Ohpolitik!™ Posted: 30 Jun 2014 03:35 AM PDT Nikmatnya Hidup di Malaysia, Hendak Haji Pun Kerajaan Bantu Rakyat!! Posted: 29 Jun 2014 09:53 PM PDT
Begitu besar nikmat yang diperolehi oleh umat Islam di negara ini.
Hinggakan soal ibadah fardu pun dibantu oleh kerajaan yang memerintah.
Jangan disoalkan semua itu adalah tanggungjawab pemerintah dan sebagai rakyat segala kemudahan itu boleh dinikmati oleh kita selama-lamanya.
Belum tentu sesebuah kerajaan yang memerintah itu mampu menyediakan segala kemudahan.
Belum tentu juga rakyat disesebuah negara itu akan menikmati apa jua yang disediakan oleh sesebuah kerajaan.
Dan belum tentu juga rakyat yang hidup di negara sebuah negara kaya raya dan kononnya jaguh demokrasi boleh hidup aman damai dan beribadah sepertimana yang disediakan oleh negara kita.
Itulah nikmat yang kita umat Islam dapat di negara kita lebih lima dekad hasil sebuah pemerintahan yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Di negara-negara lain, rakyatnya terpaksa menyembunyikan keimanan demi mempertahankan akidah dan maruah.
Ada sesetengah negara, beriman pada Allah dan Islam dianggap sebagai musuh negara, pengganas dan dihina bahkan dihalau dan dibunuh.
Di Malaysia, syukur alhamdulillah kita masih aman damai. Islam dijaga dan kerukunan dengan kepercayaan-kepercayaan lain terpelihara.
Di Malaysia, hendak berbuka puasa, bersahur dan duit raya pun ada disediakan oleh kerajaan yang memerintah. Semuanya kerana pemerintah beristiqamah mendaulatkan ibadah dan sunnah.
Tapi itupun masih lagi ada segelintir manusia yang kufur dan lebih suka menjadi penghasut memecahbelahkan perpaduan ummah. Mereka lebih suka jadi talibarut yang menyampaikan suara-suara hati sumbang minoriti yang tidak bertanggungjawab. Semuanya kerana undi, kuasa dan kedudukan.
Ramadhan ini marilah kita insaf dan menyedari bahawa tanpa kerajaan yang bertanggungjawab belum tentu nikmat-nikmat yang kita perolehi ini akan kekal. Berubah belum tentu akan lebih baik dan lebih senang.
Belum dapat kuasa dah berantakkan baling-baling kerusi. Dapat kuasa nanti mungkin berantakan negara dibaling-baling bom. Nauzubillah!
" Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?" Surah Ar Rahman
mymassa | Tanpa Allah, Kristian Tidak Rugi : Tapi Politik PR MELIHAT SATU KERUGIAN Posted: 29 Jun 2014 09:51 PM PDT
Keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah telahpun diketahui. Masih ramai yang tidak berpuas hati terutama di kalangan ultra kiasu. Saya masih tertanya-tanya apakah tanpa menggunakan kalimah Allah, mereka akan menanggung kerugian yang besar? Sedangkan selama ini, mereka tidak pernahpun menggunakan kalimah, kecuali kalangan mereka di Sabah dan Sarawak.
Hairannya, yang bersungguh-sungguh mahukan kalimah ini adalah kalangan mereka yang berasal dari Semenanjung. Kenapa ya? Mari sama-sama kita cari jawapannya, agar tidak tertipu dengan strategik licik ultra kiasu ini.
Kesungguhan ultra kiasu ini adalah perancangan licik untuk merosakkan akidah umat Islam yang sedang goyah hari ini. Jika mahu sangat berdakwah mengenai agama Kristian, mari berdepan dengan saya. Ultra kiasu tersebut boleh berceramah mengenai Kristian, berjam-jam lamanya, saya ingin mendengar. Selepas itu, bagi pula saya peluang untuk mendakwahkan Islam kepada mereka. Persoalannya, kenapa mereka tidak berani berdepan dengan orang Islam yang kuat akidahnya?
Saya yakin, target mereka adalah umat Islam liberal dan goyah akidahnya. Kumpulan ini mudah didekati dan mudah terpengaruh. Sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan kalimah Allah digunakan bersama.
Bertambah licik lagi, kini, setelah mahkamah menjatuhkan keputusan, mereka begitu berani mengatakan, larangan penggunaan kalimah Allah hanya untuk majalah Herald sahaja. Untuk majlis dan kegunaan lain, tidak ada siapapun boleh menghalang. Nampak atau tidak!
Kenapa saya katakan Kristian tidak sedikitpun rugi atau kehilangan apa-apapun jika tidak menggunakan kalimah Allah?
Pertama, kenapa perlu berebut kalimah Allah, sedangkan selama ini langsung mereka tidak pernah gunakan? (Maaf, saya hanya rujuk ultra kiasu di Semenanjung, bukan di Sabah Sarawak). Rujuklah 'khutbah' dan ceramah mereka sebelum ini. Lagipun, sebutan Allah tidak pernah betul.
Kedua, dengan Kristian beralah, prasangka umat Islam kepada mereka selama ini akan menjadi kendur? Keadaan ini, baik untuk perpaduan nasional. Tidakkah selama ini pihak Kristian selalu mendakwa, bila orang sepak pipi kiri, tidak perlu balas, malah bagi pula pipi kanan. Justeru, mengalahlah.
Fahamilah sensitiviti orang Melayu. Melayu yang saya kenali dan fahami amat sensitif dengan agama, walaupun mereka tidak beramal dan tidak kuat semangat jihadnya. Begitu juga dengan orang India yang beragama Hindu. Isu agama pada mereka amat sensitif. Misalnya, jika orang Hindu amat memuliakan lembu, kita perlu faham sensitiviti mereka.
Tetapi bagi ultra kiasu, terutama kalangan orang Cina, agama tidaklah terlalu penting. Pada mereka, ekonomi yang paling penting. Tanpa agamapun tidak menjadi masalah. Sebab itu, kita lihat dalam keluarga Cina, ada berbagai agama di dalamnya.
Peliknya, bila Cina atau India masuk Kristian, mereka menjadi ultra kiasu. Pasal apa? Sebab, mereka sudah tidak ada kerja lain. Mereka sudah didogmakan untuk mendakyahkan agamanya dalam apa jua keadaan.
Sebab itulah, hari ini, yang begitu berani tampil ke hadapan adalah ultra kiasu dari Semenanjung yang memeluk Kristian. Mereka di Sabah Sarawak, relaks sahaja. Kenapa? Selama ini mereka sudah menggunakan kalimah Allah.
Ketiga, banyak lagi nama Tuhan yang selalu mereka gunakan selama ini seperti God, Lord, dan sebagainya. Tambahlah nama-nama lain, tiada siapa yang larang.
Keempat, jangan banding dengan negara lain, kerana undang-undang dan cara hidup mereka berbeza dengan Malaysia. Fahamilah kehidupan orang Melayu. Mereka dahulu adalah Buddha-Hindu, termasuk juga fahaman anamisme. Selepas Melayu memeluk Islam, disebabkan oleh kepercayaan dan ketaatan mereka kepada raja, semua Melayu pakat-pakat Melayu Islam.
Selepas itu, Melayu tidak lagi bertukar kepada agama lain, walaupun penjajah menjajah dan mendakyahkan agama Kristian. Kenapa Melayu tidak terpengaruh walaupun persekitaran ketika itu tidak Islamik dan terdedah kepada dakyah Kristian seperti sekolah missionari dan sebagainya?
Jawapannya, mudah, Islam sudah sebati dan menjadi darah daging orang Melayu. Dengan Islam jugalah, Melayu berubah, menjadi lembut dan lebih bertolak ansur serta berlaku adil.
Atas sifat ini jugalah Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu menjadi warganegara di sini dengan bilangan yang amat besar tanpa banyak soal. Perkara ini tidak pernah berlaku di negara lain.
Di negara lain, golongan berhijrah terlalu sedikit, berbanding Tanah Melayu. Kenapa jadi sedemikian? Islam telah mengetuk pintu hati Melayu supaya menghargai dan menghormati makhluk ciptaan Allah berbilang bangsa.
Kelima, apakah Kristian akan meniadi kurang Kristiannya, jika tidak menggunakan kalimah Allah? Jawapannya, tidak.
Akhirnya, cubalah fahami isi hati Melayu. Melayu yang saya kenali amat memahami orang lain. Sebab itu, orang lain boleh hidup senang lenang di sini. Namun, jika kita terus mencabar Melayu dan sensitivitinya, saya amat bimbang, Melayu akan bangkit dengan garangnya. Itulah yang dinamakan MENGAMUK.
