bumiyang Posted: 20 Sep 2014 03:18 AM PDT |
Taipingmali (tm) Posted: 20 Sep 2014 01:35 AM PDT #PRKPengkalankubur- Memo dari Kelantan Posted: 19 Sep 2014 04:45 PM PDT Sepanjang seminggu tempohberkempen berlalu di Pengkalan Kubor menyaksikan pasukan kempen BN tidak begitu agresif menyerang PAS. Dalam bahasa mudah pasukan kempen BN berkempen dalam kedaaan yang begitu 'sopan dan lembut'. Sebaliknya pasukan kempen PAS lebih agresif menyerang BN/UMNO. Situasinya menjadi terbalik sedangkan di Kelantan PAS adalah sebuah kerajaan dan BN adalah pembangkang. Sepatutnya pembangkang yang menyerang kerajaan. Bukannya kerajaan yang menyerang pembangkang. Dipendekkan cerita, BN lebih banyak membuang masa menjawab serangan PAS baik dalam isu royalti atau GST. Yang saya tidak faham kenapa begitu susah untuk pemimpin-pemimpin BN menyerang PAS diatas kegagalan-kegagalan mereka menunaikan janji secaranya khususnya di Pengkalan Kubor serta Tumpat dan di Kelantan secara amnya ? Salah satu pembohongan besar PAS yang melekat dalam diri rakyat Pengkalan Kubor ialah pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan 18 tahun lalu. Selain pembohongan itu, PAS juga turut berbohong untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu serta pembohongan PAS untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat. Tanggal 26.Oktober.1996 MB sekarang, YAB Datuk Ahmad Yakub yang ketika itu selaku Exco Perdagangan dan Perindustrian memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan di Pengkalan Kubor untuk dijadikan Bandar Baru Pengkalan Kubor. Dalam sidang DUN berkenaan beliau menyatakan dengan terbinanya bandar baru berkenaan akan wujud 6000 peluang pekerjaan, 4000 buah rumah yang berharga RM 35,000.00 sebuah akan dibina, Pusat dagangan islam, masjid, institut pengajian tinggi dan pasar borong. Bukan setakat mengumumkan projek berkenaan dalam DUN Kelantan, malah pada 22.Disember.1996 kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan pemaju projek berkenaan di sebuah hotel di Kota Bharu, dan mula menjual borang kepada rakyat Pengkalan Kubor untuk membeli rumah-rumah yang bakal dibina. Pada masa itu saya masih belajar di tingkatan 5. Saya masih ingat bagaimana rakyat Pengkalan Kubor dan Tumpat berebut-rebut membeli borang rumah berkenaan dengan harga RM 1. Begitu tingginya harapan rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah rumah di kawasan yang begitu hebat seperti yang dicanangkan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Tahun demi tahun rakyat menunggu projek berkenaan berjalan. Kini 18 tahun telah berlalu, jangan kata rumah , sebatang cerucuk pun belum nampak lagi. Rakyat Pengkalan Kubor ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan Pas Kelantan. Kata orang Kelantan, kena tipu atas darat. Itu baru satu projek. Kerajaan Pas pernah berjanji untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat. Sampai hari ini satu dermaga pun belum nampak lagi. Begitu juga dengan Jambatan Palekbang. Menjelang pilihanraya 1995 Kerajaan Pas umumkan akan membina sebuah jambatan baru yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu. Tahun 1996 mereka membawa Sultan Kelantan turun mencemar duli untuk meletak batu asas projek berkenaan. Tetapi hingga kini batu asas masih tegak terpacak di sana dan sebatang besi pun belum nampak lagi untuk membina jambatan berkenaan. Itu antara pembohongan PAS yang dekat dengan masyarakat Pengkalan Kubor dan Tumpat. Tidak perlu untuk saya huraikan satu persatu pembohongan PAS di Kelantan. Perkara yang saya nyatakan diatas pun sudah cukup untuk BN gunakan bagi menyerang PAS. Sebab semuanya sudah terbukti di depan mata masyarakat Pengkalan Kubor dan dekat dihati mereka. Apabila dekat dengan mereka maka senang untuk meyakinkan mereka bahawa PAS adalah pembohong. Tetapi sayangnya isu ini belum digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menyerang PAS. Bukan niat saya untuk mengajar pemimpin-pemimpin BN, tetapi sekadar mengingati. Jika peluru sudah ada mengapa perlu disimpan. Sebaliknya sibuk menepis peluru yang dilepaskan musuh. Sekian Pengundi Pusat Daerah Mengundi Kg Geting | Proton Compact Car- Pendedahan kedua Posted: 19 Sep 2014 09:16 AM PDT Kuala Lumpur International Motor Show 2010 pengunjung pameran kereta di PWTC Kuala Lumpur di perkenalkan kereta konsep bernama 'Emas' tetapi saiznya agak kecil iaitu dalam segment A ia adalah hasil reka bentuk pada tahun 2010. Pada 2012 ia direka dan diubah suai semula berdasarkan pengkajian terhadap permintaan pasaran domestik. Berasaskan proses generik bermula dengan lakaran komputer keseluruhannya, berhasillah sebuah kereta yang akan memenuhi cita rasa rakyat semua peringkat usia. Dengan menggunakan reka bentuk berkomputer ia dapat menjimatkan kos 20 hingga 60 peratus dan tanpa menghasilkan prototype. Penghasilan proton compact car kali ini adalah berasaskan 4 tonggak utama iaitu, proportion, surfacing, posture dan emotion. Ke empat-empat tonggak atau pillars ini menitik berat kepada banyak faktor. Pertama ia hendak seimbang kedudukan nya, tiada over hanged, tiada cacat dari sudut pandangan dari segenap sudut luaran dan dalaman, kukuh dan mantap di atas jalan dan sewaktu memecut, memotong, membelok, mendaki bukit dan lereng, jalan licin dan tidak rata serta berhenti tepat bila brek di henyak. Ia juga mengembalikan kemasan krom yang kini menjadi kemestian pada kereta mewah dan mahal. Untuk itu pcc banyak menggunakan teknologi dari Bosch Germany selain Lotus. PCC lebih memberi keutamaan kepada keselamatan pemandu dan penumpang tetapi ia juga berkonsep aggressive, stylish dan sporty. Esok cerita tentang EEV, ABS, ESC, TC, BA, HHA, EBD dan lain-lain. | |
Aspirasi Bangsa Posted: 20 Sep 2014 01:16 AM PDT |
The Unspinners Posted: 19 Sep 2014 11:19 PM PDT Wan Radzi calun remote-control, mesti tak bersuara di DUN? Posted: 19 Sep 2014 07:00 PM PDT
Sebagaimana Wan Azizah dikawal oleh Abang Non di Selangor, begitulah juga yang berlaku di Pengkalan Kubor ini. Nama sahaja calon dari PAS, tetapi segala tingkah lakunya dikawal oleh DAP-PKR. Atau lebih tepat lagi Anwarinas (PASMA) dalam PAS.
Sudahlah begitu, puak-puak ini menggunakan pula pengaruh bos-bos mereka di luar untuk menekan pemimpin sendiri! Anda semua boleh nilaikan sendiri bagaimana kafir laknat dalam DAP menghina para ulama PAS dengan meraikan pula tindakan-tindakan biadap konco-konco mereka dari dalam. Adakah ahli PAS masih tergamak mahu memburukkan lagi pengkhianatan ini dengan memberikan pula undi kemenangan kepada boneka mereka?!!
