Sabtu, 19 April 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 19 Apr 2014 03:38 PM PDT

Tidak Tahan Alat Sulit Sakit, Gadis Mengaku Dirogol Lelaki Baru Dikenalinya

Posted: 19 Apr 2014 08:18 AM PDT

[BP] KUCHING: Seorang gadis mengaku dirogol lelaki yang baharu dikenalinya sejak sem­inggu lalu selepas mengalami kesakitan pada alat sulitnya.

Difahamkan, mangsa yang baharu berusia 15 tahun dan berasal dari Petra Jaya mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling di sekolahnya ekoran tidak ta­han dengan kesakitan yang dialaminya.

Menurut sumber, mangsa mengaku telah dirogol oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Amirzul dipercayai berusia 19 tahun melalui seorang daripada rakannya.

"Lelaki (suspek) telah men­gambil mangsa di rumahnya sekitar jam 4.30 petang Rabu lepas dengan menaiki sebuah motosikal.

"Mangsa kemudian dibawa oleh lelaki terbabit ke dalam hutan berdekatan dan me­maksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebelum dihantar pulang se­lepas itu," katanya.

Keluarga mangsa pada mulanya tidak mengetahui in­siden tersebut kerana mangsa takut untuk menceritakannya sehingga diberitahu oleh guru kaunseling iaitu sehari selepas kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai perkara tersebut.

Ketua Polis daerah Kuch­ing ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi menge­sahkan ada menerima lapo­ran berhubung kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan sementara sia­satan polis masih diteruskan," katanya.- 19/4/14

[Wajib Baca] MP: Tiada 'Common Sense' dalam Penghakiman Liwat II

Posted: 18 Apr 2014 09:36 PM PDT

[MK] Penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Naib Presiden PKR N Surendran sebagai "bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)".

Katanya, walaupun pegawai penyiasat Supt Jude Pereira telah membuka beg sampel P27, hakim-hakim berkata ia tidak dilihat sebagai mengganggu bahan bukti.

Dalam satu kenyataan semalam, Surendran berkata, kesimpulan itu bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua 'common sense'.

Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beg sampel P27 mengandungi sampel penting yang diambil dari dubur Mohd Saiful , termasuk sperma daripada tertuduh.

Tambahan pula, kata Surendran (kanan), walaupun wujud keadaan yang boleh dipersoalkan, hakim-hakim dalam kes itu bertegas bahawa "tiada apa yang mustahil " tentang bukti Saiful .

Sehubungan itu, Surendran bertanya bagaimana ketiga-tiga hakim itu mencapai kesimpulan tersebut, apabila tidak dipertikaikan bahawa Saiful bertemu dengan musuh politik Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak , hanya dua hari sebelum kejadian dikatakan berlaku.

"Mengapa dia juga bertemu dengan pegawai tinggi polis SAC II Mohd Rodwan Mohd Yusof , yang terlibat dalam kes liwat yang pertama?" tanya Surendran yang juga MP Padang Serai yang juga ahli Parlimen Padang Serai .

Kes itu didengar oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi bersama dengan Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Surendran berkata hakim juga telah menyimpang dari perkara undang-undang dengan menangani kritikan awam dalam penghakiman mereka bahawa kes itu dikendalikan terlalu

tergesa-gesa.

Katanya, adalah amat tidak sesuai bagi hakim untuk memberi respon kepada kritikan terhadap mereka secara sedemikian .

Penghakiman dalam kes jenayah, tegas Surendran, mesti menangani fakta-fakta dan undang-undang kes itu, dan bukan perkara luaran.

Jika tidak, tegasnya, ia menimbulkan persoalan tentang sikap 'kesaksamaan dan objektiviti hakim'.

Selain itu, kata Surendran yang juga seorang peguam, hakim-hakim melanggar konvensyen undang-undang dengan mengkritik kenyataan tidak bersumpah Anwar dari kandang tertuduh, yang merupakan pilihan yang sah untuk kes-kes jenayah .

Katanya, Nelson Mandela berbuat demikian apabila dia dibicarakan dalam kes Rivonia pada 1963, dan Anwar berbuat demikian dalam kes Fitnah 11, dan dengan itu membicarakan sistem perundangan dan politik yang zalim yang telah mengheretnya ke kandang tertuduh.

Penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II, tegas Surendran lagi, telah terkeluar dari semua duluan undang-undang, dengan mengkritik Anwar yang memberi kenyataan dari kandang tertuduh.

Anomali ini, kata Surendran, hanya mengukuhkan lagi tanggapan bahawa Anwar telah menjadi mangsa lawan politiknya. -19/4/14

Remaja Diliwat, Dirogol, dan dikendurikan Teman Lelaki

Posted: 18 Apr 2014 09:10 PM PDT

[SH] SUNGAI BULOH – Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa menempuh detik hitam dirogol teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Jaras dekat sini, minggu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan keluar dari rumah di Tanjong Karang Selangor tanpa pengetahuan keluarganya.

"Mangsa dibawa ke rumah sewa teman lelakinya di Kampung Paya Jaras sebelum dirogol dan diliwat.

"Siasatan mendapati mangsa turut dirogol oleh dua lagi lelaki yang merupakan kawan serumah teman lelakinya," katanya.

Menurutnya, teman lelaki mangsa kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan, manakala dua lagi rakannya diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377 kanun keseksaan kerana merogol dan meliwat. -19/4/14

Padah Rogol Gadis Bawah Umur

Tertuduh, Muhammad Shafiq (kanan) keluar dari mahkamah selepas hukuman untuk melakukan khidmat masyarakat dijatuhkan kepadanya atas tuduhan merogol gadis bawah umur, semalam.

[SH] KUANTAN – Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam mendapati seorang peniaga makanan di ibu negara, Muhammad Shafiq Basiar, 21, bersalah kerana merogol seorang gadis di bawah umur, enam tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin telah memerintahkan tertuduh menerima hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam iaitu kira-kira tiga bulan dan sekiranya tidak mematuhinya tindakan susulan akan dikenakan memandangkan ketika kejadian tertuduh masih muda serta tidak mengikut akal fikiran waras kerana masih berusia 15 tahun.

Kemesraan yang terjalin semenjak di bangku sekolah rendah, akhirnya telah memakan diri tertuduh apabila melakukan perkara tersebut di dalam bilik tidur rumah mangsa di Jalan Pahlawan, Kota Perdana, Paloh Hinai, Pekan pada 15 Disember 2008 lebih kurang jam 12.30 tengah malam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian yang pertama iaitu pada 15 Disember 2008 berlaku ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah, namun seterusnya kejadian disedari penduduk setempat yang menangkap tertuduh pada 10 Januari 2009 lebih kurang jam 5 petang kerana berkhalwat bersama mangsa yang pada ketika itu berumur 15 tahun 7 bulan.

Susulan kejadian tersebut mangsa dibawa ke Hospital Pekan, seterusnya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada 13 Januari 2009 untuk pemeriksaan fizikal dan pihak doktor mendapati ada kesan yang menunjukkan mangsa dirogol.

Namun begitu, sebelum hukuman dijatuhkan hakim sempat mengingatkan sekali gus menasihatkan tertuduh bahawa kesalahan yang dilakukan bukan sahaja salah di sisi udang-undang malah paling penting agama dan juga moral.

Menurutnya, kejadian seumpama ini tidak perlu diulangi lagi dan tertuduh harus menjadi seorang lelaki baik memandangkan mempunyai masa depan yang masih panjang serta suatu hari nanti pasti menjadi seorang ayah dan datuk kepada anak atau cucu perempuan.

Dengan itu juga, tertuduh telah mula insaf dan bertaubat serta memohon agar hukumannya diringankan kerana terlalu menyesali kesilapan lampau yang dilakukannya.