RIDHUAN TEE Sinar Harian 30 Jun 2014 | |
tunku Posted: 30 Jun 2014 03:30 AM PDT Understand The Jihad Concept, Advice For Muslims Posted: 29 Jun 2014 11:47 PM PDT An Islamic scholar says Muslims should understand the concept of 'jihad' so as not to be easily influenced and deceived in their eagerness to struggle for Islam to obtain 'pahala' (God's reward). Datuk Mohamad Shukri Mohamad, who is the mufti of Kelantan, said many understood the meaning of jihad from the orientalist viewpoint that associated it with 'holy war', meaning opposing non-Muslim adversaries. "That is why it is not suitable to use jihad in the context of the issue in Syria because it is between Muslims, and it is unfair for us to declare the opponents as non-Muslims. "If the war prolongs, it will bring greater harm to the people there, particularly the women, children and the elderly," he said . The dean of the International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), International Islamic University, Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, said misunderstanding of the jihad concept could lead to Muslims getting involved in extremist activitie. "Muslims in the country should enhance their understanding of jihad to avoid confusion that could result in them applying the jihad concept inappropriately," he added. On the involvement of several Malaysians in the Syrian conflict, Mahmood Zuhdi, who is also chairman of the Council of the Deans of Islamic Studies in the Public Institutes of Higher Learning, said there were other ways for Muslims in Malaysia to undertake the jihad. He said jihad had a broad meaning and encompassed various aspects, including thought, energy, property and education. "One can also undertake the jihad in Malaysia, although in a different way from the people's understanding of that in Syria. For example, Muslims here can undertake the jihad for the economy because our economy is still lagging. "They can also undertake the jihad for greater unity of the people because there is still room for building a strong and united Muslim community," he added. The former mufti of Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, said there was no need for Muslims to undertake the jihad to the extent of them going to Syria if they did not have a clear picture of the situation there. "They may encounter problems, such as language barrier and may have to rely on an interpreter, and if that person lies to gain sympathy, they will be deceived,' he added. He said that even the ulama (Islamic scholars) in Syria had advised Muslims against supporting the militants from the Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) because the war was between Muslims and hence not in line with the jihad concept. "Our religion says we can criticise, oppose or have different opinions among Muslims, but we cannot kill one another, and there are other ways to resolve disputes," he added. He said if Muslims truly wanted to undertake the jihad, they could do so in matters that were much clearer, like the Palestinian cause. | |
RAPERA .. Posted: 30 Jun 2014 01:49 AM PDT |
Taipingmali (tm) Posted: 30 Jun 2014 01:19 AM PDT TELCO LINE ALTEL PULAJ DAH ? Posted: 29 Jun 2014 03:37 PM PDT Telco line Altel milik Melayu, internet dan line diceruk kampung juga tiada masalah. Kalau korang terer baca sampai habis. Kalau terer lah.
**cerita diambil dari fan BBCD yang inbox**
(1)PENGENALAN Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.
Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai 'Wira Dermawan'. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia.
Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.
Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.
(2)PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar link www.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:
Effective Marketing Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. 03-21455281
Broadband Solution Sdn. Bhd. Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur 013-3376668
Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:
Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli". Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut) Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!" Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada" Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang) Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan" Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!" Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang" Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)
Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:
Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor" Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?" Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?" Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil" Aku: (10 minit tunggu) Aku: (20 minit tunggu) Aku: (30 minit tunggu) Aku: (40 minit tunggu) *kesabaran yang tinggi perlu ada* Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor" Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli) Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan) Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor" Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888" Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap) Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?" Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7" Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)
(3)TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 - 1GB. Ada juga pilihan RM48 - 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.
Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?
Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.
Dengan ini aku bagi korang kesimpulan tentang Altel 1.Altel milik melayu 2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung 3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain 4.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju. 5.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48 6.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal. 7.Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy
Dah baca panjang-panjang ni jom CLICK SHARE supaya kawan korang yang lain terkena baca sampai habis macam korang, dan mana tau dia berminat tukar Altel? Korang mungkin rasa tak nak tukar lagi, tapi kalau korang CLICK SHARE mungkin kawan korang tukar. Dapat bantu Syed Mokhtar Bukhary pecahkan monopoli telco yang dipegang cina dan india.
Senarai alamat sim card Altel dijual: http://altel.my/en/where-to-buy
Bukti Altel pemegang terbesar 40Mhz: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130924/ko_01/Altel-sedia-masuk-gelanggang
Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066 | |
Belantan Posted: 29 Jun 2014 11:46 PM PDT Bekas Ahli Kumpulan Ukays Kini Didakwa Berjihad Di Syria? Posted: 29 Jun 2014 08:16 AM PDT Rasanya, nama kumpulan Rock zaman 90-an iaitu Ukays sudah lama sepi di arena muzik tempatan. Tiada lagi berita-berita tentang Ukays terutamanya perkembangan terbaru ahli kumpulan mereka. Terbaru salah seorang bekas ahli kumpulan Ukays iaitu Ali Ukays antara rakyat Malaysia yang dikenal pasti yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria seperti dilaporkan The Star kelmarin. Menurut akhbar tersebut, hasil siasatan mendapati Ali Ukays antara individu yang memuat naik gambar-gambarnya serta klip video ke media sosial secara terbuka. Nama Ali Ukays turut disebut di dalam blog-blog serta laman web pro-militan dan dikatakan telah dipengaruhi oleh individu yang cukup dikenali untuk memasuki Syria dan berjuang bersama kumpulan Mujahidin di sana. Ali Ukays antara drummer terawal yang pernah keluardengan dua album Ukays iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang turut mengandungi lagu hit seperti Berkat Kasihmu, Seksa, Kau SAtu-satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.Suara Politik Belantan | |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 29 Jun 2014 11:40 PM PDT Adun DAP Mahu Majlis Agama Islam Selangor DIKEMBIRIKAN... Posted: 29 Jun 2014 10:00 PM PDT
Rajiv Rishyakaran ialah Adun DAP Bukit Gasing, Petaling Jaya Selatan dan juga bekas Pembantu Peribadi Hannah Yeoh.
Rajiv telah mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar berbaur provokatif hari ini.
Dia menuntut agar Menteri Besar Selangor segera mengambil tindakan meminda undang-undang negeri untuk "mengembiri" (dalam bahasa Inggeris "neuter", sila rujuk laporan FMT ) bidang kuasa MAIS.
| PERHATIAN: Untuk Umat Islam Di Negeri Selangor... Posted: 29 Jun 2014 07:00 PM PDT Jangan lupa bayar zakat fitrah... | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 29 Jun 2014 11:40 PM PDT PANAS! Apa Kaitan Nik Aziz Dengan Syarikat Telco Prabayar Internet? Posted: 29 Jun 2014 11:00 PM PDT Diharap pendedahan terbaru ini akan buka mata ramai anak-anak muda Melayu. Ini bukan isu politik tetapi isu kepenggunaan yang sering kali mencengkam belia Melayu iaitu Telco Prabayar Internet. Saban hari kita ditipu oleh syarikat-syarikat telco 'otai' yang dipunyai oleh tokey-tokey besar bukan Melayu. Kali ini akan dikongsikan satu 'player' baru dalam telco prabayar Internet iaitu ALTEL yang menawarkan internet 4G LTE. Altel merupakan telco baru kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Nama CEO Altel adalah Nik Abdul Aziz. Sebab tu dinyatakan di atas bahawa artikel ini bukan isu politik lebih kepada isu kepenggunaan. Jom kita tengok pakej yang ditawarkan oleh ALTEL.
Prabayar ALTEL 4G LTE Prabayar Altel 4G LTE | Buat yang belum mengetahui apa itu Prabayar Altel dan apa yang HEBATNYA mengenai ALTEL jangan risau, saya akan menerangkan kepada anda satu persatu mengenai Prabayar ALTEL yang semakin mendapat tempat di Seluruh Malaysia.
Sedikit mengenai ALTEL
Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary. Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih dan ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju berdesup.
Apa yang membuatkan saya tertarik mengenai ALTEL adalah Pelan Data Jalur Lebar LTE 4G yang di tawarkan. Pelan Data LTE 4G dengan harga yang murah dan munasabah serta mampu milik. Cuba anda lihat Pelan Jalur Lebar Altel bawah.
Liputan Coverage AltelMengenai Liputan (Coverage) Altel, anda tidak perlu risau mengenai nya. Liputan Altel ada di seluruh negara sepertimana celcom kerana buat masa ini Altel dan Celcom bekerjasama untuk membangunkan infrastruktur 4G LTE. Kadar Caj Panggilan dan SMSCaj panggilan hanya 8 sen dan sms 2 sen jika anda mendaftarkan no friend & family ke dalam sistem (untuk nombor2 Altel, celcom, tunetalk dan mana2 no Celcom). Caj biasa adalah 16 sen untuk panggilan dan 5 sen untuk sms ke mana2 rangkaian.
Pek Permulaan AltelCepat miliki segera pek permulaan altel Mula pada hanya RM7. Didatangkan bersama tambah nilai kredit bernilai RM5 dan sah untuk 30 hari.
Untuk Memiliki Pek Permulaan Altel Hubungi No yang tertera di bawah. SMS / Wassap / 0195228052
Sumber : http://ikhmals.blogspot.com/2014/02/prabayar-altel-4g-lte-semakin-mendapat.htmlMemang amat murah jika dibandingkan dengan TELCO cekik darah yang lain. Kat bawah ni pula kisah sedih bagaimana peniaga bukan Melayu menutup periuk nasi ALTEL. So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar link www.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:
Effective Marketing Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. 03-21455281
Broadband Solution Sdn. Bhd. Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur 013-3376668
Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:
Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli". Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut) Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!" Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada" Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang) Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan" Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!" Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang" Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)
Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:
Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor" Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?" Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?" Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil" Aku: (10 minit tunggu) Aku: (20 minit tunggu) Aku: (30 minit tunggu) Aku: (40 minit tunggu) *kesabaran yang tinggi perlu ada* Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor" Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli) Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan) Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor" Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888" Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap) Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?" Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7" Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)
Baca seterusnya di sini : http://taipingmali.blogspot.com/2014/06/telco-line-altel-pulaj-dah.htmlJadi terpulang kepada pembaca sama ada mahu kekal dengan TELCO lama yang cekik darah atau pilih ALTEL yang sememangnya produk MUSLIM yang lebih baik tawarannya.
*Sebar-sebarkan maklumat ini. | TAZKIRAH RAMADHAN: SYUKUR PERGI HAJI PUN KERAJAAN TOLONG. Posted: 29 Jun 2014 07:40 PM PDT
Begitu besar nikmat yang diperolehi oleh umat Islam di negara ini.
Hinggakan soal ibadah fardu pun dibantu oleh kerajaan yang memerintah.
Jangan disoalkan semua itu adalah tanggungjawab pemerintah dan sebagai rakyat segala kemudahan itu boleh dinikmati oleh kita selama-lamanya.
Belum tentu sesebuah kerajaan yang memerintah itu mampu menyediakan segala kemudahan.