| Buat padang bola riuh sekampung! Janji banyak-banyak bila nak tunai? Posted: 19 Sep 2014 08:30 AM PDT Alahai ... baru padang bola. Yang ain-lain berikut ni bila pula Penyelia nak tunaikan??? | Jambutan baru Telok Jering? 5 kali Kg Ular mohon tak lulus! Hok Palekbang hanya batu asas!!! Posted: 19 Sep 2014 05:31 AM PDT Pengkalan Kubor Kito meyiarkan jambatan baru untuk Telok Jering. Apa hal pula dengan bantu asas yang diletakkan untuk lancar jambatan Pengkalan Baru berikut: Macam mana hal dengan jambatan Kg Ular yang sudah 5 kali penduduk memohon masih tidak dapat? Jambatan ini untuk kegunaan dan kemudahan penduduk bagi tiga Kg Serkom, Kg Kebun dan Kg Pulau Ular. Apa wakil kerajaan negeri selaku Penyelia DUN untuk ahli Parlimen Tumpat buat? JAMBATAN TAK MULA LAGI DAN JAMBATAN KECIL TAK BOLH BAIKI TAPI SUDAH NAK LANCAR JAMBATAN LAIN PULA??? | Hujah NASARUDDIN DAUD tuntut pendaratan gas serupo ORANG GILA Posted: 19 Sep 2014 12:30 AM PDT Ini apa punya fitnah yang dilakukan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan dan exco kerajaan negeri Kelantan, Dato Nasaruddin Daud buat. Malah keterlaluannya begitu melampau hingga semalam ada laporan polis dibuat terhadap kenyataan Nasaruddin di atas pentas ceramah PAS di Kg. Simpangan Nasaruddin mengatakan kerajaan pusat (persekutuan) memberi royalti minyak dan gas kepada kerajaan thailand dengan pendaratan minyak dan gas di shongkla thailand sebagai dana membunuh pejuang pemisah islam di Selatan Thai. Ini melampau dan satu tuduhan jahat yang menuduh kerajaan malaysia menaja keganasan di selatan Thai. Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan, pengadu Ahmad Hazwani menyatakan kenyataan Nasaruddin boleh menjejaskan hubungan di antara rakyat malaysia dengan penduduk di selatan thailand.Dia menggesa pihak berkuasa memastikan Nasaruddin dikenakan tindakan yang tegas. Isunya bukan setakat dekat aatau jauh ke Kota Baru. Tetapi untuk mendarat ke Kelantan, ia memerlukan fasiliti untuk menerima dan stor gas tersebut. Kelengkapan sudah ada di Kertih dan Songkla. Buat apa Petronas perlu membelanja ratusan ringgit atau billion untuk membina fasiliti baru di Kota Baru. Fasiliti dah ada di kertih.Mendarat di Kelantan akan menampahkan kos pengangkutan untuk dibawa ke fasiliti di kertih melalui pendaratan di Kota Baru lebih mahal. Selain perlu bina fasiliti transit di Kota baru, muatan perlu di punggah di Kota Baru dan dibawa melalui jalan darat atau bina paip dari KB ke Kertih! Ada pula risiko handling. Lebih mudah dan murah diangkut terus ke Kertih.Tambah lagi, kalau pusat nak juga punggah ke Kota Baru, tak boleh juga. Perlu diakui, ia SALAH KERAJAAN PAS! SELALU TOLAK PEMBANGUNAN!!!Sebarang usaha untuk membawa pembangunan dari kerajaan pusat sering tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri. Selalu tanah disekat dan kerajaan negeri perasan boleh buat sendiri. Akhirnya Pusat juga kena bina. Kerajaan negeri lebih rela rakyat miskin dan negeri tak maju demi kekalkan kuasa. Pembangunan hanya membuka mata rakyat untuk menolak PAS. Tanpa kerjasama, susah untuk Petronas bina di Kelantan. | |
Panglima Perang Cyber Posted: 19 Sep 2014 11:17 PM PDT Tahaluf Siyasi pakatan makin rapuh, tunggu masa pecah - @Zahid_Hamidi | Berita Harian @BHarianmy Posted: 19 Sep 2014 08:41 AM PDT
JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2014 - 3:21PM
TUMPAT : Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang menjadi teras penyatuan parti dalam Pakatan Rakyat kini semakin rapuh dan hanya menanti masa untuk berpecah. Sebagai bukti, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din meminta supaya kerjasama politik dalam pakatan itu dikaji semula, menunjukkan tokoh agama itu kini tidak lagi berkeyakinan dengan kerjasama itu. Malah katanya, keretakan itu sendiri boleh dilihat dengan jelas pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 13 September lalu, yang menyaksikan tiada langsung kehadiran pemimpin utama PKR dan DAP. "Tidak ada pemimpin DAP yang datang. (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim tiada, (Presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) pun tidak ada. Ini maknanya keretakan itu sudah berlaku dalam pakatan pembangkang, dan hanya menunggu masa untuk berpecah. "Tahaluf Siyasi itu sudah longgar. Kelonggaran ini mungkin disebabkan oleh tembelang (mereka) sudah terbuka," katanya ketika menyampaikan ceramah umum Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor di sini, malam tadi. Kelmarin, dalam ucapannya ketika Muktamar Dewan Ulama PAS di Kulai Jaya, Johor, Haron menyeru supaya Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu. Punca keretakan itu antara lainnya disebabkan krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang sehingga kini masih belum nampak ia akan berpenghujung dan selesai. Malah, kemelut itu digambarkan ramai pihak mungkin akan berlarutan selepas ini sejurus Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan melantik Menteri Besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Selasa depan yang berkemungkinan besar bukan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi pilihan Istana. MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Program Ramah Mesra Bersama Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Pengkalan Kubor di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (2) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA Sent from my iPhone
| |
Belantan Posted: 19 Sep 2014 11:08 PM PDT Cina Selangor tuntut khinzir untuk perayaan mereka dari kerajaan Pakatan Rakyat? Posted: 19 Sep 2014 07:53 PM PDT Akhbar China Press bertarikh 12 September 2014 mengulas tentang dasar pemerintahan kerajaan negeri Selangor yang dilihat berat sebelah. Artikel bertajuk ' Di hari raya kaum Cina kenapa tidak beri hadiah secara adil' yang ditulis oleh Lai Shao Kuang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C19. Hari Raya Haji adalah hari raya korban dan penyembelihan binatang ternakan. Orang Islam akan membahagi-bahagikan daging lembu dan kambing kepada orang fakir dan miskin. Perkara sama dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mengumumkan tujuh syarikat kerajaan negeri Selangor akan menyumbang sebanyak RM2.6 juta untuk membeli 763 lembu untuk tujuan korban bagi diagihkan kepada orang Islam. Cuma yang menjadi persoalan kita kenapa perkara sama tidak dilakukan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina dengan menghadiahkan 500 khinzir untuk upacara sembahyang? Jika dianggap menghadiahkan khinzir itu terlalu sensitif, kerajaan negeri boleh menghadiahkan 5,000 ayam dan itik untuk kaum Cina miskin bagi menunjukkan kerajaan pembangkang prihatin dan telah membuat pembaharuan dalam pentadbiran berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu. Lebih 90 peratus orang Cina di Selangor telah mengundi pihak pembangkang, tetapi tidak kelihatan pun kerajaan negeri menderma jutaan ringgit atau bunga dan kuih kepada kuil Buddha sempena Tahun Baru Cina. Semasa susah sama-sama pikul, tetapi masa senang tidak nampak sama-sama menikmatinya. Jangan kata seekor khinzir, sebiji limau Mandarin pun tidak pernah dihadiahkan ke kuil-kuil. Suara Politik Belantan | Anwarinas semakin berkuasa? Posted: 19 Sep 2014 08:50 AM PDT Kemelut dalaman Pas yang menyaksikan barisan kepemimpinan utamanya bertelagah secara terbuka rentetan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah sesuatu yang malang bagi parti itu. Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, walaupun Pas telah mengharungi pelbagai ujian sejak penubuhannya pada 1951, masalah yang berlaku sekarang lebih parah kerana berpunca daripada penyusupan sekumpulan pemimpin pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim. Katanya, beliau tidak perlu menamakan siapa pemimpin berkenaan kerana identiti mereka bukanlah satu rahsia bagi mana-mana rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik pembangkang. "Kiblat politik pemimpin ini dipamerkan secara terbuka apabila berlakunya kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sehingga sanggup menyanggah pendirian Presiden parti mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui media dan ceramah. "Inilah bukti Anwarinas semakin berkuasa dalam Pas hasil penyusupan berbelas tahun lalu sehingga berjaya menduduki jawatan strategik," katanya di sini hari ini. Sejak kemelut jawatan Menteri Besar Selangor tercetus, terdapat pemimpin kanan Pas membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian Abdul Hadi walaupun Presiden Pas itu sebenarnya telah bertindak mengikut kelulusan Majlis Syura Ulama yang menjadi pembimbing hala tuju politik parti berkenaan. Abdul Hadi yang secara terbuka menegaskan isteri Anwar, Datin Seri Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemudiannya dikecam secara terbuka oleh sekutu pembangkang, PKR dan DAP. Dalam pada itu, Nallakaruppan menyatakan simpati kepada Abdul Hadi yang diserang bertubi-tubi kerana mempertahankan pendiriannya yang tidak mahu memenuhi cita-cita politik Anwar. Katanya, masalah di Selangor juga bukan disebabkan oleh parti Islam itu tetapi dicipta oleh PKR namun kesan negatifnya ditanggung oleh Pas, iaitu parti terawal yang mendukung Anwar selepas dia dipecat daripada jawatan dalam kerajaan Pusat pada 1998. "Dalam banyak ceramah, saya selalu cakap Pas akan terima akibat jika berkawan dengan Anwar dan sekarang hal itu berlaku. Apa nilai setiakawan bagi Anwar, dahulu saya jadi mangsa, sekarang Khalid dan Pas yang mengalaminya," katanya. Nallakaruppan berkata, kemelut jawatan Menteri Besar Selangor juga adalah kemuncak sikap besar kepala PKR terhadap Pas yang selama ini bersabar dan lebih banyak berkorban berbanding DAP. Malah katanya, selama ini pun PKR menumpang kekuatan Pas khasnya di peringkat akar umbi dan tidak keterlaluan jika dikatakan separuh daripada kekuatan PKR sebenarnya disumbangkan oleh jentera parti Islam itu. Sementara itu, beliau berharap ahli Pas menilai kenyataannya berkaitan perkembangan semasa parti itu secara berlapang dada kerana masalah lebih besar akan berlaku jika Abdul Hadi tidak disokong secara mutlak oleh akar umbi. Suara Politik Belantan | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 19 Sep 2014 11:03 PM PDT #PRKPengkalanKubor : Kempen Pemuda BN Berterusan. Pemuda PAS Terus Bertelagah Posted: 19 Sep 2014 08:23 PM PDT Usaha-usaha Pemuda BN untuk mendekati pengundi di Pengkalan Kubor berterusan. Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Kelantan masih lagi mempertikaikan usaha-usaha dalaman untuk jatuhkan Presiden PAS. Sumber : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=17866Siapakah yang berjaya meraih sokongan pengundi DUN Pengkalan Kubor? Puak yang bertelagah atau puak yang dalam diam membantu rakyat? | JKUASA PAS PUSAT DIKESAN DALANG USAHA JATUHKAN HAJI HADI, PETANDANYA HUSAM MUSA Posted: 19 Sep 2014 05:41 PM PDT Muktamar PAS ke-60 hari ini diberitahu bahawa wujud satu gerakan untuk menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada memegang jawatan presiden parti itu. Lebih mengejutkan apabila gerakan berkenaan dikatakan turut didalangi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Perwakilan Kelantan, Ahmad Fadhil Shaari ketika mendedahkan maklumat itu berkata, dakwaannya itu disokong dengan bukti ramakan video mengenai perhimpunan gerakan berkenaan di Kota Baru baru-baru ini. "Wujud anasir untuk turunkan presiden, ada satu perhimpunan di Kota Baru pada 31 Ogos lalu. "Malah ada AJK PAS Pusat yang hadir. Saya ada rakaman. Kalau Pengerusi izinkan, saya boleh pasang…tapi panjang sangat. Perhimpunan itu menyebut tentang usaha untuk menjatuhkan presiden," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Jumaat, lapor Mstar. Difahamkan rakaman video itu merujuk kepada ucapan pemimpin berkenaan semasa perhimpunan 100 anggota PasMa (Pesatuan Ummah Sejahtera Malaysia) di Kota Bharu pada 31 Ogos lalu. PAS dilihat berhadapan masalah dalaman apabila wujud pertikaian mengenai kuasa eksekutif Abdul Hadi sebagai Presiden dalam menyatakan pendirian dan keputusan membabitkan kepentingan parti. Isu berkenaan timbul apabila Abdul Hadi menyatakan pendirian bertentangan dengan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP berhubung pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor. Selain itu, Ahmad Fadhil turut menegur Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Abdul Hadi. Katanya tindakan itu jelas melanggari adab dan tatatertib sebagai ahli PAS. "Kita sedih dengan apa yang berlaku iaitu apabila presiden buat kenyataan mengenai menteri besar (Selangor) dengan berpegang kepada keputusan Majlis Presiden bahawa 'Langkah Kajang' bukan bertujuan menukar menteri besar dan berpegang dengan keputusan asal…tapi timbalan kata ini keputusan peribadi presiden. "Timbalan sepatutnya membantu dan memperkukuhkan presiden. Kalau ada beza pandangan, bincang dalam mesyuarat bukannya guna media," katanya. Malaysiakini melaporkan perwakilan Pemuda, Mohd Sani Hamzan mengkritik orang kanan Presiden PAS yang didakwa gagal mengatur Abdul Hadi supaya hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat untuk membuat "keputusan penting" demi memperkukuhkan gabungan parti pembangkang itu. "Mutakhir ini ketidakhadiran presiden kita dalam dua atau tiga kali mesyuarat Pakatan. Yang jaga diari presiden kena jaga betul-betul. Tengok betul-betul. "Kalau ditulis mesyuarat Pakatan, jangan (ada pertindihan) dengan program lain. "Kalau sudah mesyuarat Pakatan itu penting, kita mahu pimpinan kita, Tuan Guru Presiden (kanan) untuk sama-sama buat keputusan penting dalam mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya.
| #PRKPengkalanKubor : DAP-PKR guna remote control berkempen di #PengkalanKubor ! @NajibRazak @KhairyKJ @TunFaisal Posted: 19 Sep 2014 07:30 AM PDT
Sebagaimana Wan Azizah dikawal oleh Abang Non di Selangor, begitulah juga yang berlaku di Pengkalan Kubor ini. Nama sahaja calon dari PAS, tetapi segala tingkah lakunya dikawal oleh DAP-PKR. Atau lebih tepat lagi Anwarinas (PASMA) dalam PAS.
Sudahlah begitu, puak-puak ini menggunakan pula pengaruh bos-bos mereka di luar untuk menekan pemimpin sendiri!
Anda semua boleh nilaikan sendiri bagaimana kafir laknat dalam DAP menghina para ulama PAS dengan meraikan pula tindakan-tindakan biadap konco-konco mereka dari dalam. Adakah ahli PAS masih tergamak mahu memburukkan lagi pengkhianatan ini dengan memberikan pula undi kemenangan kepada boneka mereka?!!
Renung-renungkanlah. Malah punya hebat pengkhianatan kepada PAS ini sehinggakan kempen pun kini dijalankan secara berasingan oleh pancacai PKR! Peranan ulama' kini benar-benar dipinggirkan!!!
Sebenarnya PAS masih ada masa lagi. Gunakanlah peluang dalam PRK ini untuk membersihkan parasit-parasit perosak ini secara total daripada parti demi Islam. Jom boikot calon boneka daripada PKR-DAP tanggal 25 September ini! | BUDAYA MEM BOOOOOOO MELANDA PAS, DULU MENGATA ORANG SEKARANG MENGATA DIRI SENDIRI Posted: 19 Sep 2014 06:48 AM PDT Hujjah Sdra Mohd Sany Hamzan adalah baik. Namun terdapat sekumpulan pemerhati yang didatang khas oleh pihak tertentu untuk membuat kucar-kacir di Muktamar PAS Ke 60. Mereka ini bersorak dan memboo kepada perwakilan yang berucap sepertimana yang dilakukan ke atas Mohd Sany Hamzan, wakil Pemuda seperti laporan di atas.
Kita tertanya-tanya sejak bila boo-memboo ini wujud di dalam PAS? Ia bukan akhlam Islam tetapi ternyata sangat dilakukan oleh kumpulan yang mereka dakwa sebagai pro-Ulamak.
Akhlak hodoh dan buruk yang dipaparkan itu adalah satu lagi contoh tipikal golongan yang mengaku menyokong ulamak seperti yang telah GB ulas di SINI. Petikan: Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas.
Semasa muktamar tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".
Meletakkan namanya sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka berkelakuan demikian?
..... Malah jika kita kita melihat dan meneliti tulisan-tulisan dan komentar-komentar golongan pro-ulama ini di dalam media sosial, mereka menggunakan kata nista dan memaki serta mencaci golongan yang bertentangan dengan mereka. Mereka memberikan gelaran-gelaran buruk kepada lawan mereka seperti "Anwarinas" (gelaran yang dipopularkan oleh Zulkifli Nordin yang telah dipecat dari PAS, ditujukan kepada golongan progresif di dalam PAS) dan pelbagai gelaran buruk yang lain.
Ironinya mereka ini mengaku mereka pendokong pro-ulama dan kumpulan yang menyokong "Presiden & MSU" tanpa memperdulikan akhlak buruk dan perbuatan dosa mereka melakukan demikian. Siapa yang ada di belakang kumpulan ini? Cuba kita semak catatan ini:
Ternyata benar apa yang disebutkan oleh seorang perwakilan semalam:
"Kita (mahu) ganti Umno dari segi kepimpinan tetapi kita pada hari ini kita ambil perangai Umno," katanya. Justeru beliau meminta para perwakilan muktamar agar berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat. | #PRKPengkalanKubor : Hutang PAS kepada rakyat Pengkalan Kubor dan Kelantan didedahkan! @NajibRazak @KhairyKJ @TunFaisal Posted: 19 Sep 2014 05:30 AM PDT
24 PEMBOHONGAN PAS Kerajaan Negeri KELANTAN.
Isu tuntutan ROYALTI PETROLEUM oleh kerajaan PAS KELANTAN sebenarnya untuk menanam PERASAAN BENCI rakyat Kelantan kepada Kerajaan pusat. Tujuan sebenar adalah untuk menutup janji-janji palsu dan pembohongan mereka serta kes PENGGADAIAN beratus ribu ekar tanah dimana 1.7 juta ekar sudah digondol untuk pengambilan balak. Berikut adalah antara PEMBOHONGAN mereka semenjak 24 tahun yang lalu:
(a)Laksana Hudud (walau sudah diluluskan masih tak dilaksanakan) (1990-2013)
(b)Jawatankuasa Hisbah-Isytihar Harta Wakil Rakyat (1990-2013)
(c)Pemberian RM100 Kepada Setiap Warga Emas (1990-2013)
(d)Sediakan Tapak Rumah untuk Rakyat Miskin dan Pesara Tentera (1990-2013)
(e)Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor(1990-2013)
(f)Sediakan Peluang Pekerjaan Kepada Anak Muda (1990-2013)
(g)Projek Petrokimia Pantai Senok (1990-2013)
(h)Pemberian lesen kepada pembalak-pembalak dan pengisytiharan kawasan pembalakan (1990-2013)
(i)Menyelesaikan Hal Tanah Mengikut Prinsip dan Keadilan Islam (1990-2013)
(j)Projek Jambatan Kedua KB-Kg.Cina Di Palekbang (1996-2013)
(k)Projek Pelabuhan Sri Tujoh, Tumpat(1997-2013)
(l)Projek Afta City Di Rantau Panjang (2003-2013)
(m)Membina Terminal Bas Baru Di Tunjong (2004-2013)
(n)Stadium Berkolam Renang Tertutup Beliawanis (2004-2013)
(o)Pusat Peranginan Tasik Bukit Kwong Rantau Panjang (2006-2013)
(p)Projek Pelancongan Danau Tok Uban(2006-2013)
(q)Terminal Bas Bersepadu kubang Kerian (2007-2013)
(l)Projek Kambing Jamnapari Atas Nama Jihad Ternak (2007-2013)
(m)Projek Koridor Depu gua Musang (2007-2013)
(n)Projek Agro Tourism Pergau, Jeli (2008-2013)
(o)Rumah Mampu Milik Kepada Rakyat Miskin Di Kelantan (2008-2013)
(p)Bandar Baru Dabong (2008-2013)
(q)Stadium Bukit Merbau (2012-2013)
(r)Lebuhraya KotaBharu-Kuala Krai (Gotong Royong) (2012-2013)
Kalau ikut umur manusia, 24 tahun itu sepatutnya satu tempoh umur yang dikatakan sudah layak untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi 24 tahun menipu dan ditipu?!! Cukup-cukuplah. Kami yakin rakyat Pengkalan Kubor adalah pengundi yang bijak. SATU UNDI pun PAS tidak layak terima untuk PRK kali ini.
Hayati maksud Firman Allah SWT ini: Antara orang-orang yang benar dan bertakwa di sisi Allah ialah mereka yang menunaikan janji (Surah al-Baqarah : 177)
| #PRKPengkalanKubor: Apa sudah jadi dengan PROJEK BANDAR BARU PENGKALAN KUBOR?!! @NajibRazak @KhairyKJ @Tunfaisal Posted: 19 Sep 2014 02:00 AM PDT
Fuh! Kalau tengok ilustrasi projek pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan oleh PAS ini, Burj Khalifa di UAE pun kalah. Malang sekali buat rakyat Pengkalan Kubor dan Kelantan, janji yang PAS tabur ini telah dicapatikan semenjak 1993 lagi. Jom kita tengok kebenaran PAHIT mengenai Pengkalan Kubor yang disediakan oleh blogger Yuseri Yusoff di bawah ini:
10 Fakta Penting :
1. Sekitar 1993 kerajaan negeri Kelantan bawah Nik Aziz Nik Mat (ketika itu MB Kelantan) telah menjanjikan satu projek mega bernilai RM2.3 billion yang bakal dilaksanakan atas keluasan 7,200 hektar tanah.
2. Pada 22 Disember 1996 satu majlis menandatangi MOU antara kerajaan negeri dengan MSJ Partners Sdn Bhd sebuah syarikat dari Pulau Pinang berlangsung di sebuah hotel sekitar Kota Bharu disaksikan sendiri oleh Nik Aziz Nik Mat.
3. Nik Aziz juga diberikan taklimat mengenai projek yang menempatkan Pusat Dagangan Islam Antarabangsa, 4,000 unit zon kediaman, kawasan perindustrian, pasar borong, masjid serta institusi pengajian tinggi.
4. Tapak bagi melaksanakan projek tersebut di antara sempadan Kelantan - Thailand iaitu berhampiran dengan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
5. Hampir 5,000 penduduk terlibat menganggarkan jika kerajaan negeri mengambil tanah untuk membangunkan projek yang sepatutnya dilaksanakan tahun 1997 mereka bakal menerima pampasan berjumlah RM50k - RM150k bagi setiap hektar tanah.
6. Sebelum projek dilaksanakan PAS mengedarkan borang tawaran dengan harga RM1.00 kepada penduduk setempat yang berminat untuk membeli rumah teres di Bandar Baru Pengkalan Kubor.
7. Sebahagian besar penduduk sekitar Tumpat & Pengkalan Kubor telah membeli borang tawaran berkenaan untuk mendapatkan rumah yang berharga RM35,000 bagi setiap unit.
8. Tetapi pada 2002, Abdul Halim Abdul Rahman (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) menyatakan struktur untuk membina projek berkenaan dibatalkan atas alasan pemaju MSJ Partners Sdn Bhd gagal menyediakan RM2.3 billion.
9. MSJ Partners Sdn Bhd juga dikatakan tidak berupaya membangunkan projek berkenaan walaupun kerajaan negeri perkecilkan keluasan 7,200 hektar kepada 174 hektar dengan kos pembinaan RM200 juta.
10. Namun pemaju iaitu MSJ Partners Sdn Bhd telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa sejak tahun 1997 mereka telah membelanjakan lebih RM12 juta sebelum menarik diri - kenapa pemaju tarik diri walaupun telah belanjakan RM12 juta?
Nantikan sambungan kebenaran pahit ini selepas ini. Insya Allah, kami juga akan dapatkan maklumbalas dari penduduk kampung sekitar kawasan projek yang rumah teres mereka telah diCAPATIkan PAS. Ingatkan PAS ini juara Batu Asas sahaja, rupa-rupanya PELAWOK SOHOR dalam semua perkara! | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 19 Sep 2014 09:44 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 19 Sep 2014 09:32 PM PDT |
tok gajah Posted: 19 Sep 2014 09:12 PM PDT ...kunun cerite nye, skim 'cepat kaye' ni dah kantoi.......... Posted: 19 Sep 2014 07:35 PM PDT Ni cume secebit cerite yang berkaitan dengan e-share yang atuk terjumpe dalam FB. Tujuan atuk upload kan semule cerite bukan nye ade ape2 tujuan untuk mengkeji hine barang sesiape pun, cume atuk ingatkan kepade yang berminat tapi kekurangan duit. Bagi yang banyak duit tu tak payah le atuk beri ingatan, suke hati kome le,...... Yang menyedihkan atuk, kunun cerite nye skim e-share ni dah 'kantoi' laman web nye dah di 'matikan'. Sekarang ni para pelabor nye sedang menanggung kegelisahan dan gundah gulana me nunggu2 bile kan skim ni akan hidup semule. Atuk haraf dan berdoa agar semuenye selamat dan berjalan lancar semule, bersabarlah pare pelabor sekelian....... dah sanggup menebang, make sanggup pule lah memikul nye...... Perlaburan Rm300 mungkin tak membawa erti pada kamu. Tapi besar nilainya pada depa yg memerlukan, yg mengharap pulangan. So fuck u scammer agents. Pi ambik pisau dapur, tikam diri lu sendiri. (Tak kesian ke dengan makcik-makcik kampung yg korang kelepet nih?) | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 19 Sep 2014 03:10 PM PDT Ibu terkejut anak bersalin dalam tandas Posted: 19 Sep 2014 07:31 AM PDT BERA - Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi tadi. Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi. Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi. Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh. Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembilan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung. - Bernama | Aksi intim Dato Siti dan suami undang resah gelisah peminat Posted: 19 Sep 2014 07:01 AM PDT Nampaknya jalinan cinta antara penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato' K memang tetap utuh seperti di awal perkahwinan mereka. Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke 8 pada bulan Ogos yang lalu, sekeping foto Dato' K bermanja dengan Dato' Siti jadi tumpuan peminat. Sila jangan jealous ya dengan keintiman pasangan favourite ramai ni. Mana taknya, Dato' K siap baring berbantalkan peha Dato' Siti lagi tau! Sweet!
