Kafka menyampaikan pesanan kepada rakannya untuk membakar kesemua karya tulisannya. Sebaliknya, karya-karyanya itu telah diterbitkan sekali gus menjadikan Kafka terkenal selepas kematiannya. Dia juga dikenali sebagai penulis yang masyhur pada abad ke-20.

Dalam perbicaraan mengenai kes Kafka pada tahun 2012, mahkamah Israel memutuskan bahawa dua saudara perempuan berketurunan Israel memiliki harta yang tidak diterbitkan daripada manuskrip Kafka. Selain itu, mereka juga perlu menyerahkannya kepada perpustakaan negara.

Manuskrip Teori Ketuhanan Newton merupakan satu khazanah yang sering dipandang enteng. Ahli fizik dan matematik Inggeris itu telah mengeluarkan tiga teori undang-undang mengenai kitab Ibrani dan ilham.

Menerusi satu tulisan dalam bahasa Inggeris dan sedikit saduran perkataan Ibrani, Newton menggunakan minda saintifiknya untuk mengukur sebuah kuil purba Yahudi di Baitulmuqaddis dan meramal dunia akan kiamat pada tahun 2060.

Tulisan itu sepatutnya ditamatkan di Universiti Cambridge yang mendapat manuskrip asli Newton pada tahun 1872.

"Namun, pada masa itu, Cambridge menyatakan tidak lagi berminat untuk menerima teori ketuhanan yang dikarang oleh Newton,'' ujar kurator bahagian koleksi kemanusiaan Israel perpustakaan negara itu, Milka Levy-Rubin.

Pada tahun 1936, waris Newton menjual manuskrip itu di rumah lelongan Sotheby yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Namun, pembida lebih berminat untuk membeli lelongan lukisan di rumah lelongan London Christie, Britain pada hari yang sama.

Seorang cendekiawan Yahudi, Abraham Shalom Yahuda berminat untuk membeli tulisan mengenai teori ketuhanan itu dan mendermakannya ke Perpustakaan Negara Israel.

Teks Yiddish terawal yang dipercayai ditulis pada abad ke-13 merupakan antara manuskrip tersimpan rapi di Perpustakaan Negara Israel. Teks itu merupakan sebuah buku ritual yang ditulis dalam bentuk kaligrafi menggunakan dakwat merah dan hitam. Ia digunakan untuk nyanyian di rumah ibadat ketika sembahyang di Worms, Jerman.

Pada muka surat 54a, tertulis satu ayat atau mesej yang diterjemahkan bermaksud, Hari yang baik untuk orang yang membawa buku doa ini ke rumah ibadat. Ia merupakan bukti terawal mengenai Yiddish yang bermaksud bahasa sejarah orang Yahudi Ashkenazi di Eropah Tengah dan Timur telah wujud sejak berabad lamanya.

Buku itu masih digunakan di rumah ibadat Yahudi sehingga ia dimusnahkan dalam satu peristiwa Kristallnacht yang bermaksud Night of Broken Glass. Dalam peristiwa itu, bangsa Israel di Jerman diserang oleh tentera Nazi.-KOSMO

Suara Politik
Belantan

Harga rumah terus meningkat, mampukah kita?

Posted: 18 Oct 2014 03:46 AM PDT


Harga rumah kini semakin 'menggila'. Di manakah silapnya? Rata-rata pakar ekonomi menyatakan spekulasi yang mendorong dan menjadi punca kenaikan harga ini. Apa pula peranan pemaju dan kerajaan?

Rakyat pula terus dimomokkan oleh pemaju yang kononnya "lagi tunggu, lagi harga naik."

Akibat harga rumah yang semakin 'lumayan' (di mata pemaju), pemaju berlumba-lumba mencari tanah untuk membina projek perumahan.

Kepadatan Kuala Lumpur dengan ruang yang semakin terhad dan padat, mendorong pemaju menukar arah ke kawasan Bangi, Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai dan Seremban. Kawasan-kawasan ini kini menjadi lubuk emas kepada pemaju perumahan.

Lebih menyedihkan, kehijauan hutan dan kemegahan pokok kelapa sawit semakin lenyap dari pandangan. Manakan tidak, berniaga rumah lebih menguntungkan daripada komoditi sawit.

Bayangkan dengan terjualnya 2 unit rumah sahaja sudah mencecah jutaan ringgit. Bayangkan sekiranya 1,000 unit rumah berjaya dijual.

Putrajaya, yang sepatutnya sebagai "payung berteduh" kakitangan awam dengan megah dan selambanya kini sudah mula mengiklankan rumah teres mencecah harga jutaan ringgit.

Hanya mereka yang berpendapatan puluhan ribu ringgit sebulan sahaja yang mampu. Siapa yang mampu? Kakitangan awam sudah pasti hanya mampu memandang.

Akibat trend rumah jutaan ringgit kini satu fenomena 'biasa' maka rumah yang berharga RM600,000 hingga RM800,000 kini menjadi 'sangat biasa'. Persoalan yang sama, siapakah yang mampu? Penulis yakin majoriti rakyat tidak mampu.

