Selasa, 12 Ogos 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 12 Aug 2014 03:39 AM PDT

bumiyang


Anwar Dakwa Beliau Sejak 50 Januari Dah Plan Nak Pecat Khalid???

Posted: 12 Aug 2014 01:30 AM PDT

Majortii Rakyaat Selangor Sokong Azizah Tolak Khalid???

Posted: 11 Aug 2014 10:00 PM PDT

Wajah Yang Tiba2 Menjadi Ispirasi Buat Akar-Umbi Pas???

Posted: 11 Aug 2014 05:30 PM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 12 Aug 2014 03:30 AM PDT

Ohpolitik!™


KAEDAH PR PECAT Khalid Ibrahim Membuka Pekung atau 'Membasuh Dosa' Pemimpin Sendiri?

Posted: 11 Aug 2014 07:24 PM PDT


Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, sebuah parti bersedia membuka pekung atau 'membasuh dosa' pemimpin sendiri secara terbuka. Tetapi seperti dimaklumi semua, tiada apa yang mustahil atau aneh dalam politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Itulah yang berlaku kini dalam keghairahan pucuk pimpinan PKR untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor. PKR bersedia mengarahkan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan beberapa urusan perniagaan dan pentadbiran di bawah Abdul Khalid bagi menimbulkan soal integriti.

Walaupun perkara itu sudah dibangkit dan pernah dipersoalkan oleh UMNO termasuk dalam Dewan Rakyat namun Abdul Khalid dipertahankan bermati-matian oleh pucuk pimpinan PKR ketika itu, sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) dituduh cuba merosakkan reputasi dan integriti Abdul Khalid.

Kini ternyata, 'peluru-peluru' itu juga yang kembali digunakan oleh PKR bertujuan menjatuhkan beliau dalam usaha mencapai cita-cita Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Namun Abdul Khalid yang mungkin sudah masak dengan permainan politik kotor dalam PKR tegas mempertahankan diri dengan menyifatkan dakwaan Saifuddin sebagai tuduhan liar yang bermotif politik dan berniat jahat semata-mata, malah beliau `mempersilakan' Saifuddin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara.

Dalam pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR serta UMNO, rata-rata kagum dengan `keberanian' Abdul Khalid. Biarpun diserang kiri kanan oleh pemimpin dan parti sendiri namun beliau dilihat stabil dan tidak tergugat.

Bagi Abdul Khalid, apa yang berlaku sekarang sekadar perebutan kuasa politik dalam PKR sedangkan beliau mempunyai mandat untuk memimpin negeri dan memikul amanah rakyat.

Malangnya, fakta ini tidak pernah difikirkan oleh para pemimpin PKR khususnya Anwar dan konco-konconya. Mereka tidak mampu melelapkan mata dan seolah-olah tidak merasai nikmat Aidilfitri apabila asyik memikirkan pasal Abdul Khalid.

Justeru mahu atau tidak, setuju atau tidak, biar apa pun terjadi, Abdul Khalid mesti diturunkan dari takhta pemerintah negeri Selangor yang kaya-raya. Setelah usaha secara lembut termasuklah merancang pilihan raya kecil 'paling memualkan' di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, gagal 'memujuk' Abdul Khalid, maka usaha secara tidak terhormat pula dirancang.

Kepimpinan PKR dilihat mula melaksanakan politik paksaan dengan cara menimbulkan isu bagi menjejaskan reputasi dan integriti Abdul Khalid, dimulai dengan menghantar surat tunjuk sebab kerana keengganan beliau berundur daripada jawatan MB.

Sebenarnya, PKR tidak ada alasan kukuh untuk menjatuhkan Abdul Khalid. Apa yang ada dalam tangan mereka ialah kerakusan untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB.

Atas sebab itulah juga, sekutu-sekutu PKR terutamanya Pas melihat, apa yang dilakukan oleh PKR sudah melampaui batas dan parti itu tidak mahu bersekongkol dalam perebutan kuasa dalaman PKR.

Para pemimpin Pas mahu alasan kukuh kenapa Abdul Khalid perlu mengosongkan kerusi MB dan mengapa PKR tidak berunding terlebih dahulu dengan mereka sebelum mengambil langkah politik yang besar seperti itu.

Hakikatnya segala-galanya diatur Anwar. PKR terus dan sengaja melupakan bahawa kerusi MB Selangor bukan hak mutlak mereka. Sebab itulah ramai yang ketawa apabila Saifuddin dengan penuh yakin menyatakan kerusi itu hak multak PKR. Biarpun beliau dikenali seorang yang sering bercakap berdasarkan fakta dan angka tetapi kali ini Saifuddin bagaikan bermimpi di siang hari, bercakap seolah-olah mengikut perasaan serta terperangkap dengan keghairahan untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Semua orang tahu, PKR menguasai kerusi MB atas ihsan Pas dan DAP. Malah parti paling layak ialah Pas bukan PKR. Fakta ini sudah berulang-ulang kali dinyatakan, malangnya Saifuddin bagai `buta mata, pekak telinga dan tertutup hatinya' untuk menerima hakikat ini.

Berikutan itulah para pemimpin Pas 'melenting' kerana menganggap PKR telah mengkhianati kesepakatan dan tidak tahu menghormati orang yang membuat ihsan kepada mereka.

PKR rancang segala-galanya berhubung kedudukan MB Selangor sehingga langsung tidak pernah mengajak Pas berunding. Tetapi apabila merasakan perancangan tersebut terbantut, mereka cuba menagih simpati Pas untuk bersekongkol.

Namun walau sekeras manapun tindakan atau tekanan oleh kepimpinan PKR terhadap Abdul Khalid, belum tentu mampu mencapai cita-cita mereka khususnya Anwar untuk menyingkirkan beliau. Ini kerana Abdul Khalid mempunyai banyak cara untuk menghalang niat tersebut termasuklah membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

"Membubarkan DUN adalah pilihan terakhir yang ada pada Abdul Khalid jika kepimpinan PKR terus 'menyerang' beliau dan kita bersedia menghadapi situasi tersebut,'' kata seorang pemimpin Pas Selangor ketika dihubungi.

Walaupun Abdul Khalid mungkin menyedari tidak akan menduduki lagi kerusi MB selepas itu, tetapi itulah cara terbaik mengatasi polemik yang dicipta oleh kepimpinan PKR ini. Abdul Khalid mungkin lebih rela mengembalikan mandat kepada rakyat, yang diperolehinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas `dikhianati' oleh 'rakan' pemimpin dalam parti sendiri demi merebut kerusi MB.

Rakyat Selangor memberikan mandat untuk penggal kedua kepada pakatan pembangkang kerana percayakan kemampuan Abdul Khalid, ekoran rekod baik semasa penggal pertama. Jika tidak, sudah pasti awal-awal lagi mereka akan menolak pakatan tersebut.

Mungkin inilah cara terbaik. Serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapa yang mereka mahu menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Tidak perlulah rakyat diheret sama dalam percaturan politik dan perebutan kuasa PKR yang semakin membosankan ini.

Sementara itu, apa yang boleh dibuat adalah menunggu selama manakah Abdul Khalid mampu bertahan dan melihat bagaimana dahsyatnya politik PKR yang sanggup memusnahkan reputasi pemimpin sendiri semata-mata mahu memenuhi nafsu politik pemimpin-pemimpin kanan mereka.

Bayangkanlah, kalau Abdul Khalid yang sebelum ini dijulang sebagai wira oleh PKR kini sanggup dilayan bagaikan musuh oleh partinya sendiri, apa pula nasib para pemimpin lain yang tidak sehebat beliau? Atau jika Abdul Khalid yang dianggap bersih boleh dilayan sebegini, bagaimana pula dengan para pemimpin lain yang mempunyai 'fail' atau 'rekod' rahsia tersendiri?

Mungkinkah fail dan rekod itu suatu hari akan dijadikan 'senjata' oleh kepimpinan PKR untuk menjatuhkan mereka?

Paling penting untuk ditanya, apakah segala dakwaan yang sebelum ini melibatkan pemimpin PKR adalah satu kebenaran tetapi dinafikan kerana pemimpin itu masih belum bermusuh dengan pucuk pimpinan parti?

Krisis politik di Selangor yang melibatkan perebutan kuasa dalam PKR mendedahkan betapa buruknya amalan politik dalam parti itu dan malang sekali Abdul Khalid menjadi 'mangsanya'.

Apa pun, sama-samalah kita nanti kesudahan perebutan kuasa politik PKR di Selangor, sama ada Abdul Khalid mempunyai ketahanan diri atau mengundur diri, yang pasti rakyat Selangor tidak berhak menyaksikan negeri itu ditadbir oleh mereka yang tiada kredibiliti.

Oleh : Zulkiflee Bakar

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 12 Aug 2014 03:27 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Mereka tinggal sedikit bersebab ...

Posted: 11 Aug 2014 09:22 PM PDT





Wow! Tukarkan Razali ke Air Hitam dan Wee ke Muar, siapa akan kalah?

tunku

Posted: 12 Aug 2014 03:16 AM PDT

tunku


Actor Robin Williams found dead in apparent suicide

Posted: 11 Aug 2014 07:23 PM PDT


Oscar-winning actor and comedian Robin Williams died from suspected suicide on Monday after battling depression, triggering an outpouring of tributes to one of the most beloved entertainers of his generation.
The 63-year-old star of Hollywood hits such as "Good Will Hunting," "Good Morning Vietnam" and "Mrs Doubtfire" was found dead at his home in Tiburon, northern California, shortly before midday, a police statement said.
"At this time, the Sheriff's Office Coroner Division suspects the death to be a suicide due to asphyxia," the statement from Marin County Sheriff's Department said.
The veteran actor's publicist said the star had been battling depression prior to his death.
"Robin Williams passed away this morning. He has been battling severe depression of late," Mara Buxbaum said in a statement.
"This is a tragic and sudden loss. The family respectfully asks for their privacy as they grieve during this very difficult time."
Heartbroken wife Susan Schneider urged the father-of-three's millions of fans to remember his genius for creating laughter.
"This morning, I lost my husband and my best friend, while the world lost one of its most beloved artists and beautiful human beings," said Schneider, who became the actor's third wife when the couple married in 2011.
"I am utterly heartbroken. On behalf of Robin's family, we are asking for privacy during our time of profound grief.
"As he is remembered, it is our hope the focus will not be on Robin's death, but on the countless moments of joy and laughter he gave to millions."
Anarchic extra-terrestrial
After beginning as a stand-up comic, Williams rose to fame in the iconic US television sitcom "Mork & Mindy", channelling his anarchic, high-energy style as an extra-terrestrial struggling to fit in on Earth.
He later reeled off a string of big-screen hits, which included 1987's "Good Morning Vietnam", where he played a motormouth US military disc jockey, 1989's "Dead Poets Society" as a maverick English teacher and 1997's "Good Will Hunting," which earned him a best supporting actor Oscar.
News of Williams death quickly supplanted Iraq from the top item on evening news bulletins as the entertainment world reacted with shock.
Legendary director Steven Spielberg, a close friend of Williams, paid tribute to a comic genius.
"Robin was a lightning storm of comic genius and our laughter was the thunder that sustained him," said Spielberg in a statement cited by Variety.
"He was a pal and I can't believe he's gone," added Spielberg, who famously phoned Williams to cheer himself up during filming of his harrowing 1994 Holocaust drama "Schindler's List."
Spielberg's tribute was echoed throughout the entertainment industry.
"I can't believe the news about Robin Williams. He gave so much to so many people. I'm heartbroken," comic and talkshow host Ellen DeGeneres said on Twitter.
Fellow comedian Steve Martin added: "I could not be more stunned by the loss of Robin Williams, mensch, great talent, acting partner, genuine soul."
Oscar-winning actor Jared Leto paid tribute to a "brave, original artist."
"You taught us how to stand on the edge, fearless, + shine," Leto said on Twitter.
'One of a kind': Obama

Obama, on holiday in Martha's Vineyard, referenced Williams' array of beloved performances as he led the tributes to the entertainer.

"Robin Williams was an airman, a doctor, a genie, a nanny, a president, a professor, a bangarang Peter Pan, and everything in between. But he was one of a kind, " Obama said in a statement.

"He arrived in our lives as an alien - but he ended up touching every element of the human spirit," he added, referring to Williams' breakthrough television role as the extraterrestrial visitor Mork. 
"He made us laugh. He made us cry. He gave his immeasurable talent freely and generously to those who needed it most - from our troops stationed abroad to the marginalized on our own streets."

Legendary director Spielberg paid tribute to "a comic genius."

"Robin was a lightning storm of comic genius and our laughter was the thunder that sustained him," said Spielberg.

"He was a pal and I can't believe he's gone," added Spielberg, who famously regularly phoned Williams to cheer himself up during filming of his harrowing 1994 Holocaust drama "Schindler's List."

Spielberg's tribute was echoed throughout an entertainment industry left reeling by news of the comic's death.

"I can't believe the news about Robin Williams. He gave so much to so many people. I'm heartbroken," comic and talkshow host Ellen DeGeneres said on Twitter.
Fellow comedian Steve Martin added: "I could not be more stunned by the loss of Robin Williams, mensch, great talent, acting partner, genuine soul." 
Robin Williams: wisecracks and wisdom

A selection of quotes, wisecracks and offbeat wisdom from Robin Williams, who died on Monday from suspected suicide in California aged 63.

"Nanu Nanu" - Williams' extra-terrestrial greeting from hit television show "Mork & Mindy"

"Cocaine is God's way of telling you you are making too much money" - Williams on the perils of substance abuse.

"A woman would never make a nuclear bomb. They would never make a weapon that kills, no, no. They'd make a weapon that makes you feel bad for a while" - Williams on the battle of the sexes.

"You're only given one little spark of madness. You mustn't lose it" - Williams explains his comic style.

"Most of all, I want to thank my father, up there, the man who when I said I wanted to be an actor, he said, 'Wonderful. Just have a back-up profession like welding.'" - Williams pays tribute to his father in his 1998 Oscar acceptance speech for "Good Will Hunting".

"I went to rehab in wine country just to keep my options open," - Williams jokes about his stint in rehab.

"You're not perfect, sport. And let me save you the suspense, this girl you've met, she's not perfect either. The question is whether or not you are perfect for each other" - Williams' character Sean Maguire offers relationship advice in "Good Will Hunting".

"It's all part and parcel of the whole genie gig: phenomenal cosmic powers, itty bitty living space" - Williams as the Genie of the Lamp in Disney's 1992 hit "Aladdin."

"Goooooooood morning, Vietnaaaam!" - Williams as motormouth armed forces DJ Adrian Cronauer in "Good Morning, Vietnam".





Selangor MB crisis: We will continue to support Khalid, says PAS exco

Posted: 11 Aug 2014 07:27 AM PDT


Selangor PAS executive councilor Sallehen Mukhyi says he will continue to serve under Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
The Sabak assemblyman told The Star on Monday that there was no reason for PAS exco members to resign, adding that while PKR and DAP have their own stand on the matter, PAS is not bound to follow.
"We will not resign, why should we do that?
"The appointment of the mentri besar is done under the state constitution and we will continue to support him. This is our principle," he said.
Khalid, who was sacked from PKR last Saturday, had earlier said he could still govern the state with at least a quorum of four exco members under the state constitution.
He said he would remain in his position and exco members who declined to work with him could resign.
The Port Klang assemblyman said provisions in the state constitution allowed him to seek the consent of Selangor ruler Sultan Sharifuddin Idris Shah to make changes to the existing exco line-up.
In a related development, PAS central working committee member Khalid Samad said the there should be no move to force the four PAS exco members  to resign from their posts.
"There should not be any move to force the four PAS exco members to resign merely to push for the dissolution of the Selangor state legislative assembly.
"This will only jeapordise the state administration and affect the day to day service to the rakyat here," said the Shah Alam MP.
However, he said this would be the status for the present moment as PAS' central committee will meet to decide on the Selangor MB issue this coming Sunday.
He hoped that both PKR and DAP state executive councillors would take heed of PAS' example by not resigning their posts.
The three other PAS exco members, Iskandar Ab Samad (Chempaka), Dr Halimah Ali (Selat Klang) and Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) could not be reached for comment.

Selangor MB crisis: All 12 Umno reps support Khalid

Posted: 11 Aug 2014 07:26 AM PDT


SHAH ALAM: Selangor Umno has echoed the call of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to support Tan Sri Khalid Ibrahim as the Selangor Mentri Besar.
The party's state chief Datuk Seri Noh Omar said all 12 Umno assemblymen in Selangor would support Khalid should there be a call for a vote of no confidence against him.
"In Umno, we will respect what is said by our leader.
"We are not like Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who is arrogant and obnoxious when he was expelled from Umno (in 1998)," he told reporters after a meeting on GST at the Selangor Umno building Monday.
Noh also denied meeting Khalid or PAS members to discuss on any possible dissolution of the state assembly or calls for vote of no confidence against the Selangor MB.
Asked if he would welcome Khalid into the party since the latter is now party-less, Noh said it was premature to comment on such a predicament.

Selangor MB crisis: Opposition politicians speak up, criticise Khalid for holding on to power

Posted: 11 Aug 2014 04:30 AM PDT


Opposition politicians have come out strongly against Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim for holding on to the reins of power despite being having been expelled from PKR on Saturday.
"I am just shocked. He is now a party-less leader. Whose mandate is he exercising now? The Sultan should have consulted the other parties as well. The whole thing doesn't sound right. What is the basis of such a decision?" said Klang MP Charles Santiago.
"We have to wait and see what our party leaders are preparing to do. We will wait for that. He is a leader without a party, so whose mandate are you implementing as the Mentri Besar?" he added.
Similar views were shared by Sungai Siput's PSM MP, Michael Jeyakumar who said that it was "very sad" that the situation in Selangor had come to this.
"I think it is very sad it has come to this, because we want to run our states in a way that gives people confidence in Pakatan Rakyat – and this is definitely not doing that. This is very sad to see because we need a change of government. It is sad to see that the best alternative available is shooting himself in both feet," said Jeyakumar.
On Monday, after meeting Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khalid had said that he would remain as Mentri Besar, and any executive councillor who declined to work with him could resign.
"I won't be leaving. If the exco members don't agree with me, they can leave. I will remain Mentri Besar until further developments," Khalid had said.
PSM secretary-general S. Arutchelvan, meanwhile, said the issue had to be resolved by Pakatan Rakyat, failing which state elections should be called.
"A Mentri Besar cannot run the state with minority support, therefore it is important for the state assembly to sit and check support. I hope Pakatan can resolve this before going for a state assembly vote," said Arul, who was PSM's Semenyih candidate in the 13th general election.

Taipingmali (tm)

Posted: 12 Aug 2014 01:44 AM PDT

Taipingmali (tm)


Jangan tutup Facebook tetapi tutup Cyber Cafe.

Posted: 11 Aug 2014 09:47 PM PDT




Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan untuk mengkaji kewajaran menutup aplikasi Facebook di Malaysia.

Kenyataan beliau menerima impak yang merisaukan ramai pengguna FB yang berjumlah 15 juta orang di Malaysia. Ini ekoran daripada masalah penyalahgunaan aplikasi tersebut untuk menghina pihak lain yang menyentuh sensitiviti agama, budaya dan kaum. Paling menjengkelkan ialah penghinaan kepada ketua negara dan sultan.

Setakat hari ini pihak berkuasa menerima 2000 laporan atau 0.0001% daripada 15 juta pengguna yang menyalahi undang-undang.  Ternyata ia sangat kecil berbanding pengguna facebook tulen yang menggunakan secara berhemah.

Facebook mencetuskan fenomena baru kepada pengguna internet di seluruh dunia dan sehingga kini masih belum dapat dicabar oleh aplikasi lain.

Terdahulu pengguna internet berkomunikasi melalui pelbagai cara seperti yahoo masengger, netscape video call, IRC , Icq, dan bermacam-macam lagi, kini semua  tinggal kenangan dan dilupakan,

Aplikasi yang kekal popular masih milik facebook. Ini kerana aplikasi facebook boleh digunakan pada komputer dan smart phone. berbeza dengan setengah aplikasi lain yang hanya berfungsi dengan smart phone sahaja.

Pengguna komputer yang mempunyai capaian internet semakin meninggal (2010 mencecah 17 juta), pengguna smart phone juga semakin bertambah setiap hari.  Tidak seperti 10 atau 15 tahun lalu pengguna komputer yang mempunyai capaian internet amat kecil.

Dahulu untuk menggunakan internet kos pemasangan talian adalah mengikut jarak jauh, makin jauh semakin mahal. ( semasa menggunakan jaring)

Apabila di perkenalkan talian dail up 1515 oleh Telekom Malaysia, kos internet menjadi sedikit murah iaitu RM1.50 sejam.

Oleh itu Cyber Cafe menjadi pusat maklumat yang digemari oleh pelayar internet walaupun kelajuan nya sangat rendah 14 kbps, kemudian dipertinggkatkan kepada 24kbps, 36kbps dan hari ini mencapai tahap kelajuan tinggi dengan Unify.

Masalah Cyber Cafe

Pusat Cyber mula diwujudkan pada pertengahan 90an dan ketika itu pengguna ke sana untuk berchatting menggunakan IRC, email dan browsing internet. Lama-kelamaan cyber cafe menjadi pusat permainan interaktif , pernah berlaku seorang kanak-kanak sekolah menipu keluarganya kononnya akan menyertai lawatan sekolah dan memohon wang belanja dari ibu bapa tetapi kanak-kanak tersebut dikesan berada di pusat cyber cafe untuk bermain permainan komputer dan berlawan dengan rakan-rakan diluar negara. Makan minum dan mandi disediakan oleh pihak cyber cafe

Kini cyber cafe naik taraf lagi, ia menjadi pusat judi kuda. Sudah ramai anak-anak muda menghabiskan wang PTPTN, wang saku dan wang gaji mereka di cyber cafe alaf baru. Cyber cefe memberikan masalah baru kepada negara. Di Taiping kini terdapat lebih dari 60 buah pusat judi yang berselindung dibawah nama cyber cafee dan pusat rekreasi keluarga. Ia tumbuh bagai cendawan selepas hujan di setiap taman-taman perumahan yang baru.

Di Kamunting terdapat laporan pusat judi ini menyediakan premis untuk menyimpan motosikal pelanggan agar kegiatan mereka sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

Dahulu, orang mengunjungi cyber cafe dengan tujuan berkomunikasi, browsing dan email. kini hampir semua pengguna internet mempunyai broadbrand atau capaian internet sendiri samada menerusi talian tetap atau mobil, jadi peranan cyber cafe semakin kecil. Oleh yang demikian cyber cafe kini bertukar menjadi pusat judi.

Cyber cafe boleh dibuka dengan syarat dibawah seliaan dan kawalan pihak kerajaan seperti Jabatan Belia dan Pusat Khidmat Kerajaan atau sebagainya.

Kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek. Elokkan ditutup dan diharamkan sahaja pusat judi atau cyber cafe ini kerana ia lebih mendatangkan masalah kepada negara.  Jika semua cyber cafe diharamkan TM yakin mereka yang ingin membuat onar dalam facebook pun akan terhapus dengan sendirinya.



Anwar Ibarat Anjing!!! -Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu

Posted: 11 Aug 2014 06:21 PM PDT





"Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa 'Bagai melepaskan anjing tersepit", demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut.

Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.

Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

"Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya 'telanjangkan' Tok Guru kita… memang ANJING!" TTIMES memetik komen tersebut.

Selamat buat seketika

Posted: 11 Aug 2014 02:07 AM PDT

Kini Anwar hanya bergantung harap kepada undi tidak percaya dalam dewan DUN Selangor apabila dewan itu bersidang tidak lama lagi.

