Pengikut

Pakatan Rakyat

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 4:31 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 29 May 2014 04:12 PM PDT

[Bernama] Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. – Bernama, 29 Mei, 2014.

P/s: Tepuk dada tanya selera.

DIALOG RAKYAT

Posted: 29 May 2014 03:51 PM PDT

BN rampas majlis perwaris

Posted: 29 May 2014 06:43 AM PDT

Tiada seorang pun wakil DAP menyertai BN

DAP PC

TELUK INTAN: Sebuah badan bukan kerajaan  (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional  (BN) telah 'merampas' majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.

Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.

Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk  Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.

"Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,"

"Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan 'kemasukan' ahli DAP kedalam parti tersebut," kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.

Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.

Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk  Ahmad Maslan.

"Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,"

"Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN," kata Manogaran.

Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.

"Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh," kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.

Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.

Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.

Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oelh penganjur ketika ditemu bual pemberita.

CheguBard terima penggantungan

Posted: 29 May 2014 06:39 AM PDT

Penggantungan ini tidak menghapuskan matlamat perjuangan, kata CheguBard.

chegubard

PETALING JAYA: Aktivis PKR Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard menerima keputusan parti untuk menggantung keahliannya, namun meminta diberi ruang untuk satu sesi pendengaran untuknya membela diri.

"Saya ada berjumpa dengan Pengurusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Abd Malek Hussin untuk meminta diberi ruang kepada saya membela diri dalam satu sesi pendengaran," katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Beliau hadir sendiri ke ibu pejabat PKR awal petang tadi untuk mengambil surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti kepadanya sebelum bergegas ke Teluk Intan untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) kerusi parlimen itu.

"Saya tidak kisah diambil tindakan sebegini namun ada juga individu-individu lain seperti Azmin (ALi), Zuraida (Kamarudin) yang juga membuat komen terhadap JPP untuk pemilihan parti kali ini jadi sejajarnya ia juga harus mengambil tindakan yang sama," kata CheguBard lagi.

Tambahnya, satu surat telah diberi kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong untuk memaklumkan perkara ini.

"Saya terima penggantungan ini sampai siasatan ke atas saya selesai dijalankan. Harapan saya dan juga semua rakyat ialah PKR sebagai parti masa depan perlu dilihat berbeza walaupun ada masalah kita kenal pasti masalah itu dan tanganinya," katanya lagi.

Apabila disoal sama ada beliau akan kekal bersama PKR setelah digantung keahliannya, CheguBard dengan tenang menjawab penggantungan ini tidak menghapuskan matlamat perjuangannya.

"Saya ada terima ratusan panggilan, pesanan ringkas dan juga tweet berkenaan penggantungan ini.

Respon saya mudah, kita kena sabar, tenang dan fokus kerana penggantungan ini tak hapuskan matlamat perjuangan kita yang masih jelas iaitu mahukan parti menerajui perubahan," katanya mengakhiri perbualan.

Semalam, CheguBard telah didapati bersalah oleh mensyuarat Biro Politik PKR kerana membuat kenyatan media yang mendakwa proses pemilihan kotor dan tidak telus.

"Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan 'Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali' pada Mei 12 yang disiarkan dalam laman mysuara.net dan FMT.

"Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard", menurut satu kenyataan yang diedarkan oleh Kee Kwong semalam.

CheguBard digantung keanggotaannya serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan dan diberi surat tunjuk sebab.

Ahmad Maslan Menonong Balik, Sanggup Lompat Parit Elak Jumpa Wartawan -UPDATED

Posted: 29 May 2014 06:36 AM PDT

KELAB GREENBOC


Ahmad Maslan 'lompat parit', enggan jawab isu ahli DAP

 
Mungkin kerana malu dengan kenyataannya dalam satu majlis kempen di Teluk Intan berhubung 150 ahli DAP mahu keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan didakwa cuba mengelak diri daripada media.

Timbalan menteri kewangan dan ketua penerangan Umno itu dilaporkan melarikan diri daripada media malam tadi, dengan cara menyampaikan ucapan yang panjang dan elak menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu.

Ahmad juga didakwa cuba menyeberang sebuah parit untuk mengelak wartawan yang menunggunya, selepas menyampaikan ceramah kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Selepas selepas menyampaikan ucapan, wartawan terdengar Ahmad bertanya kepada pembantunya di mana pintu masuk dewan itu.

Ketika pemberita berkumpul di pintu masuk dewan itu untuk bertanya mengenai pembabitannya dalam dakwaan lompat parti malam Selasa lalu, Ahmad berjalan ke arah parit dan cuba untuk melompatnya.

Malaysiakini melaporkan pembantunya datang dengan lampu suluh untuk menunjukkan jalan keluar.

Walaupun dikejar oleh wartawan yang meminta beliau mengadakan sesi soal jawab , Ahmad hanya terus berjalan keluar tanpa menghiraukan mereka dengan dikelilingi lima pembantunya.

Pada malam Selasa, Ahmad merasmikan satu majlis di mana BN mendakwa 150 ahli DAP menolak parti mereka dan mahu menyokong parti pemerintah.

Bagaimanapun, majlis itu tidak berjalan sebagaimana yang dirancang apabila media yang ingin membuktikan dakwaan itu mendapati tidak semua 150 individu itu adalah bekas ahli DAP.

Seorang wanita yang pada awalnya bergambar dengan Ahmad samba memegang bendera BN mendakwa dia dipaksa ke majlis itu dan tidak pernah meninggalkan DAP.

Sebahagian daripada mereka pula mendakwa menjadi ahli dan penyokong BN sejak sekian lama.

Acara berakhir dengan suram apabila wartawan dilarang oleh pihak penganjur menemubual hadirin yang lain di samping diminta keluar daripada majlis itu.


BN rampas majlis perwaris

TELUK INTAN: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) telah 'merampas' majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.

Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.

Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.

"Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,"

"Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan 'kemasukan' ahli DAP kedalam parti tersebut," kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.

Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.

Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

"Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,"

"Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN," kata Manogaran. Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.

"Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh," kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.
Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.

Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.

Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oelh penganjur ketika ditemu bual pemberita. -FMT


Ahli DAP terkejut diumum sokong BN...

TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN malam tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.

Shantini a/p Subramaniam, 46, seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.

"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang.

"Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.

"Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP.

"Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai.

Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis.

Shantini sebelum itu bersama dua orang lagi menerima baju-T BN daripada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis yang berlangsung di padang perumahan Taman Desa Bakti, Teluk Intan itu kemudiannya menyaksikan seorang daripada mereka menerima bendera DAP dari penganjur dan meletakkannya ke atas tanah sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy sewaktu diminta menjelaskan kekeliruan tersebut berkata Shantini mungkin tidak faham dengan soalan wartawan.

Menjelaskan tindakan Shantini yang diminta meninggalkan majlis lebih awal, Mohana berkata beliau pulang untuk mengambil kad keanggotaan DAP miliknya.

"Awak tanya dalam bahasa apa kepada dia?

"Kadang-kala ada kekangan bahasa juga," kata Mohana apabila mengetahui wartawan bertanya dalam bahasa Melayu kepada Shantini.

'Kejutan' kedua adalah apabila petugas media pada awalnya menerima maklumat majlis itu diadakan untuk menerima anggota DAP yang akan 'melompat parti' kepada BN.

Namun akhirnya, petugas media dimaklumkan bahawa bekas 'anggota' DAP yang hadir semalam tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Sebaliknya, majlis diadakan untuk mengalu-alukan sokongan mereka yang kini bersama BN, seperti disahkan ADUN Cangkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin pada sidang media ringkas, selepas majlis itu.

Seorang petugas media turut menggesa peserta agar melakukan gimik memotong kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Namun, Ahmad Maslan menolak permintaan itu atas alasan ia bukan budaya BN.

Sebahagian peserta yang duduk selama hampir dua jam dalam keadaan gelap di luar khemah yang tidak berlampu, dengan memakai baju-T dan topi BN pada majlis itu kemudian diberikan sebuah kotak berlogo 1Malaysia setiap seorang oleh penganjur, selepas majlis berakhir.

Petugas media cuba menemubual peserta untuk mengetahui isi kotak itu namun dihalang oleh Arjami Ali yang berkata "media suka jaga tepi kain orang".

Sebelum beredar, petugas media turut meminta seorang lagi penganjur, Yusof Abd Manaf untuk mencari seorang peserta yang sanggup diwawancara.

Yusof kemudian membawa seorang perempuan berusia 60 tahun ke bawah khemah untuk diwawancara media.

Namun, wawancara itu terhenti sebelum bermula dengan sempurna apabila Arjami bertindak membawa perempuan itu pergi dan menutup lampu khemah.

Yusof kemudian meluahkan kekecewaannya apabila media lebih menyerlahkan 'orang KL' yang datang pada malam itu berbanding NGO tempatan yang bekerja keras selama dua minggu untuk majlis itu.

"Kami dah pujuk orang-orang ini (peserta) selama lebih dua minggu tapi awak malam ini datang dan tanya 'orang KL' yang cuma datang sekejap dan tak tanya kami tentang majlis ini terlebih awal," katanya dipercayai merujuk kepada Ahmad Maslan dan Mohana. -mk


LIHAT VIDEO DI SINI

Permohonan Puncak Niaga batal keputusan LUAS ditolak

Posted: 29 May 2014 06:29 AM PDT

MALAYSIAKINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan syarikat konsesi air Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) untuk membatalkan keputusan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang tidak memperbaharui Lesen-Lesen Abstraksi Sumber Air bagi syarikat itu.
  
Ketika menolak permohonan PNSB selaku pemohon, Hakim Datuk Zaleha Yusof berkata mahkamah bersetuju dengan responden (LUAS dan kerajaan Selangor) bahawa ia merupakan suatu keputusan polisi yang dibuat oleh LUAS tanpa niat jahat dan tidak boleh dipersoalkan.
  
Beliau berkata keputusan LUAS dan kerajaan Selangor untuk tidak memperbaharui lesen abstraksi sumber air kepada Puncak Niaga bukan berniat jahat dan bukan sesuatu yang tidak munasabah.
  
Mahkamah turut memerintahkan PNSB membayar kos RM15,000 kepada LUAS dan kerajaan Selangor.
  
Pada 20 Mac lepas, Puncak Niaga menfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan LUAS yang menolak pembaharuan lesen-lesen abstraksi sumber air bagi tempoh bermula 1 Jun ini menerusi surat yang dikeluarkan LUAS bertarikh 7 Mac lepas.
  
Sehubungan itu, PNSB memohon mahkamah membuat perintah mandamus bagi memaksa LUAS dan kerajaan Selangor memperbaharui lesen-lesen itu.
  
Syarikat itu mendakwa LUAS gagal dan atau enggan menumpukan kepada kuasa dan budi bicara yang diberinya melalui Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Perlesenan) 2012 untuk memperbaharui lesen itu.
  
Selain itu, PNSB berkata kedua-dua responden enggan mengambil kira dan mempertimbang beberapa perkara relevan dalam menolak untuk memperbaharui lesen itu.
  
Antaranya ialah apabila PNSB tidak dapat mengasbtrak air mentah, ia tidak dapat memenuhi obligasinya untuk membekalkan air yang dirawat kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk dibekal dan diagih kepada pengguna di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.- Bernama

MAH cabar DAP lapor pada SPR tentang hamper

Posted: 29 May 2014 06:23 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

TELUK INTAN DAP sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pengagihan hamper makanan di Teluk Intan dan bukannya hanya sekadar membuat tuduhan, kata calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Mah menjawab dakwaan DAP bahawa beliau hadir di majlis anjuran pengarah Perbadanan Nasional Bhd (PNS) di mana kira-kira 100 orang telah diberi hamper makanan percuma semalam.

ADUN DAP Bukit Gasing, R Rajiv yang berkata beliau menerima maklumat dan pergi untuk memeriksanya, mendakwa melihat calon BN itu hadir di majlis tersebut yang diadakan di Jalan Bomba di bandar Teluk Intan.