Amboi! Bila tengok foto mereka berdua ni rasa macam lebih teruja pula nak kahwin cepat-cepat. Seronok bila ada tempat nak bermanja macam ni kan. Bagaimanapun, ada juga yang tak berapa berkenan dengan foto yang dimuat naik oleh Dato' Siti tu. Katanya macam nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan pula. Ha.. dek kerana komen tersebut, peminat Dato' Siti pun apa lagi, teruslah berdebat mempertahankan idola mereka. Yelah, takkan nak share foto dengan suami pun salah kan? Bukannya censored part pun! Tak dapat dinafikan, semua orang ada pendapat masing-masing kan. Apapun kan lebih bagus jika kita doakan kebahagiaan pasangan ini daripada asyik mahu mencari salah mereka. Betul tak? Oh Bulan! | (Video) Kecoh: Baca doa kutuk Mat Sabu, dua ADUN Posted: 19 Sep 2014 01:31 AM PDT Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor. Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan. Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari. | Wanita 'dikenduri' tujuh lelaki dalam sebuah flet Posted: 19 Sep 2014 12:01 AM PDT SEREMBAN: Tujuh sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah flet di Garden Avenue, Seremban 2 di sini, minggu lalu. Mengikut pertuduhan, mereka melakukan perbuatan itu pada 11 hingga 15 September dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Semua mereka yang berusia antara 18 hingga 24 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh. Jagjit membenarkan semua tertuduh diikat jamin antara RM3,000 hingga RM6,000 dan kes disebut semula 20 Oktober depan. | Tujuh tahun mangsa serakah bapa tiri Posted: 18 Sep 2014 09:01 PM PDT TEMERLOH – Seorang penjawat awam di reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rogol anak tiri sejak tujuh tahun lalu. Penjawat awam berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di rumahnya di Kampung Batu 4 ½ jalan Maran kira-kira jam 1 pagi semalam. Lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh semalam untuk perintah reman kira-kira jam 10 pagi dan perintah untuk tahanan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Norita Mohd Noh. Berdasarkan laporan polis dibuat mangsa, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sejak berumur lima tahun iaitu sekitar 2007. Mangsa diberi amaran oleh suspek untuk tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa namun perkara tersebut diketahui juga oleh ibunya. Mangsa kemudian membuat laporan polis petang kelmarin hingga menyebabkan tangkapan dibuat ke atas suspek untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. | Bahana nafsu buas 'Pak Imam' Posted: 18 Sep 2014 08:01 PM PDT KUALA TERENGGANU - Bahana cinta 'pak imam', seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu. Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah 'kekasihnya' itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi. "Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan. "Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan suasana persekitaran di situ gelap," katanya ketika ditemui pemberita, semalam. Wan Abd Aziz berkata, mangsa mendakwa suspek sebelum ini banyak kali mengulangi perbuatan tersebut terhadapnya, bagaimanapun mangsa nekad membuat laporan polis disebabkan tidak tahan melayan kerenah suspek yang sering berlaku curang terhadapnya. Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada awal tahun lalu, namun bertindak menarik semula laporan tersebut kerana terpedaya dengan janji manis suspek yang ingin berubah. "Mangsa mendakwa suspek sebelum ini pernah berjanji dengannya yang dia akan menjaga mangsa dengan sebaik mungkin dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. "Namun, suspek memungkiri janji tersebut, malah lebih menyebabkan mangsa marah selepas mendapati suspek ada menjalinkan hubungan dengan individu lain," katanya. Menurut Wan Abd Aziz, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Katanya, usaha mencari suspek kini giat dijalankan. -SINAR HARIAN | Perlakuan sumbang Tasha Shila dan kekasih dalam tandas di set penggambaran? Posted: 18 Sep 2014 07:01 PM PDT Kuala Lumpur: "Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!" tegas pelakon dan pengacara Tasha Shilla yang terkejut dengan dakwaan terbaru mengatakan dia melakukan 'perbuatan sumbang' dengan teman lelakinya Han di set penggambaran, baru-baru ini. Tasha atau Natashasheilla Abdul Razak, 27, berkata, tuduhan kononnya dia 'memadu asmara' dengan kekasihnya di dalam bilik air di sebuah lokasi drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang menjalani penggambaran adalah fitnah mengaibkan. "Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini. "Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan. TASHA bersama kekasihnya, Han. "Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?" katanya, petang semalam. Sumber yang juga kru produksi drama bersiri 32 episod itu mendakwa berasa jelak dengan sikap Tasha yang tidak sensitif dan segan kerana berkelakuan sumbang dengan kekasihnya di lokasi, baru-baru ini. | Wanita suspek kes curi dakwa dirogol polis dalam balai di PJ Posted: 18 Sep 2014 05:32 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin. Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek. Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap. Sumber memberitahu, sebaik tiba di bilik suspek, mangsa diarahkan baring di sofa di pejabat suspek sebelum mangsa dikatakan dirogol ketika tidur. "Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur," katanya. Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian. Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Sumber | |
Apa Yang Tersirat Posted: 19 Sep 2014 01:36 PM PDT Perlu Kah Pertukaran Kepimpinan Sabah? Posted: 19 Sep 2014 06:23 AM PDT KALAU dalam syarikat; perubahan peneraju, jika syarikat itu tidak mampu bersaing lagi, kehilangan memontum untuk maju, pengurusan yang ada tidak mampu mendatangkan keuntungan lagi kepada syarikat.
Bagi sebuah organisasi pula, jika pimpinan yang ada sudah tiada kemampuan lagi baik daripada segi mental mahupun fizikal; sehingga tiada lagi idea-idea baru yang mampu ditonjolkan, sehingga organisasi itu kelihatan tiada uummhh lagi.
Demikian juga dalam parti politik, jika pemimpin sesebuah parti politik itu tiada sokongan lagi, dalam hal ini sokongan rakyat, maka mahu tidak mahu seseorang itu perlu berhenti agar supaya pemimpin lain boleh mengambil alih, tujuannnya hanya agar parti itu kekal relevan, masih disokong dan seterusnya boleh membela penyokong dan ahli-ahlinya.
Dalam kes Sabah, Datuk Musa Aman hanya dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003; dalam perjalanannya sebagai Ketua Menteri, telah melalui tiga orang Perdana Menteri, bermula darpada Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian Dato Seri Najib Razak. Perlantikan Musa, tidak selama jika dibandingkan dengan mantan Ketua Menteri Sarawak, Dato Abdul Ghani Othman (Johor); Datuk Adenan Yacob (Pahang).
Juga dalam perjalanannya sebagai Ketua Menteri, beliau melalui tiga pilihanraya umum, pertama tahun 2004, kemudian tahun 2008 dan terakhir tahun 2013.
Memang daripada segi prestasi, pada tahun 2013, memang berlaku penurunan, kerana untuk pertama kali 12 ADUN dimenangi pembangkang, manakala kerusi parlimen relatif sama, walaupun bertambah satu iaitu Parlimen Penampang.
Keadaan tahun 2013, tidak boleh dikatakan penurunan prestasi Musa, kerana keadaan berlaku juga di Sarawak, samada melalui PRN negeri bumi kenyalang itu pada tahun 2011 atau pilihanraya parlimen. Pada PRU-13, rata-rata kawasan yang mempunyai pungundi yang marjinal seperti di selangor, Johor, Pulau Pinang, malah di Pahang berlaku penurunan jumlah kerusi Bn; malah di Terengganu walaupun pengundi majoriti hanya satu kaum, BN hampir tumpas.
Di Sabah, walaupun kehilangan 12 kerusi, 11 kerusi itu adalah kawasan cina dan KDM terkecuali DUN Klias yang dimenangi Datuk Lajim Ukin, pemimpin utama Bisaya, dan kawasan itu merupakan majoriti bisaya; itupun kemenangan Lajim hanya 140 uni.
Walaupun Sabah kehilangan 12 kerusi DUN, namun kerajaan Negeri masih memerintah dengan kuasa 2/3 di DUN Sabah.
Tindakan G8 Ketua-ketua Bahagian Umno (dua orang sudah mengaku diperalat/diperangkap), di mana Ketua Bahagian Sepanggar merangkap ahli parlimen Sepangar- Jumat Idris, mengaku sebagai jurucakap kepada kumpulan itu untuk membincangkan pertukaran kepimpinan negeri kepada Perdana Menteri, seharusnya tidak berlaku, pendapat demikian diluahkan sendiri oleh Speaker Dewan undangan Negeri Sabah- Datuk Seri Salleh Tun Said, kerana menurut beliau kuasa melantik Ketua Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri.