Belum tentu juga rakyat disesebuah negara itu akan menikmati apa jua yang disediakan oleh sesebuah kerajaan.
Dan belum tentu juga rakyat yang hidup di negara sebuah negara kaya raya dan kononnya jaguh demokrasi boleh hidup aman damai dan beribadah sepertimana yang disediakan oleh negara kita.
Itulah nikmat yang kita umat Islam dapat di negara kita lebih lima dekad hasil sebuah pemerintahan yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Di negara-negara lain, rakyatnya terpaksa menyembunyikan keimanan demi mempertahankan akidah dan maruah.
Ada sesetengah negara, beriman pada Allah dan Islam dianggap sebagai musuh negara, pengganas dan dihina bahkan dihalau dan dibunuh.
Di Malaysia, syukur alhamdulillah kita masih aman damai. Islam dijaga dan kerukunan dengan kepercayaan-kepercayaan lain terpelihara.
Di Malaysia, hendak berbuka puasa, bersahur dan duit raya pun ada disediakan oleh kerajaan yang memerintah. Semuanya kerana pemerintah beristiqamah mendaulatkan ibadah dan sunnah.
Tapi itupun masih lagi ada segelintir manusia yang kufur dan lebih suka menjadi penghasut memecahbelahkan perpaduan ummah. Mereka lebih suka jadi talibarut yang menyampaikan suara-suara hati sumbang minoriti yang tidak bertanggungjawab. Semuanya kerana undi, kuasa dan kedudukan.
Ramadhan ini marilah kita insaf dan menyedari bahawa tanpa kerajaan yang bertanggungjawab belum tentu nikmat-nikmat yang kita perolehi ini akan kekal. Berubah belum tentu akan lebih baik dan lebih senang.
Belum dapat kuasa dah berantakkan baling-baling kerusi. Dapat kuasa nanti mungkin berantakan negara dibaling-baling bom. Nauzubillah!
" Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?" Surah Ar Rahman | MENTERI BESAR BAHARU SELANGOR DIJANGKA SELEPAS AIDIL FITRI Posted: 29 Jun 2014 04:40 PM PDT
KENYATAAN MEDIA Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor. Saya menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini. Kedudukan Menteri Besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat, dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan. Anwar Ibrahim 28 Jun 2014 Berikut beberapa kerisauan Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan jawatannya yang diketahuinya bagaikan telur di hujung tanduk : http://www.malaysiakini.com/news/267100 http://www.mykmu.net/?p=44638 | |
The Unspinners Posted: 29 Jun 2014 11:36 PM PDT NGO mahu MCA diberi kedudukan lebih baik tapi undi tak kasi... macam mana? Posted: 29 Jun 2014 07:23 PM PDT Ada NGO Cina kecewa mahu jawatan kabinet yang lebih baik untuk MCA dan Gerakan. Dalam mereka mahu menuntut, sedarkah bahawa cina tidak memberi undi pada MCA. Macam mana MCA nak baiki kedudukan? Blogger Darah Tuah, Dato Akbar Ali turut memberi komen:
2. Akhbar berkenaan menyarakan supaya 7 NGO Cina menumbangkan kerajaan jika enggan memenuhi permintaan mereka supaya Sijil Gabongan Sekolah Cina (UEC) diiktiraf. Saranan tersebut adalah ekoran pandangan Menteri Pelajaran bahawa sijil berkenaan tidak menepati Akta Pendidikan Negara dan sylibus yang diajar. Maka sebab itu pihak kerajaan tidak mengiktiraf sijil-sijil tersebut.
3. HANYA kerana sebab tersebut kerajaan mestilah ditumbangkan. Ratusan / ribuan permintaan mereka yang telah dipenuhi sejak semasa hendak merdeka hingga sekarang nampaknya langsung tidak meredakan kerakusan sikap kiasu golongan ini. Bacalah sendiri terjemahannya di bawah.
6. Satu soalan yang wajar ditanya ialah adakah kaum Cina akan kembali berduyun-duyun menyokong BN dalam PRU Ke-13 nanti, sekiranya pengiktirafan itu diberikan? Jika ya, siapakah yang boleh memberikan jaminan itu? Atau mereka kekal dengan sikap tak menyokong BN, sepertimana yang dilaporkan oleh Merdeka Centre? Jika demikian, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran?
Boleh baca seterusnya di Darah Tuah SINI | Tak tahu amal demokrasi, PKR libatkan dana awam dalam masaalah sendiri Posted: 29 Jun 2014 01:00 AM PDT Konflik dalaman PKR yang berlaku akibat penipuan berleluasa pemilihan PKR kini sudah masuk ke mahkamah dan nampaknya PKR tidak berdaya menunjukkan ketidak upayaan untuk mengamalkan demokrasi dan menyelesaikan masaalah parti sendiri maka perlu melibatkan pihak luar dan membelanjakan dana awam. Jika proses demokrasi diamalkan dengan ahli diberikan hak untuk mengundi dan memilih pemimpin pilihan mereka, hal ini tidak jadi masaalah hingga ada ahli PKR terpaksa mengheret mahkamah dalam masaalaah dalamaan mereka. Seorang ahli PKR Ampang, Nasaruddin bin Md Isa sebagai plantif telah memfailkan saman terhadap tiga defenden dari Jawatankuasa Pemilehan PKR (JPP PKR) dan calon ketua cabang Ampang, Zuraidah Kamaruddin pada 27 jun 2014 lepas do Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pada pemilihan semula yang diadakan di pejabat Pusat yang lepas, Zuraida binti Kamaruddin kononnya memenangi jawatan Ketua Cabang dengan memperolehi undi sebanyak 672. tarikh. Antara tuntutan-tuntutan plantif keatas defendan-defendan adalah: - Satu deklarasi supaya pengiraan undi yang di jalankan di pejabat keadilan pusat petaling jaya pada 11 jun 2014 adalah terbatal dan tidak sah.
- Satu deklarasi bahawa pemilihan cabang ampang pada 11 mei 2014 yang diadakan di dewan nusa bakti, bandar baru ampang adalah terbatal dan tidak sah .
- Satu perintah supaya pemilihan cabang ampang dibuat semula dalam masa 30 hari daripada perintah mahkamah .
Ketika sidang akhbar, Nasaruddin yang merupakan saah seorang pengundi semasa proses pemilihan PKR Cabang Ampang menyatakan beliau telah membuat dua bantahan kepada JPP PKR tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut. Nasaruddin yang pastinya terlibat menuduh SPR menipu dan UMNO lakukan blackout pada PRU13 kini mengaku PKR amalkan rasuah dengan menyatakan ada unsur-unsur rasuah dan amalan yang tidak sah oleh defendan ketiga bersama wakil calon serta penyokong dalam proses pemilihan tersebut . Dia turut akui bahawa terdapat penipuan di mana tiada mana-mana wakil calon yang hadir semasa proses pengiraan dibuat dan hanya memperoleh keputusan dari JPP PKR tersebut . Nasaruddin memohon pihak mahkamah membatalkan keputusan tersebut dan pemilihan ketua cabang ampang di buat semula. | |
Panglima Perang Cyber Posted: 29 Jun 2014 11:13 PM PDT Analisa : Insiden Kepala Lembu Depan Rumah RSN Rayer Yang Gelar 'Umno Celaka' Untuk 'Beri Nyawa' Kepada PKR @Anwaribrahim ??? Posted: 29 Jun 2014 06:30 AM PDT
Hari ini kecoh berkenaan kenyataan Naib Presiden UMNO Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan insiden kepala lembu diletakkan di hadapan rumah Adun Seri Delima dari DAP, YB RSN Rayer pada Sabtu 28.6.2014 jam 7 pagi.
Blog dan portal memainkan isu tersebut dengan menghentam Menteri dalam Negeri akibat kenyataan beliau semalam dalam reaksi isu kepala lembu ditemui di hadapan rumah RSN Rayer.
"Sebagai seorang ahli politik, saya bersimpati dengan apa yang telah beliau hadapi tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika mulut celupar," kata DS Ahmad Zahid Hamidi
Bilakah Rayer menyebut UMNO CELAKA ?
Pada persidangan DUN pada bulan Mei Rayer telah menggelar UMNO CELAKA dan mengulanginya dalam ceramah DAP di Bukit Gelugor pada 22 Mei 2014. Tidak cukup dengan itu beliau juga menyifatkan Ketua Wanita UMNO juga celaka. Lebih malang ialah beliau juga enggan meminta maaf hingga kini. Ekoran itu pemuda Umno telah menyerbu DUN Pulau Pinang membantah kenyataan biadap Rayer kepada parti UMNO.
Video beliau mengulanginya di luar dewan UMNO CELAKA :
Dalam politik kebebasan bersuara ada hadnya. Jangan kerana ingin mencari publisiti murahan maka kenyataan tidak beradab dikeluarkan untuk menimbulkan kemarahan ahli UMNO yang berjumlah 3 juta seluruh negara.
Kita pasti jika mengikut emosi sudah tentu sudah lama Rayer tidak lagi bernafas atas dunia ini. Namun hingga kini beliau masih hidup dan tidak dijentik sedikitpun.
Kenapa baru sekarang baru dicampakkan kepala lembu ? Walhal ia sudah lebih sebulan berlaku sejak ia disebut pada 20 Mei 2014 dan tarikh kepala lembu ditemui pada 28 Jun 2014.
Boleh jadi ia untuk mengalihkan isu kemelut PKR yang semakin rabak dengan pelbagai insiden yang memalukan parti tersebut.
Sebagai parti bekas UMNO dan 'jambatan' kepada penyatuan DAP dan PAS maka kehancuran PKR sudah tentu tidak dapat diterima oleh DAP dan perlu dilakukan sesuatu untuk menutupinya.
Harapan untuk terus menipu rakyat akan sukar jika kerjasama PAS PKR DAP hancur terutama bila PKR terlebih dahulu menghancurkan diri sendiri dengan menggunakan taktik 'blackout' semasa pemilihan parti yang sedang berlangsung ketika ini yang turut menyaksikan Menteri Besar Selangor kalah di Cabang beliau sendiri.
Ketika ini muncullah kepala lembu yang dilihat boleh menjadi bahan untuk mengalih perhatian rakyat yang pasti mempunyai banyak masa membaca berita di hujung minggu Sabtu dan Ahad. Meletakkan kepala lembu yang dianggap Tuhan oleh penganut Hindu di awal Ramadhan juga sudah tentu bertujuan untuk menimbulkan anggapan seolah-olah orang Islam yang bertanggungjawab melakukannya dan mahu menimbulkan pergaduhan antara dua agama ini.
Namun gaya lelaki yang menari tanpa disedari telah menzahirkan secara tidak langsung identitinya. Meskipun berpakaian hitam kita pasti gaya menari lelaki tersebut mengikut andaian kita adalah lelaki bukan berbangsa Melayu.
Cuba lihat video ini :
Kita yakin kehebatan risikan anggota polis akan membawa kepada penemuan suspek yang melakukan aksi ini.
Dalam kenyataannya RSN Rayer menyifatkan perbuatan tersebut sebagai biadap dan tidak bertamadun
Namun adakah beliau sedar kenyataan beliau lagi tidak bertamadun dan sangat biadap apabila menggelar parti UMNO sebagai celaka ???
Selain tidak meminta maaf Rayer turut mengulanginya dalam ceramah beliau atas pentas DAP selepas itu.
Kita bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan perkara tersebut berlaku akibat kenyataannya sendiri yang celupar ! Jika tidak kerana celupar sudah tentu tidak ada tindakan sedemikian dilakukan kepadanya.
"Sebagai seorang ahli politik, saya bersimpati dengan apa yang telah beliau hadapi tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika mulut celupar," - DSAZH
semua pejuang UMNO perlu pastikan tidak ada lagi sesiapa pun yang berani mengutuk UMNO CELAKA dan menggunakan saluran undang-undang untuk membalas perbuatan mereka yang mencetus provokasi melampau kepada Melayu Islam.
Harap semua akan mengecam tindakan Rayer mencetuskan provokasi melampau yang menimbulkan kemarahan rakyat dan patut ditahan menggunakan peruntukan undang-undang. Seperti kecaman yang dilakukan Pemuda UMNO terhadap beliau di sini http://www.umno-online.my/?p=107232
| DAP Kritik Menteri @Zahid_Hamidi 'acting like taiko, not Home Minister' - Kes Rayer 'Celaka' Posted: 29 Jun 2014 01:34 AM PDT Berita memetik kenyataan DAP mengkritik Menteri dalam Negeri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kes kepala lembu yang dihantar ke pagar rumah Rayer telah disiar di sini http://www.therakyatpost.com/news/2014/06/29/zahid-hamidi-acting-like-taiko-home-minister/Intipatinya kerana tidak simpati kepada Rayer yang membuat provokasi 'Umno Celaka' sebelum dilapor menemui kepala lembu di hadapan rumahnya. Yang dirakam cctv dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Banyak kali pemimpin DAP sering membuat tindakan mengguris hati umat Islam dan biasanya mereka akan mendapati ada cat merah disimbah di rumah, menerima peluru atau dilempar bom petrol di akhir 'drama' mereka persembahan.
Setakat ini tiada yang mati kerana keceluparan seperti Teresa Kok atau Rayer kerana umat Islam di Malaysia bukan mudah terperangkap dengan provokasi murahan mereka lakukan.
Yang mati hanya Karpal Singh yang bukan dibunuh tetapi mati akibat kemalangan kerana dipandu laju oleh pemandunya warga India yang menyebabkan pembantunya juga turut meninggal.
DAP sering membela penjenayah selama ini seperti kes Kugan namun apabila polis dilanggar dengan kejam oleh penjenayah mereka tidak pula berani mempertahan hak asasi polis yang diperlakukan sedemikian.
Maka apabila Rayer disebut oleh Zahid Hamidi patut menerima kerana perbuatannya sendiri kerana celupar menghina Umno Celaka, DAP sepatutnya tidak perlu menghentam Menteri kerana perbuatan jenayah tersebut sememangnya tidak akan berlaku jika tidak dimulakan oleh beliau.
Sesiapa pun tidak akan mengutuk Rayer jika beliau tidak menghina Umno dengan mencelakannya!
Sesiapa pun tidak akan ambil peduli siapakah Rayer ini kerana tidak ada sebarang masalah dengannya.
Namun apabila Rayer cuba menarik perhatian secara tidak bijak dengan menggelar 'Umno Celaka' maka kemarahan oleh penyokong Umno patut diterima oleh beliau.
Hingga kini tiada sebarang bukti Umno yang terlibat dengan kes tersebut dan DAP sepatutnya meminta maaf kerana membiarkan pemimpinnya begitu biadap dengan membuat kenyataan 'celaka' tersebut.
Bukan dengan mengkritik Menteri dalam Negeri yang menyifatkannya Rayer memang patut menerima kesan akibat keceluparannya sendiri.
Jangan baling batu sembunyi tangan kerana akhirnya anda juga akan menyesal hari kemudian. | Pas bakal tuntut jawatan MB Selangor? Posted: 28 Jun 2014 11:09 PM PDT Oleh ABDUL YAZID ALIAS utusanpengarang@utusan.com.my SHAH ALAM 28 Jun - Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menerusi 'Langkah Kajang' dijangka gagal apabila jawatan tersebut dikatakan akan dituntut oleh Pas. Menurut sumber dalaman kerajaan negeri, keadaan itu mungkin berlaku apabila Pas di negeri ini dikatakan mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan Menteri Besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN. Malah, sumber terbabit turut difahamkan Abdul Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Pas. "PKR difahamkan mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) yang juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kajang sebagai Menteri Besar. Namun, hasrat PKR itu mungkin sukar untuk diterima oleh Pas. "Malah, ada desas-desus kuat bahawa Pas kali ini akan mengambil alih jawatan Menteri Besar dan melantik seorang calon yang berkelayakan daripada ADUN mereka di negeri ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini. Isu pertukaran Menteri Besar Selangor sekali lagi dibangkitkan apabila wujud dakwaan bahawa Pas Selangor sebulat suara menolak Abdul Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar kerana kononnya ADUN Pelabuhan Klang itu sering membuat keputusan secara bersendirian tanpa merujuk parti dalam pakatan pembangkang. Dakwaan itu turut disiarkan menerusi sebuah portal berita www.themalaysianinsider.com pada 20 Jun lalu yang memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman. Dalam laporan itu, Jaafar menyatakan keputusan itu buat dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor dengan kesemua 22 Yang Dipertua Pas kawasan negeri ini bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah. Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan turut menerima kecaman daripada pemimpin PKR sendiri apabila didesak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga wujudnya 'Langkah Kajang' yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan pada 23 Mac lalu. Sementara itu, sumber berkenaan melihat ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi calon yang sesuai mengisi jawatan Menteri Besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri. Mingguan Malaysia difahamkan, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin Pas yang dipertimbangkan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140629/po_01/Pas-bakal-tuntut-jawatan-MB-Selangor#ixzz360QFmNfG © Utusan Melayu (M) Bhd | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 29 Jun 2014 09:19 PM PDT |
PenangWasabi Posted: 29 Jun 2014 09:03 PM PDT Nabila Huda Rayu Amy Search Tidak Musnahkan Hidupnya Sekali Lagi? Posted: 29 Jun 2014 08:34 AM PDT Setelah ramai yang terkejut dengan respon daripada Amy Search kepada salah satu entri yang dimuatnaik anaknya pelakon Nabila Huda di Instagram, aktres tersebut dilihat tidak bersetuju dengan tindakan bapanya itu. Melalui kenyataan Nabila atau juga dikenali sebagai Abil itu, dia telah berkomunikasi dengan bapa kandunganya itu melalui Twitter sebaik sahaja cerita mengenai dia dimaki bapanya di Instagram mula menjadi bualan umum. Antara luahan Abil di Twitter "Pa,Pls explain and fix the things that you've created.Im beggin you pls.Fix it.You're ruin my life once again. @AkuAmySearch". Jika dilihat kepada pernyataan tersebut Abil merasakan dia dianiaya dan merayu kepada bapanya untuk memperjelaskan segala yang berlaku. Dalam waktu yang sama status tersebut turut menjelaskan bahawa Abil memohon agar tindakan bapanya itu tidak memusnahkan kehidupannya sekali lagi. Dia yang kini sedang bercuti dengan jejaka yang dipercayai teman lelaki barunya itu turut memohon umum agar menghormati dirinya yang ingin bercuti setelah penat bekerja. "Please la respect sikit. Penat aku keje. I need a break. Tolongla respect". Dia juga berharap umum tidak menggembar gemburkan lagi cerita ini dan berhenti berbicara mengenainya. Aku tengah holiday ni.Dah berapa tahun ni aku keje simpan duit baru ada masa nak pergi holiday.Apa yang korang merepek ni kt blog semua ni? antara status Twitter yang menyusul selepas itu. Ramai yang terkejut apabila membaca komen Amy Search di laman sosial Instagram milik anaknya tempoh hari. Dilihat seperti diluar kawalan, komen Amy itu terpampang perkataan yang kesat seperti p*k****. Dia dilihat amat berang dengan foto percutian mesra Nabila dan kekasihnya di luar negara itu. Penang Wasabi.. | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 29 Jun 2014 03:49 PM PDT (Foto) Lisa Surihani 'berkemban tuala' di KLFW 2014? Posted: 29 Jun 2014 08:01 AM PDT Pelakon terkenal, Lisa Surihani memang terkenal dengan fesyen-fesyen terkini yang belum berada di pasaran tempatan. Minat isteri pengarah Yusry Abdul Halim itu terhadap dunia fesyen diakui ramai peminat termasuk penulis sendiri. Baru-baru ini, Lisa telah berkongsi sekeping gambar di laman Instagram miliknya yang