Pengikut

Pakatan Rakyat

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 3:49 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 22 May 2014 03:28 PM PDT

[HM] Tallahassee: Mahkamah semalam mengekalkan hukuman penjara 1,000 tahun ke atas seorang lelaki dari Jacksonville yang merogol tiga remaja pada 31 tahun lalu.

Mahkamah Rayuan Tallahassee menetapkan hukuman itu terhadap Arthur O'Derrell Franklin, kini 48, selepas dia disabitkan dengan 20 tuduhan termasuk melakukan siri serangan seksual, penculikan, rompakan bersenjata dan keganasan melampau.

Rakan Franklin, Terrance Jamar Graham yang baru dibebaskan dari penjara ketika kejadian, dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Graham baru berusia 17 tahun ketika itu.

Hukuman penjara 1,000 tahun itu menyebabkan dia hanya boleh dipertimbangkan untuk mendapat parol selepas 333 tahun.

Dalam hujahnya, Franklin berkata, hukuman dikenakan Mahkamah Agung pada 2010 bercanggah dengan perlembagaan.

Ia juga, katanya, tidak menepati peraturan kerana dia dibicarakan sebagai seorang juvana.

Bagaimanapun, semalam tiga hakim yang bersidang bersetuju Franklin kini boleh dipertimbangkan untuk mendapat parol.

Justeru, kata hakim, keputusan penjara 1,000 tahun itu wajar dikekalkan.

Hakim Brad Thomas berkata, keputusan sama ada Franklin boleh diberi parol atau tidak kini terletak di tangan Suruhanjaya Parol Florida.

Sementara itu, peguam Franklin, Bryan Gowdy berkata, dia kecewa dengan ketetapan hakim dan menganggap anak guamnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Florida memansuhkan parol pada pertengahan 1980 namun Suruhanjaya Parol masih wujud bagi menangani kes seperti Franklin yang dikenakan hukuman sebelum tarikh berkenaan.

Kata Gowdy, dia pasti terkejut jika Suruhanjaya Parol Florida membebaskan Graham. - Agensi/22/5/14

Kerabu Bersuara ®

Posted: 22 May 2014 03:27 PM PDT

#PrK Teluk Intan

Tahniah Alang Shukrimun atas penerangan yg mudah difahami.

(Bagus share pencerahan yg bagus ini)

Dua soalan yang sering ditanya kebelakangan ini.

1. Saya pengundi Teluk Intan. Nak undi yang mana ni? Calon DAP yang tak nak sokong hudud atau Gerakan?

2. Saya ahli PAS. Boleh ke berkempen untuk DAP yang menolak hudud?

Jawapan:

Bagi pengundi, anda ada tiga pilihan :-

1.UNDI DAP
2.UNDI GERAKAN
3.TAK MENGUNDI

Kalau anda undi DAP, calon dia tolak hudud
Kalau anda undi Gerakan, calon dia tolak hudud
Kalau anda tak mengundi, pemenang akan tolak hudud juga.

Ok. Jadi kesannya sama. Seri. Bermakna dalam hal calon tolak hudud, tidak boleh dijadikan penilaian untuk memilih. Kita perlukan penilaian lain.

Kalau undi DAP, dasar parti itu tiada menghalang hudud dilaksana. Yang keluarkan kenyataan hanya peribadi ahlinya. Kalau undi Gerakan, terang-terang lantang menolak hudud, sehingga tidak mahu benarkan MP PAS masuk parlimen untuk membentang bil persendirian. Kalau tak mengundi, anda memberi peluang kepada Gerakan untuk menang mudah.

Jadi, pilih DAP bukan sebab sokong pendirian mereka, tetapi pilih sebab tolak Gerakan. Adakah kita lebih sanggup lihat Gerakan menang? Lalu apa tindakan kita untuk tidak benarkan Gerakan menang?

Kalau undi DAP, kita boleh melihat bagaimana adilnya mereka menerajui Pulau Pinang. Agama islam tidak ditindas bahkan mendapat keistimewaan yang tidak dapat di zaman pemerintahan BN. Pulau Pinang dinobat kerajaan paling bersih mengikut laporan audit. Kalau undi Gerakan, semua ini tidak akan berlaku.

Lagi, jika undi DAP, mereka sebahagian PR, dan di sana terdapat PAS yang memperjuang hudud. Sedangkan Gerakan yang berada dalam komponen BN, tiada langsung pejuang hudud. PR berpakat dalam resolusi konvensyen 2011 mahu sama-sama mentadbir dengan saling menghormati dasar parti, sedangkan dalam BN, MCA awal lagi mengugut untuk keluar BN andai UMNO menerima hudud. Mana lebih baik?

Al-Quran ada membawa kisah pertembungan antara Rom dan Parsi. Dalam surah Ar-Rum ayat 1-4:

Alif Lam Mim. Rom telah dikalahkan (oleh Parsi). Di sebuah kota yang rendah. Kemudian selepas dari itu mereka pula bakal mengalahkan (Parsi). Ia akan berlaku dalam masa beberapa tahun. Segala urusan adalah milik Allah, sebelum dan sesudahnya. Dan pada kemenangannya itu membuatkan orang beriman bergembira.

Umat islam mengharapkan kemenangan Rom. Bukan menyokong kekufuran mereka, dan bukan menyokong siri penentangan mereka terhadap islam, tetapi kerana mereka agak baik jika dibandingkan dengan Parsi.

Jika perjuangan Islam lebih ringan dengan menghadapi Rom dibandingkan dengan Parsi, Perjuangan PAS pula lebih ringan menghadapi DAP daripada BN.

Bagi pengempen pula, jawapannya tidak jauh berbeza. Kita membantu bukan bermaksud menerima mereka, tetapi bantu mereka untuk menumpaskan musuh yang lebih bahaya. Rasulullah memeterai Sulhul Hudaibiah bagi membolehkan beliau berdakwah ke luar tanah arab dengan lebih mudah, bukan kerana redha terhadap kekufuran musyrikin Quraisy.

Selesaikan satu persatu dahulu. Lepas selesai hadap Gerakan/BN, baru kita fikir macamana nak hadap DAP pula.

Cuma kita perlu jaga batas dalam berkempen. Bagi lelaki, tak perlu bersalaman dengan calon. Tak perlu tampal poster yang mendedahkan auratnya. Tampal logo partinya sahaja. Jaga keselamatan mereka. Kempen rumah ke rumah untuk mereka. Itu tak mengapa.

Terpenting adalah niat. Tanamkan dalam diri, tujuan kita adalah tumbangkan Gerakan. Ini suatu peperangan yang menentukan kelangsungan mereka. Yang bertanding melawan Dyana adalah Presiden Gerakan. Kalau mereka kalah, besar kesannya terhadap BN sekaligus membri keuntungan besar buat perjuangan Islam.

Jangan ada niat lain dari itu jika mahukan pahala. Demi islam.

(Alang Ibn Shukrimun)

Comments (0)