Membincangkan sesuatu dibawah bidang Perdana Menteri, boleh dikatakan semacam lawan tauke; atas sebab itu, PM tidak melayan permintaan itu; malah perjumpaan yang seharusnya membicangkan soal-soal progran sosio-ekonomi bagi kawasan-kawasan yang diwakili G-8 itu akhirnya tidak dilayan; atas sebab apa? dibenak PM, awak-awak semua tidak mengikut saluran!!!. "Dalam benak PM, Pengerusi Perhubungan Umno dan Ketua Menteri saya yang lantik, mengapa awak-awak mendahului saya"
Nampaknya G-8 ini tidak menerima konsep Satu Ketua sepertimana yang dicanangkan oleh Datuk Salleh pada Mesyuarat Umno Bahagaian Kota Belud baru-baru ini; nampaknya mereka merasa boleh juga menjadi ketua; dengan cara memberi dakawaan yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sabah.
Nampaknya, Datuk jumat Idris, ternampak tidak ikhlas dalam ucapannya pada Mesyuarat Umno Sepanggar baru-baru ini, atas sebab apa? hari ini di wall facebook beliau, beliau masih lagi menulis dan merujuk dengan perjumpaan dengan PM pada 10 julai lalu.
Salam jumaat nampak nya seorang lagi ketua bahagian kena tekanan tahap tinggi dan buat kenyataan menafikan terlibat dengan pelan peralihan kuasa. Politik sabah sudah macam flem bollywood
Jumat Idris SD kronologi nya bermula apa bila pemimpin kdm bn dan pemimpin kdm dalam umno merasa tidak puas hati dengan perkongsian kuasa dlm bn negeri. Ianya dimulakan oleh dato seri salleh tan sri pandikar amin datu amir kahar datuk lajim dan Dsp ghafur sejak sebelum PRU lagi. Datuk lajim memilih keluar umno tapi kami ikut barisan. Benda ni mcm gunong berapi kerana isu sosio ekonomin dan politiking dalam umno sendiri . Kemuncaknya apabila pemimpin kanan parti parti komponan berjumpa dengan saya dan mohon sesuatu harus dilakukan maka pejabat PM siapkan apoinmen untuk PM mendengar semua pandangan dan laporan mengenai kawasan masing masing dari aspek sosio ekonomi rakyat terutama kaum bumi. Ekoran itu banyak pertemuan berlaku diantara pemimpin bn dan umno serta pemimpin komponan dengan PM. Apa yang meteka lapor pada PM saya tidak tahu tetapi mereka ini berjumpa saya di parlimen dan Mohon supaya saya jadi jurucakap saja
Jumat Idris Tekanan dan habuan sentiasa datang apabila timbul sedikit usikan terhadap pimpinan sabah. Kalau flem hindi siapa menentang akan dibeli kalau engan terima tawaran akan dibunoh
Jumat Idris Prinsip nya semua pemimpin harus hormat pendirian dan pandangan masing masing dalam isu pelan peralihan kuasa ni. Saya hormat apa pendirian mereka tapi kena hormati juga pendirian saya selaku pemimpjn sepanggar. Pelan peralihan tidak bertujuan mengujudkan perpecahan dalam umno sabah malahan demi keutohan kerajaan barisan nasional sabah. Pelan ini sokong oleh parti pbs upko mca dan ldp selain majoriti ketua bahagian. Coba lihat berapa ketua bahagian yang tampil menentang pelan peralihan kuasa ini. Pehak ketua menteri tak boleh menganggap kami musoh kerana apa yang disampaikan pada PM adalah fakta dan rasionalnya kenapa perlu peralihan kuasa. Ini mengenai politik sabah bukan sepanggar dan dilihat dari perspektif politik BN itu sendiri. Saya yakin ketua ketua bahagian dapat SIGNAL melalui ucapan PM semasa majlis buka puasa iaitu selepas kami melaporkan pelan peralihan kuasa. Kalau itu pun tidak mampu baca bukan lah pemimpjn politik
Jumat Idris Pak min saya cuma ajukan pelan peralihan kuasa bukan merampas kuasa . Mau menang mesti kuat mau kuat mesti bersatu bagaimana bersatu harus kuatkan siratul rahim . Kalau pelan ini difikir wajar dan PM yakin ujudnya keperluan berbuat demikian maka pertukaran harus berlaku secepatnya kerana orang baru perlu masa untuk kuatkan parti dan BN selain menarik keyakinan penjawat awam. Kalau PM buat keputusan tidak perlu maka dato musa aman akan kekal dan semua ketua bahagian akan akur dan sokong. Kenapa isu ini dilihat sebagai nagatif dan bertindak ala flem hindi pula. Jumat Idris ASN betul lah tu tekanan peranca politik. Tapi geopolitik masa kini sudah memasuki era dimana rakyat cukup matang bercakap mengenai demokrasi Kebebasan bersuara dan sebab itu isa dimansoh bukan begitu tuan | 8 Ketua Bahagian Umno Bertemu PM: Siapa Diperalat dan Siapa Memperalat? Posted: 19 Sep 2014 01:26 AM PDT 10 Julai 2014 adalah pertemuan antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno majoriti diduduki kaum Kadazan Dusun Murut (KDM); pertemuan itu merupakan inisiatif satu-dua Ketua Bahagian di mana kawasan masing-masing bukan diwakili oleh Umno akan tetapi oleh parti komponen BN.
Tujuan pertemuan itu sebenarnya untuk membincang dengan Perdana Menteri bagaimana membantu kawasan-kawasan tersebut daripada segi projek atau program yang boleh membantu rakyat.
Malangnya, peluang itu digunakan oleh 3-4 orang Ketua Bahagian sepertimana pengakuan Ketua Bahagian Beluran Datuk James Ratib. Ketua Bahagian Kudat Datuk Bolkiah Ismail dan Ketua Bahagian Sepanggar Datuk Jumaat Idris, untuk membincangkan pelan pertukaran kepimpinan Negeri Sabah.
AYT tidak perlulah menyebut 5 Ketua bahagian lain yang terlibat dalam tulisan ini, disebabkan Jumaat Idris telahpun menyebut nama-nama itu pada ucapannya semasa mesyuarat Umno bahagian Sepanggar baru-baru ini.
Dua nama yang disebut Jumaat sudahpun bersuara, bermula daripada Datuk Bolkiah dan pada Khamis diikuti oleh Datuk James Ratib.
Kedua-kedua Ketua bahagian itu menyatakan diperangkap/ diperalat, pada pertemuan dengan PM itu.
Dalam perkembangan yang sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Salleh Tun Said dipetik sebagai berkata, bahawa membincangkan pelan peralihan pemimpin negeri seharusnya tidak berlaku, atas sebab perlantikan Ketua Menteri Sabah adalah prerogatif Perdana Menteri.
Sebenarnya, pokok panggal kepada ketidak puashatian satu-dua Ketua bahagian yang bukan merupakan wakil rakyat itu adalah daripada segi projek daripada kerajaan negeri. Sebenarnya, mereka ini dari awal-awal lagi membolot projek-projek di kawasan masing-masing; apabila Musa menyedari perkara itu, maka memutuskan bahawa pemimpin atau orang lain juga perlu dibantu, bukannya hanya seorang. Inilah puncanya mengapa satu-dua Ketua bahagian itu mengambil jalan memburuk-burukan Musa kepada Perdana Menteri.
Perdana Menteri tahu fakta dan figure, ini yang terlepas pandang oleh Ketua-Ketua Bahagaian yang dimaksudkan. Semalam, dalam satu ucapan Musa yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, bahawa sejak enam bulan tahun ini, Sabah mengalami surplus perdagangan sebanyak RM4.9 bilion, ertinya bajet Sabah untuk tahun 2014 yang berjumlah RM4.088 bilion sudah terlampui. Dengan adanya surplus itu, maka simpanan kewangan negeri akan melonjak lagi. Adalah diperkirakan bahawa bajet Sabah untuk tahun 2015 yang dibentangkan pada suku akhir tahun ini nampaknya akan menjadi rekod lagi.
Malang sungguh, bagi ketua-ketua bahagian yang terpengakap dengan tindakan itu; untuk itu, dalam berpolitik janganlah terlalu haloba, kerana kerana kehalobaan itu akan membawa padah pada diri sendiri. Niat yang tidak ikhlas, tidak akan lama bertahan, akan terdedah, dan akhirnya membongkar nawaitu sendiri. | |
Duke of UMNO Posted: 19 Sep 2014 01:34 PM PDT CUBA TENGOK BUDAK POMPUAN NI.. SALAH SIAPA AGAKNYA? Posted: 19 Sep 2014 01:31 AM PDT Kadang-kadang, bila kita katakan ramai budak-budak sekarang ni malas berfikir dan kurang akhlak, ramai yang marah kat kita balik...