Namun bagi mereka yang tiada pilihan, suami dan isteri terpaksa membuat pinjaman bersama bagi memastikan mencapai kelayakan pinjaman.

Malangnya, mereka masih perlu menokok dengan membuat pinjaman peribadi daripada institusi perbankan terutama untuk membayar bayaran muka 10%.

Akhirnya, hampir 70% (bayaran balik pinjaman perumahan + bayaran balik pinjaman peribadi) gaji terpaksa dikorbankan kerana membeli rumah.


Bagaimana pula dengan kos sekolah anak? Belanja dapur? Makan minum? Bayaran kenderaan? Perbelanjaan harian dan berbagai-bagai perbelanjaan lain yang terpaksa dikawal dengan seketat-ketatnya.

Sia-sialah kerajaan berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan melahirkan rakyat berpendapatan tinggi tetapi hakikatnya rakyat pada masa yang sama 'dimiskinkan' oleh harga rumah yang melampau.

Fenomena harga rumah yang melampau ini juga mengakibatkan kuasa beli rakyat menyusut. Manakan tidak, baki gaji bulanan setelah potongan rumah dibuat hanya mampu menyara benda yang wajib sahaja.

Penulis tidak dapat bayangkan sekiranya suatu hari nanti ekonomi dunia dan negara terjejas (minta dijauhi Allah S.W.T) berapa ramai yang akan sengsara sekiranya rumah mereka dilelong akibat tidak lagi mampu membayar bayaran bulanan bank yang tinggi.

Penulis bukan seorang pakar ekonomi. Namun demikian, saya mendapati harga rumah pada masa sekarang adalah over priced dan seolah-oleh berlaku spekulasi yang terancang.

Namun apa pun, tidak kira akibat spekulasi atau permintaan, kerajaan dan pemaju harus berunding dan berbincang untuk menurunkan harga rumah.

Tiada pilihan lain. Kepada pemaju janganlah terlalu rakus mengejar keuntungan. Kepada pentadbiran Putrajaya pula, kajilah semula peranan anda.

Jangan terlalu ghairah menjual rumah jutaan ringgit. Anda mampu mengubahkannya. Penulis tidak dapat bayangkan berapa harga rumah yang bakal dihadapi oleh anak cucu kita 5 hingga 10 tahun akan datang.

Mungkin pada masa itu, rumah hanya mampu disewa untuk selamanya bukan lagi untuk dimiliki. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 18 Oct 2014 11:25 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SELANGOR KEMBALI BERGELORA, SURAT DISEMBUNYI UNTUK AZMIN LETAK JAWATAN

Posted: 18 Oct 2014 07:00 PM PDT

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah menandatangani surat peletakan jawatannya yang tidak bertarikh sebagai 'jaminan' beliau akan menurut kehendak kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau berkata, surat yang didakwa penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dihantar oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi e-mel adalah tidak wujud.
"Surat itu tidak benar. Tidak wujud," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan makan bersama Jawatankuasa Masjid Kampung Raja Uda, di sini hari ini.
Pada 15 Oktober lalu, Raja Petra menerusi entri dalam blog Malaysia Today mendedahkan e-mel Rafizi kepada Anwar mengenai cadangan-cadangan yang perlu diambil oleh PKR untuk menangani isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Salinan e-mel tersebut seperti mana disiarkan dalam blog berkenaan dikatakan turut dihantar kepada Ketua Ang­katan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam e-mel tersebut, Rafizi antara lain didakwa mencadangkan kepemimpinan PKR mengeluarkan satu surat letak jawatan tidak bertarikh supaya Mohamed Azmin selamanya diikat de­ngan parti dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Selain itu, Rafizi menerusi e-mel berkenaan didakwa turut mencadangkan kepada Anwar supaya PKR menuntut Mohamed Azmin bersetuju dengan syarat-syarat tertentu dan menandatanganinya sebelum sokongan majoriti parti diberikan kepada Timbalan Presiden PKR itu.
E-mel itu juga menyebut bahawa jika Mohamed Azmin melanggar mana-mana persetujuan yang ditetapkan, parti mempunyai hak untuk menukar dan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan yang telah ditandatangani Mohamed Azmin.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin enggan mengulas dakwaan kononnya pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR yang baharu adalah untuk mengawalnya dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Besar – Utusan

