Pengikut

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 1:18 PTG

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil

Posted: 17 Jun 2014 02:43 AM PDT




PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil
17 Jun, 2014.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan adik kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat konsesi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman.


Komando ditembak, Polis bunuh diri, Tentera merogol

Posted: 16 Jun 2014 05:31 PM PDT




Pada 15 Jun 2014 seorang anggota polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dikatakan menembak diri sendiri selepas membunuh seorang pengawal keselamatan. Pada 13 Jun 2014 pula dilaporkan 6 orang anggota tentera dari Jabatan Siasatan Khas di Kem Jeti Pulau Pisang, Johor telah ditangkap berhubung kes rogol gadis berusia 14 tahun di pantai Pontian Besar. Tiga dari enam anggota tentera yang ditangkap tersebut diuji positif dadah.

Pada 30 Mei 2014 pula seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu.

Negara dikejutkan lagi dengan kes penculikan di perairan Sabah pada 16 Jun 2014.

Nampaknya tembak, bunuh, bunuh diri, rogol, pengambilan dadah di kalangan anggota keselamatan kita bukan lagi kes terpencil. Sesuatu perlu dilakukan di semua peringkat, bermula dari kepimpinan tertinggi ATM dan PDRM serta KDN dan MINDEF.

Ini adalah masa yang terbaik untuk dibahaskan perkara ini di parlimen di kalangan ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat demi keamanan dan keselamatan negara.

Usaha Dakwah, Kaunseling dan Kebajikan di kalangan anggota ATM dan PDRM perlu diperhebatkan.

Comments (0)