Pengikut

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 11:37 PG

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Guru mohon segerakan bayaran tuntutan

Posted: 17 Jul 2014 02:17 AM PDT



Guru mohon segerakan bayaran tuntutan
Utusan Malaysia 16 Julai 2014

Tuntutan perjalanan atau dikenali sebagai TNT bagi kakitangan kerajaan merupakan salah satu kemudahan membuat urusan rasmi untuk menjalankan tugas di luar kawasan.

Isu yang ingin saya utarakan di sini ialah tuntutan perjalanan yang masih belum dibayar oleh Kementerian Pelajaran terhadap kakitangannya terutamanya di Jabatan Pelajaran Negeri.

Sebagai kakitangan kerajaan, contohnya guru apabila dikehendaki mengikuti kursus, mesyuarat dan menghantar pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan mendahulukan wang sendiri bagi urusan membayar tol dan juga petrol.

Kebiasaanya akan dibayar dalam tempoh dua bulan selepas tuntutan dibuat, namun demikian isu tuntutan ini telah berlanjutan hampir empat bulan tetapi sehingga kini tuntutan bulan Mac hingga Jun masih lagi belum dibayar.

Jika dahulu mungkin ada yang ambil tidak endah isu kelewatan pembayaran ini namun dengan kedatangan Hari Raya Aidifitri dan kos kehidupan yang telah meningkat naik menyebabkan kami para guru amat tertekan untuk menyambut kedatangan hari raya yang bakal menjelang.

Kami berharap pihak Kementerian Pelajaran dapat menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Pelajaran untuk melunaskan pembayaran tuntutan perjalanan yang tertunggak dari bulan Mac hingga kini.

Ini kerana apabila ditanya kepada Pejabat Pelajaran Daerah mengenai isu ini, mereka menjelaskan bahawa pihak Kementerian Pelajaran tidak mempunyai peruntukan.

Sewajarnya pihak kementerian melihat isu ini secara serius kerana para guru telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka.

Saya amat berharap pihak kementerian akan mengambil serius mengenai perkara ini dan mendapatkan maklumat mengenai Jabatan Pelajaran mana yang masih belum menbayar TNT tersebut.

Walaupun nanti akan ada yang mengatakan ini adalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan saya berpendapat sekiranya isu yang remeh tidak diselesaikan manakan dapat menyelesaikan isu yang besar.

FA Borhan
Taman Casuarina

Comments (0)