mempamerkan beliau sedang menggayakan satu busana baru yang kelihatan agak pelik dan macam towel mandi. Masih nampak cantik dan mengancam namun tetap dipertikaikan peminat. Apakah bentuk rekaan fesyen itu sebenarnya? Nak tengok, mari layan gambar di bawah untuk tatapan peminat setia yang sukakan Lisa. | Pelakon melucah depan polis ditahan Posted: 29 Jun 2014 07:01 AM PDT LOS ANGELES – AMERIKA SYARIKAT. Pendukung watak utama siri Transformers, Shia LaBeouf ditahan pihak berkuasa di sebuah studio kerana menyebabkan gangguan dan menggunakan bahasa lucah kepada pihak berkuasa. Menurut jurucakap pihak New York Police Department (NYPD), George Tsourovakas, pihaknya menerima laporan berkenaan kelakuan luar batasan aktor tersebut di studio terbabit dan sebaik tiba di sana, pengawal keselamatan telah pun mengarahkan LaBeouf untuk beredar namun dia enggan berbuat demikian. Sejurus selepas itu, pemegang watak Sam Withwicky bagi siri Transformers itu menjadi tidak terkawal dan mula mengeluarkan perkataaan lucah sehingga mengganggu ketenteraman orang awam. "Dia menjadi sukar, agresif dan tidak terkawal secara lisan, sehingga ke satu tahap, beliau enggan beredar walaupun diminta oleh pihak pengawal dan ketika itulah pihak kami terpaksa ambil tindakan. "Beliau kini telah ditangkap dan ditahan," katanya. Mengesahkan penahanannya, Pegawai Penyiasat Brian Sessa berkata, LaBeouf terpaksa diiring keluar dari studio tersebut bersama pihak polis selepas gagal bekerjasama dengan pihak polis. Menurut sebuah laporan portal semalam, dia kini berada dalam tahanan pihak polis untuk tindakan lanjut manakala jurucakap LaBeouf masih gagal untuk dihubungi bagi kenyataan lanjut. | Suami lihat sendiri kecurangan Izreen dan Amar - Wartawan Posted: 29 Jun 2014 03:01 AM PDT Mereka yang mengikuti isu perceraian pelakon Izreen Azminda pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cerita yang Cik Pang ingin kongsi ini memang panas. Cerita terbaru yang Cik Pang dengar, ada dakwaan mengatakan punca perceraian Izreen dan bekas suami, Muhamad Riza Baharuddin disebabkan munculnya pihak ketiga. Lebih pedih apabila orang ketiga yang dimaksudkan itu dipercayai pelakon gandingannya dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin. Kata kawan Cik Pang, hubungan Izreen dan Amar mula dikesan melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu di set penggambaran drama itu. Malah, apabila hubungan itu dapat dihidu bekas suami, masa itulah Izreen diceraikan di set penggambaran. Dengarnya, lafaz cerai itu berlaku selepas Riza datang dan melihat sendiri 'kecurangan' Izreen di lokasi. Walaupun pelakon itu pernah menafikan punca perceraian akibat orang ketiga atau masalah kewangan dialami mereka ketika masih bergelar suami isteri, ia adalah sebaliknya. Apatah lagi kawan Cik Pang pernah bercerita dan terbaca beberapa status dimuat naik di laman sosial milik Izreen seolah-olah gelisah kerana berdepan masalah rumah tangga, termasuk berkaitan masalah kewangan. Cuma pada waktu itu, tak ramai dapat hidu sebab Izreen pandai 'cover-line' susun ayat baik punya! Hinggalah apabila isu ini dibawa ke peringkat perceraian, baru satu demi satu isu mula timbul. Segala macam 'mak nenek' dan aib masing-masing mula terbongkar. Cik Pang hanya mampu beristighfar bila dengar cerita disampaikan kawan Cik Pang ini. Kalau ada masalah rumah tangga sekalipun, pasti ada jalan terbaik untuk diselesaikan, bukan dengan membebankan pasangan masing-masing. Tapi nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Cik Pang cuma berdoa semoga mereka selesaikan isu ini dengan cara elok dan berhemah sebab masing-masing tahu kekurangan dan kelebihan sendiri. Apa sekalipun, kita tunggu saja apa komen mereka mengenai pendedahan panas Cik Pang ini. Betul tak? | Model dan artis terkenal jual tubuh Posted: 29 Jun 2014 01:15 AM PDT Surabaya: Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680) Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang. Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan. "Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan," katanya. Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian. Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap. Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai. Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri. "Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu. "Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan," katanya. Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti. "Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi," katanya. Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu. Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan. "Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi," katanya. - Agensi | Gadis tak sanggup tanggung perbuatan terlampau bapanya Posted: 29 Jun 2014 12:31 AM PDT | Gambar hiasan |
Kuala Kangsar: Hanya kerana enggan mengikut bapanya pulang ke rumah disebabkan lebih selesa tinggal bersama ibu saudaranya, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera di muka, mata dan badan selepas dibelasah bapanya. Dalam kejadian jam 2.15 pagi, Rabu lalu, suspek yang datang bersama rakannya turut membelasah bapa saudara mangsa yang ketika itu cuba menenangkan keadaan sehingga menyebabkan mukanya bengkak. Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang baru pulang daripada makan bersama sepupunya terkejut dengan tindakan bapanya datang bersama rakan dan terus membelasahnya. Katanya, suspek menelefon anaknya sehari sebelum kejadian dan memintanya pulang ke rumah, tetapi anaknya enggan berbuat demikian kerana mendakwa sering dibelasah bapanya di rumah. "Suspek yang datang bersama rakannya terus membelasah anaknya sebelum bapa saudara mangsa datang untuk meredakan keadaan. Bagaimanapun, bapa saudara mangsa pula dibelasah rakan suspek sehingga menyebabkan bengkak di muka. "Remaja terbabit bukan saja ditampar, malah dipukul serta ditumbuk suspek berulang kali sehingga menyebabkannya cedera di muka, mata dan badan," katanya. Menurutnya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar sejurus selepas kejadian. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan. | Khalwat: Pelajar IPTA Terjun Tingkat Empat Tinggal Kekasih Posted: 29 Jun 2014 12:01 AM PDT Melaka – Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sanggup terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Melaka Raya, Banda Hilir, di sini meninggalkan kekasihnya bagi mengelak dicekup penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu, awal pagi tadi. Remaja lelaki berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sembilan jam kemudian selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat tinjauan semula di hotel sama pagi tadi. Lelaki berasal dari Johor dan kekasihnya berusia 18 tahun berasal dari Selangor itu, datang ke negeri ini semata-mata melempiaskan nafsu sehari sebelum Ramadhan. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat empat ke tingkat dua bangunan hotel sebelum menghilangkan diri. Bilik yang dikunci menggunakan selak itu, hanya dibuka remaja perempuan berkenaan selepas lebih setengah jam pihak penguatkuasa mengarah berbuat demikian dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut. – myMetro Online | Zizan Sebak Umum Pengunduran Daripada Program Melodi Posted: 28 Jun 2014 11:15 PM PDT OH, memang mengejutkan pengumuman yang baru dibuat oleh pengacara, pelawak dan pelakon, Zizan Razak menerusi program Melodi di saluran TV3 sebentar tadi! Dengan linangan air mata dan penuh sebak, dia memaklumkan bahawa episod kali merupakan episod terakhirnya mengacarakan rancangan hiburan itu. Pengumuman itu dibuat di akhir rancangan dan gandingannya, Awal Ashaari dilihat cuba menenangkan Zizan. Pada masa yang sama, pengacara itu juga sempat mengungkapkan 'tagline' popularnya setiap kali tiba di penghujung rancangan iaitu 'Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!'. Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada krew produksi Melodi selain penonton yang setia menanti siaran tersebut pada setiap hari Ahad. Kami yakin dengan pengumuman ini, pasti ramai yang akan merindui keletah lucu Zizan dalam mengacarakan program itu selepas ini. Apapun, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal mengambil alih tempat pengacara popular itu nanti… | Wanita dirogol Bangla, rakan sebilik hingga hamil Posted: 28 Jun 2014 10:24 PM PDT Wanita berusia 22 tahun berasal dari Tanjung Karang memerlukan tempat tinggal setelah mendapat kerja sebagai cashier di sebuah company mencuci kereta pada Januari lalu. Pada awalnya, mangsa tinggal bersama dengan majikannya, akan tetapi 2 bulan kemudian dia diminta berpindah ke asrama company (rumah kedai) yang terletak di Taman OUG. Apabila sampai di asrama tersebut, mangsa mendapati dia terpaksa berkongsi bilik dengan 2 orang lelaki bangla. Bertambah buruk pula, penghuni asrama terbabit semuanya lelaki bangla. Mangsa cuba meminta sebuah bilik untuk dirinya tetapi ditolak. Seminggu kemudian, mangsa dirogol oleh salah seorang rakan sebiliknya. Mangsa melaporkan kejadian itu pada majikan dan merayu agar dia dipindahkan ke tempat lain tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya, majikannya memberitahu jika dia tidak suka tinggal di tempat itu, dia kena cari tempat tinggal sendiri. Mangsa yang berasal dari keluarga yang susah. Pendapatan kerjanya pula tidak seberapa. Dia tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar sewa bilik sendiri. Akhirnya dia terpaksa tinggal di situ juga. Mangsa juga mengakui dia malu nak memberitahu kejadian malang itu kepada keluarganya. Sebulan kemudian, mangsa dirogol sekali lagi oleh lelaki yang sama. Seminggu kemudian mangsa mendapati dirinya mengandung. Mangsa akhirnya menceritakan kejadian malang yang menimpa dirinya itu kepada rakannya dan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada 22 May. Polis telah menahan lelaki bangla tersebut namun telah diikat jamin oleh majikannya. Sejak dari itu, tiada sebarang tindakan dari pihak polis dan mangsa tidak dibawah pun untuk medical check up untuk mengesahkan dia mengandung. Lebih teruk lagi, dia diugut oleh majikannya kerana membuat laporan palsu. Mangsa kemudiannya mendapati, polis telah menutup kes terbabit selepas mendengar penjelasan dari pihak majikannya dan rakan sebiliknya mendedahkan kepada pihak polis bahawa lelaki yang merogolnya itu adalah teman lelakinya. Mangsa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit. Sumber: mymediahub | Model sambilan dicekup khalwat di bulan Ramadhan Posted: 28 Jun 2014 09:01 PM PDT Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi. Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar. | Awie Akui Beri Keterangan Kepada Pihak Polis Bantu Siasatan Posted: 28 Jun 2014 08:30 PM PDT Minggu lalu, kecoh di internet apabila ada sekeping gambar tersebar didakwa sebagai isteri Awie yang mengalami kecederaan terus di wajahnya selepas dipukul seseorang. Ianya sekaligus meletakkan Awie dalam perhatian ekoran khabar angin sebelum ini. BACA: Penyanyi Rock Terkenal Pukul Isteri Depan Bank Kerana DuitDalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini, Awie mengakui yang beliau telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini. Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis. BACA: Gambar Wanita Didakwa Isteri Awie Dipukul Terus TersebarAwie yang turut ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, beliau masih belum melihat gambar tersebut. "Jika benar gambar itu tersebar, saya sudah serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan," tambahnya lagi ringkas. (rtky/m) | (Foto) Adakah ini bakal lelaki suami Felixia Yap? Posted: 28 Jun 2014 08:06 PM PDT Khabar angin tentang Felixia Yeap menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki muslim sudah kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Begitupun, empunya badan tidak pernah mendedahkan identiti dan gambar jejaka yang berjaya memikatnya sehingga terus menjadi tanda tanya di kalangan peminat di laman sosial. Di laman forum cari, dua keping gambar Felixia Yeap sedang bergambar mesra dengan seorang jejaka telah dikongsikan. Ia menimbulkan pertanyaan di kalangan penggiat-penggiat forum berhubung status bekas model playboy itu dengan jejaka kacak terbabit. Adakah lelaki ini ialah kekasih baru yang dimaksudkannya? Memang kacak dan bergaya orangnya manakala Felixia pula tidak kurang comelnya lebih-lebih lagi apabila memakai tudung labuh yang berwarna lembut | (Foto) Sharifah Sakinah 'telanjang' dada di KLFW 2014 Posted: 28 Jun 2014 08:05 PM PDT Wow hebat sungguh fesyen yang ditampilkan oleh Sharifah Sakinah ketika hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2014 yang berlangsung minggu lalu. Pelakon kontroversi itu mengenakan busana paras dada berwarna biru dan dipadankan dengan seluar panjang. Penampilan Sakinah memang class dan kelihatan seperti selebriti antarabangsa apatah lagi apabila beliau dikelilingi ramai lelaki di belakang dan diapit dua wanita yang berpakaian sopan. | Suami, isteri orang curang dalam hotel dicekup Posted: 28 Jun 2014 06:15 PM PDT | ANGGOTA penguat kuasa JAIK mengambil keterangan sebelum pasangan dibawa ke pejabat agama. |
Alor Setar: Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini, malam kelmarin. Mereka dicekup berkhalwat kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam Ops Bersih. Lelaki lingkungan 30-an yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia empat tahun itu berasal dari Pendang dan dipercayai baru bertukar kerja dari Sabah ke negeri ini sejak sebulan lalu. Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai baru mengenali wanita berusia 25 tahun itu yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar raya ini. Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata operasi itu disertai 25 anggota penguat kuasa JAIK yang tertumpu di sekitar bandar raya ini dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di negeri ini. Beliau berkata, ketika membuat pemeriksaan di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini mendapati sebuah bilik berkunci dari dalam. "Selepas mengetuk pintu dan memberi salam hampir 10 minit, seorang wanita yang berpakaian lengkap kemudian membuka dan membenarkan pemeriksaan dalam bilik itu. | Apa Beza PT3 dengan PMR? Posted: 28 Jun 2014 06:01 PM PDT Tidak dinafikan ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan kaedah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ikuti temubual wartawan Harian Metro Rosyahaida Abdullah bersama Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah dan Rendah Lembaga Peperiksaan (LP) Johara Abdul Wahab mengenai PT3. S: Apakah yang dimaksudkan dengan PT3 dan bilakah ia mula diperkenalkan?J: PT3 adalah komponen Pentaksiran Pusat (PP) di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah penambahbaikan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilalui pelajar tingkatan tiga mulai Julai 2014. Pelajar tingkatan satu pada 2012 adalah kohort pertama melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan akan menempuhi PT3 pada tahun ini.S: Apakah perbezaan antara PT3 dan PMR? Apakah bentuk penambahbaikan yang sudah dibuat?J: Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia berbentuk pentaksiran sumatif iaitu mengukur penguasaan intelek pelajar secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan dalam PT3 untuk memastikan pelajar bukan saja menguasai mata pelajaran terbabit secara bertulis malah secara lisan. Pelbagai instrumen pentaksiran lain seperti kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari.
S: Adakah PT3 turut menilai keupayaan murid dari segi jasmani, emosi dan rohani seperti dinyatakan dalam PBS?J: Melalui PBS, terdapat dua komponen dalam bidang akademik dan dua komponen dalam bidang bukan akademik. Dua komponen dalam bidang akademik ialah Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) iaitu PT3. Namun begitu, setiap pelajar akan turut diukur dari sudut jasmani melalui Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta dari segi emosi dan rohani melalui Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Pada akhir tingkatan tiga, pelajar akan diberi empat pelaporan iaitu PT3, PAJSK, PPsi dan Pentaksiran Sekolah (PS).S: Apa pula PS dan mengapa perlunya PT3 sedangkan pelajar turut melalui PS pada akhir tingkatan tiga?J: PS mempunyai dua bentuk pentaksiran formatif (mengesan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan bagi tujuan membaiki kelemahannya membuat penambahbaikan dengan serta merta serta sumatif seperti ujian dan peperiksaan bagi mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Makluman awal mengenai perkembangan dan pencapaian murid adalah penting bagi membolehkan pihak sekolah melaksanakan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat merancang program pemulihan yang diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi murid.S: Apakah peranan LP dalam pelaksanaan PT3? J: LP menyediakan soalan untuk digunakan guru dalam menjalankan PT3 di sekolah masing-masing. Bagi ujian bertulis misalnya, pihak LP bertanggungjawab menyediakan item, format instrumen, panduan pemasangan instrumen, panduan penskoran item, peraturan pentadbiran dan format pelaporan PT3.Manakala, bagi ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kajian kes Sejarah dan Geografi pula, LP akan menyediakan instrumen, panduan penskoran dan peraturan pentadbiran. LP juga menyediakan format pelaporan PT3.S: Bagaimana pula dengan tanggungjawab pihak sekolah dalam pentaksiran ini? J: Pihak sekolah bertanggungjawab dalam melaksanakan beberapa perkara antaranya memasang instrumen ujian bertulis berdasarkan, Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen, memeriksa skrip jawapan murid dan menyediakan pelaporan.S: Sebelum ini PMR digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan kelayakan kemasukan pelajar lepasan tingkatan tiga ke sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan seumpamanya. Dengan PT3, bagaimana calon dinilai untuk kemasukan ke sekolah terbabit? J: Di peringkat menengah rendah, murid akan menerima 4 pelaporan iaitu Pelaporan Pentaksiran Sekolah, Pelaporan PT3, Pelaporan PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik. Pelaporan-pelaporan ini memberi gambaran tentang perkembangan , pencapaian dan potensi murid secara menyeluruh. Pelaporan ini boleh digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan murid ke aliran pendidikan peringkat menengah atas. | FIFA ulas Piala Dunia pada bulan Ramadhan Posted: 28 Jun 2014 05:31 PM PDT BULAN Ramadhan tidak beberapa hari lagi. Bagi umat Islam sudah tentu gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Tetapi bagaimana pula dengan para pemain Muslim yang bermain di Piala Dunia 2014? Mereka akan tetap menjalani ibadah puasa pada hujung minggu ini, dan dipastikan tidak akan mengalami gangguan atau bahaya apa pun dalam keadaan fizikal mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak FIFA selaku penganjur Piala Dunia 2014 di Brazil. "Kami sudah melakukan kajian yang luas dan mendalam dan tidak ada sesuatu pun yang membimbangkan. Para pemain yang sedang menjalani ibadah puasa selalu mempunyai peruntukan untuk memohon kelonggaran agar dapat menjalani Ramadan dengan sempurna. Inilah yang saya pelajari dari para pemimpin agama Islam di Algeria, "ujar Jiri Dvorak, Ketua Bahagian Kesihatan FIFA, Selasa (24/6/2014). Puasa di bulan suci Ramadhan yang berlangsung sebulan penuh, dijangka akan bermula hari Ahad ini (29/6/2014). Dvorak mengatakan kepada wartawan pada taklimat media harian FIFA, bahawa organisasi bola sepak dunia itu sudah melakukan kajian yang menyeluruh dan mendalam mengenai para pemain selama Ramadhan. "Kesimpulannya adalah jika puasa di bulan Ramadhan dijalani dengan betul, tidak akan ada penurunan pada prestasi fizikal para pemain," ujar Dvorak. Michel D'Hooghe, Ketua Jawatankuasa Perubatan FIFA, mengatakan kepada wartawan bahawa puasa Ramadan ini seharusnya tidak menjadi masalah, kerana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama pada Sukan Olimpik London 2 tahun lalu. Sukan Olimpik London yang berlangsung pada 27 Julai-12 Ogos 2012 juga diadakan bertepatan dengan bulan suci Ramadhan, dan para atlet masih boleh bertanding seperti biasa. | Piala Dunia: Dua gol Rodriguez beri Colombia tiket suku akhir Posted: 28 Jun 2014 05:15 PM PDT | PEMAIN tengah Colombia, James Rodriguez merembat gol kedua pasukannya melepasi penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera ketika aksi pusingan kedua 16 pasukan di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil, pagi ini. - Foto Reuters | URUGUAY 0 COLOMBIA 2James Rodriguez (m28,50)RIO DE JANEIRO: Colombia menempah tiket ke pertembungan suku akhir yang getir bertemu tuan rumah, Brazil hasil kemenangan 2-0 ke atas Uruguay pada pertembungan menarik pusingan kedua di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi. Gah mara ke peringkat 16 terakhir selaku juara Kumpulan C, ia bakal menjadi aksi sulung Colombia di pentas suku akhir sepanjang penampilannya di Piala Dunia dengan magis yang diharapkan Uruguay di Maracana tidak kesampaian. Tanpa peledak berbisa, Luis Suarez yang digantung daripada sebarang aksi bola sepak selama empat bulan, Uruguay jelas tumpul di bahagian serangan sekalipun dikuatkan dengan seorang lagi penyerang berbisa, Edinson Cavani. Malah sekalipun lebih rancak menyerang memburu jaringan, Uruguay terlebih dulu dibolosi Colombia menerusi jaringan menarik James Rodriguez pada minit ke-28 selepas melepaskan satu rembatan voley cantik dari luar kotak penalti yang gagal ditampan penjaga gol, Fernando Muslera. Tersentak dengan jaringan itu, Uruguay menambah tekanan dengan peluang terbaik hadir pada minit ke-38 menerusi cubaan Alvaro Gonzalez dari luar kotak penalti berjaya namun diselamatkan penjaga gol Colombia, David Ospina sehingga berakhir babak pertama. Babak kedua tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun sekali lagi, Rodriguez terus mencuri tumpuan apabila meledak jaringan kedua peribadinya lima minit selepas sepak mula perlawanan. Hasil kelam kabut di depan gawang Uruguay dimanfaat sepenuhnya Rodriguez untuk menjaring gol kelimanya pada kempen kali ini menerusi rembatan padu yang sekali lagi menewaskan Muslera. Empat minit selepas gol kedua, Uruguay memperoleh peluang menerusi hantaran jauh kapten, Diego Godin daripada jarak 54 meter ke kotak penalti namun ia gagal dikawal baik oleh Cavani untuk berakhir di luar gawang gol. Peluang terbaik Uruguay terus muncul pada minit ke-83 kali ini menerusi penyerang gantian, Christian Stuani namun Ospina terus menjadi penghalang. Stadium Maracana boleh dianggap keramat buat Uruguay yang pernah menewaskan Brazil pada aksi final 1950. - Agensi | Piala Dunia: Brazil layak suku akhir tewaskan Chile melalui sepakan penalti Posted: 28 Jun 2014 05:01 PM PDT | NEYMAR memeluk penjaga gol Brazil, Julio Cesar sebelum mengambil sepakan penalti pada Piala Dunia 2014 menentang Chile di Stadium Mineirao di Belo Horizonte, awal pagi ini. - Foto Reuters BRAZIL 1 |
(David Luiz, m-18)
CHILE 1(Alexis Sanchez, m-32)
(Brazil layak sepakan penalti 3-2 selepas masa tambahan)
BELO HORIZONTE: Brazil menewaskan Chile 3-2 menerusi sepakan penalti untuk layak ke suku akhir Piala Dunia dalam satu perlawanan penuh dramatik di Stadium Mineirao, di sini, sebentar tadi.
Pemain Chile, Gonzalo Jara terlepas sepakan penting selepas Neymar menyempurnakan untuk Brazil. Brazil mendahului pada minit ke-18 selepas Thiago Silva menanduk bola Neymar hasil sepakan sudut sebelum disudahkan baik oleh David Luiz walau pun ulang tayang menunjukkan pemain pertahanan Chile, Jara membuat sentuhan terakhir.
Chile kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-32 menerusi Alexis Sanchez yang menewaskan penjaga gol Brazil, Julio Cesar dari jarak dekat.
Brazil turut kecewa selepas gol Hulk dibatalkan selepas didakwa dia mengawal bola dengan lengan.
Tuan tumah mendominasi babak kedua dan masa tambahan namun Chile nyaris tampil menjaringkan gol kemenangan apabila rembatan padu Mauricio Pinilla terkena palang pada minit-minit terakhir permainan.
Brazil yang menewaskan Chile 3-0 pada peringkat sama Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan berdepan Colombia atau Uruguay dalam suku akhir. - Reuters | |
MUSLI OLI Posted: 29 Jun 2014 01:11 PM PDT MAKNA 2020 DI SABAH. PERKARA 20 TAK SAH, 20% ROYALTI TAK DAPAT! Posted: 29 Jun 2014 02:31 AM PDT
Tun Stephens tidak pernah bincang soal royalti minyak sewaktu bersetuju menyertai Gagasan Malaysia.
Ada dua berita menarik yang menimbulkan sedikit kontroversi di Sabah sepanjang hujung minggu ini. Pertama daripada Dato Sri Wahid Omar, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang berkata peruntukan kewangan untuk kerajaan negeri Sabah sebanyak RM11.2 bilion pada 2012, iaitu jumlah perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan dan geran daripada kerajaan Persekutuan telah melebihi daripada 20% daripada royalti petroleum.
Kenyataan itu dipetik sebagai jawapan daripada soalan Senator DatukChin Su Phin yang bertanya kepada perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak samada kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan kenaikan royalti minyak kepada 20% untuk negeri Sabah dalam Dewan Negara. Soalan daripada Timbalan Presiden LDP itu sudah tentu ada hubungannya dengan komitmen Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk mengkaji permintaan Sarawak menambahkan royalti minyak kepada 20%
Dua minggu lalu, dalam majlis Hari Gawai di Sarawak, Datuk Seri Najib memberi jaminan, kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan permohonan menaikkan royalti minyak untuk Sarawak berikutan usul mengenai perkara itu telah dibawa dan diluluskan Dewan Undangan Negeri itu bulan Mei lalu. Awal minggu ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin juga dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negeri, memberi jaminan, kerajaan Persekutuan akan memperhalusi isu kenaikkan royalti dan mengangap isu berkenaan sebagai prioriti sebelum pilihanraya negeri yang dijangka pada 2016.
Berdasarkan kenyataan Wahid Omar, berkemungkinan besar kerajaan Persekutuan cuma akan mempertimbangkan pertambahan royalti untuk negeri Sarawak kerana menurutnya Sabah telah menerima peruntukan melebihi RM3.8 bilion iaitu jumlah anggaran kadar royalti pada 20%. Pendekkata menteri JPM itu merumuskan semua perbelanjaan untuk negeri Sabah mewakili royalti minyak.
Saya selalu berhujah, rakyat Malaysia tidak tahu sejarah sebenar penubuhan Persekutuan Malaysia kerana perkara itu tidak diajar di sekolah dalam semua peringkat, rendah, menengah mahu pun diperingkat pengajian tinggi. Sebab itu ramai yang tidak faham, termasuk ahli parlimen dan menteri-menteri kabinet Persekutuan tentnag asas penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 serta status sebenar Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan. Kenyataan Wahid Omar adalah bukti jelas betapa dangkalnya pengetahuan beliau mengenai status Sabah bila gagal mengasingkan isu royalti minyak dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan dan grant.
Wahid dalam jawapannya juga mendakwa Sabah menerima peruntukan 2.6 kali ganda lebih tinggi daripada daripada jumlah RM4.3 bilion cukai yang dipungut dari Sabah. Walhal dalam Perjanjian Malaysia, negeri Sabah berhak menerima tambahan selain daripada perbelanjaan pembangunan dan grant Sabah juga berhak menerima peruntukan tambahan sebanyak 2/5 daripada jumlah lebihan hasil bersih yang didapati kerajaan Persekutuan di Sabah. Peruntukan khas itu dihentikan pada 1974 tanpa sebarang alasan setelah Akta Pembangunan Petroleum diluluskan.
Yang menjadi kemusykilan kenapa semua peruntukan perbelanjaan, pembangunan dan grant untuk negeri Sabah dijumlah sebagai jumlah yang mewakili royalti minyak sedangkan semasa Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 antara Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura, minyak dan gas asli di Sabah dan Sarawak belum diterokai?
Perbelanjaan Persekutuan di Sabah adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. Memasukkan perbelanjaan "expenditure" yang disebut Wahid Omar sudah tentu termasuk gaji dan penyelenggaran anggota Keselamatan, askar dan polis di Sabah. Takkan jumlah gaji itu juga dianggap sebagai peruntukan kepada negeri Sabah dan sebahagian daripada royalti minyak, sedangkan soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan?
Berita kedua yang menarik perhatian ialah kenyataan Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi tentang Perkara 20 dan Perkara 18. Menurut Profesor itu kedua-dua dokumen tiada signifikan undang-undang kerana ia bukan dokumen undang-undang dan tidak termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi negara ini. Menurutnya,
"Bila bercakap mengenai undang-undang ia mestilah merujuk perkara yang terkandung dalam perlembagaan. Dokumen-dokumen lain seperti Perkara 20 dan 18 bukan undang-undang walaupun ada signifikan dari segi sejarah".
