Isnin, 26 Mei 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ikhlas desak KDN gantung tugas Pengarah Imigresen NS

Posted: 26 May 2014 12:54 AM PDT




26 Mei 2014 SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengantung tugas Pengarah Imigresen Negeri Sembilan dan pegawainya, atau diarah bercuti sehingga satu siasatan lengkap dijalankan.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata ini ialah untuk mengelakkan gangguan siasatan oleh pihak polis dan KDN.

Dalam sidang media sebentar tadi, Mohd Ridzuan berkata satu laporan polis di buat pada hari Sabtu, 24 Mei; berkenaan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi dalam media (Harian Metro/Sinar Harian), bertarikh 23 Mei 2014.

"Hasil operasi bersepadu Imigresen Ibu Pejabat Pusat dan agensi kerajaan pada 22 Mei 2014, jam 12.00 tengahari hingga 05.00 petang, di Nilai 3; seramai 151 warga asing ditahan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen.

"Ini membuktikan apa yang dilapor oleh Ikhlas semenjak tahun 2013 terbukti benar. Ikhlas meminta pihak KDN dan polis menjalankan siasatan rapi bagaimana Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini boleh lolos dan berada di Nilai 3.

"Ini belum dijalankan operasi seluruh Negeri Sembilan. Siapakah dalang di sebalik kejadian ini?

- FMT

Satu-satunya PASTI di DUN Kota, Rembau perlukan bantuan

Posted: 25 May 2014 05:56 PM PDT




Sejarah PAS di Negeri Sembilan bermula di DUN Kota dalam Parlimen Rembau, dahulunya DUN Kota ini terletak di dalam Parlimen Tampin. DUN Kota merupakan DUN yang paling ramai majoriti pengundi Melayu di Negeri Sembilan iaitu lebih 90 peratus pengundi Melayu. Perjuangan PAS di kawasan majoriti Melayu di pantai barat ini adalah merupakan satu cabaran yang amat besar.

Walaubagaimana pun sebuah PASTI berjaya ditubuhkan di sini dengan bangunan sendiri hasil sumbangan ahli setempat dan sumbangan orang ramai sejak beberapa tahun yang lalu.

Kos pengurusan PASTI semakin hari semakin meningkat naik termasuklah kos bil elektrik, air dan perbelanjaan harian.

Sehubungan dengan itu pihak pengurusan PASTI Al Amin di DUN Kota, Rembau ini mengharapkan sumbangan kewangan dari ahli PAS khususnya di Negeri Sembilan ini samada sumbangan sekali gus atau sumbangan berkala bulanan sebanyak RM 10.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Pengurus PASTI Al Amin, Sdr Azman bin Idris di talian 019-6771495 atau boleh masukkan ke akaun CIMB, No Akaun : 05010000005208 .

Pihak pengurusan PASTI Al Amin terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang sudi memberikan sumbangan dan sudi untuk menyebarkan rayuan sumbangan ini.

Tiada ulasan:

Pengikut