SELANGOR KEMBALI BERGELORA, AZMIN DIGUGUR PKR

Posted: 18 Oct 2014 05:08 PM PDT

Khabar yang mengatakan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor yang disandang Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan ditarik balik, masih menjadi tanda tanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari ketika diminta mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun memaklumkan tidak mengetahui sebarang perkhabaran mengenainya.
"Tunggulah sehingga lantikan.. kemudian baru saya jawab.
"Kita bercakap atas perkara yang tidak pasti… tak bolehlah," katanya kepada Antarapos.
Sumber Antarapos memaklumkan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor yang disandang Azmin, bakal digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar ketika diminta mengulas hal yang sama hanya berkata 'itu keputusan parti'.
"Tidak.. tidak.. ini keputusan parti. Presiden akan buat keputusan menamakan Pengerusi MPN Negeri. Bila siap, kita akan buat pengumuman," ulasnya ringkas.
Perkembangan terbaru itu memberi gambaran bahawa Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu seolah-olah tidak diredhai parti dan pimpinan tertingginya untuk menjadi menteri besar.
Malah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga mengumumkan parti membuat beberapa rombakan jawatan dalam kepimpinannya.
Rombakan itu menyaksikan Rafizi diberi kepercayaan memegang dua jawatan penting dalam PKR iaitu naib presiden dan setiausaha agung parti.
Pelantikan Rafizi itu dikatakan sebagai strategi Anwar untuk 'mengawal' Azmin, namun ia dinafikan oleh menteri besar itu – Antarapos

#Rakyat Hakim Negara - Anwar perlu dipenjarakan untuk selamatkan Malaysia dari bala bencana.

Posted: 18 Oct 2014 04:40 AM PDT


#Rakyat Hakim Negara penjarakan Anwar atas kesalahannya memasukkan kemaluannya sedalam 4 inci di dubur Saiful. 

#Rakyat Hakim Negara penjarakan Anwar kerana zalim memecat Tan Sri Khalid. Anwar gila kuasa, bapak nepotisme dan kronisme.

# Rakyat Hakim Negara, penjarakan Anwar kerana banyak menyusahkan dan menghuru - harakan negara.


Selepas di Johor Bharu dan Kedah, kini belalai air @ puting beliaung melanda Sarawak pula. Tak pernah berlaku dengan kerap macam sekarang ini. 

Semuanya kerana belalai Anwar!

Belalai Air@Miri: Puting beliung adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah. Mungkinkah ia petunjuk supaya kita menegakkan keadilan dan menghukum pelaku maksiat dan liwat? Wallahualam


The Unspinners

Posted: 18 Oct 2014 11:25 PM PDT

The Unspinners


Dyana -Zairil dikantoi beromen? Sila jawab tapi usah persalahkan blogger ye ...

Posted: 18 Oct 2014 09:46 PM PDT


Kalau betul dan gambar ini bukannya direka untuk kenakan Dyana atau pihak blogger pro UMNO, eloklah nak dirikan masjid.

Cuma jangan pula Zairil nak jemput pemimpin besar UMNO sebagaimana majlis kahwin isteri pertama. Kali ini buat makan besar di restoren cina dan yam seng sekali ...hehehe

Hakim Negara mahu Anwar ke penjara

Posted: 18 Oct 2014 06:33 PM PDT


Memang banyak Flashmob seluruh negara semalan tapi dok balik muka-muka tu juga. Ada tempat kena import orang luar dan mintak tolong orang DAP.

1. KELANTAN.  

Flashmob semalam di Stadium Sultan Muhammad ke- IV. Hanta 8 orang saja. Ahli politik pun takde.

Takde sokongan PAS maka PKR nampak pakero. Tiada sambutan

2. SELANGOR

Di Selangor  ianya di kawasan Taman Medan PJ tepi NPE di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya.

Hanya 30 orang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang PJS syok sendiri waktu petang. 97% Melayu budus dan yg dihormati Hee Loy Sian (AP PJ Selatan PKR).

Petang2 hujan. Tiada sambutan dari penduduk setempat. Bodoh mcm keldai .... 

3. KUALA LUMPUR

Ada 30-40 orang AMK diketuai Rozen dan Leman Raja Lawak depan Sogo. Lebih 90% Melayu lemau ... Ramai diimport dari Penang.





Cuma nyanyi lagu kenaikan harga minyak sambil mengutuk kerajaan dan Najib. Berucap pun tak pandai.

Kurang sambutan. Kelihatan macam orang gila perlu perhatian. 

4. JOHOR

Flash mob dibuat di Kulai depan Kulai City Inn. Kehadhiran boleh tahan, 70 orang dengan 15% cina, kebanyakkan Melayu. 

Mungkin import satu Johor.

Pemimpin PKR tak datang. Hanya DAP ... Teo Nie Ching - AP Kulai( DAP) dan ADUN Jimmy Puah .

Twtap syok sama sendiri tiada diikut orang ramai.

Back to drawing board, Nik Nazmi ....



Kita promo kan. Berapa agaknya kawasan dalam Permatang Pauh ni nanti?

KETUM cari simpati tapi serang ikut Australia dan BC

Posted: 18 Oct 2014 07:04 AM PDT


Malah ....


Kumpulan bernama LENSA melalui jurucakap Ekhasan Bukharee pun suruh Anwar pencen dan jangan buang masa. Dalam kenyataan dok persalahkan kerajaan. Oleh itu, mereka bukan konar tinggalkan si KETUM.

Anwar cuba cari simpati ....


 ... untuk dapat sokongan dan elak dari main cara kasar yang dah tak laku.

Kalau ikut lakunan, Azmin pun dah macam tak mahu bantu, [Baca Gelagat Anwar SINI]. Skrip melibatkan dia digugurkan dari Pengerusi PKR Selangor.  Kena fokus betul jaga Selangor ye ....


Tapi di belakang, PKR bawa kes Anwar dan Akta Hasutan ke Parlimen Australia -


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-bawa-kes-anwar-dan-akta-hasutan-ke-parlimen-

Tak payah ke link sebab Malaysia Insider dah tarik balik laporan. Nak cari simpatilah kata .....

Pening Anwar ... bini kena saman, diri nak masuk penjara

Posted: 18 Oct 2014 05:00 AM PDT

Semalam 17 Okt 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan menyebelahi Felda dalam tuntutan saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah dan dua yang lain berhubung dengan dua artikel di dalam akhbar Suara Keadilan.

Gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditaksirkan oleh Mahkamah. Felda menuntut RM200 juta untuk gantirugi di dalam tindakan ini.


Maklumat seterusnya di SINI. 

Dahlah nak masuk penjara tapi Anwar masih ada taik tertinggal untuk isterinya hadapi. Takpa harta Nuar di luar negara berbillion yang sudah disorok.

Mansuh Akta Hasutan untuk AP lesen besar persoal apa saja di Parlimen

Posted: 18 Oct 2014 01:00 AM PDT


Suatu yang tidak diberi liputan sangat oleh media adalah kehadhiran pembangkang dan aktivis untuk menyumbang jumlah orang bantah bersama Bar Council tempoh hari.

Nurul yang hadhir berkata berikut:


Mungkin ianya bom asap untuk bebaskan Anwar Ibrahim. Namun begitu ada agenda tertentu kenapa mereka mahu Akta Hasutan dimansuhkan terus tanpa ditimbulkan elemennya dalam akta lain.

INi komen mereka:



Dengar komen berikut:




Baik UMNO, PAS atau PKR, fikirkan wahai orang Melayu muda

Posted: 18 Oct 2014 12:30 AM PDT



Ini bukan cerita UMNO atau PAS atau PKR ... tapi cerita bangsa majoriti negara ini.

Ini bukan auta tapi realiti. Tapi tak tahulah jika itu yang orang muda Melayu mahu.

Puak lain berpolitik tidak berslogan bangsa tapi nilai universal kononnya tapi kepentingan mereka mantap dijaga.


Jika orang muda reda Melayu hilang kuasa atau kuasa didalang orang lain, pandai-pandai bersaing .... nak bersaing dengan guna sumber apa, jawab sendiri.

Dah tak boleh salahkan orang lain. Oleh itu, daftar dan mengundilah wahai orang Melayu ...

oyabun

Posted: 18 Oct 2014 11:11 PM PDT

oyabun


Felda menang saman?

Posted: 18 Oct 2014 08:47 AM PDT


Felda dan sebuah anak syarikatnya hari ini memenangi kes saman terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel berbaur fitnah terhadap agensi itu menerusi akhbar mingguan PKR, Suara Keadilan.

Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar parti pembangkang itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Kamaludin Md. Said ketika memutuskan demikian bagaimanapun memerintahkan supaya jumlah ganti rugi yang akan diterima Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) ditaksirkan kemudian oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Dalam saman tersebut Felda menuntut ganti rugi RM200 juta.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan FGVH memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Senator Dr. Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR; bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat yang dinamakan sebagai pihak defendan atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Bagaimanapun pada 30 September lalu, Dzulkarnain memohon maaf kepada Felda dan FGVH berhubung penerbitan dua artikel palsu itu dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan serta merosakkan reputasi mereka.

Dzulkarnain turut menyatakan tajuk utama 'Felda Bankrap' sengaja diterbitkan akhbar itu untuk mensensasikan isu berkaitan Felda.

Sementara itu, Hakim Kamaludin dalam penghakimannya hari ini menyatakan, Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Felda menyaman bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong iaitu Felda selaku badan berkanun berhak untuk memfailkan saman.

"Hak untuk menyaman dalam peruntukan itu mengikut Seksyen 15(1) Akta Pembangunan Tanah 1956 dan hanya boleh ditarik balik oleh Parlimen dan bukannya mahkamah," kata beliau ketika membacakan penghakimannya.

Beliau membuat keputusan itu selepas menolak isu awalan yang dibangkitkan oleh peguam Francis Pereira yang mewakili pihak defendan berhubung kapasiti Felda untuk memulakan tindakan saman iaitu Felda sebagai badan berkanun tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman tersebut.

Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan reputasinya dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu.

Wasabi Oyabun..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 18 Oct 2014 09:22 PM PDT

tok gajah

Posted: 18 Oct 2014 09:08 PM PDT

tok gajah


Ini bukti jelas dan nyata DAP tidak ikhlas bersama PAS...........