Episod seterusnya akan lebih menarik.


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 11 Aug 2014 11:18 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR MENANGIS SELEPAS JUMPA HADI, MATANYA BERGENANG AIR MATA

Posted: 11 Aug 2014 06:58 PM PDT

AIR MATA ANWAR JELAS DI MATANYA


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bergegas ke negeri ini untuk bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan perkenan Sultan Selangor mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang sah.

Kunjungan Anwar itu diiringi Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan dipercayai bagi memujuk Abdul Hadi mengubah pendiriannya yang mempertahankan Abdul Khalid agar pakatan pembangkang dapat diselamatkan selain membolehkan perubahan kepimpinan negeri yang diusahakan Anwar tidak terhenti.

Tindakan itu adalah langkah susulan selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Abdul Khalid yang telah dipecat daripada PKR untuk kekal sebagai Menteri Besar dan akan terus menjalankan tugas sehingga ada perkembangan baharu.

Mereka dikatakan menaiki pesawat FireFly kira-kira pukul 4.30 petang ini dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini manakala pertemuan Anwar dan Abdul Hadi dilakukan secara sulit.

Menurut sumber, kedua-dua pemimpin PKR itu juga dikatakan menukar kenderaan bagi mengelakkan mereka dikesan dalam usaha mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi.

Bagi memastikan pergerakan gagal dihidu wartawan, Anwar dan Saifuddin Nasution dipercayai mengatur strategi pulang semula ke Kuala Lumpur petang ini melalui jalan darat.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu dilihat berada di LTSM kira-kira pukul 7.30 petang ini sebelum menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dan sebaik sahaja diserbu kumpulan wartawan di situ, Anwar hanya berkata "Perbincangan baguslah,".

Dalam pada itu, kira-kira 20 wartawan dan jurugambar tertumpu di pekarangan Masjid Rusila, Marang bermula pukul 4 petang ini sejurus mengetahui kemungkinan pertemuan tersebut diadakan di kediaman Abdul Hadi yang terletak berdekatan.

Bagaimanapun, kelibat Anwar, Saifuddin Nasution serta Abdul Hadi langsung tidak kelihatan sebelum kesemua wartawan beredar kira-kira dua jam kemudian.

Dalam pada itu, difahamkan, Abdul Hadi telah keluar dari rumahnya kira-kira pukul 4 petang dengan menaiki kereta bersama pemandu peribadinya ke tempat yang tidak diketahui.

Kira-kira pukul 6.10 petang, kelihatan kenderaan tersebut memasuki semula kawasan kediaman Presiden Pas itu namun tanpa kelibat Abdul Hadi.

Menurut pemandu kereta berkenaan, dia telah menghantar Presiden Pas itu untuk menziarahi orang sakit tanpa memberitahu tempatnya.

Sementara itu, kumpulan wartawan kemudiannya bergegas ke Hotel Frinzpark di Kuala Ibai di sini setelah mendapat maklumat bahawa pertemuan Anwar dengan Abdul Hadi diadakan di situ.

Bagaimanapun, sejurus tiba di hotel itu kira-kira pukul 6.30 petang, mereka sudah pun beredar manakala Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dipercayai turut menyertai pertemuan tersebut enggan mengulas lanjut selain mengesahkan pertemuan tersebut memang berlaku.

SENARAI TERBAHARU AHLI EXCO SELANGOR 2014

Posted: 11 Aug 2014 04:14 PM PDT


SPEAKER: Mohd Shafie Bin Ngah (PAS)
TIMBALAN SPEAKER: Noor Hanim Binti Ismail (PAS)

MENTERI BESAR : TS Abd Khalid Bin Ibrahim (BEBAS)                

PENGERUSI HAL-EHWAL ISLAM, PEMODENAN PERTANAN & PEMBANGUNAN DESA : S
allehen Bin Mukhyi (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN: Abd Rani Bin Osman (PAS)

PENGERUSI JK PENDIDIKAN TINGGI & TANGGUNGJAWAB MODAL INSAN : Dr. Halimah Ali (PAS)

PENGERUSI JK TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BARU & PEMUTIHAN KILANG HARAM: Saari Bin Sungib (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KEBAJIKAN & HAL EHWAL WANITA: Dr. Rodziah Ismail (PKR)

PENGERUSI JK TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR: Iskandar Bin Abdul Samad (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATN: Ganapathi Rao a/l Veraman (DAP)

PENGERUSI JK TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA & ALAM SEKITAR: Mohd Khairuddin Bin Othman (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI : Haniza Binti Mohamed Talha (PAS)

PENGERUSI JK TETAP BELIA & SUKAN, INSFRASTUKTUR & KEMUDAHAN AWAM : Ahmad Yunus Bin Hairi (PAS)


*Senarai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baharu Ogos, 2014 

12 Ogos 2014,
Shah Alam, Selangor.

FOTO SERIBU CERITA...APA YANG MEREKA BINCANGKAN? ...CER CITER...

Posted: 11 Aug 2014 08:37 AM PDT


Sape-sape tahu ceriter disebalik foto ini...?

Makan kuih raya...siap ada jamuan sate raya.

Ada Ustaz Nasha...

Ada Dato' Dr Haron Din...

Ada Dato' Seri Jamil Khir - Menteri kanan DS Najib tuuuh...

Siapa pula yang hanya nampak peha tu...? jeng...jeng...jeng!

Siapa yang ambil gambar dan di rumah siapa?

Sembang sampai lewat malam di tengah-tengah kemelut isu MB Selangor...

Opppsss apa kata DAP nanti?...

Mesti DAP kata... talak guna punya itu Aji Halon!

Anwar pula kata apa yaa???...

FAEKAH KELUAR PKR: ANWAR ADA KESAH, JIJAH PUN TAK KESAH...

Posted: 11 Aug 2014 07:05 AM PDT


Dek kerana kecewa, malu dan menyesal dengan tindakan Anwar memecat bossnya; Khalid Ibrahim, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu; Faekah Hussin telah mengisytihar keluar dari parti PKR berkuatkuasa serta merta.

Dalam surat kepada si Saifuddin Batak Karo tersebut, Faekah menyatakan hilang kepercayaannya kepada perjuangan parti yang telah terpesong dari landasan perjuangan asal.

Tapi bagi pandangan rakyat, memang Anwar ini suka perkara-perkara yang terpesong hingga tergelincir dari tabi'e asal dan fitrah manusia yang waras.

Mungkin ini tulah yang sedang menimpa Anwar akibat doa-doa orang yang pernah dizaliminya.


Mungkin selepas ini akan lebih ramai yang akan keluar dari PKR. Bahkan sudah ada ura-ura beberapa ADUN PKR dan DAP yang bersimpati dengan Khalid akan menjadi calon Bebas yang pro PAS dan Khalid.

Beberapa Cabang dan Ranting PKR di dalam dan luar Selangor sudah mula hilang kepercayaan pada parti akibat masalah pemilihan 2014 yang belum selesai, ditambah dengan kemelut di Selangor sekarang. Hanya tunggu masa nak bubar dan akan diambil alih secara faraid masing-masing oleh PAS dan DAP.   

Nampak gayanya peluang PAS mendapat lebih banyak jawatan Exco, pengarah-pengarah syarikat GLC Negeri dan jawatan ahli-ahli Majlis PBT akan terlaksana dengan mudah selepas ini.

PAS hanya perlu beristiqamah dan terus senyap-senyap buat kerja, tak perlu kecoh-kecoh sampai baling kerusi meja macam PKR. Nanti dapatlah habuan yang diidamkan. Sabar dan terus berusaha...






SANTAI: BILA KETUM MABUK KETUM...APA SALAH JAH???

Posted: 11 Aug 2014 02:06 AM PDT


Akhirnya Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar walaupun dipecat sebagai ahli seumur hidup PKR.

Nampaknya si KETUM masih tak puas hati lagi. Tak pa Nuar ko minum ketum banyak-banyak lagi, mana tau ada idea lain pulak.

Ko tak perlu mengalah Nuar...sekali penetrasi tak tembus ko cuba lagi...

Kesian kat bini ko... menangis tak dapat jadi MB.

EXCO YANG SOKONG ANWAR SILA LETAK JAWATAN KATA KHALID

Posted: 11 Aug 2014 12:53 AM PDT


AIRMATA ANWAR DAN SAIFUDIN MENITIS MENYEMBAH BUMI

Posted: 10 Aug 2014 11:53 PM PDT


BREAKING NEWS : SULTAN SELANGOR TOLAK AZIZAH

Posted: 10 Aug 2014 11:33 PM PDT


DYMM Sultan Selangor perkenan TS Khalid Ibrahim meneruskan tugas selaku Menteri Besar. DYMM Sultan Selangor tidak menyebut satu bijik pun nama Azizah, menunjukkan Sultan tolak Azizah Anwar Sekeluarga.

The Unspinners

Posted: 11 Aug 2014 11:17 PM PDT

The Unspinners


3 ADUN jumpa TPM? TKI masuk PAS? MI unSPIN *#$%×£& giler

Posted: 11 Aug 2014 08:18 PM PDT


Jika semalam ada 3 adun pkr dilaporkan hilang. Hari ini ada pula 3 adun pkr dikatakan jumpa TPM:


MI pun segera laporan untuk "unspin" berita tersebut:




Sebenarnya mereka spin 4 adun PAS sudah sign sokongan. Mana boleh PAS tak ikut arahan kepimpinan parti?

Semua wakil rakyat PAS dah buat baiah. Kesian ... berapa ramai isteri dan suami wakil rakyat yg akan jadi janda dan duda talak 3? Huhuhu nangis.

Manakala PKR pula, mereka tidak ada baiah. Tiadalah hal lompat parti.

Kalau dipecat melalui proses disiplin yg tak keadilan. Takde crita masuk neraka ...


Lagi pun, Khalid dilaporkan sedia masuk PAS:


Ahli pas masuk ksn masuk syurga. Yg pasti masuk neraka adalah pemimpin yang tidak adil dan mereka yang melakukan maksiat dan liwat.


Dah agak perjumpaan Anwar dan Hadi di spin!!! Tapi kena MI tak???

Posted: 11 Aug 2014 06:31 PM PDT


Malaysian Insider sudah di saman oleh Tan Sri Khalid dan kini Malay Mail Online yang diketuai oleh bekas Malaysia Insider, Leslie Lau nampaknya macam nak cari pasal nak kena saman.

BUkan kita tak tahu Leslie Lau ada dipanggil Anwar baru-baru ini.

Nampak sangat dan memang dijangka ANwar akan spin pertemuan dengan Hadi. Nasib baik tak ada gambar, kalau tidak lagi peluk dan salam lama Anwar depan kamera.

Pertemuan itu sulit dan Hadi mula-mula tak mahu jumpa tapi akhirnya jumpa juga demi kesetiakawanan lepas dalam Pakatan. Nik Aziz dah sebut PAS sedia terus berseorangan.

Belum apaapa Malay Mail Onilne sudah mula spin panjang lebar SINI

Ditulis Malay Mail Online "understand" kononnya Hadi sedia tukar fikiran sebaik Anwar dibuang parti. Kalau betul, kenapa ada pihak seperti Mustapha Ali kata exco PAS mesti terus kekal. Ada yang terang-terang nyatakan sokongan pada Khalid?


Kalaulah betul Anwar sedia gantikan dengan orang lain dari Wan Azizah, adakah orangnya Azmin. Ada ura-ura kata Wan Azizah naik MB sekejap dan gantikan dengan Azmin?

Hai ... nak tukar Khalid pun kecuh tapi nak letak Azmin pasti lagi kecuh. DAP dan PAS tak berkonan dengan Azmin. Dalam PKR pun ramai tak berkonan.

Lagi pun Anwar dah kojokan Azmin dan dia diam saja...

Spin yang dilakukan Malay Mail Online sesuai dan selari dengan putarbelit Anwar selama ini untuk gambarkan PAS tak mahu Wan Azizah sebab dia perempuan. Ia supaya kaum wanita tak suka PAS... jahat hati Anwar ni.


Klaau betul Hadi nak konar, kenapa Jahabar Sadique di Malaysian Insider tak ikut sama seiring sejalan dengan rakan seperjuangan Leslie Lau?

Baca MI SINI.

Kena saman Datasonic RM00 juta dan kini di saman Khalid, maka dah takut nak putar belit dan fitnah kot????

20140811-182733-66453740.jpg

20140811-182733-66453898.jpg


Baca sepenuhnya di Bigdog SINI kikiki ....

Pukul 12 dengarnya ada lagi saman jeng jeng jeng .....

Azizah lagi teruk ... boneka and "no experiance"

Posted: 11 Aug 2014 08:27 AM PDT


Wan Azizah admits inexperience for MB job

August 10, 2014

The nominated candidate to replace Khalid Ibrahim as Selangor MB now says she lacks the necessary skills to govern the state.

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) president Dr. Wan Azizah Wan Ismail who has been nominated to fill the Selangor Menteri (MB) post, admits she does not have enough experience to head a state government.

However, she said a change in MB was needed in Selangor now to improve on state policies while mantaining those that benefit the people.

"To me, a change in MB is not important, what is more important is upholding the trust placed in us," she said at a rally on current issues in Selangor last night.



On July 21, PKR's Central Leadership Council (CEC) unanimously agreed to Dr. Wan Azizah as the candidate for the new MB of Selangor, replacing Khalid Ibrahim who is in his second term as the MB.

Dr Wan Azizah, wife of PKR de facto leader Anwar Ibrahim, also refuted allegations that her nomination smacked of nepotism.

"This is not nepotism because I was appointed by Anwar to lead the 'reformasi' movement when my husband was jailed in 1998," she said.


Meanwhile, PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail, speaking at the same rally, outlined a scenario whereby Khalid, who was expelled by PKR yesterday, could be removed from the MB post if at least 29 Selangor assemblymen signed statutory declarations stating their loss of confidence in Khalid's leadership.

He said this could be done outside of the State Assembly unlike a vote of no confidence, which must be done within it.

The Selangor State Assembly has 56 seats.

- BERNAMA

Her supporters ....


Sudah... jangan perasan! Khalid bukan best sangat

Posted: 11 Aug 2014 06:00 AM PDT


Berikut adalah satu jawapan untuk puak-puak penyokong Khalid yang tengah puji dia melambung:

Press statement by MCA Deputy Secretary General Dato' Wee Jeck Seng

S'gor Excos should take collective responsibility for policies which burdened rakyat

PKR Secretary General Dato' Saifuddin Nasution coughed out a seriously flawed excuse to justify PKR's expulsion of incumbent Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who was one time staunch loyalist of Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin had claimed that it was the policies implemented by Khalid which had burdened Selangor residents and his obstinacy in failing to attend PKR political bureau meetings which led to the PKR disciplinary board to sack him (Free Malaysia Today, 11 Aug 14). Saifuddin cited the situations where the Khalid had raised the salaries of the Selangor state Assemblymen, Excos and Menteri Besar, spikes in the business licence renewal fees as among his policies which burdened the rakyat.

For all its merits and purposes, the PKR disciplinary board may only take action on Khalid for his failure to attend political bureau meetings. If the PKR disciplinary board felt that his policies spelt disaster for the rakyat, then why wait until now when PKR factions who are aligned to Anwar chose these last three weeks to prepare a coup against Khalid that they introduce these reasons? From the on-start, the PKR disciplinary board should already have sounded a warning.


Raising the salaries and allowances was a collective EXCO decision. The PKR disciplinary board should also haul up the other three PKR Excos ie Elizabeth Wong, Dr Rodziah binti Ismail and Dr Datoyah binti Alwi for a disciplinary hearing and likewise strip them of their party membership as they too were privy to such decisions which on one hand, taxed rate payers higher so that the MB, Speaker, Deputy Speaker, Exco member and Assemblymen could enjoy increments in salaries and allowances which were higher than the Prime Minister's, Deputy Prime Minister's, Minister, Deputy Minister and MP respectively by up to 373% despite the former's coverage of responsibilities being grossly lower. Meanwhile business operators had to fork out up to 400% more to renew their annual business licences.


PKR should also berate Excos in its Pakatan pact ie DAP and PAS for the burdensome policies because they too are similarly accountable being the decision makers. I reiterate, why wait until now to introduce these excuses when there already was public uproar against the policy failures of Pakatan for the last 6 years.

Dato' Wee Jeck Seng
MCA Deputy Secretary General
Member of Parliament for Tanjong Piai


Perkara yang dipuji adalah hal PKR dan bukan hal rakyat....

6 PERKARA YANG ORANG TAK TAHU TENTANG TSKI

1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!

2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.

3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??

Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!

Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR.

Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.

Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor.

Kejayaan Khalid hanya atas bantuan kerajaan persekutuan. Baik hal air, hal Kidex dll.....semua bergantung kepada keikhlasan keerajaan persekutuan untuk selesaikan masaalah.

Baik Khalid hanya dia nak selesaikan. Anwar tak mahu selesai dan mahu rakyat jadi gadaian politik nya.....

Jangan perasan Khalid tu best sangat ye ....

Anwar di KT nak jumpa tapi Hadi tak mahu ... Adakah Hadi akan tertipu lagi?

Posted: 11 Aug 2014 03:31 AM PDT


Dato Seri Anwar Ibrahim kini berada di Kuala Terengganu untuk berjumpa Dato Hj Hadi Awang.

Masaalahnya Hadi tak mahu jumpa dia dan dia terpaksa bersadai.di Prince Court Hotel.

Anwar tiba menaiki Firefly dan disambut oleh YB AZAM bin ISMAIL- ADUN BANDAR bersama beberapa ahli dan pemimpin PKR Negeri.

Dari situ dia menaiki kenderaan proton Perve metalic WYK 319.

Sumber PAS membritshu Hadi tak puas hati dengsn sikap Anwar yg asyik membelakangi Pas terutama dengan langkah kajang.

Saifuddin ada bersama.

Rasanya Anwar tiada niat untuk pujuk tapi hanya nak jumpa, ambil gambar dan spin kata Hadi setuju.

Malaysian Insider pasti akan jadi tempat spin Anwsr. Khabarnya loyar Khalid sudah masuk permojonan untuk saman Malaysian Insider.

Mesti mereka minta maaf dan harap boleh settle.

Semua tahu trick MI dan Anwar. Kalau Hadi tertipu lagi, memang Pas Piss Pus.

Dari Penang, Pesta Bogel Membogel pindah ke Shah Alam

Posted: 11 Aug 2014 02:00 AM PDT


Dalam sidang ajhbar pukul 2 tengahhari tadi, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada berkata bahawa beliau akan menghabiskan masa untuk membersihkan diri dari tomahan yang dilempar terhadapnya.

Hmmm ... nampaknya pesta bogel membogel akan bberpindah dari Pulau Pinang ke Shah Alam. DIjangka ramai pemimpin PKR dan DAP yang akan dibogelkan satu persatu.

Sidang yang diadakan ekoran mesyuarat Dewan Penasihat Diraja dan perkenan DYMM Sultan untuk mengekalkan Khalid sebagai MB,  Khalid berjaya meyakinkan SUltan bahawa dia masih mendaat majoriti dari ADUN-ADUN. Siapa ye yang bersama Khalid setelah PKR dan DAP beriya-iya nyatakan mahu Khalid digugurkan?

Khalid berkata PAS masih menyokongnya dan 4 exco bersama bersama menyokong beliau. Di amengatakan akan bertemu exco dalam mesyuarat kerajaan negeri tak lama lagi. Dia akan  menanyakan kepada ahli2 exco dalam persediaan untuk bersama beliau untuk memerintah negeri.

Pastinya yang tak setuju dengannya akan dipecat.

Sehingga ada perkembangan terbaru Khalid akan kekal MB Selangor. Sidang DUN akan datang adalah pada bulan Nvember.


Khalid juga menyatakan akan pertimbangkan untuk masuk Pas dan akan cuba membersihkan diri dahulu drpd tomahan yg dilemparkan.

 Dia juga kata tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah. Perkara apa yang tak ke mahkamah?


Hannah Yeoh dah kena beli ... sedap gaji besar. Tak usaha gugurkan Khalid?

Posted: 11 Aug 2014 12:08 AM PDT



Kalau dalam krisis Perak dulu, Speaker SIvaluar sudah berusaha untuk dapat Dewan untuk bersidang dan gantung 3 orang ADUn supaya Pakatan dapat selamatkan Nizar Jamaluddin dari di gugurkan.

Tapi kali ini kenapa Hannah Yeoh relaks saja?

Adakah kerana dia sudah kenyang dapat gaji besar????

khalid-must-quit-says-dap

Twitter - HoHoFatt- @hannahyeoh why don't you resign- ... 2014-08-11 02-11-28

HannahDoubleChinGaji 

Baca Helen Ang SINI

ve?


HannahAgeSpots 

Madam speaker dah dibeli atau tak tahu buat kerja??????????

Sultan Mahu Khalid kekal ... Mesti Anwar maki haramjadah!!!

Posted: 10 Aug 2014 11:33 PM PDT


TERKINI


MB Selangor TS Khalid Ibrahim umum DYMM Sultan Selangor perkenan untuk beliau meneruskan tugas selaku Menteri Besar - RakyatNews

Khalid juga kata dia terima keyakinan majoriti ahli Dewan undangan Negeri? Hmmm ... iya ke? Menarik ni.


Laporan akan datang ...

TS Khalid Ibrahim yakin tiada sebarang masalah untuk beliau teruskan jawatan selaku MB Selangor walaupun telah dipecat dari PKR-RakyatNews

Adun-Adun Negeri Selangor boleh usulkan undi tidak percaya kepada TS Khalid Ibrahim namun setakat ini tiada sebarang usul diterima oleh pihak istana-RakyatNews

Khalid Ibrahim tegaskan beliau akan fokus untuk kembali membersihkan nama beliau dari segala tohmahan dan fitnah parti PKR-RakyatNews

TS Khalid Ibrahim akan pertimbangkan tawaran untuk sertai PAS tetapi sekarang beliau akan tumpukan untuk membersihkan namanya-RakyatNews

"Sekiranya exco tidak mahu bekerja dengan saya, mereka yang perlu tinggalkan jawatan, bukan saya,"- TS Khalid Ibrahim - RakyatNews.

@@#^&* DUN hanya bersidang November. Si Speaker Hannah Yeoh tak buat apa-apa.

oyabun

Posted: 11 Aug 2014 11:12 PM PDT

oyabun


Salah Satu Punca Khalid DiPaksa Letak Jawatan Kerana Membatalkan Projek Ternakan Babi Bernilai 100 juta?

Posted: 11 Aug 2014 09:39 AM PDT


DAP mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bagi membincangkan isu MB Selangor dan telah memutuskan untuk menyokong sepenuhnya tindakan pemecatan keahlian Khalid Ibrahim dari PKR. Mereka juga telah bersetuju untuk meneruskan khidmat EXCO DAP dalam kerajaan negeri Selangor. Anwar Ibrahim pula diraikan sebelum mesyuarat bermula oleh CEC dalam satu majlis sambutan ulangtahu kelahiran beliau yang ke 67.

Tan Sri Khalid dianiaya dipaksa letak jawatan MB Selangor kerana batalkan projek DAP ternakan babi terbesar di asia RM100 juta di Sepang -akui Tony Pua DAP pada lidah rsmi pembangkang MalaysiaKini

1. Tony Pua MP Dap hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara telah memberi sebab punca utama Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilaiRM100 juta pada 2008.

2. Projek ternakan babi mega terbesar di asia ini pada asalnya telah diluluskan oleh Teresa Kok selaku Exco Selangor 2008 yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan.

3. Teresa Kok MP DAP kini hasil pilihan Melayu Seputeh dulu telah menempatkan lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia ini di tempat penduduk majoriti Melayu iaitu di Sepang.
Akan tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu melindungi Islam sensitiviti orang Melayu telah membatalkan projek mega RM100 juta ini.

4. Kini Hanipa Maidin MP PAS hasil pilihan Melayu Sepang antara individu yang paling lantang mengkritik tindakan Haji Hadi Awang kerana mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Kita semua sedia maklum bahawa parlimen Sepang adalah bekas lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia. Dan Hanipa Maidin MP PAS selaku peguam bela bagi kes kes syiah telah tekad mencadangkan lebih rela DAP menjadi MB Selangor.

5. Adakah Hanipa Maidin yang bersungguh sungguh mahu MB Khalid Ibrahim ditukar punya hubungkait projek ternakan babi mega terbesar Sepang dengan DAP?

Kita sedia maklum Tony Pua MP DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi mengkritik secara lantang memberitahu bahawa sebab utama MB Khalid Ibrahim perlu ditukar adalah kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008.

Bukti Tony Pua DAP mengaku punca utamaKhalid Ibrahim ditukar kerana batalkan projek ternakan babi mega terbesar: http://www.malaysiakini.com/news/270743

Bukti HanipaMaidin mahu DAP jadi Menteri Besar Selangor:

http://www.themalaysianinsider.com/.../hadi-tiada-kuasa...-
Bukti Hanipa Maidin PAS jadi peguam bela bagi syiah: http://www.malaysiakini.com/news/167279

Bukti Hanipa Maidin PAS tulis artikel diakhbar harakah puji ulama syiah Khomeini http://imagizer.imageshack.us/a/img221/1739/
Bukti Teresa Kok DAP akui selaku Exco Selangor 2008 luluskan projek ternakan babi mega terbesar di blognya sendiri.

Wasabi Oyabun..

Belantan

Posted: 11 Aug 2014 11:11 PM PDT

Belantan


Pekung dan hanyir politik PKR?

Posted: 11 Aug 2014 04:12 PM PDT


Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, sebuah parti bersedia membuka pekung atau 'membasuh dosa' pemimpin sendiri secara terbuka. Tetapi seperti dimaklumi semua, tiada apa yang mustahil atau aneh dalam politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Itulah yang berlaku kini dalam keghairahan pucuk pimpinan PKR untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor. PKR bersedia mengarahkan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan beberapa urusan perniagaan dan pentadbiran di bawah Abdul Khalid bagi menimbulkan soal integriti.

Walaupun perkara itu sudah dibangkit dan pernah dipersoalkan oleh UMNO termasuk dalam Dewan Rakyat namun Abdul Khalid dipertahankan bermati-matian oleh pucuk pimpinan PKR ketika itu, sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) dituduh cuba merosakkan reputasi dan integriti Abdul Khalid.

Kini ternyata, 'peluru-peluru' itu juga yang kembali digunakan oleh PKR bertujuan menjatuhkan beliau dalam usaha mencapai cita-cita Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Namun Abdul Khalid yang mungkin sudah masak dengan permainan politik kotor dalam PKR tegas mempertahankan diri dengan menyifatkan dakwaan Saifuddin sebagai tuduhan liar yang bermotif politik dan berniat jahat semata-mata, malah beliau `mempersilakan' Saifuddin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara.


Dalam pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR serta UMNO, rata-rata kagum dengan `keberanian' Abdul Khalid. Biarpun diserang kiri kanan oleh pemimpin dan parti sendiri namun beliau dilihat stabil dan tidak tergugat.

Bagi Abdul Khalid, apa yang berlaku sekarang sekadar perebutan kuasa politik dalam PKR sedangkan beliau mempunyai mandat untuk memimpin negeri dan memikul amanah rakyat.

Malangnya, fakta ini tidak pernah difikirkan oleh para pemimpin PKR khususnya Anwar dan konco-konconya. Mereka tidak mampu melelapkan mata dan seolah-olah tidak merasai nikmat Aidilfitri apabila asyik memikirkan pasal Abdul Khalid.

Justeru mahu atau tidak, setuju atau tidak, biar apa pun terjadi, Abdul Khalid mesti diturunkan dari takhta pemerintah negeri Selangor yang kaya-raya. Setelah usaha secara lembut termasuklah merancang pilihan raya kecil 'paling memualkan' di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, gagal 'memujuk' Abdul Khalid, maka usaha secara tidak terhormat pula dirancang.

Kepimpinan PKR dilihat mula melaksanakan politik paksaan dengan cara menimbulkan isu bagi menjejaskan reputasi dan integriti Abdul Khalid, dimulai dengan menghantar surat tunjuk sebab kerana keengganan beliau berundur daripada jawatan MB.


Sebenarnya, PKR tidak ada alasan kukuh untuk menjatuhkan Abdul Khalid. Apa yang ada dalam tangan mereka ialah kerakusan untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB.

Atas sebab itulah juga, sekutu-sekutu PKR terutamanya Pas melihat, apa yang dilakukan oleh PKR sudah melampaui batas dan parti itu tidak mahu bersekongkol dalam perebutan kuasa dalaman PKR.

Para pemimpin Pas mahu alasan kukuh kenapa Abdul Khalid perlu mengosongkan kerusi MB dan mengapa PKR tidak berunding terlebih dahulu dengan mereka sebelum mengambil langkah politik yang besar seperti itu.

Hakikatnya segala-galanya diatur Anwar. PKR terus dan sengaja melupakan bahawa kerusi MB Selangor bukan hak mutlak mereka. Sebab itulah ramai yang ketawa apabila Saifuddin dengan penuh yakin menyatakan kerusi itu hak multak PKR. Biarpun beliau dikenali seorang yang sering bercakap berdasarkan fakta dan angka tetapi kali ini Saifuddin bagaikan bermimpi di siang hari, bercakap seolah-olah mengikut perasaan serta terperangkap dengan keghairahan untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Semua orang tahu, PKR menguasai kerusi MB atas ihsan Pas dan DAP. Malah parti paling layak ialah Pas bukan PKR. Fakta ini sudah berulang-ulang kali dinyatakan, malangnya Saifuddin bagai `buta mata, pekak telinga dan tertutup hatinya' untuk menerima hakikat ini.

Berikutan itulah para pemimpin Pas 'melenting' kerana menganggap PKR telah mengkhianati kesepakatan dan tidak tahu menghormati orang yang membuat ihsan kepada mereka.

PKR rancang segala-galanya berhubung kedudukan MB Selangor sehingga langsung tidak pernah mengajak Pas berunding. Tetapi apabila merasakan perancangan tersebut terbantut, mereka cuba menagih simpati Pas untuk bersekongkol.

Namun walau sekeras manapun tindakan atau tekanan oleh kepimpinan PKR terhadap Abdul Khalid, belum tentu mampu mencapai cita-cita mereka khususnya Anwar untuk menyingkirkan beliau. Ini kerana Abdul Khalid mempunyai banyak cara untuk menghalang niat tersebut termasuklah membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

"Membubarkan DUN adalah pilihan terakhir yang ada pada Abdul Khalid jika kepimpinan PKR terus 'menyerang' beliau dan kita bersedia menghadapi situasi tersebut,'' kata seorang pemimpin Pas Selangor ketika dihubungi.

Walaupun Abdul Khalid mungkin menyedari tidak akan menduduki lagi kerusi MB selepas itu, tetapi itulah cara terbaik mengatasi polemik yang dicipta oleh kepimpinan PKR ini. Abdul Khalid mungkin lebih rela mengembalikan mandat kepada rakyat, yang diperolehinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas `dikhianati' oleh 'rakan' pemimpin dalam parti sendiri demi merebut kerusi MB.

Rakyat Selangor memberikan mandat untuk penggal kedua kepada pakatan pembangkang kerana percayakan kemampuan Abdul Khalid, ekoran rekod baik semasa penggal pertama. Jika tidak, sudah pasti awal-awal lagi mereka akan menolak pakatan tersebut.


Mungkin inilah cara terbaik. Serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapa yang mereka mahu menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Tidak perlulah rakyat diheret sama dalam percaturan politik dan perebutan kuasa PKR yang semakin membosankan ini.

Sementara itu, apa yang boleh dibuat adalah menunggu selama manakah Abdul Khalid mampu bertahan dan melihat bagaimana dahsyatnya politik PKR yang sanggup memusnahkan reputasi pemimpin sendiri semata-mata mahu memenuhi nafsu politik pemimpin-pemimpin kanan mereka.

Bayangkanlah, kalau Abdul Khalid yang sebelum ini dijulang sebagai wira oleh PKR kini sanggup dilayan bagaikan musuh oleh partinya sendiri, apa pula nasib para pemimpin lain yang tidak sehebat beliau? Atau jika Abdul Khalid yang dianggap bersih boleh dilayan sebegini, bagaimana pula dengan para pemimpin lain yang mempunyai 'fail' atau 'rekod' rahsia tersendiri?

Mungkinkah fail dan rekod itu suatu hari akan dijadikan 'senjata' oleh kepimpinan PKR untuk menjatuhkan mereka?

Paling penting untuk ditanya, apakah segala dakwaan yang sebelum ini melibatkan pemimpin PKR adalah satu kebenaran tetapi dinafikan kerana pemimpin itu masih belum bermusuh dengan pucuk pimpinan parti?

Krisis politik di Selangor yang melibatkan perebutan kuasa dalam PKR mendedahkan betapa buruknya amalan politik dalam parti itu dan malang sekali Abdul Khalid menjadi 'mangsanya'.

Apa pun, sama-samalah kita nanti kesudahan perebutan kuasa politik PKR di Selangor, sama ada Abdul Khalid mempunyai ketahanan diri atau mengundur diri, yang pasti rakyat Selangor tidak berhak menyaksikan negeri itu ditadbir oleh mereka yang tiada kredibiliti.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Tergamakkah Pas melukakan hati Anwar?

Posted: 11 Aug 2014 08:41 AM PDT


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat seketika boleh menarik nafas lega. Majlis Syura Ulama Pas sudah menyatakan sokongan. Kenyataan badan tertinggi Pas itu cukup kuat.

Abdul Khalid perlu kekal memimpin Selangor. Selagi beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan, beliau akan terus memegang jawatan tersebut. Majlis Syura menegaskan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak kerana kepentingan rakyat mengatasi kepentingan individu dan parti.

Ketika kemelut jawatan Menteri Besar Selangor baru bermula, beberapa pemimpin tertinggi dan kanan Pas sudah menyatakan pendirian yang sama. Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka mahu Abdul Khalid kekal sebagai

Menteri Besar. Parti itu melihat tidak ada sebab yang munasabah mengapa isteri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail perlu menggantikan beliau. Walaupun itu satu tuntutan dan kemahuan Anwar dalam Langkah Kajang, Pas berpandangan sebaliknya.

Pada sebelah malam hari yang sama Majlis Syura Pas membuat keputusan itu, kira-kira 1,000 penyokong Abdul Khalid menyertai majlis solat hajat perdana di kediaman rasminya. Menariknya, majoriti yang hadir adalah pemimpin dan ahli Pas Selangor. Sokongan daripada pemimpin Pas kumpulan ulama nampak kental. Setakat semalam, bunyinya tegas dan tidak goyah. Cuma sedikit pelik, suara puak Anwarinas di dalam Pas masih tidak kuat kedengaran. Kalaupun ada, bunyinya tidak terlalu lantang dan sayup-sayup sahaja. Adakah ini satu strategi, masih menunggu arahan atau menanti masa yang sesuai?

Dalam keadaan diasak dan didesak bertubi-tubi oleh partinya sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya berundur, sokongan kumpulan ulama Pas memberi sedikit kekuatan kepada Abdul Khalid.

Dalam majlis yang sama juga beliau dengan berani memberitahu tidak akan hadir 'menghadap' Lembaga Disiplin parti. Abdul Khalid sebelum ini diarahkan hadir bagi menjawab beberapa pertuduhan.