Kalau kita bagitahu si polan yang anak dia tu berkelakuan tak senonoh...silap-silap si polan tu serang kita balik dengan maki hamun atau sepak terajang walaupun kita bawak bukti bergambar sebagai bukti...
Saya pula, kalau nak tegur orang, biasanya saya cuba cari jalan sebaik mungkin untuk menegur cara Islam.. mana boleh serbu saja tak pakai helmet... bahaya woooo... silap-silap kita kena ketuk...heh!
Kalau di zaman saya dulu, budak macam ni kami tak panggil perempuan... budak berkelakuan macam ni tak layak bergelar perempuan... selalunya budak macam ni kami panggil "betina"...tapi spesis "betina" time saya dulu tak ramai.. ada la sorang dua...
Tapi sekarang ni dah berlambak macam ikan kat pasar... dah muak nak tegur...
Soalnya, salah siapa? Salah Rasulullah sebab tak sampaikan ajaran Islam? Atau semuanya salah guru kat sekolah? Saya nak tanya.. seorang bayi dilahirkan tu ibarat kain putih...agaknya siapa yang bertanggungjawab nak corakkan bayi tu? Guru atau ibu bapa?
Jawab soalan tu dengan jujur... lepas tu cermin diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain atau anak-anak yang dah spoilt tu... asyik-asyik nak tuding jari kat orang lain, kat cikgu, kat kerajaan, kat ketua kampung, kat penghulu mukim... awat tak salahkan diri sendiri yang gagal corakkan anak?
Saya biarkan persoalan tu untuk para pembaca jawab dalam hati... | MUJAHID TERGAMAK BERI KATA DUA PADA AYAH CHIK? KURANG AJAR LA TU... #SavePAS Posted: 18 Sep 2014 07:17 PM PDT Betul saya tak tahu apa nak jadi dengan Mujahid Rawa ni. Namanya sedap... Mujahid.. orang yang berjihad.. tapi nampaknya jihad Mujahid ni bakal melingkupkan PAS di kemudian hari...
PAS dihina, dilayan macam binatang oleh PKR dan DAP. Tapi Mujahid selamba "belasah" Ayah Chik di Muktamar PAS...
Ada ke patut dia beri amaran pada Ayah Chik supaya ikut cakap Anwar? Apa Mujahid ingat jawatan AJK PAS Pusat tu besar sangat sampai dia boleh sound Presiden macam tu? Takdak rasa hormat pada Ayah Chik ke?
Cuba tengok kat sini betapa kurang ajarnya Mujahid pada Ayah Chik...Mujahid... kalau betul pun nak tegur Ayah Chik, tak boleh tegur secara halus ke? Tak boleh ke tegur secara tertutup? Awat nak kurang ajar sangat pada Ayah Chik? Tahu tak jasa Ayah Chik pada Yusuf Rawa dulu lagu mana besarnya?
Ada ke patut Mujahid kata kalau Ayah Chik nak terus jadi Presiden PAS maka dia perlu ikut kehendak Pakatan Haram? Patut ke? Awat PKR dan DAP ada hormat pada PAS ke? Anwar, Wan Azizah, Azmin, Kit Siang, Guan Eng ada datang ke Muktamar PAS? Depa tak bagi muka pada PAS!
Awat yang Mujahid "wala" sangat kat PKR dan DAP? Mujahid dari parti mana?
Presiden PAS lemah? Ooooo.. masa Ayah Chik tawan Terengganu dulu macamana? Lemah? Mujahid dah tawan negeri mana? Hebat kuat sangat dah Mujahid ni sampai perlekeh Ayah Chik macam tu?
Terbuka pada teguran? Itu bukan teguran la brooo.. itu namanya perlekeh! Kalau tegur, lain caranya. Itu namanya nak bagi jahanam parti...elok la nak jahanamkan PAS?
Saya tak tahu entah macamana penyokong PAS boleh angkat Mujahid ni jadi AJK PAS Pusat. Dia ni lebih kurang Saipudin Dolah "politik baru" tu jer... perasan bagus... sorry to say that.. but "qulil haqqa...walau kaana murran...".... somebody please #SavePAS... | |
Cucu Tok Selampit Posted: 19 Sep 2014 01:29 PM PDT Gambar-Gambar Billboard Jatuh Atas Kereta Di Kristal Point, Penang - @cmlimguaneng Wajib Letak Jawatan? Posted: 19 Sep 2014 07:19 AM PDT Disebabkan kejadian hujan lebat di Pulau Pinang, billboard atau papan iklan gergasi di Bangunan Krystal Point, Bayan Baru, Pulau Pinang dilaporkan runtuh dari tingkat 5 menyebabkan beberapa kenderaan yang diparkir di bawah bangunan tersebut rosak teruk. Kejadiann yang berlaku pukul 7.00 malam ini telah menyebabkan kerosakan kepada sebuah Perodua Myvi, Kelisa, BMW dan sebuah Citreon. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Lazimnya apabila sesuatu malapetaka berlaku di dalam negara ini, pihak DAP akan menyalak meminta seseorang Menteri atau Timbalannya untuk bertanggungjawab dan meletakkan jawatan. Kejadian pada malam ini melibatkan bencana di Pulau Pinang dan Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng. Bolehkah beliau bertanggungjawab sepenuhnya kejadian ini dan meletakkan jawatan? Dengar kata Ketua Menteri di Phuket? Bawa anak-anak jalan cuti sekolah kah?
| Edisi Dedah - Remaja Jual Ubat Gugurkan Kandungan Di Laman Sosial Facebook cc. @SKMM_MCMC @DGHisham Posted: 18 Sep 2014 07:31 PM PDT Pelbagai cara orang hendak berniaga terutamanya melalui media-media sosial yang menjanjikan capaian pengguna yang lebih luas. Ini termasuklah perniagaan yang dilarang di sisi undang-undang dan hukum hakam Agama. CTS dimaklumkan terdapat beberapa pengguna laman sosial Facebook yang menjual ubat gugurkan kandungan secara terbuka. Hasil carian mudah di laman sosial Facebook, laman-laman Facebook berkenaan dapat diakses di sini, di sini dan di sini.
Salah satu daripadanya termasuklah penjualnya yang masih dikategorikan sebagai remaja (lihat foto-foto penjual di bawah). Adalah diharapkan pihak-pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia dan Cawangan Penggubalan Akta, Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab ini. Ini bagi mengelakkan berlakunya zina dan maksiat yang berleluasa dan masalah pembuangan bayi yang kian kronik.
| |
PEJUANG BANGSA Posted: 19 Sep 2014 11:07 AM PDT PERWAKILAN PAS SENDIRI SAHKAN KERAJAAN DAP PRO PEMAJU DARIPADA RAKYAT @dzainalabidin @RRafizal Posted: 19 Sep 2014 06:34 AM PDT
Tindakan perwakilan PAS P.Pinang Iszuree Ibrahim yang juga Ahli Majlis MPPP mendedahkan kerajaan DAP diketuai Guan Eng lebih mesra kepada pemaju perumahan berbanding kepentingan rakyat di Muktamar PAS pastinya telah membuka tembelang sebenar .
Sebelum ini hanya UMNO P.Pinang dan agensi kerajaan Persekutuan yang sering bersuara membidas sikap kerajaan DAP yang tidak meluluskan pembinaan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat . klik di sini
Iszuree selaku Ahli Majlis tentu tahu akan perkara sebenar berlaku di dalam MPPP dan kenapa projek perumahan mampu milik tidak diluluskan dan projek kondominium dan rumah banglo mewah yang mesra pemaju diluluskan .
Kita tunggu apa kata macai -macai DAP yang sudah tentunya akan pertahankan Guan Eng ini
Perwakilan Pulau Pinang Izuri Ibrahim berkata beliau bimbang kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu.
Beliau mendakwa kerajaan negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat dalam menangani masalah perumahan, sebaliknya lebih propemaju seperti yang diamalkan BN.
"PAS Pulau Pinang tidak menentang pembangunan pesat. Tetapi kita tidak bersetuju dengan pembangunan yang merugikan rakyat.
"PAS Pulau Pinang bimbang (situasi) terkini trend pemimpin (kerajaan negeri lebih) mesra pemaju daripada membela rakyat," katanya.