Posted: 18 Oct 2014 07:47 PM PDT

Atuk dah banyak kali kate yang DAP tu sedikit pun tidak ikhlas dalam perjuangan nye bersame PAS.

Kita sudah di jelaskan dengan terang dan nyate oleh DAP bahawe mereke menolak perjuangan Islam dalam PAS. Kini DAP sudah menyatakan pendirian nye bahawe parti itu tidak lagi mahu bersame PAS di Sarawak.

Kalau di Sarawak DAP tidak boleh berkerja same dengan PAS, di semenanjung ni bagai mane pule pule? Dan jike sekire nye memerintah negare bagai mane ianye boleh di lakukan tanpa kerje same di Sarawak tu?

Atuk rase PAS tidak perlu terus memperbodoh diri nye dalam hal perkare ni. Sekarang rakyat sudah semakin meluat dengan kebodohan pemimpin2 PAS yang boleh di ibarat kan seperti "hidung tak mancung pipi ter sorong2" terhadap DAP yang semakin sombong dan bongkak tu.

DAP Sarawak henti komunikasi dengan Pas, PKR

KUCHING - DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan Pas dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama Pas dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama Pas, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa Pusat Pas), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.
- Bernama

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 18 Oct 2014 03:34 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Mek Siam 'bergetah' jadi tarikan

Posted: 18 Oct 2014 03:01 PM PDT

USTAZ Shamsudin menikahkan salah satu pasangan di Thailand.
Songkhla (Selatan Thailand): Kecantikan, kelembutan dan layanan mesra wanita Siam selain kos pernikahan rendah umpama magnet bagi segelintir lelaki Malaysia, termasuk golongan kenamaan (VIP), untuk menjadikan mereka sebagai suri hidup.

Tarikan istimewa itu terbukti apabila siasatan Metro Ahad mendapati jumlah lelaki Malaysia yang berkahwin dengan wanita negara jiran itu menunjukkan peningkatan berdasarkan jumlah pendaftaran pernikahan sejak awal tahun ini sehingga Ogos lalu berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Jurucakap Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla berkata, sepanjang tempoh itu, kira-kira 300 pendaftaran pernikahan lelaki Malaysia dengan wanita Thailand iaitu peningkatan 14 peratus di wilayah ini.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk perkahwinan yang tidak didaftarkan, sekali gus menjadikan bilangan sebenar mungkin sekali ganda.

Menurutnya, ini kerana ada juga perkahwinan antara lelaki Malaysia dengan wanita Thailand tidak didaftarkan di pejabat konsul disebabkan beberapa masalah lain, termasuk tidak mendapat maklumat sepenuhnya.


Isteri Ustaz Rentung Dipanah Petir Ketika Berzina Dengan Lelaki Asing

Posted: 18 Oct 2014 02:01 AM PDT

Gambar hiasan
Salam sejahtera ke atas kamu

Bertemu kembali dalam sudut bicara labu emas. Sembilan hari labu tidak bersiaran kerana tugas luar kawasan kali ini saya ingin kongsi kan kisah menarik yang di perolehi dari negara jiran, namun nama dan tempat terpaksa di sembunyi kan agar tidak mengaibkan sesiapa kisah seorang isteri yang curang sehingga maut di sambar petir ketika berzina dengan lelaki lain.

Hashim merupakan seorang ustaz di sebuah daerah mempunyai perwatakan yang baik di kampung. Beliau mengajar anak-anak mengaji dan mempunyai seorang isteri yang mempunyai paras rupa yang cantik dan dari keluarga yang berada. Walaupun Hashim hanyalah seorang guru agama di sebuah pondok namun kebahagian mereka terserlah dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun.

Pada awalnya Hashim agak hairan kerana anaknya mempunyai rupa yang berbeza serta bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedangkan diri nya bukan lah tinggi sama juga dengan isterinya dan yang lebih menghairankan Hashim hidung anak nya mancung kerana mempunyai iman dan pegangan ugama yang kuat Hashim menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya.

Hashim akan berada di rumah ketika waktu malam sahaja kecuali Jumaat baru lah beliau tidak mengajar, Maka tinggallah isteri nya bersama anak kecil di rumah, sehinggalah pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan sehingga tidak sedarkan diri, terlantar di hospital.

Selama empat bulan barulah Hashim sedarkan diri. Ketika balik Hashim berehat dan gembira dapat bertemu anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua.

Seminggu selepas itu Hashim memulakan tugas nya iaitu mengajar di pondok,seperti biasa, Apabila tiba waktu malam barulah Hashim balik ke rumah, Malam itulah Hashim bermimpi melihat isteri nya memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik. Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di sebelah, Hashim bangun dan mencari isteri nya dan lihat isterinya sedang muntah dan memberitahu kepalanya sakit,

Keesokannya Hashim mengambil cuti dan membawa isteri nya ke klinik berhampiran kampung mereka, Setelah di periksa, doktor mengucapkan tahniah kepada Hashim kerana isteri nya telah mengandung empat bulan !

Hashim menjadi bingung kerana dia baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum pun sebulan, Ketika tiba di rumah Hashim bertanya kepada isteri nya namun isteri Hashim berkeras menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim sehingga si isteri Hashim sanggup bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka,

Perwatakan baik dan sopan santun isterinya yang selama ini dipercayai dan dibanggakan oleh Hashim hilang sekelip mata, Hashim kini mula mencurigai isterinya sendiri sehinggalah Hashim berdoa dan memohon petunjuk jika itu memang anak Hashim.

Keesokan harinya ketika itu hujan turun renyai-renyai, Hashim gagahkan langkah menuju ke pondok menggunakan baju hujan, Walaupun guruh berdentum di langit Hashim tetap ke pondok untuk mengajar,

Hashim kemudian telah dikejutkan dengan satu panggilan,dari ayahnya,di talian. Hashim di minta untuk balik secepat mungkin,kerana sesuatu yang kurang baik telah berlaku.

Hashim meletakkan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan,ketika tiba di rumah,dalam keadaan basah kuyup, Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertuanya turut berada di rumah,

Selepas memberi salam, Hashim mendukung anak perempuan nya dan bertanya apa yang berlaku kepada ayahnya, namun ayahnya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri,

Ketika melangkah kedalam bilik tidur mereka Hashim terperanjat melihat dua tubuh yang melekat dalam keadaan rentung dalam masa yang sama mengeluarkan kan bau yang amat meloyakan. Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung bersama seorang lelaki asing berkulit gelap dan tidak bernyawa.

Ibu mertua Hashim meraung menangis meratapi anak perempuan nya yang mati dalam keadaan mengaibkan, Ketika itulah ayah Hashim memberitahu yang mereka kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantunya yang hamil, Namun lain pula yang mereka temui.

Hashim bertawakal dan menganggap itu satu ujian besar dalam hidupnya. Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya, Hashim tidak menyangka isterinya yang baik sanggup menikam diri nya dari belakang.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar untuk kita semua, Usah lah kita terlalu taksub melaksanakan tugas sehingga lupa akan keselamatan dan kebajikan keluarga, Bersama kita mendoakan agar roh si isteri di ampunkan dan di tempatkan di golongan orang orang yang beriman.

(terima kasih untuk sumber,Haji Minhat)

Sumber

Himpunan Justice for Anwar

Posted: 18 Oct 2014 12:25 AM PDT

Peminat Kecam & Tegur Ira Mohd Amin Tanggal Tudung

Posted: 17 Oct 2014 09:01 PM PDT


KL, 16 OKT 2014: Terkejut Murai Batu apabila tiba-tiba ternampak Nana Mahzan memuat naik foto kawan baiknya yang merupakan penyampai radio Era iaitu Ira Mohd Amin di Instagram tanpa bertudung.

Murai Batu tertanya-tanya adakah itu foto lama atau throwback mereka tetapi ternyata tidak dan foto itu diambil sewaktu mereka keluar bersama siang tadi.

Pelik juga Murai Batu kerana semua sedia maklum Ira memang sudah mula bertudung sejak Ramadan baru-baru ini tetapi mengapa dia tidak bertudung pula ketika keluar bersama Nana.

Berikut merupakan foto yang dimuatnaik Nana:


Murai Batu tidak tahu sama ada ianya dimuat naik atas persetujuan Ira atau tidak tapi yang pastinya foto itu telah dikecam dan ditegur oleh ramai peminat dari pengikut di laman Instagram milik Nana Mahzan.

Kebanyakan peminat tidak bersetuju dengan sikap Ira yang sengaja tidak bertudung apabila keluar sedangkan dia sudah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sebelum ini.

Malah ada juga peminat yang menasihati Ira supaya kembali ke pangkal jalan dan terus istiqomah dengan imejnya sebelum ini iaitu berhijab.

Berikut merupakan komen-komen peminat berkenaan:



Apa-apa pun Murai Batu rasa hanya Ira sahaja yang tahu apa sebenar tujuan tindakannya itu.

Skandal: Menteri 'cun' letak jawatan

Posted: 17 Oct 2014 08:01 PM PDT

Menteri Perdagangan dan Industri Jepun Yuko Obuchi
TOKYO: Sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Shinzo Abe, Menteri Perdagangan dan Industri Jepun Yuko Obuchi yang baharu dilantik berhasrat untuk meletakkan jawatan berikutan laporan mengenai kumpulan penyokongnya menyalah guna dana politik.

Akhbar Nikkei melaporkan Obuchi, 40, anak perempuan seorang bekas perdana menteri, menyatakan kepada rakan terdekat Abe bahawa beliau bercadang untuk berundur dan akan membincang perkara itu apabila Abe kembali dari sidang kemuncak Asia-Eropah di Itali petang ini.

Obuchi yang dianggap calon yang mungkin menjadi perdana menteri wanita pertama di Jepun, memohon maaf kepada sebuah jawatankuasa parlimen Khamis lalu berhubung laporan mengenai penyalahgunaan dana, yang mungkin menyalahi undang-undang pilihan raya dan pembiayaan politik.

Jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rancangan Obuchi untuk meletakkan jawatan. Tidak ada sesiapa juga menjawab panggilan telefon di pejabatnya.

METI kemudian memaklumkan pihak media bahawa Obuchi membatalkan lawatan ke tengah Jepun hari ini bagi mengelakkan 'kekacauan' yang dijangka.

Nikkei menyatakan Obuchi memberitahu orang terdekat dengan Abe mengenai perancangannya untuk memikul tanggungjawab bagi apa yang berlaku.

"Saya sedang menyiasat (isu dana itu) tapi saya fikir tidak ada penjelasan yang memuaskan mengenainya," lapor akhbar itu memetiknya sebagai berkata.

Abe melantik Obuchi, seorang ibu dengan dua anak kecil, kira-kira dua bulan lalu bagi mengetuai METI. Beliau adalah seorang daripada lima wanita dipilih Abe dalam rombakan kabinet bagi menaikkan popularitinya dengan menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan wanita. - REUTERS

Kelantan tetap laksana hudud tahun depan

Posted: 17 Oct 2014 07:50 PM PDT

KOTA BHARU 15 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud atau Kanun Jenayah Syariah II di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada orang bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan, Pas tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka.

"Orang bukan Islam tidak boleh tidak setuju sebab mereka tidak terlibat dalam undang-undang Islam ini. Misalnya hukum bersunat wajib kepada orang Islam, takkan bila kita hendak bersunat hendak minta kebenaran orang bukan Islam.

"Jadi soal orang bukan Islam tidak setuju tidak perlu, sebab kita tidak perlu sokongan dia. Insya-Allah kita berdoa agar hudud akan dapat dilaksanakan tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pergulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu Mohd. Nassuruddin turut menegaskan, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan terutama daripada sekutu mereka, DAP untuk melaksanakan hukum hudud ini.

"Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana," katanya.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai perkembangan jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri yang ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan hudud, Mohd. Nassuruddin berkata, proses perbincangan melalui jawatankuasa itu berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan positif.

"Sekarang kita sudah melalui dua kali mesyuarat. Ia berjalan dengan lancar. Kita doakan pada 2015 undang-undang Islam ini akan dapat direalisasikan," katanya.

Apa Yang Tersirat

Posted: 18 Oct 2014 01:13 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Anwar Benar-Benar Kepanasan

Posted: 17 Oct 2014 10:51 PM PDT

ANWAR benar-benar kepanasan berdepan dengan liwat II yang akan dibicarakan pada 28-29 oktober. Perbicaraan itu adalah untuk mendengar rayuan 5 tahun penjara yang dijatuhkan mahkamah rayuan pada 7 Mac lalu kepada Ketua Umum PKR itu.

Pada 28-29 Oktober, dipercayai pihak pedakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bukan sahaja mahu mempertahankan hukuman itu, akan tetapi meminta mahkamah persekutuan menambah jumlah hukuman.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya seseorang lelaki pada 26 Jun 2008, di sebuah Kondominum di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Kini, para pencacai Anwar, bukan sahaja menghasut para penyokong PKR atau pembangkang turun ke jalan menjelang hari perbicaraan itu, akan tetapi sedang menjelajah Australia untuk meminta sokongan dari negara kangoro itu. Delegasi pencacai Anwar itu diketuai MP Pandan Rafizi Ramli yang juga Setiusaha Agung PKR yang baru dilantik Anwar.

Di Australia, pencacai Anwar itu mendapat kerjasama daripada seorang senator penyokong seks songsang Senator Nick Xenophon.

Sebelum ini, Anwar berkiblat kepada Turki dan Amerika untuk mendapat sokongan berkaitan kes liwat yang dihadapinya, namun kedua negara itu kini, telah lepas tangan; dan Australia dianggap masih menyokong beliau melalui lobi Xenophon. 

Anwar mampu melibatkan negara luar dan rakyat biasa membela masalah peribadinya; atas sebab kemampuannya memutar fakta dalam masa-masa tertentu. Amerika dan Turki pada mulanya percaya bahawa Anwar dianaya, namun selepas mendapat butiran yang jelas, kini dua negara itu menarik diri menyokong MP Permatang Pauh itu.

Melihat fakta yang dibentang pada mahkamah rayuan, yang menyebabkan hakim menjatuh hukuman kepada Anwar; adalah dilihat, mahkamah persekutuan tidak akan menggangu keputusan itu; malah AYT berkeyakinan mahmah apek itu akan menambah hukuman sebagai pengajaran.

Cucu Tok Selampit

Posted: 18 Oct 2014 01:12 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Dr Wan Azizah Yang Kalah Saman Dengan Felda Sambut Deepavali Di Klang ... Eh Bukan Kajang?

Posted: 18 Oct 2014 06:45 AM PDT


'Nenek Kipas Bersarung Tangan Putih' yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Dr Wan Azizah, meraikan kekalahan beliau dalam kes saman fitnah FELDA dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV), semalam dengan menghadiri majlis Deepavali di Klang, sebentar tadi.

FELDA dan FGV telah memenangi saman berkenaan terhadap Dr Wan Azizah dan dua yang lain iaitu Dr Syed Husin Ali, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat, berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keldaian. 

Dua artikel fitnah jahat Dr Wan Azizah & Co. itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010. 

Agak pelik bagi Dr Wan Azizah yang masih boleh bersukaria dengan meraikan perayaan warisan keluarga suaminya, selepas didapati bersalah memfitnah. Dan lebih pelik lagi Dr Wan Azizah menyambut Deepavali di Klang dan bukannya di Kajang, DUNnya sendiri. Apa dia ingat dia Menteri Besar nak sambut perayaan satu Selangor? Agak-agak Krismas nanti sambut dengan suami di Penjara Sungai Buloh?

7,000 Penyokong @anwaribrahim 'Flashmob' Di Kota Bharu

Posted: 18 Oct 2014 01:33 AM PDT

Kira-kira 7,000 orang berhimpun di perkarangan KB Mall, Kota Bharu, Kelantan bagi menzahirkan sokongan solidariti kepada KETUM (Ketua Umum) Anwar Ibrahim. Jalan raya di bandar Kota Bharu penuh sesak dengan penyokong-penyokong KETUM mengadakan demonstrasi aman ini. Pihak polis masih dapat mengawal keadaan walaupun jumlah peserta yang agak ramai.

Hasil temubual dengan peserta-peserta berkenaan, mereka komited untuk datang ke Istana Kehakiman, Putrajaya pada 28 dan 29 ini bagi menunjukkan sokongan kepada KETUM. Sekian laporan berita CTS yang begitu panas dan penting dari Kota Bharu, Kelantan.

IPOHMALAY

Posted: 18 Oct 2014 09:21 AM PDT

IPOHMALAY


Zahrain jawab teguran Susilo

Posted: 17 Oct 2014 10:17 PM PDT

Duta Malaysia ke Indonesia, Zahrain Mohammed Hashim yang juga bekas ahli PKR, telah menjawab dengan baik kepada media Indonesia berhubung teguran Presiden Indonesia yang bakal menamatkan tempoh berkhidmat, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung keseriusan Malaysia dalam memuktamadkan sempadan laut antara kedua negara.

Jumat, 17/10/2014 20:52 WIB

Malaysia Serius Bahas Batas Maritim dengan Indonesia

PASTI LIBERTI MAPPAPA - detikNews
Jakarta - Duta Besar Malaysia untuk Indonesia Dato Seri Zahrain Mohamed menyangkal pemerintah negaranya tak serius menyelesaikan sengketa batas maritim dengan Indonesia. Menurutnya perundingan antar kedua negara terkait perbatasan sedang berjalan.

"Kita sudah beberapa kali bertemu pihak Indonesia dan dalam proses untuk menyelesaikan. Prosesnya memang panjang karena menyangkut perbatasan internasional," ujar Zahrain kepada pers di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta, Jumat (17/10/2014).

Ia menanggapi pernyataan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) beberapa hari lalu yang mengharapkan Malaysia serius menyelesaikan masalah perbatasan.

Mengutip penjelasan Kementerian Luar Negeri Indonesia kemarin, Zahrain mengungkapkan bahwa pernyataan SBY bukan dimaksudkan untuk menuding Malaysia tak serius. Sebaliknya, pernyataan itu lebih dimaksudkan sebagai nasihat seorang senior atau warisan dari SBY yang akan mengakhiri pengabdiannya dalam beberapa hari ke depan.

"Itu nasihat SBY bukan untuk merendahkan martabat Malaysia. Kami secara terbuka menerima penjelasan tersebut," kata Zahrain.

Ia memaparkan ada empat perbatasan maritim yang sedang dibahas bersama Indonesia yakni di perairan Sulawesi yang dikenal dengan Ambalat, Tanjung Datu yang berbatasan dengan Kalimantan Barat, Selat Malaka, dan sebelah timur Selat Singapura. Namun dia menolak menyampaikan sampai dimana kemajuan proses perundingan itu.

"Itu terlalu teknis," katanya.

Sebelumnya diberitakan SBY mengeluhkan sikap pemerintah Malaysia yang tidak serius menyelesaikan persoalan itu. SBY pun membandingkan sikap tersebut dengan negara-negara tetangga lainnya.

"Saya melihat dengan Malaysia, kurang nyata kemajuannya dibandingkan dengan negara-negara lain," kata SBY saat menerima Tim Teknis Penetapan Batas Maritim di Istana Negara Jakarta, Senin (13/10/2014).

Comments (0)