Sebenarnya, hayat politik Abdul Khalid sudah berada di penghujung. Kalau mahu diberikan perbandingan, beliau tidak ubah seperti sedang berdiri di atas lantai kaca retak seribu yang akan relai pada bila-bila masa sahaja. Rakan-rakan yang pernah mengangkatnya sebagai Menteri Besar enam tahun lalu tidak henti-henti menikam dan menolak beliau dari pelbagai sudut.

Beliau tidak dikagumi lagi. Label pemimpin berintegriti, berpengalaman luas dan bersih rasuah sudah mula digugurkan satu persatu daripada beliau. Satu demi satu 'keburukan' Abdul Khalid didedahkan. Enam tahun lalu ketika mula-mula dilantik, tidak pula kedengaran cerita mengenai 'pekung ini' dan 'pekung itu' . Alih-alih setelah Langkah Kajang (yang mahu isteri Anwar dilantik sebagai menteri besar yang baharu) mula menampakkan kegagalan macam-macam cerita buruk Abdul Khalid muncul.

Percayalah selepas ini, ada macam-macam lagi 'cerita busuk Menteri Besar' menunggu giliran untuk disebarkan. Tidak mustahil kalau kisah-kisah ini digarap dalam bentuk yang lebih jijik dan jelik.

Cerita-cerita sedemikian mahu mewajarkan kenapa beliau perlu diganti. Tuduhan yang dibuat sekarang nampak longgar dan tidak terkesan di hati ahli-ahli parti. Pas sendiri awal-awal lagi tidak mempercayainya.

Selagi Abdul Khalid bertahan, tidak tumbang, selagi itulah beliau akan diserang. Ingat para pemimpin PKR juga masih menyimpan 'senjata pemusnah terakhir' mereka iaitu memecat Abdul Khalid daripada parti. Perkara ini lambat laun akan berlaku juga, jika segala 'kerja keras' sedang berjalan sekarang tidak berkesan.

Melihat senario politik yang sedang berlaku di Selangor pada masa ini, penyokong dan musuh politik Abdul Khalid kena mengakui peranan Pas. Sebelum ini, walaupun menjadi penyumbang terbesar kerusi dalam pembentukan kerajaan negeri Selangor, Pas tenggelam dibandingkan dengan DAP dan PKR. Parti itu lebih menonjol sebagai pengikut. Suaranya tenggelam timbul tetapi dalam kebanyakan kes, kata-kata Pas tidak dipedulikan , Sehingga ke satu peringkat Pas, dicap sebagai parti yang sudah 'dicucuk hidung' oleh dua sekutunya itu.

Tetapi berbeza dalam kemelut Menteri Besar Selangor ini, kalau tidak kerana sokongan Pas, jenazah politik Abdul Khalid sudah lama diusung ke tanah perkuburan. Setakat ini Pas masih kelihatan bermati-matian mempertahankannya. DAP sudah lama senada dengan PKR mahukan beliau turun dari takhta Menteri Besar. Beberapa pemimpin Pas sanggup bertelagah dengan pemimpin DAP bagi mempertahankan Abdul Khalid. Malah sampai ke satu peringkat ada pemimpin DAP mahu menyaman pemimpin Pas rentetan daripada perang mulut tuduh menuduh itu.

Seperkara lagi yang perlu diakui, hubungan intim yang dipamerkan DAP dan Pas selama ini hanyalah wayang. Mereka berpura-pura manis ketika berhadapan tetapi realitinya kedua-dua parti itu saling mencurigai dan diselubungi syak wasangka antara satu sama lain. Syukurlah, sekurang-kurangnya, isu ini dapat memperlihatkan warna sebenar wajah kedua-dua parti politik itu.

Walau apa pun keputusan yang dibuat oleh Pas berhubung kedudukan Abdul Khalid, itu bukan masalah PKR. Mengenali PKR, hanya pemimpin mereka sahaja yang betul. Walaupun ada suara akar umbi yang mendesak kemelut ini dihentikan menerusi mesyuarat agung luar biasa, perkara ini tidak akan berlaku.

Persoalan sekarang adakah Pas akan terus dan mampu mempertahankan sokongan mereka kepada Abdul Khalid. Mesyuarat majlis tertinggi pakatan pembangkang dikatakan akan berlangsung esok. Adakah keputusan Majlis Syura Pas akan menjadi asas kepada pendirian yang akan diambil oleh Pas dalam mesyuarat pakatan pembangkang esok ? Atau mereka tiba-tiba 'cair' dan berubah hati apabila berhadapan dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang pada mesyuarat tersebut. Sayugia diingatkan mesyuarat tertinggi Pas hanya akan diadakan seminggu selepas itu. Macam-macam boleh berlaku.

Sejarah sebelum ini pun pernah menunjukkan Pas juga 'flip-flop' dan boleh membuat pusingan U pada saat-saat akhir. Harapnya dalam mesyuarat esok, para pemimpin Pas yang hadir ada kekuatan untuk menyatakan pendirian Majlis Syura. Persoalannya tergamakkah para pemimpin Pas 'melukakan hati' Anwar dan Kit Siang esok?

Suara Politik
Belantan

Anwar terkedu - Sultan Perkenan Khalid Kekal MB Selangor!

Posted: 11 Aug 2014 01:43 AM PDT


11/8/14 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Khalid dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

"Saya telah menghadap DYMM Tuanku pagi tadi untuk sembah maklum kedudukan MB selepas pemecatan saya sebagai anggota PKR.

"Lanjutan pemakluman itu, DYMM Tuanku telah bertanya sama ada saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya, saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"DYMM Tuanku berpuas hati dgn penjelasan yg telah disembahkan dan telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan MB Selangor.

"Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di laman mikro Twitter, lapor Astro Awani.


Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 11 Aug 2014 11:04 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Perkenan Sultan Selangor Kepada @Khalid_Ibrahim Halang Hasrat @anwaribrahim Lantik Bini Jadi MB

Posted: 11 Aug 2014 05:55 AM PDT

Mesti Baca : @Anwaribrahim RM 3 Bilion dan 16 September | Malaysia Today

Posted: 10 Aug 2014 11:44 PM PDT


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_AnwarIbrahim_zps86493e12

Anwar hanya memerlukan sekitar 30 orang ahli parlimen daripada Barisan Nasional untuk lompat dan menyertainya.

Edwin Michael

Sudah pelbagai analisis telah dibuat melibatkan krisis politik di negeri Selangor. Namun, persoalan yang masih gagal dijawab oleh sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim ialah mengapa hanya isterinya sahaja yang layak diangkat menjadi Menteri Besar Selangor?

Tindakan ini juga dilihat membelakangkan Deklarasi Permatang Pauh yang mahukan nepotisme dihancurkan daripada politik negara ini.

Kini setiap tindakan Anwar Ibrahim dilihat terlalu terdesak dan terburu-buru seolah-olah terdapat satu agenda rahsia yang mahu direalisasikannya. Dan jelas kelihatan buat masa ini hanya DAP menyokong penuh setiap langkah Anwar Ibrahim untuk mengapai agenda rahsianya itu.

Percaturan politik Anwar ini memang adakalanya terlalu bijak namun percaturannya kali ini hanya menimbulkan pelbagai teori konspirasi.

Andaikata isterinya, Wan Azizah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor, secara langsung Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan berada dibawah kawalan Wan Azizah atau dalam erti kata lain akan berada dibawah kawalan Anwar Ibrahim.

Apa istimewanya MBI ini? Tentunya keistimewaan MBI ini adalah terletak pada dana yang bernilai ratusan billion ringgit. Jika dana ini dapat dikuasai oleh Anwar Ibrahim maka jalannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin luas.

Langkah Kajang merupakan perintis kepada segala kekusutan ini. Sebaik Wan Azizah menjadi Menteri Besar, sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim akan mula mengatur strategi untuk memujuk dan membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Dalam konteks ini, Anwar hanya memerlukan sekitar 30 orang ahli parlimen daripada Barisan Nasional untuk lompat dan menyertainya.

Andaikata, jika seorang ahli parlimen ditawar sekitar RM50 juta sekali pun, kos keseluruhan hanya mencecah RM1.5 bilion. Dana MBI sememangnya kukuh untuk menanggung kos ini.

Namun, Perdana Menteri dan Barisan Nasional khasnya tidaklah sebodoh itu untuk biarkan semua ini terjadi. Maka, strategi Barisan Nasional pula adalah untuk terus menyokong penuh pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini dituduh derhaka dan layak ke neraka oleh Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Andaian ini dikukuhkan kerana jelas kelihatan media regim Barisan Nasional turut memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Propaganda ini menimbulkan sentimen simpati pada Menteri Besar dan kebencian pada Anwar Ibrahim.

Permainan sentimen ini pula amat penting buat regim kerana ini bakal menjadi senjata kuat mereka sekiranya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan. Potensi untuk Barisan Nasional merampas kembali Selangor juga tinggi apabila Najib Razak kini kelihatan lebih berkredibiliti selepas kejayaannya memujuk pemberontak puak pro Rusia untuk menyerahkan kotak hitam MH17 dan pada masa yang sama kredibiliti Anwar Ibrahim yang merudum kerana kegilaannya untuk menjadi raja nepotisme.

Jika Tan Sri Khalid Ibrahim mengundur diri dan memberikan ruang kepada Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar, maka keseluruhan masa depan rakyat Selangor dipertaruhkan untuk memastikan langkah Kajang ini dicapai.

Persoalan terakhir mengapa Anwar perlu lakukan semua ini? Ini kerana panggilan penjara Sungai Buloh semakin dekat. Hanya satu cara sahaja untuknya melepaskan diri daripada sabitan kes mahkamahnya iaitu membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional menggunakan wang rakyat Selangor dan menjadi Perdana Menteri Malaysia 'pintu belakang'. Ini seterusnya merealisasikan impian 16 September yang dicetuskan oleh dirinya sendiri. Maka jelas daripada awal lagi mengapa PAS membangkang setiap langkah Anwar Ibrahim ini. Ini soal amanah rakyat. Ini soal integriti.

Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan bersuhabat dengan Anwar Ibrahim, serangan moral dilancarkan oleh Rafizi Ramli. Realitinya, Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah kambing hitam kepada keseluruhan wayang kulit Anwar Ibrahim ini.

Penulis ialah pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak.

 

http://www.malaysia-today.net/anwar-rm-3-bilion-dan-16-september/


Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 11 Aug 2014 11:03 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Selesai Saman 2 Juta, Hadi Mungkin Akan Buat U Turn...

Posted: 11 Aug 2014 07:35 AM PDT

Anwar mendapat perkenan dari kit sing untuk berjumpa hadi awang di kuala terengganu tadi, menurut sumber, antara perbincangan anwar dan hadi adalah keputusan majlis syura ulama pas yang bermesyuarat pada 7 ogos lepas mempertahankan khalid ibrahim sebagai menteri besar selangor...

Antara plan awar ialah, meminta hadi persetankan keputusan mesyuarat majlis syura ulama pas dan meminta hadi memberi tahu kepada seluruh ahli, penyokong dan adun pas di selangor supaya menarik balik sokongan mereka terhadap khalid dan sebagai ganjarannya saman ahli pkr terhadap hadi yang bernilai 2 juta itu akan di batalkan serta merta...


Anwar Ibrahim Kurang Senang Dengan Keputusan Sultan Selangor...

Posted: 11 Aug 2014 12:45 AM PDT


Anwar ternyata kurang senang dengan keputusan yang di buat oleh Sultan Selangor yang masih megekalkan khalid ibrahim sebagai menteri besar, dalam sidang media tadi khalid mengatakan...

 "Saya telah menghadap Tuanku pada pagi tadi di Istana Alam Shah untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai menteri besar Selangor selepas pemecatan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Justeru, Tuanku berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan memperkenankan saya untuk terus memegang jawatan sebagai menteri besar," katanya.