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsudin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Saifuldin Abdul Rahman. -DIANA SURYA ABD WAHAB/18/4/14

Karpal Singh: Khairy vs Zulkifli Nordin

Posted: 18 Apr 2014 08:56 PM PDT

[TMI] Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan.

Zulkifli berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat melatah.

"Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop?

"Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua boleh tidur lena," katanya melalui akaun Twitter @zulkiflinoordin hari ini.

Semalam dalam reaksi kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya, Zulkifli melihatnya sebagai bantuan Allah untuk memudahkan usaha kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud.

"Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" katanya melalui laman Twitter.

Berasa kurang senang dengan kenyataan Zulkifli, Khairy meminta berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"@zulkiflinoordin Shut up. Really, shut up," katanya di Twitter.

Khairy menyelar Zulkifli yang menggunakan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah sebagai pendekatan untuk menyerangnya.

"@zulkiflinoordin jika lain kali ada sesuatu yang ingin diperkatakan, hanya nyatakan nama saya @khairykj. Jadi anak jantan," katanya. – 18 April, 2014.

[Video] Artis Sahkan Senarai Selebriti yang Pernah Menidurinya

Posted: 18 Apr 2014 07:40 PM PDT

"Senarai seks itu adalah benar, kata Linsay Lohan,  27 tahun dalam sebuah rancangan temu bual. 

Linsay mendedahkan hal itu dalam rancangan Watch What Happens Live dan mengesahkan bahawa senarai  pasangan seks beliau termasuk bintang Hollywood seperti Zac Efron, Justin Timberlake dan Heath Ledger, yang bocor baru-baru ini adalah benar.

Lindsay memberitahu hos rancangan itu, Andy Cohen bahawa senarai itu adalah sebahagian daripada program pemulihan dadah beliau. 

"Senarai itu sebenarnya merupakan Langkah Kelima saya dalam AA di Betty Ford [Klinik]." 

Menurut Linsay, seseorang telah merakam senarai yang dianggapnya sebagai sesuatu yang peribadi. Senarai yang bocor kepada media itu merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. 

Lihat perbincangan penuh Linsay dengan Cohen di bawah ini. -DCM/19/4/14

Ahli Perniagaan Telan 12 Jongkong Emas

Posted: 18 Apr 2014 06:38 PM PDT

[HM] New Delhi: Pakar bedah menemui 12 jongkong emas kecil bernilai 1.2 juta rupee (RM64,400) dalam perut seorang pesakit yang mengadu sakit perut.

Ahli perniagaan berusia 63 tahun itu menelan emas yang setiap satu seberat 33 gram di Singapura sebelum membawanya ke India pada 28 Mac lalu. 

Namun dia gagal mendapatkan semula emas berkenaan selepas tersekat di usus kecilnya walaupun minum air yang banyak dan mengambil julap. 

Pada 7 April lalu, lelaki itu meminta dibedah kononnya atas alasan dia sakit perut selepas tertelan penutup botol.

Imbasan x-ray dilakukan mengesahkan bahan asing di dalam perutnya sebelum lelaki itu dibedah.

Bagaimanapun, doktor yang menemui emas berkenaan terus menghubungi kastam dan polis. 

Emas itu dirampas pihak kastam sebelum ahli perniagaan terbabit ditahan polis. 

"Dia ahli perniagaan berjaya jadi memang mengejutkan apabila dia melakukan kesalahan ini," kata doktor yang merawatnya, CS Ramachandran. - Agensi/19/4/14

Remaja Dikurung 10 Tahun Bersama dengan Anjing, Monyet

Posted: 18 Apr 2014 06:34 PM PDT

[HM] Buenos Aires: Polis Argentina menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang didakwa dikurung dalam garaj bersama-sama monyet dan anjing.

Mangsa yang dikurung sejak berusia tiga tahun, dikatakan diberi makan makanan sama seperti haiwan yang dikurung bersamanya.

Ketika ditemui, berat badan remaja itu seberat 19 kilogram.

