Pengikut

Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:47 PG

sumber :-

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 09 May 2014 01:57 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 09 May 2014 01:12 PM PDT

Cucu Tok Selampit


@RafiziRamli Perli DS Rosmah Naik Helikopter Ikut Lawatan Rasmi DS @NajibRazak - Takkan Nak Naik Teksi?

Posted: 09 May 2014 10:16 AM PDT


Tidak pasti apa masalah Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli, mempertikaikan tindakan isteri Perdana Menteri mengiringi suaminya untuk lawatan rasmi di Perak dengan menaiki helikopter. Apakah beliau mahukan Perdana Menteri menggunakan perkhidmatan helikopter berkenaan yang dikhaskan dan diperuntukkan di bawah undang-undang, sebaliknya mengesa isteri Perdana Menteri untuk menaiki teksi untuk menyertai Perdana Menteri di majlis yang sama?

Salahkah isteri seorang Perdana Menteri mengiringi suamuinya untuk mengadakan lawatan rasmi ke perkampungan orang-orang asli / asal di Hutan Hujan Belum - Temenggor, Gerik, Perak. Dengan kedudukan muka bumi dan jarak perjalanan, perkhidmatan helikopter adalah salah satu mod pengangkutan yang paling cepat dan effisyen. Apakah Anwar Ibrahim tidak pernah bermewah dengan mod pengangkutan di dalam perjalanannya. Lupakah kita beliau pernah menaiki jet mewah untuk berkempen di Sabah dan Sarawak?

Rafizi Ramli mempertikaikan siapakah yang membayar perkhidmatan helikopter ini? Sudah tentu beliau maksudkan duit Rakyat bukan? Kenapakah beliau tidak pernah mempertikaikan duit Rakyat yang sama turut digunakan untuk membayar gaji Anwar Ibrahim sekeluarga agar keluarga ini dapat meneruskan kelangsungan di dalam politik. Siapa yang bayar gaji MP Permatang Pauh? ADUN Kajang dan MP Lembah Pantai serta elaun-elaun anak beranak ini?




Lesen Arak Diluluskan Di DUN EXCO Agama Islam Selangor? Takebeer!!!

Posted: 08 May 2014 06:21 PM PDT


Agak menarik membaca notis permohonan lesen minuman memabukkan yang diiklankan seperti di atas di dalam akhbar tempatan. Kalau ianya untuk kawasan Klang atau Kajang yang majoritinya kaum Cina dan India, tidaklah begitu mengejutkan. Apa yang pelik adalah Exco Agama Islam Selangor, YB Sallehin Mukhyi merupakan Adun Sabak yang berada dalam Daerah Sabak Bernam, kawasan majoriti penduduknya berbangsa Melayu beragama Islam.

Apakah lesen penjualan minuman keras ini mendapat restu daripada EXCO berkenaan atau EXCO berkenaan dicucuk hidung mendengar kata daripada ADUN DAP Sekinchan, Ng Sue Lim. Tahniah masyarakat majoriti Melayu Islam di Sabak Bernam. Anda kita kita perlu pergi jauh ke bandar untuk membeli minuman keras. Pemerintah anda amat prihatin dengan kehendak masyarakat setempat. Takebeer!!!

PEJUANG BANGSA

Posted: 09 May 2014 11:48 AM PDT

PEJUANG BANGSA


ISMA TERUS BUAT ULTRA KIASU PERTIKAI HAK KEISTIMEWAAN MELAYU & ISLAM PANAS TELINGA !!

Posted: 09 May 2014 01:35 AM PDT




 Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menegaskan orang bukan Islam perlu mengetahui batasan mereka dan tidak seharusnya mempertikaikan hak keistimewaan yang dimiliki kaum Melayu dan Islam di negara.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, golongan tersebut juga tidak boleh mencampuri urusan bangsa Melayu dan Islam terutamanya mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata, selama ini, golongan bukan Islam yang dilabelkan sebagai pendatang di negara ini, sudah diberikan peluang sepenuhnya dari aspek sosiol ekonomi di negara in.

"Orang Melayu dan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan kehendak mereka dan menentukan rupa bangsa serta masa depan negara tanpa boleh dibantah oleh mana-mana kaum pendatang di negara ini," katanya pada sidang media di pejabat Isma di sini, Jumaat.

Ketika ditanya sama ada bangsa lain tiada hak untuk menyuarakan pandangan mereka, Abdullah berkata mereka telah diberikan hak untuk bersuara dan jaminan kesejahteraan sejak


** Syabas ISMA  yang semakin lantang bersuara pertahan hak keistimewaan Melayu & kesucian Islam yang terus dipertikaikan bukan Islam yang chauvinis & ultra kiasu.  

Memang kaum Cina di negara ini adalah penceroboh/ pendatang dan ini tercatat dalam sejarah yang tidak boleh diubah . 



" NEW MALAYSIA " WASIAT TERBARU KIT SIANG SELEPAS GAGAL MALAYSIAN MALAYSIA

Posted: 09 May 2014 12:18 AM PDT




Apakah yang dimaksudkan dengan New Malaysia oleh Lim Kit Siang dalam satu ucapan umumnya baru-baru ini. Penerangan mudah ialah Malaysia perlu diperintah oleh 'order' baru secara keseluruhan. 

Kalau 'order' baru bermakna Malaysia perlu diperintah oleh satu pakatan baru atau pimpinan baru yang semestinya ada misi dan visinya tersendiri. Tidak semestinya Pakatan Rakyat. Atau mungkin juga Pakatan Rakyat untuk sementara waktu sebagai batu loncatan bersama dengan Parti Pas dan MP Melayu dalam Pas serta PKR.

Biasanya bila disebut New atau baru bermakna pemerintahan 'order' baru dengan misi dan visi baru dan buang mana-mana 'order' lama yang tidak bersesuaian dengan 'order' baru.




Antara perkara-perkara yang selalu disebut ialah Malaysia mesti bersih dari rasuah. Bila kita membincangkan masalah rasuah perkara yang selalu ditonjolkan ialah penerima rasuah. 


Sepatutnya Kit Siang perlu juga membongkar bukan sahaja penerima tetapi perlu juga siapa pemberinya. Siapa penerima rasuah terbesar di Malaysia dan siapa pemberi rasuah terbesar di Malaysia.

Tidaklah terlalu payah untuk mengetahui siapa pemberi apabila sudah ada penerima. Sabit salah penerima rasuah bermakna wujud pemberi walaupun mereka tidak disabitkan kesalahan kerana mereka yang buat laporan kepada pihak berkuasa setelah mereka memperolehi apa yang mereka hajati atau pemberi merasakan bahawa penerima sudah tidak ada manfaat lagi.

Malaysia adalah negara Islam walaupun tidak sempurna sebagaimana yang sepatutnya, tetapi ini adalah 'order' lama. 


Lagipun Kit Siang tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam walaupun setengah pimpinan Melayu amat mengharapkan Islam akan dilaksanakan dengan persepakatan politik yang dibentuk.

Apakan mahu membentuk sebuah negara Islam, untuk melaksanakan hudud hanya satu bahagian dari ciri-ciri negara Islam pun mereka menolak. Dan amat malang lagi hudud hanya untuk orang Islam sahaja pun DAP dan MCA cuba menghalang. Rasanya impian pimpinan Melayu dari parti Islam untuk melaksanakan Islam bersama DAP satu tindakan yang susah untuk ditadbir, itulah perumpamaannya.

Malaysia adalah negara bangsa Melayu dan dihuni bersama dengan bangsa lain secara aman. Apakah New Malaysia yang dikehendaki oleh Kit Siang?. 


Secara mudah bermakna Malaysia bukan lagi negara bangsa Melayu. Bangsa Melayu tidak akan mendapat tempat yang sepatutnya dalam negara Malaysia. Simpulan mudah dengan apa yang ada sekarang ialah DAP membentuk PR bersama PAS dan PKR. 

New Malaysia bermakna pemerintahan Malaysia akan ikut persefahaman dalam PR. Adakah Melayu dan Islam mendapat tempat yang sebaiknya dalam PR?. 

Mungkin untuk sementara waktu masih ada ruang untuk pimpinan bangsa Melayu dalam PR mengemukakan hak-hak Melayu dan Islam tetapi tidak ada jaminan untuk seterusnya kerana tidak ada dasar yang tetap dalam PR.

Dasar dibentuk semasa perbincangan antara pimpinan tertinggi PR. Berdasarkan apa yang telah berlaku tidak disebut secara jelas bahawa Islam akan dilaksanakan di Malaysia. Pimpinan Melayu terutamanya PAS bukan dominan dalam PR. Lain keputusan Majlis Ulama lain pula kenyataan Presiden setelah alahan dengan pimpinan lain dalam PR.


 Untuk mengharapkan PKR terlalu amat jauh untuk mempertahankan Islam. Belum menang lagi dah memberi tawaran Timbalan PM kepada pimpinan DAP. Bahkan sudah ditawarkan Ketua Menteri kepada pimpinan Kristian di salah sebuah negeri di Malaysia.

 Parti pimpinannya tidak sebut pun untuk melaksanakan Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi parti yang tidak mempunyai dasar yang tetap. Pimpinan tertinggi boleh bertukar tangan pada bila-bila masa. Tapi apa yang penting ianya tidak membela bangsa Melayu dan Islam.

Jalan penyelesaian yang terbaik ialah bangsa Melayu perlu bina kekuatan sendiri. Kekuatan yang paling utama ialah kembali kepada Islam. Hidup mati bersama Islam kerana Islam yang telah menguatkan mereka. 


Bangsa Melayu perlu kepada persepakatan untuk membela hak bangsa Melayu dan Islam. Kekuatan bangsa Melayu tidak akan dapat dibina kecuali dengan Islam dan pemuafakatan antara bangsa Melayu. Tetapi perlu diingat pemuafakatan ini bukan menzalimi bangsa lain bahkan mereka akan dapat munafaat yang banyak dari pemuafakatan Melayu di Malaysia.

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ydp ISMA Pasir Puteh
merangkap
Ydp Majlis Syura ISMA Malaysia. 

TIADA HUKUM HUDUD DI P.PINANG SELAGI KERAJAAN DAP BERKUASA

Posted: 08 May 2014 07:55 PM PDT




GEORGETOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bersetuju terhadap sebarang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
 
"Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan sebarang pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang. Saya menyebut perkara ini bukan sahaja sebagai pemimpin DAP tetapi juga sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan juga pendirian kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek naik taraf Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Datuk Keramat di sini.
    
Guan Eng berkata pendirian kerajaan negeri jelas iaitu menolak hukum hudud dan beliau juga meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow menyatakan pendirian parti itu terhadap hukum hudud.
    
"Kami berharap pengerusi BN negeri boleh menyatakan pendirian mereka di Pulau Pinang. Apa pendirian BN (mengenai hudud) di Pulau Pinang?," katanya.
   
Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungah dari DAP Teh Yee Cheu meminta Guan Eng dan Chang Yeow menyatakan pendirian berhubung hukum hudud, selain perlu menerangkan kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau menentang undang-undang jenayah Islam itu.
    
Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu, bercadang membawa usul berhubung perkara itu di Dewan Rakyat Jun ini.
    
Hasrat Pas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan Pas-DAP-PKR.
    
Terdahulu, Guan Eng dalam ucapannya berkata projek menaik taraf kompleks makanan itu dijangka siap Mac tahun depan dan sepanjang tempoh itu gerai-gerai sedia ada beroperasi seperti biasa.
    
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf kompleks makanan itu dijalankan oleh Syarikat Arza Aktif Enterprise dengan kos RM2.6 juta.
    
Kompleks yang mempunyai 33 unit gerai makanan halal dan 24 unit gerai makanan tidak halal itu bakal dilengkapi tandas awam, bilik khas menyusu, surau dan laluan basikal, katanya. - Bernama

KENAPA YDP MAIPP SALLEH MAN TAKUT KOMEN ISU TRANSGENDER DICADANGKAN DAP ?? @dzainalabidin

Posted: 08 May 2014 06:01 PM PDT






Agak pelik kenapa YDP MAIPP  yang juga Adun PAS Prmtg Pasir Datuk Salleh Man takut hendak mengulas cadangan Adun  kerajaan DAP yang mahu jawatankuasa transgender ditubuhkan di negeri ini . 

Cadangan itu juga disifatkan sebagai satu ancaman ekstrem yang boleh menghuru-harakan & merosakkan moral   masyarakat. Malah ia juga jelas bertentangan dengan kebanyakan ajaran agama di negara ini dan tidak perlu diteliti ataupun dikaji bagi melaksanakannya seperti disebut Salleh Man .

Ini kerana tanpa jawatankuasa khas itu, kebajikan masyarakat masih boleh dilindungi kerana matlamat kebajikan itu sendiri adalah untuk membantu tanpa mengira bangsa dan agama sesuatu masyarakat .

Agak malang sekali umat Islam di negeri ini mempunyai YDP MAIPP yang takut  pertahan kesucian Islam .




KEPALA BATAS 8 Mei - Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man enggan mengulas mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa transgender kerana menyifatkan isu itu terlalu sensitif.

Malah, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir meminta diberi masa untuk meneliti cadangan yang dikemukakan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu itu sebelum membuat sebarang kenya­taan.

"Secara dasarnya kita tidak iktiraf golongan terbabit, namun beri saya peluang untuk meneliti cadangan yang dibuat oleh Yee Cheu itu sebelum beri sebarang komen," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Salleh merupakan satu-satunya ADUN Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dalam tindakan yang dilihat seolah-olah mahu meraih sokongan politik, Yee Cheu dalam sidang akhbar di sini semalam berkata, penubuhan jawatankuasa itu perlu bagi membuktikan kesamarataan yang diamalkan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Menurut Yee Cheu, cadangan itu telah dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dibawa kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, beliau berharap cadangan berkenaan dapat dibahaskan semasa persidangan DUN yang dijadualkan bermula dua minggu lagi.

Bagaimanapun, cadangan Yee Cheu itu mendapat kecaman hebat beberapa pihak se­per­­ti Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) dan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) yang menyifatkan ia sebagai melampau dan tidak boleh diterima akal.

Selain itu, mereka menegaskan cadangan tersebut juga langsung tidak menghormati kesucian beragama dalam kalangan penganut pelbagai kepercayaan di negara ini terutama umat Islam.

Keris Pusaka Melayu

Posted: 09 May 2014 11:12 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Menteri Kesihatan Minta Selangor Henti Guna Air Lombong

Posted: 09 May 2014 06:26 AM PDT

RM0.UM.09/05: KEMENTERIAN Kesihatan meminta Selangor henti guna air dari kolam bekas lombong sebagai sumber bekalan walaupun ia disahkan selamat.- Menteri


Comments (0)