Dalam twitter anwar ibrahim, anwar membuat tanda soal, seolah-olah tidak paham dengan keputusan yang di buat oleh Sultan Selangor...

Nampaknya orang penang dan bakal banduan ini cuba mempertikai kuasa dan keputusan Sultan....

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 11 Aug 2014 09:37 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


TUGAS BESAR KALID SELEPAS INI,

Posted: 11 Aug 2014 03:48 AM PDT

KETUA UMUM.,,KETUM SAKIT PALA.

Posted: 11 Aug 2014 02:40 AM PDT

ANWAR TENSION. JUALAN KARIPAP AKAN MENINGKAT NAIK PETANG NI !

Posted: 11 Aug 2014 12:13 AM PDT

KALID KEKAL MB..ANWAR RAFIZI NAK GULING ATAS JALANRAYA..???

Posted: 10 Aug 2014 11:43 PM PDT

ANWAR BOLEH GILA..KALID KATA...

Posted: 10 Aug 2014 10:28 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 11 Aug 2014 09:27 PM PDT

PenangWasabi


Komen dari penyokong PAS sendiri isu MB Selangor...?

Posted: 11 Aug 2014 09:48 AM PDT


Ini semua salah UMNO lagi aduhai....!!!

Penang Wasabi

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 Aug 2014 09:13 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Khalid Samad Paling Tadah, Bocor Rahsia Rumahtangga Anwar Ibrahim

Posted: 11 Aug 2014 08:07 PM PDT



YB Budiman Tidak Nafi Bakal Dilantik Exco Selangor

Posted: 11 Aug 2014 09:03 AM PDT

Selepas Khalid & Faekah, Siapa ADUN PKR Yang Turut Sama Akan Dipecat?

Posted: 11 Aug 2014 07:57 AM PDT



Inilah Ajaran Yang Mahu DAP Asuh Pada Setiap Gadis Melayu Yang Masuk DAP

Posted: 11 Aug 2014 06:56 AM PDT



Esok 6 Orang Exco PKR & DAP Akan Kena Pecat?

Posted: 11 Aug 2014 03:13 AM PDT

Kenyataan Media Penuh : Khalid Ibrahim Dakwa Masih Dapat Sokongan Majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor

Posted: 10 Aug 2014 11:44 PM PDT


Khalid Ibrahim Tunjuk Isyarat Bagus Bila Keluar Dari Istana, Kekal Sebagai MB Selangor?

Posted: 10 Aug 2014 10:06 PM PDT

Khalid Ibrahim Bakal Bentuk Kerajaan Campuran Di Selangor?

Posted: 10 Aug 2014 09:26 PM PDT




BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 Aug 2014 03:03 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pelakon filem lucah dibelasah teman lelaki ketika sedang 'curang'

Posted: 11 Aug 2014 09:00 AM PDT

Seorang pelakon filem lucah cedera parah dan mengalami kesukaran untuk bercakap setelah dibelasah dengan kejam oleh teman lelakinya yang juga seorang peserta rancangan seni mempertahankan diri MMA di Las Vegas di rumah mereka. Christy Mack kini terlantar di hospital dan Jon Koppenhaver atau lebih dikenali sebagai War Machine diburu polis.

Kejadian tersebut berpunca daripada orang ketiga yang turut teruk dibelasah oleh Jon. Mereka dikatakan melakukan hubungan seks ketika dicekup Koppenhaver.

Koppenhaver masih lagi belum menyerah diri tetapi sempat menulis di akaun twitter:
'@ChristyMack I love you and hope you're okay. I came him (sic) early to surprise you and help you set up for your convention. I can't believe what I found and can't believe what happened.

'I'm so heart broken...in all ways. I will always love you.'
Laporan menyebut Mack mengalami kecederaan parah, patah tulang rahang dan matanya. Rakan-rakan dan ahli keluarga turut menawarkan hadiah RM15,000 bagi sesiapa yang berjaya mengesan Koppenhaver.


Bekas Setpol Khalid, Faekah Husin isytihar keluar PKR

Posted: 11 Aug 2014 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mengisytiharkan keluar daripada PKR serta merta selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor berkata, tindakan itu diambil berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti menangani isu yang berbangkit daripada kedudukan jawatan Menteri Besar secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan dilakukan pucuk pimpinan PKR ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan parti itu sejak ditubuhkan 4 April 1999," katanya dalam satu surat makluman keluar parti yang dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, petang tadi.

Keputusan Faekah itu berkemungkinan membawa kepada tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR untuk mengambil langkah yang sama.

Menurut sumber, tiga ADUN dijangka keluar parti dan akan memaklumkan perkara itu dalam masa terdekat selepas kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR yang gagal menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

PKR, DAP tuduh Khalid hasut Sultan S'ngor dengan maklumat palsu

Posted: 11 Aug 2014 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: PKR dan DAP mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim memberi maklumat palsu kepada Sultan Selangor berkaitan sokongan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataan bersama berkata:

"UMNO menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong Khalid seperti yang didakwa oleh Menteri Besar itu.

"Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor."

Selain itu, PKR dan DAP mendesak supaya Khalid membuktikan kepada rakyat beliau mendapat sokongan majoriti seperti yang didakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO," kata mereka.

Mereka berkata, PKR dan DAP mengambil maklum kenyataan Khalid selepas menghadap Sultan Selangor pagi ini bahawa beliau akan kekal menjadi Menteri Besar kerana mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ADUN Selangor. Menurut mereka, PKR dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa Khalid tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Menteri Besar Selangor dan ini bermakna Khalid sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh daripada jumlah ADUN di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini.

"Oleh yang demikian, kenyataan Khalid kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.

"Dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, itu juga bermakna Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 ADUN UMNO," kata mereka.

Sementara itu, PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Rakaman video detik cemas pelakon Eja, Noryn Aziz dirompak

Posted: 11 Aug 2014 02:15 AM PDT

Sebuah rakaman kamera CCTV yang memaparkan detik cemas kejadian rompakan yang dilakukan ketika rumah terbuka seorang pelakon, Eja Othman.

Turut berada di tempat kejadian adalah penyanyi terkenal iaitu Noryn Aziz dan anaknya. Mujurlah, tiadak berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini.

Anwar hilang kata-kata ekoran kenyataan MB

Posted: 11 Aug 2014 01:15 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal "??".
Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.

Tayang punggung, kangkang untuk dapat undi peminat

Posted: 11 Aug 2014 12:31 AM PDT

MTV Video Music Award 2014 tiba lagi. Siaran langsungnya akan ditayang pada 24 Ogos ini.

Proses undian masih lagi terbuka untuk semua calon.

Apa yang menarik, Miley Cyrus antara yang tercalon dan beliau menggunakan pelbagai kaedah untuk peminat mengundinya.

Antaranya, melalui laman Instagram, beliau memuat naik foto separuh bogelnya yang sedang bertinggung, untuk memancing undi peminat!



Sultan Selangor perkenan Khalid kekal, pertimbang sertai PAS

Posted: 10 Aug 2014 11:41 PM PDT

SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor perkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong Khalid tanpa wakil DAP dan PKR.

Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan neger itu.

'Khalid penderhaka yang belum masuk neraka' - Zuraidah

Posted: 10 Aug 2014 09:01 PM PDT

SHAH ALAM: Pemimpin-pemimpin PKR malam ini memulakan siri ceramah membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah parti itu memecat beliau kerana didapati tidak lagi berwibawa untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Beliau menuduh Khalid sebagai menderhaka kepada PKR kerana enggan mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu.

"Parti memilih Presiden dan sanggup juga (Khalid) ingkar, bagaimana kita mahu menerima anggota yang bersikap demikian. Derhaka tapi belum masuk neraka lagilah."

Mestilah ada sikap rendah diri cukuplah lima tahun kita beri untuk beliau mentadbir cara beliau dan sekarang kita minta beliau bagi laluan tapi beliau berdegil " kata Zuraida.

"Saya cakap tentang etika anggota parti. Harus mematuhi undang-undang parti kalau tidak mahu buat parti sendiri dan jadi MB sendiri," tambah beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Selangor.

"Lepas ni (saya minta Khalid) buat parti BEBAS ikut pilihan raya tengok boleh menang ke tidak," katanya ketika menyampaikan Penerangan Isu Semasa Selangor kepada rakyat Shah Alam.

Jelasnya lagi, keputusan parti untuk menyingkirkan menteri besar Selangor itu diambil petang tadi setelah parti sabar menunggu penjelasan Khalid bersabit beberapa isu.

Pelajar tingkatan 2 dirogol empat rakan Wechat di Kemaman

Posted: 10 Aug 2014 06:04 PM PDT

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk 'teman lelakinya' dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.

"Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.

"Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik," katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.

"Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.

"Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.

Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

"Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.

"Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol.

Rashid Sidek letak jawatan, Dharma 'dipecat'

Posted: 10 Aug 2014 05:09 PM PDT

Kuala Lumpur: Dua ketua jurulatih - Rashid Sidek dan Muhammad Dharma Raj Abdullah - yang menjadi tumpuan selepas berakhir Sukan Komanwel Glasgow baru-baru ini, gara-gara prestasi hambar skud bimbingan mereka akhirnya menemui takdir masing-masing.

Rashid yang dipersalahkan seratus peratus oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dek prestasi buruk perseorangan lelaki, Liew Daren semalam memutuskan untuk meletak jawatan dalam tempoh terdekat.

Namun, nasib Dhaarma pula hanya diputuskan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang mengadakan mesyuarat Majlis tergemar hari ini.

Duke of UMNO

Posted: 11 Aug 2014 02:08 PM PDT

Duke of UMNO


VIDEO LAWAK ANWAR PALING VIRAL YANG TERKINI..!!! DON'T MISS IT..!!!

Posted: 11 Aug 2014 06:17 AM PDT

Betulll...!!! Saya tak tipu... Memang betul saya ketawa kuat masa tengok video ni... sampai terkejut kawan-kawan kat opis bila saya ketawa macam tu... 

Sorry laaa... bukan saya sengaja... spontan saja ketawa saya berderai sampai keluar ayaq mata... hahahahhahaaaa...

Ni dah betul-betul kes kronik dah ni.... asyik dok kondem orang saja... tiba-tiba Allah bukak sendiri aib dia di mata umum...! Heh! Rasanya satu dunia gelak kat mamat ni kalau tengok video tu...

 

Sampai sekarang saya dok tersengih-sengih.. memang tak boleh belahhhh...heh!

Nak tahu apa yang saya ketawakan? Tengok kat sini... rasanya hangpa pun akan kata mamat tu dah biol! heh!

PAS TERKENA... MELENTING MARAH NAMPAKKKKK...HEH! ADA BERANI?

Posted: 11 Aug 2014 01:29 AM PDT

Jangan jadi "tong kosong" dari Kedah macam kat atas ni dah laaaa...heh!
Baru-baru ni Datuk Ahmad Yakob yang gantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan lantang bersuara. Kalau sampai ke media, selalunya marahnya tu bukan kepalang. Kalau marah sikit-sikit, takkan sampai nak keluar kat media...ye tak?

Melihat pada "marah"nya pengganti Nik Aziz ni, saya yakin ia ditujukan pada PKR dan DAP, khususnya Anwar dan konco-konconya, serta Kit Siang dan Dinastinya yang sedang membangun di "Republik of" Penang nunnn...

Apa? Berani? PAS berani keluar dari Pakatan Haram? Baru sedar diperlekeh? Baru berani mengaku "diperkotak-katik" selama ni? Saya dan ramai lagi rakan-rakan seagama dah beritahu PAS sejak 2008 dulu... tapi kami pulak yang diherdik, dihina dan dihambur maki hamun...

 

Takpa... sabarrr..sabar tu sebahagian dari tanda orang beriman, kan? Dan sekarang PAS dah tak tahan dah? Berani ke nak keluar Pakatan Haram tu? Atau "wayang kulit" lagi..? Mitossssss...heh?