Dakwanya, beliau juga terdengar pengerusi majlis secara terbuka menggesa hadirin mengundi Mah.

Presiden Gerakan itu menjelaskan bahawa majlis tersebut merupakan satu daripada 32 program yang menghadiri semalam, dan beliau tidak mengagihkan apa-apa kepada mereka yang hadir, dan sebaliknya berkata, hamper tersebut diagihkan oleh agensi itu sendiri.

"Daripada hanya membuat tuduhan, DAP buatlah laporan kepada SPR jika mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Teluk Intan hari ini.

Dalam jawapan awalnya kepada SMS Malaysiakini, Mah berkata 'menjauhkan dirinya' apabila melihat hamper diagihkan.

Ditanya sama ada beliau ada mendengar pengerusi majlis meminta hadirin mengundinya, Mah berkata, beliau tidak mendengar apa-apa pada masa itu.

Ahad lalu, jawatankuasa pemandu BERSIH, dalam satu kenyataan, mengingatkan bahawa pemberian hadiah kepada pengundi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah sekyen 8 dan 10 (rasuah).

Mah kemudian membidas DAP yang menyediakan perkhidmatan bas tambang murah kepada pengundi luar yang tinggal di Lembah Klang dengan mengenakan hanya RM10 untuk tiket pergi-balik.

Ditanya sama ada itu boleh dianggap sebagai "membeli undi", Mah berkata, beliau tidak akan menggunakan perkataan itu tetapi berpendapat ia tidak betul.

"Bas-bas diatur oleh mereka, mereka akan mempengaruhi mereka (pengundi) semasa dalam perjalanan," katanya.

Tinjauan: Lebih ramai Melayu sokong DAP

Posted: 29 May 2014 06:10 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

Satu tinjauan dijalankan oleh sebuah universit swasta tempatan menunjukkan DAP akan berjaya menarik lebih banyak sokongan Melayu melalui calonnya Dyana Sofya Mohd Daud.

Bagaimanapun, menurut tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI itu, DAP akan mendapat jumlah majoriti undi yang lebih kecil kerana jumlah yang keluar mengundi berkurangan.

Tinjauan tersebut menunjukkan jangkaan bahawa Dyana Sofya akan meraih 28.3 peratus undi Melayu, manakala calon BN akan mendapat 58.75 peratus, dengan lapan peratus lagi masih belum membuat keputusan.

"Ia merupakan peningkatan sebanyak antara lima hingga enam peratus (berbanding pilihan raya umum) daripada kira-kira 20,000 pengundi," kata pengasas pusat kajian itu, Ngerng Miang Hong.

Sementara iut, sebanyak 43 peratus daripada pengundi India dijangka memilih Dyana, manakala 44 peratus lagi lebih berminat pada calon BN Datuk Mah Siew Keong, dengan 13 peratus lagi belum membuat keputusan.

Hasil berkenaan adalah berdasarkan tinjauan ke atas 400 orang responden yang terlibat. Para responden tersebut hanya terdiri daripada pengundi Melayu dan India di Teluk Intan, yang ditinjau antara 24 hingga 26 Mei lalu.

Ngerng berkata, satu kajian kumpulan tumpuan untuk pengundi Cina menunjukkan kecenderungan mereka tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum ke-13, dengan kira-kira 75 peratus memilih DAP.

Katanya, tinjauan itu menunjukkan jangkaan bahawa DAP akan menang dengan majoriti 3,000 undi sekiranya 70 peratus keluar mengundi pada 31 Mei.

Jangkaan itu jauh berbeza berbanding majoriti 7,313 undi yang diperolehi pada 2008, dengan 80.4 peratus jumlah keluar mengundi.

Tinjauan itu menyatakan jangkaan sekurang-kurangnya 69 peratus akan keluar mengundi pada 31 Mei.

Pakatan Rakyat desak penjelasan, bimbang Bank Rakyat musnah seperti BMF

Posted: 29 May 2014 06:07 AM PDT

Oleh Sheridan Mahavera

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu beri penjelasan berhubung skandal hutang RM32 juta Bank Rakyat, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu beri penjelasan berhubung skandal hutang RM32 juta Bank Rakyat, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail The Malaysian Insider. 

Bimbang tragedi yang berlaku kepada Bank Bumiputra berulang kembali, ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan apakah benar pentadbirannya terlibat dalam skandal hutang RM32 juta Bank Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebagaimana skandal Bumiputra Malaysian Finance (BMF) pada awal 1980 yang memusnahkan induknya, Bank Bumiputra, skandal pinjaman ini boleh merosakkan nama baik dan boleh memusnahkan bank itu.

Dengan mengaitkan skandal BMF itu, Mahfuz berkata, skandal pinjaman RM32 juta Bank Rakyat itu menunjukkan pemimpin politik peringkat tertinggi terlibat dalam urusan bank ini sedangkan ia sepatutnya diuruskan oleh lembaga pengarahnya.

"Bank Bumiputra ditubuhkan untuk membantu ahli perniagaan Bumiputera. Kerana campur tangan politik, ia menyebabkan skandal BMF, yang menyebabkan Bank Bumiputra rugi besar dan sekarang hilang entah ke mana. Kami bimbang perkara yang sama berlaku kepada Bank Rakyat," kata Mahfuz pada sidang media, hari ini.

"SPRM dan Bank Negara perlu menyiasat dakwaan ini. Siapa yang dapat manafaat daripada penyusunan semula pinjaman ini?

"Mesyuarat agung luar biasa perlu diadakan oleh pemegang saham bank dan laporan perlu dibuat tentang kejadian ini. Salah guna kuasa ini sangat serius dan ia melibatkan majoriti pemegang saham bank yang merupakan orang biasa," kata Mahfuz.

Mahfuz berkata laporan sebelum ini mendakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan menulis sebuah buku tentang bagaimana kegiatan dan cara berurusan sebahagian pentadbiran Najib.

Maklumat ini membuktikan ia memalukan sesetengah ahli politik dan Mahfuz membuat andaian mengapa individu ini menerima layanan yang sangat baik.

"Jika tidak bagaimana beliau boleh berbincang dengan menteri untuk menyusun semula cara bayaran hutangnnya? Biasanya jika anda berhutang, anda pergi berjumpa pegawai bank untuk menyusun semula hutang, tetapi orang ini pergi jumpa menteri".

Laporan sebelum ini menyebut Sabbaruddin mendakwa Hassan masuk campur dalam menyelesaikan pinjaman perniagaan dengan Bank Rakyat.

Lembaga Pengarah bank awalnya menolak tawaran yang dibuat oleh Deepak untuk menyelesaikan hutangnya.

Ahli perniagaan itu didakwa menawarkan 120 cek  post-dated yang boleh ditunaikan dalam masa 10 tahun.

Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan dibuat, Hassan tidak berpuas hati dan tidak menyambung kontraknya yang tamat dengan bank itu.

Coklat tercemar DNA babi 'halal dimakan', kata Fatwa Majlis Kebangsaan

Posted: 29 May 2014 06:04 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 

Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. – Bernama,

Pegawai Australia isytihar MH370 tiada di kawasan pencarian

Posted: 29 May 2014 05:33 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 

Bluefin-21 selesai menjalankan misi terakhirnya semalam untuk mencari serpihan pesawat MH370 di dasar laut di selatan Lautan Hindi tetapi tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu. Gambar fail.Bluefin-21 selesai menjalankan misi terakhirnya semalam untuk mencari serpihan pesawat MH370 di dasar laut di selatan Lautan Hindi tetapi tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu. Gambar fail. 

Pencarian pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan pada awal April diisytiharkan sebagai sia-sia, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

JACC memaklumkan kenderaan bawah laut automatik Bluefin-21 menyelesaikan misi terakhirnya semalam, dan setelah memeriksa seluruh kawasan seluas 850 kilometer persegi dasar laut mendapati tidak ada tanda pesawat hilang berkenaan di kawasan itu.

"Hasilnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Awam Australia (ATSB ) dimaklumkan carian di sekitar kawasan pengesanan akustik kini boleh dianggap lengkap dan berdasarkan pertimbangan profesional, kawasan ini kini boleh dikeluarkan daripada tempat berakhirnya pesawat MH370.

"Data yang dikumpul daripada misi semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC berpendapat tiada tanda-tanda serpihan pesawat dijumpai oleh kenderaan automatik bawah air sejak ia menyertai usaha pencarian," katanya.

HMAS Ocean Shield , kapal utama yang digunakan dalam operasi mencari sejak data satelit menunjukkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi", juga sudah keluar dari kawasan carian malam tadi dan dijangka tiba di Pangkalan Armada Barat berhampiran Perth, Sabtu ini.

Kenyataan JACC mengulangi pencarian Boeing 777-200 yang hilang akan diteruskan dan melibatkan tiga peringkat utama:

1.Mengkaji semua maklumat dan analisis yang sedia ada untuk menentukan zon carian sehingga 60,000 kilometer persegi di sepanjang dataran di selatan Lautan Hindi.

2. Menjalankan kajian batimetri untuk memetakan dasar laut secara terperinci di kawasan pencarian.

3.Mendapatkan perkhidmatan pakar untuk pencarian komprehensif dasar laut di kawasan itu.

"Kumpulan pakar satelit terus mengkaji dan menghalusi analisis data satelit yang kompleks dan data prestasi pesawat untuk menentukan di mana pesawat ini paling mungkin memasuki air. Penemuan kajian semula itu akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat."

Kapal China Zhu Kezhen masih membuat pemetaan dasar laut dan operasi ini disokong oleh satu lagi kapal China Haixun 01 dan kapal Malaysia Bunga Mas 6.

"Data kajian kemudiannya akan dihantar ke Fremantle, di Australia Barat, untuk diproses selanjutnya oleh Geosains Australia. Sebuah lagi kapal kontrak akan menyertai Zhu Kezhen bulan depan.

"Pemetaan dasar laut, yang dipanggil kajian batimetri, dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan.

Mengetahui rupa bumi dasar laut adalah penting untuk membolehkan carian dalam air seterusnya," kata JACC.

Pencarian dalam air kemudian akan disambung semula untuk mencari pesawat dan sebarang bukti (seperti serpihan pesawat dan perakam penerbangan) untuk membantu siasatan Malaysia susulan kehilangan penerbangan MH370.

Komponen pencarian itu dijangka bermula pada Ogos dan mengambil masa sehingga 12 bulan.

JACC berkata, ATSB akan mengeluarkan tender rasmi untuk membuat pencarian bawah air dan kontraktor utama tunggal akan dipilih untuk membawa bersama-sama dan menguruskan kepakaran, peralatan dan kapal untuk menjalankan kerja mencari.

MASEU minta struktur semula pengurusan MAS

Posted: 29 May 2014 05:25 AM PDT

PETALING JAYA - Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan meminta penstrukturan semula pengurusan tertinggi Malaysia Airlines (MAS).

Setiausaha Eksekutif MASEU Mohd Jabbarullah Abd Kadir berkata memorandum itu bertujuan memohon kerajaan campur tangan dalam menggantikan pengurusan tertinggi dengan calon baharu yang lebih berkebolehan bagi memajukan syarikat
penerbangan berkenaan.

"Kami mahu pengurusan yang boleh atur strategi terbaik untuk MAS, keadaan sekarang kami tidak nampak apa-apa yang besar dalam industri penerbangan MAS," katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabat MASEU di Subang Jaya hari
ini.

Kesatuan itu mendesak Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya meletak jawatan berikutan kegagalan beliau membawa keuntungan kepada syarikat penerbangan itu bagi tempoh tiga tahun berturut-turut sejak dilantik.

Turut didesak berundur ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAS Aerospace Engineering (MAE) Azhari Mohd Dahlan dan Pengarah Sumber Manusia MAS Zahrah Zaid. - Bernama

Jenazah Almarhum Sultan Perak selamat dimakamkan

Posted: 29 May 2014 05:15 AM PDT

KUALA KANGSAR - Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada 6.40 petang.

Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah.
  
Keadaan cuaca mendung dan suasana sedih menyelubungi kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal 1.30 tengah hari.
  
Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini dengan pedati khas 'Seraja Diraja' berwarna kuning pada 4.30 petang untuk disembahyangkan.
  
Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah. Sebanyak 86 das tembakan dilepaskan ke udara daripada dua meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja sepanjang tempoh jenazah Almarhum dibawa ke masjid.
  
Ribuan rakyat jelata beratur di sepanjang jalan ke masjid berkenaan bagi melihat jenazah Sultan yang dikasihi buat kali terakhir.
 
Selepas disembahyangkan, jenazah Almarhum dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid berkenaan untuk istiadat pemakaman.
 
Solat jenazah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan iaitu Ustaz Mohd Helmi Ibrahim manakala talkin dibaca oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
 
Doa pula dibaca oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti.

Permaisuri Tuanku Bainun mendahului keluarga Diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam Almarhum dengan diiringi bacaan selawat.
 
Ini diikuti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Shahar Shah.
  
Ia seterusnya diikuti Raja Kecil Besar Perak Raja Iskandar Zulkarnain dan isteri Datuk Seri Diraja Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta kerabat Diraja dan pembesar-pembesar.
  
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menjirus air mawar dan menabur bunga di makam baginda.
  
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Puhat Mat Nayan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Datuk Mohd Yusop Husin, pemimpin kerajaan, kerabat diraja serta pembesar-pembesar.
  
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada 1.30 tengah hari semalam.  - Bernama

Bukan babi saja haram, rasuah penyelewengan juga haram, kata ahli Parlimen PAS

Posted: 29 May 2014 05:13 AM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
 

Persepsi babi-itu-haram menunjukkan tahap kelemahan mentaliti Melayu-Islam yang duduk di bawah pemerintahan Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (gambar).

Khalid berkata, ‎melalui hasil didikan songsang Umno, sensitiviti lain yang menjurus kepada hukum haram tidak ditekankan.

"Soal sensitiviti jangan isu babi sahaja, banyak lagi benda haram seperti ‎isu rasuah, penyelewengan, perkauman, kezaliman‎ yang langsung tiada sensitiviti dalam masyarakat.

"Isu pinjaman Bank Rakyat –Sabbaruddin Chik, Koperasi Fidlot Nasional (NFC) ini pun haram juga," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Beliau menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan menasihat masyarakat Islam supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan mengeluarkan pandangan tidak masuk akal, termasuk menukar darah yang tercemar akibat memakan coklat Cadbury mengandungi porcine.

Katanya, Majlis Fatwa diberi tempoh masa sehingga tiga hari mengeluarkan kenyataan supaya kekeliruan dihentikan.

"Kita minta alim ulama kalau nak selamatkan imej Islam yang nampak sulit biarlah mereka memberikan kenyataan dalam soal ini.

"Jangan cepat bertindak atas emosi, NGO lain tidak perlu buat kenyataan mengarut," katanya.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritius Tan Sri Dr Abd Shukor Husin pada semalam dilaporkan berkata, pihaknya masih belum menjatuhkan sebarang hukum lagi terhadap dua produk Cadbury yang tercemar dengan DNA babi.

Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan belum ada penyelidikan yang dapat mengenal pasti sama ada DNA babi yang tercemar adalah asli atau sintetik dan sejauh mana tahap pencemarannya.

Ekoran itu, katanya keputusan muzakarah pada 2011 bahawa umat Islam diharuskan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi bahan najis seperti DNA babi akibat  pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari, tidak terpakai kepada produk Cadbury.

Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (Accin) sebelum ini mendesak kilang coklat Cadbury membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang termakan bahan haram berkenaan.

Raja Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang baru

Posted: 29 May 2014 05:04 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Paduka Seri Sultan Nazrin (berselempang kuning) semasa pengebumian diraja ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hanoor Hussain, 29 Mei, 2014.Paduka Seri Sultan Nazrin (berselempang kuning) semasa pengebumian diraja ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hanoor Hussain. 

Raja Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak Darul Ridhwan yang ke-35 tepat jam 3.15 petang ini yang membawa kepada gelaran Paduka Seri Sultan Nazrin.

Pengumuman pelantikan itu diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (Bersara) Tan Sri Mohd Zainuddin di sebelah jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar petang ini.

Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah.

Baginda adalah anak tertua kepada Sultan Azlan Shah dan menjadi Raja Muda Perak sejak 1984.
Sultan Azlan, 86, mangkat pada jam 1.30 semalam di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.

Paduka Seri Sultan Nazrin, 57, mempunyai ijazah pertama dalam Filosofi, Politik dan Ekonomi daripada Worcester College, Oxford.

Baginda juga mempunya ijazah Master dalam Pentadbiran Awam daripada Kennedy School of Government, Harvard dan mendapat ijazah doktor falsafah dalam bidang Ekonomi Politik dan Kerajaan daripada Universiti Harvard.

Baginda juga biasa menulis dan memberi syarahan dalam pelbagai bidang termasuk peranan dalam raja berperlembagaan di Malaysia, pendidikan, Islam, hubungan antara kaum dan pembangunan ekonomi.

Baginda dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaya sejak 1989 dan Pengerusi Lembaga Gabenor Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Paduka Seri Sultan Nazrin berkahwin dengan Zara Salim Davidson dan mendapat sepasang cahaya mata Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safya Shah.

Rakyat Malaysia pilih Internet luah tidak puas hati kegagalan pencarian MH370

Posted: 29 May 2014 05:01 AM PDT

OLEH EILEEN NG

Kegagalan operasi pencarian MH370 masih terus dipersoalkan masyarakat dunia. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014. Kegagalan operasi pencarian MH370 masih terus dipersoalkan masyarakat dunia. - Gambar fail The Malaysian Insider.  

Rakyat Malaysia lebih senang menjadikan portal berita dan laman media sosial bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap kegagalan penemuan bagi operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines  (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.

Tidak lama selepas The Malaysian Insider memuat naik berita pesawat berkenaan tidak dijumpai di dalam kawasan carian, pengguna dalam talian menuntut mengetahui lokasi terakhirpesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Dalam menyatakan kekecewaan terhadap berita terkini, pengulas dengan nama pengguna "Takadil" berkata: "Usaha yang sia-sia lagi. Apa yang kami mahu adalah kebenaran, apakah pihak berkuasa Malaysia memberinya, kami mahu pengakhiran untuk meneruskan hidup."

"Sekarang anda memberitahu kami... selepas 2 setengah atau hampir 3 bulan...sekarang .. jadi di mana pesawat itu sekarang?... Jibby adakah anda akan menukar kenyataan anda?" kata seorang pengulas lain bernama Fungshui1, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan sebelum ini bahawa Boeing 777- 200ER berakhir di bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata, ia berdasarkan kepada data daripada syarikat satelit Britain, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Pengulas "tiuniasin" melahirkan kebimbangan terhadap penggunaan wang pembayar cukai untuk mencari pesawat.

"Jadi berapa banyak wang pembayar cukai Malaysia dibazirkan terhadap kerja sia-sia ini? "
Sesetengah seperti EskayLim dan kllau1 menyatakan rasa tidak percaya bahawa walaupun pencarian hebat dilakukan, pesawat masih belum dijumpai.

"Tidak bolehlah. Bagaimana kapal terbang sebesar itu boleh hilang begitu sahaja? Altraman! Altraman, tolong bantu kami mengesan MH370 untuk mengakhiri segala-galanya," tulis EskayLim sambil menyeru adiwira fiksyen Jepun, Ultraman.

kllau1 berkata: "Pesawat seberat 200 tan tidak boleh lenyap begitu sahaja tanpa sebarang kesan untuk sekian lama. Sepatutnya, beberapa serpihan mesti sudah dihanyutkan ke pinggir pantai di suatu tempat. Di manakah mereka...?"

Berita itu juga mendapat perhatian Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang mempersoalkan usaha pencarian pesawat di akaun Twitter di @cmlimguaneng.

"Adakah kita sedang dipermainkan?" soalnya. "BN mesti memberitahu dunia – Adakah semua ini suatu pembohongan bahawa MH370 berada di Lautan Hindi dekat Australlia?" kata "tweet" beliau.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata Bluefin – 21, kenderaan dalam air berautonomi menyempurnakan misi terakhir semalam, dan setelah selesai memeriksa lebih daripada 850 kilometer persegi dasar laut, didapati tiada tanda pesawat yang hilang.

"Data yang dikumpul misi semalam telah dianalisis. Hasilnya, JACC boleh memberi nasihat bahawa tiada tanda serpihan pesawat dijumpai oleh kenderaan air autonomi sejak ia menyertai usaha pencarian.

"Dengan itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia  (ATSB ) dimaklumkan bahawa pencarian di sekitar kawasan pengesanan akustik kini boleh dianggap lengkap dan melalui pertimbangan profesional, kawasan itu kini boleh ditolak sebagai tempat persemadian terakhir MH370."

Hasan Malek takut kepada wartawan, kenapa?

Posted: 29 May 2014 01:07 AM PDT

MSO

Sikap berhati-hati calon DAP dalam pilihan raya kecil Telok Intan Dyana Sofya untuk tidak menjawab soalan-soalan pelik dari wartawan bagi mengelakkan dirinya terperangkap atau jawabannya dieksploit sebagai bahan kempen, mungkin tidak menjadi isu besar dan perkara sangat ganjil lagi apabila orang bertaraf menteri sendiri juga berbuat demikian.

Mernteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek (foto) juga dilaporkan meninggal majlis tergesa-gesa untuk mengelak dari ditanya wartawan berhubung skandal pinjaman Baank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan karpet berbangsa India yang diberikan tanpa faedah.

Pegawai akhbar Hasan membantu menyelamatkan tindakan Hasan itu kononnya dia perlu segera kerana ada satu lagi acara yang hendak disertainya. Mengapa nampak culas Hasan kali ini kalau tidak dia sangat mesra dalam hal ehwal memberi tahu harga ayam tidak naik, ataupun kelebihan memakan gula bagi menjustifikasikan kenaikan mendadak harga gula.

Dia juga nampak rajin menjawab dan mengulas isu GST yang ada kalanya jawabannya tidak boleh hendak difahami akan relevansinya.

Jadi kalau seorang menteri boleh lari daripada pertanyaan wartawan, apa hendak dihairankan dengan Dyana yang baru pertama kali masuk gelanggang. Sehari dua baru ini ada laporan mengatakan Dyana tidak menjawab soalan susah sebaliknya diserahkan kepada pimimpin DAP.

Kepada mereka yang merendah-rendahkan kemampuan calon DAP itu diharap dapat menggunakan akal membandingkan apa yang dilakukan Hasan itu.

Hasan menjadi culas kerana skandal berkenaan. Pinjaman daripada Bank Rakyat sebanyak RM33 juta tanpa faedah itu didedahkan oleh bekas Pengerusinya Sabaruddin Chik minggu lepas. Ia dikaitkan dengan Hasan Malik yang dikatakan terlibat dalam membenarkan pinjaman itu tanpa faedah.

Ahmad Maslan langkah parit, elak wartawan

Posted: 29 May 2014 12:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 

 

 

Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.

Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Terdahulu semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka.

Lelaki tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas.

Beliau seterusnya dilihat menyampaikan nota berkenaan kepada Ahmad yang sedang berucap. Ahmad selepas itu membacakan nota berkenaan dengan kuat "Malaysiakini sedang rakam ucapan".

Selepas ucapannya tamat dan bergambar dengan hadirin di majlis tersebut, Ahmad meminta pembantunya menunjukkan tempat di mana wartawan Malaysiakini dan KiniTV sedang menunggu, di pintu masuk dewan.

Beliau kemudian membuka langkah ke satu longkang berdekatan dan melintas longkang tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan. Seorang pembantu yang membawa lampu suluh turut membantu menunjukkan jalan kepada Ahmad.

Ahmad seterusnya berjalan cepat-cepat untuk keluar dari kawasan berkenaan dan mengelak dari lensa sertai enggan melayan permintaan untuk menemubualnya.

Beliau yang dikawal oleh lima orang pembantu bergegas ke sebuah kenderaan sambil dikejar oleh para wartawan.

Wartawan berkenaan mahu beliau menjelaskan mengenai program melibatkan sekumpulan penyokong DAP yang dikatakan mahu berpaling tadah.

PAS: JAKIM yang patut saman Cadbury

Posted: 29 May 2014 12:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sepatutnya mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar coklat Cadbury kerana menyalahguna sijil halal.

Katanya, saman tersebut sepatutnya dikemukakan oleh JAKIM dan bukannya oleh NGO lain kerana ia melibatkan kesalahan menipu agensi tersebut.

Syarikat tersebut, katanya, menipu JAKIM kerana menyalahgunakan sijil halal ke atas produk yang haram dan mengelirukan pengguna lain.

"Saya hairan. Takkanlah JAKIM ni warak sangat sampai tak kisah ditipu syarikat ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti tersebut hari ini.

Mahfuz juga berkata, PAS setakat ini tiada rancangan untuk mengadakan bantahan atau memboikot syarikat pengeluar produk tersebut.

"Saya fikir bila sudah jelas ada penipuan tak perlu boikot. Umat Islam tahu ia ada DNA babi yang tidak boleh dimakan.

"Tak perlu boikot, tak payah makanlah barangan di syarikat tersebut," katanya.

Bagaimanapun, beliau menuntut agar kerajaan mendedahkan nama orang Islam yang menjadi pemegang saham syarikat berkenaan.

Katanya, individu tersebut bertanggungjawab kerana membiarkan isu penyalahgunaan sijil halal itu berlarutan.

"Saya minta kerajaan perincikan siapa pemegang syer dalam Cadbury. Apa yang wakil Islam buat sampai tak sedar hal ini," katanya.

Sabtu lalu, dua produk cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi.

Penemuan itu disambut dengan pelbagai reaksi, antara dari sebuah NGO yang mahu pengeluar coklat tersebut menanggung kos untuk mencuci darah orang Islam yang memakan bahan berkenaan.

NGO Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Berajaan (ACCIN) juga merancang mengemukakan saman berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.

Satu lagi NGO Islam Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), semalam membuat laporan Polis menggesa kilang Cadburry di Shah Alam ditutup.

Isu DNA babi: Peruncit boikot Kraft Food

Posted: 29 May 2014 12:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 

 

 

Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) mengumumkan, 800 anggotanya akan menghentikan jualan produk keluaran syarikat multinasional Kraft Food Group ekoran penemuan DNA babi dalam salah satu produknya.

Jurucakap pertubuhan itu, Bazeer Ahmad berkata, kempen dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu merupakan protes ke atas syarikat bawah Kraft Food, yang didakwa tidak jujur dalam pengeluaran produk halal.

Menurutnya, ia juga sebagai tanda bantahan kerana pengeluar produk tersebut bukan sahaja melanggar sensitiviti umat Islam, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd dikesan mengandungi DNA babi. Kraft Food Group adalah syarikat induk Cadbury.

Bazeer juga memaklumkan MAWAR akan meninjau premis di bawah naungannya di seluruh negara supaya tidak lagi menjual produk berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai membuat aduan sekiranya masih ada peruncit yang masih degil menjual produk syarikat itu.

Beliau turut merayu kepada semua yang terlibat menjual produk syarikat itu supaya menghentikan berbuat demikian sehingga masalah itu dapat ditangani kerajaan.

Sementara itu, aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaied menegaskan bahawa tindakan mereka itu berlandaskan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 yang memperuntukan pengeluar produk mematuhi standard makanan dan pelabelan serta kebersihan makanan bagi mengelak orang awam daripada bahan-bahan yang menjejaskan kesihatan.

"Kita dalam proses tinjauan di premis. Setakat ini hanya 20 peratus (produk dikeluarkan dari rak). Jadi kita berharap, kerjasama dengan MAWAR akan dapat meningkatkan peratus produk itu dikeluarkan dari rak kedai," katanya.

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan DNA babi dalam dua produk cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Hazelnut (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menarik sijil halal dua produk yang sedang dalam siasatan itu.
 

DAP: Hamper makanan BN satu bentuk rasuah

Posted: 29 May 2014 12:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


 

 

 

Seorang ADUN DAP mendakwa BN melakukan rasuah pilihan raya melalui program agihan hamper makanan percuma kepada kira-kira 100 orang dalam satu majlis pada petang semalam di Teluk Intan.

ADUN Bukit Gasing, R Rajiv mendakwa demikian selepas menyaksikan calon BN Datuk Mah Siew Keong hadir di majlis tersebut dan berjabat tangan dengan hadirin yang beratur untuk menerima hamper makanan tersebut.

"Kira-kira 100 orang beratur untuk hamper itu dan Mah berdiri di sana dan berjabat tangan dengan orang ramai.

"Ini adalah satu bentuk rasuah," katanya pada sidang media di pusat operasi pilihan raya kecil DAP, hari ini.

Rajiv kemudian menunjukkan gambar dan video yang dirakam oleh Rajiv di tempat kejadian.

Malaysiakini sudah menghubungi Mah untuk mendapatkan maklum balas beliau.

Raja Nazrin dimasyhur sebagai Sultan Perak

Posted: 29 May 2014 12:30 AM PDT

KUALA KANGSAR - Raja Dr Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baharu menggantikan Almarhum Ayahandanya, Sultan Azlan Shah.

Pemasyhurhan itu diumumkan sebentar tadi oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Istiadat pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini.

Nazrin ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-35 bagi menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat jam 1.30 petang tadi.

Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah

Abby Abadi harap dapat selesai secara baik

Posted: 29 May 2014 12:27 AM PDT

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Abby Abadi redha dengan ketentuan perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar tetapi masih berharap ia dapat diselesaikan secara baik, lapor mStar Online.

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Bekas suami Abby, Norman Halim pernah memberitahu dia terkejut apabila mengetahui mengenai situasi Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan.

Sebelum ini, para peminat Abby mendoakan agar rumah tangganya yang dipercayai menghadapi masalah pertengahan Mei agar kembali pulih.

Kebanyakan mereka mengharapkan Abby tabah menghadapi ujian rumah tangga dengan tenang.
Abby atau nama sebenarnya  Arbaiyah Abdul Manan berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 9 Julai 2013

PRK Teluk Intan: Gerak kerja PAS capai tahap 80%

Posted: 29 May 2014 12:25 AM PDT

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR

TELUK INTAN: Gerak kerja daripada jentera PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah mencapai tahap yang sangat memuaskan iaitu 80 peratus.

Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, jentera di semua peringkat yang diarah daripada seluruh negara telah memberikan komitmen yang tinggi untuk turun membantu kempen walaupun PAS tidak bertanding disitu.

Menurutnya, jentera dan operasi di peringkat induk serta seluruh Unit Peti Undi (UPU) beroperasi dengan baik dan segala perancangan program berjaya dilaksanakan dengan baik.

"Baki dua hari yang akan datang ini saya yakin akan dapat melebihi daripada gerak kerja sekarang untuk memastikan kemenangan terhadap calon DAP," katanya ketika ditemui Harakahdaily di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, dekat sini, semalam.

Naib Presiden PAS itu menyatakan, dalam pilihan raya ini PAS telah merancang pendekatan inklusif khususnya kepada pengundi sasaran termasuklah golongan muda dan pengundi luar.

Selain itu, PAS katanya mempergiatkan program-program seperti ziarah, santuni rakyat, dan ceramah kelompok dalam baki tempoh kempen ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada DAP.

Bagaimanapun, ujarnya PAS menangguhkan aktiviti kempen semalam sebagai menghormati kemangkatan Sultan Azlan Shah yang akan dimakamkan selepas solat Asar nanti.

"PAS ambil perhatian kepada pengundi sasaran, kelompok tegar BN tidak lagi menjadi kumpulan sasaran kami.

"Kami akan berusaha sedaya mungkin, sekurang-kurangnya mengekalkan sokongan orang Melayu kepada DAP," ujarnya.

Beliau menjelaskan, Umno sangat mengharapkan penyokong PAS tidak menyokong dan memberi undi kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan angan-angan semua undi mereka itu akan pergi kepada BN.

Namun, jelas beliau pengharapan Umno itu hanya angan-angan apabila ahli dan penyokong PAS konsisten untuk menyokong serta memberi undi kepada Dyana 31 Mei nanti. -

Gerakan ekstrem halang hudud, Umno sila jawab

Posted: 29 May 2014 12:21 AM PDT

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 


 

TELUK INTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Umno menjelaskan pendirian mereka dengan tindakan biadab Gerakan terhadap usaha PAS melaksanakan hukum hudud selama ini.

Menurutnya, Gerakan bertegas menolak hudud secara tidak demokratik apabila menyerahkan notis saman terhadap PAS untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke parlimen.

Gerakan juga kata beliau telah membuat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur di samping mengugut untuk membuat benteng manusia di hadapan parlimen bagi menghalang Ahli Parlimen PAS membawa masuk rang undang-undang itu.

"Adakah Umno sedar Gerakan yang mereka sokong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ini lebih teruk menolak hudud dengan cara penentangannya sangat merbahaya dan ekstrem yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat di negara ini?

"Saya minta Umno jawab adakah mereka bersetuju dengan segala tindakan Gerakan itu," katanya ketika ditemui Harakah di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, semalam. Turut serta ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Mahfuz menjelaskan, Umno perlu tahu calon mereka di Teluk Intan adalah presiden kepada parti yang sangat biadab dalam menentang hukum hudud dan bukannya hanya melihat kepada DAP semata-mata.

Tegas beliau, Umno perlu sedar Gerakan lebih teruk menentang hudud berbanding DAP yang menolak atas dasar perlembangaan dengan semangat sistem demokrasi.

Jelas beliau, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya masih membuka ruang demokrasi dalam pendiriannya tentang hudud berbanding Gerakan yang menafikan hak rakyat PAS untuk membawa rang undang-undang melalui sistem demokrasi. -

Perlantikan Sultan Perak baharu petang ini

Posted: 29 May 2014 12:14 AM PDT

HARAKAHDAILY


 

KUALA LUMPUR: Berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah, istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini.

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Allahyarham Sultan Azlan Shah.

Semalam, satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak telah diadakan bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak.

Ianya diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas petang ini selepas solat Asar.

Ping di Lautan Hindi bukan dari MH370 - JACC

Posted: 29 May 2014 12:13 AM PDT

HARAKAHDAILY 


 

KUALA LUMPUR: Empat isyarat akustik atau ping yang dikesan di kawasan mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi sebelum ini disimpulkan bukan datang dari kotak hitam pesawat MH370.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kesimpulan itu dibuat selepas perkiraan profesional agensi penyelaras Australia.

Ianya sekaligus memberi maksud bahawa pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu bukan hilang dikawasan pencarian tersebut.

"Kita boleh simpulkan kawasan itu (ping dikesan) bukan kawasan dimana pesawat MH370 hilang", kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Perkara itu turut disahkan pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) kepada CNN.

Timbalan Pengarah Tentera Laut AS bahagian kejuruteraan laut, Michael Dean berkata, terdapat persetujuan ia daripada buatan manusia yang tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

Dean berkata, jika ping datang daripada perakam berkenaan, pasukan pencari akan menjumpainya.

"Teori terbaik kami pada ketika ini adalah (ping) mungkin beberapa bunyi yang dihasilkan oleh kapal atau dalam sektor elektronik daripada Pinger Pencari yang ditunda," katanya.

Peswat MH370 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.

Selepas beberapa minggu pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Comments (0)