Saya bersetuju dengan Profesor tersebut bahawa Perkara 20 dan 18 cuma sekadar memorandum daripada parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak diserahkan kepada IGC (Jawatan Kuasa Antara Kerajaan) yang kemudian sebahagian besarnya kandungannya dibawa ke Parlimen Britian dan diluluskan dalam IGC Reports dan menjadi asas Akta Malaysia 1963.
Persoalannya, kenapa perlu Perkara 20 dan Perkara 18?
Profesor itu harus melihat kronologi penubuhan Malaysia. Setelah cadangan gagasan Malaysia dikemuka Tunku Abdul Rahman di Singapura, pemimpin Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan gagasan itu. Bukan sahaja pemimpin Borneo tidak bersetuju, malah Presiden Indonesia dan Filipina menganggap gagasan Malaysia hanya memindahkahn pejabat kolonial dari London ke Kuala Lumpur.
Tentangan begitu hebat dari Borneo diketuai Presiden SUPP, Ong Kee Hui, Donald Stephens (UNKO), Sedomon dan GS Sundang (Pasok Momogun) dan lain-lain parti yang munubuhkan United Front. Perkara 20 dan Perkara 18, adalah idea dan ilham daripada Lee Kuan Yew setelah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak di Singapura . Perkara 20 dan 18 merupakan jaminan kedudukan Sabah dan Sarawak lebih terjamin. Tanpa Perkara 20 dan 18, tidak akan ditubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
Kesimpulannya, tanpa Perkara 20 dan Perkara 18, tidak akan ada negara Malaysia kerana cadangan Gagasan itu akan ditolak rakyat Borneo. Oleh sebab itu pemimpin Persekutuan tidak boleh manipulasi keadaan dengan alasan dokumen Perkara-Perkara 20 dan 18 sebagai dokumen yang tidak ada signifikan undang-undang. Rakyat Sabah dan Sarawak selama 51 tahun mengharapkan kepimpinan yang jujur dan ikhlas daripada kerajaan Persekutuan. | |
Cucu Tok Selampit Posted: 29 Jun 2014 01:09 PM PDT Gambar-Gambar Bermakna 1 Ramadhan - DS @NajibRazak Melawat DS Haji Hadi Awang Di IJN (6 Gambar) Posted: 29 Jun 2014 12:46 AM PDT
Tiada gambar lain yang lebih istemewa hari ini melainkan gambar-gambar Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara tengahari tadi. Alhamdulillah, kesihatan beliau bertambah baik. Marilah kita doakan agar Dato' Seri Hadi segera sembuh agar dapat beliau menyambut Ramadan bersama keluarga. Buat Perdana Menteri apa jua kutukan yang anda terima, anda sebenarnya mempunyai hati yang cukup besar dan murni.
Semoga semangat yang ditunjuk oleh kedua-dua pemimpin hebat ini menjadi peringatan kepada kita bahawa disebalik politik, hubungan antara Rakyat mestilah sentiasa mesra. Jangan sampai perbezaan politik menyebabkan kita hilang segala kasih sayang, kebertanggungjawaban dan ketamadunan sesama kita. | Lawak Antarabangsa Bila Ruangan 'Car.Bikes.Trucks.' Gelar Pengerusi SPAD Sebagai 'Proton Salesman' Posted: 27 Jun 2014 07:00 PM PDT Agak menarik untuk membaca artikel yang disiarkan dalam sisipan 'Cars.Bikes.Trucks.' di akhbar New Sunday Times yang boleh dibaca secara online, di sini. Antara mesej utama yang cuba untuk disampaikan dalam artikel bertajuk 'SPAD chairman is also Proton salesman', adalah Pengerusi SPAD cuba untuk menyelamatkan industri syarikat kereta Nasional Proton dengan mengarahkan tanpa kebenaran Kerajaan agar kesemua jenis teksi baru bermula mulai bulan lepas, menggunakan Proton Exora.
Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini menjawab persoalan berkenaan seperti di bawah: Merujuk kepada artikel bertajuk 'SPAD's Chairman is also Proton's Salesman,' Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ('SPAD') ingin menjelaskan keputusan untuk mengguna Proton Exora telah dibuat oleh kerajaan dan ia adalah selaras dengan Dasar Automotif Negara. Ia tidak termasuk dalam bidang kuasa Pengerusi SPAD. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang melaksanakan transformasi industri teksi, SPAD adalah terikat untuk mematuhinya. Keputusan itu berdasarkan kepada pelbagai pertimbangan termasuk spesifikasi teknikal, ruang bagasi, ruangan untuk kaki dan kepala. Dari segi 'value for money' pula, persoalan kemampuan untuk pemandu teksi juga telah dipertimbangkan. Proton Exora adalah model yang paling mampu untuk dimiliki di dalam kelasnya tersendiri. Cadangan nilai juga termasuk pilihan dwi-bahan api (petrol dan NGV); dengan potensi masa depan untuk diesel atau versi hibrid. Dari segi skala ekonomi, bahagian-bahagian Proton Exora mudah diperolehi. Oleh itu ia adalah lebih menjimatkan bagi pemandu teksi untuk menyelenggara kenderaan mereka. Proton juga lebih responsif kepada apa-apa permintaan untuk perubahan spesifikasi kenderaan dan ia satu kelebihan. Industri teksi di Malaysia adalah pelbagai. Keseragaman dan kesamaan seperti yang dilihat di London, New York dan Dubai adalah satu kemestian untuk kemampanan industri. Teksi 1Malaysia (TEKS1M) yang baru ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu model operasi yang selaras dan cekap. Ini termasuk spesifikasi yang minima dengan penekanan terhadap keselamatan, keselesaan dan jangka had penggunaan yang lebih pendek ke 7 tahun . Ia juga akan menyediakan saluran ke pusat tempahan dan sistem penghantaran untuk rangkaian operasi yang lebih luas. SPAD akan selaras stuktur tambang bagi memastikan kemampanan industri. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 29 Jun 2014 11:46 AM PDT GAMBAR INDAH DI AWAL RAMADHAN , @NajibRazak ZIARAH PRESIDEN PAS Posted: 28 Jun 2014 11:06 PM PDT
alhamdulillah...GPB amat terharu dan gembira bila melihat dua pemimpin utama parti berbeza yang mewakili majoriti Islam dan Melayu, sama-sama tersenyum...nampak jelas persaudaraan sesama Islam tetap kukuh..... Hari ini DS Najib Tun Razak menziarahi rakannya Presiden PAS DS Abd Hadi Awang di hospital . jadikanlah gambar ini sebagai pembuka jalan usaha menyatukan semua umat Islam di Malaysia tanpa batasan kepartian... Abu Hurairah ra meriwayatkan: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin." [HR Bukhari & Muslim] | MALAYSIAN INSIDER MENYERANG @Zahid_Hamidi ISU KEPALA LEMBU RUMAH RAYER !! Posted: 28 Jun 2014 09:09 PM PDT
Selepas Malaysiakini memfitnah PM , kini giliran portal pro pembangkang Malaysian Insider menyerang Menteri Dalam Negeri DS Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kepala lembu diletakkan di rumah Adun DAP RSN Rayer semalam .
Artikel berniat jahat portal ini terus disebarkan blogger pro pembangkang hingga menuduh Naib Presiden UMNO ini menyokong tindakan pihak tidak bertanggungjawab meletakkan kepala lembu berkenaan . KLIK DI SINI
Sebenarnya Zahid bersimpati insiden berkenaan dan menyifatkan ia berpunca daripada mulut celupar Rayer dan itu harga perlu dibayar .
Tetapi pembangkang dan beberapa pemimpin komponen BN cuba mengaitkan isu ini & kenyataan Zahid sebagai tidak sensitif dengan sentimen agama dan kaum .
Sebenarnya di sini kita harus bertanya siapa sebenarnya yang mulakan mainkan isu perkauman ini ?
Beberapa pemimpin Pemuda UMNO negeri dihadapkan ke mahkamah tinggi kerana menceroboh sidang DUN disebabkan provokasi dimulakan Rayer DAP menggelarkan UMNO Celaka & disokong pulak LGE .
Kesimpulannya , P.Pinang tidak akan aman selagi ada LGE yang menyokong isu perkauman !!
GEORGETOWN: Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer pagi tadi digemparkan dengan penemuan kepala lembu berlumuran darah di depan rumahnya.Kejadian tersebut disedari isterinya ketika membuka pagar rumah pada kira-kira jam tujuh pagi selepas diberitahu oleh seorang individu yang pada ketika itu sedang berjalan di hadapan rumahnya.Sebaik menyedari kepala lembu yang telah disiat kulit itu berada di hadapan rumah mereka, Rayer terus menghubungi polis."Saya diberitahu terdapat kepala lembu di hadapan rumah. Saya terus hubungi pihak polis serta Ketua Menteri untuk memaklumkan apa yang berlaku," kata Rayer.Pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Al-Athrash Wahid mengesahkan kejadian tersebut serta menyatakan bahawa siasatan kini sedang dijalankan."Setelah mendapat maklumat, pihak polis telah dikerahkan ke lokasi dan kami dapati terdapat satu kepala lembu di hadapan rumah Rayer. Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan menyebabkan kegusaran dalam agama."Menerusi rakaman CCTV, kami mendapati seorang lelaki yang menunggang motosikal telah meletakkan kepala lembu tersebut di hadapan rumah Rayer." Kata ACP Mior.Polis kini masih menjalankan siasatan berhubung motif kepala lembu itu di letakkan di hadapan rumah Rayer.Baru-baru ini Kongres Melayu Pulau Pinang telah memberi amaran kepada Rayer supaya tidak 'bermain api' berikutan sikap biadab pemimpin DAP itu yang berterusan menghina orang Melayu.Sebelum ini kekecohan turut berlaku di mana beberapa orang merempuh masuk ke dalam Dewan Persidangan bagi menuntut Rayer memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyebut 'UMNO Celaka'.Turut hadir di rumah ADUN itu pagi tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. -AWANI-
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan