Selasa, 30 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 29 Sep 2014 11:11 PM PDT

Suara Sri Andalas


Turun Padang Melihat Perkembangan Pembinaan Longkang Atasi Banjir

Posted: 29 Sep 2014 01:47 AM PDT

Klang, 29 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada petang ini turun padang di Taman Maznah melihat sendiri perkembangan kerja-kerja pembinaan longkang sepanjang 2km.

Ini adalah salah satu projek berterusan yang diusahakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar untuk memastikan masalah banjir di DUN Seri Andalas dapat diatasi.



Program Menanam Pokok Di Kolam Tadahan

Posted: 21 Sep 2014 06:00 AM PDT

Klang, 21 September 2014 - Program menanam pokok dikeliling kolam tadahan pada hari ini disempurnakan dengan kehadiran YB Dato Seri Wan Azizah. Turut hadir dalam program adalah YB Shuhaimi Shafiei, YB Dr Daroiyah Alwi dan YB Zuraida Kamarudin.

Program yang berjalan dari pukul 4 petang hingga 7 petang ini disertai orang ramai yang hadir turut bersama-sama menanam pokok dan melihat sendiri kolam tadahan yang dijadikan kawasan rekreasi.












12 Wanita Sertai Kelas Membuat Mallai DUN Seri Andalas

Posted: 14 Sep 2014 03:00 AM PDT

Klang, 14 September 2014 - Seramai 12 wanita menyertai kelas membuat mallai yang dianjurkan Pejabat DUN Seri Andalas pada hari ini.

Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini dikelolakan oleh 2 orang guru.

YB Dr. Xavier Jayakumar berharap dengan mempelajari kemahiran tersebut, para peserta dapat menjana pendapatan tambahan.







Merasmikan Malaysian Open Dart Championship 2014

Posted: 13 Sep 2014 03:00 AM PDT

Klang, 12 September 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar telah merasmikan Malaysian Open Dart Championship 2014 yang berlangsung dari 12 hingga 14 September 2014 pada hari ini di Hotel Premier Klang.



Menghadiri Majlis Makan Malam Tokong Tiong Sheng Keng

Posted: 11 Sep 2014 07:00 AM PDT

Berikut adalah gambar-gambar YB Dr. Xavier Jayakumar menghadiri majlis makan malam Tokong Tiong Sheng Keng pada 11 September 2014 di Klang.



Kelas Menjahit Pakaian Punjabi Ke-16

Posted: 24 Aug 2014 02:00 AM PDT

Klang, 24 Ogos 2014 - Kelas menjahit pakaian punjabi yang ke-16 telah berjaya diadakan pada hari ini. Gambar dibawah menunjukkan para peserta mengenakan pakaian punjabi yang dijahit masing-masing.



Puan Leela, seorang peserta menyatakan bahawa dia telah pun menjahit 3 helai pakaian punjabi untuk perayaan Deepavali dan menjahit 3 langsir. Puan Leeal mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Xavier Jayakumar kerana menganjurkan kelas tersebut.

Sijil telah disampaikan kepada para peserta pada hari ini oleh Encik PS Rajoo.



Kelas Jahitan Asas dan Langsir Ke 24 DUN Seri Andalas

Posted: 17 Aug 2014 02:28 AM PDT

Klang, 17 Ogos 2014 -  Kelas menjahit asas dan langsir yang ke-24 diadakan pada hari in. Sehingga kini sejak tahun 2012, hampir 640 wanita telah mengikuti kursus ini.

Kebanyakan daripada mereka telah bekerja separuh masa menjahit mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga dan ada yang menjahit pakaian untuk anak atau cucu mereka









Anwar Ibrahim

Posted: 29 Sep 2014 07:07 PM PDT

Anwar Ibrahim


[CATATAN] Islam, ekstremisme dan tatakelola yang baik

Posted: 29 Sep 2014 12:19 AM PDT

Program berganti program mengisi masa senggang saya sebermula minggu lepas. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan hadir ke Program Syarahan ‘Memerangi Ekstremisme’ anjuran Diwan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat dengan kerjasama Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia di Unisel Shah Alam. Program ini menampilkan Prof. Dr. Abdullah Sheikh Abd Majeed Al-Zindani, Timbalan Dekan di Al-Eman University sebagai pengucap utama.

Dalam ucapan pengenalan saya menjelaskan betapa wujud prasangka dan tuduhan tersasar yang mengaitkan Islam dan Ekstremisme, pun begitu tidak menyeluruh. Aliran pemikiran di kalangan pemikir Muslim ada yang cenderung merungkai perihal kezaliman dan ekstremisme ini. Justeru dalam usaha dan upaya memerangi keganasan, maka wacana bersabit keadilan dan wassatiyyah (kesederhanaan) harus diutamakan, khususnya dalam adab al-khilaf.

Ini sejajar dengan apa yang dinasihati Sheikh Hasan Al-Hudaibi betapa ‘pendakwah bukan penghukum’. Seyogia perbincangan kitab tersohor Sheikh Taha Jabir Al-Elwani ‘Adab Al-ikhtilaf Fi al-Islam’ wajar dianjur dan dibedah sebaiknya.

Menyingkapi isu ini, seputar isu-isu keliling Pakatan Rakyat mutakhir ini, himbauan krisis di Selangor yang bermula bulan lepas menghampiri penghujung, inshaa-Allah. Diakui, persepsi rakyat ke atas Pakatan Rakyat dan KEADILAN khususnya pasti terusik, namun saya menyakini ini sebahagian daripada jalur-jalur proses pematangan politik. Meski media mengasak dengan pelbagai versi dan episod, perbezaan pandangan kalangan Pakatan Rakyat tetap diselesaikan dengan wacana santun di samping menghormati pandangan semua pihak.

Meskipun KEADILAN tegas dan percaya bahawa penyelesaian akhir harus disandar pada proviso dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang dipegang seawal krisis tercetus sehingga ke hari ini, makanya kita menyakini bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan terus memulakan era baharu disamping diperkukuh dengan penghormatan kita pada Sistem Raja Berperlembagaan yang menaungi kita.

Berkenaan ratusan pelajar yang dilarang dan dihalang dari menduduki peperiksaan kerana gagal membayar yuran peperiksaan juga telah saya rujuk kepada Menteri Besar dan tindakan segera harus diambil. Kerajaan yang mengamalkan tatakelola yang baik harus prihatin terhadap masalah rakyat bawahan. Ini masalah penguasa yang bicara soal bangsa dan negeri dengan 'reserve' berbilion-bilion tapi gagal urus soal pelajaran untuk anak-anak miskin.

Dengan kepimpinan Saudara Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang baharu, Selangor akan terus dipacu menjadi ikon untuk Pakatan Rakyat terus menyakinkan rakyat seterusnya menjejak Putrajaya inshaaAllah.

Seeru ‘ala barakatillah.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Pengikut