Cuba baca kat sini apa yang MB Kelantan tu kata... bukan main lagi...marah betoi...heh!

Tapi sapa la Ahmad Yakob tu pada PAS Pusat? Dia wakili PAS keseluruhan ke? Lain la kalau yang bercakap tu Mat Sabu kaaa... Ayah Chik kaaa... Baru la strong sikitttt...kan? Kalau Dewan Ulama pun Khalid Samad boleh kais ke tepi sebelum ni...apatah lagi Ahmad Yakob..? Heh!

Tapi betul ke PAS berani keluar Pakatan? Alaaa... sebut je tuuu.. bertindak belum tentu berani, kan? Dah banyak kali dah pemimpin akar umbi PAS ngadu kat saya..depa gesa PAS keluar Pakatan sebab tak tahan jadi "kuda"... tapi kena kerat macam tu saja bila sampai kat PAS Pusat....

So camana ni? Cakap saja tak guna... sekadar "tin kosong". Buat dulu...baru orang percaya. Setakar cakap saja..rasanya Ketua PAS Cawangan Taman Melewar pun boleh buatttt...heh! Ye tak? 


GAMBAR DAN VIDEO BAKAR BENDERA ISRAEL DI KEDAH #OpSaveGaza

Posted: 10 Aug 2014 07:31 PM PDT


Siapa kata orang Kedah tak berani? Heh! Silap laaaa... Lebih penting, orang Kedah memang beradab dan matang menunjukkan protes...

Israel? Heh! Rasanya kalau campak sekor askar rejim Israel kat bumi Kedah ni...heh! Rasanya memang teruk kena "kenduri"... bukan takat lembik... lunyai kena balun... tibai habihhhhh..!!!

Jumaat baru ni, bendera Israel kena bakar... siapa bakar? Orang Kedah. Siapa marah siapa? Orang Kedah marah Israel. Israel mungkin tak kenal orang Kedah... tapi at least tutup jugak la McDonald's kat Alor Setar tu...kan?
 
Kat sini..dan kat sini pun ada beberapa keping gambar orang Kedah boikot McDonald's dan bakar bendera Israel...Marvelous..! Bravo..! Allahu Akbar..!!!

Tapi takde la protes boikot cara tak matang...kan? heh! Larikkkkkk...!!!

Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Aug 2014 01:45 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Khalid Dapat Perkenan Sultan Meneruskan Jawatan MB Selangor.

Posted: 11 Aug 2014 04:21 AM PDT

ISU MB SELANGOR disifatkan hampir selesai, apabila Banginda Sultan Selangor memperkenaankan Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan jawatannya.

Dalam perkembangan lain, sebagai syarat sokongan ADUN Selangor, 12 ADUN menyokong Khalid sebagai MB Selangor tanpa syarat. Kenyataan demikian dinyatakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin hari ini.

Jika PAS konsisten dengan sokongan parti itu terhadap Khalid, maka jumlah ADUN yang menyokong Khalid adalah 28 termasuk dirinya. Walaupun keadaan adalah seri, namun tidak diketahui apakah exco kerajaan negeri daripada PKR akan menyokong Khalid, jika menyokong, maka Khalid mempunyai majoriti mudah dalam DUN Selangor.

Melalui keadaan yang ada, maka hasrat Anwar melantik isterinya sebagai MB Selangor, bakal tidak kesampaian setidak-tidaknya untuk sementara waktu, kecuali, PAS melakukan pusingan U.

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Aug 2014 01:38 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Apa Hal Ikon Remaja Melayu DAP, Dyana Sofya Main Lilin Vigil Pulak Dah?

Posted: 10 Aug 2014 07:58 PM PDT


Menjadi hak peribadi untuk menyertai parti chauvinist DAP sebagai wadah perjuangan politik sekiranya merasakan parti berkenaan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Cuma tidak perlu mengadai maruah dan kepercayaan Agama Islam untuk kelihatan menonjol di dalam parti mereka. Saya memahami bahawa Agama Islam mengajar kita untuk menghormati agama lain, tetapi adakah ini cara berpandukan ajaran Islam sebenar? Adakah saya boleh meletakkan harapan kepada pemimpin muda Melayu DAP ini untuk membela nasib umat dan agama Islam kelak?

Untuk apa ikon remaja DAP yang juga calon Parlimen Teluk Intan menghadiri upacara memasang lilin 'vigil' anjuran DAP? Apakah perlu menghadiri upacara sembahyang memperingati roh si mati dengan diiringi sami Buddha? Jangan buat benda-benda khurafat dan haram di sisi Agama Islam Dik. Takut-takut nanti terkeluar dari ajaran Islam. Nauzubillah himinzalik.

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Aug 2014 11:34 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! SULTAN SELANGOR PERKENAN KHALID KEKAL MB , BIKIN ANWAR TERSENTAP !!

Posted: 10 Aug 2014 11:55 PM PDT




-  Abdul Khalid memaklumkan Sultan Selangor perkenan untuk beliau meneruskan tugas sebagai MB Selangor sehinggga ada perkembangan terbaharu.


-  Abdul Khalid memaklumkan Tuanku berpuas hati dengan penjelasan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor. Justeru Tuanku memberi perkenan kepada beliau untuk kekal sebagai MB.

--Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari Pas. Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

- Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan. Beliau akan menemu bual setiap Exconya esok bagi mengetahui sokongan mereka.


-Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau akan mempertimbang cadangan untuk menyertai Pas tetapi buat masa kini beliau akan membersihkan namanya terlebih dahulu.

-Isu pembubaran DUN tidak disentuh dalam mesyuarat dengan Tuanku kerana beliau tidak meminta pembubaran dewan dibuat, kata Abdul Khalid.


- Abdul Khalid menegaskan beliau masih kekal sebagai MB Selangor dan akan menjalankan tugasnya seperti biasa.  -  utusan online - 

MB SELANGOR : DEKLARASI PERMATANG PAUH 1998 DIUNGKIT KEMBALI , ANWAR LANGGAR APA DIKATA !

Posted: 10 Aug 2014 03:00 AM PDT




Pemecatan Khalid Ibrahim kini diungkit balik penyokong PKR mengenai deklarasi Permatang Pauh dilaungkan Anwar Ibrahim ketikan dipecat dulu 1998 . 

Ternyata apa dilaungkan Anwar kini beliau langgar dan lakukan kepada Khalid demi lantik bini sebagai MB Selangor yang tiada pengalaman dalam pentadbiran  .

Rakyat Selangor terutama penyokong PR telah tertipu dengan kata-kata Anwar  dah hari ini beliau menzalimi pemimpin PKR sendiri . 






 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan ingat kembali Deklarasi Permatang Pauh 1998.

Pengerusi Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) Petaling, Hanafiah Husin mendakwa, deklarasi tersebut menyentuh soal larangan kronisme, nepotisme dan rasuah.

"Anwar Ibrahim harus ingat balik Deklarasi Permatang Pauh 1998. Antaranya melarang, membenci dan melaknat, nepotisme, kronisme dan membenci rasuah.

"Tapi apa yang dah jadi sekarang di Selangor? Rakyat kini diperdayakan dan hanya dimomokkan dengan Langkah Kajang.

"Dana Selangor yang banyak itu digunakan untuk kepentingan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui, hari ini.



Beliau turut menyentuh soal  sikap Anwar yang dilihat membuat keputusan dahulu sebelum membincangkannya.

"Di sini kita lihat bagaimana rakusnya rejim Anwar melantik isterinya sendiri tanpa persetujuan pakatan lain.

"Apa yg berlaku sekarang, buat keputusan dulu baru bincang. Ini bukan demokrasi tapi diktator. Kalau Karpal ada, dia akan kata 'Anwar you have done enough'," katanya.

Kira-kira jam 2 petang tadi, dijadualkan berlangsungnya demonstrasi Pasmeb bagi menyatakan sokongan kepada  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun terpaksa ditunda atas nasihat Abdul Khalid sendiri

KHALID IBRAHIM DIPECAT TAPI EXCO PKR & DAP GILA KUASA TAK NAK LETAK JAWATAN !!

Posted: 10 Aug 2014 02:00 AM PDT



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian daripada PKR tidak mungkin tergesa-gesa memohon perkenan Sultan Selangor bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya diadakan pilihan raya negeri.

Beliau masih kekal sebagai menteri besar, itu fakta termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Lagipun, Lembaga Disipin PKR memberikan Khalid tempoh 14 hari untuk merayu keputusan memecatnya yang berkuat kuasa Sabtu.

Jangan lupa, beliau hanya dipecat dari PKR manakala tiada kaitan dengan DAP serta PAS.

Jika DAP dan PAS bersetuju dengan keputusan pimpinan PKR yang sudah hilang kepercayaan terhadap Khalid, kedua-dua parti itu perlu menyatakan secara rasmi dengan perakuan Adun parti masing-masing sama seperti dilakukan Adun-Adun PKR.

Semalam PKR meminta Adun yang mewakili parti membuat akuan sumpah menolak Khalid dan menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Setakat ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad menegaskan akan merujuk perkembangan terbaru politik negeri itu kepada PAS Pusat.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, parti itu juga kan memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok.

Antara cadangan parti itu adalah meminta tiga Adun yang dilantik Exco meletak jawatan kerana tdak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai Menteri Besar.

Untuk rekod PAS dan DAP memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 termasuk Khalid manakala Barisan Nasional hanya 12 kerusi.

Justeri itu, dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR R. Sivarasa sudah tidak layak menjadi menteri besar kerana hilang kepercayaan majoriti dewan negeri Selangor selepas dipecat PKR kurang tepat.

Jika benar, setakat ini Khalid hanya tidak dapat kepercayaan 13 Adun PKR sedangkan keseluruhan Adun Selangor seramai 56 orang.

PKR perlu mendapatkan perakuan semua Adun DAP dan PAS jika betul-betul mahu Khalid hilang kelayakan dan kepercayaan sebagai menteri besar.

Pilihan lain, DAP dan PAS perlu meminta Adun mereka yang dilantik Exco meletak jawatan sekaligus Khalid hilang sokongan bagi menguruskan kerajaan negeri sekarang.

Selangor mempunyai seramai 10 anggota exco kerajaan negeri dengan empat daripada PAS manakala PKR dan DAP masing-masing tiga orang.

Itu pilihan PKR, DAP dan PAS selain membawa usul undi tidak percaya kepada Khalid di DUN Selangor.

Namun, jangan lupa, Khalid juga ada pilihan dan tentu sedang memegang kad paling besar. Selain berdepan undi tidak percaya di DUN, Khalid boleh mohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah membubarkan DUN.

Jika mahu, Khalid juga boleh pecat Exco dari PKR dan DAP terlebih dahulu.

Lagipun, Khalid masih menteri besar, apa salahnya tunjukkan pada PKR dan DAP siapa berkuasa sekarang.

Bagi PKR dan DAP pula, amat memalukan jika tidak minta Exco parti mereka letak jawatan setelah hilang percaya kepada Menteri Besar itu ~ UtaraNews

KALUT NAK PECAT KHALID IBRAHIM RUPANYA HADIAH HARI JADI ANWAR

Posted: 10 Aug 2014 01:17 AM PDT



Rupa-rupanya dok kalut sangat nak tukar MB Selangor hingga lah memecat keahliannya semalam cukup tak adil sekali  adalah kerana  pasal ini .  

Birthday Bang NON rupanya  hari ini dan pemecatan parti merupakan hadiah sempena hari jadi baby tua ni.

Terbukti hari ni sekutu kuat mereka DAP menyambut dengan penuh kegembiraan dan menyokong kuat TSKI dipecat dari parti bagi menendangnya daripada jawatan MB Selangor . 

Entah apa dijanjikan  Anwar kepada DAP supaya menyokong kuat bininya dilantik MB Selangor walaupun tidak disokong majoriti rakyat negeri itu .





Tiada ulasan:

Pengikut