Semalam, remaja tidak bernama itu diberikan rawatan rapi di hospital di Buenos Aires. Penjaga yang cuba mengambilnya sebagai anak angkat ditahan di penjara.

Mereka dilaporkan penganut agama Saint Death yang dianuti sebahagian penduduk di Paraguay, timur laut Argentina dan selatan Brazil.

Aktiviti mereka, seperti sembahyang, dikecam oleh sebahagian penganut Katolik.

Remaja itu dikatakan diserahkan kepada oleh ibunya yang miskin dan mempunyai enam anak lagi kerana tidak mampu menjaganya dengan baik.

Kakak mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis selepas menemui rumah tempat adiknya dikurung. - Agensi/19/4/14

P/s: Menurut laporan lain, remaja itu berusia 15 tahun dan dikurung di dalam garaj bersama-sama dengan anjing dan monyet selama 12 tahun.

Perompak "Minta Maaf" Sebelum Kebas Barang Bernilai RM50 000

Posted: 18 Apr 2014 06:28 PM PDT

[HM] Banting: "Minta maaf mak cik... kami hanya nak barang dalam rumah ini saja, tetapi kami takkan cederakan sesiapa." Itu kata-kata seorang daripada enam lelaki bersenjatakan pedang samurai yang merompak rumah Siti Salmiah Sahlan, 54, dalam kejadian di Jalan Batu Tujuh, Sijangkang di sini, dalam kejadian jam 3.30 pagi kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan Siti Salmiah kehilangan wang tunai RM12,000 yang juga wang hantaran anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan hujung bulan ini.

Menurutnya, perompak juga melarikan 12 telefon bimbit milik ahli keluarganya, tiga rantai emas, enam gelang dan dua cincin serta wang tunai RM8,000 miliknya dengan jumlah kerugian dianggarkan RM50,000.

Menceritakan kejadian itu, Siti Salmiah berkata, dia bersama sembilan ahli keluarganya termasuk dua cucu berusia lapan bulan dan dua tahun sedang tidur.

Katanya, seorang daripada perompak dipercayai mengumpil pintu utama rumah sebelum pergi ke dapur untuk membuka pintu bagi membolehkan lima lagi rakannya masuk.

"Mereka memijak anak lelaki saya yang tidur di ruang tamu dan meluru masuk ke bilik saya lalu mengikat kami tiga beranak.

"Saya masih trauma, tetapi kerana majlis perkahwinan anak semakin hampir, ia tidak akan menghalang majlis diteruskan," katanya.

Menurutnya, selepas itu, empat perompak itu mengejutkan seorang lagi anak sebelum naik ke tingkat atas mengejutkan anak lelaki keempat yang tidur bersama isteri dan dua anaknya.

Anak mangsa Mohd Hafis Johari, 28, berkata, dia yang tidur di bilik di tingkat atas bersama keluarganya diarahkan keluar untuk berkumpul di bilik ibunya oleh penjenayah.

"Mulanya saya enggan kerana khuatir perompak akan mencederakan isteri dan anak tetapi selepas mereka meletakkan pedang samurai di leher, saya akur dengan arahan itu kerana bimbang saya dan keluarga dicederakan jika tidak mendengar arahan mereka.

"Penjenayah menyelongkar keseluruhan bilik kira-kira 20 minit sebelum melarikan diri menggunakan pintu dapur ke arah kawasan sawit di belakang rumah selepas mendapat wang dan barangan berharga milik keluarga," katanya. - Rasmi Abdullah/19/4/14

DIALOG RAKYAT

Posted: 19 Apr 2014 03:27 PM PDT

Oleh: ASRI SAPFIE

SHAH ALAM:  Naib Canselor, Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad menegaskan pelajar universiti berkenaan tidak terbabit dalam insiden demonstrasi di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri, pada 16 April lalu.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang jika kedian itu berterusan menyebabkan masyarakat khususnya pelajar yang tinggal di kawasan luar Selangor mendapat maklumat palsu.

IMG_9048Katanya, apa yang berlaku juga boleh menyekat niat mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di universiti itu ekoran insiden terbbait terutamalepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dalam proses mencari tempat bagi melanjutkan pengajian.

"Tidak benar. pelajar kami tidak terbabit dalam kejadian perhimpunan membabitkan 20 pelajar di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri Selangor yang memegang bendera UNISEL sambil melaungkan tuntutan pendidikan percuma semalam

"Kita percaya ini adalah salah satu cara pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik UNISEL," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kewangan UNISEL, Ahmad Zabri Mohd Yaman, berkata hasil siasatan beliau mendapati insiden itu jelas tidak membabitkan pelajar universiti berkenaan.

IMG_9060"Tambah menghairankan, mereka yang terbabit sendiri mengaku bahawa bukan pelajar UNISEL dan mustahil bagi pelajar universiti ini tidak mengenali saya," katanya.

Pada 14 April lalu, UNISEL mengadakan wacana antara pimpinan tertinggi universiti bersama pelajar bagi mendengar permasalahan mereka secara terperinci dan mencari solusi secara dua hala.

Sehubungan itu, Anuar berkata, segala isu yang dibangkitkan pelajar dijawab dengan teliti dan secara keseluruhannya mereka berpuas hati dengan maklum balas terbabit.

"Tidak timbul isu seperti pendidikan percuma oleh pelajar ketika wacana itu diadakan. Yuran pembelajaran yang ditetapkan UNISEL jauh lebih rendah berbanding institusi pengajian tinggi swasta lain," katanya.

Ketika ditanya berkenaan pendidikan percuma, Anuar berkata, hal itu ada dalam perancangan jangka masa panjang UNISEL dan turut melancarkan tabung wakaf bertujuan mengumpulkan dana bagi membantu pelajar yang kurang bernasib baik daripada segi kewangan.

"Alumni yang sudah berjaya akan membantu daripada segi kewangan dan disalurkan melalui tabung ini seperti yang diamalkan di universiti di Jordan," katanya.-NFN-

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM  : Sektor perindustrian Selangor dijangka terus menjadi penyumbang terbesar sektor perindustrian di Malaysia berbanding negeri-negeri lain.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, bagi 2014, sektor perindustrian dijangka tumbuh antara 6 hingga 6.5 peratus.

dnsKatanya, pertumbuhan itu bersamaan dengan sumbangan sekurang-kurangnya 37 peratus kepada KDNK negeri.

"Dari segi sumbangan kepada KDNK negeri, sektor perindustrian juga konsisten menyumbang sekitar 37 peratus sejak 2008 dan pada tahun lepas, sumbangan adalah 37.8 peratus.

"Dari segi pertumbuhan tahunan, sektor perindustrian tumbuh pada kadar 6.2 peratus pada tahun lepas berbanding 2012," katanya di sidang Dewan Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berhubung sumbangan sektor perindustrian kepada ekonomi Selangor sejak tahun 2008.

Mengulas lanjut, Ean Yong (DAP-Seri Kembangan) berkata, sektor perindustrian merupakan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK dan pertumbuhan ekonomi negeri selepas sektor perkhidmatan.

"Dari segi nilai, sektor perindustrian meningkat daripada RM 51 billion pada tahun 2008 kepada RM 68.2 juta pada tahun 2013," katanya lagi.EZY

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM : Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar yang meninggal dunia pagi tadi.

"Takziah kepada keluarga DJ Mansor yang telah meninggal dunia pagi tadi. Moga roh beliau tenang di sana. Al-fatihah," kata Abdul Khalid menerusi laman Twitter miliknya.

InnalillahMansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas beliau dihubungi sendiri oleh anak sulung Allahyarham Mansor pagi ini.

1396808_10200897050890332_1794264914_oPengurusan jenazah akan dilakukan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.

Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.EZY

Tiada ulasan:

Pengikut