Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk "Unite against racism global", berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.
Pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku. Seorang daripada mereka mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.
Mereka memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media".
Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka. Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika mereka menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan.
Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.
Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila Unit Amal dapat mengawal keadaan.
Pihak mana yang menghantar anak muda berkenaan untuk mencetuskan provokasi dan kenapa sebahagian mereka menutup muka mereka?
Manakala Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui TMI selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.
Video kejadian
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan