Selasa, 8 Julai 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pusat Judi siber di Melaka semakin banyak - kebanyakan pelanggan adalah Melayu?

Posted: 07 Jul 2014 07:58 PM PDT

AYER KEROH - Bagaikan ada sesuatu tidak kena tentang kegiatan judi siber yang dilihat semakin rancak beroperasi di negeri ini.

Apa tidaknya, setiap kali premis yang disyaki menjalankan kegiatan itu diserbu dan kesemua peralatan berkaitan disita, tidak sampai 24 jam mereka beroperasi kembali.

Keadaan ini seolah-olah ada satu kuasa kebal yang membantu mereka serta membuatkan segala kegiatan mereka langsung tidak terjejas.

Antara yang terpanggil dengan permasalahan ini, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Chiw Tiang Chai yang merasakan tindakan lebih tegas harus diambil sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas mahu membanteras gejala judi siber ini.

Menurutnya yang juga Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) negeri, semua pihak berkaitan harus duduk semeja membincangkan langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini.

"Saya melihat gejala judi siber semakin lama, semakin rancak. Sebab itu, saya ingin tekankan sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas mahu membanteras masalah ini, ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau tidak mahu buat, jangan buat. Maknanya, kalau kita hendak membanterasnya, semua pihak terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) kena duduk berbincang dan ia perlu dibuat serentak.

"Misalnya di Melaka ada empat PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaraya Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) harus lancar gerakan serentak.

"Tetapi perkara ini perlu diperlakukan dengan teliti kerana sindiket ini amat licik dan hari ini kita serbu esok mereka sudah buka semula," katanya.

Beliau yang berpengalaman menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis MPHTJ selama beberapa tahun turut merasakan beberapa organisasi seperti pegawai seranta, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan persatuan-persatuan penduduk harus mengambil tahu kawasan masing-masing sekiranya terdapat premis yang menjalankan kegiatan judi siber.

"Perkara ini, kemudian dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan barulah lokasi berkenaan diserbu serentak.

"Kita tidak mahu dalam menangani isu ini seolah-olah ia dilakukan seperti sandiwara atau bermain wayang," katanya.

Beliau berpendapat kerajaan harus membentuk satu badan yang turut membabitkan Ketua Polis Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri, PBT dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kalau boleh badan ini dipantau oleh suruhanjaya bebas yang dibentuk. Cara ini perlu sekiranya kerajaan ikhlas mahu membanteras dan ia membabitkan soal masa depan anak-anak kita.

"Saya melihat kebanyakan yang datang memenuhi pusat-pusat judi siber ini adalah orang-orang Melayu.

"Sebabnya, tempat ini tersorok dan orang tidak nampak. Berbeza dengan orang bukan Melayu mereka ada tempat khas untuk berjudi misalnya di pusat penjualan nombor ekor atau di kasino-kasino tertentu.

"Orang Melayu tidak boleh pergi tempat itu jadi inilah peluang mereka untuk berjudi dengan melalui pusat judi siber seperti ini. Mereka berasa seronok dan kita bimbang perkara ini yang akan menjejaskan dan merosakkan umat Islam di negara ini," katanya.

Tiang Chai berkata, perkara ini perlu dipantau oleh polis dari ibu pejabat di Bukit Aman dan bukannya negeri.

"Pengusaha pusat judi serta individu di belakangnya meraih keuntungan tetapi yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita. Mereka rosak akhlaknya akibat judi ini.

"Lagi satu cadangan saya, kalau boleh pemilik premis juga kita heret sama dan turut didakwa berhubung masalah ini kerana mereka turut bersubahat hal ini. Selama ini, hanya barangan disita dan kompaun sahaja yang diambil.

"Sepatutnya pemilik premis kena tahu apakah bentuk perniagaan yang akan dijalankan oleh penyewa," katanya.

Sinar Harian

Menyayat Hati : Kasih Abang Sampai Mati

Posted: 07 Jul 2014 07:45 PM PDT

Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.
Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri akibat dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.
Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat. FOTO Arifin Salleh

Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.
Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

"Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Gambar berkaitan :

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kaiat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, saudara Jauhar Mohd Dawi bersama pimpinan pemuda melawat keluarga mangsa

Tiada ulasan:

Pengikut