Menurutnya lagi harga sekaki tanah di Pulau Pinang kini mencecah antara RM300 hingga RM500 dan sebuah rumah kini mencecah jutaan ringgit,
"Itu tidak termasuk (pelaksanaan cukai) GST, ini akan membebankan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Izuri mendesak supaya PAS turut dilibatkan dalam proses merangka polisi perumahan di Pulau Pinang bagi mengemukan cadangan untuk pembangunan lestari di negeri itu. | KECOH !! PERWAKILAN BACA DOA KUTUK MAT SABU & 2 ADUN DIHALANG !! #MUKTAMAR Posted: 19 Sep 2014 12:00 AM PDT
Bacaan doa Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan Dr Ahmad Azhari Arifin yang menyentuh pelbagai perkara termasuk konflik menteri besar Selangor mendapat kecaman dari para perwakilan yang hadir hari ini.
Arifin yang antaranya menyebut PAS dianggap sebagai hampas oleh rakan Pakatan Rakyatnya, PKR dan DAP dalam isu Langkah Kajang mendoakan hukuman yang setimpal dikenakan kerana membuat keputusan tanpa persetujuan PAS
"Ya Rabb, Kamu telah mengtakdirkan berlakunya Kajang Move dalam siasah di Malaysia. Kajang Move bukan ciptaan kami (PAS) tetapi ciptaan rakan tahaluf siyasi kami.
"Ya Allah, Kajang Move telah terang-terangan memainkan rakyat dalam memilih pemimpin. Kajang Move telah menodai sistem demokrasi.
"Kajang Move adalah antara cerita kartun dalam memilih pemimoin dari kalangan keluarga. Kajang Move akhirnya menjadi ketidakmatangan berpolitik," doanya ketika sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS, di sini, hari ini.
Doa Arifin yang secara langsung merujuk kepada isu krisis Menteri Besar turut mempersoalkan mengapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) lebih tenang menghadapi situasi sama suatu ketika dahulu berbanding PAS yang menyarung 'jersey' Islam.
"Kami melihat Ya Allah bagaimana Presiden mereka (BN) mereka sahaja bercakap, mengarah dan membuat keputusan. Timbalan Presidennya tidak membantah. Apatahlagi mengeluarkan kenyataan kononnya kenyataan itu hanya pendapat peribadi.
"Begitu juga Ya Allah, kami dapati seluruh Naib Presiden dan Majlis Tettinggi mereka tidak kemaruk untuk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan Presiden mereka," doanya lagi.
Jelas, perkara yang disebutkan Arifin berkaitan krisis Menteri Besar Terengganu yang telah diselesaikan BN suatu ketika dahulu.
Selepas berakhir doa Arifin, Pemerhati Kuala Kedah Mohd Ridzuan Abu Bakar tampil mengecam doa Perwakilan Wilayah Persekutuan itu.
Katanya, doa tidak seharusnya menjadi medium untuk menghentam rakan PR setersnya membentuk imej negatif kepada PAS yang menjunjung akhlak Islam.
"Apakah ini (menghentam individu dalam doa) merupakan akhlak di dalam Islam?.
"Kawan-kawan wartawan bukan Islam masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar? Kenapa kita perlu mempergunakan agama?" tegasnya kepada Pengerusi Tetap Muktama
Komen GPB Ternyata muktamar PAS kali ini pastinya paling diingati kerana begitu banyak berlaku perbalahan dek kerana sudah ramai perwakilan tidak walaa' kepada Presiden dan Majlis Syura Ulama parti sebaliknya cenderung kepada puak Mat Sabu ( Anwarinas ) dan PASMA. | Terkini ! Adam Adli dipenjara 1 tahun, hasut rakyat tumbangkan kerajaan ! Posted: 18 Sep 2014 08:20 PM PDT Akhirnya bekas ex mahasewel Adam Adli disumbat dalam jail disebabkan mengeluar kenyataan berbaur hasutan selepas PRU13 di dalam satu ceramah . Adam Adli didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013. RM0.UM.19/09: ADAM Adli dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana didapati bersalah keluarkan kenyataan berbaur hasutan pada Mei tahun lalu. | MP Bayan Baru sindir PAS & Ulama hentam PKR #muktamarPas Posted: 18 Sep 2014 06:01 PM PDT Muktamar PAS yang dimulai Dewan Pemuda & Ulama begitu kuat menghentam PKR dan Anwar dalam isu krisis MB Selangor. Ia tidak begitu disenangi PKR dan MP Bayan Baru ini dengan menyindir Pas dengan mengungkit isu kerusi Pngkalan Kubor diberi kepada parti itu. Persoalannya , adakah PKR beri kerusi ini bagi menutup mulut Pas bagi menyelesaikan cara mudah krisis MB Selangor ? Jika benar ..Pas sebenarnya telah dipermainkan PKR dan maruah mereka hanya diberi laluan bertanding sebagai calon kerusi DUN sahaja | |
IPOHMALAY Posted: 19 Sep 2014 09:23 AM PDT Scotland kekal dalam UK dengan 55% sokongan Posted: 19 Sep 2014 12:17 AM PDT Warga Scotland sah memilih untuk kekal di dalam Great Britain dengan 55% undian mohon kekal dan 45% undian mohon merdeka. Referendum dijalankan semalam 18/9/2014.
Jumat, 19/09/2014 12:32 WIB Sah! Warga Skotlandia Tolak Merdeka dari Inggris Raya Rita Uli Hutapea - detikNew
London, - Warga Skotlandia akhirnya menolak kemerdekaan dari Kerajaan Inggris Raya. Demikian hasil resmi penghitungan suara usai referendum yang digelar Kamis, 18 September kemarin.
Dengan 31 dari total 32 wilayah pemilihan, sebanyak 55,42 persen pemilih telah memilih menolak kemerdekaan. Sementara pemilih yang mendukung kemerdekaan sebanyak 44,58 persen. Demikian seperti dilansir kantor berita AFP, Jumat (19/9/2014).
Dalam referendum ini, pemungutan suara digelar di lebih dari 5.500 tempat pemungutan suara yang tersebar di semua distrik Skotlandia. Tercatat lebih dari 4,2 juta orang yang terdaftar dalam referendum ini. Mereka semua harus menjawab "ya" atau "tidak" untuk pertanyaan: "Apakah Skotlandia harus menjadi negara merdeka?"
Sebelum referendum Skotlandia ini, kelompok pro-kemerdekaan Skotlandia mengklaim mendapat momentum untuk kemenangan. Sementara kelompok pro-Inggris Raya meminta kelompoknya untuk bertahan bersama Inggris dan optimistis akan memenangkan referendum.
Namun berbagai survei terakhir yang digelar sebelum referendum, menunjukkan perbedaan suara di antara kelompok yang mendukung dan menentang kemerdekaan semakin tipis. semakin tipis. | Bila "Kucing Kurap" bekerja di Imigresen Ipoh Posted: 18 Sep 2014 06:12 PM PDT
SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan buruk yang diterima daripada pegawai Imigresen Ipoh. Saya hanya membawa seorang warga Indonesia yang mahu pulang ke negara asalnya pada 6 Ogos 2014, pagi di pejabat Imigresen Ipoh. Seorang Pegawai Imigresen dengan bongkak dan angkuh yang menggelarkan dirinya sendiri kepada kami sebagai "Tuan Juraimie". Beliau mengherdik saya dan meminta kad pengenalan saya. Setelah saya menyerahkan kad pengenalan saya, beliau terdiam, mungkin beliau menyangkakan saya orang Indonesia. Saya membawa dan menemankan seorang wanita warga Indonesia yang ditipu oleh ejen, kononnya boleh membuat permit kerja tetapi tidak berjaya dan tertipu. Mereka ini diherdik, dicerca dan dimaki-hamun. Setelah segala dokumen diambil, saya hanya diberi angka giliran dan dengan nada yang keras menghalau kami untuk datang pada hari esoknya. Dalam pemerhatian saya, kerja yang diberi tidak perlu ditangguh malah boleh disiapkan dalam sehari tetapi sengaja dilengahkan dan menyusahkan. Beginikah layanan seorang kakitangan kerajaan yang diuar-uarkan berhemah dan berdisiplin. Sepatutnya mereka berbudi bahasa dan menunjukkan contoh baik terhadap orang luar. Mereka datang untuk pulang ke negara asal dengan cara yang betul serta membayar kompaun kepada kerajaan Malaysia. Segelintir "kucing kurap" yang diberi jawatan dalam imigresen pula mencacatkan senario ini.Inilah yang dinamakan "kerana nila setitik, rosak susu sebelangga". Saya berharap pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakan kepada "mulut-mulut longkang" yang terdapat dalam kerajaan khususnya dalam Jabatan Imigresen di Ipoh. Saya amat berharap mendapat maklum balas yang sewajarnya dari pihak tuan agar perkara ini tidak dipanjangkan ke lain-lain forum dan juga forum luar serta blog saya. Rakyat Kecewa Ipoh 27/8/2014 Forum Utusan Malaysia | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan