Rabu, 21 Mei 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kedudukan Mohamad Hassan sebagai MB N.Sembilan tercabar

Posted: 20 May 2014 09:21 PM PDT




Lilah Yassin kesal dah setahun kerajaan N.Sembilan belum bertindak

21 Mei 2014 -  Tidak ada pusat bandar sebenarnya di Gugusan Felda Palong walaupun Felda Palong 4, 5 & 6 dikenali sebagai Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6. Tidak ada bank di Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6. Terdapat beberapa deretan kedai , pasar basah yang kecil, bengkel kenderaan, serta sebuah Pejabat POS Mini, Pondok Polis dan Klinik Kesihatan Felda Palong.

Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Palong, Datuk Lilah Yassin berkata pembangunan di Felda Palong 4, 5 & 6 tidak teratur, tidak tersusun dan tidak ada sistem pemantauan yang baik.

"Saya mohon agar Kerajaan Negeri  meletakkan pekan kecil atau pusat perniagaan di Felda Palong 4, 5 & 6, ini diletakkan di bawah Majlis Daerah Jempol (MDJ).

"Tetapi saya kesal dah setahun pun, masih tak boleh selesai masalah ini. Kerajaan Negeri masih tak boleh buat keputusan.

"Bukan susah sangat. Minggu ini Setiausaha Kerajaan Negeri  minta fail dari Pegawai Daerah (MDJ), hari Rabu mesyuarat Exco, buat keputusan sama ada lulus, tolak atau tangguh.

Tiada ulasan:

Pengikut